Selasa, 10 Julai 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 09 Jul 2012 01:06 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSSS..!!! "PAMELA ANDERSON KATA TU GAMBAR NAMPAK NENEN YANG LAMA LAAAA...!!!

Posted: 09 Jul 2012 08:38 AM PDT


HANGAT! Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka, tersebar di internet.

HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si jejaka?

"Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti bersama rakan di Jakarta.

"Saya dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?" katanya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.

" Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi. Tapi untuk apa?" katanya.

Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:
"Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu," katanya.

Dengan penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan antagonis.

Dalam drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak menangis.

" Memang mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini,"katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan Ramadan kelak. - Mynewshub.my

AKTRESS BOLLYWOOD SIAR FOTO BOGEL UNTUK TATAPAN ANWAR..?!!!

Posted: 09 Jul 2012 07:09 AM PDT


Tu diaaaa...!!! Aktress bollywood pulak buat cerita panassss..!!! Setahu aku, Anwar Berahim cukup minat tengok cerita bollywood ni. Lagu hindustan pun dia hafal.

Dan aku rasa, Anwar kenal kot aktress gila yang sanggup berbogel untuk publisiti murahan macam ni...heh!

Aktres Bollywood Siar Foto Bogel

Bintang filem lucah yang menerjuni industri filem India, Sunny Leone menjadi tumpuan selepas menyiarkan gambar seksi di laman webnya.

Lebih mengejutkan pemerhati Bollywood, aktres keturunan Kanada dan India itu menyiarkan foto separuh bogel di laman Twitter. Ia bermula dengan tindakan seorang yang dikenali sebagai Melissa Makeup menyiarkan gambar panas Sunny dalam web rangkaian sosial itu.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Sunny dibasahi air tanpa memakai apa-apa tetapi menutup payu daranya.

Pelakon yang mula mendapat perhatian menerusi promosi filem 'Jism 2' itu kemudian menyiarkan beberapa gambar lain dalam laman Twitter untuk peminatnya.

Dalam tiga gambar lain itu, Sunny memakai pakaian dalam berwarna biru putih, bikini putih dan berseluar dalam dengan baju biru nipis.

Filem 'Jism 2' arahan Phooja Batt dilaporkan sebuah cerita erotik mengisahkan seorang pelakon lucah (Sunny) yang diupah pegawai perisikan untuk memerangkap seorang pembunuh.

Mengulas mengenai lakonannya dalam filem itu, Sunny berkata: "Ada banyak aspek diri saya yang sama seperti dipaparkan di skrin. Dia seorang yang mempunyai beberapa personaliti.

"Watak itu menjalani beberapa tahap perubahan seperti juga oleh setiap lelaki dan wanita ketika mereka berhubung dengan keluarga atau kekasih,"katanya. – Agensi

SANUSI MD NOR, CHEQUE HANG DAH LAMA SIAP KAT PTG, AWAT TAK PI AMBIK..???

Posted: 09 Jul 2012 05:37 AM PDT





Baru-baru ni aku ada lepak dengan geng-geng PTG dalam satu majlis. Rupanya, depa kenal sangat dengan Setiausaha Politik MB Kedah, Sanusi Md Noor...Ada cerita panassss..!!!


Depa kata, Sanusi ni dulu seorang Land Surveyor yang kerjanya ukur tanah dan menilai harga tanah untuk dijual. Dalam ertikata lain, selalunya lepas depa ukur, depa akan lobi tanah tu untuk dijual. Macam broker tanah la lebih kurang...

Geng-geng PTG ni kata, ada beberapa kes di Sik yang diuruskan oleh Sanusi. Tapi, tanah ni payah dikit sebab pemiliknya ada pakai IC merah dan payah nak jual. Nak tahu apa Sanusi buat? Jeng..jeng jeng jenggggg...!!! Heh!

Ada ke patut dia pegi tukar nama tanah tu letak nama dia? Heh! Dia pun serahkan pada di pejabat PTG dan diluluskan la tanah tu...dah ada buyers..

Depa kata, cheque pembayaran tanah tu dah lama siap atas nama Sanusi dan ada kat pejabat depa. Tapi, Sanusi tak berani pi ambil cheque tu sebab takut kantoi..!!! Maklum la..sekarang ni dia dah jadi Setpol MB. Kalau MB tahu, mampoih la dia kena taji dengan Azizan...heh!

Satu cabaran dan pertanyaan pada Sanusi...

Awat tak berani pi ambik cheque tu kat PTG..? Dah lama siap dah...nama hang tu bro...!!!

Kalau berani pi la ambikkkk..!!! Heh!

PANASSSS..!!! MAHFUZ BEAN SERANG TUN M DAN PETRONAS..!!!

Posted: 09 Jul 2012 04:32 AM PDT

MAHFUUUZ

Rasanya, sudah beratus-ratus kali saya menulis mengenai kebejatan dan kedangkalan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Dan kali ini saya tidak dapat menahan diri untuk menulis lagi mengenai Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah PAS ini.

Maafkan saya sekiranya menganggap Mahfuz begitu kerana sememangnya apa yang keluar dari mulutnya melambangkan tahap IQnya yang rendah.

Kali ini, Mahfuz mendesak agar Kerajaan menamatkan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Alasannya ialah Tun Dr. Mahathir gagal menjaga kepentingan Petronas untuk menjadikan GLC itu sebagai rakan niaga membekalkan petrol kepada pesawat baru MAS, Airbus A380.

Sebaliknya, Mahfuz cuba memberikan persepsi buruk kepada negarawan ulung itu bahawa beliau telah mengutamakan sebuah syarikat yang kononnya milik anaknya, Mokhzani, iaitu Petron untuk menjadi pembekal petrol bagi operasi pesawat-pesawat MAS itu.

Pertamanya, apakah Mahfuz begitu tolol untuk memikirkan bahawa mana-mana syarikat yang layak boleh menyertai tender terbuka untuk membekalkan petrol kepada MAS?

Dan tidakkan Mahfuz tahu bahawa dengan kedudukan kewangan MAS yang kini berada dihujung tanduk itu ia memerlukan rakan niaga yang strategik dan menjimatkan sebarang kos pengoperasian termasuk mengenai pembekalan petrol kepada pesawat-pesawat MAS?

Sudah tentu segala perjanjian yang melibatkan kos akan diteliti oleh pihak MAS supaya ia menepati dengan pelan penjimatan kos syarikat penerbangan itu dan jelaslah PETRON terpilih kerana ia dilihat praktikal dengan dasar penjimatan kos tersebut.

Misalnya, jika Petronas menawarkan RM2 seliter (bukan harga sebenar, sekadar contoh sahaja) kepada MAS dan Petron pula menawarkan RM1.50 seliter dengan kualiti petrol yang sama, sudah tentulah MAS akan memilih Petron!

Bukankah dengan memilih Petron maka syarikat penerbangan itu bakal menikmati penjimatan sebanyak RM0.50?

Mungkin Mahfuz melihat penjimatan RM0.50 itu agak sedikit, namun cuba didarabkan dengan penggunaan petrol yang mencecah jutaan ringgit sehari dan kira berapa banyak yang berjaya dijimatkan oleh MAS dengan memilih Petron berbanding Petronas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Petronas merupakan GLC yang membawa kepentingan kerajaan. Tapi, apakah hanya kerana semata-mata Petronas sebuah syarikat milik kerajaan maka ia perlu berkorban dan mencatat kerugian kerana membekalkan petrol kepada MAS?

Jika mengikut kata Mahfuz, silap-silap bukan saja Petronas saja yang akan rugi, tapi dengan MAS yang kini bermasalah juga akan terus lingkup. Itulah bezanya antara akal seorang pemikir ulung dengan akal seorang yang tidak lulus SRP!

Keduanya, apakah benar Mokhzani mempunyai kepentingan di dalam Petron? Mana bukti yang menyokong kata-kata Mahfuz itu? Ada dokumen yang membuktikan perkara tersebut?

Dan sekiranya benar sekali pun, apakah salah jika Mokhzani menjual petrol kepada MAS? Bukankah ia menunjukkan kejayaan seorang bumiputera di dalam dunia perniagaan? Kalau anak Tun M jual petrol di Malaysia, apakah dia tidak layak untuk menjualnya kepada MAS?

Sepatutnya, Mahfuz tak perlu cemburu kepada anak Tun M itu. Saya faham jika Mahfuz malu dan kecewa dengan anaknya yang dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Memang berbeza dunia perniagaan antara anak Tun M dan anak Mahfuz.

Mahfuz sebenarnya patut mendidik anaknya untuk berjaya seperti anak Tun M. Anak Tun M berjaya menjual petrol dan patutnya Mahfuz mendidik anaknya supaya berniaga sesuatu yang menguntungkan seperti Mokhzani. Jangan suruh anaknya jual dadah, sudahlah…kan?

Sumber: Mykmu.net

TERKINI..!!! PAS DAN PKR AKAN DILONDEH MALAM NI DI KEDAH..!!!!!

Posted: 09 Jul 2012 03:05 AM PDT


Siapa nak dengar orang PAS londehkan pekung dan panau di dalam PAS? Dan siapa nak dengar orang PKR dedahkan skandal PKR? Heh! Malam ni memang ada operasi melondehhhh Pakatan Haram..!!!

Bertempat di Taman Sg Lalang 2 di Sungai Petani, Ustaz Hassan Basri dan ADUN Lunas YB Radzi akan menggemparkan rakyat Kedah dengan cerita-cerita ekslusif mereka di sana tepat pada jam 9 malam..!!!

Pada sesiapa yang nak teringin nak kenal siapa PAS dan siapa PKR dari luar dan dalam, sila hadir ke majlis ceramah tersebut..!!! Hahahahaaaaa..!!! Takbir..!!! Allahu Akbar..!!!

P/s: Ayoh Chik Hadi Awang kata, boleh londeh keaiban sekiranya melibatkan pemimpin yang akan memimpin umat Islam...heh! Kan dah kena sebijikkkk..!!!

GEMPARRR DARI KEDAH..!!! ANAK YATIM DICABUL LEBAI PAS..???!!!

Posted: 09 Jul 2012 01:39 AM PDT


Agak panas cerita ni di kalangan ruang maya internet di Kedah. Khabarnya, sampai ada yang kena warning dengan Majlis Daerah berkenaan pendedahan kes cabul nihhh...

Menurut salah seorang rakan aku dalam skuad Team Media Kedah, anak yatim ni dicabul oleh warden rumah anak yatim tu. Dua laporan polis dah dibuat terhadap warden yang sama dan atas tuduhan yang sama...CABUL.

Khabarnya, bukan dua orang tu saja yang jadi mangsa, ramai lagi dah kena cabul oleh warden tu. Tapi ye la kan...sapa la yang peduli tentang anak-anak yatim tu.

Rumah anak yatim tu hanya dapat peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi semua pengurusan rumah anak yatim tu dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah tu...

Masa laporan polis tu dibuat, banyak media datang cover. Bebudak tu cerita, bukan saja depa dicabul, malah para petugas di rumah anak yatim tu "seleweng" duit peruntukan yang depa dapat...

Khabarnya, rumah anak yatik tu dapat banyak sumbangan dari dermawan. Tapi depa tak merasa sumbangan tu. Khabarnya, penjaga depa makan sedap-sedap, tapi depa makan ala kadar saja. Umpamanya, kalau depa makan lauk ikan, warden tu makan lauk ayam! Warden tu siap bawak family makan sekali tu bebbbb...! Betul ke?

Apa pun, aku harap polis siasat la kes ni betul-betul. Apatah lagi perkara ni melibatkan anak yatim. Kalau tak dapat dibuktikan di dunia pun, dah tentu perkara ni takkan lepas di akhirat nanti..kan?

Paling aku tak tahan tu...member aku Aktivis UMNO Pekan Naka tu kena ugut wooo!!! Ada sorang tu contact dia ugut macam-macam. Heh! Bro...member aku tu just laporkan apa yang diceritakan anak-anak yatim tu kat dia. Dia cuma sampaikan saja...salah ke?

Kalau nak cakap pasal bab kes polis, abih tu yang kes polis sampai masuk dalam mahkamah pun dilaporkan oleh media...apasal tak saman media tu? Lagipun, member aku tu tak tuduh sesapa pun...dia hanya laporkan saja....yang nak ugut memacam tu apahal? 

Atau yang mengugut tu dapat tekanan dari Ahli Majlis? Ahli Majlis PAS, kan? Pasal aku dapat tahu para petugas dan warden kat situ memang penyokong PAS, kan? Nak lindung orang PAS, kan? Heh! Cakap je la terus terang wehhhhh..!!!

PANASSS..!!! MARAH PADA SOI LEK, TAPI TAK MARAH PADA ANWAR DAN NIK AMAR YANG TOLAK HUDUD..!!!

Posted: 09 Jul 2012 12:05 AM PDT

tutup mulut

Pada 8 November tahun lalu, "dewa" Pakatan Haram, Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di sebuah dewan persatuan Cina di Subang Jaya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud tiada tempat di dalam dasar Pakatan Haram.

Kemudian pada 9 November pada tahun lalu juga, pemimpin PAS yang merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang menjadi kesayangan Nik Aziz iaitu Nik Amar menjelaskan di hadapan rakyat dan para penyokong PAS bahawa hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Dan baru-baru ini para pemimpin PAS juga menghentam Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bersuara mengenai isu hal yang sama – Hudud.

Ya, memang benar Soi Lek wajar dihentam kerana mempertikaikan tentang soal hukum yang datangnya dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam di dunia. Mungkin memang wajar dia dikritik oleh PAS.

Tapi, kita perlu tahu bahawa Soi Lek adalah seorang kafir yang tidak tahu tentang hukum-hakam di dalam agama Islam.

Dan saya yakin bahawa sekiranya dia diberikan penjelasan tentang hudud sebenar, rasanya dia sendiri akan faham akan kedudukan undang-undang Islam tersebut dan tidak lagi menimbulkan sebarang kenyataan mengenainya.

Namun yang hairannya, mengapa tiada sesiapa pun yang menghentam Anwar dan Nik Amar mengenai kenyataan mereka berdua yang jelas mengaku beragama Islam dan berTuhankan pada Allah yang menurunkan hudud?

Pada Novemver tahun lalu, Anwar dan Nik Amar mengeluarkan kenyataan yang sama sekali menegaskan bahawa Pakatan Haram menolak perlaksanaan hudud di negara ini.

Bukankah ia begitu jelas juga membuktikan bahawa pemimpin Islam yang bergelar "Pak Syiekh" dan seorang lagi merupakan "anak didik Tok Guru" menolak perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Mungkin boleh dimaafkan sekiranya kedua pemimpin itu tidak beragama Islam dan sama status kejahilannya seperti Soi Lek. Tapi mereka berdua mengaku beragama Islam dan mereka menolak hukum-hakam yang diturunkan Allah?

Mana suara para penyokong dan pemimpin PAS lain ketika itu?

Mengapa mereka tidak menghentam Anwar dan Nik Amar?

Mengapa hanya berani menghentam kafir yang tidak mengerti dan tidak berani menghentam seorang "Pak Syiekh" dan "anak didik Tok Guru"?

Mengapa perlu ada "double standard" dalam hal ini?

Nampak sangat isu hudud merupakan sebuah isu agama yang sengaja dipolitikkan oleh puak-puak PAS. Kononnya mereka memperjuangkan hudud, padahal bila Anwar dan Nik Amar menolak hudud, mereka membisu tanpa bahasa.

Apakah ini boleh dikatakan perjuangan sebenar? Atau ini boleh ditafsirkan sebagai perjuangan berpilih?

Tidak hairanlah jika para penyokong PAS memang terkenal dengan ungkapan ala-ala Arab "wal halaaaalllu ku…wal haraaaamu mu" yang membawa maksud segala yang dilakukan atau diperkatakan PAS adalah halal manakala haram segala haram bagi BN?

Bila ramai yang memperkatakan bahawa prinsip perjuangan Islam PAS begitu mudah dibeli dan dimanipulasi oleh para pemimpin politiknya, maka para penyokongnya akan marah.

Bila ramai yang mempertikaikan tindakan PAS yang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka, maka penyokong tegar mereka yang mengamuk dan menyalahkan tanggapan tersebut.

Tapi di dalam isu ini, maka jelas sekali PAS bersikap "double standard" dan apakah para penyokong PAS tidak malu untuk membenarkan kebenaran yang "melondeh" kepalsuan mereka? Tak perlu dijawab dan jawablah di dalam hati yang paling dalam. Asalkan jangan munafik menipu hati, sudah!

Sumber: Mykmu.net

PERGGGHH..!!! BETUL PUNYA MARAH KAT CELCOM NIHHH...CELCOM CEKIK DARAH..??!!!

Posted: 08 Jul 2012 09:09 PM PDT


Perrrrgghhh..!!! Betul punya marah ni, broooo..!!! Silap-silap dengan pak-pak menteri pun dia suruh letak jawatan. Semuanya gara-gara CELCOM! Heh!

Mujur aku tak pakai Celcom...muahahahahahahaaaa...

Tapi rasanya kalau aku yang kena macam ni, dah tentu aku bankrap! Dah la broadband aku pun selalu sangkut bayar...siap kena block! Kalau aku kena bayar RM28 lagi tiap-tiap bulan, dah tentu takde internet la akuuuu....

Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke Kat Negara Ni?

Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;

Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.

Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.

Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.

Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call  adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.

Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?

Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.

Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.

Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.

Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.

Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…"eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la".

Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.

Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.
Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?

Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.

Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.

Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.

Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms " Minat".

Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.

Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.

Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.

Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.

Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?

Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.

Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan. - Mynewshub.my

PANASSSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN SAYANG JAMIL LEBIH DARI RAKYATNYA YANG DERITA...

Posted: 08 Jul 2012 07:35 PM PDT


Azizan Razak memang "hebat". Meskipun tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang genting bermasalah, dia masih lagi boleh berdiri "hebat" dan selamba menipu rakyat sekaligus menyembunyikan rahsia yang bukan lagi rahsia.

Sedang seluruh kakitangan KUIN berada di dalam kesulitan yang mengganggu dan menjejaskan kehidupan mereka, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah universiti di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah itu masih boleh memandang remeh permasalahan mereka.

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," itu kata Azizan mengenai rintihan kakitangan KUIN yang menjadi sebahagian dari rakyat Kedah.

Sebetulnya, saya berada di perkarangan KUIN ketika demonstrasi diadakan di depan pejabat Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman. Saya pada mulanya berada di Alor Setar atas urusan rasmi sebelum diajak ke universiti itu apabila mendapat maklumat mengenainya.

Pada asalnya, kakitangan KUIN dijadualkan berdemonstrasi secara aman di situ pada jam 12.30 tengahari. Namun memandangkan hujan lebat yang turun tengahari itu, ia terpaksa ditunda kira-kira sejam kemudian.
Ketika hujan sudah reda dan renyai, maka hampir 200 kakitangan KUIN berhimpun di depan pejabat Jamil. Ketuanya, Ustaz Mohammad Azki. Ustaz Azki memulakan himpunan dengan laungan "Hidup! Hidup kebenaran! Hancur! Hancur! Hancur kezaliman!" dan kemudiannya diikuti dengan "takbirrr.!".

Gaya dan laungannya benar-benar seperti himpunan Bershit dan himpunan "katak hijau melompat ke jamban Putrajaya". Saya terdetik dihati, kemungkinan besar ustaz ini adalah "orang PAS"!

Ditengah kebasahan itu, Ustaz Azki membakar semangat kakitangan KUIN. Kemudian, pembesar suara diserahkan kepada seorang Ustazah yang merupakan salah seorang pensyarah di universiti itu.

Mereka mendedahkan bahawa dana kewangan KUIN sedang meruncing! Penubuhan anak-anak syarikat KUIN telah menyedut begitu banyak wang KUIN sehingga kedudukan kewangannya terjejas teruk. Mereka punya bukti untuk mendakwa sedemikian.

Akibat dari salahguna kuasa dan salah tadbir oleh Rektor dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarahnya, mereka membongkar mengenai permasalahan KUIN satu persatu sehingga menyebabkan universiti kebanggaan rakyat Kedah itu menghadapi krisis kewangan yang teruk.

Mereka mendakwa bahawa KUIN tidak menjelaskan pembayaran zakat mereka kepada Lembaga Zakat sejak bulan Mac dan tidak membuat bayaran kepada bank berhubung pinjaman sewabeli rumah dan kenderaan mereka.

Menurut mereka, gaji mereka sepatutnya dipotong oleh KUIN setiap bulan bagi menjelaskan bayaran zakat kepada Lembaga Zakat,  sewabeli perumahan dan kenderaan kepada bank. Ini adalah kerana mereka membuat pembayaran-pembayaran tersebut melalui sistem potongan gaji.

Tapi sebenarnya KUIN tidak pun membuat bayaran tersebut dan kali terakhir pembayaran dibuat kepada Lembaga Zakat dan bank adalah pada bulan Februari, sedangkan gaji mereka terus menerus dipotong sehingga Jun!

Rentetan kegagalan KUIN menjelaskan bayaran tersebut, ramai dari kalangan kakitangannya yang menerima panggilan dari bank meminta mereka menjelaskan hutang tertunggak, malah lebih teruk ada kenderaan yang telah ditarik dan ada pula yang sudah meneriman surat saman dari bank!

Berdasarkan fakta, 6 orang kakitangan KUIN telah bertemu Azizan pada jam 8.50 malam pada 14 Mei lalu di kediamannya di Jalan Sultanah untuk menceritakan masalah KUIN dan rintihan hati mereka yang dizalimi pihak pengurusan tertinggi universiti itu.

Malah mereka juga pernah menyerahkan memorandum kepada Azizan melalui Exco Kerajaan Negeri, Taulan Rasul, pada 19 Jun. Kakitangan KUIN telah berusaha untuk bersemuka dan meminta penjelasan dari Rektornya bermula awal Mei dan sehingga kini Jamil masih "lari" enggan bersemuka.

Memandangkan tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan mereka, kakitangan KUIN terpaksa mengadu pada pihak polis. Laporan polis telah dibuat mengenai kezaliman dan penipuan KUIN tersebut.

Jadi, apa kena mengenanya isu KUIN dengan pilihanraya umum?

Sebetulnya, kakitangan KUIN boleh mengadu kepada biro aduan UMNO Kedah sekiranya mahu mempolitikkan isu ini. Namun mereka tidak memilih untuk berbuat demikian. Lagipun, kakitangan KUIN itu dikatakan rata-ratanya penyokong kuat PAS!

Sampai hati Azizan buat begini pada penyokong sendiri. Penat-penat mereka memberi undi untuk PAS pada PRU ke-12 dulu. Tapi inikah balasan Azizan kepada undi-undi mereka? Inikah contoh "Kedah Sejahtera" yang dilaung-laungkan Azizan selama ini?

Tahulah Jamil itu adalah rakan karibnya ketika sama-sama menjadi pensyarah dulu. Tapi, kalau Jamil tak reti mentadbir dan merosakkan KUIN, takkanlah mahu dibiarkan terus? Krisis kewangan KUIN tidak menjejaskan Jamil, tapi kakitangan KUIN yang menjadi mangsa.

Pertimbangkanlah Ustaz…ini semua untuk rakyat Kedah, kan? Fikir-fikirkanlah. Lagipun PRU pun sudah hampir. Takkanlah Ustaz nak hilang undi kerana Jamil? Atau Ustaz Azizan memang lebih sayangkan Jamil berbanding kehidupan 200 kakitangan KUIN?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...TEKA SIAPAKAH GERANGAN LELAKI INI...?

Posted: 08 Jul 2012 06:08 PM PDT


Hangpa kenal tak sapa nihhh..? Heh!

Kalau hangpa tak kenal memang menipu la tuuu...

Rasanya aku, ni la "Raja Mendeliar" moden...!!! Heh!

Suka pakai "bow tie", rambut kaler merah dan termakan budi kontrak ratusan juta dari Anwar! Heh!

Sapa ek? Rumah dia ada tasik besar wooooo...!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Jul 2012 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KMS1M P.Pinang VS Konvenysen PKR Bayan Baru ..

Posted: 09 Jul 2012 05:44 AM PDT



GPB ucap tahniah kepada Dr MIM dan Sektretariat Maya 1Malaysia yang berjaya menganjurkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia P.Pinang kelmarin dengan jayanya dan menarik kehadiran 300 pengamal media sosial negeri ini .  Sambutan diberikan rakyat negeri ini pelbagai bangsa  memang sempoi .

Konvenysen ini   dirasmikan oleh  Dato Zainal Abidin Osman , Pengerusi BPUNPP  dan upacara penutupnya pulak disempurnakan KP BN P.Pinang , Sdr Oh Tong Keong .  Syabas Dr MIM  dan pasukannya  di atas penganjuran ini yang berjaya memberi manfaat kepada BN P.Pinang .







GPB tak sangka juga pada hari berkenaan ada juga konvensyen PKR di Bayan Baru yang mana yang hadir seramai 200 orang sahaja .  Itu pun yang mai adalah bakal PM PAKATAN iaitu Anwar Ibrahim ...Mungkin orang dah jemu kot dengar janji bulan dan bintangnya untuk rakyat negeri ini ..haha




nak penuh kerusi  ..panggil puak ketayap PAS mesti ok ..haha


PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.
 Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.

Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.

"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.


IPOHMALAY

Posted: 09 Jul 2012 09:05 AM PDT

IPOHMALAY


Petikan debat LGE - CSL

Posted: 08 Jul 2012 07:54 PM PDT



PETALING JAYA: Debat kedua di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya malam tadi.

Debat dimulakan dengan ucapan pembukaan Lim.

Lim: "MCA tidak layak untuk bercakap mengenai politik di sini kerana bukan MCA yang membuat keputusan tetapi Umno.

"MCA hanya bercakap untuk orang Cina dan mereka yang berasal dari Semanjung Malaysia - bukan Sabah atau Sarawak.

"Ia berbeza dengan DAP, di mana kami mewakili rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.

"Kami adalah rakyat Malaysia. Lihat saja skandal NFC," katanya.

"Siapa yang dapat? Kroni-kroni. Mereka yang rugi adalah rakyat Malaysia.

"Untuk tempoh 50 tahun lalu, dikuasai oleh bangsa dan agama. Untuk 50 tahun akan datang, biarlah kita dikuasai dengan tugas kesejahteraan ekonomi.

"BN tidak pernah bercakap benar kepada rakyat. Biar Pakatan Rakyat bercakap benar dengan anda.

"DAP percaya kerajaan yang telus sentiasa mentadbir dengan baik berbanding kerajaan korup.

"Jika Pulau Pinang berani memeriksa semula aset Ketua Menteri, mengapa Perdana Menteri takut mendedahkan asetnya dan menteri-menteri berkaitan," katanya.

Dr Chua: Sebentar tadi, YAB bertanya mengapa PM tidak mahu berdebat dengan Anwar. Saya ingin katakan di sini, ia tidak berlaku kerana beliau adalah Perdana Menteri.

"Dari 2008 hingga 2011, kemudahan menjalankan perniagaan berbanding pada 2003 hingga 2008. Negara FDI kelima paling digemari di Asia.

"Mereka tidak pernah menabur janji-janji kosong seperti Pakatan Rakyat. Janji sentiasa ditepati. Tiga tahun kebelakangan ini, rakyat mendapat apa yang dijanjikan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

"Anwar penuh retorik, tidak spesifik, penyampaian yang pendek. Beliau perlu meyakinkan kami untuk menterjemahkan retorik ini kepada apa yang kita panggil sebagai penyampaian.

"MCA sentiasa terlibat dengan pembangunan negara sejak awal. Kami merupakan orang yang terlibat dalam perjuangan menentang pemberontakan komunis, penempatan semula orang Cina di perkampungan baru, perjuangan menuntut kemerdekaan, hak kerakyatan selepas merdeka. Oleh sebab itu, individu seperti LGE adalah rakyat di negara ini.

"Kami berkembang, menyokong integrasi bukannya asimilasi. Oleh itu, LGE tidak dipanggil Sukarno Lim.

"Ini semua adalah sejarah. Segalanya adalah sebahagian daripada pembangunan negara. DAP tiada peranan untuk dimainkan.

"Apa yang telah Pakatan Rakyat lakukan kepada kita? Tiada tujuan jelas.

"Lihat kepada empat negeri di bawah Pakatan Rakyat, 95 janji adalah janji-janji kosong.

"Setiap hari bercakap kepada dunia anda memberi beratus dolar kepada golongan tua.

"Dua ratus kepada bayi baru lahir dan mereka mesti menjadi pengundi. Kami memberi 200 kepada bayi yang baru lahir.

"Kerajaan negeri memberi 100, 200 adalah polisi populis. Tidak menangani masalah asas negara.

"DAP hanya mempunyai satu perkara untuk ditunjukkan. Mereka mengutip wang yang banyak daripada rakyat. Walaupun menuntut kebertanggungjawaban, ketelusan - tiada apa-apa yang ditunjukkan. Ketelusan, kebertanggungjawaban, di manakah ia? Ke mana wang yang mereka kutip pergi?

"DAP adalah penyamaran untuk parti cauvinis Cina."

Soalan: Tuan Presiden menyatakan beberapa pencapaian utama MCA, sumbangan kepada pembangunan negara. Ya pada hari ini, kebanyakan pengundi di kawasan bandar menyedari MCA masih belum melakukan sesuatu secukupnya.

Tanggapan bahawa kebanyakan pengundi di bandar tidak menyokong MCA. Apa yang akan anda lakukan untuk mendapat lebih banyak sokongan terhadap MCA.

Dr Chua: Kami menerima kenyataan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan BN mengamalkan polisi kesamarataan. DAP sentiasa memberitahu masyarakat Cina bahawa mereka dipinggirkan. Kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Cina masih rendah berbanding tiga kaum utama yang lain. Mendapat pekerjaan antara yang tertinggi. Pemilikan hartanah terbesar. Tidak boleh menafikan proses pelaksanaan bahawa ada individu yang mendapat lebih banyak manfaat daripada orang lain.

"DAP cuba menggambarkan ia sebuah parti berbilang kaum tetapi hanya berani bertanding di kawasan Cina.

"Kenapa tidak bertanding di kawasan yang mempunyai penduduk berbilang kaum? Kami adalah sebuah parti mono etnik tetapi sasaran kami jelas.

"Di negara ini, kita perlu mengimbangkan keperluan dan sensitiviti semua negara. Tiada mana-mana bangsa akan berasa gembira.

"Dalam cara yang sama, kita kadang kala berasa memberikan banyak manfaat kepada bumiputera tetapi ada segelintir bumiputera tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Soalan: Kebanyakan rakyat masih melihat DAP sebagai partiberasaskan kaum Cina. Adakah anda parti Cina atau parti berbilang kaum, bagaimana anda akan cuba mendapat lebih banyak sokong di kalangan bangsa lain jika anda parti berbilang kaum.

Lim: Sejak awal lagi kami adalah parti berbilang kaum. Pengerusi kami dari kaum India, kami ada Ahli Parlimen India, Melayu dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada masa lalu. Kami bersikap adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak semua masyarakat Cina boleh memohon taraf penduduk tetap di Australia.

Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.

Pada masa sama, kami mahu melihat keadilan dan mahu bangsa Melayu turut dibantu.

Mengapa masyarakat Cina yang miskin tidak mendapat biasiswa manakala kaum bumiputera yang kaya mendapat manfaat itu?

Jangan bercakap mengenai DAP membina sebuah tadika. Kami adalah sebuah parti politik yang menentukan masa depan Malaysia.

Kolej TAR adalah contoh jelas kegagalan MCA. Mengapa ia ditubuhkan? Kerana polisi kuota yang tidak adil dimana pelajar layak tidak boleh melanjutkan pengajian ke universiti. Oleh itu anda menubuhkan Kolej TAR.

Jangan kata kami belum membina perumahan kos rendah. Ia sudah dibina. Jangan menipu.

Soalan: Adakah MCA takut dengan Umno, oleh itu mereka tidak berani mempersoalkan dakwaan rasuah? Adakah wujud hubungan sama rata di dalam BN?

Dr Chua: Saya membantah soalan bahawa MCA takut dengan Umno. Soalan itu tidak adil. Saya sentiasa katakan - jika kabinet negeri, exco kerajaan negeri dan kabinet persekutuan, kesemua perbincangan dirakam. Kerajaan perlu mendedahkan pita rakaman itu dan kemudian mereka memahami peranan MCA dalam negara berbilang kaum ini.

Mengapa DAP berdiam diri mengenai dakwaan pemilikan akaun Anwar bernilai RM3 bilion?

Ini adalah parti bersama, biar saya beritahu anda Pakatan Rakyat mendakwa perjuangan mereka sama tetapi sehingga hari ini PAS tidak pernah menyokong Anwar sebagai perdana menteri secara terbuka.

Anda gagal mencapai persetujuan bersama dalam satu parti yang sama.

Soalan: Bagaimana dengan isu sekolah persendirian Cina?

Dr Chua: Saya harap DAP lebih spesifik. Kenapa ia tidak ditulis dengan jelas dan kenapa mereka mahu membina lebih banyak sekolah persendirian Cina? Sekolah persendirian? Yang dikenali sebagai UEC?

Saya ingin bertanya secara terbuka kepada Anwar, adakah anda akan membina lebih banyak sekolah Cina? Sekolah persendirian? Kerana jika ia adalah hanya cadangan daripada DAP, saya tidak akan percaya. Kenapa? Kerana DAP akan berkata ia bukan kerangka polisi dan dipersetujui bersama.

Lim: Kami tidak seperti pemimpin MCA yang masuk penjara kerana menipu wang rakyat.

Apabila kita bercakap mengenai pembinaan sekolah, nilai tindakan yang telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Kami telah memberi tanah, bantuan kewangan setiap tahun.

Jika PR boleh memberinya kepada semua sekolah ini termasuk sekolah persendirian India dan Cina setiap tahun, kenapa BN tidak boleh berbuat demikian? Jangan persoalkan kenapa kita benarkan sekolah persendirian Cina dibuka. Apabila anda bercakap tentang Anwar sekiranya PR menang dan mendapat mandat untuk memerintah beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Soalan: Apa dasar pendikan kebangsaan yang perlu diterapkan untuk melahirkan warganegara yang berdaya saing?

Lim: Kita tidak boleh menfaikan fakta bahawa bakat yang dimiliki oleh manusia adalah penentu masa depan negara. Ia bukan persoalan untuk membina bakat atau kemahiran manusia tapi ia adalah persoalan bagaimana untuk mengekalkan kemahiran atau bakat mereka. Sejak merdeka, kira-kira 2 juta rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara kerana mereka melihat tiada masa depan bagi mereka di negara ini.

Mereka lihat tiada kebebasan, integiriti atau keadilan. Sebab itu kita memperjuangkan kebebasan, demokrasi, integriti dan keadilan. Untuk memerangi rasuah bukan sukar, ia terpulang sama ada anda mempunyai kekuatan politik atau tidak.

Tiada undang-undang (untuk memerangi rasuah) di Pulau Pinang namun kita berjaya mencegah rasuah di Pulau Pinang, saya bangga untuk mengatakannya.

Sekiranya kita berjaya mendapat mandat untuk memerintah Malaysia, kita akan laksanakan perkara yang saya di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai orang sangat takut.

Dr Chua: Apabila rakyat mempunyai pelajaran atau mempunyai bakat, mereka akan mempunyai kebebasan ekonomi, mobiliti sosial. Hampir semua negara membangun mempunyai masalah pembangunan sumber manusia.

Ini bukan justifikasi. Apabila saya cakap saya telah melatih 200,00 orang berbakat, Ketua Menteri Pulau Pinang kata ia perkara yang memalukan.

Lihat polisi meritokrasi, jumlah rakyat bukan-Melayi telah meningkat. Tahun lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaikkan kuota penerima biasiswa bagi semua kaum, 20 peratus adalah bagi golongan yang benar-benar memerlukan, tidak berkemampuan di Sabah dan Sarawak.

Talent Corp adalah satu contoh yang sangat baik melihatnya. Apabila kita melatih pelatih mereka kata ia satu perkara yang memalukan. Sekiranya kita tidak mampu berbuat demikian, mengaku sahaja la. Tidak ada negara akan mampu menyediakan sistem pendidikan yang dimahukan oleh setiap warganegara. -mstar

Tiada ulasan:

Pengikut