Rabu, 24 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Perutusan 'Aidiladha 1433 - YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat

Posted: 23 Oct 2012 04:45 PM PDT


Soi Lek: Pemuda PAS desak pendirian Pemuda Umno

Posted: 23 Oct 2012 04:44 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini bertindak menghantar satu surat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan mendesak agar pergerakan pemuda parti itu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam.
Antara isi kandungan surat tersebut adalah beberapa kenyataan yang pernah diucapkan oleh Chua Soi Lek yang didapati menghina dan merendah-rendahkan Islam.

Menurut Khairul Faizi selaku ketua delegasi DPPM ke ibu pejabat Umno di PWTC menyatakan, kenyataan daripada presiden dan beberapa pimpinan parti komponen di dalam Barisan Nasional itu agak keterlaluan dan melampau.

"Kenyataan beliau itu akan mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia. Kita berasa sedih apabila Presiden Umno sendiri turut mendengar penghinaan tersebut tetapi beliau hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa," ujar beliau yang juga Setiausaha DPPM.

Beliau juga turut mengingatkan agar Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara itu.

"Mereka adalah parti yang dominan di dalam Barisan Nasional jadi, mereka perlu memainkan peranan yang besar untuk menentukan hala tuju mereka. Sekiranya mereka hanya mahu berdiam diri dan merasakan isu ini adalah politik daripada pihak pembangkang maka mereka perlu betanggungjawab di hadapan Allah dan terhadap umat Islam seluruhnya.

"Jika mereka gagal menyatakan sikap mereka dengan jelas maka mereka seolah-oah sanggup bersekongkol dengan MCA untuk menghina Islam," tambah beliau lagi.

Turut serta Penolong Setiausaha 1 dan 3 DPPM, Yusapiza Yaacob dan Khairul Fahmi.

Surat tersebut telah diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Mohd Sumali dan akan disampaikan kepada Khairy Jamaluddin.

Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada – TG Nik Aziz

Posted: 23 Oct 2012 04:43 PM PDT


KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

"Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.

"Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini.

Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.

Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.

Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan.

"Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya.

Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.

"Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

"Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.

"Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang.

"Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut