KUALA LUMPUR, 1 Dis – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.
"Saya nak tegaskan kita tidak takut ….bila dia buat pun kita akan bersedia…. Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya. Insyaallah…Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.
"Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata…teori politik dengan praktikal tidak sama….dulu mereka tidak dirikan kerajaan, cakap macam-macam. Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.
"Banyak berpolitik…..Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian. Satu kerajaan pusat, satu kerajaan PKR. BN dengan PKR. Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.
"Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan 'federal' ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti. Dia baru 4 tahun memerintah. Apa kajian yang dia buat. Dia hanya cakap dan tidak buat.
"Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka. Macam air di Selangor, apabila air tidak ada, siapa yang rugi…sebab peluang pekerjaan tertutup. Harga rumah akan naik abapila rumah tidak boleh buat. Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih. Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air. Jadi dia tidak tahu yang mana 'priority'," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.
SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini.
Beliau berkata perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lepas.
"Kenapa perlu dibangkitkan lagi di sidang dewan ini, sedangkan Menteri Pertanian telah memberi penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi.
"Mengapa pada waktu itu, wakil Anggota Parlimen daripada Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberi penjelasan berhubung isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN, Jumaat lepas.
Pada persidangan itu, Ng mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni dalam proses pemberian tender agihan benih padi.
Ng kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.
Mohd Shamsudin berkata dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan ia hanya muslihat politik kerajaan Selangor semata-mata.
"Jangan sensasikan isu ini...pihak Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani," tegas Mohd Shamsudin.
Pada 17 Okt lepas, Noh yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya, berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya.
Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup, namun untuk mengelakkan monopoli, kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu, kata Noh.
KUALA LUMPUR, 1 Dis - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia menjawab kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mendakwa kononnya tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi oleh kementeriannya.
Noh berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota exco kerajaan negeri Selangor.
"Saya akan tulis surat. Esok saya akan masuk pejabat, saya akan tulis immediately...mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua Adun di Selangor," kataNYA Kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Beliau berkata tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya itu.
"Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri hanya mendiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak jawatan," katanya juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Baru-baru ini Adun Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.
Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan di dalam akhbar.
Beliau berkata setiap permohonan dinilai oleh tiga jawatankuasa kementerian bagi memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender.
Husin sempat meluangkan dua hari semalam dan hari sebelum itu di Persidangan Agong UMNO 2012. Nak dengar ucapan, perbahasan dan tidak lupa untuk bergambar dengan peminat. Bagi peminat yang kenal, kenallah Husin.
Tak payah kita berselindung. PAU 2012 kali ini adalah untuk persediaan untuk pilihanraya umum. Maka mereka tidak mahu ada kontroversi, tiada isu mahu ditimbulkan atau tiada ruang untuk pembangkang jadikan isu.
Dibuat demikian, supaya tiadalah pemimpin atau pembahas ikut lazim mereka untuk tembak kaki sendiri. Punya nak jaga-jaga sampai tiada usaha sangat nak tembak pihak lawan, melainkan ucapan dasar Presiden di pembukaan dan ucapan Timbalan Prresiden ketika membukan mesyuarat sayap.
Betul ada disentuh PAS dengan kelemahan perjuangan mereka di hari ini. PKR dengan liberal melampau, dan DAP dengan cauvanis. Masaalah pembahas pulak asyik nak tembak Anwar Ibrahim saja. Itu dah memberi ruang menjadi Anwar terkenal.
Apa hal pun, Husin nampak UMNO mengeksploitasi betul isu LGBT, Islam liberal dan plural, dan khususnya kesediaan Nurul untuk murtad. Hairan Nurul mahu malu-malu dan takut-takut hingga nak saman-saman. Kalau itu perjuangan, biarlah jelas.
Kata nak Melayu diberi kebebasan meilih ugama tapi tak ngaku hakikat Nurul mahu Melayu diberi kebebasan murtad dan menurut permainan mubaligh kristian evangelis. Entah apa lagi yang mereka mahu pun tak tahu. Orang Islam yang nak murtad perlulah ikuti proses mahkamah syariah.
Dah ada kebasan itu tapi ikuti prosedur. Nak masuk Krsitian pun ada prosedur baptis. Masuk Hindu celet dahi.
Husin nampak dan syukur UMNO dan khususnya Dato Najib lebih tegas menyatakan pendirian menolak LGBT, Islam Liberal dan Plural, dan fahaman liberalimsa.
Turut tersentuh adalah kesediaan Dato Najib meminta maf atas kesalahan yang lepas. PAS, PKR dan DAp banyak dosa tapi adakah mereka sedia meminta maaf?
Paling tersentuh adalah bila ada kesungguhan dan perisytiharan Dato Najib di akhir ucapan dasar. Dia macam nak menangis .... tapi tak bolehlah pasal dia belum lagi layak nak kata ... dah lama, dah lama.
Cukup menarik ketika Dato Najib menggulong perbahasan. Ketika dia berikrar dan mambaca doa. Hangpa baca di Berita Harian di sini tapi Husin beri sedutan bawah:
Bayangkan adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidah, adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depannya, adakah kita mahu negara porak peranda, adakah kita sanggup memperjudikan masa depan negara. Jika semua jawapan tidak, maka katakan tidak kepada PKR. Katakan tidak PAS, katakan tidak kepada DAP. Ini masanya untuk kita sedar dan berada dalam barisan yang kukuh dan bersatu. Untuk apa? Untuk menentang fitnah daripada PAS, menentang pluralisme daripada PKR, untuk menentang perkauman daripada DAP. Saya mengajak saudara-saudari dalam dewan dan di luar, tariklah nafas, tariklah bersama nafas kesyukuran, tariklah bersama nafas kedamaian. Bayangkan tuan-tuan segala kesyukuran, kedamaian, kebahagiaan yang saudara saudari kecapi, yang saudara-saudari nikmati dan akan terus merasai hasil pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan, bayangkan segala kehancuran, kemusnahan, porak peranda, dan kebangsatan bangsa pasti berlaku jika anda memilih pembangkang. Marilah, marilah tuan-tuan dan puan-puan, genggamkan tangan kanan kita, genggamkan tangan kanan kita, genggamkan dengan penuh yakin dan percaya, letakkan di dada kita, satukan hati dan niat kita, katakan tuan-tuan, katakan dari hati dan jiwa kita, demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti sedia setia pada perjuangan UMNO, demi kedaulatan dan kesucian agama Islam, kerana UMNO mempertahankan Islam, kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti, kerana UMNO membela rakyat, katakan tuan-tuan dan puan-puan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa, kerana perpaduan adalah tiang seri pada kejayaan kita. Yakin dan percayalah, hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam. Yakin dan percayalah hanya UMNO mampu membela untung nasib bangsa Melayu, dan kaum kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, wajib aku pertahankan UMNO, kerana UMNO mempertahankan Islam. Tuan-tuan dan puan-puan, yakin dan percaya, satu undi untuk PKR, maksudnya satu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran sosial. Satu undi untuk PAS, maksudnya satu undi untuk perpecahan umat Islam. Satu undi untuk DAP, maksudnya satu undi penindasan bangsa tercinta. Yakin dan percaya, satu undi untuk UMNO dan Barisan Nasional, maksudnya satu undi untuk keselamatan akidah umat Islam. Satu undi untuk BN, maksudnya satu untuk kekuatan dan perpaduan umat, satu undi untuk BN maksudnya satu undi pembelaan bangsa Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita menadah tangan, memohon pada Allah dan memohon pertolongan Allah. Ya Allah kuatkan UMNO. Ya Allah kuatkan Barisan. Ya Allah kuatkan kami. Ya Allah tolonglah kami untuk memelihara agama Islam. Tolonglah kami untuk membela bangsa Melayu dan bangsa lain, tolonglah kami untuk berlaku adil pada semua, peliharalah kami dari fitnah manusia, pelihara kami dari kerosakan bangsa, pelihara kami daripada kehancuran negara. Ya Allah berilah kemenangan pada UMNO dan Barisan Nasional, berilah kemenangan pada kami, demi agama Islam, bangsa dan negara. Ya Allah kabulkan doa dan permohonan kami. Amin Ya Rabbal Alamin. Marilah kita bersama-sama dalam dewan ini bersumpah dan berikrar dengan nama Allah, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan. Bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan. Hidup UMNO, hidup Barisan, hidup Malaysia. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Selamat berjuang.
Terfikir di hati Husin.
Dunia macam dah berpusing 180 darjah. PAS yang dulu bergegar konon nak negara Islam dan mahu hukum hudud kini tak boleh nak pertahankan akidah orang Islam. Negara Islam dah jadi negara sosialis kebajikan.
Kalau hukum hudud hanya setakat hal perempuan set rambut jantan di salon rambut, buat apa? Belum Husin masuk hujah bab takzir dan qisas. Hehehe ... tahulah sikit-sikit.
Takut kek bonggali dan kerana nk sangat Putrajaya, Islam dah jadi isle ... isy selam.
PAU 2012 penuh bergema dengan isu ugama pula. Akhirnya UMNO berani memberitahu mereka sebenarnya yang konsisten memperjuang dan memberi pengisian dalam perjuangan untuk Islam.
Presiden membacakan doa dan diaminkan ahli dan perwakilan.
Ada mungkin terasa macam di Muktamar PAS pulak. Entahlah ... tunggu masa jawatan Presiden UMNO patut ditukar jadi Presiden UMNO dan merangkap Murshidul Am UMNO.
Cuma terlambat Dato Najib nak keluarkan surat perkeliling panggil dirinya sendiri sebagai Tuan Guru. Patut buat segera sebaik naik jadi Menteri Besar. Hehehe ...
Wow! Kuat jual agama akhirnya terjual diri sendiri
KUALA LUMPUR, Dec 1 (Bernama) -- Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin today outlined seven principles to be complied with to ensure victory for Umno and the Barisan Nasional (BN) in the 13th general election. The seven principles are to obey the leader; draw up correct strategies; understanding the role and responsibility which must be carried out diligently; knowing the enemies in the general election particularly the opposition; strengthening solidarity at all levels of the party; ensuring preparedness to face the election 'war' and to fight all out right up to the last minute. "The seven principles that I mentioned here will be disseminated so that they could be studied at all levels of the leadership and party members throughout the country to ensure that we achieve victory. "We want to ensure that our strongholds are defended so that the areas that we had lost can be regained," he said when winding up the debate at the Umno General Assembly at the Putra World Trade Centre, here. Clarifying further on the seven principles, the deputy prime minister said loyalty to the leaders was appropriate and, in fact, must be complied with by all Umno members. "We must accept all decisions to be made by our party leader on matters pertaining to the general election, whether concerning the tasks and responsibilities that must be carried out, the selection of candidates or the election constituencies allocated to every component party," he said. Muhyiddin said Umno must draw up the correct strategy to defend its existing strength by ensuring that the areas and states that the BN had won in the last general election remained in the hands of the BN and to regain the areas and states that it had lost, so that the party would achieve a bigger victory in the 13th general election. "As such, it is crucial that the leadership at the state, divisional and branch levels translate and implement all matters decided at the federal and state levels effectively to gain bigger support from the people," he said. He said party members must understand the roles and responsibilities that must be carried out diligently to face the challenge from the opposition. "All the deviationist ideologies that they practise can bring negative effects on our (future) generation, thus they cannot be left unchecked," he said. Besides knowing the party's enemies, namely PAS, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin said Umno members must know the activities carried out by the opposition at the national, division and branch levels. He said they must ensure that the operations carried out by the opposition did not penetrate the Umno areas. For this purpose, he said the three wings of the party, namely Youth, Wanita and Puteri, must strengthen solidarity and coordinate activities at all levels. "All our infantry namely the Wanita, Youth and Puteri leadership at the divisional and state levels must move in a coordinated manner to ensure there is no dispute," Muhyiddin said. The people, he said, had realised that Umno and the BN had brought exceptional transformation and they now wanted to see strong solidarity in Umno. Regarding Umno's preparedness, Muhyiddin pointed out that every second was important and party members must ensure their physical, mental and spiritual preparation to face the challenge form the 'war' was good. "In order to ensure that we are in a state of actual preparedness, we will ensure that the war rooms set up at the state and division levels and those given the responsibility to do so were fully mobilised beginning today until the election is announced by the party president," he said. Muhyiddin drew attention to the operations of the opposition which appeared to be increasingly affected and might be desperate following the Umno general assembly which had strengthened the party's resolve to fight all out. He also reminded Umno members to work hard as shown by the party president.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.
"Saya nak tegaskan kita tidak takut ….bila dia buat pun kita akan bersedia…. Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya. Insyaallah…Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.
"Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata…teori politik dengan praktikal tidak sama….dulu mereka tidak dirikan kerajaan, cakap macam-macam. Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.
"Banyak berpolitik…..Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian. Satu kerajaan pusat, satu kerajaan PKR. BN dengan PKR. Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan," katanya.
Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.
"Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan 'federal' ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti. Dia baru 4 tahun memerintah. Apa kajian yang dia buat. Dia hanya cakap dan tidak buat.
"Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka. Macam air di Selangor, apabila air tidak ada, siapa yang rugi…sebab peluang pekerjaan tertutup. Harga rumah akan naik abapila rumah tidak boleh buat. Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih. Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air. Jadi dia tidak tahu yang mana 'priority'," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.
Ketua Bahagian UMNO Selayang, Shukur Idrus mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini sedang rancak menjual aset-aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang bernilai ratusan juta ringgit.
Beliau ternyata merasa hairan dan pelik, di mana hati perut mereka selama ni, langsung tidak tersentuh jiwa dan perasaan untuk membela nasib bangsa dan warisan generasi Melayu dan Bumiputera?
"Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor, beginikah sikap seorang pemimpin Melayu yang kita harapkan akan menjaga kepentingan aset orang-orang Melayu dan Bumiputera? Inilah manusia yang bercakap bagai lidah bercabang dan mengaburi fikiran rakyat demi kepuasan nafsu politik yang songsang.
"Sudahlah segala harta-harta yang ada tidak ditambah, dan tidak diuruskan dengan amanah, malah sanggup pula dijual atas nama kepentingan rakyat," tegas beliau ketika membentangkan perbahasan di Dewan Merdeka PWTC hari ini.
Berdasarkan maklumat yang diperolehinya,kerajaan negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menjual beberapa buah bangunan yang menjadi aset PKNS yang dianggarkan bernilai RM 132 juta.
"Antara aset-aset PKNS yang bakal dan ada antaranya telah pun tergadai ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Wisma Yakin, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya, SACC Mall Shah Alam termasuk maklumat yang diperolehi baru-baru ini, ada cadangan untuk menjual syarikat Worldwide milik PKNS dengan harga ratusan juta ringgit.
"Malah pada bulan September 2011, PKNS telahpun menandatangani perjanjian dengan Amanah Raya Berhad untuk menyerahkan Hak menggabungkan, sebenarnya menjual tiga aset PKNS iaitu Kompleks PKNS, Shah Alam City Centre dan Menara PKNS Petaling Jaya yang bernilai RM270 juta ke dalam Amanah Raya Real Estate Investmest Trust Fund ( ARREIT )," jelas beliau.
Melalui perjanjian itu menurut Shukur, PKNS akan hilang kuasa dalam pengurusan dan penentuan dasar bagi aset-aset tersebut. Namun apabila isu penjualan tiga aset itu mendapat tentangan daripada UMNO, dan juga rakyat, perjanjian tersebut akhirnya terpaksa digugurkan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa pusat.
"Kerakusan Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor tidak terhenti di situ saja. Sebuah lagi bangunan milik PKNS iaitu Yayasan Selangor turut dalam proses untuk dijual iaitu di Asrama Toh Puan Norashikin dan Asrama Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang selama ini menempatkan anak-anak Selangor yang dibawah tajaan Yayasan Selangor.
"Pelajar-pelajar yang terlibat, tidak akan lagi disediakan tempat tinggal selepas ini kerana pihak pengurusan Yayasan Selangor akan merobohkan kedua-dua asrama tersebut bagi membangunkan satu projek komersil yang kononnya atas tujuan penjanaan ekonomi. Jadi jika bangunan itu dirobohkan, dimanakah bangunan baru yang mereka akan bina sebagai galang gantinya dan kerajaan Selangor masih lagi berdiam diri tentang perkara ini," tegasnya.
Jelas beliau, tindakan kerajaan Selangor ini memperlihatkan Pakatan Pembangkang di negeri Selangor, langsung tidak memikirkan dan menintik beratkan soal pendidikan anak bangsa.
"Sepatutnya bangunan yang sudah sedia ada ditambah lagi supaya lebih ramai lagi anak-anak kita berpeluang untuk menuntut ilmu dan ditempatkan di asrama di bawah tajaan Yayasan Selangor milik PKNS.
"Dulu semasa Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan BN, kita telah membina puluhan dewan serbaguna, asrama-asrama untuk anak-anak pelajar, untuk kemudahan rakyat mengadakan persidangan, mesyuarat, kursus, seminar dan sebagainya.
"Jelas situasi ini amat berbeza dengan kerajaan Pakatan Pembangkang yang mentadbir Selangor hari ini, yang lebih gemar menjual aset-aset kerajaan negeri untuk kepentingan politik dan duit poket mereka tanpa memikirkan langsung tentang rakyat di negeri ini," akhiri beliau. -MediaUMNO
Pas dicabar memasukkan hukum hudud sebagai sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga pakatan pembangkang sekiranya parti itu tidak takut kepada DAP dan ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut.
Wakil UMNO Kelantan, Mohd. Afandi Yusoff berkata, UMNO tidak menentang malah menyambut baik jika Pas benar-benar mahu melaksanakan h udud kerana hukum itu diyakini dan ditaati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
"Kalau benar Pas jantan dan kalau benar Pas hendak buat hukum hudud, kita cabar mereka berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga. Kalau yang itu pun tidak boleh buat, kita labelkan Pas ibarat barua.
"Saya hendak bagi pantun sedikit kepada Pas. Hisap rokok dalam kelambu, tubik (keluar) asap menjadi abu, Pas umpama jolok kayu, tetak tidak lut, gadai pun tidak laku, ayam tidak patuk dan itik pun tidak sudu," katanya semasa mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Published on Nov 30, 2012 by KLXpress Seorang penjual buku plurisma berceramah secara tidak rasmi di tepi Pejabat Pos PWTC menceritakan keburukan Anwar Ibrahim dan kesesatan Nik Aziz sambil mempromosikan tiga buku tentang plurisma
Kuala Lumpur,1 Dis - Perbahasan Usul Agama Ucapan Dasar Presiden UMNO Najib Razak oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya wakil negeri Perlis di Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, PWTC hari ini.
UMNO sudah bersedia untuk ke Medan Perang, Terima Kasih perjuang maya atau perang cyber paling banyak disentuh dalam ucapan penangguhan kali ini, dari Yb Khairi Jamuluddin, naib Datuk seri Zahid Hamidi dan banyak lagi selain Ds Najib juga turut mengucapkan terima kasih terhadap bakti pejuang cyber, penutup PAU juga dilihat membakar semangat juang tahap tertinggi serta janji setia dalam perjuangan adalah tanda terbaik pemulihan serta dilihat UMNO sudah pulih dan bersatu untuk PRU 13
Sedang berlansung ketika ini bila DS Presiden UMNO sedang berucap penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012, Ds Najib memulakan dengan penghargaan terhadap pemimpin dahulu yang memberikan laluan dan kepercayaan terhadapnya untuk memimpin serta memberi pandangan demi menyambung perjuangan UMNO terutamanya Tun Mahathir dan Pak Lah
Perhimpunan kali ini nampaknya lebih luar Biasa. ini memberikan tanda UMNO sudah cukup bersedia untuk pru 13. Selain itu juga Ds Presiden mengingatkan pada semua ahli bahawa beliau tak risau dengan kekuatan UMNO bagi menghadapiPRU 13. Apa yang ditekankan bahawa UMNO juga bertegas dan menolak golongan pemimpin sabotaj parti.
Antara yang paling terbaik contoh mereka yang berpaling tadah adalah Bekas pemimpin yange satu ketika dahulu juga menjadi menteri dan kini beralih dan mengkhianati Parti dan orang melayu. DS Juga mengingatkan bukan kah dia juga menjadi penyokong LGBT yang memang bukan sifat orang islam dan melayu
Seduah tiba masanya kita perlu kukuhkan UMNO sebagai satu institusi supaya kita punya satu kekuatan... kekuatan ilmu dan minda pada UMNO. Ds juga setuju satu institusi terutama pemuda dan puteri diberi keutamaan bagi golongan ini untuk mereka membina minda , ilmu dan perjuangan dalam UMNO dan perlu disegerakan
Bagi wanita juga beliau bersetuju supaya mereka yang diberikan pinjaman Amanah ikhtiar sebelum ini dari 50 ribu ke 100 ribu. kerajaan akan mencari jalan untuk mereka yang di istihar bengkerap bukan kerana salah guna bantuan sebaliknya terinaya kerana gara-gara hanya menjadi saksi kepada rakan yang meminjam
DS najib juga mengucapkan terima kasih kepada pejuang maya. secara bergurau dia juga mendapat feedback yang baik sekalipun bukan lah macam seorang artis seperti Lisa Suraini. Beliau juga mengucapkan terima kasih terrhadap pejuang cyber dan berharap mereka terus akan menentang fitnah dan pembohongan
demi islam melayu anak isteri kita demia kedaulatan dan kesucian islam kerana umno memperjuangkan islam. bersatu sesama ahli UMNO dan jangan bersengketaan sesama kita
katakan kepada jiwa dan hati kita akan mempertahankan islam hanya kerana UMNO sahaja yang menjaga perjuangan islam
beliau juga mengingkat bahawa jangan sesekali kita membuat kesilapan, satu undi untuk PKR bakal merosakan dan menghancurkan Bangsa, satu undi untuk PAS maka rosaklah Akidah kita dan satu undi untuk DAP maka bakal membangsatkan bangsa dan memusnahkan kan negara...
Ds Najib juga minta semua perwakilan bangun dan mengengamkan tangan kanan dan penuh yakin dan
percaya meletakan didada kita dan diikuti oleh semua hadiran yang bangun termasuk diluar dewan..,
SATU HATI DAN NIAT KITA,
KATAKAN TUAN-TUAN,
KATAKAN DARI HATI DAN JIWA KITA
DEMI ISLAM,
DEMI MELAYU,
DEMI MALAYSIA
DEMI NEGERI YANG BERTUAH INI
DEMI ANAK CUCU KITA
KITA MESTI SEDIA SETIA PADA PERJUANGAN UMNO
DEMI KEDAULATAN DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
KERANA UMNO YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM
KITA MESTI TAAT PADA PEMIMPIN UMNO
DEMI KEMENAGAN PARTI
KERANA UMNO PEMBELA RAKYAT
KITA MESTI BERSATU SESAMA AHLI UMNO
JANGAN BERSENGKETA
KERANA PERPADUANLAH TIANG SERI KEPADA KEJAYAAN KITA
YAKIN DAN PERCAYALAH
HANYA UMNO YANG MAMPU MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
PERCAYA DAN YAKINLAH...
HANYA UMNO SAHAJA YANG MAMPU MEMBELA UNTUNG NASIB BANGSA MELAYU DAN KAUM KAUM LAIN
KATAKAN DALAM JIWA KITA...
HIDUP DAN MATI KU HANYALAH UNTUK ISLAM
WAJIB MEMPERTAHANKAN UMNO...
KERANA UMNO MEMPERTAHANKAN ISLAM...
Ds Najib juga mengingatkan semua ahli...
Satu undi untuk PKR, maksudnya datu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran sosial
Satu undi untuk PAS bererti satu undi untuk perpecahan Umat islam
Satu Undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa yang tercinta
Yakin dan percayalah...
Satu undi untuk UMNO dan Barisan Nasional... bermaksud satu undi untuk keselamatan Akidah umat islam
Satu undi untuk BN bermaksud satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umah
Satu undi untuk BN, maksudnya satu undi untuk pembelaan bangsa Malaysia
DS Najib juga meminta semua perwakilan menadah tangan dan berdoa kepada pertolongan dari Allah...
Ya Allah... Kuatkanlah UMNO
Ya Allah Kuatkan Barisan
Ya Allah Kuatkan kami ya Allah
Tolonglah kami untuk memelihara Agama Islam
Tolonglah kami untuk membela bangsa Melayu dan bangsa lain
Tolonglah kami untuk berlaku adil pada semua
Peliharalah kami dari fitnah manusia
Peliharalah kami daripada kerosakan bangsa
Pelihara kah kami dari kehancuran negara
Berilah kami kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional
Berilah kemenangan kepada kami demi Agama Islam bangsa dan negara
Ya Allah kabulkanlah doa dan permintaan kami, amin... ya rabulaalamin...
Nmapaknya kalau anugerah ler macam nie kenaler tiga empat kali naik turun atas pentas untuk disematkan pingat atau pangkat, mana taknya, kalau ada anygerah dato, tun, Tan Sri dan pelbagai gelaran atau pingat pakat member kita nie kena tiga empat kali naik pentas, kat dada pun penuh bergayut pingat yang disemat berulang kali
Tapi bezanya bila pingat tu ditukar gelaran ler, datuk ditukar kepada gelaran Produk Utama Isreal, Jenin PM, SiKitol Morden, Pelakun Politik Popular, Anugerah Abng Kuat Ranjang, Guniess World Record terbanyak guna Coffee Boy, Sentiasa Berubah, kejap baik kejap dajal, Pemimpin Popular aksi hebat, Pemimpin semua rasa termasuk China Doll and the Coffee boy, Pemimpin mesra israel, pemimpin kuat tak mati disuntik HIV, hero padapaya atas Jalanraya, Hero kejap ustaz kejap gayboy hero kuat lgbt dan banyak lagi gelaran yang boleh dia dapat dan rasanya satu hari kena jhususkan untuk dia terima semua pinggat tersebut
Sikitol Morden negara nombor one nampaknya serasi dan secucuk dengan dia nampaknya, dah ler pening PM ynag di impikan dah mula,adamyang lain pulak minat, turn off last minute nampaknya bila sudah ada yang terang mengatakan sebenarnya memang tak bak sikitol morden nie jadi PM, kalau dikutkan akal sekalipun memang ler sapa yang nak jadikan pemimpin utama negara yang rosak akhlak? tak masuk akal yop!!!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
4. Dengan berbagai penjelasan Lynas yang jelas tidak berbahaya maka tidak ada sebab lagi perarakan buang masa ini dilakukan.
5. Maka kenapa mahu sokong Pakatan yang selalu buat kacau dan sabotaj ekonomi negara kita??? Yang akan terjejas jika LYNAS berjalan ialah China dan Singapura kerana ia akan memacu ekonomi negara.
Jika rakyat Malaysia sejati pasti kita akan malu menyertai perarakan 'bullshit' ini....
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib yang juga pengerusi BN berkata BN dan gagasan yang memerintah dengan Umno sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.
Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.
"Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini...mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga," katanya dan menambah Umno sedia untuk 'berperang'.
Dulu nik ajis kata, Nabi Muhammad sama seperti macam mat-mat di kampung, kini nik ajis kata pulak, Nabi Muhammad pengkhianat bangsa, perghh... nik ajis lebih teruk dari syiah...
Unus Pro Omnibus, Omnes Pro Uno adalah frasa Latin yang membawa maksud "One for all, all for one" atau "Satu Untuk Semua, Semua untuk Satu" . Slogan ini cukup terkenal di dalam cerita 'The Three Musketeers' karya penulis Peranchis Alexandre Dumas.
Cerita ini pernah dikomikkan, diteaterkan, difilemkan dan dijadikan siri TV yang cukup popular di sekitar tahun 60an hingga 70an. Pengaruh di kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa itu cukup kuat dan slogan 'all for one, one for all' meniti di bibir mereka sehingga secara tidak langsung menjadi praktikal di dalam kehidupan seharian.Satu bergantung kepada yang ramai dan yang ramai bergantung kepada yang satu.
Di dalam situasi galak berebut untuk menjadi calun khasnya di kalangan UMNO menjelang PRU-13 yang akan datang slogan ini dikira cukup relevan. Orang-orang UMNO tidak harus berbelah bagi untuk mengundi parti walaupun individu yang dicalunkan itu tidak menyelerakan dalam hidangan mereka.
Ini kerana setiap calun itu ibarat titis-titis hujan yang berkumpul menjadi cabang-cabang sungai dan cabang-cabang sungai itu bercantum menjadi lautan dan samudera yang luas.
Jika ingin mengikut selera yang berbagai itu memang cukup sukar bagi Presiden parti untuk membuat keputusan. Presiden melihat dari sudut makro keseluruhan kekuatan parti manakala di kalangan pengundi di bawah melihat dari sudut mikro sama ada calun itu menyelerakan mereka atau tidak.
Pertembungan kehendak pucuk pimpinan di atas dan kemahuan pengundi di bawah harus dirapatkan jurangnya jika tidak parti akan menerima padah. Kewibawaan calun dan rekod-rekod calun harus ditapis secara telus tanpa selindung. Individu yang tidak dicalunkan sepatutnya tidak mengamuk dan sabotaj secara halus.
Di kira pucuk pimpinan sudah masak dan boleh membaca perangai calun-calun kalau mereka tidak dicalunkan. Memang agak sukar untuk menapis calun kerana calun pandai menyembunyikan kuku dan bermain wayang di hadapan pengundi akar umbi. Kadangkala penyokong sendiri tidak tahu kenakalan calun kerana taksub menyokong.
Cuma yang pasti hanya musuh sahaja yang akan mengorek semua perkara buruk dan dimuntahkan sepanjang kempen pilihanraya kelak. Walau apa pun tohmahannya apabila pucuk pimpinan telah membuat keputusan semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan merasmikan mesyuarat Pergerakkan Wanita, Pemuda dan Puteri telah menjelaskan dengan terang dan nyata loud and clear hippokrasi Pakatan Rakyat.
Jenama mereka "Pakatan" tetapi mereka bersendiri di dalam dan tidak berpakat.
Beliau menyatakan : "… ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR".
Ujar beliau lagi '.. konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada Pas".
Jika pengundi membuat keputusan tidak mahu mengundi parti tapi hanya mahu mengundi calun, apakah hasilnya kelak? Hasilnya kelak tidak ada satu pun Kerajaan yang kuat dapat didirikan.
Melihat kepada situasi ini UMNO harus bersatu. Mereka sendiri tidak boleh lagi bermain-main dengan undi mereka.
Lupakan sahaja niat untuk merajuk, kecil hati atau yang paling bahaya niat untuk sabotaj. Ingatlah mereka ibarat titis-titis hujan untuk menjadikan lautan yang luas.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru sebentar tadi Harimau Malaya mengalahkan Garuda 2 berbalas 0. MyMassa melihat perlawanan ini dari rumah saja, tetapi tetap memberi sokongan padu kepada team Malaysia! MyMassa amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buah Rajagopal! Masa pertama menunjukkan lebih banyak aksi berbanding masa kedua.
MyMassa gemar melihat gaya permainan Wan Zack Haikal yang tenang apabila menggelecek bola, di samping tendangan padu yang sering mengejutkan pihak lawan. Tetapi bagi MyMassa, malam ini adalah malam Mahali Jusuli. Menjaringkan satu goal dan amat ampuh menjadi benteng serangan pihak lawan. kombinasi Mahali dan Wan Zack betul-betul menjadi pada malam ini.
Perjuangan belum selesai, pusingan kalah mati akan menjadi ujian getir buat Harimau Malaya apabila ditentukan akan bertemu Thailand di separuh akhir nanti. Rakyat Malaysia perlu sentiasa dibelakang Rajagopal dan anak buahnya. InsyaAllah Malaysia pasti mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut-turut!
Suasana di PWTC, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun depan, cukup tenang. Para perwakilan yang mendengar amanat Presiden juga tenang. Mereka juga kelihatan ceria dan bersemangat.
Seperti biasa sejak puluhan tahun dulu, mereka mendengarnya dengan teliti. Tahun ini suasananya luar biasa sikit. Ia adalah penentu masa depan dan kesinambungan UMNO yang diasaskan pada 1946.
Presiden ketika majlis amanatnya berkata "proses pemilihan calon untuk PRU-13 ini adalah serumit krisis di Gaza."
Dalam usia 66 tahun, UMNO sepatutnya sudah menjadi sebuah parti yang sudah matang. Orang UMNO kini benar-benar perlu menyuluh diri mereka sendiri. Pemikiran mereka perlu sudah semakin matang. Sikap mereka harus ke hadapan. Dan sifat mereka haruslah dihambakan kepada parti, jika mereka benar-benar ikhlas mahu melihat parti itu terus hidup dan kukuh dalam gelombang politik yang sudah berubah ini.
Penulis tidak keseorangan dalam membuat analisis ini. Ia adalah hasil perkongsian daripada beberapa pihak - ahli, bukan ahli, kawan mahu pun lawan - yang ikhlas hendak melihat UMNO terus bangun, berdiri, berjalan dan berlari dalam senario politik tanah air tercinta ini. UMNO mampu menang PRU-13 dan menjadi kuat!
PRU ke-13 hampir tiba. UMNO dan parti-parti politik yang lain dalam Barisan Nasional (BN) serta parti-parti politik dalam pakatan pembangkang seperti DAP, PKR dan Pas difahamkan sedang sibuk mengenal pasti calon-calon yang difikirkan berwibawa atau yang dianggap boleh menang untuk bertanding.
Sesebuah parti politik adalah seperti sebuah lori atau kenderaan yang sentiasa perlu dirawat, diservis atau dioverhaul dari semasa ke semasa. Ia tidak boleh dibiarkan kekal seperti itu selama-lamanya tanpa perubahan. Ia harus melalui proses transformasi.
Sesungguhnya UMNO perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan pemimpin sebanyak mungkin di peringkat UMNO Bahagian untuk diketengahkan sebagai pemimpin di semua peringkat, dan seterusnya ke peringkat nasional.
Amalan buruk 'cantas mencantas' yang boleh membawa kerugian kepada UMNO hendaklah dihapuskan melalui undang-undang atau peraturan-peraturan baru parti. Jika tidak dibendung di peringkat Bahagian, amalan buruk itu akan merebak menjadi barah, dan tidak mustahil UMNO akan menjadi lemah secara mendadak di peringkat nasional.
Ketahuilah, terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka; "aku tak suka mana-mana orang kaya daripada aku memegang apa- apa jawatan di UMNO Bahagian ini, kerana dia akan mencabar kedudukan aku sebagai Ketua Bahagian".
Ketahuilah, ada seorang Ketua UMNO Bahagian yang juga wakil rakyat berkata; "jika sesiapa yang mengambil tempat aku dalam PRU-13 ini, aku akan pastikan dia juga kalah".
Ini bukan omongan, tapi realiti. Sesiapa yang termakan cili dialah yang terasa pedasnya.
UMNO Bahagian di seluruh negara sepatutnya dibina atas kekuatan individu dan seterusnya digabungkan menjadi satu pasukan kuat disusuli dengan semangat bermuafakat. Jika pucuk kepemimpinan memintanya berundur dan memberi laluan kepada yang lain, maka laksanakan arahan itu dengan ikhlas.
Kekuatan UMNO kini terlalu berpusat di peringkat Bahagian. Jawatan Ketua UMNO Bahagian adalah umpama 'permata' yang mahal harganya.
Jika sarungnya diperbuat daripada bahan tidak bermutu, permata itu akan terjatuh dan terpisahlah dengan sarungnya. Sewajarnya sarung itu hendaklah diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi demi menjamin keselamatan permata itu. Sarung perlu ditukar ganti pada setiap penggal.
Kita sebenarnya tidak mahu melihat UMNO berkubur selama-lamanya selepas PRU-13 disebabkan kelemahan di peringkat Bahagian. Sudah sampai masanya kekuasaan di peringkat Bahagian itu diangkat ke Pusat. Biar kuasa Pusat yang menguasai Bahagian dan bukan sebaliknya.
Sudah tiba masanya gelaran warlords dalam UMNO dihapuskan. Biar jawatankuasa pusat yang menentukan kekuasaan di peringkat Bahagian. Struktur Perkhidmatan Awam Malaysia adalah yang terbaik untuk dicontohi, waima Pengarah Negeri sendiri terikat kepada Perintah Am di Pusat dan tidak terlalu berkuasa.
Jika kelemahan di peringkat Bahagian terus berlaku maka Kerusi Parlimen dan Kerusi-kerusi DUN di kawasan Parlimen tersebut akan runtuh dan mudah ditawan oleh parti-parti lawan yang tidak sekuat mana pun. Hakikat ini hendaklah dipandang serius oleh semua lapisan kepemimpinan dalam UMNO.
PRU-12 pada tahun 2008 hendaklah menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk UMNO dan orang-orang Melayu amnya.
Kita berpendapat Ketua-ketua UMNO Bahagian tidak melihat perkara yang berbangkit ini merupakan masalah besar atau masalah nasional kerana ia dilalaikan oleh peluang-peluang ekonomi melalui projek-projek yang diperoleh mereka.
Benarkah, di sesetengah negeri pembangkang terdapat Ketua-ketua UMNO Bahagian lebih suka pembangkang memerintah selama-lamanya? Jika tidak, peluang-peluang ekonomi melalui projek-projek yang mereka peroleh daripada JPP selama ini berkemungkinan akan terjejas?
Jika apa yang dikatakan ini benar, anda semua lebih maklum bahawa kemenangan Pas atau PKR akan menyumbang dan membantu menguatkan lagi pengaruh politik DAP di peringkat nasional?
Penulis menganggap DAP itu tidak ubah seperti seekor helang yang akan mengganas kepada bangsa Melayu siang dan malam jika ada peluang. Bacalah sejarah DAP dan falsafahnya.
Seperti apa yang telah diperkatakan di atas, kita harap Presiden UMNO, melakukan perubahan-perubahan tertentu.
Jawatan di peringkat UMNO Bahagian iaitu Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian boleh dipegang oleh mana-mana ahli hanya dihadkan untuk tempoh penggal yang terhad.
Mana-mana jawatan dalam parti melalui pertandingan atau dilantik oleh parti hanya boleh dipegang tidak lebih dua jawatan dalam satu masa. Mana-mana ahli parti hanya dibenar bertanding untuk penggal terhad sahaja dalam mana-mana PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK), kecuali ia diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk kekal bertanding melebihi penggal yang ditetapkan.
Semua calon yang akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen dan Kerusi DUN pada mana-mana PRU atau PRK hendaklah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya.
Sebelum ini, pada hari pengumuman calon PRU di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri berlaku kekecohan apabila nama- nama calon tidak dapat dimuktamad dan diumumkan sehingga ke saat-saat akhir. Nama-nama calon yang diumum tidak boleh diubah-ubah lagi di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Sewajarnya nama-nama calon yang dipilih perlulah diumumkan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal bagi memudahkan calon-calon itu mengatur strategi parti, dan tidak timbul akan berlaku sabotaj.
Sebenarnya sebelum ini banyak perkara berbangkit tidak didedahkan kepada umum demi menjaga nama baik dan imej UMNO. Malangnya UMNO tewas juga dan tidak menang secara mutlak pada PRU-12 yang lalu walaupun imejnya sentiasa dijaga rapi.
Dunia sudah berubah. Kaedah lama hendaklah ditukar supaya peluang-peluang memegang jawatan dalam parti terutamanya di peringkat UMNO Bahagian akan terbuka luas atau lebih telus lagi. Ini akan menarik minat golongan muda untuk menyertai UMNO.
Sayap ulama juga perlu diwujudkan bagi membolehkan ahli-ahli agama menyertainya. UMNO jangan biarkan golongan ini, lulusan dalam dan luar negara, mengalir ke dalam acuan Pas. Acuan ulama UMNO harus dibentuk segera.
Adalah tidak wajar juga satu kroni atau 'satu rakit' membolot semua jawatan dalam parti di peringkat UMNO Bahagian berpenggal-penggal lamanya.
Bagi menghadapi PRU-13 dan PRU atau PRK berikutnya, mana-mana kerusi Parlimen dan kerusi DUN yang diperuntukkan kepada UMNO ada baiknya dikongsi bersama dengan pemimpin NGO Melayu, Islam, golongan profesional dan pegawai atau bekas pegawai kerajaan negeri atau persekutuan, ahli akademik, guru-guru, ahli-ahli agama, bekas pegawai kanan tentera atau polis atau lain-lain.
Jika perkongsian ini dibuat, kemungkinan UMNO dapat merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang dan mampu menubuhkan Kerajaan Pusat yang kuat. Fikirkanlah nisbah yang sesuai dalam perkongsian itu.
Kepimpinan tertinggi UMNO hendaklah sedar bahawa pengundi-pengundi Melayu adalah terdiri daripada pelbagai golongan dan sewajarnya perkongsian ini diamalkan demi kekuatan UMNO.
Adalah difikirkan pembahagian kerusi seperti ini juga akan membawa satu kekuatan baru kepada pengaruh UMNO.
Hari ini UMNO dilihat tersempit di celah-celah kemelut politik di peringkat UMNO Bahagian atau Cawangan, dan tiada jaminan kukuh bahawa calon-calon terpilih daripada UMNO boleh menang 100 peratus. Ia diburukkan lagi oleh ancaman daripada parti-parti lawan.
Akhir kata, ingatlah UMNO masih relevan. Melihatkan kecelaruan dalam Pas, PKR dan DAP sekarang, orang Melayu sebenarnya sudah tiada pilihan. Talian hayatnya masih ada, dengan syarat ia berubah.
Selamat bersidang dan selamat menghadapi peperangan politik ke-13.-UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menggariskan tujuh rukun kemenangan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Rukun berkenaan ialah
1) Patuh kepada pemimpin
2) Strategi yang tepat
3) Fahami peranan dan tanggungjawab
4) Kenali musuh
5) Kukuhkan perpaduan
6) Sentiasa bersiapsiaga
7) Berjuang habis-habisan.
Tujuh rukun itu dinyatakan Timbalan Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, semalam.
'Peperangan getir'
Katanya, tujuh rukun itu yang akan disebarkan kepada setiap pemimpin dan ahli adalah amat penting kerana 'peperangan' yang akan dihadapi nanti adalah sangat getir.
Memperincikan rukun itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap pemimpin dan ahli parti perlu taat dan setia serta melaksanakan keputusan dibuat pemimpin parti.
Antara lain, ia membabitkan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan, soal pemilihan calon dan kawasan pilihan raya yang ditetapkan untuk semua parti komponen.
"Bila mahu mencapai kemenangan besar, kita perlu laksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut panduan ditetapkan. Prinsip ini juga dinyatakan dalam al-Quran iaitu kami dengar dan kami patuh sebagai bukti beriman kepada Allah SWT," katanya.
Mengenai strategi yang tepat, Muhyiddin berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan peringkat kepemimpinan negeri ketika beliau turun padang ke seluruh negara.
"Apa yang penting ialah pertahankan segala kekuatan yang ada dengan menentukan kemenangan negeri dan kawasan yang dimiliki BN, selain merampas kawasan yang jatuh ke tangan pembangkang.
Kenali musuh
"Apa yang penting, apa juga keputusan dibuat pada peringkat nasional, diterjemahkan dalam bentuk tindakan berkesan oleh pemimpin negeri, bahagian dan cawangan," katanya.
Muhyiddin berkata, parti percaya semua ahli sudah memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menghadapi cabaran hebat pakatan pembangkang, selain sudah mengenali siapa musuh yang bakal dihadapi dalam pilihan raya nanti iaitu PAS, PKR dan DAP.
"Selain kenali musuh atas nama, kita juga tahu gerakan mereka di setiap peringkat. Jadi, kita kena perhatikan dan jangan biarkan mereka tembusi kawasan kita dengan memperkukuhkan kubu kita," katanya.
Muhyiddin juga menyatakan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memberi kepercayaan kepadanya sepanjang masa membantu Perdana Menteri dalam urusan negara dan parti.
"Ini sesuatu yang saya amat sanjung tinggi dan hargai," katanya.
Ketika beliau melangkah ke podium untuk berucap, sekumpulan wartawan wanita di laman media Perhimpunan Agung UMNO berseloroh, "hensem, cakap lama sikit pun tak apa.." kata mereka sesama sendiri.
Aura Arif Yasir Zulkifli, 23, wakil Kelab UMNO Luar Negara kemudiannya terserlah beberapa minit selepas itu, pelajar Kejuruteraan Marin dan Boilogi sebuah universiti dari Jepun itu mengamatkan dewan selama 20 minit ucapannya.
Ketika beliau melangkah ke podium untuk berucap, sekumpulan wartawan wanita di laman media Perhimpunan Agung UMNO berseloroh, "hensem, cakap lama sikit pun tak apa.." kata mereka sesama sendiri.
Aura Arif Yasir Zulkifli, 23, wakil Kelab UMNO Luar Negara kemudiannya terserlah beberapa minit selepas itu, pelajar Kejuruteraan Marin dan Boilogi sebuah universiti dari Jepun itu mengamatkan dewan selama 20 minit ucapannya.
Cadangan bernas, gelak ketawa, rayuan dan tangisan, disulam dengan gaya bersahaja dan spontan sehingga satu ketika, semua perwakilan termasuk pemimpin tertinggi UMNO berdiri beramai-ramai menyanyikan lagu Warisan "Anak kecil main api".
Bagi yang menyaksikan di luar dewan, suasananya juga tidak kurang hebat, ramai yang menyanyi bersama-sama.
Bahkan ketika lawatan Perdana Menteri ke Laman Media, web page Agendadaily terpampang cerita tentang Arif Yasir yang jadi 'lead story', baca saja tajuk terus Datuk Seri Najib "dalam dewan pun ramai yang menangis tadi."
Bagi yang meneliti ucapan Arif, bahagian yang paling 'touching' adalah ketika beliau menyanyi rangkap pertama "Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi," secara spontong perwakilan berdiri dan menyanyi.
Kepada Agendadaily, petang Jumaat, kata Arif, beliau bersama kawan-kawan dari Kelab UMNO Luar Negara menyiapkan ucapan tersebut semalaman.
"Kami buat keputusan untuk masukkan lagu Warisan, saya sepatutnya nyanyi satu rangkap sahaja, tetapi tak sangka pula reaksi perwakilan yang kemudian nyanyi bersama-sama hingga habis," ujarnya.
Bagi anak ahli UMNO Pokok Sena Kedah ini, saat yang tida boleh beliau lupakan adalah apabila seorang perwakilan wanita di depannya menangis.
Arif Yasir Zulkifli "Saya jadi sebak tiba-tiba, mujur Pengerusi Tetap Ayahanda Datuk Badaruddin sambung lagu tersebut," katanya.
Penyampaian yang secara bersahaja, berjaya menarik perhatian para perwakilan serta kerap kali diusik dengan seloroh daripada Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruddin.
Pengerusi Kelab UMNO Tokyo itu kali pertama berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO turut mencadangkan mengenalpasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda dalam usaha mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
"UMNO mewujudkan satu institut bagi memperkasakan generasi muda dari aspek kepimpinan, usaha ini dapat membantu melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa pada masa akan datang.
"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," ujar beliau.
Dalam pada itu, Ariff turut mencadangkan agar semua anggota Kelab Umno Luar Negara diwajibkan untuk menjadi ahli parti.
"Bila mendaftar ahli kelab, mereka patut disediakan juga borang keahlian untuk menjadi ahli.
"Pendekatan ini dilihat sebagai platform kepada kami anak-anak muda meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa negara," katanya.
Seramai 72 wakil Kelab Umno Luar Negara dari 16 negara hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Beza ulama Umno dengan ularmak PAS. Jika kita meniliti ucapan Uztaz Fathul Bari ,beliau menerangkan kaedah untuk menegur orang lain dan cara mendoakan untuk orang lain cara Islam.
Apa bodoh benar para khawarij ini yang kononnya semua agamawan..alim ulamanya tidak tahu akan akhlak sidek amanah tabligh dan fathonah. 4 ciri ciri ini tidak ada dikalangan para khawarij sebabnya apa? Buktinya para khawarij hakikinya lebih kepada binatang politik yang menghalalkan cara.
Fathul Bari mendedahkan video doa kehancuran BN oleh Nik Razi dan juga Nik Aziz menuduh Umno sebagai murtad. Fathul Bari menerangkan Nik Aziz menggunakan kaedah mantik cara bijak memurtadkan Umno.
Hayati ucapan UFB..dalam masa beliau menasihati kepimpinan Umno secara terbuka beliau turut mendidik ahli Umno mengikut kepada landasan yang benar.Keterbukaan dan transformasi Umno sekarang ini mencakupi dari semua segi.. Fathul Bari adalah salah satu contoh perubahan Umno..
Pisau kata " beza ulama Umno dan ulama khawarij"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Para perwakilan menitiskan airmata ketika lagu warisan dinyanyikan. Demikianlah semangat dan kecintaan ahli UMNO terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air.
2. Sebelum itu seorang ahli UMNO Bahagian Mersing yang tidak pernah menjawat sebarang jawatan dalam parti, Nordin Kamaruddin berumur 72 tahun sudah 4 kali menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC menangis sebak apabila ditemuramah stesyen TV3.
3. KJ dalam ucapannya mengharapkan UMNO turut memenangi media sosial bagi memenangi peperangan maya menjelang PRU13 nanti. KJ yang pernah melabelkan blogger sebagai beruk kini juga sudah sedar peranan media sosial dan sibertropper dalam politik negara. Alhamdulillah apabila semuanya telah berubah.
4. DS Najib yakin bahawa UMNO BN akan memenangi 2/3 dalam PRU13 nanti dengan semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan sepanjang 5 hari bersidang.
1. Bagi mereka yang meminati mengikuti perkembangan politik tentu tidak dapat lari dari mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung sekarang ini. PAU ini sangat penting dalam membayangi keupayaan UMNO BN menghadapi PRU13 nanti. Seperti yang ramai mengakui kekalahan banyak kerusi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu bukanlah semata-mata kerana kekuatan pihak pembangkang, namun ianya adalah kerana kelemahan UMNO BN itu sendiri.
2. Saya tertarik dengan ucapan dari wakil Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang antara lain menyatakan bahawa UMNO mesti di masyarakatkan (atau di rakyatkan). UMNO bukanlah parti yang hanya untuk orang-orang tertentu atau hanya untuk kasta tertentu sahaja.
3. Saya tidak melihat dibahagian lain namun di bahagian yang saya menjadi ahli perkara demikian berlaku dengan jelas dan nyata. Apabila seseorang ketua cawangan rakus dalam mengekalkan jawatannya untuk menjadikannya hak milik peribadi hingga mati maka mana-mana calon yang difikirkan layak dan berupaya untuk mengambilalih jawatannya akan dengan segera di'cantas'. Ini akan membuatkan orang-orang muda beranggapan bahawa UMNO hanya untuk orang tertentu sahaja.
4. Untuk memastikan akan kekal jadi ketua selama-lamanya, keahlian UMNO dicawangan rela diperkecilkan dengan membuang mereka-mereka yang berpotensi untuk menentang. Ini yang membuatkan UMNO semakin lemah kerana ianya sudah jadi milik peribadi dan keluarga. Cuba perhatikan cawangan yang Si Bapanya jadi Ketua, Ibunya jadi Ketua Wanita dan anak lelaki jadi Ketua Pemuda, seolah-olah orang lain tidak ujud dalam cawangan berkenaan.
5. Begitu juga apabila mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dimaklumkan untuk menyertainya. Saya berpendapat bahawa dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan pemimpin UMNO cawangan tidak harus meminggirkan sesiapapun dari kampong yang cawangannya wakili hatta mereka itu adalah penyokong atau ahli pembangkang. Sikap kita melebelkan orang itu parti sana telah membuatkan mereka lebih jauh dari UMNO sedangkan undi mereka juga sangat penting dalam setiap PRU.
6. Justeru, pemimpin-pemimpin UMNO hasrus berfikir dan berusaha untuk memasyarakatkan UMNO supaya UMNO BN akan kembali jadi darah daging dan semangat perjuangan rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang masih memerlukan bimbingan dari kerajaan khususnya dalam mengembangkan ekonomi.
7. Pemimpin UMNO yang sedang berkuasa hendaklah sentiasa berfikir bagaimana dapat membantu membangunkan orang-orang Melayu dari semua segi. Janganlah slogan 'Hidup Melayu' hanya untuk dijeritkan bagi menaikan semangat sahaja namun pada hakikatnya pertolongan dan projek-projek masih diberikan kepada 'orang lain'.
8. Masih banyak yang pemimpin UMNO mesti perbaiki sekiranya ingin terus popular dan menjadi pejuang bangsa justeru tidak hairanlah apabila pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini ada ahli yang masih setia dan sanggup menitiskan airmata dalam mengenang masalalu dan mengimbau masadepan UMNO, tetapi berapa ramai yang peduli?
Pelakon jelita Korea, Ha Nak Yung baru-baru mengalami saat-saat memalukan apabila beliau tersadung kakinya hingga terjatuh di karpet merah.
Pada 30 November semalam, pelakon tersebut telah menghadiri, 33rd Blue Dragon Film Awards. Belia hadir dengan memakai baju yang mengikut potongan badannya dan memiliki potongan di dada yang amat luas.
Ketika berjalan di karpet merah, akibat terpijak baju sendiri, Ha Na Kyung terjatuh hingga bajunya sedikit terselak dan menampakkan puting payudaranya.
Kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh beberapa jurugambar yang ada di situ. Natijahnya foto tersebut mula tersebar di internet.
Hit the road with top local celebs and fans as they go across Malaysia to take on exciting challenges! #Switch4XTRA Challenge
Selepas kejadian memalukan itu, Ha Na Kyung, melalui twitternya memohon maaf ke atas apa yang telah terjadi. Beliau menulis, "Pertama, saya memohon maaf. Saya hadir dengan hati yang gembira, malangnya ianya berakhir dengan insiden yang memalukan. Saya akan terus berhati=hati di masa hadapan."
Tahniah Harimau Malaya, anak-anak buah King Gobal mengganas malam ini dengan menewaskan Sang Garuda dengan jaringan 2-0.
Bermula dengan agak perlahan, Malaysia kemudian menemui rentak dengan mendahului Belanda...eh..Indonesia pada minit awal separuh masa kedua melalui Azamuddin Akil.
Gol kedua kemudiannya disusuli oleh gerakan menarik oleh Wan Zack dan Mahali. Mahali kemudiaanya menjadikan Malaysia dua Belanda...eh Indonesia 0.
Ini menjadikan Malaysia juara kumpulan B dan akan bertemu Thailand di separuh akhir.
* Maaflah, kami konfius dengan pasukan yang banyak pemain Belanda ni...
Live Streaming Malaysia vs Indonesia | AFF Suzuki Cup 2012 | 1 Disember 2012
Taring sudah diasah, Laos menjadi korban kebangkitan pertama Harimau Malaya. Adakah pasukan Malaysia mampu lagi untuk bangkit membenam Indonesia pada malam ini?
Indonesia pula hanya perlu seri untuk melayakkan diri ke separuh akhir manakala Malaysia perlu menang untuk itu.
Apa yang menarik mengenai perlawanan Malaysia vs Indonesia pada malam ini, jika Indonesia tewas, dan Laos pula buat kejutan hampakan Singapura, ini bermakna, kedua-dua pasukan pilihan pada awal kempen Piala AFF Suzuki ini akan terkeluar, manakala pasukan yang terumbang-ambing pada awalnya seperti Laos dan Malaysia akan layak ke separuh akhir.
Itu hanyalah andaian kami. Apa pun yang terjadi, Malaysia wajib menang untuk layak..itu sahaja. Kepada yang Astronya bermasalah dengan hujan, boleh tonton Live Streaming Indonesia vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2012 di pautan-pautan di bawah...
Live Streaming Singapore vs Laos | AFF Suzuki Cup 2012 | 1 Disember 2012
Bertempat di Stadium Shah Alam, dua pasukan ini Singapura dan Laos akan membuat perhitungan terakhir kerana kedua-duanya masih mampu layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 ini. Laos pastinya tidak mahu pulang dengan tangan kosong, manakala Singapura pula mahu menjaga status pasukan pilihan
Jangan lupa tontonnya secara streaming kerana perlawan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam ini akan berlangsung serentak dengan perlawanan Malaysia dan Indonesia pada pukul 8.45 malam ini.
JOHOR BAHRU - Seorang penjual video cakera padat (VCD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pelajar, akhir Januari lalu.
Tertuduh, Mohd Solehan Osman, 22, didakwa merogol seorang gadis yang berusia 22 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 4.30 pagi, 31 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Disember ini bagi sebutan semula kes itu.
Dalam kes yang berasingan di mahkamah yang sama, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis, dekat Pontian, Sabtu lalu. Tertuduh, Mohd Radzuan Abd Karim, 63, dituduh melakukan perbuatan terhadap gadis berumur 27 tahun itu di ruang tamu sebuah rumah, kira-kira jam 10 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Nu'aman membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
KUALA LUMPUR: Perwakilan Arau, Fathul Bari Mat Jahya mengajak semua ahli Umno memaafkan tindakan PAS mendoakan kehancuran parti itu.
Menurutnya, Umno-Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang sarat dengan politik kasih sayang bukan politik kebencian seperti pembangkang.
Oleh itu, sebagai umat Islam, semua ahli Umno-BN wajib untuk memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh PAS walaupun parti itu tidak mahu mengakui kesilapan mereka yang jelas.
"Semua manusia telah ditentukan oleh Allah akan melakukan kezaliman dan kesilapan. Tidak akan ada seorang pun yang akan bebas daripada melakukan kesilapan.
"Menyentuh tentang isu doa, saya mahu menyeru kepada semua hadirin dan semua ahli Umno, mari kita maafkan mereka (PAS)," tegasnya ketiga membahas usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.
Tambah ulama muda Umno itu lagi, PAS sebuah parti Islam yang sepatutnya menjulang akhlak dan akidah yang baik sebaliknya berterus-terusan mencaci dan menaburkan fitnah kepada parti pemerintah.
Kata Fathul, Islam mengajar umatnya untuk menyebarkan perkara yang benar dan baik belaka dan dilarang sekali untuk mengkafirkan sahabat Islam yang lain.
"Jangan ada kafir mengkafir wahai Umno dan itulah yang kita lakukan.
"Selama ini mereka Pakatan tanpa henti menyerang kami dengan perkataan-perkataan yang sakit dan yang pedih.
"Mereka hanya menceritakan keburukan kita dan mahu memberikan persepsi kebencian kepada masyarakat terhadap kita," jelasnya.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menyelar Umno parti murtad kerana memerlekehkan agama Islam sebagai kenyataan yang membuta tuli.
Fathul menangkis dakwaan sambil berkata bahawa umum turut mengetahui Umno merupakan parti yang sentiasa menegakkan agama Islam dan perkara itu terbukti dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Nik aziz kata memperlekehkan golongan yang memperlekehkan Islam adalah murtad dan Umno memperlekehkan Islam, jadi maksudnya Umno murtad.
"Sedangkan dalam perlembagaan Umno sejak penubuhannya mempertahankan, menegakkan dan mengembangkan Islam.
"Kita mengamalkan ajaran Islam seperti Puasa, Zakat dan apa yang lebih membanggakan Tabung Haji adalah merupakan pengurusan haji yang terbaik di dunia. Adakah ini maknanya kita (Umno) memperlekehkan Islam?,"ujarnya.
Beliau ketika membahas usulnya dalam Dewan Merdeka, PWTC turut memaparkan klip video yang menunjukkan Datuk Nik Razi Nik Aziz, adik kepada Nik Aziz mengimamkan doa kehancuran Umno dan klip video kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz mendakwa Umno murtad sebagai bukti.
Dalam pada itu, Fathul turut menyeru Umno-BN agar mengadakan kempen 1Malaysia Tolak Fitnah sekaligus menyiapkan jentera parti dalam menghadapi PRU 13.
Katanya, kempen terbabit perlu dianjurkan bagi mengingatkan ahli parti itu supaya sentiasa memuhasabah diri untuk menyebarkan perkara-perkara yang dimuliakan oleh Allah S.W.T.
Tambahnya, masyarakat perlu disemaikan dengan perilaku yang baik dengan memanfaatkan segala ruang media sedia ada.
"Cadangan saya yang kedua untuk kita mengadakan kempen mulut, iaitu kempen "1Malaysia Tolak Fitnah.
"Jika kita menyebarkan perkara yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya, maka kita akan dianggap sebagai pendusta," tegasnya.
Jelasnya, beliau tidak mahu negara menjadi mangsa kepada kepentingan sesetengah pihak hanya kerana tuntutan kuasa.
"Soal keburukan orang lain tidak perlu untuk kita campuri apatah lagi sebarkan, tetapi perkara yang baik tidak kita sebarkan.
"Jangan kerana kedudukan kita menggadaikan agama kita," tegasnya.
Justeru, Fathul menasihatikan ahli Umno-BN untuk memperbaiki ilmu pengetahuan asas agar dapat melontarkan fakta dan kenyataan yang sentiasa tepat.
"Kita perlu semarakkan ilmu pengetahuan asas kita.
"Jangan cakap mengenaii sesuatu topik kalau tidak faham, jangan cakap tentang ekonomi atau agama jika tidak tahu," ujarnya.
Persidangan Agung Umno hari ini akan menumpukan usul agama dan pendidikan sebelum sesi pengulungan ucapan dasar presiden oleh kepimpinan tertinggi Umno.
Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membuat ucapan penangguhan pada sebelah petang.
Ketika beliau melangkah ke podium untuk berucap, sekumpulan wartawan wanita di laman media Perhimpunan Agung UMNO berseloroh, "hensem, cakap lama sikit pun tak apa.." kata mereka sesama sendiri.
Aura Arif Yasir Zulkifli, 23, wakil Kelab UMNO Luar Negara kemudiannya terserlah beberapa minit selepas itu, pelajar Kejuruteraan Marin dan Boilogi sebuah universiti dari Jepun itu mengamatkan dewan selama 20 minit ucapannya.
Cadangan bernas, gelak ketawa, rayuan dan tangisan, disulam dengan gaya bersahaja dan spontan sehingga satu ketika, semua perwakilan termasuk pemimpin tertinggi UMNO berdiri beramai-ramai menyanyikan lagu Warisan "Anak kecil main api".
Bagi yang menyaksikan di luar dewan, suasananya juga tidak kurang hebat, ramai yang menyanyi bersama-sama.
Bahkan ketika lawatan Perdana Menteri ke Laman Media, web page Agendadaily terpampang cerita tentang Arif Yasir yang jadi 'lead story', baca saja tajuk terus Datuk Seri Najib "dalam dewan pun ramai yang menangis tadi."
Bagi yang meneliti ucapan Arif, bahagian yang paling 'touching' adalah ketika beliau menyanyi rangkap pertama "Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi," secara spontong perwakilan berdiri dan menyanyi.
Kepada Agendadaily, petang Jumaat, kata Arif, beliau bersama kawan-kawan dari Kelab UMNO Luar Negara menyiapkan ucapan tersebut semalaman.
"Kami buat keputusan untuk masukkan lagu Warisan, saya sepatutnya nyanyi satu rangkap sahaja, tetapi tak sangka pula reaksi perwakilan yang kemudian nyanyi bersama-sama hingga habis," ujarnya.
Bagi anak ahli UMNO Pokok Sena Kedah ini, saat yang tida boleh beliau lupakan adalah apabila seorang perwakilan wanita di depannya menangis.
Arif Yasir Zulkifli
"Saya jadi sebak tiba-tiba, mujur Pengerusi Tetap Ayahanda Datuk Badaruddin sambung lagu tersebut," katanya.
Penyampaian yang secara bersahaja, berjaya menarik perhatian para perwakilan serta kerap kali diusik dengan seloroh daripada Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruddin.
Pengerusi Kelab UMNO Tokyo itu kali pertama berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO turut mencadangkan mengenalpasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda dalam usaha mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
"UMNO mewujudkan satu institut bagi memperkasakan generasi muda dari aspek kepimpinan, usaha ini dapat membantu melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa pada masa akan datang.
"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," ujar beliau.
Dalam pada itu, Ariff turut mencadangkan agar semua anggota Kelab Umno Luar Negara diwajibkan untuk menjadi ahli parti.
"Bila mendaftar ahli kelab, mereka patut disediakan juga borang keahlian untuk menjadi ahli.
"Pendekatan ini dilihat sebagai platform kepada kami anak-anak muda meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa negara," katanya.
Seramai 72 wakil Kelab Umno Luar Negara dari 16 negara hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Tindakan bekas Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Musa Hassan Musa yang mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya kerana dia kini dalam proses menikmati kebebasan bersuara.
"Dia sudah bersara dan dalam proses menikmati kebebasan bersuara, jadi biarlah dia meluahkan pandangannya," kata Tan Sri Syed Hamid Albar adalah Menteri Dalam Negeri ketika Musa menjadi KPN.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi yang melanda Musa Hassan dan Hishamuddin apabila bekas KPN itu mendakwa Menteri Dalam Negeri itu campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.
"Sungguhpun begitu semua pihak harus memahami secara jelas garisan pemisah di antara penguatkuasa undang-undang dan ahli politik. Selalunya di antara penggubal undang-undang dan penguatkuasa undang-undang, kami banyak berinteraksi, tetapi sejauh mana interaksi itu diterjemah sebagai campur tangan atau tidak, itu terpulang," kata Syed Hamid kepada Agendadaily, Jumaat.
Ditanya sama ada dia sendiri pernah campurtangan dalam urusan PDRM sepanjang tempohnya menjadi Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid berkata dia tak pernah berbuat demikian.
"Seingat saya, kami tidak pernah mengarahkan apa yang patut Polis buat kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Hamid berkata hubungannya dengan golongan profesional sentiasa baik dan tidak berhadapan dengan masalah. "Apa saja pandangan yang mereka berikan, itu adalah hak mereka," katanya.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu percaya, kontroversi berkenaan tidak akan menjejaskan UMNO dan dakwaan itu ditimbulkan mungkin kerana pilihanraya sudah hampir.
"Saya fikir apa saja usaha untuk menjejaskan nama baik kita (UMNO) atau apa sahaja sekalipun tidak akan berhasil," kata Syed Hamid, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Pulau Pinang, Mohd Shaharudin Mohd Hasan Tajuddin mahu persatuan-persatuan yang membela kebajikan artis agar lebih peka ke atas aspek pemakaian dan penampilan artis.
Beliau menyentuh perkara itu ketika membahas usul agama dan pendidikan dalam persidangan Perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
"Persatuan yang terlibat secara langsung dengan artis, diminta mempertingkatkan kepekaan terhadap garis panduan yang diberi oleh Kementerian Penerangan, (Komunikasi dan Kebudayaan) mengenai adab dan etika berpakaian.
"Lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah," katanya yang turut menyentuh penubuhan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).
YA1M yang dilancar 11 November lalu menerima suntikan dana RM 5 juta daripada kerajaan.
Shaharudin menasihatkan agar para artis menitikberatkan pakaian mereka dengan lebih longgar, labuh dan tertutup.
"Tolong tolonglah jangan bawa penampilan yang menjolok mata.
"Pakaian yang ketat dilonggarkan, jangan disendatkan... yang pendek dilabuhkan manakala yang terbuka itu tutup-tutupkan," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong.
KUALA LUMPUR - Umno tidak takut dengan doa 'KO BN" yang dilafazkan oleh Pas di Kota Bharu dua minggu lalu, yang mendoakan kehancuran pemimpin dan parti itu, kata perwakilan dari Kelantan pagi ini.
Beliau yang mewakili Umno Rantau Panjang yakin bahawa doa tersebut tidak dimakbulkan berdasarkan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra'd ayat 14 kerana bercanggah kaedah yang ditentukan oleh ALLAH dalam kitab suci itu.
"Pas doakan bala kepada Umno, Pas pernah doakan Umno dibutakan mata supaya tidak dapat melihat apa-apa selain bulan purnama.
"Pas juga pernah doakan Perdana Menteri kita buncit perut. Terbaru Pas menyamakan Umno sama seperti firaun, dan akhirnya mendoakan kehancuran Umno.
"Doalah apa sahaja, kami tidak takut dengan doa Pas. Ini kerana kami bukan seperti puak-puak tersebut. Semoga mereka diberi hidayah," kata beliau ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Perhimpunan tahunan akan berakhir petang ini dengan ucapan penggulungan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Pas perlu didoakan supaya diberi hidayah dan petunjuk, kerana Pas parti ajaran sesat kerana mendoakan kehancuran sesama Islam.
"Berbeza dengan Umno kami berdakwah melalui Sunnah Rasulullah. Inilah cara yang dipilih oleh Umno, pendekatan berhikmah dan mengikut Rasulullah," katanya.
Rabu lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa Pas telah melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana melafazkan doa 'KO BN' pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu dua minggu lalu.
Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.
KUALA LUMPUR - Demi memartabatkan agama Islam di negara ini, Umno Pulau Pinang mencadangkan para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden.
Ketua Pemuda Umno Tanjong, Mohd Shaharudin Mohd Hassan Tajudin berkata, pengiktirafan tersebut akan memberi nilai tambah terhadap parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
"Ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti kita lebih teratur.
"Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.
Selain itu, Mohd Shaharudin turut membawa tujuh lagi cadangan termasuk pengukuhan Islam sebagai sebagai agama persekutuan di negara ini, memasukkan kefahaman mengenai syiah, ajaran sesat pluralisme dan LGBT dalam silibus pendidikan pelajar tingkatan empat hingga enam, dan pendidikan ulul albab diperluaskan ke pondok-pondok dan universiti tempatan.
"Subjek ini akan dapat menjadikan mereka menjadi ikon seterusnya memberi manfaat kepada semua," katanya.
Antara lain beliau turut mencadangkan agar diadakan Madrasah 1Malaysia dan Tanah Wakaf 1Malaysia.
"Seperti yang sedia maklum, pendidikan al-Quran perlu diberi penekanan. Madrasah ini nanti boleh mengambil modul pendidikan seperti yang dilakukan madrasah di Johor.
"Tanah wakaf perlu didaulat dan dikendalikan Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Mohd Shaharudin turut memberi cadangan supaya mengiktiraf perubatan mukjizat al-Quran dan dijadikan subjek di institusi pengajian tinggi awam.
"Perubatan ini juga boleh diperluas dan dijadikan perubtan alternatif di hospital-hospital negara ini," katanya.
Katanya, Islam tidak pernah meminggir mana-mana pihak dan kerana itu beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan institusi pemulihan untuk 'mak yah dan 'pengkid'.
"Umno tidak meminggirkan siapa-siapa. Jadi dengan golongan ini, ayuh kita dekati mereka.
"Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita boleh bersama-sama mengubah mereka. Bantulah mereka," katanya.
K UALA LUMPUR - Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.
Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.
Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR — Filipina mengesahkan slot mereka ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam tadi.
Pasukan yang mendapat gelaran "The Azkals" itu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Philip James Younghusband pada minit ke-47 sebelum pemain gantian, Angel Guirado muncul wira dengan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.
Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, Thailand yang sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir mudah membenam Vietnam, 3-1 di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Skuad Gajah Putih itu membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Kirati Keawsombut selepas beliau menampan hantaran sebelah kanan daripada Apipoo Suntornpanavej.
Thailand yang dibimbing oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Kirati pada minit ke-65 sebelum beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-71 selepas pemain tengah mereka iaitu Sumanya Purisay dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.
Seminit kemudian, Vietnam mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan pemain tengah Van Quyet Nguyen.
Nguyen Gia Tu "menghadiahkan" gol kemenangan untuk pasukan Thailand dengan gol sendiri pada minit ke-82.
Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Thailand muncul juara Kumpulan A dengan sembilan mata manakala Filipina yang mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan muncul naib juara kumpulan dengan enam mata. ALA LUMPUR — Filipina mengesahkan slot mereka ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam tadi.
Pasukan yang mendapat gelaran "The Azkals" itu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Philip James Younghusband pada minit ke-47 sebelum pemain gantian, Angel Guirado muncul wira dengan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.
Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, Thailand yang sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir mudah membenam Vietnam, 3-1 di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Skuad Gajah Putih itu membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Kirati Keawsombut selepas beliau menampan hantaran sebelah kanan daripada Apipoo Suntornpanavej.
Thailand yang dibimbing oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Kirati pada minit ke-65 sebelum beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-71 selepas pemain tengah mereka iaitu Sumanya Purisay dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.
Seminit kemudian, Vietnam mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan pemain tengah Van Quyet Nguyen.
Nguyen Gia Tu "menghadiahkan" gol kemenangan untuk pasukan Thailand dengan gol sendiri pada minit ke-82.
Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Thailand muncul juara Kumpulan A dengan sembilan mata manakala Filipina yang mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan muncul naib juara kumpulan dengan enam mata.
KUALA LUMPUR - Bait-bait sebuah lagu lama yang menuntut kesedaran mengenai kesan persengketaan yang boleh membawa kehancuran negara menyentuh emosi para perwakilan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Lagu Warisan ciptaan Tan Sri Nordin Kardi itu dinyanyikan oleh Pengerusi Kelab UMNO Tokyo, Ariff Yasir Zulkafli (gambar kecil) sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO dengan hasrat meningkatkan perpaduan anggota parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Tanpa diduganya, semasa sesi berucap mewakili Kelab UMNO Luar Negara itu, semua perwakilan dan pimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bangun menyanyikan lagu itu bersama-sama.
Lirik yang penuh makna itu turut membuatkan sesetengah perwakilan menitiskan air mata.
Bercakap kepada Bernama selepas itu, Ariff Yasir berkata, beliau terkejut dengan reaksi perwakilan dan barisan kepimpinan UMNO yang turut bersamanya menyanyikan lagi tersebut.
"Niat saya hanyalah untuk menyampaikan mesej yang orang Melayu, khususnya dalam UMNO, harus bersatu sebagai sebuah keluarga agar kuat untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang," kata mahasiswa Kejuruteraan Kimia dan Biologi Universiti Gunma, Jepun itu.
BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tidak menyangka ajakan jiran berusia 13 tahun untuk bermain 'khatan' olok-olok menyebabkannya dirogol di bilik air rumah suspek di Batu 4, Jalan Selama di sini pada 24 November lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian antara jam 4 hingga 5 petang itu, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya sebelum dipelawa suspek untuk diajak 'berkhatan'.
Menurutnya, mangsa terpedaya dengan ajakan suspek bertindak mengikutnya sehingga ke bilik air rumah suspek sebelum dirogol.
"Kejadian terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan kepada ibunya pada malam kejadian selepas mendakwa 'dikhatankan' jiran sebelah rumah.
"Keluarga kanak-kanak perempuan itu terus membawa mangsa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan dirogol oleh doktor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini, hari ini.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, setelah 5 hari dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur, Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyanyi dengan nada yang sumbang disepanjang perhimpunan tersebut kerana tidak ada apa yang boleh dihayati oleh perwakilan sebagai ilmu bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.
Wanita hanya sempat mengaitkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang PRU13 nanti, satu andaian yang sengaja dibuat untuk menarik perhatian dan mengalehkan isu daripada ahli-ahli persoalkan trajedi NFL yang melibatkan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta yang telah memaksa PM Najib tidak terus melantik Ketua Wanita UMNO, Sharizat Jalil sebagai menteri.
Sekiranya kerajaan betul2 tidak mahu rakyat negara ini terlibat dalam suasana yang tidak harmoni, sepatutnya Sharizat Jalil tidak perlu mengeluarkan isu yang sensiti diantara kaum itu sebagai perbandingan dengan keputusan PRU kerana isu tersebut seakan-akan sudah dilupakan oleh genarasi baru rakyat Malaysia. Tujuan apa isu tersebut diangkat oleh Sharizat Jalil dalam Perhimpunan UMNO sekiranya tidak ada niat menghasut.
Menghasut untuk rakyat bertempur tentulah salah dari segi undang-undang, oleh itu pihak Kerajaan hendaklah mendakwa Sharizat Jalil dalam akta hasutan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain yang cuba bangkitkan cerita supaya 'luka lama berdarah kembali' kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada kestabilan negara.
Lain pula dengan Pemuda, Khairy, oleh kerana mahu menutup kelemahan Pemuda UMNO dalam memikat genarsi muda supaya menyokong UMNO, beliau telah memanjat tangga universiti dengan membuat perbandingan keputusan pemilihan pemimpin pelajar. Yang nampak berpihak kepada pro Kerajaan.
Sedangkan hakikatnya banyak eleman yang boleh dipertikaikan dalam pemilihan pemimpin pelajar baru-baru ini terutamanya para pelajar tidak penting sangat kepada siapa yang patut menerajui tapi mereka lebih kepada memberi tumpuan kepada pelajaran kerana pelajar2 tahu bahawa PRU13 ini rakyat sudah berpihak kepada PR.
Manakala Ketua Puteri UMNO pula, entah apa-apa yang diperjuangkan, hanya suara meninggi Rosnah saja yang dapat didengar tapi isinya kosong, sebab itulah dalam ucapan penutup Presiden UMNO, Dato' Najib tidak memberi apa-apa respon kepada Puteri UMNO. Tidak seperti Wanita dan Pemuda yang mana Najib meluluskan pinjaman TEKUN daripada 50,000 kepada 100,000 dan suara pemuda pula didengar iaitu untuk mengkaji semula akta bangkrap supaya tidak membebankan kepada orang yang tidak meminjam seperti pejamin dan sebagainya.
Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri semuanya pulang ke Bahagian masing-masing dengan tidak berbekal, tidak ada apa-apa yang istimewa yang boleh \dibawa pulang sebagai bekal yang berguna untuk diterima pakai bagi dilaksanakan semasa PRU nanti.
Malang bagi Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, berkampung diladang yang tak berbuah.
Hebat posting Facebook saudara baru PAS yang masih lagi belum memeluk Islam, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang bercadang memberikan ceramah Agama pada ahli-ahli PAS. Bukan main seronok lagi Mamat Kulup ni dijemput hadir dan memberikan ceramah pada juak-juak PAS di Kg Bukit Hitam.
Siap ber'insyaAllah' lagi tuh. AMK Kota Melaka pun LIKE juga. Eloklah tu. Melayu hancurkan sesama melayu. Ini yang DAP nak tengok selama ni. Kalau sesiapa tahu berapa ramai PAS telah mengIslamkan pemimpin-pemimpin DAP yang sibuk mendoakan dan menyebut kalimah-kalimah Islam di dalam ceramah dan laman sosial mereka. Munafik tahap gaban betul.
CTS ingin mengucapkan tahniah kepada radio Sinar FM yang menjemput Dayang Ku Intan di dalam 2 jam bersiaran di dalam rancangan FULAMAK Carta Sinar. Tahniah Sinar FM yang menjemput lidah pembangkang yang saban hari berceramah mengutuk Perdana Menteri Malaysia. Minggu depan jangan lupa jemput Leman Raja Lawak dan Abby Abadi pulak ye!
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga di Parlimen jika ahli-ahli Umno tidak mengamalkan sabotaj dan menerima calon yang dipilih oleh parti bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Presiden dan Perdana Menteri melahirkan keyakinan ini ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno, sebentar tadi.
Ia dilihat sebagai kenyataan terbuka kali pertama diperkatakan oleh Najib sepanjang hampir dua tahun lalu, ketika beliau menggerakkan program transformasi politik dan ekonomi negara.
Dalam ucapan penggulungan yang mengambil masa hampir sejam, Najib juga berkata, beliau sudah tidak bimbangn ancaman dan halangan dari luar parti apabila menghadapi PRU13.
"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Apabila diminta menceritakan apa yang dimaksudkn "sikit yang dikhuatiri" oleh Pengerusi Tetap Umno, Najib menjawab, "yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."
Najib yang mengetuai Umno sejak akhir Mac 2009 dengan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas prestasi buruk BN dalam PRU 2008.
Marah sungguh Azmin Ali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pengurus ekonomi negara yang cekap ketika "sesumpah politik" itu menjadi Menteri Kewangan.
Bagi membalas kenyataan Najib itu, Azmin membuka rekod Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) ketika Anwar menjawat jawatan nombor dua Kerajaan Malaysia itu dan cuba membuktikan "kehebatan" Anwar berbanding Najib.
Benarkah Azmin marah atau dia disuruh oleh "kekasih gelap"nya itu untuk mengangkat Anwar yang dimalukan Najib itu?
Macam budak-budak rupanya perangai Azmin "kekasih hati" Anwar ini. Apakah dia sendiri tak tahu apa yang berlaku ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan sedangkan Azmin ketika itu berjawatan pegawai khas Anwar.
Mungkin Azmin tak tahu apa yang berlaku, kot? Jika begitu, lebih baik rasanya kita terangkan apa yang berlaku sebenarnya di zaman itu sehingga Malaysia mencatat kadar KDNK yang agak membanggakan berbanding sekarang…
Untuk pengetahuan Azmin, "kekasih" yang disayanginya lebih dari ibu kandungnya itu berjawatan Menteri Kewangan hanyalah pada nama sahaja. Dia tak tahu apa-apa pun dalam soal kewangan negara.
Individu yang melatihnya ialah Tun Dr. Mahathir sendiri yang begitu tekun "mengasuh" Anwar tentang ekonomi dan menarik pelabur asing masuk ke negara ini.
Meskipun mengetahui "anak didik"nya itu hanya pandai bercakap saja, "buta" kira-kira dan hanya lulus dalam bidang Sastera Pengajian Melayu, Tun Dr. Mahathir dikatakan terpaksa jua mengajar Anwar kerana dia perlu menjaga nama baik Timbalan Presiden UMNO yang dipilih melalui pemilihan dalam parti itu.
Maklumlah, kalau orang tahu Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri bodoh, jatuhlah air muka UMNO dan Kerajaan BN, kan?
Iyalah, berapa banyak "pink form" yang Anwar tebarkan di PWTC dalam usaha mendapatkan pengaruh untuk memancing undi sebagai Timbalan Presiden UMNO yang selalunya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kan? Takkan Azmin tak tahu?
Ramai yang berpendapat bahawa Tun Dr. Mahathirlah insan yang sebenarnya menjadi "Menteri Kewangan" tidak rasmi walaupan gaji dan elaun bagi jawatan tersebut "disebat" oleh Anwar. Maka sebab itulah rekod KDNK ketika itu semuanya bagus-bagus belaka!
Kerana pandai bercakap, Anwar selalu ke luar negara, khususnya Amerika Syarikat dengan alasan mencari pelabur asing. Malangnya, Anwar dilaporkan ke sana untuk mencari "sahabat pena" untuk mencipta konspirasi atas kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri!
Dari situlah Anwar dikatakan mula mengenali pemimpin-pemimpin negara barat dan "adik beradik Yahudi"nya seperti Woltfowitz, Soros serta ramai lagi "kaum kerabat"nya.
Wujud pandangan bahawa Anwar sudah mengetahui tentang kerja jijik Soros yang memanipulasi matawang negara-negara Asia termasuk Malaysia, dan dia dikatakan berpakat dengan Woltfowitz untuk "masuk jarum" di negera ini.
Mujurlah "Menteri Kewangan sebenar" ketika itu sedar tentang tindakan bodoh "Menteri Kewangan Tak Reti Kira" dan mengambil tindakan menambat matawang. Jika tidak, sudah tentu Malaysia sudah lama digadai "kekasih gelap" Azmin itu…
Itulah "kehebatan" Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan. Hebat tak?
Najib pula mengambil tampuk pentadbiran negara dari zaman Pak Lah di mana negara ini masih kurang stabil dari sudut politiknya dan beliau terpaksa berhempas pulas memperbaiki "kapal yang baru saja dilanda badai besar" bernama "tsunami".
Begitu pun mula dalam keadaan sukar, Najib bertungkus lumus menstabilkan keadaan politik negara dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara di mata dunia melalui pelbagai program transformasi yang begitu menampakan hasil yang sangat positif.
Pun begitu, Najib juga terpaksa berdepan dengan "Menteri Kewangan Pandai Cakap Saja" dan anak sulungnya yang begitu aktif mengelilingi dunia bagi tujuan memburuk-burukkan negara sendiri sehingga sedikit sebanyak menjejaskan kemasukan pelabur asing.
Namun, mungkin kerana Najib merupakan seorang lulusan bidang Ekonomi Industri dari Nottingham Universiti di United Kingdom dan "bijak kira-kira", maka beliau berjaya mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh bekas "Menteri Kewangan Makan Gaji Buta" itu…
Pada saya, adalah sangat berbeza pencapaian yang ditunjukkan oleh Najib dan Anwar, bagaikan langit dengan bumi saja layaknya.
Walaupun baru mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dalam 3-4 tahun dan berdepan dengan "penyangak-penyangak", Najib masih mampu memastikan kadar KDNK negara diparas terbaik. Anwar? Faham-faham sajalah…lulusan sastera saja, kan? Apa dia tahu..???
Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.
Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.
PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.
Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?
Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka?
1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.
2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing yang nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .
3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.
4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.
Asalnya, semua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak, selepas segala kayu kayannya diratah hingga botak licin, barulah lot-lot tanah berpindah milik kepada penama-penama di atas.
Kebetulannya, Pengerusi PKINK ataupun dikenali juga sebagai SEDC ini ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan tersebut digalas oleh Nik Aziz sejak 1990 hinggalah sekarang.
Menariknya, kesemua tanah yang menjadi milik Nik Aziz, Ab Halim serta anak isteri mereka itu, sehingga kini tidak pernah diisytiharkan sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (kelakuan & tatatertib) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10.
Ada sesuatu yang sengaja disembunyikan ke? Jika tidak begitu, apa yang sukarnya untuk membuat pengisytiharan rasmi?
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad sebelum ini pernah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu, namun tiada seorang pun pemimpin PAS negeri atau wakilnya yang menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Sebaliknya ada segelintir wakil rakyat PAS yang berang telah memarahi Pegawai Kerajaan Negeri kerana dituduh telah bersekongkol dengan UMNO membocorkan maklumat sulit sedemikian.
Kenapa perlu marah-marah, jika segala urusan dilakukan secara telus tanpa sebarang penyelewengan, apa yang perlu dirisaukan, tak begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan