Jamuan Makan Malam sempena ceramah umum di Star City Convention Center, Kota Kinabalu.
Sambutan Rakyat Sabah ke atas Najib Tun Razak cukup menggegarkan Anwar dan PR.
Sekembalinya Anwar Ibrahim melawat Sabah yang terakhir June lepas, dia telah mula memasukkan agenda persepsi di Tanah Semenanjung dengan mengatakan "Sabah akan mengalami kejutan politik". Baru lawatan setengah hari ke Sabah sudah membuat kesimpulan bahawa kejutan akan berlaku. Aneh dan ajaib sungguh kepakaran Anwar mencipta "political perception".
Dalam lawatannya ke Sabah itu, dia gagal hadir ke Perayaan Pesta Kaamatan di Kg Kondis, Kota Belud. Banjir melanda Kota Belud sempena jadual Anwar ke Kota Belud. Kapal terbang yang ditumpanginya juga gagal mendarat di Kota Kinabalu International Airport mengikut jadual kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Di Star City Convention Centre, Kota Kinabalu, dia berjanji bahawa dia akan menemui "rakyat Kota Belud dalam masa yang singkat". Namun masa yang sengkat itu tidak kelihatan sehingga kini. Berapa sengkatkah sengkat Anwar?
Sempena lawatan Anwar ke Sabah itu, dia kononnya akan menyambut penyertaan beberapa pemimpin veteran UMNO dan BN yang kononnya akan menyertai PKR. Antara nama-nama yang disebut ialah DS Janang Gayuh Haji Lajim Haji Okin, Dt. Wilfred Bumburing, Dt. Yahya Lampong, Dt. Uso Sukam, Dt Amir Kahar Tun Mustapha, Dt Ibrahim Menudin dan seorang pemimpin kanan UPKO Maijol Mahap.
Besar sungguh misi Anwar ke Sabah masa itu. Namun semuanya mengalami kegagalan. nama-nama yang disebut-sebut akan menyertai PKR tidak mengesahkan penyertaan mereka atas sebab yang mereka sendiri sahaja yang tahu.
Sebelum kedatangan Anwar, konon bumi dibawah bayu akan digegarkan Anwar. Namun sebaliknya berlaku. Kehadiran di Star City Convention Centre hanya diramaikan oleh ahli-ahli dan keluarga pemimpin dan ahli SAPP. Tiada siapa yang terkejut di bumi ini. hanya sebilangan yang melihat perlakuan Anwar yang aneh kerana sekejap-sekejap menoleh jam tangannya (Omega?) seolah-olah tidak sabar untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pastinya dengan membawa sejuta tandatanya mengenai politik Sabah.
Tiada gegaran berlaku di Sabah semasa kunjungan Anwar. Mungkin dia yang bergegar kerana sambutan orang ramai, rakyat Sabah, jauh dari apa yang Anwar dan pemimpin PKR tempatan harapkan.
Manakala Sambutan ke atas kunjungan DS Najib ke Sabah, khasnya ke Daerah Keningau sebuah Daerah di Pedalaman cukup menggegarkan Pakatan Rakyat di Sabah dan membuat Anwar tidak lena tidur. perbezaan sambutan ke atas dua pemimpin politik ini cukup memberikan kita keyakinan tentang siapa sebenarnya yang membuat kejutan.
Begitupun, Anwar terus merekayasa cerita bagi menawan hati rakyat di Semenanjung bahawa "Sabah akan membuat kejutan politik". Jika rakyat Sabah mengulangi rekod PKR yang mendapat kosong kerusi DUN dan MP pada PRU12, bukanlah satu kejutan bagi rakyat Sabah jika sejarah PKR itu berulang pada PRU13 nanti.
Ribuan ahli-ahli PKR dan pemimpin-pemimpin kanan PKR Sabah meninggalkan PKR dengan menyertai STAR yang dipimpin Dt Dr. Jeffrey Kitingan. Puluhan cawangan-cawangan atau cabang-cabang PRK di merata pelusuk Negeri Sabah khasnya di Daerah pedalaman dibubarkan dan menyembah bumi. Patah cabangnya dan rantingnya dan tidak tumbuh lagi. Tiada liputan berita mengenai peristiwa sedih PKR ini tetapi hakikatnya telah berlaku.
Itukah andaian Anwar sebagai justifikasi bahawa Sabah akan melakukan kejutan politik? Berapa kali Anwar dan pemimpin Pusat PKR berkunjung ke Sabah meninjau bahagian-bahagian, cabang-cabang dan pejabat operasi mereka?
Dari memekikkan 'kejutan politik di Sabah" di tanah Semenanjung sebagai persepsi politik, sebaiknya Anwar harus lebih kerap datang atau menghantar wakil Parti untuk membantu dan menghidupkan Bahagian-bahagian dan cabang-cabang di Sabah. Keaddan mereka amat memilukan. Tindakan demikian lebih justified bahawa mereka tidak dianak tirikan tetapi dijadikan rakan dalam mengharungi badai PRU13 di Sabah. Mungkin Rakyat Malaysia di Semenanjung TIDAK juga akan terkejut jika Anwar bersara sebelum PRU13.
Ramuan politik Datuk Dr. Jefrey Kitingan yang diadunnya sebagai pengkaji dan pemikir politik sejak dahulu tidak menemukan formula terbaik bagi menumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Campur tolak perkiraannya mengenai parti-parti di Sabah menyebabkan dia sering melompat dari kolam ke kolam parti politik. Akhirnya dia menemukan satu formula bahawa "menjadi katak politik" itu tetap mulia asalkan ideologi politik tetap tidak berubah.
Ideologi politik TIDAK berubah? Sekejap ditebangnya PKR dan DS Anwar sebagi pemimpin Kuala Lumpur yang hanya memperalat Sabahan untuk matlamat politinya. Sekejap dia agungkan Anwar sebagai "pahlawan agung" dengan menghadiakannya "pedang pusaka Dr J". Kini Dr. J pula menentang PKR dan PR melalui STAR. Itupun sekejap-sekejap menyokong idea PR. Kadang Dr J mampu duduk semeja dengan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain tetapi masing-masing menyembunyikan pisau belati dai pinggang.
Ke mana distinasi Dr. J membawa KDM?. TS Pairin Kitingan, Presiden PBS, Tiombalan Ketua Menteri Sabah dan abang Dr.J sendiri mengambil pendirian "if you can not depeat them join them. Kerana itulah PBS kembali ke pangkuan BN. Pairin dan pemimpin KDN dari UPKO dan PNRS lebih memilih pendekatan "sharing is caring". Mereka berbeza pendekatan dengan pendekatan Dr.J yang extreme dengan perkara 20 dan hak-hak Sabahan.
Keberhasilan Dr. J setakat ini ialah mengajar Anwar dan PKR. Setelah membakar jambatan dengan PKR, Dr. J telah membawa semua penyokong-penyokongnya dari PKR ke STAR. Ribuan mereka meninggalkan PKR walaupun statistik yang tepat dan sahih tidak dikeluarkan. Nyata dan jelas PKR Sabah mengalami perpecahan yang besar berbanding mana-mana perpecahan PKR di Semenanjung Malaysia.
Apa andaian Anwar bahawa "politik Sabah akan membuat kejutan"?. One to one fight atau gagasan 1215 yang diterajui oleh Demokratic Sabahn hanya akan menjadi angan kosong. Masing-masing memilih jalan menonjolkan agenda peribadi.
Dr. J harus melihat bahawa "no man is an island". Wise men don't fight a losing battle. DAP menuduh STAR hanya memenagkan BN di Sabah. Dr, J pulang mengatakan "menyokong BN hanya membuang masa". SAPP mengajak PR dalam sepasukan tetapi menyimpan muslihat demi kepentingan politik SAPPnya. Apakah erti gagasan 1215 dalam kontek ini? Illusi atau sekadar lontaran idea yang tidak mampu dipraktikkan?. Malah ramai beranggapan bahawa ianya sekadar menjadi medan melontarkan cacian ke arah lawan masing-masing. Agenda politik kemasing-masingan tetap tersembunyi terserlah, pisau belati tetap juga tersembunti di pinggang.
Apa yang jelas STAR telah memunahkan harapan PKR dan PR di Sabah. UBF Dr. J hampir pasti akan berhadapan dengan PR dalam PRU13. Masing-masing mahu menapak di bumi di bawah bayu; sharing is caring diketepikan dan agenda masing-masing diletakkan di pundak perjuangan. Rakyat diajak dan dihasut menyokong. Dalam masa yang sama mereka tega melihat rakyat Malaysia di Sabah dipolarisasikan mengikut fahaman politik yang berpaksikan kepentingan pemimpin masing-masing. Perjuangan yang hanya sekadar bertunjangkan matlamat ingin berada dalam system politik tanahair pastinya berhadapan jalan buntu.
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.
Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.
Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak, kenyataan beliau kepada akhbar
berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.
Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.
Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.
Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat, ia akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London, Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama, liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).
Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel.
Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.
Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa, Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih, tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.
Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun, atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.
Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya.
Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.
Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.
Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan pembangkang PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka.
Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor.
Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya.
Anwar juga sedar Pakatan Rakyat semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam.
Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.
Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya.
Di Pulau Pinang, satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Panas! Gambar Lim Guan Eng & "Rainbow" Bersiar-Siar Tersebar???
Waa ... Manyak santek aaa ini amoi. Apa nama? Ng Phaik Kheng atau lebeh dikenali sibagai Rainbow maa. Lu tahu itu rainbow? Aiyaa itu pelangi lah. Manyak cantik woo. No wonder lah itu Khalipah PAS berplaster di dahi. Kalau wa jadi Betty pun wa mengamuk beb. Wa sudah menapous dan ini Rainbow aaa manyak bergetah ooo. Itu kawan wa dekat Penang cakap, Lizal aaa, nanti wa bagi lu gambar lain yang lagi bagus ma. Oklah taukeh. Wa tunggu.- KRO
Dalam surat khabar penipu penfitnah penuh dengan propaganda ala yahudi majusi milik parti Pasu hari ini menfitnah kerajaan Pahang pula dalam isu babi.
Kononnya sekumpulan babi hutan telah menyerang bandar Kuantan sebagai bala kepada Pahang.
Pahang dikatakan telah membazirkan wang rakyat dengan menganjurkan Sukma. Kritikan parti Pasu ini mengukuhkan lagi bahawa semua aktiviti sukan yang digemari orang muda akan diabaikan.
Hari ini parti Pasu sering menganjurkan Futsal, Sepak Takraw dan beberapa jenis sukan lain bukannya ikhlas. Mereka hanya hendak menarik undi dan sokongan anak muda sahaja.
Bila mereka berkuasa, semua akan jadi haram dan membazir.
Parti Pasu juga telah lupa bala yang berlaku di Kota Bharu Mall yang mengorbankan beberapa nyawa. Adakah itu bala dari Tuhan?
Kejadian babi turun ke bandar adalah biasa kerana pembangunan. Bila kawasan yang menjadi sarang atau jerumun telah dibersihkan untuk pembangunan maka haiwan tersebut akan melarikan diri tak kira siang atau malam.
Di Taiping, babi hutan turun ke pinggir bandar adalah perkara biasa terutama kawasan pinggir bukit dan hutan. Zaman dahulu gajah, harimau pun sesekali terlepas ke dalam bandar. Apa nak heran.
So, hAraKah jangan lah jadi yahudi . Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya skandal Talam Corp semakin terlondeh. Nilai skandal kewangan Talam Corp yang mencecah 1 billion adalah 4 kali ganda lebih besar saiznya daripada skandal lembu Fidlot Shahrizat. Cuba bayangkan, baru sebuah negeri DAP berkuasa, skandal penyelewengannya sudah mencecah 1 billion, apakah yang akan terjadi sekiranya satu Malaysia dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Hal ini belum dicampur lagi dengan skandal di Pulau Pinang. Hebat tu..Talam 1 billion vs Fidlot 250 juta mana lebih dahsyat?
KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri. Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.
Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat. Sedangkan jelas beliau, mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi). "Persoalan yang saya hendak tanya kerajaan PKR Selangor adalah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan selain masih digadai kepada institusi kewangan? Apakah Talam mempunyai skil perundingan yang bagus? "Apakah kerajaan PKR Selangor tidak faham senario sebenar? Tidak kompeten atau memang tidak kisah untuk memperalat duit rakyat? Saya bingung memikirkan perkara ini kerana tanah berkenaan tidak bebas bebanan, seluas 405 hektar tanah itu mempunyai komplikasi," dakwanya.
Kelmarin, Tee Yong dalam pendedahannya mendakwa kerajaan PKR Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam, yang dibebani hutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu. Mengulas mengenai komplikasi tanah, Tee Yong mendakwa, 438 ekar (175 hektar) daripada tanah tersebut berada di bawah air dan memerlukan antara RM50 juta dan RM100 juta tambahan untuk kerja-kerja menimbus serta 575 ekar (230 hektar) lagi dinyatakan sebagai kawasan simpanan hutan yang tidak banyak nilai komersialnya. Tee Yong juga membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan bernilai RM1 bilion itu. Beliau mempersoalkan kenapa Abdul Khalid memilih jalan mahkamah berbanding tampil menjelaskan segala pendedahan tersebut kerana politik bukan seperti mengurus firma perniagaan dan selaku Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu perlu tampil menjelaskan hal sebenar kepada rakyat.
"Beliau sekarang mentadbir negeri dan bukan firma, sepatutnya beliau harus berani untuk tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab semua pendedahan ini, bukannya berselindung di sebalik mahkamah. Tetapi itu mungkin cara dia dan biarlah kalau itu yang dipilih, tetapi saya akan tetap dedahkan segala penyelewengan ini," katanya Kata Tee Yong, beliau akan membuat laporan tentang skandal berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Talam memberi maklum balas.
JOHOR BAHRU 6 Julai - Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu. Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. - BERNAMA
KOTA BHARU 6 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.
Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya....
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Penulis sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat bekas Exco Negeri Kelantan ini. Dengan slogan membangun bersama Islam, masjid kini tidak lagi diimarahkan ekoran pemimpin PAS terlalu ghairah mahu menuju ke Putrajaya bukan ke syurga Allah Taala dengan program agama di masjid dan surau.
Perkara ini berlaku tentunya selepas 'perkahwinan mut'aah' yang sudah berlaku antara PAS dengan PKR termasuk DAP yang tidak pernah difikirkan oleh kita satu ketika dahulu. Dengan fatwa haram bersama orang kafir, tanpa diduga pihak yang mengeluarkan fatwa nampaknya telah menghalalkan fatwa mereka sendiri demi mencari kemenangan politik parti walau bercanggah dengan fatwa politik mereka sebelum ini.
Begitu juga tindakan menggunakan artis yang dulu begitu dihina oleh PAS merupakan bukti bagaimana lidah tidak bertulang telah menukar segala pandangan tersebut selepas ia diamalkan sendiri oleh PAS. Kini PAS sudah berubah melebihi 360 darjah dengan menampilkan para artis di dalam program mereka dengan ahli PAS. Antaranya Aisyah, Bob Lokman, dan terbaru Abby Abadi.
Barangkali mereka sedar jumlah penyokong yang semakin merudum maka ia perlu ditingkatkan dengan populari artis yang khabarnya menerima 50 k setiap kali berceramah seperti yang diakui Hairie Othman di dalam twitternya sebelum ini.
Kesimpulannya : berbagai pihak kini sudah mula bangkit menyanggah perbuatan songsang pemimpin PAS, dengan dosa paling besar mereka lakukan ialah apabila menggugurkan satu persatu prinsip perjuangan PAS demi menjaga hati rakan Pakatan DAP dan PKR dan mengejar kuasa dan kedudukan. Tahniah Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan yang tentu perlu sentiasa berani memperkatakan kebenaran bukan menjadi seperti 'monyet diikat' yang tidak mampu bergerak ke mana-mana tanpa izin tuannya.
Petang ini penulis ingin menyentuh tentang pelakon yang terkenal dengan Gerak Khas arahan Datuk Yusuf Haslam. Iaitu Abby Abadi.
Beliau melalui detik yang mengecewakan dan kini selepas puas berenang di lautan 'kecewa' beliau kini dilihat diperguna sepenuhnya oleh Parti Artis Semalaysia opppssss Parti Islam SeMalaysia untuk menaikkan sokongan dan jumlah pengunjung ke ceramah mereka.
Lihat betapa 'terangsangnya' PAS menggunakan janda Norman Hakim bekas kekasih Zull Arifin ini di pentas mereka.
Tidak ubah seperti kisah Elizabeth Wong yang kini sudah pun diterima selepas beliau telah bertemu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan selepas penyebaran gambar bogel beliau dengan kekasihnya.
Gambar sebelum bertaubat
Kini nampaknya selepas kecewa dan kecewa Abby Abadi telah berjaya 'dipinang' oleh PAS sehingga kerap menaiki pentas berceramah bersama rakan artis seperti Bob Lokman dan Mael. Dalam hal ini beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana fitrah manusia suka berkawan dan kerana faktor itu barangkali Abby merasa selesa bersama rakan seperjuangannya seperti Bob Lokman menyokong PAS walau agak malu pada mulanya.
Hari ini Abby Abadi yang juga seorang penulis yang baik seperti di blog beliau di sini : absolutelyabbyabadi.blogspot.com ... Sebentar tadi didapati blog beliau sudah ditutup lantaran teguran Panglima barangkali pada 26 Jun 2012 yang lalu tentang kisah hidup beliau yang kecewa berpisah dengan Zull Arifin. Namun sedikit petikan dapat anda baca lanjut di sini http://ohartis.com/2011/10/abby-abadi-akui-putus-cinta-bersama-zul-ariffin/
Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni.
Sy……… mmmm, di duga lagi…… Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya……… Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya… tp INILAH TAKDIR SAYA
Sy sedih…….. sgt sedih utk terima 'kehilangan' ini………. tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)
Penulis juga sebenarnya sangat bersyukur kerana beliau telah jauh berubah. Dari 'free hair' menjadi muslimah solehah. Meskipun sebelum ke Mekah Mac lalu beliau telah dilanda kekecewaan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Lihat gambar semasa dirawat di hospital di sini
Kerana terlalu kecewalah barangkali Abby telah menerjah suaminya seperti rakaman video ini :
Mungkin apabila sudah mendapat perhatian dan dikelilingi ramai orang Abby Abadi akan merasa semakin selesa dan bermakna hidupnya. Meskipun begitu kita berharap agar Abby Abadi sentiasa berfikir dengan rasional dan dibimbing alim ulama yang arif lagi pewaris sifatnya agar beliau tidak terpedaya dengan jerat politik untuk ke Putrajaya menggunakan Pakatan yang menghalalkan kalimah Allah dan menyokong LGBT termasuk Israel...
Harap kenyataan menafikan menjadi ahli PAS (imej bawah) akan dipegang oleh beliau sampai bila-bila. Jika tidak beliau sama sahaja dengan pemimpin PAS yang lain yang menabur janji tetapi memungkiri bila sudah mendapat kuasa. Selain menipu rakyat jelata !
Lihat janji pemimpin PAS Kelantan yang masih gagal ditunaikan termasuk Nik Ab Aziz Nik Mat menaburnya di bawah ini :
HARAP ABBY ABADI AKAN BERFIKIR UNTUK MENAMBAH DOSA DENGAN BERSUBAHAT DENGAN PUAK MENABUR JANJI TETAPI MEMUNGKIRINYA.
DOSA INI LAGI BESAR DARI DOSA MEMBUKA AURAT KERANA IA MELIBATKAN RAKYAT BUKAN DIRI SENDIRI SAHAJA...
DOSA DENGAN ALLAH BOLEH DIAMPUN DAN DOSA KEPADA MANUSIA KERANA MENIPU TIDAK AKAN DIAMPUNKAN ALLAH !!!
SEMOGA ARTIKEL INI DIBACA OLEH ABBY ABADI DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN LAPANG DADA.
Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.
Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Sila baca di sini.
Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.
Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.
Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.
Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.
Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.
Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.
Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.
Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat". Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".
Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.
Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong. Sila baca di sini.
Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?
Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?
Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.
Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula. Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Dulu semasa mula-mula memerintah Kelantan, suara wanita adalah aurat! Maka mereka tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran. Sekarang selepas 20 tahun dibenarkan pula dengan alasan mengatakan mereka mengambil masa yang lama untuk mendidik muslimah di Kelantan?
Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.
Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.
Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?
Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain. Sila baca di sini.
Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan.
Rizab bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya minggu ini berada dalam keadaan kritikal iaitu 1.06 peratus, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, pada minggu ini, purata permintaan bekalan air bersih berada pada tahap yang tinggi iaitu 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari).
Pengeluaran air bersih daripada loji rawatan air diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium ABASS masih berada di tahap pengeluaran maksimum iaitu 4,371 JLH.
Kenyataan itu menyebut Syabas akan terus mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan bagi Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang untuk memantau situasi itu secara berterusan.
"Pengguna dinasihat mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang menghadapi cuaca panas kering ini," menurut kenyataan itu.
MCA mempersoalkan tindakan Talam Corporation Berhad menjual tanah pegangan pajak di Bestari Jaya, RM42 juta lebih tinggi dari harga pasaran kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, tanah seluas 905.2 hektar itu dijual dengan nilai RM181 juta, walaupun masih belum bebas dari bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana Talam dapat meyakinkan Kerajaan Negeri untuk membayar RM46 juta bagi 230 hektar tanah, kawasan simpanan hutan dan ekologi yang tiada nilai komersil.
"Transaksi ini menimbulkan spekulasi sama ada Talam memiliki skil perundingan yang bagus atau kerajaan negeri tidak faham senario yang sebenar.
"Dakwaan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak kompeten dan tidak mementingkan duit rakyat," katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.
Menurutnya, laporan penilaian Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd kepada Talam pada 2010, mendapati tanah tersebut perlu diletakkan pada harga pasaran iaitu RM139 juta atau RM60,000 sehektar dengan syarat perlu bebas dari sebarang bebanan.
Beliau berkata, sebanyak 174 hektar tanah adalah tanah di bawah air yang memerlukan tambahan kos sehingga RM100 juta bagi kerja-kerja menimbus sebelum sebarang kerja pembinaan boleh dimulakan.
"Bagaimana kerajaan negeri sanggup membayar RM35 juta hanya untuk membeli tanah di bawah air, walaupun ia memerlukan kos tinggi untuk kerja-kerja menimbus tanah," katanya.
Selasa lalu, MCA mencabar Kerajaan Negeri Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.
Manakala, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin menegaskan dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar dan pihaknya akan mendakwa MCA di mahkamah.
Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar berhadapan tindakan saman berhubung pendedahan skandal RM1 bilion yang didakwa digunakan Kerajaan Selangor untuk menyelamatkan syarikat pembinaan, Talam Corporation Bhd (Talam).
Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana, BN mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan salah laku urus tadbir kewangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).
Malah, katanya, mereka juga akan membuat laporan dan mengemukakan fakta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur berhubung perkara itu, dalam tempoh terdekat ini.
"Silakan jika beliau (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) hendak ambil tindakan apa pun, kita juga ada tanggungjawab (kepada rakyat).
"Kita tidak takut (tindakan) saman, sebaliknya kami hanya mengemukakan soalan secara berhemah (mengenai skandal RM1 bilion) dan memerlukan jawapan munasabah, bukan hendak serang beliau," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan saman yang akan dibuat Kerajaan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan isu hutang berkenaan.
Mengulas mengenai pendedahan skandal itu, Mohd Zin membangkitkan enam persoalan kepada Kerajaan Negeri terutama Abdul Khalid antaranya kesanggupan Menteri Besar menyediakan laporan terperinci setiap tanah atau aset yang dibeli bagi tujuan pengambilalihan hutang Talam kerana dakwanya tiada 'kertas putih' dibentangkan setakat ini.
Beliau turut mempersoalkan asas yang digunakan untuk menilai pembelian aset tersebut dengan perbandingan harga pasaran semasa serta status pembangunan yang telah dilakukan ke atas harta berkenaan.
"Adakah benar kos pembelian tanah dan aset Talam berjumlah RM676 juta seperti didedahkan? Jika benar, ini merupakan nilai yang jauh lebih tinggi daripada hutang sebenar iaitu RM392 juta dan bagaimana jumlah itu diperoleh? Bagaimanakah proses rundingan pembelian harta tersebut?
"Berapa pula jumlah wang diterima agensi yang dihutangi Talam seperti Universiti Selangor (Unisel), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor (KHSB)," soalnya.
Mohd Zin juga mempersoalkan kenapa wang Kerajaan Negeri digunakan untuk 'membeli' hutang Talam dan beliau menyifatkan PR mempunyai tujuan lain yang cuba disembunyikan daripada rakyat.
Menurutnya, pembongkaran kes itu didakwa mempunyai kaitan dengan kenyataan beliau sebelum ini, mengenai pertikaian sumber dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JOHOR BAHRU 6 Julai - Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.
Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. - BERNAMA
Komen aku: kamal hisyam lauyar kaki silang gunakan gunakan uncle seekers untuk memfitnah tuanku sultan johor, mungkin kamal dah tahu uncle seekers seorang penagih dadah, maka di upahnya uncle mungkin dengan bayaran yang cukup lumayan untuk memfitnah tuanku.
Lagi pendedahan oleh Helen Ang mengenai penyelewengan gereja dari Singapura.
Kiasu-ism, the secret of City Harvest Church's success / And Hannah was there
Forrestcat commented it's "pretty dumfounding that Singaporeans flocked to this denomination". The Christians we're discussing are the City Harvest Church congregation hogging the headlines for the following reason — Skandal gereja Singapura-KL, murtad, superstar dan gejala cuci otak Who are they and why do they do it? i.e. make this church the richest one in the Little Red Dot.
The author of the article lists 14 reasons which I've condensed below. Please read the article in full at the original website for details.
I found his point No.8 – "Preach what people like to hear" – most notable.
The blogger who uses the pseudonym 'Think free and fair' also had this to say, "A charming smooth talker can easily sway minds with his interpretation of the Bible. In the final analysis, Faith is about simply believing."
Blog ini ada pendedahan yang mampu membuka mata kita semua iaitu mengenai penyelewengan gereja dari Singapura yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan DAP.
Skandal gereja Singapura-KL, murtad, superstar dan gejala cuci otak
Polis telah menangkap lima orang paderi kanan Gereja City Harvest ekoran penyiasatan bersabit kesalahan penyelewengan kewangan yang melibatkan berpuluh juta dolar Singapura.
Paderi-paderi tersebut - Kong Hee, John Lam, Tan Ye Peng, Sharon Tan dan Chew Eng Han – didakwa di Mahkamah Rendah Singapura pada 27 Jun 2012 atas beberapa tuduhan menyalahgunakan dana gereja, pecah amanah (CBT) serta memalsukan akaun.
Blogger A. Reme mendakwa bahawa Rev. Aries Zulkarnain adalah seorang Melayu. Saya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat ini.
Namun begitu, di Singapura memang ada Kristian convert yang mempunyai nama Melayu, contohnya Yussif Anwar yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang yang ditemubual berkaitan skandal ini.
Ke'banjir'an artis-artis masuk PAS sangat dibanggakan oleh parti tersebut terutamanya artis wanita. PAS menjaja artis-artis tersebut sama ada dalam media siber atau di bawa berceramah. Jika dahulu PAS amat tidak berkompromi dengan hiburan dan ianya disifatkan sebagai maksiat, kini artis-artis wanita inilah modal politik PAS.
MyMassa cuma pelik, kenapa artis dengan suara mereka adalah aurat digunakan oleh PAS untuk berceramah sedangkan Nik Aziz haramkan wanita PAS untuk masuk pertandingan tilawah? Adakah ceramah politik lebih mulia dari membaca Al-Quran? Adakah artis-artis wanita ini lebih faham Islam dari qariah di Kelantan sehingga Nik Aziz melarang mereka selama 20 tahun?
Tilawah: Nik Aziz jelas sebab larang wanita
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.
Mursyidul Am Pas itu berkata larangan itu dibuat ketika Pas baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.
"Waktu kita (Pas) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan.
Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Bharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam Pas (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan Pas Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.
Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.
Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah al-Quran bermula tahun depan.
Ada kawan MyMassa tanya..."Tau tak kenapa artis wanita yang masuk PAS tu makjan (janda)?"
MyMassa jawab tak tau. Dia cakap, dia pun tak tau. "Kalau macam tu... cuba tanya kat pembaca blog MyMassa, kenapa artis janda masuk PAS?" cadang kawan MyMassa.
Jadi MyMassa nak tanya pembaca, kenapa artis janda masuk PAS?
KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri.
Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.
Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat.
Sedangkan jelas beliau, mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi).
"Persoalan yang saya hendak tanya kerajaan PKR Selangor adalah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan selain masih digadai kepada institusi kewangan? Apakah Talam mempunyai skil perundingan yang bagus?
"Apakah kerajaan PKR Selangor tidak faham senario sebenar? Tidak kompeten atau memang tidak kisah untuk memperalat duit rakyat? Saya bingung memikirkan perkara ini kerana tanah berkenaan tidak bebas bebanan, seluas 405 hektar tanah itu mempunyai komplikasi," dakwanya.
Kelmarin, Tee Yong dalam pendedahannya mendakwa kerajaan PKR Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam, yang dibebani hutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu.
Mengulas mengenai komplikasi tanah, Tee Yong mendakwa, 438 ekar (175 hektar) daripada tanah tersebut berada di bawah air dan memerlukan antara RM50 juta dan RM100 juta tambahan untuk kerja-kerja menimbus serta 575 ekar (230 hektar) lagi dinyatakan sebagai kawasan simpanan hutan yang tidak banyak nilai komersialnya.
Yang Dipertua PARTI ADAT & SOSIAL aka Pas Selangor hanya mendiamkan diri dengan penghinaan kepada umat Islam dan agama suci Islam yang berlaku di Petaling Jaya di atas. Ketakutan yang amat sangat Pas kepada Ronnie Liu menyebabkan YDP Parti Adat & Sosial aka Pas tutup mulut. Kalau buku mulut nanti kena tendang macam Dr. Hassan Ali...
Mana Kertas Putih dijanjikan atau kerajaan negeri ada udang di sebalik batu dalam isu transaksi kerajaan PKR Selangor dengan syarikat Talam? Itu pertanyaan Pemuda MCA Pusat sambil mencabar kerajaan Selangor mendedahkan kesemua asset syarikat itu yang dibeli, cara penilaian atau asas-asas yang digunakan untuk melakukan pembelian tersebut yang didakwa babitkan transaksi RM1 bilion.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pada Selasa berkata, pada 11 julai 2010, Selangor berjanji membentangkan kertas Putih mengenai langkah pengutipan semula hutang daripada Talam.
"Mereka menyebut kertas putih itu akan dibentangkan pada hujung tahun tetapi hingga hari ini, kita masih menunggu kertas putih tersebut.Adakah terdapat unsure-unsur udang di sebalik batu dalam isu ini menyebabkanpembentangan kertas itu ditangguh," katanya.
Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,berkata, kerajaan negeri mesti menerangkan kepada rakyat mengenai pembelianaset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukkan sebanyak RM392 jutamenjadikan transaksi bernilai RM1 bilion penuh tanda tanya.
Menurut beliau, Talam berhutang dengan kerajaan Selangor sebanyak RM392 juta dan bagi memperolehi semula wang itu, kerajaan negeri mendapatkelulusan Dewan Undangan Negeri pada 2009 menerusi bajet tambahan.
"Kerajaan negeri mendakwa berjaya mengutip semula hutang.Bagaimanapun, berdasarkan laporan tahunan terkini Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kerajaan negeri masih berhutang RM115 juta," katanya.
Pecahan hutang Talam RM392 juta babitkan anak syarikat kerajaan negeri iaitu PNSB dan Unisel sebanyak RM277 juta manakala KHSB RM115 juta.
Chua berkata, jika Unisel sudah mendapat semula hutang dari Talam, universiti itu tidak perlu mengumumkan akan menjual asset RM30 jutauntuk bantu pelajarnya yang dibekukanpinjaman PTPTN.
Selain itu katanya, daripada mahu mengutip semula hutang RM392 juta, kerajaan negeri telah membeli asset tsmbahan RM284 juta bagi membantu Talam.
"Ini jelas satu tindakan untuk menyelamatkan atau 'bail out'syarikat Talam dengan menggunakan wang rakyat untuk membantu syarikat senaraian awam dengan membeli assert-asetnya," tegas Chua.
Kesimpulannya kata beliau, anak syarikat kerajaan negeritidak menerima sebarang wang daripada langkah mengutip hutang RM392 juta sebaliknya kerajaan negeri telah membeli asset RM676 juta untuk menyelamatkan Talam. -Agendadaily
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lim Guan Eng Ketua Menteri regim DAP Paling Celaka dalam sejarah bersama gerembolan medianya sejak dari mula cuba menutup pembohongan kepada rakyat mengenai projek menghalau penduduk kampung Genting Balik Pulau.
Dakwaan beliau kononnya projek ini mendapat sokongan daripada Menteri Pengajian Tinggi adalah palsu semata mata. Lim Guan Eng dan pentadbiran regim DAP secara licik mengedarkan surat kepada pemilik tanah kononnya projek membina sebuah Universiti wanita liberal adalah sebuah projek kerajaan pusat yang dipersetujui oleh Menteri Pendidikan.
Pisau melihat ini adalah salah satu taktik pembohongan yang cukup melampau dan cubaan membuat kenyataan palsu dalam memburukkan imej kerajaan pusat dan dalam masa yang sama regim DAP tidak terlibat dalam proses menghalau penduduk kampung yang majoritinya adalah Melayu.
Guan Eng mendakwa kononnya projek universiti liberal tajaan yahudi Amerika ini adalah cadangan daripada kerajaan pusat. Sila baca di bawah :
Dalam kenyataan Guan Eng beliau mendakwa kononnya projek ini mendapat kelulusan dari TPM..
" Lim Also produced a copy of letter dated June 12 from Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala to the state goverment stating that the Education NKEA Steering Commitee chaired by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin approved AWLU"
Dan dalam masa yang sama Guan Eng kata projek ini adalah cadangan daripada kerajaan pusat.. Beribu kali blog ini nyatakan Lim Guan Eng tidak pernah bercakap benar.
Apa beza "menghantar permohonan " dan " meluluskan permohonan" , Lim Guan Eng dan regimnya jelas berbohong sedangkan mereka baru saja menghantar permohonan ke kementerian pengajian tinggi bukan bermakna projek ini diluluskan.
Baca kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, katanya tiada kelulusan membina mana mana IPT melainkan hanya UITM sahaja.
Pembohongan paling ketara adalah TIADA REKOD LANGSUNG KPT UNTUK MEMBINA UNIVERSITI AWAM DI BALIK PULAU. Lim Guan Eng kesayangan khawarij PAS ini jelas berbohong, agenda menghalau dan merampas tanah penduduk kampung diselindungi kononnya pengambilan tanah atas persetujuan kerajaan pusat.Sedangkan yang berkuasa sepenuhnya membuat keputusan Lim Guan Eng sendiri yang memegang portfolio tanah.
Apakah surat dibawah ini adalah surat palsu yang digunakan oleh SUK atas arahan Lim Guan Eng sebagai exco tanah untuk mengaburi tindakan beliau menghalau penduduk kampung?
SUK dan LIM GUAN ENG harus menjawap persoalan ini,sama ada mereka benar mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran atau hanya satu pembohongan daripada regim DAP agar penduduk kampung dihalau!?
Menurut sumber Pisau,Dato Farizan sejak sekian lama tidak menyertai mesyuarat jawatankuasa tanah (LandCom) kerana sering kali dijadikan kambing hitam, justeru yang membuat keputusan sudah pasti 100% datangnya daripada Lim Guan Eng kerana beliau pengerusi LandCom ,beliau begitu licik mengarahkan kakitangan awam sepertiDatuk Farizan agar rakyat melihat proses menghalau penduduk bukanya dari tangan Guan Eng.
Pisau kata " Ada cerita menarik kes skandal Guan Eng ngentot dengan pegawai khasnya...tungguuuu! "
As BN is getting motivated waiting for the coming election, opposition parties especially PKR seemed anxious. Their anxiety are getting more when their own Opposition Leader, Anwar Ibrahim stated that he would retire if they lose in the coming GE, like what was published by newspaper Financial Times (FT).
How can PKR hope for a win if the suitable candidate are hard to find? According to reliable sources, PKR would compete for 66 seats for the coming GE13, with distributions as such:
Kedah – 7
Penang – 4
Perak – 9
Selangor – 11
Terengganu – 1
Kelantan – 3
Pahang - 4
Johor - 4
Melaka - 1
Negeri Sembilan – 2
Wilayah Persekutuan – 5
Sabah – 8
Sarawak – 7
On the previous GE 2008, PKR managed to win 31 seats and gained multiple Malay votes. But, it seems that PKR's liberal approach is now causing trouble to the party in gaining votes from the Malays. Meanwhile, Chinese are more comfortable with DAP than PKR. As for the Indians, many are tired of being cheated with false hopes given by PKR. Thus, whether they like it or not, PKR would have to rely on votes from the Chinese for the GE13.
The same source mentioned that from 66 seats which they would compete, only 14 are from Malay candidates while 8 other candidates are from other races, which can be confirmed. 25 other seats are still in dilemma on which candidates should be in it. At least 5 seats suffered clash between PAS and DAP. At the same time, PKR do not even have any 'candidate of choice' either 'possible candidates' for 19 other seats.
This means that from 66 seats, only 22 can be confirmed while 44 others are still undecided. This shows how hard it is for PKR to find suitable candidates, not even to find those who are fit to win in facing the coming election.
What is worse is that even Anwar is said to be under dilemma whether to compete in Permatang Pauh or Nibong Tebal. Anwar is said to have realized that the support among Permatang Pauh to him is declining that they would not really come to his ceramah anymore.
With such weak Leader, PAS and DAP are also dragged into the issue. PAS previously imagined that they would compete with 80 seats instead of 67 seats on the previous GE. But, the hope of PAs in wanting to be the dominant party in Pakatan Rakyat Cabinet would definitely get sour welcome from DAP and PKR. And as usual, PAS would have to listen to whatever decision that are made by DAP and PKR.
If this happens, DAP then would become the dominant party with 89 seats for its party, compared to PKR's 66 seats. This means that it would be easier for DAP to control and destroy rakyat if Pakatan Rakyat wins the next GE.
The fate of non-Chinese in Malaysia would be at risk if the country is under the leadership of DAP.
So, this scenario shows that this would be the brink of losing for Pakatan Rakyat.
Bertepatan dengan Minggu Franchise,produk kali ini sudah pasti akan menarik ramai pelabur diluar negara. Produk ini begitu cukup terkenal apabila pemiliknya tidak lain tidak bukan Pak Shiekh Al-Jubori.
Patutlah setahun beratus kali pi luar negara..rupanya dalam diam Pak Shiekh punyai rangkaian perniagaan yang cukup luas. Agak korang kat Malaysia ni mahu ker korang bukak kedai franchise Al-Juboori? Ni bukti produk Anwar berjaya merentas benua hingga berjaya dikembangkan di Mesir.
Pisau kata " mahkamah sahkan berlaku penetrasi dan kejadian liwat berlaku.. "
Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah. Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.
Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.
Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya. Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan.
Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku. Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap. Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri. Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.
Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Phaik Kheng untuk memberi penjelasan. Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas.
Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,
Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri?
Jawapan 'no comment' yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti.
Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak? Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan? Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan? Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.
Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri. Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu 'keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati'. Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.
Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat. Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat; justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka. Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani.
Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew: Mintalah tips dari Wan Azizah tentang 'bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda'
Pisau kata " cerita ni makin panas... dengar kata rainbow dah siap sedia nak lancar serangan terhadap betty!"
Penduduk pelbagai bangsa di Balik Pulau menjadi mangsa akibat kerakusan regim DAP Pulau Pinang yang mahu menghalau mereka keluar dari kampung halaman sendiri. Kampung Genting adalah sebahagian daripada kawasan yang bakal diambil yang majoritinya adalah Melayu.
Bantahan bermula sejak 2 tahun lepas (klik sini) dan yang terbaru klik sini
Apa yang menariknya apabila dirujuk kepada menteri pendidikan dan pengajian tinggi ternyata regim DAP berbohong kepada rakyat . Seperti yang kita semua sedia maklum,Ketua menteri regim DAP cukup terkenal dengan sikap lidah bercabang.Atas arahannya satu surat rasmi dikeluarkan kononnya projek menghalau penduduk kampung mendapat persetujuan daripada Ds Muhyiddin.
Semalam, Muhammad Farid mendakwa surat yang dihantar oleh kerajaan negeri kepada pemilik tanah berhubung cadangan pembinaan sebuah universiti awam di Kampung Genting di sini meragukan.
Surat yang dihantar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bertarikh 29 Jun lalu itu menyatakan tanah mereka akan diambil bagi memberi laluan kepada pembinaan universiti awam antarabangsa iaitu Asian Women Leadership University (AWLU).
Kandungan itu meragukan kerana dalam pertemuan Muhammad Farid dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Balik Pulau awal tahun ini, Timbalan Perdana Menteri tidak pernah memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, semakan yang dibuatnya dengan Kementerian Pengajian Tinggi pula mendapati tiada sebarang kelulusan pernah diberikan untuk membina universiti itu kecuali Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dalam perancangan.-Utusan
Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP harus memberi penjelasan,apakah benar universiti ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran?
Adakah ini satu lagi pembohongan yang diarahkan oleh Lim Guan Eng dengan menjadikan penjawat awam sebagai kambing hitam?Kenapa Guan Eng sendiri tidak tanda tangan surat tersebut? Takut?
Surat ini jelas berniat jahat,kononnya segala keputusan adalah datang daripada Menteri Pelajaran iaitu Ds Muhyiddin Yassin,sedangkan perkara ini jelas tidak berlaku.
Kerajaan Negeri menggunakan alasan kononnya membina universiti ini adalah keputusan kerajaan pusat sedangkan kelulusan langsung tidak diberi.
Regim DAP halau penduduk kampung dalam masa yang sama jadikan Kementerian Pelajaran sebagai kambing hitam.
Pisau kata " cakap cakap pemimpin DAP,mereka tahu sukar pertahankan Penang PRU13 nanti.."
Apa lagi penghinaan yang tak pernah khawarij PAS dan seluruh haprak pakatan tak pernah kata kepada pihak polis,kakitangan awam dan anggota keselamatan. Pelbagai gelaran caci nista hinggakan jika mereka menang pilihanraya hampir 50% kakitangan awam akan dikurangkan.
Anjing! Babi! Syaitan! Barua! Pencacai! Ini semua sebahagian hamun dan nista yang dihambur oleh haprak pakatan. Melihat akan kesilapan Mat Sabu yang angkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan perlekehkan pengorbanan anggota keselamatan. Sebolehnya khawarij PAS mahu mencuci dosa mereka. Semasa Bersih,Anggota Polis diterajang,dicedera dan juga dimaki hamun kesemua ini bagaikan wajib dan patut dilakukan demi mencapai maqam pejuang jihad.
Hari ini ,bapak presiden khawarij PAS mahu para khawarij mengubah strategi. Berbuat baik dan memujuk. Apa khawarij PAS sangka kakitangan awam,anggota keselamatan sebebal dan mudah lupa akan perbuatan mereka? Khawarij PAS menyedari orang yang mereka gelar anjing dan keluarga anjing anjing yang mereka hina ini pasti tidak akan sama sekali mengundi pakatan. Memujuk dan berbuat baik hanya menambahkan lagi sifat munafik mereka.Kesemua ini hanya satu lakonan semata mata mahukan sokongan disebabkan PRU13 makin hampir.
Apa korang masih nak pangkah parti khawarij yang ternyata hipokrit dan munafik ini?
Pisau kata " comfirm PAS takkan dapat undi dari anggota polis dan keluarga mereka"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Program 'Jom Generasi-Y Stand As One' bermula pada 7 dan 8 Julai di Taman Metropolitan Batu. Saksikan persembahan X Games dan cabutan bertuah yang menarik seperti motorsikal, New Ipad, Blackberry untuk pengunjung bertuah. Program bermula pada hari ini. Ayuh ke sana.
Surat yang dikeluarkan diatas menunjukkan Exco Kerajaan Negeri Selangor buat keputusan larang surat sokongan sejak tahun 2010. Dalam mesyuarat tersebut, Khalid Ibrahim pun ada sama.
Yahya Sahri (PKR) keluarkan surat sokongan tahun 2008 digantung tugas. Dua orang Ahli Majlis Klang (1 DAP-1 PKR) keluarkan surat sokongan tahun 2010 , Khalid Ibrahim pecat kerana melanggar arahan mesyuarat Exco.
Faekah keluarkan surat sokongan untuk anak saudaranya tahun 2011, Khalid Ibrahim tidak ambil tindakan. Apa sudah jadi? Khalid lebih sanggup ambil tindakan pada EXCO Kerajaan Negeri tetapi lindungi Setiausaha Politiknya sendiri. Ini bukti kronisme dan nepotisme.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan ada mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya. Setiausaha Agung itu juga menolak dakwaan bahawa isterinya, Betty Chew Gek Cheng pernah menyerang dirinya atau sesiapa pun.
"Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya.
"Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Seperti biasa, Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) khususnya MCA berhubung isu berkenaan yang didakwanya cuba mengamalkan politik kotor. Malah, beliau mencabar pihak terbabit supaya mengulangi kenyataan tersebut di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkannya mengambil tindakan mahkamah.
Kelmarin, Betty yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Guan Eng semasa sidang DUN Melaka.
Ketika ditanya oleh wartawan selepas persidangan, Betty meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.
Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.
Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.
Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "PAS berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".
Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.
Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?
Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.
Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.
PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.
Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.
Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.
Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.
PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.
Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO [SUA] sedang diusahakan untuk dijadikan mangsa pertama dalam Wilayah Persekutuan oleh golongan-golongan Anwarista bagi menyingkirkan beliau untuk tidak dicalonkan sekali lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
Senarai pencalonan yang diberikan oleh seorang Pengarah sebuah agensi ditolak mentah-mentah oleh seorang individu yang dikatakan cukup berpengaruh dalam sebuah Agensi kerajaan tetapi tidak menganggotai Agensi tersebut namun dikatakan telah dilantik sebagai Ketua Operasi jabatan itu untuk menyelaras atau mengenalpasti calon-calon daripada UMNO yang akan bertanding pada PRU13 nanti. Harap-harap Najib tahu perkara ini....!
Penolakan tersebut dikatakan apabila Pengarah Agensi tersebut memberitahu bahawa hanya Tengku Adnan sahaja yang mampu mengulangi kemenangan BN di Putrajaya kerana SUA UMNO ini mempunyai `track record` membanggakan sebagai MP Putrajaya tetapi individu yang berlagak bagai orang penting Negara ini menolak cadangan tersebut dan bila ditanya balik kepada Pengarah agensi itu.
Beliaudengan penuh sindiran menjawb calon lain adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri ataupun Ketua Pengarah agensi.
Gerakan Anwarinas ini didalangi oleh jembalang-jembalang (siapa jembalang ini akan saya dedahkan nanti...)yang bertopengkan sebagai penyokong kuat atau tegar PM Najib sedang bergerak bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi sedang menjelajah di seluruh negara.
Tidak hairanlah tiba-tiba di Pasir Puteh muncul semula nama Kamaruddin Mohd Nor (beliau adalah bekas orang kuat Anwar dan juga ABIM)untuk dicalonkan semula sebagai calon UMNO untuk Parlimen itu.
Ramai lagi calon yang dilihat sebagai anggota Usrah bekas ahli ABIM yang dikatakan sentiasa berkampung melakukan majlis usrah di Bangi dan Puchong dengan diketuai oleh Sidik Fadhil dipercayai akan mendominasi pencalonan PRU13 nanti.
Kalau ini benar, PM Najib serta UMNO sedang menempah lubang kubur untuk kebumi dan ditallkinkan...!!
Gerakan Anwarista sedang mengsasarkan bekas-bekas anggota ABIM sebelum ini dan juga rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyokong Anwar Ibrahim.
Malah dalam Wilayah Persekutuan seperti yang disebutkan awal tadi proses membuang nama-nama pemenang PRU12 sedang giat dilaksanakan.
Individu tersebut sebelum ini pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya dan saya harap apa yang saya dengar ini tidak benar , apabila beliau dikatakan telah ditaja sebanyak RM1 juta untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor di Bahagian Putrajaya oleh sesorang yang cukup berpengaruh di pejabat Perdana Menteri.
Kita harap tajaan RM1 Juta itu tidak benar dan kalau benar,kita harap PM Najib tahu apa yang sedang dilakukan oleh kakitangan di pejabatnya itu malah lebih memualkan lagi bila individu ini juga pernah mendapat peruntukan lebih sejuta ringgit untuk menjayakan satu konvoi dalam negeri sedangkan ketika itu sedang berlangsung Perhimpunan Agung UMNO.
Beliau juga diberikan segala hak dan keistimewaan untuk keluar masuk di sebuah agensi dan mengatur segala macam program yang mana program-program tersebut lebih kepada mengaut kentungan peribadi...!
Beliau bebas melakukan apa sahaja tindakan keputusan serta dilantik sebagai Ketua Operasi kerana hubungannya yang terlau baik,rapat serta intim dengan salah seorang pegawai politik PM Najib.
Gerakan Anwarista ini dibimbangi telah pun mempengaruhi "War Room" yang katanya diketuai oleh bekas orang kuat Najib yang sedang menjadi Pengerusi sebuah pusat dagangan.
Difahamkan ianya turut mengaburi mata seluruh ahli-ahli `war room` yang telah diberikan tanggungjawab untuk menapis senarai calon dan seterusnya menjadi `winnerble candidate` seperti yang PM Najib maksudkan.
Sekiranya gerakan Anwarinas ini tidak dibendung, Najib akan mengulangi nasib seperti Pak Lah apabila "Tingkat Empat" cukup menguasai serta berpengaruh dalam membuat keputusan, akhirnya Pak Lah tumbang sebelum sampai waktunya...!
Najib silap kalau meletakkkan sepenuh kepercayaan kepada "Tingkat Empat" sebagai Penasihat Politiknya. YAB PM seharusnya banyak belajar dari kaedah politik ayahnandanya yang tidak menggunakan orang-orang politik sebagai Penasiht....
Kita harap Najib tahu ada sesuatu yang bakal meracuninya.
Untuk tulisan ini, saya hanya mahu mendedahkan ini dahulu dan bakal menyusul selepas ini adalah pendedahan bagaimana pihak polis dihalang untuk membuat tangkapan ke atas seorang pemimpin pembangkang yang menghina mahkamah...!
Akan saya dedahkan juga nanti bagaimana dokumen-dokumen sulit dibawa keluar untuk jatuh di tangan pembangkang dan bagaimana Ops Kampus terpaksa dihentikan apabila maklumat-maklumat berkaitan Ops tersebut bocor...!
Apa pun pendedahan yang bakal berlaku ini saya harap bukan sesuatu yang benar dan kalau benar,saya harap Najib juga telah mengetahuinya.
KUALA LUMPUR: Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.
Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.
Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.
"Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.
"Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh," katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.
Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.
Marah-marah Tun kat Anwar, masih lagi ada simpati Tun M pada Anwar sampai cadangkan wujudkan 2 jawatan PM. Tun minta wujudkan jawatan PM kehormat khas untuk Anwar. Nak juga Tun lihat Anwar jadi PMK. Dapat 5 hari pun jadilah..hehehehehe
Seorang guru yang cantik dan seksi berusia 35 tahun, Erin Sayar telah didakwa setelah hubungan seks bersama pelajar lelakinya yang berusia 16 tahun terbongkar.
Skandal ini telah mengejutkan seluruh warga James Madison High School, Brooklyn, New York, Amerak Syarikat.
Kegiatan tidak bermoral guru tersebut terbongkar setelah kekasih Kevin berjaya menceroboh masuk akaun Facebook beliau dan melaporkan kepada ibunya pada Januari yang lalu. Di dalam akaun tersebut, terdapat perbualan-perbualan lucah antara guru tersebut dan Kevin.
Kevin Eng pada awalnya menafikan semua pertuduhan ke atasnya tetapi mengubah pengakuannya kepada penyiasat yang menyiasat kes ini pada March yang lalu. Beliau mengaku Sayar ada menjemput dari rumahnya pada lewat tengah malam.
"Mereka kemudiannya berciuman dan mengadakan hubungan seks serta turut melakukan oral seks di dalam kereta SUV guru tersebut," demikian laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat sekolah.
Kevin juga memberitahu terdapat tatoo dibahagian kemaluan guru tersebut. Pasukan penyiasat kemudian menyiasat panggilan telefon guru tersebut dan menemui hampir 3,856 SMS sehingga Disember tahun lepas.
"Sebagai ibu bapa, kami mempercayai tugas guru adalah untuk mendidik pelajarnya dan bukan menyalahgunakan kematangan mereka," kata jurucakap keluarga Eng, Bruce Baron.
Dalam dokumen perbicaraan itu, ibubapa Kevin, Maureen dan Stephen Eng telah merancang untuk meyaman 10 juta dollar.
Jurcakap Biro Pendidikan Bandar New York, Margie Feinberg telah mengesahkan penyiasatan lanjut terus dijalankan dan Sayar elah pun dipecat.
Isu panas ini hangat seketika dua tiga hari ini. Akhirnya 'tauke' supermarket terkenal ini memohon maaf atas ketelanjuran mereka di akaun Facebook mereka.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Fanpage mereka:
PEMBERITAHUAN
Pelanggan Muslim Yang Kami Hargai
Pihak Pengurusan The Store memohon maaf atas keterlanjuran mempamerkan minuman 'Carlsberg Can' pada notis dan risalah promosi PRE-RAMADHAN SALE baru-baru ini.
Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kesilapan ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal & kecuaian pengurusan dan ianya amatlah dikesali.
Kami, Pihak The Store mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan anda selama ini.
Daripada Pihak Pengurusan The Store Cawangan Sri Petaling
GOMBAK - Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.
Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya itu adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.
Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.
Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakunya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah.
"Dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mengetuk pintu rumah beberapa kali namun tidak dibuka. Malah, dia juga menjerit memanggil nama isterinya berulang kali namun tidak bersahut menyebabkan dia melihat dari tingkap rumah mereka sebelum ternampak bayang-bayang seorang lelaki.
"Hatinya yang tidak tenteram mengetuk pintu beberapa kali sebelum akhirnya selepas hampir 10 minit baru ia dibuka isterinya," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang masuk dalam rumah bagaimanapun terkejut apabila mendapati majikan isterinya berada dalam rumah menyebabkan dia tergamam dan bagaikan hendak pitam.
"Malah, ketika itu kekasih gelap isterinya beberapa kali meminta maaf namun tidak diendahkan sebaliknya dia mendesak sama ada mereka melakukan hubungan asmara.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikannya dan memberitahu dia hanya menghantar wanita terbabit pulang ke rumah," katanya.
Menurutnya, majikan isterinya yang panik melarikan diri namun dicekup penduduk. Mangsa sekali lagi mendesak sebelum dia mengaku melakukan hubungan dengan isteri mangsa.
"Mangsa menghubungi polis sebelum sebuah kerea peronda polis (MPV) datang dan membawa lelaki terbabit dan isterinya ke balai polis.
"Dia membuat laporan di balai polis sama untuk tindakan selanjutnya." katanya.
Di dalam propaganda Lim Guan Eng DAP dan jentera media beliau selama ini memburuk-burukkan parti UMNO dan BN, Setiausaha Agung DAP itu terpaksa juga akur dengan perancangan murni kerajaan BN Malaysia.
Yang terbaru ialah hasrat murni kerajaan BN Malaysia untuk membantu projek Asian Women Leadership University (AWLU). Dan Lim Guan Eng DAP sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong penuh hasrat kerajaan BN Malaysia.
Baguslah kerana Guan Eng DAP sedar dengan visi mantap UMNO/BN, lawan beliau yang kerap dituduh dan diburuk-burukkan.
Dalam kenyataan itu, Guan Eng DAP juga berkata bahawa Smith College, partner AWLU, lebih terkenal jika dibandingkan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), universiti awam di negeri Pulau Pinang. Dan DS Khaled Noordin sendiri telah mengesahkan menerima permohonan organisasi antarabangsa untuk membina Insitusi Pengajian Tinggi Swasta di Kampung Genting, Balik Pulau.
ISU yang dihebohkan kebelakangan ini bahawa Anwar Ibrahim nak bersara dari politik jika Pakatan haram gagal menawan Putrajaya selepas PRU 13, sebetulnya, bukanlah isu besar manapun.
Mulut Anwar tahu sajalah. Kalau ada 10 patah dia cakap 20 daripadanya tipu!!
Ada kata itu strategi nak raih simpati, ada pulak kata memang Anwar dah tau tak boleh menang dan pelbagai spekulasilah. Apa pun spekulasi, penulis melihat soal itu bukan isu pun, bak kata orang "Ada Aku Kisah?"
Tapi, isu yang bukan isu itupun masih lagi menjadi bahan perbincangan yang hangat di kalangan penyokong dan pemimpin parti-parti komponen Pakatan haram, tidak terkecuali dalam hal ini ialah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS itulah.
Nik Aziz di petik sebagai berkata yang dia 'bantah' Anwar untuk bersara. Kenapa Nik Aziz nak bantah pulak? Eloklah Anwar bersara kalau dia rasa bertanggungjawab kerana gagal nak menumbangkan BN setelah begitu banyak kejahatan yang dibuatnya dalam menuju ke arah itu.
(Dalam sibuk-sibuk memburukkan UMNO itupun sempat juga dia meliwat jantan, betul hampeh punya manusia – 3 doktor confirm).
Kita tahu Nik Aziz memang kamceng dengan Anwar. Jasanya pada Anwar juga banyak, malah dialah yang mengimamkan solat Sunat Hajat mendoakan pembebasan Anwar yang pertama pada 2004. Tak tahu pulak Nik Aziz lepas Anwar bebas, dia nak lindung keselamatan Israel.
Tapi itu rasanya tidak cukup untuk Nik Aziz begitu ambil berat ke atas Anwar sehingga kalau boleh nak mempertahankan dia dari letak jawatan? Sudah tentu ada sebab lain yang lebih kukuh.
Penulis rasa, penulis tahu jawapannya. Nik Aziz bantah Anwar berundur dari politik sebab Anwar baru 65 tahun, takkan nak bersara dah? Sedangkan Nik Aziz dah 80 tahun umur, dari jumlah itu 22 tahun jadi Menteri Besar Kelantan saja, masih tak nak bersara lagi.
Walaupun satu ketika dulu dia pernah cabar Tun Dr. Mahathir supaya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan dia akan 'follow' keesokan paginya. Tapi sehingga kini, dah beratus kalau tak beribu pagi, Menteri Besar Kelantan masih lagi Nik Aziz, cuma dah tak boleh nak berapa nak tegak macam dulu dah.
Sebab itu Nik Aziz bantah Anwar bersara, sebab selepas itu akan ada desakan supaya dia pulak bersara. Nik Aziz di sebalik kulit kedut umpama baju tak bergosok itu, masih punya nyawa yang liat.
Ramai dulu bergelar pemimpin muda PAS yang impi jawatan Menteri Besar Kelantan, sudah tua sekarang dan Nik Aziz masih disitu juga. Tak turun-turun. Atau tunggu mati baru la kot, diturunkan dengan sendirinya – ke liang lahat.
Nampak sangat dia begitu dambakan keseronokan dan jawatan dunia, sebab itu dia kalau boleh taknak lepas jawatan Menteri Besar tu. Alasan biasa yang digunakan, ahli PAS dan rakyat Kelantan masih 'butuhkan' khidmatnya. Adamyan@mykmu
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.
Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.
"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.
Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.
Justeru, katanya rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. - Bernama
SHAH ALAM - Orang bukan Islam yang tidak faham mengenai hudud tidak wajar mengeluarkan kenyataan kerana ia akan mengguris hati orang Islam.
Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, pihaknya menasihatkan agar pihak yang terlibat berhenti daripada mengeluarkan komen yang berunsurkan politik.
Bagaimanapun, beliau menyeru agar pemahaman sebenar dan menyeluruh mengenai hudud disebarkan kepada bukan Islam malah kepada orang Islam sendiri terlebih dahulu bagi mengelakkan ramai pihak terkeliru.
"Kami menasihatkan agar pihak yang mengeluarkan kenyataan dan mempolitikkan mengenai soal hudud berhenti kerana isu ini adalah berkaitan agama yang mempunyai panduan tertentu dalam pelaksanaannya.
"Kami juga menyambut baik cadangan ini dan bersedia memberikan kerjasama tetapi sekiranya pelaksanaan ingin dilakukan, pihak terlibat perlu mengambil kira kajian dalam konteks yang menyeluruh," katanya.
Beliau berkata, isu ini tidak boleh di ambil mudah kerana ia melibatkan hal keagamaan, dan jika tidak ditangani sewajarnya, isu ini boleh mendatangkan keburukan kepada umat Islam kelak.
"Jadi, apa yang dirisaukan oleh Jati sebagai satu pertubuhan Islam adalah, terlalu mudah isu ini diperkatakan oleh semua pelbagai pihak, sama ada umat Islam mahupun bukan Islam.
"Cadangan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat disokong dan diterima baik oleh banyak pihak namun ia perlu dilihat menerusi pelbagai aspek mengikut kehendak Syarak," katanya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin hari ini mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat bantahan kepada AFC terhadap pemain lebih umur Myanmar.
Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Kumpulan G di Yangon, Myanmar telah dilanda kontroversi selepas Myanmar dipercayai telah menurunkan pemain lebih umur bagi pasukan Bawah 22 mereka.
Pasukan Malaysia B22 telah membuat bantahan awal sejurus selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon dan AFC telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan Malaysia B22 vs Myanmar B22 di Yangon.
Mengikut peraturan AFC, pihak FAM harus menghantar surat bantahan rasmi kepada AFC dalam masa 48 jam selepas perlawanan tersebut dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam.
Namun, FAM hari ini telah mengesahkan di sidang media bahawa mereka tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.
"Saya mengesahkan bahawa pasukan Malaysia telah pun menghantar surat bantahan awal semasa mereka berada di Yangon selepas perlawanan." kata Datuk Azzuddin.
Tambahnya lagi: "Pada 5 Julai, semalam, AFC telah memaklumkan kepada FAM bahawa mereka telah menerima surat bantahan awal di Yangon dan telah memberi garis panduan kepada kami tentang apa yang selanjutkan patut dilakukan."
"FAM telah membuat siasatan secara terperinci dan kami terima data-data dari banyak sumber termasuk dari AFC.
"FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN." jelasnya.
Datuk Azzuddin turut memberitahu beliau juga telah memaklumkan hal ini kepada Presiden FAM dan sebab-sebab mengapa FAM tidak bantah.
Menurutnya lagi, maklumat asas dan rasmi yang diguna oleh AFC adalah berdasarkan dokumen rasmi seperti passport yang telah didaftarkan oleh AFC.
Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak jatuh di bawah AFC. Ini bermakna data-data yang dalam pendaftaran Sukan SEA, Sukan Asia dan AFF adalah di luar rujukan AFC.
"Saya mungkin orang terakhir tidak menyokong bantahan ini tetapi pihak sekreteriat perlu berhati-hati supaya tiada implikasi yang akan menjejaskan imej dan kredibiliti FAM." kata Azzuddin.
Menurut AFC, mereka tidak mengambil kira bukti melalui laman web yang tidak diakui oleh mereka kerana laman web boleh diubah atau digodam.
"Bukti yang diberi oleh media dan dari laman web tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana AFC tidak akui bukti seperti itu." jelasnya lagi.
"Kami hanya boleh menggunakan dokumen rasmi yang dihantar oleh kerajaan Myanmar kepada AFC dan tidak menjadi amalan AFC atau FAM untuk mempersoalkan kesahihan dokumen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Myanmar atau mana-mana kerajaan."
FAM juga telah mendedahkan dokumen peribadi pemain-pemain yang didakwa terlebih umur dan menurut Setiausaha Agung itu, kapten Myanmar B22, Kyaw Zayar Win mempunyai nama yang sama dengan pemain yang lebih tua itu.
"Pemain-pemain ini mempunyai nama yang sama tetapi mereka adalah dua orang yang berlainan berdasarkan paras rupa dan dokumen rasmi kerajaan Myanmar.
"Apa yang disebalik dokumen ini kita tidak tahu tetapi kita hanya boleh berpandukan dokumen-dokumen ini."
Kegagalan FAM untuk menghantar bantahan rasmi kepada AFC ini bermakna tiada penyiasatan ke atas Myanmar akan diadakan.
Apa nak jadi la dengan fesyen-fesyen muda-mudi sekarang ni.
Kalau dulu kita tengok gaya hip hop seluar terlondeh yang digayakan anak-anak muda yang kebanyakannya lelaki, hari ni yang perempuan memakai skirt begitu juga.
Kalau yang lelaki, seluar terlondeh nak tayang boxer, yang perempuan ini, haduih, kantoi seluar dalam terus!
"Kalau saya yang mendedahkan gambar saya sendiri kepada pihak media semata-mata mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon maka saya boleh di katogerikan sebagai orang yang bodoh kerana pendedahan ini boleh menutup periuk nasi saya." – Waslie Duby
Itu adalah kata-kata dari pemilik gambar pelakon baru yang pernah membintangi beberapa drama diantaranya Titisab Darah Pahlawan, Langkah Bendul, Bocara Hati, Titisan & Rubiah yang pada kami kurang dikenali di kaca televisi. Isu yang pernah kami siarkan di link ini "Peminat Kecewa Artis Baru berSpender di Tepi Pantai". Maka Satu perjumpaan diantara crew kami dan Waslie telah diadakan pada malam [5 July 2012].
Memulakan bicara, beliau mengakui terkejut dengan tersebarnya gambar ini kerana baginya gambar itu adalah hak peribadi dirinya. Apatah lagi gambar yang hanya berseluar dalam yang diperagakanya dilakukan di tempat yang sesuai iaitu di Pantai Phuket Thailand.
Jelasnya "Saya minta maaflah diatas gambar yang yang telah disebarkan ini. Saya akui ini gambar saya dan tak nafikan dengan adanya gambar seperti ini di internet sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan yang kurang baik untuk diri saya sebagai seorang pelakon yang baru nak bertapak di bidang ini. Disebabkan gambar ini juga periuk nasi saya tergugat apabila digugurkan dari sebuah drama."
Waslie juga turut berasa terkilan kerana seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon bersamanya turut sama menyiarkan kembali gambarnya itu di Fan Page miliknya dengan mengunakan perkataan 'Berbogel'. Baginya perkataan berbogel itu suatu kata yang agak kasar.
"Saya tak ada masalah jika ada juga yang percaya itu gambar bogel. Secara logiknya takkan la saya hilang akal sampai nak bergambar begitu sekali. Perkara sebegini memang sedikit sebanyak mengaibkan saya. Tapi sebagai seorang anak seni saya cuba untuk berfikir secara positif. Mungkin perkara ini ada hikmah disebaliknya dan label sebagai artis baru bermasalah akan cuba saya jauhi dimasa akan datang."
Pengakhiri perbualan, Waslie sekali lagi memaklumkan terpulang kepada orang diluar sana sama ada mahu mempercayai apa yang dikatanya mahu pun tidak. "Yang pasti ini memang bukan satu cerita fantasi rekaan saya sendiri untuk menonjolkan diri sebagai seorang pelakon baru. Ianya terjadi tanpa saya sedari dan saya akui ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan saya kepada penonton diluar sana."
AMPANG - Sepasang kekasih yang sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di sebuah rumah kedai, di sini, terkejut dengan kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam serbuan di kediaman berkenaan, awal pagi semalam.
Pasangan yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi setelah penguat kuasa menerima aduan mengenai pasangan tersebut di rumah itu sehingga menimbulkan keraguan penduduk.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika ditahan lelaki itu memberi alasan dia terpaksa mengikut teman wanitanya pulang ke rumah itu kerana keretanya rosak.
"Lelaki berkenaan turut memberi alasan tidak dapat pulang ke rumahnya di Kajang kerana tiada pengangkutan awam dan dia perlu hadir di tempat kerja pada awal pagi.
"Difahamkan bilik sewa itu milik rakan mereka dan rakannya tidak mengetahui kehadiran pasangan berkenaan," katanya.
Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang perempuan berbaju dan berseluar pendek membuka pintu.
"Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki hanya memakai seluar pendek sedang nyenyak dalam keadaan tertiarap atas katil," katanya.
Ahmad Nawi berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya.
Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Azizan Razak memang "hebat". Meskipun tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang genting bermasalah, dia masih lagi boleh berdiri "hebat" dan selamba menipu rakyat sekaligus menyembunyikan rahsia yang bukan lagi rahsia.
Sedang seluruh kakitangan KUIN berada di dalam kesulitan yang mengganggu dan menjejaskan kehidupan mereka, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah universiti di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah itu masih boleh memandang remeh permasalahan mereka.
"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," itu kata Azizan mengenai rintihan kakitangan KUIN yang menjadi sebahagian dari rakyat Kedah.
Sebetulnya, saya berada di perkarangan KUIN ketika demonstrasi diadakan di depan pejabat Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman. Saya pada mulanya berada di Alor Setar atas urusan rasmi sebelum diajak ke universiti itu apabila mendapat maklumat mengenainya.
Pada asalnya, kakitangan KUIN dijadualkan berdemonstrasi secara aman di situ pada jam 12.30 tengahari. Namun memandangkan hujan lebat yang turun tengahari itu, ia terpaksa ditunda kira-kira sejam kemudian.
Ketika hujan sudah reda dan renyai, maka hampir 200 kakitangan KUIN berhimpun di depan pejabat Jamil. Ketuanya, Ustaz Mohammad Azki. Ustaz Azki memulakan himpunan dengan laungan "Hidup! Hidup kebenaran! Hancur! Hancur! Hancur kezaliman!" dan kemudiannya diikuti dengan "takbirrr.!".
Gaya dan laungannya benar-benar seperti himpunan Bershit dan himpunan "katak hijau melompat ke jamban Putrajaya". Saya terdetik dihati, kemungkinan besar ustaz ini adalah "orang PAS"!
Ditengah kebasahan itu, Ustaz Azki membakar semangat kakitangan KUIN. Kemudian, pembesar suara diserahkan kepada seorang Ustazah yang merupakan salah seorang pensyarah di universiti itu.
Mereka mendedahkan bahawa dana kewangan KUIN sedang meruncing! Penubuhan anak-anak syarikat KUIN telah menyedut begitu banyak wang KUIN sehingga kedudukan kewangannya terjejas teruk. Mereka punya bukti untuk mendakwa sedemikian.
Akibat dari salahguna kuasa dan salah tadbir oleh Rektor dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarahnya, mereka membongkar mengenai permasalahan KUIN satu persatu sehingga menyebabkan universiti kebanggaan rakyat Kedah itu menghadapi krisis kewangan yang teruk.
Mereka mendakwa bahawa KUIN tidak menjelaskan pembayaran zakat mereka kepada Lembaga Zakat sejak bulan Mac dan tidak membuat bayaran kepada bank berhubung pinjaman sewabeli rumah dan kenderaan mereka.
Menurut mereka, gaji mereka sepatutnya dipotong oleh KUIN setiap bulan bagi menjelaskan bayaran zakat kepada Lembaga Zakat, sewabeli perumahan dan kenderaan kepada bank. Ini adalah kerana mereka membuat pembayaran-pembayaran tersebut melalui sistem potongan gaji.
Tapi sebenarnya KUIN tidak pun membuat bayaran tersebut dan kali terakhir pembayaran dibuat kepada Lembaga Zakat dan bank adalah pada bulan Februari, sedangkan gaji mereka terus menerus dipotong sehingga Jun!
Rentetan kegagalan KUIN menjelaskan bayaran tersebut, ramai dari kalangan kakitangannya yang menerima panggilan dari bank meminta mereka menjelaskan hutang tertunggak, malah lebih teruk ada kenderaan yang telah ditarik dan ada pula yang sudah meneriman surat saman dari bank!
Berdasarkan fakta, 6 orang kakitangan KUIN telah bertemu Azizan pada jam 8.50 malam pada 14 Mei lalu di kediamannya di Jalan Sultanah untuk menceritakan masalah KUIN dan rintihan hati mereka yang dizalimi pihak pengurusan tertinggi universiti itu.
Malah mereka juga pernah menyerahkan memorandum kepada Azizan melalui Exco Kerajaan Negeri, Taulan Rasul, pada 19 Jun. Kakitangan KUIN telah berusaha untuk bersemuka dan meminta penjelasan dari Rektornya bermula awal Mei dan sehingga kini Jamil masih "lari" enggan bersemuka.
Memandangkan tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan mereka, kakitangan KUIN terpaksa mengadu pada pihak polis. Laporan polis telah dibuat mengenai kezaliman dan penipuan KUIN tersebut.
Jadi, apa kena mengenanya isu KUIN dengan pilihanraya umum?
Sebetulnya, kakitangan KUIN boleh mengadu kepada biro aduan UMNO Kedah sekiranya mahu mempolitikkan isu ini. Namun mereka tidak memilih untuk berbuat demikian. Lagipun, kakitangan KUIN itu dikatakan rata-ratanya penyokong kuat PAS!
Sampai hati Azizan buat begini pada penyokong sendiri. Penat-penat mereka memberi undi untuk PAS pada PRU ke-12 dulu. Tapi inikah balasan Azizan kepada undi-undi mereka? Inikah contoh "Kedah Sejahtera" yang dilaung-laungkan Azizan selama ini?
Tahulah Jamil itu adalah rakan karibnya ketika sama-sama menjadi pensyarah dulu. Tapi, kalau Jamil tak reti mentadbir dan merosakkan KUIN, takkanlah mahu dibiarkan terus? Krisis kewangan KUIN tidak menjejaskan Jamil, tapi kakitangan KUIN yang menjadi mangsa.
Pertimbangkanlah Ustaz…ini semua untuk rakyat Kedah, kan? Fikir-fikirkanlah. Lagipun PRU pun sudah hampir. Takkanlah Ustaz nak hilang undi kerana Jamil? Atau Ustaz Azizan memang lebih sayangkan Jamil berbanding kehidupan 200 kakitangan KUIN?
Selepas menggemparkan negara dengan buku Seks Suci Islam, Kelab Taat Suami (KTS) kali ini tampil dengan satu lagi penerbitan berhubung seks yang dinamakan Risalah Roh Suci dan Seks Suci Islam.
Wakil penasihat KTS Fauziah Ariffin dalam satu sidang media hari ini berkata, penerbitan baru setebal 24 halaman itu khusus untuk bacaan orang ramai dan tidak terhad kepada ahlinya.
Menurut Fauziah, risalah itu menekankan tentang pentingnya seorang isteri untuk taat kepada suami kerana ia merupakan tuntutan agama yang diwajibkan Tuhan.
"Kita secara terus terang cerita bahawa seorang wanita sangat diminta Tuhan jadi isteri baik. Itu tuntutan Allah bukan suami yang tuntut pun.
"Itu yang menjadikan suami berpuas hati dan dapat halang suami daripada melakukan maksiat," kata Fauziah. Menurutnya lagi, manfaat daripada panduan ringkas dengan harga RM15 itu akan hanya dapat diperolehi jika pembaca menekuninya dengan fikiran yang terbuka.
"Kalau kita baca dengan fikiran terbuka tnpa prejudis, kita akan dapati ia sangat berguna untuk orang yg sudah berumahtangga," kata Fauziah.
Ketika ditanya tentang ketiadaan penerangan teknik seks di dalam panduan itu, Fauziah menegaskan ia hanya diajar kepada ahli-ahli kelab itu sahaja.
"Untuk ahli-ahli, kita ajarlah. Bagaimana nak hadapi suami, berpakaian, 'beraksi' dan sebagainya.
"Praktikal kalau tunjuk haram, kita menceritakan (tekniknya).
"Gambaran tak diceritakan secara lucah tapi untuk orang dah berkahwin itu fahamlah," katanya.
Beliau turut menegur kebanyakan perempuan Melayu yang menurutnya tidak menggunakan sepenuhnya institusi perkahwinan untuk meneroka hubungan seks suami isteri yang halal.
"Maaf cakaplah wanita-wanita Melayu ini ortodoks sedikit sedangkan Allah dah bagi halal," katanya.
Panduan itu dilancarkan bersempena sambutan Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) - sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.
Turut dilancarkan adalah empat lagi produk lain GISB iaitu akhbar Nur Muhammad, DVD teater umrah GISB, CD wawancara bekas isteri Ashaari Mohamad, Ummu Jah, serta kit profail syarikat GISB.
Tindakan KTS mempromosikan panduan seks sebelum ini menerima tindakan keras pihak berkuasa yang mengharamkan buku Seks Suci Islam dan membuat serbuan ke program yang mempromosikan buku berkenaan.
Dengan hanya 66 Kerusi Parlimen yang bakal ditandingi oleh PAS pada PRU13 akan datang, PAS sedang menepuk dahi sendiri kerana seluruh kuasa dan kekuasaan telah berpindah dari mulut PAS ke tangan DAP.
DAP ternyata begitu yakin, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini akan meletakkan mereka sebagai penguasa Kabinet Malaysia kalau tidak pun jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkan.
Di sebalik helah DAP yang mengatakan seandainya Pakatan Rakyat menang pada PRU13 kelak, jawatan Perdana Menteri akan diisi oleh Anwar Ibrahim, gerakan halus terus dijalankan bagi memastikan kuasa ultra-chauvinisme berkembang biak dengan pantas dan berakar umbi. Sokongan DAP kepada gerakan Asal Bukan UMNO begitu kukuh.
Pada masa yang sama, DAP sudah pun berjaya menguasai sebahagian besar pengundi-pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina dengan gambaran Utophia dan Shangri-La pentadbiran DAP terutama sekali di Pulau Pinang.
PAS dalam hal ini hanya mampu ternganga. Di sebalik laungan kononnya PAS akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Qisas, ternyata jumlah kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU13 akan datang sekadar membuktikan PAS hanyalah anjing sakit gigi yang melolong tetapi tidak menggigit.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di seluruh Malaysia dan terbaru, bakal berlangsung pada peringkat Wilayah Persekutuan serta dijangkakan lebih 20,000 akan hadir, tidak banyak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat serta pembahagian Kerusi seperti yang diinginkan oleh PAS.
PAS cuba mendapatkan 80 Kerusi untuk ditandingi namun DAP dan PKR menjadi penghalang utama Parti Islam SeMalaysia untuk tujuan berkenaan.
Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi.
Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri.
Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti.
Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza.
"Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.
Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya, Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum cukup meyakinkan FAM.
Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.
"Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan," jelas Soosay ketika dihubungi, semalam.
Amenoworld buat satu posting yang singkat akal untuk menunggu bloggers pro Umno membuat penafian mengenai gambar yang diletakkan.
Maka datang segerombolan ahli-ahlinya yang turut singkat akalnya untuk berfikir kerana seronok mengeluarkan kata-kata kesat dan nista pada posting tersebut.
Tujuan Amenoworld berbuat demikian memang sudah nyata untuk memfitnah, tetapi golongan-golongan selepas itu yang datang selepas itu, langsung tidak membaca entry tersebut, malah bergembira menghamburkan fitnah-fitnah tambahan...
Dasyat...dasyat...kalau korang benci membaca Roketkini.com, rasanya nak muntah kot kalau bukak blog tersebut...
Gambar yang Amenowrld letak adalah gambar lawatan DS Najib dan DS Rosmah melawat Presiden Cezch di ibukota. Maka tajuk yang sedemikianlah tertera.
Oleh kerana Amenworld dilahirkan oleh ibunya untuk menabur fitnah, maka beliau menuggu saat-saat yang sesuai ketika berita memaparkan gambar DS Rosmah bersama isteri Presiden.
Amenoworld kemudiaanya memekik-mekik memanggil gerombolan kepala taiknya untuk datang memberi komen dan posting fitnahnya yang terbaik dan terunggul. Maka mereka pun datang menyembah-nyembah fitnah yang dilemparkan oleh Amenoworld yang mengatakan TV3 mengesahkan DS Rosmah itu menjadi PM berdasarkan pada tajuk asal berita...
Sinikal bercampur baur fitnah. Amenoworld memang world!
Gambar yang ditunjukkan langsung takde pun gambar Presiden Cezch, dan perkara tersebut tidak dinyatakan kerana fitnah adalah kudapan harian beliau untuk menyara anak-anak buahnya di masa hadapan..
p/s: Harap-harap beliau tidaklah memberi punca rezeki dari berbloggin ini kepada orang tuanya, atau warisnya dikampung...
JURULATIH skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Ong Kim Swee menafikan beliau akan meletakkan jawatan dan menyifatkan berita yang timbul selepas kegagalan pasukannya di Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Yangon itu sekadar spekulasi.
Beliau yang terkejut dengan berita yang tersebar luas di laman sosial menyatakan mahu berehat seketika sebelum memikirkan hala tuju pasukan muda yang dibentuknya itu.
"Bagi saya berita itu tidak benar, ia hanyalah spekulasi. Buat masa ini saya mahu meluangkan masa bersama keluarga. Mungkin selepas dua tiga hari saya akan kembali merancang mengenai pasukan muda ini.
"Pasukan ini dibentuk untuk melayakkan diri ke Piala Asia tahun depan dan sasaran itu tidak berjaya, jadi saya perlu tahu apakah hala tuju pasukan selepas ini," katanya.
Malaysia gagal merebut slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-22 tahun depan selepas tewas 1-2 kepada Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G Selasa lalu. Myanmar yang menamatkan kempen di tangga kedua mengiringi juara kumpulan Korea Selatan ke pusingan seterusnya.
Ketika ditanya mengenai bantahan rasmi terhadap pasukan Myanmar kerana menurunkan pemain lebih umur, jurulatih berusia 41 tahun kelahiran Melaka itu menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membuat tindakan.
Laporan bantahan pertama sudah dihantar kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebaik tamat perlawanan dengan Myanmar namun FAM perlu membuat laporan bantahan rasmi kedua dalam tempoh 48 jam selepas tamat perlawanan itu.
Jika benar Kim Swee membuat tindakan drastik mahu melepaskan jawatan itu, ia satu kerugian besar buat negara memandangkan beliau dianggap 'pencari bakat' terbaik di kalangan jurulatih tempatan.
Selain membawa skuad Olimpik negara berada di kalangan 12 pasukan terbaik Asia apabila layak beraksi di peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London dan menjuarai pingat emas Sukan Sea tahun lalu, beliau juga berjaya mencungkil ramai bakat baru.
Kim Swee antara watak penting yang mengetengahkan Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada Sukan Sea sehingga berjaya mendapat kontrak bersama kelab Portugal SC Beira-Mar. Selain itu dua lagi pemain Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria bakal menjalani percubaan dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu dalam tempoh terdekat ini.
ZURICH - Penggunaan teknologi garisan gol akhirnya mendapat lampu hijau daripada Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) dan akan mula digunakan pada persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Susulan siri kontroversi dan polemik termasuk insiden membabitkan gol Frank Lampard ketika menentang Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2012 dan juga semasa Euro 2012 baru-baru ini, sukan bola sepak mengorak langkah untuk membawa perubahan - mengesan jaringan dengan tepat jika melibatkan kontroversi.
IFAB memberi kelulusan kepada penggunaan dua sistem iaitu Hawk-Eye dan GoalRef pada satu mesyuarat yang diadakan di sini, semalam.
Selain ketika persaingan EPL, pendekatan itu akan digunakan semasa kejohanan Piala Dunia Kelab Fifa Disember ini dan jika berjaya, akan diguna pakai oleh pertandingan Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014.
Dipetik BBC, EPL berkata, "Liga Perdana telah lama memperjuangkan teknologi garisan gol."
"Kami menyambut baik keputusan IFAB hari ini dan kami akan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua (penyedia sistem) Hawk-Eye dan GoalRef dalam waktu terdekat untuk memperkenalkan teknologi garisan gol dengan sebaik yang mungkin," katanya.
Setiausaha Agung FA Inggeris, Alex Horne berkata, terserah kepada EPL untuk memutuskan skala masa pelaksanaan pendekatan baru ini, yang dinanti-nantikan banyak pihak dengan perasaan bercampur aduk.
Sistem Hawk-Eye telah diuji di St Mary's Stadium milik Southampton pada Mei lalu.
IFAB menekankan bahawa teknologi itu tidak akan digunakan untuk membantu pengadil membuat sebarang keputusan lain ketika mengadili sesuatu perlawanan.
Isu gol kontroversi sekali lagi menjadi tumpuan ketika Euro 2012 yang berakhir awal minggu ini apabila Ukraine, tuan rumah bersama dinafikan gol penyamaan pada perlawanan ia ditewaskan oleh England 1-0.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Datuk Lajim Okin secara umumnya seorang pemimpin yang berpengaruh di Sabah. Pengaruhnya bukan sekadar terbatas kepada kaum Bisaya yang diketuainya atau di kawasan Beaufort yang diwakilinya, tetapi juga merentasi sempadan parti dan negeri.
Lajim seorang tokoh politik yang popular. Dalam UMNO, dia adalah Anggota Majlis Tertinggi selama dua penggal. Pada pemilihan lalu, Lajim mendapat undi yang ke 8 tertinggi. Maksudnya top ten leader dalam UMNO.
Dikalangan akar umbi, Datuk Lajim begitu dikenali dan disenangi kerana sifatnya yang pemurah dan cepat mesra. Di Kuala Lumpur, pejabat timbalan menterinya menjadi tempat kebajikan membantu rakyat yang bermasalah termasuk masalah peribadi.
Hampir setiap petang Lajim akan singgah di The Mall untuk bertemu dengan sesiapa sahaja. Tidak sombong dan sanggup lepak dengan aktivis dan para blogger yang kerap mengunjungi tempat itu.
Lajim tidak pernah kalah di kawasan yang ditandinginya atas kapasiti calon parti apa sekalipun dia bertanding.
Mula bertanding di kerusi DUN Klias atas tikit PBS pada tahun 1985. Beliau mempertahankan kerusi itu pada 1986, 1990 dan 1994.
Selepas PRN 1994, sejarah tercatat bila Lajim meninggalkan PBS dan menyertai UMNO. Tindakannya itu diikuti beberapa orang ADUN dari PBS termasuk Datuk Rubin Balang, Zaini Isa dan lain-lain. Kerajaan PBS akhirnya hilang majoriti kecil dalam DUN Sabah.
Selepas Datuk Musa dilantik Ketua Menteri Sabah pada 2003, nama Lajim tidak lagi disenaraikan sebagai calon Dewan Undangan Negeri pada 2004. Beliau diletakkan sebagai calon bertanding kerusi parlimen Beaufort. Kawasan itu dimenanginya dengan majoriti yang bertambah!
Senario politik Sabah mulai bercelaru pada PRU 2008, kabar-kabar angin bertiup kencang, Musa dengan sokongan KJ dan Rahman Dahlan bercadang menggugurkan beberapa tokoh yang menjadi saingan Musa Aman. Nama Datuk Osu Sukam, Datuk Seri Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin, Ghafur Salleh, Lajim Okin, Datu Amir Kahar dan beberapa nama yang berpengaruh di Sabah.
Bagaimanapun dua tokoh, Lajim dan Ghafur dicalonkan semula atas campurtangan Datuk Najib. Manakala nama-nama yang lain telah digugurkan last minute sebelum pengumuman calon dibuat Datuk Seri Abdullah Badawi.
Bertitik tolak daripada perancangan Musa Aman itu, hubungan kedua-dua mereka mulai tegang. Lajim tidak lagi percaya dengan Musa. Manakala adik Musa, Datuk Anifah Aman terus menggunakan akhbar miliknya New Sabah Times untuk memalukan Lajim.
Saya ingat dalam satu majlis di Keningau, akhbar Sabah Times tidak menyiarkan sepenuhnya foto yang disiarkan akhbar-akhbar lain. Gambar Lajim secara sengaja dipotong dengan hanya menampakkan bahunya sahaja.
Menurut seorang pemerhati, ramai pemimpin UMNO Sabah tidak sedar termasuk Musa Aman dan adik beradiknya. Jika bukan kerana tindakan Lajim berpindah parti pada 1994, Musa tidak akan jadi KM Sabah. Anifah tidak akan jadi Menteri Pusat. Yahaya dan Hajiji tidak akan menjadi menteri kabinet!
Jika sekalipun Lajim keluar dari UMNO puncanya ialah Musa Aman dan kaum kerabatnya bukan kerana perjuangan UMNO. Maka tidak timbul isu Lajim mengkhinati UMNO kerana Lajim tidak pernah mengkritik UMNO dan pucuk pimpinan tertinggi parti itu terutama Perdana Menteri.
Hanya satu sahaja Lajim tidak setuju iaitu cara politik Datuk Musa Aman, keluarga dan kroni-kroninya!
You are subscribed to email updates from MUSLI OLI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.
"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."
"Ha""ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"
"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.
"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.
"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, ""Terima Kasih Bang, datang lagi ya""…!"
Moral cerita Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.
Gambar sebenar budak perempuan berumur 12 tahun yang dicabul
Semalam Mc ada terbaca di FB Aktivis UMNO Pekan Naka mengenai seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang telah dicabul. Bila Mc berjumpa dan bertanya kepada beliau, beliau kata budak perempuan anak yatim itu dicabul oleh warden di Rumah Anak Yatim itu sendiri. Malah beliau kata, ini bukan kali pertama budak perempuan dirumah anak yatim itu dicabul, malah telah berkali-kali, namun mereka takut untuk membuat laporan polis.
Berita ini adalah perkara yang paling mengejutkan!! Kita harapkan mereka menjaga anak yatim dengan baik. Namun sesetengah binatang yang bertopengkan manusia ni, mengambil kesempatan dengan mencabul dan merosakkan kehormatan anak-anak yatim yang tidak berdosa.
Rumah Anak Yatim Baitul Ihsan adalah dibawah pengawasan kerajaan negeri Kedah. Namun banyak salahlaku dan penyelewengan didalamnya, tanpa pengetahuan dari kerajaan negeri. Mc tak tahulah mereka tahu atau tidak mengenai perkara ini, namun jika ia dibawah pengawasan dan seliaan kerajaan negeri, Mc anggap mereka tak tahu. Kalau mereka tahu mereka patut bertindak!
Apa yang menyedihkan Mc, apabila perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, malah pihak rumah anak yatim tersebut menuduh budak perempuan yang berumur 12 tahun itu GILA SEKS!! Apa punya bodoh alasan!! Budak berumur 12 Tahun GILA SEKS?? Akai ada ka? Kalau dia terangsang atau gila seks sekali pun, kita yang berakal, beragama dan berakhlak ni tolong la tunjukkan kejalan yang benar, bukannya pi tambah budak tu jadi lagi parah!!
Mc diberitahu, laporan POLIS telah dibuat oleh budak perempuan anak yatim yang dicabul. Kalau laporan POLIS telah dibuat, Mc harap POLIS bertindak cepat menahan pihak yang bertanggung jawab. Kalau polis taknak siasat mengenai perkara ini, Mc dan Team Media Kedah akan siasat dan bongkar perkara ini hingga kelubang cacing!!
Dengar kata ada cubaan untuk selesaikan perkara ini diluar. Jika itu berlaku, sampai ke KDN pun kami akan turun dan pergi untuk bawa perkara ini keatas. Warden yang dituduh mencabul itu perlu ditahan!! Rumah Anak Yatim terbabit perlu disiasat kerana bersuhabat menyembunyikan perkara ini.
Mencabul anak yatim bukan perkara remeh. Makan harta anak yatim pun berdosa besar.. apatah lagi mempergunakan mereka sebagai perkakas seks kepentingan diri.
McTheory: Harap lebai saja besar, nafsu mengalahkan binatang!!
Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.
Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).
Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.
Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.
Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.
Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.
YB Che Azmi Hussain merupakan Adun Bayu di Parlimen Baling dan merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Baling.
Baru-baru ini Team Media Kedah telah menemubual beliau di pejabatnya berkenaan isu pembalakan yang tidak terkawal berlaku di kawasan beliau iaitu Ladang Sejahtera Gunung Inas.
Beliau juga banyak menyimpan bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kedah menyalah guna kuasa dalam hal ini dan langsung tidak pedulikan akan kebajikan rakyat.
Hingga sekarang, projek pembalakan masih berjalan dan rakyat di sekitar Gunung Inas terseksa dengan kesan pembalakan terbabit.
Agaknya itulah Slogan Pas, Kedah sejahtera.. rakyat sengsara!!
Pengakuan Mat Sabu dalam ceramahnya di Kampung Bujang, Merbok ( Kedah ) mendedahkan bahawasanya Suaram merupakan alat propaganda Pakatan Rakyat dan bukannya satu badan NGO yang bergerak bebas.
Jika Suaram mengatakan mereka adalah satu badan NGO bebas, mengapa Suaram perlu berada bersama dengan orang yang mempunyai kepentingan politik dalam pakatan rakyat ?
Kepada yang tidak mengetahui fakta yang cuba di putar belit Suaram dan pakatan rakyat. sila baca fakta yang sebenar di sebalik isu kapal selam scorpene yang di gunakan untuk memburuk-burukan Najib.
Fakta yang cuba di putar belit Suaram dan pakatan rakyat
Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana 'mengesyaki' kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, "kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar."
Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan apa jua cara.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.
Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentang kan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyi kan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentang kan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.
Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 bilion.
Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.
Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.
Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.
Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu "kes ini spesifik kepada pemberian komisen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar"; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.
Secara dasarnya, Perimekar bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan berikut:
- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
- Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pangkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
- Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
- Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.
- Syarikat ini juga bertanggung jawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
- Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.
- Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?
Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Peri mekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urus niaga ini.
Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.
Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini berbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?
Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.
Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang.
Tudiaa.. tembelang dah pecah!! Surat ni Mc ambil dari FB geng Pas Kedah sendiri. Di mana geng yang anti pada maksiat. Kita ni walaupun berperang bagai nak rak dalam politik, tapi bab agama kita tetap sama. Makna kata surat ni didedahkan oleh cytroopers Pas yang masih lagi waras!
Exco lulus lesen pusat rawatan yang ada pelacur di dalamnya? Dulu menafikan lulus lesen tetapi lani siap ada tanda tangan exco yang lulus pusat pelacuran di dalam pusat rawatan..
Surat ini adalah permohonan bukak pusat urut di Sungai Petani yang kununnya buat rawatan kesihatan dan import pekerja dari China. Difahamkan pusat ini telah diluluskan oleh exco. Malah tandatangannya pun nampak jelas kat situ.
Herannya sebelum lulus, exco terbabit suruh pemohon jumpa dia dulu, pastu dah jumpa, exco tu sign kat bawah tu dengan ayat 'sila bantu'. Macam ada apa-apa kot ni. Siapa exco tu? cari sendiri lah. Nak pasti lagi meh baca surat kat bawah tu..
Nampak sangat exco yang dibawah MB Kedah ni saja buat pasal untuk orang maki MB Kedah. Dulu depa kata dah berdamai.. tapi dok nampak gaya perkara ni boleh buat exco tu dan MB Kedah perang balik. Betul la tekaan kita, depa damai hari tu pun berlakon saja. Sedangkan dibelakang, masih lagi dok tikam sama sendiri. Tambahan geng Anwarinas ni, lagi terer tikam belakang. Belajar dengan Anwar la katakan.. he he..
McTheory: Kesian Azizan.. dok kena pelingkup dengan Exco bawahnya sendiri..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan