Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0
- Kempen Bersih dalam mesyuarat agung PAS
- 10 resolusi konvensyen hala tuju Felda
- Kartunis Independen cabar kartunis hantu berdebat
- Presiden PAS tetamu khas Malam anak Johor
- Bersih 3.0: Pak Samad mahu kekal di Dataran Merdeka
- 2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'
- Kadir, Catriona meriahkan makan malam PAS Titiwangsa
- Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri
- Pak Samad cadang desawan adakan Bersih 4.0
Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0 Posted: 23 Apr 2012 08:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0. "Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya. Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut. Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir. Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka. Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. |
Kempen Bersih dalam mesyuarat agung PAS Posted: 23 Apr 2012 08:03 PM PDT (Zaharudin [kanan] menyerahkan baju Bersih 3.0 dan mafla kepada Zaidi) SELAYANG: Kempen untuk mempastikan ahli-ahli dan penyokong PAS seluruh negara turun ke Dataran Merdeka 28 April ini untuk perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 turut berjalan di mesyuarat agung PAS. Ahad lalu, semua perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS kawasan Selayang telah diberikan lencana khas Bersih 3.0. Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib pula dikalungkan baju dan mafla Bersih oleh Ustaz Zaharudin Mohamad, ahli Majlis Syura PAS yang merasmikan mesyuarat itu. Semua perwakilan dikerah agar mempastikan semua ahli dan penyokong PAS turun beramai-ramai bagi mempastikan pihak berkuasa mendengar tuntutan mereka agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil. Di samping kempen dalam mesyuarat agung, penggerak PAS juga berkempen ke seluruh tempat bagi memastikan Bersih 3.0 berjaya. |
10 resolusi konvensyen hala tuju Felda Posted: 23 Apr 2012 08:02 PM PDT SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan. Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir. "Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini. "Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda. 10 resolusi yang dicapai semalam adalah: 1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama; a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%; b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF). 2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak; 3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant; 4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda; 5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka; 6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%; 7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka; 8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda; 9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan 10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah. Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan. |
Kartunis Independen cabar kartunis hantu berdebat Posted: 23 Apr 2012 08:01 PM PDT (Kartunis Indipendan cabar Kartunis Hantu berdebat) KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mencabar 'kartunis hantu' berdebat ekoran tindakan mereka merelakan diri mereka dipergunakan untuk kepentingan tertentu. Ini kerana, tindakan 'kartunis hantu' ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan. Cabaran ini dikemukakan oleh Zulkiflee SM Anwarul Haque (atau nama penanya Zunar), pemimpin Kumpulan Kartunis Independen yang disertai oleh 11 lagi kartunis. Kenyataan ini turut ditandatangani oleh kartunis Nor Azlin Ngah (Jonos), Azmie Md Taha, Johnny Ong, Azman Md Noh (AMN), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along) dan Lili Zam (Haili). KKI adalah sebuah kumpulan kartunis yang mempertahan hak kartunis berkarya dan kepentingan kartunis untuk berkarya secara bertanggung jawab. "Kami juga menolak budaya rasuah," kata kenyataan itu. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak muncul kartun-kartun yang dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempat-tempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah. Kandungan di dalam kartun-kartun ini menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin Bersih. "Sementara kami menghormati hak setiap kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa setiap kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap setiap mesej yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka. "Tetapi didapati di dalam karya-karya tersebut, kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut. "Dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis," kata Zunar dan rakan-rakannya dalam satu kenyataan hari ini Bagi beliau, etika kartunis ialah bagi setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit. Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan, tegas beliau. "Kami dapati juga semua kartun-kartun tersebut menyokong Barisan Nasonal yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene, misalnya. "Sehubungan itu, kami mencabar kartunis-kartunis ini supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta indentiti mereka," katanya. Mereka juga ingin mencabar kartunis-kartunis tersebut supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka mempertahankan idealisme menyokong rasuah yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka. "Kami juga mencabar kartunis-tersebut supaya berdebat dengan ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua," katanya. |
Presiden PAS tetamu khas Malam anak Johor Posted: 23 Apr 2012 08:01 PM PDT SHAH ALAM: Satu Majlis Makan Malam Perdana anak-anak Johor di perantuan akan diadakan pada hari Ahad, 29 April jam 8.00 malam di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Majlis tersebut dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor untuk mengumpul dana pilihan raya akan datang. Para pemimpin PAS yang akan menjadi tetamu dan berucap di majlis tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang (gambar), Timbalannya, Haji Muhamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Negeti Johor, Datuk Dr. Mahfodz Muhamad. Pada malam tersebut, para perantau dari negeri Johor dan sahabat handai mereka akan mendengar saranan penting Presiden dan pimpinan lain di majlis tersebut, yang dilihat sebagai tanda dorongan terhadap usaha PAS Johor yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13. Tiket untuk majlis tersebut berharga RM100, boleh dapat dari Rosli: 0197298901, Abu Bakar: 01662173223, Ghazali: 0137474600 dan Roslan: 0199587979. Pesuruhjaya PAS Johor menyeru anak-anak Johor di perantauan dan sahabat mereka menghadiri majlis ini untuk menyokong mengumpul derma PRU Ke-13. Johor kini menjadi barisan depan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya. Sokongan terhadap Pakatan di negeri meningkat begitu ketara sekali sejak kebelakangan ini. |
Bersih 3.0: Pak Samad mahu kekal di Dataran Merdeka Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini. Mengulangi pendiriannya berulangkali, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar), menegaskan beliau dan Datuk S. Ambiga mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut. "Setakat ini, Ambiga dan saya mempunyai sikap yang sama, iaitu mahu 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Tapi, kita ada jawatankuasa yang lebih ramai yang perlu dirujuk. "Saya secara peribadinya ingin mengekalkan 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Sikap saya konsisten. Saya harapkan seluruh jawatankuasa masih bersedia untuk kekal di situ (Dataran Merdeka)," tegas beliau pada sidang media Jawatankuasa Bersih 3.0, di Dewan Perhimpunan Cina, pagi tadi. Himpunan itu, tambah Pak Samad hanya menyaksikan hadirin duduk sahaja selama dua jam, dan ia tidak akan mendatangkan sebarang ancaman keselamatan. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0, Dr Subramaniam Pillay berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu. Ia susulan penolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membenarkan himpunan itu diadakan di lokasi bersejarah tersebut. "Kita akan bermesyuarat malam ini bersama semua gabungan NGO. Mungkin esok akan ada keputusan konklusif daripada kami," kata beliau. Bagaimanapun, tegas seorang lagi jawatankuasa pemandu, Maria Chin Abdullah, DBKL tidak menawarkan alternatif kepada Bersih dalam surat penolakan tersebut. Sambil menegaskan Dataran Merdeka adalah 'milik rakyat', Maria berkata tidak ada sebab mengapa DBKL menolak program tersebut, sedangkan pelbagai program diadakan di lokasi tumpuan pelancong itu. Antaranya program McDonald's Olympic Day Fun Run pda 17 Julai 2011, Standard Chartered KL Marathon 2011 (26 Jun 2011), BN Youth Ride Fest 2012 (17 dan 18 Februari 2012), World Kidney Day Run 2012 (3 Mac 2012), Nestle 100 Years Celebration (18 dan 19 Mac 2012) dan Konsert DiRaja (21 April 2012). Minggu lepas, DBKL menolak permintaan Bersih untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka atas alasan ia bukan satu acara nasional. |
2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut' Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti. Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun. Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat. "Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang. "Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinanya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Permatang Pauh di Taman Cermai, Sama Gagah, semalam. Menurutnya, dua soalan itu sudah memadai untuk Najib 'kecut perut' kerana selama ini dia membohongi rakyat semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan hegemoni BN. Adalah mustahil kata Anwar, jika pendapatan Petronas RM80 bilion setahun tidak boleh membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak. "Najib bila kena soalan itu pasti kecut perut sebab nak kata sokong takut Umno marah, (kalau) kata tak sokong rakyat marah. "Begitu juga dengan persoalan tentang adakah negara akan bankrap kalau minyak diturunkan. Najib akan jadi serba salah, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Mengulas isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar turut membawa contoh sikap Perdana Menteri Turki. Menurutnya, apabila perdana menteri Turki berjaya memerintah negara, beliau membuat perubahan dengan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan berbeza dengan pemerintahan sebelum ini. Adalah satu kelemahan besar bagi perdana menteri Turki jika tidak mampu berikan pendidikan percuma pada anak bangsanya. Namun kata Anwar, Perdana Menteri Malaysia langsung tidak timbul perasaan belas kasihan terhadap pelajar yang terpaksa menanggung hutang untuk belajar. "Perdana Menteri Turki kata dia nak letak muka di mana jika tidak boleh berikan pendidikan percuma pada rakyat sebab ramai yang berada di pedalaman Turki tidak mampu. "Cara hutang menghadkan rakyat yang miskin memasuki univesiti. Itu baru sikap seorang pemimpin " terangnya diikuti laungan reformasi beberapa kali. Turut serta berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan. |
Kadir, Catriona meriahkan makan malam PAS Titiwangsa Posted: 23 Apr 2012 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa pada 30 April 2012. Majlis yang akan bermula jam 8.30 malam itu akan diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir. Selain beliau, seorang lagi adalah Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah. Antara pemimpin PAS yang akan hadir pula termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen angkat untuk parlimen Titiwangsa. Selain beliau Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad. Difahamkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan pada majlis itu. Bagi mereka yang ingin membeli kupon dengan harga serendah RM100 untuk satu kupon dan RM1,000 semeja, boleh menghubungi pihak penganjur di talian 012 4646292 atau 019 9988997. |
Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri Posted: 23 Apr 2012 07:59 PM PDT SHAH ALAM: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri. "Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya. "Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor pagi tadi. Selain itu beliau turut melemparkan persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH perlu disenaraikan dan sanggup berdepan resiko begitu besar. "Syarikat bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan. "Kalau ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham bagi tujuan mendapatkan modal," katanya. Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara. Selain Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz. |
Pak Samad cadang desawan adakan Bersih 4.0 Posted: 23 Apr 2012 07:58 PM PDT Beliau yang juga sasterawan negara berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. "Kita melihat 28 April nanti merupakan satu himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan, kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0. "Tapi dalam masa yang sama untuk kita melihat momentum bantahan saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 di laksanakan segera dan perlu dilakukan di desa-desa," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mendeklamasikan puisi di Konvesyen Hala Tuju Felda di Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini. Tambahnya, beliau percaya dengan wujudnya Bersih 4.0 dari kalangan desawan, matlamat dan hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. "Mood rakyat akan dapat dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," sambung beliau lagi. Menurutnya lagi, jika ini lambat dilakukan seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan yang ada sekarang, Sasterawan Negara itu juga sempat menyampaikan Puisi bertajuk 'Melelong Rimba' sebagai menyatakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sanggup melelong tanah milik rakyat tetapi juga sanggup melelong hutan rimba demi mencari wang dengan cara yang mudah. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan