Khamis, 24 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 24 May 2012 03:37 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:37 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Umno Perlu Terima Pelawaan Muzakarah TGNA

Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT


Inilah peluang yang perlu Umno rebut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS telah menyeleweng dari ajaran Islam. Umno jangan cuba mencari alasan untuk mengelak untuk bermuzakarah dengan TGNA.

Muzakarah tersebut perlu disokong untuk diadakan supaya ianya akan dapat menyerlahkan lagi perbezaan dasar perjuangan parti antara Umno dan PAS.

Ianya pasti akan memberi peluang bagi kedua pihak parti dukungan Melayu itu membuktikan sejauh mana landasan perjuangan mereka itu benar-benar berada diatas jalan yang diredhai Allah.

PAS sudah tentu akan menempelak Umno yang didakwa berjuang atas dasar assobiyah.Maka sejauh mana pula Umno akan dapat menangkis dakwaan tersebut adalah amat menarik untuk kita semua saksikan bersama.

Maka begitu pula Umno, akan mendakwa kononnya PAS adalah parti ajaran sesat.Maka kita akan berpeluang menyaksikan segala macam dalil-dalil yang akan dikemukaakan oleh PAS bagi menangkis tohmahan tersebut.

Rakyat sendiri yang akan mengadilinya dengan pertimbangan akal budi dan ilmu yang ada pada setiap mereka.Kita bukan mencari kemenangan semata-mata tetapi mencari kebenaran; kerana apabila kebenaran muncul, maka akan lenyaplah kebatilan dengan sendirinya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHA) perlu memberikan sokongan yang padu kepada usaha TGNA yang mahu bermuzakarah dengan Umno.

"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, di Kota Bharu semalam, di sini

Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS.

Presiden Pas patut sokong kerana muzakarah tersebut bukan bertujuan untuk merintis jalan membentuk 'Kerajaan Perpaduang' sebagaimana yang pernah di dukung oleh sesetengah pihak dahulu dan ditentang hebat oleh TGNA sendiri.

Batalkanlah Perhimpunan Sejuta Belia Itu!

Posted: 24 May 2012 01:00 AM PDT

Aku teringat sewaktu di zaman sekolah rendah dulu.Waktu itu masih dalam darjah 2. Kecil sangat lagi tu.


Tapi, kami sudah diajar untuk ke jalan raya. Cikgu arahkan kami berkumpul. Berikan setiap sorang satu bendera Perak yang kecil lalu kami berjalan kaki - berarak dari sekolah di Pasir Puteh itu hingga ke persimpangan jalan Kampar-Gopeng.

Jauh juga tu - 5 ke 6 kilometer berjalan kaki.Budak-budak masa itu apa tahu? Seronoklah dapat bendera! Kalau sekarang ini, tentu emak bapak akan marah dan serang guru-guru kerana menyiksa budak-budak berjalan kaki sejauh itu!

Kemudian kami tunggulah kat tepi jalan tu. Kami main-main kibar bendera. Bila ada sesiapa yang lalu, kami semua akan sorak. Jam itu bukan ada banyak kereta pun.

Lama jugalah menunggu. Kemudian kami disuruh berbaris sepanjang jalan. Cikgu dah ajar kitaorang apa nak buat apabila kereta raja berlalu.

Tibalah masanya, kitaorang pun kibar-kibarkanlah bendera. Terjerit-jeritlah kitaorang dengan daulat tuanku! daulat tuanku!

Saya kira itulah pertama kalinya saya mendapat latihan untuk berdemo di jalanan.Kita orang meluahkan perasaan menghormati raja dengan laungan daulat tuanku! daulat tuanku!

Raja berkereta berlalu sambil melambai.Tiap kali raja nak keluar negara atau pulang dari luar negara , kitaorang pun pergi ke jalanan untuk berdemo daulat tuanku! daulat tuanku!

Bukan seperti sekarang – angkut dengan bas percuma, kasi makan dan minum.Dikasikan duit lagi!

Tapi nampaknya masa kini sudah banyak berubah.Raja pun sudah berubah.Raja sekarang nasihatkan rakyat jelata supaya tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.

Nampaknya Himpunan Sejuta Belia kenalah di batalkan kerana,"Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal," titah baginda raja di sini

Macam Bagus Sangat Bapa Malaon ini!

Posted: 23 May 2012 06:49 PM PDT

Transkrip di bahagian akhir V-klip ini, Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Umno Perak ini menyebut dengan tegas :


Soal minta maaf itu dia boleh minta maaf. Itu hak masing-masing. Tetapi jangan dia lupa, jangan dia silap, tindakan dia itu telah melanggari undang-undang dan juga peraturan parti.

Dan hari ini kita ada lembaga disiplin. Dia kena ingat! Dia ada bukti beliau telah mengungkapkan kata-kata yang saya rasa tidak masuk akal dan tidak begitu boleh diterima.

Tuduhan beliau juga memalukan dan menjijikan.Segala tindakan ini sebenarnya tertakluk kepada tatacara disiplin parti; jadi saya rasa dia boleh minta maaflah.

Tapi lembaga disiplin berhak untuk menentukan dan saya minta jasa baik lembaga disiplin untuk mengambil tindakan ke atas saudara Zamhuri.

Umno telah dimalukan oleh malaon yang bernama Zamhuri itu.Tengok rakaman video sebelah kanan ruang tepi blog ini , yang atas sekali. Benarkah Umno akan mengambil tidakan ke atasnya? Itu depa punya pasallah...Kalau yang satu itu malaon, yang ini pula adalah 'Bapa Malaon'!

Dia hanya mampu berkata-kata sekadar untuk melepaskan dirinya sendiri kerana dimalukan oleh orang bawah lubang hidungnya sendiri dan supaya dilihat dia tu hebat, macam baguih sangat ....ha! ha! ha! spesis yang sama beb!

Biaqpila

Posted: 24 May 2012 03:24 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

Posted: 23 May 2012 06:39 PM PDT

DEY MACHA!!!
HARI TU KATA RUGI BERNIAGA
BERSIH 3 PUNYA PASAL
KAH! KAH! KAH!

BILA TEMBERANG DAH TERBONGKAR
DIRI SENDIRI YANG TOLONG MENGAKU
INILAH BANGANG BERTINGKAT
KAH! KAH! KAH!

MEMANG TERDESAK NAK TARIK SOKONGAN
TERPAKSA TEMBERANG HADIAH LUMAYAN
KAH! KAH! KAH!

LEPAS NI KITA PAKAT BOIKOT LA
KEDAI IKAN BAKAR SEKINCHAN TU
BIAQ DIA TAU LANGIT TINGGI RENDAH
KAH! KAH! KAH!


Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

NONESebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut