Khamis, 22 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 21 Mar 2012 11:13 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno

Posted: 21 Mar 2012 01:50 AM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

"Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,"ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.

Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

"Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,"ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai 'break', akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

"Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,"ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi' (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan.


Sumber: Harakahdaily.net

tusan gagal hodohkan Ladang Rakyat

Posted: 21 Mar 2012 01:45 AM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Keghairahan laporan khas mengenai Ladang Rakyat yang disiarkan sebuah akhbar Umno tiga hari berturut-turut sejak kelmarin seperti mencipta benda yang tidak wujud.
Laporan yang mendakwa ada penduduk di Kampung Lepar Jaya dan Kuala Ketil, Gua Musang dianiaya projek Ladang Rakyat ternyata tidak berasas sama sekali.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tidak ada projek Ladang Rakyat di kedua-dua lokasi berkenaan.
"Kononnya berlaku penderitaan yang ditanggung bebeberapa keluarga yang langsung tiada kaitan dengan projek Ladang Rakyat," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang penduduk, Mohd Donia Hanafi, 62 mendakwa akibat kerajaan negeri memajak tanah di Lepar Jaya menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Kampung Kuala Betis.
Dakwa beliau rumahnya di Lepar Jaya dimusnahkan syarikat yang ada kaitan dengan Ladang Rakyat.
Penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin juga menjelaskan tidak ada projek Ladang Rakyat di kawasan seperti didakwa dalam laporan Utusan hari ini.
Katanya, projek Ladang Rakyat hanya terdapat di Kuala Betis, Limau Kasturi, Paloh 4, Renok Baru dan beberapa lokasi lain.
"Saya juga tidak pernah mendengar cerita ada penduduk dihalau kerana projek Ladang Rakyat. Malah tidak pernah kedengaran ada penduduk ditahan di lokap kerana mempertahankan kebun mereka," katanya dihubungi di Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri menafikan sama sekali laporan akhbar berkenaan, termasuk dakwaan 60,000 hektar tanah Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta.
"Ini kerana keluasan tanah Ladang rakyat hanya 25,666 hektar dan bukannya 60,000 seperti dilaporkan. Lagi pun konsep pemajuan tanah bukan secara pajakan.
"Hak milik tanah Ladang Rakyat kekal sama ada tanah kerajaan atau didaftar di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat tanpa dipajak kepada syarikat swasta," ujarnya.
Miskin tegar
Ahmad juga berkata, dakwaan hanya 5 peratus peserta Ladang Rakyat bebas daripada kemiskinan tegar juga tidak tepat.
Katanya, akhbar terbabit menggambarkan seolah-olah daripada 4,834 peserta hanya 5 peratus atau 240 orang sahaja yang bebas miskin tegar dalam masa enam tahun projek dilaksanakan.
"Sedangkan fakta sebenar ialah 5 peratus bebas miskin tegar dalam masa setahun. Dan ini bermakna angkanya 240 orang setahun atau pun 1,440 orang enam tahun," katanya.
Menurutnya juga dakwaan peserta menerima sijil tetapi tidak menerima apa-apa dividen sebenarnya mereka merupakan peserta bagi penempatan berkelompok.
Katanya, peserta yang menerima dividen RM200 sebulan bukan di kalangan peserta penempatan berkelompok yang akan diwujudkan di Paloh 4 dan Limau Kasturi.
Beliau berkata, peserta penempatan berkelompok tersebut akan diberi tapak rumah yang dibina peserta melalui pembiayaan sewa beli tanpa faedah diurus Ladang Rakyat.
"Peserta dijangka akan dapat memasuki tapak rumah dalam masa sebulan dua lagi. Peserta akan menerima gaji bulanan dengan mengusahakan ladang seluas 10 ekar setiap seorang.
"Mereka juga akan diberi insentif sebanyak RM15 bagi setiap tan hasil kelapa sawit daripada hasil buah sawit di kawasan diusahakan," ujarnya.
Saman
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, sekiranya akhbar terbabit tidak menyiarkan penafian dibuat kerajaan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Harakahdaily

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

Posted: 21 Mar 2012 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

"Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

"Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

"Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu," katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

"Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.


Sumber: Selangorku

Felda: SAMM Kecam Najib Beri Arahan Pada Hakim

Posted: 21 Mar 2012 01:30 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memberi arahan kepada hakim untuk memberi kemenangan kepada Felda dalam kes-kes perbicaraan yang membabitkannya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SAMM, ucapan yang dikeluarkan Najib itu jelas menunjukkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman negara dalam membuat sebarang keputusan perbicaraan yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik.

"Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

"Kenyataan Najib yang berbunyi 'Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya' jelas bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah," jelas SAMM dalam kenyataan akhbarnya.

SAMM menambah tindakan sebegini bukan sahaja menyelar kredibiliti institusi mahkamah tetapi juga memberi kesan kepada warga Felda secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, SAMM menyeru warga Felda untuk bangkit daripada terus terlena dengan tipu daya Umno/BN.

"Pastikan maklumat ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi.

"Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati," pesan SAMM lagi.

Felda kini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak (OER) dan kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan menjadi 'precedent case' bukan sahaja kepada pihak Felda tetapi juga Kerajaan Umno/BN.


Sumber: Selangorku.com

Selangor Penyumbang Ekonomi Terbesar Malaysia

Posted: 21 Mar 2012 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC :Selangor menyumbang sekurang-kurangnya 22 peratus atau lebih 1/5 daripada ekonomi negara. Manakala negeri-negeri lain sekadar menyumbang kurang daripada 10 peratus.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membuktikan kerajaan negeri lebihbersikap berdikari dan komitmen dalam membangunkan negeri.

Katanya, amalan tata kelola dan pengurusan yang berintegriti, Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya mencatatkan simpanan tunai sebanyak RM1.9 billion sepanjang tahun 2011.

"Walaupun kita adalah negeri penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, tetapi Kerajaan Pusat hanya mengembalikan dua peratus sahaja daripada jumlah sumbangan itu.

"Ini menyebabkan kita perlu untuk memiliki rezab simpanan tunai yang besar untuk berdikari membangunkan negeri tanpa perlu mencari sumber lain iaitu termasuk membuat pinjaman daripada Kerajaan Pusat,"jelas Abdul Khalid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DNS) di sini hari ini.

Sebagai rekod, simpanan tunai Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2011 ialah RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

"Walaupun begitu, tidak kesemua simpanan tetap itu boleh dibelanjakan memandangkan ia adalah juga sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan,"katanya.


Sumber: Selangorku

Dasar Penswastaan Pusat punca Selangor Tidak Cukup Air

Posted: 21 Mar 2012 01:20 AM PDT


SHAH ALAM, 21 MAC : Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menyaksikan pendedahan kerajaan Pakatan Rakyat berhubung komisen yang diberikan kepada syarikat konsensi penswastaan air di Selangor melebihi 75 peratus yang disifatkan sebagai satu rompakan kepada rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penswastaan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini tidak mengambil kira keupayaan syarikat konsesi yang berkebolehan sehingga mengakibatkan masalah air sering berlaku.

Beliau juga berkata, kos yang dikendalikan selepas penswastaan juga adalah berlipat ganda daripada apa yang dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sebelum ini.

"Saya ingin tahu rasionalnya mengapa dalam hal air masih tidak mencukupi di Selangor, tetapi kita masih terpaksa meminta negeri Pahang menjual air kepada kita? Mengapa perlu membuat lubang di bawah gunung supaya dapat disalurkan kepada Langat 2 untuk dibuat loji pembersihan dengan kos RM8 bilion, sedangkan setengah daripada wang itu boleh digunakan untuk membersihkan air sungai?

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan membohongi rakyat Selangor. Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat supaya pengurusan air diberikan kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dlm undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006," tegasnya.

Menurut Khalid Selangor merupakan negari yang menerima hujan hampir 200 hari setahun serta sering dilanda limpahan air dan banjir. Maka tidak ada sebab mengapa air tidak mencukupi. Mengapa air banjir ini tidak diurus bagi menampung air dimasa tiada hujan." ujar beliau yang juga Adun Ijok

Sementara itu, ketika ditanya tentang halangan pembinaan Loji Langat 2, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri tidak pernah menentang

mahupun berdolak-dalik mengenai projek tersebut, tetapi ia mesti dijadikan sebahagian daripada proses pengambilalihan industri air.

Beliau berkata, masalah bekalan air adalah masalah perjanjian dalam penswastaan yang perlu diselesaikan bagi mengelakkan rakyat Selangor terus menerus menanggung akibatnya.

"Siapa yang berdolak dalik? kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan? Kita tidak halang kelakukan itu, tetapi kita nyatakan kalau hendak buat, kita perlu lakukan ia sebagai sebahagian daripada penyusunan air Selangor. Pada Januari 2008, keputusan kabinet mengatakan sebahagian daripada penyusunan air untuk Selangor adalah termasuk dalam pemilikan program Langat 2.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan telah mengubah keputusan itu pada Mac 2008. Pada pendapat kita, kalau tidak berlaku penyusunan air, maknanya Langat 2 tidak perlu untuk kita," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menjelaskan, kerajaan negeri akan bekerja keras untuk memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih.

Menurutnya, lebih 17 loji rawatan air yang dimiliki di negeri ini juga adalah mencukupi untuk digunakan sebagai air terawat.

"Kita akan memperkenalkan teknologi untuk menggunakan air dari takungan lombong jika perlu dengan mengaplikasikan teknik reverse osmosis. Selain itu, air laut juga boleh digunakan jika keadaan memerlukan. Kita juga akan membersihkan sungai supaya saliran air adalah mencukupi.

" Tetapi keadaan ini tidak lagi diperlukan ketika ini kerana sumber air masih mencukupi." jelasnya.


Sumber: Selangorku.com

Radiasi di Bukit Merah: DAP bentang usul tergempar

Posted: 21 Mar 2012 01:15 AM PDT


Satu usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang.

Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan.

Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.

Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.

Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.

Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.


Sumber: Malaysiakini

98 ahli akademik M'sia di luar negara tuntut hak mengundi

Posted: 21 Mar 2012 01:10 AM PDT


Seramai 98 ahli akademik rakyat Malaysia di seberang laut mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyemak semula peraturan untuk membolehkan pendaftaran pengundi secara otomatik dan memberi hak mengundi sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Mereka menyokong petisyen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak supaya menghalang penghijrahan cendekiawan melalui pilihan raya bersih yang merupakan tuntutan masyarat akademik Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka terdiri daripada profesor pensyarah kanan hingga pensyarah kanan dan pelajar kedoktoran yang sedang mengajar atau belajar di Amerika Syarikat (35), Singapura (18), Australia (8), United Kingdom (7), Jepun (6), Taiwan (6) , Kanada (3), Jerman (3), Hong Kong (3), China (2), Belanda (2), New Zealand (2), Ireland (1), Qatar (1) dan Arab Saudi (1).

Mereka menandatangani petisyen itu termasuk tokok pendidikan berprofil tinggi seperti Ong Nai Phuan (Profesor Eugene Higgins Fizik, Universiti Princeton), Tan Chee Beng (Profesor Antropologi, Universiti Cina), Ho Engseng (Profesor Antropologi Budaya, Universiti Duke), Johan Saravanamuttu ( Felo Pelawat Penyelidikan Kanan , Institut Kajian Asia Tenggara) dan Khoo Boo Teik (Felo Eksekutif Penyelidik Lamam, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun,).

Inisiatif mereka juga disokong oleh tokoh pendidikan terkemuka termasuk Profesor Wang Gungwu, salah seorang pengasas Gerakan yang kini bersama dengan Universiti Nasional Singapore dan Pengerusi Institut Asia Timur, Ahli antropologi terkemuka di peringkat antarabangsa Profesor Ong Aihwa dari Universiti California- Berkeley dan Profesor Mohamed Zain dari Universiti Putra Malaysia.

Dalam petisyen itu, mereka memuji Najib kerana menubuhkan TalentCorp Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik cendekiawan pulang ke Malaysia, tetapi mengingatkan perdana menteri bahawa aliran keluar golongan tersebut adalah juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti rasuah yang berleluasa, salah urus dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.

"Penghijrahan cendekiawan tidak boleh disekat tanpa reformasi politik seperti reformasi pilihan raya, reformasi badan kehakiman dan reformasi media," kata mereka dalam petisyen tersebut.

Oleh itu, mereka menggesa Najib supaya berjanji bahawa pilihan raya umum akan datang tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan sepenuhnya.

Mereka juga melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan terkini mengenai hak mengundi rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

"Walaupun peruntukan yang jelas dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, hak kami dinafikan oleh Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya dan penafian tersebut malangnya telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Januari, 2012."

Pada hari itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak satu permohonan enam rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atas alasan bahawa mereka tidak terletak di bawah kategori "pengundi tidak hadir".

Cadangan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi reformasi sistem pilihan raya untuk memberi hak mengundi kepada semua rakyat Malaysia di luar negara, masih dibincangkan oleh SPR.


Sumber: Malaysiakini

Petugas Nurul ditahan, dakwa diganggu Umno

Posted: 21 Mar 2012 01:05 AM PDT


Dua sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.

Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam, dakwa Fahmi.

Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.

Kedua-dua mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

Nurul: Penipuan tersembunyi?

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

Peguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.

Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja-kerja parti politik itu dengan penyokong Umno.

"Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana-mana parti tanpa gangguan.

"Kenapa tiba-tiba intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Zunar angkat isu lembu dalam buku terbaru

Posted: 21 Mar 2012 01:00 AM PDT


Walaupun bukunya sering menjadi mangsa pengharaman oleh kerajaan, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar terus menerbitkan karya terbaru yang mengusik perjalanan politik negara.
Beliau tampil lagi dengan 1Moolaysia yang antaranya memuatkan jenaka tentang isu National Feedlot Corporation yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.

"Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!" katanya.

Selain terus mengusik isteri perdana menteri Rosmah Mansor - subjek yang digemarinya - Zunar juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menurutnya "gagal" menjadi tema kartunis politik di Malaysia.

Isu-isu itu antaranya berkaitan tindakan imam kontroversi Hoslan Hussein yang membaling kasut ke arah panel hakim, isu dakwaan Rosmah suka membeli-belah dan demonstrasi BERSIH 2.0.

Selain kartun-kartun terbaru, 1Moolaysia turut memuatkan karya-karyanya yang termuat dalam Malaysiakini dan laman antarabangsa Cartoonmovement.

Buku kelima Zunar ini akan dilancarkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 25 Mac di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Ia boleh dibeli secara langsung hari tersebut selain tempahan melalui laman webnya dan kedai buku dalam talian Kinibooks.


Sumber: Malaysiakini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 21 Mar 2012 11:05 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perubahan Sikap Warga Felda menyukarkan Najib membuat ketentuan tarikh Pilihanraya Umum

Posted: 21 Mar 2012 05:22 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:


Terdedah secara rahsia "diketahui umum" bahawa diantara sebab kenapa Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berhadapan dengan keadaan serba salah untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13.

Kejayaan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 menyaman Felda didalam isu peratusan perahan KPG telah membuka pintu hati peneroka-peneroka seluruh Malaysia untuk mengambil tindakan yang sama terhadap Felda bukan sahaja diatas isu peratusan perahan KPG tetapi juga dibidang-bidang yang selama ini menjadi isu tuntutan yang dipermain-mainkan oleh Felda.

Sehingga kini kesemua tuntutan yang dibawakan oleh peneroka-peneroka Felda dan tuntutan Felda terhadap peneroka-peneroka semuanya memberikan kemenangan kepada peneroka-peneroka.

Kes-kes yang telah dimenangi oleh peneroka-peneroka Felda termasuklah tuntutan didalam bidang peratusan perahan KPG, tuntutan pengembalian dana tanam semula, tuntutan penetapan harga kayu getah yang dimanipulasi oleh Felda, JKKR dan kontraktor-kontraktor Felda, kes injunksi yang difailkan oleh kontraktor-kontraktor lantikan Felda.  Belum dibicarakan adalah kes-kes yang melibatkan lebihan pendapatan peneroka-peneroka Felda yang tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka oleh Felda; dan penjumlahan hutang yang dikenakan oleh Felda kepada peneroka-peneroka secara arbitrari sedangkan peneroka-peneroka tidak diberitahu mengenai pendapatan bulanan sebenar mereka.

Kes-kes yang telah difailkan oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda kini berjumlah lebih dari RM2 billion dan jumlah ini semakin meningkat dengan banyak lagi kes-kes yang sedang difailkan di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jumlah peneroka-peneroka yang menyaman Felda bertambah dari masa ke masa, dan golongan itu tidak terhad kepada peneroka-peneroka yang secara tradisionalnya memihak kepada Pembangkang.  Ada sesetengah kes yang sedang menantii perbicaraan adalah terdiri 100% daripada peneroka-peneroka UMNO, dan sebahagian daripada mereka yang merasakan bahawa parti mereka iaitu UMNO tidak mengambil sikap positif membantu mereka kini mulai keluar dari UMNO dan menubuhkan ranting-ranting PKR dan Cawangan-Cawangan PAS di rancangan Felda.

Peneroka-peneroka Felda menuntut dan menyaman Felda diatas alasan menuntut hak mereka; mereka tidak menuntut hak Felda tetapi hak mereka yang telah dimanipulalasikan oleh Felda.

Didalam kes-kes yang melibatkan tuntutan peratusan perahan KPG, minyak keladak, abu, sabut dan buah-buah yang direject oleh kilang-kilang Felda, tuntutan bagi setiap peneroka Felda berjumlah tidak kurang daripada RM400,000.00 bagi setiap peneroka.

Perdana Menteri amat risau dengan perkembangan ini, dan lebih merisaukan kerana peneroka-peneroka yang menyaman Felda ini adalah peneroka-peneroka yang menerima pelbagai imbuhan yang diberikan atas nama MPOB, Cess, dan lain-lain bentuk subsidi.

Merisaukan juga Perdana Menteri adalah kerana semakin hari semakin ramai penerokka-peneroka Felda yang mengambil kembali urusan pengendalian kebun masing-masing dan dengan berbuat demikian peneroka-peneroka tersebut berjaya memperolehi pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada semasa mereka menyerahkan kebun-kebun mereka kepada Felda.

Manipulasi pendapatan peneroka yang sekadar diberikan elaun sara hidup yang dikategorikan sebagai hutang kini terdedah luas membuka pekong di dada Felda bahawa selama ini Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka sehinggakan setiap peneroka yang sudah menyerahkan kebun mereka kepada Felda mendapati hutang mereka kepada Felda sudah melebihi RM90,000.00 walhal apabila pengiraan mudah diperbuat terhadap pendapatan mereka bahawa setiap daripada mereka mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dituntut kepada Felda melebihi RM150,000.00.

Kesedaran yang kini melanda seluruh masyarakat Felda tanpa mengira pegangan politik mereka dan tuntutan yang mereka failkan di Mahkamah dari khidmat yang diberikan oleh peguam-peguam Pembangkang dari Pakatan Rakyat merisaukan Perdana Menteri.

Justgeru itu Perdana Menteri telah mengarahkan Mahkamah supaya memberikan kemenangan kepada Felda didalam kes-kes yang melibatkan saman dari peneroka-peneroka.

Maka selagi peneroka-peneroka masih berada didalam zon ingin menuntut hak mereka, selagi itulah Najib berasa risau untuk menentapkan tarikh Pilihanraya Umum, kerana buat kali pertama Fixed Deposit bagi BN mulai tercabar!

Anwar Ibrahim

Posted: 21 Mar 2012 07:27 PM PDT

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah

Posted: 21 Mar 2012 09:41 AM PDT

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah

DEMI RAKYAT

23 Mac 2012 (Jumaat)

1)    9.00 – 12.00 mlm – Pentas Pakatan Rakyat 1

 

       Lokasi: Dewan Dato' Syed Shahabudin, Bandar Baru

      

       Penceramah:

i)                   YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii)                 YB Dato' Amiruddin Hamzah

iii)               YB Gan Pei  Nee

iv)               YBhg Ust Haji Hassan Abdul Razak

 

2)    9.00 – 12.00 malam – Pentas Pakatan Rakyat  2

       Lokasi: Stadium Mini, Keladi, Kulim

      

      Penceramah:

i)                   YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii)                 YB Dato' Amiruddin Hamzah

iii)               YB Tian Chua

iv)               YB Senator  Saiful Izham Ramli

v)                 YBhg N. Surendran

Investigate Tabung Haji’s Investment Blunders

Posted: 21 Mar 2012 12:28 AM PDT

I am deeply concerned with Lembaga Tabung Haji's (LTH) continued missteps in its investment decisions affecting its 5.1 million depositors. Recently its investment in Silver Bird Group Bhd – which has received much negative press from concerned quarters including the Muslim Consumers Association Malaysia (PPIM) has come into question.

Silver Bird Group Bhd was designated a PN17 status (Practice Note 17 Financial Distress Status) since February 29, 2012 by Bursa Malaysia. Silver Bird's woes affects LTH as the latter is one of the largest shareholders in the former (22.19%); leaving LTH exposed to Silver Bird's estimated RM111.5 million financial shortfall.

Pattern of Questionable Investment and Decision Making
This is not an isolated case, as Ramunia Holdings Berhad, a company which is 25.17% owned by LTH, is similarly listed as a PN17 company. Needless to say, LTH's investments in various listed companies have been under much scrutiny in the last few years.

Besides the investment in Silver Bird Group Bhd and Ramunia Holdings Bhd, there is also the case of an unfair tender conducted for IT related project named “Queue Management System" -and ended up being awarded to less experienced individuals. Just last week, PPIM had urged the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) to investigate the alleged irregularities in relation to the said project tender. (PPIM, 14 Mac 2012)

Additionally, the newly appointed yet sudden resignation of LTHs Chief Investment Officer (CIO), Halim Alias after Petra Perdana's EGM on Feb 4th 2010 further reinforces the notion that the LTH's decision making and investment foray is in fact, problematic.

A report with the MACC was also lodged, leading to the investigations of five members of a syndicate, including Tabung Haji officers, who have allegedly been offering "express haj" services to pilgrims.

Immediate Action Must be Taken

Former Chairman and General Director of TH, Tan Sri Hanafiah Ahmad said that an independent investigation should be expedited because of the many activities by the board’s investment panel being questioned by depositors. (March 7, 2010 Utusan Malaysia). At the same time, the Secretary General of the Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) Sha’ani Abdullah said: “accountability and transparency of LTH investment is not satisfactory.” (February 27, 2010, StarBiz)

The pattern of consistent investment failures have led to the questioning on the integrity investment decision making made, especially a concern for all LTH depositors. Immediate and decisive action must be taken to allay depositors fear and doubts on the viability of LTHs investments.

I therefore urge Datuk Jamil Khir Baharom, Minister in the Prime Minister Office, to appoint an independent auditor to investigate in detail the activities of all LTH investments and its subsidiaries to that the investment and fund management decision making is free from any allegations of fraud and wrongdoing.

I hope that the truth in these issues will be discovered and disclosed, in the interest of many Malaysians who have entrusted their savings as well as belief in Lembaga Tabung Haji.

Nurul Izzah Anwar
Lembah Pantai, M.P.
Vice President, Parti Keadilan Rakyat

Politik Dunia Pertama atau Ketiga?

Posted: 21 Mar 2012 12:25 AM PDT

NURUL IZZAH
20 Mac 2012

Acap kali kita dihidangkan impian pimpinan kerajaan supaya Malaysia terus berjaya menjadi negara maju, hingga bila kita tiba kepada tahun 2020, sasarannya adalah gaji per kapita (GNI) daripada RM23,700 kepada RM48,000, hampir seperti negara-negara dunia pertama lainnya.

Tetapi kita mesti beringat – sasaran apa pun yang dimahukan, tidak boleh tidak kerajaan wajib membudayakan kepimpinan terpuji dalam membangunkan negara tercinta ini. Bukankah kepimpinan itu menerusi teladan?

Justeru apa kata pimpinan bila berlakunya manipulasi pilihan raya, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa, peningkatan penggunaan samseng atau pembuli politik dalam mengekang golongan yang dianggap musuh politik kerajaan sedia ada?

Apa kata Perdana Menteri apabila ahli-ahli partinya bertanggungjawab terhadap gangguan ceramah-ceramah pembangkang – dari Himpunan Hijau di Pulau Pinang ke Felda Lepar Hilir 1 di Pahang dan Padang Keluang di Johor dilakukan dengan dukungan ahli-ahli Umno dan kumpulan Perkasa yang sememangnya mendapat sokongan daripada pimpinan Umno.

Apa kata Perdana Menteri seandainya disamakan budaya samseng ini dengan halangan kebebasan demokratik di Congo pada pertengahan 90-an, atau belenggu pelanggaran hak asasi manusia di Zimbabwe ketika itu? Tentunya Perdana Menteri tidak mahu perbandingan dengan rejim komunis di Timur Eropah pada tahun 80-an yang menindas rakyat. Mahu tidak, ekologi budaya politik ketiga ini dipraktis banyak rejim yang takut kehilangan kuasanya.

Sebaliknya, jika Perdana Menteri berani menggandingkan permohonan maaf beliau dengan teguran membina terhadap serangan yang kini kian menggila terhadap semua aktiviti pembangkang, barulah boleh kita melihat pendirian tegas menuju ke arah 'budaya politik dunia pertama.'

Budaya politik dunia pertama akan membahaskan isu-isu penting mengenai ekonomi, kesejahteraan sosial dan tidak menjadikan agama dan bangsa sebagai tebusan retorik politik ketakutan yang hanya memecah-belah masyarakat.

Ekologi budaya politik dunia ketiga berpunca daripada sanubari dan mentaliti politikus yang hanya mahukan kuasa untuk harta dan bukan kuasa untuk rakyat. Masa depan negara terancam apabila kebanyakan negara-negara dunia ketiga sedang menatarkan reformasi politik contohnya di Myanmar baru-baru ini. Rejim junta itu secara menakjubkan memberi ruang liputan di rangkaian televisyen nasional negara kepada semua parti politik termasuk daripada pihak pembangkang! Bayangkan wajah ayu Daw Aung San Suu Kyi yang terpenjara berkali-kali selama 15 tahun lamanya kini dapat ditonton oleh penduduk Myanmar tanpa perlu berjalan jauh untuk bertemu srikandi mereka itu.

Bayangkan sebuah Malaysia yang mengamalkan budaya politik dunia pertama yang dengannya Kuasa Rakyat menjadi asas utama kerajaan, di mana "kuasa datang daripada rakyat untuk rakyat" menjadi tiang seri kenegaraan yang akan terus membangun dan maju, dilengkapi pula dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pemerintahan yang adil lagi saksama.

Bayangkan pilihan raya umum yang bebas, bersih dan adil menjadi teras mandat sebenar pemilihan kerajaan memerintah. Daftar pengundi akan bersih daripada pengundi hantu, pengundi yang dibeli dengan kewarganegaraan dan pengundi yang berpeluang mengundi berbilang kali. Perhimpunan aman pula dibenarkan tanpa syarat yang membebankan. Waktu kempen pilihan raya yang munasabah dibenarkan sementara akses kepada media massa tidak terhad ataupun jelas berpihak. Politik yang berpandukan wang ringgit mesti diharamkan. Suasana sedemikian layak diberi sijil kerana pilihan rayanya mempamerkan cetusan suara pilihan rakyat yang tulen berasaskan persaingan idea yang sihat.

Bayangkan Parlimen yang berfungsi secara demokratik sehinggakan soalan Parlimen saya kepada Perdana Menteri – agar menyenaraikan projek-projek, termasuk jumlah geran pembiayaan atau pinjaman kerajaan yang melebihi RM5 juta yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli-ahli keluarga menteri dan timbalan menteri sejak tahun 2004 hingga 2011 – dijawab bukan ditolak.

Bayangkan kedudukan tahap tinggi Malaysia berbanding negara lain, bukan kedudukan rendah Laporan Perkembangan Dunia (UNDP 2010); di mana tahap perkembangan sumber manusia menempatkan Korea Selatan di tangga ke-12, Singapura (27), Brunei (37) dan Malaysia (51). Bila ditambah dengan prestasi pendidikan yang semakin merudum – di mana peratus rakyat Malaysia yang berjaya menamatkan pendidikan menengah pula adalah 68.7 peratus, berbanding Korea Selatan (96.4 peratus), Hong Kong (75.2 peratus) dan Brunei (88.2 peratus) – terus meyakinkan kita bahawa hanya pengamalan budaya politik dunia pertama yang dapat membebaskan rakyat daripada penjara kemunduran ini.

Bayangkan sebuah Malaysia yang lebih terbuka, lebih bersatu, lebih maju dan lebih sejahtera, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah sebagai negara dunia pertama dalam semua segi – sosial, politik dan ekonomi – jika budaya politik berjaya ditransformasikan.

Apa kata Perdana Menteri?

Wee Choo Keong

Posted: 21 Mar 2012 03:53 PM PDT

Wee Choo Keong


“Pengkianak dan Perompak Negara” – Part 1

Posted: 21 Mar 2012 12:30 PM PDT

Penyata Rasmi Dewan Rakyat (Hansard) 19-3-2012 4.58 ptg. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk berbahas atas menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Mac 2012. izinkan saya untuk memetik sedikit daripada lafaz Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah "Dasar transformasi [...]

How MAS was “WAU-ed” under Tan Sri Md Nor

Posted: 20 Mar 2012 10:25 PM PDT

Updates @ 6:45 pm on 21-3-2012: On 26-3-2012 at 1 pm A few of the members of the top management of MAS are coming to Parliament House to brief the BN Backbenchers Club (BN MPs) on the status of the MAS Business Plan. First and foremost, what Business Plans? It was a plan to import [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 21 Mar 2012 01:58 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


TS Kadir Sheikh Fadzil sempat keluar UMNO sebelum parti itu diketepikan

Posted: 21 Mar 2012 10:40 AM PDT

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil telah rasmi meninggalkan UMNO. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato Seri Adnan Mansor. Tindakan beliau itu telah dijangkakan dari awal lagi kerana beliau telah meluahkan banyak perkara yang beliau tidak persetujui berlaku didalam UMNO. Beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1956 dan bersama-sama menyertai UMNO baru pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Saya memahami apa yang dirasakan oleh TS Kadir itu kerana beliau sudah begitu lama terlibat didalam kedua-dua parti (UMNO asal dan UMNO baru), dan tentulah beliau nampak dan merasakan perbezaan diantara dahulu dengan sekarang. Saya menganggap dan boleh mengagak yang beliau lebih selesa berada diluar UMNO untuk bersama-sama menyatukan Melayu diluar parti yang kian hari kian lemah itu.

Tindakan TS Kadir keluar dari parti itu merupakan bayangan menifestasi sebenarnya yang berlaku didalam UMNO. Sebagai seorang yang telah bersama dengan parti itu selama 5 dekad lebih itu, tindakan beliau itu tentunya didasarkan kepada masalah-masalah yang berlaku didalam UMNO kerana saya secara peribadi merasakan apa yang diresahkan oleh TS Kadir itu.

Meninggalkan parti itu adalah satu-satunya pilihan TS Kadir kerana tidak ada maknanya jika berada didalam parti yang meresahkan beliau. Tentulah berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan kepada beliau oleh penyokong dan penjilat pimpinan parti itu tetapi biarkan sahaja mereka berbuat apa yang mereka suka. Kita sahaja yang tahu perbezaan berada diluar parti yang kini sedang menuju kepada penghujung perjuangannya.

Saya telah dihubungi oleh ramai juga rakan-rakan kenalan dan yang tidak saya kenali bertanyakan tentang tindakan TS Kadir ini untuk mendapat komen saya. Saya hanya memberikan pandangan yang berlainan. Orang lain biarlah dengan pandangan mereka. Ia bergantung kepada matlamat masing-masing. Jika matlamatnya ialah untuk meneruskan agenda memusnahkan rasuah tegar dan menjauhi dari penjajahan pemikiran oleh pimpinan yang hanya mementing perut mereka sahaja, meninggalkan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik.

Menentang kegiatan rasuah didalam parti dan kerajaan didalam UMNO akan hanya mengundang diri kita dihina dan dinesta kerana mereka didalam parti itu tidak lagi mahu melihat rasuah itu dihapuskan. Saya pernah menyatakan dengan jelas yang UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing yang saling menyandar diantara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang pesat tanpa UMNO dan UMNO pula tidak akan hidup tanpa rasuah. Rasuah itu sudah menjadi pakaian kepada pemimpin-pemimpin UMNO disetiap peringkat.

Isu negara sejak 3 dekad dahulu adalah rasuah. Rasuah inilah yang membawa kepada masalah-masalah yang lain kerana apabila pemimpin politik dan pelaksana mengamalkan rasuah mereka tidak akan membuat keputusan dengan baik lagi. Bagi melindungi rasuah maka pimpinan terpaksa berbohong dengan rakyat. Mereka terpaksa berbohong beribu kali kerana bohong mereka yang pertama dahulu.

Dulu mereka boleh berbohong sekehendak hati, tetapi apabila rakyat sudah menjadi rakyat yang bermaklumat maka pimpinan sudah tidak lagi boleh melindungi perkara mungkar yang mereka lakukan.

Kini TS Kadir meninggalkan parti dan beliau tidak kesaorangan. Ratusan ribu 'card carrying members' UMNO tidak memberikan sokongan terhadap parti itu lagi. Mereka adalah diantara ahli yang sudah merasa jemu dengan kerenah pemimpin-pemimpin mereka. Minggu ke minggu, tahun berganti tahun, pemimpin-pemimpin UMNO telah memberikan masalah kepada parti. Sepatutnya pemimpin yang menahan ragam ahli-ahli yang ramai ini.

Tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin-pemimpin mereka pula yang memberi masalah kepada parti. Pemimpin parti sekarang tidak berkelayakan untuk dituakan (hormati). Sepatutnya kita ikut perbilangan; yang muda membuat ragam dan yang tua menahan ragam. Banyak kritikan terhadap TS Kadir ini datangnya dari orang-orang baru, yang sedang cuba-cuba mengenali UMNO itu.

Kebanyakkan dari mereka ini jika diperbandingkan dengan usia dan pengalaman dalam UMNO ini tidak lebih dari orang yang masih belum mengenali yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana tangan kiri untuk beristinjak. UMNO kata orang, UMNO kata mereka. Tetapi mereka tidak tahu dan masih belum mengenali UMNO yang sebenarnya.

Itu lah sebabnya ramai diantara yang menulis dialam maya ini menulis mempertahankan UMNO itu bukan kerana mereka mengenali parti itu sebaliknya kerana mempertahankan apa yang mereka ada atau apa yang mereka boleh perolehi. Malahan setengahnya mendapat imbuhan untuk mencarut dan menggunakan bahasa yang tidak menunjukkan ketamaddunan mereka.

Tindakan TS Kadir keluar parti itu merupakan cebisan dari perasaan tidak puas hati dengan 'conduct' UMNO sekarang ini. Perasaan itu dirasakan juga oleh ramai ahli-ahli UMNO yang lain. Hanya meeka tidak berani bersuara kerana salah satu kejayaan UMNO ialah untuk membentuk sindrom bisu dikalangan ahli-ahlinya. Ada mata pandang ada telinga dengar sahaja.

Dalam keadaan beginilah yang membuatkan orang Melayu terbantut daya pemikiran mereka. Itu jelas merupakan sumbangan besar UMNO terhadap orang Melayu. Saya berkeyakinan ramai lagi ahli-ahli UMNO akan mengikut jejak langkah TS Kadir itu. Seperti pilihanraya 2008 yang lalu, lebih dari sejuta ahli UMNO keluar parti di dalam bilik mengundi disaluran masing-masing nanti.

Lain-lain perkataan TS Kadir sempat keluar sebelum parti itu diketepikan oleh rakyat tidak lama lagi.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

BULETIN RAKYAT

Posted: 21 Mar 2012 11:57 AM PDT

BULETIN RAKYAT


MENGAPA ANAK LUAR NIKAH BERLELUASA, 257,000 LAHIR TANPA NAMA BAPA PADA SIJIL KELAHIRAN

Posted: 20 Mar 2012 06:12 PM PDT

Sedarkah anda.

Di Malaysia... Satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!...ini adalah salah satu petanda akhir zaman iaitu zina bermaharaja lela... Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.

Dimana silap kita sebenarnya??

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 21 Mar 2012 11:56 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012

Posted: 21 Mar 2012 02:25 AM PDT



CERAMAH DAN DIALOG
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR
Semua dijemput hadir

Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan

Posted: 21 Mar 2012 02:12 AM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR
~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP
~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP
Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Pengikut