Sabtu, 12 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 11 May 2012 11:31 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Beradab vs biadab #gelombangmerah #UMNO66

Posted: 11 May 2012 06:00 PM PDT



Perbezaan Perhimpunan Duduk & Bantah dan juga Perhimpunan duduk & Sokong. Inilah bezanya antara Manusia yang berTamadun dengan yang tiada tamadun.


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

[LIVE] Gelombang Merah Penuhi Stadium Bukit Jalil #UMNO66 @tengkuadnanreal @umbkl

Posted: 11 May 2012 05:53 AM PDT




Keadaan di luar dan dalam Stadium Bukit Jalil ketika ini sedang sesak dipenuhi gelombang merah yang datang dari seluruh pelusuk tanahair bagi meraikan Ulangtahun ke 66 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ataupun UMNO.



Acara kemuncak adalah amanat bersempena Ulangtahun ke 66 UMNO daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO. Pada petang tadi simbolik Larian membawa Bendera Sang Saka ke Stadium Bukit Jalil telah diadakan dan disertai oleh Pemuda UMNO.


Kuasa Besar Dunia Ucap Tahniah Kepada UMNO @umnoonline #uUMNO66

Posted: 11 May 2012 05:22 AM PDT


Pemerintah kuasa besar dunia, Parti Komunis China (CPC) menyampaikan ucapan tahniah kepada anggota Majlis tertinggi dan ahli-ahli parti sempena ulang tahun UMNO yang ke-66 tahun.

Kawat tahniah tersebut telah disampaikan sendiri oleh delegasi seramai sepuluh orang dari CPC yang diketuai Wu Shumin selaku Ketua Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa CPC dengan harapan agar UMNO terus menjadi peneraju kesejahteraan dan keharmonian negara.

"Sejak dari awal lagi, UMNO tidak pernah jemu dan terus berusaha memastikan kesinambungan kedaulatan, kebebasan dan perpaduan di Malaysia," katanya dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Ujarnya, CPC mengagumi perjuangan UMNO dalam mempromosikan perpaduan khususnya keharmonian dalam pelbagai kaum dan etnik dengan kesatuan dalam kepelbagaian.

"Sebagai parti politik yang terbesar di Malaysia, UMNO telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini dengan pembangunan ekonomi nasional selain program-program jangka panjang yang sangat berkesan," katanya.

Beliau turut mengimbas semula hubungan antara UMNO dan CPC berlangsung akrab malah sejak tahun 1994, delegasi antara kedua-dua parti saling berkunjung sambil bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman dalam soal politik pembangunan untuk diaplikasikan di negara masing-masing.

"Kita bukan hanya mahu berkongsi idea tetapi juga mempelajari struktur perkembangan UMNO yang telah berjaya membawa negara ini dikagumi dipersada antarabangsa biarpun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum."

Lantaran untuk ikatan yang lebih akrab, ianya dimetrai melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung dalam suasana harmoni di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing pada 4 Ogos 2010.

Menerusi memorandum itu juga UMNO dan CPC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.

Delegasi CPC tersebut adalah antara parti-parti politik yang akan bersama-sama dalam acara kemuncak meraikan sambutan ulang tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum itu, Sri Lanka Freedom Party yang diwakili oleh M. Fawzan Anwer Dan Jehan Amaratungga turut mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Tengku Adnan di pejabatnya, Menara Dato Onn selain akan turut serta dalam sambutan ulang tahun UMNO esok.

Antara parti-parti asing yang telah mengesahkan kehadiran ialah People's Action Party (Pap) Of Singapore dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS). – MediaUMNO


Sumber: GERBANG TEMPUR PUTERI

Penyerahan Sang Saka Bangsa #UMNO66

Posted: 11 May 2012 01:35 AM PDT

Majlis Penyerahan Sang Saka Bangsa dari Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Sumber : REZQEEN HILL dan IKRAR PEMUDA




Nantikan malam ini, ketibaan Sang Saka Bangsa yang diarak dari seluruh negara menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 11 May 2012 07:20 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Gempar!MB semakin DITOLAK

Posted: 11 May 2012 01:26 AM PDT

Alamak,macamana nak buat ni.dengar kata MB Selangor telah hadir ke Daerah Kuala Langat pada hari ini..Sewaktu posting ini dibuat,beliau berada di Pantai Morib..ada program kat sana,Pengisytiharan Bulan Melawat Kuala Langat 2012,apa yang mengejutkan kerusi lebih banyak daripada tetamu ataumorang ramai.aikk...macam tak percaya.tapi itulah kenyataan yang harus diterima oleh pihak-pihak pembangkang!bahawa rakyat kuala langat MENOLAK pentadbiran MB dan konco-konconya...




Pemuda UMNO Telok Datok

Tiada ulasan:

Pengikut