Rabu, 5 September 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda buktikan Maik cuba berpolitik

Posted: 05 Sep 2012 01:18 AM PDT

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan sekali lagi tampil membuktikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) cuba bermain politik dalam isu khutbah Jumaat dan Aidilfitri.

Teks khutbah Jumaat dikeluarkan Maik pada 31 Ogos lalu bertajuk "Hari Kemerdekaan" didapati mengandungi beberapa saranan dan sindiran berbentuk politik sehingga menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan banyak pihak.

Antaranya berbunyi "Jagalah kemerdekaan, jagalah bangsa, selamatkanlah agama, selamatkan negara daripada sebarang anasir yang sanggup menjadi tali barut kuasa luar, kuasa asing yang memang tidak putus asa untuk memerintah negara ini.


"Kalau negara ini jatuh lagi ke tangan orang lain maka untuk mengambil semula, untuk bangun kembali, bangsa kita, umat kita, akan berhadapan dengan jalan yang amat sukar. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan mustahil dapat merampas kembali".

Pengarah Jabatan Kerajaan dan Swasta, Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, ungkapan yang ditulis Maik dalam khutbah tersebut secara mudah dapat ditafsir orang ramai.

Katanya, ahli-ahli jemaah tertanya-tanya kepada siapakah sindiran tersebut ditujukan.

"Apakah teks khutbah Jumaat Maik menganjurkan supaya bangsa Melayu memaksakan kehendak mereka dan tidak lagi perlu mengambil kira pendapat dan sensitiviti bangsa-bangsa lain dalam mengharmonikan kehidupan masyarat.

"Saya berharap Timbalan Yang Dipertua Maik meneliti terlebih dahulu teks khutbah Jumaat Maik sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa ia bebas daripada sebarang unsur politik," katanya di sini.

Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan khutbah Aidifitri dikeluarkan Maik kerana secara jelas mempamerkan sikap berpihak dan bertentangan dengan aspirasi kerajaan negeri.

Ekoran itu ramai khatib menokok tambah khutbah tersebut supaya isinya lebih segar, namun Maik pula dalam satu kenyataan dilaporkan mahu mengambil tindakan terhadap imam terbabit.

Dr Rosli berkata, masyarakat yang celik politik sekarang dapat mengasosiasikan kenyataan-kenyataan tersebut dengan pihak yang ingin dikaitkan.

"Maik bukan sahaja tidak boleh berpolitik tetapi ia juga tidak boleh dilihat sebagai berpolitik.

"Persepsi masyarakat sekarang Maik telah mula berpolitik dalam teks khutbah dengan menyeru secara halus mereka supaya menolak pihak tertentu," katanya.

Menurutnya apabila persepsi sebegini wujud maka kredibiliti Maik di mata masyarakat sudah tentu akan terjejas.

"Saya juga menyeru Mufti Kelantan selaku Pengerusi Panel Penyedia Teks-Teks Khutbah Jumaat Maik supaya dapat mengambil tindakan segera.

"Sebarang persoalan yang berbangkit sepatutnya perlu dijelaskan. Bagi sesiapa yang mahu berpolitik eloklah mereka segera meletak jawatan dan terjunlah ke dunia politik.

"Jangan pula hanya berani berselindung di sebalik institusi tertentu untuk menghentam pihak-pihak lain secara bersembunyi," ujarnya.

Alam Ria PASTI Negeri Kelantan

Posted: 05 Sep 2012 01:18 AM PDT


Pejabat PKR diserang samseng pakai baju Umno

Posted: 05 Sep 2012 01:17 AM PDT


PETALING JAYA: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.

Menurut laporan awal Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Melayu tiada masa dalam Umno – Lajim Ukin

Posted: 05 Sep 2012 01:16 AM PDT

MACHANG: Belum pun membuat keputusan rasmi meninggalkan Umno tiba-tiba kerajaan Barisan Nasional (BN) menyekat peruntukan sebanyak RM3 juta kepada anggota parlimen Beufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar).

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengakui banyak keistimewaan yang diperolehi ketika berada dalam Umno.

"Namun saya tetap juga membuat keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Umno, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi BN Beufort.

"Selama 18 tahun ini saya berada dalam Umno. Dua penggal menang sebagai MT, malah ketika itu berada dalam top ten.

"Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pemangku Ketua Menteri. Namun saya meletak semua jawatan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kerja-kerja kejahatan," katanya pada ceramah sulungnya di Kelantan malam tadi.

Program tersebut diadakan di Kampung Paloh Rawa, Dun Temangan. Biar pun hujan turun dengan lebat orang ramai tetap memenuhi perkarangan bangunan Pasti.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat dan anggota Exco, Dr Muhamad Fadzli Hassan.

Turut mengiringi Lajim ke Kelantan, bekas pemimpin PBS, Datuk Idris Ali. Hari ini difahamkan beliau menghadiri satu program di Kuala Lumpur.

Lajim berkata, beliau tidak boleh menerima gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno dan kerajaan serta penderaan yang berlaku secara berterusan terhadap Kelantan.

Sedangkan kata beliau Kelantan merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk Melayu yang paling ramai di Malaysia.

"Sebab itulah saya tidak nampak lagi Umno mampu membela nasib orang Melayu. Umno tidak boleh lagi menjamin masa depan orang Melayu.

"Macam mana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan masalah dalaman Umno sendiri begitu parah sekali.

"Saya pernah berada dalam jawatankuasa menyelesaikan isu dalaman Umno. Masalah di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Johor dan Selangor tidak selesai sampai sekarang.

"Saya tidak boleh lagi bersikap sebagai yes men, tidak boleh lagi membodek dengan mencium tangan pemimpin atasan," katanya yang mempertahankan kerusi parlimen Beufort sejak 26 tahun lalu.

Beliau juga berkata, Sabah bukan lagi menjadi deposit tetap bagi BN untuk mempertahankan kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjangka 13 kerusi BN akan tergugat antaranya Beufort, Penampang, Tawau, Sepangar, Papar, Batu Sapi, Tuaran dan Sandakan. Buktinya kehadiran rakyat begitu luar biasa pada program Pakatan Rakyat sekarang.

Beliau juga meluahkan rasa hairan Sabah memiliki sumber bumi yang banyak dengan minyak dan balak, namun masih kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Sementara itu, Saifuddin mendakwa akan berlaku satu lagi kejutan besar pada 15 September ini di Sabah apabila seorang tokoh korporat terkenal akan mengisytiharkan menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, tokoh terbabit akan mengisytiharkan keluar Umno pada himpunan besar-besaran yang dijangka turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng

Sarawak: 'PR enda meri BN jalai muntang'

Posted: 05 Sep 2012 01:16 AM PDT


(Gambar-gambar sekitar lawatan pemimpin PAS ke Sarawak)

MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji 'kekuatan' dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

"Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang," ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.

"Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN," katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.

Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.

"Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.
"Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita 'menebang' pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti," tambahnya.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin.

Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.

Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang.

"Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.

"Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut