Selasa, 6 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


123 Bangkit: Polis beri ‘lampu hijau’

Posted: 06 Mar 2012 08:06 PM PST

KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah) hari ini memberitahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah mendapat 'lampu hijau' oleh pihak polis.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin.

"Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan," katanya dalam satu sidang media.


Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan pedndirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut.

"Himpunan ini turut mendapat respons positif terutama dari parti-parti politik PAS, DAP, PKR, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela yang lain. Ini satu perkembangan yang baik," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut, beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai.

"Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai.

Perhimpunan 123 Bangkit yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal diadakan di luar negara termasuk United Kingdom  dan Timur Tengah.

"Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah," jelas beliau.

PAS Sabah sokong Himpunan Bangkit 123

Posted: 06 Mar 2012 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) menyokong usaha Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau '123 Bangkit' dalam usaha membebaskan rakyat daripada terus dibelenggu penindasan dan penyelewengan hak terhadap pemilikan tanah.
 
"Justeru, PAS Sabah berani untuk menyahut kebangkitan ini dengan mengerakkan hampir 1,000  ahli di pelbagai peringkat, negeri, kawasan dan cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123 Bangkit bagi menyatakan sokongan demi menuntut keadilan dan kesaksamaan," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamzah Abdullah.


Katanya, ia sekaligus memberi sokongan bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Malaysia berparlimen.

PAS Sabah, jelasnya sudah merasakan keperluan mendesak yang agak konkrit bagi membina sebuah ketamadunan kerajaan dalam menggembleng tenaga mencapai kata sepakat untuk mengatakan 'tidak' kepada kezaliman.

"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini. Tanah NCR/Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS negeri kepada Harakahdaily.

Oleh yang demikian, tegasnya lagi hak rakyat mesti dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.

Tambahnya, amanah rakyat mestilah dikendalikan secara baik dan berhemah.

Beliau berkata, adalah malang bagi sesebuah negeri yang kaya ini langsung mempunyai barisan kepimpinan yang rosak akhlaknya, lemah daya pengurusan dan lompang sana-sini dari aspek penstruktural kuasa dan bidang.

Justeru, katanya apakah tidak ada inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tanah ini.

Menurutnya, laporan Suhakam tentu tidak mengejutkan kebanyakan wakil pemimpin politik.

"Tapi, apakah dengan angka 977 yang juga angka tertinggi di Malaysia mengenai kes tanah tidak mendapat perhatian serius.

"Apakah ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" soalnya.

Mengenai Bangkit 123, jelasnya perhimpunan itu mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

"Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut