Rabu, 13 Jun 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Isu Haji, Utusan Malaysia berbohong lagi

Posted: 12 Jun 2012 08:53 PM PDT

Semalam dilaporkan di dalam Utusan Malaysia bahawa Pas melalui Ketua Penerangannya, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengesa supaya ahlinya mengangguhkan haji semata-mata untuk menghadapi Pilihanraya ke 13.

Satu cubaan jahat Utusan yang mahu memperbodohkan rakyat. Utusan telah memutarbelitkan kata-kata tersebut. Dibawah adalah bukti yang jelas bahawa Utusan berbohong.


ini adalah laporan daripada  MediaSelangorKu yang mana menunjukkan Utusan bohong.

Tuan Ibrahim : Hanya Calon Dan Wakil Calon Diminta Tangguh Haji
SHAH ALAM, 12 JUN : PAS sekali lagi menegaskan hanya ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sahaja diminta untuk menangguh ibadah haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung pada tarikh tersebut.
Penangguhan itu tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.
Kenyataan yang disuarakan Tuan Ibrahim itu sekaligus menolak dakwaan media pro Umno-BN yang mengatakan kononnya tindakan parti itu adalah tidak berlandaskan Islam dan seolah-olah mempermainkan hukum agama.
"Kita minta hanya kepada calon sahaja. Ini bukan soal mempermainkan hukum Allah, tetapi bagi saya buat pilihan raya pada musim haji itu seolah-olah menunjukkan Kerajaan Pusat meletakkan rakyat dalam situasi serba salah.
"Kalau buat musim haji, kesannya cukup besar kepada rakyat. Kita harap kerajaan tidak buat (pilihan raya). Kalau hendak dibuat juga, ahli parti yang terlibat memang kita minta dia tangguh dahulu, bukan pengundi," katanya.
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.
Katanya, keputusan terhadap perkara itu bergantung kepada Kerajaan Pusat kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihan raya sebenar.
"Katakanlah kerajaan adakan pilihan raya pada waktu itu, dan calon tersebut namanya naik dan dalam waktu sama dipilih untuk pergi haji, dia tidak akan berada di situ sepanjang waktu berkempen.
"Haji sememangnya tidak boleh ditangguh, ibadah haji tetap berlaku. Cuma sekiranya kerajaan tetap mengadakan pilihan raya pada musim haji, mereka telah menafikan hak rakyat untuk keluar mengundi," ujarnya.
Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.
Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.
Beliau menegaskan,Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.
Jelas bahawa Utusan Berbohong. Boikot Utusan Malaysia. Surat Khabar Fitnah.

Tiada ulasan:

Pengikut