Jumaat, 18 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 18 May 2012 03:11 PM PDT


Ketua cawangan ialah Ust Shuib Alias, bekas seorang pensyarah pengajian Ugama di Politeknik Ungku Omar.Beliau telah lama bergiat cergas dalam penyampaian dakwah melalui pengajian-pengajian ugama di merata masjid dan surau-surau sekitar Ipoh.



Sambutan orang ramai adalah diluar jangkaan kerana hebahan yang agak begitu suntuk. Namun alhamdulillah, lihatlah gambar-gambar diatas itu, bukan terhad kepada kalangan Melayu sahaja yang hadir, malah orang Cina dan juga India ada bersama.

Ismail Saleh, bekas seorang komando 69 turut menyampaikan ucapannya pada malam tersebut. Beliau turut menyatakan rasa kesalnya kerana merasakan perjuangan dan pengorbanannya dalam menghadapi komunis dihutan dulu tu sia-sia apabila kerajaan hari ini begitu mudah menyerahkan kerakyatan negeri untuk orang asing dengan begitu mudah.

Pagi tadi, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebentar tadi, jam sekitar 8.40 pagi, beliau telah dihubungi oleh seorang SB yang tidak dikenalinya berhubung dengan ucapannya malam tadi. Nampaknya ada reaksi dari SB. Mudah-mudahan ramai lagi SB yang akan sedar dan berpihak kepada rakyat setelah mereka berpeluang mendengar kuliah-kuliah pengajian politik secara tidak langsung dari pakar-pakar akademik.

Ya, itulah yang di harapkan apabila pihak penganjur menjemput berucap pada malam tersebut , bekas pensyarah undang-undang UAI, Dr Aziz Bari.

Dalam 'kuliah'nya malam tadi, banyaklah yang beliau sebut. Anda boleh rujuk disini

Harap kepada mereka yang berkenaan akan dapat berlapang dada dan memikirkan sebaik-baiknya sambil memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SW.

Tujuan hidup kita adalah sebagaimana ikrar yang sering kita ulang-ulangkan ketika solat - wamahya-ya , wamamati, lillahi Rab-il 'Alamin - yakni, dan hidup dan mati ku hanyalah kerana Allah pentadbir sekalian alam ini.

Tumpang bahasa kiasan Dr Aziz Bari, "Umno sekarang tidak menggunakan kepala lagi, tetapi mereka kini menggunakan ini," sambil beliau menunjukan kearah ponggongnya!

Dr Aziz turut menyentuh isu panas mengenai MB Pakatan Rakyat, DS Nizar yang muncul di ceramah Umno yang mengatakan kononnya "Nizar Pembohong Bersiri"

Dr Aziz dalam nada lemah lembutnya sempat membidas Hamidah bahawa, "dia tidak sedar dalam parti dia tu, bukan setakat pembohong, pembunuh bersiri pun ada ....perogol bersiri pun ada ..."ha! ha! ha! Ambik ko Hamidah!

Kerabu Bersuara ®

Posted: 18 May 2012 03:01 PM PDT

May 18 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 18 Mei: Anggota Peguam Hak Asasi (LFL), Edmund Bon membidas Umno BN yang mahu semua badan profesional di negara ini mengikut telunjuk mereka.

Beliau berkata, sekiranya sesebuah badan profesional tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan, pelbagai kritikan dan tekanan dikenakan.

"Adakah kita tidak boleh bergerak bebas? Adakah kalau pertubuhan-pertubuhan ini tidak bersetuju dengan kerajaan bermakna mereka sebahagian daripada Pembangkang?" soalnya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Beliau mengulas cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membentuk badan peguam alternatif selepas kerajaan mendapati Majlis Peguam tidak memihak kepada mereka dalam banyak situasi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melabelkan badan profesional yang dinaungi lebih 12,000 ahli itu sebagai parti politik.

Pada 11 Mei lalu, Majlis Peguam meluluskan usul tergempar mengutuk keganasan polis sewaktu mengendali Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Seramai 1,270 ahli hadir ke Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), dengan 939 menyokong dan hanya 16 menolaknya.

Mengulas perkara itu, Edmund berkata, ini bukan pertama kali kerajaan mengugut mahu menubuhkan badan peguam alternatif apabila mendapati Majlis Peguam tidak memihak kepada mereka.

Ia bermula seawal 1988, ketika Majlis Peguam membantah pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas selepas berlaku krisis perlembagaan.

"Mereka tidak bersetuju dengan pelantikan Tun Abdul Hamid Omar, sebagai Ketua Hakim Negara. Zaid Ibrahim yang bertugas sebagai peguam ketika itu telah menubuhkan Syariah Law Association sebagai badan alternatif," katanya.

Menurut Edmund, sebagai badan memperjuangkan hak asasi manusia, ia harus bebas dan tidak terikat sama ada kerajaan mahu pun parti politik.

"Sekiranya mendapati ada tindakan melampaui batas hak asasi manusia, kita akan kritik tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang. Kita mengikut garis panduan dalam memperjuangkan hak asasi manusia," tegas Edmund.

Tiada ulasan:

Pengikut