Pakatan Rakyat |
Posted: 10 Apr 2012 03:17 PM PDT | Lagi 3.2 Ekar Diserah Pada Umno Tanjong Karang Posted: 10 Apr 2012 08:34 AM PDT SHAH ALAM: Pemimpin Umno ketika menerajui kerajaan negeri sebelum ini sekali lagi didapati menyalahguna kuasa dengan memindah milikan tanah milik kerajaan negeri kepada Umno Tanjong Karang demi kepentingan parti dan politik individu tertentu dalam parti itu. Dalam satu carian rasmi yang dibuat mengikut Seksyen 385, Kanun Tanah Negara yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor telah mendapati tanah tersebut telah dipindah milik kepada Umno Tanjung Karang pada 3 Ogos 2005 Tanah seluas 12,100 meter persegi atau atau 3.195 ekar tersebut terletak di Jalan Sungai Kajang, Tanjung Karang, bernombor Hakmilik HSD 15384 dan lot PT 303. Demikian menurut satu lagi pendedahan berhubung tindakan salahguna kuasa Umno ketika berkuasa yang dibuat oleh Naib Yang DiPertua Pas Tanjung Karang, Misran Serman baru-baru ini. "Saya dah teliti dokumen rasmi pejabat tanah dan memang tanah yang asalnya milik Kerajaan Negeri kini telah dimiliki oleh Umno Tanjung Karang. "Ini jelas merupakan salah guna kuasa mempergunakan kuasa yang ada di dalam kerajaan untuk kepentingan parti politik dan peribadi. "Ini merugikan rakyat Selangor kerana Kalau tanah ini dibangunkan kerajaan negeri, semua lapisan masyarakat dapat manfaatnya, tetapi bila diserah kepada Umno, Umno sahajalah yang dapat manfaatnya," kata Misran. Menurut Misran, sebuah syarikat swasta, Bumi Utama Constructions yang beralamat di 12-02, Tingkat 1, USJ 21/4, UEP Subang Jaya, Selangor turut mempunyai kepentingan atas tanah tersebut apabila syarikat terbabit mengkaveat tanah itu pada 3 Ogos 2007. "Selain itu, tanah tersebut telah dikaveatkan oleh Bumi Utama Constructions pada Ogos 2007," katanya lagi. Kaveat Persendirian (Private Caveats) adalah kaveat atau sekatan yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah. Apabila kaveat dikenakan kepada mana-mana hartanah, hartanah tersebut tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai dengan kebenaran pihak berkuasa dan pihak yang membuat kaveat itu untuk jangkamasa sekurang-kurangnya enam tahun. Misran yang juga merupakan Ahli Majlis Kuala Selangor turut memberitahu satu permohonan untuk mendirikan bangunan yang dinamakan Kompleks umno Bahagian Tanjung Karang telah dikemukakan kepada Majlis Daerah terbabit. "Saya difahamkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor, kompleks Umno akan dibina di situ, tetapi tak tahu bila mula," katanya lagi. Terdahulu, beberapa isu berkaitan pemilikan tanah secara meragukan turut dibangkitkan oleh beberapa pemimpin setempat yang membabitkan Umno Tanjung Karang. Antara yang didedahkan termasuk pemilikan tanah bekas milik Kerajaan Negeri Selangor bernombor hakmilik HSD 10440, nombor lot PT115, terletak di Pekan Tanjung Karang yang diserahkan kepada Umno Bahagian Tanjung Karang. Tanah seluas 4,370 meter persegi itu kemudiannya dijual kepada Bumi Utama Building Material Sdn Bhd sekaligus membolehkan Umno memperolehi keuntungan mudah. Syarikat yang sama telah mengemukakan permohonan untuk mendirikan sebuah hotel di atas tanah terbabit, tetapi telah ditolak dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Kuala Selangor. Pada masa ini Umno Tanjung Karang menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional, Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Karang dan sebuah dewan gimnasium yang telah dikosongkan. Misran turut memberitahu TVS pagi ini, satu laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibuat dalam sedikit masa lagi. | Ming Kai: BN Takut Penyelewengan di Ketahui Rakyat Posted: 10 Apr 2012 08:34 AM PDT SHAH ALAM: Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai hari ini menafikan soalan bertulis yang dikemukakan beliau dalam sidang DUN Perak baru-baru ini ada menyebut mana-mana individu mahupun terikat dengan rahsia kerajaan negeri ataupun Akta Rahsia Rasmi hingga menyebabkan soalan beliau ditolak. Sebaliknya menurut Ming Kai, soalannya ditolak kerana BN Perak cuba menyembunyikan sesuatu atau disengajakan tanpa alasan yang jelas. "Alasan yang diberi amatlah tidak munasabah kerana ini bukan pertama kali, sudah banyak kali kita menghadapi perkara ini. "Setiap kali soalan ditolak, kami kaji mengapa soalan ditolak dan kami 'adjust' sampai boleh dijawab. "Tetapi akhirnya sampai tiada lagi alasan lain maka terpaksalah mereka gunakan mana-mana satu perintah tetap untuk sengaja tidak jawab soalan kita termasuklah menggunakan alasan sentuh rahsia kerajaan negeri dan akta rahsia rasmi. Ming Kai turut memberikan contoh soalan-soalan bertulis yang cuba dikemukakan kepada Exco Perak. "Solan yang saya tanya berbunyi, 'manakah kawasan pembalakan yang diluluskan semenjak 2009? Tak ada sebut nama atau apa-apa kenyataan yang tidak benar pun. "Soalan kedua, sila kemukakan semua pengusaha kuari di Negeri Perak? "Ketiga, saya juga tanya senarai projek di bawah PIA (Projek Infrastruktur Awam) dan PIAS (Projek Insfraktur Asas). "Soalan keempat saya ialah berapa tanah pertanian yang diluluskan dan jelas semua soalan saya soalan yang tak sentuh atau tuduh sesiapa rasuah atau sebagainya," ujar beliau. Ming Kai turut tidak menolak kemungkinan BN sedang cuba menyembunyikan daripada sesuatu terdedah kepada pengetahuan rakyat. "Sengaja tak mahu dijawab mungkin atas beberapa sebab, pertama, saya tak menolak kemungkinan mereka cuba menyembunyikan sesuatu seperti mungkin terdapat projek yang dijalankan dengan peruntukan yang tidak munasabah. "Kedua, mereka sengaja nak elakkan dari segala pendedahan walaupun mereka tak pasti samada ada masalah atau tidak. "Malah, terdapat soalan saya tadi yang maklumatnya ada dipaparkan oleh pejabat-pejabat daerah seluruh Perak, takkan itu dianggap sebagai rahsia rasmi kerajaan. "Oleh sebab saya seorang Adun, saya tanyalah kepada kerajaan negeri sebab tentulah lebih mudah berbanding untuk saya pergi ke setiap pejabat daerah di Perak ini," ujar beliau ketika di hubungi TVSelangor. Selain itu, menurut Ming Kai tindakan Speaker DUN Perak, Datuk R Ganesan telah menafikan hak beliau dan rakyat di kawasan yang diwakilinya untuk mendapat maklumat berkenaan tanggungjawab kerajaan negeri. Terdahulu dalam isu yang sama, Ming Kai telah diarahkan keluar oleh Speaker Datuk R Ganesan apabila beliau melahirkan rasa tidak puas hati setelah soalan-soalan yang dikemukakannya telah ditolak dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. | BN Cuba Ambil Kesempatan Dari Pembangunan Selangor Posted: 10 Apr 2012 08:17 AM PDT SELAYANG : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) digesa supaya segera mengentikan sikap pura-pura yang kononnya mendakwa mereka prihatin terhadap pembangunan infrastruktur di Selayang meskipun tidak lagi memerintah kawasan itu. Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Jalan SJ3 di sini hari ini. Ia merujuk kepada kenyataan Penyelaras Parlimen Selayang, Jessie Ooi dalam suatu akhbar baru-baru ini yang mendakwa kerajaan Umno-BN mengambil berat soal pembangunan di kawasan itu terutama urusan penurapan jalan. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyelaras BN itu seolah-olah menggambarkan segala penambahbaikan infrastruktur di kawasan itu dibuat atas seruan beliau. Tindakan dia (Jessie) membuatkan rakyat keliru siapa yang memerintah Selangor sekarang ini. Projek untuk menurap jalan ini telah lama masuk dalam senarai dan akan dikaji sebelum dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Ini bukan kerja senang. Bukan boleh kata hari ini jalan lubang, esok MPS akan datang turap. Proses kerjanya adalah banyak," jelasnya. Menurutnya, pembangunan yang dikecapi oleh rakyat di kawasan itu adalah atas keprihatinan kerajaan negeri yang menyalurkan dana kepada setiap Dun dengan nilai RM 1 juta untuk tujuan pembangunan. Beliau berkata, sejak PR mengambil alih pemerintahan di Selangor, kerajaan persekutuan telah menyekat segala bantuan yang sepatutnya diperuntukkan kepada kawasan terutamanya di Selangor. Tambahnya, peruntukan RM2 juta yang sepatutnya diterima oleh setiap Ahli Parlimen bagi tujuan pembagunan di kawasan masing-masing juga gagal dilaksanakan kerajaan persekutuan. "Segala projek dan pembangunan yang dibuat di kawasan ini adalah atas bantuan kerajaan negeri melalui peruntukan yang diberikan. Sejak tahun lalu, kerajaan persekutuan telah menyekat bantuan yang sepatutnya diberikan kepada Dun. Saya sebagai wakil rakyat yang dipilih juga tidak menerima peruntukan RM2 juta seperti yang sepatutnya. Tindakan ini seolah-olah menafikan demokrasi rakyat yang mengundi serta memilih saya sebagai wakil rakyat semasa pilihan raya," tegasnya. Sementara itu, Penyelaras Dun Taman Templer, Mohamad Abd Rahman berkata, pelbagai pembangunan telah dilaksanakan menerusi projek berbentuk infrastruktur yang dikenali sebagai Marris. Jelas Mohamad, Marris diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan cadangan dan penyenaraian permohonan yang merujuk kepada keperluan masyarakat. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah seperti penurapan jalan raya dan menaiktaraf longkang di beberapa kawasan yang telah di kenalpasti. | Hanya Datuk Seri Najib Layak Pangku Menteri Wanita Posted: 10 Apr 2012 08:16 AM PDT Editor Buletin Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator pada 8 April 2012. DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin UMNO dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat. Mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam UMNO mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Datuk Seri Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin UMNO yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri. Kehebatan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga. Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah DPPM juga mencadangkan supaya Datuk Seri Naib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain. Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia. Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya. Paling penting adalah untuk memastikan Datuk Seri Najib menang dalam PRU ke 13, tidak kisah apa jadi kepada UMNO atau pemimpin yang lainnya. Mungkin juga Datuk Seri Najib boleh agih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya. Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang. Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara. Selain itu, banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh 'disalurkan' melalui isterinya. Ini barulah dinamakan 'perkongsian bijak' antara suami dan isteri yang boleh mem'faraid' kan portfolio menteri antara keduanya. | Isu Task Force Beri Warganegara Percuma; Mana Media, NGO Patriotik? Posted: 10 Apr 2012 08:13 AM PDT Editor Bueletin KUALA TERENGGANU - PAS mengingatkan seluruh rakyat di negara ini bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian melakukan khianat terhadap masa depan ugama , bangsa, negara dan menggadaikan tanah air kepada warga asing. Ketua Penerangan PAS Dato' Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Dato' Hj Mahfuz Omar akan menjadi suatu malapetaka kepada negara. Menurutnya, Mahfuz pada minggu lalu mendedahkan 'task force' tersebut diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Tuan Ibrahim menyatakan demikian dalam satu kenyataan media yang diedarkan kepada Buletinonline pagi ini, Selasa 10 April. Katanya, tindakan terdesak kerajaan Umno/BN jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara. "Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? "Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini,"katanya menurut kenyataan tersebut "Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. "Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini,"tambahnya Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena. | Hentikan rampasan Tanah rakyat; Jom Demo 24 April Depan Wisma Darul Iman! Posted: 10 Apr 2012 08:11 AM PDT Seorang wartawan Utusan mengajukan soalan, apakah pembangkang nih parti demo? Tak boleh ambil pendekatan lain ke yang lebih lunak? Soalan kura2 dalam perahu. Wartawan sendiri tahu bagaimana minda & pemikiran ahli politik Umno-BN. Mereka masih lagi pengamal politik penjajah. Mereka yang ada kuasa boleh buat apa saje yang mereka suka. Peranggai orang England yang masih ingat bahawa mereka masih lagi sebagai Penjajah British yang hebat. Mereka adalah The Bulldog bagi Eropah. Sepatutnya mereka adalah pemimpin yang mewakili rakyat perlu mendengar dan menyuarakan suara rakyat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dengan kuasa yang diberi oleh rakyat akhirnya mereka menjadi juara penindas serta penzalim keatas rakyat. Dalam isu Rampasan Tanah Rakyat yang berlaku semenjak Umno-BN mengambil alih pemerintahan sejak 2004, maka bermulalah era kezaliman dan rampasan tanah rakyat ini yang melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan masjid maupun madrasah. Bagi mereka yang membujur lalu dan yang melentang patah. Mereka cuba menghapuskan semua tanda yang membuktikan jasa kerajaan BA tahun 1999-2004 kepada rakyat. Kita telah mengambil pelbagai pendekatan bagi menuntut agar dikembalikan hak mereka yang terlibat. Pertemuan dan perbincangan dengan Pegawai tanah daerah, bertemu dengan pihak PTG, report ke pihak SPRM, bertemu Exco, Nak berjumpa dengan MB, serah memo kepada setiusaha beliau, melalui mahkamah dan pelbagai jalan yang diusahakan tetapi benarlah kata A.Samad Said selaku seniman Negara bahawa pemimpin Umno-BN ini mempunyai dua lidah tetapi satu telinga sahaja. Mereka hanya pandai member janji tetapi gagal mendengar suara hati rakyat. Kerana itulah pencegahan munkar itu daripada cegahan hati yang merupakan selemah iman hendaklah disuarakan dengan lidah dan menzahirkan bantahan fizikal agar pemimpin Umno serta rakyat perlu disedarkan dengan kezaliman yang berlaku ini. Sebab itu pas mengambil keputusan untuk menyokong bantahan dan demo yang akan diadakan oleh pihak mahasiswa terhadap Yayasan Terengganu yang dipengerusikan oleh MB Ahmad Said sendiri pada 18hb April ini jika terus berdegil untuk tidak menyambung kembali hak pinjaman 9 orang pelajar di Mesir. Pertemuan, dialog serta perjumpaan dengan pihak Yayasan dengan rayuan, desakan, memorandum. Tetapi jika sememangnya pemimpin Umno ni jenis keras hati maka suara rakyat perlu digerakkan. Pas Terengganu mengambil ketetapan untuk bersama rakyat mengadakan demontrasi besar-besaran pada 24hb April ini di Wisma Darul Iman sempena persidangan Dun Terengganu yang kita menjangkan bahawa semua adun bahkan MB berada di Wisma dan boleh menerima memorandum rakyat untuk diserahkan. Ini merupakan mobilisasi suara rakyat bersama Ngo's seperti GEMPUR, GEMPAR, ANAK, WARIS dan semua Ngo yang bersimpati dan membela rakyat. Ia berkaitan dengan sifat rakus pimpinan Umno-BN yang merampas hak rakyat menyentuh isu tanah di:- 1. Tanah I-Sharp yang bakal melibatkan tanah rakyat untuk pembinaan kolam udang di Setiu. Inilah signal rakyat agar pemimpin perlu cakna dan menyelesaikan isu rakyat ini dan diharapkan semua rakyat sedar dan boleh menggunakan kuasa undi mereka bagi menggantikan pimpinan yang sombong dan angkuh ini dalam Pru yang akan datang. Kejatuhan Umno-BN adalah sebagai jawapan yang paling tepat untuk menyelesaikan permasalah ini. Ustaz Satiful Bahri Mamat | Najib tidak janji kesemua 22 penambahbaikan sebelum PRU 13 Posted: 10 Apr 2012 08:03 AM PDT Tarikh PRU 13 kekal menjadi rahsia peribadi Perdana Menteri Najib Razak, tanpa menjanjikan sama ada kesemua 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) sempat dilaksanakan sebelum PRU 13. Najib menegaskan sebermulanya bahawa pilihan raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan adil, malah menekankan, "We are all for clean and fair election." Beliau berkata Barisan Nasional enggan dilihat menang atas asas pilihan raya yang dimanipulasikan, sebaliknya sempat menyindir sesetengah wakil rakyat yang tidak mengadu masalah pengendalian pilihan raya apabila dirinya menang dalam pilihan raya. Najib mengulangi hujah bahawa pembangkang berjaya menawan lima negeri, dan PAS di Kelantan selama 22 tahun, sebagai bukti pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil. Ketika ditanya sama ada 22 syor penambahbaikan yang dicadangkan dan dibentangkan PSC pada 3 April lalu itu akan dilaksanakan, beliau sekadar menjawab, "Apa-apa yang boleh dilakukan, misalnya (penggunaan) dakwat kekal, kita akan (laksanakan) sebelum pilihan raya." Najib Razak (gambar kanan) berkata sedemikian dalam satu wawancara di ntv7, pada jam 8.30 malam tadi, bersama dua orang pengacaranya, Owen Yap Khiam Hong dan Lee Siad Huey. Wawancara selama 90 minit ini dikendalikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, sambil diterjemahkan kepada bahasa Mandarin oleh kedua-dua orang pengacara. Ini kali pertama untuk Perdana Menteri Malaysia tampil dalam rancangan wawancara di stesen televisyen bahasa Cina. 22 Mac yang lalu, Najib tampil untuk ditemuramah di stesen radio 98.8. Sebelum wawancara berakhir, pengacara Lee Siad Huey sekali lagi mencuba untuk mendapatkan "bayangan" daripada PM berhubung tarikh PRU 13, apabila menyebut bahawa rata-rata membaca keputusannya untuk merangkap jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Kemasyarakatan tanpa melantik menteri baru, sebagai isyarat PRU 13 sudah hampir. Najib sebaliknya bertanya kepada pengacara, apakah tarikh yang diharapkan? Sambil berseloroh pengacara Lee Siad Huey berkata bulan depan, dengan alasan ingin merancang "percutian". Malah, Lee menambah bahawa ramai ibu bapa yang masih meragu-ragu untuk merancang percutian keluarganya pada Jun 2012, kerana khuatir terlepas pilihan raya. Najib sebaliknya mengulangi jenaka "resepi coca-cola"-nya, bahawa tarikh PRU 13 ibarat resepi rahsia kepada BN, dan tidak akan didedahkan sehingga masa yang terbaik. Ketika ditanya sama ada ibu bapa harus teruskan rancangan pelancongan mereka pada Jun ini, Najib berkata beliau tidak mampu untuk menghalang, sambil menambah mereka boleh melancong di kawasan yang berdekatan, seandainya takut bertembung dengan hari pengundian. Bagaimanapun, pengacara tidak bertanya pendirian Najib dalam isu perhimpunan BERSIH 3.0 bersama Himpunan Hijau 3.0 yang bakal dijalankan pada 28 April 2012. UMNO dominan hanya kerana percepsi Sebelum itu, Najib menjawab beberapa isu yang mencungkil keperihatinan masyarakat Cina, termasuk isu pendidikan Cina, tanah warisan Jalan Sultan dan sebagainya, sebelum diajukan soalan seperti Lynas, program transformasi, dasar perumahan, sokongan belia dan sebagainya. Tiada pengumuman baru, Najib sekadar mengulangi kenyataan yang dibuatnya sebelum ini. Apabila ditanya pengacara, bahawa Presiden Chua Soi Lek dalam wawancara baru-baru ini mendakwa hasrat pengundi Cina sukar diramal, Najib mengulangi bahawa dirinya mendapat sambutan yang semakin memberangsangkan, dengan interaksinya bersama masyarakat Cina. Kemudian, apabila ditanya "UMNO dilihat mendominasi BN", Najib menyanggah kenyataan tersebut, berkata ia sekadar soal persepsi, barangkali disebabkan kerusi yang kurang oleh komponen parti yang lain, namun segala keputusan dibuat bersama. Sebelum wawancara berakhir, Najib ditanya perkara yang paling menggembirakan dirinya sepanjang hayat politik, beliau menjawab beliau menikmati kepuasan apabila melihat masalah rakyat diselesaikan dengan bantuannya. Ditanya perkara yang paling menyedihkan, beliau mendakwa politik kotor (gutter politics) yang melempar tuduhan palsu dan fitnah terhadap dirinya. Untuknya, persaingan politik harus berdasarkan persaingan agenda yang dibawa untuk negara. Najib tidak lupa menyeru rakyat, terutama audiens Cina untuk membuang sikap "wait and see" (tunggu dan lihat), sebaliknya menyokong program Transformasi yang dibawa olehnya. Baca: Najib kecewa pengkritik "cetek", tetapi... *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. | Retorik Bersih 2.0 Akan Berulang Posted: 10 Apr 2012 08:00 AM PDT MSO Lewat tengah hari ini Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussin memberi gambaran himpunan Bersih 3.0 "duduk dan bantah" boleh diadakan. Katanya kerajaan tiada halangan untuk membenarkan dengan syarat tidak menganggu ketenteraman awam." Begitulah kira-kira kata-katanya dipetik. Mendengar jaminan menteri itu ramai yang merasa lega. Saya sendiri yang dari semalam mencari-cari kasut Bersih 2.0- kasut yang dibeli khas untuk ke himpunan Bersih 2.0 lalu, petang membelek semula tong kasut dan membersihnya sebagai persiapan untuk hadir ke himpunan Duduk dan Bantah 28 April ini. Kata-kata Hishamuddin itu memberi semangat. Saya percaya orang lain juga. Dalam pada itu saya optimis jaminan Hishamuddin itu hanya omong kosong saja. Di awal-awal lagi Nazri Aziz sudah pun melepaskan bom tangan dengan mengatakan Dataran Merdeka bukan premis yang dihalalkan untuk diadakan himpunan. Saya yakin jaminan Hishamuddin itu hanya retorika saja. Hendak tunjukkan KDN gentleman dan sedia memberi kebebasan. Semasa Bersih 2.0 dulu begitu juga Najib bukan main lagi kononnya bersikap jantan dengan sedia membenarkan stadium. Apa jadi selepas itu bukan saja pintu stadium dikunci dengan rantai sebesar betis gajah, para himpunan juga ditembak dengan asap dan dibelantan dengan belantan ada yang sampai pecah muka dan patah gigi. Kata-kata Hishmuddin itu tidak memberi apa-apa kesan dan ia juga tidak boleh dipercayai. Hishamuddin adalah adik beradik sepupu Najib. Kedua-duanya tidak ada wibawa dalam berkata-kata. Orang tidak gerun dan percaya apa yang diucapkan kerana ia longgar dan sering mungkir kepada kata-katanya sendiri. Justeru begitu juga dengan larangan dari menghadiri himpunan itu tidak perlu digeruni. Saya percaya para peserta himpunan Bersih - Duduk dan Bantah telah pun bersiap sedia untuk datang beramai-ramai. Mereka juga sudah sedia menghadapi kemungkinan akan disekat dan dihalang polis. Percaya dan yakinlah esok lusa Polis akan mula berkokok membuat andaian itu dan ini serta memberi berbagai alasan untuk mengagalkan himpunan berkenaan. Mungkin usaha Polis akan lebih fokus dan serius lagi berpandukan kepada kegagalan mereka membendung himpunan Bersih 2.0 lalu. Kepada peserta himpunan sedia menanti dan sedialah berfikir mencari helah bagaimana untuk mengatasi segala itu. Andaian Polis menuruti kata-kata Hishamuddin hari ini, himpunan itu dibenarkan sama-sama kita menyaksikan lautan manusia di Kuala Lumpur pada 28 April nanti | Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!! Posted: 10 Apr 2012 07:56 AM PDT Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara keseluruhannya?
Ramai rupanya yang masih berpendapatan rendah? Adakah dengan meningkat caruman KWSP majikan ke atas pekerja merupakan langkah yang terbaik dan dirasakan cukup berkesan?
Sekali imbas memang nampak menarik. Tapi adakah ini benar-benar akan membantu? Adakah sudah dibuat perkiraan jangka panjang? Ini akan membuatkan para majikan "tidak senang duduk". Dalam pada masa yang sama, besar kemungkinan kita bakal melihat duit KWSP ini sempat digunakan "pihak-pihak tertentu" sebelum tibanya masa pencen, apatah lagi 20% bagi kami terlalu banyak. Dan tidak menolak kemungkinan tempoh pencen akan terus dilanjutkan lagi sehingga 70 tahun. Tidak mustahil sama sekali. Ya…memang benar, cadangan meningkatan caruman KWSP majikan pekerja memang baik kepada pekerja tetapi bagaimana pula kepada golongan majikan? Jikalau syarikat yang benar-benar kukuh mungkin tiada masalah. Tetapi bagaimana pula, dengan syarikat yang hanya "cukup-cukup makan sahaja"? Sekarang ini kalangan majikan perlu menguruskan isu gaji minima, struktur semula gaji pekerja dan sekarang ini mahu ditambah lagi caruman KWSP majikan untuk pekerja menjadi 20% : Jadi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kesan daripada dasar dan cadangan seperti ini :
Kami lebih melihat dengan pelaksanaan meningkatkan caruman majikan ke atas pakerja memberikan kesan yang berbeza-beza. Antara lainnya adalah :
Terus-terang kami katakan ia satu pendekatan yang menjengkelkan dalam keadaan ekonomi pencarum menempuh inflasi dan defisit yang tinggi di Malaysia dalam keadaan barangan tidak terkawal. Langkah sebetulnya ialah mengawal bebanan KWSP keatas hutang hutang NPL kepada GLC dan "Syarikat-syarikat yang kepentingan dan berpengaruh" dimana keupayaan pembayaran dividen kepada pencarum amatlah sedikit. KWSP sepatutnya mencari jalan untuk memaksimakan keuntungan dengan pelaburannya bukannya membela syarikat syarikat tenat dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah. KWSP sepatutnya badan yang amat bebas dalam membuat keputusan memberi pinjaman. Tidak boleh sesuka hati menggunakan dana tersebut untuk kelompok yang berkepentingan. Jikalau benar-benar risau mengenai kos sara hidup rakyat, minta majikan carum sehingga 20% dan dalam pulangan dividen turut sama dipertingkatkan. Apa pandangan anda pula? | Percayalah kami, rayu KPN berikutan kes anak Nazri: Tidak! - siarkan klip CCTV dahulu Posted: 10 Apr 2012 07:49 AM PDT Adakah anda mempercayai polis yang menegaskan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak menyerang seorang pengawal keselamatan kondominium? Sudah tentu TIDAK, tegas pemimpin Pakatan Rakyat. "Ia tidak masuk akal untuk KPN membuat satu kenyataan yang dramatik melainkan dia telah kehabisan alasan untuk membuat kita percaya padanya, ia adalah mudah - hanya siarkan video kepada orang awam. Tanpa ada ubah atau penyuntingan. Jangan hanya fikir ia adalah keistimewaan anda jika rakyat harus percaya pada anda dan bila mereka tiada sebab untuk berbuat demikian – namun, perkara yang sebaliknya adalah benar," kata Ahli PKR yang juga ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Effisyen dan professional?
Tian telah menjawab kenyataan yang agak bodoh dari Ketua Polis Polis Negara, Ismail Omar untuk mempercayai pihak berkuasa dan tidak buruk sangka terhadap polis. "Sudah selama 10 tahun anda menyaksikan betapa cekap dan profesionalnya pihak berkuasa. Jangan prejudis pula terhadap pihak berkuasa," Ismail memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin. Anak Nazri, Mohamad Nedim, telah dituduh memukul seorang pengawal keselamatan manakala pengawal peribadinya menahan lelaki itu. Pengawal peribadi itu kemudian membuat laporan polis mengakui pergelutan telah berlaku di antara dirinya dan pengawal keselamatan kondo tetapi menafikan Nedim terlibat. Walau bagaimanapun, ini bercanggah dengan kenyataan pengawal dan rakaman CCTV yang telah ketahuan pada orang ramai. Namun begitu, ia tidak menghalang ketua polis Brickfields, Wan Abdul Bari dari melepaskan Nedim daripada kesalahan. Dalam keadaan tergesa-gesa Bari membersihkan Nedim dan sekaligus menaikkan kemarahan rakyat, terutama sekali apabila beberapa portal berita melaporkan bahawa rakaman itu jelas menunjukkan Nedim menyerang pengawal. "Adalah jelas sekarang bahawa polis mungkin telah cuba untuk menutup kes yang melibatkan anak Menteri kanan Umno itu. Pihak polis sekarang mesti menjelaskan mengapa mereka telah mengeluarkan satu kenyataan yang melepaskan anak Menteri walaupun ada rakaman CCTV dikaitkan padanya," N Surendran, naib presiden PKR, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hujung minggu. Siasat Bari atas penyalahgunaan kuasa
Surendran juga menuntut bahawa suatu siasatan mesti diadakan terhadap Wan Abdul Bari kerana penyalahgunaan kuasa dan kegagalan untuk menjalankan siasatan yang adil dan saksama. "Kami menyeru Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa pasukan polis akan bertindak adil dan saksama dalam semua kes, termasuk yang melibatkan salah laku oleh pemimpin UMNO-BN atau ahli keluarga mereka," kata Surendran. Ini bukanlah kali pertama bagi Nedim dibabitkan dalam kesalahan yang melibatkan undang-undang. Pada tahun 2004, dia telah dikaitkan dalam pembunuhan pelajar undang-undang Darren Kang yang berusia 23 tahun.Malaysia Chronicle | Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah Posted: 10 Apr 2012 07:44 AM PDT TERKINI Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta . "Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin. Pertolongan seorang abang
Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa. PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak. Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil. Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan RM250juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Beribu-ribu dokumen
Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas. Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui. "Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi. Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi. Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.Malaysia Chronicle | Bag berjenama dan isteri pemimpin Posted: 09 Apr 2012 11:38 PM PDT
(Kegilaan memakai bag berjenama mahal di kalangan pemimpin dunia menjadi ikutan isteri pemimpin Malaysia) KUALA LUMPUR: Kegilaan kepada bag berjenama mahal yang telah menjalar dari pemimpin dunia ke isteri pemimpin negara, menjadi tarikan terbaru dalam facebook. Sekarang ini tersebar gambar isteri Perdana Menteri yang ke sana ke sini dengan bag berjenama mahal. Dilaporkan bag itu berjenama Birkin dan dijual dengan harga antara RM60,000 hingga RM80,000 sebuah. Ia juga menarik minat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau beranggapan ini tidak wajar menjadi amalan pemimpin atau keluarga pemimpin. Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tidak kesah sangat dengan pakaian dan gaya rambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana tidak mahu menyerang peribadi beliau. Tetapi kegilaannya memakai bag mahal merisaukan beliau. "Kita tidaklah perlu serang peribadi dia kerana orang ramai pun tak suka. "Tetapi gila suka pakai bag mahal ini kita bimbang sikit, kerana bimbang wang negara digunakan," kata beliau. Abdul Hadi berkata demikian ketika berbincang dengan editor Harakahdaily tentang hala tuju Harakahdaily dalam membantu PAS menjelang pilihan raya akan datang ini. Beliau memberi panduan kepada editor Harakahdaily beza antara serang peribadi yang beliau tidak benarkan dengan serang sikap yang suka bermewah-mewah oleh pemimpin negara. | Posted: 09 Apr 2012 11:37 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan pengerusi API berkata, jawatankuasa itu akan menuntut Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kewujudan 'task force' pemberian kerakyatan kepada warga asing yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Hari Isnin ini ahli jawatankuasa akan bermesyuarat bagi mengatur pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menghantar memorandum menuntut Suruhanjaya Diraja," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mahfuz berkata, API juga akan menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan mykad itu. "Kita mempunyai sangat banyak maklumat warga asing ini oleh itu kita perlu menyaring maklumat-maklumat ini sebagai pembuktian wujudnya task force ini. "Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat task force ini," katanya. API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain. | TI-M seru AG berundur daripada kes balak Sabah Posted: 09 Apr 2012 11:34 PM PDT Badan pemerhati Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengundur diri daripada membuat keputusan mengenai pendakwaan ke atas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu pembalakan di negeri itu. Presiden TI-M Paul Low memberi alasan, mungkin wujud konflik kepentingan dalam kes berkenaan kerana Gani dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan Musa. "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiapkan laporan ke atas Musa tetapi tiada dakwaan dibawa ke atasnya. "Ia kelihatan seolah-olah Musa mempunyai hubungan dengan Gani oleh itu Gani perlu mengundur diri dan menyerahkan keputusan pendakwaan kepada orang lain di Pejabat Peguam Negara," kata Low ketika dihubungi. Khamis lalu, laman Sarawak Report dalam laporannya mendakwa memiliki dokumen SPRM yang menunjukkan bahawa siasatan ke atas Musa mendapati ketua menteri itu mengeluarkan lesen balak bernilai berjuta ringgit kepada adiknya, menteri luar Datuk Seri Anifah Aman. Laman berpengkalan di London itu juga mendakwa Gani enggan membenarkan tuduhan dibuat ke atas MUSA dan siasatan SPRM itu telah dihalang dan hasil siasatan suruhanjaya itu didakwa disimpan secara sulit. | Perhimpunan anti-Lynas Bukit Merah 28 April Posted: 09 Apr 2012 11:33 PM PDT
Pemimpin kumpulan itu Hon Eng Kee berkata, program itu bagi menunjukkan sokongan daripada negeri itu daripada penduduk yang tidak dapat menyertai perhimpunan di ibu negara. "Dan Bukit Merah tempat yang sangat sesuai untuk kami menentang Lynas kerana terdapat tapak kilang Asian Rare Earth (ARE)," katanya. ARE ditutup pada 1994, antaranya apabila operasi pembersihan dilakukan secara besar-besaran setelah timbul kebimbangan ekoran peningkatan kadar leukemia yang tinggi. Pada 28 April, perhimpunan hijau di Kuala Lumpur akan bergabung dengan BERSIH 2.0 di tempat sama. | Posted: 09 Apr 2012 11:32 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE DIA masih mampu bertenang. Tenang setenang-tenangnya. Langsung tidak ada garis kecewa atau amarah yang bertamu pada raut wajah yang kekal anggun itu. Selepas 17 tahun melayari dunia seni, gosip liar dan cerita panas nampaknya bagaikan tidak menjadi sebarang kudis kepada insan ternama ini. Jauh sekali untuk 'naik hantu', Siti sebaliknya kekal dengan sifat tenang, meskipun ombak ganas fitnah terus membadai mengatakan dia dimadukan oleh sang suami. Siti seperti lazimnya tahu, isu rumah tangganya akan terus diperkatakan. Dan sesekali dia melontar rasa sedih serta kecewa ekoran populariti dirinya, suami tersayang menerima impak besar hasil fitnah tidak bertepi. Mengakui terlintas juga untuk mengambil keputusan menghantar surat saman kepada si pembuat fitnah, bagaimanapun mengenangkan ia datang dari dunia siber, niat itu terpaksa dipendamkan saja. "Ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali kisah dusta tentang rumah tangga saya dicanangkan. Saya dan suami juga pernah membuat kenyataan sebelum ini untuk menafikan segala cerita karut itu. "Tetapi, nampaknya orang yang menyebarkan cerita itu tidak boleh duduk diam dan kembali melakukan perkara serupa. "Untuk saya, gosip seperti ini adalah sesuatu yang normal perlu dihadapi sebagai seorang artis. Tiada sebab untuk saya marah atau melenting kerana saya tahu cerita itu tidak benar. "Bagaimanapun saya lebih kasihankan suami yang nampaknya cukup tertekan dengan cerita-cerita seperti. Mahu atau tidak, hal ini yang mengganggu dirinya. Sehinggakan kawan-kawannya sendiri berulang kali bertanyakan soalan itu yang membuatkan Datuk Khalid tidak selesa. "Kalaulah saya dan suami tahu siapa yang melakukannya, memang kami mahu menyaman pihak terbabit. "Tetapi memandangkan ia direka di ruangan gosip dalam Internet, maka, kami menganggap ia adalah gosip liar semata-mata," jelas Siti panjang lebar sewaktu ditemui usai sidang akhbar Istimewa Hari Ibu...Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kata bekas juara Bintangi HMI 1995 itu lagi, dek kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia hanya membiarkan cerita itu hilang dengan sendirinya tanpa perlu bertanyakan kesahihan kepada suaminya. Jauh sekali untuk dia meragui segala kesetiaan yang dituang oleh sang suami. Melihat eratnya dakapan kasih sayang suami kepada dirinya, Siti mengaku tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tidak masam muka Mengulas tentang hubungannya dengan Rozita pula, jelas Siti, dia mahu rasional dan tidak memandang pelakon berkenaan di pihak yang bersalah sama sekali. Malah, akui Siti, dia tidak mempunyai sebab untuk bermasam muka atau memusuhi aktres itu hanya semata-mata cerita palsu yang tersebar tanpa noktah itu. Sebagai artis, Siti juga memahami betapa Rozita juga sudah tentu tertekan dengan fitnah yang bermaharajalela. "Kami sama-sama artis, lebih mudah untuk faham dan menerima situasi ini. Sudah tentu bila orang burukkan kita atau keluarga, kita akan tertekan. "Saya tidak ada masalah dengan Rozita sebenarnya kerana saya tahu, dia juga tidak mahu dilibatkan dengan cerita sebegini," katanya. Malah, jika dia bertemu dengan Rozita dalam mana-mana majlis sekali pun, dia akan bertegur seperti biasa kerana masing-masing tahu bahawa segala yang berlaku adalah tidak benar dan menjadi mangsa keadaan. "Seboleh-bolehnya juga kami tidak mahu memanjangkan dan memperbesar-besarkan lagi cerita ini. Apa yang mampu saya katakan biarlah mereka yang membuat fitnah ini mendapat balasan daripada Allah SWT," jelas Siti lagi.-Utusan | Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0 Posted: 09 Apr 2012 11:23 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR-10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0. Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak. Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk dan Bantah' akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini. Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu 'Task Force' yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia. Mengetuai perhimpunan ini adalah penggerak utama perhimpunan ini iaitu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Selain beliau, yang akan hadir dan turut berucap adalah, Tian Chua (PKR), Nurul Izzah (PKR), Antony Loke (DAP), Teressa Kok (DAP), Pak Samad Said (BERSIH), Maria Chin (BERSIH), Datuk Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais, Aziz Bari (bekas Prof. UIA), Dr. Nasir Hashim (PSM), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Turut serta adalah penyanyi lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" iaitu BLACK (Amin Iskandar), penyanyi Aisyah, che'GuBard (SAMM), Adam Adli, Elizabeth Wong (PKR)dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa.-Harakahdaily | Undang-undang ganti ISA dibentang hari ini Posted: 09 Apr 2012 11:22 PM PDT Undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini. Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 itu dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Beliau turut mencadangkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu dibuat pada persidangan kali ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rangundang-undang itu akan dibaca untuk kali kedua dan dibahas Isnin ini. Undang-undang tersebut diperkenalkan ekoran kritikan hebat terhadap ISA selama 52 tahun beroperasi di negara ini. Perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September lalu mengumumkan pemansuhan ISA dan memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. | Pekak pendedahan 'task force' mala petaka negara Posted: 09 Apr 2012 11:18 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang mewarga-negarakan warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man , tindakan terdesak BN itu jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara. "Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? "Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini," selar beliau. Bahkan, kata Tuan Ibrahim, apa yang lebih mendukacitakan ialah sikap badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang. Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Mahfuz turut mendakwa bahawa 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Walaupun berat, Wan Ahmad hanya sekadar menafikan dakwaan beliau bahawa tidak terlibat dengan task force berkenaan dan Thajudeen berkata tidak tahu-menahu dengan apa yang didakwa Mahfuz. Meskipun demikian, Mahfuz mempertahankan kenyataannya kerana mendakwa ada bukti kukuh membuktikan perkara berkenaan. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut menyatakan kesediaannya untuk membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' tersebut. "Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini," terang Tuan Ibrahim. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang berkata parti akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. "Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena," tegas beliau.-Harakahdaily | 10,000 anak muda setiap negeri ke Bersih 3.0 Posted: 09 Apr 2012 11:13 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR,- Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ini bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan. "Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihan raya negara," ujarnya dalam satu kenyataan. Selama ini, katanya anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem piliharaya melalui alam maya. Menurutnya, mereka berkumpul membentuk gelombang siber kerana jumlah mereka terlalu ramai. "Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di alam maya. "Insya Allah, DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki. Kita juga akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY untuk memastikan sasaran dan objektif tercapai," ujarnya. Jelasnya, Duduk dan Bantah konsepnya aman, suatu hak rakyat untuk lahirkan suara hati sekaligus menyentap perhatian pihak berwajib agar melakukan perubahan setelah mereka tetap berdegil sejak sekian lama meskipun pelbagai laporan, desakan dan tuntutan dibuat ke arah itu. "8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Bersih 3.0 adalah kelangsungannya," ujarnya.-Harakahdaily | BERSIH 3.0: Polis masih 'tiada komen' Posted: 09 Apr 2012 11:10 PM PDT Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Kuala Lumpur hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu. Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan. Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN). Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan kepada mereka secara rasmi. | Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0 Posted: 09 Apr 2012 11:08 PM PDT Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya. Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini. | AMANAH mampu jadi penyatu ummah Posted: 09 Apr 2012 05:01 PM PDT Shahbudin Husin Kehadiran NGO Amanah Merdeka yang ditunjangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam suasana politik negara yang gawat dan bercelaru seperti sekarang ini dirasakan mampu mencetuskan kesedaran serta perubahan minda yang besar kepada rakyat jika ia digerakkan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana Amanah Merdeka sudah mula memperlihatkan penerimaannya yang positif daripada pelbagai pihak. Pelbagai faktor menjadikan Amanah Merdeka sedemikian rupa. Amanah Merdeka bukanlah NGO yang mahu melompat dan memekik sesuka hati tanpa asas. Ia juga tidak perlukan publisiti dan populariti tanpa isi. Sebagaimana asas penubuhnannya ialah untuk menjunjung semangat kemerdekaan dan mempertahankan hak rakyat sebagaimana yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman ketika menuntut kemerdekaan dahulu, Amanah Merdeka juga menentang amalan kronisme, nepotisme dan rasuah terutamanya dalam pentadbiran kerajaan. Lantaran semangat perjuangannya yang tinggi itu, Amanah Merdeka dengan mudah menggamit minat ramai pihak. Meskipun Tengku Razaleigh masih bersama UMNO tetapi di dalam Amanah Merdeka terdapat kepelbagaian yang nyata. Di dalamnya ada orang UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, DAP dan pelbagai lagi. Anak raja, orang biasa, kakitangan kerajaan dan swasta, ahli sukan, seniman, karyawan, bekas Ahli Parlimen, ahli perniagaan dan pelbagai kelompok lagi semuanya ada dalam Amanah Merdeka. Ahli-ahli NGO lain juga ramai yang turut menambah keahlian dengan menyertai Amanah Merdeka atau ingin bekerjasama dengannya. Pendek kata, keahlian Amanah Merdeka merentasi segala halangan politik yang selama ini memisahkan masyarakat kepada pelbagai kelompok dan hasrat perjuangan. Jika dilihat daripada majlis sambutan Hari Keluarga Amanah Merdeka Selangor di Tanamera, Sungai Buluh, Ahad lalu yang turut dihadiri oleh Tengku Razaleigh, jelas sekali terpancar kepelbagaian dan keharmonian itu. Dengan dihadiri kira-kira 700 orang, didalamnya terdapat orang UMNO, orang Pas,PKR, DAP, MIC, MCA, DAP dan lain-lain parti politik. Makkal Sakthi dan Hindraff juga turut hadir dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Amanah Merdeka. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard turut hadir bersama rombongannya dan sempat meluangkan masa bertukar-tukar fikiran dengan Ku Li. Turut hadir ialah Presiden Amanah Merdeka Selangor, Mazlan Harun serta beberapa bekas Ahli Parlimen dan ADUN. Kehadiran dari pelbagai kaum dengan penuh harmoni seperti menjanjikan masa depan yang cerah buat Amanah Merdeka. Dalam majlis tersebut jelas sekali terpancar rupa bentuk Malaysia yang sebenar dan dari wajah-wajah yang hadir tergambar pula harapan terhadap Amanah Merdeka ini agar turut sama memainkan peranan yang lebih aktif dalam menentukan corak pemerintahan negara. Amanah Merdeka seperti diletakkan harapan agar lebih kerap turun ke bawah menemui rakyat dan menjelaskan isu-isu yang sedang berlaku dalam negara sekarang. Ku Li sendiri dalam ucapannya mengakui bahawa peranan NGO dalam sebuah negara seperti Malaysia menjadi semakin penting kerana melalu suara dan pandangan yang diluahkannya mampu mempengaruhi corak pemerintahan sesebuah kerajaan. Apatah lagi, dalam konteks Amanah Merderka yang disertai oleh pelbagai parti politik dan NGO lain, tentunya peranan yang lebih besar sedang menunggu Amanah Merdeka kiranya ia digerakkan dengan bersungguh-sungguh serta penuh perancangan. Melalui penerangan dan penjelasan yang dilakukan oleh Aamanah Merdeka tehadap sesuatu isu yang sedang berlaku dalam negara, ia tentunya mampu membentuk pemikiran rakyat berkenaan sesuatu perkara itu. Dalam isu rasuah, nepotisme, kronisme, pengurusan kerajaan, pilihanraya yang bersih dan sebagainya yang kini menjadi bualan dibibir hampir setiap orang, peranan Amanah Merdeka memberi penjelasan tentunya berupaya membentuk perspektif yang lebih jelas kepada rakyat. Lebih-lebih lagi Ku Li adalah tokoh besar yang sarat dengan pengalaman sejak zaman Tunku Abdul Rahman, jika hujah-hujah perbandingan dikemukakan oleh beliau antara pentadbiran sekarang dengan pentadbiran zaman Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak dalam menjawab sesuatu isu atau kemelut yang sedang berlaku, ia akan lebih mudah difahami kenapa ia berlaku dan berlarutan sehingga menjadikan sokongan rakyat makin berkurangan. Contoh yang jelas ialah kenyataan Ku Li tentang kesediaan Amanah Merdeka untuk bekerjasama dengan Bersih terutama dalam Perhimpunan Bersih 3.0 28 April ini di Dataran Merdeka asalkan kedua-dua pihak mempunyai matlamat yang sama. Pendirian Ku Li dan Amanah Merdeka ini jika menjadi kenyataan tentunya memberi impak yang besar kepada rakyat dalam perjuangan menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil kerana Amanah Merdeka disertai oleh pelbagai parti politik dan kelompok dalam mesyarakat. Ia juga akan menyedarkan rakyat bahawa pilihanraya yang bersih adalah hak dan keperluan sebuah negara yang merdeka. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | Dayangku Intan sertai Wanita PKR Posted: 09 Apr 2012 04:59 PM PDT Penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu 'Semakin Rindu Semakin Sayang' mengesahkan menyertai KEADILAN pada majlis Makan Malam WANITA KEADILAN hujung minggu lalu.Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia."Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah," katanya. Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno. "(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar. "Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran" katanya. Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik. Sebelum ini, penulis lirik dan pelawak Bob Lokman turut memilih untuk terlibat dengan Pas. Beliau kini sering menjadi pengacara majlis untuk ceramah-ceramah Pas. | Posted: 09 Apr 2012 04:56 PM PDT Ada sesetengah pendapat mengatakan duit syiling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen membawa masalah kepada pengguna sekarang, kerana mesin bayar dan peraga (mesin letak kereta) masih menggunakan saiz syiling lama. Namun, masalah tersebut dikesan bukanlah masalah sejagat atau menyeluruh kerana terdapat pengusaha yang sudah bersedia menghadapi fenomena edaran syiling baru yang lebih comel itu. Ia bukan sesuatu yang tidak dijangka kerana Bank Negara sudah membuat makluman, lebih enam bulan lalu. Sehubungan itu, Sinar Harian membuat tinjauan terhadap dua buah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan mesin bayar dan peraga di beberapa kawasan di Selangor. Ketua Pengarah Operasi syarikat Godell Parking Sdn Bhd, Usman Ali Mustafa berkata, syiling baru sememangnya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna di kawasan yang diurus oleh syarikatnya, meliputi jajahan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Langat dan beberapa petak di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurutnya, selepas dimaklumkan Bank Negara berkenaan edaran syiling baru, syarikatnya telah memprogram semula dan menaik taraf sekurang-kurangnya 2,000 mesin di sekitar kawasan Selangor dan DBKL untuk tujuan syiling baru. "Proses itu merangkumi pemprograman semula dan pemasangan perisian, menaik taraf pungutan syiling, pemasangan di lokasi, penentuan ukuran kerana syiling baru berbeza berat dan saiz, termasuk membuat ujian dan pengesahan. "Namun, pengubahan ini bukan melibatkan kos yang kecil sebaliknya menelan belanja kira-kira RM2.2 juta kerana semua peralatan memprogram semula diimport dari Perancis. Tambahan pula, melibatkan lebih 40 jurutera syarikat yang bertanggungjawab memprogram semula semua mesin. "Syarikat tanggung sendiri kos berjuta-juta itu, bukan ada subsidi daripada kerajaan," ujar Usman Ali. Menurutnya, pihaknya mengambil langkah pantas supaya memudahkan pengguna dan hasilnya, semua mesin milik syarikatnya kini boleh menerima syiling lama dan baru. "Oleh itu, tidak ada masalah bagi pengguna di kawasan yang diuruskan oleh syarikat saya," tegas beliau. Bagaimanapun, hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di Shah Alam mendapati, kebanyakan mesin tidak boleh menerima syiling baru. Malah ada yang diletakkan notis "mesin ini tidak boleh menerima duit syiling baru". Orang awam dikenali sebagai Man berkata, mujurlah dia ada membawa duit syiling lama, jika tidak pasti menjadi masalah kerana mesin masih tidak boleh menerima syiling baru. Berhubung keadaan itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada syarikat yang bertanggungjawab, Suasa Efektif (M) Sdn Bhd berhubung isu syiling baru ini. Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasarannya, Rosli Mat Zin berkata, bahagian operasi syarikatnya kini sedang menjalankan proses program semula ke atas semua mesin secara berperingkat. Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan syarikat berkenaan sedang memprogramkan semula setiap mesin secara berperingkat. "Kami difahamkan, Suasa Efektif sedang melaksanakan proses itu dan diharap selesai dalam tempoh yang cepat untuk kemudahan orang ramai," katanya. |
Posted: 10 Apr 2012 03:12 PM PDT Roketkini menemu bual Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, M. Manogaran tentang isu-isu semasa, termasuk semangat rakyat Malaysia di Perak yang dahagakan perubahan serta mahu Pakatan Rakyat kembali memimpin negeri tersebut. Ada yang mengkritik Buku Jingga sebagai retorik Pakatan Rakyat semata-mata. Adakah bernas kritikan itu? Pertama sekali, Buku Jingga dikritik oleh pihak Barisan Nasional oleh sebab mereka tidak mengambil tahu secara terperinci mengenai buku ini samada ia retorik semata-mata atau sebagai sebuah syor kepada seluruh rakyat Malaysia untuk masa hadapan yang adil. Apa yang saya lihat, tawaran dari Buku Jingga berlainan dari amalan yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Sebab itulah mereka tidak selesa terhadap Buku Jingga kerana tawaran Buku Jingga melangkaui batas kaum. Dalam Buku Jingga, seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati satu suasana yang adil, sebuah peluang yang saksama untuk mereka yang bekerja dan mengambil bahagian dalam arus pembangunan negara. Itulah kelainan Buku Jingga dengan polisi-polisi Barisan Nasional yang banyak menjurus kepada perkauman. Buku Jingga lebih menjurus kepada kehendak rakyat. Jika seseorang rakyat berkelayakan… miskin… tidak kira bangsa… mereka akan menikmati bantuan dan akan bersama dalam arus pembangunan negara kita. Bukan melalui pilih kasih seperti amalan Barisan Nasional. Rakyat mesti faham, Buku Jingga ini bukan satu retorik, ia boleh dilaksanakan secara praktikal jika (Pakatan Rakyat) diberi peluang memerintah; boleh dibawa ke pentadbiran untuk ubah polisi-polisi yang ada sekarang; lebih meresap kepada rakyat yang miskin yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Sebagai contoh, rakyat yang berada di kawasan luar bandar seperti Teluk Intan. Jika kita perhatikan, di Teluk Intan rakyat yang paling miskin adalah Melayu; bukan kaum lain. Cina ada [yang miskin], India pun ada [yang miskin], tapi yang paling miskin, paling teruk adalah Melayu seperti di Kampong Keretapi, Kampung Bahagia, Kampung Ayer Hitam…sehingga kini selalu banjir, apakah ada rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini? Ada juga rumah-rumah di kampung Melayu kalau dua tiga orang naik sekali di atas tangga, ia akan runtuh. Betul! Ini kawasan saya dan saya amat sedih. Saya fikir Barisan Nasional akan jaga kawasan Melayu. Tidak! Melayu pun dia (tak jaga) sama juga. Jadi, untuk persoalan masa depan, lebih baik kita pergi jauh dari konsep perkauman ini. Ia tidak bagus untuk negara kita. Lebih baik kita menjuruskan kepada keperluan. Jika ada masyarat Melayu, Cina, India, Iban atau Orang Asli perlukan pertolongan, kita harus bantu. Sekiranya begini, lebih ramai msyarakat Melayu juga akan menikmati pembangunan atau bantuan. Kita tidak mahu lihat isu perkauman ini dimainkan. Saya yakin Buku Jingga ada jawapannya untuk seluruh rakyat, sama ada isu mikro atau makro, dari sudut hak-hak manusia, dari sudut demokrasi, dari sudut perundangan… Macam baru-baru ini kes Imam Hoslan yang membaling kasut kepada hakim sebab beliau tidak dapat keadilan sewajarnya. Memanglah saya setuju baling kasut terhadap hakim tidak dapat diterima. Tetapi mengapa beliau berbuat begitu? Mengapa beliau terlalu kecewa sehingga membaling kasut terhadap hakim? Sudah tentu beliau tahu ia adalah satu kesalahan dan telah mengaku bersalah. Sebagai imam beliau sedar dirinya bersalah (kerana membaling kasut). Bagaimana harapan Pakatan Rakyat, malah DAP sendiri, selepas rampasan kuasa Perak oleh BN pda 2009? Saya rasa rakyat Malaysia akan menyebelahi Pakatan Rakyat sebab rakyat mahu perubahan. Di mana sahaja saya pergi – bukan semata-mata di Teluk Intan – saya dapat melihat rakyat mahukan satu perubahan. Apabila saya bertanya kenapa mereka mahukan perubahan? Mereka menjawab, "Sudahlah…55 tahun… kita mahu beri kepada Pakatan Rakyat satu peluang untuk melaksanakan Buku Jingga [dan lihat] apakah ia benar-benar telus dan adil." Itulah yang rakyat mahu. Rakyat dahagakan keadilan! Bagaimana pula saudara melihat keinginan perubahan rakyat di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak kita boleh, jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun dan menyampaikan polisi-polisi yang telah kita laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang mereka mungkin tidak tahu. Sumber maklumat tidak ada. Di Johor, semasa saya pergi ke Tenang; kawasan estet India, mereka tidak tahu mengenai air percuma di Selangor. Apabila maklumat ini sampai kepada mereka, mereka terkejut dan mempersoalkan pula mengapa di Johor air tidak percuma? – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan