Sabtu, 10 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 09 Mar 2012 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


Pejabat Perdana Menteri biaya majlis pertunangan anak perempuan Najib

Posted: 09 Mar 2012 02:21 AM PST

Keadilankini 

PETALING JAYA, 9 Mac: KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri.
 
Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.
 
 
Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada pihak media, bil bayaran bagi penganjuran majlis pertunangan yang diadakan pada 17 Jun 2011 itu telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
 
Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.
 
Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po’ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.
 
Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Melaka

Posted: 09 Mar 2012 01:44 AM PST

DEMI RAKYAT

11 Mac 2012 (Ahad)

1)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – P>Jasin

               Lokasi : KM 29, Kampong Sebatu, Sungai Rambai

2)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – P> Bukit Ketil

               Lokasi: No 188, Solok Baroh, Pasir Puteh, Bacang

3)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

iii.                YB Goh Leong San

iv.               YBhg Adly Zahari

Antara Anwar, Najib siapa baik dengan Khalid Mishal?

Posted: 08 Mar 2012 11:33 PM PST

The Malaysian Insider

Oleh Subky Latif

9 MAC — Saya tidak bercadang untuk membela Anwar Ibrahim yang menyatakan boleh menimbang menjamin keselamatan Israel dengan syarat-syarat yang dijangka tidak akan diterima oleh Israel.

Tetapi Perdana Menteri Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno lainnya belumlah lebih jelas sikapnya terhadap Palestin dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Kerajaan Malaysia baik di bawah Mahathir mahupun di bawah Najib ada membela Palestin dan negaranya yang dicadangkan di bumi Gaza dan Tebing Barat yang ditadbir oleh kerajaan Palestin sekarang. Mahathir akrab dengan Yasser Arafat dan Najib kenal Presiden Mahmood Abbas.

Mahathir dan Najib tidak kenal rapat Khalid Mishal, pemimpin Hamas yang mendapat perlindungan di Syria selepas dia dibelasah agen rahsia Israel di Jordan tidak lama dulu. Tetapi Anwar Ibrahim kenal Arafat, Mahmood Abbas dan kenal semua pemimpin Hamas.

Antara Anwar dan Najib campur Mahathir siapa lebih kenal dan lebih rapat dengan Khalid Mishal yang memimpin Hamas? Tentulah Anwar. Malah selepas kenyataan Anwar tentang apa yang dikatakan menjamin keselamatan Israel di WSJ, Anwar sudah berjumpa Khalid Mishal. Mereka sudah membincangkan isu yang berbangkit itu.

Khalid dan Hamas mewakili perjuangan membebaskan Palestin yang lebih jelas dari perjuangan PLO. Pendirian Mahmood dan Fatah yang dipimpinnya telah lama cair terhadap Israel, tetapi Hamas belum melepaskan senjata terhadap regim zionis itu.

Menyokong Palestin saja tidak cukup kalau tidak sama menyokong Hamas. Adakah Najib dan kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas? Semasa Hamas berkuasa di Palestin ada satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia memberi perwakilan itu kepada Fatah sedang Menteri Luar Palestin dari Hamas yang sudah berada di Kuala Lumpur dinafikan.

Semasa Najib jadi ketua Pemuda Umno Khalid Mishal pernah datang ke Kuala Lumpur. Dia bercadang untuk menermui Nazri Aziz yang belum jadi menteri tetapi menjadi Ketua Biro Antarabangsa Pemuda Umno. Mishal bercadang untuk membincangkan kemungkinan Hamas menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur sama seperti yang diberikan kepada Fatah.

Rombongan tertinggi Hamas tidak dapat layanan yang baik kerajaan dan Umno. Semasa Khalid berada di Malaysia, saya yang menemankannya ziarah hingga ke Kuala Terengganu dan Kota Baru. Bukan Wisma Putra dan bukan pemimpin Umno.

Kiranya ditanya pemimpin dan penyokong Hamas, siapa lebih mereka kenal antara Dr Mahathir, Najib dan Anwar? Kita terkejut jawapannya ialah Anwar. Mengapa? Justeru Anwar ada talian dengan kebanyakan orang Palestin. Ada pun Najib dan Dr Mahathir, ramai yang kenal tetapi dipercayai jaraknya tidak sama dengan Anwar.

Justeru itu, apa pun yang Anwar kata tentang Palestin dan Israel, hati rakyat Palestin lebih kenal dengan Anwar dari semua yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Untuk dikatakan Anwar itu alat dan boneka Israel, bagi setengah orang Palestin belum tentu Anwar lebih dari rekod Arafat dan Mahmood Abbas.

Kenyataan Anwar tentang Israel rasanya sekadar menjamin bersyarat jika ia dapat dipenuhi Israel. Jaminan belum sama dengan pengiktirafan. Anwar belum menyebut tentang pengiktirafan. Apa lagilah hubungan diplomatik.

Kiranya Zionis boleh bersetuju dengan syarat Anwar itu, maka barulah jaminan itu akan dibincangkan. Kalau pun jaminan itu boleh diberi, tetapi tidak semestinya ia boleh diiktiraf.

Saya kata begitu untuk bersangka baik dengan Anwar bahawa dia tidak dapat disama dengan Najib dan Mahathir yang dipercayai banyak bermain mata dengan Israel.

Contoh terbaik jaminan Malaysia tanpa pengiktirafan dan tanpa hubungan diplomatik ialah dengan Taiwan. Malaysia hanya mengakui satu China di dunia. Siapa yang mengakui Taiwan maka rosaklah hubungannya dengan China.

Tetapi China tidak tersinggung dengan jaminan Malaysia kepada Taiwan dan segala hubungan dagang antara keduanya.

Bagi mengukur sokongan kepada Palestin sekarang apa kata kalau Khalid Mishal tidak selesa tinggal di Syria berikut pergolakan di negara itu. Di mana Khalid hendak mendapat perlindungan? Jika dia mohon perlindungan menetap di Kuala Lumpur sambil meneruskan perjuangan Hamas. Adakah Najib bersedia? Kalau Pakatan berjaya mengambil Putrajaya, rasanya Khalid tidak ada masalah.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 09 Mar 2012 11:34 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Isu ketiadaan air di Felda Mayam, Triang, Pahang

Posted: 09 Mar 2012 12:42 AM PST

9 Mac 2012 - Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.

Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seharian kami.

Saya selaku penduduk Felda Mayam berasa amat bosan dan marah dengan keadaan ini kerana tanpa bekalan air, banyak aktiviti seperti memasak, membasuh dan mencuci termasuklah masalah untuk mengambil wuduk berlaku.

Pihak Jabatan Bekalan Air di sini masih belum dapat melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk di Felda Mayam dengan sempurna. Pelbagai alasan yang tidak munasabah disampaikan kepada penduduk.

Terbaru, isu pekerja JBA yang tidak bertugas mengikut waktu menyebabkan masalah bekalan air di Felda Mayam sentiasa terputus. Hal ini adalah disebabkan pekerja tersebut tidak mengikut waktu untuk membuka dan menutup pili utama yang menyambungkan bekalan air ke kawasan Felda Mayam.

Adakah disebabkan seorang pekerja menyebabkan seluruh penduduk Felda Mayam menanggung akibat buruk kerana sifat tidak bertanggungjawab pekerja tersebut? Di mana pihak atasan yang sepatutnya memantau dan mengawasi tugasan pekeja itu?

Di harap pihak berwajib idapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada perkara ini. Terima kasih.

By: nurul hana ahmad danial

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/isu-ketiadaan-air-di-felda-mayam-triang-pahang

Program Mohd Sabu Jelajah N.Sembilan Mac 2012

Posted: 09 Mar 2012 12:35 AM PST


MAJLIS MINUM PETANG
Sempena Karnival Prihatin Rakyat Johol
Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat
Masal : 5 ptg
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS CERAMAH DAN DAILOG
Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad
Masal : 9 mlm
Tempat : Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS MAKAN MALAM
Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu
Masal : 8 mlm
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan), Seremban
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20 boleh didapati di Pejabat MTD Lenggeng atau hubungi 013-3943329



Tiada ulasan:

Pengikut