Selasa, 30 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar

Posted: 29 Oct 2012 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.

Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.

TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.


Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana  banyaknya urusan Islam didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.

Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN  dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar  menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan Nasional.  Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apasahaja  termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.



HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS".Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:

Maksudnya :"Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)


Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan.

Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza,  kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud,  kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang  jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.

PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya  dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.


Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.

----------------------------------------------------------------------------------


Penulis adalah Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang.

AES wajar ditangguh, negeri Pakatan mahu kaji

Posted: 29 Oct 2012 05:20 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menangguh pelaksanaan sistem kamera automatik (AES) memandangkan 40 peratus daripada jumlah kamera tidak akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata peratusan menolak pemasangan AES sangat besar dan beliau merasakan kerajaan harus menilai semula pelaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, negeri Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk menangguhkan pemasangan kamera AES sehingga kajian terperinci dilakukan termasuk mendapat pandangan daripada pengguna jalan raya.

Sebanyak 331 kamera yang akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Jumlah itu adalah 40 peratus daripada jumlah kamera yang akan dipasang seluruh negara iaitu 831 kamera.

"Kerajaan pusat melaksanakan peraturan ikut suka mereka, Pakatan Rakyat mahu bincang dan sembang bersama rakyat terlebih dahulu berhubung pelaksanaan AES," katanya dalam sidang media lewat petang ini.

Mahfuz juga menolak bahawa penggunaan kamera AES boleh mengurangkan rasuah di kalangan anggota polis.

"AES tidak boleh atasi masalah rasuah sebab akan ada 'mobile camera' yang akan diuruskan oleh pegawai yang berkemungkinan berlaku macam-macam," katanya.

Bersama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang turut membidas Ketua Menteri Pengangkutan Kong Chong Ha yang memberikan autoriti kepada syarikat pengendali AES sehingga tempoh lima tahun.

"Kenapa perlu bagi kepada syarikat tersebut, selepas lima tahun baru kamera tersebut dikembalikan kepada kerajaan. Apa guna kita dapat balik selepas lima tahun? Saya tidak lihat apa kebaikan? Adakah kita akan guna selepas lima tahun? Pulang balik sebab sudah dapat untung," katanya.

Guan Eng turut menegaskan kerajaan pusat perlu mendapat permohonan daripada kerajaan negeri untuk memasang kamera tersebut.

"Exco sudah buat keputusan untuk tangguhkan, penangguhan bukan sekadar dapat maklumat yang terperinci bahkan perlu dibincangkan di peringkat kerajaan negeri khususnya pengguna," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut mempersoalkan tempoh saman AES akan dikeluarkan kepada pesalah trafik sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Bila saman akan sampai kepada pesalah, adakah lepas PRU? Saya dengar kerajaan sudah takut untuk keluarkan saman sebab berpuluh-puluh ribu pengguna jalan raya marah dengan peraturan ini," katanya.

Guan Eng turut menggelar kamera AES sebagai kamera 1Malaysia memandangkan ia mengenakan saman kepada rakyat 1Malaysia.

Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz

Posted: 29 Oct 2012 05:20 PM PDT

012
KOTA BHARU: "Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat "padanlah" kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

"Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya.

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak  kepada keputusan parti dan dirinya sendiri.

"Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti.

"Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya.

"Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah," katanya.

Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati.

Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu.

Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja.

"Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen.

"Akses media sangat tidak adil.  Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul.

"Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan. Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh," kata beliau.

Alam Ria PASTI Kg. Pek, Machang

Posted: 29 Oct 2012 05:19 PM PDT




















Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS

Posted: 29 Oct 2012 05:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.

"Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti  dalam satu wacana baru- baru ini," kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr)

Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.

Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.

"Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut. Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam," ujarnya.

Sekitar Qurban Di kolam air panas Tok bok

Posted: 29 Oct 2012 05:09 PM PDT





































































Terbukti Islam tergugat bukan kerana DAP

Posted: 29 Oct 2012 04:53 PM PDT


KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam.

"Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil.

"Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR," katanya.

Bagi Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.
Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi.

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.

Qurban R Mchang d Pulai Chondong

Posted: 29 Oct 2012 04:51 PM PDT











Tiada ulasan:

Pengikut