KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER - Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.
Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.
Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.
Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.
Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.
Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.
Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.
Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.
Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.
Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.
Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.
YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor.
Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.-SH
Siang malam berangan si tanggang anak durhaka ni... Bimbinglah keluarga dan perbetulkan diri sendiri elok-elok dulu sebelum nak tawan putrajaya...
Sambutan hambar... Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini daripada 1,000 orang yang menghadiri perhimpunan, sembahyang hajat dan ceramah perdana di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, pagi ini hanya tinggal sekitar 300 orang. Konvoi ini adalah anjuran Gabungan Pendesak Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.
Ketika banyak pihak ingin tahu apa kesudahan kisah Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Ohman tuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng 'angkuh dan sombong' seperti didedahkan mediabaru-baru ini, orang nombor dua PKR, Azmin Ali anggap masalah itu sudah selesai.
Ewah...senang sungguh nak tutup pekung dengan isytihar...sudah selesai.
Apakah semua orang yang sudah dengar terang-terang rakaman suara Mansor balon Guan Eng ini bodoh sangat ke?
Selesai macam mana?
Setakat hari ini tidak nampak apa-apa penyelesaian kecuali kedua-duanya Mansor dan Guan Eng cuba mengelak dengan bagi alasan macam-macam ketika ditanya wartawan.
Kata Timbalan Presiden PKR itu, Mansor sudah bertemu Guan Eng kira-kita tiga minggu lalu memberi penjelasan berhubung apa didedahkan media sebelum ini.( Nota: sidang media penjelasan itu diadakan sewaktu bukti rakaman suara Mansor belum didedahkan lagi...dan selepas didedahkan kedua-duanya belum lagi keluar kenyataan bersama).
"Mereka sudah bertemu dan kemudian adakan sidang media bersama. Bagi saya isu ini sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan," katanya menjawab soalan Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa.
Menurut Azmin, kedua-dua tokoh sudah bertemu dan berbincang malah timbul lagi soal penggunaan istilah dan serangan seperti itu kerana mereka sudah berbincang dan memberikan penjelasan.
Azmin anggap perkara itu mungkin selesai dengan merujuk pertemuan Mansor dan Guan Eng sebaik sahaja isu Mansor memanggil Setiausaha Agung DAP itu 'angkuh, sombong dan tokong.
Namun, isu itu semakin panas awal minggu lalu apabila media mendedahkan rakaman suara dalam mesyuarat strategik PKR Pulau Pinang sebagai bukti Mansor memang menyebut Guan Eng 'angkuh dan sombong'.
Peliknya Guan Eng sendiri memberitahu Agendaily pada Isnin, beliau menyerahkaqn kepada Mansor menyelesaikan isu tersebut.
Katanya, beliau menghormati Mansor sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.
Setakat ini, belum ada maklumat terbaru mengenai isu itu kecuali kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada minggu lalu bahawa siasatan dalaman sudah dilakukan oleh Mansor.
Ahad lau, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berpendapat Guan Eng dan Mansor boleh menyelesaikan isu itu secara peribadi tanpa membabitkan parti.
Sementara itu, Azmin menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei bahawa 20 pemimpin parti akan menerajui jemaah menteri Pakatan Rakyat (PR) sebagai pandangan peribadi semata-mata.
Katanya, perkara itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut.
"Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimisahaja," katanya.
Menurut Azmin yang juga ahli parlimen Gombak, yang ada hanyalah jawatankuasa parlimen babitkan tiga wakil rakyat mewakili PKR,DAP dan PAS bagi memantau setiap kementerian yang diujudkan pada 2008.
"Bagi saya, soal kabinet bayangan hanya istilah yang tak perlu diperbesarkan. Dalam PR, walaupun kita tiada kabinet bayangan dalam konteks diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain, kita ada struktur organisasi hampir sama iaitu jawatankuasa parlimen," ujarnya.
Katanya, apabila ada perbahasan seperti ini (Bajet 2013) jawatankuasa ini bermesyuarat bagi menonjokan dasar-dasar PR sebagai persaingan dasar dibawa Menteri Kewangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pula menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan ia sengaja disabotaj.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan Kabinet bayangan, sebaliknya beliau berkata satu Jawatankuasa Pakatan telah ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.
"Setahu saya tiada Kabinet bayangan, yang ada satu jawatankuasa Pakatan.
"Saya baru pulang daripada Rapat Pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan," katanya.
Dalam pada itu, ada pemerhati politik berpendapat PKR sudah mula bermasalah dengan DAP dan tidak mustahil 'menikam belakang' sekutunya itu.
Ini ambil kira tindakan Mansor mengecam Guan Eng dan terbaru PKR menyenaraikan pemimpin-pemimpin utama parti itu memegang jawatan penting dalam kabinet bayangan yang didedahkan Suhaimi.
Melihat kenyataan pemimpin Timbalan Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang membidas tindakan terburu-buru PKR mengeluarkan senarai itu, tentu ada yang tidak kena dalam pakatan pembangkang.
Beliau mengaggap peraka itu direka-reka dan mempersoalkan kenapa PKR keluarkan senarai tersebut kerana belum tahu siapa yang menang dan siapa yang tidak.
Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.
Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. -Bernama
(Gambar ini diambil oleh Mohd Ezli di Sekinchan,Selangor pada jam antara 1 tengahari sehingga 2 petang)
Dr Mansor mengelar Lim Guan Eng sebagai cocky,arrogant & tokong. Apabila terbocor kepengetahuan umum sebolehnya kejelikan Dr Mansor dan PKR terhadap DAP ditutup dan cuba perlihatkan semangat kesepakatan hingga Dr Mansor dimalukan ketika sidang akhbar baru baru ini apabila dipaksa untuk bercakap menggunakan nota yang ditulis sendiri oleh Guan Eng.
Umum tahu bahawa kenyataan Dr Mansor sebenarnya berada didalam konteks realiti siapakah Lim Guan Eng dan betapa ultrakiasunya DAP kepada rakan pakatan.
Kalangan ahli PKR berasa hairan kenapa Dr Mansor pula dipersalahkan sedangkan beliau bercakap soal survival parti dan persoalkan sifat pembuli DAP dan keangkuhan Lim Guan Eng.
Ada yang berpendapatan ini cubaan membunuh kareer politik Dr Mansor oleh Yb Malik Kassim dan kumpulannya.
Sumber dalaman PKR berkata ada 2 kumpulan yang disyaki terlibat..
1.Tan Seng Keat (Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru) dikatakan terlibat membuat rakaman yang kemudian menyerahkan rakaman tersebut kepada Yb Sim Tze Sin dan Malik Kassim.
Menurut sumber PKR,dalang yang paling disyaki adalah Yb Sim/Malik ini kerana kedua duanya pasti akan mendapat faedah yang besar jika berjaya menjatuhkan Dr Mansor.
Apa yang menariknya 2 YB ini mempunyai sejarah kerana terlibat secara langsung menjatuhkan Fairuz dan Yb Zahrain .Manakala kerusi TKM1 yang di idamkan oleh Yb Malik sejak sekian lama pasti akan menjadi kenyataan.
Nanasegaran dan Annuar Ismail juga pernah menjadi mangsa semasa pemilihan Cabang Bayan Baru oleh kumpulan Yb Sim/Malik/Susan/Mkini
2. Manakala sumber PKR juga ada menyebut nama Felix Ooi(Ahli Majlis MPPP) yang membuat rakaman kemudiannya menyerahkan kepada Jason Ong Adun Kebun Bunga.Raven Adun Batu Uban dan Carolyn Khor juga dikatakan terlibat.
Carolyn Khor adalah Ketua Wanita dan juga seorang citizen journalist yang cukup rapat dengan Susan Loone dan Malaysiakini.
Ada juga kebarangkalian kumpulan Yb Sim/Yb Malik dianaiya..dikambing hitamkan? betul ker ni?
Tetapi...ya ada tetapinya.. jika kumpulan Yb Sim/Malik diambil tindakan, maka yang beroleh kejayaan adalah kumpulan Yb Jason Ong/Yb Raveen kerana kumpulan ini diketahui tidak favor kepada Yb Malik dan juga Dr Mansor.Siapa yang mendedahkan siapa? kill 2 birds with 1 stone?
PKR negeri berlaku perpecahan 3 kumpulan dalam masa yang sama diantara PKR dan DAP mempunyai krisis kepercayaan kerana saling tidak mempercayai satu sama lain.
Manakala sumber DAP menyatakan Lim Guan Eng bertekad untuk mengajar PKR agar lebih menghormati DAP .Katanya DAP tidak akan percaya kepada PKR dan menganggap parti itu bagaikan gunting dalam lipatan yang merosakkan kerajaan negeri ,sekarang ini DAP perlengkapkan parti dan bersedia untuk menjadi parti tunggal yang memerintah negeri jika menang pada PRU13 nanti.
Pakatan Rakyat is now wooing the women voters, promising savings and child care allowances of RM1,000 monthly, amounting to some RM3 billion a year of tax payers' money. Another promise, this time using the soft-motherly approach of Wan Azizah Ismail, the wife of PKR de facto chief Anwar Ibrahim. PKR is desperate…Anwar's word is no longer trusted and believed by the people except the few that idolised him…other PKR leaders words are taken by the people as just empty talks in coffee shops. Their promises are taken as just dreams of small children who loved to live in make believe world, the world like in the films where everything is rosy and beautiful, where they can get what they want. Anwar and the rest of PKR leaders love to build this dreams and calling on the people to believe in them and their dreams which until today, majority who voted for them are disassociating themselves and distancing themselves after knowing they have taken for 'a ride to wonderland, not real world.' So when voters do not trust them anymore, they use Wan Azizah to tell about their dreams because they thin voters would believe her more than them…they got no more credibility. Imagine the desperationn PR is in right now to the extent that they are willing to use the taxpayers money for this purpose just to attract the women's votes. Women comprise half the total voters of some 14 million and PR is trying hard to pitch them, given the situation they are in where PKR itself is losing more than half of their supporters and sympathisers. PKR has lost much ground compared to its partners PAS and DAP and this worries Anwar who always believe he is needed and wanted by Malaysians, not inlcuding foreign powers who use him as a stooge. For Anwar, as it stands right now, losing influence among majority Malaysians would mean he loses the trust of the foreign powers and thus, he is no longer needed, he is considered as a spent force. Fear of such scenario made him uses Wan Azizah, after all Anwar has no qualms of using anybody to achieve his goal, he has no guilt feelings, the kind of man that foreign powers need and want. Now Wan Azizah sells her dream, it is Anwar's dream just for the purpose to win votes. How they would pacify the tax payers is another matter because in the first place, can they fulfill this dream? Wan Azizah is the only leader in PKR that does not have enemies and that is why Anwar now uses her now, really and truly desperate act.
"We are no longer Islamists, but Islamist Democrat," that was the statement made by Dr Dzulkefly Ahmad, PAS's Research Director, as reported by Mkini dotcom which was also published at his own personal website, drdzul.com and quoted by AIDC. By mentioning 'us', Dr. Dzul definitely referred to PAS, the party which he represents. He made the statement as he became one of the forum members for "A Rising Economic Tide that Lifts All Boats" hosted by REFSA (Research For Social Advancement) on September 17 at Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Those who joined him at the forum include Nurul Izzah Anwar (PKR) and two DAP representatives Liew Chin Tong and Dr Ong Kian Ming. Explaining the Islamist Democrat term, Dr. Dzul said that it is in line with the stand on Islamic organization around the world which often changes and now has moved from 'Doctrine Islamic Country' towards other doctrine so that it could easily be understand by general public. His statement was then criticized by one of pro-PAS's website, tranungkite, but other than that, there are no other official statement coming from PAS leaders. Thus, it is not wrong if we assume that Nik Aziz and Hadi Awang agree with the understanding and this Islamist Democrat move? Remember how the concept of Islam Hadhari which was introduced by Tun Abdullah Badawi was questioned and criticized by PAS as a new religion and that it goes against Islamic teachings when the fact is that Islam Hadhari is just a concept that brings all Muslim community towards the basics of Al-Quran and Sunnah into their daily life and not a religion, and it does not go against Islam. But what about Islamist Democrat? Democrat or democracy, according to Western understanding which is also used by Anwar Ibrahim like what was proven in his speeches such as freedom/liberty, human rights, free market economy and governance and accountability. Obviously, the democracy which Anwar believes is different with Malaysian democracy and that is why Anwar would often fight for his own democracy even though this country practices the same concept. The democracy which Anwar believes in follows the Western perspective where everything goes against the civilization which Islam has brought. Freedom for the West brings the meaning where no one is bound to any rules in expressing themselves even though it would harm themselves and others. For example, spreading explicit materials. The same thing goes to its human rights where it covers the rights where one could live together without having to be married and they can have free sex, just as long as it is mutual. Where would PAS put themselves in this Democracy matter? Especially when Dr. Dzul himself stated that PAS is no longer Islamists but it needs to be mentioned as Islamist Democrat. How can Islam be mixed into the type of democracy which Anwar believes in, when both of them are different with the principal which both PAS and DAP has? Even in the matter of Islamist Democrat, one of the understandings would have to be eased so that it could be implemented. Thus, would PAS be willing to ease Islamic understanding and accept the style of freedom and rights from the West? PAS cannot let Anwar become its leader but refuse to accept his concept. The party would need to choose whether they want to be Islamists or Democrat but they can never have both.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mempersoalkan penganjuran Forum Awam Scorpene di Hotel Excelsior, Ipoh baru-baru ini.
Ini kerana forum itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel serta Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Saifuddin Nasution.
Katanya, pendedahan pihak tertentu sebelum ini telah menunjukkan pertubuhan tidak berdaftar itu menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros.
"Saya difahamkan satu forum telah diadakan pada 30 September lalu di Ipoh dengan tema 'Skandal Kapal Selam Scorpene'.
"Saya ingin bertanya kepada penganjur, adakah forum itu turut dibiayai daripada dana asing yang disumbangkan oleh Soros? Dan adakah tali barut yang terlibat menganjurkan forum itu mendapat habuan lumayan daripada penyangak mata wang terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penganjuran forum itu katanya, hanya bertujuan memperlekehkan kapal selam buatan Perancis yang dikatakan terlalu mahal dan bermasalah.
"Sekaligus mereka membuat kesimpulan industri pertahanan Perancis telah menipu kerajaan Malaysia.
"Mungkin mereka mahu Malaysia membeli kapal selam buatan rakan-rakan Yahudi Soros," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR : Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.
Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan.
Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan pentadbiran pembangkang dianggotai PArti Keadilan Rakyat(PKR) Pas dan DAP amat tidak kompeten untuk menguruskan perbelanjaan negara.
"Emolumen RM5.1 billion itu tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi lain seperti anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dan sebagainya.
"Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 billion dan jumlah ini sebenarnya lebih tinggi jika meliputi kenaikan gaji kumpulan tersebut di atas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tee yong menambah, jika pakatan pembangkang memerintah negara, mereka perlu mengurangkan 100,000 anggota perkhidmatan awam sebagai alternatif memenuhi bajet mengikut emolumen dianjurkan pada 2013, mengambil kira pelaksanaan gaji minimum sejagat. Perkara itukatanya, boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini pernah mencadangkan pengurangan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40 peratus.
Katanya, peruntukan mengurus bajet alternatif pembangkang juga meragukan kerana jumlah pembayaran pencen untuk 2012 dan 2013 adalah sama sedangkan terdapat pesara baru setiap tahun dan berlaku pelarasan pencen untuk kenaikan gaji seperti contoh anggota polis.
Bahkan kata beliau, bayaran pencen dan emolumen dinyatakan dalam bajet ini kurang daripada angka sebenar dan dilihat sama ada bagi melakar gambaran palsu defisit bajet yang kecil atau membuktikan pentadbiran tidak kompeten.
Dalam pada itu, menurutnya, pakatan pembangkang telah berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila menjadi kerajaan namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam bajet yang dibentangkan.
"Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri yang ditadbir mereka," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad lalu, selepas ke majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, TM meneruskan perjalanan ke Jasin untuk melihat pembangunan dan kemajuan yang sedang rancak dalam pembinaan.
Terdapat dua projek besar yang dibangunkan oleh kerajaan melalui projek kerjasama swasta dan PBT.
Dalam pada itu terserempak dengan sebuah markas Pas yang saiznya sebesar kandang seekor kuda.
Lawaknya ia dikelilingi oleh bendera BN. Dalam perjalanan balik melalui jalan pandai sehingga ke Port Dickson, terlibat beberapa buah markaz Pas yang lebih jumlahnya berbanding di Jasin.
Yang taksub pula, sampai sanggup mewarnakan semua benda dengan warna hijau. Tayar-tayar buruk yang dijadikan hiasan juga diwarnakan dengan hijau.
Adakah Pas melaka akan menyokong kapir harbi dan peliwat dalam Pru 13?
Untuk makluman, Pas Melaka berusaha keras untuk memerintah Melaka dengan memperkudakan Dap dan Pkr.
Rekod Pas Melaka, mereka tak pernah menang satu kerusi pun sejak puluhan tahun. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Budak hingusan Pas kata " kita sokong Pas kerana ia dipimpin oleh ulamak. memperjuangkan Islam, kita sokong Pkr kerana ia memperjuangkan keadilan, kita sokong Dap kerana ia perjuangan perpaduan."
Wah! Hebat budak Pas yang bercakap itu, tapi sayang dia tak sedar yang hakikat sebenarnya.
Pas mana ada ulamak, yang ada ular dalam semak, puak-puak ulamak sunni habis kena cantas oleh puak Syiah.
Pkr mana ada keadilannya, buang dan pecat ahli ikut suka hati. Perjuangan Pkr hanyalah untuk merealisasikan seorang perasuah yang menyalah guna kuasa, peliwat dan pelanggan China doll untuk jadi pemimpin sahaja.
Dap chauvenist cina pula ingin menjadikan negara ini negara sekular sosialis demokratik ala komunis.
Itulah yang dikehendaki oleh pemuda hari ini?
Dap , Pkr dan Pas ingin menghapus kan Institusi Raja-Raja Melayu, kononnya mereka tidak Islamik dan merugikan ekonomi negara.
Mereka lupakah terhapusnya institusi raja bermakna Presiden atau Pengerusi Dap akan berkuasa dan bangsa Melayu akan jadi seperti di Singapore, Indonesia, India dan lain lain negara.
Umno mempertahan kan institusi raja, agar bangsa Melayu terus berdaulat dan memerintah negara ini.
Kasihan dengan Bang Non, satu persatu usaha untuk memburukkan Umno menjadi gagal. 4 ekor lembu peliharaan Bang Non pun gagal dalam misi mereka.
Rafizi 'lembu' Ramli , Zuraida ' Mak Lampir' Kamarudin , Tian ' ARDA' Chua dan Eli Wongge antara cai-cai Pkr yang masih tinggal.
Tian Chua dan Elizabeth Wong bukan aset besar dalam Pkr. Mereka berdua hanyalah agen ARDA yang menumpang populariti PKR sahaja.
Chua dan Wong adalah agen ARDA dalam usaha mereka menjadi rantau Asia berada di bawah cengkaman dan pengaruh Barat. ARDA kononnya ingin mendemokrasikan rantau Asia dari Utara Monggolia hinggalah ke Selatan Papua dan dari Asia Timur hinggalah ke Asia Barat.
Chua dan Wong boleh hidup mewah tanpa menjadi Adun dan Ahli Parlimen. Wong mengakui melalui ucapannya bahawa dia telah banyak menjelajah ke seluruh dunia untuk tujuan politik walaupun waktu itu beliau seorang pelajar universiti di Australia.
Rakan Chua di Singapore tidak bernasib baik seperti beliau kerana kerajaan Sg awal-awal telah menyumbat rakannya ke dalam penjara tetapi Chua bebas seperti raja dan bebas membuat onar di negara ini.
Barangkali hasil penat lelah Chua menjadi agen barat banyak mendatangkan keuntungan bagi beliau, apa tidaknya, baru-baru ini beliau menjadi jutawan mahkamah kerana berjaya menyaman kerajaan yang menahan beliau di bawah ISA.
Rafizi dan Zuraida tidaklah berapa bahaya sangat jika di bandingkan dengan Chua dan Wong. Ianya kerana kekecewaan dalam hidup menyebabkan Lembu dan Mak Lampir jadi macam tu.
Kekecewaan Rafizi kerana dibuang dari Petronas sebab itulah apa juga tindakan beliau dalam politik Pkr menggambarkan beliau seolah-olah berdendam dengan kerajaan dan Petronas.
Sewaktu dibuang dari Petronas, beliau telah memburuk-burukkan majikannya dengan menyebarkan cemuhan melalui email kepada semua orang yang dikenalinya.
Sifat ke anak-anakan Rafizi dan sebagai menyimpan dendam menyebabkan Rafizi tidak disukai oleh ahli Pkr, apa lagi rakyat yang menyumpah dengan kebodohan beliau.
Mak Lampir sememangnya seorang yang sakit jiwa , gagal dalam kehidupan, gagal dalam profesion yang diceburinya, lalu dikutip oleh Bang Non untuk mengisi kekosongan MP Ampang dan kebetulan pula menang mudah sama seperti merakam video correct correct iaitu MP Bandar Tun Razak yang tak reti bercakap .
Oleh itu dalam PRU 13 akan datang, ke empat ekor binatang ini perlu dibuang jauh ke dalam lombong. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Untung lah puak-puak pembangkang, dah lah buat kacau dalam negara, dapat jadi jutawan pulak.
KUALA LUMPUR: Five people, including Batu MP Tian Chua, have been awarded more than RM4.06mil in damages over their unlawful detention under the Internal Security Act in 2001. High Court judge Lau Bee Lan ruled on Tuesday that the detention of Tian Chua, Selangor PAS information chief Saari Sungib, activists Hishammudin Rais and Badaruddin Ismail and PKR supreme council member Badrulamin Bahron under Section 73 of the Internal Security Act 1960 was unlawful. The five had sued former Inspector-General of Police Tan Sri Norian Maiand two others for unlawful detention under the ISA and for defamation. (The award covers RM15,000 a day for the total number of days that they had been detained). Justice Lau also awarded Tian Chua, Hishammudin, Saari and Badrulamin RM60,000 in general damages and RM40,000 in aggravated damages in total based on grounds that the words uttered by Norian during a press conference in April, 2001 in relation to the detention was defamatory. She ruled that the detention was not based on the safety of the country but more towards political considerations.
Selepas ini akan ada ramai lagi yang akan saman kerajaan kerana menahan mereka dalam demo BerShit. Apakah undang-undang kita lemah atau peguam mereka lebih bijak dari pendakwa raya?
Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.
Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang 'valid' untuk menyerang kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.
Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.
Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, "Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000."
Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut 'sedap rasa' si penulis.
Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?
Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.
Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.
Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?
Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang Soros? atau wang Yahudi?
Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet, perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk 'mencekau' wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.
Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.
Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros. Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.
BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.
Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pertemuan singkat aku dengan bekas orang kuat PKR Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim merungkai sedikit persoalan mengenai kemelut politik yang berlaku di antara DAP & PKR Pulau Pinang ….
Apa sebenarnya yang terjadi … hinggakan apa yang diperkatakan Mansor mengenai Tokong LGE pun boleh terkeluar dari bilik mesyuarat….
Dr Fairus Telah Menjadi Mangsanya Sebelum ini
Hakikatnya, Zahrain mengakui wujud seorang 'orang' yang menjadi tali barut kepada PKR, yang meletakkan kepentingan kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasaran …
Jika sebelum ini Fairus jadi mangsanya, kini giliran Mansor pula untuk dipancung ….. Siapa dan mengapa, akan diulas lebih lanjut selepas ni ….
Hasrat seorang usahawan bergelar Datuk untuk meluaskan perniagaannya dengan mencuba bidang automotif bertukar mimpi ngeri apabila dia ditipu beberapa individu termasuk MD sebuah GLC yang juga adik beradik mendakwa boleh mendapatkan ruang pameran menyebabkannya kerugian RM462,000.
Bukan saja terlepas peluang niaga, lelaki yang mahu dikenali sebagai Datuk Alvin itu mendakwa, dia kini terpaksa menanggung bebanan hutang selepas beberapa rakan perniagaannya menuntut janji untuk membuka syarikat terbabit selepas berurusan dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan 'orang kuat' industri automotif negara.
Menurutnya, dia didatangi lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai penggiat industri jualan kereta dan menawarkan peluang kepadanya untuk membuka beberapa ruang pameran di kawasan Lembah Klang sebelum meminta wang pendahuluan.
"Berminat dengan tawaran itu, saya kemudiannya membuat bayaran antara RM20,000 hingga RM200,000 secara beransur-ansur dan dijanjikan dengan peluang perniagaan francais oleh sebuah syarikat automotif.
"Saya kemudiannya dibawa melawat kilang induk syarikat berkenaan di Selangor dan diperkenalkan kepada seorang pengarah urusan yang juga adik kepada lelaki itu sebelum menandatangani satu dokumen perjanjian untuk mendapatkan hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti," katanya ketika membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Eric berkata, selepas menunggu beberapa bulan, dia berhubung dengan lelaki itu untuk bertanyakan mengenai status projek yang dijanjikan namun dia memberikan beberapa alasan selain meminta wang berjumlah RM200,000 sebagai jaminan untuk mendapatkan hak pengedaran dijanjikan.
Katanya, tidak lama selepas itu dia mengesyaki dirinya tertipu apabila bertemu dengan seorang rakan yang meminta dia memeriksa latar belakang lelaki berkenaan sebelum mendapati individu terbabit diisytihar muflis sejak beberapa tahun lalu.
"Saya terus meminta wang saya dikembalikan dan dia memberikan pelbagai alasan dan pada masa sama dia terus meminta wang dengan alasan adiknya perlukan duit. Dia berjanji akan mengembalikan semua duit saya dengan menandatangani surat perjanjian.
"Pada 3 Julai, dia memberikan sekeping cek berjumlah RM10,000 dan berselang tiga hari, saya terima cek RM20,000 namun kedua-duanya dipulangkan kerana akaun sudah ditutup," katanya yang turut membuat aduan kepada pejabat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.
Eric berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai polis Tun H.S Lee dan merancang untuk membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.
Walaubagaimanapun, senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi.
Pengumuman ini, seperti dijangka, telah ditempelak DAP kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.
Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30 pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. Namun, perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini.
Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.
Nampaknya, parti-parti sekutu PR masing-masing ‘menyimpan’ sendiri nama-nama bakal Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mereka lantik tanpa mendedah atau berkongsi maklumat walaupun sesama sendiri. Kerana itu, PR masih gagal mengenalpasti ‘bayang-bayang’ mereka yang boleh disenaraikan dalam Kabinet Bayangan sehingga kini.
Bagi sebuah parti yang begitu kemaruk, tidak sabar dan tidak tertahan-tahan lagi untuk menjadi pemerintah, kegagalan PR mengumumkan Kabinet Bayangan sehingga ke saat ini amatlah pelik. Sedangkan mereka cukup maklum bahawa Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa saja dalam waktu terdekat ini.
Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti.
Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru, Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet.
Jika ini berlaku, maka kabinet PR pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah.
Dengan begitu ramai Menteri, Anwar mungkin boleh ‘merekacipta’ berbagai portfolio baru atau memecahkan satu-satu portfolio kepada beberapa bahagian. Contohnya, tiada lagi Menteri Pengangkutan secara umum, tetapi akan diwujudkan Menteri Kereta, Menteri Kapal Terbang, Menteri Motorsikal atau Menteri Jet Peribadi.
Mungkin ini saja penyelesaian yang logik bagi Anwar untuk memastikan pakatan pembangkang tidak bertelagah apabila memerintah.
Namun begitu, di sebalik kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan, satu perkara yang tidak kurang kritikalnya bagi parti itu ialah sikap bakal Perdana Menteri mereka sendiri, iaitu Anwar Ibrahim, yang cenderung menjadi kuku besi.
Perhatikan bagaimana Anwar dengan selamba telah mengumumkan 20 orang Menteri dari parti PKR tanpa meminta pandangan atau berbincang dengan DAP mahupun PAS. Anwar seolah-olah ‘terlupa’ akan tanggungjawabnya untuk mendapatkan persetujuan semua.
Belum pun menjadi Perdana Menteri, sudah terserlah sikap kuku besi Anwar. Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti. PAS mungkin tidak punya pilihan selain dari mengangguk dan mengiakan segala perintah Anwar kerana kepimpinan parti tersebut telah 90% dipengaruhi puak Anwarinas.
Tetapi, bagaimana dengan DAP yang begitu yakin bahawa Anwar berada dalam genggaman mereka?
Apakah DAP pasti yang mereka mampu menguasai Anwar nanti? Apakah DAP pasti yang segala rahsia gelap Anwar yang ada dalam tangan mereka mampu mengikat Anwar? Tidakkah DAP sedar bahawa segala rahsia gelap Anwar sudah pun menjadi rahsia umum seluruh dunia? Oleh itu, apakah rahsia tersebut masih mempunyai nilai peras-ugut?
Hakikatnya, kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan ini telah membantu memudahkan rakyat untuk membayangkan keadaan negara di bawah pemerintahan mereka; iaitu kacau bilau dan huru-hara dengan begitu ramai Menteri dan begitu ramai pula yang berperanan sebagai dalang kepada Perdana Menteri yang kuku besi.
S. VIGNESWARAN (dua dari kiri) mewakili pembeli rumah PKNS menyerahkan permohonan kepada wakil PKNS, Ishak Hashim di Shah Alam, semalam.
Seramai 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta bagi menyelamatkannya daripada dilelong.
Menurut mereka jika PKNS sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta, mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan untuk membantu rakyat miskin.
Kesemua mereka dari Shah Alam, Taman Datuk Harun dan Kelana Jaya mengadakan demonstrasi menuntut perkara itu di hadapan bangunan PKNS hari ini dan menyerahkan surat mengenai perkara itu kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim.
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin, S. Vigneswaran yang mewakili penduduk berkata, pembeli rumah PKNS yang bayarannya tertunggak bersedia membayar semula hutang itu kepada PKNS pada kadar RM500 sebulan jika hutang mereka diambil alih oleh perbadanan itu.
"Kami berharap permohonan ini diluluskan berdasarkan layanan sama rata seperti yang diberikan kepada Talam oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di sini.
Pada 2009, kerajaan negeri melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) iaitu anak syarikat milik penuh PKNS supaya membeli hutang Talam sebanyak RM391,986,473.
Vigneswaran berkata, sekiranya perbadanan itu bersetuju, pihaknya mencadangkan agar satu perjanjian pengesahan hutang dilakukan antara PKNS atau SIC dengan pihak bank diikuti perjanjian jual beli antara PKNS atau SIC dengan para pembeli melibatkan pembayaran RM500 sebulan.
"Ini bukannya perjanjian yang membolehkan pembayaran sebanyak RM10 sebulan dibuat sebagaimana dilakukan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) dengan Talam," katanya sinis.
Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat dalam kalangan pembeli rumah tersebut menghadapi kes di mahkamah akibat tidak mampu membayar hutang pembelian rumah mereka.
"Jika PKNS mampu membeli hutang orang kaya seperti Talam, apakah kami rakyat Selangor yang miskin dan berpendapatan rendah tidak berhak dibantu.
"Pada masa ini, terdapat 20 pembeli dalam kalangan kami yang rumah mereka akan dilelong oleh pihak bank. Jadi, kami berharap PKNS dan kerajaan negeri dapat membantu membeli hutang tersebut bagi menyelamatkan rumah-rumah tersebut," katanya.
Sementara itu, wakil pembeli rumah PKNS dari Taman Datuk Harun, Mohamad @ Hussein Abdullah berkata, sekiranya kerajaan negeri bersikap adil dan telus, layanan sama rata seharusnya diberikan kepada semua golongan rakyat terutama mereka yang miskin.
"Kami sanggup membayar balik hutang RM500 sebulan kepada PKNS jika mereka sanggup membeli hutang rumah kami daripada bank. Jika Talam boleh membayar balik kepada SIC sebanyak RM10 sebulan, sepatutnya tiada masalah untuk PKNS mempertimbangkan permohonan kami yang mampu membayar lebih tinggi," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.
" Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri).
Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR," katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman. Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan 'kroni' seperti yang berlaku dalam BN.
"Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Orang yang bercakap tu dijatuhkan hukuman penjara kerana apa ya? Bukan kah juga dek kerana 'rasuah kuasa'! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih. Jangan jadi macam meludah ke langit, terpercik kemuka sendiri...Fikir-fikirkan?
Temuramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan media Britain The Scotsman pada 24 September lalu seolah-olah memperlekeh bantahan umat Islam terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW dengan kenyataannya: "Umat Islam ada masalah psikologi (jiwa) kerana mudah marah dan emosional".
Kenyataan Anwar ini sebenarnya menyasar kepada dirinya sendiri. Rekod perjuangan dirinya sejak peristiwa Baling sehinggalah ke demonstrasi Bersih menepati apa yang beliau maksudkan.
Kenyataan ini dibuat di Barat untuk menggambarkan sikap Anwar yang mahu menggembirakan orang Barat bahawa beliau tidak setuju dengan apa yang berlaku di seluruh dunia Islam.
Perlekehan itu juga ditujukan kepada Pemuda UMNO dan Pemuda Pas serta organisasi lain di Malaysia yang menganjurkan reaksi yang sama.
Umat Islam di mana-mana mempunyai perasaan dan hati. Kalau Rasulullah SAW dihina sudah tentu hal itu menimbulkan reaksi. Lainlah kalau umat Islam sudah 'mati rasa' seperti yang dialami oleh banyak pihak akibat penyakit taksub kepada seseorang atau sesuatu kelompok hingga tidak mampu mengenal dan membeza antara hak dan batil, maaruf dan mungkar.
Siapa yang sebenarnya sekian lama menganjurkan demonstrasi termasuk demonstrasi jalanan kalau bukan Anwar? Apakah Anwar menerima hakikat bahawa beliau menghadapi masalah psiki atau jiwa mudah marah atau emosional seperti yang beliau gambarkan dalam The Scotsman itu?
Apabila umat Islam memberikan reaksi terhadap isu yang menghina dan menjatuhkan kredibiliti Nabi dan Islam, ia tidak wajar dikatakan umat Islam sedang menghadapi masalah jiwa.
Yang menghadapi masalah jiwa ialah orang yang sudah hilang kredibiliti diri dan penyokong-penyokongnya yang sedang dihinggapi penyakit 'mati rasa'. Apabila timbul pelbagai dakwaan terhadap salah laku seseorang, lahir sindrom kebisuan untuk tidak memberi komen atau mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan dirinya.
Jalan mudah untuk memberi respons adalah menyalahkan orang lain, dikatakan konspirasi pihak tertentu, sistem keadilan yang zalim dan suatu fitnah dan sifatnya mengaibkan.
Psiki orang yang mempunyai kredibiliti adalah membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan yang amat berat supaya cita-citanya untuk menjadi pemimpin dihormati.
Kenyataan Anwar secara tidak langsung menghina dirinya dan menghina umat Islam yang sensitif terhadap Nabi dan agamanya. Dengan maksud menggembirakan orang Barat, Anwar telah memperlekeh orang Islam.
Membawa faham pluralisme beragama, bersetuju dengan kalimah Allah diguna pakai bukan pada tempatnya adalah contoh mudah bagaimana isu ini menjadi dukungan sesetengah pihak. Oleh kerana ada sokongan di kalangan yang sudah 'mati rasa', Anwar semakin galak memperlekeh umat Islam yang lain.
Menyatakan umat Islam mudah marah dan emosional adalah tidak rasional. Umat Islam sentiasa mengharapkan agamanya dihormati dan dididik menghormati perbezaan dalam beragama.
Bila agamanya dihina, umat Islam tidak boleh 'mati rasa' kerana tanggungjawab mempertahankan agama adalah suatu perjuangan. Tanggungjawab adalah sesuatu yang adil.
Umat Islam diajar untuk mendukung dan mempertahankan kebebasan. Tetapi kebebasan mengikut faham liberal dan pluralis tanpa had dan batasan tidak diterima oleh Islam.
Amalan LGBT yang berkembang di Barat tidak boleh diterima oleh ajaran Islam.
Kalau amalan itu cuba dikembangkan di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan reaksi dan apabila umat Islam memberi reaksi, tindakan itu tidak dituduh umat Islam menghadapi masalah psiki atau jiwa, mudah marah dan emosional kerana isunya ialah antara hak dan batil.
Membaca kenyataan Anwar itu ibarat meludah ke langit tertimpa ke muka sendiri. Kenyataan ini langsung tidak menggambarkan pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
Umat Islam tahu siri penghinaan Islam dan umatnya yang sedang terjadi adalah pancaran strategi Islamophobia yang tidak sepatutnya terjadi.
Tetapi yang menyedihkan apabila orang Islam sendiri memperlekeh umatnya mempertahankan imej agamanya, perbuatan itu adalah suatu hal yang perlukan renungan.
Apakah orang ini mempunyai integriti untuk memelihara keutuhan agamanya atau mahu bersekongkol dengan orang lain untuk merosakkan imej agamanya?
Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu yang bakal mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 terus dipersoalkan pemimpin DAP.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, senarai itu bukan keputusan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang. Malah tambahnya, mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini juga tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai berhubung jawatan tersebut.
Menurut beliau, senarai jawatan itu ketika ini bukan keutamaan kerana apa yang lebih penting adalah kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Senarai itu bukan ditetapkan mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang. Sudah banyak kali saya hadir mesyuarat itu, tetapi perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.
Senarai itu tidak boleh dibuat sebelum pilihan raya diadakan. Di United Kingdom pun, senarai bakal menteri tidak dikeluarkan sebab apabila kalah pada pilihan raya, bagaimana mahu menjadi ahli (menteri) lagi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas tindakan PKR yang dilihat seperti mendahului pakatan pembangkang apabila menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.
Sementara itu, ketika ditanya sekiranya kesemua 20 pemimpin kanan PKR yang disenaraikan itu menang dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertegas melantik mereka menjadi ahli Kabinet, beliau menegaskan, pihaknya belum membuat sebarang ketetapan berhubung kemungkinan tersebut.
Apabila menang pilihan raya umum nanti baru kita buat keputusan siapa yang layak," ujarnya.
Bagaimanapun, apabila diingatkan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak memilih siapa sahaja menjadi menteri, Seng Giaw mengakui, Anwar berhak berbuat demikian jika memegang jawatan itu.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.
PYBK adalah anak syarikat YBK yang memiliki tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM, Serendah di mana cukai tanah bagi 4 lot tersebut sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 ('bayaran pertama") sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Pada awal bulan November 2009, PYBK telah menerima Borang 6A untuk menuntut cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta bagi tanah seluas 797 ekar. Pada 1.2.2010, pihak Yayasan Melaka telah membantu membayar cukai tertunggak tersebut ("bayaran kedua") walaupun tarikh akhir Notis 6A ialah pada 29.1.2010.
PYBK melalui peguamnya telah memberi peringatan, oleh kerana kegagalan Pentadbir Tanah membuat pengendorsan mandatori di bawah Seksyen 97(2) Kanun Tanah Negara maka Notis 6A yang dihantar adalah defektif dan oleh yang demikian tempoh sah Notis 6A belum disifatkan wujud atau mula beroperasi. Namun begitu Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor pada 4.2.2010 telah memulangkan bayaran-bayaran di perenggan 1 dan 2 di atas kepada PYBK:-
i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;
ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka.
Pada 11.2.2010 PYBK telah menerima Notis 8A daripada Kerajaan Negeri bagi sebahagian tanah-tanah PYBK tersebut. Tindakan Kerajaan Negeri ini adalah tidak wajar memandangkan PYBK telah membuat bayaran tetapi dipulangkan atas alasan yang tidak munasabah dan bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara. Memandangkan kepada perkara di atas, PYBK telah mengambil tindakan membuat Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pentadbir Tanah Hulu Selangor dalam melucuthakkan 4 Blok tanah dan mengembalikan semula bayaran-bayaran cukai yang telah dibuat melalui Notis-Notis Usul Pemula No. 21-99-2010, 21-100-2010 dan 21-101-2010 ("Kes tersebut").
Pada 6.9.2012 Kes tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi dimana kedua-dua pihak telah memberikan hujahan masing-masing secara bertulis dan lisan.
Sejarah perjuangan YBK menentang kezaliman pkr klik sini, sini, sini dan sini.
Blog MIK ingin menterjemahkan bebarapa soksek-soksek yang kini semakin kuat bunyinya di Putrajaya.
Ulang semula pembuka bicara diatas tadi.., "keluar mulut harimau…, masuk pula mulut buaya…". Demikianlah nasib yang melanda pegawai pegawai atasan kerajaan ketika ini setelah Ali Hamsa mula bertugas.
Tak sampai pun tempoh setahun, malah belum pun setengah tahun. Namun semakin kuat angin yang meniup menceritakan tentang tindak tanduk, tingkah laku KSN yang baru ini dikhuatiri akan membuatkan kakitangan kerajaan meluat dengan BN dan tidak mustahil berpaling arah…, sebagai protes!
Kasihan sungguh nasib YAB Datuk Seri Najib. Bersusah payah membuat pilihan untuk mendapatkan calon yang sesuai bagi jawatan KSN yang sangat penting ini. Malah difahamkan pemilihan Ali Hamsa adalah pilihan Najib sendiri.
"Tan Sri Dr Ali…, he was hand picked by our Big Boss.." itulah kata kata seorang pemimpin kerajaan yang namanya tak perlulah disebutkan.
TETAPI kenapakah Ali Hamsa tergamak untuk mengkhianati kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Najib..? Apakah agenda KSN yang baru ini…??
Kenapa Ali Hamsa seola-olah tidak mahu berterima kasih dan bersyukur dengan perlantikannya itu? Alangkah eloknya jika beliau lebih banyak membantu Najib dan bukannya menyusahkan PM kita itu…
Pas kelantan cuba nak panaskan isu tuntutan royalti minyak, gelombang itu tak cukup kuat di kelantan depa cuba pulak bawak gelombang itu di selangor.
Sekarang nie sedang berlangsung ceramah pasal tuntutan royalti itu di dataran kemerdekan, shah alam, mereka jangkakan 100 ribu anak kelantan akan hadir untuk memberi sokongan terhadap tuntutan itu, tapi....
Orang pas jangan buat kerja syirik dan kurafat pulak bila dapat tongkat nik ajis nie, tak de bendenye tongkat nik ajis ada power, betul macam cakap gua eng, takat kayu buruk takan nak jual sampai 12 ribu...
Je suis fort comme un boeuf. Cela s’applique si vous avez vraiment besoin casinio gratuit parce que vous vous rendrez compte de ce sentiment ne disparaît pas.
Il ferait beaucoup de sens si je voulais essayer d’embrasser cette partie. Il ya vraiment quelque chose de touchant remarquable sur machine a sous gratuit avec de tres grange partie gratuite.
1,000 syarikat tubuh taska Oleh raja syahrir abu bakar syahrir.bakar@utusan.com.my
Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor, Heng Seai Kae (tiga dari kiri) dan para penerima anugerah menyanyikan lagu IM4U pada majlis perasmian Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2012 di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya, Semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar
PETALING JAYA 2 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 1,000 syarikat swasta akan mendirikan taska di premis masing-masing dalam masa terdekat bagi menggalakkan golongan ibu menyertai pasaran kerja.
Perdana Menteri berkata, ia boleh dilaksanakan kerana kerajaan memberi pelbagai insentif kepada syarikat swasta untuk mendirikan taska seperti geran RM10,000 dan pelbagai potongan cukai menerusi peruntukan Bajet 2013 yang selari dengan pelan pembangunan awal kanak-kanak.
Kata Najib, beliau akan turut meminta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa melaksanakan usaha pembinaan taska di setiap kementerian, jabatan serta agensi kerajaan bagi tujuan sama.
Katanya, usaha itu diharap menggalakkan golongan ibu berpendidikan menyertai usaha pembangunan ekonomi negara tanpa perlu bimbang mengenai penjagaan anak di rumah akibat kepayahan mendapatkan khidmat pembantu rumah kini.
"Kerajaan berbelanja besar untuk pendidikan sehingga 68 peratus pelajar di universiti adalah wanita, tapi hanya 46 peratus sahaja wanita dalam pasaran kerja dan ini adalah kerugian besar negara kerana ada yang terkeluar daripada pasaran kerja walaupun ada pendidikan.
"Selain itu kita juga akan mendirikan taska untuk orang kurang upaya (OKU) yang tidak pernah kita buat dan kita nak mulakan tidak lama lagi. Inilah dasar mesra wanita serta mesra rakyat," katanya.
Najib yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 dengan tema 'Wanita Pencetus Ekonomi Baru' di Pusat Konvensyen Sunway di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan ekonomi negara apabila mereka bukan sahaja digalak menyertai perniagaan kecil-kecilan tetapi turut berperanan di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam.
Malahan, katanya, penglibatan wanita dalam merangka dan menentukan dasar di sektor awam kini lebih ramai berbanding penyertaan mereka dalam sektor swasta.
Keadaan itu, menurut beliau, menunjukkan wanita zaman ini bersifat trifungsi iaitu sebagai isteri, ibu dan tenaga kerja.
"Kementerian kini sudah ada senarai 200 wanita berkelayakan tinggi dan syarikat senaraian awam swasta. Jangan beri alasan tidak dapat melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah, datang sahaja ke kementerian dan anda boleh pilih," katanya.
Piala Malaysia: ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor mara separuh akhir
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH & SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI 2 Oktober 2012
Aksi perlawanan separuh akhir kedua antara Selangor dan Johor FC di Stadium Shah Alam, malam ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan bertemu Lions XII sementara Kelantan menentang Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Jumaat ini.
Pada perlawanan suku akhir kedua malam ini, ATM menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 untuk menang agregat 6-3 sementara Lions XII membenam Pahang 2-0 untuk mencatatkan agregat 3-2.
Kelantan walaupun terikat seri 2-2 dengan Felda United malam ini, tetapi mencatatkan agregat 4-3 untuk mara ke separuh akhir.
Selangor pula layak ke separuh akhir apabila menjinakkan Johor FC dengan agregat 5-2 selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Berikut Keputusan penuh suku akhir kedua Piala Malaysia 2012:
Lions XII (2) (0) Pahang
Selangor (2) (1) Johor FC
Kelantan (2) (2) Felda United
Negeri Sembilan (1) (3) ATM
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/piala-malaysia-atm-kelantan-lions-xii-dan-selangor-mara-separuh-akhir-1.90888?localLinksEnabled=false
Panglima : Tahniah kepada Menteri Pertahanan atas kejayaan pasukan ATM ini. Satu-satunya wakil bukan dari pasukan bawah Kerajaan Negeri masuk separuh Akhir Piala Malaysia
Panglima : ajaran ini barangkali menjadi punca kemurkaan Allah sehingga ditimbus tanah.
Butirannya ajarannya baca di sini http://manbaeil-uloom.blogspot.com/2012/09/penyelewengan-ajaran-juruzon.html
Fatwa berkenaan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/risalah-dan-ajaran-juruzon-bin-abd-latif
Berita :
Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon
SHAH ALAM 21 Sept. - Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei tahun lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) berkata, perkara itu terbongkar selepas kejadian tanah runtuh tersebut yang telah mengorbankan 16 pelajar madrasah berkenaan.
Menurutnya, selepas siasatan dilakukan, Juruzon juga telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor.
"JAIS juga telah bertindak menghentikan segala sumbangan kepada madrasah berkenaan dan pihak Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) jabatan masih membuat pemantauan ke atas ajaran itu dan kesemua bekas pelajar di madrasah berkenaan.
"Pihak penguat kuasa JAIS kini hanya menunggu laporan R&D bagi tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri hari ini yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan sebuah kumpulan ajaran sesat yang boleh menggugat akidah mereka yang dikenali sebagai 'ajaran Juruzon'.
Khutbah itu menyatakan ajaran berkenaan telah difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 23 Februari 2012 dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 5 September 1996.
Pada masa yang sama, khutbah tersebut yang boleh dirujuk dan dimuat turun menerusi laman web http://www.jais.gov.my itu turut menyatakan ajaran berkenaan terbongkar susulan kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011.
Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mendapati pengasas madrasah berkenaan adalah individu yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Individu berkenaan telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 2002 sebagai tapak baru selain dikatakan menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Antara penyelewengan yang dilakukan ajaran tersebut ialah meyakini akan kehadiran 'Guru Ghaib' yang turun melalui badan Juruzon dan memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan 'Majlis Rabitah'.
Selain itu, ajaran Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy dan ia bukanlah bahasa Arab seperti bahasa al-Quran, malah, mereka mendakwa bahasa tersebut digunakan selepas mati.
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampasnya kepada badan itu.
Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar di Serendah itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010. - UTUSAN
Syarikat jongkong emas diserbu Oleh ANGELINA SINYANG pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang dipercayai menjalankan urus niaga bernilai kira-kira RM4 bilion termasuk melibatkan pelaburan kerajaan negeri dan orang kenamaan (VIP) diserbu pihak berkuasa hari ini.
Serbuan itu dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Difahamkan, siasatan dan serbuan terhadap syarikat itu yang terletak di Jalan Kuchai Lama di sini dilakukan setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis baru-baru ini.
Sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid.
Menurutnya, syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar.
"Bagaimanapun, pemilik syarikat sama dipercayai kembali menubuhkan syarikat pelaburan baru menggunakan nama lain untuk memperdayakan pelabur.
"Kali ini, syarikat berkenaan menawarkan pelaburan emas bagi menarik pelabur yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kerajaan negeri, VIP dan artis," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, ada beberapa mangsa sanggup membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit kerana dijanjikan pulangan yang lumayan.
Difahamkan, selain menawarkan pelaburan kepada rakyat tempatan, syarikat berkenaan turut mempunyai cawangan di Singapura dan memperdayakan pelabur di negara jiran itu.
Menurut sumber itu, aktiviti penipuan pelaburan emas itu berkembang luas di seluruh negara tetapi laporan polis paling banyak diterima daripada mangsa di Perak.
Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di sini memaklumkan bahawa satu operasi serbuan telah dilakukan hari ini terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd.
Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.
"Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di republik itu.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Pada Mei lalu, sebuah akhbar melaporkan transaksi jual beli dan pelaburan emas syarikat Genneva Malaysia didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syariah dan undang-undang negara.
Ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.
Pada 1 Ogos lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan emas itu yang didakwa menjalankan urus niaga syariah tidak mematuhi keputusan muzakarah itu.
Sementara itu, kira-kira 400 pelabur dan juru runding syarikat itu berkumpul di hadapan pejabat syarikat tersebut sejak petang ini selain terkejut dengan serbuan pihak berkuasa.
Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana mendakwa syarikat berkenaan beroperasi secara sah dan tidak pernah menipu pelanggan sejak ditubuhkan pada tahun 2010.
Seorang jururunding yang ditemui Mohd. Sani Royan, 52, berkata, urusan perniagaan di syarikat pelaburan tersebut berjalan lancar sejak dua tahun lalu sebaik sahaja dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, malah urus niaga pelaburan emas di syarikat tersebut adalah berdasarkan syariah supaya orang Islam boleh melabur emas dalam bentuk jongkong dan tablet.
"Saya yakin syarikat ini adalah betul dan membawa keuntungan berpatutan kepada pelabur termasuk saya yang merupakan seorang pesara kerajaan.
"Kami sebenarnya menjadi mangsa pesaing dari syarikat lain yang cemburu dengan kejayaan syarikat ini," katanya.
Baguslah Azhar Idrus dah berani tegur pemimpin pembangkang yang tak betul.
*Kenyataan Kadiaq boleh dengar 'SUARA ALLAH' melengkapkan cerita-cerita sesat pembangkang. Dulu dah ada samakan Nik Aziz dengan nabi, Guan Eng jadi khalifah Umar Abdul Aziz, Anwar Ibrahim digelar Imam Mahdi oleh Badrul Amin. Macam-macam cara puak-puak sesat ni nak raih undi.
Umum mengetahui bahawa Kerajaan PKR Selangor membayar lebih RM392 juta kepada TALAM CORP.
Apa yang menyedihkan adalah Kerajaan yang sama tidak mampu menyediakan RM50juta untuk rakyat yang lebih memerlukan.
Klik untuk besarkan imej
Adakah seorang taikun seperti pemilik TALAM CORP lebih penting daripada 350 orang penduduk rumah PKNS?
Mungkin 350 orang penduduk rumah PKNS ini tidak mampu memberikan sewaan jet kepada penasihat PKR sebagaimana yang dilakukan oleh kroni-kroni yang kaya-raya.
Adakah ini keadilan yang pembangkang laung-laungkan selama ini? *Fikir-fikirkan.
Setelah tak aktif hampir berbulan-bulan lamanya, akhirnya blog Poster@MyMassa telah diaktifkan semula.
Kepada mana-mana pihak yang berminat, bolehlah ambil himpunan poster yang ada kat situ. Ada yang MyMassa buat, ada juga MyMassa ambil dari pihak lain.
Kepada yang berminat, boleh pergi ke alamat ini : http://mymassagaleri.blogspot.com/ *Sedikit sumbangan MyMassa untuk perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Inilah 'hadiah' dari Kerajaan Selangor selepas mengundi Pakatan Pembangkang.
Klik untuk besarkan imej
Nak tuntut kat Khalid pun susah jugak sebab sebagai Menteri Besar Selangor, dia sendiri mengakui bahawa MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG dalam Pilihan Raya bukan janji!
Jadi, dalam PRU akan datang, bila dengar Pakatan Pembangkang mengeluarkan MANIFESTO mereka, sila ucapkan ini kepada mereka:
Masa keluar berita bahawa dia kutuk Guan Eng, laju pulak si Mansor ni nafi.
Tapi bila keluar bukti yang ini, senyap terus suara si Mansor.
Agaknya pemimpin PKR ni tak de telor kot. Si Mansor ni orang Penang. Guan Eng pulak orang Melaka. Tapi si Mansor ni tak berani nak lawan Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri import dari negeri lain. Teruk sangat ke pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang kat Pulau Pinang sampai terpaksa lantik orang luar jadi Ketua Menteri?
Biarlah orang lain naik cakap apa pasal kekantoian si Mansor Othman ni mengutuk TOKONG. Asalkan empunya diri enjoy berjoget dengan Nurul Izzah. *Cakpong.....cakpong.....
Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.
Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% – 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.
Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.
Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.
Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.
Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.
Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.
Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.
PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia
Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
Jaringan Cina Malaysia (JCM)
Pertubuhan Waris Malaya
4 Justice
Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)
Isu kabinet bayangan yang menjadi polemik di antara parti-parti kompenan Pakatan Rakyat (PR) sengaja dicetuskan oleh ketua parti kompenan tersebut, iaitu PKR (Parti Keadilan Rakyat).
"Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.
"Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri," katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, 29 September.
Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik.
"Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama.
"Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah," katanya yang bercakap membayangkan pemikiran Anwar.
Rentetan itu, pada hari ini, Pengarah Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusuf mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Shuhaimi Shafiei berkaitan kabinet bayangan itu adalah unsur sabotaj dan bukannya kenyataan rasmi PKR.
Dakwa kolumnis itu, nama-nama Ahli Parlimen pembangkang dan posisi kementerian mereka dibuat hasil perbincangan dengan Ahli Parlimen PR sebagai menyahut gesaan beberapa pihak agar ketua pembangkang menamakan kebinet bayangannya.
Berikut merupakan kabinet bayangan PR seperti didedahkan kolumnis FMT :
Perdana Menteri
Anwar Ibrahim (PKR / MP Permatang Pauh)
Timbalan Perdana Menteri
1. Lim Kit Siang (DAP/ MP Ipoh Timur) 2. Abdul Hadi Awang (PAS/ MP Marang) 3. Satu kerusi untuk Sabah atau Sarawak yang akan menjaga hal ehwal Malaysia Timur. (Terdapat beberapa nama calon tetapi kolumnis ini telah diarahkan untuk tidak mendedahkannya)
Kementerian Kewangan
1. Tony Pua (DAP/ MP Petaling Jaya Utara) 2. Rafizi Ramli (PKR/setakat ini belum MP tetapi bakal bertanding PRU 13) 3. Nizar Jamaluddin (PAS/ MP Bukit Gantang)
Kementerian Pelajaran
1. Dzulkefly Ahmad (PAS/ MP Kuala Selangor) 2. S Kulasegaran (DAP/ MP Ipoh Barat) 3. Chong Eng (DAP/ MP Bukit Mertajam)
Kementerian Dalam Negeri
1. Azmin Ali (PKR/ MP Gombak) 2. Mahfuz Omar (PAS/ MP Pokok Sena) 3. M Manogaran (DAP/ MP Teluk Intan)
Kementerian Pertahanan
1. Dr Hatta Ramli (PAS/ MP Kuala Krai) 2. Liew Chin Tong (DAP/ MP Bukit Bendera MP) 3. Tian Chua (PKR/ MP Batu)
Kementerian Undang-undang
1. Karpal Singh (DAP/ Bukit Gelugor) 2. Gobind Singh (DAP/ MP Puchong) 3. William Leong (PKR/ MP Selayang ) 4. R Sivarasa (PKR/ MP Subang) 5. Hanipa Maidin (PAS/ bakal bertanding parlimen)
Kementerian Kesihatan
1. Dr Lee Boon Chye (PKR/ MP Gopeng) 2. Dr Tan Seng Giaw (DAP/ MP Kepong) 3. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS/ MP Kota Raja) 4. Dr Michael Jeyakumar (PSM/ MP Sg. Siput)
Kementerian Pengangkutan
1. Khalid Samad (PAS/ MP Shah Alam) 2. Tan Kok Wai (DAP/ MP Cheras) 3. Baru Bian (PKR/ Bakal bertanding parlimen)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
1. Khalid Ibrahim (PKR/ MP Bandar Tun Razak) 2. Teresa Kok (DAP/ MP Seputeh) 3. Husam Musa (PAS/ bakal bertanding parlimen)
Kementerian Pertanian
1. Salahuddin Ayub (PAS/ bakal bertanding parlimen di Johor) 2. Ng Suee Lim (DAP/ bakal bertanding parlimen)
Kementerian Luar Negara
1. Kamarudin Jaffar (PAS/ MP Tumpat) 2. Lim Guan Eng (DAP/ MP Bagan) 3. Elizabeth Wong (PKR/ Bakal bertanding parlimen)
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar
1. Fuziah Salleh (PKR/ MP Kuantan) 2. Che Rosli Che Mat (PAS/ MP Hulu Langat) 3. Nga Kor Ming (DAP/ MP Taiping)
Kementerian Wanita
1. Zuraida Kamaruddin (PKR/ MP Ampang) 2. Fong Po Kuan (DAP/ MP Batu Gajah) 3. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS/ MP Rantau Panjang)
Kementerian Hubungan Kaum dan Dialog Antara Agama
1. Nik Aziz Nik Mat (PAS/ bakal bertanding negeri dan parlimen) 2. Mujahid Yusof Rawa (PAS/ MP Parit Buntar) 3. Mohd Nur Manuty (PKR/ bakal bertanding parlimen) 4. Ngeh Koo Ham (DAP/ MP Beruas) 5. V Sivakumar (DAP/ bakal bertanding parlimen)
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan regim DAP dibawah Cocky Arrogant Tokong yang terkenal anti kurapsi dikenali ramai kononnya sebuah kerajaan yang mengamalkan berjimat cermat .
Nampak gayanya ada benar kata kata tokong Guan Eng, apabila beberapa lot tanah telah diberi pelepasan agar tidak dibayar premium tanah,malah dibenarkan tukar status daripada hak milik sementara kepada kekal.
CAT = Curi Angkat Tanah
Kerajaan tokong Guan Eng mengamalkan teknik mencuri tanah secara berhemah,pada mulanya tanah diambil atas status TOL secara percuma,kemudian sebagai pemegang portfolio tanah Guan Eng akan meluluskan tanah TOL kepada hak milik kekal selama lamanya.
Ini bukti bagaimana YB Phee Boon Pooh mendapat tanah TOL secara percuma yang kemudian ditukar kepada pemilikan kekal. Tanah Percuma beb! Sumpah takde kat mana mana negeri lain selain negeri dibawah lembayung Tokong Guan Eng. Kepada penyokong pakatan..inilah untungnya menjadi penyembah tokong DAP...
Pisau kata " tanah free untuk penyembah tokong Guan Eng"
Cik P menghabiskan jutaan ringgit semata mata nak kutip sewa banglow RM5ribu daripada Guan Eng... Kenapa murah hati sangat? sehingga sekarang sejak di sewa iaitu RM5ribu x 12 x 4 = RM240,000. Kenapa begitu bermurah hati sanggup menanggung kos ubahsuai rumah yang tinggi dan beri Guan Eng sewa dirumah banglow Jalan Pinghorn? :klik sini
"Berapa yang dikutip dan dibelanjakan oleh kerajaan pusat di negeri2 pembangkang pd tahun 2008: 1. Kelantan: Kutip: RM249juta Belanja: RM4.3billion. 2. Kedah: Kutip: RM1billion Belanja: RM6billion.
Skandal membabitkan penjualan tanah Taman Manggis semakin panas,Lim Guan Eng dikatakan telah mendapat hasil daripada penjualan sebidang tanah ini apabila menjualnya dibawah harga pasaran.
Sebelum ini Pisau dedahkan dokumen banglo yang disewa oleh Lim Guan Eng ,paling menghairankan kenapa pemilik rumah tersebut sanggup mengubah suai rumah hingga mencecah 3.7 juta semata mata untuk mendapatkan sewa sebulan RM5ribu?:klik sini
EXTENSIVE RENOVATION. Lim Guan Eng said he was forced by termites & ants to move in June 2009 and so rented that bungalow for a few thousand ringgit!! Wakaka. Bungalow worth RM3.7 million(incl cost of renovation & furnishing)
Harga pasaran tanah Taman Manggis adalah RM22juta sebaliknya dijual hanya RM11juta. Kenapa harga tanah di diskaun hingga 50% daripada harga pasaran?
Nama sebenar cik P adalah Phang Li Koon,nama beliau tertera didalam perjanjian tukar milik rumah yang sekarang in didiami oleh Lim Guan Eng.
Phang Li Koon adalah salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan syarikat yang membeli tanah Taman Manggis dibawah harga pasaran.
Phang Li Koon
Apabila terdedahnya dokumen pemilikan rumah dan kaitan Cik P,secara tiba tiba Lim Guan Eng berkata beliau akan berpindah kerana tuan rumah sudah tidak mahu menyewakan rumah terbabit. Kebetulan?
Tanah Taman Manggis berjaya dibeli dibawah harga pasaran oleh syarikat Datuk JP,syarikat induk kepada Winbond Sdn Bhd yang Cik P pegang sebagai ahli lembaga pengarah.
Jika syarikat Winbond Sdn Bhd atau Cik P tidak terbabit didalam skandal ini,kenapa beliau membeli sebuah pejabat di atas lot 1012 sek 16 Lorong Selamat sejak 26 Januari 2011 berhampiran dengan tapak projek di Tanah Taman Manggis.
Semua orang tahu tokong Lim Guan Eng berlidah biawak,sekarang ini begitu gelabah dan marah marah apabila isu ini meletup.Untuk melarikan diri kononnya beliau tidak terbabit didalam skandal penjualan tanah Lim Guan Eng telah mengarahkan Ng Wei Aik anjing peliharaannya memalsukan dokumen sewa rumah tersebut.
Klik untuk besarkan imej,dokumen yang dipalsukan dan dokumen asal.
Pelbagai alasan diberi dan cerita untuk menarik simpati dimainkan kononnya kerajaan negeri hanya bayar RM4 ribu dan Guan Eng mengeluarkan RM1 ribu wang poket sendiri untuk membayar sewa rumah .
..
Seperti yang Pisau katakan dulu,Lim Guan Eng tidak pernah akan lupa untuk berbohong dengan apa cara sekali pun. Pembohongan terkini daripada lidah bercabang ini katanya Cik P sudah tidak membenarkan Lim Guan Eng untuk tinggal di banglow di Jalan Pinhorn.
Apa yang melucukan,Guan Eng seharusnya memperbaharui perjanjian sewa bunglow tersebut 30 April 2012 berdasarkan perjanjian yang dikeluarkan oleh pejabat Guan Eng,ketika itu isu Taman Manggis belum pun didedahkan.
Pisau kata "betulkah Lim Guan Eng mendapat hasil 5% daripada hasil penjualan tanah dan projek tersebut, 2% masuk ke poket Guan Eng dan 3% masuk ke akaun DAP." .
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyahut cabaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan, sebaliknya berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom (UK) dan Australia.
Pendirian Anwar jelas bertentangan dengan kenyataannya pada 2008 bahawa beliau mahu membentuk kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya tidak stabil ketika itu.
"Kabinet bayangan ini tidak menjadi amalan politik di Amerika, Perancis, Thailand dan Indonesia.
"Siapa yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri adalah senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat) jika mereka memenangi kerusi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Semalam Perdana Menteri mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
BN wajib mengemukakan kalangan Ahli Parlimen yang berkemampuan dan berkebolehan untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Pembangkang pada PRU 13 akan datang.
Penggal parlimen 2008/2013 adalah contoh terbaik yang membuktikan BN sebenarnya kekurangan backbenchers yang "above board". Sebahagian dari mereka tidak berkemampuan untuk berhujah dengan AP pembangkang, walaupun hujah di kalangan AP pembangkang banyak yang retorik dan menyeleweng dari fakta.
Backbenchers pre-2008 tidak memerlukan kriteria "kebolehan berhujah" kerana AP pembangkang ketika itu terlalu sedikit bilangannya. Post-2008 yang menyaksikan peningkatan mendadak AP pembangkang telah menyebabkan AP-AP BN benar-benar teruji. Amat ketara sekali AP BN terkial-kial dan takut untuk berlawan hujah dengan AP pembangkang di parlimen.
Balik balik, Bung Mokhtar. Balik balik Aziz Sri Gading. Balik-balik Ibrahim Ali, dan lain-lain bekas MP pakatan yang duduk di kerusi bebas. AP BN yang berkemampuan boleh dibilang dengan kepala. Ada baiknya KJ tidak jadi menteri. Jika tidak ada Khairy Jamaludin yang duduk di backbenchers pasti keadaan akan menjadi lebih buruk.
Dari 76 kalangan backbenchers, hampir 30 AP BN sudah mengalami menopause symtoms yang kronik dan tidak boleh lagi mengeluarkan telor. Angka ini mewakili 1/3 dari keseluruhan backbencers BN yang ada!
Sebahagian besar di kalangan mereka berstatus "mantan". Mantan menteri ataupun mantan baggage sewaktu menjadi menteri. Mereka tidak berani atau pun tidak mahu mempertahankan BN disebabkan takut dibongkar kisah atau prestasi mereka sewaktu menjadi menteri. Sebahagian yang lain pula hanya bertindak seperti pemerhati ahli Parlimen negara-negara Komanwel. Ada juga yang memang sengaja membiarkan BN terduduk dan tewas di dalam berhujah di parlimen. Ada juga yang memang langsung tidak berguna dan gunanya hanya untuk memanaskan kerusi dewan dan makan gaji bulan serta lain-lain imbuhan keraian.
Dari keadaan yang wujud ini, BN tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Dewan Rakyat yang mulia untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan dan segala dasar serta perlaksanaannya pada hakikatnya sedang berada di landasan yang betul.
Sebaliknya pihak pembangkang yang berjaya menggunakan segala kelebihan berhujah dan menanipulasi kelemahan ketara hujah para AP BN di parlimen.
Sudah menjadi satu kerja tambahan SPB Yang DiPertuan Agong pula untuk mengingatkan para AP supaya menjaga etika setiap kali parlimen bersidang.
Mungkin DS Najib memang sudah maklum akan kelemahan ini dan sedang menunggu tempoh penggal berakhir bagi memperbetulkannya semula, walaupun ia bukan sesutu yang mudah untuk dilakukan. Maklum sajalah, tiada siapa sehingga kini yang menwarkan diri secara sukarela untuk tidak dicalon semula melainkan Tengku Azlan Jerantut.
Jika DS Najib berupaya untuk menyahsenaraikan AP-AP yang mengalami menopause symtoms dan yang menghadapi sindrom bisu, maka kuranglah sedikit beban PM Najib yang terpaksa menanggung hampir 4 tahun segala isu dan tekanan terhadap kerajaan secara bersendirian dengan hanya dibantu oleh beberapa kerat AP dan menteri yang efektif.
Benarkah apa yang sedang diperkatakan ini...? MB Selangor Tan Sri Khalid sudah ada "new sweetheart" yang menjadi Blue Eyed Girl yang bakal ditatang seperti menatang minyak yang penuh....??
Syukur tidak terhingga..lafaz AlhamdulillahiRobbilAlamin diungkapkan berkali-kali kerana akhirnya diiznikan juga Allah swt diri ini melalui sebelas 'courseworks' dan menyiapkan MA Thesis yang telah disahkan oleh dua professor dan Dean! Syukur Alhamdulillah kerana di Malaysia ini terlalu banyak peluang ke arah kebaikan terutamanya dalam bab menuntut Ilmu, Ilmu dunia mahu pun akhirat! Inilah hakikat satu nikmat yang mesti kita semua jaga dan pertahankan. Terima Kasih pada Kerajaan Malaysia yang telah menyediakan segala kemudahan untuk kami menuntut Ilmu dari tadika ke University. Peluang terbuka pada SEMUA, terpulanglah pada masing masing sama ada mahu merebut peluang ini dan memanafaatkannya sebaik mungkin. MASA tidak menunggu kita, hargailah usia yang Allah kurniakan pada kita. Lihat diri kita, cermin diri kita dan jangan terlalu mencari salah silap orang lain dulu, bersyukurlah kita rakyat Malaysia!! Malaysia negara tercinta tiada ada yang samanya.......percayalah.!
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.
"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.
"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.
"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya.
Kejayaan filem Hantu Kapcai mengutip 2 juta hanya beberapa hari selepas tayangannya sedikit sebanyak mengubat kegusaran KRU Studios setelah filem 24 Februarinya gagal memecah panggung.
Mungkin faktor penceritaan serta mood penonton pada waktu itu tidak kena. Kemunculan Hantu Kapcai dengan barisan pelakon-pelakon yang mantap akhirnya membuahkan hasil.
Pasti yang menjadi tumpuan kami adalah gadis genit yang seksi, Neelofa! Hehehe...
Beberapa shot aksi Neelofa dari dalam dan luar filem kami sertakan untuk semua pembaca. Anda boleh lihat tranformasi gadis genit ini dari sesuci gadis kampung...hinggalah merempit dan di dunia realiti.
Rasanya belum sampai sebulan kekasih beliau sebelum ini mengesahkan yang mereka sudah tidak bercinta, nampaknya penyanyi ini sudah pun menemui pengganti. Eh.
Kami menerima 2 keping gambar yang didakwa sumber kami diambil ketika majlis sambutan hari lahir yang ke 23 gadis ini & juga khabarnya kini kekasih Hafiz Suip.
Gadis yang dikatakan masih belajar ini berasal dari Kuching, Sarawak dan mereka berdua sering di'lihat keluar berdua di sekitar Sunway Pyramid & Damansara. Itu dia spesifik.
Pilih orang kampung pula sekarang ya Hafiz?
Sumber kami turut menyebut tidak menghairankan jika Hafiz Suip sering di'kaitkan dengan ramai wanita sejak akhir akhir ini kerana beliau memang bersikap ala playboy dalam hubungan bersama mana mana wanita.
Kami dapat lihat beberapa blog sibuk mengemaskinikan blog masing-masing dengan memuatnaik video Izara Aisyah yang dikatakan amat seksi ketiak menarikan tarian tango ketika masih menuntut.
NescafeAis mengambil inisiatif memuatnaik semula video tersebut setelah ianya disekat.
Tak tahulah berapa lama pula ianya akan bertahan...hehehe
Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Izara Aisyah Heroin drama "Vanilla Coklat" ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang agak seksi dengan tarian yang dipersembahkan agak mengghairahkan.
PETALING JAYA - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapat kembali hak 318.8 hektar tanah di Serendah, Hulu Selangor selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tindakan Kerajaan Negeri Selangor memulangkan cukai tanah dan merampas tanah tersebut sebelum ini tidak sah di sisi undang-undang.
Rayuan yang dibuat YBK diterima Hakim Mahkamah Tinggi, Hadhariah Said Ismail selepas meneliti hujahan bertulis dan mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua peguam YBK dan Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Pada satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat YBK di Kelana Jaya, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, pihaknya bersyukur kerana keputusan itu membuktikan bahawa YBK berada dipihak yang benar.
"Peristiwa ini sebenarnya memberikan tamparan hebat kerana YBK yang tidak memiliki apa-apa harta dan di atas tanah seluas 650 hektar, 87.2 hektar darinya telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibina Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bila pembinaan ini terlaksana, YBK sudah tentu dapat membayar cukai tertunggak dan termasuk bayaran konsultan yang telah berusaha selama 14 tahun bagi mengusahakan pembangunan atas tanah ini," katanya.
Menurutnya, tanggapan yang mengatakan bahawa YBK tidak membayar premium tanah adalah tidak benar kerana tanah itu bergeran dan yang tertunggak adalah sebahagian daripada cukai tanah.
"Sepatutnya Kerajaan Negeri bantu yayasan menyelesaikan cukai ini dengan memberi kelulusan pembinaan UiTM tetapi perkara itu tidak berlaku menyebabkan kami membawa perkara ini ke mahkamah," katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut sama ada UiTM akan dibangunkan di atas tanah tersebut, Zainal berkata, perkara itu hanya akan menjadi kenyataan jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor.
"Kita akan buat kertas cadangan baru untuk rancangan pembangunan di atas tanah ini dan saya yakin transformasi YBK yang disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini boleh berlaku jika BN kembali menerajui negeri ini," katanya.
Sebahagian daripada 331.2 hektar baki tanah milik yayasan itu kini di kaveat oleh Kerajaan Negeri menyebabkan YBK tidak boleh melakukan apa-apa pembangunan di atasnya.
Kerajaan Negeri mengambil keputusan merampas 318.8 hektar tanah milik YBK Selangor di Serendah pada 2010 meskipun tunggakan cukai RM5.7 juta semuanya telah dilunaskan yayasan itu dengan bantuan Yayasan Melaka.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri enggan menerima bayaran tunggakan berkenaan dan memulangkan wang itu semula kepada Yayasan Melaka.
TAMPIN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berhadapan detik memalukan apabila dirinya menjadi mangsa cabul seorang lelaki berusia 40-an di dalam gerabak kereta api yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kluang, Johor dan ketika itu sedang nyenyak tidur.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika kejadian, remaja perempuan berkenaan terasa tubuhnya diraba seseorang dan sebaik membuka matanya, dia ternampak seorang lelaki sedang berdiri di sebelah tempat duduknya.
"Mangsa yang ketakutan bergegas menyelamatkan diri dan memaklumkan insiden berkenaan kepada kakitangan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menangkap lelaki yang bertindak biadap terhadapnya.
"Akhirnya setibanya di Stesen Kereta Api Gemas, kakitangan KTMB menyerahkan suspek yang beralamat di Kuala Lumpur ke Balai Polis Gemas untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Kooi Cheang berkata, suspek telah ditahan reman dan akan dibacakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Rembau besok (hari ini) susulan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut," katanya.
PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak ada Kabinet bayangan, yang dipertikaikan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya ada "bayangan menteri ada."
"Kabinet bayangan tak ada... bayangan menteri adalah," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, tengah hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, yang meminta parti itu mengumumkan Kabinet bayangan mereka.
Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa Barisan Nasional (BN) tidak mengumumkan Kabinet bayangan mereka di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).
"PR tidak mungkin akan mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana sistem politik Malaysia tidak seperti United Kingdom (UK) dan Australia di mana calon Kabinet bayangan mereka menerima bayaran untuk 'official status' mereka.
"Parti politik di Malaysia terdiri daripada gabungan beberapa parti politik sedangkan di negara terbabit, parti mereka adalah parti buruh dan sosialis, misalnya.
"Apa yang penting bagi kami bukan pangkat atau kedudukan tetapi kebajikan rakyat yang perlu diperjuangkan," katanya dalam sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Kelmarin, Najib mencabar PR untuk menubuhkan Kabinet bayangan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
SENAI – Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam penculikkan penyampai radio (Dj) Best 104 , Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kesemua suspek berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar negeri ini, kira-kira jam 2 pagi, semalam, bagi membantu siasatan.
Penahanan lima lelaki itu menjadikan tujuh lelaki yang dicekup polis iaitu membabitkan teman rapat DJ berusia 34 itu yang berusia 40an kira-kira jam 4 petang Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Lima lelaki itu dipercayai adalah individu yang diupah membabitkan kes percintaan tidak berbalas.
Sementara itu JD yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi memberitahu Sinar Harian di masih trauma selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.
"Saya diberikan cuti selama sebulan oleh doktor kerana trauma akibat kejadian itu..mungkin dua atau tiga minggu lagi, saya akan mampu kembali bekerja namun buat masa ini saya akan berehat untuk menenangkan fikiran," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada keluarga, kenalan rakan termasuk pihak pengurusan dan rakan sekerjanya di Best 104 begitu mengambil berat mengenai keadaan dirinya malah tidak jemu-jemu memberi sokongan moral supaya JD pulih seperti biasa.
"Jika saya kembali bertugas pada masa terdekat, saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir buat sementara waktu kerana masih belum bersedia untuk keudara, namun saya akan kembali ke konti semula," katanya.
KUALA LUMPUR - PKR hari ini menafikan sudah memuktamadkan senarai 20 pemimpinnya akan diangkat mengisi Kabinet pusat sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali berkata, laporan penyenaraian calon, yang dibuat oleh seorang pemimpin PKR sebelum ini, bukan rasmi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, senarai 20 yang disebut-sebutkan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR).
"Kenyataan beliau (Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei) tidak rasmi, kita tak pernah bincang mengenai senarai calon untuk Kabinet bayangan.
"Itu hanya pendapat peribadi beliau dan senarai pilihan peribadi beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Kelmarin, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.
"Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.
"Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri," katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw menyatakan PKR berkhayal apabila mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah mempunyai jawatan tertentu dalam kementerian.
"PKR mesti menang dulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan kementerian. Tetapi pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua pula menyifatkan Seng Giaw tidak mengetahui maksud sebenar Kabinet bayangan itu.
"Saya pasti dia tidak tahu tentang penyenaraian tersebut. Dan dia hanya salah faham sahaja," katanya.
Sementara itu, Ketu Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusoff turut menyatakan PKR tidak pernah membincangkan senarai untuk Kabinet bayangan di dalam mesyuarat PR.
Tambahnya, PR tidak perlu mempunyai Kabinet bayangan untuk menawan Putrajaya pada PRU13.
"Kita akan ikut dasar kita, kenyataan Shuhaimi itu tidak rasmi dan kita tak perlu Kabinet bayangan untuk tawan Putrajaya," katanya.
Selain itu, Yusmiza turut menyatakan kenyataan yang berbaur cabaran yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap PR supaya menubuhkan Kabinet bayangan itu sebagai isu lapok dan mempunyai unsur sabotaj.
"Pengalaman macam ni memang Izara tak akan lupakan. Dah la kena tendang lepas tu kena tumbuk pula dekat muka. Sakit tu memang la sakit sebab kena betul-betul."
Begitulah apa yang diperkatakan Izara kepada kami sewaktu di temui baru baru ini di Taiping. Tapi jangan bimbang kerana ini semua hanyalah atas dasar komitmen terhadap watak yang dibawanya dalam filem terbaru arahan Bob Singah iaitu Balun.
Tambah Izara yang kami temui di lokasi pengambaran Balun di Taiping menjelaskan jika seorang pelakon itu melakonkan watak seperti yang terdapat dalam filem aksi seperti Balun ini sudah tentulah perkara-perkara seperti berikut boleh terjadi secara tidak sengaja.
"Perkara macam ni Izara kena hadapi. Tak boleh la nak complaint sangat kalau kena pukul & tendang betul-betul sebab nama pun filem aksi. Lagipun rasa bersyukur sangat dapat berlakon dalan Balun sebab ini adalah watak yang memang Izara idamkan." Ujarnya
Memegang watak sebagai Nurul Ain anak kepada guru silat Izara memaklumkan hampir 2 bulan dia berlatih silat semata mata mahu membiasakan dirinya dengan seni mempertahankan diri ini.
Tambahnya lagi "Ini bukan silat main-main, ini memang silat betul, Izara belajar silat tu sampai rasa seperti sudah menjiwainya. Mula-mula memang susah belajar silat ni sebab 'bunga-bunga' dia lembut, Izara pulak jenis keras. Tapi Alhamdullilah hasil tunjuk ajar guru silat kemahiran Izara ada peningkatan. Lagipun Izara memang minat martial arts ni sejak dari kecil dan pernah belajar Muay Thai masa umur 16 tahun sebelum berhenti sampai sekarang."
Tegas gadis manis ini juga penglibatanya dalam martial arts bukanlah semata-mata atas faktor lakonan sahaja, tetapi adalah suatu bidang serius yang ingin diceburinya. Tambahnya lagi, ini kerana atas faktor ingin mempertahankan diri jika keadaan memerlukan pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran.
Filem Balun merupakan lakonan pertama Izara dibawah arahan Bob Singah. Menurutnya lagi Bob Singah adalah pengarah yang paling lembut yang pernah dia berkerja. Ujarnya "Maksud lembut tu dia seorang yang baik hati dan tak ada marah-marah sangat. Lagipun apa juga pertanyaan Izara dia akan jawap tanpa ada sebarang rungutan"
Thinking of the perfect gift for your loved ones? Check out the #XperiaIon by Sony, you'll love the razor sharp screen!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata pergerakan menuntut hak wanita tidak perlu dijalankan di negara ini kerana kesaksamaan itu telahpun diberikan daripada awal lagi.
Dalam ucapannya ketika sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-50 hari ini, beliau berkata Malaysia lebih ke hadapan daripada negara membangun lain dari segi itu.
"Wanita di Malaysia berbeza dengan di negara lain. Tak perlu berjuang hak wanita sebagai satu pergerakan sebab kita dari awal dah iktiraf kesaksamaan hak wanita dalam negara.
"Hak mengundi, wanita diberi hak dengan lelaki pada waktu sama, tak dinafikan. Sesetengah negara maju lelaki mengundi lebih awal dari wanita (tetapi) tidak di Malaysia," katanya.
Beliau juga cuba berjenaka apabila menimbulkan mengenai kesaksamaan kepada wanita dalam hak mendapat pendidikan.
"Sama juga (dalam) pendidikan. Kejayaan wanita dah diketahui umum. Sampai lelaki disebut sebagai spesis terancam," katanya.
Beliau seterusnya mengingatkan para wanita supaya tidak berpendapat bahawa semuanya baik di negara maju kerana Malaysia, menurutnya, lebih ke hadapan dalam soal hak wanita.
"Bila saya berjumpa seorang penting di AS baru-baru ini saya kata dalam beberapa aspek US lebih maju tapi dalam beberapa hal kita lebih maju.
"Saya kata contohnya ada kelab-kelab yang tidak benarkan wanita di AS. Di Malaysia semua kelab terima wanita," katanya
"Contohnya Augusta National Club baru terima dua orang ahli wanita tetapi selama ini wanita tak dibenarkan. Di Malaysia semua kelab benarkan (keahlian wanita)," katanya.
MARANG – Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar tidak menolak sekiranya namanya dicalonkan semula untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Abdul Rahman yang pernah menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1986 dan 2004 ketika dihubungi bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak meminta agar namanya dicalonkan sebaliknya ia terserah kepada pucuk pimpinan.
Difahamkan, Parlimen Marang merupakan salah satu kawasan paling panas dan menjadi sorotan setiap kali pilihan raya apabila seorang presiden parti bertanding di sini. Malah, mana-mana calon BN juga dikatakan tidak mampu menggugat Abdul Hadi.
Abdul Hadi mula bertanding pada pilihan raya umum 1978 di Dun Marang tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN Tengku Zahid Tengku Musa dan berjaya merebutnya semula pada 1982 dengan majoriti 320 undi.
Pada 1986, Abdul Hadi menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang iaitu nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang dan berkemungkinan pada PRU13 kelak.
Tetapi bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Abdul Rahman dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999 tetapi tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008.
Pas boleh tewas jika BN letak calon betul
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, walaupun terdapat andaian mengatakan Parlimen Marang adalah kubu kuat Pas, namun Presiden Pas itu masih boleh ditumbangkan jika BN berupaya untuk meletakkan calon yang diterima oleh rakyat di Marang.
Malah, Abdul Rahman yang pernah digelar 'Giant Killer' berkata, Presiden Pas yang bertindak selaku ketua pembangkang di Parlimen perlu ditumbangkan terlebih dahulu sebelum `mencantas' pengikut beliau agar ketua parti itu hilang suara di Parlimen.
"Ketua seperti Abdul Hadi perlu ditewaskan memandangkan dia Presiden Pas. Kalau Abdul Hadi kalah seperti kepala macam sudah hancur. Tiada kepala, tidak boleh berjalan . Kita bukan kerat ekor (dahulu), bukan kerat badan, cantas kepala terus.
"Di Marang terdapat satu tempat, iaitu satu Parlimen yang menjadi penghulu segala Parlimen di Malaysia kerana ketua Pas ada di sini (Marang)," katanya.
Abdul Rahman berkata, sehubungan itu, calon BN perlu mengalahkan Abdul Hadi demi menyelamatkan bukan sahaja Parlimen dan negeri, bahkan negara daripada jatuh ke tangan pemimpin yang berpengaruh dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.
"Apabila di peringkat negara tiada presiden (Pas), secara automatik dalam Dewan Rakyat juga tiada lagi suara pembangkang," katanya
Calon berkredibiliti mampu lawan Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, hanya calon BN yang memiliki kredibiliti sahaja mampu menumbangkan Abdul Hadi dan pemilihan calon perlu dapat memberi impak positif kepada pengundi bagi berhadapan pemimpin pembangkang yang berpengaruh itu.
"Dengan tumbangnya Abdul Hadi, (ia) membolehkan tiga lokaliti utama, Marang, Terengganu dan Malaysia dapat diselamatkan. Jadi, kita harap pihak berkenaan betul-betul fokus di Marang.
"Saya kira kalau BN Marang boleh menang, boleh menaikkan lagi moral dan imej BN di Terengganum malah akan menghakiskan pengaruh Pas di negara ini," katanya.
Beliau juga menganggap bahawa kemenangan calon BN menumbangkan Abdul Hadi tidak sama dengan kemenangan BN di 10 kerusi Parlimen lain kerana kemenangan BN di Parlimen Marang sesuatu yang sangat penting dan istimewa.
"Jadi, kena pilih calon yang betul-betul layak, yang betul-betul ada rekod, yang betul-betul rakyat terima, yang betul-betul boleh menang. Pilihan calon jangan ikut emosi, jangan ikut suka tidak suka, jangan ikut individu, tapi ikut suara rakyat.
"Kena pilih hati-hati. Perlu menanyakan semua orang Marang. Buat bancian perlu melibatkan ramai pengundi, mungkin 5,000-6,000 orang dan jangan hanya merujuk kepada sepuluh orang sahaja sebelum membuat kesimpulan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berpendapat di Parlimen Marang perlu diberi peluang sekurang-kurangnya kepada dua muka baru manakala selebihnya mengekalkan pemimpin sedia ada.
Bagi anda yang mempunyai tabiat membuat atau mengadakan hubungan seks di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi.
Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang.
Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel.
Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, tombol sudah berpindah ke gear mundur. Dan sialnya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok.
Mujurlah, pasangan yang berada di belakang kenderaan dengan pantas memijak brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.
Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.
Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. "Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup," ungkap seorang saksi.
PETALING JAYA: Penyanyi Amanda Imani menjelaskan lakaran tatu yang terdapat pada kaki kirinya hanyalah sekadar pelekat tatu hiasan yang tidak kekal.
Amanda, 21, berkata, ia merupakan pelekat yang dipakainya sebagai aksesori ketika mengadakan persembahan pentas dan boleh dibuang pada bila-bila masa dan ia bukanlah tatu kekal seperti mana yang diperkatakan.
"Kelakar rasanya apabila orang perhatikan saya sampai ke buku lali. Tetapi jujur saya katakan itu bukan tatu sebenar.
"Ia merupakan hadiah pemberian rakan saya dan hanyalah pelekat biasa yang kelihatan seperti tatu.
"Saya harap tiada yang ambil peduli tentang gosip remeh itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Amanda diminta mengulas laporan menerusi ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mempersoalkan lakaran tau pada kakinya.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Amanda bakal mengarah sendiri klip video lagunya iaitu, Fobia Cinta buat pertama kali.
Walaupun tidak berpengalaman di bidang pengarahan, Amanda menganggap ia sebagai satu cabaran untuk melihat sejauh manakah kemampuannya di bidang itu.
Sorry Amanda...we couldn't resist it, nice rack!
"Sebab itu saya mengarah klip video sendiri. Sama ada ia menjadi atau tidak, klip video itu adalah lagu saya.
"Bagaimanapun saya tidak melakukan sesuatu bidang dengan pengetahuan yang kosong. Sebaliknya, sejak dua tahun lalu, saya mula mengambil kesempatan untuk belajar hal-hal di belakang tabir agar skop kerjaya saya lebih meluas," tuturnya.
Tambah penyanyi seksi itu, andai kata klip video itu berjaya mendapat perhatian ramai, dia tidak teragak-agak untuk mengembangkan bakatnya itu dengan mengarahkan klip video penyanyi lain pula.
"Itu semua masih dalam perancangan. Insya-Allah, jika bakat bidang pengarahan klip video disukai ramai, apa salahnya untuk cuba mengarah klip video penyanyi lain pula bukan?" katanya.
KUALA LUMPU: Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.
KLANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan. " Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR," katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman. Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan 'kroni' seperti yang berlaku dalam BN.
"Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.
"Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.
"Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara
"PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN," katanya.
Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.
Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak keperluan pembangkang menawarkan senarai kabinet bayangan bagi membolehkan rakyat menilai jenis kerajaan yang ditawarkan oleh pihaknya.
Setakat ini, beberapa pemimpin pembangkang hanya menyatakan bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa dan ini sudah mencukupi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membayangkan di lobi Parlimen.
"Datuk Seri Najib (ada) umum siapa Menteri Besar Selangor? Dia umum siapa yang akan jadi Menteri Kewangan selepas dia menang? Tak ada. Kabinet Bayangan ini hanyalah amalan politik di United Kingdom dan Australia. Tidak di Amerika, tidak di Perancis dan tidak di Indonesia, tidak di Thailand," kata Anwar.
Penganalisis dan pemimpin politik sebelum ini berkata Pakatan Rakyat perlu menyediakan senarai Kabinet Bayangan jika mahu memperlihatkan permuafakatan dan kesanggupan berkongsi kuasa.
Kegagalan Pakatan berbuat demikian mengundang tuduhan bahawa PKR, PAS dan DAP lebih berminat untuk membolot kerusi terbanyak pada PRU akan datang demi menuntut jawatan-jawatan penting dalam Kabinet.
Setakat ini PKR juga gagal menyatakan sama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada sidang media itu, Anwar hanya berkata bahawa pemimpin kanan PKR-DAP-PAS bakal diangkat sebagai menteri dan timbalan kabinet sekiranya menang Pilihan Raya Umum.
Perdana Menteri semalam membayangkan bahawa ketiadaan persefahaman dalam Pakatan Rakyat mengakibatkan gabungan itu gagal menamakan kabinet bayangan.
"Jangan cakap bentuk kerajaan, bentuk kabinet bayangan dulu... tunjukkan itu adalah pasukan anda," kata Najib ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN
SHAH ALAM: Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor dan beberapa pihak lain gara-gara melempar fitnah terhadap dirinya.
Katanya pihak tersebut telah menyebarkan kenyataan kononnya firma guamannya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah ketika beliau menjadi rakan kongsi dalam firma guaman dan juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co pada tahun 2010.
"Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.
"Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat," katanya yang dipetik daripada kenyataan media.
Beliau menegaskan bahawa kes-kes yang dikhabarkan yang melibatkan PKNS ini telah diselesaikan dengan baik dan sempurna oleh firma guamannya malah telah diselesaikan menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan.
Hamidzun juga turut kesal apabila maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media.
Justeru itu beliau tidak menolak jika terdapat niat jahat dengan misi politik yang mahu menggugutnya untuk tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharajalela.
Ini kerana beliau seorang yang lantang dalam membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan dengan kerajaan negeri.
Hamidzun sebelum ini didakwa terlibat dalam penyelewengan yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 yang melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu.
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyatakan pemimpin PKR hanya berkhayal apabila mahu mewujudkan Kabinet bayangan, hanya salah faham semata-mata.
Menurut Tian Chua, Seng Giaw memberikan kenyataan itu disebabkan beliau tidak tahu mengenai maksud sebenar penubuhan Kabinet bayangan yang dilaporkan media sebelum ini.
"Saya pasti dia tidak tahu tentang penyenaraian tersebut. Dan ia hanyalah cuma salah faham sahaja," katanya di lobi Parlimen, di sini, semalam.
CHERAS: Seorang pembaca berita sambilan sebuah stesen televisyen berbayar menghadapi saat cemas apabila tiga lelaki bermotosikal mengacukan gunting pokok ke arahnya sebelum melarikan beg tangan miliknya dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Perkasa 5, Taman Maluri, di sini, awal pagi semalam.
Dua daripada tiga suspek itu bagaimanapun ditahan selepas teman lelaki mangsa yang baru menghantarnya terdengar jeritan wanita berusia 31 tahun terbabit sebelum mengejar dua motosikal dinaiki penjenayah itu dengan keretanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa baru dihantar teman lelakinya, 38, apabila tiga lelaki menaiki dua motosikal menghampirinya dan mengacukan gunting pokok.
"Seorang daripada suspek merampas beg tangan mangsa bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit sehingga didengari teman lelakinya yang masih berada berhampiran tempat kejadian.
"Menyedari mangsa disamun, lelaki terbabit memecutkan kereta mengejar suspek dan dalam masa sama, jeritan wanita itu didengari polis peronda yang membuat rondaan di kawasan berkenaan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Metro
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tuntutan Royalti Minyak oleh rakyat Kelantan makin membara, Program jelajah secara konvoi mendapat sambutan yang luar biasa, himpunan bersejarah telah pun berlangsung, Tuan Guru YAB Menteri Besar Kelantan bersama Presiden PAS dan Ketua umum PR bersama memberi pidato untuk terus bersama NGO R sehingga tuntutan berjaya..
Dalam isu tuntutan royalti ini, semua pihak bersatu dikalangan rakyat yang tidak mementingkan perut dan diri. Tengku Razaleigh Hamzah, rakyat Kelantan yang terdahulu bersama Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan supaya kerajaan Malaysia membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Kerana Tengku Razaleigh tahu asal usul persetujuan antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat.
Kenapa kerajaan dibawah pimpinan Najib masih tidak mahu akur diatas persetujuan yang telah dibuat semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Sedangkan Tengku Razaleigh yang terlibat secara langsung mengakuinya bahawa Kelantan berhak mendapat feadah dari hasil minyak seperti yang dituntut oleh kerajaan Kelantan.
Agaknya kedegilan dan keangkuhan yang ditunjuk oleh kerajaan persekutuan itu akan mengakibatkan berakhirnya sebuah kerajaan yang tidak adil kepada rakyat Kelantan, melihat kepada kebangkitan rakyat Kelantan yang dulu hanya bertahan di Kelantan sekarang ini sudah mula menerajui gerakan menumPASkan kerajaan UBN.
Apakah kejatuhan kerajaan UBN nanti sengaja berpunca dengan tuntutan R yang dibentuk mengumpulkan anak-anak muda kelantan untuk terus mara dengan satu matlamat tapi disertai oleh arus yang ingin melihat sebuah kerajaan baru dibentuk di Malaysia selepas PRU13 nanti.
Gerakan royalti minyak pada mulanya berpusat di studio UTTV secara kecil-kecilan, kini sudah semakin gah dan gagah dengan mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat daripada yang miskin dan yang kaya, rakyat biasa dan ternama, orang berparti dan tidak berparti, alim ulama, tua dan remaja, semuanya suka gerakan R kedepan bagi membantu kerajaan Kelantan.
R untuk royalti, bukan untuk R&R. saya tumpang gembira
Apa sahaja yang kita dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati. Ada dua kemungkinan. Pertama kekurangan diri kita dan keduanya kerana kekurangan diri mereka. Manusia tidak sempurna. Jika berlaku kepada diri saya, saya fikir ia hanyalah kerana kekurangan atau kelemahan diri. Namun saya terus belajar, bermuhasabah dan memikirkan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Akhirnya ia kembali kepada prinsip utama, mencari keredhaan Allah. Saya tidak boleh lagi berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang penuh adab sopan santun kerana khalayak saya ada hadirnya dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Bila saya menulis di blog atau FB sbg cth::: "sungguh dermawan rakyat Malaysia," ada rakan bukan rakyat Malaysia menulis dengan lemah-lembut, "Alhamdulillah ARB.. tentu sekali ramai yang menyumbang, mereka mungkin datang dari Brunei, Singapura dan Indonesia". Hati saya cepat terasa maksud ayat tersebut. Opps… tentu sekali saya terkhilaf. Saya mohon maaf! Terima kasih kerana menegur dengan cara yang sangat sopan. Di sana-sini, terdapat khalayak yang tidak dapat saya layani sebagaimana kehendak mereka. Ada beberapa batasan dan halangan yang tidak mungkin dapat saya nyatakan. Itulah kekurangan diri saya. Namun jika ada yang menyatakan, "tidak semua yang suka" maka ia bermakna "ada yang suka". Di sebelah mana kita menyaksikan kenyataan ini, ia tetap memberi motivasi untuk saya terus hadir bersama khalayak pembaca blog dan FB saya..LOVE UOLS
Tahniah, keputusan terbaru Mahkamah membuktikan bahawa Sistem Kehakiman Malaysia bebas. Cuma kekalahan yang terlalu kerap di pihak kerajaan membuka satu persoalan baru - adakah pegawai undang-undang yang digaji oleh kerajaan Malaysia tidak cukup kompeten bagi menangani kes-kes yang dibicarakan?
Five awarded RM4.06mil over unlawful detention under ISA By MAIZATUL NAZLINA
KUALA LUMPUR: Five people, including Batu MP Tian Chua, have been awarded more than RM4.06mil in damages over their unlawful detention under the Internal Security Act in 2001.
High Court judge Lau Bee Lan ruled on Tuesday that the detention of Tian Chua, Selangor PAS information chief Saari Sungib, activists Hishammudin Rais and Badaruddin Ismail and PKR supreme council member Badrulamin Bahron under Section 73 of the Internal Security Act 1960 was unlawful.
The five had sued former Inspector-General of Police
Tan Sri Norian Maiand two others for unlawful detention under the ISA and for defamation.
(The award covers RM15,000 a day for the total number of days that they had been detained).
Justice Lau also awarded Tian Chua, Hishammudin, Saari and Badrulamin RM60,000 in general damages and RM40,000 in aggravated damages in total based on grounds that the words uttered by Norian during a press conference in April, 2001 in relation to the detention was defamatory.
She ruled that the detention was not based on the safety of the country but more towards political considerations. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
[Video] Kebiadapan #ProMenipu WUFI Terhadap Timbalan Rektor Tersebar!
Pendedahan Rakaman Video Oleh Pelajar UIAM ini menunjukkan kebiadapan pelajar UIAM sendiri yang tidak menghormati Timbalan Rektornya sendiri, Dato' Dr. Mizan yang cuba menjelaskan perkara sebenar tentang kepincangan sistem yang berlaku semasa Pilihanraya Kampus UIAM pada 25hb September yang lepas.
Sikap pelajar UIAM #ProMenipu ini tidak dapat menghormati seorang Timbalan Rektor mahupun seorang yang lebih berumur daripada pelajar tersebut. Adakah ini akhlak yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pelajar yang datangnya daripada Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
Lihat sendiri bagaimana mereka biadap dalam berkata-kata :
Jika dilihat semula mereka ini seolah-olah berdendam dengan Timbalan Rektor. Teringat pula kes fitnah WUFI terhadap Timbalan Rektor di [SINI]. Tambahan pula pekung mereka terbongkar maka mereka akan terus menyalahkan Timbalan Rektor walhal merekalah dalang disebalik pengundian pilihanraya kampus semula SRC IIUM 2012/2013.
Malahan berita yang Keris terima petang tadi yang mana kemungkinan perkara ini sedang berlaku sekarang adalah kehadiran seorang budak yang mengaku mahasiswa tetapi punyai perangai paling sampah dan memalukan iaitu Khalid Ismath.
Tak mustahil budak WUFI jadi kurang ajar kalau Khalid Ismath orang mereka jadikan ikon. Apapun setelah meneliti video-video yang Keris lihat di channel Youtube MediaIIUM masih ada juga mahasiswa yang boleh berfikir dengan matang.
Tetapi kebanyakan yang lain menunjukkan sifat PAS mereka. Jangan terkejut jika anda nak tahu kebanyakan calon yang bertanding adalah penyokong PAS. Akan Keris dedahkan kemudian. Yang pastinya mereka yang membawa aspirasi pembangkang disokong oleh WUFI
K7L : Sian mak ayah yang anta anak pergi belajar..balik-balik jadi kurang ajar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan