Isnin, 4 Jun 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 04 Jun 2012 03:27 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


USTAZ AZHAR IDRUS NAK ORANG PAS ROSAKKAN KERTAS UNDI PKR & DAP ??? Hmmm ... Menariks !!

Posted: 03 Jun 2012 07:01 AM PDT


UAI yang amat disanjungi geng Paih ...

Aku baru terbaca satu blog bebudak PAS di SINI.

Tajuknya WAJIB UNDI PARTI ISLAM : UAI.

Aku cuma nak petik sedikit ulasan dari blogger PAS tersebut ;
Apabila diajukan soalan parti manakah yang hendak diundi pada pilihanraya, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan tegas menyatakan "wajib mengundi parti Islam kerana parti lain tidak mahu melaksanakan undang- undang Islam".
Ni Sedutan Video Dia ...

Memang dah terbukti pun selama ini Ustaz Azhar Idrus tu sah-sah cukup anti UMNO/BN kerana secara realitinya UMNO/BN adalah musuh tradisi dalam politik PAS, itu normallah. Kalau anda mengikuti semua kuliah-kuliah dan ceramah Ustaz Azhar, memang dia tak sudah-sudah memaki hamun dan menuduh UMNO/BN tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam (kononnya).

Tetapi melihat kenyataan beliau di atas tu , yang beliau sebutkan di Stadium Darul Aman kelmarin, sempena program Hijau Ke Putrajaya (bagi aku ianya program PAS nak buat lawatan / rombongan Che Kiah sambil belajar ke Putrajaya aje la) adalah menggambarkan bahawa sesiapa yang mengundi DAP khasnya dan PKR amnya juga adalah BERDOSA kerana parti-parti itu terang-terang menolak undang-undang Islam !!

Jadi, jangan main-main dalam hal hukum. 

Ustaz Azhar Idrus dah meletakkan HUKUM WAJIB mengundi parti Islam KERANA PARTI LAIN TIDAK MAHU MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. Bagi aku ianya adalah DAP & PKR !!

Oleh yang demikian, kesimpulannya kepada semua penyokong PAS, demi menyahut saranan tok guru ngkorang Al Ustaz Azhar Idrus tu, silalah rosakkan kertas undi anda jika calon di kawasan anda diwakili oleh calon DAP dan PKR melawan BN ! ... ADA FAHAM ?


PAS SILA TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT KHASNYA DAP , DEMI PERJUANGAN ISLAM YANG SYUMUL , lu ada berrannnn ka ??? ....




AloQStaQ
03 JUN 2012
8:08 Mlm

anakbukitgantang says

Posted: 04 Jun 2012 03:24 AM PDT

anakbukitgantang says


Tadbir tak lurus Kelantan- Tak habis dengan skandal Thames water sekarang Rowstead pulak

Posted: 04 Jun 2012 01:58 AM PDT

Kita alu alukan Kerajaan Negeri Kelantan membina prasarana kepada rakyat.
Jajaran Lebuh raya akan melalui hutan simpan Hutan Lipur Bukit Barau. Kayu balak dalam hutan tersebut hanya dapat ditebang jika ada projek yang boleh memanfaat rakyat. Soalnya rakyat yang dapat manfaat atau ahli politik???
Cuma nak tanya kalau kerajaan negeri boleh bagi RM65,000 buat wat Siam kenapa tak bagi RM 65,000 untuk Pondok Berangan naiktaraf perigi air berlumut dan kemudahan lain-sementelah bantuan Kerajaan Pusat yang dijanjikan TS Muhyideen dipaksa tolak atas sebab politik tempoh hari? Baca anakbukitgantang  SINI
Kalau mengambil konsep negara Baldatun Toyyibatun iaitu negara yang aman dan barkah sepatutnya pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan harus ada sifat sifat kepimpinan Rasulullah SAW iaitu:
1- SIDDIQ (benar dan tidak menipu),
2-TABLIGH (menyampaikan dakwah Islamiyah) ,
3-AMANAH (boleh dipercayai)  dan
4-FATONAH  (Bijaksana)  dalam menjalankan pentadbiran Islamnya!.
Kerajaan PAS Kelantan maseh belum berjaya menjawab ke mana perginya wang RM 600 juta yang dipinjamkan kepada Kelantan untuk naiktaraf projek bekalan air paip. Kegagalan projek bekalan air Kelantan dan syarikat Thames yang terlibat boleh dirujuk di Utusan  SINI
Keseluruhan hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat ialah 1.112 Billion sejak tahun 2006-2010. Rujuk jadual 4.33 di Kickdefella  SINI   atau jadual yang sama di bawah:
Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

 

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999
.


Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri a.k.a Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.





Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan. Rujuk berita lanjut di Antara Pos  SINI   


Projek Lebuhraya Rakyat untuk rakyat sepatutnya tak membebankan rakyat kalau mengikut konsep Baldatun Toyyibatun. Pemimpin sesebuah negeri yang mengkredit diri mereka sebagai pemimpin Islam sewajarnya SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH dan FATONAH!

Atas sebab itu UMNO yang menerajui negara ini menjalankan ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni iaitu mengutamakan pentadbiran yang CEKAP bagi memastikan negara berkebajikan kepada rakyatnya-itu salah satu syarat untuk menuju Baldatun Toyyibatun! Baca anakbukitgantang  Ijtihad    dan Baldatun Toyyibatun 

RIDHUAN TEE

Posted: 04 Jun 2012 03:22 AM PDT

RIDHUAN TEE


Membaca permainan politik ultra kiasu

Posted: 03 Jun 2012 07:47 AM PDT


(Sinar Harian 4 Jun 2012)

Perbincangan mengenai PerdanaMenteri (PM) bukan Melayu masih hangat. Pengerusi parti ultra kiasu menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. Walaupun agak mustahil, semangat ultra kiasunya tidak pernah luntur. Saya memuji sikap seperti ini. Tetap pendirian dan tidak pernah berputus asa. Adakah sikap ini ada pada kita? Wahai umatku ambillah iktibar.

Lanjutan itu, presiden parti ultra kiasu parti komponen Barisan Nasional (ultra kiasu dalam) mencabar ultra kiasu sebenar (luar) dengan berkata, sekiranya pemimpin ultra kiasu 'potong' (masuk Islam) sekalipun, beliau tidak akan dapat menjadi PM. Nampaknya pandangan ultra kiasu dalam ini lebih ekstrem daripada ultra kiasu sebenar. Menggunakan istilah 'potong' dan memandang rendah terhadap mereka yang memeluk Islam adalah satu penghinaan.

Saya fikir orang Melayu tidak ada masalah untuk menerima mereka yang baru 'potong' jika 'sipotong' ini memahami sejarah dan biasa dengan cara hidup Melayu. Mengikut pengalaman saya, mereka yang diistilahkan 'potong' ini mudah mengadaptasikan cara hidup mereka dengan perkitaran seperti mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu sebagai mana termaktub dalam perlembagaan maksud Melayu itu sendiri, Perkara 160 (2). Walaupun mereka boleh menjadi 'Melayu' tetapi rata-rata mereka tidak mahu menjadi Melayu.

Yang menjadi masalah dengan kedua-dua ultra kiasu ini adalah, mereka langsung tidak mahu dikaitkan dengan Melayu (Islam). Memakai baju Melayu dan bersongkok adalah haram bagi mereka. Mereka lebih suka memakai pakaian barat seperti jacket, tie dan sebagainya. Mereka sanggup mendedahkan apa jua bahagian yang tersurat dan tersirat, asal tidak memakai baju kurung atau dikaitkan dengan apa jua berkaitan Melayu. Pendek kata, menjadi Melayu walaupun seketika  adalah soi (istilah hokkien) bermakna sial, sebab low class.

Maka tidak hairanlah jika ada perancangan, memastikan orang Melayu ini tidak ke mana-mana. Pastikan Melayu tidak maju. Jika orang Melayu sudah pandai berjalan, pastikan orang lain sudah boleh berlari. Maka tidak hairanlah jika rasuah terus berleluasa. Ultra kiasu akan terus menyuap orang Melayu dengan wang haram seperti rasuah, supaya Melayu menjadi malas dan mengamalkan cara hidup mewah (kaya) seketika dengan jalan pintas.

Apabila perkara ini sudah menjadi budaya, maka hancurlah Melayu satu masa nanti. Saya harapkan orang Melayu sedar akan perancangan ini. Jika tidak, mereka akan merana di bumi sendiri. Sebab itulah saya mengingatkan kepada Melayu yang berkuasa, polis, kastam, penguatkuasa dan sebagainya. Jangan mudah terpedaya dengan rasuah yang nikmatnya hanya seketika. Tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah, mercun, arak, judi, kelab malam, pelacuran dan sebagainya.

Rata-rata kita  lihat, penangkapan hanya dibuat sekali sekala dengan publisiti diberikan besar-besaran akan kejayaan menumpaskan sindiket itu dan ini. Sedangkan yang dilepaskan begitu banyak setelah dirasuahkan. Misalnya, bila penyeludupan dadah itu dilepaskan, siapakah yang menjadi mangsa. Sudah tentu orang Melayu. Lihatlah sendiri statistik penagihan dadah di negara kita, siapakah jaguhnya? Jumlah yang dirasuahkan sudah tentu tidak setimpal dengan keuntungan berkali lipat dengan terlepas mereka itu melalui perniagaan haram itu. Kita yang dirasuahkan hanya kaya seminggu atau sebulan, tetapi mereka yang dilepaskan kaya seumur hidup hingga beberapa generasi.  

Beginilah bijaknya ultra kiasu-ultra kiasu luar dan dalam (Lim dan Chua) berstrategi untuk mencapai matlamat mereka. Nampak bergaduh, tetapi bersatu dalam senyap. Saya melihat pertikaian antara kedua-dua ultra kiasu hanyalah  lakonan. Matlamat sebenarnya adalah untuk memberikan mesej kepada Umno dan mereka yang berkuasa. Bila mana Umno melihat ia sebagai satu ancaman, maka Umno mulalah memberi. Pemberian Umno itulah kemenangan kepada kedua-dua ultra kiasu ini.

Pemimpin ultra kiasu dalam mencabar parti ultra kiasu luar dengan mengemukakan persoalan adakah mereka akan melantik bukan Melayu memegang jawatan Menteri Kewangan, Pertahanan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pelajaran sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat? Untuk siapakah mesej ini. Perkara ini bukan baru. Ia telah dibangkitkan sekian lama.

Sudah tentu isu-isu yang didebatkan perlu diambil perhatian oleh kerajaan, tidak kiralah siapapun menang. Kerana mereka tahu kerajaan sekarang dalam keadaan terdesak. Mengimbau kembali perdebatan sebelum ini, isunya berkisar kepada isu pendidikan. Saya yakin selepas ini isu masih sama, cuma ia akan ditambah dengan perjawatan dalam kabinet.  Perjawatan tersebut melibatkan lebih banyak kuasa. 

Saya amat mengharapkan debat kali ini akan berlangsung dalam bahasa Melayu berbanding bahasa ibunda. Paling tidakpun menggunakan bahasa Inggeris supaya semua rakyat Malaysia boleh memahaminya. Apatah lagi kedua mereka bukanlah produk SJKC. Apa masalahnya menggunakan bahasa Melayu?  

Semua sedia maklum bahawa jawatan-jawatan penting kabinet di atas, telah disandang oleh orang Islam sejak sekian lama, walaupun tidak dinafikan beberapa jawatan tersebut ada disandang bukan Melayu selepas merdeka. Mesej semua ultra kiasu ini adalah, adakah kerajaan akan memberikan posisi jawatan strategi ini kepada mereka melalui permainan politik ini?

Umum mengetahui bahawa majoriti kerusi parlimen di Malaysia adalah dimenangi oleh Umno dan parti bumiputera yang lain. Sepatutnya Umnolah yang menguasai majoriti kerusi kabinet. Tetapi kerusi menteri dan timbalan menteri tetap diberikan kepada bukan Melayu berasaskan kepada kuota.

Sedangkan kita tahu kerusi yang dimenangi bukan Melayu komponen BN ditandingi dalam kawasan majoriti Melayu. Di Kawasan majoriti Cina, parti ultra kiasu akan menang dengan majoriti besar. Maknanya kemenangan parti komponen BN adalah undi ihsan orang Melayu. Sepatutnya, mereka lebih turut memperjuangkan sedikit agenda Melayu. Ini tidak, mereka menjadi juara ultra kiasu. Agenda bangsa menjadi agenda utama. Bacalah permainan licik ultra kiasu.


Politik Harian

Posted: 04 Jun 2012 03:11 AM PDT

Politik Harian


BN Youth Volunteers 2012- A Masej From KJ @bnyv2012

Posted: 03 Jun 2012 05:34 AM PDT






Adakah anda BN Volunteers Sila like page http://www.facebook.com/bnyv2012 atau Twitter : @bnyv2012 untuk mengikuti maklumat terkini BNYV2012!

Peace Yoo!!!

bumiyang

Posted: 04 Jun 2012 03:07 AM PDT

PANEH MIANG

Posted: 04 Jun 2012 01:34 AM PDT

PANEH MIANG


InsyaAllah...

Posted: 03 Jun 2012 08:22 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 04 Jun 2012 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


Antara Pecacai dan Pemimpin Pas

Posted: 03 Jun 2012 04:43 PM PDT

Kasta tinggi
Pecacai dari kasta rendah


Parti sesat Pas sememangnya mempunyai dua kasta yang cukup ketara. Pemimpin Pas dan anak menantu menjadi golongan kasta atasan dan diberi kedudukan yang cukup tinggi. Ini terbukti bagaimana Pas melayan Nik Abduh dan Al menantuya.

Pemimpin makan macam raja, pecacai togok air sejuk

Berhimpit jantan betina pun syok juga
Pecacai Pas dari kalangan marhaen pula boleh lah dianggap kasta paling terbawah dan tidak layak duduk di atas kerusi, sebaliknya hanya layak bersila dan berlapik plastik sahaja.

Pembangkang Lancar Perang Psikologi Kerana Sedar Mereka Tak Akan Menang

Posted: 03 Jun 2012 04:04 PM PDT


Pihak pembangkang sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) cara ala "Arab Spring", kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka kini kian meleset, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini kerana pembangkang juga sedar adalah sukar bagi mereka untuk memenangi PRU ke-13 secara demografi.

Katanya pada masa yang sama, jangkaan mereka bahawa BN akan terus lemah selepas PRU-12 ternyata merosot sama sekali, kerana BN kini sudah kembali kuat, kukuh dan bersatu.

"Ini mungkin merupakan satu perang psikologi besar yang dibuat untuk memanipulasi pemikiran rakyat bahawa apabila kerajaan BN menang (dalam PRU ke-13), kerana mereka tahu mereka susah mahu tumbangkan BN secara demografi, ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan isytihar kemenangan itu adalah tidak sah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan jentera pilihan raya BN Bahagian Wilayah Persekutuan. Perhimpunan seramai 5,000 anggota dan ketua-ketua komponen-komponen parti BN itu turut dihadiri oleh badan dan persatuan yang menyokong BN.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya baru-baru ini yang mengatakan bahawa pembangkang sengaja mahu menanam persepsi buruk terhadap kerajaan BN dan melaksanakan taktik untuk menunjukkan kerajaan BN zalim dan menindas rakyat seperti dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan mendakwa sistem pilihan raya negara adalah tidak adil.

Muhyiddin juga menyoal motif pembangkang yang terus menuntut dan mendakwa yang kononnya yang masih tidak berpuas hati dan mahu "membersihkan" system pilihan raya di negara ini, walaupun insiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengkaji semula dan menambahbaik sistem tersebut.

Katanya, ini semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa untuk menidakkan kesahihan keputusan PRU ke-13 nanti.

Katanya, beliau juga sedar taktik sedemikian yang diguna oleh pembangkang dan kerajaan akan berusaha untuk menangkisnya, termasuk membuat penjelasan dan penerangan kepada rakyat di semua peringkat.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, beliau optimistik bahawa prestasi pilihan raya BN di Wilayah Persekutan akan lebih baik daripada tahun 2008.

Katanya pelbagai program transformasi dan inisiatif berterusan kerajaan untuk membantu menambahbaik kehidupan rakyat yang dilaksanakan telah menambat hati rakyat dan mereka bersedia untuk kembali menyokong BN.

"Ini merupakan faktor-faktor tambahan yang telah memberi kelebihan kepada kita dan telah membawa keyakinan baru kepada rakyat," katanya.

BN cuma menang tiga daripada 12 kerusi Parlimen di kawasan Wilayah Persekutuan pada PRU ke-12 iaitu di Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin meminta semua anggota BN untuk sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kerap turun padang bagi membantu rakyat jelata dan bukannya hanya menunggu untuk berbuat demikian pada waktu dekat-dekat dengan pilihan raya.

"Bubar tak bubar kita dalam BN akan akan terus bekerja, jangan berhenti. Kita jumpa dengan pengundi beritahu mereka, pujuk mereka, rayu mereka tolong kita dan kita akan tolong mereka dengan lebih besar lagi," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya tidak merasa selesa atau terlalu yakin dengan keadaan pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai bercelaru ketika ini.

Katanya, jentera pilihan raya BN itu sendiri juga perlu yakin dengan parti sendiri jika ingin meraih sokongan dan keyakinan daripada orang ramai khususnya pengundi.

"Jangan bila orang tanya, soal macam-macam kita jawab tak tahu. Kita sebagai jentera mesti tahu, kerana apa kita kata, apa kita buat, apa kita tak buat semua akan dinilai oleh pengundi," katanya.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh program "Himpunan Hijau ke Putrajaya" yang dianjurkan pembangkang semalam dan secara berseloroh berkata beliau menyambut baik "inisiatif" pembangkang itu untuk menghijau dan menanam lebih banyak pokok di Putrajaya.

Bagaimanapun, dalam nada serius beliau berkata program itu jelas menunjukkan bahawa pembangkang semakin tidak yakin dengan kekuatan mereka yang kononnya mahu menawan Putrajaya kerana sebelum ini pun mereka pernah lantang melaungkan 'road to Putrajaya'. "Sokongan kepada BN sekarang di seluruh negara semakin kuat dan pembangkang gemuruh," katanya

BAHANG PRU 13 : Akhirnya Nik Aziz MENGAKU PAS Memudaratkan Islam

Posted: 03 Jun 2012 03:32 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 04 Jun 2012 01:02 AM PDT

Sahabat-Gunung


Air Isu Penting Rakyat Selangor, Tapi MB Politikkan Isu Ini ....

Posted: 04 Jun 2012 12:40 AM PDT

Shah Alam, 4 Mac - Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed menegaskan isu air yang dibangkitkan sebelum ini merupakan isu penting dan melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang.

 "Saya telah mengingatkan kepimpinan Kerajaan Selangor terutamanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa isu air merupakan perkara penting melibatkan rakyat Selangor dan tidak wajar dipolitikkan. Namun, perkara sepenting itu dibuat main-main oleh MB malah lebih sedih isu ini sengaka dipolitikkan demi kepentingan politik sempat kerajaan Pakatan di Selangor," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media sebentar tadi.

 Tambahnya, fakta yang diutarakan BN Selangor sebelum ini pun tidak dijawab secara konkrit oleh pihak kerajaan negeri, malah beliau dengan angkuh menyangkal segala dakwaan berdasarkan fakta-fakta yang mengelirukan demi tujuan politik semata-mata. Kepentingan rakyat Selangor yang memerlukan air bersih dan terawat tidak langsung ditangani dengan baik.

 "Menteri Besar dengan sambil lewa mengakui bahawa sumber air mentah di Selangor adalah melebihi 100%. Ini adalah berdasarkan kepada jumlah air mentah yang berada di empangan di negeri Selangor. Ingin saya nyataka bahawa air terawat yang digunakan rakyat Selangor adalah daripada air sungai dan bukannya air empangan. Air dari empangan hanya akan disalirkan ke sungai-sungai apabila paras air sungai adalah rendah. Keduanya, loji merawat air yang ada sekarang sudah tidak mampu untuk menghasilkan air terawat jika dibandingkan dengan 'demand' yang semakin meningkat. Dalam masa yang sama, ada loji terawat yang sudah mencapai tahap maksima penghasilan air (overload) dan ada loji yang mampu merawat tetapi tidak mempunyai sistem pengagihan air yang dapat menyalurkan air kepada pengguna," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor. Tambahnya, jawapan dangkal lain yang diberikan oleh Menteri Besar terhadap kenyataannya bahawa reserve air hanyalah sekitar 2.4% sahaja iaitu penggunaan Non-Revenue Water (NRW) yang tinggi sekitar 30%. Menteri Besar dengan sambil lewa mencadangkan bahawa jika NRW ini diturunkan sehingga 20%, maka masalah reserve air yang rendah tidak wujud lagi. "Suka saya nyatakan di sini bahawa, masalah NRW yang tinggi adalah atas tanggungjawab kerajaan negeri sendiri. Untuk makluman semua pihak, sejak pengambilalihan oleh syarikat konsesi dalam menguruskan pengagihan air pada tahun 2005, NRW adalah setinggi 42.78%," ujarnya lagi.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 03 Jun 2012 11:40 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Zul Nordin Dedahkan Perancangan Anwar Pada Malam Keputusan PRU 13.

Posted: 03 Jun 2012 07:00 PM PDT


Zul nordin dedahkan perancangan jahat anwar pada malam keputusan pru 13 sekiranya pakatan haram gagal mempertahankan negeri selangor, kelantan, kedah dan gagal menumbangkan barisan nasional.

Pesara Polis Zaman Darurat Kata Mat Sabu Bodoh...

Posted: 03 Jun 2012 06:00 AM PDT

Pesara polis dari unit jungle squad dan special constable yang menentang komunis di zaman darurat dulu menyatakan rasa tidak puas hati dan kesal mereka terhadap kenyataan mat sabu yang mengangkat komunis sebagai hero negara.

Mereka menyifatkan mat sabu bodoh dan buta sejarah, segala pengorbanan mereka menentang penganas komunis cuba di pandamkan oleh mat sabu.

Petang tadi kira-kira 60 orang pesara polis yang pernah bertugas sewaktu darurat di raikan oleh bn selangor, mereka juga menerima sumbangan dari dari bn selangor bagi menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sumbangan di sampaikan oleh datuk ir zin mohamad, koodinator bn selangor.














The Unspinners

Posted: 03 Jun 2012 11:31 PM PDT

The Unspinners


Analisa Perhimpunan PAS di Alor Setar

Posted: 03 Jun 2012 11:30 PM PDT

Penutup: Kenapa kita menentang PAS?

Posted: 03 Jun 2012 08:30 PM PDT

Bhg 6: Penyelewengan Akhlak

Posted: 03 Jun 2012 05:22 PM PDT

Bhg 5: Penyelewengan Syariat

Posted: 03 Jun 2012 08:00 AM PDT

Bhg 4: Penyelewengan Akidah

Posted: 03 Jun 2012 05:29 AM PDT

Bhg 3: Bertopeng Islam, Merosakkan Akidah

Posted: 03 Jun 2012 02:00 AM PDT

Bhg 2: Sikap Extremis ala Khawatif

Posted: 03 Jun 2012 12:00 AM PDT

AZLI SHUKRI

Posted: 03 Jun 2012 11:26 PM PDT

AZLI SHUKRI


Gelora Tivoli Villa Semakin Terbongkar!

Posted: 03 Jun 2012 08:45 PM PDT

Berikut didedahkan satu kenyataan pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dalam kes saman tuduhan biseksual yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :

Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato' Seri Anwar Ibrahim vs Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri menang kes tersebut dan Anwar telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual. Bermakna sebelum Nalla menuduh 'Anwar seorang biseksual' dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum.

Latar belakang

Nalla adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation. Datuk TK Lim adalah majikan kepada Nalla. Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim. Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan Anwar dengan Nalla telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu. Anwar adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.

Shamsidar Taharin

Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR. Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.

Hampir setiap kali, Anwar perlukan Shamsidar, Anwar akan mengarahkan Nalla untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar juga turut berada dalam kereta itu. Dalam satu kejadian Nalla dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa.

Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal. Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh Nalla. Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nalla juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa. Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.

Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun

Ismail, lelaki yang bekerja mendapat bayaran sekitar RM200 hingga RM300 setiap kali selepas melakukan aktiviti seks dengan Anwar. Aktiviti seks dengan Ismail dilakukan di Tivoli Villa dan di rumah kediaman rasmi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Dalam satu kejadian, Nalla secara tidak sengaja dapat melihat Anwar melakukan hubungan seks dengan Ismail ketika membuka pintu di Tivoli Villa, Padang Tennis Bangsar.

Selain itu, Nalla turut membongkar kisah seks Anwar bersama Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Hairany Mat Nafees dan Rashid. Kes Saman RM60 Juta Duit Magnum Bukti Persahabatan Anwar – Nalla Sumber: AIDC

Rabu Ini Kebenaran Akan Muncul Juga!

Posted: 03 Jun 2012 07:32 PM PDT

Rabu ini InsyaAllah akan terjawab segalanya, propaganda, provokasi dan penipuan fakta pembangkang, khususnya yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada media asing dan rakyat di negara ini. Baca berita ringkas di bawah : 

KLUANG: Orang ramai boleh menonton visual perhimpunan BERSIH 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai Rabu ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata rakaman visual itu sudah siap dan akan dimuat naik ke laman web kementerian untuk dinilai sendiri orang ramai.

"Niat kita supaya masyarakat dapat membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif lebih luas. Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media. - Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) "Sekarang kita terbuka mahu rakyat membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit yang menjurus kepada perhitungan tertentu," katanya selepas melancarkan buku Antara Kasih dan Naungan: Program Dian Desa Perkampungan Orang Asli Parlimen Sembrong di Sekolah Rendah Ladang Mutiara, Kahang dekat sini, semalam. Ditanya sama ada kementeriannya bersedia berdepan pihak yang akan mempertikai kesahihan video itu, Hishammuddin berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan."Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media," katanya.

APANAMA

Posted: 03 Jun 2012 11:20 PM PDT

APANAMA


With HOPE from Brunei

Posted: 03 Jun 2012 09:32 PM PDT

Belantan

Posted: 03 Jun 2012 11:20 PM PDT

Belantan


Loceng amaran Muhyiddin kepada komponen BN?

Posted: 03 Jun 2012 10:18 PM PDT




Dua bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN. Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya. Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh lepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali. Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

Suara Politik
Taminsari

MB Khalid Sampah Selangor!

Posted: 03 Jun 2012 11:23 AM PDT



Di simpang tiga Gombak, Selangor menghala jalan lama ke Karak, terdapat sepanduk yang tertera: ''Bersihkan sampah di tempat kami dulu, baru cerita pasal Bersih 3.0.''

Sepanduk itu dipasang oleh para penduduk yang kecewa dengan pengurusan sampah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ungkapan tersebut jelas bernada sinikal kepada pakatan pembangkang yang ghairah menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 tetapi gagal menangani isu pokok melibatkan kepentingan rakyat.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, di banyak kawasan di seluruh pelosok Selangor, penduduk bangkit membantah kerajaan negeri kerana masalah sampah.


Longgokan sampah yang berhari-hari tidak dipungut, bau busuk dan pemandangan yang menyakitkan mata - sudah menjadi wajah Selangor. Sayang sekali, dulu negeri tersebut dikagumi kerana kebersihan tetapi kini tidak lagi. Ia seperti berundur 20 tahun ke belakang.

Kegagalan pengurusan sampah di Selangor yang turut melimpah ke saliran seperti longkang mengakibatkan semakin kerap berlaku banjir kilat di daerah yang selama ini sukar dinaiki air seperti Kajang dan Kelang.

Malah ia menjadi isu kesihatan yang membimbangkan. Terdapat lebih 4,000 kes denggi di Selangor sehingga pertengahan Mei, meningkat sekali ganda dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Kalau sampah tidak mampu diuruskan dengan cekap, bagaimana mahu mentadbir negara?

Suara Politik
Taminsari

Di manakah keberanian 'ayam sabung' pembangkang?

Posted: 03 Jun 2012 01:42 AM PDT



Dalam pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas masing-masing mempunyai 'ayam sabung' yang akan terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bagi menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja ceramah-ceramah melibatkan 'ayam-ayam sabung' itu di seluruh negara. Tuduhan amalan rasuah dan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh UMNO dan BN sentiasa menjadi modal ceramah mereka.

Penulis tidak berhasrat menyebut nama-nama 'ayam-ayam sabung' ini kerana semua orang mengetahui siapa mereka yang kononnya bertindak sebagai pejuang menegakkan kebenaran, menghapuskan ketidakadilan dan mahu mewujudkan sebuah pentadbiran negara yang bersih.

Kalau mendengar hujah-hujah mereka di pentas ceramah, seolah-olah UMNO dan BN lah parti yang paling korup dalam dunia serta setiap hari menyeleweng wang rakyat.

Apabila ada isu-isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, 'ayam-ayam sabung' ini akan berkokok kuat mendesak supaya siasatan rapi dijalankan, suruhanjaya diraja ditubuhkan dan pemimpin terlibat didesak meletakkan jawatan atau bercuti sehingga siasatan selesai.

Walaupun ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu hanya rekaan politik semata-mata namun 'ayam-ayam sabung' ini akan berkepak membuat pelbagai andaian, tuduhan dan fitnah.

Bagi mereka, sama ada tuduhan dan dakwaan itu benar atau tidak ia soal kedua, apa yang paling penting ialah berusaha membangkitkan persepsi buruk rakyat terhadap pemimpin-pemimpin BN dan sekali gus akan memberi keuntungan politik kepada mereka.

Tetapi kita berasa hairan apabila 'ayam-ayam sabung' ini bagaikan bak kata orang ayam berak kapur apabila ada isu melibatkan pemimpin-pemimpin kanan mereka sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun akan keluar dari mulut mereka bagi mendesak siasatan yang telus dan adil dijalankan. Sebaliknya, mereka akan lebih selesa untuk menganggap semua tuduhan dan dakwaan ke atas pemimpin mereka hanyalah mainan politik serta konspirasi UMNO dan BN.

Bagi 'ayam-ayam sabung' ini pemimpin-pemimpin mereka bersih dan suci dari noda dan dosa serta tidak akan melakukan sebarang penyelewengan mahupun salah laku moral.

Walaupun bukti-bukti yang ditampilkan terhadap dakwaan-dakwaan itu cukup kukuh dan mampu mendorong kepada satu siasatan rapi dijalankan tetapi 'ayam-ayam sabung' pembangkang ini hilang keberanian.

Mereka akan berusaha mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka yang didakwa melakukan perbuatan itu bermati-matian.

Ternyata sekali keberanian 'ayam-ayam sabung' tersebut ada batasnya dan segala-galanya bukan berlandaskan kepada perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran apatah lagi memperjuangkan hak rakyat.

Sebaliknya, apa yang mereka lakukan hanyalah untuk mencari keuntungan politik dengan cara memburuk-burukkan parti lawan mereka. Kalau mereka benar-benar berjuang untuk rakyat dengan cara berusaha menghapuskan segala penyelewengan dan salah laku sudah pasti pemimpin mereka juga tidak akan terlepas menjadi sasaran.

Namun semua orang tahu mainan politik 'ayam-ayam sabung' ini yang sejak kebelakangan ini semakin ghairah membangkitkan satu demi satu isu semata-mata untuk memburukkan apa juga usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Selain itu, mereka juga berusaha melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas pemimpin-pemimpin parti itu berdasarkan kepada maklumat separuh masak.

Walaupun akhirnya apa yang mereka dakwa itu tidak benar, tiada sedikit pun keinsafan kepada diri mereka untuk memohon maaf kepada individu terlibat, sebaliknya mereka akan terus mencanangkan isu yang sama.

Adalah sesuatu yang malang apabila, ada antara 'ayam-ayam sabung' ini mewakili parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sanggup melakukan tohmahan, fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.

Kalau benar mereka pemimpin Islam kenapakah layanan yang sama tidak diberikan kepada pemimpin-pemimpin sekutu mereka yang didakwa terlibat dalam penyelewengan, rasuah dan salah laku moral. Kenapakah mereka tidak mahu memegang yang hak itu hak, yang batil itu batil?

Terbuktilah sudah 'ayam-ayam sabung' di dalam pakatan pembangkang ini, hakikatnya hanyalah penghibur di pentas-pentas ceramah dan ada antara mereka pula lebih bertindak sebagai 'badut' dengan membuat lawak-lawak memperlekehkan pemimpin-pemimpin BN sambil disulami dengan tohmahan dan fitnah.

Justeru tidak salah kita mencabar dan bertanya kepada 'ayam-ayam sabung' ini, apakah mereka benar-benar memahami erti kebenaran dan menegakkan keadilan.

Persoalan ini dilontarkan kerana 'ayam-ayam sabung' bersikap memilih berbulu, bertindak 'double standard' dan hipokrit apabila mendiamkan sahaja isu melibatkan pemimpin-pemimpin mereka.

Namun dalam masa yang sama mereka harus ingat bahawa dunia sudah berubah, pemikiran politik rakyat juga yang sudah berkembang. Mungkin bagi penyokong tegar pembangkang, apa pun yang dikatakan oleh 'ayam-ayam sabung' ini akan disokong tetapi sikap itu tidak akan wujud di kalangan rakyat yang mahu berfikir dan mencari kebenaran di sebalik segala tohmahan, fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin BN.

Malahan akan ada di kalangan rakyat mempersoalkan, apakah hanya dakwaan penyalah gunaan dan salah laku pemimpin BN sahaja harus dijaja sedangkan perbuatan lebih buruk lagi yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang hanya berdiam begitu sahaja.

Justeru ingatlah kebenaran tetap akan menumpaskan kebatilan dan ketika itu semua pihak akan memahami bagaimana 'ayam-ayam sabung' pembangkang ini, hanyalah 'berkokok' kuat tetapi ekor sendiri berlumuran najis yang memualkan!-UMO

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 03 Jun 2012 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR! Gambar Dato' Eskay Terkena Penyakit Misteri (Busung)!!?

Posted: 03 Jun 2012 09:51 PM PDT

Penyakit busung

MyMassa dapat gambar dari kiriman e-mail. Pengirim memaklumkan dia pernah menghadiri program Dato' Eskay. Menurut pengirim e-mail, gambar ini telah lama berada dalam simpanannya. Cuma dia baru perasan bila belek-belek folder gambar miliknya. Inilah gambar yang dikirimkan kepada MyMassa.

 
Pelik bukan kenapa MyMassa kata Dato' Eskay kena penyakit busung. Dalam gambar di atas nampak perut Dato' Eskay normal, tidak membuncit pun. Gambar yang menunjukkan Dato' Eskay kena penyakit busung adalah gambar yang ini.

Berbeza sungguh perut Dato' Eskay dalam gambar biasa dan dalam video skandal Anwar Ibrahim. Perutnya dalam video tersebut terlampau besar seolah-olah kena penyakit busung. Sebenarnya, itu adalah kesan kamera CCTV yang digunakan telah menyebabkan objek yang dekat kelihatan cembung. Sebab itulah juga perut Anwar Ibrahim juga kelihatan buncit dalam video tersebut.

Bila MyMassa baca kenyataan Johari Abdul yang dia menolak individu dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim kerana faktor perut dan punggung memang tak kena sebab Dato' Eskay pun nampak buncit tetapi hakikatnya tidak.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul, pimpinan KEADILAN yang 'dijemput' melihat rakaman pita seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar.
Ketika membuat pendedahan itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi, Johari berkata beliau yakin mengenai perkara itu berdasarkan beberapa faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat. Menurut Johari, selepas mengadakan pertemuan tersebut, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa ahli parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video berkenaan dan bertemu Rahim Tamby Chik.
http://www.harakahdaily.my/saya-tonton-individu-dalam-video-bukan-anwar-%E2%80%93-johari-abdul

MyMassa suka meminjam artikel yang pernah dikeluarkan oleh AIDC yang mana portal tersebut mempersoalkan bagaimana Johari Abdul boleh kenal sangat dengan perut atau punggung Anwar Ibrahim. Adakah mereka pernah berkongsi kamar?

Johari Abdul Pernah Lihat Anwar Bogel?

Adakah Datuk Johari Abdul pernah melihat Anwar berbogel ? Itu pertanyaan penulis bila mendengar penjelasan beliau pada program solat hajat video seks Anwar Ibrahim, Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac lalu.

Kata Johari, beliau tahu 4 perkara berkaitan Anwar Ibrahim dari saiz perut, punggung, bahu dan warna kulit dan yang menariknya berulang kali dia mengaku gambar tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Sebagai lelaki normal tentu timbul pertanyaan bagaimana Johari Abdul dapat mengenal pasti sehingga tubuh badan pemimpin Parti Keadilan tersebut. Melainkan Johari pernah tengok Anwar Ibrahim berbogel sebelumnya atau adakah Johari pernah melibatkan diri dalam aktiviti berbogel atau seks bersama Anwar ?
Baca seterusnya di sini (http://www.anwaraidc.com/?p=8827)

Jadi kepada pembaca MyMassa yang terjumpa dengan penyokong fanatik pembangkang yang menolak skandal seks Anwar atas alasan perut dan punggung yang berbeza, tunjukkan mereka gambar Dato' Eskay. Adakah Dato' Eskay sebuncit dirinya dalam video tersebut? Fakta sebenar adalah kerana aspek teknikal CCTV tersebut yang merakam imej cembung bagi objek yang dekat.

Kepada Anwar Ibrahim, sila bersumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Salahuddin Ayub. Kalau Naib Presiden PAS pun boleh bersumpah laknat, kenapa Anwar Ibrahim masih menggunakan Yusuf Qaradawi sebagai alasan?






*Tajuk di atas adalah atas permintaan pengirim e-mail yang mahu berkongsi pengalamannya berjumpa secara face to face dengan Dato' Eskay yang ternyata tidak buncit. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali WAJIB bersumpah laknat kerana Naib Presiden PAS sendiri telah letakkan presedent dalam soal ini.

Kenalkah Anda Pada Lelaki Ini?

Posted: 03 Jun 2012 06:36 PM PDT

Wajahnya tertera di wang kertas Singapura. Nampak macam Melayu. Siapakah dia?


MyMassa pernah keluarkan posting tentang lelaki ini di sini (http://mymassa.blogspot.com/2011/08/kisah-sedih-di-akhir-ramadhan-perihal.html).

Nama individu di atas adalah Yusof bin Ishak, Presiden pertama Singapura.

Selepas beliau, tiada lagi orang Melayu yang menjadi Presiden. Semuanya Cina dan India. Kenapa orang Melayu tak lagi jadi presiden sedangkan orang India yang hanya 9.2% boleh jadi Presiden (orang Melayu 13.4%).

Senarai Presiden Singapura:
  1. Yusof bin Ishak
  2. Benjamin Henry Sheares
  3. C.V. (Chengara Veetil) Devan Nair
  4. Wee Kim Wee
  5. Ong Teng Cheong
  6.  S.R. Nathan (Sellapan Ramanathan)
  7. Tony Tan Keng Yam

Jika Karpal Singh kata Guan Eng boleh jadi Perdana Menteri, tidak mustahil kerana Singapura telah menjadi bukti bahawa kepimpinan Melayu yang lemah akan membuatkan negeri tergadai kepada yang lain.

Adakah ini yang anda mahukan?


*Fikir-fikirkan...

LAPORAN KHAS: LIM GUAN ENG DIBERSEDIAKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Posted: 03 Jun 2012 04:04 PM PDT

SIAPA PM KITA, MEREKA KATA MR LIM ...

Lawatan mymassa di beberapa daerah di Selangor amat mengejutkan. Sewaktu singgah di Pusat pemborang, komersial GM di Kelang, Mymassa singgah di beberapa buah kedai Cina. Kebanyakan pakaian dan beg-beg yang dijual di situ berasal dari China, murah tetapi kurang berkualiti. Itu tidak mengapa, ada hal lain yang lebih mengejutkan.

Di sebuah kedai pakaian, beberapa kanak-kanak Cina berumur dalam 6 tahun, 8 tahun dan 11 tahun sedang membantu emak mereka menjual. Mymassa singgah dan bersembang-sembang,

"Taukeh, anak kamu baguslah, rajin membantu, bahasa Melayu dia pun bagus"

" Ya ka, cuti ma mesti bantu lor cari duit"

" Sekolah mana adik?"

" Lasalle"

" Bagus, bahasa Melayu awak bagus"

" Siapa Perdana Menteri Malaysia?"

" Mr. Lim"

" Siapa Mr. Lim"

" Lim Guan Eng ma"

" Eh itu Ketua Menteri Pulau Pinang adik!".

" Bukanlah sir, Mr Lim is our Prime Minister!"

Kita terkejut. Nampaknya mereka sudah dilatih, diasuh dan diconditionkan oleh ibu bapa mereka bahawa Prime Minister mereka ialah Mr. Lim!

Macam mana fikiran anda?


Bukti Pemimpin PAS Selangor Arah Boikot Himpunan Hijau Ke Putrajaya?

Posted: 03 Jun 2012 06:00 AM PDT

Berita dari Malaysiakini.

Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya


 
Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'.
Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan.

Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.

 http://www.malaysiakini.com/news/199720

Takkan hanya lebih 50,000 ahli PAS yang datang!

Inilah bukti kenapa MyMassa tulis PAS Selangor boikot Himpunan Hijau ke Putrajaya.



Untuk BERSIH 3.0, PAS Selangor sanggup arahkan 50,000 ahli PAS dari negeri Selangor untuk turun. Kalau untuk Himpunan Hijau, PAS Selangor keluarkan arahan yang sama, takde la hanya 50,000 je yang hadir untuk keseluruhan ahli PAS termasuk dari Kelantan dan Terengganu.


Nampaknya PAS Selangor lebih wala' dah patuh kepada AMBIGA dan Anwar Ibrahim daripada Nik Aziz dan Haji Hadi. Akibat pembelotan PAS Selangor yang diketuai oleh Dr. Rani, perhimpunan yang sepatutnya boleh lebih daripada 100,000 ahli PAS yang hadir, tinggal separuh daripada jumlah tersebut dapat dikumpulkan.


*Akibat dari gerak kerja parasit PAS, lebih ramai pemimpin tertinggi akan wala' dan tunduk kepada Anwar Ibrahim dari Presiden PAS sendiri.

Uji Hati : Terharu Tak Baca Surat Ni?

Posted: 03 Jun 2012 04:00 AM PDT


Surat Dari Datuk Seri Syed Zainal...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON."There You'll Be"
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya,

Syed Zainal
http://paultan.org/2012/06/01/datuk-seri-syed-zainals-parting-words-to-proton/

Jika anda terharu baca surat ini, anda mungkin peminat proton.


*Aku memang terharu sebab aku minat kereta proton. Anda bagaimana?

Bukti PAS Pun Amalkan Kronisme.

Posted: 03 Jun 2012 01:30 AM PDT

Kenyataan terbaru Nik Abduh.


Kalau kena kat UMNO, dengan pantas dicop sebagai kroni. Kalau kena kat PAS, kenapa tak bising?



Itulah kelebihan pakatan pembangkang, raja putar alam. Walaupun korup macam mana pemimpin pembangkang, mereka tetap nampak UMNO punya salah. Habis tu Tunku Aziz sendiri mengaku Pegawai Khas Guan Eng nak rasuah dia supaya tak keluar DAP bukan rasuah ke?

Imbas kembali kroni-kroni yang ada dalam pembangkang selain daripada PAS.



*Mohon disebarkan poster di atas.

Panglima Perang Cyber

Posted: 03 Jun 2012 11:05 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kata-Kata Imam Ghazali Tentang Ulama Suu' Yang Lebih Jahat Dari Syaitan cc @NikAbdulAziz @UstAzharIdrus @DrMuhaya

Posted: 03 Jun 2012 05:22 AM PDT

Asy-Syathibi mengatakan, "Ulama su' adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui."

Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Kerana itu, jauhilah mereka". (HR al-Hakim).

Muadz bin Jabal membahagi ulama su' di dalam tujuh tingkatan neraka.

Tingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati.

Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa.

Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya).

Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah.

Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya.

Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, "Bertanyalah kepadaku." Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian.

Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja.
Kerana semua itu, al-Ghazali mengingatkan, "Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama su'. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan. Sebab, melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, "Ya Allah berilah ampunan."

Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, "Mereka adalah ulama su'."

Wallahualam.


Sumber : Facebook
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PISAU.NET

Posted: 03 Jun 2012 09:38 PM PDT

PISAU.NET


Internet Percuma Akan Di Hapuskan Jika BN Berkuasa- Guan Eng

Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT

Lim Guan Eng dengan sikap ultrakiasu tidak boleh dipisahkan,ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang menggunakan banyak teknik untuk menarik sokongan dan juga undi daripada rakyat Pulau Pinang.


Sebelum ini perkhidmatan Wifi percuma yang di cadang dan dimulakan oleh kerajaan BN telah diambil alih oleh Guan Eng kini digunakan sebagai senjata untuk meraih undi.


Lim Guan Eng menggunakan perkhidmatan internet wifi percuma di negeri ini sebagai inisiatif untuk menarik rakyat agar mengundi regim DAP dalam PRU13 nanti.


Dengan nada yang mengugut kononnya perkhidmatan akses internet percuma ini akan diteruskan jika regim DAP mengekalkan kuasa.


"Masalahnya ialah, jika kita tidak lagi berkuasa, mereka (Barisan Nasional) akan mengambil segala-galanya, termasuk perkhidmatan internet percuma," katanya sebelum melancarkan fasa kedua Penang Free WiFi di Queensbay Mall baru baru ini.


"Jadi jika anda mahu WiFi percuma, anda tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.


Gaya Guan Eng mengugut rakyat Pulau Pinang seolah seluruh rakyat kebulur perkhidmatan akses internet percuma yang semua orang tahu sehingga sekarang langsung tak boleh digunakan walaupun berjuta wang rakyat dihabiskan.


Yang berada di Pulau Pinang memang cukup faham dan tahu Wifi Internet Percuma yang bernilai jutaan ringgit langsung tidak boleh digunakan. Itu pun digunakan sebagai ugutan oleh Guan Eng.


Gambaran yang diberikan Guan Eng kononnya perkhidmatan wifi percuma akan ditarik balik oleh kerajaan BN adalah satu pembohongan dan fitnah. Bukankah kerajaan BN sendiri melancarkan
Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) ke setiap rumah di seluruh negara.Malah netbook 1Malaysia diberi secara percuma untuk menggalakkan agar celik IT dan Internet meningkat.

Guan Eng diatas sana sebagai Ketua menteri regim DAP paling celaka dalam sejarah sebenarnya anggap rakyat bodoh dan banggang sebab itulah dengan menggunakan wifi sebagai senjata untuk meraih undi dirasakan amat berkesan.


Pisau kata " Malik Kasim buat duit jual tanah jutaan ringgit?"

Zairil bercakap tentang bapanya Khir Johari and bosnya Guan Eng.

Posted: 03 Jun 2012 01:40 PM PDT


Zairil Khir Johari diwawancara oleh Onn Yeoh semalam melalui podcast.


0:48 — "But the Umno that he [Mohd Khir Johari] was involved with is completely different from the Umno today … in terms of the principles, even in terms of the membership make-up."


1:10 — "Today Umno is made up of predominantly contractors, businessmen."


2:08 — "None of them [father's old friends] could see a future for Umno beyond five or ten years. They all told me forget about Umno, seriously."


2:20 — "To put it crudely, it is A-B-U."


3.42: — [on what made him join DAP] "And being a Member of Parliament and you could see this guy [Liew Chin Tong, Bukit Bendera MP] is going places at such a young age."


5:45 — No, never, never. Pre-308 you'd never imagine that [English-speaking Chinese would join DAP] but post-308, the fact is that we have managed Penang and we have managed Penang well. My boss has done a very good job in Penang. I think that's the consensus you get internationally or in The Economist, in Bloomberg or in whatever you want."


6:35 — "And the very fact is that BN no longer represents any middle ground in the sense that, you know, they've gone extreme on both sides, at the Chinese and the Malay."
KEMASKINI — April 25, 9.45 am


Calvin Sakaran menyumbangkan analisa beliau, bawah. (TQ)


Let's analyze his responses a little deeper:


1. "But the Umno that he [Mohd Khir Johari] was involved with is completely different from the Umno today … in terms of the principles, even in terms of the membership make-up."


—- Isn't the same can be said of DAP as well ? Instead of activists and lawyers fighting for justice and principles, we have accountants and event planners cultivating a cult of personality.


2. "Today Umno is made up of predominantly contractors, businessmen."


—- Isn't the same applies to DAP, to an even bigger extent ? In Penang most of DAP's supporters are businessmen and contractors who are benefitting handsomely for helping DAP


3. "None of them [father's old friends] could see a future for Umno beyond five or ten years. They all told me forget about Umno, seriously."


—- Isn't this is the same thing what are the veteran DAP leaders are saying about DAP?


4. [on what made him join DAP] "And being a Member of Parliament and you could see this guy [Liew Chin Tong, Bukit Bendera MP] is going places at such a young age."


— Well, this is the giveaway isn't it ? Zairil being not smart, blurted out the real reason why he joined DAP – to ride the rocket to the very top in record time.


5. "No, never, never. Pre-308 you'd never imagine that [English-speaking Chinese would join DAP]"


– Is he referring to himself ?


6. "And the very fact is that BN no longer represents any middle ground in the sense that, you know, they've gone extreme on both sides, at the Chinese and the Malay."


— You can accuse BN going extreme on race but what about going extreme on religion – Christianity (DAP) and Islam (PAS) ?


source:Halen

Anwar Biseksual : Pendedahan Dokumen Pembelaan Nalla Di Mahkamah

Posted: 03 Jun 2012 09:19 AM PDT

AIDCNews -02/06/12 – Berikut didedahkan satu kenyataan pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dalam kes saman tuduhan biseksual yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :


Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri menang kes tersebut dan Anwar telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual.


Bermakna sebelum Nalla menuduh 'Anwar seorang biseksual' dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum.


Latar belakang

Nalla adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.


Datuk TK Lim adalah majikan kepada Nalla.


Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.


Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.


Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.


Ini membuktikan hubungan Anwar dengan Nalla telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu.


Anwar adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.


Shamsidar Taharin

Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.


Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.


Hampir setiap kali, Anwar perlukan Shamsidar, Anwar akan mengarahkan Nalla untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar juga turut berada dalam kereta itu.


Dalam satu kejadian Nalla dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa.


Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal.


Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh Nalla.


Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Nalla juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa.


Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.


Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun

Ismail, lelaki yang bekerja mendapat bayaran sekitar RM200 hingga RM300 setiap kali selepas melakukan aktiviti seks dengan Anwar.


Aktiviti seks dengan Ismail dilakukan di Tivoli Villa dan di rumah kediaman rasmi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Dalam satu kejadian, Nalla secara tidak sengaja dapat melihat Anwar melakukan hubungan seks dengan Ismail ketika membuka pintu di Tivoli Villa, Padang Tennis Bangsar.


Selain itu, Nalla turut membongkar kisah seks Anwar bersama Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Hairany Mat Nafees dan Rashid


Kes Saman RM60 Juta Duit Magnum Bukti Persahabatan Anwar – Nalla

Mahkamah Warta Anwar Ibrahim Pelaku Homoseksual

Musa Hassan : Anwar Cuba Campur Tangan Siasatan Kes 1998

Apabila Ummi Hafilda & Dato Nallakarupan Bergabung !

Ketua Pembangkang Dibelenggu Isu Mahkamah




















Zuraida Sanggup Selak Kain Demi Terlepas Dari Saman Shahrizat!

Posted: 03 Jun 2012 06:14 AM PDT

Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.


Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.


Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.


Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.


Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.


Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.


Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.


Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.

Sekarang si Zuraida merayu pada Shahrizat agar diselesaikan kes diluar mahkamah berikutan fitnah beliau yang melampau.

Pisau kata " saman biaq dia tak bleh bertanding"

Skandal Ngentot Guan Eng Makin Panas,Wartawan Di Maki Hamun

Posted: 02 Jun 2012 11:31 PM PDT

Sifat chauvanis ultrakiasu Lim Guan Eng didedahkan berkenaan kes skandal beliau yang berselingkoh dengan bekas pegawainya Rainbow hingga menyebabkan berlakunya insiden kekasaran yang dilakukan oleh Betty Chew .

Apabila disoal oleh wartawan Guan Eng tiba tiba melenting dan mula mengugut para wartawan.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana cuba mengugut media dengan tindakan saman sekiranya mereka menyiarkan sesuatu isu yang tidak disukainya. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendakwa tindakan sedemikian menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu seorang hipokrit.


"Ketua Menteri baru-baru ini memakai baju hitam dan reben kuning sebagai sokongan kepada Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lalu.


"Sekarang dia pula ugut mahu saman media yang siarkan isu tidak digemarinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Tindakan Guan Eng mengugut media itu disiarkan di dalam laman web YouTube. Dalam rakaman itu, Guan Eng mendakwa mahu menyaman mana-mana akhbar sekiranya mengeluarkan berita mengenai isu yang dikatakan tidak digemarinya.


Guan Eng dipercayai bertindak demikian apabila disoal mengenai kesahihan cerita mengenai skandalnya dengan seorang guru wanita sekolah Cina seperti yang disiarkan di dalam laman web berbahasa Inggeris http://stopthelies.my sejak dua hari lalu.


Sementara itu, Cheng Guan memberitahu, Guan Eng tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap wartawan, sebaliknya boleh memilih untuk tidak mengulas.


"Beliau boleh menjawab 'tidak' sahaja atau enggan cakap langsung, tetapi kenapa mahu ugut media dengan saman," katanya. "Saya akan berterus-terang dengan soalan yang ditanya oleh media kerana tidak bimbang reputasi terjejas sekiranya tidak membuat sesuatu yang salah," katanya.

Pisau kata " lepas ni skandal Guan Eng makin panas"

Prof Nasoha Bidas Nik Aziz

Posted: 02 Jun 2012 09:29 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 03 Jun 2012 09:34 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


DIN PUDUDRAYA, KAWAN YANG TAK BOLEH PAKAI.

Posted: 03 Jun 2012 09:00 PM PDT

BEZA BN SELANGOR DAN PAKATAN.

Posted: 03 Jun 2012 07:30 PM PDT

RAMAI DALAM ISTILAH KELDAI POLITIK.

Posted: 03 Jun 2012 05:00 PM PDT

MALAM NI CERAMAH KAT KAJANG.

Posted: 03 Jun 2012 11:41 AM PDT

KRISIS DALAMAN PKR MUNCUL KEMBALI.

Posted: 03 Jun 2012 06:49 AM PDT

CHINA PRESS MAKIN PERTIKAI KREDIBEL ANWAR.

Posted: 03 Jun 2012 03:36 AM PDT

PERGI MOHON MAAF DENGAN SEGERA.

Posted: 03 Jun 2012 12:58 AM PDT

PenangWasabi

Posted: 03 Jun 2012 09:26 PM PDT

PenangWasabi


Kemunculan LGBT semakin membimbangkan!

Posted: 03 Jun 2012 09:15 PM PDT



Gambar : Jenna Talackova bergambar dengan seorang kanak-kanak ketika kumpulan peserta Ratu Cantik Dunia Kanada melawat Sekolah Katolik St. John Vianney di Toronto pada 15 Mei lalu.

Penyertaan Jenna Talackova, 23, sebagai peserta transgender pertama dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia Kanada 2012 adalah bukti masyarakat dunia kini seolah-olah merestui kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), walaupun jelas gaya hidup abnormal itu bertentangan dengan norma kehidupan insaniah dan agama.

Sokongan terbuka pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama baru-baru ini terhadap isu LGBT, walaupun sebelum itu beliau menentang keras amalan itu, juga menyebabkan golongan songsang tersebut semakin berani memperjuangkan ideologi sesat mereka.

Ramai yang sanggup mengetepikan kesan negatif daripada amalan hidup songsang itu seperti meningkatnya kadar jangkitan virus maut, HIV di seluruh dunia, semata-mata atas alasan keadilan dan hak asasi manusia.

Kajian yang dijalankan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati hampir separuh daripada golongan transgender di rantau Asia Pasifik berisiko dijangkiti virus HIV.

Hal ini berlaku apabila penjagaan kesihatan yang kurang berkualiti dan amalan gaya hidup tidak sihat, dilihat meningkatkan kadar jangkitan penyakit itu ke paras kritikal.

Selain itu, krisis identiti yang melanda golongan songsang ini turut menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan, lantas menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk menjadi pelacur sebagai pilihan terakhir untuk mencari pendapatan bagi meneruskan hidup, walaupun sedar risiko dijangkiti HIV.

Namun, tindakan Talackova menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia Kanada 2012 dilihat sebagai kes menarik kerana golongan LGBT kini semakin berani bertindak atas alasan menuntut kesamarataan.

Talackova atau nama lelakinya, Walter dilahir dan dibesarkan di Vancouver dan menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 14 tahun.

Genap berusia 19 tahun, lelaki itu bertukar sepenuhnya menjadi 'wanita' dan menukar namanya kepada Jenna untuk menidakkan identitinya sebagai seorang lelaki.

Lalu, Talackova mengambil keputusan untuk menipu semasa mengisi borang penyertaan, namun ia akhirnya terbongkar selepas dia berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan itu.

Penipuan itu telah menyebabkan pihak juri dan penganjur membuat keputusan menarik balik penyertaan peserta pertama transgender daripada acara berprestij dunia itu.

Seperti yang dijangka, keputusan tersebut mencetuskan kemarahan dalam kalangan para aktivis LGBT.

Menuduh pihak penganjur bersikap diskriminasi terhadap Talackova, lebih 200,000 tandatangan berjaya dikumpul menerusi petisyen untuk mendesak agar wanita palsu itu dimasukkan semula dalam pertandingan.

Kes tersebut turut mendapat perhatian peguam selebriti, Gloria Allred yang membuat keputusan membantu Talackova menyertai semula pertandingan ratu cantik itu.

Apa yang lebih memalukan, setelah meneliti semua aspek dan demi menjaga 'keadilan tidak bertempat', pihak penganjur bersetuju untuk membenarkan Talackova menyertai semula pertandingan itu.

Pendedahan kisah Talackova itu, bukanlah bertujuan menyokong kegiatan LGBT, ia hanya sekadar mahu membuktikan bahawa kini masyarakat sudah tidak berlaku adil terhadap mereka yang ingin menjalani kehidupan secara normal.

Ini jelas apabila mereka menerima golongan yang songsang dan jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai moral ini sebagai golongan yang normal.

Jika nilai-nilai kehidupan yang tidak normal ini dibiarkan dan terus mendapat sokongan atas prinsip adil dan hak asasi, bagaimanakah agaknya usaha dunia untuk mewujudkan masyarakat bebas AIDS dapat dicapai?

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 03 Jun 2012 09:25 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Dokumen Dokumen Sulit Azmin Ali & Shamsidar

Posted: 03 Jun 2012 08:00 PM PDT









Tiada Kompromi PIhak Cuba Gugat Keamanan Negara

Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT

Video Menuntut Padang Bola PKNS Dikekalkan

Posted: 03 Jun 2012 04:00 PM PDT




Bukti PAS Kelantan Menipu Wang Rakyat Untuk Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai

Posted: 03 Jun 2012 09:30 AM PDT



29 Mei 2012, Kerajaan PAS Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan "Lebuh Raya Husam" yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.


Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.


[b]No akaun : 03036 01 000 3031


[b]Bank : Bank Islam


[b]Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd



Namun bila disemak di mesin ATM untuk deposit wang, nama yang tertera pada pemilik akaun adalah Tetuan Rowstead Sdn Bhd. Ini satu penipuan yang jelas dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan terhadap rakyat. 


Mengapa minta duit rakyat untuk buat lebuhraya tetapi masuk dalam akaun Tetuan Rowstead Systems Sdn Bhd? Siapa pemilik akaun Rowstead Systems ini? Mengapa Husam Musa tidak tampil membuat kenyataan siapa Tetuan Rowstead ini? 

Video Pesanan Craig Bellamy Untuk Nazmi Faiz

Posted: 03 Jun 2012 08:21 AM PDT

Undi PAS Masuk Syurga : Nik Aziz Bercanggah Dengan Hadi Awang

Posted: 03 Jun 2012 02:00 AM PDT



Abdul Hadi Awang mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan  Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam, dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.





Hadi juga dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am Pas itu apabila menegaskan, jawatan Perdana Menteri mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam. 

Apa sudah jadi ini? Mursyidul dan Presiden tidak bermuzakarah tentang isu ini?

Video Pendidikan Percuma Sudah Pun Dilaksanakan Di Malaysia

Posted: 03 Jun 2012 12:00 AM PDT

Rakyat Perlu Bersatu, Jangan Cari Jalan Untuk Bermusuh - Titah Yang Dipertuan Agong

Posted: 02 Jun 2012 10:00 PM PDT




KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah mengingatkan rakyat supaya bersatu padu ke arah kebaikan dan tidak mencari jalan untuk bermusuhan sesama sendiri, yang pada akhirnya akan hanya mendatangkan musibah kepada semua.

"Apakah yang akan kita tinggalkan kepada darah daging kita, anak cucu kita, selaku generasi akan datang. Adakah sebuah negara yang punah atau watan yang makmur sejahtera. Pada hemat beta, semua pilihan ini terletak dalam tangan setiap rakyat Malaysia.

"Sekalipun atas nama politik atau apa-apa organisasi janganlah sehingga sanggup meletakkan ia melebihi kepentingan negara, hatta mengkucar-kacirkan keharmonian. Ini ternyata suatu perkembangan yang tidak sihat dan sewajibnya dielakkan," titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim berkata hakikatnya, kejayaan sebenar negara adalah apa yang akan dicapai di garis-garis hadapan dan bukannya tersimpul dalam detik-detik silam dan ia terbina atas harapan, impian, imaginasi dan usaha gigih semua anak-anak Malaysia.

"Dalam aspek ini, beta yakin, tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa keunikan Malaysia adalah tentang pendirian kerajaan yang mentadbir sejak sekian lama menurut kerangka serta acuan kita sendiri.

"Justeru, sebagai rakyat yang sentiasa berpaksikan kepada nilai-nilai murni dan adat budaya ketimuran, janganlah kita mengikut telunjuk negatif anasir-anasir luar yang cuba campur tangan dalam urusan negara termasuk dalam hal-hal seperti membudayakan demonstrasi jalanan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim berkata sepanjang lebih lima dekad pemerintahan institusi raja berperlembagaan, sekalipun pemegangnya silih berganti, ia terus didokong dan dipertahan sebagai lambang peranannya dalam memastikan kestabilan politik, kerukunan, serta keharmonian di Malaysia.

"Malah, yang lebih indah, beta melihat bahawa kedudukan ini akan terus melindungi bukan sahaja kaum Melayu dan Bumiputera, bahkan mencakupi hak serta kepentingan yang sah kepada semua kaum di negara ini.

"Ini antara bukti, bahawa kemajuan pesat yang dinikmati oleh Malaysia, bukanlah terjadi dengan sendiri. Sejak dahulu lagi, ia dibina dan dilapik oleh elemen-elemen asas yang mencorakkan sebuah sistem yang berjaya.

"Segalanya ditonggak oleh teras-teras keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," titah Tuanku Abdul Halim.

Mengimbas lipatan waktu, Seri Paduka bertitah Malaysia telah menempuh pelbagai peristiwa pahit manis.

"Alhamdulilah, di sebalik cabaran dan rintangan yang sesetengahnya hampir mencarik fabrik asas kenegaraan, kita telah mampu keluar daripadanya dengan penuh jaya tanpa sedikit pun mengorbankan prinsip keluhuran Perlembagaan, mahupun kedaulatan undang-undang.

Tuanku Abdul Halim turut bertitah bahawa perjalanan negara masih jauh, dan tidak hanya bermatlamat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, tetapi menjadi negara yang kekal berdaya saing dan sentiasa dihormati di persada antarabangsa.

Justeru, Seri Paduka sekali lagi mengingatkan setiap rakyat bersedia menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati, tidak ada yang terkecuali.

"Rakyat Malaysia perlulah menjadi menjadi warga yang perkasa dan dinamik, yang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah Seri Paduka.

Seiring dengan perkembangan media baru dan teknologi maklumat, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan golongan muda khususnya, yang merupakan aset negara supaya menperkukuh jati diri masing-masing daripada dipergunakan untuk kepentingan kelompok tertentu.

Tuanku Abdul Halim turut melahirkan rasa sukacita terhadap keprihatinan kerajaan melaksanakan pelbagai program transformasi yang bermanfaat secara terus kepada rakyat sama ada di bandar mahupun di desa.

"Setiap daripada kita perlu bijaksana dan menghargai usaha kerajaan beta yang diketuai oleh Mamanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru, hanya kitalah yang lebih maklum tentang apa yang perlu serta terbaik untuk mengharungi masa depan bagi menggapai mercu tanda kemajuan.

"Sesungguhnya, pengalaman beta selama puluhan tahun mengamati serta menghalusi perjalanan negara ini, dapatlah beta simpulkan bahawa atas nikmat kehidupan yang dikecapi, rakyat haruslah bersyukur dan berterima kasih dengan terus memberi sokongan di atas usaha gigih kerajaan dalam mentadbir dan mengurus Malaysia sebaik mungkin," titah Seri Paduka.

-- BERNAMA

r b f

Posted: 03 Jun 2012 07:45 PM PDT

r b f


Video:Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajal-Jemaah Tabligh

Posted: 03 Jun 2012 06:54 PM PDT


Daripada dulu lagi saya pernah kata bahawasanya orang yang berjuang mengajak umat mendekati dan menghayati Islam yang sebenarnya bukanlah Pas, sebaliknya jemaah tabligh.

Cara mereka berdakwah bezanya bagaikan langit dengan bumi dengan cara Pas berdakwah.

Mungkin ada diantara kita yang tidak berapa gembira apabila ada orang-orang tabligh datang ke rumah kita untuk bersembang pendek dengan kita dan ajak kita ke surau atau masjid. Tetapi tidak bagi saya.....

Saya amat-amat menghargai mereka kerana bagi saya kita sendiri tak mampu buat apa yang mereka lakukan (dakwah), kalau kita menghargai mereka pun sudah cukup besar maknanya.

Jika ada jemaah tabligh ke rumah saya, saya akan panggil mereka masuk kedalam rumah dan hidangkan minuman. Kebiasaannya mereka menolak. Tapi tak mengapa kita hidangkan juga. Mereka juga tidak menerima sumbangan wang ringgit dari orang ramai. Mereka sudah cukup segala bekalan sebelum keluar berdakwah.

Itulah bezanya mereka dengan Pas. Kalau Pas siap-siap arak kantung ke sana-sini minta duit dengan orang ramai. Suruh orang keluarkan duit dalam poket lagi dengan diiringi selawat dan alunan ayat-ayat Quran.

Mungkin ada yang kata saya jemaah tabligh....

Tidak , saya bukan jemaah tabligh setakat hari ini. Tapi saya tidak menafikan saya ada minat ke arah itu. Mungkin satu hari nanti saya akan menyertai mereka.

Jemaah tabligh juga tidak berpolitik dan tidak mengambil tahu hal-hal politik.

Tetapi kali ini lain macam cara salah seorang jemaaah tabligh bersuara. Mungkin mereka pun sudah tidak tahan dengan kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas.

Selamat menonton video dibawah....



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 03 Jun 2012 03:37 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Peranan PAS dinafikan Pakatan Rakyat, macam mana nak gantikan UMNO?

Posted: 03 Jun 2012 03:29 PM PDT

KEPALA BATAS - Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta PKR.

"Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas.

"Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.

"Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya Pas tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk
parti itu masih di belakang DAP dan PKR.

"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - Bernama

Ada bom di Himpunan Hijau ke Putrajaya?

Posted: 03 Jun 2012 12:02 PM PDT

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada laporan polis dibuat, tetapi dua orang kakitangan Stadium Darul Aman yang menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah PAS menganjurkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya, Jumaat lalu telah menemui dua buah bungkusan yang mana setiap bungkusan mengandungi bateri motosikal dan jam meja.

Tidak ada bahan letupan (detonator dan main charge) ditemui dalam kedua-dua bungkusan berkenaan.

Dalam salah satu daripada risalah tersebut terdapat satu risalah yang bertulisan:

'HAMPA ANAK BERANAK MEMANG CELAKA BABI ANJING TAK HABIS2 NAK ROSAKKAN ISLAM… LGBT PUN HAMPA SOKONG… DEMI ALLAH DARAH HAMPA ANAK BERANAK HALAL BAGI KAMI… TUNGGU MASA SESUAI SAHAJA… ALLAHUAKBAR.'

Sudah ada puak PAS yang menuduh UMNO menjadi dalang kepada perbuatan berkenaan. Kepantasan membuat tuduhan sememangnya tidak dapat dihindarkan daripada PAS dan Pakatan Rakyat.

Sambung baca SINI





EURO 2012 - Muat Turun Jadual Perlawanan dan Keputusan

Posted: 03 Jun 2012 11:15 AM PDT

Jadual bagi Kejohana EURO 2012 di Polang dan Ukraine telah pun diputus dan ditetapkan.

Poland akan memulakan perlawan pertama bertemu Greece dan diikuti dengan negara-negara dari Kumpulan A yang lain.

Klik MUAT TURUN bagi mendapatkan jadual lengkap Perlawanan dan Keputusan.

 Jadual lengkap ini mengandungi ruangan untuk anda mengisi tempat kosong bagi setiap keputusan yang diperolehi





(Gambar) Gadis promosikan permainan video dalam talian sambil berbogel

Posted: 03 Jun 2012 11:10 AM PDT

Sebuah video menunjukkan seorang remaja perempuan berbogel sambil bermain permainan video dalam talian telah mencetuskan kontroversi peminat-peminat die hard permainan video tersebut.

Klip video itu bermula dengan seorang remaja perempuan yang cantik bermain permainan video dalam talian dengan tidak memakai seurat benang pun ditubuhnya sambil membelakangi kamera.

Beliau kemudiannya membaluti tubuh gebunya itu dengan tuala mandi sebelum memperkenalkan video yang dimainkannya itu.

Beliau bertutur di dalam bahasa Mandarin tetapi dengan slanga Taiwan. Ketika memulakan dialognya, secara tidak sengaja, tuala yang dipakainya terlucut dan ini memberikan peminat-peminat video game online ini mengalami ejakulasi minda...hahahaha..




Beberapa pihak telah menuduh syarikat pengeluar video tersebut telah sengaja mengeluarkan video tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti, tetapi telah dinafikan oleh pihak pengeluar kerana video tersebut dimuat naik oleh individu dan tiada kaitan dengan mereka.

Saksikan screen shot dari video tersebut di bawah:
Video :

Hoki Sultan Azlan Shah : New Zealand juara edisi 2012

Posted: 03 Jun 2012 08:47 AM PDT

IPOH - New Zealand melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 buat kali pertama setelah menundukkan Argentina 1-0 di sini malam ini.

Sebelum ini, pasukan itu hanya menduduki tangga ketiga sebanyak empat kali iaitu pada 1995, 2003, 2008 dan 2009 manakala Argentina pernah menjuarai kejohanan pada 2008.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan, Andy Hayward yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.

Penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir serta Penjaga Gol Terbaik Kejohanan manakala Ashley Jackson dari Britain terpilih sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan dengan enam gol.

Pemain India, Sardar Singh terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan pasukan Britain menerima hadiah fairplay.

Pemain pilihan Sultan Azlan Shah pula ialah Kyle Pontifex (New Zealand), Dean Couzins (New Zealand), Rashid Mehmood (Pakistan), Hyun Woo Nam (Korea), Pedro Ibarra (Argentina).

Selain itu, Sardar Singh (India), Ryan Archibald (New Zealand), Ashley Jackson (Britain), Faizal Saari (Malaysia), SV Sunil (India) dan Vila Lucas Martin (Argentina).

Sementara itu dalam perlawanan lain, India berjaya menundukkan tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan kali ini.

Bermain dalam cuaca panas petang ini, Britain mendahului 1-0 sebelum berakhir babak pertama melalui Ashley Jackson yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Ketinggalan 0-1, India bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan tiga gol hasil pukulan Shivendra Singh pada minit-42, Sandeep Singh m-53 dan Khandker Tushar m-68.

Pada perlawanan peringkat pertama sebelum ini, pertemuan antara kedua-dua pasukan ini berkesudahan Britain menewaskan India 3-2. - Bernama

Azmin dakwa keluarga diganggu 'UMNO' - Poodah!

Posted: 03 Jun 2012 03:52 AM PDT


SHAH ALAM - Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang didakwa membuat gangguan tiga hari berturut-turut di hadapan rumah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, setakat ini kejadian itu masih dalam siasatan.

"Kita belum merekodkan keterangan Azmin dan isterinya (Shamsidar Tahrin) bagi membantu siasatan.

"Masih terlalu awal untuk mengaitkan penglibatan parti politik dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bermotosikal membuat gangguan di hadapan rumah Azmin kira-kira jam 10 malam kelmarin.Kurang daripada 20 jam, satu lagi kumpulan pemuda didakwa belia Ampang berkumpul di hadapan rumahnya.

Dua kejadian itu dipercayai berlaku kerana mereka mahu Azmin menjawab dakwaan memiliki harta yang lebih ketika menjawat jawatan penjawat awam dan penyebaran gambar aksi lucah didakwa miripnya.

Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki aset dah harta melebihi pendapatan penjawat awam antara 1995 dan 1997 dijalankan semulaKetika itu, beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, adik Azmin, Ummi Hafilda turut mendedahkan dokumen sebahagian daripada aset yang dimiliki oleh abangnya dan Shamsidar dipercayai bernilai lebih RM30 juta.

Azmin dalam mesej Twitternya hari ini berkata, keluarganya berhadapan dengan gangguan buat kali ketiga hari ini.

Beliau sekali lagi mengaitkan kumpulan yang membuat gangguan dengan Umno."Budaya samseng Umno diteruskan dengan gangguan lagi pagi ini di rumah saya," kata Azmin.

PRU 13 pada musim haji, spekulasi paling rendah akal oleh PAS

Posted: 03 Jun 2012 03:30 AM PDT

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai semata-mata spekulasi PAS apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.

"Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan UMNO sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan sistem pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.

"Orang UMNO pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (UMNO) boleh menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji.

"PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas. - BERNAMA

Ahli PAS buang tabiat....

Posted: 03 Jun 2012 03:15 AM PDT

BATU KURAU - Setiausaha Pas Cawangan Kampung Titi Kasai mengetuai 688 ahli lain masing-masing dari Dun Kubu Gajah dan Batu Kurau yang mengambil keputusan nekad keluar parti bagi menyertai Umno, semalam.

Menurut Abdul Wahab Mahmood, keputusan itu dibuat berikutan rasa kecewa yang dialami dengan perjuangan Pas dan menganggap penyertaan mereka dalam Umno akan dapat memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Keputusan ini dibuat tanpa paksaan dari mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran bagi menuntut hak sebagai orang Melayu.

"Dengan menyertai Umno, saya yakin dapat terus memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan nenek moyang kita dahulu," katanya.

Terdahulu, Abdul Wahab yang menjadi ahli Pas sejak lebih 20 tahun lalu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin pada majlis Kenduri Rakyat di Kampung Titi Kasai, di sini.

Bagi Zulkifli Yunus, dia terbuka hati untuk menyertai Umno selepas mendapat sokongan dan penerangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang banyak memberinya kesedaran mengenai perjuangan sebenar parti itu.

Zaharuddin Zakaria pula menganggap, kepimpinan Umno lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membela kebajikan orang Melayu.

"Hari ini (semalam), lebih 300 ahli Pas dari Felda Ijok nekad untuk keluar parti dan menyertai Umno kerana pemimpinnya yang prihatin dan sentiasa turun padang untuk meninjau masalah rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Hamzah berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Perdana Menteri menjadi faktor utama rakyat kini kembali menyokong Umno danBarisan Nasional (BN).

Pembangkang siap sedia huru harakan negara andai kalah pada PRU13

Posted: 03 Jun 2012 02:42 AM PDT

Sudah beberapa kali blog ini nyatakan mengenai persepsi yang dibina oleh pembangkang kepada rakyat sekiranya mereka kalah PRU13 kelak. Keadaan kacau bilau yang mereka adakan selama ini adalah hanya gelombang kecill sebelum mereka kalah besar pada PRU akan datang,

Kali ini, TS Muhyiddin pula mengulangi perkara yang sama, menyatakan kebimbangan kerajaan mengenai keadaan ini,

Sinar melaporkan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi kemungkinan pembangkang akan mengecam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika kalah dan turun ke jalan-jalan untuk menggulingkan kerajaan dipilih secara demokratik.

"Mereka akan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak adil, tidak bersih untuk mewujudkan persepsi negatif," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat mengulangi pandangan diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan blognya bulan lalu.

Sehubungan itu katanya, senario sedemikian mungkin akan wujud dan sudah dijangkan ekoran sokongan yang semakin meningkat kepada BN sejak Mac 2008.

Dipetik The Star Online, Muhyiddin berkata, langkah sedemikian sebahagian daripada usaha mereka untuk menggerakkan 'perang psikologi', yang bertujuan membawa rakyat ke jalan menyertai demonstrasi mirip Kebangkitan Rakyat di beberapa negara sejak awal tahun lalu.

Muhyiddin menambah, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan akhir April lalu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengecam keputusan PRU13 jika tidak memihak kepada mereka.

Muhyiddin mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Itu Nizar punya pasal, bukan salah PAS - Salahuddin

Posted: 02 Jun 2012 11:55 PM PDT

SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW1 bernilai RM520,000 yang dimenangi Sultan Johor bukanlah pandangan Pas, sebaliknya adalah pandangan peribadinya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan Pas kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan."

Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak itu yang mempertikaikan keputusan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menawarkan bidaan tertinggi nombor WWW1.

Bagaimanapun Nizar telah memohon maaf, 30 Mei lalu juga melalui laman Twitternya.Tindakan Nizar itu membuatkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Salahuddin berkata, Pas tetap dengan dasar mereka yang menghormati institusi Raja-Raja Melayu sebagai komponen perlembagaan negara.

"Pas tidak lentur dengan prinsip dan dasar parti yang meraikan Raja selaras dengan Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

"Pas berpegang teguh kepada perkara ini dan terus memartabatkan Raja-Raja Melayu," katanya.

Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan "DYMM Sultan Ibrahim Johor" telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.

Jumlah RM520,000 yang dibayar baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal.
posted from Bloggeroid

Dihalau dari kampung kerana terima bantuan BR1M

Posted: 02 Jun 2012 09:47 PM PDT

INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam.
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

"Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.

"Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil," dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

"Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain," dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

Kosmo

Fesyen pengantin terlampau artis yang seksi!

Posted: 02 Jun 2012 08:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akui baju dipakai ketika satu majlis resepsi perkahwinan saya seksi kerana bertemakan cara orang Inggeris. Namun, bagi saya ia tidak melampaui batas. Lagipun, ketika itu saya hanya mengikut tema majlis," kata artis terkenal, Memey.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, mencipta kontroversi apabila mengenakan skirt pendek sebagai busana pengantin dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan pelakon, Norman Hakim, September lalu.

Selain Memey, penyanyi Hai Hai Bye Bye, Ezlynn turut mengenakan skirt pendek dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Adam, awal tahun ini.

Memey dan Ezlynn hanya contoh, malah konsep perkahwinan moden itu seakan-akan menjadi 'trend' apabila pelbagai budaya Barat dibawa masuk dan digunakan dalam majlis persandingan orang Melayu, sekali gus mengetepikan adat resam yang dipegang sejak ratusan tahun dulu.

Meskipun Islam tidak menghalang apa jua konsep dalam perkahwinan, segelintir pengantin terlalu taksub untuk mencari kelainan dalam majlis persandingan mereka hingga bertindak melampaui kebiasaan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Metro

Murid di rogol tiga kali semalaman oleh penjual sayur

Posted: 02 Jun 2012 07:27 PM PDT

Gambar hiasan
RANAU: Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan Kundasang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.

Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali.

Selepas melampias nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus selain pulang awal pagi.

Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.

Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.

Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.

"Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya," katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan," katanya.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 03 Jun 2012 03:26 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Artis Mustapha Kamal Akan Sertai PAS Ikut Jejak Langkah Aisyah...?

Posted: 03 Jun 2012 05:08 AM PDT

TERKINI Merdeka Center: Populariti Najib jatuh ke 65%

Posted: 02 Jun 2012 10:32 PM PDT

Kepuasan terhadap prestasi Perdana Menteri Najib Razak telah menurun dari 69% pada Februari 2012 kepada 65%, selepas perhimpunan BERSIH 3.0, menurut soal selidik yang dijalankan Merdeka Center, baru-baru ini. Bagaimanapun, hanya 48% daripada 1,019 responden berpuas hati terhadap prestasi kerajaan.

Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .

Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, 70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati dengan Najib , di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.

Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati.

Merdeka Center menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu terhadap PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang. Namun, kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak meningkat dengan nyata.

Walau bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat Cina jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan Najib selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

Soal selidik ini dijalankan dari 10 hingga 18 Mei 2012, dengan panggilan telefon kepada 1,019 orang pengundi. Nisbah responden adalah 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. Responden dipilih secara rambang mengikut etnik, gender dan negeri.

Pertambahan 6% Cina yang marah dengan kerajaan
Soal selidik juga menunjukkan bahawa 48% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan, pada masa yang sama terdapat 34% yang tidak berpuas hati dan 7% yang marah dengan kerajaan.

Antaranya, 3% Melayu, 13% Cina dan 17% India marah dengan kerajaan. Malah, responden yang berusia dari 41 hingga 50 tahun paling marah dengan kerajaan, dengan kira-kira 10%. 39% daripada responden berusia 31 hingga 40 tahun tidak berpuas hati dengan kerajaan - paling tinggi jika dibandingkan dengan lapisan umur yang lain.

Menurut soal selidik pada Februari 2012, 48% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan; 35% tidak berpuas hati dan 8% marah dengan prestasi kerajaan. Di kalangan responden Cina, 7% marah dengan prestasi kerajaan.

Dengan kata lain, seandainya dibandingkan dua soal selidik antara Februari dengan Mei, responden Cina yang marah dengan prestasi kerajaan bertambah 6%. Sementara responden India yang marah dengan kerajaan bertambah mendadak sebanyak 15%, dari 2% pada Februari, kepada 17% pada Mei.

Jikalau dibandingkan dengan hasil soal selidik pada Februari 2012, golongan berpendapatan rendah (pendapatan isi keluarga kurang daripada RM1500) sangat berpuas hati dengan Najib, iaitu 82%.

Golongan berpendapatan sederhana (dengan pendapatan isi keluarga antara RM3000 hingga RM5000) pula mencatat penurunan dari sokongannya terhadap Najib, iaitu daripada 68% kepada 50%.

Walaupun peratus kepuasan terhadap PM menurun sedikit secara keseluruhannya, namun responden yang berpendapatan kurang daripada RM1,500/ isi keluarga, telah meningkat sokongannya dari 78% pada Februari kepada 82%. Sokongan responden Melayu pula meningkat dari 74% pada Februari kepada 79%.

Walau bagaimanapun, sokongan terhadap PM Najib menyaksikan penurunan untuk segmen-segmen pengundi yang utama - Merdekareview

Isu Plet Nombor WWW1 - Jawapan Untuk Raja Petra

Posted: 02 Jun 2012 06:00 PM PDT


WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu initidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin. Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah 'sembah derhaka'nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali. Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan 'wang rakyat' sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu. Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan. Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir 'melayu sesat' sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Jun 2012 01:18 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Rakyat perlu bersedia.. selepas PRU-13.. Pembangkang akan lakukan huruhara

Posted: 03 Jun 2012 01:46 AM PDT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempunyai pirasat bahawa selepas PRU-13, pembangkang akan melakukan huruhara.

Melalui huruhara itu, mereka mengharapkan bantuan negara asing untuk menukar kerajaan, dan menaikan rejim mereka.

Bersih3.0 sebagai warming Up mereka, demikian Tun Dr Mahathir selepas Bersih3.0 pada 28 April lalu.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Mahyuddin Yassin, mengakui bahawa kenyataan mantan Perdana Menteri itu mempunyai kebenaran, atas sebab itu rakyat perlu berjaga-jaga dengan rancangan pembangkang.

Pihak pembangkang, benar-benar tahu, bahawa melalui sistem demokarsi, mereka tidak boleh menang, kerana majoriti rakyat tidak berpihak pada mereka.

Sebahagian rakyat yang tertipu pada PRU-12, sudahpun kembali kepada BN; atas sebab itu, pihak pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) tahu, bahawa impian mereka menawan Putrajaya, hanya merupakan angan-angan.

Bukti jelas semalam, apabila PAS yang berhimpun di Stadium Darul Aman Kedah, gagal menghimpun sokongan, sehingga pemimpin PAS tersasul semasa berucap... Inilah ketikanya PAS akan kecundang di semua peringkat.

Pada PRU-12, pembangkang berjaya mendapat 82 kerusi Parlimen, atas sebab kepimpinan BN yang lemah ditambah isu-isu kontraversi yang sepatutnya tidak berlaku.

Selepas perubahan kempimpinan, BN sudah berubah, style sudah berubah, lagipun pimpinan BN mengamalkan JANJI DITEPATI.

Mat Gagak perdaya gadis-gadis Malaysia jadi GRO di Jepun

Posted: 02 Jun 2012 10:37 PM PDT

Polis akan menyiasat mengenai dakwaan wanita Malaysia diperdayakan oleh sindiket warga Nigeria yang dikenali sebagai "Gagak Hitam" untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Jepun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia merupakan perkara baru.

"Saya pernah mendengar beberapa sindiket di sini di mana membawa masuk warga asing untuk bekerja sebagai GRO dan terlibat dengan aktivit-aktiviti maksiat.

"Tetapi ini merupakan kali pertama saya mendengar sindiket yang memperdayakan wanita Malaysia untuk bekerja di luar negara sebagai GRO dan dalam perkhidmatan teman sosial," kata beliau pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang wanita-wanita yang secara sukarela untuk bekerja sebagai GRO malah dalam aktiviti-aktivit maksiat di seluruh negara, sambil menambah ia bergantung kepada undang-undang negara itu dan pihak berkuasa di sana untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

"Bagaimanapun, jika dakwaan yang mengenai anggota sindiket warga Nigeria di Tokyo adalah benar dan mereka menjalankan operasi di Malaysia maka kami akan menyiasat tentang perkara ini, lebih-lebih lagi mereka menawarkan gadis Malaysia bawah umur untuk berkhidmat dengan mereka," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menyiasat sama ada gadis-gadis berkenaan dipaksa untuk didagangkan atau terdapat mereka diperdayakan.

The Star pada Sabtu melaporkan seorang rakyat Nigeria yang menjalankan operasi dari Ropponggi dan Kabukicho di kawasan panas di Tokyo, Jepun, menawarkan gadis-gadis Malaysia berusia di bawah 25 tahun untuk RM2,000 untuk khidmat teman sosial selama 24 jam.

Warga Nigeria itu, yang menamakan dirinya sebagai Kent, didakwa turut menawarkan gadis Malaysia berusia 16 tahun tetapi harganya tidak murah berikutan masih bawah umur.

Ketua Biro Aduan dan Khidmat Masyarakat MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau belum pernah mendengar sebarang kes melibatkan rakyat Malaysia yang dibawa ke Jepun untuk berkhidmat sebagai GRO meskipun beliau tidak menolak terdapat kemungkinan mengenai perkara itu.

"Jepun merupakan wilayah yang ketat dengan undnag-undang dan tidak akan membiarkan pelawat yang tidak diyakinkan dengan tujuan lawatannya ke Jepun.

"Sindiket itu mesti mempunyai asas yang baik jika mereka boleh melakukan perkara sedekimian kerana adalah mahal untuk terbang ke Malaysia dan terdapat keperluan visa yang ketat," kata Chong, sambil menambah wanita-wanita yang "diiklankan" mungkin bukan dari Malaysia, tetapi dari China.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada cara untuk menghalang rakyat Malaysia untuk pergi ke negara lain dan menyalahgunakan visa perjalanan mereka kerana amat sukar untuk mengetahui niat sebenar mereka.

Kapal Selam Scorpene: Dari tidak boleh menyelam sehingga bayaran jutaan komisyen

Posted: 02 Jun 2012 09:57 PM PDT

Pembangkang tidak henti-henti bercakap soal kapal selam Malaysia-Scorpene. Dari tidak dapat menyelam, berakibat pembunuhan model Mongolia- Altantuya Shaaribu dan kini pula isu bayaran komisyen.

Suatu ketika Pemimpin Pembangkang yang dimulai oleh Tony Pua (DAP) dan dispin oleh Nurul Izzah Anwar (PKR) mendakwa bahawa kapal selam negara itu tidak mampu menyelam.

Namun semua dakwaan itu hanya tinggal dakwaan, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng menyelam bersama kapal selam negara itu.

Pelawaan Menteri Pertahanan-Zahid Hamidi kepada pemimpin Pembangkang untuk menyelam bersama kapal selam negara, hanya diterima oleh Guan Eng, manakala Tony Pua dan Nurul Izzah bisu seribu bahasa.

Sebelum isu kapal selam tidak mampu menyelam, pihak pembangkang menabur cerita, bahawa kematian model Mongolia-Altantuya ada kaitan dengan pembelian kapal selam scorpene, dan dakwaan itu, ada disebut di mahkamah Perancis.

Isu terkini mengenai kapal scorpene, dikatakan Perdana Menteri-Najib Razak; didakwa meminta komisyen sehingga AS1bilion serta dakwaan kickback kepada syarikat milik bapa kepada Razak Baginda yang berjumlah Euro 36 juta. 
 
Ekoran dakwaan itu, AMK PKR membuat laporan kepada SPRM mendesak melakukan siasatan terhadap Najib.
 
AMK PKR bukan sahaja mendesak siastan, akan tetapi membuat kata dua kepada SPRM untuk membuat pendirian mengenai isu tersebut.

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 03 Jun 2012 01:13 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! 18SX Video Massage Ter HOT di Pasaran!!

Posted: 03 Jun 2012 10:22 AM PDT




Ini video terbaru dari kumpulan Bangkang Dari Longkang, nampaknya video ni akan mengegarkan kerajaan Selangor yang selama ini menTERNAK rumah-rumah urut berlambak-lambak di Selangor. Dah tengok, dah gelak jangan lupa like yee...

PANASS!! Video Jelas Dap Memperlekehkan Hudud Pas dan Islam!!

Posted: 03 Jun 2012 02:12 AM PDT


Apa ni.. jelas kelihatan babi Dap tu sedang mempersendakan Pas.. Takkan Pas diam dan senyum saja kot? Biar betul ni.. Kalau puak Dap, nak berak atau kencing atas muka puak Pas pun tak kisah.. kalau sesama Islam.. boleh pulak korang nak berjihad ya? pelik betul puak perut hijau ni..

PANASS!! Puak Pas Ambil Duit BR1M RM500 Pi Tikam Nombor ekor!!

Posted: 02 Jun 2012 11:12 PM PDT


Huwaaawaaawaa !!! Etong oh etong, lama jugak aku tak pi tengok wayang kulit ni, aku masih ingat lagi kaset wayang kulit sri Asun ni lah menjadi pengubat bila waktu boring tahap gaban..

Keunikan wayang kulit sri Asun ini terletak pada watak dan karektornya. Telatah etong yang berlawak secara bersahaja cukup menghiburkan walaupun bahasa yang digunakkan agak kasar..



Kali ini etong menegur pengikut PR supaya berterima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu rakyat tanpa mengira kaum..

TUDIAA!! @AnwarIbrahim Jangan Ganggu PM @NajibRazak, Kalau Berani Berdepanlah dengan Tun_Mahathir!!

Posted: 02 Jun 2012 07:44 PM PDT


Mc menyahut seruan dari blog Keris7Lok yang mahu mempertemukan debat diantara Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. Anwar tak usah menganggu PM. PM pun takdak masa nak layan Anwar.. dari layan Anwar baik dia pergi buat kerja lain.

Timbul banyak bunyi setelah debat Rafizi dengan KJ tempohari dan seolah-olah pembangkang mahu melihat Anwar berdebat dengan pemimpin no 1 negara, YAB Perdana Menteri. Haha! Siapa Anwar untuk berdebat dengan PM? Ini Malaysia dan bukannya Amerika Syarikat yang menggunakan debat sebagai satu paltform yang mana akhirnya mereka hanya pandai berbicara tetapi gagal dalam melaksana.

Jangan ganggu PM yang sedang buat kerja! Mc merasakan YAB Perdana Menteri memang tidak perlu untuk berdebat kerana beliau pelaksana dan bukan orang yang hanya pandai bercakap tetapi umpama tin kosong seperti Anwar. Di cadangkan jika benar rakyat mahu melihat Anwar Ibrahim berdebat, mari kita bentangkan karpet merah buat Tun Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia yang tahu siapa Anwar Ibrahim selaku bekas Timbalan Perdana Menteri pada era yang sama.

Jika kita lihat semula Anwar seringkali berkata "Ketika saya didalam kerajaan", "Ketika saya menyandang Menteri kewangan", "Ketika saya masih dalam UMNO", sekarang kita lihat berani atau tidak jika dia berdebat dengan Negarawan yang memang 'kenal' siapa 'Menteri Kewangan paling teruk buat sejarah Malaysia'.


McTheory:
Rasanya Anwar ada teloq dak nak sahut perdebatan ini?

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 03 Jun 2012 01:05 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Nik Abduh patut diberi peluang bertanding PRU13.

Posted: 03 Jun 2012 01:49 AM PDT


Sudah menjadi kebiasaan dalam politik Malaysia anak-anak pemimpin politik turut dicalunkan bertanding dalam pilihanraya umum, sama ada semasa berkuasa atau pun selepas berkuasa terutamanya apabila anak-anak itu terlibat secara aktif dalam parti yang diketuai oleh orang tuanya.

PM Najib adalah anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO Begitu juga Dato' Hishamuddin Tun Husein Onn, Dato' Mukhris Mahathir, Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Mazlan Harun anak kepada bekas Menteri Besar Selangor telah di beri peluang dan menang dalam pilihanraya dan ramai lagi, begitu juga dari parti DAP dan PKR.

Tidak menjadi isu dan satu kelainan sekiranya PAS juga pada PRU13 ini memberi laluan kepada Nik Abduh Nik Aziz, iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bertanding sekiranya dilihat kepada kemampuan beliau sama-sama memimpin Pemuda PAS kearah mejatuhkan Kerajaan BN dalam PRU13 nanti.

Jangan kerana beliau adalah anak Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menjadi penghalang untuk diberi laluan kepada beliau bertanding dalam PRU13. Anak muda yang ada kebolehan dan krisma sepatutnya diberi peluang dan ruang bagi mengasah bakat untuk PAS melahirkan pemimpin pelapis dimasa akan datang.

Sekiranya ada dikalangan pemerhati politik PAS bimbang sekiranya Nik Abduh diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri akan mejadi isu bahawa PAS pun sebagai sebuah parti anak-beranak, bolehlah buat pertama kalinya Nik Abduh diberi tempat bertanding di kerusi Parlimen kerana rakyat kelantan kini masih memerlukan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Tiada ulasan:

Pengikut