SHAH ALAM, 28 OGOS - Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyatnya yang menggunakan meter pukal serta tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan mereka itu munasabah.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan tersebut kerana itu janji Pakatan Rakyat kepada setiap rakyat di negeri itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.
"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.
Ahad lalu, sekumpulan penduduk di Pangsapuri Mentari Court telah mengadakan satu demonstrasi secara aman sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.
Demonstrasi itu dibuat selepas empat tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.
Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.
Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan' telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. - Antarapos
The spat between PKR and DAP in Penang has now worsen with the state PKR information chief Johari Kassim calling for suspension of those who attended the meeting which minutes were leaked, revealing the dissatisfaction of Mansor Othman towards Lim Guan Eng. The minutes also revealed Guan Eng's wish to have Chinese contesting PKR state seats instead of who PKR leadership feels can win the seats, giving the assumption that PKR plays second-fiddle to Guan Eng in Penang, not equal level. While the Malays in PKR should start thinking what are they in for, Mansor himself, if he has any feeling about his own dignity and possessing a 'Malay heart', should take a bold step by just quitting the party and stand on his own. This action will bring him back his self dignity and the bad perception by the Malays at large after he appeared at a press conference flanked by Guan Eng who sat there without saying a word to make sure that Mansor 'eat the words that were written in the minutes.' And Mansor, like the slave he is now, did just that to please Guan Eng but he has no idea that in reality Guan Eng does not trust him anymore after what had happened. Putting Mansor to shame and 'strip him of his dignity' is Guan Eng's aim in wanting to stay dominant in Penang and positioning DAP above the rest of the PR parties. Succeeded in his game, now Penang PKR is facing problem from within Johari Kassim calling on the party leadership to suspend those who attended the meeting to find out who leaked the minutes. Those who attended the meeting were state deputy chief and Batu Kawan division chief Law Choo Kiang; Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi; Bayan Baru deputy chairman Tan Seng Keat; 2004 candidate for Bayan Baru parliament seat Raymond Ong; Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Batu Uban branch chief Cheah Peng Guan and Mansor's assistant John Ooi. So just think where actually Johari is getting at – some Chinese in PKR are selling information to DAP leaders – or in short Johari is saying 'do not trust the Chinese in PKR.' Will the PKR leadership listen to Johari or help Mansor in bringing back his dignity after being ripped naked? The answer is of course no because PKR's chief Anwar Ibrahim is only interested in becoming the Prime Minister and he cannot achieve his aim without the support of DAP and PAS. So he could not care less what happens to his people so long as he receives the support to be the Prime Minister. So it is better now for the Malays in Penang PKR to rethink their position and their struggles for the word reformasi is already lost in the 'forests of politics' and what is left now is their conscience – a Malay or a sell out.
Perhaps Karpal Singh is still yet to fully recover from his illness the other day that he is still making rants? Perhaps he is still hallucinating when he said that Tun Salleh Abbas used to state that Malaysia is a secular nation during the case of Che' Omar Che Soh. Tun Salleh Abbas as the National Chief of Justice only stated that there are laws in this country that seems secular and he had never said that Malaysia is a secular country. Tun Dr. Mahathir, Malaysia's former Prime Minister had already stressed that this is an Islamic nation because it is ruled by a Muslim, Islam as the official religion but at the same never restrict the practice of other religions. For that, the Federal Constitution commanded Rulers and rakyat as a whole to protect Islam through Article 37 which requires the main ruler of this country, Yang di-Pertuan Agong to swear upon the name of Allah to protect Islam at all time. Besides that, all rulers either Executive, legislative and judiciary also follows the sworn of Yang di-Pertuan Agong to ensure the purity of Islam. Karpal's action in raising this matter, along with his clash against PAS only shows DAP's evil agenda who would do anything to fight Islam and to abolish Islam as the official religion for this country. His action can be seen as going against the Rukun Negara. It seems that their clash is only confusing rakyat and it could possibly trigger conflict. Rakyat need to understand that an Islamic nation do not have to necessarily practice hudud. Even Egypt, the country which has a lot of famous Scholars do not practice hudud. The implementation of hudud in a country do not guarantee heaven to all Muslims. This is because heaven and hell only depend on the personal deeds between a Muslim and Allah. The government and its law do not influence the status of a Muslim with Allah. Karpal clearly do not understand all of that but the same thing goes to those Muslims who as if live for the sake of hudud. But, either Karpal understand the matter or not, it is very irresponsible of him to raise this matter and rejecting the principals of Rukun Negara and the Constitution which puts this country as an Islamic nation. Perhaps Karpal prefers to make a fool of himself by not approving his knowledge on this country's constitution just so that he could fight against hudud and everything that has to do with Islam? Whetever it is, PAS had made an oath to fight alongside Karpal and DAP whole Hudud would only remain as their official anthem to gain votes.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perayaan kemerdekaan tahun ini nampaknya meriah betul. Ada pelbagai macam-macam poster kemerdekaan.
Poster ini menunjukkan kanak-kanak tersenyum yang membawa mesej rakyat suka dan gembira apabila kerajaan telah tepai janji kontrak sosial yang diperlembagaankan 55 tahun dahulu ketika nak merdeka.
Poster ini menunjukkan pelbagai hadiah buat rakyat hasil dari menepati janji antara rakyat dan kerajaan di mana kerajaan yang memerintah menjanjikan kemajuan, kejayaan dan kebanggaan, manakala rakyat yang diperintah menjanjikan sokongan dan taat setia untuk hidup aman dan damai.
Selain dari dua poster di atas, dipercayai ada tiga lagi poster 55 tahun merdeka janji ditepati yang telah dibangunkan.
Selain itu, ada poster Janji Ditepati yang merupakan sebahagian dari poster kempen parti menjelajahi tanahair. Ada pula yang tidak fikir dalam-dalam lalu main ambil buta tanpa fikir panjang untuk guna slogan politik orang lain sebagai slogan kemerdekaan ...
... yang sepatutnya lebih menjurus kepada mesej patriotisma dan bersatu. Mesej itu macam boleh ditafsirkan hinggakan kata tak setuju dengan slogan 1Malaysia
... tapi akhirnya 1Malaysia. Malah ada kata ianya elemen kristianisasi dan merpati merah bermakna Jesus Christ selamatkan umat manusia dengan darah.
Ada pula di Kedah tidak guna slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa atau 1Malaysia tapi guna slogan Teruskan berbaki. Eh eh ... design ciplak juga.
Itulah Husin katakan apa-apa saja boleh ditafsirkan dari slogan dan simbol tapi bila macam-macam poster dan slogan semua ini menjadi seolah-olah negara kita bercerai berai.
Yang ingin ditanya juga ialah macam mana poster, slogan dan lagu standard budak sekolah boleh digunapakai?
Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.
Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara 'rasminya' meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.
Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja 'pejuang' (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.
DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika 'pejuang' yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.
Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.
Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.
Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.
Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.
Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, 'apa sudah jadi?'.
Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.
Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.
Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.
Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.
Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.
Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.
Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?
Status sebenar sebuah akaun fanpage Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia terus menjadi perhatian dengan Khairy Jamaluddin menegaskan permohonan maaf datang daripada pengendali laman berkenaan sendiri.
Sabtu lalu, pengendali akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung poster berbaur hasutan yang dimuat naik sebelum ini.
Banyak pihak mendakwa dan membuat tanggapan bahawa permohonan datang daripada Pemuda Umno sendiri.
Khairy, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), semalam menjawab kekeliruan itu menerusi laman Twitternya dengan menafikan fanpage itu Facebook rasmi Pemuda Umno.
Beliau juga menegaskan bahawa permintaan maaf itu bukan dibuat oleh Pemuda Umno.
Katanya: "FB itu bukan FB laman rasmi Pemuda Umno. Yang minta maaf itu pengendali laman FB tersebut bukan Pemuda Umno."
Beberapa mesej Khairy yang menjawab respons pengikutnya berhubung permintaan maaf itu juga membawa maksud yang sama.
Salah seorang pengikut yang bernama Daniell Rezuwan berkata: "Permohonan maaf itu wajar. Cuma, Pemuda Umno kena tahan dengan tohmahan flip-flop."
"Apa flip-flop? Ia bukan laman kami. Pentadbir laman itu yang minta maaf. Bukan kami," jawab Khairy ringkas.
Kemudian pemegang akaun itu mencadangkan agar akaun itu ditutup atau mengambil tindakan terhadap pentadbirnya.
Khairy menjawab: "Terserah kepada polis. Kami juga telah menulis kepada FB."
Pengikutnya yang lain juga mencadangkan agar tindakan tegas diambil ke atas pentadbir laman itu.
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi menyokong kenyataan Khairy.
Katanya: "Kenyataan YB KJ betul. Yang mohon maaf adalah pentadbir laman tersebut dan ia bukan laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. PPUM. Penglibatan rasmi adalah melalui YB KJ, YB Razali selaku Naib Presiden dan berita rasmi melalui laman web PPUM.
"Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tiada akaun rasmi sama ada Facebook mahupun Twitter cuma laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia," katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurut Tun Faisal, pihaknya juga tidak pasti siapa yang mengendalikan laman itu, sama asa individu mahupun kumpulan tertentu.
"Kami pun tidak pasti siapa pentadbir laman itu sebenarnya. Ia mungkin hanya inisiatif individu atau kumpulan tertentu tetapi mereka bukan suara rasmi Pemuda Umno," katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.
Akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas beberapa jam selepas Khairy berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.
Malah status Facebook itu juga menyatakan bahawa admin yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.
Tiga hari lalu, Khairy nmemberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu pergerakan itu.
Minggu lalu, Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.
Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat".-Sinar
Nota: Ada kemungkinan juga FB ni di cipta oleh pihak pembangkang yang mahu mencetuskan kemarahan rakyat kepada Umno.
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.
Akibat hujan lebat yang turun sekitar 11.00 malam tadi telah menyebabkan khemah runtuh. Banyak barangan perabot seperti meja, kerusi, katil, tilam rosak akibat hujan. Kebanyakan produk adalah produk import dari China.
Minggu lalu, pokok hujan-hujan di Taman Tasik Taiping tumbang, juga kerana hujan lebat.
Teringat kes 173 buah rumah di Sungai Bayor Selama musnah kerana hujan dan ribut. Seorang rakan memaklumkan hujan ribut di Selama adalah kerana solat hajat dan doa daripada Pas Larut .
Mereka mendoakan agar diturunkan bala dan runtuh kepada 40 buah khemah program perasmian mini RTC ,memohon akan pentas utama tempat TPM berada runtuh dan musnah, Pas juga mohon agar helikopter yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin jatuh terhempas. [ terkedu TM apabila ustaz tersebut menceritakan bagaimana orang Pas Larut sanggup membuat perkara-perkara keji memohon bala diturunkan kepada sesama umat] .
Sebab itu ulamak-ulamak pondok hari ini berani menentang Pas kerana kesesatan mereka.
Tergelak TM baca komen penyokong Azhar Idrus di Facebook.
Kata dia " Lantak pi lah Azhar Idrus nak pakai Ferrari ka, hapa ka, yang korang sakit hati pasal apa?"
Hehehe! Marah betul dia, dulu Nizar Jamaludin sibuk pasal www 1, tu tak apa pula, Harakah sibuk dengan Bugati Vyron Mokhzani Mahathir tak apa pula.
Apa jenis manusia Pas ni, depa kritik orang lain boleh, bila kena batang hidung sendiri pandai sakit telinga pulak? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Beruntung lah rakyat Indonesia kerana mereka mampu membeli kereta Honda jazz, toyota altis, jauh lebih murah dari negara kita, rakyat mereka juga menikmati gaji jauh lebih tinggi berbanding rakyat negara kita, oleh sebab itu ramai anak-anak gadis kita bekerja sebagai pembantu rumah di Indonesia, lelaki Malaysia juga ramai yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Sumatera dan Jawa, Ramai yang berniaga mee bandung di kota Jakarta, Bandung dll... http://taipingmali.blogspot.com/2012/08/lagi-pembohongan-harga-kereta-honda.html
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.
Tauke minyak kena tipu dengan indon. Persoalannya adakah tauke ini menjual minyak secara haram atau senang cakap beliau menyeludup minyak-minyak subsidi yang dibeli dari nelayan dan stesen minyak?
IPOH: A businessman realised it too late that five potential 'customers' had turned out to be as slimy as the diesel he had sold them. Earlier, the 53-year-old parted with 100,000 metric tonnes of diesel after receiving a RM925,000 bank draft from the five who had arrived from Indonesia for the transaction. Just when he thought he had secured a good deal, the businessman discovered to his dismay that the bank draft was a fake. Perak police chief Datuk Shukri Dahlan said the victim lodged a police report on Aug 23, after a bank here confirmed that the RM925,000 bank draft was a fake. He said, acting on the report, a police team raided a hotel here early Monday morning, and detained five Indonesians to facilitate investigations into the scam.
Harap pihak yang berwajib dapat memberi jawapannya. KPDNK Perak juga diminta siasat perkara ini.
Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.
Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.
Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.
Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.
Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.
Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.
Menurut sumber dalaman DAP, tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai 'hero orang Cina' malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.
Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR, dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak.
Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sehari demi sehari, Haprak Daily dan Roket menelanjangkan Najib. Hingga hari ini Ah Jib Gor terpaksa jawab di setiap perhimpunan Rumah Terbuka. Di Pekan Pahang hari ini, Najib Tun Razak akan terus ditemubual oleh wartawan dengan soalan-soalan polemik. Akhirnya Najib Tertelanjang.
Hari demi hari, bloggers Haprak Daily, Roket dan PkR menyediakan pusara dan liang lahat untuk Nick Azick. Hingga hari ini, Nik Aziz terkedu dek terpaksa jawab di setiap perhimpunan Rumah Terbuka. Kubur Nik Aziz digali dan dicipta oleh Revolusi dan Doktrin yang dicipta oleh Kumpulan Hizbul Muslimin Syiah Pas pimpinan Hadi Awang. Nik Aziz hanyalah Mursyidul Am yang makin lemah. Menangis ialah Modal Kerja mudah Pas. Akhirnya Nik Aziz Terkubur tanpa nesan dan ingatan.
Sehari demi sehari, bahang PRU-13 akan lupus daripada ingatan pendukung politikus kerana sudah penat melobi-lobi. Setiap kepungan mesej politik akan dipatah dan dikepak satu persatu. Setiap hujahan balas politiking akan disulam dengan retorika falasi dan ambiguiti. Akhirnya pemimpin-pemimpin Politik Melayu menjadi bisu, pekak, tuli, buta dan tempang. Duit dah habis.
Media elektronik dan cetak arus perdana masih tidak dilihat objektif dalam mengadakan sebuah Buletin Massa bersifat percuma sebagai edaran bagi memanaskan kefahaman Demokrasi Berperlembagaan. Keuntungan siaran dan "air time" hanyalah imbuhan sementara dengan momokan hiburan-hiburan oleh penghibur tempatan baik yang proksi BN mahu pun Pas.
Sesungguhnya sampai satu titik, di Selangor sebagai contoh UMNO dan Pas perlu bersepakat untuk memakmurkan sebuah laman ekonomi Melayu, Melayu perlu berkuasa kembali. Bukan Khalid Ibrahim, Xavier dan Ronnie Lieu. UMNO dan Pas bergabung wujudkan Kerajaan Campuran Selangor.
Perak ialah negeri telur hujung tanduk. Kedah kembali kepada UMNO dan berkerajaan campuran dengan Pas.
Apakah Najib mampu menjadi Answerable Prime Minister sepanjang masa?
Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.
"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.
Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.
Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa itu.
Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.
Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.
Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.
Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.
Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.
Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.
Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.
Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.
Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.
Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.
Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.
BETUI KER DS HUSNI?...TAK KAN NAIK ETS PULAK? Banyak yang tertanya-tanya, betul ker ataupun kebetulan yang mungkin Iras-iras?.. Siapa yang nak percaya? Cukup-cukupler Aljub yang kencing merata dan diangkat cacaian dia kasi lambung Aljub yang kononya berjiwa rakyat dan tak kisah serta kononya berjiwa rakyat. Kalau YBMK II memang DOSEN'T MATTER & NO BIG DEAL... KO ADA?
Banyak yang kata... KALAU IKUT HATI, SEBIJIK DIA (YBMKII) tapi KALAU IKUT AKAL... MANA MAU MENTERI SORANG DIRI NAIK ETS? Apapun macam biasa kalau dapat cerita nie kat puak Parti Ronggeng (PR) Dah tentu mesti yang burok dan KELINGTONG bila dema buat cerita, almaklumlah... Anak murid dah tentu ikut jejak guru Aljub Pahlawan terbilang bagi dema, Mahaguru kencing berjalan, anak murid kencing berlari... Tak heran nanti akan ada yang bermulut longkang caci, hina dan fitnah segala kebenaran, kecuali Mahaguru dema sendiri, ye ler apa saja yang dibuat semua terbaik belaka, apa yang buruk laku mahaguru dema dah tentu pakat BALING PISAU DARI BELAKANG... Yang segala BUROK dan KEJI pakat hala ke UMNO, Sekalipun balik kenduri cirit birit, longgok jer ker UMNO
BERSAMA MAJLIS RUMAH TERBUKA UMNO IPOH BARAT
Berbalik kepada kesahihan Adakah benar Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah yang berada dalam coach ETS? Mulanya teman terbaca dalam satu status FB rakan teman yang Kata hantar YBMK II ke Stesyen Keretapi di Ipoh ketika itu juga teman tengok baru 28 minit Posting di FB sahabat teman tadi, tertarik dengan status tersebut teman bergegas ke sana tapi tak kesampaian kerana lewat tiba. Sepanjang cubaan teman ke Stesyen Keratapi Ipoh. Pelbagai tanggapan dan tekaan hati teman akan bertanya kenapa YBMK II naik ETS pulak? dah tu... Sorang-sorang lagi...
Camana pun teman tak berkecik hati dan beranggapan ETS yang memang sentiasa tepat pada masa yang dijadualkan kecuali ada sebab-sebab yang tak dapat dielakan, bak kata sahabat teman ' ETS pun ikut slogan JANJI DI TEPATI '
MASA TURUN IPOH
Macam- macam pertanyaan terutama penumpang ETS sendiri, ramai yang kata muka seiras jer, jalau benar YBMK II tak kan lah dia sorang-sorang, mestilah ada pegawai yang lain, dan amat musykil dan susah diterima akal seorang menteri yang punya kenderaan, pemandu serta layak di iring tambah lagi memang kita tahu beliau memang di kawasan sepanjang sehari Malah perjalanan nya juga padat berdasar yang teman tengok dalam FB rakan teman sepanjang perjalanan beliau sehari suntuk.
SANTAI DENGAN PENDUDUK KAMPUNG
Terbukti beberapa petanyaan yang nampak DS menaiki ETS dan apatah lagi yang naik coach ETS yang sama bahawa memang benar lah DS yang mereka nampak sama ada di Stesyen atau dalam coach sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Memang janggal dan pelik dan kekadang agak payah nak percaya ' ISHHH... MANA MAUNYA DS!'
Teman masih ada lagi pertanyaan yang belum terjawab rasa tak berapa puas hati kenapa ETS dan kenapa sorang diri dia jer? Selidik punya selidik akhirnya terjawab delima hati teman terhadap persoalan tadi sebaik menghubungi rakan teman yang memang ada semasa itu di Stesyen Keratapi. Ada yang tak tahu disebalik kenapa DS menaiki ETS?
UTAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN
BERSAMA PENGUSAHA DAN PENJUAL LIMAU TAMBUN
LAWATAN TAPAK KAWASAN PARLIMEN BELIAU
Rupanya DS menjadikan ETS sebagai kenderaan untuk ke IPOH adalah memberi laluan kepada pemandunya bercuti raya, memang kita maklum selepas raya ni selalunya pemimpin akan bertambah sibuk kerana turun padang dan juga paling banyak undangan Rumah terbuka terutama di Parlimen yang diwakili Ds sendiri. Mungkin beliau nampak yang pemandu beliau juga tentu ada banyak harapan beraya atau menziarahi sanak saudara mereka juga
Teman juga meneka tepat bila satu-satunya bijak menghitung perjalanan dengan baik seperti DS bila kita tahu sepanjang minggu ini lebuhraya atau Jalan Faderal akan sesak dengan kenderaan yang pulang ke kota semula selepas bercuti raya di kampung masing-masing. Ada rakan-rakan teman yang bagitau kadang-kadang perjalanan dari Ipoh Ke Kuala Lumpur mengambil masa sehingga hampir 6 jam lamanya. Memang benarlah DS bijak mencatur perjalanan dengan memilih ETS yang kita tahu dan pasti tidak akan berhadapan dengan sesak atau Jem teruk seperti pengguna lebuhraya
HAHAHA... PAS JUGA MERAIKAN KEHADIRAN DS HUSNI...
GIMIK PERASMIAN JAMBATAN BARLEY
MENDENGAR MASALAH RAKYAT
Bukan setakat itu sahaja... Rupa-rupanya YBMK II bukan saja guna ETS dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tetapi masa datang pun beliau naik ETS ke IPOH tanpa disedari ramai tanpa banyak kerenah atau kata orang perak BANYAK BUNYI, Sikap YBMK II yang LOW PROFIL tak kesah soal status Menteri, sekalipun kita tahu sangat Menteri yang tentunya punya kenderaan rasmi serta pengiring sebagaimana menteri-menteri lain, bagi DS kenderaan rasmi bukan satu kemestian sebagai menteri
Sepanjang sebaik setibanya di Stesyen Keretapi DS terus ke semua program yang menunggu beliau seperti perasmian Jambatan Baily di kampungRrazak, Rumah Terbuka Aidil Fitri UMNO Ipoh Barat, klebang selatan, menyinggah dan melawat di gerai Air Kelapa Muda Roslan di Ulu Kinta,Rumah Terbuka KRT Klebang Selatan, Mesyuarat UMNO bahagian Tambun dan lain-lain sebelum pulang Semula Kuala Lumpur
Apa pun teman tabik dengan apa yang dia lakukan, malah cara begimi juga menjadi contoh bagaimana sekalipun besar jawatan atau tittle Yb mau pun Menteri, rasanya tak perlu lah sentiasia mendapat layanan Ekslusif atau VVIP. Kebetulan teman dapat info dengan cerita beliau naik ETS, rasanya banyak lagi yang tidak kita ketahui dan bongkar. Rasanya jujur dan tanggungjawab demi rakyat septutnya diutamakan dahulu. Kalau dilihat keadaan sekarang Pakatan Ronggeng yang selalu guna isu pembaziran seperti pengunaan dan pembelian kenderaan Rasmi dengan mengait dan memburuk serta menjadikan isu seolah pembaziran dan salah guna duit rakyat oleh BN nampaknya macam ludah kelangit, apa yang difitnah kini di sendiri lakukan, Lihat saja kenderaan Rasmi Nik Aziz, Azizan dan bnyak lagi mereka ini bila dapat memerintah termasuk bagaimana pembaziran dengan pembelian berpuluh Toyota Camry sebaik Pakatan Ronggeng memerintah ala rejim kuku besi, itu... Baru 11bulan, apa nak jadi kalaudua tiga penggal, pakat habis negeri dilelongnya nanti.
Nampaknya terbukti berbeza bila dalam kes yang teman bongkar nie, YBMK II yang memberi ruang kepada pemandunya bercuti berhari raya dengan keluarga tidak seperti sebelum ini kita tahu ada peristiwa bagaimana PEMANDU ALJUBRI YANG KEMALANGAN DITINGGALKAN BEGITU SAHAJA sambil aljub sendiri guna kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan dia tanpa fikir jasa pemandu nya selama ini yang ditinggalkan begitu sahaja, YBMK II... TEMAN TABIK MIKER YOP!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam sejarah ciptaan manusia Iblis mengaku dia lebih baik dari Nabi Adam.
Dalam sejarah juga Yahudi yang dilaknat mengaku merekalah anak Allah dan kekasihNya.
Sedangkan hakikat sebenar merekalah yang dimurkai oleh Allah.
Jadi jangan risau bila Pembangkang mahu digelar 'malaikat..'
Isu 'malaikat syaitan' la hanya mengulang sejarah manusia yang dilaknat tetapi menyangka dirinya hebat.
Dalam hal ini kita perlu berterima kasih kepada Tun Mahathir atas ucapan beliau tersebut.
Kata Tun Mahathir seperti berikut :
"Idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan. Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai 'syaitan', tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat' yang orang tidak kenal." kata Dr Mahathir.
Akhir zaman sekarang hanya 'malaikat' yang suka menipu meliwat berkhalwat kan ?
KEMASKINI :Jika tidak ada 'main wayang', perkembangan terbaru perang antara bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh makin menarik untuk diikuti.
Ini kerana DAP keluar kenyataan membiarkan Karpal yang juga parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang hadapi sendiri Nasha yang mendakwanya anti Islam dan tidak menerima Hudud.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Karpal perlu menyelesaikan dan mengeluarkan kenyataan sendiri mengenai isu itu.
Menurutnya, DAP tidak berhak untuk membuat keputusan berhubung isu melibatkan dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.
"Biar dia jawab isu itu. DAP tak boleh jawab.
"Kita tak ada hak nak jawab, bagi Karpal yang buat penyataan sendiri," katanya pada sidang media Isnin.
Karpal sudah membuat kenyataan mahu memulakan prosiding mahkamah terhadap Nasharudin yang mengeluarkan kenyataan tersebut manakala Nasharudin bertegas sedia jumpa Karpal di mahkamah.
Keputusan pimpinan DAP itu boleh dilihat tidak mahu terbelit dalam pertembungan antara Karpal dan Nasha selain mahu menjaga hubungan kerjasama antara parti itu dan juga PKR menjelang PRU 13.
Menariknya sikap lepas tangan DAP itu dibuat selepas PAS Pusat yang bermesyuarat Sabtu juga tidak mahu memutuskan sebarang tindakan terhadap Nasha sebaliknya merujuk ahli parlimen Bachok itu kepada Majlis Syura – badan tertinggi parti tersebut.
Alasannya Nasha adalah ahli Majlis Syura dan majlis itu lebih berhak memutuskan sebarang tindakan terhadapnya.
Barangkali PAS juga tidak terbelit dalam isu Hudud ini kerana jika silap perhitungan, PAS akan dilihat parti yang menentang perlaksanaan hukum itu pula.
Sementara itu, Nasharudin yang dihubungi Agendadaily, enggan komen keputusan merujuk beliau kepada Majlis Syura.
Beliau belum lagi dimaklumkan secara rasmi sama ada perlu mengadap Majlis Syura yang dijadualkan berpesyuarat 9 September ini.
Namun, disebalik semua itu, Nasha tidak perlu gusar berdepan Karpal di mahkamah kerana sudah ramai peguam bersedia membantunya.
Nasharudin berkata, ramai peguam menghubungi beliau walaupun belum menerima sama dimaksudkan Karpal.
Karpal pula walaupun tidak bermasalah kerana beliau peguam tersohor tetapi tanpa sokongan DAP dan juga sikap lepas tangan PAS Pusat,setidak-tidaknya boleh menyedarkan beliau, bahawa, ungkapan 'langkah mayatnya dahulu' sudah mula memberi kesan padanya.
PAS dan DAP nampaknya tidak mahu siapa jua bikin rosak program kacau hajat bersama hendak ke Putrajaya diambang menjelang PRU13 sekarang.
Kini sanggupkah Karpal alih pandangan pada rakan-rakan dalam partinya pula dan bagi amaran ' langkah mayat aku dulu' kalau nak terus berganding mahu dengan PAS jika tidak gugurkan hajat nak laksana Hudud dan tubuh Negara Islam? – 27/8/2012-OLEH ROSLAN BIAN
Jika ada lagi yang masih mahu bergaduh sesama sendiri di saat umat dizalimi di Syria, Myanmar maka mereka umat yang memang tidak menggunakan akal fikiran.
Lihat tangisan warga Rohingya yang menangis doakan saudara mereka. Ambillah iktibar kalau mahu sedar.
Lihat hari ini umat Islam di Palestin, dulu Bosnia, selain Thailand terbaru Rohingya kita bantu bukti keperihatinan terhadap saudara seagama oleh ahli parti Melayu Islam bernama UMNO.
Setakat ini sudah jelas kepada kita komitmen pemimpin UMNO membantu saudara seagama walau nama partinya tidak dijenamakan atas nama Islam.
Tiada sebab kenapa kita perlu menolak UMNO kerana parti inilah yang kuat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walau negara bukan Islam.
semoga hidayah kepada pembaca sekelian di dalam mengenali watak manusia dan nilai diri yang ada samada bernilai atau rosak nilaiannya angkara mengejar kuasa.
Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Pingat Jasa Pulai 2012 diperhatikan oleh Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (tengah) sempena Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai Ke-25 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, semalam. - utusan/Baazlan Ibrahim
JOHOR BAHRU 26 Ogos - Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.
"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.
Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.
Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.
"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.
"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi.
sumber : Utusan Malaysia
Panglima : Janji Ditepati adalah slogan paling tepat untuk mematahkan penipuan pembangkang dan analisa pertama kali didedahkan kepada masyarakat oleh Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan di atas, setakat yang diketahui oleh penulis merupakan tindakan secara ilmiah yang pertama kali mendedahkan berapakah peratusan yang sebenar yang gagal ditunaikan oleh pembangkang berbanding apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan.
Perkara ini nampak kecil tetapi besar di sisi Islam kerana hakikat keimanan seseorang bergantung kepada tiga perkara utama iaitu bercakap benar, janji ditepati dan diberi amanah ditunaikan.Seperti disebut oleh Rasulullah.
Tiga perkara ini beza utama antara orang beriman dan munafik. Sayugia diperhalusi perkara ini kerana setakat yang kita saksikan pada pentas politik tanah air hari ini menunjukkan banyak ciri munafik terletak di dalam perlakuan dan janji yang dilontarkan oleh pembangkang. Tidak termasuk skandal sana sini pihak mereka yang meloyakan tekak kita untuk menyebutnya kerana kejijikan yang terkandung di dalam perbuatan tersebut.
Akhir zaman fitnah sangat berleluasa seperti malam yang kelam. Maka mahu tidak mahu kita perlu mencari cahaya dari bimbingan Ulama sebenar agar tidak terkeliru dengan kebejatan fitnah yang merosakkan manusia termasuk orang Islam.
Jika 85 peratus tidak ditetapi dan hanya 15 peratus sahaja yang mampu ditunaikan maka jangan percaya lagi kepada janji dan juga Pakatan sebegini. Janji Buku Jingga idea mereka juga sudah tentu tidak akan mampu dilunaskan jika mereka menang dalam PRU akan datang.
Lihat di Kelantan WALAU PARTI ISLAM namun janji demi janji ditaburi dan diingkari dimungkiri walau sudah 21 tahun memerintah negeri dulunya bergelar Serambi Mekah itu.
Maka undilah Barisan menepati Janji dari Pakatan yang memungkirinya walau mendapat undi rakyat...
Orang beriman tidak semestinya berjubah berserban !!!
Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.
Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.
Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.
"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.
"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya di sini hari ini.
Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.
Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.
Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.
Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.
"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.
"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini satu hakikat bahawa tuhan tidak pernah merestui apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Contoh yang nyata, setelah 65 tahun UMNO menerajui kerajaan, selama itulah juga PAS dan pemimpinnya telah berusaha dan berdoa supaya kerajaan BN tumbang dan merekalah yang menggantikannya.
Soalnya mengapa usaha dan doa PAS dan pemimpinnya tidak berhasil. Dari dahulu hingga sekarang mereka bersembahyang hajat dan berdoa tetapi hasrat mereka masih tidak diperkenankan oleh Allah swt. Mengapa ini terjadi. Jawapannya akan diperolehi jika dilihat daripada perspektif Islam itu sendiri.
Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori ( berceramah ), tetapi tidak banyak bertindak ( pratikal ). Mereka sebagai peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.
Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak seluruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.
Dalam bab berdoa sebenarnya PAS terlupa bahawa doa seorang hamba sentiasa akan diperkenankan selama dia tidak mendoakan sesuatu yang mengandungi dosa, memutuskan siratulrahim dan tidak terburu-buru. Akhirnya mungkin Allah swt menolak doa mereka.
Dalam surah al-Baqarah ayat 216 Allah berfirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi mu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat berbahaya bagi mu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Kepada PAS, bersyukurlah kerana masih tidak menjadi pemerintah kerana Allah swt berfirman dalam surah al-Syura ayat 27 – "Dan jikalau Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya semua, tentu mereka akan derhaka di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa-apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran ( kemampuan ). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat."
Sebagai hamba Allah yang beragama Islam selagi berikrar bahawa Allah swt sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad saw itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di dua buah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah swt di bidang fardu kifayah.
Oleh itu, apabila PAS dan pemimpinnya berdoa supaya hajatnya dipenuhi oleh Allah swt, mana mungkin keinginan mereka boleh ditunaikan. Hal ini diumpamakan seorang hamba meminta upah daripada tuannya sedangkan kerja belum lagi dilaksanakan. Sudah pasti permintaan sukar ditunaikan.
Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah swt kalau dilaksanakan.
Senario yang berlaku sekarang, PAS yang bersekongkol dengan parti-parti pembangkang yang lain khasnya DAP menuntut supaya rakyat menyokong parti-parti mereka dan memecahkan perpaduan dan ikatan parti UMNO, MCA dan MIC. Inilah tuntutan dan perancangan yang nyata menjurus kepada kecelakaan kepada diri sendiri.
Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.
Oleh itu, benarlah firman Allah swt : "Boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat berbahaya bagi mu."
Kepada para pengikut PAS, sedarlah Allah Yang Maha Esa adalah Tuhan sekalian alam. Allah swt adalah Tuhan yang disembah oleh sekalian umat Islam. Seandainya manusia itu berdoa untuk kebaikan di akhirat agaknya itulah yang paling baik untuk semua. Wallahuallam.
Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan PAS.
Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar PAS dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak PAS ini.
Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan PAS melucutkan jawatan Datuk Haji Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' PAS atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab PAS yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
Komen tambahan dari penulis :
Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidakpuasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Dato' Muhammad bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Dato' Muhammad bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3 - Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO.
5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
7 - Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.
8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan menggekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
10 - Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11 - Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ianya diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.
12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.
13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan 'kambing hitam PAS' apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.
14 - Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO.
16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman PAS' yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM.
17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18 - Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap PAS pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.
Kerana itulah jika kita lihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama PAS tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak PAS mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' PAS suatu ketika dulu.
Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak PAS ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak PAS sekarang.
Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.
Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.
Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.
Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.
Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.
Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN 'dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.
Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.
Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Blog http://www.anwaraidc.com/?p=27007 turut melaporkan kejadian Blog Rasmi DS Anwar Ibrahim digodam. Pemerhati masih belum mendapat jawapan sebenar kerana sekiranya ia satu proses hacker, lumrahnya hacker akan merosakkan keseluruhan blog itu dengan memberikan imej dan mesej hacker. Apa yang berlaku ialah Perutusan Khas itu dibuat dari dalam Blog Rasmi tersebut, diposting seperti biasa, ianya jelas dilakukan oleh mereka sendiri. hanya orang dalam sahaja tahu username dan password mereka. Sekiranya ditukargantipun mereka juga yang mengetahuinya sendiri. Maka siapakah hantu-hantu itu?
Isu kedua, benarkah itu suara hati Anwar Ibrahim yang sebenarnya, keinsafan di malam-malam terakhir Ramadan? Ayat-ayat perutusan itu benar-benar ayat-ayat dan bicara-bicari sdra. Anwar suatu ketika dahulu!
Bagaimana?
Blog Rasmi Anwar digodam, Angkara Orang Dalam PKR
PERPECAHAN dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan semakin parah apabila terdapat pihak tertentu dalam parti itu sendiri yang menggodam blog rasmi Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu anwaribrahimblog.com.
Berikutan aktiviti penggodaman itu, satu 'perutusan Aidilfitri palsu' telah dimuatkan dalam laman web itu selama 20 minit bermula pukul 11.50 malam pada 18 Ogos lalu sebelum ia dipadamkan oleh pentadbir blog berkenaan.
Mesej yang diposkan oleh penggodam antara lain berbunyi: "Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.
"Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi ke-Perdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
"Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka."
Pihak pentadbir blog berkenaan dalam satu kenyataan selepas itu, menuduh insiden berkenaan adalah angkara 'cybertroopers' UMNO yang bertujuan memfitnah Anwar.
Blog My Massa (mymassa.blogspot.com) yang mengulas kejadian itu menyifatkan dakwaan pentadbir blog berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.
Katanya, My Massa baru mendapat maklumat daripada rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa perutusan khas Anwar itu bukanlah dilakukan oleh orang luar sebaliknya ia dibuat oleh anggota pentadbir dan orang dalam PKR sendiri.
"Ianya asli dan bukan palsu. Perutusan itu kini menjadi kecurigaan besar kepada DAP dan masyarakat bukan Islam di Malaysia yang semakin nampak pembohongan politik Anwar. DAP dan masyarakat bukan Islam kini sudah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Anwar.
"Bagaimana Anwar mahu menjaga keselamatan negara kita jika blog sendiri pun tidak boleh jaga?" katanya.
Blog Keris 7 Lok (keris7lok.blogspot.com) turut sependapat dengan My Massa bahawa penggodaman itu dilakukan oleh kakitangan dalaman PKR.
Katanya, Keris telah membuat panggilan kepada beberapa rakan PKR dan kata mereka, kecoh juga di kalangan mereka tentang perkara itu dan tuduh menuduh sesama sendiri telah berlaku.
"Buat masa ini mereka mengesyaki seorang Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertugas dalam Biro Teknologi Maklumat PKR yang hanya dikenali sebagai 'Shah'.
"Ini sebenarnya adalah bukti masalah dalaman PKR yang kian hancur. Dengar cerita Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkan pembubaran PKR, namun sedang ditahan oleh Anwar.
"Apapun apabila blog Anwar digodam orang sendiri menunjukkan bahawa kini PKR sangat bermasalah," katanya.
The Flying Kick (theflyingkick.blogspot.com) dalam ulasan bernada sama berkata, hanya individu bodoh sahaja akan percaya laman blog Anwar telah digodam.
Katanya, Anwar cuba menggunakan kesempatan pada Hari Raya Aidilfitri untuk menabur fitnah lagi.
"Amat mudah untuknya menuduh laman blognya digodam oleh cybertroopers UMNO tanpa dia memberikan sebarang bukti meskipun dalam banyak kenyataannya yang lain, dia akan meminta bukti kalau dia dituduh.
"Sebenarnya pengendali laman blog tersebut yang melakukan sabotaj untuk memalukan Penasihat PKR itu.
"Tidak mustahil juga ia sengaja dilakukan mengikut perancangan Anwar yang sakit hati dengan cybertroopers UMNO yang masih tidak jemu-jemu melondehkan lakonannya yang amat memualkan.
"Justeru untuk menambahkan perisa dan cerita sepanjang cuti Aidilfitri, pasukan Anwar mempersembahkan satu lagi drama yang agak kurang berisiko seperti cerita arsenik, virus HIV, jam Omega, pelacur China mahupun Twitter ke Mekah," katanya.
Aneh, katanya, kalau benar ia perbuatan cybertroopers UMNO, mengapa dalam banyak isu serta dalam beberapa saat kritikal, laman blog Anwar tidak digodam dan tiada sebarang perutusan palsu yang disiarkan selama ini?
"Mengapa ketika berita Anwar kian sepi dan kurang diperkatakan, barulah muncul cerita laman blognya digodam?
"Itu sahajakah yang mampu dilakukan pasukan pentadbir blog ini yang sudah pening mencari jalan bagi membuatkan orang masuk ke situ dan membaca tulisan Anwar.
"Menjadikan cybertroopers UMNO sebagai kambing hitam tidak akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan pelawat di blognya, bahkan semakin menunjukkan bahawa Anwar sudah teramat terdesak!" katanya – Utusan
Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.
Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.
Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.
PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.
"SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun
Anwar Ibrahim, Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 18 Ogos 2012.
Punya la bangga juak-juak PAS bila penceramah tersohor mereka naik Ferrari.
Dalam masa yang sama, PAS lupa bahawa pemimpin mereka pernah 'bising' bila DYMM Sultan Johor beli nombor plat WWW1 yang diletakkan di Satria Neo.
Nampaknya PAS telah menyertai PKR untuk menunjukkan kekayaan 'selebriti' mereka selepas Azmin Ali menayangkan Ferrarinya.
Jika benar pembangkang kini mewah walaupun baru sepenggal memerintah, apakah ada maknanya lagi dana akhirat seperti ini?
Jika benar penceramah PAS kaya, kenapa PAS sampai perlu tipu orang kampung dengan curi duit zakat untuk masuk ke tabung parti?
Cukup-cukuplah tipu orang kampung untuk kaut kekayaan peribadi. *Azhar Idrus sanggup serang K-Pop kat Hari Belia tapi tak sanggup tegur K-Pop anjuran PKR.
Cadangan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang menggesa DAP mengkaji semula peraturan tidak bertulis yang tidak menggalakkan ahli menerima pingat dan darjah kebesaran istana.
Hujah Ng, DAP wajar menerima anugerah istana untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap DAP sebagai parti yang anti-Melayu.
Menurut Lim, beliau sendiri tidak dapat memberikan kata putus berkenaan perkara itu kerana dikhuatiri memberikan gambaran yang salah kepada umum.
Bagi kita orang Melayu tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Karpal Singh bertindak kurang ajar dengan Raja Perak apabila mahu Menyaman Sultan Azlan Syah. Kita juga tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Ngah dan Ngeh memaksa Mufti Perak supaya mebahagi-bahagikan juga wang Zakat kepada penganut agama lain atas dasar kesamarataan.
Kita juga tentu tidak akan lupa hasrat DAP mahu meMalaysiankanMalaysia dengan satu tujuan iaitu menyamaratakan semua kaum-kaum di Malaysia ini termasuk Raja-Raja Melayu yang disamaratakan disamatarafkan dengan orang kebanyakan. MalaysianMalaysia antara lain bermaksud tiada Raja dan tiada Sultan.
Anda sudah tentu miliki lagi banyak bukti betapa Rasisnya DAP dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Jika tidak, mana mungkin YB Nasharudin Mat Isa YB PAS Bachok mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar untuk keluar dari Pakatan DAP. Anda bolehlah berjalan-jalan di bandaraya Pulau PInang dan bertanya kepada anaka-anak Cina DAP, siapakah Perdana Menteri Malaysia? Mereka jawab Mr. Lim or Mr. Najib.
Kebanyakan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia menentang pemberian Anugerah Raja-Raja Melayu kepada DAP.
YB Nasha PAS Bachok mempunyai sebab yang kukuh selain daripada kerana Karpel Singh ANTI ISLAM dan ANTI HUDUD, yakni kerosakan demi kerosakan yang melanda Parti Islam Semalaysia yang kini sudah menjadi Parti Adat Sosial.
Nyanyi-menyanyi tari-menari ketawa terbahak-bahak- menyanyi menjerit-jerit, hiruk-pikuk semuanya kerosakan-kerosakan yang dijana dan disokong kuat oleh DAP. Berjayalah DAP merosakkan Parti Adat Sosial dengan memberi fokus kepada acara-acara Sosial seperti menyanyi-menyanyo di pentas yang dulunya haram belaka, membawa masuk artis-artis yang rosak dan tak berpendapatan untuk merosakkan pula Pas menjadi Parti Adat Sosial untuk bersosialisasi sahaja.
Maka itulah, YB Nasha mempunyai sebab kukuh untuk meninggalkan Parti Adat Sosial dan berkecimpung dalam Yayasan Quds yang lebih besar dengan sokongan kuat YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.
PERNAHKAH DENGAR KADIAQ JUNJUNG QURAN PALSU DEPAN TUN M
JASA TUN M KEPADAKU TAK TERNILAI
Gambar-gambar YB Nasharudin Mat Isa, Wakil Rakyat PAS Bachok bersila, senyum, ketawa lebar, bergembira, berumrah bersama-sama DS Najib, berdiskusi dengan Imam-Imam Besar Masjidil Haram bersama-sama DS Najib amat-amat menikam kalbu ahli-ahli Parti Adat Sosial.
Bagi mereka, gambar-gambar YB Nasha YB PAS Bachok itu menunjukkan YB Nasha Mengiktiraf 1Malaysia, YB NASHA PAS mengiktiraf DS Najib, menunjukkan juga YB Nasha PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai PM.
Hingga ke saat ini Luka ahli-ahli Parti Adat Sosial kepada YB Nasha PAS amat-amat berbulu, tajam menikam kalbu, menyiat-nyiat (siat-siat) bulu mata yang merah menyala kebakaran, kemarahan berapi-api dan dendam meluap-luap.
Kini Kadiaq pun akan kembali ...sekeping gambar sejuta luka makna kepada Parti Adat Sosial...
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru baru ini pemuda Bn Pulau Pinang mendedahkan satu lagi skandal jutaan ringgit menjual tanah rumah murah untuk rakyat kepada syarikat swasta membabitkan tuhan DAP YB(Yang Bohong) Lim Guan Eng.:klik sini
Pisau akan terangkan secara ringkas agar mudah difahami bagaimana sebuah syarikat swasta mampu memenangi tender yang kononnya terbuka untuk membeli sebidang tanah dengan mendapat favour daripada Lim Guan Eng.
Skandal ini memang mengejutkan apabila membabitkan penyelewengan jutaan ringgit wang rakyat dan mengadai kepentingan rakyat untuk mendapatkan rumah murah.
Fasa pertama kerajaan BN berjaya membina rumah murah untuk rakyat dan dalam perancangan seterusnya akan membina rumah murah didalam fasa 2 tetapi malangnya kerajaan BN tumbang pada PRU12.Maka perancangan itu terhenti begitu saja dan apabila diambil alih oleh regim DAP ,melihat kepada nilai dan potensi keuntungan yang besar maka kepentingan rakyat dibelakangkan.
Ini gambar sebidang tanah fasa 2 di Taman Manggis berhampiran Tune Hotel yang diluluskan oleh kerajaan BN untuk membina rumah murah untuk rakyat tetapi malangnya dijual kepada kroni Guan Eng. Tanah tersebut dijual lebih murah daripada harga pasaran dengan harga hanya 11juta sedangkan nilai sebenar adalah 22juta.:klik sini Kenapa dikaitkan dengan kroni? Salah seorang kroni Guan Eng yang dimaksudkan adalah cik P. misteri cik P terbongkar apabila 2 hari lepas Pisau sendiri bertemu beberapa sumber dalaman menceritakan individu yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
Tinggi,langsing,seksi,berambut panjang,berlesung pipit dan cukup lawa.Adakah Guan Eng berani nafikan identiti cik P?
Jika dibandingkan dengan Rainbow rasanya cik P lebih lawa dan menarik jauh sekali berbanding Betty Chew...
Adakah gadis dibawah adalah cik P ? hehe bukan..itu encik pembohong..
Menurut sumber Pisau,beliau langsung tidak menafikan bahawa kaitan cik P dan Lim Guan Eng cukup rapat.Malah tambah beliau Cik P turut terbabit secara langsung dalam proses ubah suai rumah sewa Lim Guan Eng yang menelan belanja yang amat besar membabitkan wang rakyat.
EXTENSIVE RENOVATION. Lim Guan Eng said he was forced by termites & ants to move in June 2009 and so rented that bungalow for a few thousand ringgit!! Wakaka. Bungalow worth RM3.7 million(incl cost of renovation & furnishing)
Cik P adalah salah seorang pengarah dengan syarikat Winbond Sdn Bhd.Kenapa sebaik saja skandal ini meletup,laman web syarikat Winbond terus dipadam?klik winbond sdn bhd
Kenapa dikaitkan dengan Winbond?Walaupun Winbond hanyalah sebuah syarikat membekal tenaga kerja asing,namun syarikat ini hanyalah sebagai bayangan untuk menutup pembabitan perolehan tanah Taman Manggis.
Untuk pengetahuan anda,Syarikat Winbond Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat syarikat yang mempunyai kaitan dengan Victoria International Medical Center Sdn Bhd yang membeli tanah di Taman Manggis dibawah harga pasaran. Maknanya ia mempunyai pemilik yang sama...
Harga sebenar tanah tersebut adalah lebih 22juta,sebaliknya hanya dijual dengan harga 11juta.Adakah Cik P memberi pelbagai imbuhan kepada Lim Guan Eng hinggakan beliau secara sengaja meluluskan penjualan tanah tersebut walaupun mengetahui tanah tersebut telah digazetkan untuk pembinaan rumah murah kepada rakyat.
Adakah Lim Guan Eng mahu menafikan beliau langsung tidak menerima wang dan pelbagai barangan sebagai imbuhan?
Jika rasis chauvanis ultrakiasu Lim Guan Eng berani kerana benar sila jawap dan nafikan...
Tahukan anda,sehingga sekarang Lim Guan Eng tidak berani menyaman atau menafikan mengenai skandal ini.
Masihkan anda ingat bagaimana Guan Eng mengugut untuk menyaman ketua pemuda Umno Pulau Pinang,namun kita semua tahu sehingga sekarang beliau langsung tidak berani saman..kerana apa?
Skandal Taman Manggis adalah salah satu skandal yang membabitkan puluhan juta ringgit,sama seperti penyelewengan tanah Bayan Mutiara yang Guan Eng sendiri akui dijual dibawah harga pasaran:klik sini.Kerugian kerajaan negeri 10billion klik sini,
Projek sPICE yang membabitkan kerugian kerajaan negeri hampir 1billion:klik sini kerana tahu akan penyelewengan skandal tersebut ketua cabang PKR terus meletak jawatan :klik sini
"SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya," itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.
Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.
"Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an," katanya.
Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa 'sial' kepada keluarga.
Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.
"Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa," katanya.
Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi 'membuang sial', sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.
Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.
"Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan 'rawatan' itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.
"Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit," katanya.
Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.
"Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan," katanya.
Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
"Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama," katanya.
Janji ditaburi itulah haprak pakatan..buatnya tidak..pakatan anggap rakyat seperti bohsia,berjanji sana sini habis madu sepah dibuang.Contoh banyak didepan mata..Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor.
Kalau tak berjanji mereka akan bohong itulah kerja hakiki haprak pakatan.Tak mengejutkan bila puak haprak ni takut sangat dengan slogan hari kemerdekaan yang ke 55 .Sebab yang makan cili pasti terasa amat pedas...
85 Peratus Janji Pembangkang Tidak Ditunaikan..
JOHOR BAHRU : Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.
"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.
Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.
Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.
"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.
"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi. -Utusan
Pisau kata " Guan eng janji akan makan lebih dari biasa..kita patut beri dia peluang jual tanah sebanyak mungkin...apa macam boleh ka?"
Ketua Pemuda Khawarij PAS Kelantan rupanya mengikut fatwa si tua kutuk Nik Aziz wali selipar.Katanya Nasharudin dan Nik Abduh tidak tahu berpolitik apabila menegakkan perjuangan hudud dan tidak tunduk kepada Karpal.
Sebenarnya isu hudud ini makin membosankan apabila pendirian PAS sendiri hanya berlandaskan kepentingan politik sedangkan mereka sendiri telah meluluskan enekmen hudud di Kelantan tetapi malangnya sehingga sekarang tidak laksanakan.
Korang tengok video nih..Nik Aziz pertikaikan syurga neraka Allah seolah ia milik mutlak khawarij.Cara beliau persoalkan seolah syurga itu beliau yang tentukan. Tidak mengejutkan apabila pemegang kunci syurga khawarij ini berani menjanjikan syurga kepada penganut Isle PAS. Seolah agama,syurga dan neraka adalah hak mutlak mak bapak diaorang!
Paling bangang apabila Nik Aziz kata kesemua ayat Quran adalah ayat politik.Ini yang dikatakan ulama terompah bodoh nak mampus harap serban saja besar..
Apa perintah halal haram itu ayat politik? apakah larangan didalam quran mengenai penzinaan,liwat juga ayat politik? Sekarang anda dah tahu kenapa liwat dihalalkan ,kenapa LGBT juga dihalalkan,kenapa murtad juga dihalalkan oleh khawarij PAS.
Pisau kata " bagi puak khawarij ni kesemua didepan mata adalah politik "
Sebelum ini pimpinan khawarij PAS pergi ke Mesir kononnya untuk berjumpa dan mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir.Harakah suratkhabar khawarij yang semua orang tahu lidah bercabang dan pembelit ternyata berbohong.
Malangnya kedatangan khawarij ini tidak dialukan dan langsung tidak diberi muka oleh kerajaan Mesir! Kerana apa?:klik sini
Nah sekarang Presiden Mesir sekali lagi membuktikan beliau mengiktiraf pemimpin Umno dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang patut dijadikan contoh.
Kemampuan kerajaan membangunkan negara terus mendapat pengiktirafan tertinggi pemimpin Islam sehingga Presiden Mesir yang baru, Mohammed Morsi menyifatkan jika ada negara Islam yang boleh dijadikan model adalah tidak lain Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berikutan itu Morsi telah menyatakan minat yang mendalam kepadanya untuk melawat negara ini.
"Apabila saya hadir Sidang Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah pada minggu terakhir Ramadan lalu, saya dapati imej Malaysia di kalangan negara Islam begitu tinggi sekali.
"Kita diberi penghormatan oleh negara Islam dan ini menunjukkan apa yang kita perjuangkan di bawah kerajaan hari ini dapat sanjungan tinggi dari kalangan negara Islam.
"Malah Presiden Mesir yang baru, Morsi begitu berminat sekali melawat Malaysia dan beliau mengatakan jika ada satu-satu negara yang boleh dijadikan contoh dan model, tidak lain dan tidak bukan ialah negara Malaysia," katanya.-Utusan
Pisau kata " kenapa Umat Islam diseluruh dunia hormat kepada pemimpin Umno?"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bercakap bila terlalu banyak sangat sudah tentu sedikit sebanyak akan ada elemen pembohongan dalam percakapannya. Atau pun dipanggil penambah perisa.
Seseorang yang bercakap bohong tidak akan tetap percakapannya....
Jumpa orang itu dia cakap lain....jumpa orang ini dia cakap lain....minggu ini dia cakap lain....minggu depan dia cakap lain sebabnya dia tidak ingat apa yang dicakap atau dibohonginya sebelum itu....
Dalam kes ini sebenarnya saya nak menulis tentang seorang ustazah baru di negara kita. Dulu dia khayal dalam dunia glamor. Hari ini dia pula yang mengutuk dulu glamor yang pernah diceburinya dulu. Katanya dunia itu tidak islamik dan sebagainya. Tapi dia sendiri pun masih lagi memakai nama yang dipakai semasa dia berada dalam dunia glamor. Kalau nak buang kasi buang semualah. Jangan main sekerat-kerat. Dunia artis kau tinggalkan, nama artis kau kekalkan. Apa punya insaf ? Pakailah nama sebenar yang betul yang diberikan oleh ibu bapa.
Seseorang yang nak berubah dan nak kembali ke pangkal jalan serta nak mendalami islam, kita harus sokong usahanya itu.
Tetapi sayangnya dalam kes ini ustazah yang baru tersedar dari lamunan itu tertipu. Mungkin kerana terlalu lama dibuai dunia glamor sampaikan hari ini dia sudah tidak kenal lagi yang mana satu agama islam dan yang mana satu parti politik yang pakai nama islam. Kesian diaaaaa..... Sampaikan dah tak kenal yang mana satu agama yang diturunkan Allah dan yang mana satu sebuah pertubuhan yang ditubuhkan manusia.
Semenjak menyertai sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan oleh manusia ustazah berkenaan bukan main lagi bercakap banyak.
Saya mengikuti dia di twitter dan saya tengok dia memang bercakap banyak selepas menyertai parti politik itu. Galaknya semacam....
Beri tazkirah, salam zohor, salam asar , bercakap kosong hinggalah kepada gelak ketawa hu...hu...hi...hi....ki....ki.....dan sebagainya. Biasalah dapat benda baru mestilah galak. Seperti peribahasa katakan ibarat kera mendapat bunga.
Apa yang saya perhatikan sejak dia bercakap banyak sekarang baru saya sedar rupanya dia tidak berapa cerdik. Patutlah senang diperbodohkan....
Bercakap banyak juga akan mendedahkan pembohongan seseorang....
Dulu dia kata dia masuk parti politik itu ikhlas dan tidak dibayar. Dia mahu berubah, berhijrah dan sebagainya. Katanya juga jika dia tidak isi borang nanti dia bimbang namanya tidak tersenarai di sana. Lihat video di sini.
Baru masuk parti sebulan setengah, tiba-tiba dua hari lepas dia sendiri yang tweet tanpa disoal atau ditanya oleh pengikut-pengikutnya dengan berkata,
Pengikut-pengikut atau penyokong-penyokong parti politik itu yang lain sanggup berkorban harta benda , bergolok bergadai dan sebagainya untuk derma kepada parti itu. Tidak mustahil ada juga yang sanggup jual rumah kerana terlalu taksub untuk menolong parti. Tapi ustazah insaf baru masuk sebulan lebih dah boleh pergi tinjau rumah baru.
Siapa yang buka pekung sendiri ?
Sudah tentu dia sendiri....
Oleh yang demikian bercakaplah banyak-banyak lagi supaya lebih banyak pekung yang terbuka.
Psstttttt.....esok lusa mungkin rbf online akan disekat dari mengikuti twitter dia......
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.
Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.
"Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.
"Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar," katanya.
Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.
Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.
p/s;Tahniah kepada pihak iLMU yang mengambil inisiatif mengadakan programJelajah Hudud ini. Terima kasih juga kepada pihak yang sudah menyatakan minat mereka untuk menyertai program ilmiah ini yang mana dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Semasa pulang beraya di kampung saya di Selama, Perak tempoh hari, ada seorang teman wartawan berborak dan bercerita panjang dengan saya mengenai sikap "tolol" seorang pelakon lelaki yang dah suam-suam kuku ni.
Katanya, pelakon ini tergamak mempertikaikan fatwa seorang mufti hanya kerana mufti ini dipercayai seorang ahli Umno.
Apabila saya membaca Twitter artis tolol ini, maka saya pun terfikir, betapa ceteknya pemikiran dia.
Inilah jadinya apabila orang yang tidak cukup ilmu di dada tiba-tiba mahu bercakap bab-bab agama dan politik.
Untuk rekod, artis ini tidaklah terlalu berjaya dalam kerjayanya. Perangai pun tak semenggah mana. Banyak perkara tidak senonoh yang dia buat sepanjang jadi artis.
Saya malas nak sebut kisah-kisah silamnya cuma saya ingin artis ini sedar, perbuatannya mempertikaikan fatwa seorang mufti itu adalah sikap yang terkutuk.
Mufti adalah seorang pegawai yang kerjanya menasihati sultan dalam bab-bab agama. Fatwa yang dikeluarkan oleh seseorang mufti juga tidak dibuat sesuka hati tetapi diluluskan dalam sesebuah mesyuarat yang dilakukan.
Peranan mufti juga tinggi tidak kiralah di negeri milik mana-mana parti yang dia berkhidmat kerana fatwa yang dikeluarkan bukan merujuk kepada kitab politik tetapi berpandukan al-Quran dan hadis.
Setidak-tidaknya seseorang mufti itu lahir dan dibesarkan dalam persekitaran yang terpelihara akhlaknya berbanding pelakon ini yang pada dasarnya dia sendiri gagal dalam bidang seni yang dia pilih.
Saya amat berharap artis ini insaf dan bawa-bawalah bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Janganlah sesekali mencampuradukkan bab-bab agama di pentas politik kerana kelak nanti akan mencerminkan kebodohan diri sendiri.
Masyarakat seharusnya berasa malu apabila adanya manusia seperti ini. Saya mahu masyarakat juga tidak terpengaruh dengan dakyah bodoh yang cuba dia sampaikan.
Bayangkan, fatwa seorang mufti pun boleh dipertikaikan, apa lagi yang kita boleh percaya dengan kata-katanya?
Dia seharusnya dihumban ke laut atau dijadikan makanan serigala yang kebuluran. Itulah tempat yang sesuai untuknya.
Saya juga agak kecewa apabila dalam satu temu bual artis ini ada menuduh saya telah memutar belitkan fakta mengenai kerjayanya sebagai pelakon sebelum ini apabila dia dibuang oleh sebuah syarikat produksi selepas mengarah filem separuh jalan.
Kepada si artis... seperti mana yang saya katakan, kalau tidak cukup ilmu pergilah belajar. Nak jadi pelakon, pergi belajar di sekolah lakonan. Nak jadi pengarah, ada tempat untuk mendapatkan ilmu itu.
Nak bercakap bab-bab agama, ada banyak sekolah pondok. Begitu juga dengan ilmu dalam bidang politik. Bukanya menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidung, membawa lumpur sehingga terpalit satu kampung.
Atas sebab-sebab itulah anda dilihat artis yang tidak ubah seperti tong kosong, yang hanya sekadar mengeluarkan bunyi bising tapi tiada isinya.
Malulah dengan diri sendiri dan cerminkan dulu diri anda itu. Sekian, terima kasih.
p/s: Masih terbayang peristiwa mendapat panggilan telefon daripada pelakon lelaki ini lebih 10 tahun lalu untuk membantu satu kes di balai polis. Dah insaf ke?
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) menjadikan petua makan buah kurma dan berdoa setiap hari pada bulan Ramadan lalu antara penyebab dia bakal memperoleh anak sendiri selepas disahkan mengandung kira-kira lima minggu.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, berkata, dia tidak menyangka kehadiran Ramadan yang digunakan sebaik-baiknya itu dibalas dengan rezeki besar dalam rumah tangganya selepas berkahwin dengan Azlan Zulaily, 25, pada 2 April lalu.
"Keinginan untuk mendapatkan cahaya mata bagi setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin pastinya ada, begitu juga dengan saya dan suami.
"Jadi, saya mengambil keberkatan bulan Ramadan lalu dengan berdoa setiap hari kepada Tuhan agar diberi zuriat selain mengamalkan petua pengambilan buah kurma dan limau dengan lebih kerap.
"Tapi, tak sangka pula secepat ini hasilnya kerana saya tidak mengamalkan petua-petua lain. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki ini," katanya kepada mStar Online.
Azza dan Azlan telah diijabkabulkan pada 2 April lalu.
Dalam pada itu, Azza memberitahu dia enggan memanjakan diri dengan berehat sementara daripada segala aktiviti seni walaupun ada yang berpendapat jika terlalu aktif ia mampu menjejaskan kandungan.
"Ada beberapa perkara yang saya rasa pelik dengan petua-petua yang diberikan kononnya ibu mengandung tidak boleh buat kerja-kerja berat selalu kerana boleh mengakibatkan keguguran.
"Tetapi saya lihat, ibu-ibu mengandung yang kehidupannya susah, boleh pula bekerja keras setiap hari macam biasa dan mereka masih lagi mampu melahirkan anak yang sihat.
"Kadang-kadang geram juga dibuatnya apabila saya sering ditegur kerana angkat barang-barang. Saya percaya, kehadiran dan kehilangan sesebuah rezeki semuanya datang daripada kuasa Allah," tuturnya.
Bagaimanapun, beritahu Azza, dia hanya akan mengurangkan aktiviti seninya apabila perutnya semakin membesar.
Hasil perkahwinan terdahulu selama tiga tahun, Azza tidak dikurniakan cahaya mata tetapi pelakon itu dan suami bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat bernama Marissa Jannah yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi drama Mujahid dan Mesin Cinta Atuk di TV2 dalam masa terdekat ini serta bakal memulakan penggambaran drama berjudul Julia bagi siaran TV3.
PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.
Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.
"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya kepada mStar Online.
Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.
Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.
Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.
Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.
Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.
ALOR SETAR – Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan 'berasmara' di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.
Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. "Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.
"Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka," katanya kepada Sinar Harian. Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk.
Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu.
Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang.
"Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil.
"Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu," katanya.
Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan.
"Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini," katanya.
Bila ditanya pada polis, tak ada lampu hijau diberikan pula.
Diorang ni saja nak pedajal pihak polis la ni...
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.
Beliau berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.
"Kalau menurut akta terbabit, penganjur sudah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, pada perhimpunan terbabit polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.
Katanya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
KUALA LUMPUR : Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu 'kekasih SMS' buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.
Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.
Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.
"Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih," katanya.
Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.
Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya," itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.
Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.
"Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an," katanya.
Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa 'sial' kepada keluarga.
Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.
"Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa," katanya.
Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi 'membuang sial', sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.
Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.
"Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan 'rawatan' itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.
"Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit," katanya.
Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.
"Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan," katanya.
Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
"Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama," katanya.
Peluang kedua
Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.
"Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.
"Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang," katanya.
Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.
"Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.
"Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka," katanya.
Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan 'kehidupan kedua' yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.
"Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah," katanya.
Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.
"Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi," katanya.
Rumah Insani
Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.
"Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia," katanya.
Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.
"Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan," katanya.
Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka.
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membawa perjuangan demi kepentingan rakyat, bukannya mengejar kedudukan atau darjah kebesaran.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga tidak pernah mengatakan akan menerima atau menolak pingat atau darjah kebesaran sebab ia tidak pernah ditawarkan kepada pemimpinnya.
Justeru kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, sukar untuk menjawab soalan berkenaan dengan isu tersebut sekarang.
"Saya tak pasti, bagaimana nak menjawab bagi perkara ini... Kita bukan nak gelaran datuk.
"Kita perlu tunggu gelaran itu diperkenan oleh raja (istana) dahulu sebelum saya menjawab
"Mana boleh jawab 'ya' tanpa perkenan raja, dan kalau jawab 'tidak', akan dianggap tidak menghormati raja," katanya lagi.
Guan Eng berkata, menerima darjah dan bintang kebesaran bukanlah matlamat beliau menjadi pemimpin.
"Kita berjuang untuk rakyat bukan untuk mendapat anugerah. Lagi pun untuk menerima anugerah mesti diperkenan oleh raja dulu," katanya kepada sidang media di sini.
Laporan media minggu lalu memetik seorang pemimpin DAP Selangor mencadangkan pemimpin-pemimpin parti itu supaya melakukan anjakan paradigma dengan menerima darjah dan bintang kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, perubahan itu perlu bagi membuktikan bahawa DAP tidak anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Institusi Raja Melayu.
"Sampai masa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Dr Chen Man Hin... mereka patut terima darjah kebesaran Raja Melayu," katanya.
MENJELANG perlawanan ketiga Piala Malaysia yang akan berlangsung esok, Perak bakal beraksi tanpa Akmal Rizal kerana cedera terlibat dalam kemalangan malam semalam.
Selepas penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi terlibat dalam kemalangan di Bachok kelmarin, penyerang sensasi Perak, Akmal pula terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor.
Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ekoran hujan lebat.
Akmal dikatakan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
"Keadaan hujan sangat lebat, saya tidak dapat mengawal kenderaan, kereta berpusing dua kali sebelum terbabas," katanya ketika di hubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menurut Akmal, beliau bersama kedua ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Putrajaya.
Akmal cedera di kepala dan leher akibat hentakan, namun dilaporkan stabil.
"Ayah saya mengalami luka-luka di kaki dan bengkak di rusuk apabila tercampak di tempat duduk belakang, manakala ibu saya turut mengalami bengkak di leher," katanya.
Beliau yang dirawat di Hospital Sungai Buloh telah melalui beberapa rawatan dan ujian sinar X-ray.
"Saya mendapat cuti sakit selama seminggu, namun saya akan pastikan keadaan saya benar-benar pulih baru saya akan turun menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan yang lain," katanya lagi
Akmal turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat beraksi di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan esok.
"Jurulatih dan rakan-rakan datang melawat saya sebelum mereka semua bertolak ke Negeri Sembilan, saya berharap mereka dapat membantu pasukan untuk mara ke perlawanan seterusnya," jelas Akmal.
Perak menentang Negeri Sembilan esok jam 8.45 malam di tempat lawan setelah tumpas 2-4 kepada Felda United Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.
Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.
"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.
Menurutnya beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
"Saya dan dia (berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh," akui atlet dari Pulau Pinang itu.
Mengenang kisah lampau, Chong Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun lalu.
Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan. - Bernama
KUALA LUMPUR -Perhimpunan Gabungan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis ini telah mendapat kelulusan polis tetapi dengan syarat pihak penganjur perlu menjamin keselamatan orang ramai.
Ahli jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah berkata, pihak polis telah memanggil beliau bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan itu.
Menurutnya, penjelasan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang tadi.
Pun begitu penganjur perlu mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu.
"Kita membincang dan memberi keterangan kepada pihak polis apa yang akan dilakukan nanti.
"Pihak polis tiada halangan namun kami perlu bagi jaminan keselamatan supaya tiada sebarang perkara buruk yang boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya kepada media di sini petang tadi.
Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan berkata akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai yang memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.
"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau.
Justeru, Maria berkata, "himpunan ini turut disertai oleh komuniti yang ingin bersama perjuangkan janji Bersih ini."
"Komuniti itu akan berkumpul di Jalan Petaling dan Jalan Sultan Ismail tanpa membawa sebarang sepanduk atau alat demonstrasi dan kami hanya memakai baju berwarna kuning," katanya lagi.
Maria berharap himpunan ini tidak akan mencetuskan sebarang provokasi kerana ia akan diadakan secara aman.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya.
Namun hari ini menerusi sisipan B*POP Berita Minggu, Nurul Syuhada memberitahu yang dia sudah lama berniat untuk memakai tudung.
Selepas mengerjakan umrah pada bulan Januari, keinginan itu bertambah-tambah. Menurut Nurul Syuhada:-
Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.
Penghijrahan Nurul Syuhada, turut disokong kuat oleh suaminya,
Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa.
Imej baru Nurul Syuhada bertudung ini sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada peminatnya. Mungkin ada yang tidak bertudung sebelum ini tergerak hati untuk bertudung setelah melihat Nurul Syuhada berbuat sebegitu. Semoga Nurul Syuhada kekal dengan imej sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen tudung seperti sesetengah selebriti.
- Nescafeais.com
[Ads: Dengan hanya2.5% daripada harta anda boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik. "Like" #PPZ untuk peluang memenangi tablet! ]
CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.
Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
"Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi," jelas jurucakap polis tersebut lagi.
Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.
Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
- Mynewshub
p/s: Gila..memang gila..mental punya perempuan.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan berita INI dari Hotlink lagi gila!
Cuba klik iklan #SuperSavers12AM ini. Dengan hanya top-up RM10, Hotlink Super Savers Top Up menawarkan minit percuma untuk anda! Hotlink Super Saver Midnight pula memberikan nilai hebat apabila anda gunakan RM1 untuk 30miniti atau 100 sms!
Hudud semakin hangat diperkatakan apabila PRU13 semakin hampir. Yang bertelagah sekarang ini adalah antara PAS dan DAP apabila masing-masing mahu mempertahankan hujah masing-masing.
Kesimpulan pada pengakhiran hujah mereka adalah menyalahkan UMNO, itu kesepakatan yang akan mereka kecapi.
PKR pula, adalah sebuah parti yang bersifat terbuka. Halal haram semua dia bedal. Mana yang halal, tetapi kurang memberi keuntungan pada perjuangan politik mereka, akan segera ditolak sambil memberi alasan-alasan mereka sendiri.
Berkaitan dengan isu hudud ini pula, jarang mendengar ulasan mereka. Hanya Sam Ketot sahaja bertindak berani mempertahankan pegangan Karpal Singh yang menentang perlaksanaan hukum hudud.
Ada juga nyamuk-nyamuk kecil lain dalam PKR yang cuba bersuara. Mereka ini adalah dari golongan yang kita sebutkan awal tadi, liberal, terbuka dan sebat apa sahaja yang menguntungkan.
Contohnya seperti laporan dibawah oleh Penyelaras PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, Khalid Jaafar. Beliau cuba juga bersuara mengenai hudud dari aspek kefahaman masyarakat itu sendiri.
Tetapi, seperti juga rakan partinya DAP, beliau tidak secara terus terang menolak hukum hudud ini dilaksanakan tetapi bertindak dengan memberi alasan kefahaman orang ramai dan buku jingga.
Pengakhiran hujahnya adalah menyalahakan Barisan Nasional dan juga penggunaan Buku Jingga sebagai alternatif panduan untuk mentadbir negara pada masa depan.
Adakah hudud terdapat di dalam Buku Jingga? Tiada bukan...jadi penolakan secara halus beliau tetap terkantoi juga...
BUKIT SENTOSA – Sesiapa sahaja boleh berbicara mengenai hukum hudud tetapi perlu berlandaskan ilmu dan kefahaman mengenai hukum tersebut.
Penyelaras PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, Khalid Jaafar berkata, dari segi pelaksanaannya pula perlu mengikuti tuntutan syariat dan prinsip keutamaan.
"Sebagai orang Islam semua tahu hudud sebahagian daripada syariat dan sesiapa pun boleh bercakap mengenainya.
"Saya rasa dalam perbincangan mengenai hudud haruslah bersandarkan kepada keseluruhan konteks ajaran Islam yang mementingkan susunan keutamaan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sebagai orang Islam, beliau dan rakan politik Islam dalam PKR langsung tidak menolak hukum tersebut.
Namun, beliau mengulangi hukum hudud mestilah difahami dengan sebenarnya berdasarkan ilmu dan bukan emosi mahupun kepentingan politik.
Ditanya, bila wujud dakwaan pelbagai pihak kononnya hudud sengaja dibangkitkan untuk kepentingan tertentu dan bermaksud politik, beliau berkata, semua rakyat tahu apakah isu sebenar yang dihadapi rakyat ketika ini.
Menurutnya, bukan saja hudud, tetapi isu peningkatan taraf hidup ekoran kenaikan harga barang, kos pengangkutan dan sebagainya yang di sumbang oleh kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pendekatan terbaik dalam aspek pembangunan ekonomi.
"Tapi kalau kita lihat perkembangan dunia Islam, tokoh-tokoh Islam menekankan aspek keutamaan dalam melaksanakan ajaran Islam.
"Jadi, keutamaan umat Islam sekarang adalah keperitan hidup ekoran kenaikan harga barang dan banyak polisi yang selama ini dilakukan kerajaan BN tidak menguntungkan.
"Oleh itu, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan Buku Jingga sebagai alternatif kepada dasar BN itu," katanya.
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok.
"Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif.
"Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.
Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen.
"Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.
Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
"Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya.
"Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan 'dan' ke, ataupun 'koma', itu perlu diteliti," tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong.
Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth.
Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.
Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kini tidak mahu ketinggalan dengan era teknologi disamping melunaskan hukum-hukum agama yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Jesteru itu, #PPZ telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan terutamanya anak-anak muda masa kini mendalami apa itu zakat dan juga kepentingannya.
Dalam menjayakan kempen tersebut, PPZ telah melancarkan Facebook pagenya di SINI bagi tujuan tersebut.
Tidak hanya menyebarkan hikmah disebalik pembayaran zakat, #PPZ juga menawarkan hadiah-hadiah menarik bagi pengujung-pengunjung yang menekan butang LIKE pada pagenya itu. Cukup menarik, iPad Samsung Galaxy Tab untuk pengunjung yang bertuah!
Jangan lepaskan peluang ini untuk beramal dan meragut hadiah-dadiah menarik! Anda hanya perlu "Like" laman Facebook Pusat Pungutan Zakat, berikan komen yang positif dari 20hb Julai hingga 20hb Oktober. Itu saja!
Anda juga berpeluang memenangi hadiah saguhati setiap hari selama 3 bulan, tunggu apa lagi? Cepatlah bertindak sekarang!
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menyifatkan 'tahalluf' atau kerjasama yang wujud antara Pas dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.
Paling ketara katanya, kerjasama dengan parti itu bertujuan menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan juga hudud yang diperjuangkan Pas.
Sehubungan itu, beliau berkata, cukup jelas pakatan yang berlaku bukan untuk membangunkan syiar Islam, sebaliknya lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.
"Kalau kerjasama itu atas perkara lain seperti untuk tujuan keselamatan, itu tidak mengapa tetapi apa yang dilakukan pembangkang adalah pakatan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau turut menyokong kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman sebelum ini bahawa berdosa sekiranya seseorang memilih calon dan pemimpin yang menolak Islam serta berhasrat menghidupkan agama lain di negara ini.
Muhammad Ramli berkata, pakatan yang berlaku antara Pas dan DAP juga lebih cenderung untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa di negara ini, dan bukannya merealisasikan perjuangan sebenar ke arah membangunkan negara Islam.
"Ini bukan tahalluf yang dibenarkan dalam agama, bahkan Pas sendiri bukannya mempunyai kerusi majoriti dalam pakatan tersebut dan tidak boleh berpakat. Lagipun, dalam negara sendiri lebih ramai yang beragama Islam berbanding yang bukan," katanya.
Beliau berkata, gabungan antara Umno, MCA dan MIC adalah berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana Umno memiliki kerusi majoriti dalam Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah yang membandingkan pendirian DAP sebagaimana berlaku terhadap orang kafir sebelum pemerintahan Islam di Madinah, beliau menegaskan keadaan yang berlaku ketika ini tidak sama dengan dahulu.
Abu Bakar sebelum ini memberitahu bahawa beliau percaya DAP akan berubah pendirian selepas hudud dan negara Islam dapat dilaksanakan di negara ini.
Jelasnya, ketidakyakinan masyarakat bukan Islam terhadap penubuhan sebuah negara Islam pernah berlaku sebelum pembentukan negara Islam pertama di Madinah dan menegaskan apa yang berlaku terhadap DAP adalah persepsi awal sebagaimana berlaku pada zaman tersebut.
"Apa yang dikata Pas itu tidak sama, analisa yang tidak tepat dan tidak betul. Rasul diberi kuasa utama yang merujuk kepada beliau sendiri sebagai seorang Rasul dan Islam pada waktu itu pula adalah minoriti. Sedangkan apa yang berlaku ketika ini menunjukkan bahawa orang Islam adalah majoriti," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas seolah-olah mencari rakan kongsi untuk memastikan cita-cita memerintah negara tercapai dan mendakwa Pas sebenarnya tidak mampu merealisasikan hasrat tersebut bersendirian.
ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.
Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.
Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.
"Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.
"Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami," katanya
MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.
Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.
Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
"Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.
"Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa," katanya kepada media di sini, semalam.
Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.
"Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar," katanya.
BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.
KUALA TERENGGANU: "Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan," kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.
Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.
"Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.
SERI KEMBANGAN: "Saya bersedia (tetapi) kenapa nak serang saya lagi... saya bukan ada kuasa. Seolah-olah kebencian kepada saya tidak boleh dihilangkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, memohon supaya bekas Perdana Menteri itu disapina supaya hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan.
Dr Mahathir berkata, dakwaan Karpal bahawa beliau sewaktu debat pindaan Perlembagaan pada 1993 mengeluarkan kata-kata yang jauh lebih berbaur hasutan terhadap raja-raja Melayu berbanding kata-katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu, perlu dibuktikan.
"Tunjukkan saya hansard (Parlimen) apa yang saya cakap yang dianggap sebagai menghasut. Undang-undang yang diluluskan ketika itu adalah berkenaan tindakan raja-raja yang di luar daripada tugas rasmi mereka.
"Dalam tugas rasmi, kita tak boleh ambil tindakan... bukan sebarang tindakan boleh diambil," katanya pada sidang media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini untuk memutuskan sama ada Dr Mahathir, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail wajar disapina atau tidak bagi memberi keterangan menyokong permohonan Karpal bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948.
Dr Mahathir berkata, pembangkang sering bergerak dengan menggunakan kebencian terhadap kerajaan untuk menagih sokongan rakyat.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jerat tidak pernah melupakan pelanduk, tapi pelanduklah yang selalu lupakan jerat.
Melayu Islam yang punya kecenderungan menyokong pembangkang hari ini sudah terlalu "over confident" bahawa melayu tidak akan hanyut dan Islam akan terus subur walaupun UMNO sudah menjadi batu nisan. Mereka kata, semua itu hanya mainan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang.
Mereka menempelak ingatan para pempin UMNO yang tidak henti-henti mengingatkan bahaya jika Umno hilang kuasa. Malah ada yang berfatwa, adalah jatuh syirik bagi sesiapa yang berfahaman begini.
Tapi sedarkah kita bahawa ketika ini kepentingan melayu dan Islam di negara ini sudah dan sedang terhakis dengan hebat? Penghakisan ini berlaku ketika Umno masih berkuasa tapi tanpa kekuatan majoriti 2/3.
Bayangkan jika Umno sudah benar-benar lenyap dan menjadi pembangkang. Siapa dan parti mana lagi yang boleh dan sanggup mempertahankan segala keistimewaan bangsa dan kesucian Islam di negara ini?
Pas sudah terkeluar dari senarai pembela bangsa dan agama di atas kehendak mereka sendiri. Pas sudah menarik diri dari terus memperjuangkan kepentingan agama apabila tunduk akur dengan penentangan terbuka dari Karpal Singh.
Pas masih tidak mahu mengaku bahawa pada hakikatnya Pas sudah masuk jerat DAP. Kaki dan tangan Pas sudah terbelit dengan tali, tapi masih tidak mahu mengaku. Leher Pas sudah "tertanjo", tapi masih menafikannya walaupun jelas suara untuk menyatakan kebenaran sudah tersekat-sekat dan semakin sayup kedengaran.
Seluar Pas sudah basah "lonjap" dengan kencing kerana disergah DAP, tapi masih cuba menutupnya dari pengetahuan umum dengan menyatakan seluar mereka basah kerana disimbah air oleh orang UMNO. Orang UMNO jahat.
Pada hakikatnya nafas dan "ongap" yang keluar dari mulut PAS sudah berbau sekular melebihi bau sekular UMNO, tapi masih mengatakan mulut mereka wangi dan tidak berbau dengan menggunakan kaedah "menarik nafas ke dalam" seperti kaedah P.Ramlee apabila A.R Tompel cuba menjalankan ujian alkohol dengan menyuruhnya menghembus nafas.
Inilah penutup kepada perjuangan PAS. Akhirnya PAS tewas dan lemas dengan kehendak yang sama sekali bertentangan dengan prinsip perjuangannya, hanya disebabkan tidak tertahan lagi untuk merasai nikmat berkuasa.
Istiqomah, istikhlas dan keikhlasan PAS dalam memperjuangkan Islam akhirnya terbantut ditengah jalan. Benarlah seperti yang diperingatkan oleh Nabi saw, berpegang kepada tali Allah itu umpama menggenggam bara api. Alang-alang keimanan tidak akan tergenggam hingga padam.
Sifat redha, sabar dan penyerahan total kepada Allah dalam berpegang kepada apa yang telah digenggamnya selama lebih 60 tahun, akhirnya luntur dan layu.
Prinsip, "Alang-alang menggenggam bara, biar sampai padam" sudah bertukar kepada "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".
Akhirnya Pas nekad dan terpaksa akur dengan kehendak pakatan yang mahu Pas menggugurkan perjuangan hudud dan negara Islamnya.
Bencana kehilangan maruah dan sokongan dari kalangan "mukhlisin" di dalam Pas, pasti akan terjadi.
Bencana dari tuhan, tak siapa yang tahu. Tapi apabila Allah mahu menurun musibah atau bala di sesuatu tempat atau kaum, tiada pengecualian kepada sesiapa, dan bala bukan semata-mata tertuju kepada pemimpin yang merosakkan perjuangan, malah kalangan yang benar-benar mukmin juga akan turut merasa.
Sebelum bala bencana secara langsung dari tuhan seperti tsunami berlaku, selalunya bala bencana akan berlaku dalam bentuk penindasan atau kezaliman dari sesuatu kaum atau kelompok terhadap kaum atau kelompok lain akan berlaku terlebih dahulu.
Berapa banyak bukti pelanduk melupakan jerat disebabkan nafsu dan keegoan sendiri sudah berlaku di banyak negara Islam. Mungkin melayu dan Islam di negara kita next in line...
Masih ingat pengakuan ikhlas YAB Datuk Nik Aziz, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am parti Pas bahawa parti mereka sanggup berkawan dengan Syaitan demi untuk menjatuhkan pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO?
Anak muda yang kini berusia 20an mungkin lupa kerana pada masa itu mereka masih berhingus malah ada yang masih belum lahir.
Bukan mengungkit tetapi Pakteh merenung sejenak hal dan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Untuk mengakui kebenaran Pas memang berkawan dengan syaitan kelihatannya agak jahat tulisan Pakteh namun apabila teringatkan pengakuan Mursyidul Am Pas satu ketika dulu, Pakteh mula memikirkan apakah UMNO/Bn kini berhadapan dengan satu kelompok manusia yang matlamatnya hanya untuk menjatuhkan UMNO/BN biar apa cara sekalipun.
Jika makhluk Allah paling jahat dan keji bergelar syaitan PUN sanggup didampingi demi menjatuhkan UMNO, Pakteh terfikir apalah sangat hendak dibandingkan dengan DAP yang masih bertaraf manusia. Biar berbuih mulut sekalipun mendedahkan bahawa PAS kini menjadi kuda tunggangan DAP atau apa sahaja gelaran, amat-amat mustahil untuk melihat PAS keluar dari Pakatan Pembangkang terutama DAP.
Natijah dari kesungguhan untuk menjatuhkan UMNO kini mula dirasai PAS apabila sanggup mendampingi Syaitan atau sekurang-kurangnya berpewatakan Syaitan. Untuk menulis dengan lebih lembut, andaikan bukan syaitan tetapi memiliki watak-watak syaitan.
Jika dibandingkan UMNO dan PAS, akhir-akhir ini PAS begitu ketara melaksanakan transformasi dalam parti dan kelihatannya ia berjaya. Pakteh menilai pemecatan Hassan Ali yang lebih tinggi ilmunya dari Mohamad Sabu. Pakteh terkedu melihat Mahfuz Omar lebih menunjukkan inteleknya dari YB Nasha. Malah jika dilihat angkatan baru yang diangkat menjadi idola, amat buruk benar untuk membandingkan artis yang lupa diri apabila menyertai PAS dan artis yang menyertai UMNO. Di pihak PAS, artis-artis kelihatan sudah menyucikan dosa mereka malah menuduh orang lain berbuat dosa. Berbeza dengan artis yang cenderung kepada UMNO yang kelihatannya lebih berhemah dan merendah diri.
Isu Hudud yang diangkat Nik Aziz akhir-akhir ini menambahkan lagi perisa dan rasa bahawa memang benarlah parti ini tidak pernah ikhlas secara mutlak untuk meninggikan syiar Islam. Amat kasihan Pakteh melihat akar umbi yang benar-benar ikhlas menyanjung perjuangan Islam. Apalah salah mereka sehingga diperguna sedemikian rupa.
Itulah padahnya berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan lawan. Untuk pengetahuan Mursyidul Am PAS, Syaitan tetap syaitan dan syaitan tidak akan redha anak adam ini untuk berusaha menghuni syurga. Hanya mereka yang inginkan neraka sanggup berkawan dengan syaitan.
p/s: wow...Pakteh tulis "untuk pengetahuan Mursyidul Am Pas"...dasyat.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan