Saya menyambut baik tindakan blogger pro-UMNO, Dr. MiM, yang hari ini mengaku kesilapannya kerana mengandaikan Khalid Samad sebagai "Bishop" di dalam artikelnya yang terbit pada tahun 2010 yang lalu.
Sebagai rakan yang mengenali Dr. MiM secara peribadi, saya kagum dengan keberanian beliau mengaku kesilapannya dan sedia meminta maaf dari Khalid Samad secara terbuka meskipun tahu risiko akan disalak teruk oleh puak-puak Pakatan Haram.
Begitulah akhlak seorang ahli parti yang benar-benar menjiwai UMNO. Sanggup meminta maaf dan mengakui kesilapan sendiri. Tahniah Doc..! Beralah tidak semestinya mengaku kalah, kan?
Apapun, saya tertanya-tanya sama ada puak-puak blogger atau para pemimpin Pakatan Haram sanggup melakukan apa yang dilakukan oleh Dr. Novandri. Sebagaimana maklum, hidup puak-puak Pakatan Haram bergelumang dengan FITNAH setiap hari!
Misalnya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sering ditohmah dengan fitnah-fitnah jahat dan jijik oleh juak-juak yang tidak mengenal erti dosa itu. Meskipun dibuktikan tohmahan mereka itu tidak benar.
Salah satu fitnah yang pernah dilemparkan oleh juak-juak Pakatan Haram itu ialah apabila Datin Seri Rosmah dikatakan pernah bernikah dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth.
Sebagaimana maklum, ketika itu memang kecoh mengenai dakwaan puak-puak "thoghut" itu mengenai isteri Perdana Menteri itu yang kononnya "dibeli" dari Farid Ismeth yang harga yang tinggi untuk dinikahi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kita tidak berada di dalam keluarga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Jika kita sebahagian dari keluarga pasangan itu, sudah tentu huru-hara jadinya rumahtangga apabila fitnah yang begitu jahat dilemparkan sebegitu rupa.
Fitnah itu berlegar di kalangan juak-juak Pakatan Haram, khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sehingga ramai rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan fitnah tersebut.
Mungkin kerana Allah SWT itu Maha Adil, dakwaan itu telah berjaya dibuktikan sebagai FITNAH apabila Farid Ismeth sendiri telah mengaku dengan tegas bahawa Datin Seri Rosmah tidak pernah menjadi isterinya!
Persoalannya, pernahkah juak-juak Pakatan Haram itu meminta maaf atau mengakui dosa yang mereka lakukan kepada isteri Perdana Menteri itu?
Beranikah mereka bertindak seperti Dr. Novandri yang mengaku kesilapan sendiri dan meminta maaf kepada Khalid Samad?
Sebagaimana maklum, dosa puak-puak Pakatan Haram terhadap Datin Seri Rosmah itu tidak akan terpadam selagi mereka tidak memohon maaf kepada beliau dan beliau pula tidak memaafkan puak-puak jijik tersebut.
Jika minta maaf pun tidak, saya yakin bahawa mereka juga tidak akan membersihkan nama Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib meskipun mereka pernah menjejaskan imej pemimpin nombor satu negara itu di mata rakyat.
Tak mengapalah. Jika enggan memohon maaf di dunia, maka tanggunglah dosa-dosa fitnah tersebut di hari akhirat kelak.
Kita tahu bahawa dosa fitnah adalah merupakan salah satu dari 7 dosa besar disisi Allah SWT dan Rasulullah SAW pernah bersabda di mana mafhumnya mengatakan bahawa hukum fitnah itu adalah lebih teruk dari membunuh.
Jadi, fikir-fikirkanlah tentang perbezaan yang dimiliki oleh blogger pro-UMNO dengan juak-juak blogger Pakatan Haram dan para pemimpin mereka yang menjadikan fitnah sebagai "makanan ruji" seharian! Nauzubillahi min zalik…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan