Kerajaan keluarkan cadangan Bajet. Pakatan Rakyat yang tidak memegang tampuk kerajaan pusat pun nak keluarkan bajet.
Ketika mengumumkan Bajet, macam-macam yang diumumkan turun oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
"Dari dulu saya sudah janjikan. Hari ini Pakatan Rakyat menang, besuk minyak turun lima puloh sen.
"Selain dari penurunan harga petrol, cukai eksais kereta pun akan diturunkan."
Tambahnya lagi, Anwar berkata, "Bayaran tol akan dikaji semula supaya turun. Bayaran balik PTPTN bukan setakat diturunkan tapi dihapuskan. Yuran pendidikan tinggi dan Wifi percuma," tambah Anwar.
"Tariff bayaran elektrik pun turut diturunkan."
Selain itu, Anwar menjanjikan imbuhan guru ditambah RM500 sebulan, gaji minima dinaikkan RM1,100, suri rumah dapat elaun RM1,000 setahun, bonus tahunan warga emas RM1,000 setahun dan dinaikkan bantuan kebajikan dari RM300 ke RM550 sebulan.
"Semua tambahan perbelanjaan ini selari dengan tema kita supaya semua turun.
"Unjuran kami mendapati lebihan bajet akan turun hingga mencecah defisit RM220.6 billion. Insya Allah, kita akan turunkan tahap pengurusan kewangan kita agar mencapai prestasi Greece dan Italy, ujar Anwar.
"Dalam masa dua tahun, tercapai hajat kita untuk bankrupkan Malaysia.
"Ya, ada apa-apa soalan?"
Wartawan bertanya, "Dato Seri, saya yakin dengan cara pengurusan yang telah ditunjukkan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, bajet ini boleh mencapai sasarannya. Tetapi ...."
"Tetapi apa?" tanya Anwar.
"Tetapi ..."
"Tanyalah! Tanyalah! Kita sentiasa telus dan terbuka!" Anwar mendesak.
"Dato Seri, saya percaya semua ini boleh dikasi turun tapi anu Dato Seri boleh kasi turunkah?"
"Sialan ... Awak mana punya suratkhabar! Siapa hantar awak sini!?" Anwar naik birang.
"Dato Seri, saya tanya untuk orang ramai mahu tahu kenapa itu anu susah mahu turun. Naik saja ... Demi freedom of the press." balas wartawan.
"Ohhh bila saya freedom of the press. Bila saya ketelusan.
"Berapa UMNO kasi bayar sama awak? Ada dapat Datok kah bila jadi banjingan UMNO? Jawab soalan saya dulu. Saya mahu tanya ...."
Membebel panjang Anwar bila dia kena soalan cupumas wartawan. Adakah begini rupa kerajaan telus dan bebas yang dijanjikannya?
Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.
Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.
Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.
Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.
Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.
"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.
Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.
Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.
"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.
"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.
"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.
Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.
"Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron.
Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.
"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.
"Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap," kata beliau.
"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya.
Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'.
Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur.
Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.
Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.
Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.
Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.
Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.
Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.
Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.
Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?
Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.
Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.
Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus). Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.
Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.
"Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
"Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?
"Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?
"Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang?
Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.
Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.
Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.
Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.
Ramai yang bertanya apakah kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menuntut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Melayu) Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 hingga 1971.
Pertanyaan itu dianggap wajar kerana kebanyakan penulis dan wikipedia hanya menumpukan kepada kegiatan Anwar di Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM) tetapi tidak ada rekod tentang pencapaian akademik Anwar semasa di UM.
J. Victor Morais dalam bukunya bertajuk "Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah" yang diterbitkan pada tahun 1984 turut menyingkap persoalan ini, namun jawapannya juga masih samar-samar.
Morais menemui dua orang sahabat baik Anwar, 2K, Kamaruddin Mohamed Noor, (ketika itu Naib Presiden ABIM) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung ABIM).
"Apabila ditanya tentang kejayaan Anwar dalam bidang akademiknya, khususnya di Universiti Malaya, Encik Kamaruddin (Mohamed Noor) berkata Anwar adalah pemegang ijazah dengan kepujian tetapi (Encik Kamaruddin menambah kata) Anwar mungkin dapat berbuat lebih baik lagi jika beliau (Anwar) tidak begitu bergiat dalam masalah sosio-ekonomik,"tulisnya.
Sebagai perbandingan, Morais menceritakan secara terperinci kelulusan Kamaruddin Jaafar.
"Beliau (Kamaruddin Jaafar) memegang ijazah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Sains Politik, Universiti Malaya sebelum memasuki Universiti Kent di Coutenbury, England).
"Kemudian beliau memasuki School of Oriental dan African Studies, Universiti London, di mana beliau beroleh Sarjana dalam Sains Politik.
"Ketika beliau balik dari England dalam tahun 1977, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Bangi," tulisnya lagi.
Pada tahun 1971, tulis Morais, Anwar bersama lima orang rakannya, Kamaruddin Mohamed Noor (KM), Ismail Mina Ahmad, Osman Bakar (Perak), Mohd Zaki Abdul Rahman dan Ahmad Fakri Abdullah telah menubuhkan sekolah swasta yang diberi nama Yayasan Anda Akademik di No A1-2, Bangunan UDA, Jalan pantai Baru, Kuala Lumpur.
Setelah Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982, jawatan Pengarah Yayasan Anda Akademik diserahkan kepada sahabat baiknya, KM.
Hari ini, Yayasan Anda Akademik hanya tinggal pada nama sahaja.
Setakat ini nampaknya semua berjalan lancar dalam urusan misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) untuk membantu penderitaan masyarkat Rohingya di Myanmar.
Rombongan utama misi itu diketuai oleh Datuk Azeez Abdul Rahim yang tiba di Yangon Sabtu malam pada tengahari Ahad berlepas ke bandar Sittwe menaiki pesawat komersial tempatan merentas jarak 495 kilomiter ke wilayah bergolak itu.
Wartawan Agendadaily Mohamed Hiekal yang disertai oleh jurugambar Mohd Hilmi Jaafar melaporkan ketibaan Azeez dan rombongan telah disambut oleh Ketua Menteri Wilayah Rakhine, Hla Maung Tin sendiri di lapangan terbang.
Rombongan mereka turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Sempadan Myanmar, Mejar General Zaw Winn dan Duta Malaysia di Myanmar , Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Setelah ke hotel penginapan ,rombongan kecil yang disertai oleh Azeez, Ketua Menteri Rakhine dan Menteri Hal ehwal sempadan Myanmar, Duta Malaysia, Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K. Sri Dhammarathana dari Malaysia dan 8 orang wakil media dari Malaysia pergi ke Kuil Lawka Nandar.
Di kuil terbesar di daerah Sittwe mereka telah mengadakan pertemuan dengan Ketua sami Buddha daerah Sittwe, Badanda Pentita.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk memberitahu mengenai tujuan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ini.
Ketua Sami Buddha Malaysia menberitahu bahawa Malaysia juga merupakan satu negara yg mempunyai berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang penuh harmoni atas semangat perpaduan.
Wakil rombongan ini juga dibawa melawat kuil ini selepas itu. Pihak kuil berbesar hati atas kehadiran misi ini.
Esok Isnin,misi akan memulakan usaha agih bantuan.Mengikut rancangan bantuan akan diagihkan ke dua buah kem pelarian orang Islam Rohingya dan dua kem pelarian yang dihuni oleh mereka yang beragama Buddha.
Jaringan internet agak lembab manakala hubungan komunikasi terhad di Sittwe.
Suasana di sekitar bandar itu tenang sahaja.
Namun begitu kelihatan pasukan tentera Myanmar mengadakan sekatan jalanraya di beberapa tempat.
Perintah berkurung dikenakan mulai jam 6 petang hingga 7 pagi. - Baca lagi...
Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara.
Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).
Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.
Polis bertindak membuat intipan dan serbuan di premis tersebut setelah menerima aduan orang awam yang curiga dengan aktiviti dijalankan kerana sering mendapati individu menaiki kereta mewah berkunjung ke situ pada waktu malam dan pulang pada sebelah pagi.
Mereka juga curiga kerana mendengar muzik kuat dimainkan dalam premis tersebut, manakala cermin tingkap ditutup dengan kertas minyak bagi mengelak ia dapat dilihat dari luar.
Mohd. Nazri berkata, setelah membuat intipan selama tiga hari, polis akhirnya bertindak menyerbu premis itu pada pukul 3 pagi ini.
"Kami terpaksa memecah jeriji pintu kerana ia berkunci sebelum boleh masuk ke dalam premis membuat pemeriksaan.
"Sebaik sahaja dapat masuk, kami dapati 27 lelaki dan lima perempuan Melayu berusia 19 hingga 26 tahun dalam keadaan khayal," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis juga menemukan dua set peralatan muzik, kondom yang sudah digunakan dan dadah jenis ketamin.
Mohd. Nazri berkata, siasatan lanjut mendapati tujuh daripada remaja yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta, manakala 16 orang iaitu 14 lelaki dan dua wanita positif mengambil dadah jenis amphetamine dan THC.
Katanya, premis berkenaan sudah dua bulan digunakan untuk penganjuran aktiviti muzik, pesta seks dan dadah dengan mengenakan bayaran sewa RM500 semalam.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 25 biji pil ekstasi seberat 10 gram dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan 250 pil Eramin 5 serta 90 biji lagi pil ekstasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditahan memberitahu, dia bersama rakan-rakan mengetahui mengenai pesta diadakan di premis itu melalui laman sosial Facebook.
"Kami mengetahui mengenai pesta ini melalui Facebook 'sehari bersama kawan-kawan'. Kami dikehendaki membayar RM55 seorang kepada penganjur untuk menyertai pesta yang biasanya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi," katanya.
Difahamkan, premis berkenaan digunakan untuk penganjuran pesta muzik, seks dan dadah sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan pengunjung pulang pada pukul 8 pagi iaitu waktu orang ramai keluar bekerja bagi mengelak aktiviti tersebut dikesan.
Tindakan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali memperlekehkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali menerusi laman twitter bukti betapa pemimpin pembangkang tidak mempunyai perasaan hormat antara satu sama lain.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata komen Azmin Ali itu adalah satu gambaran betapa pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang ikhlas dan jujur sebaliknya penuh dengan perasan hasad serta saling tidak mempercayai .
Menurutnya isu yang tercetus sebelum itu juga berhubung Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga adalah sesuatu yang cukup janggal.
"Kita nampak daripada luar nampak pelik sikit la….Sebelum pilihan raya seolah-olah boleh tentukan siapa yang boleh bertanding…siapa yang tidak boleh bertanding… saya pun difahamkan keputusan itu pun tidak dibuat Majlis Presiden parti-parti pembangkang.
"Walaupun kita tidak mahu campur rumahtangga orang lain tetapi nampak gaya macam-macam masalah dalam pakatan ini. Bukan sahaja Azmin dengan khalid tetapi dua hari lepas Azmin kata dalam twitter kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali komen salah dan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Benda-benda macam itu dalam Barisan Nasional (BN) kita tak cakap…. kita hormat komponen parti tak cakap macam tu..kita tak cakap dia dah tua, dia ni sombong, dia ni tokong, aragon. Rakyat nilailah kalau antara mereka dah boleh cakap macam itu dalam mesyuarat.. dalam twitter… Ini Azmin lepas dalam twitter..bukan dalam mesyuarat tertutup.. dalam twitter. Dia terlepas cakap," katanya.
Kata beliau lagi masalah antara mereka seolah-olah tidak dapat disembunyikan lagi dan itulah yang rakyat perlu membuat penilaian terbaik.
"Bagi saya beliau cakap pasal SUA parti lain. Takkan boleh cakap secara terbuka macam itu. Justeru rakyat kena tengok kalau sesama mereka pun tak boleh sembunyi lagi, tak boleh kongsi lagi apa kebencian terhadap parti-parti lain dalam pakatan macammana hendak memerintah. Macammana mereka nak pakat," katanya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali sebelum ini menegur kenyataan Azmin Ali berhubung isu pelantikan baru Menteri Besar Selangor.
Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,".
Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata "Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!" tulisnya.
Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
Kata Shamsul,"RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. "
Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.
Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
"Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?" kata Faekah.
Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.
Kenyataan tersebut tidak disenangi Pas, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.
Dalam pada itu, Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.
Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.
PKR is in trouble from within its own rank and file and within the PR alliance. This time around, the trust within the opposition parties are brittle and volatile. They are now probably thinking whether they could depend on each other to defeat the BN without being 'stab at the back' once the they won. As it is right now, the DAP and PAS, the two parties that possess ideologies, and the only two oppositions that have gone through the political mills, are now suspicious of PKR, a new party that does not have a clear cut political ideology. The only struggle that has been exposed loud and clear is the blind loyalty to put its de facto chief Anwar Ibrahim as the Prime Minister and those close to him as ministers and Mentri Besars. Working together as an opposition team that can threaten BN's position is out of question as PKR always wants to be dominant despite it is the weakest link in the PR unregistered alliance. Despite being the weakest, it projects itself as the most significant where Anwar is held in high esteem, all because of his ability to call the crowd and his link with foreign funders and foreigners interested to see Malaysia down like majority of the Islamic nations. DAP and PAS are also in desperate situation to defeat BN, a mission they have been attempting the past 12 general elections but without success. Through Anwar, leaders of the two parties have in mind they could defeat the BN and take over the federal government but things do not seem smooth now despite having worked together and managed to reduced BN's majority in the Parliament and won four states. But this time around their relationship is laced with suspiciouns and distrust – all because PKR deputy president Azmin Ali open his mouth on Selangor MB post, deputy chief Minister 1 Penang Mansor Othman on terming Lim Guan Rng as corky and arrogant and the expose of the shadown Cabinet line-up. So now, the three parties in PR are watching each other's move closely, fearing someday and someplace someone from PKR would drive a knife at their backs. Given the trouble within PKR itself where in Penang, the Chinese members are not trusting the Malay members and vice-versa after the leakage of the closed-door meeting in April, and in Selangor where there are three camps comprising MB Khalid Ibrahim, Azmin and party president Wan Azizah herself with her daughter Nurul Izzah, PAS and DAP have doubts on PKR's capability this time around. With suits from voters demanding the election pledges to be fulfilled, DAP and PAS would probably want to distance themselves as PKR now seems more of burden than help.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya amat tidak faham kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sanggup menerima memorandum Dong Zong mengenai tuntutan mereka yang amat ultra kiasu mengenai sekolah Cina. Sudahlah begitu, ia menimbulkan ketidakselesaan MCA. Sama ada benar atau tidak MCA tidak selesa, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang saya tahu, selagi mana ia menguntungkan Cina, itulah MCA, DAP, Gerakan dan NGO ultra kiasu lain, sama sahaja. Tidak hairan jika MCA Kapar mencalonkan menteri itu sebagai menteri pelajaran.
Berdasarkan Budget 2013, kelihatan seolah-olah kedudukan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah Cina sama. Jangan dibanding dengan sekolah agama kerana tidak disebut langsung. Malangnya, masih ada puak-puak yang tidak bersyukur. Terbaharu, MCA menuntut supaya bantuan RM50 juta diberikan kepada Sekolah Menengah Cina (SMJKC), tiap-tiap tahun tanpa perlu diminta. Kayalah sekolah mereka. Untuk makluman, jutawan mereka turut menabur duit di sana. Tanyalah Dong Jiao Zong.
Tuntutan kumpulan ultra kiasu bukan perkara baru. Tetapi mereka ini beri betis hendak peha. Mereka sedang memanipulasi keadaan sepenuhnya sebelum PRU13, kerana belum tentu keputusan PRU 13 berpihak kepada mereka. Apakah kita masih buta? Buta hati dan buta mata? Berulang-ulang kali telah saya katakan, bahawa tidak ada pendidikan sebegini di dunia lain, melainkan negara kita. Toleransi kita selama ini amat tinggi. Inilah sifat Melayu. Hari ini mereka mahu mengambil kesempatan dan mempergunakan, memperalatkan apa juga peluang yang ada.
Ultra kiasu sepatutnya membuktikan terlebih dahulu produk sekolah Cina mempunyai semangat patriotik dan boleh fasih dalam bahasa Melayu, bukan menjadikan mereka bertambah Cina atau lebih Cina daripada orang di negara China.
Ramai orang daripada negara China yang melawat negara kita dan melihat sistem pendidikan, berasa pelik. Kenapa ada sekolah perkauman dalam sebuah negara yang beridentitikan Melayu. Sudahlah kerajaan membenarkan sekolah Cina, pada masa sama sekolah Cina lebih Cina dari negara Cina. Alasannya, untuk kepentingan ekonomi, kerana kuasa China akan bangkit. Apakah sumbangan ekonomi sudah cukup mengatakan bahawa kita sudah patriotik? Nilaian kita terlalu kebendaan. Banyak negara yang tidak boleh berbahasa Cina tetapi masih berurusan dengan negara China.
Pengunjung blog saya dan ultra kiasu selalu bertanya, kenapa anak saya berada sekolah Cina sedangkan saya lantang mengkritik? Terus terang, anak saya tidak mempunyai masalah langsung dalam menyahut agenda kebangsaan. Bahasa Melayu mereka tip top. Saya hanya mahu anak saya menguasai bahasa Cina untuk perkembangan dakwah. Titik.
Mereka perlu menguasai bahasa ini bagi tujuan dakwah. Siapa lagi yang akan berdakwah kepada mereka, kalau bukan mereka yang berlatar belakangkan Cina. Mungkin saya gagal, tetapi orang lain tidak perlu gagal. Lagi pula, anak saya tidak cair dalam arus kecinaan, tetapi penuh dengan jati diri keislaman.
Toleransi kerajaan terhadap sekolah Cina amat tinggi. Kenapa tidak dihargai? Kenapa kita harus melayan mereka atas nama demokrasi. Jika begitu keadaan, banyak lagi memorandum lagi akan sedang dalam perjalanan termasuk menghalalkan LGBT atas nama demokrasi.
Saya harap pemimpin UMNO tersebut sedar apa yang dia cakap. Terbaharu, beliau menawarkan diri untuk hadir dalam mesyuarat NGO ultra kiasu bagi menyelesaikan segala masalah berhubung sekolah Cina. Sepatut beliau pergi mendengar rintihan sekolah agama yang begitu daif keadaannya.
Jangan bercakap sekadar untuk kepentingan politik. Pemimpin perlu tegas dalam tindakan. Pemimpin mesti mengutamakan agenda nasional. Jika agenda nasional tidak difahami, tidak usahlah menjadi pemimpin, kerana ia akan merosak masa depan agama, bangsa dan negara
Tidakkah kita sedar, selepas ini semua guru yang tidak ada latar belakang bahasa Cina akan dihalau dari sekolah Cina, termasuk guru Bahasa Melayu dan Inggeris. Bermakna, operasi SJKC akan menjadi Cina seratus peratus. Apakah wajar proses pencinaan ini? Adakah wajar perkara ini berlaku dalam sebuah negara bertuankan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan?
Inisiatif Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, bagi memastikan bahawa subjek tersebut boleh diajar dengan berkesan di sekolah Cina dan menyeragamkan pengajaran subjek ini dengan sekolah kebangsaan pada tahun 2014, menimbulkan kebimbangan kepada ultra kiasu dan terus ditentang ultra kiasu.
Pada mereka, sebarang penambaikan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina. Agenda mereka Cina, Cina, Cina. Tidak ada sedikitkah agenda memperkasakan bahasa Melayu? Saya harap kerajaan bertegas. Biar pelat sedikit bahasa Cina tidak mengapa, asalkan jangan jahil bahasa kebangsaan. Bagaimana kita boleh berkomunikasi dan menjayakan 1Malaysia.
Ini tidak termasuk tuntutan lain seperti, masalah kekurangan guru, peruntukan tambahan kepada sekolah Cina, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina di merata tempat dan lain-lain lagi. Jika semua tuntutan ini dipenuhi, apakah bentuk 1Malaysia yang dicitrakan?
Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotism sebelum bantuan diberikan. Jika hasilnya positif, saya akan sokong apa jua tuntutan mereka. Perlu diingatkan, mengikut sejarah, sekolah Cina pernah menjadi sarang kegiatan dan aktiviti komunis. Apakah dengan proses operasi ini sejarah tidak akan berulang kembali? Bertindaklah dengan cerdik.
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing.
Kata mengata, cacai mencaci sesama sendiri nampaknay sudah menjadi suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.
Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin yang juga orang nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.
Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke pusat.
Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri besar.
Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu politik yang memakan diri sendiri, mangsa yang paling senang dijadikan kambing hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.
Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar apa yang beliau ucapkan minggu lalu.
Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan jawatan MB jika Khalid ke Pusat?
Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi jawatan itu oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.
Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang itu tidk dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar dari Selangor sebelum PRU lagi.
Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam internet baru-baru ini.
Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru menggantikan Khalid, malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya.
Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas takhta politik daripada sekutunya itu.
Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat.
Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan kroni dan kepentingannya.
Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun depan.
Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada 2010.
Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat.
Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.
Bak kata pepatah Melayu, yang di yang dikejar tak dapat yang digendong pula keciciran.
Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.
Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu.
Jika Anwar gagal, Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar dan tidak lebih daripada itu.
BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008.
Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah urus Pakatan Rakyat di negeri itu.
Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka, menuding jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada diri sendiri.
Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.
Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.
Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.
Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.
Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.
Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.
Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.
Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?
Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.
"Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)… kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat.
"Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu," katanya mengulas demonstrasi lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20 Shah Alam baru-baru ini, yang meminta PKNS melupuskan hutang pembeli kediaman terbabit bernilai RM19 juta.
Noh berkata jika kerajaan Selangor boleh menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad bernilai RM392 juta, mereka juga sepatutnya turun padang membantu mengambil alih hutang penduduk berpendapatan rendah di negeri ini.
PKR is in trouble from within its own rank and file and within the PR alliance. This time around, the trust within the opposition parties are brittle and volatile. They are now probably thinking whether they could depend on each other to defeat the BN without being 'stab at the back' once the they won. As it is right now, the DAP and PAS, the two parties that possess ideologies, and the only two oppositions that have gone through the political mills, are now suspicious of PKR, a new party that does not have a clear cut political ideology. The only struggle that has been exposed loud and clear is the blind loyalty to put its de facto chief Anwar Ibrahim as the Prime Minister and those close to him as ministers and Mentri Besars. Working together as an opposition team that can threaten BN's position is out of question as PKR always wants to be dominant despite it is the weakest link in the PR unregistered alliance. Despite being the weakest, it projects itself as the most significant where Anwar is held in high esteem, all because of his ability to call the crowd and his link with foreign funders and foreigners interested to see Malaysia down like majority of the Islamic nations. DAP and PAS are also in desperate situation to defeat BN, a mission they have been attempting the past 12 general elections but without success. Through Anwar, leaders of the two parties have in mind they could defeat the BN and take over the federal government but things do not seem smooth now despite having worked together and managed to reduced BN's majority in the Parliament and won four states. But this time around their relationship is laced with suspiciouns and distrust – all because PKR deputy president Azmin Ali open his mouth on Selangor MB post, deputy chief Minister 1 Penang Mansor Othman on terming Lim Guan Rng as corky and arrogant and the expose of the shadown Cabinet line-up. So now, the three parties in PR are watching each other's move closely, fearing someday and someplace someone from PKR would drive a knife at their backs. Given the trouble within PKR itself where in Penang, the Chinese members are not trusting the Malay members and vice-versa after the leakage of the closed-door meeting in April, and in Selangor where there are three camps comprising MB Khalid Ibrahim, Azmin and party president Wan Azizah herself with her daughter Nurul Izzah, PAS and DAP have doubts on PKR's capability this time around. With suits from voters demanding the election pledges to be fulfilled, DAP and PAS would probably want to distance themselves as PKR now seems more of burden than help. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Majilis Jamuan Makan Malam dan Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka. Tarikh : 6.10.2012 (Sabtu). Tempat : Taman Paya Mengkuang Kuala Sg Baru ,Melaka masa : 7.30 malam.
Malam ini berpusu-pusu lalat-lalat hijau yang busuk seperti bangkai babi akan memenuhi tapak fun fair di Simpang Taiping. Hadir mereka bukan untuk naik buaian pusing atau berjudi baling gelang dalam botol atau lain-lain judi tikam-tikam tetapi untuk cari dosa kering.
Nama-nama besar seperti di atas akan memulakan ceramah dengan salam dan selawat ke atas nabi, 5 minit selepas itu akan bermulalah maki hamun, sumpah seranah, fitnah, adu domba dan segala macam pembohongan oleh munafik-munafik di atas.
Lalat hijau mungkin akan teruja apabila melihat persiapan kali ini cukup hebat dengan puluhan khemah yang didirikan di tapak ceramah, seolah-olah dapat mengalahkan majlis kedatangan perdana menteri tempoh hari.
Dulu-dulu Pas buat ceramah di perkarangan masjid dan surau, kini kerana Dap mereka sanggup buat di tapak fun fair yang penuh dengan unsur judi tikam.
Ceramah malam ini penting buat Pas kerana mereka mahu kerusi Changkat Jering, Pkr mahu meletakkan calon di sana tetapi Pas tetap berkeras mahu kerusi tersebut. Sebab itulah ceramah kali ini tidak ada wakil Pkr,
Dalam diam Pas telah bercakaran bersama Dap dan Pkr, Pas menjemput Ngeh Koo Ham kerana ia adalah sekutu kuat Nizar Jamaluddin.
Calon Dun Changkat Jering kini milik Nizar Jamaluddin, kerusi tersebut juga diidamkan oleh YDP Pas Bukit Gantang Ustaz (mulut longkang) Nordin Jaafar.
Sebenarnya untuk maklumat lalat-lalat hijau , pada 13 Oktober ini satu jamuan makan malam akan dibuat ditapak tersebut oleh sebuah tokong cina dan khemah tersebut adalah khemah yang telah dipasang oleh pihak tokong tersebut. Kalau lalat hijau nak merasa daging babi golek boleh lah turut serta dalam jamuan tersebut.
INGAT : 1 UNDI UNTUK PAKATAN BERMAKNA 3 UNDI UNTUK G. SOROS.
Published on Oct 7, 2012 by ThePerakToday "Apa yang membuatkan saya rasa begitu marah dan kecewa adalah, Khalid sebagai seorang pemimpin korporat yang kononnya hebat boleh mencabar balik rakyat supaya teruskan saman... dia boleh kata 'Kalau Nak Saman, Samanlah'.
"Sebagai pemimpin tertinggi negeri, Khalid sepatutnya mengambil pendekatan untuk duduk berbincang dengan rakyat bagi menyelesaikan isu ini namun beliau bersikap angkuh dan mengabaikan nasib rakyat yang tinggal di flat dan pangsapuri dimana rata-ratanya dikalangan golongan berpendapatan rendah," katanya ketika menghadiri Demonstrasi Aman Menuntut Air Percuma di Flat SPNB, Taman Medan Cahaya pagi tadi.
Menurut Sohaimi lagi, tindakan Khalid itu ternyata menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan sebenarnya omong kosong -- sekadar 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PULAU PINANG 6 Okt. - Amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga seperti dipraktikkan dalam pakatan pembangkangtidak perlu dibimbangi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik.
Menurutnya, berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang.
"Jadi saya fikir nepotisme dalam pakatan pembangkang tidak perlu dikhuatiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
Berdasarkan senarai tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri bukan sahaja menyenaraikan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri malah, turut meletakkan anaknya, Nurul Izzah sebagai anggota Kabinet.
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, pakatan pembangkang tidak percaya pada senarai sedemikian.
"Kami percaya kepada realiti. Apabila tiba masanya nanti, pakatan pembangkang akan mendedahkan senarai Kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.
"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," ujarnya.
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?
2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?
3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?
4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?
5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?
6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?
7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?
8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?
9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?
11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?
12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?
13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?
14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?
15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?
Harap kita dapat fikir Islam atau tidak UMNO berdasarkan hujah di atas.
Zahid serah kepada Peguam Negara isu peguam Perancis SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 7 Oktober 2012
Ahmad Zahid bersama murid Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah Kampung Tanah Lalang, semalam.
BAGAN DATOH - Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Peguam Negara sama ada mahu menghalang atau membenarkan kehadiran peguam Perancis, William Bourdon, yang dilihat mempunyai kepentingan politik untuk pihak pembangkang.
Bourdon dijemput oleh pembangkang untuk memberikan taklimat berkenaan pembelian kapal selam Scorpene di Parlimen.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjemput peguam itu untuk kepentingan politiknya.
"Anwar memanggil peguam luar untuk memburukkan imej negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memegang jawatan Menteri Pertahanan, semasa pembelian kapal selam itu.
"Sebagai Menteri Pertahanan, saya akan terus mempertahankan pembelian kapal selam Scorpene kerana ia melibatkan spesifikasi dan harga yang telah dirundingkan," tegasnya.
Beliau menekankan, walaupun kedatangan peguam Perancis itu atas tujuan politik dan tiada kaitan dengan perundangan negara, ia tetap menggambarkan campur tangan pihak luar dalam hal ehwal dalaman negara ini.
"Ia merupakan cubaan merendahkan imej negara dan kredibiliti peguam dalam negara ini. Rakyat harus tolak campur tangan dari orang luar," katanya ketika ditemui selepas Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah Kampung Tanah Lalang, di sini, semalam.
Ahmad Zahid menjelaskan, pembelian kapal selam itu dilakukan mengikut perundangan serta garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, Ketua Audit Negara telah mengemukakan laporan rasmi mengenai pembelian kapal selam berkenaan dan ia tidak harus dipertikaikan. Menyentuh rayuan veteran angkatan tentera supaya kerajaan memberikan mereka elaun tetap RM500 sebulan, Ahmad Zahid berkata, ia terserah kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri.
"Pemberian sagu hati RM1,000 yang dibentangkan pada Bajet 2013 harus diterima dengan penuh kesyukuran oleh pesara tentera. Pemberian itu adalah tanda penghargaan kerajaan kepada mereka yang berkhidmat dalam era darurat," katanya.
1. Panglima baru sahaja baca ulasan baik dari rakan di Agenda Daily.
2. Isu timbul kerana 130 ribu dicatat telah hadir majlis kahwin anak sulung Ketua Menteri Melaka tersebut.
3. Sebagai Ketua Menteri sejak sekian lama dan juga mungkin pinjaman peribadi anak beliau tidak mustahil kenduri besar seperti itu dapat dibuat.
4. Jika dicongak kasar kos tidaklah besar kerana biasanya semakin ramai semakin murah kos catering.
5. Selain itu kita tidak tahu sanak saudara Datuk Ali yang mungkin menyumbang untuk menjayakan hari bahagia kali pertama menerima menantu dalam hidup beliau.
6. Pendek kata, isu ini isu murahan yang cuba dimainkan untuk menutup kelemahan Pakatan yang sesakk nafas ditekan kiri kanan isu pemerintahan yang masih gagal diatasi walau mereka menguasai alam maya.
7. Jika tidak benar sudah tentu sekejap sahaja isu ini dapat dispin kembali namun realitinya tidak begitu. Kerana jelas bukti yang ada terlalu kuat untuk dilawan dengan penipuan. Seperti kes pembelian bas oleh MB Khalid Ibrahim yang dikatakan berharga RM1.5 juta diguna oleh Anwar Ibrahim.
"Syarikat yang banyak berjasa kepada Malaysia hasil kebijaksanaan kepimpinan Barisan Nasional, membuka stesen pertama di TTDI 1981.baca kehebatan petronas di http://ms.wikipedia.org/wiki/Petronas"
"Blogger Jentayu Abaka Encik Al-Azharri Kamunri http://jentayu-abaka.blogspot.com terbit buku tulisannya selama 22 tahun (1990-2012) jom share. Panglima bertemu beliau di rumahnya dapat autograf. Akan dirasmikan oleh Tun Mahathir tidak lama lagi."
LONDON: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berhasrat memperluas penganjuran Minggu Malaysia ke lokasi lain seperti Timur Tengah dan China.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penganjuran acara itu buat kali keempat di kota London yang menampilkan pelbagai tarikan Malaysia, mendapat sambutan hebat bukan sahaja daripada masyarakat Britain tetapi juga pelancong asing yang berkunjung ke sini.
"Kami ingin sangat membawa Minggu Malaysia ke peringkat lebih tinggi iaitu bukan sahaja untuk masyarakat Eropah tetapi juga masyarakat di Timur Tengah atau China," katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Minggu Malaysia London 2012 pada Sabtu.
Rais berkata Minggu Malaysia sebelum ini dianjurkan di London pada tahun 2006, 2007, 2008 selain di Washington, Amerika Syarikat pada 2010.
"Jadi dengan lima Minggu Malaysia ini, kita sudah rumuskan daya tarikannya memang hebat dan kita tidak harus berhenti begitu sahaja," kata menteri itu.
Edisi terbaharu Minggu Malaysia selama lima hari bermula semalam diadakan di South Bank bersebelahan tebing selatan Sungai Thames, yang menjadi antara lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai di tengah kota London.
Rais menarik perhatian bahawa elemen kepelbagaian yang wujud di Malaysia termasuk kepelbagaian bangsa boleh dikatakan menjadi aset paling besar negara.
"Seperti yang disebutkan oleh Mayor (Datuk Bandar Southwark Althea Smith), kepelbagaian itu merupakan kekuatan Malaysia iaitu kepelbagaian bangsa atau kaum, agama, budaya, makanan dan sebagainya," katanya.
Beliau juga berkata Minggu Malaysia di London kali ini berbeza dengan sebelumnya apabila tumpuan diberi kepada makanan dan kraf atau kerjatangan dari Malaysia.
Sementara itu, Smith berkata acara itu adalah mengenai kepelbagaian dan perlunya orang ramai bekerjasama sebagai satu komuniti.
"Kerana pada akhirnya, tanpa mengira dari mana asal kita, tanpa mengira di mana kita tinggal, kita adalah satu..kita semua bersatu sebagai umat manusia," katanya.
Pereka kasut terkenal Malaysia Datuk Dr Jimmy Choo melahirkan harapan bahawa Minggu Malaysia akan terus dianjurkan di sini yang membolehkan para pengunjung menikmati apa yang dapat ditawarkan oleh Malaysia dari segi budaya, makanan, fesyen dan tarikan yang lain.
Terdahulu, jemputan dan pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian yang menampilkan tarian dan muzik berkonsepkan 1Malaysia serta pertunjukan fesyen. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DAH BERBUIH MULUT TEMAN YOP! idak ke nak ajak round dgn BAS nie?
Anwar sepatutnya jumpa YB Hamidah Osman supaya masukan dalam kelender VISIT Perak 2012, kesian jugak dah kalau setakat yang datangnya hanya 100 orang jer, duit minyak tak lepas!bukan susah sangat dan jangan ler tamalu dan segan kalau nak ramai yang datang kenaler masuk dalam senarai salah satu tarikan pelancung untuk menambah ramai yang akan hadir dan merakamkan sejarah bergambar dengan Bas Mewah yang jadikan cerita Mat Jenin nak jadi Perdana Menteri, boleh lah buat tatapan bila nanti kalau dah kuat meroyannya tak dapat jadi perdana menteri
Sepatutnya UMNO kena terima Kasih kepada Anwar! manakan tidak! habis satu malaya dia round tak pernah sekalipun dia tak menyebut nama UMNO, sekalipun Jelajah dah basi sebab semua dah tau pasal kemerdekaan yang dah dua bulan berlalu tapi mamat nie guna tajuk bagi membolehkan dia berombongan dengan bas mewah keserata malaya,
Semalam siri jelajah UMNO yang diagungkan nuar dibeberapa tempat di Perak seperti di Seri Raia, titi gantung dan bagan datuk begitu ramai dikunjungi oleh bodyguard- bodyguard dan peminat Kenderaan Mewah tak melepaskan peluang hadir! almaklumlah bukan senang nak dapat jadi bodyguard sampai cecah berpuluh escort untuk sorang merangkap boleh dikira juga sebagai penonton sekali. seramai 100 yang hadir terdiri dari bodyguard- bodygard, ahli dan cai Lim, juga termasuk tuan punya kemah selain yang hadir tak melepaskan peluang untuk melihat dan bergambar dengan bas mewah biarpun rakyat sedikit angin apabila merasakan macam JAKUN sangat diperbodohkan siperlewart.
Ishhh mana lagu star war nie! tak nampak ker Perdana Menteri dah keluar nie?
Siapa mamat nie ternyata semua dah tau, hehehe memang teringin benor nak jadi perdana menteri jub nie, walau bagaimanapun sebagai menjaga hati dan utk cover malu tak pa ler kita katakan jer yang hadir cecah 100.000 yang berasak hadir, amacam boleh gitu? kita campur sekali dengan kuncing, anjing yang ada kat situ, bangku, kemah, kaki kemah kenderaan yang lalu lalang, orang yang duduk dirumah tak kira ler tgh menonton TV atau pun yang tengah berak dan jangan lupa kita kira sekali bangla, mynmar dan pendatang asing yang duduk disekitar 5 kilometers di tempat ceramah. haha betul ler tu campur semua dengan bilangan pingan mangkuk dan lain-lain mau cecah dekat sejuta tu...
Apapun pendapat teman jelajah ni tak balik modal! buang. karen, buang minyak jerdah kalau satu hari pedana menteri round ke tiga empat tempat yang hadirnya hanya 4 ratus jer termasuk yang ikut belakang sekali. baik jer buat blog macam teman paling tidak satu posting pun ada yang baca cecah seribu sehari,
Jadi elok jer buat bas Rombongan tentu masyukkkk, cerita penuh yang hampeh resultnya jelajah nie komer tengok di (SINI)
tu dia dah bungker tapi nafsu besar! tanya ler belakang tarok ker?
Tengah tengok lambang parti yang ditinggalkan ker?
Perghh rambut putih boleh balun ramai tu....
Amacam sakit pinggang kena berubat ke german ker?
Amacam? hehehe sendiri ingat la tak mampu back door lu kata?
Tak pa sayang... tak kan dia orang percaya orang tua larat membalun!
Abang Hebat, betoi ker abang parti appolo, boleh naik bulan adik!
Bior betoi yop! muka nie memang popular! betoiker dikatakan dema nie puak belah sana, dalam siri pendedahan orang penting nie nampaknya bikin panas, sapa orang Malaysia yang kasi malu nie! sokongler komer, bagi ler kafir baca hadis dan nas dalam ceramah komer...
komer tau ker yang beriya sakan mengaku ostad tapi kafir sesuka hati bapak dema baca dan terjemahkan hadis sesuka bapak dema, boleh macam tu ker! komer tau ker berapa banyak dia tegok arak, berapa banyak meratah babi, berapa banyak pulak membalun jalang, berapa lama dema berjudi dan banyak lagi pekara haram jadah yang menyanggah hukum dan komer angkat haram jadah nie dengan laungan takbir untuk kafir harbik sesuka hati bapak dema baca hadis...
Tak kira sapa dema nie sekupang nak kasi tau komer kalau ini halal untuk dema tapi tak halal untuk yang beragama Islam ada paham, kalau lah macam ni jadi kengkawan komer malah jadi yang sangat komer agungkan... istigfar banyak-banyak dN bertaubatlah dengan kesalahan yang komer dah buat! jangan jual agama demi tekak, MULUT, perut dan Parti komer!
Apapun gambar diatas nie menjadi ukuran dan komer gunaler otak, dah tua bangka pun bernafsu dan boleh belasah beramai made in china atau thailand dan internasional taste... jadi tak heran ler ada yang kata kononnya dah tua bangka mana boleh balun coffee boy- coffee boy, jangan sampai komer atau adik beradik komer jadi mangsa pulak! taknak tanya pulak mana datangnya dana membalun nie? takat gaji RM 1 sebulan rasanya beli condom pun tak lepas apatah lagi kalau naik jet dan bas mewah! hehehehe lu sendiri ingat la sapa lu punya bigg Boss yang versertile d alam pelbagai cara dengan profesional, membalun dan Tazkirah sama handal... kahak ptuiiii!!! TAK DAPAT LER UNDI AKU, ANAK BERANAK, KELUARGA, KAWAN-KAWAN, DAN ORANG KAMPUNG AKU SELAGI AKU BOLEH SEDORKAN DEMA SAPA SEBENORNYA KOMER...
Idea pemansuhan PTPTN yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah menjadi topik hangat yang diperbincangkan, sehingga membawa kepada debat di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramly.
Umum mengetahui bahawasanya PAS dan DAP telah menarik brek berkenaan isu ini, kerana dilihat memberi "political damage" kepada mereka. Anwar Ibrahim, sebelum ini telah diasak kiri dan kanan oleh sekutunya dalam satu mesyuarat Pakatan gara-gara tindakannya cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.
Kita sedia maklum, bahawa PTPTN banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana demi cita-cita melihat anak mereka berupaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pemansuhan PTPTN hanya akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi terutamanya di kalangan pelajar miskin.
Bukan hanya menampung kos yuran pembelajaran, PTPTN juga sebenarnya membiayai kos sara hidup pelajar. Isu yang mula didendangkan pada bulan Februari 2012 ini rupanya telah memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat.
Desakan pemansuhan PTPTN oleh Anwar Ibrahim dan disambut pula oleh segelintir golongan mahasiswa CGPA 2.5 dan ke bawah amatlah mendukacitakan. Kita faham kalau golongan tersebut enggan membayar balik pinjaman gara-gara keputusan peperiksaan mereka tidak melayakkan untuk PTPTN ditukar menjadi biasiswa penuh.
Namun agak mengejutkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.
Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.
"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sebelum itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.
Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.
Habis siapa yang tertipu sekarang? Berapa banyak masa yang terbuang yang telah digunakan oleh pelajar-pelajar ini untuk mengikut telunjuk Anwar dengan melakukan demo sehingga menyusahkan orang ramai disekitar Kuala Lumpur!
Sampai bila Anwar harus menipu rakyat! Setelah segala-galanya rosak, tiba-tiba sahaja mengubah fikiran! Kepada pelajar-pelajar 'U' semua, siapa yang harus dipersalahkan sekarang? Adakah masih mahu menyalahkan kerajaan yang prihatin kapada anda semua. Sebagai seorang yang terpelajar sudah seharusnya anda semua dapat membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Ada yang mengatakan yang Anwar sudah 'buang tabiat' dan malah ada yang mengatakan yang Anwar sudah tidak siuman? Mangapa tiba-tiba U-turn 360 darjah! Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadang kala bertentangan dengan Islam itu sendiri.
Tindakan itu dilakukan bertujuan supaya umat Islam tertarik dengan perjuangan PAS, kerana pemimpin pemimpin PAS menyedari bahawa orang orang Islam di negara ini tidak mudah menolak atau membantah sesuatu yang dikatakan Islam. Akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam.
Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap apa sahaja terhadap orang orang yang tidak menyokong PAS, malah ada setengah tempat menganggapkan PAS ITU PARTI ALLAH.
CONTOHNYA PAPAN TANDA YANG TERLETAK DI KAMPUNG KERINCHI TEPI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1986.
Untuk menyelamatkan umat Islam daripada kekeliruan ini, ramai tokoh-tokoh agama telah memberi penerangan dan menerbitkan buku-buku serta risalah mengenai Islam dan Parti politik. Termasuk juga bekas seorang tokoh PAS iaitu Ybhg Dato' Hj Mohamad Nasir. Beliau menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "JANGAN KELIRU – AGAMA (ADDIN) TIDAK BOLEH DIANGGAP BADAN POLITIK".
Dalam risalah tersebut diterangkan tentang perbezaan antara agama dan parti politik dan disertakan pula ayat ayat suci Al- Quran dan hadis hadis Nabi sebagai panduan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-
"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".
Walau bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berkenaan bagi mengelak kekeliruan ini, namun ianya tidak menampakkan banyak perubahan, malah ramai dikalangan umat Islam, terutama di Kelantan dan Terengganu yang menganggapkan PAS itu Islam, Islam itu PAS. Ini mungkin disebabkan kempen kempen yang boleh mengelirukan mereka masih berterusan dilakukan oleh orang orang PAS.
Sebagai contoh, apabila saja penceramah-penceramah PAS bercakap mereka selalu menegaskan bahawa "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".
Dan Ketua Dewan Ulamak PAS pada masa itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri semasa bercakap di Gua Musang telah mengeluarkan fatwa, haram jika ada mana mana parti politik yang menentang pimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam. Rujuk kepada ucapan majlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS di Renok B, Gua Musang Kelantan pada 23hb April 1994.
Wallahuallam
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jika anda adalah penerima BR1M, apakah yang anda dapat dari pemberian BR1M sebanyak RM500.00 dari Kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Jika anda pengguna yang bijak berjimat dan berhemah ketika berbelanja, wang tersebut jika dibahagikan dengan 12 bulan bererti anda memiliki RM41.66 belanja tambahan sebulan.
Dengan wang tambahan RM41.66 sebulan tersebut, rakyat boleh membeli barang-barang keperluan asas ini di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dengan harga yang minima;
Klik untuk besarkan imej
Berbaloi bukan?
Atau anda boleh berbelanja sepertimana Pakej B berikutnya...
Klik untuk besarkan imej
Adakah kedai-kedai lain mendapat harga rendah sebegini? Kalau dapat memanglah bagus, ia rahmat kepada semua pengguna. Sehingga September 2012, lebih 250 buah KR1Mtelah diwujudkan seluruh negara bagi membantu rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah untuk berjimat ketika berbelanja. Kos perbelanjaan yang rendah sudah pasti mengembirakan hati kita semua. Syukur. Untuk rujukan layari: http://www.kedairakyat1malaysia.com.my
Melalui Bajet 2013, kerajaan bercadang mewujudkan 57 buah lagi KR1M di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan dengan peruntukkan sebanyak RM386 jutayang turut merangkumi kos pembinaan, kos penghantaran dan subsidi pengangkutan sebagai usaha menyeragamkan harga barangan di negeri-negeri tersebut dengan Semenanjung Malaysia. Ini membuktikan BN sememangnya prihatin dengan masalah kenaikan kos harga barang yang ditanggung rakyat.
Hanya golongan peniaga-peniaga yang tamak, suka jual barang dengan harga mahal, suka menipu dalam timbangan dan cukup selesa dengan penipuan yang memeras hidup rakyat selama ini akan merasa terancam dengan kewujudan KR1M. Begitu juga kalangan mereka yang dengki dan khianat setiasa akan cuba mensabotaj apa jua kebaikkan dasar kerajaan yang memmbawa manfaat sepada rakyat.
Untuk BR1M 2.0 tahun 2013 kelak, sebanyak RM3 bilion akan diagihkan untuk 4.3 juta isi rumah berpendapatan RM3,000.00 sebulan, ditambah lagi dengan 2.7 juta individu bujang berpendapatan kurang RM2,000.00 sebulan.
Sebenarnya pemberian BR1M 1.0 dan akan datang BR1M 2.0 adalah usaha berterusan dari Kerajaan BN untuk menggerakkan ekonomi negara di semua peringkat. Rakyat yang kurang berkemampuan akan dapat manfaatnya, sementara KR1M diwujudkan bagi menggalakkan rakyat dapat berjimat belanja disamping menggalakkan persaingan sihat. Jika harga di KR1M boleh murah, ia akan menjadi penanda aras bagi harga barangan pengguna yang lain di pasaran dan perlu diikuti oleh para peniaga lain demi kebajikan rakyat.
Yang penting bukan banyak mana wang BR1M kita dapat, tetapi banyak mana kita bersyukur dan manfaatkan rahmat dan nikmat yang diperolehi. Perut rakyat perlu diisi dengan makan-minum, bukan dengan ceramah maki hamun, fitnah dan hasutan siang malam. Segelintir rakyat tertipu apabila banyak wang mereka ditagih untuk mengisi tabung-tabung kebajikan parti, sedangkan mereka dipaksa redho dan berfantasi dengan janji-janji yang ditaburi dalam manifesto pilihanraya yang kebanyakkannya memang mustahil untuk ditepati.
Semoga rakyat terus dapat manfaat dengan harga murah di KR1M dan inisiatif BR1M. Insya Allah.
KR1M - kualiti terjamin, harga berpatutan, halal dan mesra pelanggan.
Harga jimat, rakyat dapat manfaat, ekonomi pasti berkat ....dasar BN sememangnya tepat!
*Artikel ini adalah sumbangan pembaca MyMassa melalui e-mail.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.
Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Guan Eng berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.
"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.
Beliau berkata demikian seperti mana disiarkan dalam portal berita, Malaysiakini.
Yang turut hadir, Exco negeri, Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Pulau Pinang, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.
Dalam sesi dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.
Sementara itu penulis blog BigDogDotCom ketika mengulas berita tersebut mendakwa gesaan Guan Eng dalam majlis berkenaan berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan memandangkan program terbabit berkait rapat dengan kelompok pemimpin agama.
"Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng menggunakan platform majlis berkenaan untuk menyemai agenda politik pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik," katanya sebagaimana dipetik dalam bigdogdotcom.wordpress.com, hari ini.
Menurut beliau, sekiranya gesaan yang dilakukan oleh Guan Eng itu dibuat bukan atas platform majlis keagamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka prasangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan.
"Namun dipercayai Guan Eng sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka," ujarnya.
Beliau berkata, pembangkang sering mengambil kesempatan menyemai bibit-bibit politik, terutama 'politik kebencian' yang kini telah pun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia semakin berpecah dan tidak bersatu padu.
Ujarnya, adalah amat bahaya apabila pembangkang terus-menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keagamaan demi menyebarkan pengaruh politik mereka.
"Perkara seperti ini semestinya akan mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya tiada tindakan oleh pihak berkuasa.
"Guan Eng sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan," katanya.
Berikut adalah kereta milik Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang kena simbah dengan cat merah pada jam 3.20 petang tadi.
Kereta milik Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah dipercayai dilakukan dua orang lelaki yang memakai baju hujan dan menggunakan motosikal.
Oh Tong Keong adalah lantang memperjuangkan isu perumahan rakyat di Taman Manggis. Apakah kejadian simbah cat ini bermotif politik dan satu lagi cubaan untuk mengugut Ketua Pemuda BN tersebut untuk diam dalam isu di Taman Manggis?
Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.
"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.
"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.
Guan Eng ketika bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' yang merupakan slogan pakatan pembangkang.
"Gereja boleh memainkan peranan menentang ketidakadilan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Dalam sesi dialog dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.
Menurut Rajah, seruan meminta gereja menyatakan pendirian mereka terhadap soal ketidakadilan seperti dinyatakan Guan Eng itu hanya akan dilihat sebagai bermotifkan politik.
"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja tetapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan demi kepentingan politik.
"Kami tidak mewakili suara kerajaan atau pembangkang serta bukan alat politik mana-mana pihak, kami berdoa untuk kesejahteraan semua orang. Jangan sesekali politikkan isu agama," tegasnya.
Beliau turut menyeru kepada rakyat khususnya yang beragama Kristian supaya tidak taksub dengan pihak tertentu sehingga terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang.
"Saya secara peribadi tidak gemar dengan keadaan huru-hara atau perhimpunan yang melibatkan keganasan kerana adalah lebih elok kita menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Phillips berkata, adalah tidak elok sekiranya seseorang menggunakan gereja sebagai tempat mencari undi.
"Kita tidak boleh sesekali menggunakan gereja sebagai tempat memancing undi untuk mana-mana parti politik. Gereja bukan tempat berpolitik," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung kenyataan Guan Eng yang menggesa penganut Kristian supaya bersuara terhadap ketidakadilan.
"Saya tidak boleh beri sebarang komen berhubung perkara ini kerana tidak pasti apakah sebenarnya niat Guan Eng pada sesi dialog tersebut," katanya.
Sebelum itu, Petikan ucapan Guan Eng di hadapan pemimpin gereja
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.
Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Guan Eng berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.
"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.
Beliau berkata demikian seperti mana disiarkan dalam portal berita, Malaysiakini. Yang turut hadir, Exco negeri, Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Pulau Pinang, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.
Dalam sesi dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.
Sementara itu penulis blog BigDogDotCom ketika mengulas berita tersebut mendakwa gesaan Guan Eng dalam majlis berkenaan berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan memandangkan program terbabit berkait rapat dengan kelompok pemimpin agama.
"Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng menggunakan platform majlis berkenaan untuk menyemai agenda politik pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik," katanya sebagaimana dipetik dalam bigdogdotcom.wordpress.com, hari ini.
Menurut beliau, sekiranya gesaan yang dilakukan oleh Guan Eng itu dibuat bukan atas platform majlis keagamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka prasangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan.
"Namun dipercayai Guan Eng sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka," ujarnya.
Beliau berkata, pembangkang sering mengambil kesempatan menyemai bibit-bibit politik, terutama 'politik kebencian' yang kini telah pun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia semakin berpecah dan tidak bersatu padu.
Ujarnya, adalah amat bahaya apabila pembangkang terus-menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keagamaan demi menyebarkan pengaruh politik mereka.
"Perkara seperti ini semestinya akan mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya tiada tindakan oleh pihak berkuasa.
"Guan Eng sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan," katanya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AIDCNews – 06/10/12 – Ramai yang bertanya apakah kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menuntut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Melayu) Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 hingga 1971.
Pertanyaan itu dianggap wajar kerana kebanyakan penulis dan wikipedia hanya menumpukan kepada kegiatan Anwar di Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM) tetapi tidak ada rekod tentang pencapaian akademik Anwar semasa di UM.
J. Victor Morais dalam bukunya bertajuk "Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah" yang diterbitkan pada tahun 1984 turut menyingkap persoalan ini, namun jawapannya juga masih samar-samar. Morais menemui dua orang sahabat baik Anwar, 2K, Kamaruddin Mohamed Noor, (ketika itu Naib Presiden ABIM) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung ABIM).
"Apabila ditanya tentang kejayaan Anwar dalam bidang akademiknya, khususnya di Universiti Malaya, Encik Kamaruddin (Mohamed Noor) berkata Anwar adalah pemegang ijazah dengan kepujian tetapi (Encik Kamaruddin menambah kata) Anwar mungkin dapat berbuat lebih baik lagi jika beliau (Anwar) tidak begitu bergiat dalam masalah sosio-ekonomik,"tulisnya.
Sebagai perbandingan, Morais menceritakan secara terperinci kelulusan Kamaruddin Jaafar. "Beliau (Kamaruddin Jaafar) memegang ijazah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Sains Politik, Universiti Malaya sebelum memasuki Universiti Kent di Coutenbury, England). "Kemudian beliau memasuki School of Oriental dan African Studies, Universiti London, di mana beliau beroleh Sarjana dalam Sains Politik.
"Ketika beliau balik dari England dalam tahun 1977, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Bangi," tulisnya lagi.
Pada tahun 1971, tulis Morais, Anwar bersama lima orang rakannya, Kamaruddin Mohamed Noor (KM), Ismail Mina Ahmad, Osman Bakar (Perak), Mohd Zaki Abdul Rahman dan Ahmad Fakri Abdullah telah menubuhkan sekolah swasta yang diberi nama Yayasan Anda Akademik di No A1-2, Bangunan UDA, Jalan pantai Baru, Kuala Lumpur.
Setelah Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982, jawatan Pengarah Yayasan Anda Akademik diserahkan kepada sahabat baiknya, KM.
Hari ini, Yayasan Anda Akademik hanya tinggal pada nama sahaja.
Parties in the opposition unregistered alliance of Pakatan Rakyat are in reality using each other as platform to further their causes – not for the rakyat or Malaysians in totality.
From day one when they came together, DAP has its own Chinese agenda but of course laced and disguise under a Malaysian image, PAS is pursuing the cause of certain individuals but most over their main objectives of an Islamic state.
DAP claims to be multi-racial but its struggle has been one track – championing the Chinese cause – and its members comprise 99 per cent Chinese. PAS is Islamic based as its members can be of any race so long as they are Muslims and they pursue for an Islamic theology state, no meandering or deviation in whatever ways. Now enter Parti Keadilan Rakyat (PKR), multi-racial and borned out of anger when the party de facto leader Anwar Ibrahim was expelled from Barisan Nasional and Umno and charged for abuse of power and sodomy.
The most aggressive and visible because Anwar is well-known even globally, PKR;s aim is to put Anwar in Putrajaya – no matter what it takes as it seems at present. Despite the three parties getting together – like the saying goes sleeping on the same pillow and mattress and also bed – their dreams are different totally.
Right now, under the calm flowing water of the surface, the three parties are pushing one another to get to the top, to be the dominant so that their leaders can be Prime Minister. Despite all agreeing Anwar is to be PM, the real scenario is different at the bottom of the calm flowing water.
PAS still insists on its president Abdul Hadi Awang to be PM while for the DAP, it would be Anwar because a non-Malay PM may not be good for the country with majority Malays and to DAP, Anwar is an easy prey because the aprty leaders have all his secrets.
And if PAS's Abdul Hadi becomes PM, PAS will pursue the Islamic state concept or now has been changed to a welfare state – whatever the name changed it is still an Islamic state because it will have Islamic laws and Hudud will be implemented.
DAP does not want Hudud and Karpal Singh, DAP strongman had said over his dead body while PKR follows DAP stand. Given the opposing 'destinations' the three parties have, what would it be if they win the coming general election?
Would it be like the few Arab nations that had revolutions to change the ruling parties but ended is chaos as everyone wants their ways. And given such scenarios around the world, do Malaysians want to see this happen here where the present comfortable and peaceful country turns chaotic just because the winners want their ways? One wonders whether sanity will prevail among those voters who are obsessed with their political leanings now and see the reality.
Kalau korang nak tengok akan kebodohan haprak pakatan Pulau Pinang,nah ini kes paling menarik . Guan Eng memang cukup sakit hati apabila isu skandal 10billion seleweng tanah Bayan Mutiara dan tanah Jalan Taman Manggis.
Kes membabitkan tanah dan menghalau penduduk kampung Genting juga amat memeranjatkan seluruh rakyat Pulau Pinang betapa banjingan dan brengsetnya ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP.Penduduk Kampung Genting dipaksa untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM8 sekaki!!! BUKAN HARGA PASARAN!!!!
TANAH YANG DIBELI OLEH PEMIMPIN UMNO INI DIBELI DENGAN HARGA PASARAN DAN DIJUAL ATAS KEHENDAK PEMILIK TANAH. RM22 sekaki dan pemilik tanah tak ada yang merungut langsung !
TANAH DIBELI PADA 4 Oktober 2010 ! FAKTA NI PENCACAI KENAPA FAHAM BUKANNYA DIBELI JANUARI 2012 DAN KONONNYA DIJUAL 4 BULAN KEMUDIAN...DAH JADI FITNAH BEB! : baca sini
Bodohnya melayu haprak pakatan,kononnya mereka berjaya mendedahkan satu kes besar seolah 2 pemimpin Umno menjual tanah membuat duit segera.Sedangkan apa yang mereka tidak beritahu kepada rakyat bahawa projek membina rumah dan pembangunan syarikat bumiputra kesemuanya dihalang.Ini termasuklah daripada JKP dan juga Perda.
Kesemua ini Malik Itik dan Dr Mansor sendiri akui bahawa projek membina rumah untuk rakyat dan kos rendah daripada syarikat yang membabitkan pemimpin Umno kesemuanya disenarai hitam walaupun mempunyai kepentingan rakyat.
Haprak Daily portal lidah bercabang PAS main isu kononnya ketua cawangan Umno mengamuk sebab kes isu tanah ni ...agak agak la kalau nak menipu..
LID KERA DIBAYAR UNTUK BAKAR BAJU UMNO?
Marah nyamuk bakar kelambu itulah perumpamaan yang bolek MKP katakan pada penipu yang mendakwa dirinya Ketua Cawangan UMNO Cawangan Batu 5 Permatang Tengah Parlimen Permatang Pauh...Talib nie klu kat Permatang Pauh nama gelaran yang selalu orang panggil LID KERA nama gelaran pun dah macam kera haaaa .....Sesudah la Talib dok menipu orang mengatakan hang masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan...Kalau nak mohong kat orang luar dari Pulau Pinang waima Permatang Pauh mungkin depa boleh Pecaya.....Tapi orang kat Permatang Pauh nie kenal siapa yang menjadi dalang Di Permatang Pauh selama ini.......
Kalah didalam pemilihan Ketua Cawangan pada tahun 2008 tapi masih menipu ke?Jika sebelum 2008 Talib nie memang Ketua Cawangan...Kenapa Talib nie ditolak oleh ahli sendiri didalam cawangan?Jawapannya adalah kerana sikap beliau sendiri yang suka berpoya-poya dan berjudi.....Nak kata teguk air kencing setan boleh dikatakan setiap malam la......Talib Permatang Pauh bukanya besar sangat cerita didalam kelambu pun boleh keluar jika pemimpin mempunyai tabiat buruk serta mempergunakkan jawatan untuk memerah pemimpin serta peniaga yang berpayung padanya.......Selanjutnya klik MKP
Pisau kata "kesian.. dah terdesak..kera pun depa pakai"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Beberapa hari lepas terbaca di peraktoday.com apa yang dikatakan oleh isteri PM tentang fitnah yang dilemparkan kepadanya berhubung Program Permata Negara.
Saya yakin semua diantara kita masih ingat bagaimana pihak pembangkang melalak-lalak dalam Dewan Rakyat ketika PM mengumumkan bajet untuk PERMATA pada pembentangan belanjawan 2011.
Riuh rendah Dewan Rakyat ketika itu mereka melaung-laungkan nama Rosmah. Dan perkara itu tidak berhenti disitu , mereka bawa pula keluar dewan dan tuduh macam-macam. Kononnya duit bajet itu digunakan Rosmah untuk membeli-belah dan bergembira.
Walaupun ramai pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah wakil rakyat , tapi nampaknya mereka masih bodoh dan tidak tahu bagaimana prosedur pengeluaran atau penggunaan wang kerajaan.
Mereka cuba gambarkan kononnya segala bajet untuk PERMATA, maka wang-wang tersebut akan mengalir masuk ke akaun atau poket Rosmah.
Habis tu semua pegawai kerajaan tunggul kayu ke ?
Pusat Anak Permata Negara Putrajaya
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perkara sebenar tentang PERMATA. Apa yang saya tulis ini bukannya saya kutip di tepi jalan. Beberapa bulan lepas lagi saya telah buat kerja ini dan saya simpan. Kini tiba masanya untuk saya tulis.
Idea untuk menubuhkan PERMATA muncul pada tahun 2006. Cetusan idea untuk menubuhkan PERMATA muncul kerana masalah gejala-gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat.
Seperti yang kita tahu semakin hari dunia semakin moden dan cabaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak juga semakin meningkat.
Kita mungkin boleh kawal anak kita dari keluar rumah, tapi tahukah kita apa yang anak kita lakukan di dalam rumah ? Penjajahan internet pun sudah cukup untuk merosakkan minda anak-anak kita. Itu belum dikira lagi sewaktu mereka di sekolah atau keluar bersama kawan-kawan. Dalam apa cara sekali pun kita tidak boleh mengawal 100 % pergerakkan anak-anak kita. Cara terbaik untuk mengawal mereka adalah dengan didikan.
Anak-anak Permata Negara Terengganu
Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu, cukup hanya dengan menjengkilkan mata atau mengangkat rotan anak-anak sudah terkencing.
Zaman dulu berapa kerat sangat ada anak luar nikah ? Kalau ada pun orang tak akan buang sewenang-wenangnya. Zaman sekarang setiap hari ada sahaja berita anak luar nikah yang dibuang.
Begitu juga dalam soal budi bahasa. Bandingkan budi bahasa budak-budak zaman dulu dengan budak-budak zaman sekarang. Budak-budak zaman dulu kalau bercakap rujuk diri sebagai saya, awak, anda,kamu. Zaman sekarang pula ayat aku, kau dah jadi perkara biasa di kalangan kanak-kanak.
Zaman dulu ibu bapa beri rotan kepada cikgu supaya rotan anaknya jika melakukan kesalahan. Zaman sekarang cikgu rotan murid maka cikgu pula yang diserang oleh ibu bapa. Akhirnya cikgu tidak dapat menjalankan tugas mendidik yang diamanahkan kepada mereka dengan sempurna.
Itulah yang dikatakan zaman telah berubah dan cabaran kepada ibu bapa semakin meningkat.
Dipendekkan cerita, keruntuhan moral dan akhlak anak-anak di zaman sekarang semakin teruk. Oleh yang demikian perlulah difikirkan satu langkah bagaimana untuk mengatasi perkara itu. Jika tidak dibendung makin lama keadaan akan jadi makin teruk.
Dengan niat yang baik pada tahun 2006 Datin Seri Rosmah yang ketika itu isteri TPM telah berjumpa dan berbincang dengan 25 individu yang terdiri dari golongan profesional, golongan pendidik, ahli akademik, doktor, polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain bagi membincangkan penyelesaian kepada masalah yang semakin hari semakin membimbangkan itu.
Hasil perbincangan 25 orang tersebut yang terdiri dari pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang telah membawa kepada kata putus bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan cemerlang perlu bermula sejak awal dan lebih berkesan sekiranya dimulakan ketika baru lahir.
Pusat Anak Permata Negara Bercham
Gabungan idea itu membawa kepada terbentuknya konsep setiap anak yang dilahirkan adalah sebutir permata. Seperti yang kita tahu sebutir permata ketika mula-mula ditemui ianya tidak akan kelihatan seperti permata. Kerana ianya dipenuhi dengan selut, tanah atau debu. Namun selepas diasah dan digilap dengan baik barulah ia akan bersinar dan bernilai tinggi.
Begitulah juga dengan anak-anak kita....kena dengan didikan dan asuhan maka bersinarlah masa depan anak itu. Apabila masa depan anak bersinar yang untung adalah mereka dan kita sebagai ibu bapa juga sudah pastilah merasa gembira. Kalau mati pun, jasad di dalam kubur pun tenang kerana kita telah meninggalkan anak-anak yang baik dan berjaya.
Perbincangan demi perbincangan yang dilakukan oleh 25 individu tersebut maka tertubuhlah Permata Negara. Kerajaan pimpinan Pak Lah pada masa itu telah meluluskan agar Program Permata Negara diimlimentasikan melalui penubuhan Pusat Anak Permata Negara secara projek perintis pada tahun 2007.
Kesimpulannya projek ini bukan projek Rosmah mutlak. Dan bukannya dikawal oleh Rosmah sepenuhnya. Ianya dirangka oleh 25 orang individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran. Semuanya dengan niat yang satu, iaitu untuk mendidik anak-anak dari terjebak ke dalam keruntuhan akhlak serta moral dan menjadikan setiap anak yang dilahirkan sebagai
Masih ingatkah anda apa yang pernah ditulis oleh blogger bigdogdotcom setahun lebih yang lepas ?
Tulisannya ketika itu menimbulkan kegemparan kepada pemimpin-pemimpin DAP dan membuat pelbagai tuduhan kepada blogger berkenaan dan juga kepada akhbar Utusan Malaysia.
Setelah 17 bulan berlalu ,kini nampaknya Lim Guan Eng sendiri seolah-olah mengesahkan agenda DAP seperti yang pernah ditulis oleh Big Dog dan turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Nampaknya kini blogger Big Dog boleh tersenyum lebar kerana kebenaran untuknya hampir muncul.
Agenda yang diperjuangkan DAP kini sudah terang lagi bersuluh.....
Wow! Selebriti jelita, Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, heh!
Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer.
Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir.
Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton?
Busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fazura menerima tepukan gemuruh disaat kemunculannya.
Setelah dicop "Minah Propa", muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20, dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.
"Zaman remaja pasti akan ada "culture shock", jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik."
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma turut menambah, "Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya."
Tambah Emma lagi, "Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi"
Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.
Kata Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.
BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan masing-masing.
Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.
Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia dipaksa, si isteri akan terasa sakit.
Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat dalam keadaan biasa.
Dalam keadaan takut atau ngilu, otot lantai pelvis si isteri atau 'otot kemut' mencengkam dan membuatkan pembukaan faraj tertutup lebih padat.
Jika dipaksa melakukan penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.
Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj, seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.
Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli pelembap seperti 'Top'Gel' (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.
Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj dengan melegakan pembukaan faraj.
Jika masih gagal menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau dukun bukan tindakan bijak.
Masalah berlaku bukan kerana ilmu hitam tapi kurang ilmu hubungan seks serta kurang bimbingan dan maklumat mengenai dunia kelamin. Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com.
Saya syorkan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga membaca buku panduan hubungan seks suami isteri bertajuk 'Adab Malam Pengantin' keluaran Telaga Biru.
GEORGETOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini disimbah cat merah dan cerminnya dipecahkan.
Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu disedari oleh seorang pekerja kedai makan berkenaan sebelum memberitahu kepadanya.
Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, beliau bergegas ke parkir idan mendapati cermin hadapan dan belakang keretanya pecah dipercayai akibat dihentak menggunakan objek berat.
Beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan percaya ia dirancang oleh pihak tertentu.
"Pekerja kedai makan itu memberitahu sempat melihat dua orang lelaki menunggang motosikal melakukannya. Mereka melarikan diri sebaik sahaja melakukannya.
"Bagaimanapun, dia tidak sempat melihat wajah lelaki berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.
"Saya tidak tahu apa punca sebenar mereka merosakkan kereta tetapi percaya ia ada kaitan dengan politik memandangkan kami (Pemuda) kerap membongkarkan isu terutama perumahan rakyataman Manggis," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini.
Menurutnya, inisiden itu pertama kali berlaku sejak memegang jawatan Pemuda BN dan menganggar nilai kerugian kira-kira RM10,000.
Tong Keong bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
SEPANG 7 Okt. - Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mengumumkan pembubaran 6 cawangan DAP di sekitar kawasan Sepang.
Pembubaran yang turut disahkan Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, R. Bellasamy adalah disebabkan atas masalah dalaman DAP yang tidak bersatu sesama anggotanya sendiri.
"Enam cawangan DAP di sekitar Sepang yang dibubarkan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu, Taman Sri Sungai Pelek (B). Tan Kok Wai sering kali memecat dan memfitnah anggotanya DAP tanpa ada sebab yang munasabah "katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut hadir memberi sokongan termasuklah Bekas Pemimpin PKR kawasan Sepang, Mahful Wahid.
Tan juga menegaskan, penjelasan bahawa parti DAP hanya mementingkan kroni,kontrak dan rasuah yang tidak ada batasnya dari dahulu.
"Sebenarnya ada segolongan pemimpin besar DAP memang suka memfitnah dan sesiapa (anggota DAP) yang tidak masuk ke dalam kem akan diletakkan jawatan oleh Tan Kok Wai. Kita sebenarnya mahu membantu untuk menguatkan parti DAP tetapi mereka tidak tahu menilai apa yang kita buat untuk DAP tetapi hanya mementingkan kroni, kontrak dan rasuah.
"Apa yang Lim Guan Eng cakap mahu hapuskan rasuah tetapi sedangkan di Selangor sendiri dia banyak rasuah. Kenapa dia tak hapuskan?," soal beliau.
Beliau turut menambah, pembubaran itu bukan bermakna dirinya 'dibeli' oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional sebaliknya sedar akan pilihan parti yang mampu membela hak rakyat Malaysia.
"Sesiapa pemimpin yang membantu rakyat itulah yang saya akan undi dan saya harap hari ini kita fikirlah secara tenang. Jangan nak tunggu sampai lima tahun dan kesal seperti yang terjadi di negeri Selangor"jelasnya.
Sebelum ini, beberapa pimpinan tertinggi DAP Peringkat Cawangan telah mendedahkan budaya samseng yang didominasi kaum Cina dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.
Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra menjelaskan, budaya tersebut merujuk kepada insiden kekecohan dan pergelutan yang berlaku pada Sidang Mesyuarat cawangannya bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 1 Oktober lepas.
PETALING JAYA – Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, beliau tidak akan mengulas lagi isu berkenaan kenyataan menyentuh kedudukan Menteri Besar Selangor itu jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Katanya, beliau "akur" dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.
"Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
"Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Katanya, teguran yang dibuat Timbalan PengerusiPKR Selangor, Zuraida Kamaruddin semalam diterima dengan berlapang dada dan akan mengikuti nasihatnya.
Selain Zuraida, Faekah juga diingatkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei semalam supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.
Shuhaimi juga menasihati Faekah supaya membaca keseluruhan kenyataan dibuat Azmin terlebih dahulu kerana ia jelas langsung tidak menjurus kepada niat untuk menukar Khalid sebagai Menteri Besar.
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.
"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.
KUALA LUMPUR - Pas, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR), menafikan nepotisme menjadi amalan perikatan berusia empat tahun itu sebagaimana digambarkan oleh pesaing politiknya.
Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti.
Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah.
"Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Selain Pas, PR dianggotai DAP dan PKR.
Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.
"Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya.
Isu itu menjadi perhatian semula ekoran laporan media tempatan baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anaknya akan dilantik menganggotai Kabinet jika PR membentuk Kerajaan Pusat.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikan amalan yang ditentang sebelum ini.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perkara ini wujud dalam semua parti tetapi PR tidak menjadikannya amalan.
Tambahnya, "dari dulu lagi perkara seumpama ini telah wujud dalam semua parti, tapi PR tidak menjadikannya amalan."
KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.
Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.
Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.
Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.
"Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri," katanya.
KUALA LUMPUR: Jika Nadia dijadikan perempuan simpanan selepas dijanji untuk dijadikan isteri kedua, Lina, 28, pula sebaliknya.
Wanita ini seakan-akan ketagih menjadi pemuas nafsu orang kenamaan dan ahli perniagaan serta tidak kisah bertukar-tukar pasangan asalkan dibuai kemewahan hidup.
Kini, Lina langsung tidak bekerja tetapi dihadiahkan sebuah kereta, disediakan rumah sewa dan turut diberi duit poket RM8,000 sebulan oleh seorang ahli perniagaan.
Menurutnya, dia terbabit dalam kancah maksiat sebaik tamat pengajian di universiti awam, beberapa tahun lalu.
Selepas menamatkan pengajian, Lina menghadiri pelbagai temu duga kerja hinggalah dia bertemu usahawan berjaya, Khairil (bukan nama sebenar) yang cuba memikatnya untuk dijadikan wanita simpanan.
BESUT 7 Okt. - Senarai 'Kabinet Bayangan' yang dikeluarkan menerusi sebuah blog Pro Barisan Nasional (BN) dan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini tiada kaitan langsung dengan mana-mana sumber dari Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menjelaskan, 'Kabinet Bayangan' tersebut adalah rekaan dari kedua-dua sumber media berkenaan semata-mata yang sentiasa berniat untuk meruntuhkan kerjasama yang dimeterai bersama gabungan 3 parti Pembangkang tersebut.
"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai Kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir. Perancangan (susunan Kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tau lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno disempurnakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi di sini.
Turut hadir Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan peringkat Negeri Terengganu.
Mustafa berkata demikian ketika mengulas senarai 'Kabinet Bayangan' yang dikeluarkan sebuah blog Pro Kerajaan bernama Papagomo baru-baru ini. Blog tersebut mendakwa telah memperolehi senarai tersebut menerusi sumber dalaman PKR.
Akhbar Utusan Malaysia telah mengemaskini isu yang dibangkitkan blog berkenaan pada keesokan harinya.
Rihanna beraksi menggoda dengan hanya mengenakan bikini untuk promosi iklan pewangi terbarunya, Nude.
Awal hari ini, penyanyi lagu Diamonds ini telah menulis di akaun tweetnya:
"Here is my new ad for a brand new fragrance #NUDE !!! Make sure you smell sexy, especially naked, this fall."
(Ini adalah iklan untuk pewangi terbaru saya #NUDE!!! Pastikan anda berbau seksi, terutamanya ketika berbogel pada musim luruh ini.")
Sebelum itu, Chris Brown telah mengaku menyayangi Rihanna dan juga bekas kekasihnya Karrueche Tran di dalam sebuah video.
Bapa Rihanna telah meluahkan perasaannya di dalam majalah In Touch mengenai Chris dan Rihanna.
"Saya tahu mereka menyayangi antara satu sama lain. Sudah terbukti," katanya.
"Beliau adalah orang yang paling gembira apabila Chris berada disampingnya, dan jika dia bahagia, saya juga akan bahagia dan seluruh dunia patut berkongsi kebahagiaan ini."
MANGSA...Suzi dan Nana menceritakan kepada wartawan Harian Metri bagaiaman mereka dipukau sebelum diperkosa
KUALA LUMPUR: "Saya cuma ingat leher terasa meremang dan apabila sedar, saya sudah terbaring di atas katil tanpa seurat benang dengan seorang lelaki terlentang bersebelahan saya," kata seorang remaja yang mendakwa menjadi mangsa pukau dan rogol.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 17, mendakwa kejadian berlaku pada malam Aidiladha tahun lalu apabila dia yang tinggal bersama nenek dan datuknya tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukau ketika berada di rumah mereka di Kelantan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang berbaring di bilik tidur manakala datuk dan neneknya yang masing-masing berusia 75 dan 67 tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Seingat saya ketika itu jam 12 tengah malam dan tiba-tiba leher saya terasa meremang dan itu adalah perkara terakhir yang saya ingat .
"Saya hanya tersedar apabila ditampar nenek dan terkejut mendapati diri tanpa seurat benang dan pada masa sama, datuk bergelut dengan seorang lelaki di atas katil," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini semalam.
Suzi yang kini mendapatkan rawatan di Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja berkata, dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diceritakan semual oleh neneknya yang memberitahu mereka bertiga dipukau dan pengsa selama dua jam.
"Nenek beritahu apabila tersedar pada jam 2 pagi, dia segera menuju ke bilik tidur untuk melihat keadaan saya dan terkejut kerana seorang lelaki tanpa pakaian terbaring kepenatan bersebelahan saya.
"Datuk cuba mengikat tangan lelaki itu menggunakan tali, namun dia tersedar dan bergelut dengan datuk menyebabkan datuk terjatuh dan lelaki terbabit dapat melarikan diri," katanya.
Kisah Nana anda boleh dapatkannya melalui akhbar digital Harian Metro...
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada 05 Oktober 2012 yang lalu, 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi menderma kepada pembinaan projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang bernilai RM1.8 bilion. Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.
Anehnya, sebagai balasannya, pada majlis itu juga Menteri Besar Kelantan menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dipohon kepada kerajaan negeri sebelum ini. Soalnya di sini kenapakah sejak sekian lama memerintah baru kini PAS mahu menyerahkan surat hak milik tanah tersebut? Apakah disebabkan oleh musim pilihan raya yang semakin hampir? Apakah disebabkan oleh pembayaran "ufti" sebanyak RM7,510 itu adalah sebagai balasan atau imbuhan kepada pengeluaran kelulusan kepada surat milik tanah? Bukankah ini ada unsur-unsur gharar atau rasuah oleh Kerajaan Negeri Kelantan?
Bagaimana dengan kutipan wang yang dikumpul oleh Kerajaan Kelantan untuk projek di atas. Apakah ianya diuruskan oleh Kerajaan Negeri secara teratur dengan sistem pengauditan yang telus dan terbuka, atau ianya hanyalah satu helah Kerajaan Kelantan untuk menipu Rakyat Kelantan bagi mengumpul dana PRU13? Mungkinkah akan berlaku lagi wang tabung derma yang lesap dan hangus begitu sahaja seperti mana lesapnya tanpa sebarang kesan Tabung Anak Yatim Memali?
Majilis : Jamuan Makan Malam dan Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka
Tarikh : 6.10.2012 (sabtu)
Tempat : Taman Paya Mengkuang Kuala Sg Baru, Melaka
Masa : 7.30 malam
Tetamu :
1. Yb Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan )
2. Yb Tian Chua ( Ahli Parliman Batu )
3.Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ( Ahli Parlimen Bukit Gantang )
4. Y.B. Tuan Teng Chang Kim (ADUN Sungai Pinang )
5.YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
6. Tn Haji Adly Zahari ( Persuruhjaya Pas Negeri Melaka
7. Yb Goh Leong San (ADUN Kesidang )
8. Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK )
"Screenshot" gambar di atas diambil daripada laman sosial Facebook Pesuruhjaya PAS Melaka. Betullah seperti apa yang disampaikan kepada CTS melalui "Blackberry Messenger (BBM)", parti yang mengaku Parti Islam, PAS PIS PUS telah menganjurkan majlis makan malam dan ceramah dengan dipenuhi dengan minuman-minuman keras. Mana mungkin gambar yang diambil dari Facebook pemimpin PAS sendiri diubahsuai (superimpose). Botol-botol dan tin-tin arak berselerekan di atas kerusi dan meja sedangkan bendera parti Bulan megah berkibar di atas kepala. Pemimpin dan pengikut PAS marah apabila mereka diperli dengan "takebeer!" tapi lihatlah sendiri gelagat dan kelakuan pemimpin PAS Melaka. Demi undi daripada masyarakat Cina Melaka, prinsip perjuangan dan maruah Agama sanggup digadaikan. Tahniah PAS! Takebeer!
Kalau sesiapa suka makan roti bom atau roti canai mahu pun nasi ayam, maka pasar Keramat lah tempat yang paling elok untuk mencari makanan sebegini. Bukan sahaja makanan, malah barang basahan serta sayur-sayuran juga boleh di dapati, ayam hidup dan yang sudah disembelih pun boleh di beli di sini. Pasar Keramat sinonim dengan warga Ibu Kota. Malah CTS yang tinggal di Shah Alam, sekali sekala akan turun ke Pasar Keramat untuk mencari barangan harian yang unik seperti belacan dan budu.
Jika pada yang belum biasa ke pasar Keramat ini maka sekali sekala akan terasa seperti berada di sebuah pekan kecil di Indonesia macam di Medan atau di Lombok. Orang Indonesia sangat ramai di sini baik siang mahu pun malam. Mungkin kerana tempat nya yang strategik yang sangat berhampiran dengan LRT Keramat. Pada waktu waktu tertentu seperti bulan Ramadhan, pasar ini akan sesak dan laluan kenderaan akan merasai trafik jam yang agak merimaskan dengan kedai tambahan serta barangan perayaan. Walau pun kebanyakan kedai kelihatan uzur dan usang namum orang ramai tetap datang juga ke Pasar Keramat ini.
Tidak beberapa jauh dari pasar Keramat ini ujud lagi satu bangunan dan kawasan perniagaan baru yang lebih cantik dan moden. Selain dari kedudukannya amat sesuai berhampiran stesyen LRT Damai dan kawasan parkir yang luas dan teratur. Cuma peliknya ianya seolah-olah tiada sambutan daripada orang ramai. Memang adalah sedikit urus niaga di bawahnya seperti kedai makan yang semacam tiada sambutan. Di satu sudut pula ada kumpulan pencinta batu cincin yang selalu berkumpul untuk membelek-belek koleksi batu cincin mereka sambil bertukar tukar fikiran.
Apa yang membuat kawasan Keramat Mall ini nampak agak hidup ialah apabila ada majlis kenduri kawin di tingkat atasnya, maka ramailah orang berpusu ke situ. Jika tidak, hambarlah kembali. Kawasan parkirnya pula agak penuh juga di waktu pagi, barangkali yang naik LRT di stesyen Damai meletakkan kereta mereka di situ kerana setakat ini belum dikenakan apa-apa bayaran. Masa pembinaan Keramat Mall ini mengambil masa yang amat lama juga untuk disiapkan. Entah apa masalahnya tidaklah diketahui.
CTS tertanya-tanya apakah sebab peniaga Pasar Keramat enggan pindah ke Keramat Mall? Tinjauan kami mendapati antara sebab peniaga Pasar Keramat enggan berpindah ataranya adalah ketidakpuasan hati peniaga terhadap logistik pasar itu iaini pasar basah dan ikan lokasinya di tingkat atas dan kedai makannya di ruang bawah. Lebih membimbangkan dan mengecewakan, ada pula yang berkata ianya atas sebab peniaga-peniaga yang memiliki kedai di Pasar Keramat ini semuanya bukan lagi orang tempatan dan majoritinya sudah pindah milik kepada peniaga asing yang berlakon sebagai pekerja makan gaji. Dalam erti kata mudah, kedai itu sudah di tukar tangan, cuma nama sahaja milik orang tempatan.
Amat rugi jika peniaga-peniaga Pasar Keramat tidak merebut peluang untuk membuka perniagaan di Keramat Mall kerana dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang, dengan kemajuan ekonomi dan pasarana negara serta sosio masyarakat berubah, inilah sebenarnya bentuk kedai perniagaan moden. Hanya memerlukan terjahan ataupun promosi luar biasa sahaja Keramat Mall akan dapat menjadi terkenal dan tumpuan. Orang-orang Melayu tidak berbanggakah mempunyai bazar atau pasaraya moden untuk mereka berniaga? Atau mereka hanya lebih selesa berniaga di jalanan? Jika ruang niaga di Keramat Mall ini ditawarkan kepada peniaga-peniaga bangsa lain, pastinya mereka akan merebut-rebut peluang ini kerana bangsa asing tahu apa yang elok untuk dibuat di dalam perniagaan dan selalu melihat kehadapan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.
Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.
Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.
Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.
Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".
"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.
"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan