Selasa, 23 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Apa maksud jawatankuasa khas royalti petroleum

Posted: 22 Oct 2012 04:32 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub minta Menteri Kewangan menyatakan apa maksud jawatankuasa khas berhubung isu bayaran royalti hasil petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah status tebatan banjir yang telah dilaksanakan semenjak 2008 hingga kini yang belum dapat mengatasi masalah banjir di Lembah Klang.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan masalah yang dihadapi.

Piala Malaysia: Kelantan umum ganjaran Rabu ini

Posted: 22 Oct 2012 04:31 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengumumkan ganjaran khas untuk pemain bola sepak negeri yang telah berjaya mengharumkan nama negeri ini pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia pada 20 Oktober lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui memberitahu perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat exco Rabu ini dan ianya akan diumumkan selepas mesyuarat itu kepada media.

"Insya Allah, exco yang berkaitan akan membuat pengumuman selepas mesyuarat exco," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kemenangan berkenaan di samping 22 Tahun Kelantan Meneraju Kemenangan.

Beliau juga turut menyifatkan kemenangan itu juga sebagai hadiah untuk pentadbiran kerajaan Kelantan yang kini genap pada usia 22 tahun setelah kerajaan itu berjaya dibentuk hari ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan Kelantan telah memberikan tiket umrah kepada pemain, imbuhan kepada jurulatih ketika itu termasuk sebuah rumah kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

"Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya," ujarnya.

Katanya, Islam memang mengajar hambanya membalas budi serta menyenangkan hati mereka, termasuk orang yang memberikan senyuman.

Beliau juga turut mendapat gambaran bagaimana pasukan Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara pada malam itu demi untuk mengharumkan nama negeri.

"Dalam fikiran saya turut terfikir, sekiranya anak muda berusaha menjuarai perlawasan bola sepak setiap musim, begitu juga dengan royalti yang kini juga dituntut oleh anak muda.

"Saya juga berharap kesungguhan bola sepak yang dikuasai anak muda, akan memberi kejayaan juga pada tuntutan royalti oleh anak muda bersama R," ujarnya.

"Walaupun saya ni dah berusia, tetapi kegembiraan kerana kemenangan itu tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan," ujarnya.

"Bila dah berusia ni memang tak boleh bermain dah, tetapi sewaktu saya muda dulu memang saya ni kaki bola, sewaktu saya duduk di pondok Jertih, saya bermain bola ditendang oleh kawasan saya, menyebabkan lutut saya sampai sekarang masih bermasalah," ujarnya.

Pakatan Rakyat bersedia tawan Pahang

Posted: 22 Oct 2012 04:31 PM PDT

KUANTAN: Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang 2012 dengan tema 'Ubah sekarang selamatkan Pahang' yang berlangsung di sini semalam menzahirkan iltizam untuk menawan negeri Pahang.
Dalam penyataan bersama oleh ketiga-ketiga parti komponen di penghujung konvensyen itu, iltizam ketika-tiga parti itu dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah.

Penyataan yang dibaca oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu, memperakui janji untuk menawarkan dasar yang benar-benar berpaksi kepada kebajikan rakyat dalam menguruskan khazanah negeri, menjaga dan melestarikan alam sekitar serta membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak-hak Orang Asli.

[Gambar (Dari kiri) Leong, Tuan Ibrahim dan Fauzi menandatangani perisytiharan bersama sambil diperhatikan pimpinan Pakatan.]

Menurut penyataan itu lagi, pendekatan PR berasaskan keadilan dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit, juga meraikan partisipasi (penyertaan) wanita dalam pembangunan negeri.

"Menyedari bahawa rakyat negeri Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah menyebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum-kaum bukan sahaja merudum malah berada di tahap yang kritikal, maka PR Pahang menzahirkan komitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan serta mengangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.

"Demikian itu, kami memberikan komitmen dan aku janji untuk merealisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan Pahang," kata Tuan Ibrahim.

Penyataan bersama tersebut kemudiannya ditandatangani oleh beliau, Ketua Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah.

Kenyataan tersebut erupakan rumusan dan intipati daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan sebelum itu.

Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail berkaitan isu-isu Felda dan diulas oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR Haji Suhaimi Said.

Kertas kerja kedua dibentangkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Tengku Puji berkaitan isu-isu tanah di Pahang, diulas oleh Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Pahang Syed Ali Badaruddin Syed Othman dan wakil Orang Asli.

Sementara kertas kerja ketiga berkaitan ekonomi negeri Pahang dibentangkan oleh Ketua DAP Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung dan diulas oleh Ahli jawatankuasa PAS Pahang Hassanuddin Salim.

Seramai 700 perwakilan ketiga-tiga parti dari seluruh Pahang hadir.

Sementara itu Tuan Ibrahim dalam ucapan penggulungannya sebelum itu menyeru semua ahli dan penyokong PR Pahang agar memfokuskan iltizam untuk merampas negeri Pahang daripada BN.

"Justeru jangan terganggu dengan soal-soal remeh-temeh sebaliknya tumpukan kepada isu-isu besar. Selepas daripada itu, rujuklah kepimpinan jika berlaku sebarang permasahan," katanya.

Najib membisu tanda setuju Chua Soi Lek hina hudud

Posted: 22 Oct 2012 04:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penghinaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud membuktikan 'hati perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketika Presiden MCA itu berucap menghina undang-undang Islam itu, Najib berada di situ kerana selepas ucapan Chua, beliau pula yang berucap untuk merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu.

"Tidak sepatah pun Najib cuba memberikan penjelasan dalam ucapan beliau bagi menolak perbuatan Chua menghina hukum hudud," katanya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Najib yang memilih untuk membisu dan enggan memberikan penjelasan selepas penghinaan Chua itu membuktikan sikap beliau dan Umno yang bersetuju dengan penghinaan itu.

"Sudah menjadi kesepakatan umum bahawa membisu biasanya bersetuju," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyifatkan sikap membisu itu membuktikan betapa buruknya kelakuan Najib "kerana ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina".

"Najib membisu dan enggan memberikan penjelasan walaupun Presiden MCA itu menghina hudud kerana beliau ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina.

"Buruk sungguh kelaku Najib semata-mata kerana hendak memikat undi Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang diketuainya," katamya.

Mahfuz bagaimanapun yakin majoriti masyarakat Cina sudah pun membuat keputusan yang tidak boleh diubah lagi untuk menolak BN.

"Tidak kira walau sehebat mana pun Umno, BN, MCA dan Chua dirasuk oleh kemarahan mereka terhadap hudud dan Pakatan Rakyat (PR), majoriti besar masyarakat Cina semakin membuktikan dengan terus terang dan berani bahawa mereka bersama-sama PR," katanya.

Mahfuz juga yakin masyarakat Melayu juga semakin ramai yang menolak BN apabila mereka melihat Umno seolah-olah melantik Chua menjadi mufti mereka.

Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA

Posted: 22 Oct 2012 04:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.

Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

"Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud," ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.

Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.

"Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

"Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina," katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.

Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.

Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain".

"Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w," katanya lagi.

Hari ini PAS 'cerai' DAP, esok Najib umum PRU

Posted: 22 Oct 2012 04:29 PM PDT

KUANTAN: Ahli-ahli parti dalam Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak menjadi 'lidah musuh' dengan memfokuskan perbezaan pandangan dan titik bengik sebagai keutamaan.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, sebaliknya semua anggota parti dan penyokong diminta terus beriltizam memperkemaskan gabungan tersebut kerana perpaduan yang dijalin merupakan senjata paling ampuh untuk menghadapi BN.

"Kalau hari ini PAS ceraikan DAP, besok (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib akan umumkan tarikh pilihan raya umum (PRU) besok. Kalau besok DAP ceraikan PKR, lusa Najib akan umumkan PRU.

"Jadi kita faham kenapa Najib susah sangat nak jumpa tarikh PRU kerana selama ini Umno dan BN boleh hidup dengan pelbagai isu perkauman dan cubaan memecah-belahkan PR. Oleh itu jagalah apa yang kita telah bina sejak 2008.

"Pada masa ini propaganda Umno bagi menggugat keyakinan rakyat ialah dengan menanam persepsi PKR ejen asing, DAP anti Islam, anti Melayu dan PAS pula digambarkan pakai terompah gambar Karpal Singh," ujarnya.

Tambah Mohamad, meskipun itu itu hanya persepsi yang cuba dipropaganda lambat laun jika diulang-ulang rakyat tidak mustahil akan termakan juga.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen PR Pahang di Dewan Sekilau, dekat sini semalam. Dalam program dihadiri 700 perwakilan ketiga-tiga parti seluruh negeri itu, sebanyak tiga kertas kerja dibentang.

Menurutnya, selain perhimpunan 'Grand Final' berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.

"Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan

Sementara itu Mohamad yang juga Pengerusi Lajnah Mobilisasi Demokrasi PAS mengumumkan tarikh 12 Januari 2013 sebagai himpunan sejuta rakyat bagi kesinambungan menagih tuntutan Bersih 3.0 yang belum dilaksanakan.

Manakala 3 November ini akan diadakan pra pelancarannya di Seremban.

Mohamad menambah, pada perhimpunan itu peserta akan memakai baju kuning sebagai tuntutan Pilihan raya bersih dan tuntutan Bersih 3.0, (warna) hijau tuntutan terhadap penjagaan alam sekitar termasuk mengenai projek Lynas, merah menuntut royalti minyak di Kelantan dan oren tuntutan berkaitan isu-isu Felda.

Sebelum itu Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw turut berucap mewakili parti masing-masing.

Pada penghujung program pemimpin ketiga-tiga parti PR Pahang turut menyampaikan pidato dan satu resolusi bersama diambil.

Hudud: MCA hina Islam, bukan serang PAS

Posted: 22 Oct 2012 04:29 PM PDT


SHAH ALAM: MCA sebenarnya telah menghina Islam bukannya PAS dalam soal pelaksanaan hukum hudud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malah menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno dalam mendidik MCA untuk menghormati kaum serta agama lain.

"Apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno untuk mendidik MCA agar menghormati agama lain sehinggakan MCA berani bertindakan sedemikian.

"Selain itu juga tindakan MCA itu bukannya menyerang PAS tetapi telah menghina agama Islam dan seluruh orang Melayu di negara ini," jelasnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 telah memberitahu lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Malah, beliau yang turut menyatakan DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara ini adalah satu penipuan besar.

"Menghina hukum hudud bukannya menghina PAS tetapi Chua Soi Lek telah menghina Islam dan kita tidak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

"Tetapi kenapa Umno berdiam diri dalam soal ini dan ia seolah-olah Umno sendiri merestui apa yang dilakukan oleh Presiden MCA itu," ujar Mohamad.

Beliau tidak mahu atas tindakan keceluparan pemimpin MCA yang terus menghina Islam akan menyebabkan timbulnya ketegangan agama di negara ini.

"Kita tidak kisah kalau Umno ingin bekerjasama dengan MCA tetapi tindakan Umno membiarkan MCA terus menghina Islam adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut