Sabtu, 31 Mac 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 30 Mar 2012 11:45 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PTPTN : Mahasewel SMM jadi balaci lagi untuk Pakatan Haram

Posted: 30 Mar 2012 07:36 AM PDT




Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyasarkan 5,000 pelajar dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berhimpun di ibu negara bulan depan menuntut pemansuhan pinjaman menerusi agensi itu, bulan depan.

Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.


Komen GPB

GPB hairan dengan mahasewel SMM ini yang sekarang  cuba jadi balaci Pakatan untuk mainkan isu PTPTN bagi menarik undi pengundi muda.   Mengapa juak2 ini hendak buat demo ??

Apakah dengan demo boleh langsaikan hutang penghutan PTPTN ? GPB pun adalah peminjam PTPTN semasa berlajar dulu dan kini membayar mengikut kaedah Ujrah yang hanya kenakan 1 % sahaja faedah berbanding dahulu sebanyak 3 % . Selepas tamat dan bekerja , bayar la balik pinjaman . Tak kan RM 50 hingga RM 100 sebulan pun tak mampu ...

Selain itu , adakah kerajaan mampu memberi biasiswa  kepada lebih sejuta mahasiswa IPTA dan IPTS seluruh negara jika PTPTN ini dimahsuhkan ?


Sebenarnya pinjaman PTPTN ini lah banyak membantu pelajar2 dari kampung yang keluarganya berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran di IPT.  Apakah ibubapa  kita yang bekerja kilang sahaja  mampu membayar yuran dan menyara kita sepenuhnya  sehingga tamat berlajar ??

Hanya yang kaki liat bayar hutang sahaja yang mahu hapuskan PTPTN ini kerana nama mereka sudah di blacklist kan ke luar negara.

Regim DAP di P.Pinang dah setaraf penjajah untuk rakyat P.Pinang @dzainalabidin

Posted: 30 Mar 2012 06:00 AM PDT







"Sama ada penjajah dulu menindas golongan tertentu di kalangan rakyat atau pemimpin yang dipilih rakyat menjadi pentadbir kemudian menindas pihak tertentu di kalangan rakyat.. kategorinya sama saja seperti penjajah. Dalam Islam dosanya sama saja.

"Samalah seperti apa yang Guan Eng, DAP lakukan sekarang menjadi penjajah moden. Kalau dulu penjajah pentingkan siapa yang duduk di bandar, di Georgetown, di Bagan yang ada terlibat dalam aktiviti pelabuhan, meniaga rempah ratus yang boleh di bawa ke London… golongan ini diberi keutamaan.


"Hari ini Guan Eng pun buat perkara yang sama utamakan golongan tertentu di negeri ini sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang di mana orang kampong disisihkan, orang susah tidak dibela.. ini sama seperti penjajah dulu", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada UMNO-Online.

Sebagai contoh tegasnya semua perkara yang elok-elok diletakkan di bahagian pulau manakala yang tidak bagus dilonggokkan di seberang.

"Kalau ada kilang atau industri yang ada risiko seperti kilang solar panel dan sebagainya dibuat di seberang, tidak dibuat di pulau, kalau ada rumah kos rendah yang mungkin ada bau busuk, 'low class', tempat pembuangan sampah dibuat di seberang.

"Di bahagian pulau semua untuk kompleks perniagaan, tiada rumah kos rendah, rumah yang dibina hanya berharga ratusan atau jutaan ringgit. Sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang saja", ujarnya.

Justeru katanya pentadbiran DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng jelas mengutamakan kelompok tertentu saja manakala rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan disisihkan secara terancang.

DAP khususnya Guan Eng jelas beliau lagi bukan sahaja mentadbir cara penjajah malah bersifat diktator kerana tidak boleh langsung ditegur dan dikritiik.

"Kita tengok selama 45 tahun DAP menjadi pembangkang, mereka boleh bangkang apa saja yang kerajaan BN buat, takde kes mahkamah… kalau ada pun satu dua kes kita bawa ke mahkamah.

"Tetapi DAP baru saja perintah di negeri ini empat tahun… apa saja yang kita bangkang, kritik semua nak bawa ke mahkamah.. Utusan Melayu, UMNO-Online, Pemuda UMNO semua dia nak saman, nak bawa ke mahkamah hanya kerana kita kritik pentadbiran DAP", ujarnya.

Hakikatnya tegas beliau DAP telah gagal melaksanakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat.
Jelas beliau selama empat tahun memerintah Pulau Pinang apa yang rakyat dapat hanyalah impian semata-mata.

Lebih malang lagi tambahnya DAP, Guan Eng bersifat bongkak kononnya apa yang dicapai di negeri ini semuanya adalah kerana pentadbiran mereka.

"Hakikatnya selama empat tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat BN telah belanjakan RM22.5 billion hanya kerana mahu melihat Pulau Pinag terus hidup walaupun telah dikuasai pembangkang. Malangnya ia telah dijadikan senjata DAP kononnya itu semua mereka yang buat.

"Sebenarnya apa yang mereka buat selama empat tahun ini? Yang mereka buat hanya satu modal saja iaitu terus menanamkan kebencian rakyat kepada UMNO… tiada modal apa… tak perlu labur RM100 juta, tak payah bagi orang miskin RM50 juta, tak perlu bangunkan masjid, kemudahan awam cuma siang malam tanam kebencian rakyat terhadap UMNO, serang UMNO", katanya.

Justeru beliau berharap rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan gaya politik sempit DAP ini yang hanya bijak bersandiwara, beretorik kosong sedangkan gagal untuk membela rakyat secara keseluruhannya. -MediaUMNO

Nik Aziz & PAS tetap akan jual nama syurga untuk meraih undi di PRU ?

Posted: 30 Mar 2012 04:15 AM PDT



Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan," kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.

Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka. SINAR HARIAN



Komen GPB

Nak tiket ke syurga , perlu undi PAS sahaja ... memang mudah sekali . hahaha...

Pas terbukti bohong Imam selipar islamkan banduan

Posted: 29 Mar 2012 11:31 PM PDT

Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.

Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.

"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."

Kilang tak dapat kelulusan lagi pun, regim DAP sudah klimaks awal ...

Posted: 29 Mar 2012 08:44 PM PDT


GPB hairan betul kilang solar  Bosch yang tidak mendapat kelulusan lagi  dari  AELB  ,   regim DAP dengan bangganya sudah masukkan dalam  Buletin haprak untuk tunjukkan hebatnya CAT .

Selain itu, PCM juga mendakwa bukan hanya kilang solar Bosch sahaja yang akan membuat kilang mereka di Batu Kawan , tetapi terdapat juga kilang solar dari China .

Habisla  penduduk Batu Kawan  ..tak lama lagi ramai la yang akan sakit sebeba menerima kesan  sisa-sisa merbahaya  kilang solar ini ...




PCM fumes as another solar panel plant discovered
Susan Loone
12:07PM Mar 26, 2012

Even before Penang Chief Minister Lim Guan Eng could answer questions related to the Robert Bosch solar panel plant in Batu Kawan, Parti Cinta Malaysia (PCM) has discovered a similar enterprise which is expected to operate on the mainland.

The China-based company, according to PCM vice-chief Huan Cheng Guan (left), has started recruiting workers but Penangites are yet to be informed that another solar panel plant is sprouting within their midst.

Huan said he sent two of his men to the plant for interviews, but they were merely told that the plant would be build "somewhere" on the mainland.

"It's a China-based company, and after what has happened to China, how can we allow it to operate here?" Huan asked during a press conference in Prai.

Huan was referring to a similar plant in China which was closed down due to health risks to the local community.

'State gov't operating like Gestapo'

Huan is not happy that the state has not mentioned about the existence of the plant, which allegedly poses a danger to health and the environment.

He smells a rat and said that there appears to be a cover-up in the matter as nobody knows much about the company, not even its location.

He even went as far as saying that the state government is operating like the "Gestapo", the Nazi secret political police.

"We are very suspicious and question why are they doing this," he added, comparing it to Pakatan's vigorous opposition of the Australian-based company Lynas' plant in Gebeng for its potential health risks.

"But what about these two plants in Penang. Why so quiet about them? Why so secretive? What is there to hide?" he questioned.

Recently, Huan said despite its CAT - competency, accountability and transparency - principles, the Penang government continues its lack of public consultation in approving the project.

He added that no one has given a proper assurance that the RM2.05 billion plant by German industrial giant Robert Bosch GmbH will be safe.

'No AELB licence yet'

Huan also question why the solar photovoltaics plant in Batu Kawan is allowed to operate when the Atomic Energy Licensing Board (AELB) has yet to issue any licence or approval for the proposed business.

News portal The Mole quoted AELB director-general Raja Abdul Aziz Raja Adnan as having confirmed that the board has not received any application for the controversial plant.

Raja Abdul Aziz said, "So far we have not received any application for the Batu Kawan solar panel project."

He added that the project has to be evaluated by AELB despite the initial International Energy Agency approval.

"Why the double standards when Lynas is being opposed to strongly? Where is the CAT in these projects?" asked the former Penang Gerakan vice-chief.

When asked about the federal government's promotion of investment in solar panels, the world's fastest growing energy industry, which has placed Malaysia as the world's third-largest solar module manufacturer, Huan said: "The International Trade and Industry Ministry's role is to attract and promote investment," he said.

"Their role is not to approve it. It is the state government's role to approve an investment or sell state land to the companies after making sure the company complies with all the necessary requirement, especially in the area of safety in health and environment, because this directly affects the people."

Huan warned that if PCM receives no answer to his questions, the party will organise a similar round of protests.

Regim DAP buat bodoh bantahan sebelah surau akan dibina tokong/kuil ?

Posted: 29 Mar 2012 06:33 PM PDT


Tak habis lagi isu gadai tapak masjid di Bayan Mutiara , muncul pulak satu kes berkaitan umat Islam iaitu pembinaan rumah ibadat bukan Islam berdekatan dengan surau ( sebelah ) .

Terbaru  NGO PAJIM mendesak MPPP dan kerajaan regim DAP membatalkan cadangan pembinaan rumah ibadat terbabit di kawasan perumaha Mutiara Vista yang bersebelahan 20 meter dari surau . Menurutnya lagi, surat bantahan telah dihantar kepada TKM 1 dan YDP MPPP tapi sehingga tiada jawapan balas diterima .



GPB melihat tindakan membisu kerajaan DAP seolah-olah menghalalkan pembinaan ini . Mereka tidak serius dalam membendung  isu-isu perkauman dan agama ini daripada berlaku . Sebaliknya , mereka akan cuba salahkan pihak yang membantah seperti PAJIM ini sebagai NGO rasis dah cuba mencetuskan sentiman agama .

Inilah sikap dan wajah sebenar regim DAP ...siapa yang lawan mereka akan dituduh perkauman kalau melibatkan isu agama dan Melayu .

Adakah ini bukti Guan Eng utamakan pengundi pulau & anaktirikan Seberang Perai ?

Posted: 29 Mar 2012 05:03 PM PDT






Guan Eng dalam Buletin Hapraknya begitu bangga sekali berjaya menutup operasi kilang getah ( Lee Rubber ) di Paya Terubong akibat daripada banyak aduan oleh pengundi di situ majoriti Cina yang menyokong kuat DAP .

Persoalannya , mengapa hanya di  Paya Terubong sahaja ditutup operasi kilang getah dan tidak di satu lagi kilangnya iaitu di   Penanti ?  Sudah lama penduduk Kubang Ulu yang majoritinya  Melayu  menghidu bau terbaik punya .

Adalah berlaku double standard  dalam keputusan  penutupan operasi kilang getah ini ? Maklumlah DUN Paya Terubong dan sekitarnya itu merupakan kawasan ditandingi DAP . Jadi untuk meraih undi pengundi di situ pada PRU 13 , maka keputusan populis perlu dibuat .







** Di DUN Permatang Pasir ada  satu kampung yang tuntut duit pampasan , tapi sehingga sekarang GPB dimaklumkan tidak diberi satu sen  duit itu  oleh pejabat DO ...Apa cerita ? Mau tunggu PRU 13 ka baru  nak kasi ....ye la nak guna  untuk beli undi ...hahaha

Kenali Doktor Wanita Melayu Pertama di Malaysia ...

Posted: 29 Mar 2012 12:27 PM PDT




Di Antara Yang Pertama Di Malaysia dari Kedah

Tan Sri Dr. Salma binti Ismail


Wanita Melayu yang pertama lulus dalam bidang perubatan

Tan Sri Dr. Salma Ismail dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949.

Kerjaya :

Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur
Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
Pemilik klinik persendirian di Jalan Hale Kampong Bahru Kuala Lumpur (1967)
Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.
Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

Presiden Kelab General Hospital Kedah
Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah
Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah
Ahli Majlis Pelajaran Tinggi
Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976)
Ahli Malaysian Medical Association
Ahli Medical Defence Union
Ahli College of General Practitioners
Ahli Private Practitioners Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor
Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society

Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang perubatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1957, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada 1996 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 1997 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam yang memingit dan melarang anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi. Tan Sri Dr. Salma telah mencipta sejarah emas bagi gendernya.

sumber : FB

DIMENSI

Posted: 30 Mar 2012 11:35 AM PDT

DIMENSI


Omegay: pasrael akan terus sogok syurga demi nak sekeping UNDI! >XD

Posted: 30 Mar 2012 07:17 AM PDT




Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan," kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini. - SH


kehkehkehkeh wally slipau ni tak perasan ke dia dah telebey blajo agama sampai giler isem??..politik punye pasal dah takde halal haram dahh..seme men bantai pakai pukul sama rataaaa jek!..keislaman orang lain tak sama islam dia..isi al-quran dah tak sama quran versi dia..seme dah ikut petunjuk deeayypig & dan si peliwat!

seme 'wahyu' deeayypig & si peliwat di olah dan di satukan dengan ayat2 al-quran ikut kesesuaian fuckatan. skang wally slipau dah ulang dengan jelas dan terang!..nak kate ape lagi??..silap haribulan orang tua tu merepek lagi.."syurga dan neraka ambo yang tentukan"..hamik kaooo huhuhuhuhu >XD

IPOHMALAY

Posted: 30 Mar 2012 09:33 AM PDT

IPOHMALAY


Raja Ashman Shah Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 29 Mar 2012 11:53 PM PDT



Hujan pagi Jumaat hari ini mengiringi kepergian seorang yang istimewa di mata teman. Kepergian Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Shah menghibakan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Susuk yang terkenal istimewa ini merupakan seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilannya yang menuruti sunnah nabi, jarang-jarang sekali dimiliki oleh anakanda seorang Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Raja Ashman mangkat pagi ini, Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012 akibat serangan asma. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ
Amin.

Tiada ulasan:

Pengikut