Ahad, 23 Disember 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Occupy Dataran: Tabah dan teruskan perjuangan

Posted: 22 Dec 2012 04:04 PM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyeru mahasiswa yang terlibat dengan 'Occupy Dataran' supaya terus beristiqamah dan tabah dalam memperjuangkan keadilan untuk Umar Mohd Azmi yang kini dipenjara di Penjara Kajang.
"Syabas dan tahniah buat mahasiswa yang terus bangkit dan bertahan untuk menuntut serta memperjuangkan keadilan.

"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan mahasiswa tertindas terus sabar dan tabah berjuang. Semoga Allah membuka pintu hati rakyat untuk turut bangkit melakukan perubahan menolak penindasan," kata Nasrudin kepada Harakahdaily lewat petang semalam.

Umar, 23, seorang aktivis ketika protes 'Occupy Dataran' April lalu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kelmarin kerana didakwa menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.


Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa tidak adil.

Ekoran hukuman kepada Umar, sekumpulan aktivis pelajar, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berkumpul di luar Penjara Kajang untuk memberikan sokongan.

Sebanyak empat khemah telah didirikan untuk sebilangan aktivis 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.

Umar juga menghantar mesej kata-kata semangat berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat" buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.


Selain mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.

Mengulas mengenai hukuman tersebut, Nasrudin berkata hukuman tersebut adalah sangat tidak setimpal berbanding dengan hukuman yang dijatuhkan kepada pemain boling Nor Afizal Azizan, 20, yang terlepas daripada hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas hanya dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran meskipun mengaku bersalah merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

"Kalau ini dikatakan keadilan, transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak boleh dibuang dalam bakul sampah sahaja. Ini buat pening rakyat sahaja," kata Nasrudin.

DPPM, katanya, akan melawat mahasiswa 'Occupy Dataran' di Penjara Kajang dalam waktu terdekat sebagai sokongan padu untuk gerakan tersebut.

Umar hantar mesej 'semangat' dari kamar besi

Posted: 22 Dec 2012 04:04 PM PST


 
KUALA LUMPUR: Aktivis 'Occupy Dataran', Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang sejak semalam menghantar mesej kata-kata semangat buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.

Mesej tersebut berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," dikirim Umar kepada rakan-rakan melalui bapanya yang hadir melawatnya tengah hari tadi.

Sejak malam tadi lebih 50 aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.

Selain mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Aktivis Occupy Dataran berkhemah di Penjara Kajang

Posted: 22 Dec 2012 04:03 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis mahasiswa bertekad akan 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

"Sejak malam tadi, kami sudah berkumpul dari jam 8 malam dan tidur dalam empat khemah disediakan. Lebih kurang 30 orang tidur di sini malam tadi," katanya dipetik Keadilandaily.

Katanya, meskipun tiada gangguan polis setakat ini, kumpulan itu dipantau pihak berkuasa dari cawangan khas (SB), sejak malam tadi.

"Lebih kurang 8.45 pagi tadi, ada enam orang polis datang ambil maklumat ahli SMM yang duduk berhampiran khemah. Walaupun nampak tenang dengan himpunan aman, tapi kami dikawal 10 orang polis yang memerhati gerak kami," ujarnya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Tiada ulasan:

Pengikut