Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
Nasharuddin Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. -Bernama
Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.
Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.
"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti," kata bekas timbalan presiden PAS itu.
Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.
"Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.
"Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti," katanya lagi.
Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.
Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.
Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.
Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.
Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.
Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.
Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.
Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.
Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.
Apapun, Nasharudin sudah dianggap 'habuk dalam mata' oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.
Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.
Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.
Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.
Pengakuan dari penduduk kampung bahawa anaknya telah mengalami kerugian hampir RM 10,000 setelah membayar kos membuat geran seperti mana yang di janjikan Kerajaan Negeri.
Segala pembayaran telah di buat di Pejabat Adun Kupang, YB Johari Abdullah dan sehingga kini masih gagal mendapat geran seperti yang di janjikan.
Menurut maklumat yang di perolehi, hasil pencarian di Pejabat Tanah, tiada fail pemohonan geran di buka di atas tanah yang di usahakan penduduk kampung yang membayar duit kepada wakil Pejabat Adun Kupang.
"Hepi besday Nicky Ajis" ucapan Karpal Singh kepada Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang di sambut di rumah Karpal Singh. Majlis memotong kek hari jadi ini di lakukan selepas berita pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS.
Khabarnya Nik Aziz telah membuat kunjungan maaf ke rumah Pengerusi DAP di Jelutong, Pulau Pinang semalam, untuk mengambil hati Karpal Singh yang telah banyak terguris berhbung isu Kalimah Allah...
Nik Aziz juga memohon maaf diatas isu pijak bendera DAP dan demo dihadapan pejabat Karpal Singh yang di lakukan oleh akar umbi PAS tempohari!
Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?
Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa sosang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?
Sudah tentu fatwa berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.
PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.
PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.
Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.
Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.
DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.
Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.
Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.
Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.
Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!
Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.
Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.
Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.
Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.
DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.
Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.
Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.
Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.
Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.
Sekumpulan penduduk dan ahli Pas mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.
Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak."DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri."Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.
"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini. Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng."Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.
Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.
Kerajaan Selangor didakwa gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008.
Pengerusi Badan Bertindak Rakyat (BTR) Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.
"Kita akan buat tuntutan secara berperingkat bagi memudahkan kes ini dibicarakan di mahkamah pada kadar segera," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai demonstrasi aman melibatkan lebih 40 penduduk pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini yang menuntut elaun murid prasekolah seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008.
Menurut Said Anuar, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu depan meminta penjelasan kenapa kerajaan negeri gagal menepati janji.
Sebelum itu, kerajaan negeri berjanji akan memberikan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah di Selangor sekiranya berjaya mentadbir negeri tersebut pada tahun 2008.
Sementara itu, seorang penduduk, Ahmad Kamil Ahmad Nazri, 33, berkata, tuntutan yang diminta rakyat adalah wajar kerana selama ini mereka diperdaya demi meraih undi. "Kami menuntut hak kami seperti apa yang telah dijanjikan sebelum ini dan tidak salah kami meminta dengan cara baik," katanya.
Selain itu, BTR Selangor juga pernah menuntut elaun ibu tunggal RM100 sebulan, caj air percuma bagi penggunaan RM20 ke bawah bagi perumahan bertingkat, menuntut kerajaan negeri Selangor ambil alih hutang rumah PKNS dan pengecualian cukai terhadap mana-mana premis yang tidak didiami atau disewa.
Nota: Tahniah Khalid Ibrahim kerana menjadi MB yang paling tak guna dalam Pakatan Haram...
Tindakan Lim Kit Siang mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh, Hipokrit!
Isu seperti ini tidak harus dipolitikkan dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang... Takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong...
Tweet Lim Kit Siang tersebut mendapat kritikan dari Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang mengkritiknya kerana sanggup mempolitikkan kejadian itu. Malah tiada siapa pun yang mahukan kejadiaan seperti itu berlaku.
@limkitsiang: 6yr William Yau's tragic death - apart from Umno/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!
Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik.
"Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.
Demikian agresifnya pemikiran Anwar terhadap sebarang pandangan pihak yang tidak sealiran dengannya. Walhal yang lebih patut mengambil berat keputusan, pemikiran dan sensitiviti PAS (terutama Dewan Ulama PAS) ialah beliau sendiri dan PKR yang dipengaruhinya.
Jika diamati, Anwar jelas gelisah. Beliau resah sebab PAS kini mengambil keputusan yang agak bertentangan dengan pendiriannya. Bagi Anwar tidak mengapa jika orang Kristian Malaysia guna kalimah Allah dalam Bible. Itu hanya helah politik.
Sebab itu beliau mengulang-ulangi kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "terikat" dengan kenyataan Presiden PAS pada 8 Januari 2013. Namun kini Dewan Syura Ulama PAS pula menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif muslimin sahaja.
Anwar menafikan laporan yang mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013. Sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian umum dengan menuduh bahawa ia adalah permainan jahat dan fitnah media Umno BN.
Soalan yang perlu Anwar jawab
Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ?
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.
Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?
Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.
Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.
Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi' masyarakat majmuk Malaysia hari ini.
Undi Kristian Sabah Sarawak diidam PR
Kini apabila nyata PAS mempunyai keberanian politik dan pendirian yang syarie, Anwar khuatir ini akan menggencatkan skim politiknya sendiri. Sebelum ini Anwar melihat isu kalimah Allah boleh melonjakkan kedudukannya sebagai wira yang memperjuangkan kepentingan rakyat Kristian Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, Anwar segera memberikan reaksi pada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Ini kerana, menurut analisis Anwar sendiri, pada pilihan raya umum ke-12, lima tahun lalu, gabungan DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mengatasi majoriti kerusi Umno-BN di Semenanjung. Namun ia gagal meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak hingga menyebabkan ia gagal menawan Putrajaya.
Maka naluri politik Anwar mengatakan jika beliau dapat menghangatkan impian penganut Kristian berhubung isu kalimah Allah, pasti peluang diterima sebagai jaguh pengundi Kristian Sabah dan Sarawak akan mendorong mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Lantas keputusan Dewan Ulama PAS yang bertentangan dengan strategi ini dianggap sebagai "kacau daun". Sebab itu, baginya cuma Umno sahaja yang layak melaksanakan keputusan dewan tertinggi PAS (walaupun ia dilakukan dengan tujuan menyindir)!
Maka persoalannya ialah, pada pandangan Anwar apakah sebenarnya nilai pendirian Ulama PAS ? Islami atau tidak ? Lebih tepat lagi ialah adakah keputusan itu betul atau tidak ? Anwar tidak patut berhujah secara retorik kononnya beliau tidak pernah mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Ulama PAS itu.
Lebih buruk lagi ialah perangai Anwar yang cuba melempiaskan "kekecewaan" kepada media yang dituduhnya sebagai alat Umno BN yang cuba memfitnahnya. Fitnah apakah namanya jika beliau sendiri tidak menjawab persoalan asas -- adakah beliau bersetuju dengan pendirian ulama PAS ?
Anwar mahu Hadi buat pembetulan ?
Kini yang jelas ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang yang cuba "ditekan" oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu seolah-olah mengatakan bahawa Hadi yang patut membuat pembetulan jika pendirian PAS benar- benar sudah berubah. Bagi Anwar itu adalah prosedur.
Persoalannya, ke manakah perginya jatidiri Anwar sebagai pemimpin Islam suatu ketika dahulu ? Jika beliau menghormati ulama, mengapa Hadi yang perlu "ditekan" dan diletakkan dalam keadaan serba salah kerana tidak ikut prosedur ?
Anwar tahu apakah akibatnya jika Hadi tidak melaksanakan keputusan Dewan Ulama Syura. Di segi politik Anwar seolah-olah mahu Hadi bersikap "malu-alah" kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Ia sebagai satu cabaran supaya Hadi bersikap tegas.
Maka jika Hadi memilih untuk kekal dengan pendirian 8 Januari, tentu ia akan mencetuskan ketidaksenangan di kalangan ulama. Kedudukan Hadi tentu tergugat sebagai Presiden PAS.
Sebaliknya, jika Hadi akur kepada keputusan ulama, tentu penyokong- penyokong Anwar dalam saf kepimpinan PAS sekarang ini akan tidak senang pula dengan Hadi. Jika itu berlaku, kedudukan Hadi juga kurang selamat.
Apakah Anwar sendiri sebenarnya kurang senang jika Hadi terus menjadi presiden PAS ? Adakah pemikiran Hadi tidak secocok dengan laras politik Pakatan Rakyat ?
Anwar lebih senang "menawarkan" Umno mengambil berat keputusan ulama PAS daripada menyatakan pendiriannya sendiri terhadap cara dan corak kepemimpinan PAS yang mahu mewakili kepentingan Islam di Negara ini.
Sebenarnya, siapakah yang menggunakan isu agama, tidak kira Islam mahupun Kristian untuk kepentingan politik ?
Hampir 1,000 penduduk di Pandamaran di sini menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk melaksanakan pengurangan 20 peratus cukai pintu rumah kediaman dan harta komersil sebanyak 10 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata desakan itu dibuat melalui borang tuntutan yang telah diedarkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata dalam tempoh dua hari ini, pasukannya yang terdiri daripada beberapa anggota parti dan sukarelawan telah mendaftarkan hampir 1,000 nama penduduk yang masih belum menerima 'imbuhan' itu.
"Kami berjanji akan membawa semua tuntutan yang tidak dipenuhi oleh kerajaan Selangor ke mahkamah. Kami pada masa ini menumpukan untuk mendaftar nama penduduk yang tidak mendapat sebarang potongan dalam cukai pintu mereka dan ibu tunggal yang masih tidak mendapat elaun mereka.
"Kami harap dapat merekodkan sekurang-kurangnya 5,000 penduduk (di Pandamaran) kerana tanpa bukti, perkara ini tidak boleh dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kira-kira 300 penduduk Pandamaran turut mengadakan demonstrasi aman di lokasi berhampiran pejabat Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang terletak di situ.
Ching berkata kumpulan penduduk itu akan diwakili oleh peguam Kamarudin Ahmad yang menawarkan khidmatnya secara percuma.
Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat memilih parti yang tepat untuk mentadbir Selangor berikutan tindakan kerajaan negeri yang didakwa memperdayakan rakyat untuk meraih undi daripada mereka.
"Barisan Nasional (BN) tidak sewenang-wenangnya membuat janji yang tidak boleh ditunaikan tetapi apabila kami memberi (janji) ia akan dilaksanakan, tidak seperti Pakatan Rakyat dan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mendakwa manifesto mereka bukan satu perjanjian," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana di sini, Lim Ah Cai menyifatkan kerajaan negeri sebagai pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji.
"Mereka ini mulut sangat manis. Sewaktu pilihan raya umum lepas, macam-macam mereka janji, tetapi apa yang terlaksana, satu pun tiada. Saya berharap kerajaan BN berjaya membantu kita dan kembali memerintah Selangor. Apa yang penting kita mesti tolak pakatan (pembangkang)," katanya.
KAHERAH: Walaupun dihentam pelbagai pihak berikutan penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri ke Gaza namun bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa tidak melatah.
Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.
Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.
"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.
Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.
Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.
Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.
"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.
"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.
Rafizi Ramli akhirnya membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi di atas tuduhan palsu yang mengaitkan Zahid Hamidi mengambil wang caruman milik anggota tentera berjumlah RM130 juta.
Malah Rafizi Ramli turut mengatakan akan mengadakan satu sidang media esok pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PKR.
Hahaha...
Pagi tadi bukan main samseng, konon nak lawan di court...
Berita Terdahulu - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum ini.
"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau ketika dihubungi.
"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.
Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.
Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
SHAH ALAM: Former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa has been removed from the party's Syura Council, reports Sinar Harian Online. It quoted Syura Council secretary Datuk Nik Zawawi Nik Salleh as saying that Nasharudin was found to be in violation of several of the council's regulations. "The decision (to remove Nasharudin) was made on Jan 13 during a meeting chaired by PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," he was quoted as saying. He added that among the reasons for the removal was Nasharudin's absence from the council's meetings. "The letter on the removal was delivered after the meeting," Nik Zawawi told the website.
tunku : we challenge Pas to sack him from the party....but Pas dare not.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang wakil rakyat Ditahan malam tadi akibat terlibat dalam satu pesta yang turut melibatkan Najis Dadah.....
Wanda Hamidah yang merupakan wakil rakyat di Jakarta Ditahan Bersama Raffi Ahmad yg juga bakal calon Ahli Parlimen mewakili parti Amanat Nasional (PAN) pada pilihanraya akan Dayang.
Turut Ditahan ialah Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar .....
Lagenda badminton dan juara empat kali All England, Datuk Eddy Choong, 82, meninggal dunia di Hospital Loh Guan Lye, Georgetown jam 3 petang tadi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Parti Aslam Sa-Malaya (PAS) akan mengadakan majlis puja roh Mat Indera esok bermula di Kamunting dan akan berakhir di tanah perkuburan Kg Jambu Taiping. Sebelum itu konvoi tersebut akan berhenti di Penjara Taiping untuk satu demo memperingati tempat komunis dihukum gantung.
Mat Sabu dijangka akan mengetuai majlis memperingati kematian komunis Mat Indera yang terlibat dalam serangan di balai polis Bukit Kepong Muar Johor yang membunuh anak-anak dan isteri-isteri polis zaman darurat dahulu.
Oleh itu beberapa NGO di daerah Taiping akan membuat satu laporan polis petang ini terhadap tindakan biadab parti Pas yang akan mengadakan majlis puja roh esok.
Esok kita akan tengok lebai-lebai kera dan cicak mengkarung Pas akan menjadi pecacai Komunis alaf baru akan bertakbir mengangkat martabat Komunis Malaya
Lebuhraya PLUS dari kedua-dua arah antara sempadan Selangor dan Perak dilihat merupakan kawasan kemalangan yang kerap berlaku kemalangan yang teruk-teruk. Terkini pemain bola sepak pasukan Felda United, Ahmad Fauzi Saari parah manakala rakannya maut selepas kereta jenis BMW yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan di kilometer 407.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara di sini semalam.
Ahmad Fauzi, 30, mendapat kecederaan di badan dan tangan kanannya patah manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, maut di tempat kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, berkata, kejadian berlaku apabila kereta BMW dipandu Muhammad Khairul Adnan itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh penghadang jalan.
TM juga pernah terlibat dalam kemalangan di kilometer 385 menghala ke selatan. dalam kemalangan tersebut yang melibatkan 6 buah kenderaan berpunca dari sebuah kereta toyota camry yang hilang kawalan, berpusing dan merempuh besi penghadang jalan di kiri dan kanan lebuh raya 3 lorong itu.
MPV Tm tersadai di sebelah penghadang jalan setelah merempuh camry
Ramai longkai yang bersembunyi dalam gelap sebelum kejadian
longkai , mungkin mereka yang merancang kemalangan
Kereta camry rosak teruk dan melintang di tengah-tengah lebuh raya. Peliknya ialah terdapat beberapa buah kereta longkai dan lebih dari 5 orang longkai bersembunyi disebalik kereta rosak dan menunggu mangsa untuk menghentam camry dalam kegelapan malam.
Setelah kereta TM menghentam camry dan tersadai di sebelah besi penghadang, tiba-tiba beberapa orang longkai-longkai muncul secara tiba-tiba dan menyuluh ke dalam kereta TM dan bertanya " berapa orang dalam kereta dan abang tarak apa-apakah?"
Sekiranya mereka (longkai) ikhlas dalam menjalankan tugas mereka boleh menyalakan lampu hazard kereta mereka dan menyalakan lampu suluh dan sebagainya ke arah kenderaan yang datang untuk mengelakkan kemalangan kepada kenderaan lain.
Salah seorang longkai yang baik hati sudi membawa TM ke hospital Slim River melalui Trolak dan didapati ditempat bahagian kaki tempat duduk belakang kereta tersebut terdapat tangki minyak 4 liter yang berat dan kemungkinan minyak diesel yang di tuang ke atas jalan yang menyebabkan camry tersebut hilang kawalan dan berpusing di atas jalan.
Pelik juga kerana pihak longkai siap dengan kamera untuk merakam kenderaan yang terlibat untuk tujuan tuntutan insurance.
Mana mungkin sebuah kereta mewah yang mahal boleh hilang kawalan di jalan raya tanpa sebab. Selalunya orang yang memandu laju di lebuh raya adalah pemandu muda yang cekap mengendali akan kenderaan mereka.
TM mengharapkan pihak MKN dapat menyiasat perkara ini secara rahsia, kemungkinan ia melibat banyak pihak.
Sekembalinya Najib ke tanah air selepas kunjungan ke Gaza dan Davos, kini Pas pula sibuk mahukan Hadi Awang ke Masjidil Aqsa.. Ada orang ada lah depa....ini menunjukkan Pas panas bontot dengan jihad yang ditunjukkan oleh Najib.
Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City. GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
Amat sedih apabila kematian William Yau 6 tahun menjadi modal politik oleh abang besar Dap. Kenyataan beliau menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghentam beliau.
Pun begitu beliau LKS tetap tersenyum kerana berjaya menutup kelemahan kerajaan Selangor dalam mengurus tadbir kerajaan tempatan.
Polis telah menemui petunjuk bahawa mangsa telah terjatuh kedalam longkang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dijumpai.
Kesalahan yang sebenar ialah kesilapan penjaga yang meninggalkan anak dalam kereta dengan harapan anak akan duduk diam dalam kereta, tetapi sifat seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Perasaan ingin tahu, ingin meneroka benda baru atau anak OKU seperti autism, ADHD dan sebagainya menyumbang kepada punca kejadian.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga patut dipersalahkan kerana difahamkan longkang tidak bertutup. Jika merujuk kepada akta perancangan bandar dan desa 1976 kerajaan tempatan bertanggung jawab dalam membina bentung dan membaiki, mengubah, menutup atau membinasakan bentung-bentung dalam kawasan pentadbiran mereka.
Selangor diperintah oleh siapa? Sudah tentu oleh kerajaan Pakatan ( Dap, Pkr dan Pas). So segala kos dan sebab adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah iaitu parti tiga serangkai. Lim Kit Siang sebenarnya telah meludah ke langit dan jatuh atas muka sendiri.
Kes jenayah juga banyak berlaku di negeri Selangor, maka Dap, Pas dan Pkr perlu memikirkan bagaimana dan cara mengurangkan atau mencegah kejadian jenayah seperti memperbanyakkan CCTV, menerangkan kawasan dengan lampu limpah, mewujudkan kawalan rondaan sukarela dan sebagainya.
Ini tidak, Pas, Dap dan Pkr hanya tahu membela penjenayah, jika penjenayah ditangkap dan ditembak atau dibelasah oleh orang ramai, polis sahaja yang dipersalahkan. Salah kerajaan tempatan tak nampak.
Ini lah yang dikatakan dalam pepatah melayu moden, kutu disebarang laut nampak, bangkai babi depan hidung buat-buat tak nampak.
Sejak akhir-akhir ini semakin ketara persamaan antara Pas dan Dap.
Mat Sabu Naib Presiden Pas kini seolah-olah telah menjadi ahli majlis eksekutif Dap kerana setiap kali dalam ceramahnya acapkali mengampu kehebatan Lim Guan Eng.
Persamaan lain ialah Pas dan Dap bertindak autocratic kerana memecat ahli tanpa diberi peluang membela diri.
Ahli Dap ramai dipecat kerana menyuarakan pendapat mereka yang mengkritik corak pentadbiran kuku besi pemimpin mereka.
Pas juga melakukan perkara yang sama sama ada peringkat akar umbi dan juga peringkat kepimpinan.
Peringkat akar umbi ramai yang tidak diketahui umum kerana mereka hanya cicak mengkarung saja bagi kepimpinan Pas.
Mereka dipecat kerana mempertikai perkara-perkara kecil seperti isu salah urus KOHILAL. Lebih menyedihkan mereka yang dipecat dituduh sebagai berfahaman syiah.
Terkini Ustaz Nasharudin Isa dipecat dari majlis syura dengan alasan tidak hadir menyuarat. Esok atau lusa mungkin dipecat dari Pas. Sememangnya kita tahu bahawa Nik Aziz sememangnya sudah lama tidak menyukai beliau.
Tindakan Pas dan Dap mungkin kerana arahan dari abang besar mereka tak lain dan tak bukan Abang Non kita.
Bang Non sewaktu berkuasa dalam Umno juga melakukan perkara yang sama. Sesiapa yang cuba menentang dan membantah atau cuba melawan orang-orang kepercayaan beliau, pasti akan dipecat.
Dato Tajudin Rahman MP Pasir Salak salah seorang mangsa Bang Non yang dituduh bersalah kerana politik wang. Ini berlaku apabila Dato Tajudin Rahman menyampaikan bantuan basikal kepada anak-anak miskin di Pasir Salak.
Jika disingkap sejarah pemecatan Anwar pada 2 September 1998, beliau dipanggil ke PWTC bersama semua majlis tertinggi Umno untuk membela diri. Keputusan memecat Anwar bukan dilakukan secara berseorangan oleh Tun Mahathir tetapi secara kolektif. Hanya beberapa orang sahaja yang mengambil sikap berkecuali pada malam itu. Semua MT yang hadir diberi peluang untuk bercakap dan Anwar juga diberi peluang membela diri,
Hasil keputusan ialah majoriti bersetuju Anwar dipecat kerana cerita salah laku beliau sudah lama diketahui oleh ahli MT.
Cuma generasi muda seperti Adam Adli diperdaya oleh Anwar, kononnya pemecatan beliau bukan kerana salah laku seks dan salah guna kuasa tetapi keengganan beliau meluluskan pinjaman RM 2 Billion kepada anak Mahathir. Itulah yang dipercayai oleh anak-anak muda seperti Adam Adli dan rakan-rakannya.
Anwar melakukan satu pembohongan besar terhadap anak-anak muda supaya menyokongnya. Pembohong seperti Anwar wajar humban ke lubang neraka jahanam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak.
Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.
Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.
Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.
Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.
Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.
Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.
Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.
Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan Pkr yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai 'mesra kerajaan Pusat.' Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat. Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.
"Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.
"Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.
Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.
Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.
Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk 2 menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.
Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 11.05 pagi, disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
Kenamaan lain termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut membawa sepanduk dan kain rentang, antaranya bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".
Dalam ucapannya, Najib berkata beliau terharu atas sambutan yang tidak disangka itu dan merestui perhimpunan tersebut kerana ia sebenarnya menunjukkan komitmen rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Katanya beliau mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke Gaza bagi menyampaikan pendirian rakyat serta melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut. "Kita dah hulur derma, NGO (badan bukan kerajaan) kita sudah pergi ke bumi Palestin, tetapi kita atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia, atas nama Barisan Nasional, belum lagi sampai ke bumi Palestin," katanya.
Najib berkata walaupun dalam tempoh lawatan yang singkat, beliau sempat dibawa melihat sekitar Gaza yang penduduknya padat dan daif, serta melihat kemusnahan akibat serangan Israel terhadap bangunan kerajaan, masjid dan stadium yang semuanya tidak mempunyai 'kepentingan ketenteraan'.
Beliau berkata serangan seperti itu bertujuan untuk meningkatkan penindasan dan cengkaman terhadap rakyat Palestin,serta meruntuhkan semangat mereka, justeru itu amat penting untuk pergi ke sana dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan itu.
"Ada orang kata kita patut melakukan apa saja untuk menentukan keselamatan Israel, tetapi bagi kita, bagi rakyat Malaysia, bagi Barisan Nasional, bagi kerajaan, yang kita pentingkan adalah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan serta keselamatan yang terjamin," katanya.
Najib berkata penubuhan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah adalah penting bagi memastikan perjuangan mereka di bumi Palestin mencapai kejayaan.
"Ingatlah bahawa tunjang kepada segala-galanya adalah perpaduan, perpaduan itu amat penting. Pengajaran kepada kita di bumi Malaysia ini juga, perpaduanadalah tonggak kepada segala-galanya.
"Kita boleh beri sokongan moral, kewangan dan politik tetapi kesudahannya rakyat Palestin mesti ambil langkah ke arah perpaduan. Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka," katanya.
Gaza merupakan satu daripada penempatan di Palestin yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang walaupun hanya seluas separuh negeri Perlis. Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.
Menteri Besar yang 'syok sendiri', Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.
"Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.
"... gegee..graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.
"Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umno Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus. Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus," katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, semalam.
Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.
Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.
"Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN "... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.
Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.
"... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat," tegas Abdul Khalid.
Sejak bila pula Khalid percayakan kepada polis dan tentera! Teringat kata-kata Khalid 'G' ini iaitu manifesto bukanlah janji pilihanraya? Sila baca di sini.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kata khalid dalam satu forum syok sendiri sesama pemimpin pakatan, "keyakinan rakyat selangor terhadap kerajaan negeri pakatan semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh mereka"
Soalan aku pada khalid, apakah rakyat selangor bodoh nak beri keyakinan mereka pada pakatan setelah 4 tahun mereka di tipu hidup-hidup oleh rejim khalid dan pakatan???
Janji-janji dalam manifesto masih banyak yang belum tertunai, masaalah air masih belum selesai, elaun untuk ibu tunggal dan elaun untuk anak pra sekolah seperti yang di janjikan dalam manifesto belum sesen pun kerajaan selangor bayar pada mereka dan banyak lagi masaalah seperti sampah, longkang, pertumbuhan rumah urut dan pusat perjudian di selangor kian menjadi jadi banyaknya.
Takan rakyat selangor buta mata kut...? khalid nak tipu sapa sebenarnya nie...?
PM selamat tiba di balai bunga raya klia tepat jam 11.10 pagi (ikut jam kamera aku) beliau di sambut oleh ribuan rakyat yang hadir sejak dari jam 8 pagi tadi, turut sama hadir menyambut kepulangan pm ialah, tan sri muhyiddin yasin dan isteri, mantan perdana menteri, tun dr mahathir dan tun siti hasmah dan berberapa pemimpin umno dan parti komponen bn...
Bila PM ke Palestin dan beri sumbangan berjuta ringgit maka pembangkang memandang sinis perbuatan tersebut.
Walhal mereka sendiri tidak mampu lakukan seperti mana Umno lakukannya.
Sudahlah gagal menghulurkan bantuan kepada rakyat tertindas di Palestin, menghina pula pihak yang melakukannya.
Jenis manusia apakah ini ?
Senang cerita yang bersikap sebegini layak digelar munafiq.
Mencari kesilapan sepanjang masa bukan mencari kebaikan saudaranya. Mudah mengutuk dari memuji walau berlainan parti.
Rakyat sudah cerdik... Rakyat sudah bijak untuk menilai apakah baik atau tidak lawatan Perdana Menteri ke Gaza yang diikuti isteri tercinta bergadai nyawa demi saudara seagama.
Menurut sumber memberitahu, lawatan ke Gaza tidak disyorkan pihak yang menjaga keselamatan namun diteruskan juga oleh Perdana Menteri yang mengikut gerak hatinya yang mahu ke sana.
Mari kita berbangga dengan PM berani seperti Mohd Najib Tun Ab Razak dan jangan biarkan parti Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 dalam PRU akan datang.
MUAR, 26 Jan – Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mencemuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin Selasa lalu, sebagai sesuatu yang menyedihkan.
Beliau berkata kenyataan pemimpin sayap kanan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam membuktikan beliau tidak matang dan terperangkap dalam kejumudan.
Katanya kunjungan Perdana Menteri bukan berunsur politik tetapi bertujuan membantu negara Islam yang sentiasa ditindas Israel.
"Nasrudin perlu melihat lawatan itu sebagai wakil negara secara keseluruhannnya, bukan melihat pada kacamata sempit semata-mata kerana beliau (Najib) adalah pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma, Jalan Temenggung di sini hari ini.
Razali berkata Nasrudin mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berfakta malahan dikuasai perasaan emosi serta berbaur politik semata-mata.
Beliau sedih kerana Ketua Pemuda PAS Pusat itu hanya ingin mencari populariti tanpa berusaha membawa perubahan dalam kepimpinannya yang sangat diharapkan oleh anggota sayap kanan parti itu.
"Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap, selama 26 tahun jadi Menteri Besar (Kelantan) dia belum nampak lagi pelapis yang boleh mengambil alih tempatnya," kata beliau.
Razali berkata langkah Perdana Menteri melawat negara Islam itu harus dihormati kerana dilakukan seorang pemimpin negara ketika rakyat Palestin memerlukan sokongan saudara seagama mereka dari seluruh dunia.
CUBAAN BUNUH!!! Pemimpin parti nyris maut mahu dibunuh depan-depan mangsa yang sedang memberi ucapan. Pembunuh dengan berani naik keatas pentas dan mengacu pistol tetapi sempat ditangkis menyebabkan dia gagal seterusnya du belasah oleh yang lsin. Pembunuh juga menyamar sebagai salah seorang petugas untuk tidak disyaki semasa dalam majlis
Ambil iktibar bagaimana kejadian sebegini boleh terjadi...
Ahmed Dogan, ketua sebuah parti liberal yang mewakili golongon minoriti turkish di Bulgaria, selamat dalam cubaan bunuh ketika sedang memberi ucapan di persidangan dekat ibu kota Sofia, Bulgaria.
Kerana terlampau dan terlalu banyak fitnah amat membimbangkan kita, Malaysia juga tidak ketinggalan, jangan terlalu alpa dengan segala perbuatan yang melembukan rakyat, Fitnah supaya rakyat menyimpan rasa berhasad antara satu sama lain,
Tidak mustahil dinegara kita juga boleh terjadi! Rata-rata kita dapat melihat rakyat diajak serta dirosakan segala budaya kita yang cukup sopan dan berhemah, begitu amannya Makaysia tetapi digambarkan betapa huru hara bila diajak rakyat supaya mengganas diatas jalanraya, di ibukota dan banyak lagi yang kita amat tahu hasilnya menyebabkan 38 juta rakyat tidak disenangi oleh rakyat.
Apakah cukup selesa kalau kerajaan bertukar dengan cara ramoasan atau dengan fitnah bagi tujuan menjatuhkan? Apakah akan selamat jika negara dirampas? Bukankah tindakan yang sama juga bakal dihadapi oleh pembangkang kerana mengajar rakyat supaya menjadi ganas, nampaknya kenaler terima kembali apa yang selama ini dilakukan kepada Malaysia supaya Rakyat boleh memberontak dan menghalalkan ganas. Aoakah sekitar 70 ribu yang hadir sudah boleh mewakili majoriti wal hal sekadar 0.07 peratus kalau mahu dibandingkan dengan jumlah rakyat seramai 38 juta?
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak. Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.
Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.
Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.
Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.
Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.
Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.
Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.
Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan PKR yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kali ini MyMassa bongkarkan bagaimana seorang pemimpin PKR pula mendapat kerakyatan secara 'tidak sah' mengikut definasi pembangkang.
Pemimpin yang ingin kami kongsikan di sini bukan calang-calang orangnya tetapi seorang Ketua Propaganda Pembangkang! Orang yang kami adalah Badrulamin bin Bahron, Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor.
Nama : Badrulamin bin Bahron No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Tempat Lahir : Indonesia No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.
Setelah mendapat status warganegara, Wak Badrul yang mendapat pendidikan di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di UIA.
Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999)
Mungkin ada yang ingin menafikan maklumat yang kami paparkan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Badrulamin sama seperti kes Azmin, Wan Azizah dan Zuraidah. Bagaimana pula dengan ini?
Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin) Kad Pengenalan : 330814-71-5139 Tempat Lahir : Indonesia Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973
Arwah Bahron yang merupakan bapa kepada Badrulamin telah meninggal dunia pada 3 Julai 2011. Namun namanya masih lagi dalam sistem SPR. Ertinya dalam kerakusan pembangkang menghentam SPR, mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu SPR membersihkan data pengundi.
Nah. Kenapa Malaysiakini cuba menyembunyikan fakta bahawa ramai di kalangan pemimpin pembangkang sebenarnya warganegara asing yang telah mendapat kerakyatan Malaysia? *Sebar-sebarkan.
Inilah rahsia kenapa Guan Eng sayang sangat kat Zairil.
Sehubungan dengan itu, MyMassa harap pemimpin DAP yang bernama ZAIRIL KHIR JOHARI @ Christopher Ross Lim ini akan juga dipanggil sebagai saksi kerana jelas dalam dokumen ini menunjukkan bahawa dia merupakan bukan warganegara semasa dia diambil menjadi anak angkat kepada pemimpin tertinggi UMNO ketika itu.
Alasan yang tidak masuk akal, MyMassa melihat keputusan Majlis Syura yang hanya menggugurkan jawatan Ust. Nasha adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia dan Penyokong Tegar PAS. Kenapa tidak pecat daripada menjadi ahli PAS saja? MyMassa rasa PAS tidak mahu dilihat sebagai parti yang bermasalah. Jika dipecat terus,akan menjatuhkan populariti Parti PAS, tetapi jika dibiarkan pula, kesannya juga sama. Mungkin itu sahaja jalan Majlis Syura bagi mengelak akibat yang lebih besar kepada PAS.
Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut.
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan."Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat... Selebihnya tidak mahu ulas. maaf ya."
Beliau juga mengesahkan surat perlucutan jawatan telahpun diserahkan kepada Nasharuddin petang tadi. Tindakan ini telah diputuskan sejurus tindakan Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini. -KLPOS
Adakah perbalahan dengan Karpal Singh salah satu punca pengguguran Ustaz Nasha?
Tetapi yang menjadi persoalan besar, adakah keputusan ini mendapat campurtangan dan desakan rakan sebantal PAS? Kita tunggu dan lihat!
Sebahagian daripada penyokong dan ahli Pas mengadakan bantaran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah, di hadapan Masjid Khairiyah Bedong, Sungai Petani hari ini.
SUNGAI PETANI - Sekumpulan penduduk dan ahli Pas di sini hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.
Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak.
"DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri.
"Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.
"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini.
Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng.
"Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.
Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.
Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu. Takziah kepada keluarga William. Hentikanlah membuat spekulasi yang tidak sepatutnya kepada pihak berkuasa. Hormatilah keluarga mangsa.
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gazaserta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
Bercakap, berkokok, bertempik pasal Palestin sekian lama rupa-rupanya dia tidak pernah sampai ke Gaza untuk berjumpa PM Palestin dari Hamas.....kah....kah....kah....kah....
Bukan main lagi dakwa Pas telah sekian lama jalin hubungan dengan Hamas, tapi presiden Pas tak pernah pergi jumpa pemimpin Hamas. Kah....kah....kah...kah.....
Malu lah weh....pemimpin Hamas terpaksa kirim salam dan undang secara terbuka untuk Presiden Pas datang ke Gaza.....kah....kah....kah...kah....
Malu lah dengan Umno weh........pemimpin Umno yang dituduh kapir, sesat, sekular dan sebagainya lebih awal pergi jumpa Ismail Haniyeh berbanding dengan Presiden Pas yang mendakwa telah lama jalin hubungan dengan Hamas.
Terima kasih harakah kerana melaporkan berita yang 'membogelkan' pemimpin Pas. Kini dan dah nampak semua parut, panau , kurap dan kudis yang ada di badan mereka. Bercakap ja lebih...bercakap ja besar....tapi hampeh.....
Sampai terpaksa kirim weh untuk Presiden Pas sampai ke Gaza.....kah...kah...kah....kah....kah....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenapakah Nik Aziz yang bukan saja mengiringi DS Najib,
bahkan memakai baju berlogo 1Malaysia tidak dipecat?
1. Terkini, Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas telah dipecat dari keahliannya dalam Majlis Syura Pas. Bagaimanapun ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana sebelum ini banyak pihak sudah menduga perkara demikian akan terjadi kepadanaya gara-gara menyertai rombongan mengiringi Perdana Menteri DS Najib ke Gaza. (Klik Sini)
2. Dendam dan amarah para pemimpin Pas terhadapnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Sebelum ini Nasharuddin adalah antara yang lantang bersuara mengenai layanan istimewa kepada DAP oleh Pas dalam beberapa isu kontroversi. Pemimpin DAP sendiri sejak dahulu sudah berusaha supaya Nasharuddin dipecat agar tidak menghalang sebarang usaha DAP menguasai Pas.
3. Pemecatan ini juga khabarnya mendapat sokongan kuat dan restu dari Anu arr AL-Juburi yang cemburui Nasharuddin kerana mengiringi DS Najib ke Gaza. Seperti biasa, Nik Aziz meskipun Mursidul Am Pas namun tidak berdaya untuk mengingkari 'titah dan perintah' Anu arr yang disokong kuat oleh DAP Kafir Zimmi.
4. Akhirnya rakyat menyaksikan seorang lagi pemimpin yang memperjuangkan Islam disingkirkan oleh agenda politik Pakatan Pembangkang yang dipengaruhi oleh DAP. Tidak banyak beza antara DAP dengan 'Jewis' dan 'Rejim Zionis' yang menguasai dan menjadi penentu politik Amerika Syarikat.
5. Jika kesalahan Nasharuddin Mat Isa kerana mengiringi DS Najib ke Gaza dijadikan alasan untuk memecat beliau, kenapa Nik Aziz yang juga pernah mengiringi DS Najib di Pekan tidak lama dahulu tidak dikenakan tindakan yang sama? Apakah didalam Pas juga ada 2 hukuman bagi 2 'kasta' yang berlainan? Jika pengikut Pas masih berakal dan waras, tentu mereka akan menuntut Nik Aziz supaya turut dipecat.
1. Ramai pembaca dan penyokong Pas marahkan saya kerana tulisan saya semalam 'Tok Guru Nik Aziz Lebih Sesuai Jadi Tok Pekong'. Mereka menyatakan kemarahannya melalui e-mel dan komen diblog (tidak saya siarkan). Demikianlah bagi orang-orang yang taksub kepada seseorang pemimpin.
2. Intipati kepada tulisan saya itu adalah bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak menjalankan peranannya sebenar sebagai Tok Guru. Nik Aziz telah gagal sebagai ulamak dalam memperjuangkan agama Allah. Sedangkan penggunaan Kalimah Allah dikalangan bukan Islam juga gagal dipertahankannya, apa lagi yang mampu dilakukannya dalam perjuangan Islam?
3. Konon Nik Aziz cuba mentarbiahkan DAP dengan memberi kelonggaran kepada segala perbuatan pemimpin DAP mengenai soal agama Islam. Namun sejak akhir-akhir ini yang jelas kelihatan adalah DAP yang mentarbiahkan Pas sehingga segala kehendak DAP terpaksa dituruti oleh Pas hatta berkenaan agama sekalipun.
4. Jika Mursidul hamPas ini tidak lagi dapat berperanan sebagai Tok Guru bukankah dia secara 'senyap'nya diiktiraf sebagai Tok Pekong?
5. Bagaimana dapat kita percayai bahawa Nik Aziz telah mendapat 'petunjuk' Allah dengan menyatakan bahawa Allah sudah maafkan 'Saiful Bahrin'. BAgaimana jika 'pelaku' itu bukan ADUN atau ahli atau penyokong Pas. Apakah Nik Aziz akan berikan jawapan sama?
6. Benarlah bahawa 'kunci' syurga dipegang oleh Nik Aziz. Bahkan dia juga boleh menentukan siapa yang akan dibenarkan masuk dan siapa yang tidak.
Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan "persetujuan", sebaliknya "memperakui" perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya tidak kata tidak bersetuju...
"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH "dengan beberapa syarat" tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR, di sini, semalam.
Katanya, "PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi".
"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan "kita (PR) memperakui" dan "sokong" kenyataan tersebut," katanya.
Itulah Anwar, dengan mengandaikan semua manusia "tak reti bahasa", dia cuba memberi definasi yang sama sekali berbeza antara "Persetujuan" dengan "memperakui".
"Saya hanya baca" dan "kita memperakui dan sokong" kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden PAS".
Dan, katanya lagi "saya tidak kata tidak bersetuju".
Apa yang dia setuju dan apa yang dia tak setuju pun kita tak tau.
Inilah "belitan lidah berbisa" Anwar, iaitu "manusia lupa asal usul" yang menghina bapa Tun Mahathir sebagai "pencari ular di Kerala". Tun M mengaku keturunan bapanya berasal dari India, tapi ibunya "Wan Tempawan" adalah keturunan bangsawan melayu Kedah. Anwar tidak pernah mengakui ayahnya keturunan sekampong dengan bapa Tun M. Malah "atuk dan nenek" Anwar langsung tiada darah melayu. Dari segi DNA, Anwar lebih mamak dari mamak.
Dengar khabar dari Penang, ada yang kata isteri Tok Rahmannya berasal dari perkampungan Yahudi di Penang? Entah-entah memang keturunan yahudi tak? Kalau tengok hidung, bulu kening Anwar dan memek muka masa marah, memang ada typical yahudi... Mungkin rakan blogger "Jinggo" boleh keluarkan photo-photo muka Anwar untuk kajian segenap sudut muka Anwar samada wujud ciri persamaan dengan "wajah jewish".
Kalau tengok "perangai" memang sahih "berkelakuan" yahudi. Dalam satu masa dia boleh "tipu", "bodohkan" dan "boleh perangkap" semua pihak. Antara mangsa yang ditipu, dibodohkan dan dijerat dalam kenyataan medianya ialah;
1. DS Abd Hadi Awang terperangkap. Sekarang Anwar lepas semua bebanan masalah kepada Hadi. 2. Majlis Syura PAS pula "dibodohkan" dengan hanya memainkan perkataan "persetujuan" dan "memperakui". 3. Ahli PAS, pengikut dan penyokong Anwar yang "naif" dan lurus bendul yang hanya tahu Anwar suci. 4. Golongan intelek i.e para pensyarah dan ahli akademik yang hanya tahu soal "silibus dan kurikulum akademik", tetapi buta soal dunia luar selain dari tugasan mengajar di universiti. 5. Golongan mahasiswa "mentah" yang mengaku "sudah masak" selok-belok politik, sedangkan pensyarah yang mengajar mereka adalah pensyarah kategori 3 di atas. 6. Orang kampong yang "mudah cair dengan agama secara luaran" dan cukup mudah terpesona dengan sebutan "qolqolah" dan bacaan al Quran yang keluar dari mulut Anwar. 7. Penganut Kristian paling ramai tertipu dengan "konsep tidak bersetuju untuk bersetuju dan memperakui" kalimah Allah boleh dikongsi.
Anwar adalag penganut fahaman triniti, "3 in 1". Sesumpah politik, Sesumpah agama dan Sesumpah nama Allah. Dengan muslim kata Allah tak boleh kongsi. Dengan kristian kata boleh kongsi.
Mesti sesak Batu Caves hari ni, kan? salah satu tempat penganut agama Hindu merayakan Thaipusam. Selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu.
Musim sejuk, sinonim dengan pakaian tebal untuk membekalkan haba kepada tubuh.
Musim sejuk juga kebanyakan masyarakatnya lebih senang berada di dalam rumah sambil nyalakan api..
Lain pula wanita ini. Dengan selambanya beliau meniarap ditengah jalan sambil berlapikkan sehelai tuala.
Menambah kekalutan lagi, beliau berbogel!
Entah apalah masalah beliau, merajuk dengan suami kah? Atau dikecewakan kekasih...
Dasyat sungguh orang-orang di China ini meluahkan perasaan mereka, kalau di Malaysia, boleh terbabas pemandu dibuatnya!
Sebelum pembaca-pembaca sekalian meninggalkan blog ini, sudikanlah kiranya untuk mengundi idea terbaik di SINI ya...terima kasih!
[Ads: BANTUAN ANDA DIPERLUKAN: Idea Mana Yang Bakal Memenangi RM100,000? These ideas for better communities and neighbourhoods can be made into reality! It is in you hands - VOTE NOW!]
Nak kata cari populariti, dah memang popular, apa lagi motif yang dicari oleh pelakon kacak, Remy Ishak ini?
Gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Isntagramnya cukup seksi. Dengan gaya model, Remy hanya memakai baju kemeja yang tidak dibutangkan. Sengaja dibuka luas-luas, hingga menampakkan bulu-bulu halusnya hinggalah ke pusat dan sedikit ke bawah!
Wow! Berani sungguh Remy kongsikan gambar yang hampir-hampir bogel ini ya..!
JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. - Bernama
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.
"Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.
"Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti," katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.
"Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.
Celebriti bermasalah di Hollywood, Lindsay Lohan telah dikritik rakan lakonnya setelah tampil dalam filem porno, The Canyon.
James Deen, 26, pelakon filem lucah yang telah melakonkan hampir 4,000 aksi porno sangat terkejut dengan sikap LiLo dalam filem lucah pertamanya itu.
Katanya: "Ada hari-hari yang beliau akan menjerit dan menangis dan tidak mahu keluar dari bilik.
"Dalam industri filem lucah, saya biasa berkerja dengan pelakon-pelakon profesional yang menghargai rakan lakon masing-masing. Tetapi Lindsay seperti kanak-kanak."
Bintang filem Mean Girls, Lohan, 26, kini terdesak untuk kembali dalam industri hiburan Hollywood setelah berhadapan dengan pelbagai krisis keluarga dan dirinya sendiri.
Beliau membuat kejutan apabila bersetuju untuk muncul dalam filem lucah The Canyons dengan hanya bayaran £60 sehari.
Beliau juga bersetuju untuk berbogel dalam beberapa aksi seks. Namun apabila tiba saat merakamkan aksi berkenaa, James dan Lohan serba tidak menjadi.
James berkata: "Sebagai bintang filem lucah, saya berasa selesa dan tidak ada masalah untuk berlakon.
"Saya telah berlakon beratus kali dengan pelakon-pelakon wanita lain dan kami sentiasa releks tetapi tidak dengan Lindsay yang gementar. Setiap hari beliau akan menjerit ketakutan!
"Sedang kami berdiri dalam keadaan bogel, Lindsay akan menjerit, 'Pakai semula baju pakaian kamu, Ya Tuhan, pakai balik pakaian kamu'.
"Jadi, kami pun pakai semula robe. Tetapi apabila beliau duduk atas katil, boleh pula dia berseorangan dalam keadaan separuh bogel.
"Dan ketika saya melondehkan tuala saya - beliau menjadi tak keruan. Kemudian dia tidak mahu kemabli hinggalah ke semua kru berbogel."
James mendakwa, apabila Lohan kembali tenang, dia sangat "natural".
"Kami sebenarnya berjaya rakamkan aksi seks tersebut dengan satu take dalam masa 14 minit," tambahnya lagi.
Dalam satu situasi lain, Lohan melenting apabila pengarah memintanya untuk tanggalkan kasut.
"Ianya satu arahan mudah," kata James.
"Saya seorang lelaki yang rendah dan ianya menjadi pelik apabila beliau (Lilo) lebih tinggi dari saya dengan kasut tujuh incinya.
"Dia tak mahu. Dan mula menangis dan menjerit mengatakan beliau adalah bintang dalam filem tersebut.
"Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memakai boot untuk nampak tinggi dan dia kembali tenang."
Namun begitu, James tidak menyalahkan Lohan dek perangai mengada-ngadanya.
Katanya: "Beliau dalah 'produk' daripada Hollywood.
"Beliau sangat sensitif dan sukar ditolong, kita hanya simpati kepadanya."
"Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.
Demikian agresifnya pemikiran Anwar terhadap sebarang pandangan pihak yang tidak sealiran dengannya. Walhal yang lebih patut mengambil berat keputusan, pemikiran dan sensitiviti PAS (terutama Dewan Ulama PAS) ialah beliau sendiri dan PKR yang dipengaruhinya.
Jika diamati, Anwar jelas gelisah. Beliau resah sebab PAS kini mengambil keputusan yang agak bertentangan dengan pendiriannya. Bagi Anwar tidak mengapa jika orang Kristian Malaysia guna kalimah Allah dalam Bible. Itu hanya helah politik.
Sebab itu beliau mengulang-ulangi kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "terikat" dengan kenyataan Presiden PAS pada 8 Januari 2013. Namun kini Dewan Syura Ulama PAS pula menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif muslimin sahaja.
Anwar menafikan laporan yang mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013. Sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian umum dengan menuduh bahawa ia adalah permainan jahat dan fitnah media Umno BN.
Soalan yang perlu Anwar jawab
Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ?
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.
Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?
Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.
Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.
Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi' masyarakat majmuk Malaysia hari ini. Undi Kristian Sabah Sarawak diidam PR
Kini apabila nyata PAS mempunyai keberanian politik dan pendirian yang syarie, Anwar khuatir ini akan menggencatkan skim politiknya sendiri. Sebelum ini Anwar melihat isu kalimah Allah boleh melonjakkan kedudukannya sebagai wira yang memperjuangkan kepentingan rakyat Kristian Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, Anwar segera memberikan reaksi pada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Ini kerana, menurut analisis Anwar sendiri, pada pilihan raya umum ke-12, lima tahun lalu, gabungan DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mengatasi majoriti kerusi Umno-BN di Semenanjung. Namun ia gagal meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak hingga menyebabkan ia gagal menawan Putrajaya.
Maka naluri politik Anwar mengatakan jika beliau dapat menghangatkan impian penganut Kristian berhubung isu kalimah Allah, pasti peluang diterima sebagai jaguh pengundi Kristian Sabah dan Sarawak akan mendorong mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Lantas keputusan Dewan Ulama PAS yang bertentangan dengan strategi ini dianggap sebagai "kacau daun". Sebab itu, baginya cuma Umno sahaja yang layak melaksanakan keputusan dewan tertinggi PAS (walaupun ia dilakukan dengan tujuan menyindir)!
Maka persoalannya ialah, pada pandangan Anwar apakah sebenarnya nilai pendirian Ulama PAS ? Islami atau tidak ? Lebih tepat lagi ialah adakah keputusan itu betul atau tidak ? Anwar tidak patut berhujah secara retorik kononnya beliau tidak pernah mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Ulama PAS itu.
Lebih buruk lagi ialah perangai Anwar yang cuba melempiaskan "kekecewaan" kepada media yang dituduhnya sebagai alat Umno BN yang cuba memfitnahnya. Fitnah apakah namanya jika beliau sendiri tidak menjawab persoalan asas -- adakah beliau bersetuju dengan pendirian ulama PAS ?
Anwar mahu Hadi buat pembetulan ? Kini yang jelas ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang yang cuba "ditekan" oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu seolah-olah mengatakan bahawa Hadi yang patut membuat pembetulan jika pendirian PAS benar- benar sudah berubah. Bagi Anwar itu adalah prosedur.
Persoalannya, ke manakah perginya jatidiri Anwar sebagai pemimpin Islam suatu ketika dahulu ? Jika beliau menghormati ulama, mengapa Hadi yang perlu "ditekan" dan diletakkan dalam keadaan serba salah kerana tidak ikut prosedur ?
Anwar tahu apakah akibatnya jika Hadi tidak melaksanakan keputusan Dewan Ulama Syura. Di segi politik Anwar seolah-olah mahu Hadi bersikap "malu-alah" kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Ia sebagai satu cabaran supaya Hadi bersikap tegas.
Maka jika Hadi memilih untuk kekal dengan pendirian 8 Januari, tentu ia akan mencetuskan ketidaksenangan di kalangan ulama. Kedudukan Hadi tentu tergugat sebagai Presiden PAS.
Sebaliknya, jika Hadi akur kepada keputusan ulama, tentu penyokong- penyokong Anwar dalam saf kepimpinan PAS sekarang ini akan tidak senang pula dengan Hadi. Jika itu berlaku, kedudukan Hadi juga kurang selamat.
Apakah Anwar sendiri sebenarnya kurang senang jika Hadi terus menjadi presiden PAS ? Adakah pemikiran Hadi tidak secocok dengan laras politik Pakatan Rakyat ?
Anwar lebih senang "menawarkan" Umno mengambil berat keputusan ulama PAS daripada menyatakan pendiriannya sendiri terhadap cara dan corak kepemimpinan PAS yang mahu mewakili kepentingan Islam di Negara ini.
Sebenarnya, siapakah yang menggunakan isu agama, tidak kira Islam mahupun Kristian untuk kepentingan politik ?
KOTA BHARU - Pas tetap akan berada dalam Pakatan Rakyat (PR) biarpun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan sesetengah pemimpin mengenai isu kalimah ALLAH yang hanya merupakan retorik untuk melemahkan perjuangan Pas dalam pimpinan PR.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar berkata, keadaan itu tidak langsung melunturkan semangat juang Pas malah yakin sokongan rakyat terhadap parti itu semakin utuh.
"Soal berbeza pendapat itu memang wujud kerana ia berdasarkan pandangan mereka namun apa yang berlaku sengaja diperbesar-besarkan dan wujudkan suasana tegang sehingga menimbulkan polemik dan konflik.
"Usah jadikan alasan perbezaan pandangan setengah pihak dalam PR sebagai isu. Apa yang penting adalah kekuatan Pas dalam Pakatan itu yang mendapat sokongan. Ia dibuktikan di Selangor, apabila kerajaan dapat ditadbir dengan baik di bawah PR walaupun wujud perbezaan fahaman," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan majlis Bengkel Ibu Muda di dewan Kem Kijang di sini semalam.
Wan Ubaidah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan penduduk di Kampung Padang Enggang tempo hari, supaya meninggalkan PR atas alasan pimpinannya mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung Isu kalimah ALLAH.
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP) akan mengemukakan calon-calon berwibawa dan diterima penyokong untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagaimana dicadangkan Pas Pusat.
Bagaimanapun Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, pemilihan dan keputusan tetap itu diserahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukannya sama ada layak atau sebaliknya.
Katanya, ini bagi memastikan calon dipilih bertanding atas tiket Pas seperti diharapkan parti itu diterima oleh masyarakat di kawasan tersebut sekali gus dapat menewaskan parti-parti lain.
"Kita akan letak calon yang boleh membawa kemenangan kepada Pas dan seterusnya realisasikan matlamat Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.
Katanya, yang menyambut baik hasrat dinyatakan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam untuk bertanding.
Pang Chaw berkata, setakat ini, pihaknya mengesahkan calon DHPP akan bertanding di Melaka, Johor, Kedah, Perak dan Sarawak. Manakala di tempat lain ditentukan kemudian.
Di Kelantan pula katanya, tiada calon yang akan bertanding berikutan ketidaksesuaian kawasan untuk meletakkan calon bukan Islam di negeri ini.
Katanya, tidak semestinya calon yang dipilih adalah orang tempatan, penting bagi parti adalah individu tersebut mampu mengalahkan pihak lawan.
"Ini adalah sejarah dalam dunia politik dengan membuka laluan kepada bukan Islam untuk bertanding atas tiket Pas. Ini membuktikan parti yang bergerak atas perjuangan Islam berani untuk maju ke depan.
"Bukan Pas tidak mempunyai calon tetapi ini adalah satu kepercayaan dan penghormatan kepada DHPP yang juga merupakan sayap parti untuk bersama berjuang dalam membawa ideologi politik" katanya.
Dalam kenyataan Tuan Ibrahim kelmarin, Majlis Syura membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket Pas itu dan merupakan satu sejarah.
KUALA KUBU BARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, rakannya dikenali sebagai Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar.
"Ahmad Fauzi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.
"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.
Siapa sangka, langkah ayahnya menghantar anak perempuannya ke sekolah Cina kini membuahkan hasil lumayan. Nyata kemahiran bertutur bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada Shila Am- zah, 23, apabila dirinya kini mengukir nama di China.
Segala-galanya bermula apabila Shila menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 20 September tahun lalu. Hadiah menanti Shila ialah RM5 juta.
Mungkin ia membuatkan ramai terbeliak biji mata tetapi jumlah itu bukan diberikan kepada Shila seorang, sebaliknya berkongsi dengan pemenang kedua dan ketiga dan ia dijadikan dana untuk mengembangkan kerjaya seninya selama enam tahun di negara Asia.
Pelbagai perancangan menanti Shila seperti rakaman album dan undangan menyanyi. Sejak itu, Shila berulang alik ke China untuk menjayakan undangan menjayakan persembahan.
Antaranya, dipilih sebagai artis membuat persembahan pembukaan di konsert Eric Moo, penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia yang mengukir nama di China. Shila juga bakal berkolaborasi dengan Wang Leehom untuk albumnya nanti.
Pada 29 Januari ini, Shila akan ke Shanghai menjayakan satu konsert dan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, PSY yang mencipta kejayaan besar melalui lagu Gangnam Style.
Bertemu ibu Shila baru-baru ini, nyata dia tetap merendah diri dan tiada riak di wajah atas kejayaan besar anak sulungnya. Katanya, syukur dengan rezeki Shila sejak menang di China.
"Setakat ini sudah dua kali Shila ke Shanghai menjayakan persembahan dan kunjungan ketiga pada 29 Januari ini lebih bermakna apabila Shila bakal berkongsi pentas dengan PSY. Alhamdulillah, rezeki Shila nampaknya mencurah-curah sejak tahun lalu," katanya.
Ibunya juga menafikan Shila kini jual mahal tetapi katanya, 90 peratus daripada undangan persembahan untuk Shila dari syarikat korporat Cina dan mereka bersetuju dengan harga diberikan tanpa banyak soal.
Sebagai juara Asian Wave 2012, Shila juga dicalonkan untuk Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Dunia Terbaik di World Music Awards 2012 yang dijadualkan berlangsung 22 Disember tahun lalu di New York, Amerika tetapi ditunda 8 April depan. Shila dijadualkan berduet dengan Jennifer Lopez dan Justin Bieber dalam acara itu tetapi apakan daya, ia dibatalkan.
Semua kejayaan ini bukan muncul di depan mata Shila dalam sekelip mata kerana perjuangannya dalam seni bermula sejak usia 10 tahun.
Bapanya gigih berjuang untuk ketengahkan bakat anaknya hingga sanggup keluar belanja sendiri untuk buat album.
Pada 2000, Shila menjadi artis EMI dan merakamkan album Yang Teristimewa. Pada 2007, Shila menyertai program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2) dan berjaya menjadi naib juara.
Kemudian pada 2008, Shila mewakili Malaysia ke pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 di Pulau Pinang bersaing dengan penyanyi luar negara. Shila menang dua anugerah, Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.
Muncul dengan album Bebaskan pada 2009 bersama Monkey Bone, ia menjadi salam perkenalan daripada Shila, diikuti album 3 Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor pada 2010.
Ternyata bintangnya mula bersinar dan masyarakat mula membuka mata terhadap kehadirannya menerusi lagu Beribu Sesalan, kemudian disusuli singlenya, Patah Seribu.
Lagu Patah Seribu juga ciptaan Shila berjaya memecahkan tembok cermin yang menjadi penghalang untuknya terus melangkah jauh.
Sejak itu, satu demi satu kejayaan diukir Shila atau nama sebenar, Nur Shahila Amir Amzah yang dilahirkan pada 13 Ogos 1990.
Apabila Shila berusia lima tahun, bapanya menghantar Shila ke tadika Cina, kemudian Sekolah Lee Rubber di Gombak tetapi hanya bertahan sehingga darjah dua.
Ibu Shila mengakui rejim yang terlalu menekankan akademik membuatkan anaknya sering menangis dan enggan ke sekolah hingga memaksa ayahnya memindahkan Shila ke sekolah kebangsaan.
Bagaimanapun, ayahnya menekankan pentingnya bahasa Inggeris dan Mandarin. Apabila di sekolah menengah, Shila memilih untuk bergaul dengan pelajar bukan Melayu supaya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan mereka.
Nyata apa yang dipelajari dulu, baru kini digunakan dengan menyanyikan lagu Mandarin. Ternyata ia membuahkan kejayaan dan dia kini diterima baik masyarakat di China. Ke mana-mana Shila pergi, orang mengenali dirinya.
Sebelum ini, industri seni berbangga dengan Siti Nurhaliza dan turut berjaya menambat hati masyarakat Cina di Tanah Besar China dan juga Taiwan.
Bagaimanapun, Siti lebih dulu mengukir nama besar di negaranya dan di negara jiran Indonesia sebelum melangkah ke China, berbeza dengan Shila.
Gelombang Shila bermula di Shanghai, kemudian baru orang kita mula membuka mata terhadap bakat dimiliki. Tahun ini, Shila bakal muncul dengan album di China dan album solo Melayu.
Kejayaan Shila seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana mampu membina jambatan hingga ke China. Mungkin juga Shila mampu menjadi penghubung kepada masyarakat Cina di negara kita untuk menghargai bakat anak seni kelahiran Malaysia, sekali gus menjalin semangat muhibah masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Semoga kejayaan Shila tidak direnggut sekelip mata dengan kontroversi yang boleh membunuh kerjaya seninya.
KOTA BHARU - Percanggahan pendapat mengenai kalimah ALLAH tidak sesekali menggugat hubungan Pas dalam pakatan biarpun terdapat desakan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu berkata, beliau yakin perkara tersebut tidak mungkin akan menjejaskan hubungan yang sedia terjalin selama ini walaupun Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu menetapkan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.
Sehubungan itu, beliau mengecam mana-mana desakan yang dilakukan terhadap Pas berikutan timbulnya tidak sehaluan pendapat mengenai isu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Krismas tahun lalu.
"Keputusan Majlis Syura itu untuk ahli Pas dan mereka wajib mengikutinya. Keputusan itu (Majlis Syura) adalah untuk menyatukan umat Islam.
"Jadi yang mana tidak mahu dengar (ikut) tidak kira belah mana (mana-mana parti atau individu) pun itu adalah hak dia, kita nak buat macam mana. Sampai nak jejaskan PR itu tidak mungkin berlaku," katanya ketika ditemui selepas kuliah mingguan semalam.
Dalam pada itu, Nik Abduh berkata, PR perlu mendengar suara ulama dan sememangnya ia sudah berlaku sedemikian dalam pakatan, lagipun bagi beliau DAP dan PKR menghormati Pas sebagaimana hormat kepada sistem dilaksanakan oleh parti itu.
Sambil menyifatkan perbezaan pendapat dalam isu kalimah ALLAH adalah perkara biasa, Nik Abduh mengakui sebelum ini terdapat banyak perkara yang berbeza antara parti tetapi tidak menjejaskan hubungan dalam pakatan.
Kelmarin, lebih 50 penduduk sekitar Kota Bharu termasuk penyokong Pas mengadakan bantahan aman, mendesak supaya parti itu keluar dari PR atas sikap sesetengah pihak dalam DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Majlis Syura.
Bagi meredakan isu terbabit daripada terus dipertikaikan, beliau berharapPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersuara untuk menjelaskannya perkara itu supaya semua pihak patuh keputusan ditetapkan Majlis Syura.
Berikutan senario isu kalimah ALLAH masih dianggap belum selesai sesetengah pihak biarpun pucuk kepimpinan parti menyifatkan ia sudah tamat, Nik Abduh mencadangkan penerangan menerusi wacana diberikan kepada kumpulan yang berada di luar parti.
"Kita cadang bukan hanya diskusi dengan orang Islam, kalau boleh dengan bukan Islam. Terutama sekali bukan Islam yang nampak bahasa kalimah ALLAH mereka juga berhak pakai. Jadi kalau mereka tidak faham, mereka kena fahami kenapa ahli Majlis Syura dan umat Islam kata tidak setuju kalimah ALLAH diterjemah daripada perkataan God atau Lord," katanya.
Kota Kinabalu: Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.
Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.
Siasatan Metro Ahad mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.
Ukiran rama-rama dan bunga ros dicacah di bahu.
Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Laila, 19, mengakui tertarik memiliki tatu selepas melihat pelbagai gaya dan lakaran tatu pada tubuh rakannya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Happy birthday Pok Nik. Happy birthday Pok Nik. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Sambutan Maulidul Rasul Pok Nik tak benarkan. Alasan terikut-ikut dengan budaya Kristian. Potong Kek memang budaya Islam kan Pok Nik? Suka hati hangpalah juak-juak PAS!
Juak-juak Pakatan Haram hari ini gembira apabila Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sudi untuk bertandang rumah Karpal Singh dan memotong kek hari jadi. Salah seorang daripadanya adalah penulis blog dan politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang menulis di laman sosial Twitter seperti di bawah:
Nik Aziz Nik Mat memang suka potong kek hari jadi. Tahun lepas juga CTS pernah menyiarkan satu posting di mana beliau memotong kek hari jadi di pejabat beliau. Rujuk dan baca di sini. Lihat wajah kegirangan Mursyidul Am PAS ini seperti di bawah ketika memotong kek!
Si bedul Rafizi Ramli di dalam Twitternya menuduh UMNO telah "hack" akaun Facebooknya. Suka hati kau lah Rafizi. Kena " hack" ke kena "jackass"? Kau ingat senang orang nak "hack" akaun Facebook? Agaknya Ketua Umum PGayR mengamuk sakan selepas tersiarnya permohonan maaf itu kot? Apapun bagus! Hadapi saman itu di mahkamah!
Posting Asal:
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Baru beberapa minit yang lalu Rafizi Ramli telah secara terbuka di dalam laman Facebooknya telah meminta maaf kepada Menteri Pertahanan, DS Zahid Ahmad Hamidi dan seluruh anggota tentera dan menarik kembali tuduhan-tuduhan liar yang dibuatnya sebelum ini. Sidang media di Pejabat PGayR akan dibuat esok, 2.30 petang. Sebelum ini, Pengarah Strategi PGayR ini begitu angkuh sewaktu mula-mula DS Zahid memfailkan saman ke atasnya. Katanya di laman sosial Twitter:
Sekarang apa sudah jadi? Kenapa tidak berani menghadapi saman DS Zahid di mahkamah? Takut tewas dan dihukum sehinggakan tidak dapat bertanding di dalam PRU13? Teringat CTS satu adengan di dalam filem P Ramlee, Nujum Pak Belalang, "Kita beroleh kemenangan yang pertama!" Nampak gayanya fitnah ala Deepak akan menghantuinya seumur hidup!
Hampir tersedak ketika membaca Harian Metro hari ini. Sejak bilalah pula Najib Razak bercinta dengan Rozita Che Wan ni? Lari tidak cukup tanah Rozita Che Wan dikejar Datin Seri kalau perkara ini benar. Mungkin Editor dan pereka letak grafik Harian Metro adalah seorang peminat DS Najib Tun Razak kot? Haish!! Macam- macam.
Apa hendak jadi dengan Agama Islam di Malaysia. Dunia sudah akhir zaman. Agama Islam mula diperkotak-katik dan disamaratakan dengan Agama lain. Semperna Hari Thaipusam yang disamput oleh penganut-penganut Agama Hindu hari ini, lain pula jadinya di Pulau Pinang atau Penang (Maaf CTS tidak meminta kebenaran Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng, untuk menggunakan nama ini).
Bertempat di Dataran Pidato, Padang Kota Lama/Speakers' Square, Esplanade, Penang, kira-kira jam 12.00 tengahari hingga sekarang, sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi "Holly Book Reading" di mana penganut-penganut Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam dijemput membawa kitab masing-masing.
Ketua kumpulan ini yang dikenali sebagai Kevin, 016-5515429, memberitahu kononnya tujuan sessi berkenaan adalah untuk memahami Agama di antara satu sama lain. Semua ini adalah satu pembohongan. Semua ini adalah merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi yang cuba menyamakan Agama Islam dengan Agama-Agama lain. Mereka mahu hina dan memusnahkan Islam.
CTS mahu tahu mana perginya Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang? Mana Abdul Malik bin Abul Kassim, EXCO Agama Negeri Pulau Pinang? Mana Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)? Kenapa membisu dengan perkara ini? Takut dimarah oleh Tokong Joseph?
Nota: Rafizi kata fb dia kena hack, tp herannya dia boleh guna macam biasa. Banyak propa la jambu sorang ni. Sapa la yang nak hack fb dia. Banyak lagi kerja berfaedah nak dibuat...
Rafizi Ramli akhirnya membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi di atas tuduhan palsu yang mengaitkan Zahid Hamidi mengambil wang caruman milik anggota tentera berjumlah RM130 juta.
Malah Rafizi Ramli turut mengatakan akan mengadakan satu sidang media esok pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PKR.
Hahaha...
Pagi tadi bukan main samseng, konon nak lawan di court...
Memang hidup-hidup kena tipu...
Confirm dia akan kata facebook ke hack sebab ramai yang balun...
"..alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun." - Tun Dr Mahathir
PILIHANRAYA
1. Kemana sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar Negara, saya akan ditanya bila pilihanraya akan diadakan.
2. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh 5 tahun hayat Parlimen.
3. Soalan seterusnya ialah samada Barisan Nasional akan menang. Jawapan saya ia akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung Parliament) atau sebuah Kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
4. Ramai yang berkata Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh digunapakai untuk semua keadaan.
5. Ini kerana alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ia menyertai UMNO dan bukan PAS. Sekarang saya faham. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, ia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO ia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
6. Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka ia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
7. Sekarang ia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti "Saya mahu jadi Perdana Menteri", turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.
8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.
9. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
10. Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional.
11. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
12. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
13. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke !3 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
14. Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
15. Ia terbuka kepada innovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi Kerajaan BN.
16. Ini bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
17. Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya. PAS kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan Barisan Nasional dan menubuh Kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
18. Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 Barisan Nasional kehilangan lima buah Negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99%. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
19. Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan Barisan Nasional memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti Kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demoratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan system dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan system dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan Kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
20. Barak Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi ia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Ia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
21. Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan LDP. Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan Kerajaan tidak meningkat kemajuan Jepun.
22. Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
23. Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Ia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
24. Terdapat Kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding Kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
25. Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakkannya tiada perubahan yang berlaku hasil darinya. Amat sedikit contoh menunjuk apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Sepertimana dikatakan oleh orang Perancis "Plus ca change, plus c'est la meme chose" (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
26. Tidak perlu menukar Kerajaan semata-mata untuk menegak system dwi-parti. Negara yang mempunyai system dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis kekonomi dan kewangan, mereka mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
27. Saya telah nyatakan sebelum ini "better the devil you know than the angel you don't." Barisan Nasional bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bila kejayaan tidak berlaku, Barisan cepat menukar pemimpin yang gagal.
28. Pilihanraya memberi kita peluang untuk menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
29. Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjuk kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
30. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
31. Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.
32. Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.
Memang licik betullah permainan YB Pas Adun Kupang kenakan penduduk kampung di Iboi dalam isu pemberian tanah yang diusahakan mereka sejak beberapa tahun yang lalu..
Resit RM2 dijadikan sebagai bahan bukti antara transaksi antara penduduk kampung dan pejabat Adun Kupang..
Dalam kes ini Pejabat adun Pas Kupang telah bertukar menjadi sebahagian daripada Pejabat Tanah untuk menjadi agen pengutip duit daripada penduduk kampung yang terlibat dalam pembelian tanah yang diusahakan mereka..
Tak pernah lagi terjadi di mana mana negeri di Malaysia yang pejabat adun dijadikan tempat untuk mengutip duit tanah dari rakyat..
Gambar diatas dan dibawah ini sebagai buktinya
Dalam pertemuan antara mangsa penipuan kerajaan Pas Kedah dengan penasihat Biro Guaman Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia semalam, memang ada kesalahan undang undang disini..Bayaran permohonan tanah hanya dikeluarkan oleh pejabat tanah dan bukannya pejabat Adun..
Tiada langsung bukti bahawa resit rasmi dari pejabat tanah dikeluarkan, yang ada hanyalah resit RM 2 yang dicop dengan alamat pejabat adun Pas Kupang..
Adun Bayu YB Dato Che Azmi yang hadir semalam turut kecewa dengan sikap Kerajaan Pas Negeri Kedah sampai sekarang ini masih gagal untuk menunaikan janji walaupun sudah beberapa tahun kes ini dibangkitkan..
Beliau berkata semua bukti bukti dan maklumat sedang dikumpulkan..Jika Kerajaan Pas masih lagi tidak menyelesaikan masalah ini, satu badan bertindak akan ditubuhkan untuk membantu mangsa mangsa penipuan..
Jadi sampai disini saja dulu laporan dari Gunung Inas..Masih banyak lagi yang akan dibongkarkan selepas ini..tungguuuu NOTA: Pak cik tua ni hampa tipu. Tabung Memali pun hampa sapu..
I doubt there is any DAP leader or delegate has any intention to challenge the party election results. However, DAP national chairperson Karpal Singh stressed that DAP's decision not to hold fresh party polls to rectify the electoral blunder, should be final as it cannot be challenged in court. In a short statement today, the Bukit Gelugor MP said the repeated calls for DAP to call a fresh election "should, and must, take into account section 18(c) of the Societies Act 1966 relating to the finality of the decision on such matters by a political party".
He quoted the section which stipulates "the decision of (any) political party to be final and conclusive". "The decision of a political party or any authorised persons by the party or by its constitution, rules or regulations made thereunder on the interpretation of its constitution, rules or regulations or on any matter relating to the affairs of the party shall be final and conclusive and such a decision shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or called in question in any court on any ground, and no court shall have jurisdiction to entertain or determine any suit, application, question or proceeding on any ground regarding the validity of such a decision". Ironically, it was a provision planted by Dr Mahathir Mohamad after his near defeat in the UMNO's party elections by subjugating the judiciary [Note: the statement is inaccurate and out of context]. The DAP has been quite vocal of Dr Mahathir's interference of the judiciary and the draconian amendment which has given leaders of political parties near autocratic powers. I have more problem with Karpal's recital of Section 18(c) of the Societies Act 1966 to quash and quell any possible opposition against the party's decision not to hold fresh elections than the blunder itself. It shows that Karpal and his party leadership have no qualm to use any draconian legal provision created by an authoritarian leader such as Dr Mahathir Mohamad as long as it fits and fulfills the needs of his party. Can we trust the DAP to it promises us before winning federal power if it is behaving this way? It seems to be enjoying all the trappings created by the BN or use them as justifications for not having enough political will to correct the wrongs such as hillside development in Penang or the promise to hold local elections? Can we trust that the DAP and its alliances will put a stop to Lynas rare earth plant without citing huge compensation as a deterrent to halt production? Can we trust the DAP to get rid of all draconian laws including the Section 18 (c) of the Societies Act 1966, govern fairly and transparently, observe the highest level of professionalism and competency and lead us humbly? I hope Karpal Singh will use some minutes of his time to ponder over his statement.
Pas sudah tidak percaya kepada DAP dan PKR, atau window dressing Pas? Nak letak calon ni bertanding di kawasan mana ya? Berapa kerusi Pas bertanding? Calon ni kena buat bai'ah sesat talaq 3 juga ke? Mungkin krisis identiti, mungkin juga bukti krisis keyakinan yang melanda PR, sesama sendiri pun tak percaya, mungkin juga hanya kemunafiqan demi dapat undi. Apapun rakyat melihat campuran Pas + Pkr + Dap = timebomb....
Calon Bukan Islam Untuk Sebuah Parti Islam... Ironik Oppa PAS-Style!!
Macam badut pun ada Anwar ni sekarang.... kuasa boleh buat manusia jadi gila.. Alang-alang nak jadi badut, meh tengok video di bawah untuk menghayati krisis keyakinan dalam PR dan ke'badut'an Anwar ... heh, heh, heh... jangan ketawa
Nak lihat perbezaan ketara Anwar dan Najib? Klik link di bawah
Di Pasir Gudang Johor ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman, di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada di calunkan pada pilihanraya umum nanti.
Di Melaka bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti untuk keluar UMNO.
Pilihanraya semakin hampir, UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang, apa agaknya akan berlaku selepas pilahanraya umum ke 13 ini. Apakah malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.
Menolak dan menghukum mereka yang lakukan rasuah dan menzalami rakyat, membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak, tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta ,membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan, meagihkan kekayaan negera dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.
Tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan rakyat terbanyak dan sebuah kerajaan itu akan jatuh dengan cepatnya apabila rakyat bangkit menentang, begitulah nampaknya bakal dihadapi oleh kerajaan BN kini, rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi, rakyat sedang bangkit untuk merubah kerajaan hanya masa yang menentukan.
Yang bagusnya rakyat Malaysia ada tatasusila, tahu adab dan bersopan santun, sabar dan bersedia menunggu. Rakyat sedang menunggu pembubaran parlimen, rakyat sedang menunggu tarikh mengundi dan rakyat sedang menunggu hari menyambut ketibaan kerajaan baru, kerajaan PR. Bila?
Rakyat tahu, peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan tenang, rakyat tahu kuasa melayu tidak terhakis, rakyat tahu bangsa lain akan menghormati bangsa melayu dan rakyat tahun Islam adalah ugama rasmi negara Malaysia. Dan rakyat sedang menunggu janji.
Janji kerajaan PR untuk menurunkan harga minyak serta merta, janji menghapuskan pinjaman PTPTN, janji gaji guru dinaikkan, janji bekas tentera akan dapat tanah, janji peneroka FELDA tak payah bayar pinjaman pembelaian saham, janji pinjaman tekun tidak dikenakan kadar feadeh, janji kereta tak ada duti import, janji keadilan untuk semua dan banyak lagi janji untuk kesejahteraan rakyat.
Dalam masa lima tahun rakyat akan dapat menilai, sekiranya janji tinggal janji, rakyat akan terus bangkit dan bangkit diwaktu itu adalah bangkit dengan kemarahan, tentu kita tahu, apa akan terjadi apabila rakyat bangkit dengan kemarahan. bangkit menuntut janji.
Oleh itu janji PR bukan janji main-main, janji pakatan rakyat bukan janji yang tidak akan ditepati, janji PR adalah janji yang akan dikotakan, kerana PR tahu akan kemampuan untuk menyediakan keadilan kepada rakyat, harta negara adalah harta rakyat, harta negara adalah untuk dinikmati oleh rakyat, sebab itu kerajaan PR akan menjadi sebuah kerajaan rakyat yang menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Wilayah adalah paksi pemerinatah PR, disusuli oleh Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan akan didokong oleh Pahang,Trengganu dan Johor. Biarlah Melaka dan Serawak untuk sementara waktu tidak bersama PR. Natijahnya BN tumbang secara sedar. walaupun dalam politik angin perubahan boleh bertukar bila-bila masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan