Khamis, 6 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 06 Dec 2012 03:19 PM PST

Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 06 Dec 2012 05:11 AM PST

MSO

Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.

"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.

Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Pentutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen!

Tarikh PRU: Najib ada sebab tersendiri, kata Mahathir

Posted: 06 Dec 2012 05:02 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

BENTONG – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mengumumkan tarikh pilihan raya dalam waktu terdekat.

Menurutnya, antaranya kemungkinan Najib khuatir negeri dikuasai parti lawan tidak membubarkan dewan serentak dengan pusat seterusnya mengadakan pilihan raya berasingan.

"Apabila tarikh PRU diumumkan terlalu dekat dengan tempohnya, negeri di bawah pembangkang terpaksa bubar dewan mereka sama dengan Kerajaan Pusat.

"Justeru, pilihan raya akan diadakan bersama dan kemungkinan sebab itulah Najib tidak umumkan tarikh pilihan raya buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Bicara Tokoh dan Menteri Besar Pahang Bersama Pemimpin Koperasi Daerah Bentong di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd Lotfie dan Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Mohamad Jaapar Muhayat.

Dalam perkembangan sama, Mahathir berkata, orang Melayu merupakan golongan majoriti negara ini kerana mewakili 60 peratus, namun berlaku perpecahan.

Menurutnya, dahulu orang Melayu berpecah kepada dua sahaja iaitu Umno dan Pas, namun kini berpecah kepada tiga apabila wujud PKR.

"Kini orang Melayu jadi golongan minoriti kerana berpecah dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menang. Jika Umno nak bergantung kepada Umno sahaja, kita tidak boleh menang menyebabkan perlunya bantuan daripada orang bukan Umno," katanya.

Mahathir berkata, ahli Umno tidak boleh sombong dan perlu berdamping dengan rakyat untuk terus meraih sokongan pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, ahli Umno dinasihatkan tidak berpecah-belah dan menyokong sesiapa sahaja calon diketengahkan parti.

"Yang nak menang adalah parti. Jika Najib menang seorang pun, tidak boleh juga tubuhkan kerajaan.
"Justeru, ahli Umno perlu bersatu dan merapatkan barisan untuk mendapatkan dua per tiga kerusi dengan kerjasama parti komponen Barisan Nasional lain," katanya.

Mahathir berkata, semangat ahli semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu ternyata cukup baik dan ia diharap dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada parti supaya dapat menang pada pilihan raya akan datang.

MB: Keluar parti jika tak minat lagi, jangan belot Umno

Posted: 06 Dec 2012 05:01 AM PST

SYAMILAH ZULKIFLI

 

SEREMBAN – Ahli-ahli Umno di Negeri Sembilan yang tidak berminat lagi untuk bersama parti itu disaran membuat keputusan awal untuk keluar parti.

Amaran keras berkenaan disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengalu-alukan golongan terbabit berbuat demikian daripada berterusan menjadi 'musang berbulu ayam' yang boleh melemahkan parti.

Beliau turut mendedahkan terdapat ahli Umno di peringkat cawangan yang dikesan secara terangan berdiri di atas pentas pembangkang selain turut berkempen untuk menjadi calon bagi parti pembangkang, sekalipun masih ahli Umno.

"Kita telah dapat kesan beberapa ahli parti yang sudah belot dalam diam. Pemimpin pembangkang disambut dan diraikan di peringkat cawangan oleh pemimpin Umno sendiri.

"Kalau tidak mahu lagi jadi ahli Umno,  declare awal-awal. Mereka berhak memilih sama ada mahu menjadi ahli DAP, Pas atau PKR," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini semalam.

Mohamad berkata, semua pemimpin parti termasuk dari komponen Barisan Nasional (BN) wajar mengambil iktibar atas  kekalahan pilihan raya umum pada 2008 yang disebabkan berlaku sabotaj dari dalaman.

Menurutnya, masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan selain tiada kesatuan antara ahli parti mengundang pertelingkahan sehingga mendorong unsur sabotaj sesetengah ahli.

"Jadi, setiap pemimpin perlu ambil peringatan. Apabila sudah dibuat pencalonan oleh pemimpin parti, kita perlu akur dan jangan bertindak yang bukan-bukan sehingga kalahkan parti," katanya.

Campur tangan: Giliran Hisham lepas jawatan

Posted: 06 Dec 2012 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Jika benar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Saya mengalu-alukan langkah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara secara berani berusaha membetulkan kebejatan kepimpinan negara yang dianggap telah semakin rosak.

Tan Sri Musa Hassan wajar dipuji kerana berusaha gigih meskipun mungkin berdepan dengan jalan sulit oleh mereka yang terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka.

Jika Tan Sri Musa Hassan sendiri sanggup mendedahkan penyelewengan yang berlaku di zamannya oleh pemimpin politik terhadap pegawai kerajaan, ini bererti ianya ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam jabatan kerajaan.

Pengakuan beliau bahawa jika beliau tidak mengeluarkan dakwaan seperti ini, negara akan menjadi semakin rosak ada kebenarannya.

Bayangkan jika individu berprofil tinggi seperti Tan Sri Musa tidak berani ke depan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dan membiarkan sahaja keadaan itu berlaku, dikhuatiri menteri berkenaan atau mungkin lebih ramai menteri lain terlibat jauh dalam campurtangan terhadap  jabatan kerajaan.

Peranan Tan Sri Musa amat besar kerana beliau mewakili segelintir pegawai kerajaan yang mengadu penyelewengan menteri dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Mungkin ramai lagi pemimpin kerajaan di peringkat bawahan yang menghadapi masalah yang sama dengan Tan Sri Musa namun tidak berani tampil kerana takut berdepan dengan pelbagai risiko.

Sebaiknya kerajaan membiarkan Tan Sri Musa Hassan mendedahkan lebih banyak kepincangan jika benar kerajaan bersikap jujur, profesional dan telus dalam menjalankan pentadbiran negara.

Dalam hal ini, Perdana Menteri perlu mengambil sikap berkecuali dan tegas dengan memastikan menteri di bawahnya benar-benar tidak terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan.

Antara langkah paling tegas adalah memastikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatan atau bercuti bagi memberi laluan siasatan dibuat ke atasnya.

Jika benar Datuk Seri Hishammuddin mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya.

Menghadapi senario PRU ke 13 yang bakal menjelang, beliau perlu berfikir panjang menghadapi dua persimpangan, melepas jawatan untuk menjaga imej Perdana Menteri dan Umno yang disayanginya atau teruskan jawatan dan rebah bersama-sama Perdana Menteri dan Umno.

Pas: 'Sikap tertutup punca politik samseng'

Posted: 06 Dec 2012 04:53 AM PST

SINAR HARIAN

 

SHAH ALAM - Politik samseng tidak wujud sekiranya semua pihak menerima kepelbagaian idea dan perbezaan pendapat dalam ruang terhad kerana politik adalah pertembungan idea yang sihat, kata pemimpin Pas hari ini.

Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin berkata, ia juga tidak akan ada sekiranya ahli-ahli politik dapat menerima idea dilontar pihak lain.

Menurutnya, ahli politik perlu bersedia untuk memberikan idea dan peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri sama ada idea tersebut diterima atau tidak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menegaskan perbezaan pegangan dan pandangan politik seseorang itu seharusnya dilihat sebagai satu pertembungan yang sihat malah tidak wajar sesetengah pihak yang berkepentingan khususnya parti politik yang memerintah untuk menolak kepelbagaian pandangan itu.

"Seseorang yang berkepentingan sepatutnya memasarkan ideanya dengan lebih baik mengikut saluran yang sepatutnya, biarlah rakyat dan masyarakat umum menilai sejauh mana idea itu boleh diguna pakai atau boleh diterima secara rasional," kata beliau pada Wacana Sinar Harian bertajuk "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Beliau juga mahu kebebasan diwujudkan dalam penyaluran maklumat supaya rakyat mendapat gambaran sebenar sesuatu kejadian yang berlaku.

"Apabila idea mereka tidak diterima, mereka tidak senang dan irihati dengan orang yang ideanya diterima, maka timbul politik samseng," katanya.

Hanipa memberitahu, ahli politik hari ini sepatutnya bertindak sebagai penyelesai masalah, bukannnya mereka yang mencetuskan konflik dan isu.

"Mereka (ahli politik) sendiri bermasalah, sepatutnya kita buang masalah itu," katanya.

Dalam pada itu katanya, politik samseng juga boleh dilihat daripada tindakan Kerajaan Barisan Nasional apabila enggan membenarkan parti politik pembangkang untuk memiliki media yang lebih bebas melaporkan maklumat dan berita semasa seperti mana yang diberikan kepada media arus perdana.

"Dalam perhimpunan untuk tuntut pilihan raya bersih dan adil, beliau (Ketua Polis Negara) berteriak di media massa bahawa akan timbul himpunan bersih akan menimbuilkan ketakutan kepada peniaga, bagaimana peniaga boleh takut dengan kehadiran orang ramai, orang berniaga mestilah di kawasan yang ramai orang," soalnya.

Ditanya sama ada politk samseng di negara ini boleh dikurangkan mahupun dihapuskan atau tidak, katanya, ia bergantung parti politik itu sendiri untuk menerima budaya politik baru, amalan keterbukaan dan kepelbagaian pandangan.

Tambah beliau, Malaysia sepatutnya mengikut amalan demokrasi yang dipraktikkan di beberapa negara lain yang mana budaya politik mereka sudah mencapai tahap kematangan jitu dan memberi padang atau peluang yang sama rata sama ada kerajaan ataupun pembangkang dalam menyampai mesej dan idea kepada rakyat khususnya menjelang pilihan raya.

Beliau juga mempertikaikan tindakan parti politik tertentu yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengarahkan pihak polis untuk kepentingan politik mereka.

"Polis dinafikan tugas profesional, bagaimana seorang menteri boleh memerintah polis bawahan tanpa pengetahuan ketua polis negara," soalnya lagi sambil mempertikaikan wacana kali ini sepatutnya membincangkan soal kebebasan bersuara dengan lebih meluas bukannya peraturan ketika mengadakan ceramah.

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!

Posted: 06 Dec 2012 04:33 AM PST


KELAB GREENBOC

Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.

Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

'Kebangkitan Arab'

"Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

"Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

"Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya," kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

Insiden berdarah Gombak: Najib suburkan budaya samseng – Azmin

KUALA LUMPUR 6 Dis: Serangan Pemuda Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat Gombak bukti budaya samseng di negara ini disuburkan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Tindakan samseng Umno menikam rakyat dan membaling batu, pasu bunga dan pelbagai objek keras membuktikan Najib menyuburkan budaya samseng sedangkan mereka datang hanya untuk mendengar ceramah," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Dalam serangan samseng Umno di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam semalam, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

"Mereka ini bersifat kebinatangan apabila melontar kayu, batu-bata dan pasu bunga kepada penduduk yang tidak berdosa dan ia pertama kali berlaku di kampung ini.

"Mereka menjerit, memaki, bertindak ganas dan biadab termasuk membawa objek tajam dan menikam petugas.

Kalau mereka hendak naikkan bendera, kita tak ada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat," kata Azmin pada sidang media sejurus selepas program itu.

Provokasi dimulakan Pemuda Umno yang berlagak mat rempit dengan berkonvoi pada 8.

30 malam menuju ke lokasi ceramah Pakatan.

Mereka yang membuat provokasi ke hulu ke hilir tanpa helmet sambil mengibar bendera BN menyebabkan jalan menuju ke tapak ceramah sesak.

Pemandu kenderaan terpaksa membunyikan hon bagi meminta laluan, namun suasana bertambah kecoh.

Sebaik Azmin mengambil tempat ceramah, samseng Umno menjerit-jerit menganggu program, namun rakyat tidak menghiraukannya.

Pujian juga harus diberikan kepada petugas keselamatan Pakatan yang sabar melayan karenah samseng itu.

Anwar tiba kira-kira 11 malam dan rakyat berpusu-pusu memenuhi setiap ruang tapak ceramah untuk mendengar ucapan bakal Perdana Menteri itu.

Umno yang tertekan dengan situasi tersebut bertindak biadab memasang pembesar suara dan menghalakannya ke tapak ceramah.

Anwar memulakan ceramah dengan ayat suci al-Quran dan berbicara mengenai Hijrah Rasulullah SAW, namun disambut makian dan kata-kata lucah oleh samseng Umno.

Jeritan samseng Umno yang tidak sampai 100 orang itu akhirnya tenggelam oleh laungan reformasi hampir 4,000 penyokong Pakatan.

Sementara itu, beberapa peniaga Melayu Muslim terpaksa menutup kedai kerana khemah mereka bocor dan beberapa peralatan rosak akibat serangan samseng Umno ketika cuba merempuh dan memasuki tapak ceramah.

Ulasan GB

Tiada ada penjelasan lain terhadap politik ganas atau samseng yang dilakukan UMNO terhadap Pakatan Rakyat selain dari kerana irihati dan cemburu terhadap sambutan rakyat yang semakin melimpahruah terhadap PR.

Memang provokasi samseng itu UMNO yang mulakan. Masakan tidak apabila rentetan peristiwa membukti dengan sahih bahawa ahli UMNO yang menyimbah cat bas jelajah merdeka PKR, UMNO terlibat membaling batu dan objek keras ke arah majlis-majlis PR, malah dimana PR mengadakan program, UMNO akan sama menganjurkan program yang berdekatan untuk menimbulkan kekacauan.

Tiada ada petunjuk yang lebih jelas tentang kehancuran dan kemusnahan UMNO selain dari gelagat dan perlakuan samseng yang mereka lakukan terhadap penyokong Pakatan Rakyat.

Sekalipun nampaknya rakyat begitu kecewa dengan sikap polis yang double-standard, membiarkan politik ganas a.k.a. samseng UMNO bermaharajala, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan - bahawa UMNO akan tetap menerima hukumannya lantaran politik ganas atau samseng yang mereka bawa.

Setiap kejahatan dan kebatilan tidak akan menang sekalipun seluruh polis dan seluruh agensi kerajaan memberikan perlindungan kepadanya.

Usah ragu dan usah bimbang, hukum kebenaran dan keadilan - sunnatullah - tetap berjalan.

Najib, Deepak dan Altantuya: Antara anak jantan dan sumpah

Posted: 06 Dec 2012 04:24 AM PST

 Oleh Hafiz Zainuddin

Gambar Ehsan malaysiakini

KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup

Manusia bernama Deepak ini menggemparkan Malaysia apabila beliau mengaku bahawa dirinya diperalatkan pihak tertentu untuk memujuk atau menakut-nakutkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menandatangani akuan bersumpah (SD) kedua yang mana akuan bersumpah pertama mempunyai dakwaan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu.

Malang sekali, Perhimpunan Agung UMNO ke-66 berlalu begitu saja dengan meninggalkan persoalan maha penting. Najib sekadar berselindung di balik segala doa dan sumpah yang dilafaz sedangkan rakyat sudah lama menanti jawapan.

Ketidakmampuan Najib membersihkan namanya hanya menjadikan buah silatnya canggung di mata biarpun berdegar-degar sumpah membela bangsa dilaung, biarpun berdegar-degar musuh politiknya dihamun.

Antara Najib dan Anwar

Ramai tertanya-tanya. Kenapa orang nombor dua dalam parti dan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membela bosnya Najib.

Kemudian, dengan tiba-tiba pula muncul Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menawar diri untuk menjawab dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan itu.

Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan bosnya tenggelam dalam tuduhan yang makin mencengkam urat lehernya kerana sememangnya mereka berseteru.

Tetapi, bila diimbas kembali, lain pula halnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh yang "bukan-bukan". Beliau pantas menjawab dan berhujah, menepis dan menbalas.

Biarpun tidak sudah-sudah ditonyoh dengan pelbagai soalan jahat wartawan, biarpun terus-menerus difitnah cyber trooper upahan UMNO-BN, beliau tidak lari malah lebih  bersemangat.

Seperti orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Lantas, dengan segala kudrat dan semangat yang dianugerah Allah Subhanata'ala, berjelajahlah Anwar ke seluruh ceruk rantau bertentang mata dengan sekalian umat Malaysia menjelaskan perihal tuduhan jahat yang didakwa ke atasnya. Inilah ciri-ciri peribadi pemimpin yang kita mahukan. Lantang, berani, tabah dan istiqamah.

 "Kalau Najib jujur, beliau harus rela disiasat"-Lim Kit Siang

Bagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Najib sepatutnya menjawab dakwaan itu di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66.

Ini kerana dakwaan Deepak membabitkan Najib dan keluarganya. Kata Deepak, beliau sudah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan supaya Perdana Menteri sendiri campur tangan membabitkan satu projek Kementerian Pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib selaku Menteri Pertahanan.

Jelas Kit Siang, "Deepak juga meluahkan kekesalan membabitkan diri dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam membuat Pengakuan Bersumpah kedua, menarik balik Pengakuan Bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya,

"Dalam satu wawancara, Deepak mengatakan beliau terbabit dalam kes Bala untuk membantu "keluarga Perdana Menteri". jelasnya.

"You help me, I help you"- Najib Razak

Rakyat Malaysia dan dunia sedang ternanti-nanti. Orang di Mongolia sudah lama menanti detik kebenaran.

Di sebalik ketakutan Najib membela dirinya, adakah pembongkaran Deepak sekadar mencerminkan kata-kata sakti Najib yang berbunyi "I help you, you help me"?

Apapun, ketika rakyat Malaysia semakin memahami dan matang berpolitik, pemimpin UMNO tidak boleh lagi selamat dengan mainan sentimen kaum dan agama kerana keadilan dan kebenaran melangkaui segalanya.

Najib yang terkenal dengan pelbagai slogan dan dasar harus membuktikan kata-katanya demi memartabat semula institusi awam yang sudah rosak atau segala dasar dan transformasi beliau sekadar transformasi basi.

Bagi Lim Kit Siang, jika Najib bersedia menyerahkan dirinya untuk disiasat secara menyeluruh dan bebas ke atas skandal membabitkan Deepak, Bala dan Altantuya, maka permohonan maafnya di dalam ucapan dasarnya bagi pihak kepimpinan UMNO atas sebarang "kesalahan" atau "kekhilafan" adalah jujur dan bermaruah.

Tetapi sehingga kini Najib tidak berani membela dirinya sendiri. Bak kata pepatah, pantang laksamana Melayu undur mengalah. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Tapi nampaknya Najib terbukti tidak cukup jantan untuk bergelar laksamana, penjaga pintu istana pun belum tentu.-Roketkini.com

Kedudukan CPI Malaysia masih teruk – Lim Kit Siang

Posted: 06 Dec 2012 04:20 AM PST

 Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di tempat ke-54 daripada 176 negara dianggap masih teruk berbanding pada kedudukan ke-43 daripada 179 negara pada 2007.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan CPI terbaru dikeluarkan Transparency International (TI)  membuktikan kedudukan ke-54 daripada 176 negara itu masih teruk berbanding kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002.

Katanya, ini membuktikan masih banyak kelemahan dalam tiga teras utama NKRA membanteras rasuah walaupun kedudukan CPI Malaysia tahun ini meningkat daripada tempat ke-54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara pada 2011.

Beliau berkata, Malaysia mungkin boleh berasa sedikit selesa dengan penurunan dalam kedudukan itu belum boleh dibanggakan dan dianggap masih teruk kerana negara pernah menduduki tempat ke-43 daripada 179 negara pada 2007 dan ke-33 daripada 102 negara pada 2002.

Kedudukan CPI Malaysia, mata dan jumlah negara di dalam sampel, 2001 hingga 2012


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Malaysia tidak seharusnya berasa sangat selesa kerana hakikatnya peningkatan Malaysia itu kerana berjaya mengatasi kerajaan yang 'terkenal' dan 'bersih' seperti Jordan, Namibia, Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

"Banyak negara dengan GDP per kapita yang lebih rendah daripada Malaysia mampu memperoleh kedudukan CPI yang lebih baik termasuk Rwanda (50), Bhutan (33) dan Botswana (30), begitu juga negara ekonomi perindustrian baru (NIE) di Asia seperti Korea Selatan (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) dan Singapura (5)," katanya

Menurut beliau, lebih membimbangkan kerana tiga teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) – iaitu, memperkasa agensi pencegahan rasuah dan perundangan, membanteras rasuah besar dan mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan kerajaan masih gagal dicapai.

Katanya, contohnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih seperti 'harimau yang hilang taring' kerana banyak bergantung kepada Peguam Negara untuk mendakwa kesnya.

"Walaupun banyak laporan polis, dakwaan dan siasatan dibuat ke atas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, termasuk oleh Bruno Manser Fund (BMF), namun Peguam Negara menolak untuk mendakwa kedua-dua pemimpin BN terbabit.

"Dan selagi SPRM tidak bebas sepenuhnya, perundangan seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tidak akan memberi kesan jangka panjang pada penurunan kes rasuah.

"Lagipun, SPRM yang terbabit menyiasat kes yang dikatakan penyalahugunaan dana oleh seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membawa kepada kematian Setiausaha Politik kepada Ean Yong Han Wah, Teoh Beng Hock sedangkan petualang sebenar masih bebas menguasai hasil negara," katanya.

Begitu juga siasatan SPRM terhadap kes pegawai kastam, Ahmad Sarbani, juga menemui ajal akibat jatuh daripada bangunan ketika sedang ditahan.

Daripada perspektif tanggapan, terdapat keraguan bahawa SPRM belum lagi diperkasakan dengan memberi ruang melakukan tugasnya, tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Juga tiada tanda yang rasuah besar diatasi dengan berkesan oleh NKRA Membanteras Rasuah.
Hampir semua kes yang muncul pada pengkalan data umum bagi pendedahan adalah kes kecil dan membabitkan cuma 'ikan kecil'.

Adalah tidak mengejutkan apabila 'jerung' terbabit terlepas daripada perhatian terutama kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengetepikan cubaan menggubah wang berjumlah RM40 juta oleh Michael Chia dengan mengatakan ia 'sumbangan politik' kepada UMNO Sabah dan mengabaikan bukti bahawa Michael Chia yang sama dengan baik hatinya 'meminjamkan' sebuah hummer bernilai hampir setengah juta kepada anak menteri terbabit.

Malah pendakwaan terhadap jerung dalam skandal RM12.6 bilion PKFZ – iaitu bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dan Chan Kong Koy – belum diselesaikan dengan sebaiknya membuatkan kita tertanya apakah kes ini akan mengikut jejak langkah kes seorang Menteri UMNO yang berasal dari Sabah, Kasitah Gaddam dan bekas Pengerusi Perwaja, Eric Chia, yang mana kedua-duanya didakwa atas tuduhan rasuah dengan riuh sebelum pilihan raya umum 2004 namun kedua-duanya dibebaskan.

Yang terakhir sekali, terdapatnya rasa tidak puas hati terhadap usaha mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang ditangguhkan sehingga dua minggu dalam perbahasan belanjawan menyusahkan Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu penting berkaitan penyeliaan dan kawalan pada proses perolehan kerajaan yang lemah.

Lagipun, tiada tindakan diambil SPRM atau Peguam Negara dalam mendakwa mereka yang bertanggungjawab tidak menguruskan perolehan kerajaan dengan baik (termasuk binokular RM56,350 untuk Jabatan Taman Laut Malaysia tetapi nilai sebenar cuma RM1,940).

Tambahan, menurut Kit Siang, kerajaan terus beroperasi dengan penuh kerahsiaan dalam urusan tanah yang mungkin dapat mengumpul keuntungan berbilion ringgit buat kerajaan tetapi sebaliknya dijual di bawah harga pasaran kepada agensi kerajaan iaitu 1MDB.

Terbaru, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan mendakwa bukan sahaja Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, juga Perdana Menteri Najib Razak sendiri berkenaan tanah bernilai RM100 juta untuk kontrak membina PUSAT Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), satu dakwaan yang masih belum dijawab.

Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan korupsi dan salah guna kuasa di bawah kerajaan BN sekarang yang tidak menampakkan sebarang tanda tabiat lama mereka akan berubah.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan bagaimana pengurusan sumber kerajaan yang telus dan bertanggungjawab boleh meningkatkan lebihan dan rizab tetapi pada masa yang sama dapat dirasa manfaatnya oleh rakyat.

"Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat peluang untuk mengundi keluar kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang bakal tiba tidak lama lagi.

"Hanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat masalah rasuah di dalam negara yang diperintah rejim BN yang korup dan muflis ini dapat dibasmi dan tanggapan terhadap Malaysia yang semakin berkurangan korupsinya dapat menjadi realiti," katanya. – Roketkini.com

Ketua Pembangkang Selangor dapat RM20 juta hasil jual tanah

Posted: 06 Dec 2012 04:15 AM PST

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

"Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd," kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

"Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

"Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri," kata Azmin lagi.

Polis serbu pejabat Malaysiakini, laptop dirampas

Posted: 06 Dec 2012 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR : Polis merampas sebuah komputer riba daripada portal berita Malaysiakini untuk menyiasat kiriman e-mel Prof Abdul Aziz Bari mengenai kenyataannya ke atas Sultan Selangor susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap gereja DUMC.

Rampasan itu dilakukan dua anggota polis diketuai Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, Mohd Hamizi Abu Bakar dan disaksikan oleh Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

Rampasan yang dilakukan pada kira-kira jam 5.35 petang di pejabat portal berita ini petang semalam bertujuan untuk menyemak e-mel daripada Aziz Bari berhubung perkara tersebut.

Polis merampas komputer riba yang digunakan Penolong Pengarang Meja Bahasa Melayu, Mohd Jimadie Shah Othman, untuk ujian forensik namun tidak dapat dipastikan bila komputer itu akan dipulangkan.

"Kami menggesa polis untuk memulangkan laptop itu sebaik sahaja selesai melakukan siasatan.

Malaysiakini sentiasa memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa. Dan kami berharap polis juga boleh memberi kerjasama," kata Fathi Aris dipetik.

Pasukan berkenaan sebelum itu merakam kenyataan daripada Mohd Jimadie selama kira-kira 20 minit bermula 4.30 petang – antara mengenai lokasi komputer terbabit dan pengesahan bahawa beliau merupakan pengguna komputer tersebut.

"Saya menjawab laptop itu diletakkan di meja saya di pejabat. Saya tiada dokumen untuk mengesahkan ia digunakan oleh saya, tetapi polis boleh merujuk kepada pihak majikan saya," katanya selepas disoalsiasat.

Mohd Jimadie dan Abdul Aziz disiasat bawah seksyen 4 Akta Hasutan selepas Senator Ezam Mohd Nor membuat laporan polis berhubung pandangan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal itu.

Abdul Aziz dalam laporan berita itu antara lainnya menyatakan pandangannya mengenai tindakan campurtangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Oktober lalu, polis turut mengambil keterangan daripada Mohd Jimadie serta penolong pengarang berita pada ketika itu, Wee Yu Meng berhubung isu sama.

Difahamkan, polis telah mengambil keterangan daripada Wee, Isnin lepas.

DAPSY serah dokumen hak milik tanah 'skim cepat kaya' BN Selangor

Posted: 06 Dec 2012 04:03 AM PST

 Roketkini.com

SHAH ALAM, : Pemuda DAP (DAPSY) Selangor hari ini menyerahkan dokumen berkaitan skandal pemilikan 24 bidang tanah pada harga rendah oleh parti komponen Barisan Nasional di Selangor, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dokumen carian hak milik tanah yang diserahkan kepada SPRM itu menunjukkan bahawa daripada 24 bidang tanah itu, 15 bidang dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

Bercakap pada sidang media di perkarangan pejabat SPRM Selangor, Timbalan Ketua DAPSY Selangor, Tiew Way Keng yang juga seorang peguam turut menerangkan bahawa wujud satu lot tanah di Klang yang hak miliknya dikongsi antara UMNO Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Lot tanah terbabit yang berstatus bangunan perniagaan mempunyai tujuh bahagian, tiga daripadanya dimiliki MBSA dan bakinya dimiliki UMNO Kota Raja.

"Ini nampak tidak berapa normal," ujar Tiew dalam siri pendedahan skandal penjualan tanah kepada BN Selangor ketika negeri terkaya di Malaysia itu diperintah BN.

Bulan lalu, ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa bahawa BN Selangor membeli 24 bidang tanah di negeri itu pada harga premium sekadar RM1 sekaki persegi.

Berikutan pendedahan itu, Ahli Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula minggu lalu mendedahkan bahawa tanah yang diperoleh UMNO Subang pada 2004 pada harga RM1 sekaki persegi kini sudah bernilai RM200 sekaki persegi.

Menurut beliau lagi, tanah di Kelana Jaya itu dijual pada kadar RM1 sekaki persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai RM17.5 juta.

Bagi menafikan dakwaan DAP, BN Selangor sekadar mampu berkata bahawa tanah terbabit digunakan untuk membina tadika, dewan komuniti dan untuk perkhidmatan kemasyarakatan. Dalam sidang DUN Selangor yang lalu juga, pihak BN mempertahankan pemilikan tanah berkenaan sebagai sah memandangkan Barisan Nasional telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli UMNO Selangor itu dijual kepada pemaju untuk didirikan kondominium," ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP ketika melawat tapak berkenaan yang kini dimajikan dengan projek kondominium Suria Damansara membabitkan 200 unit kondominium berharga sehingga RM450,000 seunit.

Pua turut menambah, nilai pembangunan 200 unit kondominium berkenaan dianggarkan melebihi RM900 juta, dengan setiap unit bernilai hingga RM450,000.- Roketkini.com

SPRM, Peguam Negara wajar utama banteras rasuah `ikan jerung' – Kit Siang

Posted: 06 Dec 2012 04:01 AM PST

Roketkini.com

YONG PENG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya lebih mengutamakan usaha memerangi rasuah, terutama rasuah besar yang membabitkan 'ikan jerung' bukannya 'ikan bilis' jika mahu kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International (TI) lebih baik.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata adalah lebih baik Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan kursus mengenai rasuah terlebih dahulu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kalangan Menteri Kabinet dan pegawai tinggi kerajaan berbanding kepada Ahli Parlimen.

Katanya, SPRM dan Pejabat Peguam Negara sepatutnya lebih tahu punca utama berlakunya rasuah besar berbanding yang membabitkan golongan bawahan yang tidak membabitkan jutaan ringgit.

Sehubungan itu, Kit Siang membidas cadangan SPRM dan Pejabat Peguam Negara untuk mengadakan kursus mengenai rasuah untuk Ahli Parlimen tahun depan.

Pengarah Pemandu, D Ravindran yang bertanggungjawab terhadap bahagian pencegahan rasuah bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam kenyataannya berkata, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) adalah komitmen Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ketika berucap di majlis makan malam "Ubah" anjuran DAP Yong Peng, Johor, semalam,  berkata, SPRM tidak sepatutnya mensasar kumpulan yang salah dan mereka sepatutnya tahu di mana keutamaan dalam membanteras rasuah, terutama rasuah besar.

"Biar saya beritahu SPRM dan Jabatan Peguam Negara bahawa keutamaan yang mendesak dalam membanteras rasuah di Malaysia adalah mengadakan kursus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri terutamanya di Sarawak dan Sabah serta pegawai tinggi kerajaan termasuk Peguam Negara sendiri sekiranya Malaysia benar-benar serius mahu membanteras "rasuah besar".

"Ini kerana ramai rakyat tidak tahu yang mana betul atau salah kerana banyak dakwaan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah terhadap pemimpin politik belum diberi jawapan memuaskan, termasuk skandal "sumbangan politik kepada UMNO Sabah" berjumlah RM40 juta membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan kekayaan luar biasa keluarga Tan Sri Taib Mahmud berjumlah RM64 bilion selepas 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak seperti yang didakwa Bruno Manser Foundation baru-baru ini.

Sehubungan itu, Kit Siang mencabar SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengadakan kursus bukan saja mengenai bagaimana mengelak rasuah kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri terutamanya di Sarawak dan Sabah serta pegawai tinggi kerajaan, tetapi merangkumi mengenai tanggungjawab mereka menjelaskan apabila dakwaan rasuah yang serius dibuat secara terbuka ke atas mereka, termasuklah membersihkan nama mereka dan memulihkan reputasi mereka di mahkamah. Roketkini.com

Guan Eng akan fail saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang

Posted: 06 Dec 2012 03:59 AM PST

 Roketkini.com

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin terpaksa membuktikan dakwaannya di mahkamah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Dalam kenyaatan akhbarnya hari ini, Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Pulau Pinang, Andrew Yong berkata, Guan Eng akan membuktikan dakwaan itu di mahkamah bahawa beliau tidak korup seperti Ketua-ketua Menteri BN yang dikait dengan skandal sumbangan RM40 juta atau memiliki kekayaan luar biasa.

"Kerana terdesak untuk kekal berkuasa, UMNO terpaksa menggunakan fitnah dan kawalan ke atas media untuk menyebarkan fitnah terhadap Lim. Maka, Lim tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyaman Shaik Hussein dan BN dalam mahkamah kerana fitnah," ujar beliau.

Menurut beliau, Shaik Hussein, Pemuda UMNO dan BN negeri mendakwa bahawa KLIDC menawarkan wang kepada Guan Eng bagi menyokong tender untuk tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis untuk pembinaan hospital swasta.

"KLIDC tidak menerima apa-apa bantuan dalam pembidaan mereka untuk  tanah berkenaan kerana ia ditawarkan kepada umum melalui tender terbuka. Pembida tertinggi sudah dipilih," kata beliau sambil menambah bahawa BN tidak mengamalkan tender terbuka demi memperkayakan kroni.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas terhadap rasuah. Pulau Pinang adalah negeri pertama yang melaksanakan tender terbuka, membuat pengisytiharan harta Ketua Menteri dan Ahli EXCO, melarang ahli keluarga daripada berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang wakil rakyat dan ahli majlis daripada memhon tanah kerajaan.

Andrew turut menambah bahawa tiada guna membazirkan masa untuk memenuhi undangan dialog umum oleh Shaik Hussein kerana itu hanya menunjukkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu tidak berani membuktikan tuduhannya di mahkamah, sambil menambah bahawa Guan Eng mempunyai hak untuk menyaman Shaik Hussein kerana membuat tuduhan fitnah tanpa bukti.

"Kebebasan bersuara dan kebebasan media tidak memberi hak kepada seseorang untuk memfitnah dan membuat kenyataan palsu," ujar beliau lagi. – Roketkini.com

Bukti SMS Umno arah provokasi ceramah Gombak

Posted: 05 Dec 2012 03:58 PM PST

KUALA LUMPUR : Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.

SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

"SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.
Berikut SMS tersebut:

1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah

Posted: 05 Dec 2012 03:41 PM PST

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.

Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.

"Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah," katanya di hadapan 4,000 rakyat.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan keluarganya.

"Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang," kata Azmin.

Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai rendah dan ketua polis daerah.

Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Pemandu di Seremban, AES rakam di KL

Posted: 05 Dec 2012 03:37 PM PST

Seorang eksekutif pemasaran mencabar saman yang dikeluarkan olehnya oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan alasan beliau dan kenderaannya tidak berada di Jalan Klang Lama ketika insiden berkenaan didakwa berlaku pada 25 September lalu.

Shoba Karunakaran, 34, meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas tuduhan tidak memberhentikan kenderaan di satu lampu isyarat yang menunjukkan isyarat merah.

Insiden berkenaan didakwa dirakam melalui kamera AES.

Beliau memberitahu wartawan, beliau terkejut apabila menerima saman tersebut.

"Saya sedang bercuti di Seremban pada hari tersebut dan masih tidur pada pagi tersebut ketika saya sepatutnya melakukan kesalahan berkenaan.

"Jadi saya hairan mengapa saya disaman," katanya.

Shoba merupakan antara 27 pemandu yang hadir ke mahkamah hari ini, walau 914 saman dikeluarkan.

Daripada jumlah itu, seramai 12 orang mengaku bersalah dan dikenakan saman RM300, manakala lapan lagi termasuk Shoba minta dibicarakan.

Skandal RM40j: PKR ke ICAC Hong Kong semula

Posted: 05 Dec 2012 03:35 PM PST


KUALA LUMPUR: PKR akan ke Hong Kong semula bagi menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berkaitan skandal rasuah RM40 juta yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

(Kunjungan wakil PKR ke ICAC sebelum ini)

Menurut laporan Keadilan Daily, delegasi PKR itu akan bertemu ICAC pada 13 Disember ini sebagai memenuhi permintaan suruhanjaya itu supaya bukti yang diperlukan pihaknya diserahkan untuk membuka semula siasatan kes tersebut.

"Kita akan bertemu ICAC 13 Disember ini dan serah dokumen yang mereka tiada, termasuk semua dokumen transaksi. Ia bagi membantu ICAC dapatkan bukti kes," kata salah seorang wakil deligasi, Chang Lih Kang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu juga mendakwa, bukti berkenaan juga akan diserah kepada Ahli Parlimen (MP) Hong Kong yang ditemui sebelum ini untuk dibawa kepada Mesyuarat Panel Keselamatan Hong Kong.

"MP Hong Kong berjanji untuk bawa isu ini ke dalam agenda mereka. Panel Keselamatan adalah pihak yang bertanggungjawab memantau ICAC," jelasnya.

Rombongan kali pertama pada 21 November lalu turut disertai Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Pada kunjungan itu mereka menyerahkan satu laporan dan dokumen sokongan mengenai perkembangan baru yang didakwa boleh membantu siasatan kes tersebut.

Antaranya kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

Keduanya adalah kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

Musa sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Selain Musa, perkara sama turut dinafikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa wang RM40 juta tersebut adalah untuk Umno Sabah.

PKR bagaimanapun mempersoal kenyataan Nazri itu ekoran wujudnya hubungan antara ahli keluarga Nazri dengan jutawan balak Micael Chia itu.

Hubungan itu berupa sebuah kereta mewah SUV Hummer yang didakwa diguna anak kepada menteri itu, Nedim.

Kalau Melaka tolak, akan rayu Pulau Pinang

Posted: 05 Dec 2012 03:33 PM PST

MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

"Saya sudah tahu apa keputusan yang akan diambil oleh Ali Rustam jika saya membuat rayuan, jadi tidak perlulah saya berbuat demikian.

"Kalau benar Kerajaan BN Melaka mendahulukan rakyat mengapa mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut sedangkan mereka melaung-laungkan merekalah pejuang Melayu dan Islam," tambah Kamaruddin.

Minta kerajaan Pulau Pinang bantu

Menurut Kamaruddin, jika pihak pentadbiran Rumah Melaka (gambar) tersebut terus dengan tindakan menzalimi pelajar-pelajar terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan mereka menginap di penginapan pelajar kendalian kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau pejuang-pejuang Melayu ini terus menzalimi pelajar-pelajar tersebut saya tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membantu supaya pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk tinggal di Rumah Pulau Pinang di Kahirah.

"Kita akan minta bantuan dari orang yang dituduh sebagai anti Melayu, anti Islam dan kita tengok nanti siapa sebenarnya menzalimi orang Islam, orang Melayu," ujar Kamaruddin serius.

Kamaruddin juga kesal kerana MAIM yang mengutip zakat dari rakyat negeri melalui Pusat Zakat Melaka gagal memberikan hak kepada pelajar-pelajar terbabit sehingga mereka dizalimi sedemikian rupa.

Difahamkan pelajar-pelajar Melaka tersebut sudah beberapa bulan belajar di Kaherah tetapi sehingga kini permohonan mereka untuk menginap di Rumah Melaka tidak diluluskan sedangkan mereka adalah anak jati Melaka yang sememangnya layak untuk tinggal di pusat penginapan tersebut.

DUNIACACAMARBA

Posted: 06 Dec 2012 03:14 PM PST

Azmin Dedah Pemimpin UMNO Peroleh RM19.9 Juta Hasil Jual Tanah PKNS

Posted: 06 Dec 2012 01:52 AM PST


[KD] KUALA LUMPUR 6 Dis: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

"Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd," kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

"Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

"Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri," kata Azmin lagi.

Bantu Anak Wartawan MalaysiaKini, Jimadie

Posted: 05 Dec 2012 11:40 PM PST

[MK] Selepas 13 kali menjalani rawatan radioterapi, anak sulung kesayangan Penolong Pengarang Meja Bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman - Adam Azfar setakat ini, hanya mampu menggerakkan dua kelopak mata dan kaki kanannya sahaja.

Anak sulung manja pasangan Mohd Jimadie Shah Othman, 32, dan Emme Nurelyana Sazali, 31, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 3 November lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan mengidap ketumbuhan.

Ketumbuhan yang dikenali sebagai 'Pontine Glioma' sepanjang 2.5cm itu dikesan berada di tengah-tengah bahagian otak Adam Azfar.

Adam Azfar dibenarkan pulang ke rumah pada 30 November lalu, selepas tiga minggu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Adam turut menyambut ulang tahunnya ke-6 kelahirannya pada 23 November lalu di hospital itu.

Berbanding dahulu, anak kecil itu yang ceria, aktif dan tidak kekok bermain-main dengan rakan-rakannya, kini terlantar di katil di rumahnya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

"Keadaannya masih tidak bagus... Tetapi dia masih sedar. Hanya dia tak boleh bercakap dan tidak boleh makan melainkan susu bernutrien tinggi melalui tiub.

"Semua anggota tidak boleh bergerak, kecuali kaki kanan dan dua kelopak mata," kata Mohd Jimadie Shah kepada Malaysiakini.

Menurutnya, anaknya itu - yang ada kala menangis dan ada kala ketawa - hanya diberi susu bernutrien tinggi bernilai RM136 dan disediakan sebanyak 100 mililiter bagi setiap empat jam setiap hari.

 

Tabah mengasuh anaknya setiap hari, Mohd Jimadie mengakui takut melihat timbunan ubat bagi menahan kesakitan anaknya, bagaimanapun menerima hakikat keperitan yang ditanggungnya adalah kehendak dan ketentuan Allah terhadap diri dan keluarganya.

"Ubat-ubat itu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam susu. Steroid pula diberikan untuk mengelak bengkak selepas rawatan radioterapi," katanya.

Kadang-kadang Adam Azfar akan mengalami muntah dengan kekerapan sekali dalam tempoh dua hari, katanya.

Mohd Jimadie berkata antibodi anak lelakinya itu kini lemah dan Adam tidak boleh berada di tempat awam bagi mengelakkan sebarang jangkitan untuk mengelak selsema dan batuk.

Katanya, Adam Azfar masih perlu berulang-alik setiap hari dari Puchong ke HKL untuk menjalani baki rawatan radioterapi sebanyak 17 kali dan hari ini anaknya menjalani rawatan ke-14.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyediakan satu tabung untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

Mengikut jurucakap akhbar berkenaan tabung sumbangan telah mencukupi dan pihaknya akan menyampaikan kepada Mohd Jimadie dalam masa terdekat.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Jimadie Shah bernombor 164717019142 (Maybank).

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini Adam Azfar di laman sosial Facebook 'We Love Adam Azfar'.

Susulan Kes Khalwat: Dr Hasan Bukan Lagi KP Kesihatan - SPA

Posted: 05 Dec 2012 04:43 PM PST

[Bernama] PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu, kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Menjawab status Dr Hasan yang menjadi tanda tanya, beliau berkata Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 26 November lalu memutuskan untuk menggantung kerja Dr Hasan sebagai ketua pengarah kesihatan berkuat kuasa 14 November lepas.

"Dr Hasan telah digantung kerja dan sejak itu beliau bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Namun, beliau masih seorang penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Isnin lepas, dalam satu kenyataan, Mahmood berkata mesyuarat SPA telah memutuskan Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang dan ia dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sementara itu, Mahmood berkata Dr Hasan belum mengemukakan surat rayuan atau persaraan awal berikutan penurunan pangkat beliau.

"Kalau beliau (Dr Hasan) mahu merayu atau bersara awal, beliau kena membuat permohonan melalui Kementerian Kesihatan," katanya.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga petugas kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.

Tiada ulasan:

Pengikut