Kebodohan melampau manusia ni kadang-kadang tak dapat diterima akal. Hanya kerana terlalu gilakan seni, depa sanggup tahan sakit sampai berkerut dahi dan menyeksa fizikal sendiri...
Cuba tengok gambar kat atas tu. Gila ke apa? Ada otak, tapi takde akal. Agama apa la depa kat atas tu...? Takdak agama kot noooo...?
Islam tak pernah ajar umatnya buat perkara bodoh kat atas tu. Aku harap budaya tu tak ditiru oleh remaja di Malaysia. Buat malu mak bapak satu hal, dapat sakit satu hal. Berdosa satu hal pulak!
Itu namanya kufur nikmat! Allah bagi sihat tubuh badan, tapi depa cari penyakit...
Macam puak-puak Bershit la. Allah bagi negara ni aman, depa dan buat rusuhan jugak. Padahal, bukan tak boleh buat cara bertamadun dan tak menyusahkan. Tapi depa suka cari penyakit. Bila kena belasah dengan polis, depa nak salahkan polis pulak!
Elok terajang je masuk longkang, baru padan muka..!!!
Sanggup Merana Kerana Seni
MEDELLIN – Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh.
Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.
Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.
Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.
Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama seni tubuh.
Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. – Mynewshub.my
Aku ingat Faizal Tahir je yang sanggup jual trofi-trofi yang dia menang untuk kumpul derma bagi misi bantuan di Gaza, rupanya ada seorang lelaki bukan Islam yang membuat perkara yang sama.
Cuma aku rasa lelaki ni mampu menyumbang lebih sebab dia sanggup lelong kasut emas yang pernah dimenanginya menerusi penjaring terbanyak di La Liga. Membanggakan dia berjaya menjual kasut emas itu dengan harga RM5.5 juta..!!!
Dan lelaki tersebut ialah Christiano Ronaldo!
Aku tunggu jugak bila Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Eli Wong, Teresa Kok, Karpal Singh atau Gobind nak jual barang-barang depa untuk sumbangan misi bantuan di Gaza ni...
Khabarnya PAS dah tarbiah depa untuk jadi Islam. Peliknya, aku tengok depa yang tarbiah PAS untuk jadi macam depa! Heh!
Rasanya depa kutip duit penyokong depa kat ceramah ja la kot untuk bantu Gaza. Nak harapkan duit depa, RM50 ringgit je la..tu pun terpaksa pasal malu orang tengok! Heh!
Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.
"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence" pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.
"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia," katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.
"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.
"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.
Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:
1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.
3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.
4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.
5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.
6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.
9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.
10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB. - SINAR HARIAN
Sehingga kini Menteri Besar Selangor masih membisu, diam seribu bahasa dan dikatakan sering melarikan diri dari memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut krisis air yang mula meresahkan rakyat negeri Selangor sejak awal tahun ini.
Bagi mengelak dari terus diasak media berkenaan isu tersebut, Tan Sri Abdul Khalid "Gagap"Ibrahim hanya mampu menjawab bahawa dia telah mengarahkan para pegawainya menjalankan kajian mengenai teknologi membran.
Tak habis-habis dia mempromosikan teknologi membran di kalangan sahabat handai sehingga ramai yang mula menyampah mendengarnya, padahal ramai orang berpandangan bahawa projek berkenaan bakal membawa pulangan lumayan ke "poket" kroni-kroninya.
Maklumlah, projek teknologi membran versi Khalid "Gagap" yang bersifat jangka pendek dan mahal itu diimport dari Kanada meskipun teknologi tersebut sudah lama bertapak di Malaysia sejak belasan tahun dulu!
Tahukah Khalid bahawa ada loji-loji air di Malaysia ini sudah menggunakan teknologi membran? Malah, ada loji di Selangor sendiri yang menggunakan teknologi membran!!
Sebenarnya, Khalid baru kenal teknologi membran dan dia bermati-matian untuk melaksanakan kaedah tersebut bagi mematikan usaha pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebelum ini dirancang rapi oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sebelum dia berkuasa di negeri itu.
Kenapa dia takut sangat dengan Langat 2? Apakah wujudnya Langat 2 akan membawa malapetaka kepada Khalid dan seluruh rakyat negeri Selangor?
Sebenarnya, kajian secara menyeluruh dan holisitik telah dilakukan di mana ia melibatkan ramai pakar-pakar industri air yang sebelum ini mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah air yang dijangka berlaku sekali lagi di Selangor sejak krisis air melanda negeri itu pada tahun 1998.
Mengambil kira dari sudut tujuan jangka panjang, Langat 2 yang dirancang mendapat sumber bekalan air bersih dari Pahang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut berbanding pelan-pelan lain yang turut dikaji bersama.
Dengan pembinaan Langat 2, Selangor bakal mendapat sumber baru bekalan air bersih dan loji rawatan air baru yang terletak di selatan negeri termaju itu dijangka sangat mampu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di kawasan sekitarnya.
Selain kawasan Semenyih, Langat, Balakong, Sri Petaling, Ampang dan Sri Kembangan, Langat 2 juga dikatakan banyak membantu membekalkan bekalan air bersih di sekitar Sepang dan Putrajaya yang pesat membangun.
Khalid sepatutnya tidak punya masalah untuk membenarkan loji tersebut dibina memandangkan ia bersifat jangka panjang dan sangat praktikal berbanding teknologi membran yang baru dipelajarinya dari "salesman-salesman" dari Kanada itu.
Kalau betul teknologi membran ni boleh tingkatkan kapasiti pengeluaran air, kenapa Singapura masih "beli" air dari Malaysia? Kenapa loji-loji yang dikendali oleh anak syarikat Kerajaan Selangor tidak menggunakan membran?
Untuk pengetahuan Khalid, memang benar teknologi membran itu boleh membantu. Membran adalah satu kaedah rawatan air seperti cara konventional yang digunakan sekarang.
Kalau cara konvensional dah ada "rakan" bantu pengeluar air di loji sedia ada, mestilah kapasiti pengeluaran air terawatnya naik. Macam tambah seorang lagi chef di hotel, bukankah hidangannya akan bertambah, sebab dah dua orang buat kerja.
Terbaru, sistem tadahan "Storm Water" atau air hujan di hiliran sungai sebagai sumber air pula diperkenalkan bagi menggantikan projek mega pemindahan air dari Pahang.
Nak buat kajian apa lagi? Langat 2 berdasarkan kajian yang dibuat, di mana pula inisiatif Khalid ??? Bila musim kemarau nanti "Storm Water" mana yang dia nak ditadah?
Patutnya, Khalid tidak perlu fikir panjang-panjang mengenai masalah mudah ini dan dia sepatutnya mencontohi sikap Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang lebih profesional dengan memberikan kerjasama penuh kepada perancangan Kerajaan Pusat yang melibatkan industri air di negerinya.
Majlis Perpisahan Tn Hj. Shaya'a sebagai CEO Insaniah Holdingsdan kini dia nak beli pulak KUIN sekali dengan Azizan Razak dan Jamil..???!!!
Sebagaimana yang dijanjikan, pendedahan pagi ini pastinya mengejutkan ramai pihak. Sebelum ni memang ada dakwaan bahawa KUIN akan dijual kepada sebuah syarikat di Turki.
Tapi, pernahkah kita tengok bukti dakwaan tersebut? Emelnya adalah seperti di bawah..
Dalam emel itu, jelas ada komplot yang mahu memperdagangkan KUIN yang menjadi aset kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah sebelum ini.
Melalui emel ni jugak kita dapat tengok seorang yang bernama Shaya'a Othman telah menyatakan dia ada memasukkan sebanyak RM200,000 sebagai sumbangan pendahuluan dari Caprice Group yang berpengkalan di Turki.
Siapakah Shaya'a Othman? Dia adalah bekas CEO Insaniah Holdings yang kini bekerja di Caprice Group di Istanbul, Turki.
Di dalam emel itu apakah niat Caprice Group melalui Shaya'a "menderma" sebanyak RM1 juta untuk membina sebuah masjid baru untuk Insaniah? Baik hati sangat sampai "menderma" sebanyak RM1 juta?
Mula-mula dia serahkan RM200,000 dan akan masukkan lagi duit dalam akaun Insaniah sebanyak RM100,000 sampai cukup RM1 juta, itu katanya. Apa tujuan "derma" tu? "Derma" atau "RASUAH" sebenarnya?
Jawapannya terjawab di akhir perenggan emel tersebut yang menyatakan bahawa...
"Saya faham KUIN sedang menghadapi masalah kewangan dan jika Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk menjual KUIN maka syarikatnya boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih pegangan saham universiti itu sebanyak 90% dan menawarkan agar semua pihak pengurusan universiti itu dikekalkan di dalam kumpulan syarikat itu.
"Kami juga akan membuka cawangan (KUIN) di Turki serta merta"
Dari itu, kita faham bahawa Shaya'a cuba "memancing" untuk membeli KUIN dari Kerajaan Negeri Kedah dan mengambil alih sebanyak 90%. Jadi, aku boleh menyifatkan derma berjumlah RM1 juta itu adalah bertujuang untuk "merasuah" pengurusan tertinggi KUIN untuk menjual KUIN padanya.
Siapa pengurusan tertinggi KUIN kalau bukan Azizan Razak, Jamil dan konco-konconya?
Penat-penat Kerajaan BN bina dan tubuhkan KUIN, tapi dalam masa 4 tahun PAS memerintah saja KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga datang syarikat luar yang "simpati" dan mahu membeli universiti berpotensi tinggi tu..!!!
Memang teruk betul PAS Kedah! Apa yang bernilai di dalam Kedah ni semua depa nak jual! Balak depa sapu bersih sampai tinggal tunggul pun depa tak tinggal. KUIN pun depa nak jual jugak..???
Sebenarnya, aku dapat tahu Azizan pernah terfikir untuk menjual KUIN. Katanya, kalau terdesak sangat, payah-payah dia jual saja KUIN tu...itulah yang terbit dari mulut Azizan Razak, MB Kedah yang "paling banyak tau" tu...
Kalau macam ni la punya gaya, kalau rakyat Kedah bagi lagi PAS memerintah Kedah, dengan negeri ni pun depa jual nanti. Tu pun hangpa sokong lagiiiii...???
Hari ini skuad Harimau Malaya menerima kejutan apabila tetamu istimewa iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudi hadir bertemu pemain ketikan sesi latihan akhir menjelang Piala AFF Suzuki 2012.
Walaupun keputusan perlawanan persahabatan skuad negara cukup menghampakan peminat , tetapi pemimpin No 1 Negara ini tetapi yakin Harimau Malaya mampu pertahan AFF tetapi dengan satu tips iaitu mestu beri tumpuan 100 % sampai wisel penamat.
Sekarang Datuk Rajagopal nak sokongan macam mana lagi ..PM sendiri pun sanggup hadir beri sokongan , jadi berilah persembahan terbaik di perlawanan pertama nanti menentang Singapura .
"Saya optimis mampu pertahan AFF, tapi mesti 100% tumpu sampai wisel penamat. Kita #1Malaysia beri sokongan padu!"
PERAK melakukan kejutan apabila mahu menggunakan khidmat penyerang penyerang West Ham United, John Carew yang sedang beraksi dalam Liga Perdana England untuk saingan Liga Super musim 2013,
Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, perbincangan secara serius sedang dijalankan dengan ejen penyerang West Ham United itu. Beliau berharap perbincangan antara Perak dengan ejen itu akan membuahkan hasil yang menggembirakan skuad Seladang.
"Kami masih meneruskan perbincangan mengenai terma-terma tertentu termasuk pembayaran gaji dan sebagainya," jelas Azwan pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di Ipoh petang semalam. Ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah; penolong pengurus, Isham Sharuddin dan setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamluddin turut hadir pada sidang akhbar tersebut. John Carew merupakan penyerang utama Norway dan pernah beraksi dalam 91 perlawanan antarabangsa dengan menjaringkan 24 gol sejak tahun 1998.
Selain West Ham United, Carew pernah bermain dengan Stoke City, Aston Villa, Lyon (Perancis), Besiktas dan Roma (Itali). Selain Carew, Azwan berkata, Perak turut mengintai beberapa pemain ternama dari Rusia, Brazil, Oman dan Liberia.
"Perak akan memuktamadkan pengambilan dua pemainnya selewat-lewat 3 Disember depan untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," jelasnya.
Perak sedang mengejar masa bagi mendapatkan dua pemain import untuk menggantikan Michal Kubala dan Albert Bodjongo. Skuad Seladang juga akan mendaftar seramai 22 orang pemain tempatan pada 30 November in
Memang kelakar tengok gelagat 'Uztaz Cari Makan ' yang menjadi idola PAS seekor ni.
Setakat cakap kedai kopi macam ini ..boleh la bagi orang gelak ...
Pergi tanya pengalaman kumpulan sukarelawan Marvi Marmara ketika nak ke Gaza hantar bantuan bekalan makanan ?? Nyawa mereka seperti dihujung tanduk je . Cuba la jadi sukarelawan dulu ..jangan hanya pandai cakap saja .
Ini tak dok sindir Tentera kita pulak kononnya penakut . Hanya simpan jet time show merdeka saja, tak berani hantar pergi Gaza.
Untuk pengetahuan Azhar Idrus , Malaysia merupakan negara Islam pertama yang nak hantar tentera pengaman ke Gaza jika diminta PBB . Nak masuk negara bergolak seperti Palestin perlu ikut peraturan & prosedur bukannya main suka-suka hati je hantar pi masuk .
Bila tercetusnya serangan kejam regim Zionis ke atas umat Islam Gaza , juak-juak pencacai PaS &PKR bukannya nak bersama-sama kerajaan bantu bagi menghantar bantuan ke sana tetapi mereka lebih suka mempolitikkan isu ini .
Isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabukan Klang pernah dibangkitkan dulu kini dimainkan semula mereka untuk menipu umat Islam di negara .
Malah Dr Maza juga seolah-olah terpengaruh propaganda mereka bertanya kepada Timb Menteri Datuk Muhkriz Mahathir di twitter .
Muhkriz menjawab memang benar kerana kapal ini membawa minyak sawit untuk dieksport ke Palestin dan terpaksa melalui pelabuhan Ashdod , Israel . Minyak sawit negara dijual kepada syarikat milik Muslim yang berdaftar di Palestin .
Jadi , anda boleh menilai sendiri kebenaran mengenai isu kapal Israel yang berlabuh negara ini dengan cerita dibawa pembangkang . Mereka tak tahu kapal nak masuk ke Palestin perlu ke pelabuhan Israel .
Malah minyak sawit kita dijual kepada syarikat orang Islam Palestin bukannya fitnah pembangkang kononnya negara kita berdagang dengan Israel !!
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussain Mydin mendesak Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng agar menjawab 40 soalan berkenaan penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 bersama lima soalan tambahan berkenaan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat KLIDC.
Syarikat KLIDC adalah syarikat yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membina dan mengurus pusat perubatan di atas tanah tersebut.
Malah Shaik Hussain juga melahirkan harapan agar Guan Eng menyaman dirinya berikutan desakan terus menerus berkenaan isu ini.
"Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman saya dan saya amat berharap agar dia saman saya. Sebab itu saya telah menyediakan 40 soalan yang akan saya tanyakan di mahkamah nanti.
"Sekiranya dia tak saman, dia tetap perlu menjawab semua persoalan ini bagi membuktikan dia tidak mempunyai sebagai kepentingan terhadap KLIDC," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online hari ini.
Di antara persoalan yang perlu di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana tender untuk pembinaan hospital dibenarkan pula membina hotel di atas bangunan hospital itu dan mengapa hanya tiga penender sahaja yang terlibat di dalam proses tender.
Menurut Syaik, pemilihan KLIDC bagi menjalankan pembinaan hospital ini amatlah diragui dan Guan Eng seakan mempunyai kepentingan terhadap syarikat ini.
"Ada terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh KLIDC di antaranya berkenaan tender tersebut. Bagaimana KLIDC mendapat tender ini, adakah mereka mempunyai pakar didalam pengurusan pembinaan pusat perubatan. Guan Eng tidak mampu jawab sehingga kini.
"Di antara tiga syarikat yang masuk tender, kita telah berjaya membuktikan dua daripada syarikat yang membida tender ini mempunyai kepentingan tertentu dan satu lagi syarikat telah tutup. Ini bermakna tender ini hanyalah sekadar gimik bagi mengaburi mata rakyat.
"Apa yang lebih menjadi kemusykilan adalah bagaimana KLIDC dibenarkan mencagarkan tanah tersebut kepada bank pada harga RM 11.5 juta. Banyak lagi perkara-perkara lain berkenaan KLIDC yang perlu Guan Eng jawab termasuklah 40 soalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
"Guan Eng perlu menjawab semua persoalan ini kerana sekiranya dia enggan menjawab maka jelaslah Guan Eng memang mempunyai kepentingan tertentu terhadap KLIDC. Kita bukan menuduh… sebab itulah kita mahu dia perjelaskan. Sekiranya dia masih tidak jawab maka kita boleh beranggapan dia setujulah dengan apa yang saya kata.
"Sudahlah tidak menjawab isu ini, Guan Eng mencabar pula kita untuk membeli tanah tersebut dan apabila kita setuju untuk membeli, Guan Eng mula panik. Dia terima duit satu persen dari kita secara tunai namun pada masa yang saya Guan Eng telah menerima duit daripada KLIDC sebanyak RM11.5 juta.
"Jelas ini menunjukkan Guan Eng tidak tahu mentadbir negeri dan banyak putar belit. Saya minta Guan Eng jelaskan secepat mungkin kerana isu Taman Manggis adalah isu kepentingan rakyat kerana tanah itu telah digezetkan sebagai rumah kos rendah fasa 2 oleh kerajaan negeri zaman Barisan Nasional (BN) dahulu. Tetapi kita tidak dapat melaksanakan fasa I kerana bajet tak cukup.
"Kita telah tunjukkan minit mesyuarat kepada Guan Eng tetapi dia cakap tak tau. Sebab itu saya berharap agar Guan Eng saman saya seperti yang didakwa olehnya sebelum ini kerana saya akan menjawab segalanya di mahkamah. Sayangnya sehingga hari ini dia masih belum saman saya," ujarnya.
Beliau turut menyeru agar rakyat membuka mata dan menilai tindakan Guan Eng ini kerana ini bersangkut paut dengan masa hadapan rakyat sendiri. Rakyat akan terus tertindas sekiranya Guan Eng terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. - MediaUMNO
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam kedudukan yang amat kuat dan kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata jentera BN sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya itu yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik negara.
"Walaupun ada usaha menjatuhkan kerajaan BN, namun kita tidak membenarkan mereka...kita akan 'bermati-matian' untuk mempertahankan kerajaan BN," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-27 di Dewan Hongkod Koisaan, dekat sini, hari ini.
Dalam hal ini, Muhyiddin berkata PBS merupakan aset penting untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang akan datang. Beliau yakin PBS, dibawa pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang begitu berwibawa, berani dan tegas, mampu membantu memastikan Sabah bukan sahaja kekal menjadi 'simpanan tetap' untuk BN tetapi kuat dan kukuh.
Muhyiddin turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan pelbagai pembohongan pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha untuk menduduki Putrajaya.
"Apa yang pasti ialah selepas pilihan raya umum nanti Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri dan begitu juga Datuk Seri Musa Aman di Sabah," katanya.
"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno. "Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?
"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik.
Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.
"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.
'WAR' BETWEEN OPPOSITION PARTIES ON WHO IS TO BE PM AFFECT VOTERS CONFIDENCE
The 'war' is on now between PAS and DAP in the opposition alliance that was formed with the sole purpose of unseating Barisan Nasional (BN) and take over as the federal government.
Nice beautiful ambition that started as a dream and it now seems to have developed into near reality as the opposition alliance of three parties – PAS, DAP and PKR – keep pounding and hammering BN with allegations and accusations which somewhat or rather succeeded in molding the minds of Malaysians into believing them to be true.
A hard climb through lies and cheats, the three parties managed to take over four states in 2008 and this time around, they plan to take over the federal government.
They feel the people, Malaysians who are voters at large will continue to support them and their lies, forgetting that the states that they controlled now are in chaos with voters' uprising following their unfulfilled promises and unprofessional administration.
And despite all these, as they continue exposing allegations of scandals and so on, they want Malaysians and voters to believe that they are capable of running the country, managing the nation's economy as well as making policies beneficial to all the races and religions.
If they are truly capable, the three parties would not argue and debate whether the country would implement Islamic laws and enforces Hudud.
PAS, the most senior partner in PR has stated and reiterated its stand that it will implement Islamic laws and enforces Hudud if the opposition wins the federal government.
Worse still is that the party wanted its president Abdul Hadi Awang to be the Prime Minister, not PKR de facto chief Anwar Ibrahim.
So now the 'war' between them begins with DAP and PKR wanting Anwar as Prime Minister while PAS insisted on Hadi Awang.
Logically, if they cannot come together and have one mind on such matter, do they think voters would trust them to run the country?
The 'war' is an open secret as voters watch what will be outcome before the present government calls for election. Voters are now smarter…like the saying goes once bitten twice shy…they already know what and who the oppositions are and with this new issue on who is going to be the Prime Minister, they are more wary and worry.
How hard the oppositions try to hide the issue, Malaysians at large know they cannot be voted into the government because they do not stand united in philosophies and principles.
They are poles apart and voters know there is no rallying point among them…not even on a simple matter like who is the Prime Minister.
Thus, no matter what kind of show they put up, voters already know the oppositions have no contents what more other criteria to rule. - Beruang Biru
Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil.
Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.
Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera.
Pekerja Propel dirempuh treler
IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama
BEAUFORT 21 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terus memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terlalu hampir.
Justeru, beliau menyeru seluruh ahli komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya terus menggiatkan usaha bagi memastikan kemenangan besar BN.
"Orang kata PRU-13 tidak lama lagi mungkin dalam beberapa minggu lagi? Tetapi bila Perdana Menteri dapat ilham bubar Parlimen barulah pilihan raya. "Jadi saya mahu tahu di Kuala Penyu kalau esok pilihan raya apakah kita akan terus menang?" katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat Kuala Penyu di Padang Pekan Kuala Penyu, Sabah hari ini. - UTUSAN
Empat tahun lepas teman pernah menulis ke akhbar yang rajin diboikot pembangkang berhubung kaedah menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Tapi tidak dilayan. Cadangan teman ialah penggiliran antara kenderaan berplet genap dan ganjil di atas jalan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nampaknya, solusi yang teman cadangkan, yang mungkin ada dipakai di tempat-tempat lain di dunia ini, telah dipertimbangkan tetapi bukan di negara ini. Tetapi di negara sebelah, oleh Gabenor baru Jakarta, Joko Widodo.
Lalu teman pun nak kata apa lagi. Idea dah tak laku di sini. Kalau di pertimbangkan jugak, timbul kisah Malaysia maling lagi. Nyontek lagi. Dan entah apa-apa 'terma busuk hati yang akan timbul'. Semoga 'kemacetan' Jakarta akan pulih lebih baik dengan idea tersebut.
Jokowi Kaji Mobil yang Masuk Jakarta Genap dan Ganjil
Ray Jordan - detikNews
Jakarta - Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) mengkaji gagasan membatasi mobil yang masuk Jakarta. Caranya, dengan nomor polisi ganjil dan genap secara bergantian.
"Beliau menyampaikan juga ada pembatasan, ada rencana, gagasan, namun masih diukur kemungkinan-kemungkinan kalau yang masuk ke Jakarta itu adalah nomor-nomor ganjil dan genap," ujar Gubernur Lemhannas Budi Susilo.
Budi mengatakan itu usai bertemu Jokowi di Balai Kota, Jl Medan Merdeka Selatan, Jakarta Pusat, Rabu (21/11/2012). Budi datang bersama para pakar dari FT UI.
Menurut Budi, saat ini pembatasan mobil nopol ganjil genap masih sebatas wacana. Jokowi juga sedang memikirkan terkait pemukiman warga dari kota penyangga Jakarta seperti Bekasi.
"Sehingga tidak orang-orang jauh dari Bekasi yang datang ke sini. Tapi kalau kantornya di DKI bagaimana perumahannya itu bisa dekat ke DKI," kata Budi.
Sebelumnya, Polda Metro Jaya pada Agustus 2011 lalu batal melakukan uji coba penerapan pembatasan mobil nomor polisi ganjil dan genap. Program itu dinilai akan mengurangi sekitar 50 persen kemacetan di Jakarta. Uji coba itu urung dilakukan karena beberapa pihak protes.
(nik/nrl)
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan