Pakatan Rakyat |
Posted: 26 May 2012 03:10 PM PDT Beliau bersikap seperti pencacai Umno yang lain, cuba menyalahkan Mohd Yusof diatas kegagalan kerajaan dalam pendakwaan liwat kedua Anwar Ibrahim. Kadir dengan sinis mempertikaikan kemampuan Mohd Yusof dengan berkata, "Soalnya, kalau Mohd Yusof gagal dalam pendakwaan terhadap Anwar adakah dia akan berjaya dalam pembelaan Anwar?" Kadir cuba memberi gambaran kurang baik dengan menyertakan ungkapan dari seorang peguam Amerika, Melvin "Bellicose" Belli: "There is never a deed so foul that something couldn't be said for the guy; that's why there are lawyers." Diterjemahkan nya,"Tidak pernah ada perbuatan yang begitu jahat sehingga tidak ada sesuatu yang boleh dikatakan (bagi membela) orang yang melakukannya; sebab itulah ada orang (yang bergelar) peguam." Dan penulis terkenal Amerika, Ambrose Bierce pula berkata: "Lawyers are one skilled in the circumvention of the law." Dalam bahasa Melayu, peguam adalah seorang yang pandai mencari jalan untuk memintasi undang-undang. Hakim Mohamad Zabidin membebaskan Anwar Ibrahim dengan berkata, "Kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan." Kadir sepatutnya bergembira diatas pembebasan Anwar Ibrahim kerana menurut '7 Kalaunya' beliau memberikan 3 andaian bahawa pembebasan Anwar Ibrahim akan memberikan advantage kepada Umno/BN. 5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan "mati syahid" oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000; 6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan 7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999. Jelas, bahawa Kadir sebagaimana pendirian Mahathir dan Najib, lebih suka sekiranya Anwar dipenjarakan. Namun bagaimana pun hanya satu andaian Kadir yang menepati senario politik tanah air sekarang ini : 4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum. Andaian tersebut nampak terserlah sekarang ini hingga membuatkan Umno/BN menjadi menggelabah tidak tentu arah . Maka sebab itulah kini Kadir cuba mempertikaikan pembebasan Anwar dan mahu meletakan segala kesilapan itu ke atas bahu Mohd Yusuf. Mohd Yusuf hanyalah seorang peguamcara.Yang buat keputusan adalah Hakim. Saya kira, Mohd Yusuf telah melaksanakan tugasanya dengan penuh komitmen dan bertanggung jawab.Kalau tidak sudah tentu Peguam Negara akan mengambil tindakan memecat beliau. Atau pernahkah kita dengar rungutan Peguam Negara mengenai performance Mohd Yusuf selama ini? Oleh kerana profession Kadir adalah kewartawanan, maka sukalah saya menyertakan ungkapan-penulis taraf dunia yang terkenal , Charles Dicken , sebagai 'tit for tat' dan untuk direnungkan bersama : "If there were no bad people there would be no good lawyers. Terjemahannya : Sekiranya tidak ada orang yang jahat, maka tidak akan ada peguam yang baik. Bagi Kadir, ungkapan yang sesuai untuk kamu ialah dari Norman Mailer, "If a person is not talented enough to be a novelist, not smart enough to be a lawyer, and his hands are too shaky to perform operations, he becomes a journalist." Terjemahan nya, "Sekiranya seseorang itu tidak cukup berbakat untuk jadi nobelis, tidak cukup bijak untuk jadi peguam, dan tangannya terlalu gementar untuk melakukan pembedahan, dia menjadi wartawan. Jika berpandukan kepada Etika Kewartawanan Malaysia , ia menggariskan bahawa peranan utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar. Kadir gagal menampilkan ciri tersebut dalam tulisanya tanpa memberikan butiran yang jelas selain menyertakan ungkapan-ungkapan untuk menyindir kewibawaan Mohd Yusof. Kalau kebudayaan Sepanyol ada Don Quixote, Amerika Syarikat ada 3 Stoogers, dan budaya british ada Mr. Bean, kita di Malaysia pula ada Pak Pandir. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan, Kadir Jasin adalah sangat layak menjadi Pak Pandir zaman sekarang! |
Posted: 26 May 2012 03:06 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan