TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui.
Menurutnya, Pas mungkin akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan untuk bukan Islam.
"Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.
"Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura PAs jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati.
"Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam Pilihan Raya Umum," katanya ketika diminta mengulas isu Karpal Singh yang mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH seperti yang disepakati bersama parti pembangkang lain.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang di sini, pada 20/01/2013 hari Ahad yang lalu.
Turut sama dalam program berlangsung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dato' Hj. Samsudin Bin Hj. Lias..
Dalam program itu, seramai 550 nelayan hadir menerima elaun RM200 dan membincangkan masalah berkaitan untuk tindakan lanjut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Noh yang juga menterinya berkata, setakat ini banyak bantuan disalurkan kepada nelayan termasuk bantuan baik pulih rumah dengan nilai maksimum RM10,000.
KUALA LUMPUR, Jan 28 (Bernama) -- PAS' dropping of its former deputy president Nasharuddin Mat Isa from the party's Syura Council is politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. He said the step was taken after Nasharuddin, who is also Bachok MP, accompanied him on a humanitarian visit to Gaza. "By right, they (PAS) should appreciate the visit because it was for the good of Muslims. "But it appears they view this as more benefiting the government and Umno than PAS. "It could be the reason why they took this action against Nasharuddin," he told reporters after attending a high-tea held in conjunction with the Youth Action Forum 2013 here Monday. Najib said Nasharuddin was someone who believed in unity and unification of Muslims. "I do not want to make any speculation but he (Nasharuddin) is a leader who fought not to deny any political parties, and during my meetings with him, he had never condemned any party," he said. Syura Council (the council is PAS' top decision making body) secretary Datuk Nik Zawawi Nik Salleh Sunday was reported as saying that Nasharuddin was dropped from the council as part of disciplinary proceedings, after he was allegedly found to have violated the council's rule for being absent from its meetings. Nasharuddin's dismissal was made on Jan 13 at a meeting chaired by PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, he had said. Meanwhile, Najib described the main goal of his visit to Gaza was successfully achieved. "Our main goal should be to help the Palestinian people, championing Palestinian issues and not let them be marginalised and left alone. And they (the Palestinians) really appreciated the visit," he said. In KUCHING, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin described the dropping of Nasharudin from the council as strange. "He made the effort to strengthen our relations with Palestine to fight for the oppressed people. The decision was made as if to deny the good work and charitable effort by Nasharudin when PAS claims it is fighting for Islam. "He fought for a good cause, I believe Nasharudin will not stop his effort to fight for Muslims, we are merely observing what PAS is doing," he said.
tunku : pas can't digest the fact that one of their leader is happy cooperating with BN government.nasharuddin sacking is indeed a politically motivated.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kemuncak kemarahan ahli akar umbi DAP berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu terserlah hari ini apabila mereka mengadakan bantahan secara aman di pejabat DAP negeri di Kemayan Square di sini.
Bantahan terhadap penipuan keputusan CEC itu dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP cawangan yang sebelum ini telah pun membuat laporan berhubung isu itu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass memberitahu, pihaknya tidak akan berganjak daripada terus mendesak parti membersihkan imej yang tercalar selepas terdapat penipuan dalam pemilihan CEC.
Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu.
P/S : Ada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS? Nak Ajak Umat Islam Bersatu pun tak ble nak perpaduan kaum konon... apa beza dengan kerajaan BN buat sekarang? Bukan tanamkan semangat Perpaduan Nasional? Nik Aziz jumpa Bishop plok! Nak bincang apa? Ada keputusan ke KE? Asal tak bagitau apa hasil perjumpaan tew? Takkan nak bincang Isu Ibrahim Ali nak bakar Bible kot? Pak Berahim nak bakar Bible yang ko benarkan penggunaan Nama Allah dalam versi bahasa melayu. Niat dia baik, tak mau orang melayu Islam terpesong akidah. Itu pun tak paham ke? Masihkah kau ingat statement yang kau keluarkan sendiri wahai NikAziz?
Kau yang benarkan Penggunaan Nama Allah kepada DAP?
Untuk Rekod : Tahun 2012 kita dihiburkan dengan lawak DAP tersalah kira undi untuk pemilihan partinya......
Manakala tahun 2013, belum habis sebulan kita dihiburkan dengan lawak PKR yang mendakwa budak-budak UMNO raya sakan bila Zahid Hamidi nak sama Rafizi Ramli . Mulanya macam berani sangat.. Last tengok takut... Adush... Apara...
Mana dia kata-kata keramat 'LAWAN TETAP LAWAN?'
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Laporan Sinar Harian, hasil kekayaan untuk membina mahligai mewah itu datangya daripada tabungan ketika berkhidmat di dalam kerajaan dan hasil penjualan dua buah rumahnya sebelum ini.
Wang simpanan isteri dan pemberian dana oleh empat orang anaknya turut digunakan untuk pembinaan itu.
Fauzi turut mengaku memang ada tunjuk perasaan oleh penduduk kawasan bagi membantah pembinaan mahligai itu. Namun beliau tidak mengendahkan bantahan itu, sebaliknya tetap meneruskan pembinaanya.
Bantahan dibuat berikutan pembinaannya terletak di kawasan riadah penduduk di situ. Lokasinya juga tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka.
Yang menghairankan, Fauzi gagal untuk mendedahkan jumlah nilai kos yang digunakan untuk membina mahligai itu. Sudah tentu rakyat mahu tahu berapa jumlahnya.
Jika beliau telus dan jujur, tiada apa yang perlu dirahsiakan. Dengan hanya memberi alasan tanpa bukti kukuh sudah pasti akan mengelirukan rakyat. Rakyat tidak boleh ditipu!
Fauzi mendakwa kononnya mahligai itu baru sahaja disiapkan selepas tertangguh lama. Kenapa rumah itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya selepas beliau menyertai PAS???
Selain itu juga, Fauzi tidak perlu lari daripada menjawab soalan berkenaan jumlah imbuhan yang diterimanya untuk berceramah. Sikap mendiamkan diri, akan menguatkan lagi dakwaan dan spekulasi kononya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah.
Adakah dengan tidak menyatakan jumlah imbuhan itu bertujuan untuk tidak mengecilkan hati penceramah-penceramah yang lain? Ini kerana penceramah seperti Abby Abadi hanya mendapat sekitar RM2,500 sahaja?
Jadi, Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.
Rakyat juga mahu tahu, adakah wang imbuhan yang dibayar oleh PAS untuk berceramah turut digunakan untuk menyiapkan pembinaan mahligai mewah itu?
Ini kerana, umum percaya bahawa hasil wang derma dalam ceramah PAS digunakan untuk membayar penceramah?
SETELAH pemecatan Nasharudin Mat Isa dari jawatan sebagai ahli Majlis Syura PAS semalam (bukan 13hb Januari), semakin banyak pihak tampil mendesak agar Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik bagi menggantikan Nasharudin.
Sebagai makluman, perlantikan ahli Majlis Syura Ulama, mengikut perlembagaan PAS adalah selaras dengan Fasal 7 (4), seperti dinyatakan dibawah:-
Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.
Dari apa yang penulis diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mencadangkan nama Mat Sabu untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Walaupun kerusi dalam Majlis Syura Ulama PAS hanya dikhususkan untuk golongan ulama dalam parti tersebut, tapi penulis tidak melihat sebarang masalah untuk Mat Sabu dilantik ke jawatan tersebut kerana perwatakan beliau memang cukup sifat seperti seorang ulama, berkopiah dan berjubah, cuma tidak pernah berserban.
Beliau juga dikenali mampu berhujah dengan begitu baik sekali, termasuk keupayaan memetik ayat-ayat al-Quran tertentu.
Selain itu, ketokohan Mat Sabu sebagai pemimpin masyarakat sudah diketahui umum, walaupun sekarang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Pengalaman bertahun-tahun sebagai ahli parlimen sebelum ini telah menjadikan Mat Sabu seorang yang popular dan disenangi masyarakat.
Maka itu, sewajarnyalah beliau dilantik ke jawatan tersebut seperti mana yang telah dicadangkan oleh Anwar kepada Nik Aziz semalam.
Kedudukan Mat Sabu dalam Majlis Syura Ulama PAS juga sangat penting kerana Majlis itu perlu dibebaskan dari fahaman keagamaan yang kolot dan ketinggalan zaman. Buktinya, sebagai badan tertinggi PAS, banyak keputusan Majlis tersebut baru-baru ini yang tidak selari dengan prinsip kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Contohnya, dalam soal penggunaan kalimah Allah.
Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang sendiri sudah memberikan persetujuan untuk kalimah tersebut digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu, Majlis Syura Ulama (dimana Hadi adalah salah seorang ahlinya), membuat keputusan bertentangan.
Seterusnya menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Bahkan, Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh menyifatkan keputusan Majlis Syura itu sebagai "memperjudikan undi bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat".
Penulis percaya, peranan yang bakal dimainkan Mat Sabu nanti dipercayai mampu memulihkan persepsi rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat menerajui negara pasca PRU ke 13 nanti.
Nasib baik bagi kita semua, ahli Majlis Syura PAS tidak dipilih secara demokrasi seperti mana Ahli Jawatankuasa Pusat, tapi perlembagaan PAS seperti dinyatakan di atas, selain sokongan penuh Mursyidul Am. Dengan hubungan erat antara Anwar dan Nik Aziz kebelakangan ini, penulis percaya, Mat Sabu akan di lantik ke jawatan tersebut.
Kalau Nik Aziz boleh memecat Nasharudin setelah mendapat nasihat Anwar, kenapa Mat Sabu tidak boleh dilantik bagi menggantikannya? Logik mudah.
Penulis berharap dengan kehadiran Mat Sabu, Majlis Syura Ulama PAS selepas ini mampu bertindak lebih baik lagi dalam meningkatkan martabat Pakatan Rakyat dan PAS sendiri di mata masyarakat.
Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu. Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad.
Menurut sumber, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.
Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.
Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula bandar Kuching and Sibu daripada DAP.
Nik Aziz, kata wanita kena cerai sebab bermasalah... mungkin gurauan manja Nik Aziz ini ditujukan juga kepada Abby Abadi kot :)
Kenyataan itu dibuat ketika mempertahankan pendirian Pas berhubung pemecatan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sekaligus dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan semua wanita yang menjadi janda akibat diceraikan suami semuanya dikalangan golongan wanita yang bermasalah.
"Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.
Ok... betulah tu kot.... Mengikut apa yang dikatakan oleh Nik Aziz... Abby Abadi ni memang janda bermasalah... Aku pun tak tau apa masalah janda ni....
Tweet Abby : "Kami 'Cybertrooper Allah'...
Kalau ye pun nak berdakwah... agak-agak la sikit.... Kata 'Cybertrooper Allah' Tapi bulu kening bercukur! Apa celop toq!
Ce citer ce citer... pasal bulu kening ni.. teringat balik kes Abby kena perli di twitter dengan gelaran 'Ustazah cukur bulu kening'.
Semuanya berpunca dari kenyataan Abby dalam twitternya yang menyifatkan teguran terhadap dirinya kerana mencukur bulu kening itu sebagai satu lawak jenaka.
Tidak ada yang kelakar atau lawak jika perkara yang ditegur itu melibatkan soal hukum Allah. Lagi-lagi hal yang melibatkan perbuatan mengubah ciptaan Allah yang maha sempurna.
Mejoriti ulamak berpendapat, hukum mencabut atau mengcukur bulu kening adalah haram. Tapa tak tahulah pula kalau ada ulama-ulama dalam parti Islam Pas yang disertai Abby itu ada mengeluarkan fatwa yang berlainan.
Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadith Riwayat Muslim)
Diharap selepas ini Abby pergi berjumpa dengan pakar bulu, dan bertanya bagaimana hendak menumbuhkan kembali bulu kening yang telah dicukur sejak sekian lama sejak bergelar artis. Bukan apa, takut nanti bulu kening yang dicukur itu segan nak tumbuh semula.
Meneliti perkembangan terbaru Nasharudin Mat Isa – selepas dipecat keahlian dalam Majlis Syura Ulama PAS dan tidak disenaraikan bertanding dalam PRU 13, timbul persoalan : Ke mana haluan bekas Timbalan Presiden PAS itu.
Adakah beliau akan terus kekal jadi beg tinju dalam PAS atau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut?
Mengenali Nasharudin yang sentiasa memegang prinsip, beliau tidak mungkin keluar parti dan perkara ini sudah ditegaskan ahli parlimen Bachok sebelum ini ketika desas desus beliau akan dipecat dari parti ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak menyenangkan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.
Nasharudin tidak mungkin meninggalkan parti dan tidak mungkin menyertai UMNO –itu ramalan yang selamat.
Namun siapa tahu kemungkinan beliau dipecat sebagai ahli PAS pula selepas ini.
Hubungan baik beliau dengan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diertikan bahawa beliau akan menyertai UMNO kerana pembabitannya tiada kaitan politik sebaliknya dalam konteks agama dan perpaduan.
Buat sementara, beliau pasti memilih kekal dalam PAS walaupun ada kemungkinan parti tidak akan memandangnya walaupun dengan sebelah mata.
Kekal dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu bermakna beliau akan terus jadi modal kritikan pemimpin tertentu PAS yang dikenali geng Anwarinas kerana condong memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apatah lagi Nasharudin sudah menegas bahawa perjuangan mendaulatkan Islam akan diteruskan dan beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mengutamakan perkara itu.
Namun bagai pepatah, jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Beliau tentu tidak hairan segala kecaman daripada mereka yang dulunya menganggap beliau rakan seperjuangan kerana Nasharudin lebih bermaruah daripada mereka.
Seandainya Nasharudin terus dengan kritikan dan teguran ikhlas terhadap parti, PAS tiada pilihan lain kecuali memecat keahliannya.
Gambaran tindakan itu sudah terbayang dalam benak fikiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menghadapi nasib hampir sama dengan Nasharudin.
Malah Presiden Jalur Tiga (JATI)itu menyifatkan pemecatan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak memeranjatkan.
Kata beliau, tanda-tanda pemecatan tersebut jelas ditunjukkan oleh PAS sejak dari awal kelantangan Nasharudin menegur parti itu dan yang terbaru sekali lagi melihat keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan program kerajaan.
"Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.
"Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut Hasan berkata keputusan Majlis Syura ini menjadikan parasit parti dan Anwarinas yang telah lama mencari peluang menjatuhkan Nasharudin dapat menarik nafas panjang kerana selama ini cita-cita mereka dihalang oleh kedudukan Nasharudin dalam badan itu.
Malah kata beliau, kedudukan Nasharudin kini yang hanya kekal sebagai ahli PAS bakal menjadikannya menerima nasib yang sama seperti Hasan sendiri, iaitu dipecat dari parti.
"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.
"Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor,"ujarnya.
Jika jodoh Nasharudin dengan PAS sudah berakhir bab kata Mursyidul Am PAS, suami isteri pun boleh bercerai..siapa agaknya pilihan hati Nasharudin?
Ambil kira kenyataannya bahawa beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mendaulatkan Islam, tidak mustahil Nasharudin akan menyertai JATI pimpinan Dr Hasan.
Lagipun, Dr Hasan dan Nasharudin memang rapat sejak dahulu malah ketika parti memecatnya dan kerajaan Selangor mengugurkan jawatan Exco, Nasharudin hadir di rumah Dr Hasan menyatakan sokongan peribadi.
Tentu menarik melihat kerjasama mereka berdua khususnya untuk memartabatkan Islam.
Lagipun, sudah ramai pemimpin dan penyokong PAS bersama-sama Dr Hasan dalam JATI.
Cuma mungkin yang tidak lena tidur kelak adalah pemimpin-pemimpin PAS kerana Dr Hasan dan Nasharudin yang dulu kawan kini bakal jadi lawan.
Gambar muslimah sedang mendengar syarahan di dalam gereja ini sudah tersebar di ruang internet sejak semalam lagi... namun sehingga kini masih belum dapat kebenaran apa sebenarnya yang berlaku ditempat kejadian.
Menurut sumber ada yang mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi.
Mungkin juga gambar ini menunjukkan hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing.
Atau pun mungkin sebab gambar ini, Lim Guan Eng berusaha bersungguh-sungguh untuk memasukkan nama Allah ke dalam Bible berbahasa Melayu?
Walau apa sekalipun diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dengan segera berhubung penyebaran gambar ini...
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS.
Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan.
Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas.
Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.
Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin.
Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka.
Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.
Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.
Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini.
Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin.
Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.
Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun.
Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.
Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI Kuala Lumpur 28 Januari 2013
Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.
"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.
Di KUCHING, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin sebagai satu tindakan yang aneh.
"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan PAS kata dia perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan PAS," katanya.
Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.
Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.
"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.
"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh." katanya kepada Antarapos.
Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.
"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.
"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.
Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.
"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.
Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur?
Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.
"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah. Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan.
"Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.
Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu.
Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.
Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.
Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.
Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
Pengunjung setia laman ini, Sman yang baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam mengesahkan kebenaran sumber yang mengatakan perkembangan terbaru adalah para pengundi Melayu-Islam kawasan Permatang Pauh menolak ahli parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam atas urusan politik, nampaknya penolakan orang Melayu terhadap Anwar sudah agak meluas di sana.
"Saya mendapat kerjasama yang cukup baik dari jiran dan saudara mara Anwar sendiri semasa di sana.Saya juga diberitahu bahawa kenduri orang kuat Anwar Pulau Pinang pun sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat, kehadhiran sangat tidak menggalakkan, walau pun persediaannya agak mega dan cuaca cukup baik.
"Sekarang saya tahu mengapa ada-ura-ura Anwar terpaksa beralih tempat untuk bertanding, beliau mungkin khuatir, imejnya akan terjejas, walau pun beliau boleh menang tapi mejoritinya akan merosot teruk,"lapornya.
Sman membuat laporan di atas ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas, Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang mendakwa ahli akar umbi Pas menolak Anwar di Permatang Pauh kerana kecewa dengan pendirian Ketua pembangkang itu dalam isu kalimah Allah.
Menjawab soalan dari Azizah Ahmaf yang mendakwa kes liwat dan video seks Anwar tertolak kerana tiada empat saksi, Sman berkata, Islam adalah agama yang adil kepada semua penganutnya.
Katanya, hukum Islam bukan semata-mata bergantung kepada surah An Nur tentang 4 saksi, tetapi juga bergantung kepada kaedah-kaedah lain.
"Perdalami ilmu ugama kamu, apakah itu satu-satunya hukum Islam yang patut dipatuhi?. Bagaimana dengan Hukum takzir sebagai alternatif dalam keadaan ketidaan 4 org saksi.
"Dalam isu video seks -Islam adil dan sesuai pada setiap masa, apakah tidak boleh diterima jika 4 orang pakar muslim boleh mengesahkan bahawa video seks yang ditayangkan adalah tulin dan pelakunya ada benar orang yang berkaitan?.
"Kalau pun, kita tidak dapat menghukum dengan hukum Hudud, bolehkah setidak-tidaknya kita menjauhi individu yang di 'syaki' melakukan perbuatan maksiat tersebut supaya terjauh dari dosa bersubahat?,"katanya.
Tentang tuduhan meliwat 2, Sman mendakwa beliau antara orang yang 'dekat' dengan Anwar dalam kes tersebut.
"Dalam kes sodomi 2, saya adalah org 'dekat' dengan kes ini, dan saya mengetahui dengan jelas perkara ini dari sebelah 'mangsa'.
"Saya juga mendengar sendiri penjelasan Anwar dalam perkara ini,kerana beliau tahu saya tahu isu ini.
"Akhirnya saya membuat kesimpulan saya lebih percaya kepada mangsa dari Anwar. Apatah lagi setelah isu video seks terbongkar,ianya cukup jelas menganai aktiviti sebenar Anwar. Bukana fitnah dan bukan konspirasi,"katanya lagi.
Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?
Orang Pas tidak boleh pergi ke kenduri orang UMNO...haramm, orang Pas tidak boleh makan makanan sembelihan orang UMNO...harammm!! Sekarang apa dah jadi orang Pas sudah duduk makan bersama DAP tak HARAM!!!!
Amanat ini dipetik daripada ucapan YB. Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.
Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah puak-puak PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.
Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jemaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.
Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga. Akhbar Berita Harian 19hb. Julai 1982 juga turut menyiarkannya. Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu.
Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan. Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB. Haji Abd. Hadi Awang (Sahabatnya sendiri) ini.
Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu. Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB. Hj. Ab. Hadi tiba-tiba bangun dengan bongkaknya mencelah, "Itu memang benar ucapan saya"
Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.
Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.
Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.
Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.
Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa. Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.
Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab. Hadi Awang 07.04.1981.
YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHIDnya dulu (Rakaman video masih ada).
"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan tanpa dikafankan hanya dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid" (YB. Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).
Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh Nik Abd. Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan Nik Ab. Aziz, dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".
Akhinya Haji Hadi sedar bahawa perjuangan membangunkan negara Islam tiada dalam AlQuran demi untuk ke Putrajaya mereka membatalkan perjuangan Islam Pas selama ini kepada perjuangan negara kebajikan sahaja.
Yaaaa HJ Hadi Awang!!! Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?
Beberapa kawan e mail saya menanyakan kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang dilihat rapat dengan kuffar sedangkan pada masa yang sama dia terlalu zalim ke atas saudara seIslam sendiri.
Jawapannya dalam fikrah Wahhabi dan Syiah, mereka didokrinkan untuk berbaik dengan Nasrani dan Yahudi tapi pada masa yang sama mereka akan memusuhi Islam. Sebab utama ialah Syiah yang diasaskan Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi) di zaman Saidina Ali dan Wahhabi yang diasaskan oleh Ibn Tamiyyah dan dibimbing oleh Mr Hempster/ Lawrence Of Arabia (seorang perisik British berbangsa Yahudi) adalah liberalisasi ugama oleh kaum Yahudi bagi memusnahkan Islam dari dalam.
Sebab itu kita tak hairan Nik Aziz dilihat mesra dengan Karpal Singh menyambut hari lahirnya dan pada masa yang sama menyepikan diri dari sambutan Maulidul Rasul (Hari lahir Nabi Muhammad SAW)
Harijadi sendiri disambut, Maulid Rasul pula difitnah bidaah!
Pembersihan golongan Islam ASWJ dalam PAS bermula pada tahun 1978 bila krisis Ulama- Asri Haji Muda mengakibatkan naiknya kepimpinan Wahhabi -Syiah sebagai suara utama dalam Dewan Ulama PAS
Sebab itulah PAS tidak pernah senang hati bila ada beberapa orang cuba menegakkan ugama Islam mengikut Islam acuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Islam ASWJ ).
Krisis ini semakin melebar bila PAS berkroni dengan DAP demi kuasa dalam Pakatan sejak PRU 2008. Beberapa artikel saya yang terdahulu telah mendedahkan siapa sebenarnya yang mengawal Harakah iaitu akhbar lidah rasmi PAS di SIAPA MILIKI HARAKAH
Maka kita tak hairan kalau kedua tokoh yang memperjuangkan Islam dan cuba menyatukan umat Islam diBERSIHkan- rujuk perkataan "screening" yang bermaksud memBERSIH dalam artikel di bawah:-
Rujuk juga komen kuffar yang sangat gembira bila Ustaz Nasha diBERSIHkan dari Majlis Syura (mungkin mereka berharap dia akan terus di BERSIHkan dari PAS akhirnya)
Sebab itu saya kata kini perjuangan PAS telah lari dari matlamat memperjuangkan Islam.. kini PAS telah sahih dilihat menyokong perjuangan kaum kuffar-sebab utama kenapa ini berlaku ialah kerana kepimpinan PAS berfikrah Wahhabi dan Syiah!
Atas sebab itu juga kebanyakan Fatwa PAS berbaur Wahhabi dan Syiah dan merugikan umat Islam di Malaysia
Mungkinkah selepas ini PAS akan memBERSIHkan Haron Din pula? Jika ini benar benar berlaku ia satu rahmat kepada umat Islam di Malaysia kerana akhirnya warna PAS terserlah.....iaitu memperjuangkan agenda Kuffar dan merosakkan Islam dari dalam. Tahniah PAS!
PM Najib tak disenangi Yahudi dan kroninya bila mengunjungi umat Islam di Wilayah penaklukan Yahudi di Gaza. Nasha berada di sebelah Najib
Satu pertandingan catur pelbagai peringkat umur akan berlangsung di UTP Tronoh bermula Jumaat ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera secara online, tarikh tutup pendaftaran ialah jam 12.00 malam esok.
Bloggers Pas Taiping dan Bukit Gantang telah membuat fitnah mengenai bantahan Ngo terhadap isu Mat Indera dan lawatan Dr Zambry ke Taiping Sabtu lepas.
La ni hangpa tolong dengaq nooo!!!
13 laporan polis telah dibuat oleh beberapa NGO semalam di IPD Taiping bagi membantah majlis memperingati kematian Mat Indera yang dihukum gantung di penjara Taiping pada 30 Januari 1953.
Dalam laporan itu tidak melibatkan parti Umno atau mana-mana komponen Barisan Nasional. Penjelasan ini adalah kerana ada pihak yang menyatakan ia adalah didalangi oleh Umno Taiping. Ini adalah satu fitnah yang sangat kotor dari pihak Pas.
Malah sewaktu program lawatan Dr Zambry, TM tidak pernah menceritakan hal repot ini kepada Dato Shalimin dan Dato Zahir atau mana-mana ahli komponen BN seperti Mic, Mca , PPP dan Gerakan yang ada ketika itu.
Orang yang bertanggung jawab membangkitkan bantahan ini ialah blogger Taipingmali setelah membaca berita bahawa satu majlis akan dibuat oleh Pas di Kamunting berdasarkan laporan dalam Harakah online dan blog Cikgu Din Sisi bukit. Tindakan TM ialah menghubungi beberapa Ngo dan rakan-rakan agar membuat bantahan dengan membuat repot di balai polis.
Cikgu Din Blogger Sisi Bukit.
Harap blogger Mat Zam Tok Lah dari Bukit Gantang jangan gatal mulut dok memfitnah Umno Taiping. Beberapa hari ini nampaknya blogger Mat Zam Tok Lah sakit hati dengan lawatan Dr Zambry dan dalam blognya pelbagai fitnah dilemparkan kepada Dr Zambry mengenai lawatan beliau.
Jangan buat fitnah wahai cai Pas.
Fitnah lain yang mengaibkan ialah apabila menuduh Dr Zambry mengecewakan Penduduk Kampung Expo kerana membatalkan lawatan ke Masjid Kampung Expo untuk menyampaikan bantuan mangsa banjir.
Pusat Khidmat Dun Kamunting
Sebenarnya penerima bantuan banjir telah dipindahkan ke pusat khidmat Adun Kamunting, seramai 32 orang terlibat termasuk dari Taman Kamunting Aman.
Masjid Kg Expo tak ada buat apa-apa persediaan dan sambutan pun, habis solat zohor, masjid ditinggalkan kosong, malah pengerusi Masjid Kg Expo Penghulu Azam ada bersama-sama Dr Zambry di Masjid Jamek Kamunting dalam majlis penyerahan 3 buah Van Jenazah. Beliau juga menerima sumbangan kewangan daripada Dato Shalimin untuk Masjid Expo.
Pengerusi Masjid Kg Expo menerima wang bantuan untuk masjid
Penghulu Azam juga berada di pusat khidmat Dun Kamunting menyaksikan majlis penyampaian sumbangan dan bantuan seperti bantuan beg sekolah, penyampaian geran hak milik tanah kepada pekedai-pekedai yang menetap di Lorong 1 hingga Lorong 4 pekan Kamunting Lama.
Gembira menerima geran hak milik
Malah Penghulu Azam juga di jemput untuk duduk berbincang dengan Dr Zambry secara tertutup dalam pejabat YB Zahir. Segala jadual dan program Sabtu lepas adalah disusun oleh Pejabat Daerah Taiping dan janganlah pandai-pandai buat fitnah oooiii!!!!
Dalam Lawatan Turun Padang 'walkabout' Dr Zambry ke Taiping pada Sabtu lepas, salah satu acara yang dihadiri beliau ialah ke Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan SPNB di Kampung Ulu Tupai.
ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur kawasan yang seluas 35 ekar itu dengan sistem perparitan, jalan raya dan lain-lain kemudahan untuk memulihkan kawasan setinggan menjadi sebuah kampung tersusun. Jumlah geran yang diluluskan oleh Perdana Menteri ialah RM 3 juta .
Sebuah rumah mesra rakyat yang berkeluasan 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur hanya berharga RM 65 ribu tetapi peserta hanya perlu membayar RM 40 ribu sahaja tanpa dikenakan sebarang cas atau faedah oleh bank, selebihnya adalah subsidi kerajaan.
Sebanyak 40 permohonan diterima oleh SPNB dan 9 permohonan ditolak dan hanya 31 permohonan diluluskan.
Jumlah rumah yang terdapat di Kg Ulu Tupai ialah 180 buah dan sebahagian dari mereka sudah pun membina rumah baru daripada batu batu setelah mendapat kelulusan dan hak milik tanah.
George Town, 27 Jan 2013 - Sekumpulan 20 orang terdiri daripada ahli SUARAM, ALIRAN dan Citizen For Independent Journalism (CIJ) berhimpun di sebuah taman permainan di Padang Kota Lama dekat sini dalam satu sesi yang dinamakan "Holy Book Reading".
Sesi yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa personaliti NGO seperti Melanie Yong, bekas Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Soh Sook Hwa, aktivitis SUARAM. Seah Ho, Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Anil Netto, Bendehari ALIRAN yang juga merupakan salah seorang penulis Herald-The Catholic Weekly. Turut kelihatan ialah seorang pelakon yang juga aktivis teater, Mislina Mustafa selain dari seorang wanita Jerman dan seorang wanita Cina mualaf.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kumpulan ini turut menyentuh kononnya perkataan "Allah" telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia ini. Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan negara Islam adalah tidak elok untuk umat Islam di negara ini manakala hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor penduduk yang berbilang kaum.
Isu bible versi Bahasa Melayu juga turut disentuh di mana mereka secara berlapik mempertikaikan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang menggesa agar bible seumpama itu dibakar.
Ketika sesi itu berlangsung, kumpulan itu turut mempamirkan beberapa plakad / risalah yang tercatat dengan perkataan, "Read it, not burn it!! We respect othet religion!!", "Tolerance and respect other are the basics of peace" dan "Holy is full of holes".
Apa yang menarik, aktiviti anjuran CIJ dengan kerjasama Penang Office Of Human Development (POHD) dan SUARAM Pulau Pinang melibatkan penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ini, kononnya dikatakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman serta perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pegangan agama.
Namun begitu, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi itu yang lebih tertumpu terhadap persoalan melibatkan agama Islam termasuk isu kalimah Allah yang didakwa telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia, jelas memperlihatkan kumpulan berkenaan mempunyai agenda tersembunyi ke arah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain. Lebih dari itu, apa yang diketengahkan boleh mengelirukan dan diyakini mempunyai niat tertentu atau setidak-tidaknya ke arah untuk "menghalalkan" penggunaan kalimah Allah dalam bible.
Inilah di antara agenda Yahudi di seluruh dunia yang amat merbahaya dan matlamat mereka amat jelas mahu menghancurkan Islam di muka bumi ini. Sebagaimana yang diketahui umum Yahudi akan menggunakan apa saja cara untuk menjayakan agendanya termasuk menggunakan sesiapa saja samada individu mahupun pertubuhan-pertubuhan yang telah diresapi oleh anasir-anasirnya. Apa yang menarik untuk diperkatakan, siapakah dan apakah kelayakan mereka yang hadir itu untuk memperkatakan serta membicarakan hal-hal berkaitan agama Islam? Adakah Mislina Mustafa seorang yang benar-benar berpengetahuan tinggi tentang agama Islam? Mislina Mustafa misalnya, kalau dilihat dari segi penampilan diri serta caranya berpakaian... nauzubillah.. Tak payahlah nak kata "don't judge the book by it cover?" Kelompok yang beginilah yang mudah menjadi alat serta diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam!
Sudah sampai masanya umat Islam perlu bersatu. Sudah sampai masanya umat Islam perlu berdepan dengan puak-puak laknatullah ini. Ketepikan persoalan remeh temeh dan pemikiran politik sempit serta jumud. Semoga kita sentiasa diredhai serta dirahmati Allah. Sumber dari tokjen. blogspot.com
TAIPING 28 Jan 2013. – 13 Laporan polis telah dibuat oleh beberapa wakil NGO di Ibu Pejabat Polis Taiping pada jam 3.00 petang tadi bagi membantah majlis memperingati Mat Indera yang mati digantung di penjara Taiping 60 tahun lalu. Pas Taiping dan Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angakatan Tentera (KERABAT) Cawangan Kamunting bertanggung jawab dalam majlis ini.
Majlis Memperingati Kematian Mat Indera secara tidak langsung mengangkat serta mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan realitinya dan umum mengetahui bahawa Mat Indera adalah pendokong serta terlibat dengan gerakan komunis
Majlis tersebut akan memberi impak negatif terhadap generasi muda pada masa kini dan akan datang. Kerabat dan Pas Taiping cuba memanipulasikan serta memutar belitkan fakta sejarah negara dengan mengagungkan petualang bangsa, agama dan negara.
Kerana politik sempit Mat Sabu yang menjadi tunggangan Dap ( Lim Guan Eng) beliau sanggup mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dalam usaha meraih sokongan politik menjelang PRU 13.
Tindakan Pas dan Kerabat ( pertubuhan yang tidak didaftarkan dengan ROS) dilihat sebagai satu usaha untuk menyuburkan kembali fahaman komunisme di negara ini melalui flatform politik.
Sehubungan dengan itu wakil-wakil NGO daripada 13 pertubuhan mendesak agar pihak Polis (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius perkara ini kerana wujud satu usaha baru daripada parti politik dan pertubuhan tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis di negara Malaysia yang tercinta ini dengan memanipulasikan cerita berhubung Mat Indera .
Kemunculan anasir jahat yang meracuni minda serta pemikiran rakyat melalui ideologi komunisme ini wajar dikenakan tindakan tegas. Ngo yang membuat laporan tadi meminta pihak Ketua Polis Daerah Taiping supaya tidak meluluskan serta tidak membenarkan majlis tersebut diadakan pada esok hari demi menjaga kesejahteraan , keamanan dan melindungi penularan ideologi komunisme cara baru.
Kubur Mat Indera di Taiping
Binaan tambahan yang dibuat baru-baru ini oleh Pas sesuai untuk dijadikan tugu peringatan
Sempena majlis tersebut pihak Pas dan Kerabat telah pun membersih dan menambah tembok di kubur Mat Indera.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Pas sudah dijangka namun cara Pas memecat bekas timbalan presidennya umpama melaksanakan keadilan Jahilliah.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden, dipecat Umno kerana kesalahan seksual (liwat) namun Nasharudin Mat Isa, bekas timbalan presiden, dipecat oleh Pas kerana menegur pimpinan parti agar membela kalimah Allah. Ianya sungguh berbeza antara Umno dan Pas.
"Umno memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri dalam mesyuarat Majlis Tertinggi manakala Pas langsung tak panggil Nasha hadir mesyuarat majlis syura, terus pecat saja. Tak bagi surat tunjuk sebab atau notis penamatan perkhidmatan pun.
Keadilan Pas umpama keadilan style abu jahal. Kalau dalam berorganisasi pun Pas gagal melaksana keadilan kepada pemimpin dan ahlinya, masakan Pas boleh beri keadilan kepada rakyat kalau Hudud Pas dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dalam sistem keadilan Islam, mereka yang dituduh berhak membela diri namun dalam sistem keadilan Pas, yang tertuduh tak diberitahu apa tuduhannya, hakim terus bersidang dan terus buat keputusan.
"Pecat - pecat - pecat, merupakan fenomena Abu Jahal di zaman Haji Hadi Awang menjadi Presiden Pas," tambahnya lagi.
Saya begitu teruja dengan kenyataan seorang pakar ekonomi sebuah bank, yang akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan reputasinya dan membuat kenyataan fitnah mengenai "integriti dan kredibiliti" beliau dalam prestasi kerjayanya. Ini berhubung dengan kenyataannya dalam satu forum ekonomi di negara jiran, bahawa BN akan kalah dalam PRU 13.
Analisa beliau adalah, pertama; BN kalah tipis dan kemenangan untuk PR. BN hanya mendapat 97-107 kerusi parlimen, manakala PR, 115-125. BN gagal untuk menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. BN kalah teruk di Melaka, Sabah dan Sarawak, begitu juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis. BN menang tipis di Pahang dan Johor.
Kedua, BN menang tipis. Hanya mendapat 112-122 kerusi parlimen. PR mendapat, 100-110. BN gagal menawan semula negeri-negeri yang sekarang ini di bawah PR. BN kalah di Perak dan Negeri Sembilan.
Ketiga, BN kalah teruk. Hanya mendapatkan 82-92 kerusi parlimen. Kemenangan besar PR, dengan 130-140 kerusi parlimen. BN gagal mendapatkan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kalah teruk di Sabah dan Sarawak, juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang. Menang tipis di Johor dan Melaka.
SEBAHAGIAN daripada umat Islam yang bermunajat dan berdoa demi penyatuan ummah anjuran Majlis Perundingan Melayu di hadapan Masjid Putra, Putrajaya awal pagi ini. - UTUSAN
PUTRAJAYA 26 Jan. - Hampir 1,000 orang umat Islam bermunajat dan berdoa demi merapatkan ukhuwah Islamiah serta perpaduan ummah dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Putra di sini hari ini.
Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dihadiri oleh para jemaah pelbagai lapisan umur itu mendirikan qiamullail seawal pukul 4.30 pagi didahului solat sunat tahajud, solat sunat hajat, dan solat sunat witir.
Seterusnya diikuti dengan solat subuh, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, tazkirah dan bacaan zikir Istighasah beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum program itu berakhir pada pukul 8.30 pagi.
Setiausaha MPM, Dr. Hasan Mad berkata, matlamat utama penganjuran adalah meminta pertolongan luar biasa daripada Allah bagi menyatukan umat Islam agar dilindungi daripada bencana dan musibah disebabkan perbalahan yang sering timbul.
"Perlu diingatkan, program ini tiada kaitan dengan politik mahupun sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, jika ada ahli politik yang hadir sekalipun beliau akan dianggap sama dengan jemaah lain," katanya dalam sidang akhbar selepas program itu selesai.
Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Istighasah al-Kubra, Datuk Seri Isahak Yeop Mohd. Sha dan Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.
Program anjuran MPM itu mendapat kerjasama daripada Masjid Putra dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Hasan berkata, lebih ramai lagi jemaah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik akan diundang untuk menghadiri program itu pada masa hadapan.
Beliau menyifatkan program itu berupaya menjadi sebuah gelombang untuk mengenepikan apa jua perbezaan ideologi politik dan perbalahan.
Pada masa sama, beliau berkata, program itu akan diperluas ke masjid-masjid negeri dan daerah terutama di Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor. - UTUSAN
Panglima sangat menyokong program seperti ini dan harap ia akan menjana pertolongan luar biasa Allah Taala kepada umat Islam di Malaysia agar selamat dari fitnah akhir zaman.
KUALA LUMPUR, 28 Jan - Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.
"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.
UMCEDEL Research: Why Chinese Prefer Anwar To Be PM?
UM Centre Of Democracy And Election (UMCEDEL) once again ran a survey regarding the election on December 26, 2012 until January 11, 2013 which involves 1409 respondents. Prior to that, they did the same survey involving 2282 respondents from March 31, 2012 - April 15, 2012 and 1536 respondents from September 1, 2012 - September 16, 2012. UMCEDEL previously discovered that 50% chooses BN and 30% remain undecided. However, BN supporters did not really take the results seriously because they take UMCEDEL as same as Merdeka Center, a research centre which is led by foreign party and it cannot be trusted. And with the background of UMCEDEL's Director, Professor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, the former President if ABIM who is still loyal towards Anwar Ibrahim and seems open with the idea of liberalism. Besides that, Prof. Redzuan is also questioned regarding his credibility in handling political census considering that he is from the Faculty if History and Literature. Thus, when he announced that the recent survey found that there is a decline in support towards BN, it is expected. It is just a standard strategy for Merdeka Center to show declining support as General Election comes closer to bring down BN's moral, and it is UMCEDEL's responsibility to do the same. However, to be fair, we should have an open mind and accept the findings presented by UMCEDEL, which showed that 78% from 1409 respondents have their doubts on BN on issue of integrity and power abuse and from the 78%, 95% of the respondents are Chinese, showing signs that component party, MCA, will be facing a tough challenge in getting back their seats. What is more interesting is that, NFC issue, Lynas and Deepak is also said to be a huge issue among rakyat and it could become a possible threat for BN. While for the opposition, the issue which becomes priority for rakyat would be the internal conflict. However, it is surprising that only 59% takes it as the main issue, while 21% is not sure and another 20% do not care if their government often fight among one another. Issues such as PTPTN, free tolls and reduce oil price shows that 50% respondents believe that opposition will be able to fulfil their promise. Thus, showing that Malaysians still fail to understand the logical explanation on the logic of managing the country's and global economy to believe that the could do such a thing without having to suffer financial crisis in such short notice. Whatever it is, if we are to consider that the 1409 respondents are the voice of rakyat, then one thing which we would have to look on would be the Chinese's tendency to choose PRm or accepting Anwar Ibrahim as the Prime Minister. Support from the Chinese towards PR, or Anwar Ibrahim if true, is seen through the factor of PR's characteristics which is liberal and that they are prepared to abolish the 'Islamic State' clause in the constitution as well as getting rid of Malay rights. Moreover, PR is also known to be supporting Christians activities as well as their openness towards LGBT group. Even though PAS is supposed 'balance' things out on PR's liberalism, everyone knows that PAS's voice does not matter in the coalition. PAS cannot do anything other tha objecting the matter with their mouth, or their best, step on DAP's flag. That is about it. This is because PAs is scared if they are kicked out from PR. The fact is, PAS cannot put their hope on PKR to help then defend Islam even though the party is led by Anwar Ibrahim, a Muslim Malay. Anwar is a pluralist, liberal and he is much more comfortable to be around Christian DAP than PAS. We are not surprised why the Chinese chooses PR and we are not surprised if they are willing to take Anwar as their Prime Minister. Considering that all of Anwar's secret is still in DAP's hands, UMCEDEL's survey findings may be credible after all. However, the thing which might be in question would be their motive in supporting PR because we believe that the government's integrity is not part of the issue. If that is the issue, then DAP's integrity in terms of corruption and vote rigging is a lot worse, thing goes to PKR and PAS as well. The conclusion, the Chinese choose to go with PR because PR is willing to sacrifice Islam and Malay rights. Malays chooses PR because they want to 'get rid' of corruption, even if they have to sacrifice Islam and their own race. Email
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
KENA TENGOK YOP! Video yang cerita pasal politik tong dan ngong, lucu tapi tepat apa yang dikatakan dalam klip video yang di down Load kat Youtube, paling syok siap ada ranking lagi, kalau nak tau siapa rank yang tertinggi kenaler tengok dalam klip nie...
Secara selamba klip video ni ada unsur Humor tapi dalam masa yang sama Tong dan Ngong ni mengupas pelabagai isu yang hangat ketika ni macam bendera baru, nama Allah yang dihalal oleh PAS digunakan dalam kitab bible dan digunakan dimana-mana gereja dan banyak lagi... lu kena tengok sendiri ler...
Jangan terkejut! NIZAR ada semasa Altantuya dibunuh? Lihat seperti video diatas bagaimana dia declare segala peristiwa yang terjadi dengan terperinci dengan yakin, setiap detik dan segala kejadian dia ceritakan satu persatu, betapa ramai yang menjadi saksi kepada apa yang dia katakan dalam cermah dan di angguk-angguk penonton yang kita tarafkan diLEMBUkan oleh si Meroyan nie
Rakyat Perak amnya sudah tahu bagaimana si nizar nie paling kuat berbohong, menjaja pembohongan dengan fitnah merata-rata tanpa pedulikan siapa yang dia berbohong dalah bangsa dia sendiri... Oppss bukan bangsa betui Melayu tapi dia kan Pan Asian sikit macam cine sikit pun tarak melayu, Meroyan nie nampaknya paling banyak berbohong dalam siri ceramahnya, tak serik-serik dah banyak kali kantoi tapi masih terus berbohong. Apa sahaja untuk populariti dirinya segala dosa dan berbohong tak diendah lansung, bukan setakat itu malah setiap kali ceramah bakal ada fitnah dari mulut neraka nizar nie
Tengok video diatas bagaimana dia menceritakan altantuya dibunuh, macam dia yang ada semasa pembunuhan tersebut, bukan setakat itu sahaja pembunuhan altantuya dikaitkan dengan Rosmah dan Najib yang tah mana pulak kait mengaitnya dengan pembunuhan ini?
Apa pun seperti yang kita dah duga bila Anwar dalam dendamnya bila pendedahan aibnya diketahui oleh rakyat dan sebagai membalasnya dia juga mengerahkan segala bala tentera yang dilembukan agar fitnah juga kepada pemimpin yang ada termasuk Najib sendiri bagi mencalar dan memburukan imej pemimpin negara yang sebenarnya tidak seperti dia yang hebat kelakuan membalun M or F, China or Coffee Boy, yang peliknya terbongkar seperti PAS juga dilembukan merata-rata di jalan, padang stadium dan lain-lain
Macamana pun teman bersyukur bila Allah swt tunjukan kepada rakyat dengan pendedahan pelbagai peristiwa yang dilakukan oleh Jenin PM nie, Alhamdulillah kalau lah sebelas bulan pun perak dinerakakan Masyallah apa akan jadi kalau sepenggal pulak?
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jika selama ini kita ada Bapa Kemerdekaan, Pembangunan, Perpaduan,Pemodenan, Pembangunan Modal Insan, JK kira YB DS Najib wajar digelar Bapa Transformasi atas dasar pemerintahan beliau yang sangat dekat dengan rakyat, mendengar keluh kesah rakyat, seterusnya mengtransformasi kehidupan rakyat Malaysai dengan pelbagai langkah yang proaktif lagi kritis. Ini dapat dilihat dengan cara beliau yang sangat wasatiyyah biarpun diherdik dengan caci dan maki yang dipelopori oleh pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Melalui Anwar si pengkhianat negara ini, rakyat yang terpengaruh disuruhnya menjadi keldainya dengan berdemo di sana sini, menjadi kurang ajar dan mengheret keluarga Najib dengan panggilan yang kurang enak didengari serta macam-macam lagi! Namun, Najib sentiasa beristiqamah dan lebih kerap beliau dicaci pembangkang, lebih banyak lagi sokongan yang diterima oleh beliau daripada rakyat Malaysia yang cintakan negara dan keamanan.
Semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan negara, beliau telah menjalankan banyak langkah-langkah yang dikira dapat menyelesaikan beberapa isu berbangkit terutamanya dalam menangani fitnah yang dibawa pembangkang. Terbaru YB DS Najib telah menunjukkan sifat kenegaraannya yang tersendiri apabila meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai Kad Pengenalan (RCI) di Sabah. Modal pembangkang untuk mengutuk Najib di ceramah-ceramah mereka terbantut apabila Najib memutuskan untuk berbuat demikian. JK pasti Anwarlah insan pertama yang terkejut beruk dengan keterbukaan, keberanian dan kesungguhan PM kita ini.
Mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah. Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.
Ahli politik veteran Sabah Jeffrey Kitingan berkata bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan "memberitahu kebenaran" jika dia dipinta untuk memberiketerangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyelesaikan "Projek IC" di Sabah. "Saya gembira dia telah berkata bahawa dia tidak mempunyai masalah dalam memberi keterangan di RCI menyelesaikan sesuatu ke dalam kewarganegaraan diberikan kepada pendatang di Sabah. "Walau bagaimanapun saya berharap dia akan memberitahu kebenaran tentang peranan sendiri dalam kemelut kewarganegaraan," "Daripada apa yang saya tahu, dia sememangnya bertanggungjawab di Sabah [Umno]. Beliau adalah pengarah operasi dan terlibat secara aktif dalam projek kewarganegaraan, " katanya. "Saya sangat yakin dia tahu apa yang berlaku di Sabah pada masa itu." Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk memberi keterangan di RCI tetapi dengan cepat menambah bahawa dia juga dalam gelap mengenai projek itu.
Datuk Seri Salleh Keruak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, turut mencabar agar Anuwar agar menceritakan perkara sebenar berkenaan pendatang asing di Sabah kepada RCI Sabah.
Dia berkata demikian sambil menerangkan Anwar pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri seharusnya Anuwar mempunyai banyak maklumat mengenai perkara berkenaan. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab seperti yang dicanangkan PKR, seharusnya Anuwar memaklumkan kepada RCI Sabah sedikit sebanyak yang dia tahu berkenaan isu tersebut.
Kebaculan Anuwar terselah, apabila beliau menghantar soldadu-soldadu yang bernama dan tidak bernama untuk menyerang pucuk pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak apabila isu berkenaan pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ke Sabah dibangkitkan. Manakala DS Najib terselah keberaniannya untuk membongkar perkara sebenar apabila mengarahkan RCI ditubuhkan untuk mengkaji isu serta kejadian tersebut.
Jika benar Anwar ini kalilah sila lah cerita apa yang anda tau! Jangan dolak dalik macam pemimpin PAS dengan Kalimah Allah hehehehehehehehehehehehe
Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.
"Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
"Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.
"Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.
"Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.
Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan semua perkara dikeluarkan.
"Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua perkara ini keluar," katanya.
"Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada. Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabut memikirkan perkara itu. Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya.
Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya menggembirakan semua pihak. "Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat kerjanya dengan baik," katanya.
Isu Kad Pengenalan dan kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah satu bentuk peng"komersial"an Kad pengenalan. Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya sudah bermastautin lama di Sabah telah "mengkomersialkan" kononnya mereka boleh mendapatkan IC dengan cara mudah.
Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama "pengurus" kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.
Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.
Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Dapat dilihat, Isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.
TAWAU, SABAH - Info yang kami terima daripada Ucapan Peguam Negara dalam satu Majlis Legal Year 2013 yang sedang berlangsung. Antara jawapan Peguam Negara apabila diajukan soalan oleh Para Wartawan adalah seperti berikut:
1. RCI melambangkan sikap keterbukaan Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan pihak Kehakiman Negara dalam isu IC di Sabah.
2. Tidak ada perkara yang hendak disembunyikan sebab itulah kerajaan mengambil keputusan mengadakan RCI.
3. RCI akan menerima sesiapa sahaja untuk bercakap, sama ada benar atau tidak benar, sama ada hearsay atau pandangan, berunsur politik atau tidak, yang penting RCI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyampaikan pandangan mereka.
4. Pihak Kerajaan tidak akan mengganggu RCI menjalankan siasatan mereka. Mereka diberi kebebasan seluas-luasnya.
5. Semua keterangan yang direkodkan semasa prosiding RCI akan dipertimbangkan dan pihak RCI akan memberikan cadangan kepada Kerajaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
6. Jika terdapat kes yang melanggar Undang-undang pendaftaran, maka kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah. Oleh itu, beri peluang kepada RCI untuk mendengar semua keterangan daripada semua pihak.
Kesimpulannya semua pihak harus bersabar menunggu hasil siasatan RCI Sabah ini. Janganlah kita terpengaruh dengan pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.
Dalam artikel kali ini, MyMassa akan keluarkan bukti bahawa pemimpin PAS juga perlu di'RCIkan.
TEKA : WAJAH INDON KER WAJAH SABAHAN, DENGARKAN SUARANYA DI SINI INDON KER SABAHAN https://www.youtube.com/watch?v=bdkfkxN1E2k
PASPORT INDONESIA
"Tambuakarsaba di kasi tau yg keluarga si Lahirul Latigu ni dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an. Selepas dapat kelulusan pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga mereka berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk keluarkan Surat Beranak masing-masing. Cuba kunuk ba kamu Tinguk dua surat beranak ni. Tahun berapa lahir tapi tahun berapa dikeluarkan oleh JPN?
Ertinya, sebelum dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga ini tiada Surat Beranak atau IC! Ertinya dorang satu keluarga ni berstatus keluarga PATI.
Jadi, macam mana si Lahirul Latigu ni mengaku dapat kerakyatan Malaysia secara automatik waktu dia lahir pada 19 Julai 1976? Waktu itu ibunya belum dapat Surat Beranak lagi jadi macam mana mau bilang ibunya warganegara Malaysia waktu itu?
Lahirul mengasitau dalam Sabahkini.net pada 10 September 2012 begini:
"mengikut Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"
"Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa saya adalah Warganegara Malaysia dan Anak Negeri Sabah kerana ibu saya adalah Anak Negeri Sabah berketurunan Murut."
Waktu si Lahirul lahir 19 Julai 1976, ibunya masih belum dapat Surat Beranak atau IC. Naa..jadi, siapa kunuk ibu yang berstatus warganegara waktu dia lahir? Mengkali dia ada ibu lain?
Suruh RCI siasat keluarga ini. Tambuakarsaba pasti ibunya pun bukan original Murut sebab ada orang gitau yang ibunya ni pun orang Indonesia tapi dikasi IC Projek!
Naa..Kesian ibunya yang tidak bersalah sebab gara-gara si Lahirul dia pun ikut susah.
Satu lagi, Tambuakarsaba mau suruh RCI check fail pendaftaran Lahirul di sekolah SK Bukau, SM St John, SMK Beaufort dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tambuakarsaba pasti bangsa si Lahirul tu Buton dan bukan Murut sebab bangsanya baru jak ditukarnya dalam rekod JPN!
Tambuakarsaba ada check di Jabatan Agama Sabah borang kahwin si Lahirul. Waktu dia kahwinpun bangsanya masih Buton. Itu yang dia tulis sendiri dalam borang permohonan kahwinnya.
Yang bikin terkejut lagi, waktu si Lahirul jadi Pegawai Kastam selama satu tahun, bangsanya dalam borang itu pun Buton juga.
Kalau ndak percaya, kenapa surat beranak adiknya bangsa Indonesia? Tambuakarsaba check di JPN adiknya sekarang bangsa Buton. Macam mana pula adik-beradik boleh jadi lain-lain bangsa? Memang ada yang ndak betul sama dokumen diri si Lahirul ni. Jadi, Tambuakarsaba minta RCI utamakan kes si Lahirul. Habis orang Islam di Sabah kena tipu.
Nah. Nampaknya ketiga-tiga parti pembangkang mempunyai masalah dalam sejarah kewarganegaraan mereka.
Mereka bukannya asalnya dari bumi Malaysia. Kenapa pembangkang tidak bising dalam hal ini?
Beranikan Zairil, Badrulamin atau Lahirul menjadi saksi dalam RCI? *Mereka ini dikatakan bakal calon mewakili pembangkang dalam PRU akan datang. Nampaknya calon pilihan raya bukan sahaja perlu tapisan SPRM, tetapi juga perlu lepas tapisan JPN untuk memastikan asal mereka adalah rakyat Malaysia. Jangan biarkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak sedar diri ini bermaharajalela.
Karpal jemput nik ajis ke rumahnya bukan kerana nak sambut birthday nik ajis, tapi untuk meraikan pemecatan ustaz nasa dari menjadi ahli jawatankuasa majlis syura pas.
Ada orang kata karpal jemput nik ajis pasal nak raikan birthday nik ajis, pada aku itu tak logik pasal nik ajis tak suka sambut birthday, sedangkan umat islam nak sambut hari kelahiran Rasulullah pun nik ajis itu perbuatan bidaah dan mengarut inikan pulak dia sendiri nak sambut hari lahirnya sendiri...
Seorang pendakwah kristian bernama bs poh merayu pengikut agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.
Katanya tidak ada sesiapa memaksa kristian menggunakan kalimah Allah, "Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," "Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.
Nampaknya anwar, hadi dan azmin lebih cintakan kristian dari agamanya sendiri iaitu Islam...
Mana pergi maruah dan kredibiliti ulama dalam majlis syura pas bila seorang jantan dayus berani menolak mentah-mentah keputusan yang di buat oleh mereka...
Tien chua bertegas tidak akan memberikan senarai bakal calon pakatan kepada pihak sprm untuk di saring terlebih dahulu, kata tien chua, kerja sprm ialah tangkap perasuah, bukan bantu ahli politik pilih calon...
Kenapa tien chua cuak bila sprm nak membantu pakatan untuk memstikan calon-calon mereka bersih dari rasuah...??
Bukan ke dengan bantuan dari sprm lebih memudahkan kerja pakatan dalam memilih calon yang benar-bernar bersih? atau mereka ada agenda lain, sebab itu mereka menolak bantuan sprm...
David Dass (tengah) bersama beberapa ahli DAP mengadakan bantahan secara aman berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat di hadapan pejabat DAP Negeri Sembilan di Kemayan Square, Seremban, semalam.
Kemuncak kemarahan ahli akar umbi DAP berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu terserlah hari ini apabila mereka mengadakan bantahan secara aman di pejabat DAP negeri di Kemayan Square di sini.
Bantahan terhadap penipuan keputusan CEC itu dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP cawangan yang sebelum ini telah pun membuat laporan berhubung isu itu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass memberitahu, pihaknya tidak akan berganjak daripada terus mendesak parti membersihkan imej yang tercalar selepas terdapat penipuan dalam pemilihan CEC.
"Malah kami sedia dikenakan tindakan oleh pihak jawatankuasa disiplin parti dan biarlah kami terkorban demi memastikan ketelusan dalam DAP dapat dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan tersebut.
Jelasnya, tindakan itu bukan disebabkan kerana ada agenda tersembunyi seperti dinyatakan oleh pihak pimpinan parti untuk menghancurkan parti sebaliknya bertujuan memastikan pemilihan yang diadakan lebih telus.
"Kita ingin tegaskan bahawa tindakan yang kami lakukan ini tidak ada agenda tersembunyi. Malah ramai ahli seumur hidup dalam DAP yang berterus terang ikhlas dalam perjuangan parti dan mereka menuntut keadilan dalam pemilihan parti.
"Ada sesetengah pihak dalam pimpinan pusat juga menyokong tindakan kami dan ada juga yang menentang perbuatan kami. Kami sebenarnya sudah bersedia dari segenap aspek termasuklah dikenakan tindakan disiplin parti," katanya
David juga menjelaskan, pemilihan CEC yang dilaksanakan baru-baru ini jelas memperlihatkan parti itu mengenepikan kepentingan masyarakat India dalam kepemimpinan yang kebanyakannya dilantik dan bukannya dipilih oleh ahli parti
"Kita perlu tahu mana singa bertaring dan tidak bergigi. Kalau setakat dilantik, pimpinan parti boleh melantik siapa sahaja yang mereka suka berbanding ahli yang dipilih dalam CEC," katanya.
Ditanya kemungkinan ada ahli DAP yang akan keluar parti kerana membantah keputusan pemilihan CEC, David berkata, perkara itu tidak mungkin terjadi kerana ramai ahli yang sayangkan parti itu.
Jelasnya, perbuatan keluar parti itu bukanlah satu tindakan wajar bagi menyelesaikan krisis memandangkan terdapat saluran betul untuk membersihkan DAP dalam mencari keadilan demi kepentingan ahli parti.
"Sebab itulah kami meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan. Tetapi berdasarkan maklumat, kepemimpinan DAP pusat belum menyerahkan laporan dan penyata parti kepada ROS untuk siasatan lanjut," katanya.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ditempelak kerana cuba menyalahkan Kerajaan Pusat setelah gagal mengambil alih empat syarikat konsesi perkhidmatan bekalan air di negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah menyekat usaha pengambilalihan tersebut sebaliknya kerajaan negeri yang perlu berunding terlebih dahulu dengan syarikat konsesi tersebut.
''Kita tidak sekat tetapi mereka tidak boleh ambil alih secara percuma, kena berunding dengan semua konsesi kerana ada ikatan perjanjian.
''Apabila ada ikatan tidak boleh secara sewenang-wenang, ada undang-undang, akta dan perjanjian, jadi hendak ambil alih kena rundinglah," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 5,000 orang penduduk yang hadir dalam program kunjungan mesra Timbalan Perdana Menteri ke Sabak Bernam di Sekolah Kebangsaan Dr. Abdul Latiff di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon.
Muhyiddin berkata, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu merundingkan tentang harga yang perlu dipersetujui dengan syarikat-syarikat konsesi tersebut sama ada boleh diambil alih atau tidak.
''Apabila tidak boleh, kerajaan Selangor marah Kerajaan Pusat. Ini tanggungjawab kerajaan negeri.
''Kemudian dia mengambil tindakan menganiaya kita baru-baru ini apabila bekalan air tidak ada," katanya.
Beliau berkata, sikap itu berbeza dengan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab apabila tetap mahu melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi memastikan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan mempunyai bekalan air yang mencukupi.
''Tetapi kerajaan negeri tidak luluskan Langat 2 yang dibina bagi menyalurkan air dari Pahang. Saya sudah tengok terowong itu, 10 tahun lalu kita sudah kaji semua empangan dan tahap air.
''Orang Selangor bertambah, industri bertambah, rumah bertambah tetapi air tidak bertambah kerana kerajaan negeri tidak mahu lulus," katanya.
Muhyiddin menempelak ''Ini salah siapa, Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri?'' sambil disambut oleh orang ramai bahawa keadaan tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan negeri.
Kata beliau, Kerajaan Pusat hendak membelanjakan beratus juta ringgit bagi membina loji rawatan air tersebut dan diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi rancangan itu ditolak.
''Jangan salahkan Kerajaan Pusat, jangan apabila tidak ada air tahun depan atau loji air meletup kerana kerja siang dan malam, lama-lama dia akan pecah maka bekalan air terjejas.
''Jangan esok tidak ada air marahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dia ada masalah kerana tidak dapat perbelanjaan modal (Capex), benda mudah jadi rumit sebab kerajaan negeri tidak tahu apa yang harus diutamakan," katanya.
Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Air berkata, Kerajaan Pusat mengutama dan mendahulukan rakyat serta mahu menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Kerajaan PKR Selangor.
''Saya selalu datang Selangor, isu air seperti ini tidak selesai. Menteri Besar kata saya tidak tahu, tetapi saya dapat laporan, saya tahu cerita sebenar," katanya.
Pertentangan pendapat dalam pakatan pembangkang khususnya melibatkan kepimpinan DAP, Karpal Singh dan Pas berkaitan pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara baru namun demikian, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya.
Sehubungan itu, aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul telah mencabar Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud yang mendapat tentangan dari DAP.
"Sebagai seorang yang beragama Islam dan pernah menjadi pemimpin dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu masa dulu, saya mencabar Anwar untuk menyatakan ketegasannya berhubung perkara tersebut," katanya pemberita di sini.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut malah DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
"Saya anggap Anwar berdiam diri atas nama taktik politik kerana sedar sekiranya dia menyatakan menyokong pelaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam maka tentunya PKR terpaksa berdepan dan berpatah arang dengan DAP juga namun sekiranya menyokong apa yang dimahukan oleh DAP tentulah lebih buruk padahnya.
"Sebagai seorang Islam sewajarnya Anwar menyokong undang-undang Islam malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi Anwar takut untuk berbuat demikian."
Jelasnya, pendirian DAP berkaitan agama Islam bukanlah perkara yang baru diketahui kerana sememangnya mereka menentang pelaksanaan dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam apatah lagi idealogi mereka adalah ke arah Malaysian Malaysia.
"Namun demikian, Pas dilihat terumbang-ambing dalam menentukan hala tuju sendiri khususnya untuk menegakkan negara Islam pun terpaksa diubah namun demikian sejak kebelakangan ini mereka dilihat terdesak lantaran sokongan ke atas parti tersebut semakin kendur.
"Pas terpaksa bergantung kepada isu hudud dan pelaksanaan negara Islam bagi mengembalikan sokongan yang terdiri dari orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini sedangkan Anwar pula terus bermain sandiwara," katanya lagi.-UO
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.
Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.
Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.
Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.
Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI Kuala Lumpur
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Contoh tarbiyah PAS. Contoh yang tidak baik untuk anak anak muda PAS. Maka jangan hairan bila ada anak muda yang sanggup maki hamun pemimpin dalam Facebook, Twitter dan komen komen dalam Malaysiakini.
Ini kerana mereka meneladani "budi bicara' Ahli Parlimen mereka yang di atas. Cukup memalukan PAS ada seorang Ahli Parlimen yang standard percakapannya sebegini rupa. Sudah hilang cerdik pandai dalam PAS?
19 Januari 2013, Karpal Singh secara terbuka menggesa agar Majlis Syura tukar keputusan bagi membenarkan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh DAP sebagai mana yang diminta oleh Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012.
Gesaan yang tidak sepatutnya berlaku, ini kerana Majlis Syura bukanlah satu komponen atau sayap bagi parti DAP. Namun gesaan itu nampak semakin biadap dan keras bila mengenepikan secara langsung prinsip dan asas agama demi menghalalkan segala-galanya dalam politik. Oleh kerana teringin benar ke Putrajaya, maka PAS akhirnya tunduk juga di kaki kerusi roda DAP.
Buktinya, Nik Aziz sendiri datang menyembah Karpal Singh pada 27 Januari 2013 di Pulau Pinang. Orang yang menggesa dan mendesak agar kalimah Allah digunakan oleh DAP diraikan dengan kek.
Orang yang suci dan murni mempertahankan kalimah Allah SWT pula dipecat terus dari Majlis Syura tanpa sebarang pembelaan. Inilah demokrasi cara Barisan Alternatif. Itulah layan yang cukup berbeza diberikan Nik Aziz terhadap Karpal Singh dan Nasharuddin Mat Isa.
Selepas sambut hari jadi dengan Karpal Singh, Nik Aziz diberikan kek harijadi ini sebagai hadiah. Harakahdaily turut memberikan liputan penuh pada berita ini. Apa motif politik Harakahdaily terhadap berita ini?
PAS lebih sanggup bersama Karpal Singh dalam isu kalimah Allah SWT daripada bersama orang - orang yang berprinsip dan berdiri teguh dengan asas agama. Silap sikit terus pecat. Kalau Nik Aziz raikan harijadi di rumah Nasharuddin Mat Isa, agaknya apa akan jadi?
Sudah tentu pilihan itu tidak akan dibuat oleh Nik Aziz. Penasihat penasihatnya akan menyatakan itu akan merugikan buat PAS kerana sudah pasti DAP akan terus menjauhi PAS. Silap silap DAP boleh berpisah dengan PAS sebagaimana yang berlaku pada tahun 2001.
Hari ini sudah jelas, siapa PAS yang sebenarnya. Apa pendirian PAS sebenarnya. Sudah terang lagi bersuluh, bulan yang purnama itu sudah pun dijajah mindanya oleh roket roket DAP. Sedarlah pengundi Islam di Malaysia sekalian, pilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk buat agama, bangsa dan tanahair. Renunglah dalam dalam.
Apa sudah jadi dengan "muslimat-muslimat PAS" di atas ini? Atas nama kebebasan dan hak asasi mereka sudah ketepikan prinsip agama?
Nik Aziz hadir di Pulau Pinang pada hari yang sama kejadian di atas berlaku. Nik Aziz tidak berani tegur kejadian di atas? Takut pada Karpal Singh?
Tidak perlu disoal lagi, memang terbukti Nik Aziz takut dengan Karpal Singh. Gambar di bawah ini menjadi bukti. Apa Haron Din (selaku Timbalan Mursyidul Am PAS) hendak komen gambar di bawah ini?
Di bawah ini adalah kenyataan Hasan Ali, namun dalam satu temubual dengan Nik Aziz, memang sudah sah Nasharuddin Mat Isa tidak akan dicalonkan sebagai calon PAS. Ini bermakna seorang lagi anak didik Fadzil Nor sudah dicantas oleh Anwar Ibrahim.
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.
Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.
Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.
Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI Kuala Lumpur 28 Januari 2013
Puas Karpal Singh melihat PAS akhirnya tunduk dengan desakan DAP untuk memecat Nasharuddin Mat Isa dalam isu kalimah Allah SWT. Lebih tersenyum puas lagi bila melihat Nik Aziz tunduk dan datang mengadap Karpal Singh.
Apa perancangan DAP selepas ini? Ada lagi yang masih lagi menghalang DAP, orang itu adalah Haron Din. Jadi apa langkah DAP untuk gugurkan Haron Din dari PAS?
Beza jauh pandangan Haron Din dan Anwar Ibrahim. Hanya Haron Din yang masih belum berani dipecat oleh Anwar Ibrahim. Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa sudah kena, bila tiba giliran Haron Din?
Penjelasan Ustaz Kazim di bawah ini amat sesuai dengan apa yang telah berlaku pada Nasharuddin Mat Isa. Setahun yang lepas, atas arahan Azmin Ali, Hasan Ali dipecat dari Exco Kerajaan Negeri kerana enggan sokong perbicaraan kes Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012.
Kini giliran Nasharuddin Mat Isa pula dipecat kerana mengikut sama Dato Seri Najib ke Gaza. Ikut ke Gaza pun dipecat oleh PAS? Apa boleh buat, itu sudah arahan dari Penasihat PAS sekarang iaitu Anwar Ibrahim. Murysidul Am orang lain, Presiden PAS orang lain tapi yang lebih "powerful" adalah Penasihat PAS iaitu Anwar Ibrahim.
Laluan cerah untuk Husam Musa dan Mat Sabu menguasai PAS secara total selepas ini. Bukan sekadar kepimpinan PAS sahaja yang sudah pun dikuasai Anwarinas, tetapi Majlis Syura PAS pun akan dimasuki oleh golongan Penasihat PAS tersebut.
Paling seronok melaporkan cerita pemecatan Nasharuddin ini adalah Malaysiakini. Untuk memuaskan hati pengundi pengundi DAP, maka Nasharuddin Mat Isa dijadikan korban kesetiaan PAS pada DAP. Memalukan sungguh bagi parti yang masih lagi mengguna pakai nama Islam. Memalukan, cukup memalukan. Motto ini sesuai bagi PAS "Bersama Kepimpinan Anwar Ibrahim".
Semasa kita nak mengakhiri tahun 2012 kita dihiburkan dengan lawak DAP tersalah kira undi untuk pemilihan partinya......
Masuk pula tahun 2013, belum habis sebulan kita dihiburkan dengan lawak PKR yang mendakwa akaun FB Rafizi telah digodam oleh cyber tropper pro BN.....
Bagaimana nak perintah negara nak kira duit berbilion-bilion kalau kira undi yang beribu itu pun boleh salah ?
Bagaimana nak perintah negara nak jaga duit, aset dan keselamatan negara kalau akaun FB pun tak boleh dijaga sampai boleh kena godam ?
Jadi lepas ni kalau DAP bercakap banyak lagi menghentam kerajaan, jawapan kita mudah ja....pi rah mabuk.....kira undi pun tak betul lagi mahu bercakap banyak.....pergi belajar membilang dulu.....
Begitu juga dengan PKR......pi rah sengkek.....nak jaga akaun FB pun tak boleh lagi nak temberang.....
Tuduhan Umno dan BN zalim, kejam, tindas rakyat , salah guna kuasa untuk kroni, guna kuasa untuk kepentingan keluarga dan bla...bla...bla...bla...tuduhan-tuduhan lain yang sewaktunya sudah menjadi seperti zikir atau ratib di mulut pemimpin dan orang-orang Pas.
Allah Maha Kaya....
Allah Maha Besar....
Allah Maha Adil.....
Allah Maha Saksama.....
Tiba-tiba minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah kereta Porshce Cayman milik seorang individu yang berada dalam kepimpinan tertinggi Pas yang bertaraf ulama. Iaitu Adun Pas Sanglang yang juga pesuruhjaya Pas Perlis.
Setelah pendedahan berlaku ulama Pas berkenaan bangkit menjawab perkara berkenaan.
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.
"Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.
"Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat," katanya.
Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan kereta itu.
Setelah membaca penjelasannya itu beberapa perkara yang kita boleh rumuskan....
Pertamanya beliau telah menyalah gunakan kuasanya atau kepentingan atau kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kegunaan ahli keluarganya.
Permit import (AP) dan pengecualian cukai import yang diberikan oleh Kerajaan Pusat BN yang selama ini mereka tuduh zalim dan menindas rakyat hanya diberikan kepadanya selaku wakil rakyat. Bukan kepada anaknya.
Dalam hal ini dia telah melakukan penipuan atau menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan anaknya. Ulama pun menipu juga ke ?
Permit import dia punya, beli atas nama dia, sedangkan itu kereta anaknya. Itu dah menipu namanya. Kamu telah menipu pegawai-pegawai kastam dan agensi-agensi lain semasa proses membawa masuk kereta ke Malaysia. Ketayap tak lekang atas kepala tetapi menipu. Ustaz tak takut dosa ke ?
Dengan hanya ada AP dan pengecualian cukai import untuk sebiji kereta pun seorang pemimpin Pas yang bertaraf ulama sudah menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan ahli keluarga mereka, bayangkan jika mereka berkuasa memerintah negara ? Jawabnya habislah disapu untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.... Lagi nak bercakap pasal Umno korup dan kroni ?
Yang kedua, anaknya menjalankan perniagaan dan mampu pergi ke England untuk membeli sebuah kereta Porshce Cayman. Maknanya anak dia seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Jadi dimanakah apa yang kamu katakan selama ini kerajaan BN menindas dan menzalimi rakyat jika seorang anak wakil rakyat Pas boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ?
Pssttttt.....berkat berkawan dengan syaitan......
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Isu pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis syura PAS dan pemecatan Dato Hassan Ali. 2. Isu kalimah Allah yang dijadikan "dwi-fungsi" oleh rejim pakatan. 3. Isu negara kebajikan menggantikan konsep negara Islam. 4. Isu hudud yang diistiharkan sebagai bukan lagi keutamaan PAS. 5. Isu PAS lebih takut kepada DAP daripada takut Allah. 6. Isu gerakan kumpulan Anwarinas yang berjaya mencaca-merbakan prinsip dan halatuju perjuangan PAS. 7. Isu PAS tutup sebelah mata kepincangan dan penyelewengan serta maksiat yang berlaku di dalam rejim pakatan. 8. Isu kelemahan pentadbiran PAS di Kedah dan Kelantan. 9. Isu kejayaan Nga-Ngeh DAP membolot 10 ribu ekar tanah di Gua Musang sempena mengambil peluang dari isu perlantikan MB PAS di Perak. 10. Isu mendoakan kehancuran UMNO yang belum sepatutnya didoakan sebegitu rupa berbanding dengan mereka yang telah bertindak "menduakan" nama Allah.
Dengan "10 perkara besar" ini PAS akan menghadapi PRU13, agak-agak sokongan kepada PAS makin bertambah atau makin merosot?
Kalau ada kalangan yang mengatakan UNDI PAS akan bertambah disebabkan isu ini, ia hanyalah dari kalangan mereka yang "tobat lahom" tak mahu menerima realiti.
BN bukan mahukan UNDI dari pengundi tegar PAS. BN hanya mahukan UNDI dari pengundi atas pagar yang telah "terundi" pembangkang pada PRU yang lepas. Jika undi ini balik ke pangkal jalan, maka lebih 10 kerusi yang PAS menang tipis dulu dan lebih 15 kerusi PKR yang "volatile" trend pengundiannya akan kembali ke pangkuan BN!
Kawasan yang dimenangi DAP tu lantaklah. Biarlah dia pegang. Itupun sudah cukup untuk BN menang selesa 2/3.
Ust.Nasha boleh dijadikan "barang kes" prima facie, untuk kita desak PAS supaya berhenti dari "kerja" mengutuk UMNO kononnya menyekat kebebasan ahli untuk bersuara.
Tindakan pemecatan yang langsung tidak berasas terhadap Ust Nasha, menjadikan PAS lebih kuku besi dari DAP dan sama kuku besinya dengan PKR.
Sekarang mereka telah hilang kelayakan secara otomatik untuk mengutuk UMNO dalam hal kebebasan hak untuk menyatakan pendirian sebagai ahli parti.
Hari ini, PAS, PKR dan DAP sudah "tercekik dan tersedak-sedak" sampai tidak boleh bernafas kerana "terlalu berlebihan menelan kembali segala kecaman dan kutukan" yang selama dilabelkan kepada UMNO.
Setiap tuduhan, setiap fitnah dan setiap hinaan yang ditujukan kepada UMNO dan kepimpinannya hampir 100% sudah dibalikkan oleh Allah yang Esa kepada si penuduh tegar "3 in 1" ini.
Tak payahlah disenaraikan satu persatu. Semua yang tahu menggunakan akal secara waras pasti boleh berfikir, melainkan akal mereka sudah terbelit dengan "ular kerala" Anwar.
1. Anwar "terhina dan teraib" disebabkan dia tak sudah-sudah menghina dan memfitnah PM Najib. PM tak pernah memalukan dia. Kata-kata PM kalau kritik pun jauh daripada ciri-ciri untuk mengaibkan Anwar. 2. PAS menerima "aib dari tuhan" kerana "terlalu takjub dengan diri sendiri kononnya sangat beriman" kepada Allah dan UMNO "sangat engkar" dan "tolak Islam". Bila Allah duga dengan bab "ikhlas dan jujur" dalam perjuangan kerana Allah, akhirnya nama kalimah Allah pun mereka tidak mampu pertahankan. Sekarang mana iman engkau orang? 3. DAP pula "tak sudah-sudah claim" mereka "parti paling telus" dan UMNO parti "paling tak telus dan paling kuat rasuah". Akhirnya parti sendiri terjebak dengan "permainan tipu undi". Anti sangat dengan UMNO kerana amalan kroni dan rasuah, akhirnya ulamak besar PAS pun mereka hulur rasuah jawatan MB Perak untuk dapat tanah ribu2 hektar di Kelantan. 4. PAS bukan main "takbur dan ananiah", mengaku kononnya cinta Islam dan komited dengan hukum Allah. Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah boleh jatuh kufur. Akhirnya kekufuran terang-terangan berlaku dikalangan pemimpin PAS dan puak pakatan yang menolak Islam, telah menyebabkan PAS pun turut sama mengayun langkah dan tari mengikut pasangan kufurnya. 5. Bencana terbesar yang berlaku hasil dari "kerja-kerja ketulahan" pakatan pembangkang ini ialah "bencana ketaksuban dan kebutaan hati" yang menghinggapi para pengikut mereka. Para pengikut tidak lagi dapat berfikir dan menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk menilai setiap baik buruk yang berlaku di sekeliling mereka dengan "pandangan hak". Tuduhan dan fitnah pemimpin mereka terhadap pemimpin UMNO ditelan bulat-bulat tanpa dihadam terlebih dahulu. Cukup hanya dengan "menaip akuan bersumpah palsu" dan mencipta surat palsu dengan kaedah photoshop bertandatangan PM dan kepala surat JPM mereka sama-sama bersubahat menjaja fitnah serata alam. Walhal, pemimpin sendiri yang jelas "telanjang" dalam video tulin ditolak bulat-bulat tanpa sedikit pun syak wasangka.
"Bencana kegagalan akal untuk berfungsi secara waras" yang dihidapi oleh para "penyokong taksub yang bertaklid secara buta tuli" ini, bakal menjadi virus merbahaya yang merosakkan sistem hidup masyarakat di negara ini.
Unsur-unsur kemusnahan nilai hidup dalam institusi masyarakat sudah menampakkan tanda-tanda kerosakan. Yang jelas palsu dimartabatkan. Yang jelas kebenarannya dianggap palsu. "Khabar angin dan cakap dengar" dijadikan asas kukuh untuk menjatuhkan hukum sebagai benar. Yang jelas "telanjang" diagungkan.
Kalimah Allah dijadikan bahan politik. Lawatan Ust Nasha bersama PM ke Gaza dijatuhkan hukum sebagai salah. Tanpa perlu dipanggil membela diri, terus dijatuh hukum.
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
"Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu," kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.
Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.
Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.
Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.
Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.
"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.
"Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.
"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.
Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.
Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.
"Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal," katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.
Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.
"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.
Kecoh berdegar-degar ditwitter, mengalahkan skandal pak menteri, akhirnya blog Rotikaya mengambil inisiatif intuk menemubual sendiri bekas teman wanita Nazmi Faiz, Tengku Feilla atas dakwaan panasnya berkenaan hubungan sulitnya bersama Aidil Zafuan...
Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …
Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu'lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.
RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?
TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.
Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.
Berkaitan Johan As'ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.
I kasihankan Aidil Zafuan apabila dikaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang dibawa entah siapa siapa.
RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di'kaitkan dengan you?
TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.
RTKY: Jadi, disini memang you menafikan semua yang ditulis Nazmi Faiz pagi tadi?
TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.
Dia siap beritahu I,"Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter" & saya terkejut yang dia betul betul buat.
Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.
Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.
Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.
Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi.
Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.
"Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya"
"Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," ujar Rita Rudaini.
Sekali lagi arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan gosip terhangat dari pemain bola sepak, Nazmi Faiz dengan kenyataan menerusi laman Twitternya.
Nazmi tampil dengan beberapa siri kenyataan dengan mengatakan bekas kekasihnya, Tengku Fiella pernah mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.
Nazmi turut mendakwa yang Aidil ada memberi Tengku Fiella RM1 ribu untuk membeli belah di Johor Baharu.
Malah, lebih mengejutkan apabila dia menulis semasa berada di Johor, Aidil dan Tengku Fiella bersekedudukan.
Sebelum ini, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di laman sama dengan menuduh Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu.
Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitternya beliau diceroboh.
Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam.
Apakah ia saatu lagi kes pencerobohan akaun? Atau adakah perkara ini benar-benar berlaku?
SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan 'parasit' dalam parti itu.
Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.
"Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.
"... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura, Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.
Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.
"Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.
"...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.
Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.
"Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas," dakwanya.
"Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia," katanya.
Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.
Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.
KUALA LUMPUR -Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.
"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, hari ini.
Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Januari lalu, adalah William.
William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888. - Bernama
KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.
Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong Pas akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.
Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar Pas.
"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.
Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".
Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. - Bernama
SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.
"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.
Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.
Nasharudin berkata, beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon susulan laporan media semalam.
"Sehingga di saat saya hantar SMS ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak," katanya.
Kuwait – Seorang lelaki Kuwait berdepan saman daripada isterinya selepas dia mengancam untuk memuat naik gambar bogel isterinya di dalam Facebook dan Twitter selepas kedua-dua mereka bergaduh.
Selepas mendapat ancaman berkenaan, isterinya telah memaklumkan kepada anggota keluarganya mengenai ancaman tersebut.
Kakak wanita itu kemudiannya cuba menyelesaikan konflik berkenaan dan menjadi orang tengah dalam pergaduhan berkenaan.
Malangnya dia juga menerima ancaman sama daripada lelaki berkenaan.
Melihat keadaan itu, kakak wanita tersebut terpaksa mendapatkan bantuan undang-undang.
Dia kemudiannya membuat laporan di balai polis.
Lelaki itu kini disaman kerana menggunakan telekomunikasi untuk menceroboh hak asasi individu lain.
Akhirnya tercapai juga impian Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama PAS. Alasan pemecatannya kerana tidak datang mesyuarat, demikian kata Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Menurut Zawawi lagi, setakat ini PAS belum menghubungi Ustaz Nasharudin untuk memaklumkan keputusan tersebut, dengan kenyataannya itu mengesahkan bahawa pemecatan ini dilakukan tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen PAS Bachok itu untuk membela diri.
Ini sekaligus mengulangi sejarah hitam PAS setahun lalu yang pernah memecat bekas Pesuruhajaya PAS Selangor yang juga AJK PAS Pusat, Dr Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.
Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 09 September 2012 yang lalu, Nik Aziz telah berputih mata dan terpaksa menunjukkan protesnya dengan merajuk keluar awal dari mesyuarat seawal jam 9.20 malam berikutan tiada agenda mengenai kedudukan Ustaz Nasharudin dibincangkan.
Nik Aziz yang memalukan PAS dengan bertindak sedemikian serta terkenal sebagai ahli mesyuarat tingkap yang paling kerap ponteng mesyuarat dwi bulanan Majlis Syura Ulama PAS tidak pula dikenakan tindakan pemecatan, agaknya terlalu kebal untuk menerima hukuman tanpa bicara.
Menariknya pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan pada hari ini dikatakan telah dibuat sejak 13 Januari 2013 yang lepas yakni ketika badan tertinggi PAS yang dipengerusikan oleh Nik Aziz ketika itu kalut membincangkan isu kalimah Allah s.w.t.
Hari ini tarikhnya 27 Januari 2013, bermakna selepas 2 minggu baru diumumkan pemecatan tersebut. Kenapa tidak diumumkan segera pada 13 Januari 2013 yang lepas?
Seimbas lalu kelihatan macam pertunjukkan magic David Copperfield pula, saling tak ubah perangai PAS seperti DAP yang bertindak umum ada 'kesilapan' dalam pengiraan selepas dua minggu selesai pemilihan CEC akhir tahun lepas.
Oh.. lupa, waktu itu semua ahli Majlis Syura PAS termasuk Nik Aziz, Hadi Awang dan semua pimpinan tertinggi parti berlabel Islam itu pada malam tersebut telah meninggalkan bangunan PAS Jalan Raja Laut melalui pintu belakang selepas selesai mesyuarat semata-mata untuk mengelakkan soal jawab dengan pihak media berhubung flip flop PAS berhubung isu kalimah Allah s.w.t.
Entah-entah ada komplot barangkali melibatkan sistem barter, mana tahu kot-kot Nik Aziz ugut untuk mengekalkan pendirian menyokong Kristian guna kalimah Allah s.w.t sekiranya Majlis Syura enggan memecat Ustaz Nasharudin dari badan tersebut. Ada kemungkinan jika dilihat pada perangai buruk Nik Aziz yang terkenal sebagai manusia paling keras kepala dan memiliki ego tinggi.
Tambah pelik pengumuman pemecatan Ustaz nasharudin diumumkan selepas tersebar berita dan gambar beliau mengikuti lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin.
Dulu sewaktu PAS berura-ura untuk memecat beliau juga berkaitan langsung dengan penyertaannya bersama PM menunaikan ibadah haji disamping turut sama dengan PM dalam perjuampaan dengan para ulama Arab Saudi di Kota Suci Mekah.
Agaknya satu kesalahan besar bagi mana-mana pemimpin PAS menyertai lawatan PM ke negara-negara Islam seperti Mekah, Arab Saudi dan Gaza, Palestin. Entah apa jenis anutan agama yang PAS pegang agaknya, ajak bincang perpaduan pun dianggap salah, memperjuangkan akidah Islam pun dituduh khianat parti, pergi ke Mekah juga dikatakan salah, menyertai lawatan ke Gaza pun salah.
Tapi kalau berceramah dalam gereja macam Khalid Samad dan Mujahid Yusof, tak pula salah. Pelik betul dunia sekarang. Sekali tengok cuma imej Islamik yang berjubah dan berkopiah saja yang masih menunjukkan PAS dipimpin oleh orang Islam, itu secara lahiriah, tapi diikut pada perangai haramjadahnya, terasanya macam PAS macam parti pro Kristian pula.
Apapun, dengan pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS sekalipun masih dikekalkan sebagai ahli parti, setidak-tidaknya ia menjadi tanda aras penting betapa PAS semakin terperosok jauh ke lubang kepimpinan diktator, sama seperti DAP dan PKR yang sudah lama sinonim dengan corak kepimpinan sedemikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail jelas rimas apabila diajukan persoalan mengapa PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh diizin menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Lantas beliau dengan tangkas mempersoalkan mengapakah tiba-tiba pihak media berminat untuk menuruti keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi PAS itu.
"Majlis Syura Ulama PAS yang terdiri daripada 12 orang dalam pandangan-pandangan politik mereka, (juga) mengajak rakyat supaya terus kekal menyokong PAS, menolak UMNO-BN. Yang itu kenapa tak ikut?
"Jadi kita tidak boleh selektif, isu ini isu politik sahaja, isu politik Umno yang sudah semakin tersepit, itu saja," katanya.
Sehubungan itu beliau mengulangi pendirian "boss" PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan itu pada 8 Januari lalu.
Hadi menjelaskan bahawa selagi penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim tidak disalahguna untuk tujuan menghina Islam, maka ia boleh diizinkan.
Bagaimanapun pendirian ini berubah apabila pada 13 Januari lalu, Dewan Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam bible untuk menterjemahkan maksud perkataan God atau Tuhan.
Sebagai Dewan tertinggi yang membuat dasar PAS, keputusan itu mutlak dan muktamad menjadi pendirian PAS. Hakikat ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
Malah beberapa ulama PAS kini mula menggerakkan "roadshow" seluruh Negara untuk menerangkan pendirian Dewan Ulama dalam isu ini yang sewajibnya menjadi pendirian rasmi PAS.
Oleh kerana Anwar Ibrahim adalah pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat maka sudah sewajarnyalah beliau peka akan perubahan ini dan dengan segala jiwa kepemimpinan Islamnya wajib memberitahu kepada rakan kongsi Pakatan Rakyat yang bukan muslim – PKR dan DAP— akan perubahan pendirian PAS ini. Keputusan politik lawan akidah ummah
Malangnya ini tidak berlaku. Malah sama seperti anak didiknya, Saifuddin, Anwar juga menemplak persoalan itu sebagai permainan politik Umno-BN yang dianggap terdesak.
"Jadi sekarang ini tiba-tiba media termasuk Antarapos hendak rakyat mempercayai sepenuhnya kebenaran keputusan Majlis Syura Ulama PAS dalam isu kalimah Allah?," jerkah beliau.
Ditanya bahawa adakah wajar semua keputusan Majlis Syura PAS dipatuhi, Saifuddin berkata:
"Ya! Sebab Majlis Syura Ulama (PAS) juga mengajak rakyat menolak UMNO-BN. Dalam semua konteks, dalam semua konteks tak kira...dalam keputusan politik baik, dalam keputusan kalimah Allah baik, okay?"
Lantaran dicengkam emosi, Saifuddin agak samar neraca pertimbangannya untuk membezakan di antara keputusan politik Dewan Syura Ulama PAS dengan fatwanya berhubung soal akidah ummah.
Keputusan politik adalah ikhtiar siasah PAS; tidak kira ia membabitkan soal patut bersekutu dengan DAP atau tidak dan mahu kekal menjolok nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihanraya ke-13 atau tidak.
Namun apabila ada kesatuan pemikiran di antara ulama PAS dan juga alim ulama di luar PAS termasuk mufti dan pendakwah muktabar bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam bible ia sudah menjadi isu ummah.
Ini yang wartawan dari mana-mana media mahu tahu. Apakah dan bagaimanakah sikap PKR dan kemudian Pakatan Rakyat dalam isu yang dimulakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelang Hari Krismas lalu.
Maka apabila diajukan persoalan pada pemimpin-pemimpin PKR apakah pendirian parti itu dalam isu akidah ini, PKR harus membuat kenyataan yang tuntas dan bukan cuba menemplak persoalan itu sebagai permainan Umno yang dikatakan terdesak. Politik seharusnya berhenti di sini.
Sampai bilakah agaknya pemimpin PKR mahu bergelumang terus dalam permainan politik sebegini dan terus mengabaikan pandangan ulama, termasuk ulama PAS?
Adakah imej papan tanda jalan ke Putrajaya sudah terlalu menyilaukan mata dan minda sehingga mereka tidak nampak jalan lain untuk berkuasa seraya mengenepikan panduan ulama?
Yang teruji sekarang adalah penyokong PAS. Mahu ikut fatwa ulama atau strategi ahli-ahli politiknya yang ramai bukan ulama? Penyokong PAS setakat ini masih tenang menimbangkan pendirian mereka walaupun ia mungkin membawa PAS bermufarakah daripada Pakatan Rakyat.
Yang menarik difikirkan, mengapa pula pemimpin PKR pula yang kini menjadi terlalu sensitif dalam isu kalimah Allah yang ia sifatkan sebagai isu politik tetapi ada hubungan kuat dengan soal pendirian agama ini?
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din pernah berkata, PKR adalah sebuah parti yang memperjuangkan konsep keadilan bertunjangkan demokrasi. Ia berbeza dengan PAS yang tidak segan silu mendakwa ia sebuah parti politik Islam yang syumul.
SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.
Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.
Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.
Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.
Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.
Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.
"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.
Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.
Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.
"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.
Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.
Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.
Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.
"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang, Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.
"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.
"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.
Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Wah! Baring Ostazah ni, teringat cara Elle Wong baring dan 'hutan'nya
1. Kebelakangan kita lihat trend artis-artis 'berahi' (baca berminat) menyertai dan memberikan sokongan kepada Pakatan Pembangkang. Sekadar hanya menyebut beberapa nama - Aishah, Wardina, Abby Abadi dan Bob Lokman yang hangat diperkatakan.
2. Kemasukan arti-artis terutamanya ke parti Pas tujuannya masih keliru dikalangan masyarakat. Apakah untuk mengislamkan artis-artis berkenaan ataupun mahu meng-artiskan parti Pas itu sendiri. Harap ramai yang masih ingat apabila Nik Aziz sendiri sedia dianggap sebagai artis dan seleberiti tidak lama dulu. Maknanya Nik Aziz memang suka dianggap glamour dan berhasrat ingin membawa parti Pas dan dirinya sebagai artis.
3. Imej Abby Abadi serta Bob Lokman bukanlah 'bersih' sangat sebelum mereka menyertai Pas. Jika kemasukan mereka ke Pas dianggap boleh mengislamkan mereka ianya satu kebaikan kepada diri mereka sendiri. Bagaimanapun ianya tidaklah sebaik mana yag kita sangkakan kerana didalam Pas mereka juga dibudayakan dengan mencaci-maki para pemimpin yang bukanlah ajaran Islam sebenar.
4. Apa yang jelas adalah, mereka dipancing untuk sertai Pas kerana mereka itu artis yang sudah punya peminat dengan harapan peminat mereka juga akan turut menyokong parti Pas dalam PRU akan datang. Bagaimanapun keadaan itu tidak akan berlaku kerana para peminat artis berkenaan sudah celik politik dan sudah dapat membezakan diantara politik, agama dan dunia artis.
5. Kepada sebilangan para artis yang menyertai pembangkang gerutamanya Pas, apakah mereka fikir segala kesalahan dan dosa yang telah mereka perbuat selama ini akan terhapus begitu saja hanya apabila menyertai Pas? Bahkan akan bertambah dosa-dosa mereka kerana mereka berceramah disana-sini dengan mengeji dan mencaci para pemimpin kerajaan.
Aishah sudah 'bersih'?
Wardina semasa seksi habiss
Wardina sebelum dan sesudah
Ostazah Abby menunjukkan assetnya 'Sup Lidah' yang juga boleh mencaci pemimpin negara
Ostazah dizaman gelapnya yang banyak kisah-kisah gelap
1. Tanpa rasa segan dan bersalah, Lim Kit Siang (sebut 'Sial') menulis di tweeternya bahawa negara Malaysia tidak selamat bahkan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun seperti William Yau. Demikian 'Sial' menyebarkan propagandanya kepada rakyat.
2. Jika beliau merasa tidak selamat tinggal di Malaysia, bolehlah beliau berpindah dan berhijrah kemana-mana negara yang disukainya. Tentu Malaysia tidak akan merasa kerugian dan kehilangan tanpa adanya 'kepala' rasis dan chauvinis.
3. Siapa sebenarnya yang tidak selamat selagi bapa rasis ini masih ada disini? Lupakah kita pada tragedi 13 Mei? Siapa yang memulakannya? Siapa yang cuba melenyapkan 'Melayu' dari Tanah Melayu? Apakah agenda 'melenyapkan' melayu sudah dibuang oleh DAP selama ini?
4. Keikhlasanya sudah dapat kita lihat dalam pemilihan parti baru-baru ini. DAP yang kononnya mengakui parti berbilang kaum namun hakikatnya menyekat kaum-kaum lain berada dalam 'saf' kepimpinan mereka. Berapa orang india ada dalam kepimpinan DAP dan berapa orang Melayu yang menang bertanding?
5. Apabila dikecam masyarakat, maka dengan mudah mereka menjadi alasan bahawa adanya kesilapan dalam pengiraan undi bagi menutup diskriminasi mereka itu. Jika benarlah berlaku kesilapan dalam pengundian, apa wajarkan mereka menuntut SPR supaya bersih sedangkan mereka sendiri jelas dalam kekotoran.
6. Politik perkauman DAP Lim Kit Siang sudah ketinggalan zaman. Rakyat Malaysia tidak mengkehendaki politik corak sedemikian. Rakyat Malaysia ingin bersatu dalam konsep 1Malaysia mencari keharmonian hidup. Justeru, Lim Kit Siang disaran menghentikan politik perkauman atau meninggalkan negara ini.
"I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking.
Inikah sebabnya Joseph Lim Guan Eng berusaha bersungguh-sungguh untuk memasukkan nama Allah ke dalam Bible berbahasa Melayu? Inikah golongan sasaran Bible berbahasa Melayu berkenaan ingin diberikan? Yang kita paling takuti kini sudah berlaku. DAPig berjaya menipu bangsa kita dengan pertolongan syaitan PAS dan PGayR. Nauzubillahiminzalik. Inilah bukti kejayaan DAPig! Wahai umat Islam di Malaysia, bukalah mata. Selamatkan Akidah Umat Islam di Malaysia!
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat memang suka kek. Dapat kek. Potong kek. Beri kek. Serba serbi kek. Semalam potong kek. Hari ini semperna menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop, Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu di hotel tempat penginapannya, Nik Aziz telah menghadiahkan kepada Father berkenaan kek! Lihat atas kek berkenaan, apa yang ditulis? Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas. Sejak bila Father dianugerahkan "Yang Mulia"? Bukankah Yang Mulia digunakan untuk kerabat Diraja?
Tidak sampai 60 hari lagi, InsyaAllah Parlimen akan dibubarkan. Tidak dapat tidak, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram tidak mempunyai pilihan lain kecuali turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. CTS ingin mengingatkan diri CTS dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain, kita hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu Kerajaan yang kita sayangi, Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengharungi Pilihanraya yang dikatakan terhebat sejak merdeka.
Bersandarkan kepada tren keputusan pilihanraya kecil yang lepas kita yakin transformasi yang dibuat oleh BN bersama Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah membuahkan hasil. Pelbagai inisiatif yang dilaksaksanakan. DS Najib bekerja amat kuat semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesannya, sebanyak 5 pilihanraya kecil yang terakhir berturut-turut telah dimenangi oleh calon BN. DS Najib merupakan satu produk dan ikon terbaik untuk diketengahkan di dalam kita hendak "menjual" nama BN kepada Rakyat.
Kita lupakan PRU-12 yang menyaksikan undi protes rakyat terhadap BN kerana kita yakin sejarah PRU-11 akan berulang kembali. Majoriti masyarakat Melayu sudah kembali. Begitu juga dengan masyarakat India. Usaha perlu dipertingkatkan untuk memenangi undi masyarakat Cina. Sama-samalah kita berusaha, rapatkan barisan, jauhkan persengketaan sesama sendiri dan teruskan berjuang membantu DS Najib dan kepimpinan BN untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3. Insya Allah, BN mampu kuburkan PR pada PRU-13 nanti!!!
Ini berita panas yang CTS terima daripada rakan CTS yang bertugas di Bukit Aman. Pada 24 Januari 2012, jam 1800, di atas maklumat orang ramai satu serbuan mercun telah dibuat oleh pihak Jabatan Immigresen Malaysia, Cawangan Sungai Petani di premis YB Tan Wei Shu, ADUN Bakar Arang beralamat di 51D, Jalan Aman, Taman Aman, Sungai Petani. Bekas ADUN PGayR ini pernah mengemparkan situasi politik tanahair apabila mengumumkan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas menjelang PRK Parlimen Hulu Selangor.
Serbuan tersebut telah menemui hampir RM5 ribu nilai mercun pelbagai jenis. YB Tan diberitakan telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan MB Kedah berkenaan telah mengarahkan agar Jabatan Immigresen tidak mengambil tindakan kerana menganggap perkara itu sebagai kecil sahaja. Tidak dapat dipastikan kenapa MB Kedah mempertahankan ADUN Bakar Arang memandangkan YB Tan tidak lagi berada di dalam Pakatan Pembangkang.
Apakah yang ditakrifkan oleh Ustaz Azizan sebagai kes kecil? Apakah kecil disebabkan amaun jumlah rampasan atau kecil disebabkan perkara itu berlaku kepada ADUN yang pernah bernaung di bawah Pakatan Haram? Apakah Ustaz Azizan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Kedah dengan menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka. CTS menyeru agar kes ini dilaporkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.
Buat penat je budak-budak PR datang ke KL, menyemak naik basikal entah dari mana dan buat kecoh kat KLCC masa KL112. Ada yang sampai jatuh-jatuh dan tergolek dog sebelum sampai Gombak. Mak ayah mereka yang tak mengaji tinggi pun boleh faham apa yang Ustaz Kamal Saidin terangkan pasal duit minyak dan hak untuk terima duit minyak. Mungkin akibat terlalu lama diberi `candu' oleh Nik Aziz dan pemimpin Pas, budak-budak ni jadi macam `zombie' yang tidak boleh berfikir lagi dah... kesiaaannn..
Jom kita tengok berapa banyak duit dah Abby dan Hairie kumpul melalui ceramah dan mereka naik apa turun berceramah. Penyokong Pas yang diperbodohkan, tukang bagi derma atau macam bayar tiket tengok funfair atau sarkis. Penceramah pula naik kereta mewah dan mahal memperbodohkan pak cik dan makcik yang naik motor tak berlampu dan kancil buruk. Make sense juga cakap ustaz Kamal Saidin. Teringat seorang YB Pas di Perak yang buat majlis kutip derma dari rakyat selepas dia terpilih jadi wakil rakyat untuk membolehkan dia berkhidmat kepada rakyat.
Ish, ish, ish - ibarat kata Azhar Idrus - "bod-doooh..."
Tak dipanggil membela diri juga macam Datuk Dr Hasan Ali?
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga di saat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
Nasharudin Mat Isa Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kisah orang kampung ditipu Pas Kedah bersambung lagi, kali ni Mc berikan video temubual orang kampung dan menceritakan bagaimana mereka ditipu oleh mangkuk-mangkuk Pas Kupang yang mengutip duit permohonan tanah tanpa pengetahuan pejabat tanah dan menipu orang kampung dalam jumlah yang besar.
Untuk baca siri sebelum ini boleh klik kat SINI dan SINI.
Dengarlah rintihan seorang penduduk kampung yang ditipu oleh YB Pas Kupang.
Disebabkan desakan penduduk yang mahu perkara ini diselesaikan, UMB, UMNO Kedah, Pemuda UMNO dan UMNO Baling mengambil inisiatif membuat forum bersama penduduk untuk mencari jalan penyelesaian. Untuk mengatasi masalah ini.
Adun Bayu menunjukan Sijil Penghargaan Beli Tanah Tipu!
Di kiri Peguam Tun Ammar, Penasihat Undang-undang UMB bersama Ketua Pemuda UMNO Baling.
Setelah dinasihat oleh Tun Mohammad Ammar, Adun Bayu Dato Che Azmi membuat keputusan akan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang. Video boleh tengok dibawah,
Insyallah video sesi dialog bersama penduduk ini akan Mc upload secepat yang mungkin. Juga video bersama Tun Mohammad Ammar, mengenai tindakan undang-undang yang boleh penduduk kampung buat terhadap Pas Kupang dan Kerajaan negeri.
Ishh.. bersambung lagi, mungkin Mc siri dialog ini akan Mc sambung esok. Sebab hari ni kalau dok boh cerita ni saja pun, cemuih juga. Apa yang penting, rakyat Kedah kenal siapa Pas yang sebenar. Cerita disebalik parti Islam yang mereka agong-agongkan, sebenarnya penuh dengan penipuan dan pembohongan.
Kalau rakyat susah pun mereka sanggup tipu, cuba bayangkan apa lagi yang sanggup mereka buat untuk kuasa dan wang! McTheory: Masa untuk berubah, TOLAK Pas Kedah!!
Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya. Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka?
Rakyat makin bijak lah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu. Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini.
Lihat link di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan -
Kalau lah akaun facebook Rafizi digodam, sudah tentu dia tidak boleh mengakses dan menggunakan akaun facebook nya sama sekali. Bila saya lihat akaun facebook Rafizi sebentar tadi, nampaknya macam tiada masalah langsung dan Rafizi masih boleh mengemaskini status dan menggunakan akaun facebook tersebut dengan lancar.
Sandiwara? Takkan kaedah dan taktik Pakar Strategi PKR sama dengan kaedah Mahasiswa Pro-Pembangkang (Pro-M)? Apa barang sama level, tak de kelas la pak cik....
Berikut kenyatan media yang dikeluarkan oleh Rafizi:-
"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.
Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.
Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.
Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.
Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini."
"Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya" - Razali
MUAR - Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan terbabit dalam politik selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dipinda hujung tahun lalu.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik.
Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius.
"Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa.
"Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya," katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam.
Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kerajaan akan membenarkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk bertanding pada PRU13, pada 15 Disember lalu.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, mengikut rekod pihaknya, 14,000 mahasiswa adalah ahli Umno di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan iaitu 200,000 yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, katanya, Pemuda Umno akan melancarkan Sukarelawan Siswa4U bagi mengetengahkan kepimpinan dimiliki golongan terbabit dan ia akan dikendalikan oleh 184 mahasiswa ahli Umno dari Muar sendiri.
"Dan selaras pelancaran program sukarelawan My Beautiful Malaysia pada 3 Februari depan anjuran 1Malaysia For Youth (IM4U) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita akan lancarkan Siswa4u, di sini, esok (hari ini) bagi mengetengahkan kepimpinan golongan ini.
"Antara tema program berkenaan ialah semangat kesukarelaan selain pelbagai lagi program yang kita tidak hadkan, terpulang kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, antara perkara dirancang termasuk kebersihan di kalangan masyarakat, pembelajaran Bahasa Inggeris, keagamaan serta gotong-royong selain penyerahan bantuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan