TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata negeri ini boleh 'hancur' akibat pentadbiran kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas tidak tersusun dan pelbagai isu yang timbul.
"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak tahu apa yang berlaku di bawah," katanya ketika ditemui selepas melawat pesakit di Hospital Tanjong Karang, semalam.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, selepas satu persatu transaksi pengambilan hutang Talam Corporation dibangkitkan Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu.
Selain itu, beliau mendakwa audit ke atas akaun Universiti Selangor mendapati ia mengalami kerugian sedangkan antara 2005 dan 2008, tidak berlaku masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran.
Mungkin semasa mereka mengambil alih pentadbiran Unisel, peruntukan yang ditinggalkan Barisan Nasional masih banyak namun kini dana berkurangan dan wujud ketidakcekapan mereka mengurus mengakibatkan masalah kepada Unisel, katanya.
Noh berkata, Selangor juga berlaku tidak adil kepada mereka yang ingin menegakkan kebenaran serta keadilan apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dianggap hero dan kos guamannya ditanggung kerajaan negeri.
Beliau turut mempersoal nasib dua pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dibuang kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri itu kerana mendedahkan kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor.
Katanya, pakatan pembangkang sanggup menggunakan wang rakyat bagi membela pemimpin mereka seperti Mohd Rafizi, yang didakwa kerana melanggar undang-undang.
Dalam perkembangan lain, Noh berharap pembinaan hospital baru Tanjong Karang di tapak yang diluluskan kerajaan di Sungai Terap dapat disegerakan memandangkan hospital sedia ada kecil.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas tindakan pembangkang yang berterusan menyalahkan Umno dan BN atas setiap kesalahan yang mereka lakukan.
Katanya tindakan tersebut dilihat tidak lebih sebagai untuk menjaga hubungan antara tiga parti - PKR, DAP dan Pas.
"Inilah perangai (sebenar) PKR yang selalu hendak mencari salah orang lain tetapi salah sendiri dibutakan. Ibarat pepatah Melayu,'Gajah di depan mata mereka tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak'," katanya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini. Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Noh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengulas kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno kini memulakan kempen pelampau agama.
Laporan itu disiarkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Akhbar itu memetik pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang dilapor berkata adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Abdullah berkata umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Dalam pada itu, Noh berkata Anwar kelihatan seperti takut untuk menegur pengerusi DAP, Karpal Singh yang lantang menentang pelaksanaan hukum hudud yang dihasratkan oleh Pas jika berjaya menawan Putrajaya.
TANJUNG KARANG, 10 OGOS - Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pesakit-pesakit dan kakitangan di Hospital Tanjung Karang. Turut bersama isteri beliau Prof Dr Datin Seri Aishah Salleh.
Beliau dan isteri turut melawat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anggota Polis dan Bomba di Balai Polis dan Balai Bomba Tanjung Karang disini, hari ini.
BESTARI JAYA, 10 OGOS - Lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) berhimpun di hadapan Universiti Selangor (Unisel) hari ini menuntut hutang yang didakwa sebanyak RM15 juta daripada kerajaan negeri Selangor.
Kesemua pekerja tersebut mendakwa JNSB gagal membayar gaji mereka apabila Unisel yang berada di bawah pimpinan kerajaan negeri itu tidak menjelaskan apa-apa bayaran sejak November tahun lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sebelum ini mengakui bahawa Unisel berhutang dengan JNSB berjumlah hampir RM15 juta termasuk gagal menjelaskan bil penyelenggaraan asrama sejak 17 bulan lalu.
Khalid berkata, pendapatan Unisel ketika ini hanya cukup membayar gaji profesor dan guru, selain kos pentadbiran dan penjagaan asrama.
"Memang pelajar ada bayar yuran penginapan, tetapi ia tidak mampu menanggung kos. Ini kerana walaupun ketika pelajar bercuti, Unisel tetap perlu membayar kepada pihak yang menguruskan asrama ini.
"Kerajaan negeri mengarahkan pihak audit untuk menyiapkan laporan kewangan Unisel dan akan membentangkan laporan pihak akauntan yang sudah disemak," kata Khalid.
Ketua Eksekutif Pengurusan JNSB Hayati Mustafa berkata, konflik pembayaran gaji sudah bermula sejak November tahun lalu malah mereka pernah dibayar gaji secara mingguan.
"Unisel dapat bonus dan imbuhan tetapi JNSB tiada gaji. Masalah tuntutan dan 'over time'' bermula sejak Mac.
"Kami pernah dibayar gaji secara mingguan sebanyak RM200, setiap minggu. Ini tidak adil. Masalah gaji sudah bermula sejak November tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, suasana menjadi sedikit gamat apabila Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang turut berada di situ bertindak mengunci pagar di kedua-dua laluan utama kampus tersebut.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan Unisel yang tidak mahu keluar untuk menerima memorandum yang mahu diserahkan.
Ia juga menyebabkan lebih 10 buah kenderaan terkandas di dalam universiti itu selama kira-kira satu jam.
Bagaimanapun, kedua-dua pintu pagar itu dibuka kembali selepas dinasihati pasukan polis yang tiba bagi mengawal keadaan.
Turut hadir, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Shohaimi Shahadan yang melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Selangor.
"Kami rasa terpanggil dan rasa perihatin dengan nasib kakitangan JNSB yang jadi mangsa kezaliman. Selama ini dia (MB) menafikan Unisel diambang kerugian dan hari ini terbukti kakitangan sebagai saksi. Unisel perlu selesai gaji sebelum sambutan hari raya," kata beliau.
Sementara itu, seorang pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohamad Julis, berkata beliau terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung kehidupan keluarganya.
Beliau yang sudah tiga tahun bekerja di bahagian pembersihan berasa amat kecewa dengan pengurusan Unisel yang langsung tidak peka dengan golongan sepertinya.
Kumpulan yang inginkan Melayu berpecah sudah pasti merekayasa persepsi bahawa parti siasah yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, UMNO, tidak berupaya menyatupadukan Bangsa Melayu.
Mereka sanggup MENGESAHKAN sendiri bahawa Parti Melayu, UMNO, tidak berupaya menyatukan Bangsa Melayu semata-mata cuba meyakinkan umum dengan persepsi ciptaan mereka bagi melemahkan Melayu.
Apakah mereka yang memperalat Melayu untuk melemahkan Melayu pula yang berkemampuan menyatukan Melayu? Sampai begini lemahkah Bangsa Melayu ini sehingga tidak mampu lagi berfikir. Daif, sehingga hanya mampu "copy and paste" idea mereka yang mahu melihat Melayu berpecah dan lemah untuk dihidangkan kepada Bangsa mereka, bangsa Melayu?
DAP memang besikap chauvinist dan lahir sebagai parti yang rasis, dulu kini dan selamanya. Tetapi DAP, melalui PR, mudah memperalat Melayu sehingga Melayu menjadi pak turut mengatakan Parti UMNO dan orang Melayu pula yang bersikap rasis. Ini jelas sebagai strategi "pecah dan perintah". Dalam keadaan inipun yang dilebel sebagai pengamal "pecah dan perintah ialah UMNO! dan yang menuduh perbuatan ini ialah orang Melayu.
Orang lain yang berbuat perkara "porno" tiba-tiba UMNO yang porno sehingga wujud istilah UMNOPORNO!!. Seakan-akan orang Melayu mempercayai bahawa UMNO lah yang sebenarnya porno!!. Orang lain yang mahu memecah belahkan perpaduan Melayu, tiba-tiba UMNO pula yang dituduh pengamal "pecah dan perintah"!!.
Apakah benar MELAYU SUDAH LAYU? dan orang Melayu juga sudah sedia menerima hakikat kelayuan Melayu ini?
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM, Aug 10 (Bernama) -- Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar advised the organisers of the Bersih assembly planned at Dataran Merdeka on Aug 30 to not mix Merdeka Day celebrations with politics. "Merdeka is a matter related to the people. They'll be celebrating the country's 55th independence day, so don't make it a political issue. "Whether you want to gather or make a speech, there is a law for everything and we must follow the laws of the country," he said at a press conference after launching Ops Selamat, in conjunction with Hari Raya Aidilfitri, at Dataran Shah Alam, here. Ismail was asked to comment on the planned gathering which is expected to be held at Dataran Merdeka on Aug 30, to coincide with this year's Merdeka Day celebrations. "If everyone follows the law the country will remain peaceful," added.
tunku : i have no words for these idiots. don't they have the brain to to differentiate between politics and national day? this thing has to stop before there is no more peace in the country. just think one day if you come to power, others will do it back to you.show some good values about your self.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kapasiti pengeluaran air sedia ada di kesemua loji rawatan air di negeri ini pada masa ini telah pun mencapai tahap pengeluaran maksimum ataupun melebihi had kapasiti rekabentuk.
Dengan keadaan rezab bekalan air yang rendah pada masa ini, kemungkinan situasi pembekalan air yang kritikal boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat gangguan di loji rawatan air.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato' Sohaimi Shahadan berkata, disebabkan peningkatan permintaan bekalan air berbeza mengikut kawasan, terdapat sesetengah kawasan pada masa ini kadar permintaannya hampir sama atau melebihi tahap pembekalan.
"Ini secara langsung mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut terutama semasa penggunaan puncak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang berlaku di Pangsapuri Putra Budiman, Taman Bukit Belimbing dan beberapa kawasan lain yang menghadapi catuan air sejak beberapa minggu lalu.
Penyelesaian masalah ini bagi jangka masa panjang ialah mendapatkan bekalan air menerusi sumber yang baru seperti Projek Penyaluran Air Mentah (PPAM) dari Pahang ke Selangor dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Malangnya projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kedegilan dan keengganan Kerajaan negeri untuk meneruskannya kerana mendakwa projek tersebut untuk kroni Barisan Nasional (BN) dan menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan tarif air akan meningkat," ujarnya selepas melawat tapak Projek Langat 2 bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan tariff air kerana projek Langat 2 masih belum dimulakan. Sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tariff air, bukan Kerajaan Pusat.
"Kerana itu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (NGO) membawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan media massa melawat projek Langat 2 yang tidak dapat diteruskan untuk melihat sendiri kepentingan dan keperluan loji ini bila siap dibina kelak.
Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah dari sumber air mentah seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya, tetapi masalah sekarang ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.
Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan seharian seperti minum dan mandi, bukannya menggunakan air mentah yang disedut secara terus dari empangan, sungai atau lombong. Air mentah dari Pahang yang disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh (dalam lingkungan 500km berbanding Tasik Kenyir yang lebih jauh jaraknya seperti dicadangkan kerajaan negeri), di samping loji baru yang memerlukan sumber air yang lebih banyak," tambahnya lagi.
Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Abdul Khalid bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.
Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air 1991 akibat fenomena El-Nino boleh berulang kembali. Malah Suruhanjaya Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan 34 loji rawatan air Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.
Dalam masa yang sama, GPRS turut membidas kenyatan dangkal Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa paras air empangan di negeri ini melimpah dan tidak digunakan, menunjukan beliau tidak mendapat maklumat yang betul atau sengaja mempamer sisi kebodohan beliau.
Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Untuk pengetahuan Xavier, air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja jika digunakan secara berterusan.
"GPRS turut kesal dengan sikap prejudis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuduh krisis air sengaja direka bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan untuk diberikan kepada Puncak Niaga sebagai habuan.
Beliau bercakap tanpa bersandarkan maklumat yang sahih, hearsay dan hanya berpandukan kepada tuduhan semata-mata.Ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang penuh hasad dengki dan sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan politik.
Saya mencabar beliau datang ke tapak projek ini untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang benar mengenai projek Langat 2 yang dibina untuk kepentingan rakyat. Bahkan projek ini jika siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya.
Justeru GPRS mendesak agar kerajaan negeri tidak bermain politik demi keperluan dan kepentingan rakyat dan menyokong langkah Kerajaan Pusat meneruskan projek Langat 2 demi rakyat Selangor," tambahnya lagi.
Pengalaman lepas yang pernah dialami rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kerajaan negeri untuk mengetepikan perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk.
Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air terus disekat, bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi.
"Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama dan jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. Jika sesuatu buruk berlaku kepada rakyat pada masa akan datang, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab!
Sekali saya memetik perumpaan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa tidak guna jika kita mempunyai bekalan padi yang banyak tetapi tidak mempunyai kilang untuk memproses menjadikannya sebagai beras.
Rakyat mahu makan beras, bukan padi. Oleh demikian menjadi tugas dan tanggungjawab menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan beras yang secukupnya kepada rakyat," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Kemeriahan Syawal sudah mula dirasai. Ketika umat islam yang lain sudah mula menyediakan persiapan hari raya, namun buat para pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), masih buntu untuk menyediakan persiapan memandangkan sejak beberapa bulan ini, mereka tidak menerima gaji mereka.
Keadaan ini memaksa sebahagian besar kakitangan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman menuntut pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) melunaskan tunggakan kos pengurusan asrama yang dianggarkan RM15 juta kepada syarikat itu serta-merta.
Kira-kira 100 orang perkerja telah berhimpun kira-kira pukul 2.30 petang di hadapan pintu masuk Unisel di kampus Bestari Jaya, berang dengan tindakan pihak pengurusan Unisel yang menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kewangan kerana JNSB tidak mampu membayar gaji serta tuntutan mereka sejak Mac lalu.
Menurut wakil kakitangan JNSB, Norul Hayati Mustafa, pihaknya kesal dengan tindakan Unisel tidak melangsaikan tunggakan berkenaan yang menyebabkan JNSB itu tidak lagi mampu untuk menjalankan operasi pengurusan asrama di universiti berkenaan.
"Unisel tidak jelaskan hutang kepada syarikat kami (JNSB) yang menyebabkan syarikat kami mengalami masalah kewangan. Namun, paling menyedihkan ialah nasib kami semua sebagai pekerja kerana syarikat kami tidak mampu untuk membayar gaji serta elaun kami kerana tindakan Unisel itu.
"Bagaimana dengan nasib kami semua selepas ini. Kami semua ada keluarga, ada anak-anak lebih-lebih lagi sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi," katanya yang telah bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan di JNSB selama tujuh tahun.
Bagi Noorashikeen Mohd Stap, beliau turut mempertikaikan penjelasan Unisel yang sebelum ini dikatakan tidak boleh membayar hutang JNSB kerana universiti itu mempunyai kengkangan kewangan.
Sebaliknya, beliau difahamkan, kakitangan Unisel telah menerima bonus serta imbuhan lain.
"Jadi jika Unisel mempunyai kengkangan kewangan, mengapa mereka mampu membayar bonus serta imbuhan kepada kakitangan mereka. Jika Unisel ada kemampuan, mengapa pula hutang mereka JNSB tidak langsaikan," tegasnya lagi.
Dalam masa yang sama, rakan sekerjanya Ahmad Abdul Latif, 45, yang mengakui merasa kekecewaan berikutan tindakan Unisel itu terhadap JNSB yang secara tidak langsung telah menyulitkan kehidupan seharian mereka.
Beliau yang bertugas sebagai juruteknik di JNSB itu, kecewaan tersebut lebih-lebih lagi dirasainya bersama isteri serta lima orang anaknya menjelang sambutan hari raya yang semakin hampir.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang turut sama menyertai perhimpunan itu berkata, pihaknya menuntut agar pihak pengurusan Unisel menyelesaikan hutang mereka dengan JNSB sebelum hari raya ini.
Katanya, penyelesaian hutang itu harus disegerakan oleh universiti itu atas dasar mengambilkira hak serta kemanusiaan para kakitangan JNSB yang terpaksa berhadapan masalah kewangan.
"Kalau bayaran yuran guaman kepada Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat) kerajaan negeri boleh bayarkan, kenapa tidak kepada JNSB bagi membolehkan syarikat itu membayar gaji kepada pekerja mereka.
"Ini bukan soal politik, ini soal hak dan kebajikan para pekerja JNSB. Selain itu, kita juga minta supaya MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) menyiasat dan melakukan audit terhadap Unisel," ujarnya yang turut kesal dengan sikap Unisel yang tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum daripada kakitangan JNSB, hari ini.
KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),
Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.
"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang. Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya. "Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
Sebagai orang Islam, semua orang tahu Hudud adalah hukum Allah. Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.
Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan 'Islam' di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan 'Islam' di dalam diri sendiri. Kenapa boleh jadi begini, sedangkan dalam diri mereka adalah umat Islam??
Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan mempergunakan hukum Hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti. Dan yang lebih penting mereka mempermainkan fikiran rakyat bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.
PETALING JAYA – Kes pergaduhan melibatkan penyerang Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud dengan dua pemain Selangor pada 29 Jun lepas yang sepatutnya dibicarakan di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, ditangguhkan kepada 16 Ogos ini.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Taufik Abdul Razak berkata kes itu ditangguhkan ke tarikh baharu setelah Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memaklumkan Mohammed Ghaddar sedang bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya di Lubnan.
"Kita mendapat surat daripada KAFA semalam memaklumkan pemain itu baru selesai mengadakan majlis perkahwinan di Lubnan dan akan kembali ke negara ini pada 13 Ogos.
"Setelah mengambil kira pelbagai sudut termasuk beliau (Mohammed Ghaddar) telah menghantar borang B – borang orang tidak mengaku salah serta surat pembelaan, kita bersetuju menangguhkan kes beliau kepada 16 Ogos ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, di sini hari ini.
Dua pemain Selangor – Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar, masing-masing digantung tiga perlawanan selain didenda RM1,500 oleh jawatankuasa berkenaan pada Selasa lepas, setelah kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.
Dalam insiden di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Mohd Bunyamin didakwa menumbuk Mohamad Ghaddar manakala Mohd Amri dikatakan memijak belakang pemain tersebut pada perlawanan yang berkesudahan pasukan tuan rumah menumpaskan Selangor 1-0.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penyerang tersebut sekiranya tidak hadir pada 16 Ogos ini, Taufik berkata pihaknya akan meneruskan kes tersebut walaupun tanpa kehadiran pemain berkenaan.
"Kes itu tetap dibicarakan kerana berdasarkan Kod 5.1.5 dan 5.1.6, jawatankuasa mempunyai hak meneruskan perbicaraan sesuatu kes walaupun tertuduh tidak hadir. Namun, saya lebih gembira jika beliau hadir menerangkan kepada kita insiden di Kota Bharu," katanya.
Taufik berkata sekiranya pemain tersebut didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib, beliau boleh dikenakan hukuman yang sama seperti terhadap Mohd Amri dan Mohd Bunyamin.
Sementara itu, katanya jawatankuasa tatatertib turut akan membicarakan kes melibatkan tiga pegawai Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) iaitu pengurus pasukan Datuk Che Nasir Salleh, Penolong Pengurus Zainal Abidin Hassan dan anggota fisioterapi pasukan itu pada 16 Ogos ini.
Mereka didakwa mempertikaikan keputusan pengadil yang melayangkan dua kad merah kepada pemain Pahang pada perlawanan kalah mati Liga Super ketika menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 19 Julai lepas.
"Surat pertuduhan telah dihantar kepada ketiga-tiga pegawai tersebut pada Selasa lepas dan kes berkenaan akan dibicarakan pada 16 Ogos ini," katanya.
Pada perlawanan tersebut, Pahang mencatatkan kemenangan tipis 3-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa penuh permainan untuk mengisi slot terakhir ke Liga Super musim depan.
TUMPAT – Kerajaan pusat akan memasang alat penapis air bagi menghasilkan air bersih dari sumber sungai untuk mengatasi masalah bekalan air kritikal dihadapi penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang di sini, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pemasangan alat penapis air itu yang berharga kira-kira RM65,000 seunit akan dibuat segera bagi mengatasi masalah kira-kira 5,000 penduduk di dua kampung tersebut.
"Kita pasang sebelum Aidilfitri ini supaya tidak menimbulkan masalah kepada mereka yang bekerja di luar negeri ini pulang berhari raya di kampung," katanya kepada pemberita selepas meninjau alat penapis air yang dipasang di Kampung Kuala Jambu di sini, hari ini.
Penapis air menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta Bio Ultra Pure Sdn Bhd, dipasang pada Jun lepas, dapat meringankan bebanan penduduk Kampung Kuala Jambu dan kampung sekitarnya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masih terdapat banyak lagi kawasan di jajahan Tumpat dan Pasir Mas yang menghadapi masalah bekalan air bersih yang disediakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd.
"Bagi kawasan penduduk yang berhampiran dengan sungai mungkin kita boleh pasang alat penapis air ini untuk mendapatkan bekalan air bersih tetapi bagi kawasan yang jauh dari sungai mungkin boleh dibina telaga tiub," katanya.
Beliau berkata pemasangan alat penapis air itu adalah langkah jangka pendek dan berharap AKSB turut sama membantu mengatasi masalah rakyat itu.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan pusat prihatin dengan nasib rakyat negeri ini yang menghadapi masalah bekalan air bersih.
Pada 5 Ogos lepas, 14 pertubuhan bukan kerajaan di Kelantan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu menyelesaikan isu air yang berlarutan menimbulkan masalah kepada rakyat negeri ini.
Putrajaya, 7 Ogos - Pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sentiasa dipandang tinggi oleh pihak kerajaan. Bagi menghargai sumbangan jasa serta bakti seramai 241,000 anggota kedua-dua pasukan, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif '1Malaysia Privilege Card' bagi meringankan beban perbelanjaan anggota. Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Dengar cerita '1Malaysia Privilege Card' akan diperluaskan kepada penjawat awam seterusnya kepada semua rakyat Malaysia.
Bagus la kalau macam tu.
*Bab macam ni yang pembangkang cukup takut. Sebab YAB PM.....TEPATI JANJI BELIAU untuk turunkan harga barang.
Kali ini Pas telah menjadi kerajaan langit menggantikan kerajaan ayah pin dengan mengutip wang zakat dari masyarakat islam. Bukan sahaja umat islam malaysia yang menjadi ahli dan penyokong pas sahaja yang menjadi mangsa, malah warga asing yang beragama islam juga terpedaya dengan pengutip pengutip zakat fitrah dari parti pas ini. Yang agak musykil nya ialah pada resit bayaran zakat itu ditulis sebagai wang derma dan bukan atas nama zakat fitrah. Malah tarikh juga tidak diletakkan sebagai bukti zakat dibayar pada tahun ini.
Menurut salah seorang mangsa itu mereka menyatakan bahawa sudah bertahun tahun mereka membayar zakat pada puak puak parti sesat itu kerana terpedaya dengan pujukan yang mengatakan dengan wang zakat itu boleh juga dibina masjid dan surau kerana di negeri perak sudah tiada lagi golongan fakir miskin yang layak untuk menerima zakat dan kerajaan tidak menggunakan kutipan zakat fitrah dengan cara yang betul.
Rupa rupa nya pada puak sesat ni zakat fitrah boleh digunakan untuk membina masjid dan surau. Yang hairannya semasa pas memerintah perak dulu tak nampak pulak masjid dibina. Manakala kebanyakan masjid dan surau yang dibina di persk ialah dengan sumbangan kerajaan BN dan sumbangan orang ramai.
Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.
Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.
Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.
"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.
Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.
Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.
Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi mengaku bahawa hudud bukan agenda pakatan pembangkang. Isunya memang DAP dan PKR tidak berminat dengan negara Islam dan hudud. Tidak patut berbangkit isu itu dalam debat Fathul Bari Mat Jahaya - Nasrudin yang seolah-olah DAP sudah mula memahaminya.
Kecuali Nasrudin ingin melunakkan hati penonton debat seolah-olah usaha Pas cuba memahamkan DAP mengenai negara Islam dan hudud semacam diterima yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya.
Tambah Nasrudin: "Paksi perjuangan Pas adalah Islam dan hudud itu sebahagian darinya". Memperjuangkan Islam dan hudud bukanlah suatu masalah. Tetapi ia menjadi masalah selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang. Kalau begitu apa lagi pertimbangan Pas berada dalam pakatan pembangkang.
Kalau pertimbangan kuasa, apakah selepas dapat kuasa - negara Islam boleh ditegakkan dan hudud dapat dilaksanakan. Sudah pasti tidak kerana Buku Jingga tidak menyatakan demikian dan DAP akan menentang habis-habisan. Kalau begitu apa yang Pas tunggu lagi.
Kata Nasrudin lagi: "Secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk Pas menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara persendirian".
Alhamdulillah Nasrudin mula memahami. Tetapi ketidakyakinan terhadap pakatan pembangkang dan kebencian yang teramat sangat kepada UMNO tidak mungkin menyebabkan Pas memerintah Malaysia.
Kebencian terhadap UMNO atas alasan Pas pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu menyertai kerajaan campuran dulu boleh dipertikaikan. Apakah memang sengaja UMNO menyingkir Pas atau gelagat Pas dalam kerajaan campuran menyebabkan Pas yang tidak pandai membawa diri tersingkir.
Lalu Pas menghentam UMNO habis-habisan sehingga dikaitkan UMNO sebagai kafir, asabiyah jahiliyah, nasionalis dan bermacam-macam gelaran yang hodoh dan yang terakhir ialah UMNO tolak Islam.
Kalau dibahas secara ilmiah dan mengikut kaedah syarak semua kenyataan hodoh itu boleh dipertikai.
Tetapi kerana politik nafsul amarah yang tinggi menyebabkan amat sukar untuk Pas memulakan muzakarah walaupun mereka tahu UMNO tidak menyebut perjuangan ke arah Negara Islam, tetapi kerajaan yang ditunjangi UMNO banyak membuat kerja-kerja Islam baik dalam pendidikan, kewangan, ekonomi, sosial, pembangunan negara, undang-undang atau syariat. Ini tidak boleh dinafikan oleh Pas.
Pas takut ia akan dituduh menjilat ludahnya apabila mahu berkawan dengan UMNO balik. Dengan pakatan pembangkang, Pas tidak boleh pergi jauh dengan UMNO pula masih berjauh hati. Ke mana akhirnya Pas?
Tirulah pendekatan Ikhwan Muslimin Mesir. Dalam membentuk sebuah kerajaan, ia sanggup bekerjasama dengan pihak lain hatta kelompok nasionalis pun. Apa lebihnya Pas di Malaysia tidak mahu bekerjasama dengan UMNO yang dikatakan parti nasionalis.
Kalau alasan Pas mengungkit isu tersingkir daripada kerajaan campuran dulu tidaklah sampai berperang dan berbunuh-bunuhan.
Perhatikan Hamas dan PLO yang pernah berperang dan berbunuh-bunuhan dengan jiwa besar dan politik matang sanggup melupakan sengketa lalu dan bersatu demi perjuangan orang Palestin.
Mengapa Pas tidak mencontohi Ikhwan Mesir, Hamas-PLO dalam hubungannya dengan UMNO. Sebaliknya kenyataan Nasrudin menambah bahawa UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada Pas atau paling tidak bersama menyertai parti itu.
Ini adalah kenyataan yang sangat naif sebagai ahli politik. Kewujudan UMNO dalam konteks Barisan Nasional adalah suatu entiti yang sudah memerintah lebih setengah abad. Melainkan Nasrudin berpendapat bahawa orang UMNO tidak Islam.
Kalau Nasrudin masih merasakan UMNO didukung oleh orang Islam, tidak ada sebab muzakarah tidak boleh berlangsung.
Dengan orang bukan Islam tahalluf siasi atau kerjasama politik boleh berlaku, apa masalahnya dengan orang seagama dan seakidah. Buruk sangatkah orang Melayu dalam UMNO sehingga ditanggapi lebih teruk daripada orang kafir.
Nasrudin sebagai orang yang ada pelajaran patut faham mengenai fenomena umat Melayu di Malaysia kalau mereka berpecah. Berjiwa besarlah sedikit supaya ukhuwah Islamiah dapat dicetuskan kembali dan usaha merapatkan jurang dirintis semula.
Kalau ini tidak berlaku, senario politik Malaysia bakal menepati maksud pepatah menang sorak kampung tergadai, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna, menang jadi abu kalah jadi arang.
Umat Melayu di Malaysia selalu penulis ibaratkan seperti pelanduk dengan jerat. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Ambillah semangat Ramadan dan Hari Raya Fitrah ini untuk membangunkan jiwa muttaqeen yang antara lain menghidupkan ukhuwah Islamiah sesama umat seagama dan seakidah demi masa depan.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apakah kesudahannya kes Khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrolamin Bahrom yang dicekup berdua-duan bersama isteri orang dalam Bilik 6385 Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang…?
Senyap dan sunyi sepi kisah ini…!
Tentu kita semua tidak lupa dengan berita TERHANGAT pada penghujung bulan Februari 2012 apabila Badrolamin bersama pasangannya Zitawani yang berusia 28 tahun, kakitangan di Kolej Komuniti Rompin dicekup berkhalwat.
Lebih memanaskan lagi berita ini kerana status wanita tersebut merupakan isteri orang…!
Wanita itu mengakui pergi menemui Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun kerana bimbang keselamatan mereka terancam.
Beliau juga mengakui memang kenal rapat Badrolamin dan isterinya setelah mengikuti rombongan umrah sebelum ini seterusnya sering berhubung antara satu sama lain.
Menurut Badrolamin, beliau dihubungi wanita berkenaan beberapa hari sebelum insiden itu, yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.
Menurut Ustaz "produk" PKR ini, beliau menasihatkan agar wanita itu tidak berbuat demikian....
"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan." jelas Badrolamin kepada media.
Begitulah kisahnya suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang dulu… Berita hangat yang membakar suhu politik tanahair kita.
Apa jadi dengan tuntutan cerai yang dibuat oleh wanita yang dicekup bersama Badrolamin itu..? Sudahkah mereka bercerai..?
Apakah tindakan menuntut cerai itu sebagai salah satu proses untuk bernikah dengan Badrolamin…??
Blog MIK tertanya-tanya, apakah kesudahan kes ini…? Sudahkah dijatuhi hukum…?? Ataupun sudah dibuang kes…???
DAP tetap konsisten tidak mahu kepada penubuhan negara islam sejak 55 tahu lagi hinggalah sekarang. Itu juga antara sebab DAP terlalu membenci Umno sekaligus berusaha bersungguh2 sejak dulu lagi mahu majatuhkan Umno walhal dalam banyak perkara lain DAP menyanjungi UmnoBN berjaya mentadbir negara ini dengan baik.
Kerjasama DAPdengan Pas dalam pakatan juga ramai dikalangan kita menjadi kompius. Benar ke iklas ke jujur ke DAP yang terangan tidak mahu kepada islam boleh bersama Pas yang mereka juga tahu menjadi musuh kuat mereka selain umno sebelum ini. Kita juga tahu bersepakat boleh terjadi dalam dua perkara kearah kebaikan dan kearah kejahatan.
Baca sini...
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan, supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.
"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.
"Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya," katanya.
Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.
"Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam," katanya. — Bernama
p/s - Pada 28 Julai 2012 Karpal Singh telah membuat kenyataan rasmi bagi mewakili partinya dan menolak segala pandangan peribadi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu hukum Hudud. Selama 55 tahun adakah kita mendengar secara berterus-terang MCA atau MIC menghina agama Islam dengan sebegini rupa?
Selepas atlet yang mengharumkan nama negara dihina dengan panggilan tidak sepatutnya. Jalur Gemilang dihina sebagai "Jalur Malang", Zunar menghina bendera negara dengan menggambarkan ianya dalam bentuk yang tidak wajar.
Penghinaan terhadap kemerdekaan negara diteruskan oleh Hishamuddin Rais yang melukis logo lucah terhadap hari kemerdekaan negara.
Inilah mentaliti pembangkang yang tidak sayangkan negara dan jelas sekali memang berniat untuk menghancurkan negara ini. Mengapa perlu dipolitikkan sampai begitu teruk sekali hari kemerdekaan negara? Mereka sudah boleh dianggap sebagai "political animal" yang tidak tahu lagi menggunakan akal untuk berpolitik dengan sihat di negara ini.
Rakyat yang masih sihat jangan terpengaruh dengan anasir kuning yang sudah meracuni pemikiran mereka ini. Perubahan perlu dilakukan dalam PRU13 agar kuasa 2/3 dikembalikan semula bagi menutup penghinaan-penghinaan sebegini. Cukuplah beri peluang mereka berkurang ajar selama sepenggal ini.
Apa dah jadi? Hinggakan duit kerajaan yang dikatakan haram oleh haprak pakatan tapi bangkai ni sapu juga projek Syarikat hak milik kerajaan BN.
Siapa kata semua projek kerajaan disapu oleh kroni BN? Banyak projek kerajaan BN yang turut mendapat laba adalah penyokong dan pemimpin haprak pakatan.
Contohnya calon PAS Kerdau Hasanudin,beliau turut mendapat projek membuat Hospital Temerloh bernilai jutaan ringgit.
Isunya projek BN bangkai dam barua haprak pakatan sapu..hasilnya digunakan untuk menghentam dan digunakan balik menjatuhkan kerajaan BN.
Bertambah malang lagi apabila kerajaan BN dituduh memberi projek kepada kroni..
Kenapa ini dijadikan isu?
Di Pulau Pinang,Hebatnya Ketua Menteri regim DAP apabila semua keputusan sebut harga dan tender wajib dihantar kepada ketua menteri untuk disiasat sama ada pemenang sebutharga ahli umno atau tidak.
Kalau didapati ahli umno menang sebutharga dan tender diarah buat semula
Agar diberikan kepada kroni pakatan sahaja.
Dimana keadilan dan ketelusan?
Pisau menyeru agar kerajaan BN jangan khianat kepada penyokong kerajaan. Jangan dibiarkan sama sekali segala paria,barua dan juga haram jadah pakatan makan duit kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat secara sah!
Pihak BERNAS memang ada haprak pakatan kat dalam tu,harap Datuk Rahman Dahlan siasat.Jangan biarkan perkara ini berulang !
Pisau kata "projek BN yang sokong pakatan pun raih untung..butuh la kalau pakatan kata semua bagi kat kroni BN"
Apabila fatwa dikeluarkan kepada umat Islam mengharamkan undi DAP, hari ini Lim Kit Siang mengarahkan agar umat Islam dinegara ini kembali taat kepada mereka.
Kit Siang persoalkan kenapa mereka digelar kafir harbi sedangkan PAS sudah awal awal lagi mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong mereka.Malah DAP pertikaikan kenapa tidak haram menyokong MCA dan parti itu dilabelkan kafir zimmi.
Para alim ulama menetapkan golongan kafir zimmi seperti MCA tidak menjadi ancaman kepada umat Islam dan berbeza sama sekali seperti DAP. :Adakah Kit Siang Jujur Mahu Elak 13Mei
DAP cuba mengajar umat Islam siapa yang patut diharamkan dan siapa yang patut dihalalkan,Ini soal hak umat Islam nak mengharamkan atau halalkan apa yang mereka rasakan perlu.Bukan Hak DAP untuk menentukan siapa,apa dan kenapa sesuata cara didalam Islam .
Korang masih ingat bagaimana DAP mempergunakan agama kristian semasa kempen pilihanraya negeri Sarawak.Mereka secara terang terangan menghasut penganut agama Kristian agar memusuhi kerajaan Umno BN kononnya menzalimi penganut kristian.
DAP juga menggunakan para pastor,pendakwah ,mubaligh untuk berkempen di Sarawak,kesemuanya menyemai kebencian agama agar penganut kristian memusuhi kerajaan Islam Umno BN.
Sekarang apabila umat Islam mengistiharkan haram mengundi mereka,Kit Siang kepanasan dan cuba mengajar umat Islam mana boleh mana yang tak boleh.
Kenapa Nik Aziz,Hadi dan gerembolan pemimpin haprak tidak istiharkan halal mengundi DAP!
Ini soal halal haram didalam agama ada dalilnya,bukan undang undang sivil boleh tentukan ...
Pisau kata " ultrakiasu..dia anggap diri dia bos..melayu benggong semua kena ikut arahan"
Amizudin akhirnya mengikut jejak langkah Lim Guan Eng dipenjarakan kerana membuat fitnah.Walaupun sebelum ini beliau mengaku bersalah.memohon maaf dan didenda sebanyak 300ribu ringgit. Blogger haprak ini tidak serik sebaliknya menerbitkan lagi 11 artikel yang jelas satu fitnah kepada Rais Yatim.
KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.
"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".-Sinar
Pisau kata "beraya dalam jail la nampak gayanya budak ni"
First four…then one common… next probably back to four or three. Pakatan Rakyat (PR) leaders just cannot get together on anything and everything.
The Merdeka Day theme has been thoroughly thought of and decided upon but PR leaders wanted their own as they claimed the theme is too Barisan Nasional (BN). What do expect? BN ruling party to create a Merdeka Day theme based on oppositions' objective?
So they (PR leaders) got together and suddenly came out with four themes…each state one theme…viola! A spate of masterpieces…not just one masterpiece…that's wisdom they called it.
Point here is if they cannot get together on a Merdeka Day theme, one wonders how they can get together to run the country, to chart policies and future of the population?
Why such things occur with PR leaders? Reason is that all have big ideas and all have big egos…none wants to admit each one has lesser brain than the other.
That's how they run the state and that's why the states under them are in a lot of problem in every aspect…pity the voters who had voted them in with high hopes.
They just cannot arrive on a consensus on anything because all the three parties have their own goal, their own agenda, their own objective and most importantly as of at present they want to show to voters which of them is more dominant.
Always trying to show off even if what they have are all talks devoid of intelligent contents, they do not care, they feel the voters are with them all the way.
Selangor for example is in a bad shape if not politicallyit is economically as Mentri Besar Khalid Ibrahim toys with the projects like toying with new games, trying out corporate strategy on political matters and taking the voters as 'testing materials'.
Thinking the voters are gullible, Khalid quietly made deals with Talam Corporation to the extend the state now owes Talam instead of the other way round.
And he still thinks he has made the right decision and is defending the decision like hell but until today he still has yet to come out with the White paper he promised.
Unisel – University Industri Selangor – is another case which Khalid sleeps on hoping the problem will go away just like his bad dream in his sleep.
He is trying not to fall while walking on a tightrope as he tries his best to balance his decision so as not to hurt DAP. The party that can give him hope to continue being the MB, not to harm PAS, the party that balance the Malay support for him and the Chinese and Indians in PKR, the party which he is the supreme council member.
So Khalid toys with his new toy – the State of Selangor – while down the road the future of the state's population go down the drain, the way Khalid and his party going.
And all the while, dreaming that the voters are still with him, angry at BN for purportedly not championing their cause all this while.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.
Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.
Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.
Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.
Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.
Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.
Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.
Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.
Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.
UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.
Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.
Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.
Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.
Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu....
PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.
"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.
Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.
"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.
Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.
Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.
Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.
Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.
Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.
Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.
Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-
Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.
Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.
Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)
Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.
Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.
Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .
Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.
"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.
Ada saja 'cerita panas' yang dicetuskan pemuda bernama Namewee ni. Beberapa hari lalu, penyanyi-pengarah kontroversi ini mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar wajahnya yang dalam keadaan bengkak, lebam -lebam dan luka dilaman Facebooknya berserta status memberitahu yang dia dibelasah oleh individu yang tidak dikenali ketika di satu sidang media.
Namun begitu, selang sehari menerusi kenyataan rasmi daripada syarikat penerbitan filem Hantu Gangster, Prodigee Media Entertainment menyatakan bahwa status Namewee dipukul itu sebenarnya hanyalah gimik daripada jejaka berusia 29 tahun ni bagi mempromosikan filem keduanya itu. Lantaran kenyataan tersebut telah membuatkan Namewee sekali ditempelak dan dikritik segelintir pihak yang dia sekali lagi sengaja mencari publisiti murahan.
Dan malam tadi bersempena mala gala filem Hantu Gangster bertempat di berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Namewee atau nama penuhnya Wee Meng Chee, yang hadir agak lewat berjaya mencuri tumpuan ramai apabila dia tiba dalam keadaan bertongkat, kepala berbalut dengan wajahnya mempunyai kesan lembam dan luka.
Lantas timbul persoalan dikalangan ramai tetamu yang hadir, apakah kali dia betul-betul kena pukul atau itu hanya gimik semata.
Namewee bersama Amber Chia dan Farid Kamil sewaktu di malam gala filem 'Hantu Gangster'Namewee bersama Amber Chia dan Farid Kamil sewaktu di malam gala filem 'Hantu Gangster'
Bercakap kepada MD mengenai keadaannya itu, Namewee berkata tujuan dia tampil dalam keadaan begitu sebenarnya memang merupakan satu cara mempromosikan filem Hantu Gangster.
Jelasnya lagi, pendekatan sebegitu diambil atas sebab kekurangan bajet untuk mempromosikan filem tersebut.
"Ini adalah karakter saya dalam filem Hantu Gangster. Penonton perlu tonton cerita ini dan baru mereka akan faham kenapa saya datang dengan imej macam ni.
"Lagipun promosi bagi sesebuah filem memerlukan bajet yang tinggi. Tapi kami tak cukup bajet untuk buat promosi secara besar-besaran. Jadi saya tampil dengan keadaan sebegini dengan harapan bila orang ramai tengok saya macam ni, mereka akan berasa kasihan dengan saya dan akan pergi beli tiket dan menonton Hantu Gangster," jelas Namewee sekaligus menolak dakwaan yang dia sengaja mencari publisiti murahan.
Sementara itu, Hantu Gangster merupakan garapan kedua Namewee selepas Nasi Lemak 2.0. Filem komedi yang diinspirasikan daripada kisah sebenar hidup datuknya ni mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza. Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi.
Mula ditanyangkan pada hari ini, selain Namewee sendiri, Hantu Gangster ini turut dibintangi Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam dan ramai lagi.
Dikala selebriti lain sibuk berhijrah dari segi kerohanian serta peribadi, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida memberi gambaran yang beliau bakal berhijrah lokasi.
Melalui akaun Twitter beliau, Fida menulis yang beliau kini dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia dalam masa terdekat & ianya menjadi satu kejutan buat peminat beliau.
"Dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia," tulis Fida ringkas sebelum di'balas dengan pelbagai spekulasi dan pertanyaan daripada peminat beliau di Twitter.
"Penghijrahan pasti akan berlaku pada setiap manusia. Pada follower, jangan terkejut dan sedih sebab kita masih boleh berhubung melalui Facebook & Twitter 'kan?" tambah Fida lagi.
Menjawab beberapa soalan peminat beliau, Fida menafikan yang beliau mempunyai seseorang di Indonesia yang menjadi sebab penghijrahan beliau ke sana.
Mungkin Fida ingin mengikut jejak Dafi AF juga Ashraff Sinclair yang berjaya mencipta nama di Indonesia. Semoga maju jaya dalam apa pun keputusan anda wahai Fida.
[Ads:You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
Nampak tidak permainan jiwa kami dalam tajuk artikel? Kami lelaki jiwa kental pun hampir menitis air mata menonton iklan raya terbaru daripada Bernas ini.
Iklan raya Aidilfitri terbitan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ini kami boleh kira sebagai filem pendek yang sangat berkesan sesuai dengan tema hari raya.
Mengisahkan dua orang anak yatim, Ahmad & Fizi yang punyai hubungan persahabatan unik kerana saling melengkapi dalam cabaran mereka untuk pulang ke kampung.
Dalam video ini, anda boleh lihat yang mana Fizi menjadi suara buat Ahmad & Ahmad pula menjadi mata buat Fizi. Simbolik yang sangat indah jika anda tanyakan kepada kami.
Seorang ibu menghantar anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk pembedahan pemulihan selaput dara sebelum mengatur suaminya untuk memperkosa gadis itu.
Dia juga dipercayai meminta gadis itu untuk melakukan aksi telanjang untuk lelaki berumur 37 tahun.
Remaja ini mengatakan perkara ini dalam perbicaraan mahkamah di Hong Kong selepas dakwaan perkosaan diajukan terhadap ayah tirinya.
Menurut remaja itu, kedua ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dan setelah itu, ibunya berkahwin dengan suspek yang merupakan bapa tirinya.
Katanya, ketika dia berumur 16, ibunya yang berusia 39 tahun memujuknya untuk melakukan hubungan seks dengan ayah tirinya.
"Ibu saya ingin memenuhi keinginan bapa tiri saya yang ingin "tidur" dengan gadis yang masih perawan, jadi ibu meminta saya untuk berhubungan seks dengan bapa tiri saya tapi pada saat itu saya tidak lagi perawan" katanya.
Dia berkata ketika ibunya tahu, ibunya memaksa dia untuk mendapatkan selaput dara 'buatan' dan mengancam akan memotong jari-jarinya jika ia menolak.Gadis itu akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu.
[Ads: Stay hydrated all day long with the new #OxygenFresh gel lotion, learn more and get your trial pack here! ]
Setelah itu, ibunya merancang percutian keluarga ke Cheung Chau, dengan tujuan untuk mengatur rancangan supaya suaminya dapat berhubungan seks dengan gadis itu.
Lelaki itu, bagaimanapun, tidak boleh menunggu dan memperkosa remaja di rumah mereka.Remaja itu menyatakan kepada mahkamah bahawa dia telah mengadu dirinya dirogol ayah tiri kepada ibunya, tetapi ibunya tidak melakukan apa pun untuk membantunya.
Dia kemudian mengajukan laporan polis sebagaimana disarankan oleh teman lelakinya dan seorang pekerja sosial.Penasihat undang-undang, bagaimanapun, berkata remaja itu telah membuat cerita setelah ayah tirinya menolak untuk membeli laptop-nya.
Inilah mentaliti si bapok tua Tukar Tiub yang tidak menghormati semangat Merdeka dan menghina warna bendera Malaysia! Orang macam ini tak perlu dibiarkan. Manusia macam ini elok dibuang negara! Dulu dah duduk UK buat apa balik?
Isham Rais ini memang dah macam tak ada agama.
Tak kisahlah nak hentam pasal logo dan sebagainya namun dengan membuat logo berbentuk lucah dan dikaitkan dengan merdeka membuatkan Keris rasa dia ini sudah tidak layak lagi memegang kad pengenalan Malaysia.
Layaknya dia hidup di Somalia baru dia tahu erti penyesalan.
Hey rakyat Malaysia yang cintakan negara! Takkan nak diamkan diri selepas lambang dan warna Malaysia dihina sebegini rupa?
KUALA TERENGGANU - Kerajaan sedia ditolak sekiranya tidak berjaya memenuhi janji kepada rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, janji adalah sendi kepada masyarakat dan ia bukan satu permainan politik.
"Kita bersedia ditolak oleh rakyat jika tidak kotakan janji.
"Dalam soal ini kita bukan bermain politik, tetapi apa yang penting kita jangan sekadar bercakap, tetapi tidak tunaikan," katanya pada Majlis Penyampaian Dana Khas Hari Raya di Kampung Padang Nenas, semalam.
Dalam ucapannya, Najib turut menegaskan, tema sebenar kerajaan ialah berpaksikan kepada Islam, bukannya berpaksikan kepada politik.
"Rakyat tidak perlu gusar kerana kita berada pada landasan betul. Apa yang kita buat berlandaskan al-Quran dan sunnah. "Kita berjuang untuk tunaikan janji kita kepada rakyat.
Dengan sokongan rakyat, saya harap Malaysia dinobatkan negara Islam pertama bergelar negara maju," katanya.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Adun Tepoh, Muhammmad Ramli Noh.
Pada majlis itu, Najib menyampaikan Sumbangan Ehsan Ramadan RM170,000 kepada 1,000 orang kurang berkemampuan.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.
"Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada Rabu dan Khamis, dan pada 22 dan 23 Ogos.
"Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, " katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini hari ini.
Shaziman berkata, bagi meraikan sambutan kemerdekaan pula, Lebuh Raya Maju (MEX) dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan tol percuma kepada pengguna bagi semua kenderaan pada hari berkenaan.
Katanya, 22 lebuh raya lain pula bersetuju memberi insentif berbentuk diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 30 peratus.
Dalam pada itu, Shaziman meminta agar segala kerja penambahbaikan di semua lebuh raya dihentikan pada musim perayaan bagi memastikan kelancaran trafik dan mengelakkan kesesakan.
"Kita minta ianya dihentikan dari tempoh seminggu sebelum raya sehingga seminggu selepas raya.
"Dijangka dalam tempoh sehari, sebanyak 1.7 juta pengguna akan menggunakan Plus pada musim perayaan berbanding 1.2 juta pada hari biasa.Jadi kita tidak mahu bila musim perayaan kerja penambahbaikan ini masih diteruskan, kecuali ianya kecemasan," katanya. - Bernama
Begitulah yang boleh disifatkan dengan berita penangkapan seorang ustazah kerana berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.
Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.
[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here.]
"Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan," katanya.
Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.
Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.
Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama
KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.
"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".
4 tahun lepas PAS berjanji mahu mendidik DAP dan bukan Islam tentang Hudud apabila orang ramai mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP. 4 tahun sudah berlalu, Hudud berbunyi semula dan tindak balas DAP adalah sama seperti sebelumnya, konsisten tolak Hudud dan negara Islam. Mana janji PAS?
Bukan Islam bukan sahaja keliru malahan dimomokkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa Hudud ini tidak adil dan kuno, contoh dakwaan mereka, syarat saksi mestilah Islam, jika jenayah berlaku depan bukan Islam maka dikira tiada saksi dan penjenayah akan bebas, wanita yang dirogol akan dihukum berzina jika tiada saksi Islam, jika mat rempit Islam jadi saksi tidak dikira kerana mereka tidak adil, dan banyak lagi, menunjukkan mereka terawang-awang, tidak faham dan berpandangan salah akan Hudud.
Dalam banyak-banyak komen sesat itu saya terbaca komen seorang bukan Islam yang terbuka kepada Hudud, kata beliau sebelum Hudud ini diteruskan kenapa tidak diedarkan handbook yang mengandungi set lengkap undang-undang hudud, kesalahan dan hukuman, prosidar perundangan, skop, had, hak dsb berkaitan dengan hudud yang bakal mengantikan hukum sivil supaya dapat diteliti, difahami, dijadikan rujukan dan panduan oleh orang ramai terutama orang bukan Islam?
Saya terpegun, betul juga, pro pakatan boleh keluarkan buku jingga menerangkan bagaimana pakatan mahu membelanjakan wang rakyat jika mereka naik tahkta. Bar council boleh keluarkan buku merah hak asasi manusia, menerangkan hak orang awam ketika berhadapan dengan pihak polis, kedua-duanya dalam bentuk e-book yang boleh didownload dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Tapi bab Hudud hanya ucapan umum dari mulut ke mulut tanpa bahan bertulis.
Kenapa tiada Hudud handbook dalam pelbagai bahasa, untuk membentangkan set kesalahan dan hukuman, prosidar perundangan, pentas hukuman untuk sebatan, pancung dan hukuman rejam, perlukah live depan mata atau cukup live di TV, hatta penerangan apa itu Hudud sendiri dalam bentuk e-book supaya dapat didownload dan dibaca oleh semua orang, Islam dan Bukan Islam, seterusnya boleh diikuti dengan taklimat dan seminar?
Sebenarnya orang Islam yang menjerit Hudud, Hudud itupun cuba tanya dia apa itu Hudud maka dia akan merapu kerana dia sendiri bukannya tahu, hanya mahu glamer.
4 tahun adalah masa yang lama, jika PAS mengumpulkan pakar-pakar perundangan dan agama dan sudah memulakan usaha ini 4 tahun lalu, pandangan DAP, majoriti orang bukan Islam dan orang Islam sendiri sudah pasti akan lebih terbuka terhadap Hudud daripada sekarang, malah dapat menangkis serangan daripada pihak-pihak yang cuba memberi gambaran buruk terhadap Hudud, tapi mengapa ini tidak berlaku? Mana janji PAS?
Di sini lah tembelang PAS pecah. Ikhlaskah sebenarnya PAS dalam memperjuangkan Hudud? atau Hudud ini hanya pawn (askar dalam catur) untuk membolehkan PAS terus berkuasa dan makan gaji buta? Bila menjelang pilihan raya rakyat akan bertanya, apakah kerja PAS selama ini, waktu itu YB YB PAS mula gelabah tidak tahu nak tunjuk bukti mereka buat kerja, maka Hudud pun didengkan menutup pekung di dada, kami juangkan Hudud, bukti belum ada kerana BN halang- selamat sepenggal, ada harapan sepenggal lagi, akhirnya 4 penggal berlalu tanpa hasil apa-apa.
Walaupun selepas ini ada orang akan bertanya kenapa BN tidak keluarkan? Jawapannya Hudu tidak akan terlaksana dengan menunding jari. PAS hanya mahu publisiti kononnya memperjuangkan Islam seperti setiap kali artis bertudung PAS akan buat bising seolah-olah ini adalah hasil dakwah mereka, buat demo bila kapal bantuan Malaysia disekat Israel, padahal UMNO punya usaha PAS lansung tiada kaitan, hanya kejar glamer dan wang- balak dan kini minyak.
Kesimpulannya, harapan umat Islam mahu lihat tertubuhnya negara Islam dan terlaksananya hukum hudud terletak di tangan NGO yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan bukan pada sebuah parti yang mensasarkan populariti, kuasa dan wang ringgit. WaAllahu Ak'lam.
KUALA LUMPUR: Derita seorang wanita warga Indonesia yang dikurung seorang lelaki dan dijadikan hamba seks selama lebih dua bulan hingga menyebabkannya mengandung berakhir apabila diselamatkan isteri lelaki berkenaan.
Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira tiga bulan lalu yang mendakwa kononnya ejen pendatang asing dan boleh membantu menghantarnya pulang semula ke negara asal.
Malangnya, sumber berkata, wanita itu bukan saja ditipu lelaki berkenaan malah terpaksa melalui detik hitam apabila dikurung dan dijadikan pemuas nafsu sebelum diselamatkan polis dengan bantuan isteri lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja di sebuah negeri di pantai timur diperdaya lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan mendakwa boleh membantu menguruskan dokumen perjalanan pulang ke negara asalnya.
"Tanpa berfikir panjang, mangsa mengikut lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit ke ibu kota. Mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah kondominium di Kepong, di sini.
"Lelaki terbabit menyuruh mangsa menetap di rumah itu bersama rakannya sementara menunggu dokumentasinya selesai. Namun, selepas seminggu tinggal di rumah berkenaan, mangsa masih tidak mendapat pasport dan tiket penerbangan seperti dijanjikan," katanya.
Menurutnya, mangsa dihalang keluar dari kondominium berkenaan selain turut dijadikan hamba seks apabila dipaksa melayani nafsu serakah lelaki berkenaan dan beberapa lelaki lain.
[Ads: Get your 30 days of FREE Internet when you activate and reload a minimum of RM30 with #DiGiFreeInternet! ]
[Ads: Stay hydrated all day long with the new #OxygenFresh gel lotion, learn more and get your trial pack here! ]
"Mangsa mendakwa lelaki itu dan rakannya dipercayai ahli sindiket pelacuran kerana sering membawa pulang beberapa wanita ke rumah berkenaan bersama beberapa lelaki lain yang dipercayai pelanggan kepada wanita terbabit," katanya.
Sumber berkata, kira-kira jam 2 pagi kelmarin, mangsa yang dipercayai mengandung mengalami pendarahan teruk menyebabkan rakan lelaki terbabit panik dan bertindak menghubungi lelaki itu.
"Lelaki itu dipercayai menghantar kiriman SMS memberitahu keadaan mangsa. Bagaimanapun, kandungan SMS itu dibaca isteri lelaki itu menyebabkan wanita berkenaan terkejut.
"Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu sudah berlaku menyebabkan dia terus bergegas ke kondominium rakan suaminya itu sebelum menemui mangsa," katanya.
Sumber berkata, tindakan wanita itu membawa padah apabila dia turut dikurung suaminya sendiri yang datang ke rumah berkenaan sebaik dimaklumkan rakannya mengenai kehadirannya.
Difahamkan, wanita terbabit kemudian bertindak menghubungi polis meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba di rumah itu dan menyelamatkan mereka.
Beliau berkata, kedua-dua suspek turut ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atip).
Atlet-atlet Heptathlon wanita pastinya tidak banyak songeh mengenai tubuh mereka diperhatikan. Mana tidaknya, mereka berlari dan melompat pun hanya megenakan seluar kecik dan juga sport bra.
Dek kerana itulah juga, atlet dari Republik Cezh ini, Eliska Klucinova, tidak merasa segan silu menukar seluar dalamnya ditengah-tengah arena yang disaksikan berpuluh-puluh ribu orang penonton hinggalah beliau tersedar bahawa kamera sedang fokus padanya.
Penyelesaiannya? Hanya sehelai tuala kecil!
Part paling best, senyuman yang dilemparkan sepanjang video tersebut dirakamkan!
[Ads: Get your 30 days of FREE Internet when you activate and reload a minimum of RM30 with #DiGiFreeInternet! ] [Ads: Stay hydrated all day long with the new #OxygenFresh gel lotion, learn more and get your trial pack here! ]
Norish Karman tampil dengan begitu anggun disebalik cerita-cerita kurang menarik yang menimpa dirinya baru-baru ini.
Namun begitu, beliau tetap cekal mengharunginya dan berserah kepada Tuhan segala-galanya.
Ketika ditemuramah oleh Buahmulut.com, Norish banyak menceritakan mengenai perihal keluarga dan anak-anaknya yang semakin membesar dan bagaimana mereka itu menjadi tanggungjawab besar kepadanya.
Beliau turut berterima kasih kepada peminat-peminat yang masih lagi memberi sokongan moral kepada dirinya.
Foto : Buahmulut.com
[Ads: Get your 30 days of FREE Internet when you activate and reload a minimum of RM30 with #DiGiFreeInternet! ] [Ads: Stay hydrated all day long with the new #OxygenFresh gel lotion, learn more and get your trial pack here! ]
Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.
Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.
"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
KUALA LUMPUR: Since the defections of Sabah Umno warlord Lajim Ukin and Tuaran MP Wilfred Bumburing, federal level Barisan Nasional leaders and those in Sarawak have repeatedly claimed that the changing landscape in Sabah won't affect them.
The reiterations have come from all quarters and at a speed which has left many wondering at the necessity for such vehement declarations of 'unity' and 'steadfastness'.
From component party leaders to Sarawak Chief Minister Taib Mahmud's right hand men, the assertions have come fast and furious, aiming perhaps to drown growing speculations of potential defections in Sarawak as polling nears.
The names are already in circulation and according to sources in Kuching, Opposition Leader Anwar Ibrahim is in discussion with leaders who are also from Taib's Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB).
"He (Anwar) is targetting the Dayak wing in PBB. He is talking to some leaders. He is also talking to people in PRS and SPDP," said the longtime political observer, who declined to be named.
According to the source, unhappy Taib is in the know and is tightening his grip on his leaders with offers of projects and posts.
Currently Sarawak is Prime Minister Najib Tun Razak's only surefire hope in an election that could go either way despite ground reports of Najib's popularity.
Sarawak has 31 parliamentary seats. PBB holds 14 seats while SUPP was allocated seven, PRS (six) and SPDP (four). Except for PBB the rest only offer uncertainties.
Since the 2008 elections, Sarawak BN has lost two seats – Bandar Kuching and Bandar Sibu (in a by-election in May 2010).
But last April's state election was a wake-up of sorts for the Taib-led administration when the opposition swept 15 seats and an independent took one.
Is Taib 'talking' Anwar
DAP, Sarawak's longest standing opposition, wrested 12 of 15 seats it contested and PKR won three seats – Batu Lintang, Ba Kelalan and Krian – losing Senadin to BN- SUPP by a contentious 58 seat margin.
Even then Anwar was already engaging Taib's interest. In fact it was rumoured last April that Taib had sent his business associate Sng Chee Hua to hold a 'dialogue' with Anwar. The 'secret' breakfast meeting received much media attention.
A year later, another tale surfaced that Taib had sent his advisor Adenan Satem, once tipped to succeed him, to speak to Anwar.
Taib's discomfort with the Najib-led regime in Putrajaya is well known in Kuching. Many saw and heard for themselves how Najib attempted to corner the old man whom he calls 'uncle' into publicly announcing his departure date despite earlier agreeing in private to let him bide his time.
The wily Taib, turned the table on Najib during the public gathering. The fact that Najib and almost the entire Umno cabinet landed in Sarawak during last April's state polls was another humiliation to Taib whom Umno had allegedly 'written off'.
Taib went on to prove them wrong retaining 100% all his PBB seats, something that Umno could not do in the 2008 polls.
But victory did not cloud his suspicion of Najib and his men and as quickly as the results were announced Taib got himself sworn, leaving Putrajaya no room to manoeuvre.
PBB is to Sarawak BN what Umno is to the federal coalition and the way they each lord over the other sub-species – coalition partners – stinks of arrogance, according to component party leaders.
It was recently learnt that Taib had allegedly met with Anwar in Singapore in June. But what was to have been "fruitful negotiations" between the two was short-circuited when Taib had to rush back to Kuching for an urgent meeting.
The understanding between the duo was that he would return and continue discussions but that never happened.
Taib left Anwar waiting
The Kuching meeting, it was reliably learnt, was between Taib and a certain emissary from Putrajaya.
Taib never returned to meet with Anwar in Singapore and negotiations were left hanging.
One can only assume that the emissary is linked to Najib and that promises were made and loyalties reiterated.
Things must have gone well seeing Najib and Rosmah Mansor are to break fast in Sarawak with Taib and wife on Friday.
If such indeed is the case, then claims that a slighted Anwar is directly wooing Taib's men seem to make sense.
It further explains the kneejerk reactions of some Sarawak leaders who have taken every media opportunity to chastise the opposition and claim that the BN coalition is solid when it fact reports of strive within PRS, SPDP and SUPP are rife.
The latest comment was from PBB assemblyman Abdul Karim Hamzah, who is also the State Assistant Minister of Youth Development.
Karim recently declared that Sarawak BN politicians were "not easily swayed" by Anwar's promises.
He claimed the Sarawak BN leaders were "steadfast and don't jump parties or sell their soul".
"Leaders who do that are pariah, without credibility and not fit to be re-elected as they have betrayed the trust of the people who elected them under BN," he reportedly said.
Dangling 'carrots'
Ironically it was several of these very "steadfast" BN leaders who had allegedly agreed to join Anwar in his aborted Sept 16, 2008 bid for Putrajaya.
Sabah MP Ghapur Salleh said it best in parliament in 2008 when declared that if not for the number of MPs from Sabah and Sarawak, BN would have lost and Pakatan Rakyat would have managed to get the simple majority to form the new government.
And this time too the churning mill is puking out names – some old, some new – of Sarawak BN leaders who are reading the political signs in Peninsular Malaysia and are wary of the changes taking place.
Among the parliamentarians speculated to be on Anwar's list are PBB's Santubung MP Wan Junaidi Tuanku Jaffar and Petra Jaya MP Fadhillah Yusuf. Others include MPs Richard Riot (Serian), Tiki Lafe (Mas Gading), Billy Abit Joo (Hulu Rajang).
Each of these leaders have maintained that they are 'winnable' incumbents but whether or not their respective parties will field them is another issue.
Anwar has said that Pakatan will wrest Putrajaya with a 10 seat majority and the margin, many believe, will come from Sabah and Sarawak.
To that end Anwar has reportedly been shopping for MPs in Sabah and Sarawak, dangling what Karim describes as 'carrots' that are 'too good to be true'.
JIKA diikut kepada masa rasanya tidaklah sesuai untuk Jebat melontarkan kata-kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Tetapi dek kerana kurang fahamnya Jebat kepada kata-kata seorang anggota pentadbiran di dalam kabinet Malaysia ini terpaksa jua Jebat olah ayat-ayat manis yang mungkin boleh melahirkan pandangan Jebat. Anggap sahaja ianya sebagai satu pandangan.
Saipuddin Dollah yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri baru-baru ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak celaru bunyinya. Mungkin sekali lagi Saipuddin akan mengatakan inilah yang dinamakan NEW POLITICS sebagaimana suatu ketika dahulu Saipuddin menggunakan istilah new politics apabila mengasak minda blogger yang dikatakan kurang faham dengan politik baru.
Terbaru, Saipuddin mengkritik Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan berhubung pemilihan tema hari kemerdekaan yang ke 55. Kritikan Saipuddin itu adalah rentetan daripada kenyataan Rais terhadap Malay Mail yang digambarkan seolah-olah pro pembangkang di dalam perkara ini.
Saipuddin mengatakan bahawa Rais seharusnya menghormati kebebasan akhbar. Saipuddin mengatakan bahawa kita kena menghormati akhbar kerana itu memang bidang kerja akhbar. Ada benarnya dengan kata-kata Saipuddin tersebut. Cuma bolehkah Saipuddin meminta Harakah untuk bersetuju dengan dasar dan polisi kerajaan dan menyokong dasar yang diamalkan kerajaan?
Rais menjelaskan bahawa pemilihan tema itu bukan dilakukan oleh beliau seorang diri tetapi ianya adalah keputusan JEMAAH MENTERI. Jadi, adakah Saipuddin tidak bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kemuncaknya adalah keputusan Perdana Menteri? Atau Saipuddin sekadar ingin menggambarkan bahawa beliau selayaknya duduk di kerusi Menteri penuh dan tidak sekadar Timbalan Menteri seperti sekarang?
Jika Saipuddin merasakan Rais harus tahu bagaimana menghormati akhbar, KITA MINTA SAIPUDDIN TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHORMATI KEPUTUSAN KABINET DI DALAM PERKARA INI. Kalau tidak tahu apa yang orang mensyuaratkan jangan pandai-pandai mengeluarkan pandangan yang nampak sangat celarunya.
Dulu Jebat pernah menulis artikel yang bertajuk BOLEH SESIAPA SURUH SAIPUDDIN TUTUP MULUT kali ini terpaksalah sekali lagi Jebat memohon perkara yang sama tetapi kali ini permintaan ini terus kepada Saipuddin sendiri ..BRO..JANGAN BUKA MULUT BOLEH?
Karya seorang kartunis tempatan hina malaysia. Jika diamati betul-betul, seolah-olah karya kartunis tempatan ini hina malaysia.
Berdasarkan sumber, beliau memang dikenali kerana yang sering menampilkan unsur kontroversi dalam karya beliau.
Gambar di atas ialah hasil kerja kartunis bernama zulkiflee anwar haque atau lebih dikenali sebagai zunar.
Kali ini beliau mendapat idea untuk menghasilkan kartun menghina bendera dan lagu kebangsaan malaysia. Dan hasilnya adalah seperti pada gambar tersebut.
Mungkin kerana beliau begitu pasti bendera malaysia diciplak dari bendera amerika syarikat dan lagu negaraku serta janji ditepati diciplak dari indonesia, maka beliau menghasilkan karya ini.
Jangan tanya aku kenapa beliau begitu berani menghasilkan sesuatu yang bersifat provokatif seperti ini.
Kemungkinan besar zunar berani menghasilkan sesuatu seperti ini kerana beliau merasakan artis seperti beliau mempunyai hak kebebasan dalam berkarya.
Malaysia Kini, sebuah portal pembangkang juga turut memuji karya ini.
Tak sudah-sudah si Nizar meroyan ni membuat kontroversi yang melibatkan maruah negara. Kalau dulu si Nizar pernah menghina Sultan Johor, derhaka pada Sultan Perak, kali ni Nizar Meroyan menghina Jalur Gemilang. Apakah erti semua ini? Sampai bila kita nak biar individu yang tidak menghormati negara berada didalam negara kita.
Kalau di Thailand, rasanya Nizar dah kena tangkap sebab menghina Sultan. Di China rasanya dah kena tembak sebab menghina bendera, Tapi di Malaysia kita masih berlemah lembut dan memberi muka pada manusia yang tak berapa nak waras ni. Sampai bila kami rakyat Malaysia mampu bertahan melihat manusia seperti Nizar ni wujud dimuka bumi Malaysia?
Mc mungkin mengunakan saluran blog untuk menghentamnya. Tapi rakyat Malaysia yang lain? Mereka akan menganggap kerajaan sekarang lemah kerana gagal mengambil tindakan terhadap Nizar, walaupun Nizar telah menyentuh dan mengusik beberapa perkara yang sensitif di Malaysia.
Kita ada undang-undang, kenapa kita tidak gunakannya?
Komen dari Ketua Pemuda UMNO mengenai hal Nizar meroyan..
McTheory: Teringin nak tampar muka Nizar.. kalau diberi peluang!
Sekarang ni, makin ramai golongan artis yang dah bertudung. Gambar-gambar kat atas ni adalah sebahagian dari golongan artis yang sudah bertranformasi imej ke arah yang lebih sopan, beradab dan lebih penting, menutup aurat...
Tapi, setahu aku dalam ramai-ramai artis yang bertudung ni, hanya 2 orang yang dah declare "memeluk agama PAS" iaitu Aishah dan Abby Abadi, dan seorang lagi terpengaruh dengan doktrin agen Yahudi Asia Tenggara iaitu, Dayangku Intan...
Alhamdulillah...pertamanya aku puji semua artis, termasuk Aishah, Abby dan Dayangku Intan. Sekurang-kurangnya mereka bertiga bertudung meskipun transformasi mereka sangat-sangatlah diragui kerana terlebih sudah ke arah politik...
Pada aku, aku lebih memuji golongan artis dan selebriti kita yang bertudung kerana Islam. Namun, aku harap, bukan saja bertudung, mereka juga perlu tahu mengenai kaifiyyah menutup aurat yang telah ditetapkan oleh Sunnah Wal Jamaah...
Dalamilah ilmu agama dari mereka yang ahli Islam dan bukannya mendalami "ilmu politik" yang menjual dan memperdagangkan Islam atas dasar kepalsuan serta nafsu gilakan kuasa...
Alhamdulillah...dari ramai-ramai artis, hanya 3 orang saja yang agak "tersesat" sedikit dari landasan Islam yang sebenar, manakala majoriti yang lain tidak berminat untuk berhijrah ke arah politik dan memberikan fokus terhadap Islam...
Misalnya, Farah Asyikin yang baru-baru ni menghadiri forum di Markaz PAS Taman Melewar. Tapi, Farah sedikit pun tidak goyah dan menjawab dengan yakin bahawa dia tidak memilih mana-mana parti politik (termasuk PAS), dan hanya memilih Islam sebagai cara hidupnya...
Itulah yang terbaik. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Rasanya, Farah sedar tentang hakikat itu dan mungkin ramai lagi artis kita yang berhijrah sependapat dengannya...
Islam atau tidak, bertaqwa atau tidak, ia sama sekali tidak terletak kepada PAS. Sama ada menyokong PAS atau tidak, ia tidak akan menjamin kita masuk syurga dan digolongkan di dalam golongan yang beriman...
"Inna akramakum 'aindAllahi Atqaakum.." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah taqwa yang ada pada mereka...
Jadi, apa yang diajar PAS bahawa menyertai PAS dapat pahala, undi PAS/PKR/DAP masuk syurga dan pelbagai dakyah lain yang terpesong adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Kalau nak tahu, sertai persatuan belia pun kalau kena dengan niat kerana ibadah, insyaAllah dapat pahala. Beri undi seumur hidup kepada PAS/PKR/DAP pun belum tentu masuk syurga kerana syurga itu bukan harta mak bapak mereka..
Aku fikir, majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan bukan Melayu akan setuju dengan pandangan aku ni. Bukan mahu meletakkan diri dipihak yang benar pun, tapi memang hakikatnya Islam begitu...kan? Heh!
Jadi, jangan dan tak payah la terpengaruh dengan "depa-depa" tu...heh! Kita sayang Islam dan UMNO/BN tidak sempurna, tapi kita lebih meluat kat PAS/PKR/DAP yang memang hampehhhh..!!! Heh!
Gunalah Khimat Jurulatih bertaraf dunia, kalau Pengurusan kacau bilau, banyak kepala dan 'Syiok' sendiri tak jadi juga.jangan nak membazir wang rakyat. Setiap kali kalah tukar pemain, tukar jurulatih… Tapi tiada perubahan.
Apa kata kali ni kita tukar semua dalam pengurusan bola sepak Kedah. Untuk seterusnya boleh layan video dibawah..
McTheory: Apa kata kita tukar kerajaan negeri, sahih lagi ok..
Video ni sebenarnya peringatan kepada para bloggers, facebookers dan pengiat media sosial yang lain. Jangan sampai jadi macam ni.. nak bertaubat pun tak sempat.. menyesal pun tak guna.
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan