Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Tuan Guru Di Madrasah Al-Taqwa Machang Sebelum Berceramah Di Wakaf Bata
- Banyak bukti Umno cetus suasana tegang
- Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat
- Majlis Kesyukuran Rumah Ayah Mat Di Kg. Cherang Pulai Chondong
- Nafi royalti: Umno tidak layak dipilih jadi ketua
- Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan, Di MADU
- Nik Aziz sebak pelajar Yik solat berlantai tanah
- Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012 di Pantai Irama, Bachok.
- Himpunan Hijau Ke Putrajaya
Tuan Guru Di Madrasah Al-Taqwa Machang Sebelum Berceramah Di Wakaf Bata Posted: 27 May 2012 01:55 AM PDT |
Banyak bukti Umno cetus suasana tegang Posted: 27 May 2012 01:54 AM PDT MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang. Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan. "PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku. "Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga. "Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno," ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam. Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13. |
Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat Posted: 27 May 2012 01:52 AM PDT TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS. Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya. Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain. "Jangan ada di antara mana-mana rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini. Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak. Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan. Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah. Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam. |
Majlis Kesyukuran Rumah Ayah Mat Di Kg. Cherang Pulai Chondong Posted: 27 May 2012 01:46 AM PDT |
Nafi royalti: Umno tidak layak dipilih jadi ketua Posted: 27 May 2012 01:40 AM PDT RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum. Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun. Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. "Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak terhadap Kelantan. "Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas," katanya pada ceramah di Kampung Pulai, Chica Tinggi malam kelmarin. Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini. Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti. Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, perjanjian tersebut ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir. Menurutnya kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah penipuan duit rakyat apabila melelapkan wang royalti milik Kelantan. "Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala," katanya disambut laungan takbir orang ramai yang hadir. Sementara itu, pelawak terkenal, Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman memberitahu beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjaya lama kerana tidak mahu terus terjebak dengan maksiat dan aktiviti melalaikan. Menurutnya pada 19 Februari 2011 beliau meninggalkan Umno cawangan Subang dan menyertai PAS kerana yakin parti Islam membawa perjuangan lebih jelas dan nyata bagi mendaulatkan agama. Turut hadir pada program tetsebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun. |
Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan, Di MADU Posted: 27 May 2012 01:39 AM PDT |
Nik Aziz sebak pelajar Yik solat berlantai tanah Posted: 27 May 2012 01:35 AM PDT MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai 'bapa kafir', beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada. Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing. Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha. Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha. Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu. Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu. Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan. "Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat. "Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah," ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak. Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu. Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi. |
Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012 di Pantai Irama, Bachok. Posted: 27 May 2012 01:33 AM PDT |
Posted: 26 May 2012 05:56 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan