- Kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), P3-21A memiliki sentuhan pakar yang pernah terlibat dalam proses menghasilkan kereta BMW iaitu Dr. Wolfgang Karl Epple.
Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.
Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.
Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah projek BMW di pelbagai negara memberitahu, P3-21A boleh disifatkan sebagai model Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk.
"Model ini mengambil ciri-ciri kereta Eropah, berbanding model sebelumnya yang mengambil konsep kereta Jepun," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di sini hari ini.
Epple mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terlibat sebagai Pengarah Projek dalam penghasilan beberapa model BMW 3 Series (E90) dan 5 Series (E39).
Jelas beliau, bagi P3-21A, tempoh penghasilan dari peringkat awal sehingga pengeluarannya memakan masa selama 21 bulan, malah reka bentuk awalnya di dilakukan oleh pereka terkemuka dari Itali.
"Saya juga meletakkan kereta ini (P3-21A) sekelas dengan model Ford Focus, Toyota Altis dan Honda Civic.
"Beberapa cirinya dari segi keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan berbanding model Proton yang terdahulu," katanya.
Model yang berharga di antara RM62,000 hingga RM72,000 sebuah itu membabitkan 90 peratus kandungan tempatan.
Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.
Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.
"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.
"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.
Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."
Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin kesal dengan tindakan dan sikap beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin pembangkang yang berselindung di sebalik NGO menyalahgunaan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media sedangkan ruang tersebut dikhususkan kepada mana-mana Menteri, Ahli Parlimen dari BN mahupun dari pakatan pembangkang.
"Sebenarnya ini bukan perkara baru, dulu pun pernah berlaku kekecohan di mana ada NGO membuat sidang media di lobi dan ruang sidang media Parlimen, bertelagah dengan BNBBC. Masalahnya, sehingga hari ini masih wujud kejadian sebegini, iaitu ada pemimpin pembangkang bersama-sama NGO daripada luar, kita pun tak tahu NGO dari mana membuat sidang media.
"Seharusnya ruang tersebut untuk ahli-ahli Parlimen dan para menteri untuk membuat sidang media. Pada saya, ini merupakan satu pelanggaran tatasusila peraturan Dewan Rakyat ini," ujarnya mengulas dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya menggunakan ruang sidang media Parlimen sehinggakan menyusahkan para menteri dan ahli Parlimen mengadakan sidang media mereka.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Speaker Dewan Rakyat meneliti perkara ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menghalang mana-mana individu atau NGO menggunakan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media.
"Sidang media yang bermacam-amacam, memaki hamun kerajaan, membuat fitnah dan sebagainya. Seharusnya mereka carilah lokasi lain yang sesuai, tidak perlu menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat sidang media mereka yang tidak membawa apa-apa faedahnya kepada rakyat.
"Saya sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC memang tidak bersetuju dengan amalan-amalan yang tidak bersopan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana ini akan merosakkan imej Dewan Rakyat itu sendiri. Saya juga akan membawa isu ini dalam hujah saya minggu depan agar Dewan Rakyat mengambil tindakan dan pendekatan yang sewajarnya untuk memberhentikan aktiviti-aktiviti negatif seperti ini," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada UMNO-Online, semalam. – MediaUMNO
GPB nak tergelak melihat gelagat juak2 pencacai DAP yang menuduh blog ini memfitnah kerajaan paling berjiwa rakyat pasal isu curi satu periuk nasi kenduri di Balik Pulak . Ini salah seorang pencacai DAP paling setia yang marah di hari Jumaat ini kerana membuat fitnah dan boleh membuatkan UMNO makin dibenci .
bila berlaku kepada pemimpin mereka semuanya fitnah..haha
Gambar di atas adalah sepasang suami isteri yang menjadi mangsa kerajaan regim DAP yang sapu nasi kenduri anak perempuan . Mereka telah membuat laporan polis diatas kejadian yang cukup kurang ajar dilakukan pencacai kerajaan DAP hingga memalukan keluarga mereka .
BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.
Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari eperkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.
"Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang.
Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong. Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.
Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.
"Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini," katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya.
Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.
"Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami," katanya.
Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.
"Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya," katanya.
Anwar Israel memang sah penipu,seperti biasa kenyataan beliau sudah pasti ada putar belitnya. Ketua pemuda Umno hanya merujuk kepada kenyataan asal WSJ berdasarkan kenyataan penuh Anwar .Mudah saja tak perlu cakap panjang lebar.
Video kat bawah ni bukti Anwar gelabah dan bohong pada seluruh rakyat Malaysia.Bukti ini menjelaskan sebuah negara Israel diiktiraf oleh Anwar yang difatwakan oleh seluruh alim ulama dunia bahawa adalah haram.
KJ bukan saja membuktikan Anwar mempertahankan Israel malah turut mendedahkan Anwar tak mampu bercakap apabila dirinya ditangkap bercakap bohong. PISAU.NET
Memang melampau dan zalim sungguh kerajaan regim DAP ini . Sampaikan satu periuk nasi kenduri keluarga Melayu disapu oleh balaci kerajaan DAP untuk dihidangkan kepada pemimpin mereka . Pergi la cari nasi di kedai nasi kandar ka ...Penang bukankah banyak nasi kandar ?
Kejadian ini berlaku di Kg Terang Balik Pulau di mana tuan rumah Md Saad Hassan mendakwa satu periuk nasi kenduri anak perempuan telah dilarikan untuk dihidangkan kepada pemimpin DAP yang membuat program Penang Green Cleaner di kampung berkenaan .
Yang melarikan satu periuk itu adalah Ketua Ranting PKR di kampung berkenaan yang mendapat arahan bos mereka . Memang bangsat la orang yang buat kerja gila ini hingga memalukan keluarga pengantin berkenaan kepada tetamu yang dijemput disebabkan nasi kehabisan .
Mesti bengang giler tetamu yang hadir dan keluar perkataan maki hamun terhadap kerajaan DAP gara-gara tindakan biadap mereka mencuri nasi kenduri kahwin rakyatnya sendiri .
"Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.
Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.
Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.
Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
"Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.
"Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar," katanya.
"Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut," katanya.
Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.
"Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.
"Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya.
Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.HM
p/s : Yusmadi boleh bungkuih la beg dan bajunya lepas ni ...orang Balik Pulau dah meluat Pakatan gara-gara nasi kenduri dicuri DAP ...
Merdeka Centre semalam berhempas pulas betul pertahan buku panduan NDI Yahudi yang digunakan PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN kononnya tak merbahaya . Hari ini didedahkan bukti apa itu intipati dan modus operandi mereka selama ini digunakan untuk menipu dan membohongi rakyat hingga membangkitkan perassan benci kepada kerajaan .
Pendedahan sulit Pakatan Haram cuba memfitnah UMNO
1. Pengundi baru muda agar diberi perhatian khas 2. Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai isu melayu perlu di tonjolkan. 3. Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi Umno lah penyebab kelemahan melayu.
Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui pemimpin Islam adalah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.
Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.
"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.
Baghdad, Sebanyak 15 remaja homoseksual dan bergaya ala 'emo' di Baghdad, Irak dihukum rajam hingga tewas. Remaja-remaja yang bergaya 'emo' alias 'punk' tersebut dianggap sebagai pemuja setan oleh otoritas Irak.
Para remaja yang tewas mengenaskan digambarkan bergaya 'emo' dengan baju hitam yang ketat dan gaya rambut stylish. Demikian seperti diungkapkan oleh sebuah organisasi HAM setempat dan dilansir olehAFP, Senin (12/3/2012).
Pejabat kesehatan setempat menuturkan, 15 remaja tersebut tewas terbunuh pada bulan lalu. Sebagian besar dari mereka tewas dirajam, sebagian lagi ditembak dan dipukuli hingga tewas. Remaja-remaja tersebut dipukul tepat di kepalanya dengan balok-balok beton.
"Polisi biasanya yang mengurus semua insiden tersebut. Mereka tidak ingin paramedis ataupun ambulans untuk membawanya (jasad para remaja). Dua hari yang lalu, jasad seorang remaja ditemukan di Bayaa -- dia kemudian dievakuasi oleh polisi," tutur pejabat yang enggan disebutkan namanya tersebut.
Para saksi mata di komunitas Sunni di kota Sard, Baghdad bagian utara, menuturkan bahwa sebuah kelompok milisi yang menyebut dirinya 'Brigades of Anger', pernah menyebar selebaran yang berisi nama 22 orang remaja yang menurut mereka layak 'dihukum'.
Terhadap hal tersebut, pihak Kementerian Dalam Negeri Irak telah membantah bahwa tewasnya remaja-remaja tersebut berkaitan dengan operasi penumpasan anti-gay atau anti-emo. Menurut mereka, pembunuhan para remaja tersebut didasari oleh motif balas dendam, sosial, politik, budaya atau murni kriminal.
Namun, pada 13 Februari lalu, muncul pernyataan yang bertolak belakang dalam situs Kementerian Dalam Negeri Irak. Dalam pernyataan tersebut, setiap orang yang bergaya emo dianggap sebagai pemuja setan dan pihak berwenang memiliki hak untuk 'menyingkirkan' mereka.
"Fenomena emo atau pemujaan terhadap setan terus diikuti oleh Polisi Moral yang memiliki izin untuk mengeliminasi mereka sesegera mungkin mengingat mereka merugikan dan membahayakan masyarakat. Mereka mengenakan pakaian yang aneh dan ketat yang bergambar tengkorak dan memakai aksesoris yang berbentuk tengkorak. Mereka juga memakai cincin di hidung dan lidah, dan melakukan kegiatan-kegiatan aneh," demikian pernyataan Kementerian Dalam Negeri Irak dalam situsnya, seperti dilansir dari The Telegraph.
Seperti diketahui, dalam budaya Barat, istilah 'emo' merujuk kepada penampilan atau preferensi musik seseorang dan sama sekali tidak berkonotasi terhadap orientasi seksual sesorang. Namun, emo memiliki makna berbeda di Irak. Istilah emo merujuk pada homoseksual, di mana hal tersebut dianggap sangat tabu di negara muslim konservatif ini. (Detiknews)
Nampaknya hanya menjaga bayi, pembantu rumah Indonesia perlu dibayar RM700 dan tidak boleh diarah melakukan kerja-kerja lain selain satu tugas khusus sahaja. Begitu juga jika tugas memasak. Begitu juga tugas mencuci kain. Begitu juga tugas mengemop lantai, begitu juga lain-lain tugas.
Biasanya bayaran menjaga anak jika dihantar ke rumah pengasuh antara RM200 hingga RM300 sahaja. Nampaknya, dengan menggunakan khidmat 'pengasuh import' nilainya meningkat 3 kali ganda. Adakah si anak yang diasuh pengasuh import ini akan terjamin keselamatannya?
Indonesia mahu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke mana-mana negara dunia ini mulai tahun 2017. Mungkin tahun inilah Malaysia patut berhenti dari melanggan pembantu rumah Indonesia untuk bantuan domestik.
Sebagai alternatif, pembantu rumah berasaskan kerja siang boleh digajikan terdiri dari rakyat tempatan. Masuk pagi, pulang petang.
Cukup kelakar sekali kerana Indonesia amat menitikberatkan kebajikan pembantu rumahnya di luar negara sedangkan di kota Jakarta sendiri, pembantu rumah mereka diperlakukan seperti hamba oleh rakyat sewarganegara. Diberi uniform, diherdik, dan ada yang perlu berdiri di tepi keluarga majikan yang sedang menikmati hidangan di meja makan, sebijik seperti filem Labu Labi.
Jangan haraplah untuk mengikut buntut majikan pergi melancong seperti yang dinikmati dari sesetengah majikan di negara ini.
Seorang amah, satu tugas
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah
Nampaknya pertengkaran antara Pasir Salak dan Kubang Kerian semalam di Dewan Rakyat menunjukkan kekurang-fahaman kedua-dua wakil rakyat ini dalam isu peniaga tomyam. Walaupun kedua-duanya kembali berbaik selepas itu, namun kedangkalan kedua-duanya kekal menjadi tatapan umum.
Pertama, tak ada orang Kelantan berniaga tomyam. Kesemua peniaga tomyah adalah warga Thailand yang datang dari wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, induk kepada ketamadunan Kelantan. Mengikut sejarah, Kelantan hanya serpihan kerajaan besar Patani yang ditakdirkan Allah menerima nasib untung kerana dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia.
Dek kerana kurangnya pekerjaan di Thailand dan penindasan atas umat Islam selatan Thai, di negara inilah mereka mencari rezeki dengan membuka kedai-kedai tomyam.
Orang Kelantan memang keluar ke negeri lain mencari pekerjaan tetapi bukanlah untuk meniaga tomyam. Mereka menguasai pentadbiran-pentadbiran awam pusat (sehingga SPA disebut pusat lantikan orang Kelantan), kilang-kilang , hospital-hospital dan bidang perniagaan makan tengahari.
Kedua, Pasir Salak juga harus sedar bahawa pertumbuhan penduduk negeri Perak antara yang terendah di negara ini, bukan kerana tahap kesuburan yang rendah, tetapi kerana banyak berlaku penghijrahan keluar penduduk dan pernah mengalami peratusan pertumbuhan penduduk yang negatif. Ipoh sendiri beberapa kali mengalami pertumbuhan penduduk tahunan yang negatif.
Apa rasionalnya menghentam negeri lain dengan mengaitkan pentadbirannya dengan penghijrahan keluar penduduk? Banyak lagi isu yang boleh diketengahkan yang tentunya tidak akan menjerat diri sendiri. Wakil rakyat tentulah tidak wajar terdiri dari kalangan mereka yang sembrono menunjukkan kekurang-arifan kerana yang turut malu ialah para pengundi yang mengundi mereka.
KUALA LUMPUR: Penghujung sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menjadi gamat apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan bertelagah mengenai isu tomyam apabila kenyataan yang dikeluarkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diputar belit oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian). Ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tajuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal mewujudkan peluang pekerjaan di negeri berkenaan hingga menyebabkan ramai peniagadari negeri tersebut berhijrah membuka perniagaan di Perak termasuk di kalangan peniaga tomyam. "Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga...jual tomyam. "Mereka tak boleh buat (tiada peluang berniaga) di Kelantan," katanya. Bagaimanapun kenyataan Tajuddin itu disalah tafsir oleh Salahuddin dan menuduh Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan menghina peniaga tomyam. "Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam, harta mereka halal...jangan hina orang Kelantan," tuduh Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS. Kejadian bertikam lidah kedua-dua wakil rakyat berkenaan makin tegang apabila Salahuddin mengaitkan isu peniaga tomyam itu dengan perkahwinan anak Tajuddin sebelum ini. Berang dengan tuduhan bersifat peribadi tersebut, Tajuddin kemudiannya mencabar Salahuddin membuat kenyataan tersebut di luar dewan.Drama kekecohan berkenaan berlanjutan selama lebih 10 minit dan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee agar bertenang. Tidak lama selepas itu, di luar dewan, kedua-dua ahli parlimen berkenaan dilihat berdakapan malah Salahuddin datang memeluk Tajuddin dan menciumnya di pipi sebagai tanda 'pertelagahan' mereka sudah berakhir.
Ini cerita yang baru teman dengar. Tapi teman belum siasat lagi. Teman tak nak la tuduh-tuduh. Tapi kalau ada pihak nak siasat, silakan.
Kisahnya, sebuah surau yang disediakan oleh pemaju Sunway City Ipoh yang terletak agak berhampiran Hotel Lost World yang baru dibuka, yang turut menjadi surau bagi penduduk masyarakat kiasu berpagar Sunway City Ipoh, tidak dibenarkan melaung azan keluar.
Bukan itu sahaja, muazzin tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara terus.
Tetapi apa yang teman tahu, kepala persatuan penduduk di situ adalah seorang Melayu. Bagus. Walaupun penduduk di situ majoritinya bukan Islam. Si Melayu ni, Islam atau tidak, teman tak tahu. Kalau bukan Islam maknanya bukanlah Melayu. Itu apa yang tertulis di perlembagaan negara.
Menurut empunya cerita, antara yang membantah laungan azan di situ ialah penduduk orang putih yang turut bermestautin di situ.
Teman tak sangka pulak di sebalik laungan azan yang bersahut-sahutan di petempatan antara Tambun dan Ulu Kinta ini, ada surau yang terbungkam laungan azannya.
Setahu teman, Tan Sri Jeffry Cheah ni seorang yang baik lagi penuh toleransi. Tambahan pula dia kini memiliki kawasan yang dahulunya perkampungan bunian yang pernah menjadi rujukan punca kehilangan Datuk Panglima Kinta Ke-5 , Ngah Ghafar pada tahun 1820an.
Malah, ketika taman temanya diganggu 'makhluk halus' , orang-orang surau dari Kg. Tersusun Batu 6 yang berhadapan dengan hartanahnya juga yang dipanggil untuk 'menghalau' gangguan. Rasanya kali ini, kalau ada gangguan, biarkan sajalah.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PKR dipinggirkan di dalam gabungan Perosak Rakyat??? Adakah gambar diatas antara bukti-bukti yang menunjukkan PKR semakin dipinggirkan di dalam Perosak Rakyat??? Agak menghairankan apabila banyak bendera PAS dan DAP di sekitar Medan Istana, sebaliknya dengan bendera PKR yang memang jelas amat sedikit bilangannya.
Awekz: Ini bukan DISKRIMINASI kot, cuma bendera PKR yang tak berapa nak cukup pengeluarannya...Kata Awekz sendirian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan