KUALA LUMPUR : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.
Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.
"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.
Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.
Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.
Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu.
Tidak di Nafikan, cabaran Cukup besar dalam memilih apa yang PM Dato Seri Najib gelarkan sebagai Winnable candidate dalam menghadapi ujian getir pilihanraya UMUM ke13 akan datang... Sejarah 2008 tidak boleh berulang lagi... Sejarah telah mengajar kita, siapa pembelot? siapa yang rakus? Siapa yang bantu siapa? siapa yang hanya tahu berpolitik tapi kerjanya HANCUS...
Di atas kertas memanglah IDEAL, secara kasarnya winnable candidate ini orangnya perlu BERJIWA RAKYAT, SANGGUP BERKHIDMAT 24 JAM Sehari Semalam dan paling penting DITERIMA RAKYAT... Ramai orang mengaku berjiwa rakyat dan sanggup bekerja sehari semalam, Tapi, Persoalannya adakah dia diterima oleh rakyat yang akan diwakili olehnya? Pilihanraya it's all about UNDI... 1 undi pun sangat berharga!
Winnable Candidate pilihan PM Najib sangatlah ketat... Ini bagi memastikan tidak akan ada walau sekelumit kesilapan dalam memilih calon bagi memastikan pembangkang tidak dapat mencari kesilapan BN dalam PRU13 akan datang... Bukan Mudah...
Track Record...
PM Najib mahukan mereka yang kuat bekerja demi rakyat.... secara realiti kita lihat, UMNO/BN dalam mana-mana kawasan sekalipun termasuk kawasan Parlimen Tanjong Karang, tetap bekerja keras dari dahulu sampailah kehari ini... Sokongan rakyat terutamanya oleh orang Melayu/Bumiputera terus menjadi kekuatan UMNO sehingga hari ini...
Pilih Calon Terbaik dari Parti yang terbaik....
Walaupun calon itu baik, namun, jika parti yang diwakilinya tidak dapat menyumbang dan membantu apa-apa pun susah juga... Nak tanya Apa PR sudah buat di Selangor? hari ini kita lihat ramai wakil rakyat dari PR yang keluar kerana telah hilang kepercayaan dasar perjuangan PR itu sendiri.. Orang PR sila JAWAB!
Masa untuk memilih...
Kekecewaan rakyat kepada parti Pembangkang terus menjadi titik tolak kepada perubahan sokongan yang begitu besar dan drastik kembali kepada BN... Rakyat mahukan yang terbaik... Bukan yang TERBALIK / SongSANG.... Tiba masa kita tolak pemimpin yang tidak memberikan apa-apa kepada kita secara keseluruhannya...
p/s - Sudah tiba masanya kita menyokong Calon dan parti UMNO/BN yang sentiasa bekerja demi membela untung nasib rakyat di Selangor khususnya di Parlimen Tanjong Karang...."
Wawancara Mingguan Malaysia (5 Mac 2012) dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan parti-parti politik dan ekonomi tanah air menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik saya untuk berkongsi pandangan.
Pada tahun 2008, kita melihat kejayaan pakatan pembangkang PKR, DAP dan Pas dalam pilihan raya adalah kerana dorongan persepsi yang dibuat oleh mereka. Rakyat terdorong kepada sifat populariti sesuatu isu yang disensasikan oleh pakatan pembangkang dan membuatkan ada rakyat percaya dan ada yang tidak - tetapi mengambil sikap berdiam diri atau "non-partisan".
Ini ditambahi pula pengurusan persepsi yang tidak dilakukan dengan segera secara berkesan oleh pihak Barisan Nasional (BN) membuatkan ia menular kepada minda rakyat. Namun demikian, Apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (buat seketika waktu), isu-isu lama di Kelantan masih belum diselesaikan setelah diperintah begitu lama oleh Pas.
Masalah air dan pembinaan masjid masih menjadi tanda tanya rakyat. Isu pembalakan yang masih tidak berjawab oleh pihak pakatan pembangkang menjadi tanda nota dalam pemikiran rakyat.
Di Kedah, krisis dalaman Pas dan juga pemerintah negeri telah melihatkan bahawa "Kedah bukan di bawah kawalan" tetapi dalam keadaan tenat dari aspek pentadbiran dan pengurusannya. Rakyat menjadi gelisah akibat ketidakcekapan pentadbiran Pas.
Di Pulau Pinang, janji manis DAP masih banyak tidak dikotakan seperti mana beberapa soalan yang diajukan oleh para hadirin dalam sesi Debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek tempoh hari membuatkan rakyat berbangsa Tionghua merasa resah dan meluat dengan janji-janji DAP.
Di Selangor, pelbagai masalah timbul daripada persoalan pasir, kegagalan sistem pembuangan sampah sehinggalah mengenai pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai exco negeri menjadi tanda tanya.
Di Perak walaupun pakatan pembangkang memerintah untuk seketika tetapi isu tanah yang cuba dilaksanakan dan diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina menjadi igauan rakyat jelata. Keresahan dan kegusaran ini membuatkan paradigma persepsi rakyat beranjak.
Kalau di blog-blog, rata-rata rakyat memberikan pendapat yang berani menentang perkara pokok seperti isu sokongan Anwar Ibrahim terhadap tindakan yang diambil oleh pihak Israel kepada rakyat Palestin; pemecatan Hasan Ali daripada exco negeri dan keahlian Pas kerana menegakkan kesucian Islam masih tidak terjawab oleh Pas Pusat; isu pasir yang masih menjadi tanda tanya adalah isu-isu yang membuatkan rakyat bertambah bising dan khuatir kepada kredibiliti dan integriti PKR, DAP dan Pas.
Dalam YouTube kita lihat yang mengambil bahagian dalam mempertahankan isu Islam contohnya adalah para ulama sendiri yang sudah tidak mahu rakyat dimomokkan dengan putaran (spinning) pakatan pembangkang.
Pada pendapat mereka, jika kurang daripada empat tahun memerintah negeri sudah banyak kesilapan dan banyaknya berlaku permasalahan, apatah lagi jika diberi peluang memerintah negara selama satu penggal yang bukan hanya akan merosakkan negara tetapi menyebabkan rakyat menderita secara keseluruhannya. Tetapi masih ada rakyat yang berada dalam keadaan blur mengenai banyak isu dan banyak juga yang tidak ambil peduli langsung tentang landskap politik yang wujud kini.
Memandangkan sokongan rakyat kian meningkat kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan idea-idea baru dan daya kreatifnya telah berjaya memujuk semula rakyat. Keikhlasan dan kejujuran beliau sebagai pemimpin, terutama menangani kemelut keresahan rakyat dapat dirasai oleh rakyat. Jika Najib ingin menghidupkan 'rasa', maka beliau sudah hampir ke tahap kejayaan tersebut. Namun demikian, penjenamaan Najib yang sedang popular ini hendaklah disambut oleh pemimpin tempatan dan pemimpin parti komponen.
Susulan kepada gerak kerja Najib hendaklah diusahakan dengan lebih hebat. Jika pembukaan kepada gerak kerja rakyat ini sudah dibuat oleh beliau, maka pemimpin tempatan hendaklah menyambutnya dengan melakukan susulannya dengan cara berkesan.
Jika pemimpin berjaya mewujudkan dan mencipta 'rasa' untuk Rakyat, saya pasti, rakyat akan kembali kepada kerajaan kecuali hardcore penyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti kepimpinan bukan boleh dilihat dari sudut pandai berucap semata-mata tetapi ia hendaklah dilihat dan dinilai dari sudut KTPnya iaitu Key Tangible Performances atau Prestasi Tindaklaku Kerja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dan bukti ini ada dalam hasilan kepimpinan Najib. Ke mana tempat yang Presiden UMNO itu tidak pernah turun? Persoalan apa yang tidak Perdana Menteri jawab dan selesaikan? Ini adalah bukti. Bukti yang besar jika dibandingkan dengan kepimpinan pembangkang lakukan.
Kelebihan Najib adalah kerana beliau adalah anak kepada Tun Abdul Razak pemimpin kesayangan rakyat. Sifat keprihatinan dan kejujuran serta keikhlasan adalah seperti Allahyarham bapanya. Sifat 'rasa' yang diberikan oleh Tun Razak masih dirasai dan dihormati oleh kebanyakan rakyat negara ini. Falsafah pemikiran Tun Razak bersemadi dalam jiwa Najib. Inilah senjata yang ampuh yang tiada wujud di kalangan pimpinan pembangkang dan inilah yang ditakuti oleh mereka sebenarnya.
Saya rasa akan ada kejutan demi kejutan yang akan dilakukan oleh Najib demi membela nasib rakyat jelata. Pembangkang sedar akan perkara ini maka sentimen perkauman dan kebencian dilaungkan oleh mereka terutama kepada kaum Cina di negara ini. Kaum Cina bukan sebuah kaum yang senang ditemberang buat selamanya, kaum itu pragmatik dan dinamik, mempunyai cara nilai sendiri dan mempunyai sifat berterima kasih dan penghargaan yang tinggi dan sensitif.
Kaum Cina adalah kaum yang percaya kepada tangible evidence - bukti nyata, bukan bukti dan janji yang dibuai-buai. Saya percaya kaum Cina akan memberikan kepercayaan kepada pimpinan Najib. Kaum Cina adalah sebuah kaum yang sayangkan kepada keamanan dan kemakmuran kerana ini adalah asas kejayaan perniagaan.
Kaum India begitu juga. Kaum India yang dulunya benci kepada kerajaan kini sudah kembali kerana kejujuran dan keikhlasan Najib yang dianggap idola kepimpinan mereka. Mereka lihat Perdana Menteri telah menterjemahkan kata-kata kepada tindakan dengan membebaskan beberapa pimpinan HINDRAF.
Walaupun Najib sedar pembebasan mereka ini tidak menjamin sokongan, tapi beliau percaya bahawa kaum India bertunjangkan kepada keikhlasan dan kejujuran yang menjadi paksi kepercayaan mereka akan kembali memperkukuhkan kedudukan kerajaan.
Najib berpegang kepada satu kepercayaan iaitu negara Malaysia tidak boleh dibangunkan oleh satu kaum sahaja. Ia hendaklah dibangunkan melalui satu gabungan rakyat dengan satu kepercayaan yang mantap dan mapan. Sebab itu 1Malaysia dilahirkan untuk membina Malaysia yang berwajah baru. Malaysia baru mesti menjadi agenda utama rakyat melalui kekuatan nilai hidup rakyat yang baru. Inilah penjenamaan Najib. Nilai yang dipupuk adalah jujur, ikhlas, amanah, adil, sopan dan santun, cepat, tepat, dan mesra.
Sentimen perkauman, ketidakadilan sosial dan juga sentimen agama hendaklah dikawal dan dipinggirkan jika ingin melihat Malaysia Baru. Mandat inilah yang dipinta oleh Najib agar rakyat memberikan kepadanya peluang merealisasikan semua impian dan agenda mendaulatkan rakyat. Misi mendaulatkan rakyat adalah agenda utama Najib. Inilah nilai yang dibawa dalam kepimpinannya.
BN secara keseluruhannya perlu bergerak menggunakan nilai ini. Kegagalan menjalankan gerak ini akan memberikan tamparan kepada BN pada pilihan raya nanti.
Di samping itu, jika BN mahu menang, kepimpinan parti-parti komponen harus menerima perubahan. Kepimpinan atasan parti di bahagian hendaklah menelan perubahan ini dengan berani iaitu menerima hakikat kelahiran pemimpin baru, yang mungkin bukan berada pada saf kepimpinan parti, tetapi memberikan harapan baru kepada rakyat.
Penulis merupakan Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan, Management & Science University (MSU)
Bukan sahaja parti politik tetapi kerajaan di bawah kepimpinan BN sedang mengurus perubahan dengan mengutamakan rakyat – suara rakyat dan kepentingan rakyat. Ini adalah strategi yang mahu dilaksanakan oleh UMNO dan BN dalam usaha menunjukkan dan menjadikan justifikasi kepada rakyat – kenapa mereka harus terus bersama BN dalam menguruskan kepentingan bersama.
Dalam menguruskan semua itu kerajaan berhadap dengan berbagai-bagai rintangan khususnya dari pihak-pihak hanya mahu membidas untuk kepentingan selain dari kepentingan rakyat. Ini sebenarnya menjadi halangan kepada kejayaan dan halangan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya asas demokrasi itu dilakukan secara baik.
Hari ini semua ahli parti perlu sedar bahawa kepentingan utama adalah untuk melunaskan agenda rakyat dan bukan melunaskan kepentingan tertentu. Kita perlu memilih sama ada kita mahu mengikuti kehendak mereka atau mereka yang dipilih memimpin mengikut agenda kita.
Kita juga harus bersikap matang dalam menilai dan tidak terpengaruh dengan andaian serta persepsi sahaja. Kita akan berhadap dengan pesta demokrasi – pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Untuk tujuan itu kita perlu bukan sekadar hadir untuk mengundi tetapi mengundi dengan penuh tanggungjawab. Kita perlu ukur apa yang kita ada hari ini dan bergerak untuk memperoleh kebaikan dan tidak meruntuhkan struktur yang ada kerana terpengaruh dengan agenda politik yang tidak realistik.
Hari ini kita lihat sendiri perubahan yang sedang dianjurkan oleh kerajaan memerintah. Kita melihat keutamaan yang diberikan kepada rakyat serta agenda rakyat yang mahu dilunaskan. Kita perlu menilai semuanya sebelum membuat keputusan. Kita perlu lebih peka untuk menjayakan rancangan bersama dan bukan untuk hanya terikut kepada mereka yang mempunyai niat selain dari niat membantu rakyat.
PASIR GUDANG, March 10 (Bernama) - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak says he will announce the position of Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Jalil at a suitable time. The Barisan Nasional chairman and Umno president did not deny speculation that the Wanita Umno chief will resign from her posts. "Its not a rumour. I will make an announcement at a suitable time," he told reporters after launching Jelajah Sayang 1Malaysia programme at Pasir Gudang Municipal Stadium here Saturday. Also present were Shahrizat, the prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Najib was commenting talks that Shahrizat will announce her resignation as minister and Wanita Umno chief in a ceremony attended by over 20,000 members nationwide. Earlier, media representatives were all ears when word was out that Shahrizat would be making an important announcement at the function. Before the press conference, Shahrizat was seen discussing with Najib who later said that it will be announced at a suitable time. Shahrizat was appointed as senator on April 9, 2009. Her term as senator will end on April 8. She is implicated in the National Feedlot Corporation (NFC) issue of which her husband, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail is the chairman. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and former wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz were among those who urged Shahrizat to quit her posts to avoid being a burden to the party. Meanwhile, Shahrizat said Wanita Barisan Nasional will not be divided and will work hard to ensure the party's victory in the general election. The Wanita Barisan Nasional chief said it has undergone the transformation process and will remain united and strong. "Wanita members always fear that something bad will befall the country. As such, they will visit all constituencies to ensure victory," she added
tunku : this is a price that a politician had to pay. i guess resignation would be the best option for shahrizat now.she can continue her excellent work as wanita chief.everyone should put party's interest as the priority.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya pemimpin PAS pusat begitu gembira kerana dapat menyelesaikan krisis dalaman kepimpinan kerajaan negeri Kedah. Salah seorang Naib Presiden PAS menangis teresak-esak kerana keputusannya dikatakan telah diterima baik oleh Menteri Besar dan Exco yang terbabit. Jawatan Kuasa Pemandu turut ditubuhkan bagi memantau perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Kedah. Exco yang terbabit berkata mereka akur keputusan kepimpinan tertinggi parti dan bukannya keputusan MB Kedah.
Secara professional, PAS Pusat sepatutnya menyerahkan budi bicara Menteri Besar (MB) dan kabinetnya untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku, supaya tidak timbul isu parti menguasai kerajaan. Amalan ini jarang sekali berlaku. Lagi pula, wakil rakyat PAS bukan calang-calang orang, majoriti bergelar ustaz. Jika tidak ustazpun, mereka adalah protaz (professional ustaz).
Boleh dikatakan kebanyakan orang PAS 'alim-alim' belaka. Berkonfrantasi secara terbuka, bukanlah budaya politik PAS. Biasanya, jika mengikut amalan PAS sebelum ini, mereka akan meminta petunjuk daripada Allah SWT dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Apatah lagi masalah yang dihadapi hanyalah krisis dalaman parti. Namun demikian, keadaan berlaku sebaliknya. Mungkinkah wakil rakyat ini terlalu mengejar dunia sehingga mereka lupa mendapatkan petunjuk seperti yang biasa dilakukan sebelum ini? Mungkinkah juga mereka sudah lupa untuk bangun solat malam? Apakah mereka sudah lupa amalan tok guru?
Selaku pengkaji ilmu politik dan kerajaan, ingin saya jelaskan bahawa kerajaan dan parti politik adalah dua institusi berbeza. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik adalah parti politik, ia tidak berdaulat. Kerajaan telah wujud sebelum wujudnya parti politik dan ianya berdaulat. Kerajaan sudah wujud apabila sebuah negara berdaulat terbentuk. Barisan Nasional (BN), UMNO, PKR, PAS dan DAP, bukannya kerajaan. Mereka hanyalah ruling party atau parti yang menguasai atau menjalankan urusan kerajaan. Justeru, adalah salah jika kita katakan, "Ini projek kerajaan BN, kerajaan PR, kerajaan PAS atau kerajaan DAP". Pada hemat saya, lebih molek jika ditulis atau disebut "Ini adalah projek kerajaan pilihan rakyat".
Pendek kata, dalam demokrasi, tidak sepatutnya berlaku parti politik menguasai kerajaan kecuali dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem komunis. Parti yang dominan akan menguasai seluruh jentera kerajaan seperti negara China dan Korea Utara. Keputusan yang dibuat untuk rakyat ditentukan oleh parti yang dominan. Suka atau tidak, rakyat terpaksa menerimanya. Saya beranggapan, PAS tidaklah akan bertindak sebegitu.
Namun, jika dibiarkan berlaku, integriti PAS selama ini akan tercabar. PAS akan dilihat cuba menguasai kerajaan. Sedangkan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan rakyat, bukan kerajaan parti, bersesuaian dengan makna demokrasi, "kerajaan dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat". Bukannya kerajaan dari PAS untuk PAS kepada PAS. Jika itulah yang akan berlaku, PAS akan menerima akibatnya nanti. PAS perlu sedar, kerajaan Kedah bukan kepunyaan PAS, tetapi kepunyaan rakyat. Dalam sesebuah negara atau negeri, tidak semuanya menyokong PAS.
Justeru, hak rakyat perlu diberikan sewajarnya. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan yang pimpin oleh PAS sahaja, tetapi juga parti politik yang lain. Perlu diingatkan, apabila kabinet dibentuk untuk mentadbir kerajaan, bermakna kabinet tersebut adalah kabinet rakyat, bukan parti. Mereka yang dilantik adalah wakil rakyat, bukan wakil parti lagi. Dibimbangi apabila parti menguasai kerajaan, keputusannya bukan lagi keputusan rakyat tetapi keputusan parti.
Dalam demokrasi, rakyat tidak sewajarnya menjadi mangsa hanya kerana perbezaan ideologi dan parti politik. Rakyat tidak bersalah, yang salah adalah orang yang menguruskannya. Sama juga isu royalti minyak. Jika itulah yang menjadi hak rakyat Kelantan, berikanlah, seperti mana yang disebut oleh Tun Mahathir baru-baru ini. Jangan mangsakan rakyat Kelantan keseluruhan, hanya kerana majoriti mereka memilih PAS untuk menjadi ruling party. Rakyat Kelantan tidak bersalah. Hak rakyat perlu diberikan dan ditunaikan. Jangan biarlah seluruh umat Islam menderita. Lagipun majoriti rakyat Kelantan adalah orang Islam. Tolong PAS atau tolong UMNO, umat Islam juga yang merasainya. Adakah kita masih lagi tidak boleh bezakan? Adakah ultra kiasu lebih baik daripada UMNO dan PAS? Ingatlah, doakan orang yang teraniaya tidak ada hijabnya.
Saya yakin suatu hari ini, dengan kewibawaan kepimpinan hari ini, yang dipimpin oleh Perdana Menteri, pasti royalti tersebut akan diberikan kepada rakyat Kelantan. Pada ketika itu, kita amat mengharapkan, jika PAS masih lagi menguasai Kelantan, berikanlah bantuan kepada sesiapa sahaja, tanpa pilih kasih. Jangan hanya mengutamakan ahli sendiri atau ahli parti, tetapi lihatlah rakyat secara keseluruhan. Inilah sunnah yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW dan para sahabat. Jika kita boleh memberi bantuan kepada bukan Islam, kenapa sukar sangat untuk membantu sesama Islam. Bukanlah kita semua bersaudara?
Secara peribadi saya MB Kedah. Saya kenal hati budinya. Beliau bukanlah kalangan jenis yang terlalu mengejar dunia, termasuk projek-projek negeri, berbanding dengan exco-exco yang tidak sefahaman dengannya. Saya masih ingat bagaimana bisnes minyak saudara saya disebotaj oleh wakil-wakil rakyat PAS yang bergelar exco ini. Mereka nampaknya begitu ghairah untuk hidup mewah dan bermesyuarat di hotel lima bintang. Akhirnya bisnes minyak saudara saya itu lingkup angkara exco-exco ini. Tidak semua exco yang bergelar ustaz dan protaz ini baik. Mereka juga mahukan habuan dan kepuasan nafsu dunia. Mereka tidak hanya cukup dengan seorang isteri. Dahulu mereka menuduh BN dan UMNO mengamalkan rasuah dan kroni. Bila sampai sendiri memerintah, tidak banyak bezanya. Jangan sampai mengata dulang paku serpih, mengata orang, kita yang lebih.
MB Kedah sanggup menjadi tidak popular dengan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah yang melanggar undang-undang mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tindakan ini amat tidak disenangi oleh Pakatan Rakyat dan orang PAS sendiri yang mahukan AUKU dimansuhkan sama sekali mengikut selera ultra kiasu.
Tetapi itulah sifat MB Kedah, begitu professional. Ingatan saya kepada PAS, walaupun tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, tidak semestinya semua perkara baik, yang datang daripada BN dan UMNO mesti ditolak. Berpolitiklah secara matang. Mana baik dan buruk mesti tahu dibezakan. Jangan kerana perbezaan ideologi dan parti, pintu hati kita tertutup dalam menilai kebenaran.
Inilah politik rimba yang masih lagi sukar untuk dibuang daripada segelintir pemikiran umat Islam sehingga ultra kiasu mengambil kesempatan. Dengar sahaja nama UMNO dan BN semuanya ditolak, seolah-olah UMNO tidak memberi apa-apa sumbangan selama ini. Tidakkah sepatutnya kita mengamalkan sikap yang baik itu diterima, manakala yang merosakkan itu ditolak, tidak kiralah datang dari sesiapapun. Begitulah juga sebaliknya. Saya tidak tujukan kepada sebelah pihak sahaja.
Janganlah kerana terlalu mengejar dunia dan mahu menjadi kaya raya sehinggakan lupa perjuangan asal. Saya tidak menolak masih ada yang ikhlas dalam perjuangan. Jika dahulu, para pejuang PAS sanggup berbasikal dan tinggal dalam pondok buruk, seperti mana yang diamalkan oleh tok-tok guru mereka. Hari ini, tidak lagi, mereka sudah pandai berlumba-lumba untuk mendapatkan tender di sana sini. Saya tidak kata, hidup mewah itu salah, tetapi ia bukan perjuangan PAS yang saya kenal dulu.
Saya difahamkan, rakyat Kedah tidak selesa dengan pembentukan Jawatan Kuasa Pemandu PAS, terutamanya kalangan mereka yang berada dalam Perkhidmatan Awam Kedah. PAS tidak berhak untuk menentukan masa depan Kerajaan Kedah. Hormatilah MB Kedah dan barisan kepimpinan untuk menentukan hala tuju negeri mereka sendiri. PAS perlu memahami budaya politik Kedah berbeza budaya politik Kelantan. Bagi rakyat Kelantan, ikon mereka mungkin Tok Guru dan PAS. Namun, keadaan ini mungkin berbeza dengan negeri Kedah.
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Manakala kita lemah dari mendirikan sesuatu dari hukum syarak seperti rejam sani muhsan (Hukum Hudud) dan takut fitnah ke atas muslimin yang kita tiada daya menolaknya nescaya gugur dari kita daripada wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib bagi sekelian muslimin bersungguh sungguh mencarikan jalan dari tadbir dan siasah; belajar dan memperlajarkan akan anak anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak dari ilmu siasat dan ilmu syarak hingga dapat mendirikan iaitu barang yang zahir
-Pesanan Syeikh Ahmad Al Fathani dalam kitab Al Fatwa Al Fathaniaah
Wanita UMNO merupakan tulang belakang UMNO dan Barisan Nasional. Jangan layankan sangat spekulasi yang dimainkan pihak pembangkang khususnya rafizi & Zuraidah Mak Lampir yang mahu Wanita UMNO lemah dan boikot BN pada PRU13 nie .....
Sape yang kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri ShahrizatJalil meletakkan jawatan?
Kalau betul Shahrizat letak jawatan, pihak-pihak yang mengatakanberita tersebut, sila buktikan apa-apa surat atau dokumen bahawa Shahrizatletak jawatan.
Hari ini, Setiausaha Agung UMNO sendiri, DS Tengku Adnan TengkuMansor menafikan bahawa pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan DSShahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. (Sila baca di sini)
"Tiada... tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya. Sayaada bercakap dengan Shahrizat pada Isnin lepas tetapi kandungan tak boleh cakap(dedah)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mini KarnivalPuteri UMNO di Presint 9, Putrajaya hari ini.
Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno timbul apabilabeliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajuisuaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembudaging di Gemas, Negeri Sembilan.
Sehubungan dengan itu, tak perlulah mana-mana pihak khususnyadalam UMNO dan BN sendiri yang menjadi tukang sebar berita-berita yang tidakbenar mengenai Shahrizat.
Jangan layankan sangat puak-puak pembangkang tu khususnya siRafizi dan Mak Lampir Ampang yang sehingga kini tidak menampakkan batanghidungnya melawat pengundi-pengundinya di Kg Lembah Jaya yang dilanda banjirteruk baru-baru ini.
Mereka sengaja nak melemahkan Wanita memandangkan Wanita UMNO danWanita BN merupakan tulang belakang BN khususnya untuk PRU13 nie.
Bea Rameshan: Ada pihak yang iri hati dengan kejayaannya hingga membuat tuduhan jahat terhadapnya.
Terperanjat tengok Melodi hari nie… sensasi bila seorang artis,Bea Rameshan mempunyai anak luar nikah berusia setahun…
Ohhh tidak !! hakikatnya, Bea Rameshan sudah berumahtangga, telahbernikah secara sah dan sekaligus menolak dakwaan bahawa dia mempunyai anakharam…. Beliau mengakui sendiri kepada Melodi tadi bahawa beliau sudahberkahwin….
Buat insan-insan di luar sana yang mempunyai niat tidak baikterhadap Bea Rameshan, sudah lah tu. Janganlah ganggu kehidupannya…
Ada lagi ker? Sebelum nie YB Selising, kalinie dalam FB tersebar pula 'skandal' YB Wan Hassan Wan Ibrahim, YB Semerak,Kelantan…
YB Wan Hassan Wan Ibrahim nie kawan FB akunie…. Takpelah, kita jangan buat apa-apa spekulasi dulu sehingga berita sahihmengenainya di keluarkan oleh pihak terbabit….
Gambar Hiasan: DS Najib Lahirkan Keyakinan UMNO dan BN mampu mengharungi ujian dalam mengembalikan semula kekuatan politik pada PRU13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmelahirkan keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi ujianyang dihadapi ketika ini sekali gus menjamin akan mengembalikan semula kekuatanpolitik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata sejarah telah membuktikan UMNOdan BN sejak mula ditubuhkan lagi telah diuji pelbagai ujian, namun kesemuanyaberjaya dihadapi sehingga BN mampu meneruskan kelangsungan pemerintahansehingga kini.
Katanya, parti telah mengalami lima krisis besarsejak penubuhannya termasuk pengasasnya Datuk Onn Jaafar keluar dari UMNO dan penubuhanparti Negara, tragedy berdarah 13 Mei dan parti UMNO diharamkan.
Selain itu, gerakan reformasi dan demonstrasijalanan pada tahun 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengujikekuatan parti selain tsunami politik dalam PRU 2008 yang menyebabkan BNkehilangan lima negeri serta majoriti dua pertiga.
"Sejarah parti ada beberapa detiksebelum ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran setiap kali kita berdepandengan krisis iaitu dengan kembali kepada asas kekuatan kita.
"Situasi ini hampir sama dengan keadaan pada1999 di mana kita terpaksa melakukan pemulihan UMNO dan BN, jadi dalam situasiseperti itu kita kena melakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasakita kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberitaselepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita BN, di StadiumPerbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini, yang dihadiri oleh hampir 20,000orang terdiri daripada Wanita UMNO dari peringkat cawangan di seluruh negaraserta sayap wanita BN.
Turut hadir isterinya Perdana Menteri DatinSeri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan MenteriPengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib yakin BN akan melepasi ujian dalam PRUkali ini dan parti kini sedang melakukan pelbagai usaha untuk menambah kekuatandalaman termasuk kekuatan hubungan dengan rakyat.
"Kekuatan kita dengan rakyat bergantungkepada keyakinan rakyat sebab itu kita buat pelbagai usaha yang patutdilakukan," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai ucapan Shahrizatdalam majlis itu yang mahukan wanita diberikan lebih kerusi dalam DewanUndangan Negeri (DUN), Najib berkata pemilihan calon bukan dilakukan atas faktorjantina.
Sebaliknya, katanya ia dilakukan dengan mengambilkira kesesuaian kawasan serta faktor calon yang dipilih itu mampu menang dikawasan yang ditandingi.
"Kita kena tengok keadaan, kena tengokmikro juga walaupun nak tambah kerusi (wanita), kena tengok kesesuaian kawasanberdasarkan calon yang boleh menang dan kena memastikan sesiapa saja yang jadicalon boleh menang," katanya.
Ditanya sama Menteri Besar dan Ketua Menteridari BN telah diarahkan menyerahkan nama calon yang difikirkan layak bertandingpada PRU ke-13, Najib berkata ia merupakan rahsia parti.
Gambar Hiasan: Wanita BN Berjanji Tidak Akan Berpecah Belah Dan Akan Terus Bekerja Keras Bagi Memastikan Kejayaan BN Pada PRU-13
Wanita Barisan Nasional (BN) berjanji tidakakan berpecah belah dan akan terus bekerja keras dalam memastikan kemenanganparti pada pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri ShahrizatAbdul Jalil berkata pergerakan itu kini sudah melalui proses transformasi yangakan terus bersatu menjadi banteng terkuat bagi parti.
"Golongan wanita merupakan orang yangpaling takut sekiranya berlaku sesuatu perkara buruk kepada negara. Sehubunganitu, Wanita akan turun ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantingtulang," katanya berucap pada majlis perasmian program Jelajah SayangWanita 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di StadiumPerbandaran Pasir Gudang hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin SeriRosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri PengajianTinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 anggotaWanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu, Shahrizat turut memintasemua pihak supaya tidak mempersoalkan ketaatan Wanita kepada parti.
"Jangan sesekali juga meminggirkanWanita menjelang pilihan raya ini kerana Wanitalah yang ke hulu hilir, duduk dibawah pokok dalam membantu kelancaran pilihan raya," katanya.
Mengenai program Jelajah Sayang Wanita 1Malaysiaitu, Shahrizat berkata ia merupakan satu lagi produk di bawah program yangdijalankan Wanita BN secara bersama.
"Kita sudah ada Skuad Sayang dan SalamSayang. Kali ini kita bersama turun dari DUN ke DUN dan jumpa pengundi fokus.Kita akan bertanya khabar, bertanya masalah yang dihadapi dan kita akan bantusebaik-baiknya dan mengajukan kepada agensi kerajaan bagi membolehkan kehidupanmereka yang terlibat bertambah selesa," katanya.
Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakanmisi bantuan bencana alam selama 10 hari khususnya untuk mangsa banjir disekitar Selangor dan Perak, mulai hari ini.
Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahimberkata bilik gerakan tersebut dibuka di Kampung Attap di sini dan akanberoperasi selama 24 jam dalam menghadapi kejadian banjir.
"Kita juga mempunyai beberapa pusat gerakanyang bersiap sedia dalam menghadapi banjir antaranya di Kampung Attap bagiSelangor dan Tapah bagi Perak," katanya pada sidang media di sini hariini.
Katanya seramai 200 sukarelawan terdiri daripada40 pegawai perubatan, 50 ahli paramedik dan 110 sukarelawan akan dikerahkanuntuk membantu dalam misi bencana alam.
Menurutnya tiga tugas utama dalam misi itu ialahmenyelamat mangsa, memberi bantuan makanan, perubatan dan barang keperluanserta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan bencana.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjutberhubung misi bantuan itu dengan menghubungi Kelab Putera 1Malaysia di talianbebas tol 1-300-88-1113 atau 03-2773-6004.
Pantai Klebang yang jaraknya lebih kurang 10 km dari Bandar Melaka kini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana objek di atas.
Objek di atas adalah sebuah Kapal Selam Ouessant merupakan kapal selam latihan kepada krew kapal selam TLDM iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK.
Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium kapal selam.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kepal selam tersebut bermula dari pangkalan Tentera Laut Perancis di Brest pada 7 Okt 11 dan tiba di perairan Melaka pada 12 Nov 11.
Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979 bergerak menggunakan motor elektrik. Paling menarik ialah ia mempunyai sebuah tandas sahaja untuk 78 anak kapal dan ada yang terpaksa solat dalam keadaan berbaring.
Klebang juga terkenal dengan minuman Coconut Shake...
Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka yang bersebelahan Dataran Pahlawan.
Menara berputar 360 darjah semasa naik dan turun. Pelawat dapat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara berputar jenis Gyro ini adalah yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Menara teknologi dari Switzerland ini mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
please log on to http://ppspm.gov.my or call Melaka River And Coastal Development Corporation at 06-2814322 / 23.
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Kerajaan negeri Melaka di pimpinan Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah berjaya mengubah dan mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan yang sangat popular hari ini.
Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah:
Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka. akan di tingkat hingga Pantai Klebang di mana muzium kapal selam ditempatkan. Pelayaran sejauh 15 km akan bermula tidak lama lagi.
"Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.
Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusur Sungai Melaka.
Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat.
Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana.
Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh jurutera syarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu berjumpa runtuhan tembok bersejarah.
Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut.
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.
Sejumlah 6.8 juta pelancong antara bangsa dan domestik telah pun mengunjungi pelbagai lokasi yang menjadi destinasi tarikan pelancong terbaru iaitu menjejak sejarah Sungai Melaka. Agenda ini adalah hasil k transformasi Sungai Melaka yang dilakukan oleh DS Ali Rustam
Tebing Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.
Pada 9 Mac Jumaat lepas Ketua Menteri telah merasmikan pembukaan Pasar Malam di tebingan sungai tersebut bersebelahan stesen atau pangkalan bot dan monorel.
Perkhidmatan yang tergendala sedikit masa dahulu yang menjadi cemuhan pihak pembangkang telah kembali pulih seperti biasa.
Salah seorang perompak yang memcah masuk di Semenyih pada 2 Mac 12, kira-kira jam 10 pagi menggunakan kenderaan CRV, Warna Silver. No pendaftaran BG 43 (no mungkin palsu)
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Diskusi bermula – yang kami adalah TROJAN HORSE – musuh dalam selimut – mahu menjatuhkan kerajaan dari dalam UMNO – sedangkan usaha itu lebih cenderung dilakukan akibat kefahaman yang rendah pengukir – pengukir politik hebat berpolitik mandiri yang mementingkan diri dan penyandang – penyandang jawatan yang lemah dalam mengenal apa itu aspirasi rakyat. Tiba-tibahttp://aku-tak-peduli.blogspot.com mengatakan – "aku letak gambar www.umno-reform2.comsebagai "mask head" laman" tak pa kan? www.umno-reform2.com membalas – ok – satu penganugerahan kepada TROJAN HORSE. Hari ini melihat laman http://aku-tak-peduli.blogspot.com – terpapar dua makhluk yang berdiri, mungkin bersedia untuk di henjut oleh laman pembiayaan pihak tertentu yang kuno dalam pemikiran – terganggu dalam politik mandiri untuk sendiri.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
KESEDARAN DALAMAN PENTING DAN IKLAN KEMALANGAN JALAN RAYA PERLU DISIAR DI SEMUA CHANNEL TV SEKURANG-KURANGNYA 5 KALI SEHARI.
SEPERTI VIDEO INI.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Jelas ia seperti mengambil kuasa mahkamah untuk membebas atau menyalahkan sesiapa yang difikirkan sesuai tanpa melalui proses penyiasatan dan dakwaan yang adil.
Jangan biarkan rakyat dikelirukan dengan SELCAT ini.
Yang jelasnya pembangkang akan tetap mempolitikkan perkara tersebut walau apa jua langkah yang dibuat oleh Kerajaan.
Maka sekarang kami sebagai rakyat akan lawan mereka dengan hujjah kami agar bisa racun celaka itu akan dapat dilawan dengan bijaksana.
Jika kita sokong dunia hijau, nadir bumi inilah penyelesaiannya!!!
Pelik kenapa rare earth atau nadir bumi atau tanah jarang (istilah Kickdefella) di China tidak pula dipertikai?
Sesuatu menjanggalkan sedang dikesan.
Jika Lembaga Pelesenan Atom Antarabangsa pun tidak menghalang projek ini,siapakah mereka yang mahu menghalang Lynas dari diteruskan?
Rakyat cerdik akan menolak dakyah pembangkang, percayalah.
Mari kita baca dan sebarkan.
Sinchew Daily News Perkara: perhimpunan Hijau Kuning 2.0 Kuantan Pahang Ruangan: dalam negeri m/s 04 Tarikh: 1 Mac 2012 (Khamis)
Tajuk berita:
Perhimpunan Hijau Kuning Akan Diadakan Pada Bila-Bila Masa Sahaja Sama Ada Waktu Parlimen Dibubarkan Ataupun Bahan Nadir Bumi Dihantar Ke M'sia: Wong Tak
'jika pihak kerajaan tidak umumkan penutupan kilang nadir bumi di Kuantan, "perhimpunan Hijau Kuning 3.0" mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja; ada isu sama ada pada saat PM bubarkan parlimen, ataupun semasa bahan mentah nadir bumi dari Australia dibawa masuk ke Malaysia melalui kapal laut, akan berlaku "perhimpunan Hijau Kuning 3.0".'
29hb Kota Kinabalu, pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan Hijau Kuning 2.0 En. Wong Tak berkata, pada bila-bila masa sahaja "perhimpunan Hijau Kuning 3.0" akan dilancarkan, mungkin akan dilangsungkan pada bulan depan ataupun 3 bulan dari sekarang, dengan itu beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia mulai dari hari ini bersiap sedia, menyambut kehadiran perhimpunan secara besar-besaran ini pada bila-bila masa sahaja.
Beliau menegaskan, selagi pihak kerajaan tidak umumkan tutup kilang industri nadir bumi ini, "perhimpunan Hijau Kuning 3.0" akan diadakan pada bila-bila masa sahaja; ia akan diadakan semasa saat perdana menteri bubar parlimen ataupun semasa saat bahan mentah nadir bumi dibawa masuk dari Australia ke negara ini, dua sebab ini akan berlaku "perhimpunan Hijau Kuning 3.0".
"Jika sebelum PM bubarkan parlimen kilang industri nadir bumi ini tidak ditutup, pada hari itu juga kita akan umumkan tarikh 'perhimpunan Hijau Kuning 3.0'; ataupun semasa bahan mentah nadir bumi dari Australia tiba ke negara kita melalui kapal laut dari pelabuhan Kuantan mula di bawa masuk ke tanah darat Kuantan, kita akan umumkan tarikh perhimpunan itu, mengikut mana-mana isu yang berlaku terlebih dahulu."
Beliau juga sebagai pengerusi persatuan Alam Sekitar negeri Sabah. Hari ini selepas persatuan tersebut mengadakan seminar berkaitan ikan-ikan yu, dalam sidang akhbar berkata demikian semasa ditanya oleh pemberita bilakah "perhimpunan Hijau Kuning 3.0" akan diadakan.
Pada Bulan Mac Akan Jelajah Ke Seluruh Negara Adakan Ceramah
Wong Tak berkata, pada bulan depan ini beliau akan mulakan sesi ceramah beliau di seluruh negara, beliau akan mendekati masyarakat yang boleh dihampiri, supaya dapat membuat persediaan untuk "perhimpunan Hijau Kuning 3.0".
"kita tidak dapat pastikan bilakah perhimpunan Hijau Kuning 3.0 besar-besaran ini dapat diadakan, sekurang-kurangnya bahagian NGO perlu membuat persedian itu, seperti mencetak logo, baju T-shirt, kain rentang, pengendali kumpulan NGO dari rakyat dan sebagainya, apabila ia dilancarkan nanti, rakyat di seluruh negara akan keluar menghadirinya."
Isu Nadir Bumi Perlu Diselesaikan Sebelum PRU
Beliau menegaskan, sebelum PRU pihak kerajaan perlu selesaikan isu nadir bumi ini, jika tidak, selepas PRU nanti pasti isu itu tidak akan lagi mendapat penyelesaiannya.
Wong Tak berkata, perdana menteri dan pihak kerajaan sepatutnya sedar bahawa rakyat tidak dapat terima generasi kita dan negara kita hancur kerana akan berlaku bencana yang amat besar dari industri nadir bumi itu, "kami berharap sebelum PM turun ke padang berjumpa dengan rakyat, dapat umumkan penutupan industri nadir bumi itu terlebih dahulu."
Berliau berkata lagi, jika ada orang mampu lakukan seperti "perhimpunan Hijau Kuning 2.0" yang lepas ini, menggembeling 30 ribu pengunjung berhimpun seperti ini, dan berkata "kami sokong industri nadir bumi di Kuantan kerana menjadi industri nadir bumi yang terbesar di dunia" bermakna saya akan lepaskan jawatan saya sebagai pengerusi penganjur perhimpunan ini, kerana itu semua adalah pilihan rakyat sendiri.
Wong Tak Mengecam Bernama, Membuat Laporan Tidak Benar Jumlah Kehadiran Dalam Perhimpunan Dilapor Sedikit
Wong Tak juga mengecam Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kesenian dan agensi media pihak kerajaan, terutama sekali (Bernama) yang melaporkan jumlah angka "perhimpunan Hijau Kuning 2.0", daripada 30 ribu orang dilapor hanya 3 ribu orang, berbohong dan disebarkan ke seluruh dunia.
"hari ini dunia media maklumat telah canggih, pihak media kerajaan masih bersikap mahu menutup kenyataan, ia langsung tidak boleh diterima".
Beliau berkata, gara-gara perbuatan (Bernama) sedemikian, pihak media lain yang bertungkus lumus dan penat membuat liputan pada hari itu, dengan arahan pihak media kerajaan, pemberita-pemberita membelakangi kerjaya dan keprofesionalan mereka dalam melapor berita.
Dengan itu beliau berkata, majlis penganjur akan membina satu laman untuk menentang laporan-laporan yang tidak benar dari pihak kerajaan, supaya kebenaran media dapat dijaga dengan baik. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research. Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan 'mood' orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah. Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus. Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30. Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri. - BERNAMA
Kesian MB Khalid serabai yang tersentak apabila 'teloq' beliau di 'jentik' oleh ADUN Sri Muda, Suhaimi Raja Pasir! Ini adalah kerana Suhaimi menganggap Selcat ciptaan kerajaan Khalid Serabai tidak ubah macam mahkamah Kangaroo! Mahu tak mahu terpaksa mencabar Dato' Seri Noh Omar berdebat diluar gelanggang dengan beliau!
Suhaimi Raja Pasir yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor dalam kenyataannya baru-baru ini mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir.
Dalam kenyataanya Suhaimi berkata,
" Saya cabar Dato Seri Noh Omar jika benar beliau bukan seperti ayam jantan hanya berkokok, jaguh berkokok. Kalau beliau betul-betul mempunyai bukti betul ada salah laku yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan apa yang didakwanya di Yayasan Selangor, di Kumpulan Semesta. Dia sediakan gelanggang kita berdebat. Tak perlu panggil Menteri Besar, saya sahut cabaran. Saya sedia berdebat dengan Dato Seri Noh Omar untuk menjawab khususnya daripada segi isu pentadbiran kerajaan semasa di zaman Khir Toyo dan semasa zaman Tan Sri Khalid Ibrahim. Dia sediakan tempat saya hadir. Hantar di Tanjung Karang sekalipun saya akan pergi."
Sekali pandang macam hebat aje Suhaimi Raja Pasir ini hendak berdebat dengan DS Noh Omar! Dua kali pandang nampak pulak Suhaimi ini macam 'tikus takutkan kucing'! Cakap aja berdegar-degar, tapi bontot penuh dengan najis. Ajak berdebat nak menegakkan benang yang basah, tapi sebenarnya hampas..! Fahamlah mengapa Suhaimi sanggup mewakili Khalid Serabai untuk berdebat kerana kalau dibiarkan Khalid berdebat jangka masa 1 jam akan jadi satu hari pun tak ha..ha..ha.bis..!
Suhaimi sepatutnya berkata,
" Kalau betul-betul mempunyai bukti benar ada salah laku yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan apa yang didakwanya di Yayasan Selangor, di Kumpulan Semesta, kita bawa ke Suruhanjaya Diraja bagi membersihkan nama saya."
Tapi Suhaimi ni ada berani ke! Nak bersihkan nama sendiri pun tak berani tampil kehadapan. Inikan pula nak tubuhkan Suruhanjaya Diraja?
Isu utama adalah penyelewengan pasir Selangor yang mana ianya melibatkan kepentingan rakyat Selangor. Penyelewengan yang berlaku sudah mencapai tahap Kronik sehinggakan Patrick Wong mati dipercayai dibunuh ekoran isu pasir Selangor ini.
8 orang pekerja yang dibuang KSSB juga merupakan satu isu yang serius yang mana kelapan lapan mereka dibuang kerja ekoran tidak disenangi pemimpin Kerajaan Pakatan Selangor kerana mempertikaikan penyelewengan yang berlaku dalam urusan jual beli pasir Kerajaan Selangor.
Isu penyelewengan pasir ini seharusnya dibawa ke peringkat yang profesional yang mana satu Siasatan Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi mengetahui dan menghukum pihak yang terlibat. Jika Suhaimi seorang ADUN yang matang sudah pasti beliau menyahut cabaran Noh Omar dengan mencadangkan kepada Menteri Besar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu penyelewengan pasir dan dalam masa yang sama membersihkan nama beliau yang sudah terpalit dengan penyelewengan yang berlaku.
Inilah dia minda para pemimpin Pakatan PAS, DAP dan PKR. Isu yang sepatutnya dibawa secara Profesional ingin dihala ke arah perdebatan yang tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Debat hanya untuk syok sediri sedangkan tindakan dan keputusan siasatan tidak diambil kira.
Ini baru Kerajaan Selangor mereka bersikap sebegini belum lagi mentadbir Malaysia. Percayalah jika mereka menguasai kerajaan Malaysia sudah pasti setiap isu akan didebat dan buka dibawa secara profesional. Jawapnya merana badan lah rakyat Malaysia.
Sanggupkah Suhaimi Raja Pasir menyahut cabaran untuk membawa isu penyelewengan Pasir Selangor ini ke Gelanggang Terhormat iaitu Suruhanjaya Diraja. Jangan jadi Bachol atau 'hilang teloq' seperti Anwar Ibrahim yang mana sehingga ke hari ini masih lagi GAGAL membersihkan namanya dalam aksi video Seks. Jangan jadi juga seperti Badrul Amin penasihat ugama MB Selangor yang sehingga kini belum lagi membuat laporan Polis ke atas suami wanita yang beliau di tangkap khalwat.
Rakyat bukannya mahukan satu perdebatan dalam mengetahui siapa yang terlibat dalam penyelewengan pasir Selangor, tetapi rakyat inginkan satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk membuktikan sama ada Suhaimi terlibat ataupun tidak! Kalau kes Teoh Ben Hock boleh paksa kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja, tak kan lah nak bersihkan nama sendiri pun takut?
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum ini pun telah ramai pejuang tegar PKR yang dulu sanggup bermati-matian, keluar masuk penjara demi mempertahankan parti tersebut dan Ketua Umum anugerah tuhannya, telah meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan hala tuju parti yang berlainan sama sekali sewaktu mula ditubuhkan.
Maka itu tahun demi tahun, kepimpinan PKR bersilih ganti dengan muka-muka baru mengambil tempat.
Rafizi Ramli, budak muka jambu yang punya sejarah taksub dengan Anwar sejak 1995 inipun tiada beza. Tapi dibandingkan dengan yang lebih lama darinya seperti Ezam, Anuar Shaari, Dr. Chandra Muzaffar dan banyak lagi, Rafizi setakat ini tidak berjaya membuktikan apa lebih pada dirinya, melainkan mukanya yang jambu dan moustache free (takde misai) - syarat wajib bagi jantan yang rapat dengan Anwar.
Hari ini Rafizi sanggup buat apa saja demi Anwar termasuk menjadi fronline dalam hal mensensasikan pelbagai jenis pembohongan yang boleh mendatangkan keuntungan politik kepada PKR.
Terbaru dalam soal kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk mengadakan majlis pertunangan anaknya Jun tahun lepas.
Terbukti dokumen yang ditunjukkan oleh Rafizi semalam hanyalah quotation dari pihak hotel, bukan resit yang mengesahkan bahawa pembayaran dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Kalau nak support tuduhan kata kerajaan bayar, mestilah tunjuk resit pembayaran dan dokumen-dokumen sokongannya, baru betul PENDEDAHAN.
Itu satu hal, satu hal lagi, zaman-zaman orang percaya video boleh diedit ini pun (tukar muka dengan orang lain), masih ada yang percaya dokumen sekeping dua yang ditunjukkan Rafizi semalam.
Penulis harap, Perdana Menteri tidak akan berlembut dengan Rafizi kali ini kerana tindakannya nampak sudah jauh melampau. Setakat nak kondem dirinya dan isteri, itu adalah lumrah biasa politik, tapi kalau sampai membabitkan anak-anaknya yang tidak berkecimpung langsung dalam politik, penulis rasa itu sudah melampau.
Apa jadah perjuangan politik PKR yang kononnya antara termatang dalam Malaysia ni kalau inilah contoh yang cuba nak ditunjukkan? Nak politik tu politik ajelah, nak babitkan anak beranak orang tu apahal pulak? Lainlah dengan Anwar, anak dan isterinya memang aktif dalam politik dengan masing-masing memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Presiden parti.
Kok depa semua ni terbabit dalam polemik politik, itu memang patut. Itu menunjukkan perjuangan PKR tidak ada etika dan matlamat yang jelas, melainkan nak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, along the way, apa yang patut diredah, diredah juga, pedulikanlah sama ada betul atau tidaknya.
Amat memalukan sebenarnya politik yang semacam ini. Penulis rasa media pro Pakatan harami pun sependapat dengan penulis, sebab itu tidak ada yang ingin memanjangkan so called 'pendedahan' Rafizi semalam. Apatah lagi bila Pejabat Perdana Menteri pun cepat bertindak dengan mengeluarkan kenyataan segera.
Percayalah, hari-hari mendatang ini akan membuatkan Rafizi sedar bahawa dia hanya digunakan untuk kepentingan politik sementara. Anwar hanya mencari lembu yang boleh dikorbankan buat gulai setelah yang sebelumnya angkat kaki tinggalkan parti dan Rafizi pula kebetulan datang menyerah.
Lagi bagus kata Anwar, "anak lembu muka jambu…I like!!!!"
MyKMU Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MYmassa telah memanjat tangga PETRONAS setelah menerima maklumat daripada pegawai-pegawai senior di Petronas bahawa lulusan Leeds University Grade Low 2 ini asyik menghantar emel di dalam kotak emel Petronas dengan mengkritik dan mengutuk bos-bos lamanya. Emel-emel itu akan diketengahkan tidak lama lagi. Kita buka cerita dulu.
Oleh kerana Rafizi tidak kompeten dan kurang berkesan di Petronas, maka dia dikeluarkan dan bermulalah dia meneruskan kerja-kerja mengutuk siapa sahaja hatta isu NFC dan lain-lain. Walhal Rafizi tidak hendak pula mengutuk Ketirisannyang maha besar oleh Yayasan Selangor, PKNS, isu Pasir dan Pejabat MB Selangor yang penuh dengan rasuah maha besar.
Kini Rafizi mengharapkan dicalonkan dalam PRU13 ini. Kerja beliau yang diarahkan oleh Anwar ialah menjatuhkan DS Shahrizat dalam isu NFC, memalukan Perdana Menteri dalam isu perkahwinan anak PM secara konsisten. Namun, beberapa tuduhan beliau tidak tepat malah berunsur tuduhan.
Kita tunggu permainan Rafizi selanjutnya, dan tunggu juga pendedahan Mymassa selepas ini. Kita akan telanjangkan Rafizi!
Apa yang MyMassa letakkan dalam 4 siri sebelum ini adalah petikan Laporan Ketua Audit Negara mengenai PKPS yang diterajui oleh Haji Ali, kroni Tan Sri Khalid. Apa yang berlaku dalam PKPS dan kegagalannya mengurus pinjaman daripada Kementerian Kewangan sama seperti kegagalan NFC.
Masalahnya, pembangkang melalui Rafizi dan Zuraida terlalu aggresif menyerang NFC sedangkan UMNO dan BN walaupun ada menyerang PKPS tetapi sangat minima. MyMassa rasa sudah sampai masanya kita mendesak Rafizi untuk menerangkan KEGAGALAN PKPS KEPADA RAKYAT SELANGOR. Rafizi makan gaji dengan duit rakyat Selangor, bukan dengan duit PKR. Kenapa kegagalan dalam GLC negeri Selangor tidak dia selesaikan tetapi menyibuk pasal NFC. Pembaca MyMassa boleh lihat motif sebenar Rafizi. Dia dakwa pembongkarannya untuk rakyat, sebenarnya dia membongkar isu NFC sebab nak menutup kelemahan dalam PKPS.
MyMassa sambung bahagian terakhir Laporan Ketua Audit Negara....
Exco Pertanian, MB Selangor dan kroninya, Haji Ali.
iii. Program Petani Kontrak Herba Tempatan Belum Berjaya Diwujudkan
Projek ini diwujudkan untuk mengkomersialkan produk herba tempatan. Kementerian Kewangan menetapkan sumber bekalan bahan mentah hendaklah diperoleh daripada Syarikat Polens (M) Sdn. Bhd. iaitu syarikat subsidiari PKPS dan petani kontrak herba tempatan yang diwujudkan. Sasaran keperluan bahan mentah herba tempatan bagi produk nano bagi tahun 2008 hingga 2010 antara 335,300 kilogram hingga 1.04 juta kilogram meliputi herba Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan pueraria mirifica. Bekalan herba Tongkat Ali bagi tujuan penyelidikan diperoleh daripada pembekal yang menepati gred yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati, program petani kontrak belum berjaya diwujudkan kerana pengeluaran masih belum dibuat.
iv. Semakan dan analisis Audit terhadap fail projek dan Laporan Perkembangan
Projek Mengekstrak Bahan Aktif Daripada Herba Tempatan Menggunakan Teknologi Nano yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mendapati produk nano masih belum dikeluar dan dipasarkan kerana:
· Projek pembinaan yang lewat dimulakan iaitu 4 bulan selepas tempahan mesin menyebabkan mesin yang diterima daripada syarikat pembekal pada 21 September 2007 disimpan di gudang simpanan di Pelabuhan Klang Utara selama 11 bulan sehingga dipasang di kilang PBSB pada 8 Ogos 2008. PBSB perlu membiayai kos simpanan mesin berjumlah RM63,787.
· Ujian commissioning yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tempahan mesin telah tergendala serta dijalankan secara berperingkat bermula pada 9 September 2008 dan fasa terakhir pada bulan Jun 2009.
· Sehingga akhir bulan Februari 2011, bangunan yang dibina masih belum memperoleh lesen perniagaan dan Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Klang kerana masih terdapat kerja tambahan mengenai keselamatan daripada kebakaran perlu dilakukan seperti diarahkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Pelabuhan Klang. Rakan kongsi syarikat pembekal masih belum mendapat kelulusan daripada Korean Food & Drug Association (K-FDA) kerana produk nano masih dalam proses ujian keselamatan kesihatan. Tanpa kelulusan tersebut, produk nano tidak dapat dipasarkan.
· PAISB dan syarikat subsidiarinya PAPSB tidak berpengalaman dan berkemahiran dalam pembinaan bangunan serta mengendalikan projek komersial berskala besar, berteknologi tinggi dan menceburi pasaran antarabangsa. Pembinaan bangunan kilang bergantung kepada keupayaan perunding manakala projek produk nano dilaksanakan berdasarkan tawaran syarikat pembekal dan kejayaan projek bergantung kepada rakan kongsi.
· Pemantauan yang tidak berkesan oleh Lembaga Pengarah PAISB dan PKPS. Pada pendapat Audit, walaupun prestasi keuntungan pasar borong meningkat pada tahun 2010 tetapi masih terdapat kelemahan yang perlu diambil tindakan penambahbaikan seperti pengurusan kutipan hasil, tahap kebersihan dan kemudahan yang disediakan serta lambakan pekerja warga asing. Aktiviti Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial yang dilaksanakan oleh PAISB dan syarikat subsidiarinya gagal mencapai matlamat Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan pertanian komersil. Reputasi PAISB, PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor tercemar kerana kegagalan PAISB dan syarikat subsidiarinya memanfaatkan pinjaman yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan serta gagal membayar balik pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM90.30 juta. Lembaga Pengarah PKPS hendaklah memantau dengan berkesan bagi memastikan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat subsidiari melaksanakan aktiviti dengan berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan supaya kelemahan yang ditemui diambil tindakan penambahbaikan dengan segera serta kerugian yang dialami dapat dikurangkan pada peringkat awal. 12.4.3. Tadbir Urus Korporat
12.4.3.1. Lembaga Pengarah
a. Pelantikan Lembaga Pengarah
i. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 Tahun 1993 menetapkan pelantikan Lembaga Pengarah Syarikat Subsidiari hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat Induk dan Badan Berkanun. Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat, Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Semakan 2007) menetapkan bagi mewujudkan Lembaga Pengarah yang berkesan untuk mengurus syarikat dengan cekap dan telus, sebanyak 33% (1/3) keanggotaan Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada pengarah bukan eksekutif yang bebas, berwibawa dan berpengalaman.
ii. Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah PAISB dipengerusikan oleh Pengurus Besar PKPS dan seorang ahli iaitu Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS. Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah PAISB diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKPS seperti ditetapkan oleh peraturan. Bagaimanapun, keanggotaan Lembaga Pengarah PAISB tidak mempunyai pengarah bukan eksekutif yang bebas dan berpengalaman selaras dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia bagi meningkatkan akauntabiliti dan memberi nilai tambah kepada saham PKPS serta memelihara kepentingan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Ini disebabkan sebelum tahun 2008, Ahli Lembaga Pengarah PAISB melibatkan pengarah-pengarah bukan eksekutif dari luar tetapi ini tidak membantu PAISB. Oleh itu, mulai tahun 2008 komposisi Ahli Lembaga Pengarah telah dihadkan kepada pengurusan atasan PKPS untuk tempoh sementara waktu bagi membaik terlebih dahulu kelemahan di PAISB dan subsidiarinya.
b. Mesyuarat Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah PAISB tidak bermesyuarat pada tahun 2008 manakala pada tahun 2009 dan 2010 Lembaga Pengarah hanya bermesyuarat 2 dan 3 kali sahaja serta tempoh pusingan antara mesyuarat tidak sistematik iaitu antara 3 hingga 15 bulan. Mesyuarat tidak dapat diadakan pada tahun 2008 kerana berlaku perubahan dalam keanggotaan Lembaga Pengarah PKPS. Ahli Lembaga Pengarah yang baru memerlukan masa untuk memahami perjalanan operasi PKPS dan syarikat subsidiarinya.
12.4.3.2. Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan Tidak Ditubuhkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993 menggariskan keperluan Syarikat Induk menubuhkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan terhadap syarikat Kerajaan, mengawasi dasar dan sistem perakaunan, kawalan dalaman, laporan kewangan dan etika perniagaan syarikat serta menentukan sumber Kerajaan diurus seberapa cekap dan efektif untuk memenuhi objektif korporat dan sosial. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan atas alasan pemantauan dibuat melalui mesyuarat pengurusan dan pengesanan kumpulan PKPS yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar PKPS. Ini mengakibatkan pemantauan yang berkesan tidak dibuat terhadap kawalan dalaman pengurusan kewangan dan operasi bagi memastikan PAISB mematuhi dasar dan peraturan Kerajaan serta menjaga kepentingan PKPS, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. 12.4.3.3. Pengurusan Aset Kurang Memuaskan
Semakan Audit mendapati pengurusan kewangan PAISB adalah memuaskan kecuali pengurusan aset. PAISB tidak menyelenggara daftar aset tetap dengan lengkap dan teratur seperti nombor siri dan lokasi aset tidak dicatatkan bagi memudahkan aset dikesan, aset tetap tidak ditandakan hak milik PAISB dan tiada nombor pendaftaran aset serta tiada bukti pemeriksaan aset tahunan dijalankan bagi memastikan kewujudan aset dan berada dalam keadaan baik.
Pada pendapat Audit, sebagai syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang melaksanakan aktiviti pertanian, PAISB hendaklah mematuhi peraturan Kerajaan dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik dengan menjadikan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan. Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan hendaklah ditubuhkan dan pengurusan aset hendaklah dilaksanakan dengan teratur bagi menjaga kepentingan PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor.
12.5. SYOR AUDIT
Pihak Audit mengesyorkan PAISB dan PKPS mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat seperti perkara berikut:
12.5.1. PAISB hendaklah meningkatkan promosi mengenai aktiviti Kompleks Pasar Borong Selangor.
12.5.2. PAISB hendaklah mempertingkatkan pengurusan Kompleks Pasar Borong Selangor seperti kemudahan asas, tahap kebersihan dan keselamatan, mengawal lambakan pekerja warga asing, membuat penilaian dan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan sambutan pengunjung.
12.5.3. PKPS hendaklah memantau tindakan undang-undang yang diambil oleh PAISB terhadap syarikat pembekal bagi mendapatkan bayaran penalti kerana melanggar syarat perjanjian.
12.5.4. PAISB hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan, mempertingkatkan pengurusan kewangan dan beroperasi selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
12.5.5. Lembaga Pengarah PKPS hendaklah memastikan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat subsidiari berperanan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemantauan hendaklah dilaksanakan secara berkesan supaya kelemahan prestasi kewangan, pengurusan operasi dan aktiviti diambil tindakan penambahbaikan segera serta kerugian yang dialami dapat dikurangkan pada peringkat awal.
*Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi Negeri Selangor m/s 176-179.
Apa yang MyMassa nak maklumkan kepada pembaca bahawa walau apa-apa pun kesilapan pengurus besar PKPS, Haji Ali bin Ahmad, satu tindakan pun tidak pernah diambil kepadanya atas hubungan mesranya dengan Tan Sri Khalid. Maklumat sumber dalaman PKPS memberitahu bahawa Haji Ali sememangnya orang yang tidak suka ikut prosedur. Apa sahaja yang dia boleh langgar, dia akan langgar. Sebab itulah selain daripada kegagalan menguruskan pinjaman dari Kementerian Kewangan bernilai RM90juta, pihak audit turut menegur perjalanan anak syarikat PKPS.
Kalau benar Haji Ali bukan kroni Tan Sri Khalid, sila Kerajaan Negeri Selangor jelaskan APA KELAYAKAN HAJI ALI SEHINGGA DILANTIK KE JAWATAN TERSEBUT. Ada orang kata Haji Ali hanya lulus STPM sahaja, benarkah?
Belum lagi MyMassa bongkarkan kerugian-kerugian PKPS akibat di saman individu kerana melanggar kontrak. Begitu juga kegagalan urusan tanah PKPS di Sabah. Belum kira lagi isu Selangor Oil Palm Industry Sdn. Bhd. (SOPIC).
*MyMassa terpaksa letak laporan penuh dari Laporan Ketua Audit Negara sampai 5 siri. Kalau letak yang telah diringkaskan, nanti pembangkang cakap ini satu fitnah. Kalau pembangkang percaya teguran audit mengenai NFC, mereka juga kena percaya teguran audit mengenai PKPS. Harap ada blogger sambut isu ini dan perjelaskan lagi kepada rakyat.
12.4.2.2. Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial
Secara keseluruhannya, 2 projek yang dilaksanakan di bawah Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial telah gagal dan mengalami kerugian yang besar. Projek salad dan jus buah-buahan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan kerana harga tawaran syarikat usaha sama yang bersetuju membeli produk salad dan jus buah-buahan pada harga USD4 sekilogram tidak dapat menampung kos bekalan buah-buahan,belanja operasi dan kos pengangkutan udara yang tinggi serta PAISB tidak berpengalaman untuk mengendalikan projek komersial berskala besar dan pasaran antarabangsa. Projek ini dilaksanakan berdasarkan tawaran syarikat usaha sama. Oleh itu, kejayaan projek ini adalah bergantung kepada keupayaan dengan rakan kongsi syarikat tersebut. Manakala projek baja organik tidak berjaya adalah disebabkan kegagalan projek salad dan jus buah-buahan seterusnya menyebabkan baja organik tidak dapat dihasilkan dan dipasarkan seperti dirancang. Ini telah mengakibatkan berlaku pembaziran pembelian teknologi dan peralatan yang diimpot daripada Jerman kerana tidak diguna secara optima bagi menjana keuntungan dan menerokai pasaran antarabangsa. Selain itu, kos penyelidikan yang bernilai tinggi gagal dimanfaat untuk meningkatkan sektor pertanian dan memberi keuntungan kepada PAISB dan PKPS. Penjelasan lanjut adalah seperti di perenggan berikut:
a. Projek Gagal Mencapai Matlamat Ditetapkan
Pada bulan September tahun 2005, PAISB telah memperoleh pinjaman daripada Kementerian Kewangan di bawah Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial bagi melaksanakan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan Tropika berjumlah RM30.10 juta serta Projek Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan berjumlah RM10 juta. Tempoh bayaran balik bagi pinjaman tersebut ialah 10 tahun. Kedua-dua projek ini diluluskan bertujuan untuk mempertingkatkan sektor pertanian negara serta keuntungan PAISB dan PKPS. Semakan Audit mendapati kedua-dua projek tersebut telah gagal mencapai matlamat yang ditetapkan dan telah berhenti operasi pada bulan Februari 2010. Pihak pengurusan PKPS dan PAISB yang terlibat dengan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek telah tidak berkhidmat dan berhenti daripada PKPS dan PAISB. Penemuan Audit adalah seperti berikut:
i. Prestasi Keuntungan Projek Sangat Tidak Memuaskan
· Produk utama bagi Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan Tropika (produk salad dan jus buah-buahan) adalah buah-buahan segar yang telah dibersih dan dipotong dalam bentuk kecil yang sedia dimakan dan jus yang dihasilkan daripada buah-buahan segar. Projek produk salad dan jus buah-buahan dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat usaha sama yang berpengkalan di Dubai, U.A.E. Projek ini dijangkakan memberi pulangan yang tinggi pada 5 tahun pertama beroperasi dengan menjana keuntungan terkumpul berjumlah RM68.89 juta. Semakan Audit mendapati prestasi keuntungan sebenar projek produk salad dan jus buah-buahan adalah sangat tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sejak mula beroperasi pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM5.46 juta berbanding dijangka memperoleh keuntungan berjumlah RM20.89 juta. Premium Sanitised Products Sdn. Bhd. (PSPSB), syarikat subsidiari PAISB yang mengurus projek produk salad dan jus buah-buahan telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 iaitu setelah beroperasi selama 2 tahun.
· Projek Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan (baja organik) dicadangkan berasaskan kepada proses pengitaran dan pemprosesan semula bahan buangan kilang salad buah-buahan serta sampah organik pasar borong. Walaupun pengeluaran baja organik berstatus penyelidikan dan pembangunan tetapi ia dilaksanakan secara komersial dan pulangan atas pelaburan dijangka dapat diperoleh pada tahun keenam beroperasi. Semakan Audit mendapati prestasi projek baja organik sangat tidak memuaskan kerana gagal mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM1.55 juta. Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB), syarikat subsidiari PAISB yang mengurus projek baja organik mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM0.76 juta dan juga telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010.
ii. Prestasi Pengeluaran Produk Tidak Tercapai
· Berdasarkan surat perjanjian bekalan dan pembelian yang ditandatangani oleh PSPSB dengan sebuah syarikat usaha sama pada 19 September 2005, syarikat usaha sama berkenaan memberi jaminan dan bersetuju membeli 13,250 kilogram salad dan jus buah-buahan sehari pada harga USD4 sekilogram melalui pengangkutan udara. Berdasarkan Kertas Cadangan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan Tropika, sasaran pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan tropika bagi tahun 2008 hingga 2010 yang sepatutnya dieksport ke Dubai adalah sebanyak 11.46 juta kilogram. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada prestasi pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan mencapai sasaran serta telah dieksport ke Dubai seperti yang ditetapkan. Ini disebabkan PSPSB telah berhenti beroperasi dan PAISB tidak dapat mengemukakan dokumen mengenainya kerana tidak disimpan dengan teratur. PSPSB telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana mengalami kerugian yang semakin meningkat. Walaupun baru 2 tahun beroperasi, kerugian terkumpul PSPSB pada 31 Disember berjumlah RM9.23 juta.
· Lawatan Audit ke premis pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika pada 2 November 2010 membuktikan PSPSB telah berhenti beroperasi dan premis telah disewakan manakala peralatan pemprosesan bernilai RM15 juta yang diimpot daripada Jerman tidak digunakan seperti di Gambar 12.1 hingga Gambar 12.2.
· Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB), syarikat subsidiari PAISB menetapkan sasaran pengeluaran baja organik adalah sebanyak 10.5 tan metrik sehari yang akan dipasarkan secara timbal balik dengan petani kontrak pada harga yang lebih rendah iaitu antara RM450 hingga RM550 setiap tan metrik. Sebanyak 80% pengeluaran baja organik adalah untuk kegunaan tempatan seperti petani kontrak, penanam sayur dan buah-buahan serta Pihak Berkuasa Tempatan manakala 20% baja organik untuk tujuan diekspot. Baja organik akan dipasarkan ke Timur Tengah melalui rakan kongsi projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan, berpangkalan di Dubai di samping akan menerokai pasaran ekspot di Eropah. Berdasarkan Kertas Cadangan Projek, sasaran pengeluaran baja organik bagi tahun 2008 hingga 2010 yang sepatutnya dijual di pasaran tempatan dan luar negara adalah sebanyak 9,072 metrik tan. Semakan Audit mendapati prestasi pengeluaran bagi tahun 2008 hingga 2010 sebanyak 1,229 tan metrik (13.5%) adalah sangat rendah berbanding sasaran yang ditetapkan. PAPSB telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana mengalami kerugian yang semakin meningkat. Kerugian terkumpul PAPSB pada 31 Disember 2009 berjumlah RM2.38 juta. PAPSB menanggung kos operasi yang tinggi berbanding pendapatan yang diperoleh kerana baja organik tidak mendapat sambutan.
· Lawatan Audit ke premis pengeluaran baja organik pada 2 November 2010 membuktikan PAPSB telah berhenti beroperasi dan peralatan bernilai RM4.11 juta tidak lagi digunakan seperti di Gambar 12.3 hingga Gambar 12.4.
iii. Program Petani Kontrak Tidak Diwujudkan
Berdasarkan kertas cadangan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan Tropika dan surat perjanjian pinjaman Kementerian Kewangan, bekalan buah-buahan akan diperoleh daripada ladang PKPS, Selangor Fruit Valley dan dengan mewujudkan program petani kontrak yang melibatkan tanah pertanian seluas 8,500 ekar. Keperluan buah-buahan bagi projek salad dan jus buah-buahan pada tahun 2008 hingga 2010 adalah sebanyak 22.47 juta kilogram. Semakan Audit mendapati tanaman buah-buahan di Selangor Fruit Valley hanya melibatkan tanah seluas 2,471 ekar. Program petani kontrak ada dilaksanakan di peringkat awal projek tetapi tidak diteruskan kerana menghadapi masalah seperti tanaman berpenyakit, kekurangan nutrien, buah-buahan tidak mengikut standard kualiti yang ditetapkan dan petani menghadapi masalah modal.
iv. Pengurusan Penyewaan Premis Tidak Teratur Dan Ekonomik
Lembaga Pengarah PAISB telah meluluskan premis projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan disewakan sejumlah RM240,000 setahun dan premis pengeluaran baja organik disewakan sejumlah RM60,000 setahun. Semakan Audit mendapati pengurusan penyewaan tidak dibuat dengan teratur dan tidak ekonomik. Kadar sewa tahunan yang diluluskan kepada penyewa premis tidak mencukupi untuk PAISB menjelaskan ansuran tahunan pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM5.30 juta. Aset seperti kelengkapan dan kenderaan pejabat serta peralatan kilang yang disewakan bernilai RM14.50 juta tidak ditanda hak milik PSPSB atau PAPSB atau PAISB. Ini mewujudkan risiko kehilangan aset yang disewakan dan boleh menyebabkan PAISB menanggung kerugian. Penyewaan premis projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan dibuat kerana PSPSB mengalami masalah kewangan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang PSPSB seperti Tenaga Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
v. Pengurusan Bekalan Dan Pembelian Mesin Tidak Memuaskan
· Perjanjian bekalan dan pembelian mesin yang ditandatangani oleh PSPSB, syarikat subsidiari PAISB dengan syarikat pembekal pada 15 Disember 2005 antaranya menetapkan kos mesin pemprosesan berjumlah EUR3.02 juta tidak termasuk kos tambahan seperti pemasangan, uji lari dan cukai kastam berjumlah EUR10,000, mesin akan sampai ke premis PSPSB dalam tempoh 120 hari atau 5 bulan dari tarikh tempahan dan bayaran pertama, penalti sebanyak 0.5% atas harga pembelian mesin yang dikira atas asas harian akan dikenakan bagi mesin yang lewat diterima, mesin yang dibekalkan hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mampu memproses dan mengeluarkan produk siap minima sebanyak 13,250 kilogram salad dan jus buah-buahan sehari yang akan dibuktikan semasa ujian commissioning.
· Pihak Audit mendapati PSPSB telah membayar RM13.88 juta iaitu 95% daripada EUR3.02 juta kepada syarikat pembekal berkenaan. Manakala baki 5% daripada harga mesin masih belum dibayar kerana masih terdapat mesin yang belum diterima sehingga tahun 2010. Selain itu, ujian commissioning bagi memastikan mesin yang dibeli berkeupayaan mengeluarkan produk 13,250 kilogram sehari tidak dilaksanakan. PSPSB telah mengambil tindakan undangundang terhadap syarikat berkenaan pada bulan Jun 2008 kerana gagal mematuhi perjanjian bekalan mesin. Bagaimanapun sehingga akhir tahun 2010, perbicaraan masih belum selesai.
b. Projek Gagal Memulakan Pengeluaran Dan Memasarkan Produk Mengikut Tempoh Dirancang
i. Pengeluaran Dan Pasaran Produk Nano Masih Belum Dilaksana
· Projek Mengekstrak Bahan Aktif Daripada Herba Tempatan Menggunakan Teknologi Nano memperoleh pinjaman berjumlah RM50.20 juta daripada Kementerian Kewangan di bawah Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial pada bulan Oktober 2006. Permohonan pinjaman ini dibuat oleh Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB), syarikat subsidiari PAISB. Projek ini dilaksanakan bertujuan memperluaskan pasaran produk herba tempatan. Projek ini dijalankan secara usaha sama dengan syarikat swasta yang berpengkalan di Seoul, Korea Selatan. Syarikat tersebut bersetuju membekalkan mesin dan peralatan pemprosesan, kepakaran dan pemindahan teknologi serta memberi jaminan untuk membeli kesemua produk nano ekstrak herba tempatan (produk nano) yang dikeluarkan. Projek dilaksanakan oleh Premium Bioherbs Sdn. Bhd. (PBSB) iaitu syarikat subsidiari PAPSB yang ditubuhkan khas bagi projek usaha sama produk nano. Pembangunan projek telah mula dilaksanakan pada 21 April 2007. Sasaran keuntungan pada tahun 2008 hingga 2010 adalah sejumlah RM16.20 juta dan sasaran pengeluaran produk nano bagi 4 jenis herba tempatan sebanyak 35,640 kilogram.
· Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2010, produk nano masih belum dipasarkan walaupun pembangunan projek telah dilaksanakan selama 3 tahun. Sehingga bulan Disember 2010, syarikat masih dalam proses mengeluar dan memasarkan produk nano daripada herba Tongkat Ali sahaja. Penyelidikan dan pengeluaran herba tempatan yang lain masih belum dijalankan.
ii. Pulangan Atas Pelaburan Projek Masih Belum Diperoleh
· Pinjaman berjumlah RM50.20 juta daripada Kementerian Kewangan yang diluluskan pada bulan Oktober 2006 telah diperoleh pada akhir bulan Disember 2006. Tempoh penangguhan bayaran balik dan pengecualian faedah diberi selama 3 tahun. Bayaran balik pinjaman bermula pada 28 Disember 2010 hingga 28 Disember 2016 berjumlah RM8.29 juta setahun. Semakan Audit mendapati, wang pinjaman yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan telah dilaburkan terhadap projek usaha sama ini sejak tahun 2007. Butiran lanjut perbelanjaan projek adalah seperti di Jadual 12.5.
· Berdasarkan jadual di atas, pada keseluruhannya PBSB telah menggunakan wang pinjaman dan keuntungan/faedah bank berjumlah RM50.85 juta untuk pembangunan projek produk nano. Sejumlah RM32.93 juta (65.6%) daripada keseluruhan jumlah pinjaman berjumlah RM50.20 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan produk nano sejak tahun 2007. Perbelanjaan tersebut termasuk bayaran pembelian mesin dan peralatan berjumlah RM25.88 juta (93.5%) daripada keseluruhan kos mesin dan peralatan berjumlah RM27.67 juta telah dibayar kepada syarikat pembekal. Bagaimanapun sehingga akhir bulan Disember 2010, PAISB dan PBSB masih belum memperoleh pulangan daripada perbelanjaan projek. Gambar 12.5 dan Gambar 12.6 menunjukkan premis, peralatan penyelidikan dan peralatan teknologi moden yang diimpot dari Korea bagi mengeluarkan produk nano.
• Lembaga Pengarah PAISB pada 24 November 2010 telah meluluskan PAISB menjual semua saham berjumlah RM680,000 (85%) dalam PAPSB (syarikat subsidiari yang membuat pinjaman Kementerian Kewangan) kepada syarikat minoriti dengan nilai RM10. Ini menjadikan mulai 24 November 2010, PAPSB bukan lagi syarikat subsidiari PAISB dan segala urusan PAPSB termasuk pinjaman Kementerian Kewangan menjadi tanggungjawab PAPSB. Lembaga Pengarah PAISB mengambil keputusan menjual semua ekuiti PAISB dalam PAPSB kerana tidak mampu menanggung beban hutang yang dibuat oleh pihak pengurusan PKPS dan PAISB yang terdahulu (sebelum tahun 2009). Oleh itu, pihak pengurusan PKPS masa kini (mulai tahun 2009) dapat memberi tumpuan kepada aktiviti semasa bagi meningkatkan prestasi kewangan PAISB. Bagaimanapun, penjualan ekuiti PAISB dalam PAPSB tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS dan tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian Kewangan walaupun terdapat aset Kerajaan berjumlah RM50.20 juta dalam PAPSB. PAISB hanya mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan pada 28 Mac 2011 kerana berdasarkan pandangan peguam daripada sebuah syarikat guaman, surat perjanjian pinjaman tidak memperuntukkan PAPSB perlu memperoleh kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum berlaku sebarang perubahan terhadap pemegang saham dalam PAPSB. Melalui mesyuarat dengan Kementerian Kewangan pada 22 April 2011, Kementerian Kewangan telah bersetuju dan menetapkan pinjaman berjumlah RM50.20 juta dibayar oleh PAPSB.
Bersambung di bahagian 5 (akhir).
*Sumber Laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi Negeri Selangor m/s 169-175.
Nisbah pulangan ke atas aset mengukur pulangan yang diperoleh oleh syarikat daripada pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit aset yang digunakan. Pada umumnya, lebih tinggi nisbah lebih baik kerana ia menunjukkan syarikat semakin cekap dan produktif dalam meningkatkan keuntungan daripada penggunaan aset. Analisis Audit mendapati pada tahun 2010, kadar pulangan ke atas aset meningkat sedikit kepada 0.02:1 atau 0.02 sen daripada setiap ringgit aset yang digunakan berbanding pada tahun 2009 pada kadar 0.002:1 atau 0.002 sen daripada setiap ringgit aset yang digunakan. Pada tahun 2008, PAISB mengalami kerugian daripada setiap ringgit aset yang digunakan. Walaupun kadar pulangan ke atas aset pada tahun 2010 meningkat sedikit berbanding tahun 2009 dan 2008 tetapi kadar pulangan ini masih terlalu rendah dan kecekapan PAISB menggunakan asetnya perlu dipertingkatkan bagi menjana keuntungan yang berterusan pada masa hadapan.
d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
Nisbah pulangan ke atas ekuiti bertujuan mengukur pulangan ke atas jumlah modal syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit modal yang digunakan. Pada umumnya, semakin tinggi nisbah semakin baik kerana ia menggambarkan syarikat lebih berupaya menghasilkan untung yang lebih tinggi kepada pemiliknya. Analisis Audit mendapati kadar pulangan ke atas ekuiti pada tahun 2010 meningkat sedikit kepada 0.11:1 atau 11 sen bagi setiap ringgit modal yang digunakan berbanding pada tahun 2009 sebanyak 0.009:1 atau 0.009 sen bagi setiap ringgit modal yang digunakan manakala pada tahun 2008 PAISB mengalami kerugian daripada setiap ringgit modal yang digunakan. Kadar pulangan ke atas ekuiti yang meningkat menunjukkan keupayaan PAISB mengurus modalnya bagi memberi pulangan yang tinggi kepada PKPS bertambah baik. Walau bagaimanapun, kadar pulangan ke atas ekuiti masih rendah dan perlu dipertingkatkan bagi memberi pulangan yang berterusan pada masa hadapan.
Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB adalah tidak memuaskan. Walaupun keuntungan kasar daripada aktiviti utama meningkat tetapi PAISB masih mengalami kerugian sebelum cukai. Manakala analisis nisbah kewangan menunjukkan kecairan kewangan PAISB tidak memuaskan. PAISB perlu mempertingkatkan promosi pasar borong dan menjimatkan kos operasi pasar borong bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya.
12.4.2. Pengurusan Aktiviti
Aktiviti utama PAISB adalah mengurus Kompleks Pasar Borong Selangor serta memasarkan produk keluaran pertanian dan produk makanan. Pada tahun 2005, PAISB dan syarikat subsidiarinya telah memperkembangkan aktiviti mereka kepada pemprosesan produk berasaskan pertanian yang dibiayai oleh pinjaman Kementerian Kewangan. Semakan Audit terhadap aktiviti PAISB mendapati:
a. Pengurusan Kompleks Pasar Borong Selangor tidak memuaskan.
b. Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan gagal mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
12.4.2.1. Pengurusan Kompleks Pasar Borong Selangor Tidak Memuaskan
a. Prestasi Keuntungan Memuaskan
i. Kompleks Pasar Borong Selangor (pasar borong) telah siap dibina pada bulan Mac 2001 dengan kos berjumlah RM25.28 juta dan mula beroperasi pada bulan Mei 2001. Pengurusan pasar borong adalah aktiviti utama PAISB. Bajet tahunan disediakan selaras dengan objektif PAISB untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan dan meningkatkan keuntungan syarikat khususnya daripada aktiviti pasar borong. Prestasi keuntungan pengurusan pasar borong pada tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 12.3.
ii. Berdasarkan jadual di atas, analisis Audit mendapati pada tahun 2010 prestasi keuntungan adalah memuaskan. Keuntungan sebenar pada tahun 2010 melebihisasaran yang ditetapkan dengan pencapaian pada kadar 113% berbanding prestasi keuntungan pasar borong tahun 2009 dan 2008 yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Keuntungan sebenar pada tahun 2010 berjumlah RM1.53 juta meningkat sejumlah RM0.42 juta (37.8%) berbanding dengan tahun 2009 dan RM0.30 juta (24.4%) berbanding keuntungan tahun 2008. Peningkatan keuntungan pada tahun 2010 disebabkan pendapatan sewa mencapai sasaran yang ditetapkan berjumlah RM5.18 juta manakala perbelanjaan operasi berjumlah RM3.65 juta lebih rendah daripada sasaran berjumlah RM3.83 juta. Berbanding tahun 2008 dan 2009, walaupun perbelanjaan operasi lebih rendah daripada sasaran tetapi pendapatan yang diperoleh tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
b. Prestasi Kutipan Sewa Lot Pasar Borong Tidak Memuaskan
i. Berdasarkan kepada senarai penyewa lot pasar borong didapati sebanyak 229(91.6%) daripada 250 lot pasar borong telah disewakan pada akhir bulan Disember 2010. Surat perjanjian telah ditandatangani dengan semua penyewa. PAISB menetapkan penyewa perlu membayar deposit bersamaan 2 bulan sewa lot pasar borong dan sebulan bayaran utiliti sebelum memulakan operasi di pasar borong. Pada tahun 2010, Pengurus Operasi pasar borong telah menyediakan insentif kepada penyewa yang membuat bayaran awal dengan memberi potongan pada kadar 5% bagi bayaran sewa yang dibayar antara satu hingga 7 haribulan dan potongan 2% bagi bayaran sewa yang dibuat antara 8 hingga 21 haribulan. Ini bertujuan menggalakkan penyewa membayar sewa dengan segera mengikut tempoh yang ditetapkan.
ii. Semakan Audit mendapati terdapat penyewa lot di pasar borong yang tidak menjelaskan bayaran sewa mengikut surat perjanjian. Tunggakan sewa pada tahun 2008 hingga 2010 adalah berjumlah antara RM1.19 juta hingga RM1.24 juta. Tindakan Pengurus Operasi pasar borong mewujudkan insentif dengan memberi potongan bagi bayaran sewa yang dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan telah menyebabkan tunggakan sewa pada tahun 2010 berjumlah RM1.20 juta menurun sejumlah RM0.04 juta (3.2%) berbanding tunggakan tahun 2009 berjumlah RM1.24 juta. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati 75% daripada jumlah tunggakan sewa pada tahun 2008 hingga 2010 adalah tunggakan sewa melebihi 2 bulan deposit sewa iaitu antara 4 bulan hingga melebihi 2 tahun. Sejumlah RM0.68 juta (56.7%) daripada tunggakan tahun 2010 berjumlah RM1.20 juta telah diperuntukkan sebagai hutang lapuk sejak tahun 2008. Ini disebabkan tunggakan sewa adalah daripada penyewa lot pasar borong semasa mula beroperasi yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Nelayan yang tidak berkemampuan membayar sewa kerana kurang pengunjung. Ini telah menjejaskan prestasi kewangan syarikat disebabkan pendapatan sewa lot pasar borong adalah pendapatan utama PAISB.
c. Matlamat Pembangunan Kompleks Pasar Borong Selangor Belum Tercapai
i. Objektif PKPS membangunkan Kompleks Pasar Borong Selangor (pasar borong)adalah untuk menjadi medan/pusat pertemuan antara pengeluar hasil tani dengan pembeli. Ia bertujuan mengurangkan penglibatan orang tengah dan untuk mewujudkan sebuah pusat pemasaran setempat khusus bagi para petani, peladang dan nelayan di Selangor serta negeri lain menjalankan urusniaga hasil pertanian secara langsung kepada orang ramai agar dapat meningkatkan pendapatan.
ii. Lawatan Audit ke pasar borong pada 22 Februari 2011 mendapati daripada 229 lot yang disewakan, sebanyak 124 (54.1%) lot dikendalikan oleh pekerja warga asing seperti warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 (26.7%) lot oleh warga tempatan dan 44 (19.2%) lot tidak dapat disahkan kerana ditutup/tidak berniaga.
iii. Sebanyak 61 soal selidik telah diedarkan kepada penyewa/peniaga warga tempatan sahaja di mana sebanyak 50 (82%) maklum balas telah diterima. Daripada maklum balas yang diterima adalah didapati hanya 6 (12%) penyewa adalah terdiri daripada kategori petani dan peladang manakala 44 (88%) penyewa adalah kategori penjual, pengedar dan pemborong. Lot pasar borong lebih banyak disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong serta 54.1% lot yang disewa dikendalikan oleh pekerja warga asing. Ini tidak selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor membina Kompleks Pasar Borong Selangor bagi mengurangkan penglibatan orang tengah dan untuk mewujudkan sebuah pusat pemasaran setempat khusus bagi para petani, peladang dan nelayan. Perkara ini disebabkan, di peringkat awal beroperasi, pasar borong tidak mendapat sambutan para petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya masih belum membangun. PAISB telah menyewakan lot pasar borong kepada sesiapa yang berminat bagi menampung perbelanjaan operasi. Bagaimanapun, perubahan matlamat pasar borong sebagai pusat pertemuan nelayan dan peladang kepada pasar borong umum tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS. Kesannya, aktiviti pasar borong tidak selaras dengan matlamat pembangunan yang ditetapkan.
d. Kemudahan Di Pasar Borong
i. Pasar borong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk penjual dan pengunjung pasar borong. Lawatan Audit pada 22 Februari 2011 untuk melihat prestasi kemudahan yang disediakan mendapati kemudahan di pasar borong seperti surau, kedai makan, bilik jana kuasa, bilik sejuk dan tempat pembuangan sampah berkeadaan baik untuk kegunaan penyewa/peniaga dan pengunjung kecuali kemudahan tandas dan tempat letak kereta. Terdapat 2 daripada 4 tandas awam telah rosak tidak dibaiki menyebabkan berkeadaan kotor dan berbau busuk serta kemudahan tempat letak kereta tidak terurus kerana petak tempat letak kereta tidak bernombor dan cat petak lot telah pudar.
ii. Selain untuk mengesan status penyewa/peniaga di pasar borong sama ada daripada kategori petani dan peladang selaras dengan matlamat pembinaan Kompleks Pasar Borong Selangor, soal selidik yang diedarkan adalah juga untuk menilai tahap kepuasan penyewa/peniaga terhadap kemudahan, kebersihan dan keselamatan serta sambutan pengunjung ke pasar borong. Maklum balas yang diterima adalah seperti di Jadual 12.4.
iii. Berdasarkan jadual di atas, antara 26 (52%) hingga 40 (80%) penyewa/peniaga memberi maklum balas bahawa kemudahan kedai makan, bilik sejuk/utiliti dan tempat pembuangan sampah adalah baik. Seramai 30 (96.8%) daripada 31 penyewa/peniaga beragama Islam memberi maklum balas kemudahan surau adalah baik. Bagaimanapun, 35 (70%) penyewa/peniaga tidak berpuas hati dengan kemudahan tandas di pasar borong. Manakala hanya 33 (66%) penyewa/peniaga berpuas hati dengan kemudahan tempat letak kereta yang disediakan. Mengenai kebersihan di pasar borong, maklum balas tertinggi adalah seramai 20 (40%) penyewa/peniaga bersetuju bahawa tahap kebersihan di pasar borong adalah tidak memuaskan. Manakala hanya 19 (38%) penyewa/peniaga bersetuju tahap keselamatan dan sambutan pengunjung adalah baik. Ini menggambarkan penambahbaikan seperti kemudahan tandas, tempat letak kereta, kebersihan dan keselamatan perlu dibuat bagi memastikan penyewa/peniaga serta pengunjung merasa selesa dan selamat serta dapat menarik orang ramai berkunjung ke pasar borong.
iv. Menurut PAISB, pelbagai tindakan telah diambil bagi memastikan kemudahan, kebersihan dan keselamatan di pasar borong adalah memuaskan seperti mengenakan denda berjumlah RM150 atas kesalahan membuang sampah, merampas, menyita, mengenakan denda dan membatalkan perjanjian sewa bagi peniaga menjual barang yang menyalahi undang-undang serta mengenakan kompaun sejumlah RM150 bagi penyewa/peniaga yang melakukan kekotoran dan merosakkan kemudahan di pasar borong.
Bersambung ke bahagian 4.
*Sumber : Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor m/s 164-168.
Ini adalah laporan lengkap kegagalan Tuan Haji Ali bin Ahmad mengurus GLC negeri itu (PKPS). Kerana begitu sayangnya Khalid Ibrahim kepada Haji Ali, sampai sekarang tiada tindakan yang diambil. Malah akhbar SelangorKini digunakan untuk menutup kegagalan PKPS dengan menyiarkan laporan bahawa ianya adalah GLC yang sentiasa untung. Apa yang dilakukan oleh Haji Ali di PKPS sama seperti dilakukan oleh Idris Jala semasa mengemudi MAS. Kedua-duanya menjual aset dan mengecilkan operasi (termasuk menutup anak syarikat dan memecat pekerja).
PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
12. PKPS AGRO INDUSTRIES SDN. BHD.
12.1. LATAR BELAKANG
12.1.1. PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (PAISB) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Oktober 1991 merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan modal berbayar berjumlah RM10.90 juta. Objektif penubuhan PAISB adalah untuk menjayakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh PKPS dan memasarkan produk pertanian pengusaha tempatan. PAISB dipertanggungjawab oleh PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor mengurus operasi Kompleks Pasar Borong Selangor. Berdasarkan Kertas Perancangan 5 Tahun (2006 hingga 2010), PAISB menetapkan sasaran untuk menjadi syarikat perniagaan khusus dalam pengurusan kompleks pasar borong dan pemprosesan produk berasaskan makanan serta perdagangan komoditi pertanian di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2005, PAISB telah mendapat pinjaman di bawah Projek Dana Menggalakkan Pertanian Komersial berjumlah RM40.10 juta daripada Kementerian Kewangan. Pada tahun 2006, syarikat subsidiari PAISB iaitu Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB) pula telah mendapat pinjaman daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM50.20 juta. Secara ringkasnya, jumlah pinjaman diperoleh PAISB dan syarikat subsidiarinya daripada Kementerian Kewangan adalah berjumlah RM90.30 juta.
12.1.2. Mulai tahun 2009, Lembaga Pengarah PAISB terdiri daripada 2 orang sahaja iaitu Pengurus Besar PKPS sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Pengurusan harian PAISB diketuai oleh Pengurus Besar dengan dibantu oleh seorang Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan 22 orang pegawai bukan eksekutif. Bagaimanapun, pada awal tahun 2010, Pengurus Besar dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan telah meletakkan jawatan. Semenjak itu, pengurusan pentadbiran dan operasi pasar borong Selangor dilaporkan terus kepada Ahli Lembaga Pengarah PAISB iaitu Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS.
12.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat adalah memuaskan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya. 12.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
12.3.1. Pengauditan ini meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama syarikat dengan tujuan untuk menentukan sama ada wang yang disumbangkan oleh PKPS dan pinjaman yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan telah diurus dengan teratur selaras denganobjektif yang ditetapkan. Aspek yang ditekankan ialah prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat.
12.3.2. Pengauditan dijalankan di pejabat PAISB di Kompleks Pasar Borong Selangor, Sri Kembangan, Serdang meliputi semakan dokumen, fail serta rekod yang berkaitan bagi tempoh 3 tahun dari tahun 2008 hingga 2010 dan di mana perlu skop pengauditan diperluaskan sebelum tahun 2008 seperti penubuhan syarikat dan di peringkat projek atau aktiviti utama mula dilaksanakan. Analisis kewangan bagi tempoh 3 tahun adalah berdasarkan penyata kewangan beraudit tahun 2008 hingga 2010 merangkumi trend pendapatan, perbelanjaan serta untung/(rugi) dan nisbah kewangan. Selain itu, temu bual diadakan dengan pegawai PAISB dan syarikat subsidiarinya serta pegawai PKPS bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Soal selidik telah diedarkan kepada 61 penyewa/peniaga warga tempatan pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan maklum balas mengenai tahap kepuasan terhadap kemudahan, kebersihan dan keselamatan serta sambutan pengunjung di pasar borong Selangor. Pemeriksaan fizikal terhadap peralatan dan aset dilaksanakan di pejabat PAISB. Lawatan Audit ke Kompleks Pasar Borang Selangor dilaksanakan dalam tempoh pengauditan manakala lawatan ke premis Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-buahan Tropika, premis Pengeluaran Baja Organik di Serdang, Selangor serta kilang Mengekstrak Bahan Aktif Herba Tropika di Pulau Indah, Selangor dijalankan pada 2 dan 3 November 2010 bagi mendapat gambaran sebenar kemajuan aktiviti yang dijalankan.
12.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan terhadap PAISB telah dijalankan antara bulan Oktober 2010 hingga Februari 2011 mendapati, secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB adalah tidak memuaskan. Pada tahun 2010, PAISB mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.09 juta kerana kerugian atas penjualan saham syarikat subsidiari Premium Agro Products Sdn. Bhd. dan pelupusan bangunan Pusat Kitar Semula Sisa Kebun (Baja Kompos) di Klang berjumlah RM1.10 juta serta kedudukan kewangan masih kurang stabil kerana bergantung kepada pinjaman. Pengurusan aktiviti juga adalah tidak memuaskan di mana terdapat kelemahan terhadap pengurusan pasar borong seperti pengurusan kutipan hasil serta kemudahan dan tahap kebersihan di pasar borong yang disediakan. Terdapat 2 projek yang dibiayai oleh pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM40.10 juta gagal mencapai matlamatnya serta satu projek berjumlah RM50.20 juta gagal memulakan pengeluaran dan memasarkan produk dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, pengurusan tadbir urus korporat PAISB tidak memuaskan kerana tidak mematuhi peraturan Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, seperti pelantikan Lembaga Pengarah dan pemantauan Lembaga Pengarah PAISB kurang berkesan manakala Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan bagi menjaga kepentingan PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat adalah seperti di perenggan-perenggan berikut:
12.4.1. Prestasi Kewangan
12.4.1.1. Analisis Trend
a. Pada tahun 2009, PAISB mengalami keuntungan sebelum cukai berjumlah RM0.44 juta. Namun pada tahun 2008 dan 2010, PAISB mencatatkan kerugian sebelum cukai masing-masing berjumlah RM0.36 juta dan RM0.09 juta. Pada tahun 2009, walaupun pendapatan menurun sejumlah RM1.08 juta, PAISB mampu memperoleh keuntungan sebelum cukai disebabkan pengurangan perbelanjaan daripada aktiviti jualan baja organik yang telah berhenti operasi. Selain itu, hapus kira hutang telah berkurangan kepada RM57,000 pada tahun 2009 (2009:RM57,000, 2008:RM1.08 juta). Pada tahun 2010, kerugian sebelum cukai yang ditanggung PAISB adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan adalah tidak seimbang dengan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan. Pendapatan syarikat hanya meningkat sejumlah RM0.27 juta (5.1%) berbanding peningkatan dalam perbelanjaan pula adalah berjumlah RM0.80 juta (16.6%). Keadaan ini menjadikan nisbah pertambahan perbelanjaan berbanding pertambahan pendapatan pada tahun 2010 adalah 2.96:1. Peningkatan perbelanjaan ini disebabkan pada tahun 2010, PAISB telah mengalami kerugian atas penjualan saham syarikat subsidiari Premium Agro Products Sdn. Bhd. dan pelupusan bangunan Pusat Kitar Semula Sisa Kebun (Baja Kompos) di Klang masing-masing berjumlah RM0.68 juta dan RM0.42 juta. Bagaimanapun pada tahun 2010, PAISB telah memperoleh untung selepas cukai sejumlah RM1.18 juta berbanding tahun 2009 berjumlah RM0.10 juta dan kerugian pada tahun 2008 berjumlah RM0.55 juta. Keuntungan selepas cukai tahun 2010 adalah disebabkan pelarasan cukai yang terlebih diperuntukkan pada tahun sebelumnya.
b. Pendapatan utama PAISB terdiri daripada sewaan lot pasar borong, sewaan ruang pejabat dan tempat letak kereta di Kompleks Pasar Borong Selangor serta hasil penjualan air mineral dan baja organik. Pendapatan syarikat pada tahun 2008 adalah berjumlah RM6.33 juta dan menurun kepada RM5.25 juta pada tahun 2009 tetapi meningkat kepada RM5.52 juta pada tahun 2010. Analisis Audit mendapati penurunan pendapatan sejumlah RM1.08 juta (17.1%) pada tahun 2009 disebabkan penurunan penjualan baja organik (2008:RM1.12 juta, 2009:RM0.03 juta). Manakala pada tahun 2010, peningkatan pendapatan sejumlah RM0.27 juta (5.1%) disebabkan peningkatan dalam sewaan lot pasar borong dan sewaan ruang pejabat.
c. Analisis Audit terhadap perbelanjaan PAISB pula mendapati berlaku penurunan ketara terhadap jumlah perbelanjaan pada tahun 2009. Pada tahun 2008, perbelanjaan syarikat adalah berjumlah RM6.69 juta menurun kepada RM4.81 juta pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM5.61 juta pada tahun 2010. Penurunan sejumlah RM1.88 juta (28.1%) pada tahun 2009 ini disebabkan penurunan dalam perbelanjaan aktiviti pasar borong sejumlah RM1.06 juta (56.4%) khususnya dalam aktiviti jualan baja organik kerana telah berhenti operasi. Selain itu, terdapat pengurangan hapus kira hutang kepada RM57,000 (2009:RM57,000, 2008:RM1.08 juta) kerana syarikat pemiutang berhenti operasi. Bagaimanapun pada tahun 2010, perbelanjaan PAISB meningkat sebanyak RM0.80 juta (16.6%). Peningkatan perbelanjaan ini disebabkan pada tahun 2010, PAISB telah mengalami kerugian daripada hasil penjualan saham syarikat subsidiari dan pelupusan aset masing-masing berjumlah RM0.68 juta dan RM0.42 juta.
d. Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung/(rugi) PAISB bagi tahun kewangan 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 12.1, Carta 12.1 dan Carta 12.2.
12.4.1.2. Analisis Nisbah
Bagi menilai prestasi kewangan PAISB, beberapa analisis nisbah kewangan telah dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan PAISB bagi tahun kewangan 2008 hingga 2010. Hasil analisis adalah seperti di Jadual 12.2.
a. Nisbah Semasa
Nisbah Semasa digunakan bagi mengukur tahap kecairan kewangan syarikat dan menunjukkan sejauh mana kemampuan syarikat membayar hutang dalam jangka pendek. Analisis Audit mendapati nisbah semasa PAISB bagi tahun kewangan 2010 sebanyak 2.6:1 sama seperti nisbah semasa pada tahun 2008 tetapi menurun sedikit berbanding dengan tahun 2009. Walaupun kadar nisbah ini menunjukkan PAISB mempunyai kecairan kewangan yang memuaskan namun kecairan ini bergantung kepada keupayaan PAISB memperoleh bayaran balik hutang syarikat subsidiari berjumlah RM34.10 juta. Sehingga 31 Disember 2010, syarikat subsidiari gagal membayar balik hutang kerana telah berhenti beroperasi. Analisis Audit selanjutnya mendapati nisbah semasa PAISB selepas mengambil kira ketidakmampuan PAISB memperoleh hutang syarikat subsidiari adalah 0.24:1. Ini menggambarkan kecairan kewangan PAISB tidak memuaskan kerana aset semasa PAISB tidak mampu menampung hutang jangka pendek.
b. Margin Keuntungan
Nisbah ini menunjukkan keberkesanan aktiviti utama dan keupayaan syarikat dalam menjana keuntungan. Analisis Audit mendapati pada tahun 2010 PAISB memperoleh margin kerugian pada kadar 1.6% berbanding pada tahun 2009 PAISB memperoleh margin keuntungan pada kadar 8.4% tetapi lebih rendah daripada margin kerugian tahun 2008 iaitu 5.7%. Ini menunjukkan urus niaga PAISB pada tahun 2010 masih kurang memuaskan kerana tidak berkeupayaan menjana keuntungan iaitu pada setiap ringgit pendapatan PAISB mengalami kerugian 1.6 sen.
Bersambung di bahagian ke 3
*Dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor m/s 159-163.
Satu perkembangan yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Sebuah masjid PAS kini mengibarkan bendera UMNO dan BN pada tiang bendera mereka. Masjid ini terletak di Kuala Kedah.
Bukti jelas bahawa rakyat dan penyokong PAS sendiri semakin meluat dengan mereka. Dek kerana RM60 juta pun boleh kurang ajar pangkah MB sendiri dan goncang Kerajaan Negeri.
Mungkin ada yang kata ini sememangnya masjid BN. Tetapi buat mereka yang tahu situasi sebenar di Kedah, mereka boleh bezakan mana satu masjid BN dan mana satu masjid PAS.
Meh kami ajar macamana hendak kenal Masjid PAS dan Masjid BN. Pertama sekali warna bangunan. Hijau menandakan PAS. Dan untuk kes di atas, lihat sahaja banner PASTI yang digantung di pagar masjid. Selain itu, masjid PAS ini juga wajib ada tiang bendera untuk naikkan bendera PAS dalam perkarangan masjid.
Masjid BN pula biasanya tiada apa-apa tanda jelas yang boleh dikatakan sebagai BN yang membinanya melainkan kecanggihan seni binanya.
Tetapi, di Kuala Kedah, Masjid PAS boleh ganti bendera PAS dengan UMNO. Ini apa maknanya?
Pergh....hebat betul cara promosi wakil rakyat PKR.
Besor betul NAME TAG Nik Nazmi. Nampak sangat orang kawasan tak kenal dia sampai kena pakai nametag besor macam tu.
Sponsor baju pun kena letak nama dia.
Pemimpin-pemimpin UMNO dah lama sponsor jersi pada pasukan bola sepak kampung. Tapi MyMassa tak pernah tengok jersi tu kena letak nama pemimpin tu.
Ikhlas ke tak kalau bagi benda tapi suruh letak nama penerima? Itulah perangai sebenar pemimpin-pemimpin PKR. Semuanya buat sesuatu untuk mendapat nama.
Mana-mana sahaja yang beliau pergi, pasti ada sesuatu habuan yang diberikan. Terbaru, peruntukan RM20 juta telah diberikan untuk membina pasar baru buat penduduk Kampung Majidee, J. Bharu.
Sebelum ini, ketika perjumpaan khas dengan kakitangan awam, kenaikan gaji setinggi 13 peratus telah diberikan. Ini sekaligus menyelesaikan kemelut SBPA yang menjadi duri dalam daging sebelum ini.
Pada kami, PM Najib ini seorang pemimpin yang sangat istimewa. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, pelbagai goodies telah diusahakan dan diberikan kepada rakyat demi untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.
Dan kerana itulah rakyat Malaysia perlu banyak bersyukur dan bermuhasabah diri. Kerana seorang pemimpin seperti Datuk Najib ini tidak akan datang selalu.
Cara bersyukur? Tidak sukar. Pangkah dacing ketika mengundi kelak.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Najib merasmikan majlis pelancaran jelajah sayang 1malaysia wanita bn di stadium tertutup majlis perbandaran pasir gudang semalam.
Seramai hampir 20 ribu ahli wanita dari parti-parti komponen bn termasuk dari sabah dan sarawak hadir, ini sekali gus menunjukan wanita bn masih bersama dan mereka tetap memberi sokongan padu kepada ketua mereka shahrizat jalil.
Sebanyak 14 pejuang Palestin termasuk Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC), Zuhair al-Qaisi (gambar) terbunuh dalam tujuh serangan udara tentera Israel di Genting Gaza, semalam.
Jurucakap kesihatan Palestin, Adham Abu Salmiya berkata, sebanyak 20 lagi orang awam cedera akibat serpihan peluru yang disasarkan kepada kumpulan pejuang di kawasan awam yang sesak.
Kematian Zuhair mengundang kemarahan anggota kumpulan itu, menyebabkan mereka melancarkan lebih 50 roket ke kawasan Israel setakat ini, menurut sumber tentera Israel.
Israel mendakwa serangan seterusnya dilakukan sebagai membalas tindakan Palestin yang melancarkan roket dan bom mortar di bahagian selatan Israel awal pagi semalam, menyebabkan empat cedera.-utusan
Semasa himpunan Bersih,Khawarij PAS berjaya mengangkat Ambiga sebagai nabi mereka.Segala kata kata Ambiga diangkat menjadi wahyu.Berduyun duyun tua muda laki perempuan khawarij PAS turun ke perhimpunan haram Bersih.
Khawarij PAS dan angkat Ambiga menjadi nabi. Sehari sebelum rusuhan Bersih sms disebarkan kononnya yang turun merusuh nanti adalah tentera Rasullulah Nabi Muhammad SAW.Malah mereka sanggup berjihad dibelakang Ambiga.
Semua orang tahu siapa Ambiga,peguam yang menyokong murtad Lina Joy,Malah beliau juga yang begitu kuat melobi di PBB untuk menjadi reportuer IFC di Malaysia.:Buktinya Klik Sini
Inilah kerja gila oleh khawarij PAS,menghalalkan cara,seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz asalkan musuh BN ,Syaitan pun mereka sanggup bersahabat.Apatah lagi musuh Islam.
Sekarang ini Hj Hadi telah mengistiharkan umat Islam yang mengkritik Ambiga sebagai buta sejarah,Memang betullah tindakan Hj Hadi ,sebagai presiden Isle khawarij PAS beliau harus mempertahankan Ambiga yang diangkat menjadi nabi mereka.
PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam. "Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya. "Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.
Ambiga juga diangkat sebagai keramat oleh khawarij PAS ,ini kerana mereka menyokong segala tindakan beliau dalam menyokong Karnival LGBT yang menghalalkan hubungan seks sejenis.
Ambiga dianggap setaraf wali selipar Nik Aziz mursidol am khawarij,sokongan yang kuat oleh pimpinan Anwarinas didalam PAS memberi lesen besar buat Ambiga menghina Islam.
Nah sekarang Ambiga bakal diangkat lebih tinggi lagi oleh kaum puak khawarij.Taraf dan kedudukan Ambiga lebih tinggi daripada ulamak PAS.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.
Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.
Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.
"Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.-utusan
Anwar semakin tak dipercayai,berdasarkan pendedahan didalam mesyuarat strategik PKR.
Rating Anwar:-
Saifuddin dengan nada yang sangat 'sayu' lagi 'sedih' menyatakan – survey terakhir yang mereka jalankan – penerimaan rakyat kepada Anwar adalah di takat berikut:-
37 % Kawasan Luar Bandar – merangkumi kawasan Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar dan Jeram. Responden kawasan sama, tahap kepercayaan kepada PAS meningkat ke takat 57 %.
31 % Kawasan Urban/Bandar – merangkumi kawasan Shah Alam, Kota Damansara, PJ Selatan dan PJ Utara. Responden kawasan sama, tahap kepercayaan kepada PAS mencecah angka 61 %.
27 % di kalangan pengundi Cina (Selangor); PAS (46 %)
18 % di kalangan pengundi India (Selangor); PAS (23 %)
Adalah tidak mengejutkan kebelakangan ini sambutan terhadap program dan ceramah Anwar semakin menurun dan tahap kepercayaan terhadap kredibiliti menurun dengan mendadak.
Merdeka Center yang pro kepada pembangkang telah 2 kali mengeluarkan kaji selidik mengenai rating diantara Anwar dan Najib.
Kedua duanya membuktikan rating PM semakin naik.Sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN semakin kuat selepas pembohongang,fitnah dan kerja jahat haprak pakatan didedahkan kepada umum.
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.
Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan 'mood' orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.
Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri. - BERNAMA
Sudah ada parasit yang mahu menaja Ambiga masuk menjadi Naib Presiden PAS. Jika begitu sudah pasti Ambiga adalah calon yang bertanding atas tiket PAS di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin di Kubang Kerian dengan menyingkirkan Salahuddin Ayub balik ke Johor.
Berita ini tidak menghairankan kerana Ambiga sudah beberapa kali sudah dibawa masuk ke majlis PAS. Dalam konvensyen di Kedah pada 14 Januari 2012, Ambiga Sreneevasan telah menghalalkan rasuah di kalangan ahli ahli politik pembangkang.
Parasit sudah terlupa bahawa Ambiga adalah penganjur kepada Seksualiti Merdeka. Ambiga juga yang mahu memansuhkan Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan. PAS lupa siapa Ambiga.
Patutlah PAS takut dengan Ambiga. Patutlah Ambiga dipilih untuk jadi ketua BERSIH berbanding Nik Aziz atau Hadi Awang. Rupanya-rupanya PAS sudah mahu tukar namanya. Nama baru PAS adalah Parti Ambiga Semalaysia (PAS).
Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Imam Selipar ini dulunya dikenali sebagai "Mat Rempit".
Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.
Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah.
Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Baca pendedahan lanjut di sini.
Sepucuk surat dari Bank Dunia yang menawarkan jawatan perunding jangka pendek telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Januari 2006, ketika Paul Wolfowitz menerajui kepimpinan bank berkenaan.
Surat dihantar oleh Akhila Narayanan dari Pusat Perkhidmatan Sumber Manusia, Bank Dunia, Washington DC kepada Anwar yang beralamat di Amerika Syarikat (AS), 11920 Sugarland Rd. Herndon, VA 201700000.
Sila klik pada gambar untuk imej besar
Menurut kandungan surat itu, tawaran jawatan perunding jangka pendek adalah tugasan sementara yang tidak boleh melebihi 150 hari atau 1,200 jam, termasuk kerja lebih masa.
Meskipun surat dihantar bertarikh 24 Januari 2006, namun surat itu menyebut jika Anwar memberi jawapan persetujuan dalam tempoh 24 jam, jawatannya akan efektif bermula pada 25 Januari 2006.
Anwar ditawarkan berkhidmat selama 30 hari di antara 25 Januari 2006 hingga 01 Mei 2006, sebagai ahli kakitangan Kumpulan Bank Dunia dan akan tertakluk kepada Peraturan Staf terkini institusi tersebut.
Surat itu menyebut "jika anda bukan warganegara AS yang menjalankan mana-mana bahagian tugasan ini di AS, anda mesti memiliki visa yang sah dan kebenaran kerja yang sah yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan dengan Kumpulan Bank Dunia di AS untuk tempoh tugasan ini dan apa-apa pelanjutan daripadanya, di mana visa dan kebenaran kerja itu boleh dipohon di Kedutaan atau Konsulat AS".
Visa J1
Menurut rekod di atas, Anwar memiliki Visa J1 yang bermaksud visa untuk pertukaran pelawat dan scholar. Menurut www.rususa.com untuk mendapatkan Visa J1 perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Negara AS.
Laman itu turut menyebut pemilik Visa J1 boleh bekerja tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada INS (Immigration and Naturalization Service).
Menurut wikipedia , Visa J1 boleh dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan AS kepada sesiapa yang dikehendaki untuk bekerja dalam sesebuah projek atau kepentingan AS dan boleh menetap selama dua tahun di negara itu.
Satu dokumen yang diterbitkan Government Accountability Project (GAP), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk "The Foundation for the future : What FOIA Documents Reveal" yang memetik sumber dari WorldBankPresident.org mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menerima upah sebanyak $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak yang bermula pada 25 Januari hingga 1 Mei 2006.
"Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja 'meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik'..Namun menurut WorldBankPresident.org, 'sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar'.
"Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian, pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia 'menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela' dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih", dedah GAP.
Berita Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang hanya memimpin ahli-ahli PKR yang tak berapa kerat sangat menjadi bahan berita utama di muka surat depan dan muka surat 2 akhbar Sinar Harian.
Muka depan Sinar Harian 11 Mac 2012
Muka surat 2 Sinar Harian 11 Mac 2012
Manakala berita seorang Perdana Menteri yang menjadi ketua negara dan memimpin lebih 27 juta rakyat Malaysia menjadi bahan berita di muka surat 4 dan muka surat 57 akhbar Sinar Harian.
Muka surat 4 Sinar Harian 11 Mac 2012
Muka surat 57 Sinar Harian 11 Mac 2012
Nampaknya Presiden dan Timbalan Presiden PKR lebih penting dari seorang Perdana Menteri.
Dewan Muslimat PAS hari ini mempertikaikan wang dana yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan lawatannya ke seluruh negara.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.
"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden Umno. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media hari ini.
"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk Umno.
Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.
Tahniah kerajaan DAP yang didakwa PAS sebagai kerajaan khalifah Umar Abd Aziz . Terus menjadikan P.Pinang sebagai destinasi utama buat China Doll dan Vietnam Doll mencari rezeki . Kalau tak kerana banyak lesen diluluskan oleh kerajaan DAP , tak mungkin begitu ramai China Doll ini datang ke P.Pinang .
Taktik Jabatan Imigresen menggunakan motosikal bagi mengelak dikesan tonto berjaya membuahkan hasil apabila seramai 44 gadis pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Perai Tengah malam tadi.
Kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 16 warga China manakala selebihnya warga Vietnam berusia awal 20-an hingga 30-an. Siasatan turut mendapati 22 daripada GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen perjalanan sah (17) dan tiga lagi mengaku isteri kepada rakyat tempatan.
Dua lagi yang ditahan didapati menyalahgunakan pas pelajar dan mempunyai slip Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P). Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, operasi dijalankan pihaknya sebelum ini sering gagal apabila tonto di luar premis itu sering menyalurkan maklumat kepada pemilik pusat terbabit.
Difahamkan 'Laman PKNS' yang bakal menjadi mercu tanda kenangan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang dalam pembinaan.
Saya belum 'mengorek' secara teperinci projek ini, cuma pembagunan ini yang akan menempatkan ibu pejabat PKNS telah dipecahkan kepada 2 fasa. Keluasan projek ialah 4.6 hektar dan nilai projek sebanyak 140 juta.
Fasa 1 projek yang bermula pada Julai 2011 melibatkan kerja-kerja pembinaan basement. Malangnya, untuk fasa pertama kontrak telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kelantan. Dari maklumat awal, kerja-kerja fasa 1 telah lewat 4 bulan dari jadual.
Bagi fasa 2, sebuah lagi syarikat dari Kelantan mendapat kontrak pembinaan tersebut. Bisik-bisik mengatakan, syarikat kedua ini mempunyai kaitan dengan syarikat yang pertama.
Betulkah maklumat ini?
Isunya sekarang, sepatutnya diberi keutamaan kepada syarikat pembinaan GLC Selangor. Sekurang-kurangnya, hasilnya akan berkitar di dalam negeri dan barulah konsep "Merakyatkan Ekonomi Selangor" terlaksana.
KUALA LUMPUR - Perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England untuk memenangi gelaran buat tahun ketiga berturut-turut.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham sebentar tadi, juara bertahan ini menewaskan Lee Hyun Il, dari Korea Selatan, 21-19 dan 21-18 dalam masa 44 minit.
Di perlawanan akhir, Chong Wei akan bertemu sama ada Lin Dan ataupun Kenichi Tago.
Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan. Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.
Bagaimanapun, kempen beregu campuran utama negara, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon untuk mara ke final berakhir apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.
Beregu Malaysia itu memberi tentangan hebat kepada beregu nombor empat dunia dari Indonesia itu pada set pertama separuh akhir dengan 25-27 dan terpaksa terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan pada set kedua 16-21.
Tontowi/Liliyana akan bertemu dengan beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl, pada peringkat akhir kejohanan berprestij itu di National Indoor Arena, Birmingham, malam esok.
Johor Bahru, 10 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah kerana kerajaan sentiasa mengotakan janjinya berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji.
"Saya rasa sehari dua ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan.
"Justeru itu, kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti 'walk the talk'… janji mesti dikotakan," katanya. -Itu berita yang dilapurkan oleh peraktoday.com hari ini.
Walau bagaimana pun kita harus akui hakikat bahawa ada satu persamaan yang sangat ketara di antara BN dan Pakatan, iaitu dari sudut "janji". Ada sesetengah janji yang dibuat oleh pakatan, malah jauh lebih "teruja" dari janji BN.
Kalaulah rakyat hanya menilai kelayakan parti untuk memerintah hanya dari sudut "kehebatan janji", pasti tiada siapa yang akan mengundi BN. Masing-masing akan pakat undi pakatan.
Apa tidaknya. Jika dilihat pada buku jingga sahaja, BN sudah kalah terok. Siapa yang tak mahu undi pakatan jika "peruntukan dari penjimatan rasuah" pun turut diambil kira dalam budget pembangunan pakatan!
Tiada mana-mana kerajaan di dunia yang membentangkan budget akan mengambilkira hasil dari penjimatan rasuah untuk diserap ke dalam budget pembangunan. Inilah jadinya bila ada pihak sudah terlalu bijaksana seperti mahu mengatasi maha bijaksananya tuhan!
Dari mana pakatan dapat angka 20 billion subsidi yang bakal diperuntukan jika mereka memerintah? Hasil dari penjimatan rasuah yang kononnya masuk ke kocek pemimpin BN bro!
Penyelewengan pasir di Selangor sampai takut nak tubuh Suruhanjaya di Raja itu bukan rasuah?
Pemberian kontrak secara runding terus di seluruh PBT di Selangor bertentangan sama sekali dengan janji tender terbuka itu tiada unsur rasuah?
Apa nasib Yayasan Selangor? Baru 1 penggal memerintah, semua aset mahu dijual. Tiada unsur keuntungan segera?
Kalau nak ikut kebodohan kerajaan pakatan membentang bugdet, Noh Omar pun boleh main serkap jarang dan umumkan kepada seluruh pengundi di Selangor, "jika BN diberi semula mandat, BN akan lancarkan BR1S, sama macam Najib umumkan BR1M, sebanyak RM5billion!"
Noh Omar boleh umumkan peruntukan RM5 billion untuk seluruh rakyat Selangor ini adalah hasil dari penjimatan rasuah dan pembaziran akibat dari kebodohan kerajaan PKR mengurus kewangan negeri.
Noh Omar boleh serkap jarang dan tak perlu bukti apa-apa, sebab 20 billion rasuah pemimpin BN tu pun depa main serkap jarang jugak!
Rafizi Ramli-Pengarah Strategik PKR belum berpuas hati penafian oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa perbelanjaan majlis pertunagan anak Najib pada 17 jun, 2011 yang berjumlah RM409,767.00 ditanggung oleh Najib dan keluarga.
Menurut Pengarah Strategik PKR itu, keadaan serupa apabila dia mendedahkan skandal NFC, secara cepat, pihak syarikat itu membuat penafian, tanpa fakta2 yang disertakan. Namun, kini terbukti, bahawa skandal NFC benar-benar melarat, sehingga terbongkar berbagai penyalahgunaan wang pinjaman daripada kerajaan tersebut.
Sekadar penafian, menurut Rafizi belum menjawab isu yang dilontarkan; sebaliknya pihak Najib perlu mendedahkan fakta2/bukti2 bahawa pembayaran majlis tersebut bukan dilakukan oleh pihak PMO.
Bagi AYT, demi merungkai perkara ini, adalah mudah- Kemukakan salinan Tempahan, salinan cek untuk maksud pembayaran.
Jika sekiranya pembayaran bukan dilakukan oleh pejabat PMO, apa masalahnya mengemuka semua bukti2 itu, agar pihak pembangkang tidak mengekspoiltasinya.
Rakyat ingin juga mengetahui bahawa perbelanjaan peribadi oleh para pemimpin yang mewah bukan bersumber daripada wang rakyat. Sebenarnya itulah moral daripada pendedahan pihak pembangkang ini.
Bagi AYT, para pemimpin adalah bebas membelanjakan wang mereka sendiri, yang menjadi persoalan adalah perbelajaan yang menggunakan wang rakyat bukan urusan rasmi negara.
Mungkin juga, bagi jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan keraian seperti ini termasuk dalam kelayakkannya, ini yang perlu dijelaskan. Jika demikian, maka tiada persoalan yang perlu timbul.
Sebagai pewaris 'diari merah', dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.
Depa mana suka nak tengok video macam ni. Depa dok rasa depa kuat. Depa tak sedaq rakyat Kedah lanih dah balik dok dengan BN. Hanya orang takdak akal saja yang dok sokong puak Pakatan Rakyat tu..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan