Ketika ditemui semalam, raut wajah Khairy Jamaluddin Abu Bakar kelihatan agak resah, mungkin kerana sedang menunggu sesi meluluskan Rang Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) berjumlah RM251.6 bilion di Parlimen.
Namun, Ketua Pemuda UMNO yang lebih mesra dengan panggilan 'KJ' dalam kalangan kenalan rapatnya, tetap tenang menjawab soalan wartawan berkaitan perancangan dan persiapan sayap parti itu menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-66 bermula Selasa ini.
Beliau memberi jawapan mudah, tetapi jelas dan mempunyai fakta bahawa Pemuda UMNO akan menjadikan perhimpunan kali ini sebagai platform untuk meniupkan semangat dan memberi penerangan kepada ahli parti supaya tingkatkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Naik semangat ahli
"Bagi saya, perhimpunan kali ini amat penting untuk digunakan sebagai peluang menaikkan semangat ahli dan jentera parti bagi menghadapi PRU akan datang. Ia bagi memastikan persiapan akhir dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU diadakan digunakan dengan baik.
"Ia termasuk memastikan segala persiapan sama ada jentera, logistik dan hujah di kawasan masing-masing dapat dijalankan dengan mantap," katanya.
Dalam pada itu, perhimpunan berkenaan juga menjadi peluang kepada UMNO untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat khasnya ahli parti dan perwakilan mengenai perbandingan di antara apa yang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tawarkan dengan janji yang ditabur pembangkang.
"Ia akan menjadi medan untuk kita perjelaskan kepada rakyat sama ada janji itu realistik atau tidak. Kita akan memberi hujah kepada rakyat supaya mereka boleh menilai pilihan mana yang lebih baik," katanya.
Walaupun begitu, beliau mengingatkan pembahas supaya tidak melepaskan peluang kali ini untuk menyampaikan hujah dan penerangan secara berhemah serta penuh intelektual.
Sebagai sayap yang mewakili suara generasi muda, beliau mahu hujah dan penjelasan yang disampaikan pembahas dapat memberi kesan kepada pengundi khasnya golongan muda.
Ini kerana, golongan itu perlu diberikan gambaran jelas mengenai pilihan yang ada di depan mereka pada PRU akan datang. Justeru, penyampaian hujah dan penerangan perlu bersandarkan kepada idea bernas dan tidak terlalu retorik.
"Perbahasan kita dibuat secara umum iaitu ada satu usul menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda. Saya memberi kebebasan kepada pembahas tetapi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.
"Ini adalah pentas keramat. Kita perlu tunjuk dan buktikan yang Pemuda betul-betul berupaya mempersembahkan kepemimpinan dan idea intelektual.
"Pembahas perlu membuat kajian dan penyelidikan supaya apa yang disampaikan itu memberi kesan. Memang gaya penyampaian itu penting tetapi kalau tidak ada isi, tidak ada maknanya," katanya.
Kesungguhan beliau untuk memastikan golongan muda yang juga pengundi muda mendapat kefahaman yang jelas amat ketara apabila mahukan pembahas lebih bersedia melontarkan idea dan cadangan yang jitu.
"Sekarang ini, kita berdepan dengan peperangan idea dan minda. Kita hendak memastikan hujah kita disampaikan dengan jelas supaya perwakilan yang hadir dapat membawa balik hujah ke kawasan masing-masing untuk mematahkan ceramah dan penerangan pembangkang, sekali gus dapat mengambil hati generasi muda," katanya.
Ini kerana, katanya pengundi muda adalah golongan yang akan menentukan keputusan PRU akan datang. Justeru, golongan itu perlu mendapat gambaran jelas mengenai pilihan ada di depan mereka. Bagi Khairy, perhimpunan ini adalah pentas dan peluang terbaik UMNO dan BN untuk menyampaikan pandangan kepada golongan berkenaan.
Tumpu kelompok atas pagar Namun begitu, beliau tidak meletakkan harapan tinggi kepada mereka yang taksub dan sudah tertutup mata serta hati terhadap kebaikan yang UMNO lakukan.
"Keutamaan saya ialah kelompok atas pagar. Mereka yang buta hati terhadap kebaikan dibawa UMNO, saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka.
"Tetapi bagi saya, majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan akan menjadi sasaran.
Ketika ditanya mengenai agenda dan isu yang bakal dibangkitkan Pemuda, antara yang akan diberi penekanan ialah bagaimana hendak melahirkan pemimpin pelapis yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan UMNO.
"Saya amat sensitif dengan soal kesinambungan (kepemimpinan), maka antara perkara yang akan disentuh adalah bagaimana hendak melahirkan pemimpin pelapis.
Menyedia pewaris parti
"Ini bukan satu keperluan yang mendesak sebab untuk menghadapi PRU akan datang, kita sudah membuat persiapan secukupnya. Tetapi bagaimana hendak melahirkan pemimpin bagi penggal akan datang dan dua penggal selepas itu.
"Sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN, tugas saya selain daripada menarik sokongan kepada UMNO adalah menyediakan pewaris parti, pemimpin pelapis.
"Sekarang ini saya sudah sampai ke hujung penggal pertama saya. Saya kena mula berfikir siapa dan di mana barisan Pemuda akan datang. Proses melatih pemimpin memang perlu bermula sekarang," katanya.
Sesuai dengan suasana politik tanah air yang agak kritikal selepas PRU 2008 khasnya apabila pembangkang menjadikan UMNO dan BN sebagai sasaran serangan politik mereka, Pemuda katanya tidak akan meminggirkan agenda bagaimana hendak menangkis serangan itu.
Dalam hal ini katanya, UMNO tidak boleh terlalu bersikap bertahan kerana ada beberapa perkara dan isu yang ditimbulkan pembangkang sebenarnya tidak menyebelahi mereka.
Justeru, Pemuda akan menumpukan usaha dalam perhimpunan kali ini untuk menangkis serangan pembangkang menerusi hujah yang realistik dan membina.
"Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat yang kita sudah belajar daripada kesilapan lalu dan pada masa yang sama banyak perubahan sedang dilaksanakan di bawah program transformasi BN.
"Kita juga akan mengaitkan pelbagai kemelut melanda empat negeri dikuasai pembangkang yang sebenarnya menjadi bukti bahawa mereka 'cakap tidak serupa bikin'," katanya.
Dahulu Pas menuduh Umno dan Tunku Abdul Rahman (almarhum) orang yang bertanggungjawab dalam industri arak. Media Pas dengan bangganya Pas menyiarkan gambar Tunku merasmikan kilang Carlberg di Shah Alam pada tahun 60an dahulu.
Pas juga pernah berkata dalam kempen politik (PRU) kalau kita menang pilihan raya, esok sebelum ayam kokok kita tutup kilang arak.
Sekarang sudah 4 tahun Pas berkuasa di Selangor, Exco agama YB Datuk Dr Hasan Ali yang berusaha menentang penjualan arak di Seksyen 7 Shah Alam dipecat oleh Pas sendiri. Arak yang dirampas telah diarahkan dikembalikan kepada pemilik asalnya atas arahan Ronie Dap laknatullah.
Mana telur Pas? Pas dayus, Pas bacul, Pas munafik, Pas sesat dan menyesatkan umat Islam. http://www.youtube.com/watch?v=K7UtQqjEaLE Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
IPOH, 23 Nov - Seramai 486 penghuni telah ditempatkan di Rumah Perantaraan Jabatan Penjara, iaitu premis tempat tinggal sementara yang disediakan untuk bekas banduan yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata daripada jumlah itu, seramai 51 orang masih berada di Rumah Perantaraan iaitu di Perak seramai 11 orang, Kelantan (10), Terengganu (8), Pulau Pinang (7), Melaka (4), Johor (2), Sabah (2) dan seorang masing-masing di Pahang dan Kedah.
"Sebanyak 14 buah Rumah Perantaraan telah dibina dan setiap negeri mempunyai sebuah Perantaraan serta telah beroperasi," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Rumah Perantaraan di Simpang Pulai, dekat sini, pada Jumaat.
Katanya bekas banduan dibenarkan tinggal tidak melebihi tiga bulan di Rumah Perantaraan yang disediakan lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum.
Lee berkata Rumah Perantaraan itu diwujudkan bagi membantu bekas banduan mendapat pekerjaan dan kaunseling, mengurangkan kes jenayah berulang, mengelak daripada bergaul dengan rakan yang melakukan jenayah serta membantu menangani masalah stigma sosial apabila keluarga dan masyarakat tidak mahu menerima mereka.
"Program seperti ini amat bermakna kerana Jabatan Penjara dapat membina landasan pemulihan dari dalam dan luar penjara," katanya.- BERNAMA
TM Note:
Pas terus menfitnah kerajaan BN sebagai zalim, menindas rakyat. Lihat lah sendiri bagaimana usaha kerajaan untuk membaiki kehidupan banduan-banduan selepas mereka keluar penjara.
Pas dan Anwar Ibrahim seringkali menuduh kerajaan BN zalim tetapi setakat perkataan sahaja tanpa ayat-ayat sokongan. Sama jugalah dengan Mat Sabu, Hadi Awang dan Nik Aziz, sering menuduh kerajaan zalim. Zalim kepala bapak depa.
Yang si bongok cicak mengkarung dibawah pun jadi burung belatuk dok tokok tambah kerajaan zalim, Najib zalim, Tun Mahathir mahazalim.
Habaq mai tang mana zalimnya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
dedah supaya jangan melayu tergadai penang pulak...
Minggu Lalu bertempat di dataran terbuka Padang Polo, sekumpulan anak muda dan beberapa Ahli Pas yang telahpun bertindak keluar Parti bila cukup ramai termasuk PAS sendiri diakui oleh mereka bekas ahli PAS terasa wajib dedah dengan penginayaan serta menyedari PAS sekadar dianggap sebagai PENCACAI tegar, apatah lagi bila mereka menyedari PAS hanya layak sebagai orang suruhan atau pencacai tegar kepada DAP, kumpulan ini mendedahkan pelbagai isu dan kes yang ramai tidak tahu disebalik pemimpin utamanya hanya kerana dimuliakan dan diangkat sebagai Khalifah sekali pun kafir, buka setakat itu demi Command pulak kena angguk sehingga sanggup medoakan umat islam yang lain ditimpa musibah dan bala...
tentang selagi boleh jangan sokong Cina DAP!!!
Secara suka rela sekumpulan anak muda ini yang memang anak jati Penang dan mengelarkan dema sebagai Kumpulan Muka Buku merantau dan bergerak dari satu negeri dan negeri lain perjelaskan siapa sebenarnya syaitan dan rassis, beberapa helai flyers diedarkan pada orang awam tentang pendedahan kerja terkutuk dema yang sebenarnya lebih rassis dan berharapan orang melayu di bumi Pulau Pinang agar angkat kaki dari Penang
Antara yg didedahkan...
1. Peruntukan sebenarnya pada pembangunan Islam pada hakikatnya sekadar kencing walhal yang sebenarnya peruntukan semakin kurang dari tahun 20098 juta, 2010 7.19 juta dan sehingga 2011 hanya senyak 7.5 juta jer
2. tiada sebuah surau didirikan oleh kerajaan Negeri sepanjang 5 tahun diperintah dibawah rejim Pakatan Roket
3. Sebaliknya perbelanjaan kerajaan Negeri 2010 menunjukan pretasi perbelanjaan yang rendah dlam kadar 54.7 % sebenarnya oleh kerana terbengkalai bukan kerana jimat, antara projek yg jelas gagal disiapkan seperti
- 6 projek untuk baik pulih dan pembesaran Masjid dan sekolah Agama gagal disudahkan
- 3 projek tapak perkuburan Islam juga gagal di laksanakan
- 6 Projek Rancangan Perumahan Murah
- 2 projek membina makamah Syariah
- 3projek penyiasatan utk pembangunan ekonomi
- 1 projek pembangunan sukan negeri
- 1 projek pembangunan K-ICT dan 1 projek bekalan Air
@Sumber laporan Audit negara 2010
Secara halus dan tanpa disedari penghinaan kalikatur Oleh May Leong dalam risalah Mybalik Pulau keluaran DAP jelas menunjukan orang Melayu sebagai peminta sedekah dari cetti dan along. jelas tujuan utama bagi menukar fakta sejarah seolah kaum cina sudah bertapak lama dan terdahulu sebelum orang Melayu... @ Presiden Alumni Institiu Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)Sdr Ahmad Said Hussain / utusan Malaysia 2 febuari, 2011
Pas dan PKR hanya mampu mengangguk sekalipun dalam bancian 2010 jelas majoriti Melayu 684,300, Cina 663,500, India 157,300 dan lain-lain 13,700... sebaliknya kerusi PAS mewakili orang Melayu Islam hanya ada seorang wakil sahaja
Ketidak seimbangnya ternakan juga jelas diskriminasi oleh dema :
Lembu 137,790 / penternak 961,
Kambing 10,205 / penternak 307,
Kerbau 360 / penternqk 40
Babi 313,303 / penternak 201
Ketara bila salah satu sebab Orang Melayu terpaksa tinggal di luar Pulau seperti ada Agenda tersembunyi untuk hala dan perpindahan Orag melayu salah satunya dengan pembinaan rumah yang berharga lebih RM 500,00 sebuah yang memang orang Melayu tidak ramai yang mampu membelinya
Rumah kos rendah ala setinggan akan dibina luar pulau yang macam kata orang Perak dibuat diTEMPAT JIN BERTENDANG di seberang pulau bagi memastikan mereka tidak lagi jadi penghalang atau untuk mengekalkan mereka akan terus berkuasa, menurut kumpulan ini lagi secara halus perancangan begini sebenarnya utk memastikan orang melayu bakal kehilangan kuasa mengundi terutama di kawasan dema berkuasa, kumpulan ini juga mengatakan projek 12 ribu rumah kos rendah diadakan ditempat Jin bertendang Jauh dari peta sempadan Penang itu sendiri... Depa kata kununnya dah buat, tapi bila kami pi tengok apa tarak buat lagi, sebenarnya depa(orang melayu) sendiri pun tak sanggup tinggal jauh kedalam
Jelas dema kata lagi Pulau Pinang semakin dipenuhi tempat hiburan seperti Kelab Malam dan pusat atau premis yang penuh maksiat serta makin banyak kemasukan pelacur dari luar yang memenuhi tempat begini, ini jelas bila Tarian Separuh Bogel semakin bertambah, PAS tetap tidak akan mampu berbuat apa kerana hanya ada satu kerusi diantara mereka. bermaksud tidak akanmampu membantah
Sumber info : Kumpulan Muka Buku...
Melayu makin terpinggir dan kurang.
Jelas penghinaan serta memutar belit fakta...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.
Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.
Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam.
"Ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan kami di Minda Pondok dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan supaya rakyat tidak tertipu dan supaya perkara songsang ini dapat disucikan dengan izin Allah SWT.
"Kami amat berdukacita di atas apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Pas di stadium di mana Pas telah mendoakan supaya Barisan Nasional (BN) hancur," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.
Selain itu, Minda Pondok yang memiliki kira-kira 300 ahli turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Razi Nik Mat dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar atas tindakan mereka yang menghina Islam.
Pemimpin agama tempatan berhimpun membuat laporan polis membantah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nurul Izzah Anwar dan Nik Razi Nik Mat di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.
Nurul Izzah dalam kenyataannya baru-baru ini seperti dilaporkan media menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu perlu diberi hak dan kebebasan beragama.
Sementara itu Jumaat lalu, Nik Razi dalam satu perhimpunan Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini ketika memimpin doa memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala serta menyamakan parti itu dengan Firaun.
Nik Abdul Aziz dalam satu sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) mendakwa UMNO sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, doa tersebut tidak salah memandangkan UMNO adalah sebuah parti murtad yang memperlekehkan Islam dan menyamakan situasi itu dengan kisah Nabi Noh.
Sementara itu, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff, 34, yang juga guru agama di Kubang Kerian meminta Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO.
"Minta maaf secara terbuka sebab mereka sepatutnya tahu mana-mana umat di dunia ini yang mengucap dua kalimah syahadah adalah orang Islam, jangan memurtadkan sesama Islam," katanya.
Penduduk Bandar Baru Bangi berkumpul di hadapan pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Laman Seri, Seksyen 13 untuk mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kediaman mereka.
Para pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak berputus asa apabila terus mendesak perbadanan itu mengambil alih hutang perumahan mereka.
Dengan tuntutan yang sama seperti ribuan pembeli rumah PKNS lain sebelum ini, sekumpulan 70 pembeli rumah yang rata-ratanya rakyat kurang berkemampuan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu hari ini.
Mereka mendesak supaya perbadanan tersebut membantu mengambil alih hutang perumahan mereka selain mahu kerajaan negeri membantu mengelakkan kediaman mereka dilelong pihak bank.
Penduduk terlibat yang hadir menaiki dua buah bas mengadakan demonstrasi aman selama 20 minit di hadapan pejabat PKNS di Laman Seri, Seksyen 13 turut menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kediaman mereka kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.
Salah seorang wakil penduduk, Hadijah Mohd, 62, berkata, pihaknya akan tetap hadir dan menyerahkan tuntutan mengambil alih hutang kepada PKNS sehingga perbadanan itu bersetuju membantu menyelamatkan rumah mereka daripada dilelong.
"Kami mohon kepada PKNS supaya segera mengambil alih hutang kediaman kami. Jika PKNS boleh melangsaikan hutang Talam Corporation yang berjumlah RM392 juta, maka tidak timbul isu jika perbadanan tersebut membantu pembeli rumah yang majoritinya berasal dari keluarga susah.
"Kami meminta supaya PKNS dapat menyerahkan tuntutan hutang ini kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk membantu rakyat miskin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hadijah yang tinggal di kawasan perumahan PKNS Council Home, Bandar Baru Bangi sejak 12 tahun lalu berkata, penduduk sentiasa menunggu kerajaan negeri dan PKNS tampil menyelesaikan masalah yang menimpa mereka semua.
Sementara itu, Ishak ketika ditemui pemberita bagi mengulas mengenai demonstrasi tersebut berkata, selain membuat laporan polis pada 17 Oktober lepas, PKNS mengedarkan risalah mengenai perkara tersebut kepada pembeli rumah terlibat sejak dua minggu lalu.
"Kita telah mengedarkan sebanyak 5,000 risalah kepada setiap kediaman yang mengadakan demonstrasi dan antara kandungan risalah tersebut ialah penerangan mengenai isu Talam.
"Risalah ini menjelaskan bahawa PKNS langsung tidak terlibat dengan pengambil alihan hutang Talam seperti yang didakwa oleh mereka," katanya.
Tambah Ishak, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang para pembeli rumah PKNS jika mereka tetap mahu mengadakan demonstrasi aman menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang kediaman mereka.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malam tadi saya bersama kru 666, Razali dan Suhaimi melakukan tinjauan ke Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor. Lokasi, rumah teres dijadikan asrama pekerja kilang wanita, majoriti berasal dari Indonesia.
Saya difahamkan, dahulu kawasan itu meriah di malam hari. Ramai gadis kilang bersidai di beranda rumah sewa, kekadang tanpa memakai coli.
Namun hasil tinjauan setengah jam bermula pada kira-kira jam 11.30 malam tadi, berbeza.
Kami hanya melihat beberapa gerai menjual minuman suram beroperasi, dipenuhi pelanggan warga Indonesia. Semua rumah sewa kelihatan lengang. Tiada pula gadis Indonesia duduk beramai-ramai di beranda sambil melambai setiap pemandu kenderaan melintasi rumah sewa mereka.
Saya dan rakan ke lokasi itu, selepas terbaca artikel tulisan Dr. Hamdan Adnan, mendakwa beberapa gadis Indonesia dijadikan 'mangsa', pemuas nafsu polis. Penulis sama juga mendakwa, SETIAP MALAM, anggota polis melakukan rondaan membawa gadis warga asing ke kawasan gelap di Kampung Sungei Way, kenderaan dipandu kemudian diberhentikan di kawasan terpencil lagi gelap untuk mereka 'bergembira'.
Tambah penulis lagi, dia mendakwa beberapa kali mengekori kereta peronda polis dari jauh dan melihat kenderaan itu 'bergoncang'. Teringin benar saya untuk merakamkan visual atau gambar itu JIKA benar berlaku.
Dr. Hamdan juga mendakwa, mengikut khabar angin, fail kes bunuh boleh 'dihilangkan' dengan bayaran RM1 juta.
Klik di sini untuk membaca artikel beliau bertajuk 'Police and rape are normal'.
Hemat saya, selain mengemukakan dakwaan sebegitu, lebih bijak andai Dr. Hamdan menampilkan bukti lengkap seperti rakaman video dan gambar pegun untuk menyokong kesemua dakwaan dipaparkan oleh beliau untuk tatapan umum itu.
Tanpa bukti, amat wajar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed meminta beliau memberikan penjelasan lebih terperinci kerana dakwaan ditampilkan serius sekaligus mencemarkan imej polis di kawasan pemantauan ACP Arjunaidi
Anda perasan siapakah hamba Allah yang berbaju kuning, bersamping, serta bersongkok itu? Inilah orang yang dituduh menolak Islam? Inikah orang yang dituduh Murtad? Siapakah hamba Allah ini ?
Orang ini juga yang dituduh menggalakkan maksiat, dituduh perlbagai tohmahan. Tapi orang inilah yang duduk bersama rakyat, berdoa akan keselamatan bangsa Palestine di Gaza. Berdoa agar umat Islam disatukan serta diberikan keamanan di serata dunia.
Hamba Allah inilah, yang bernama Dato' Seri Najib Tun Razak, tunjak pimpinan negara, Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang mengambil masa berdoa akan keamanan umat Islam Malaysia, bersalaman dengan jemaah-jemaah yang ada.
Orang inikah yang Murtad? Orang ini kah yang menolak Islam?
Apa lagi Nik Aziz? Sudah ditampar, kini dipijak lunyai menyembah bumi. Ustaz Fathul Bari menyuarakan kitidakpuasan hati beliau diatas kenyataan Nik Aziz yang menyatakan UMNO MURTAD. Mari kita lihat video tersebut
Siapakah Nik Aziz hendak menjatuhkan hukum murtad sesuka hati beliau? MyMassa sangat tidak berpuas hati diatas justifikasi Nik Aziz yang mempertahankan Doa Hancur UMNO yang dibacakan semasa solat hajat Muktammar PAS ke-58. Tindakan itu sangatlah tidak praktikal, sedangkan sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, sepatutnya Nik Aziz menegur kesilapan doa itu. Kerana sebagai seorang Muslim, kita harus mendoakan kebaikan menggalakkan keamanan, dan bersatu padu menentang pengaruh Syiah serta pengaruh Liberal yang sedikit sebanyak cuba dibawa oleh PKR. Sebagai contoh patutnya ditegur Nurul Izzah, yang menyatakan
Orang seperti inilah yang harus ditegur, menggalakkan murtad dan berselindung dibalik tudung dan berlakon alim. Mereka ini membawa fahaman pluralisme dan liberalisme yang jika tidak dibendung mampu menggoncang keamanan serta keutuhan agama Islam dan keamanan negara Malaysia. Fikir-fikirkanlah. Adakah perjuangan PAS yang diketuai pemimpin tua seperti Nik Aziz dan Hadi telah tunduk kepada pengaruh liberalisme dan pluralisme, atau mungkin pengaruh Syiah sudah meresap kedalam PAS sepenuhnya.
MyMassa tolak pluralisma liberalisme serta menolak kehancuran umat sesama Islam.
Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.
Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?
Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.
Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.
Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.
Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini.
(Hadirin ketawa)
Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?
Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak..
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…
(Loceng dibunyikan)
Moderator: Okay…satu minit lagi.
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang bolehberkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
(Hadirin bersorak)
Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri punyang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.
(Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.)
(Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).
1) Pilihan raya belum diadakan lagi. Calon pun belum diputuskan lagi. Perebutan sudah berlaku.
2) Kata berpakat tapi berebut hendak jawatan. Berpakatkah mereka?
3) Sudah ada beberapa nama untuk jawatan PM. Yang pertama Anwar, kedua Hadi, mungkin selepas ini ada juga calon dari DAP?
4) DAP juga pasti akan hendak jawatan. Ini kerana mereka sudah umumkan akan bertanding paling banyak dalam PRU13 nanti. Kalau begitu, kebarangkalian untuk mereka yang menang banyak bukannya PAS dan PKR?
5) Bila majoriti perwakilan PAS sudah sepakat pilih Hadi, ini bermaksud dua perkara. Pertama mereka sudah tidak iktiraf Anwar sebagai ketua bagi pakatan. Kedua, mereka mungkin percaya dengan bukti "besi" yang dicakapkan oleh Hadi.
6) Rakyat perlu menilai dan menganalisa sikap mereka ini. Ini bukan berpakat namanya, ini gila kuasa namanya.
7) Kenyataan di atas memuktamadkan bahawa Anwar memang hendak sangat dengan jawatan PM. Kalau tidak orang di atas tidak akan bercakap begitu.
Rupanya Imam khawarij yang ditegur oleh jemaah seorang samseng,mungkin berasakan beliau seorang yang warak dan ahli syurga PAS adalah menjadi kewajipan untuk beliau untuk memukul jemaah yang menegur atas keculaparan beliau ketika diatas mimbar masjid.
Pisau menyeru agar para jemaah yang bersolat di masjid dan surau di seluruh negara agar bangkit membantah dan menegur mana mana khatib atau imam khawarij yang menggunakan rumah Allah untuk tujuan politik. Lebih afdal jika menegur dan mengkritik ketika mereka sedang berkhutbah atau bertazkirah politik secara berdepan . Zaman umat Islam berdiam diri membiarkan khawarij berleluasa mengotorkan masjid sudah berlalu,ini masa untuk kita mengajar balik haprak khawarij politik itu bukan agama....
Patutlah imam khawarij ni hampir dilempang..sebab dia nak pukul jemaah....
Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu dekat sini terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.
Terdapat sebilangan jemaah menurunkan tangan untuk tidak mengaminkan doa tersebut dan ada juga yang mengambil keputusan keluar daripada masjid kerana berasa terganggu.
Seorang ahli kariah masjid berkenaan, Muhammad Shaiful Harun, 35, berkata, beliau antara jemaah yang terkejut dengan bacaan doa itu kerana tidak menyangka khatib yang merupakan imam kedua masjid itu sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.
"Dalam kekhusyukan mengaminkan doa akhir itu, tiba-tiba terkejut dengan doa yang menyebut kehancuran Umno dan BN.
"Saya segera menghidupkan telefon bimbit dan merakam sambungan doa itu hingga akhir kerana saya sifatkan doa ini menyimpang," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini semalam.
Menurutnya, kerana mahukan penjelasan beliau menunggu khatib tersebut di depan masjid dan bertanyakan sama ada doa itu tercatat dalam teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halal tak ludah kat muka ularmak nih!?
Namun, menurutnya ketika bersemuka dengan khatib tersebut beliau terus ditengking dan dikutuk dengan kata-kata kesat.
"Niat saya mahu bertanya dan ingin menegur kesilapan, tapi dengan segera beliau mencaci saya.
"Sambil mencaci dan memaki hamun, imam tersebut seperti cuba mencari sesuatu di celah-celah tembok pagar yang saya percaya untuk dijadikan senjata memukul saya," katanya.
Menurutnya yang juga Pengerusi Pemuda Umno Gugusan Hulu Yam Bharu, jemaah yang melihat tindakan khatib tersebut cuba meredakan keadaan namun segalanya hanya terlerai apabila seorang anggota polis tiba membantu.
Muhammad Shaiful menggesa pihak polis dan Jais menyiasat perkara itu dan memastikan tidak berulang.
Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kampung Pasir, Rosli Sari lantas menurunkan tangan sebaik mendengar doa tersebut.
Beliau terpinga-pinga dan terkejut mendengar doa itu sambil berasakan kesal terhadap tindakan khatib tersebut.
"Saya terasa sangat dan terus menurunkan tangan. Sambil mendengar doa itu hingga akhir, saya masih tertanya-tanya mengapa khatib membaca doa seperti itu.
"Sebab saya tidak pernah mendengar doa sebegitu ketika solat. Kalau melihat doa disampaikan adik (Mursyidul Am Pas) Nik Abdul Aziz, hanya dalam berita di televisyen, tapi ini depan mata," katanya.-Sinar
Seperti biasa Harakah yang diketahui ramai akhbar picisan PAS tidak pernah lupa peranan sebagai media pembohong dan putar belit. Adalah tidak mengejutkan semasa Muktamar PAS di Kota Bharu perwakilan menghentam teruk Harakah kerana keterlaluan bohong .
Terkini kita boleh lihat bagaimana Harakah Akhbar lidah rasmi khawarij PAS spin kononnya demo bodoh pakatan disertai 2 ribu orang bertambang malang Malaysiakini portal pembohong hanya melaporkan 700 orang ,sedangkan hadirin yang ada dilokasi tidak mencecah 300 orang pun.
2 portal pembohong ,Harakah bohong besar Malaysiakini bohong sikit...kedua duanya pembohong..Apa yang menariknya demo ini sebenarnya tidak mendapat sambutan,melihat pada keadaan suam suam kuku kebetulan sekumpulan mahasiswa dalam perjalanan ke kedutaan Amerika,Unit amal melihat ini peluang meramaikan demo mereka yang menawarkan RM50 seorang kepada mahasiswa untuk menyertai demo khawarij PAS di hadapan banggunan Felda bersama Abby Abadi.
RM50 habuan duit kopi..
RM50 dan berdemo dengan artis khawarij,peluang ini bukan senang nak dapat maka berduyun duyunlah mahasiswa turun,setengahnya apabila ditanya kenapa berdemo mereka sendiri cakap "saja cari duit poket bang dan nak tengok Abby.."
Artis Pemegang tiket syurga PAS.
Demo yang berlangsung kemarin adalah menifestasi kebodohan dan kebebalan haprak pakatan.Tuduhan yang dilakukan kepada Felda kononnya menjual minyak sawit kepada Israel ternyata satu fitnah dan menzalimi rakyat Palestin.
Khawarij yang tidak mendoakan keselamatan rakyat Palestin bukan saja pro Anwar Israel,malah mereka membantah minyak sawit dihantar kepada rakyat Palestin.
Malang buat rakyat Palestin,sudahlah diserang Israel,haprak pakatan Anwar Israel pula membantah Felda menghantar minyak sawit kepada mereka.
Pisau kata " Semua orang tau..kalau tak bodoh bukan namanya haprak pakatan"
PAS hari ini bagaikan mengadakan gerakan seluruh negara menyeru para khawarij berdoa agar menghancurkan kerajaan Islam Umno BN.
Di Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu,Kuala Kubu Bharu pada penghujung khutbah Jumaat siang tadi Iman masjid yang dikenali sebagai totok khawarij Mohd Azmi Bin Hasan telah mengikut jejak langkah Nik Razi doa beliau " Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan raya yang akan datang,turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalin ini"
Korang nak tahu apa yang jadi di masjid selepas itu,kekecohan telah berlaku apabila ramai jemaah kurang senang apabila imam membaca doa tersebut hinggakan Mohamad Saiful Ketua Pemuda Umno Gugusan Ulu Yam Bharu telah bangkit membantah.
Pertengkaran didalam masjid berlaku hingga menimbulkan kekecohan, keadaan semakin panas apabila ramai yang bingkas bangun turut menyuarakan akan ketidakpuasan hati apabila Imam mempolitikkan khutbah apatah lagi didalam masjid.
Khawarij yang semua orang tahu menggangap masjid tempat berkubang telah mengotorkan rumah Allah dengan politik kotor yang mencemarkan kesucian agama. Pertengkaran dan perbalahan berlaku didalam masjid mencerminkan betapa khawarij PAS mengotorkan masjid dengan mencampur adukkan politik dengan agama hingga mimbar masjid dijadikan pentas politik.
Hairie Othman yang sebelum ini begitu galak berceramah diatas pentas PAS sekarang ini dilihat mempersoalkan tindakan Nik Razi yang mendoakan BN KO.
Beberapa jam selepas beliau twitt mengkritik Nik Razi sudah ada penyokong PAS menuduh Hairie khianat dan ada yang fitnah beliau telah dibayar Umno. Ini semua gara gara teguran beliau yang melihat doa Nik Razi agak ekstrem.
Buat Hairie,inilah ajaran dan doktrin PAS sejak dari dulu,apabila pelbagai dakyah dan pembohongan ditabur kedalam pemikiran para ahli dan penyokong PAS maka politik kebencian berjaya disuburkan didalam hati puak khawarij.
Barangkali Hairie masih baru didalam PAS,belum totok dan jumud,jika dizikirkan kalimah kebencian kepada Umno setiap hari mungkin beliau tak akan berasa ekstrem doa Nik Razi tuh....barulah keimanan Isle PAS dan walaq kepada DAP benar benar menyerap masuk kedalam hati beliau....
Pisau kata " banyak lagi hang belum nampak "
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini 23 Nov 12 bertempat d masjid al- falah ulu yam bharu, kuala kubu Bharu bacaan doa yg di bacakan pd penghujung khutbah jumaat imam di masjid tsebut mengandungi doa hancurkan kerajaan BN.
Di antara intipati doa beliau adalh spt brikut,
" Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalim ini".
Berikutan doa tersebut Mohamad seorang jemaah telah bertanyakan kepada imam tsebut kenapa membaca doa tsebut dan telah blaku sedikit ptengkaran mulut di antara mereka.
Insiden ini telah bjaya dleraikan oleh jemaah yg hadir . laporan polis sedang di buat di balai polis ulu yam baru. di fahamkan beberapa laporan polis lg akan dbuat .
Hancur beb....hancur islam dilacurkan oleh Pas. Tengoklah kalau tak percaya, esok lusa, minggu depan atau bulan depan akan bertambah-tambahlah doa seperti itu. Semuanya kerana ulama-ulama Pas dah beri lampu hijau. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari menafikan dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada berjumpa pihak media selepas isterinya aktres Diana Danielle mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu.
Farid, 31, berkata, dia mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan media kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.
"Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.
"Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal," katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui mStar Online selepas previu filem terbaharu lakonannya berjudul Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2) di GSC Pavilion, Bukit Bintang di sini, pada Jumaat.
Pada Isnin lalu, Diana mendedahkan dia hamil selepas 16 hari bernikah menerusi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.
Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.
"Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.
"Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja," katanya.
Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.
"Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.
"Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan," katanya.
Sementara itu, dalam bahagian kedua filem LBS ini, Farid yang kembali menggalas peranan sebagai Kashah terus diuji dengan kehadiran Katerina (Maya Karin) yang cuba mencuri hatinya serta kehilangan beberapa individu penting dalam hidupnya.
Filem yang turut dibintangi antaranya Bront Palarae, Azri Iskandar dan Sheila Mambo ini akan ditayangkan bermula 29 November ini.
Untuk mendapatkan kepuasan hati dalam hidup, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan rasa puas itu tercapai.
Tidak kiralah perkara yang ingin dilakukan itu berbaloi atau pun langsung tidak masuk akal.
Seorang gadis yang baru sahaja berusia 22 tahun boleh dianggap 'buang tabiat' apabila sanggup membuat tatu pada bahagian lubang punggungnya.
Ia berlaku ketika Ekspo Tatu Tahunan Ke-17 South Florida yang telah diadakan di Hotel Marriott, Golf Club & Convention Center di Heron Bay, Coral Springs pada pertengahan tahun ini.
Artis tatu di ekspo tersebut, Jill Dahne sendiri terkejut dengan permintaan gadis itu.
Kalau permintaan membuat tatu di bahagian kulit punggung, mungkin Dahne tidak hairan.
Tetapi, permintaan melakukan tatu di lubang punggung gadis itu mengejutkan Dahne sendiri!
Bukan itu sahaja, ketika Dahne membuat tatu, gadis itu dengan selambanya berani membogelkan dirinya hingga menampakkan payu daranya.
Kata Dahne, gadis itu ingin menjadi terkenal kerana keinginannya yang 'luar biasa' itu selain memikirkan diri dia seorang sahaja yang mempunyai tatu seperti itu.
JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.
Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.
Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.
"Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.
"Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang," katanya.
Tentera Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP).
GAZA CITY - Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan sembilan yang lain di pagar sempadan antara Gaza dan Israel, sehari selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.
Media tempatan Ma'an melaporkan, mangsa, Haitham Abu Daqqa, 23, ditembak di kepala oleh askar Israel kerana mendekati pagar keselamatan di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza bersama sekumpulan penduduk Palestin yang meraikan penamatan konflik.
"Kejadian berlaku ketika Haitham cuba meletakkan bendera Hamas di atas pagar sempadan. Tiba-tiba seorang askar Israel melepaskan tiga kali tembakan udara sebelum menembak mangsa dan mencederakan sembilan yang lain," menurut laporan itu.
Seorang jurucakap tentera Israel menyifatkan kejadian itu sebagai kejadian terpencil dan tidak perlu melakukan serang balas.
"Insiden ini dijangka tidak memberi kesan terhadap persetujuan perdamaian yang dirancang Mesir," katanya.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh terus menggesa dan mengingatkan kedua-dua pihak menghormati arahan gencatan senjata yang dimeterai kelmarin.
Sementara itu, pegawai kesihatan Gaza berkata, kejadian ini adalah laporan keganasan pertama susulan gencatan senjata dilaksanakan antara Israel dan Hamas, kelmarin.
"Jumlah kematian meningkat kepada 170 orang selepas dua disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika serangan udara Israel sejak minggu lalu," katanya.
Dalam masa sama, langit Gaza yang sebelum ini dihujani serangan mortar mula berubah selepas perjanjian gencatan senjata Israel-Palestin dimeterai.
Ratusan penduduk membanjiri jalan raya di sekitar wilayah Gaza, sambil bersorak dengan laungan "Allahuakbar".
Akhbar tempatan melaporkan penduduk mula membersihkan sisa runtuhan akibat dari serangan itu.
"Hari ini kami berasa sangat berbeza, kami berharap ketenangan ini akan kekal selamanya", ujar seorang penduduk Ashraf Diaa.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, penduduk Gaza merayakan gencatan senjata ini dan membuktikan mereka bukan mudah untuk ditewaskan.
"Kami tidak akan tunduk kepada pencerobohan Israel atau permintaan sekutu Amerika Syarikat. Walaupun Mesir, Turki dan Iran menaja perjanjian damai ini tetapi wira sebenar adalah pejuang Palestin," katanya.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya mendakwa kemenangan paling jelas adalah survival pejuang dan penduduk Gaza sendiri.
"Kami berjuang untuk kewujudan demokrasi dalam dunia moden ini," katanya.
Tetapi, tempoh gencatan senjata yang tidak diketahui hingga bila itu masih menjadi persoalan apabila Gaza dan Palestin masing-masing memberi amaran untuk meneruskan serang balas jika perjanjian dicabuli.
Kelmarin, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak memberi amaran gencatan senjata dapat bertahan sembilan hari atau sembilan minggu atau lebih.
"Jika terdapat provokasi atau tembakan, kami tidak teragak-agak untuk meneruskan serangan", katanya dalam satu temu bual di radio tempatan," katanya.
Amat menakjubkan apabila melihat video yang dimuat naik di laman Youtube pada 13 November lalu.
Ia menunjukkan terdapat kalimah Allah di belakang kepala pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.
Video yang memaparkan belakang kepala Cristiano itu diambil semasa dia menerima rawatan di tepi padang akibat matanya berdarah.
Muka Cristiano bertembung dengan siku David Navarro yang mana ia membuatkan dia mengalami masalah penglihatan.
Insiden itu berlaku ketika Real Madrid menentang Levante dalam Liga Sepanyol pada 12 November lalu.
Menerusi video itu, dapat dilihat dengan jelas kalimah Allah pada rambutnya.
Tidak tahulah sama ada kalimah suci itu benar-benar terdapat di kepalanya atau sekadar kebetulan kerana gaya penampilan rambut Cristiano sentiasa berubah-ubah.
Apatah lagi kerana ketika perlawanan itu berlangsung, rambutnya sudah seakan-akan tidak terurus.
Lihat saja video di bawah ini. Apa komen anda?? Wallahualam…
SHAH ALAM : Semua pihak termasuk dalam PAS tidak perlu "sibuk" mengenai siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.
Berucap di ceramah 'Jelajah Merdeka Rakyat' peringkat Batu Tiga, di Shah Alam, malam tadi, Khalid mendakwa partinya bersedia menerima sesiapa sahaja daripada pembangkang sebagai Perdana Menteri.
Dewan Ulama dan Muslimat PAS sebelum ini mendesak presiden parti Datuk Abdul Hadi Awang dan bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan jawatan itu sekiranya PAS menang kerusi paling banyak pda PRU 13.
"Jangan sibuklah tentang persoalan ini. Yang akan ditentukan, siapa yang jadi Perdana Menteri adalah Pakatan Rakyat..bukan mana-mana satu parti dengan sendirinya," kata Khalid.
Khalid meminta ahli PAS menimba sejarah Islam supaya tidak terkilan jika Hadi tidak menjadi Perdana Menteri.
"Nabi Yusuf tidak menjadi sebagai ketua negara, dia jaga hanya bab kewangan..ketua negara (orang) lain. Tapi dengan itu dapat menghasilkan sebuah negara berkebajikan dan kita akan terima apa sahaja peranan yang ditetapkan oleh Allah lepas ini," ujar beliau.
DAP dan PKR sebelum ini menetapkan mereka hanya mahu Anwar menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menawan Putrajaya.
Pendirian itu diulangi oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution susulan muktamar PAS di Kota Bharu.
Hadi bagaimanapun berkata beliau mengalu-alukan gesaan Dewan Ulama dan Muslimat PAS untuk beliau dijadikan Perdana Menteri.
Dalam pada itu Khalid mendakwa sembahyang hajat yang mendoakan kehancuran Umno dan Berisan Nasional sempena muktamar PAS minggu lalu bukan anjuran parti itu.
Bagaimanapun tidak salah untuk mendoakan kerosakan kepada orang lain sekiranya dizalimi kata beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Khalid mendakwa doa hajat yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat adalah cetusan rakyat Kelantan terhadap Umno.
"Tak salah orang yang dizalimi mendoakan kerosakan kepada orang yang menzaliminya. Tak salah..walaupun kita (PAS) kalau diminta memang kita takkan buat, tapi itu bukan program kita. Tapi kita kena faham, tak salah..bukan kita nak ahli-ahli Umno yang KO, kita nak parti Umno itu hancur dan KO supaya orang Melayu akan bebas daripada terkongkong dengan fahaman politik sempit yang dibawa oleh Umno.
Beberapa ulama dan pemimpin Umno kesal dengan tindakan PAS mengadakan sembahyang yang mendoakan kehancuran sesama agama Islam dan menuduh parti itu meletakkan agenda politik dan bukan agama sebagai tunjang perjuangan.
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya menganggap desakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sebagai hanyalah suara hati ahli akar umbi PAS semata-mata.
Malah katanya, desakan itu langsung tidak mengubah ketetapan yang disepakati Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diangkat menjawat jawatan itu.
"Hal itu tidak berbangkit sama sekali jika ikuti perbahasan Dewan Ulama, (ia) bukannya faktor penolak. Itu lebih didorong oleh satu keadaaannya berdasarkan suasana muktamar (dalam) parti politik untuk mendapatkan kuasa memerintah.
"Jadi munasabahlah pandangan sesetengah perwakilan, apabila diberi peluang, (serta) amanah, (untuk) berkuasa, mereka mahukan pemimpin dari parti mereka. Jadi hal itu disuarakan melalui saluran parti iaitu muktamar tahunan parti."
Sebelum ini Muktamar PAS dikejutkan dengan usul dari Dewan Ulama apabila mahu Presidennya diangkat menjadi Perdana Menteri. Hairun Nizam semasa berucap dihadapan lebih 1000 perwakilan berkata Hadi adalah individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi sebuah negara Islam yang akan dibentuk PAS kelak.
Beliau juga menggesa ahli PAS agar berkempen untuk Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya menyokong pemimpin dari parti lain untuk menjawat jawatan itu.
Saifuddin berkata sejak dari awal kelahiran PKR, kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri sudah dipersetujui PAS dan juga DAP.
"Ianya sudah pun bermula (sejak) parti keadilan lahir. Kedudukan Datuk Seri Anwar itu pernah diputuskan pada waktu PAS, PKR, DAP dan Parti Rakyat (PRSM) bergabung di bawah pakatan politik, iaitu barisan alternatif. Sudah pun ada ketetapan pada waktu itu diperingkat kepimpinan PAS sendiri, (untuk) meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon PM.
"Persoalan itu tidak timbul sama sekali," kata beliau selepas menjadi panel jemputan program Diskusi Meja Bulat yang membincangkan topik "Calon Satu Kerusi: Buruk Baiknya" terbitan Antarapos.
KETUA Jurulatih Harimau Malaya hari ini mengumumkan senarai lengkap 22 pemain untuk saingan Piala AFF Suzuki yang akan bermula 24 November (Kumpulan A) dan 25 November (Kumpulan B).
Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi telah digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.
Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.
Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.
Senarai penuh 22 pemain Malaysia @ Harimau Malaya Piala AFF 2012:
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias.
Mohd Aziri cuba menutup mukanya dengan jaket yang dibawanya.
GEORGETOWN - Seorang ibu tergamam seketika, selepas anak perempuan bongsunya menceritakan dia dicabul jirannya yang merupakan anggota polis di Air Itam, tahun lalu.
Ibu kepada lima orang anak berkata demikian ketika memberikan keterangan dari kandang saksi di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Menurut wanita itu, insiden itu diceritakan anaknya pada suatu malam. Iaitu lima hari selepas seorang jiran wanita di situ memaklumkan bahawa melihat anggota polis itu memeluk mangsa dengan begitu erat.
"Ketika jiran menceritakan hal itu, pada awalnya saya beranggapan, lelaki itu memeluk anak saya kerana dia seorang penyayang dan suka pada kanak-kanak.
"Perkara sebenar terbongkar selepas anaknya sendiri menceritakan tindakan anggota polis itu.
"Kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 Jun tahun lalu, anak perempuan dan saya berada di rumah. Masa itu, kami mendengar bunyi bising dari luar seperti kemalangan. Kami pergi untuk tengok dan melihat sebuah kereta yang dipandu Koperal Mohd Aziri Sahid," katanya pada hari pertama perbicaraan kes itu dimulakan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas itu, dia dan anak perempuannya kembali untuk menonton televisyen.
"Kira-kira jam 10.30 malam, saya kata kepada anak sekarang masa untuk tidur. Kami masuk tidur di bilik yang sama.
"Masa itulah, anak perempuan saya memberitahu kepada saya bahawa 'pak cik' (Mohd Aziri) memeluk dan mencabulnya.
"Saya terkejut dan tergamam selama lima minit memikirkan sesuatu telah berlaku kepada anak saya," katanya.
Mohd Aziri yang didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, di antara 28 Mei hingga 21 Jun, tahun lalu.
Mohd Aziri yang merupakan penjawat awam, kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Dalam keterangan ibu mangsa, pada 14 Jun tahun lalu, Mohd Aziri datang ke rumahnya dan memegang tangan suaminya dan memohon maaf. "Lelaki itu berkata, dia hanya mendukung anak saya di tangga dan dengan tidak sengaja dia tersentuh tempat sulit anaknya.
"Beliau turut memohon maaf dengan saya dan mengatakan sekiranya saya memaafkan dia, saya adalah insan yang paling baik di dunia ini. Dia turut mengambil pistol dan meletakkan di kepalanya menyatakan dia akan mengancam nyawanya sendiri, sekiranya saya membuat laporan polis.
"Beliau berkata saya harus bersyukur kepada ALLAH mempunyai seorang anak perempuan cantik," katanya.
Sebelum itu, Mohd Aziri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dari tuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama.
Majistret Noor Aini, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim.
Untuk kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, kegembiraan anggota polis itu tidak kekal lama, apabila dia dikejutkan dengan satu lagi tuduhan baru di Mahkamah Sesyen untuk tuduhan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zanol Rashid Hussain menetapkan 11 Januari tahun depan untuk mendengar keterangan saksi yang seterusnya.
Mohd Aziri telah diwakili peguam, Rosli Ismail manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar.
Aktres dan model antarabangsa, Carmen Soo menegaskan adegan 'panas' yang terdapat di dalam filem yang dibintanginya, The Hunter itu bukan dirinya.
Sebaliknya wanita berkenaan adalah pelakon Taiwan bernama Tavani manakala lelaki itu pula adalah pelakon Malaysia, Isaac Ong.
Carmen diminta mengulas persoalan orang ramai itu berikutan ramai yang tertanya-tanya benarkah dia melakukan adegen itu.
The Hunter merupakan filem seram-thriller dalam format 3D pertama di Asia Tenggara dan diarahkan oleh Bjarne Wong yang pernah mengarahkan filem 'Sayang You Can Dance' pada tahun 2008.
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada September lalu namun tayangannya ditangguh kerana masih lagi dalam proses post-produksi.
"Dua bulan lepas saya ada bertanyakan pada pengarah tentang filem ini dan saya diberitahu ianya masih dalam proses post-produksi.
"Saya difahamkan disebabkan filem itu dalam format 3D jadi ia memakan masa yang lama untuk disiapkan," katanya yang dipetik melalui Malaysiadigest, di sini, hari ini.
Pelakon Anne Ngasri enggan mengulas panjang lebar tentang kenyataan penyanyi Aliff Aziz bahawa dia masih menyintai pelakon Anne Ngasri dan kesal apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu sudah pun bertunang dengan seorang ahli politik.
Malah adik kepada Darling Ngasri ini menganggap bahawa apa yang telah berlaku di antara dia dengan Aliff adalah kisah lalu yang tidak perlu diungkit-ungkit lagi.
"Anne rasa dah tak perlulah diceritakan lagi tentang masa-masa lalu dan Anne anggap segala-galanya sudah pun berakhir dengan baiknya. Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup dan cukuplah kalau Anne katakan bahawa hubungan kami (dengan Aliff) sudah pun berakhir. Tidak perlulah dicanang perkara lampau.
"Apapun, fokus saya sekarang bukan lai perkara-perkara remeh yang lepas. Yang telah berlaku, biarlah berlalu. Kini, Anne lebih tumpukan tentang persiapan majlis kahwin dan masa depan bersama bakal suami dan anak-anak. Itu yang lebih utama," katanya kepada murai.com.my.
Anne Ngasri juga berkata, dia bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang rasional yang terus menyokong kehidupan serta kerjaya seninya.
"Anne harap juga jangan ada pihak yang menuding jari kepada bakal suami Anne dan menganggap dia sebagai penyebab perpisahan saya dengan Aliff. Sebabnya, bakal suami Anne hadir selepas hubungan Anne selesai dengan Aliff. Dia (bakal suami) juga tidak pernah campur mengenai hubungan kami sebelum ini," katanya lagi.
Pada tanggal 11 November lalu, Anne Ngasri telah mengejutkan industri hiburan apabila mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik kelahiran Johor, Mohd Sumali Reduan berusia 40 tahun di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Anne Ngasri yang memiliki tiga cahaya mata bersama bekas suaminya, Wafi, bakal menikahi Sumali pada bulan Disember ini.
Selepas pendedahan bahawa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin secara tiba-tiba memiliki beberapa kereta mewah berbanding hanya sebuah Myvi ketika sebelum Pilihan Raya Umum 2008, Blogger Sel13.com mendakwa, Zuraidah dan suaminya kini gigih mahu mengesan siapa mereka.
Penulis blog berkenaan yang dapat mengagak niat di sebalik usaha mengesan itu berkata; "Nasihat kami, tidak perlu cari kami. Kami tidak berminat untuk berunding dengan kamu. Sila simpan wang kamu!"
Kenyataan tu dibuat di bawah entri bertajuk Kepada Zuraida-Sila Simpan Wang Anda Kami Tak Minat yang dimuat naik Rabu lalu.
Ia adalah berikutan pendedahan Sel13.com sebelum itu mengenai kemampuan Zuraidah yang secara tiba-tiba membeli kenderaan seperti VOLVO XC90 2.5 T yang bernilai RM355,000.00 dan Toyota Hilux bernilai RM100,000.
Zuraida yang berasal dari Indonesia merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sel13.com seterusnya meminta Zuraida agar menggunakan masa yang dimiliki beliau untuk berkongsi 'rahsia kejayaan' hidupnya dengan pengundi-pengundi Ampang.
"Kami di sini juga akan memainkan peranan kami untuk menolong kamu dengan menceritakan kepada dunia tentang 'rahsia kejayaan' kamu," kata penulis blog berkenaan.
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.
Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.
Saman itu berhubung lima artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.
Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.
LAWATAN mengejut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang diadakan secara tertutup di auditorium Wisma Kelana Jaya selama hampir dua jam kelmarin, mengundang pelbagai spekulasi.
Selain dilihat sebagai motivasi tambahan buat pemain ketika tekanan yang mereka rasai semakin memuncak menjelang perlawanan pertama menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini, perbincangan hati ke hati itu juga dikatakan banyak tertumpu kepada aspek corak permainan, moral pemain serta dari segi pengurusan.
Malah menurut sumber, pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal juga terkena tempias apabila kredibilitinya sebagai jurulatih skuad kebangsaan turut diragui selepas diikat 1-1 oleh pasukan bawahan, Bangladesh yang beraksi 10 pemain, Selasa lalu.
Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui semalam, berkata: "Sultan Ahmad Shah mengadakan perbincangan daripada hati ke hati bersama pemain, turut meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi pemain yang ditunjukkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.
"Bagaimanapun, baginda masih yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan di bawah kendalian Rajagobal," katanya.
Jika sebelum ini, program motivasi tiga hari di Pulau Pangkor dipilih untuk mengembalikan kesegaran walaupun hasilnya tidak seperti yang digambarkan, Rajagobal kini mengakui tiada apa lagi yang boleh dilakukan dalam tempoh kritikal ini melainkan menaikkan semula moral pemain.
Selepas ini, tiada lagi eksperimen buat Rajagobal, apa yang tinggal hanyalah keputusan. Sama ada mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada tahun 2010 ataupun menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan sekiranya gagal dalam misi tersebut.
Pasangan warga lndonesia yang didakwa melakukan khalwat dalam rumah kongsi sedang disoal siasat oleh pegawai Jaipk
SLIM RIVER - Pasangan kekasih warga Indonesia yang sedang asyik bermadu kasih di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan projek perumahan Taman Sekiah Makmur Behrang Ulu, terkejut dengan kehadiran pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaipk) Ulu, di sini, semalam.
Wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Diana bersama pasangannya dikenali sebagai La Saudi, 29, terkejut dengan kehadiran pegawai penguatkuasa Jaipk yang membuat serbuan dalam Operasi Bersepadu di lima lokasi di sini, kira-kira jam 3.10 pagi semalam.
Ketua Cawangan Imigresen Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, namun begitu, percubaan wanita itu untuk melompat pengadang dinding papan lapis setinggi 1.2 meter gagal kerana pegawai Jaipk berjaya menahan kedua-dua warga Indonesia berkenaan.
"Kedua-dua mereka yang terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipk, cuba menafikan mereka berkhalwat ketika dicekup.
"Mereka kini akan di hadapkan ke Mahkamah Syariah Slim River dalam waktu terdekat atas kesalahan berkhalwat," katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini, semalam.
Khairul Anuar berkata, selain pasangan warga Indonesia itu, pihaknya juga menahan 12 warga lndonesia dalam operasi sama yang bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 3.30 pagi
Katanya, Operasi Bersepadu yang membabitkan 58 pegawai dari Jabatan lmigrsen Teluk lntan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jaipk membuat serbuan di lima lokasi berbeza di kawasan Slim River.
Katanya, kesemua warga Indonesia itu melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) dan peraturan peraturan lmigresen 1963.
"Kesemua mereka yang ditahan reman di Depot Tahanan Imigresen dan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah," katanya.
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan 'Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era 'nation states' tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyyah' ataupun 'Islamic State' telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan 'hukuman syariah' lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat 'robot patuh shariah' bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan. Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men'jahanam'kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. 'Arab Spring' menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.
Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan 'haram', haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.
Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis
SHAH ALAM -Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr meminta negara terbabit membantu memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, tindakan mencari pengaruh luar bukan kali pertama dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.
"Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian, malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya," katanya dipetik Umno Online, hari ini.
Carr dipetik berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.
Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.
"Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan," kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Awal tahun ini, kata laman itu, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.
"Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.
"Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di beberapa negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu," katanya lagi.
Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.
"Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya Umno sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat," katanya.
Malah tambah beliau, "mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu."
Tambah beliau, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN-Umno.
"Macam mana BN-Umno mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara," bidasnya.
"Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan," tegasnya.
Heh! Hairie kalau dahulunya begitu celupar mengkritik kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO dengan sindiran-sindiran kebudak-budakan kini bagai terjaga dari mimpi!
Mungkin berkat menikah sekali lagi kot baru dia tersedar wajah sebenar PAS yang sering mempergunakan agama untuk kejayaan politik mereka.
Hairie melalui akaun twitter puakanya, membangkitkan pertanyaan yang boleh dianggap agak mengejutkan kerana perangai beliau sendiri sebelum ini lebih kurang sahaja dengan sikap pemimpin-pemimpin PAS yang lain.
Beliau agak keliru dengan tindakan tersebut dan menganggapnya sebagai satu tindakan yang amat ekstrem. Hairie menulis,
"personally, doa Nik Razi agak ektrem (ini pun salah eja)...bagi mereka yang ingin mendekati PAS akan tertanya-tanya..inikah cara Islam sebenar??
Baru tersedar parti yang dianutinya itu ekstrem? Cara PAS bukan cara Islam, ianya hanya mainan politik kebencian, kalau mendekati PAS bermakna mendekati politik kebencian, bukan Islam...
Maria Farida adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air dengan lakonan yang berkesan dan mantap. Namun kelibatnya jarang sekali keluar dikaca televisyen mahu pun di media cetak. Pelakon yang terkenal dengan wajah awet muda ini pernah hangat dilanda gosip percintaan dengan pasangan yang jauh lebih muda darinya.
Baginya, itu hanyalah asam garam kehidupan dan dia tetap meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak tanpa mencampur-aduk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.
OHBULAN! sempat mendapatkan komen pelakon popular ini tentang jolokan yang diterimanya. Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.
"Apa boleh buat, orang yang melabelkan saya. Bukannya saya mintak untuk dilabelkan sedemikian."
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.
"Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi."
"Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja" ujarnya lagi dengan senyuman.
Terbaru Maria Farida juga turut hadir pada sidang media filem terbaru berjudul 'Mamak Cupcake' bertempat di House Restaurant di e@Curve. Pelakon hangat ini antara pelakon filem bergenre komedi dan turut di bintangi oleh Siti Saleha, Faizal Hot FM, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah serta penampilan khas Adibah Noor serta Chef Ismail. Filem ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.
Kate Moss tampil di Paris pada Rabu malam yang lalu untuk menandatangani buku barunya - errmm...bukan itu topik asalnya, kisah sebenar yang mahu disampaikan adalah mengenai fesyen yang dipakainya.
Model berusia 28 tahun itu dirakamkan gambarnya pada petang Rabu dengan memakai pakaian kasual, baju jarang berwarna hitam dan juga bra yang jarang hingga menampakkan puting payudaranya.
Beliau berada di Perancis bagi mempromosi bukunya yang berjudul Kate: The Kate Moss yang mengisahkan perjalanan kariernya.
Moss kelihatan tersenyum apabila disimbah dengan cahaya flash kamera dan seperti tidak kisah dengan baju yang dipakainya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sila tonton dan hayati dan bersihkan hati kita semoga mendapat hidayat dan menlihat kebenaran!
1. Seorang pembaca membuat komen dalam posting saya terdahulu meminta saya menulis mengenai politik Jerantut. Kebetulan pula seorang sahabat (saya namakan Awang Straw) memohon saya siarkan dan menulis mengenai video klip diatas. Sebenarnya klip itu sudah saya tonton lama dahulu, tapi kerana permintaannya maka saya lakukan juga.
2. Yang berucap dan permainkan ayat Quran itu satu hal, memang sahlah dia kafir harbi dan musuh yang nyata, namun yang bertempik sorak dan menyahut seruan takbir itu adalah satu hal lain. Demikianlah pengikut-pengikut pas yang taksub. Pada mereka setiap yang berbunyi arab itu Islam dan setiap ayat yang diucapkan walaupun tidak betul mereka akan mengkaguminya.
3. Didalam politik UMNO, UMNO dan Islamlah pemimpinnya dan kaum-kaum lain serta agama lain adalah pengikut namun dalam politik Pas, mereka rela mengangkat kafir harbi dan menjadi mereka itu pemimpin mereka.
4. Konon Pas ingin mendakwahkan DAP namun sekarang ini siapa yang mendakwahkan siapa dan siapa yang jadi pemimpin siapa? Jika agama juga sanggup Pas gadaikan kerana ingin berkongsi sedikit kuasa politik dengan ikhsan DAP, apakah maknanya kepada perjuangan Islam kita?
5. Sahabat saya, Awang Straw itu dulunya adalah pengikut Pas tegar namun sekarang ini beliau sudah berubah dan melihat cahaya kebenaran. Beliau dan sahabat-sahabatnya di DUN Tahan akan berubah dan bertukar kepada menyokong BN dalam PRU akan datang. Katanya, dia benci Pas dan tidak ada tempat bagi Pas di DUN Tahan dalam PRU13 nanti.
1. Pas makin sesat, tak cukup dengan ceramah memfitnah dan memaki hamun mereka pakat ramai-ramai berdoa pula. Nk Aziz doakan pecah perut DS Najib tapi Allah tidak makbulkan yang pecah adalah rahsia dan cerita beliau di taja oleh sebuah syarikat untuk tunaikan haji yang merupakan rasuah oppsss!....Pas panggil ini hadiah, ( tapi kalau UMNO baru digelar rasuah).
2. Pakej haji RM65K seorang tu dibayar oleh sebuah syarikat. Jika tidak mendapat apa-apa faedah apakah syarikat berkenaan nak bayar? Jikalau Nik Aziz bukan MB Kelantan sebaliknya hanya seorang tok siak atau bilal atau tok mudim di kampong apakan syarikat berkenaan akan menaja beliau dengan pakej RM65K seorang? (Baca Sini) dan (Sini)
3. Video klip diatas menunjukkan ahli Pas mengajak penyokongnya berdoa untuk kemusnahan UMNO BN pada PRK DUN Tenang, Labis tempoh hari. Namun doa Pas itu tidak juga dimakbulkan Allah dan Calon Pas kalah teruk.
4. Terbaru, Pas sekali lagi berdoa untuk kemusnahan UMNO dalam PRU13 nanti. Yang kita kesalkan adalah kenapa doa dan agama dibawa kedalam politik? Alangkah lebih baik dikala Pas mendoakan kemunahan UMNO yang sesama sebangsa dan seagama mereka mendoakan kemunahan Israel dan yahudi yang membunuh saudara seagama kita di Palestin? Allah lebih mengetahui apa ada dalam hati para pemimpin Pas justeru kerana itulah doa-doa buruk mereka tidak Allah tunaikan.
5. Zalim sangatkah apabila kerajaan BN memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500.00 untuk sekeluarga yang mana ahli-ahli Pas juga terlebih dahulu dan terawal berbaris dihadapan untuk menerimanya? Bahkan selepas ini bantuan BR1M 2.0 akan diberikan lagi, zalimkah? Zalimkah apabila para pelajar yang mana termasuk anak-anak orang Pas juga menerima bantuan voucher Bantuan Buku 1Malaysia yang membantu mengurangkan bebanan keluarga? Banyak lagi yang kerajaan telah lakukan termasuk kepada warga FELDA juga, zalimkah itu?
6. Yang zalim adalah para pemimpin Pas yang pergunakan agama untuk kepentingan politik. Yang zalim adalah penyokong dan pengundi Pas yang mengutuk kerajaan tetapi dalam masa sama menerima bantuan yang kerajaan berikan. Yang zalim adalah 'anjing' yang tersepit yang dilepaskan tetapi mengigit tangan orang yang melepaskannya. Yang zalim dan kafir adalah mereka yang mengkafirkan saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik sempit mererka sendiri. Bukti Pas itu munafik (Klik Sini).
7. Semoga Allah menterbalikkan doa kezaliman mereka itu kepada mereka sendiri kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta. Mujur rakyat Jerantut terutama anak-anak mudanya lebih bijak dan menolak pembangkang yang hanya mahir bermain lidah namun menyimpan tangannya. Jika doa Allah semudah itu untuk dimakbulkan, dah lama negara Israel tidak wujud didunia ini.
Maaf buat pembaca CTS disebabkan posting kali ini tidak melibatkan politik. Dalam perjalanan ke Masjid Assyakirin, KLCC untuk bersembahyang Jumaat, kebetulan telah bertemu dengan heroin Lagenda Budak Setan 2, Maya Karin di Pavillion. Beliau sedang ditemuramah oleh wartawan mengenai filem terbarunya itu. Sayangnya tiada kamera dan tab di tangan. Hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Cantik kan dia?
Kadang-kadang CTS naik bingung dengan pentadbiran Pakatan Haram di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Tiada keseragaman! Di satu segi, seorang pekedai gunting rambut (hair saloon) telah dikenakan 11 saman sejak beliau memulakan operasi di KB Mall, Kota Bharu semenjak 2010. Setiap saman berjumlah antara RM200 - RM350. Kesalahan pekedai gunting rambut berkenaan adalah mengunting rambut lelaki oleh tukang gunting rambut wanita.
Dari satu segi pula, di Selangor dan di Pulau Pinang, aktiviti rumah urut berleluasa. Bukan setakat urut kaki, hendak urut apa benda sekalipun tidak menjadi masalah. Tiada pula peraturan di mana seorang tukang urut wanita tidak boleh mengurut pelanggan lelaki. Tiada sebarang tindakan apatah lagi saman yang dikenakan oleh pihak Majlis Daerah atau Perbandaran ke arah aktiviti-aktiviti ini.
Walaupun rumah urut di Selangor sekadar menutup aktiviti-aktiviti gelap seperti persundalan, namun aktiviti rumah urut di Selangor menjadi mercu tanda aktiviti perlancongan di Selangor. CTS tidak boleh bayangkan bagaimana mereka memerintah Kerajaan Persekutuan sekiranya menang PRU13 kelak, nauzubillah himinzalik. Nik Aziz kata haram! Anwar Ibrahim kata halal toyyibba!
Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.
Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November lalu.
"Suspek yang kini masih ditahan reman sehingga 27 November dilaporkan tidak mempunyai masalah mental dan memberi kerjasama baik kepada polis yang menjalankan siasatan.
"Selain 13 kes itu, polis juga sedang menjalankan siasatan melibatkan beberapa lagi kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan suspek," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dekat sini.
Abdul Aziz berkata, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di kilang dan pencuci kereta, namun kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.
Katanya, polis percaya dalam tempoh itu suspek menjalankan kegiatan jenayah yang dilaporkan.
"Bagaimanapun sebelum penangkapannya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Menerusi bukti yang ada polis yakin dapat mendakwa suspek atas kes yang dilakukan selama ini," katanya.
Pada 14 November lalu, suspek berjaya ditahan di hutan belakang Taman Hussein, dekat sini, oleh tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang orang awam ketika cuba meninjau kawasan perumahan di situ menggunakan teropong.
Dalam kejadian itu, seorang anggota cedera di bahagian leher akibat dilibas dengan pisau Rambo oleh suspek.
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan 'Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era 'nation states' tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyyah' ataupun 'Islamic State' telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan 'hukuman syariah' lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat 'robot patuh shariah' bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men'jahanam'kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. 'Arab Spring' menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.
Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan 'haram', haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.
Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis
Kalau ditanya atau diminta komen dari puak-puak PAS, sudah tentu ramai di kalangan mereka yang mendakwa bahawa tok-tok guru pondok di Kelantan telah disogok dengan wang yang banyak untuk menyergah Mursyidul Am mereka, Nik Aziz Nik Mat.
Kalau diikutkan kepala hotak mereka yang tidak rasional, rendah IQ dan begitu jumud pemikiran, sudah tentu mereka akan menuduh tok-tok guru pondok di Kelantan itu sebagai sesat, songsang dan mungkin akan dikafirkan serta merta.
Namun pada tok-tok guru pondok di Kelantan yang bernaung di bawah satu NGO berasaskan kemuafakatan institusi pondok-pondok agama di negeri Serambi Mekah itu, kebenaran perlu ditegaskan walaupun mereka berhadapan dengan "katak-katak hijau" yang ganas!
Baru-baru ini NGO itu yang menamakan pertubuhan mereka sebagai Minda Pondok telah tampil mengutuk tindakan adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat, yang baru-baru ini melakukan solat hajat dan mendoakan kehancuran BN.
Pada golongan ulama tradisional yang selama ini puas bersabar dengan kesongsangan Nik Aziz, doa yang zalim itu tidak sepatutnya berlaku dan dilafazkan oleh pihak yang mendakwa kononnya berakhlakkan Islam.
Lebih menarik, Ketua Pondok Pulau Ular, Mohamad Zainal Abidin Awang telah mencabar Menteri Besar Kelantan itu untuk mengumpulkan barisan ulama PAS untuk berdebat dengan dengan ulama pondok mengenai Islam.
Seorang ustaz dari Kubang Kerian juga telah menggesa agar Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO yang dihukumnya sebagai murtad dan tidak beragama baru-baru ini.
Persoalannya, beranikah Nik Aziz dan saf-saf kepimpinan ulama "agama" PAS tampil untuk menyahut cabaran tok-tok guru pondok tersebut?
Atau apakah mereka akan menganggap tok-tok guru pondok itu sebagai "lekeh" atau "koman spana", dan tidak layak untuk berdebat dengan mereka yang tinggi ilmu "agama" PASnya?
Saya mendapat tahu bahawa selama ini tok-tok guru pondok ini hanya berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen atau terlibat dengan aktiviti mahupun memberikan pandangan terhadap PAS.
Ini adalah memandangkan mereka memberikan tumpuan kepada bidang agama dan mereka yakin bahawa agama Islam dipelihara dengan baik oleh Kerajaan sedia ada. Malah mereka selesa untuk mengamalkan Islam berbanding di negara lain di dunia.
Namun mengapa mereka tiba-tiba muncul mengecam PAS yang bertindak keterlaluan di dalam satu slot di Muktamar mereka baru-baru ini?
Apa yang pasti, sudah tentu ada yang tidak kena pada pandangan mereka mengenai perlakuan dan akhlak yang ditunjukkan PAS di Muktamar tersebut, bukan? Kalau tidak, takkanlah mereka sanggup bangkit menempelak Nik Aziz begitu?
Saya tidak rasa PAS akan berani berdepan dengan ulama-ulama pondok tersebut kerana ulama-ulama "agama" PAS bukanlah boleh diiktiraf sebagai "ulama-ulama Islam" berbanding tok-tok guru pondok yang mengabdikan diri dengan pengajian agama Islam di pondok masing-masing.
Ulama-ulama "agama" PAS lebih layak untuk diberi jolokan "ulama politik" di mana segala ijtihad, hukum, fatwa mahupun fahaman mereka semuanya menjurus kepada kepentingan politik serta mengenepikan ajaran Islam sebenar.
Misalnya, sejak ditubuhkan lagi, PAS menyifatkan segala perbuatan mereka sebagai "Islamik" dan "halal", manakala segala yang dilakukan oleh UMNO atau mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan mereka sebagai "haram", "berdosa" dan "masuk neraka"!
Kalau dulu UMNO dituduh sebagai "kafir" kerana berkongsi kuasa dan berkawan dengan MCA, MIC serta parti komponen lain, PAS pula tidak pula "mengkafirkan diri sendiri" apabila berpeluk dan bersekedudukan dengan "syaitan chauvinis ultra kiasu" dan "syaitan agen Zionis Yahudi Israel"!
Saya kira, PAS tidak akan mampu berdepan dengan tok-tok guru pondok tersebut. Sedangkan dengan "ustaz" DAP dan "tok guru" PKR pun mereka terpaksa melutut, inikan pula berdepan dengan tok guru pondok yang terkenal dengan kedalaman fahaman Islamnya, kan?
Hampir menitis air mata aku menahan sebak menonton video ni. Walaupun dalam keadaan parah dan menahan kesakitan akibat diserang tentera Zionis Yahudi Israel Laknatullahi Alaihim, ibu ini masih mampu mendodoikan anak-anaknya di dalam dakapan...
Dalam kejadian ini, ibu tersebut turut diberitahu wanita yang menziarahinya bahawa ayahnya telah terkorban dalam kejadian serangan tersebut. Ibu malang itu telah kehilangan bapa manakala anak-anak kecil itu kehilangan datuknya...innalillahi wa inna ilaihi rajiuunnn... Al-Fatihah!
Terus terang aku katakan, kalaulah aku ditakdirkan untuk lahir dan tinggal di Palestine, sudah tentu aku akan berada di barisan saf hadapan sekali menentang dan berperang dengan Zionis Yahudi Israel laknatullah itu...
Namun, Zionis Yahudi Israel itulah yang dibela Anwar dalam wawancaranya dengan sebuah media antarabangsa sebelum ini. Kata Anwar, dia menyokong penuh sebarang tindakan yang diambil oleh Israel dari sebarang ancaman terhadap mereka yang dilaknat Allah itu...
Namun Anwar tetap disanjung di negara ini? Pada aku, siapa yang sokong Anwar, samalah seperti menyokong Zionis Yahudi Israel membunuh umat Islam di Palestine...
Haram jadah Hadi nihhh...dia nak "potong" aku..???
Aku tak tau la pak-pak lebai PAS setuju atau tidak. Tapi kalau aku ni penyokong PAS, dah tentu aku akan setuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri yang telah mendidik Anwar Berahim berpuluh tahun ni...
Tapi aku rasa depa tak berani sokong punya kenyataan Tun M ni. Depa mana berani lawan Anwar. Lawan Anwar bermakna "elaun" kena potong. Apatah lagi kalau depa nafikan Anwar sebagai PM, terus tak dapat "elaun" wooooo..!!! Heh!
Hadi Lebih Layak Daripada Anwar – DrM
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi Perdana Menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
Dalam ucapannya pada muktamar PAS minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya – syaitan yang orang tahu – tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya. - BERNAMA
Rakyat negeri Selangor sepatutnya berbangga dengan pengumuman Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bahawa negeri itu kini memiliki sebanyak 1,278 pusat hiburan sejak Pakatan Haram memerintah pada Mac 2008 hingga kini.
Dengan wujudnya ribuan pusat-pusat hiburan itu saya yakin bahawa rakyat di seluruh negeri Selangor merasa sangat "berkebajikan" dan "Islamik", bukan?
Apatah lagi menyedari bahawa pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab dangdut, pusat karaoke, pub dan bistro menghiasi di seluruh kawasan kediaman dan bandar-bandar di negeri yang pesat membangun bersama Pakatan Haram itu.
Selain itu, turut melengkapi pusat-pusat hiburan itu, negeri Selangor mungkin boleh berbangga dengan 179 pusat-pusat refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa, sauna atau nama "glamour"nya "rumah urut best!".
Mahukah rakyat Selangor berterima kasih kepada Ronnie Liu dan kerajaan pimpinan Khalid Samad yang dibantu oleh golongan PAS yang kononnya "mereka saja yang beragama Islam" di dunia?
Saya terbayangkan bagaimana para remaja dan generasi akan datang sedang terkinja-kinja menari di "ballroom" disko sambil meneguk air minuman keras yang berbuih-buih di tangan masing-masing.
Di dalam poket seluar jeans mereka terselit beberapa biji pil berwarna-warna yang mampu membuat mereka mengoyangkan kepala lebih ligat tanpa merasa pening atau penat!
Di sebalik neon bekerdipan di dalam pusat hiburan itu kelihatan beberapa pasangan anak muda yang mengenakan pakaian yang nipis dan seksi sedang melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan menaikkan nafsu syahwat syaitan.
Begitu juga di bangunan seberang sana terdapat beberapa lelaki separuh umur berhidung belang sedang mendongak ke arah beberapa rumah kedai berpapan tanda "tapak kaki" dan memikirkan rumah urut mana yang menawarkan "servis yang lebih istimewa"?
Ada pula beberapa orang lelaki yang sebaya dengan Khalid Samad sedang meninjau-ninjau di kedai-kedai urut itu mengintai premis manakah yang menawarkan gadis mengurut yang lebih seksi dan cantik.
Kedengaran juga beberapa suara sumbang anak-anak muda lelaki dan perempuan di sebuah rumah kedai dua tingkat tidak jauh dari kawasan kediaman yang sedang "beradu suara" di dalam beberapa buah bilik khas sebelum mereka "beradu tenaga" kemudiaannya.
Dan sepanjang empat tahun Pakatan Haram memerintah negeri Selangor yang termaju di negara ini, itulah yang sedang berlaku kepada masyarakat negeri itu tidak mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau tidak beragama.
Sepanjang empat tahun Khalid "Gagap" mentadbir Selangor, gejala sosial dari pusat-pusat hiburan yang diluluskan itu juga membuahkan hasil seperti lesbian, gay, biseksual, transgender dan homoseksual begitu "meriah" disokong Ambiga dan konco-konconya.
Persoalannya, apakah ini model "negeri kebajikan" yang diinginkan oleh setiap warganegara di negara ini?
Apakah mengambil contoh dan hobi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang begitu sinonim dengan aktiviti-aktiviti hiburan tidak bermoral itu maka rakyat Selangor sanggup membiarkan budaya tidak bermoral itu bersarang di dalam hidup mereka?
Saya tidak fikir semua individu yang waras di Selangor setuju dengan kewujudan pusat-pusat hiburan "kebajikan" yang dipelopori oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor itu.
Sudahlah menjadikan Selangor sebagai sarang hiburan tidak bermoral tanpa sempadan, Ronnie Liu meminta pula pihak PDRM dan pihak berkuasa membantunya memantau maksiat yang berleluasa serta diluar kawalannya itu?
Sudah diluar kawalan baru teringat nak minta tolong polis? Tak malukah? Bukankah Pakatan Haram selama ini mengutuk dan sering menghina semua anggota polis di seluruh Malaysia? Mengapa Ronnie Liu tak minta tolong pada Zionis Israel kesayangan Anwar Ibrahim tu? Pergi laaa..!
Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor baru-baru ini mengeluarkan Kertas Putih mengenai penstrukturan semula air di negeri itu berjudul "Kertas Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putajaya".
Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa penstrukturan semula air di Selangor telah gagal dan menyalahkan Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan kerjasama untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri termaju itu.
Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid "Gagap" Ibrahim itu turut menyalahkan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor yang dikatakan tidak cekap menguruskan air dan menyebabkan peningkatan kos operasi.
Saya sebenarnya tidak tahu siapa yang menyediakan laporan mengenai penstrukturan semula industri air itu, namun alasan mereka untuk meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dalam hal itu memang benar-benar bodoh!
Apakah mereka fikir mereka boleh memperbodohkan rakyat dengan alasan begitu sedangkan satu Malaysia tahu betapa Kerajaan Pusat telah bertolak ansur dan bersedia untuk memberikan kerjasama untuk menstruktur semula air di negeri Selangor.
Paling utama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga pernah menyatakan bahawa Kerajaan Pusat telah membenarkan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air itu.
Jelas di situ bahawa Kerajaan Pusat telah memberikan kerjasama erat bagi menjayakan kehendak Khalid menstruktur semula industri air di Selangor.
Tapi, di mana pula komitmen Khalid "Gagap" dalam penstrukturan semula air di Selangor?
Patutnya, Khalid perlu menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dengan menggunakan "kehebatannya" yang kononnya "CEO paling tersohor" untuk berunding harga bagi mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air terbabit.
Lagipun, sepatutnya tugas Khalid itu menjadi semakin mudah memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memiliki saham yang berjumlah bukan sedikit di dalam syarikat-syarikat konsesi berkenaan.
Oleh itu, jelaslah dalam hal ini bahawa Khalid "Gagap" telah "GAGAL" dalam membuktikan"kehebatan" dan komitmennya meskipun telah beberapa kali berunding dengan syarikat-syarikat konsesi terbabit.
Oleh yang demikian, tidak wajarlah laporan "bodoh" itu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi kegagalan yang sangat jelas menuding jari kepada Menteri Besar Selangor itu!
Tu dia!! Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor pun boleh tolak tawaran. Peliknya kalau beriya nak ambilalih, kenapa tak beli terus semasa ABASS dan SPLASH setuju terima tawaran pada 26 June 2009?
Seperkara lagi, apakah dengan kegagalan Khalid "Gagap" menstruktur semula air di Selangor itu juga akan menyebabkan Menteri Besar itu enggan membenarkan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina di negeri itu?
Khalid "Gagap" sebenarnya tidak perlu pun menunggu kejayaan penstrukturan semula air di Selangor untuk membenarkan loji Langat 2 dibina kerana kedua-dua perkara itu sememangnya ketara tidak ada kaitan di antara satu sama lain.
Penstrukturan semula air tidak ada kena mengena dengan pembinaan loji Langat 2 memandangkan loji berkenaan dibina bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri Selangor pada tahun 2014.
Manakala penstrukturan semula air pula lebih menjurus kepada meletakkan industri Selangor di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya.
Oleh itu, jangan disebabkan kegagalan Khalid menstruktur semula industri air di Selangor maka dia akan sengaja menggagalkan pula pembinaan Langat 2 yang sangat-sangat diperlukan bagi mengelak malapetaka melanda rakyat di seluruh negeri itu.
Laporan tersebut ada mengatakan "pelaksanaan Projek Langat 2, YAB Dato Menteri Besar telah menjelaskan bahawa ianya mesti dilakukan dalam konteks penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor".
Dua benda yang berbeza, tapi dijadikan "senjata" untuk memenuhi kehendaknya.
Lainlah jika Khalid bersifat tidak profesional dalam hal ini dan sengaja menganiaya rakyat sendiri pada tahun 2014 nanti, bukan?
Jika dia berniat busuk kepada rakyat negeri Selangor, sudah tentu dia akan menggunakan alasan kegagalan penstrukturan semula industri air itu bagi menghalang pembinaan loji Langat 2 yang sepatutnya sudah dibina sekarang.
"From Kampung boy to CEO" ni sebenarnya telah gagal dalam usaha penstrukturan semulanya. Syarikat konsesi air telah menolak tawarannya, Kerajaan Pusat dipersalahkan. Siap nak suruh Kerajaan Pusat "pulas tangan"syarikat konsesi untuk terima tawaran. Agaknya beginilah caranya Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor jalan urusan mereka.
Kalau dah pergi ke Putrajaya nanti, bila rundingan ditolak, nak nangis kat sape? Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa lagi ke? Memang tak lepas tanganlah Badan Timbang Tara tu nanti nak layan si Khalid "Gagap"ni… Anwar sendiri pun nanti tak larat nak melayan dia!!
Kita tunggu dan nilai tindakan Khalid "Gagap" seterusnya. Apakah dia seorang Menteri Besar yang profesional atau sememangnya seorang ahli politik yang berhati busuk, kan?
Terkejut saya apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet "menipu" tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat "syaitan"nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB).
Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?
Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.
Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?
Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.
Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?
Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan "Khalifah tak sunat", Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?
Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?
Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!
Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali.
Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!
Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.
Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan "cantik" dan "sedap didengar"?
Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.
Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang "syok sendiri".
Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.
Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung "kapal"nya yang semakin besar bocornya di sana sini?
Saya tertanya-tanya, apakah bajet "karamkan Kedah" ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet "widaq" yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?
Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai "Bajet Perpisahan Azizan" sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?
Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah "dikaramkan" bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…
GPB kesian betul dengan Ostazah Abby ni ..tak habis-habis meroyan je dia ni .. Apa tidaknya hari ini dia memfitnah FELDA pulak kononnya jual minyak sawit kepada Yahudi Israel .
Betul ke Felda jual minyak kepada Yahudi Israel ??
Setahu GPB la . Timbalan Menteri Datuk Muhkriz berkata ia dijual kepada syarikat milik rakyat Muslim Palestin .KLIK DI SINI
Tapi sebelum itu , GPB nak nasihat Ostazah Abby akan kembali rujuk fatwa Tok Guru pujaannya pasal berniaga dengan Yahudi .
Siapa yang benarkan boleh berniaga dengan Yahudi ?? Nik Aziz juga kan ... hahaha...
Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu "rebut" pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
"Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
"Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
"Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.
Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
"Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
"Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami menjadi lebih intim?
"Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada segelintir pihak," jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiah Spy di Perlis.
Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata demikian mengulas isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun selepas Parlimen meluluskan untuk mendenda pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju.
"Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.
"Ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat," kata Musa lapor The Malaysian Insider.
Musa bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat banyak kelemahan pelaksanaan AES ini, termasuk keuntungan minimum 17 peratus kepada dua pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72 juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka.
Beliau memberitahu terdapat kesukaran dari penguatkuasaan dan denda yang dilaksanakan oleh syarikat swasta, jika orang ramai mencabar saman mereka di mahkamah.
Kata beliau lagi, terdapat dua jenis saman, pertama saman yang tidak boleh dikompaun dan yang kedua adalah saman yang boleh dikompaun.
Musa berkata saman yang kedua seharusnya diseliakan oleh badan penguatkuasaan kerajaan seperti polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Tetapi AES hanya perlu dibayar ke JPJ dan bukan polis, dari apa yang saya tahu.
"Orang ramai mempunyai dua cara, yang pertama bayar di kaunter JPJ, dan kedua, hadapi perbicaraan di mahkamah dan biar mahkamah yang putuskan," katanya lagi.
Walaupun begitu, Musa berkata AES adalah "sistem yang bagus" dan boleh digunakan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan negara, tidak hanya sekadar untuk mengawal kesalahan trafik.
"AES adalah sistem yang bagus, tapi sepatutnya ia tidak hanya terhad pada trafik.
"Saya berharap ia dapat diperluaskan ke pelbagai sektor, seperti keselamatan," dengan menyenaraikan tempat seperti di lapangan terbang dan stesen keretapi untuk memantau keadaan di kawasan strategik.
Sistem yang dikawal secara automatik untuk mengeluarkan saman kepada pemandu yang memandu laju disamping melanggar lampu isyarat mendapat bantahan dari akar umbi Umno, dengan mewujudkan blog dan laman sosial Facebook awal bulan ini untuk menentang kamera perangkap kelajuan tersebut, yang boleh menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Beberapa ahli politik BN juga bimbang ianya akan dijadikan isu besar dalam kempen pilihan raya akan datang serta mahu kerajaan menangguhkan AES.
Bagaimanapun, ahli parlimen BN mengundi untuk menyokong AES Rabu lalu apabila Kementerian Pengangkutan membentangkan anggaran perbelanjaan Bajet 2013 diluluskan parlimen, dimana ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengatakan ia adalah undi untuk sistem kamera yang tidak popular.
Sebanyak 831 kamera AES akan dipasang oleh dua syarikat swasta di seluruh negara dengan pengurusannya akan diserahkan kepada JPJ dalam masa lima tahun.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dilaporkan memberitahu Parlimen bahawa polis akan meneruskan kamera perangkap laju bergerak walaupun AES diperkenalkan.
Kamera AES yang dibantah orang ramai, dalam fasa percubaan, dengan 14 dipasang di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan juga di Selangor walaupun kerajaan negeri PR mengatakan mereka menentang sistem denda yang diswastakan itu.
*** GPB sokong 100 % pandangan bekas KPN ini tentang perlaksanaan AES...kalau dia pun tak setuju swastakan AES ini , apakah pencacai2 AES nak kata dia juga trojan horse pembangkang seperti GPB ?? Cakap guna akal jangan sokong buta tuli ....
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan 'Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era 'nation states' tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyyah' ataupun 'Islamic State' telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan 'hukuman syariah' lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat 'robot patuh shariah' bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men'jahanam'kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. 'Arab Spring' menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.
Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan 'haram', haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.
Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis
Jurulatih Harimau Malaya hari ini telah menyenaraikan senarai skuad 22 pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF yang akan bermula Ahad ini
Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi telah digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.
Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.
Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.
Berikut adalah senarai 22 pemain skuad Harimau Malaya:
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias
DAP arah Adun nya agar sentiasa buat sidang media 3 kali sebulan sebenarnya untuk tunjuk muka bahawa mereka juga buat kerja . Lagi banyak sidang media fitnah BN , lagi tinggi la publisiti dah peluang untuk dikekalkan bertanding . Hakikatnya semua Adun DAP ini jarang turun padang pun . Anda boleh lihatkan sendiri Buletin Mutiara mereka , mana banyak muka Adun-Adun buat kerja ..yang banyak muka Tokong DAP je di akhbar haprak tu .. maklum lah dia seorang je paling busy & buat keja di Penang ni ..hahaha BN membidas usaha DAP untuk melatih ADUNnya supaya lebih ketara di mata umum bagi meningkatkan peluang mereka dipilih semula bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
"Rakyat juga perlu lebih berhati-hati dalam mengamanahkan masa depan mereka kepada parti yang betul," kata penyelaras BN Komtar, Loh Chye Teik.
Loh menggesa rakyat Pulau Pinang supaya melihat "warna sebenar" DAP sebagai parti yang didakwanya hanya memberi tumpuan kepada publisiti tetapi kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk mentadbir kerajaan.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik baru-baru ini bahawa semua ADUNnya perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga sidang akhbar atau mengeluarkan tiga kenyataan setiap bulan.
Ng (kiri), yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, telah dilaporkan berkata wakil rakyat parti itu perlu tahu bagaimana hendak menjalankan majlis-majlis publisiti dan menjadi lebih berprofil tinggi.
"Ini adalah untuk mengelakkan pengundi mempunyai tanggapan negatif bahawa mereka tidak melakukan kerja mereka dengan betul, yang akan menjejaskan peluang mereka dilantik semula sebagai calon," kata Ng yang dilapor memberitahu media.
Loh berkata sejak ADUN Komtar itu membuat arahan sedemikian, ia hanya menunjukkan bahawa DAP meletakkan publisiti mengatasi yang lain-lainnya.
"Jika rakyat mengundi wakil yang hanya tahu bagaimana untuk mengadakan sidang akhbar atau mengeluarkan kenyataan, maka kita tidak boleh nak bayangkan akibatnya, tetapi malangnya itulah pemahaman dalam DAP tentang bagaimana untuk memilih calon-calon mereka," kata Loh.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.
"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.
"Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.
' Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.
Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan. Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.
"Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.
"Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam," kata beliau.
VETERAN Umno Malaysia today called on the Home Ministry to monitor extremist elements among PAS members especially demonstrated during the PAS 58th Annual Assembly last Friday.
Umno Veteran secretary Datuk Mustapha Yaakub said the monitoring was necessary to ensure that no undesired incidents cropped up and to ensure the safety of Umno members especially as the Umno general assembly and 13th general election approached near.
"Veteran fears that what is happening in PAS now may be influenced by extremist ideologies," he told Bernama.
He said that PAS had lost confidence in facing Umno and Barisan Nasional (BN) in a gentlemanly manner due to the growing support of the Malays for Umno. -Bernama
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal" . Ungkapan ini biasa didengar di TV negara ini dari iklan sabun pencuci asal Indonesia. Si penutur ungkapan itu, Deddy Mizwar kini mencalonkan diri untuk bertanding Timbalan Gabenor Jawa Barat bersama penyandang Gabenor, Ahmad Heryawan.
Berbanding calon Gabenor lagi satu, Rieke Diah Pitaloka yang beberapa kali dilihat mengancam hubungan Malaysia - Indonesia dengan kenyataan-kenyataan bodoh, Heryawan dikenali sebagai seorang yang mesra dengan Malaysia dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong Malaysia ke Bandung, ibu kota Jawa Barat.
Semoga pasangan Heryawan dan Deddy memenangi pemilihan tersebut.
Rabu, 21/11/2012 16:24 WIB
Pilgub Jabar
Deddy Mizwar Laporkan Kekayaan ke KPK
Ganessa Alfath - detikNews
Jakarta - Cawagub Jabar Deddy Mizwar (57) melaporkan harta kekayaannya ke KPK. Dia datang dengan mengenakan kemeja putih yang digulung dan membawa tas komputer jinjing.
Deddy yang berpasangan dengan cagub incumbent Ahmad Heryawan itu datang sekitar pukul 11.45 WIB, di Gedung KPK, Jl HR Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan, Rabu (21/11/2012). Dia datang bersama 3 stafnya.
Usai melaporkan harta kekayaan, Deddy keluar dari KPK sekitar pukul 14.00 WIB.
"Alhamdulillah diterima dengan baik. Masih banyak yang harus dilengkapi. Macam-macam dokumen pendukung," ujar aktor senior ini.
Pemeran Jenderal Naga Bonar ini belum bersedia membeberkan nilai kekayaannya. Sebab masih ada data-data tambahan yang belum dilengkapinya.
"Beberapa tanah misalnya belum ada PBB-nya dan segala macam," ujarnya.
Namun menurut Deddy, harta kekayaannya merupakan semua penghasilannya sebagai pengusaha, artis dan bintang iklan.
"Apa yang dilaporkan?" tanya wartawan.
"Nanti kalau saya ngomong salah. Sebentar lagi ada keterangan resmi nanti," ucap Deddy.
Deddy dan Ahmad Heryawan maju dalam Pilgub Jawa Barat 2013 dan diusung oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Bulan Bintang (PBB), dan Partai Hanura.
Indonesia berbangga dengan demokrasinya apabila mengungkap negara itu bebas berdemonstrasi berbanding Malaysia. Tetapi apa untungnya?
Demo buruh yang berlanjutan seminggu di Jakarta sehingga puluhan ribu orang membanjiri jalanan dengan berbagai tuntutan, antaranya, menuntut gaji minimum RM770 sebulan, nampaknya memberi tamparan hebat kepada negara tersebut. Beberapa syarikat didapati mahu memindahkan operasi mereka ke Malaysia.
Awal tahun ini, masyarakat Indonesia mengancam untuk memboikot penggunaan Blackberry kerana RIM memilih membangunkan kilangnya di Pulau Pinang walaupun jumlah pengguna Blackberry di negara tersebut berpuluh kali ganda dari di Malaysia.
Tetapi mereka nampaknya masih gagal melihat sebab apakah pelabur luar takut untuk melabur di negara tersebut. Demo, demo, demo. Demo la ni tak supo mulo.
Sofjan Wanandi: UMP Tinggi, Perusahaan di Indonesia akan Kabur ke Malaysia
Rista Rama Dhany - detikfinance
Kamis, 22/11/2012 13:46 WIB
Jakarta - Ketua Umum Asosiasi Pengusaha Indonesia (Apindo) Sofjan Wanandi mengungkapkan beberapa perusahaan di dalam negeri bakal kabur tahun depan ke Malaysia. Hal ini akibat tingginya upah buruh dan maraknya demonstrasi buruh di Indonesia.
"Akan terjadi (kabur ke Malaysia), beberapa perusahaan sudah mengungkapkan keinginan tersebut kepada saya, tapi mereka minta ke saya agar jangan diungkapkan nama perusahaannya," kata Sofjan ketika dihubungidetikFinance, Kamis (22/11/2012).
Dikatakan Sofjan, kaburnya perusahaan dari Indonesia ke Malaysia itu akan terjadi pada 2013. "Penyebabnya salah satunya karena upah buruh yang cukup tinggi dan seringnya buruh demonstrasi, jadi mereka frustasi dan mau kabur tahun depan," ujarnya.
Selain itu, lanjut Sofjan, akibat upah dan seringnya buruh mereka demonstrasi, makin membuat produk mereka tidak bisa kompetitif untuk bersaing dengan barang-barang impor yang membanjiri Indonesia.
Hal ini diperparah tidak adanya kepastian hukum di Indonesia membuat pengusaha kebingungan. "Apalagi di Indonesia ini tidak ada kepastian hukum, pengusaha bingung," tandas Sofjan.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA SELANGOR, 22 Nov - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan negeri tidak lagi menghalang sebarang projek pengairan atau bantuan aktiviti pertanian di negeri ini kerana perkara itu melibatkan kepentingan petani dan pesawah.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sebelum ini banyak menghalang bantuan yang disalurkan kepada golongan petani di Selangor.
Beliau berkata, ini termasuk projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani dan projek mendalamkan terusan utama serta membersihkan Sungai Tengi di Kuala Selangor bagi menangani masalah kekurangan air pada masa depan.
"Projek mendalamkan terusan utama dan membersihkan Sungai Tengi yang menelan belanja sekitar RM10 juta itu mendapat tentangan apabila kementerian dikatakan tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan.
"Masalah tersebut lebih parah apabila jengkaut yang digunakan kontraktor disita kerajaan negeri. Kementerian juga dikompaun RM800K dan sebanyak RM150K telah dibayar bagi membolehkan projek berkenaan diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wakil media selepas merasmikan pejabat baharu Pembangunan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, di sini hari ini.
Pejabat baharu IADA Barat Laut Selangor yang dibina bagi menggantikan pejabat sedia ada itumengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM8.4 juta.
Dalam pada itu, mengulas hasil padi di Selangor, Noh berkata, kementerian mensasarkan golongan penanam padi meraih pendapatan RM3K sebulan.
"Walaupun kerajaan negeri hanya memberi peruntukan RM14.4 juta untuk aktiviti pertanian, kerajaan Persekutuan tetap membantu golongan tersebut memenuhi sasaran yang ditetapkan termasuk dengan memodenkan proses penanaman dan pemberian insentif terhadap setiap pertambahan hasil," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan