Ahad, 4 Mac 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 03 Mar 2012 01:32 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


UMNO Kelantan tenat.

Posted: 03 Mar 2012 07:20 AM PST

demo tolong kawe,kawe tolong demo

Betul-betul mengecewakan, itulah reaksi rakyat Kelantan yang mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Malaysia yang melakukan lawatan ke Negeri Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang yang menjadi perbualan hangat semingggu dua lalu kerana Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak melebalkan Kelantan adalah negeri yang termiskin di Malaysia.

Rakyat Kelantan mengharapkan PM Najib akan mengumumkan keperluan orangramai terutamanya yang mengunakan jalanraya dari Kota BHaru ke Kuala Lumpur. Rakyat mengharap PM Najib mengumumkan sebuah Lebuhraya dari Kota Bharu ke GUa Musang untuk keselesaan rakyat Kelantan. Mereka berkata PM Najib tak patut menghampakan rakyat Kelantan kerana terdapat 30% rakyat Kelantan yang menyokong UMNO walaupun kerajaan Keantan diterajui oleh PAS.

Begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa yang juga Presiden KAFA, tentunya beliau juga rasa kecewa kerana PM Najib tidak menunjukan sokongan kepada usahanya mempopularkan bolasepak Kelantan dengan menarik golongan muda untuk menyokong UMNO, Slogan gelombang merah atas cetusan warna Red Werrios. TSAM berharap dengan kehadiran PM Najib tentunya akan berhasil sebuah Komplek Sukan termasuk Stadium KAFA. Tapi nampaknya PM Najib menghampak Tan Sri Anuar Musa salah seorang Ketua UMNO Bahagian.

Bagaimana pula dengan rakyat Pasir Mas, ramai rakyat Pasir Mas yang menyokong Ibrahim Ali melahirkan perasaan kesal kerana PM Najib seperti melupakan Ibrahim Ali, sedangkan Ibrahikm Ali melalui PERKASA sentiasa mempertahankan PM Najib dan UMNO walau pun dalam keadaan terdesak tapi PM Najib langsung tidak memberi signal kepada rakyat Pasir Mas.

Rakyat Pasir Mas mengharapkan PM Najib mengumumkan untuk membenar Ibrahim Ali bertanding dalam PRU Parlimen Pasir Mas dengan mengunakan lambang Dacing, tapi perkara tersebut tidak berlaku, kekecewa ini akan membuat ramai penyokong Ibrahim Ali sudah muak untuk memberi sokongan kepada UMNO terutamanya ahli-ahli PERKASA.

Manakala YBM Tengku Razaleigh Hamzah tentu akan merasa dirinya tidak diendahkan oleh PM Najib kerana Tengku Razaleigh adalah orangnya yang bersuara secara tegas Royalti Minyak hendaklah diberi kepada rakyat Kelantan. Tapi PM Najib diam membisu seribu bahasa. PM Najib tidak langsung menghormati suara Tengku Razaleigh seolah-oleh UMNO tidak perlu lagi kepada tenaga dan pengaruh Tengku Razaleigh.

Pada 29.2.2011 lalu tiga orang Ketua UMNO Kelantan iaitu Mustapha Mohamed selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Awang Adek Husein Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Neger Kelantan dan Anuar Musa bekas Ketua UMNO Perhub7ungan UMNO Negeri Kelantan telah mengadap YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang antara lain mereka berbincang bagaimana cara Tengku Razaleigh boleh membantu supaya UMNO boleh merampas Kelantan daripada tangan PAS.

Dengan tidak memberi kehendak rakyat adalah terlalu nipis kepada UMNO nak rampas Kelantan. Slogan TUKAR yang disuarakan oleh budak-buadk di Pejabat UMNO akan mmbuat makan diri apabila rakyat seluruh Malaysia bersemangat untuk mengunkan slogan TUKAR BN kepada PR untuk rampas PUTRAJAYA.

Yang didengar, apabila PM Najib tidak mengistiharkan sebarang kehendak rakyat iaitu Stadium KAFA, Royalti Minyak dan Lebuhraya Kota Bharu Gua Musang kerana mungkin ada penasihat yang babuk. Orang yang paling gembira adalah Fatmi Che Salleh.

Cucu Tok Selampit

Posted: 03 Mar 2012 01:24 PM PST

Cucu Tok Selampit


Dayus! P"Gay"R Protes Tanah SRJK (T) Effingham Bawa Kanak-Kanak

Posted: 03 Mar 2012 07:21 AM PST


Saya langsung tidak ambil peduli dengan protes daripada tidak sampai 20 orang ahli P"Gay"Y berbangsa India membuat bantahan kononnya MIC telah mencuri 3 ekar tanah milik SRJK (T) Effingham, sebentar tadi. Protes dan demonstrasi yang di adakan di Brickfields ini pastinya mendapat sokongan daripada anak Ketua Umum P"Gay"R, Nurul Izzah.


Lain kali satu nasihat buat Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, kalau tidak berjaya mengumpul ahli-ahli P"Gay"R yang ada telur untuk berdemo, tak perlulah membawa anak-anak kecil yang tidak tahu sepak teranjang politik untuk turut sama menjadi boneka politik sampah P"Gay"R. Biarlah kanak-kanak ini dengan dunia pembelajaran mereka di rumah. Lagipun pada waktu malam sebegini adalah masa untuk mereka berehat, mengulangkaji dan tidur. Jangan jadi sampah dengan melibatkan kanak-kanak dalam politik anda.


Mari Kita Baca Budi Bahasa Bakal Perdana Menteri Malaysia

Posted: 03 Mar 2012 02:41 AM PST


Mahfuz "Mr Bean" Omar ketika ditanya Malaysiakini berkenaan portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:


"Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar. Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.
Lawak bodoh Mahfuz itu pasti mengundang kontroversi bagi penjilat-penjilat tegar Anwar Ibrahim kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Haram yang sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
Lagipun sudah tidak ada calon lainkah yang lebih berwibawa? Takkanlah seorang yang berkelulusan Lower Certificate of Examination (LCE) dan bekas penjaga stor dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Mari kita baca contoh bahasa penuh sopan santun seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia di laman sosial Twitter:

Duke of UMNO

Posted: 03 Mar 2012 01:15 PM PST

Duke of UMNO


PANASSS..!!! MAHFUZ DEMAM TERUK TAKUT KENA SAMANNN...???!!!

Posted: 03 Mar 2012 06:31 AM PST


Nampaknya "Mr. Bean PAS" dah kecut perut..!!! Dr. Hasan Ali tekad nak saman Ahli Parlimen PAS paling low IQ ini. Heh! Mana lagi nak lari? Sebelum ni hentam orang ikut sedap mulut saja..kan? Heh!

Rasanya dah ketaq dah lutut Mahfoooz baca berita di sini dan di sini. Haaaa...kali ni jangan nak tuduh UMNO lagi haaaaa....heh!

Macamana Mahfooooz? Heeeiii...buat malu orang Pokok Sena saja. Lain kali, sebelum bercakap tu pikiaq la dulu! Tapi payah jugak...Mahfoooz ni bukan reti pikiaq pun. Kalau dia pikiaq pun dah tentu salah jugak...heh!

Tapi orang macam Mahfoooz ni jugak la yang laku dalam PAS. Bukan setakat laku, siap diangkat jadi Naib Presiden lagi. Heh! Tu pun bukan apa...Mat Sabu saja bagi dia menang sebab senang sikit nak control orang low IQ macam "Mr. Bean PAS" ni...heh!

PRU13: RAMALAN TUN DAIM ZAINUDDIN..!!!

Posted: 03 Mar 2012 04:38 AM PST


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan 'Parlimen Tergantung' atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Sumber: Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SELEWENG DANA RM150 JUTA: SPRM SIASAT EXCO PAS KEDAH..???!!!

Posted: 02 Mar 2012 07:15 PM PST

jalan kedah

Di sebalik kekalutan krisis kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah, saya diberitahu oleh satu sumber dari Wisma Darulaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat pejabat-pejabat Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran negeri itu.

Menurutnya lagi, ada di kalangan Exco-Exco dan pegawai-pegawai lantikan politik di wisma tersebut yang disyaki menyeleweng dana peruntukan yang disuntik oleh Kerajaan Pusat (BN) untuk membuat dan menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah yang berjumlah RM150 juta.

Namun mengikut rekod audit, hanya RM50 juta digunakan dan selebihnya 'disimpan' di dalam 'tabung amanah' yang diragui statusnya.

Bila ditanya ADUN BN di dewan undangan negeri tentang dimanakah duit itu sekarang, mereka menjelaskan bahawa wang itu 'selamat' di dalam 'tabung'. Benarkah begitu?

Menurut sumber lagi, ramai pihak khususnya pada pemimpin BN yang sudah tahu bahawa wang tersebut telah disalahgunakan bagi membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah! Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kedah dikatakan gagal menjana wang bagi membayar gaji kakitangan awam peringkat negeri yang sepatutnya dibayar dari akaun kerajaan negeri itu sendiri.

Dalam hal ini, sekiranya benar dakwaan sumber berkenaan maka bolehlah saya simpulkan bahawa bahawa para pemimpin PAS Kedah telah menyeleweng wang yang diperuntukkan untuk kebajikan rakyat.

Amanah yang diberikan oleh Kerajaab Pusat untuk rakyat negeri Kedah telah dikhianati begitu saja tanpa memikirkan kesan terhadap kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Contohnya, TV3 pernah melaporkan ribuan rakyat di Sungai Petani yang menunjukkan protes terhadap Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan gagal menyelenggara jalanraya sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya kerap berlaku dan ada yang hampir kehilangan nyawa.

Selain itu, kenderaan mereka juga sering rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel melakukan proses 'balancing', 'allignment' dan ada juga yang terpaksa menukar tayar kenderaan yang rosak pada hampir setiap bulan!

Apakah Kerajaan PAS Kedah fikir nyawa rakyat Kedah begitu murah?

Dan apakah PAS Kedah fikir rakyatnya banyak duit untuk menyelenggara kenderaan masing-masing yang rosak akibat keadaan jalanraya yang teruk?

Apakah hak mereka untuk menafikan hak rakyat yang berhak memiliki jalanraya yang baik strukturnya? Wang itu untuk memperbaiki jalanraya, bukan untuk bayar gaji kakitangan awam negeri!

Adalah sangat tidak adil untuk menyeleweng hak dan wang rakyat begitu. Sepatutnya, Kerajaan PAS Kedah perlu mencari alternatif sendiri untuk membayar gaji kakitangan awam negeri itu dan tidak menggunakan wang peruntukan jalanraya dari Kerajaan Pusat untuk perkara lain.

Jika negeri-negeri lain bertungkus lumus meningkatkan tahap kewangan negeri untuk menampung pembayaran gaji para kakitangannya, mengapa pula Kerajaan PAS Kedah tidak mampu buat begitu?

Kalau nak pusing modal pun, buatlah dengan menggunakan wang perbendaharaan negeri yang tidak bersangkutan dengan kepentingan rakyat. Kalau payah sangat, gunakan saja duit balak yang dikatakan berjuta-juta itu.

Dan kalau rasa tak mampu untuk menguruskan kewangan negeri atau tidak mampu untuk berlaku amanah terhadap tanggungjawab membangunkan negeri, eloklah serahkan kembali negeri Kedah kepada BN dari terus membiarkan Kedah mundur ke belakang seperti Kelantan.

Sangat zalim sekiranya menafikan hak rakyat sebegitu rupa. "Buatlah kerja cara Islam…", itu saja kali ini untuk Azizan dan konco-konconya…


Sumber:Klik sini

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 03 Mar 2012 01:13 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Phahrolrazi 'Menang' lawan Ostat Azizan? MB Kedah bertukar tangan?

Posted: 03 Mar 2012 09:08 AM PST


Debaran dan penantian keputusan mesyuarat khas krisis dalaman parti Pas Kedah. Namun sudah ada pihak yang umum bahawa beliau akan menang dalam krisis kali ini!!

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yakin beliau akan "menang" dalam pertemuan khas yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini bagi membincangkan kemelut kepimpinan Pas negeri Kedah.


Pertemuan yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri Kedah sedang berlangsung.

Phahrolrazi, yang tiba sekitar jam 8.50 malam, semasa dikerumuni wartawan ketika memasuki pekarangan Seri Mentaloon sempat berkata:

"Saya yakin boleh menang."

Beliau diajukan soalan tentang harapannya terhadap pertemuan bersejarah malam ini

Namun angin bertiup kencang mengatakan bahawa Azizan akan digantung kerja dan diarah bercuti. Maka ada orang yang akan ambil alih tempat Azizan.

Siapa yang akan ganti tempat Azizan? Phahrolrazi ka?

Kalau betul lah dia, maka tercapailah hasratnya untuk jadi MB Kedah.


McTheory:
Namun ada ura-ura mengatakan Taulan Rasul jadi MB Kedah?

TUDIAA!! Apabila PKR juga sokong DS Najib!!

Posted: 03 Mar 2012 07:37 AM PST


Nampaknya PKR juga mengiktiraf DS Najib sebagai PM Malaysia. Pelik betul la.. Anwar pun dorang tak sambut macam tu. Nampak sangat, PKR tak sanjung Anwar, seperti mana dorang sanjung DS Najib. Ini perkembangan yang menarik nih.



McTheory:
Macam-macam ada dalam dunia lanih..

TUDIAA!! Pas bergolak!, Luahan Hati Seorang Ahli Pas Kedah!! (Wajib Baca!!)

Posted: 03 Mar 2012 04:36 AM PST



Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.

Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.


Dalam UMNO jarang ada budaya ini. Dalam UMNO kalau depa tak puas hati, depa lawan, londeh luar dalam, sampai dua-dua tumbang. Kalau tak dilantik jadi calon sanggup sabotaj parti mcm satu kes di Kedah hari tu, ada kawan cerita calon UMNO yg tidak tercalun namanya, berhenti kereta tepi jalan, hulur duit kat budak-budak PAS yg tengah pelekat poster suruh pulun boh poster lagi – biaq lawan dia tumbang, parti kalah pun tak apa, janji puas hati.

PKR pula, kalau tak puas hati – lagi teruk, terus lompat parti; lawan balik kawan yg dulunya baik sakan, habis londeh luar dalam, hentam thru media, tv, surat khabar, sanggup jadi BARUA lagi – tak apa, janji puas hati.

PAS tak macam tu; dalam PAS, tak puas hati kalu – merajuk.

Saya ingat lagi waktu mula2 giat dgn PAS di Kedah ni, sekali tu saya terpilih jadi wakil cawangan ke Mesyuarat Agong kawasan. Saya ini, latarbelakangnya Engineer (tapi bukanlah bertaraf IR mcm EXCO bermasalah itu), berkelulusan dari Univ di Amerika – macam EXCO YB Amirudin yg diminta keluar dari kawasan PAS Kuala Kedah itu.

Dalam mesyuarat agong berkenaan, waktu perkara berbangkit, saya bangun dan hentam sakan lajnah ekonomi yang buat projek sabun tapi rugi, tak ingat apa saya cakap tapi lebih kurangnya kalau tak reti buat kerja jangan dok gatal nak buat, bagi kat orang lain yang lebih tau, taklah rugi macam ini, dah la duit kawasan pun ada berapa ringgit saja, bla,bla,bla.

Kemudian, bangunlah sorang sahabat antara ramai itu, dia jawab, dia kata inilah jadinya bila orang-orang macam dia yang cuma kerja menoreh getah disuruh buat bisness sabun itu. Dia kata lagi, yang jadi masalahnya org2 yang bijakpandai, yang kerja engineer, yang balik Amerika, tak mau buat, tapi pandai cakap saja, bla bla bla.

Memang terasa dia tujukan kata-kata itu kat saya. Diringkaskan cerita, brother itu merajuk, projek sabun itu stop macam itu saja. Sekali itu, on the way nak pi kerja, saya nampak brother itu berkopiah putih, naik mutu (motorsikal) keluar dari kawasan kebun getah hantar anak dia ke sekolah.

Laa, ingatkan dia merendah diri saja kata dia menoreh getah, memang dia penoreh getah pun. Saya rasa bersalah sungguh sebab kerana kata-kata saya yang pedas menyebabkan seorang pejuang yang ikhlas macam tu berundur, merajuk macam itu saja. Itulah pertama kali saya bertemu dgn budaya merajuk dalam PAS.

Dua tahun lepas di cawangan saya ini, tepat dua tahun pemerintahan PAS Kedah, kami menerima surat perletakan jawatan secara mengejut oleh Hj Usop, AJK kami, lewat 50an, org lama PAS cawangan kami. Beliau adalah antara org lama PAS yg masih hidup yang ditarbiah secara direct oleh Al-Syahid Al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya; memang jenis PAS Piang Berdengung punya. Tanpa beliau, memang satu kehilangan besar untuk cawangan kami.

Pasal apa Hj Usop letak jawatan? – dia merajuk sebab tak puas hati dengan apa yang dia lihat sebagai pertambahan pusat2 maksiat di pekan kecil kami ini sejak PAS memerintah Kedah (Karaoke, Cyber Café, 7-11 24Jam dll). Dia dah cakap direct kat YB, tapi dia merasakan YB tak serius nak basmi benda ini, natijahnya Hj Usop merajuk, dan letak jawatan – tapi mesyuarat cawangan baru2 ini dia mai lah pulak, sebagai ahli biasa.

Itulah budaya orang PAS, merajuk tapi tang parti sokong jugak.

Beberapa bulan lepas heboh dalam Utusan Malaysia kisah hampir seluruh AJK PAS kawasan Pendang dan Barisan Pemudanya letak jawatan dan dikatakan sebagai krisis kepimpinan PAS Pendang, protest tidak percaya kpd EXCO Taulan Rasul sebagai YDP mereka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebuah lagi kisah Merajuk – mereka semua ini bersama sama dengan TG Hj Rahim tidak dapat menerima cara bekerja Taulan Rasul, lalu mereka memilih untuk meletak jawatan ramai-ramai.

Semalam saya SMS salah seorang AJK Pemuda PAS Pendang yg merajuk ini, nak tahu apa pandangan Tuan Guru Hj Rahim berkenaan krisis MB dan Phahrolrazi ini. Sahabat ini SMS balik, dia tulis:

"TG bagitau jgn ada 2 puak. Jgn ada A atau B, rosak parti. Kalau tak puas hati turun bagi org lain buat kerja. Jgn berkelahi, contohnya buat mcm PAS Pendang. Dulu ada 2 klik. Sekarang yang tak puas hati semua lepas jawatan bagi org boleh buat kerja buat. Kan senang, baru tak gaduh. Depa buat kerja pun senang. Yang lepas jawatan sokong kot bawah".

Sahabat ini SMS tambah:
"Esok depa tak larat, semua turun, kami naik pulak...he he he"

Nah – hari itu riuh isu PAS Pendang ini, sekarang dah aman damai. Org PAS ini macam itulah, merajuk sekejap saja, sekali bunyi gendang p.raya, bersinsing lengan depa pakat bawa parang pi tebang buluh nak pasang bendera.

Jadi, saya ingat dalam kes Phahrolrazi ini pun macam itu juga lah, semuanya kes merajuk saja ini. Tambah-tambah pula bila saya analisa sendiri video press conference Phahrolrazi bertarikh 28 Feb 12 itu. Antara kata beliau ialah "MB kata kerajaan negeri tetap teguh (walaupun ada krisis ini), jadi saya tak jadi Exco pun tak ada masalah lah, kerajaan negeri tetap teguh" – bunyinya sebijik macam orang merajuk.

Macam itulah yang saya dok ingat, hanya sebuah lagi kes orang PAS merajuk, hanya orang2 PAS saja yang paham budaya ini tapi org2 UMNO dan org2 yg tak pernah bersama PAS depa tak akan paham.

Macam itulah yang saya sangkakan – hinggalah saya baca berita the STAR dan SINAR Harian hari ini 1-Mac-12 yang memuatkan kenyataan Phahrolrazi yang memberi kata dua kepada EXCO IR Amirudin sama ada nak letak jawatan dan join team beliau team PAS Kawasan Kuala Kedah atau pun nak bersama dengan MB.

Aik, ini bukan merajuk lagi dah ini – mana ada orang merajuk pi gertak orang lain ajak merajuk sama. Ini bukan budaya PAS ini, ini dah budaya parti lain.

Macam ini kalu, tak tau nak kata apa dah la – kalau nak bagi puas hati dua dua pihak, MB dan Phahrolrazi, kita mencadangkan satu antara dua pilihan berikut:

Pertama: Azizan Razak pegang jawatan MB sampai bulan 5, kemudian bagi Phahrolrazi pegang sat – supaya tercatat nanti dalam buku Sejarah kata IR Phahrolrazi sebagai Menteri Besar Kedah daripada PAS yang TERAKHIR selepas PRU13 nanti!!

Atau pun

Kedua: Kerajaan Negeri gubal perlembagaan supaya negeri Kedah boleh ada dua orang MB pada satu-satu ketika, seorang MB KEDAH dan seorang lagi MB Kuala KEDAH ......muarghahahahaha.......mangkuk ayun betoi!!

Sekian berita semasa dari bumi Kedah!


P/s: ini benar-benar orang Pas yang tulih..

McTheory:
Kah kah kah.. artikel ni Mc ambil dari blog puak Pas jugak la..

PANASS!! AL- Kisah Penyokong Dap di Kasari!!

Posted: 03 Mar 2012 01:12 AM PST


Malaysiakini cuba lagi memaparkan insiden-insiden provokasi melampau dari DAP sewaktu Majlis Perdana Menteri d Kajang. Di lihat tiada pula aksi-aksi ganas yang telah ditunjukkan oleh orang-orang UMNO semasa majlis itu berlangsung. DS Noh Omar pun hanya sekadar menggunakan ayat-ayat unuk menghalang tindakan DAP yang cuba untuk merosakkan majlis tersebut.


*Aku sempat menghantar satu SMS kepada DS Noh bertanyakan tentang insiden tersebut dan jawapan daripada beliau adalah seperti berikut:

"Inilah kerja pembangkang. Cuma menimbulkan huru-hara. Rakyat dah muak dengan cara mereka.Cara paling mudah adalah menabur fitnah kepada pemimpin BN. Terbukti DAP pembohong besar. Mereka yang datang macam samseng dan menceroboh majlis BN tapi BN dipersalahkan.Saya pergi untuk tenangkan keadaan tetapi saya dituduh samseng.Jelas ini putar belit DAP. Nak hadir majlis tak ada masalah tapi biarlah beradap dan menghormati tuan rumah"

Sama-sama kita fikirkan agenda pembangkang yang sudah kehabisan isu. Mereka lebih suka menimbulkan huru-hara daripada memperjuangkan nasib rakyat. Hasil daripada tindakan mereka itulah, kita lihat bagaimana sokongan rakyat Sg Long yang hadir dan membuatkan DAP tidak senang duduk. Hancur Pakatan!!

Sambung baca SINI

FUYOHH!! Pas Jeli SAYANG DS NAJIB!!

Posted: 02 Mar 2012 10:12 PM PST


Macam tak percaya pulak bila Mc tengok banner nih. Sejak bila pulak Pas sanggup buat banner macam ni untuk sambut DS Najib.. ini dah kira dahsyat nih.


McTheory:
Tapi dalam politik, macam-macam boleh jadi..

TERPANASS!! Bila Phahrolrazi dan Ostat Azizan jadi AGEN UMNO!!

Posted: 02 Mar 2012 07:30 PM PST


Hairan betul Mc, apabila ada mangkuk-mangkuk Pas yang masih lagi menuduh UMNO punca atau dalang dalam pepecahan Pas Kedah. Malah ada yang kata Ustaz Azizan tu agen UMNO. Agen UMNO yang mahu merosakkan Pas Kedah dari dalam. Malah ada yang kata setiap keputusan dan arahan yang Azizan keluarkan itu, berasal dari UMNO.


Dahsyat benar UMNO sekarang ni, hinggakan boleh kontrol seorang Menteri Besar Pas. Fikir biar logik sikit laa.. kalau benar Azizan tu agen UMNO, kenapa beliau tak bubar saja dun? Buat apa tunggu lama-lama lagi. Jentera Pas sedang lemah, patutnya waktu sekarang ni la, Azizan bubarkan dun. Itu pun kalau benarlah Azizan tu agen UMNO.

Itu semasa depa tuduh Azizan ni agen UMNO. Bila tiba Phahrolrazi tak mau di lantik jadi Exco, ada pulak keluar cerita Phahrolrazi dan Dr Ismail tu kena beli dengan UMNO sorang RM2juta. ha ha ha ha.. memang lawak cerita yang puak-puak Pas buat.

UMNO nak beli Phahrolrazi? Meh nak bagitau 'true' story la. Jawatan exco yang si Phahrolrazi tu pegang, boleh buat duit lebih daripada RM2juta. Tanya la si Phahrolrazi kalau tak percaya. Setakat RM2juta tu, Phahrolrazi pun tak pandang laa..

Apa yang Mc nak cerita kat sini ialah, kebodohan dan kebangangan puak Pas dalam menjawab sesuatu isu yang berbangkit. Kalau ada saja masalah dengan Pas, pasti UMNO yang akan di tuduh sebagai dalangnya. Kalau ada ahli parti mereka keluar Pas, UMNO jugak yang kena tuduh sebagai virus perpecahan.

Sedangkan, hakikat sebenar, mereka yang takut akan bayang-bayang sendiri. Orang Pas ni, kalau jumpa hantu waktu malam, selepas baik ceramah Pas. Mungkin dia akan tuduh, hantu tu, UMNO yang hantar. he he he.. Sedangkan dia sendiri pun lupa, yang sebenarnya, hantu tu dirinya sendiri.


McTheory:
Itulah penyakit gila khinzir yang berlaku sekarang nih..

GEMPAR!! Berita Baik, Isteri Untuk di BELI!!

Posted: 02 Mar 2012 05:09 PM PST



Anda bujang, atau bujang terlajak.. takdak jodoh, sambung baca di bawah!!




Terjemahan

Beli isteri di Vietnam dengan harga RM35000 Sahaja.
Di jamin dara.
Penghantaran dalam 90 hari.
Tidak ada cas tambahan.
Jika lari di dalam satu tahun, anda akan dapat percuma satu lagi.

P/s: Sesiapa yang belum berkahwin tu, rasanya boleh cuba kot. Tapi mahukan si Vietnam tu nak memeluk Islam? hmm..


McTheory:
Rilekk dulu sebelum masuk politik balik..

THE FLYING KICK

Posted: 03 Mar 2012 01:11 PM PST

waadat

Posted: 03 Mar 2012 01:11 PM PST

waadat


Pedang bawah kalimah

Posted: 03 Mar 2012 03:35 AM PST



Tadi Demang mengekori sebuah kereta. Tak ada yang anehnya bentuk kereta itu untuk dikongsi di sini.

Namun Demang tertarik dengan kereta tersebut kerana pada cermin belakangnya tertampal Dua Kalimah Syahadah dan di bawah kalimah suci tersebut melintang gambar sebilah pedang.

Apa maksud penampal gambar pedang itu? Nak tunjukkan apa?

Agaknya NAK BAGITAU pada orang Islam lain yang dia berani pertahan agamanya dengan pedang!

Bagi Demang beliau bukanlah pejuang Islam tulin sebaliknya sekadar nak menunjuk-nunjuk.

Malah pada pendapat Demang orang yang begitu adalah perosak imej Islam.

Bacalah dan pelajarilah cara dakwah Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang dan berperang hanya setelah diserang atau untuk mengambil kembali hak mereka.

Berperang hanya jika diserang.

Apa agaknya persepsi orang bukan Islam apabila melihat lambang pedang tersebut? Takut? Gerun?

Maaf lah. Demang rasa mereka tak 'kan fikir begitu. Malah mereka akan meremehkan sahaja umat Islam. Semua orang tahu umat Islam dilenyek macam pisang sahaja sekarang.
Dulu kita sangka Iraq hebat. Tapi akhirnya Iraq hanya kuat pada sangkaan semata-mata.

Syria juga dianggap berani namun hari ini berada di bawah tapak kaki Amerika sahaja.

Ummat Islam ada kaedah lain untuk memperluaskan Islam. Bukan dengan kekerasan. Itu bukan anjuran Islam.

Tiada paksaan dalam Islam. Dakwah perlu bijaksana. Jika kita mampu meningkatkan kualiti diri umat Islam akhirnya orang akan terima Islam dengan sukarela.

Pertama sekali kita perlu bersatu. Kalau itu pun kita masih berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan maka tak payahlah bercakap pasal Islam.

posted from Bloggeroid

Kata Pakteh...!!

Posted: 03 Mar 2012 01:11 PM PST

Kata Pakteh...!!


Terima Kasih GAP dan rakan2 blogger lain.

Posted: 02 Mar 2012 07:11 PM PST

REHAT DI HUJUNG MINGGU. TAK TEBANG BULUH....SEKADAR INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH PADA KAWAN-KAWAN.

Sebenarnya blog kecil Pakteh ni tidaklah dikunjungi ramai. Namun Pakteh berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan2 blogger yang meletakkan link blog Pakteh di blog mereka. Buat masa ini sesiapa sahaja yang meminta Pakteh letakkan link mereka di blog Pakteh...InsyaAllah, Pakteh akan berbuat demikian samada dari BN atau PR. 

Blog Gerakan Anti PKR atau GAP menjadi blog utama yang meyumbangkan pelawat ke blog Pakteh. Hampir separuh dari pelawat menggunakan link dari blog GAP untuk ke blog Pakteh.

TERIMA KASIH SEMUA

PAKTEH
Penebang Buluh 
Sik Kedah Darul Aman

Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Mar 2012 01:05 PM PST

Apa Yang Tersirat


RM200,000 wang Zahida lesap dilarikan pemandu peribadinya

Posted: 02 Mar 2012 05:24 PM PST

AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya.

Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

"Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. "Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

"Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. "Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," katanya.

Mr Bean Pas nak jadi PM bukan MB

Posted: 02 Mar 2012 04:56 PM PST

Buat apa nak tanding DUN? saya mahu jadi PM!! MB bawah PM! demikian kata Mahfuz Omar, naib Presiden PAS dan MP Pokok Sena, Kedah.

Diuar2kan, Mahfuz mahu menggantikan Azizan Razak selepas PRU-13, kalau PAS masih lagi menguasai Kedah.

Dua hari lalu, Mahfuz menimbulkan dakwaan kononnya, kementerian Belia dan sukan menajaja jelajah Dr Hassan Ali untuk menarik belia menyokong Umno/bn. Walau bagaimanapun, dakwaan Mahfuz itu ditempis oleh Ahmad Sabery Chik, dan mengatakan bahawa Mahfuz bersifat kebudak2kan.

Di ambang pilihanraya ke-13, pembangkang cuba menimbulkan berbagai political damage, untuk mempengaruhi rakyat agar membenci umno/bn.

Rakyat dapat menilai, kemampuan para pemimpin Pakatan, misalnya di Kedah, hanya 4 tahun menguasai negeri Jelapang Padi itu, namun para pemimpinnya bercakaran berebut2 jawatan.

Rakyat akan rugi besar, jika pemimpin yang mereka sokong hanya mementingkan diri sendiri.

DIMENSI

Posted: 03 Mar 2012 11:28 AM PST

DIMENSI


Omegay: Kerajaan pas retak - jangan harapkan apa keputusan dari mesyuarat tingkap pas! kehkehkeh

Posted: 03 Mar 2012 08:15 AM PST


Kediaman MB Kedah kini fokus 'misi damai'
ROSLINDA HASHIM & ROSNANI SAAD 
3 Mac 2012

ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah dijangka bermula di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini dalam sedikit masa.

Beberapa pemimpin Pas pusat sudah hadir, antaranya Timbalan Presiden Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pertemuan malam ini dijangka dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar jam 9.45 malam.

Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya akan bermula sekitar 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan khas ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara, malam kelmarin.

Sementara pemimpin negeri yang sudah pun tiba ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.

Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh belum kelihatan.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama.

Setiap kenderaan yang masuk ke premis itu diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk. - SH


pasrael dah rangka pelan damai?? >XD..jangan harap laa...jijan nak selamatkan kedudukannya sebagai mb. pasrael melalui parasit2nya nak gulingkan jijan. sebelum ni pemimpin2 tertinggi pasrael telah menetapkan satu solusi iaitu mana2 pemimpin yang di dapati seleweng akan di ganti melalui kenyataan berlapik harun taib klik sini..ini bermaksud pasrael mengesahkan sepanjang tempoh pasrael mengemudi kerajaan negeri di bawah pentadbiran jijan telah berlaku salah gunakuasa!!. sudah semestinya jijan wajar meletak jawatan sebelum penyelewangan beliau terbongkar. itu pun jika dewan ulama berani menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat laa kwang! kwangg! kwanggggg!!!

seperkara lagi..jika benar ada berlaku salahguna kuasa dalam pentadbiran negeri kenapa baru sekarang dewan ulama pas pusat dan dewan ulama pas kedah melenting?? adakah di sebabkan mereka tahu akan tiba masanya jijan bakal terkantol akibat bermacam2 penyelewangan di awal pentadbirannya sehingga sekarang lalu nak mulakan operasi pembersihan dosa dan noda?

dan kita tertanya2 kenapa jijan tiba2 pulak berubah sikap berikutan tindakan beliau mempertahan AUKU sedangkan tindakan itu secara terang terangan bertentangan dengan prinsip pakatan? adakah mungkin jijan baru sedar dia dah melakukan kesilapan demi kesilapan yang mula mencelikkan mata rakyat akibat dari pembongkaran demi pembongkaran di media2 massa dan elektronik lantas membuka mata beliau untuk berubah dalam sekelip mata (demi nak selamatkan pungkoq sendiri!)

ekoran ketidak sepakatan diantara jijan dan kepimpinan pas pusat melalui tindakan datuk phahrolrazi dan beberapa adun yang tidak sependapat dengan jijan serta cuba memboikot perlantikan semula jawatan exco. 

bagaimana pun keputusan datuk ir amirudin untuk bersama jijan tidak di senangi oleh datuk phahrolrazi dan menyebabkan kemarahan parasit2 atasan pas. ianya telah menampakkan keretakan yang amat jelas dan kemuncak kepada krisis yang terjadi.

tapi boleh kah kita menerima bulat2 cerita yang di hidangkan oleh pasrael setakat ni? aku tak heran apa pun kerana percaya mereka akan terus menutup pekung dan membiarkan kes tu tergantung tanpa ada apa2 kata putus. kalau di ikutkan ia seperti satu lagi drama hujung minggu ciptaan pasrael untuk meraih simpati rakyat..tak kira lah simpati itu di beri kepada jijan atau parasit2 pasrael kerana kedua2nya adalah ahli pas!..bila2 masa mereka boleh berubah..macam sesumpah..fikirkan sejenak! kehkehkehkeh >:]

Omegay: Pasrael pusat arah phahrolrazi tutup molot

Posted: 03 Mar 2012 01:32 AM PST


PAS slaps rebel Kedah leader with gag order
By Shazwan Mustafa Kamal March 03, 2012
KUALA LUMPUR, March 3 — Kedah PAS leader Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi confirmed today he has been barred by the party from making any more statements on the current crisis in the state administration.

The Kedah PAS deputy commissioner I said he had been directed by the PAS central committee not to issue any more statements for now, and that the directive was given to him when he attended a meeting at the PAS headquarters in Kuala Lumpur on Thursday night.


"I was called to the headquarters and told not to say anything until a meeting between PAS central committee leaders and the division," he was quoted by The Star as saying today. - Themalaysiainsideanuvajiass

kehkehkeh ape kene dengan pasrael sejak 2 menjak nih?. arahan totop molot kedengaran lagi. kali ni ketua pas kedah datuk phahrolrazi telah di arahkan zip molot dari mengeluarkan sebarang kenyataan. ini ler kebebasan cap parti lalat, adat dan sosial.

sebelum tu mesyuarat yang di adakan sebelum ni gagal mencapai kata sepakat dek kerana masing2 nak tegakkan totey masing2 di mana akhirnya mat sabun telah berjanji akan dapat menyelesaikan kekusutan pada mesyuarat hari sabtu (hari ini) klik sini

namun di lihat dari tindakan 'gag order' terhadap datuk phahrolrazi pada mesyuarat hari ini yang di buat oleh parasit2 pas ternyata ia lebih menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan. kegagalan beberapa adun pas mengikuti arahan pas pusat agar tidak menerima perlantikan semula telah mencetuskan kemarahan parasit2 pas. nampaknya krisis pas di kedah sudah sampai kemuncak.

persoalannya selama mana azizan boleh bertahan?

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Mar 2012 11:19 AM PST

PEJUANG BANGSA


Panas! Hassan Ali nak saman Mr Bean Mahfuz

Posted: 03 Mar 2012 03:57 AM PST

Inilah kesan tuduhan fitnah Pas yang diketuai Mr Bean Mahfuz kepada NGO JATI kononnya ceramah mereka dipajak oleh KBS .

Pas sebenarnya mahu jatuhkan kredibiliti Dr Hassan Ali dan ceramah-ceramah mereka yang mana kini mendapat sambutan hangat orang Melayu. Sekarang terima la padahnya saman oleh Hassan Ali.

PANAS ! AMK meroyan Anwar pemimpin suci digelar Iblis ...

Posted: 02 Mar 2012 10:04 PM PST




Kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti 'Iblis', merupakan satu perbuatan biadap dan melampau, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

"Jika berbeza pendapat sekalipun atau tidak bersetuju dengan pihak lawan, kita sewajarnya berbahas dengan fakta dan hujah, bukannya mencaci atau mengeluarkan kenyataan biadab seumpama itu," tegasnya.

"Kalau Nazri teruskan sikap seumpama itu, kita yakin ia hanya akan mempercepatkan tumbangnya Umno-BN dalam PRU kali ini.

"Kenyataan beliau itu umpama menggali kubur untuk Umno," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Kenyataan Nazri semalam, timbul ekoran tuduhannya mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pro- Israel.

Mengulas lanjut, Jonah berkata, Nazri sepatutnya berlaku adil kerana surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga pemimpin Israel, jelas membuktikan sikapnya yang hipokrit.
"Mahathir kata tiada hubungan diplomatik, tapi dalam diam-diam hantar surat pada tiga PM Israel mahu jalinkan hubungan, kan ini hipokrit namanya," katanya sambil menambah isu itu sepatutnya diselesaikan menerusi perbahasan dan debat secara ilmiah.

Mahfuz Bean buat lawak bodoh , rupanya teringin nak jadi PM

Posted: 02 Mar 2012 08:26 PM PST




Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.

Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.

Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.

Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.

Guan Eng jadikan menuduh UMNO satu budaya utama parti rasis DAP !

Posted: 02 Mar 2012 07:08 PM PST


Minggu ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah PP telah  menjadikan isu kekecohan di demo anti Lynas sebagai modal /senjata utama DAP menghentam UMNO .  Dia tak boleh jawab 25 soalan skandal 10 Bilion Bayan Mutiara , nampaknya dia mahu divert kepada isu ini .

Memang benar lah ada member GPB berkata ketua regim DAP ini ibarat  budak-budak yang pukul orang tetapi bila ditanya , dia tuduh orang yang dipukul untuk memukulnya ..




Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan insiden kekecohan dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Pulau Pinang baru-baru ini adalah disebabkan oleh UMNO bukanlah sesuatu yang menghairankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.

"Dia sendiri yang cari hal, adakan perhimpunan dan kemudiannya apabila ada keganasan melibatkan samseng maka akan dituding pada UMNO kerana sememangnya apa pun atau di mana pun mereka maka UMNO akan dipersalahkan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau, tuduhan sedemikian sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng bukanlah kali pertama berlaku kerana ia telah berlarutan beberapa kali dan turut digunapakai sehingga ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga.

"Kita ibaratkanlah Guan Eng ini macam budak-budak yang pergi mencuri, tapi kemudiannya apabila tertangkap dan disoal oleh ibu bapanya sendiri maka dia sanggup menuding jari pada orang lain sedangkan akhirnya dia yang terkencing dalam seluar kerana ketakutan," katanya.

Jelas beliau, seakan sudah menjadi prinsip dan pegangan dalam DAP dan kemudiannya diperturunkan kepada para pemimpinnya yang lain juga untuk menyalahkan UMNO dalam apa saja insiden yang berlaku iaitu bukan saja di luar malah perkara sama berlaku dalam sidang DUN.


"Pengalaman saya selama tiga tahun dalam DUN dapat melihat bagaimana wakil rakyatnya dilatih untuk memulakan perbahasan dengan menyerang dan menuduh UMNO atas apa saja isu misalnya mengatakan UMNO korup, UMNO parti perkauman, UMNO kroni dan macam-macam lagi.

"Asal bercakap saja, mereka akan mulakan dengan memburukkan UMNO. Sekiranya tidak percaya dan mahukan bukti atas apa yang saya cakap, silalah buat semakan dalam hansard DUN kerana di dalamnya terkandung semua yang diperkatakan satu persatu oleh mereka."

Tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, sikap pembangkang yang akan membuat tuduhan kepada UMNO sudah menjadi budaya dan diturunkan sebagai darah daging untuk meresapi semua anggotanya.

"Inilah sebenarnya sikap pembangkang yang bersifat kebudak-budakan, tidak matang dalam membuat pertimbangan sehinggakan gagal bertindak waras tanpa melihat kepada sebab dan akibat lantas UMNO akan dipersalahkan," tegasnya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menuduh UMNO adalah dalang dalam kekacauan yang berlaku semasa perhimpunan anti Lynas yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera. - MediaUMNO

DAP pulak cetuskan kekecohan di program BN ??

Posted: 02 Mar 2012 05:39 PM PST



MCA membidas DAP kerana cuba mencetuskan gangguan semasa majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sg Long oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata, sementara Perdana Menteri jujur untuk melakukan kebajikan kepada masyarakat Cina, masih terdapat sesetengah
pihak yang enggan menerima langkah tersebut dan memilih untuk menimbulkan tindakan tidak wajar bagi menyekat acara tersebut daripada berjalan lancar.

"Tindakan oleh Ahli Majlis Perbandaran yang lama dan sekarang dari DAP itu telah menjejaskan imej pembangkang sebagai pakatan yang memerintah Selangor.Perlu juga dijelaskan bahawa DAP tidak pernah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina.

"Apabila tidak dapat menindakkan hakikat bahawa BN telah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina, DAP menjadi tidak senang dan menganggap sumbangan BN sebagai ancaman. Ini merupakan salah satu sebab mereka cuba mengganggu majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 2.9 hekar tanah bagi membina sebuah SJKC di Sungai Long.Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tindakan DAP tersebut hanya mahu mencari publisiti dengan memainkan isu. - Bernama


Komen GPB 


Adakah parti rasis DAP ini membalas dendam balik selepas kejadian di demo anti Lynas dekat Pdg Kota ??

Laporan polis untuk Anwar ,didakwa hina kaum India dengan kata lucah ?

Posted: 02 Mar 2012 04:39 PM PST




- Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) hari ini membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.

Rakaman pertama berdurasi satu minit 29 saat manakala rakaman kedua berdurasi 38 saat telah dimuat naik sejak dua tahun lalu, ditonton oleh lebih 27,000 orang.

WARISAN@PAHANG

Posted: 03 Mar 2012 09:30 AM PST

WARISAN@PAHANG


Bio-ICT Pahang : Jangan Bodoh Seperti Pembangkang

Posted: 02 Mar 2012 04:40 PM PST


Majlis Perasmian Karnival Bio-ICT Pahang 2012 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 02 Mac 2012 (Jumaat)di Hotel Zenith Kuantan.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapannya dihadapan 1,000 peserta, beliau menggesa semua pihak menerokai bidang ICT jika tidak kita akan ketinggalan dan negara tidak maju.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan Tranformasi dalam pelbagai bidang maka seharusnya rakyat melakukan Tranformasi Diri jika ingin maju. Tranformasi bermaksud Hijrah dan Hijrah itu bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dalam konteks yang lain, Hijrah beerti keluar dari kegelapan kepada keadaan yang lebih baik. Melaksanakan kerja yang cekap dan bijaksana. Maka dalam dunia Bio-ICT kita perlu pantas menguasainya bagi menjana ekonomi. Produk handphone contohnya, bertukar dengan pantas dan ada sahaja jenis baru dikeluarkan sehingga satu syarikat yang terkemuka di dunia dalam pengeluaran handphone telah ketinggalan kerana gagal melakukan perubahan baru.

Syukur Alhamdulillah, perkembangan Bio-ICT Negeri Pahang berjalan dengan baik. Namun masih ada lagi rakyat Negeri Pahang yang berfikiran kolot dan tidak terbuka kerana termakan dan terpedaya dengan pembangkang. Apabila pembangkang bantah Lynas mereka turut sokong sedangkan pembangkang sendiri tidak memahami apa itu radiasi. "Pembangkang Bodoh Bantah Lynas".

IPOHMALAY

Posted: 03 Mar 2012 09:21 AM PST

IPOHMALAY


Fwd: Keenakan Tutur Kata 'Agamawan' Pembangkang

Posted: 02 Mar 2012 10:03 AM PST

---------- Forwarded message ----------
From: "F. M. Saleh" <ipohmalay@gmail.com>
Date: Sat, 3 Mar 2012 01:59:56 +0800
Subject: Keenakan Tutur Kata 'Agamawan' Pembangkang
To: ipohmalay.emailpost@gmail.com

Para pembenci teman yang seenaknya menyebut teman mabuk perlu
disediakan cermin besar supaya mereka dapat mencermin diri, lakukan
perubahan sifat diri sebelum mati dan diam untuk selama-lamanya.

Corak Islam ala pembangkang tidak lain hanyalah mengumpul umpat dan
maki sebelum mati sebanyak mungkin.

Belum teman nampak mana bahagian dalam Al-Quran dan mana anjuran dalam
Al-Hikmah yang menggalakkan hal ini.

Mereka tidak segan silu menyebut apa sahaja seperti mat saleh tidak
ada pegangan agama. Dengan kata lain, mereka merasakan bila mereka
mati, Allah akan bersama para pengumpat seperti mereka.

Sesungguhnya mereka dalam keadaan rugi. Toleransi mereka terhadap
perbuatan yang ditegah agama kini bertambah baik demi sekelumit kuasa.

Bagi agamawan pembangkang, bekerjasama dengan gerombolan yang semanya
Melayu peminum arak, pembuat dosa dan freethinker yang tidak menyokong
UMNO dibolehkan daripada bekerjasama dengan segerombolan UMNO yang
terdiri dari sorang dua yang giat melakukan dosa.

Menuduh teman mabuk kerana berita yang tidak menyebelahi mereka
sedangkan fakta itu jelas, sama dengan menafikan yang mereka lahir
sebagai anak yang sah, walaupun jelas mereka anak yang sah. Begitulah
buruknya kelakuan mereka.

Pada masa yang sama, sukacita teman maklumkan bahawa pendaftaran
keahlian UMNO teman pada 31 Januari 2009 melalui daftar online,
terbatal dek kerana mereka membatalkan sistem tersebut dan
menganjurkan teman mengisi borang keahlian baru.

Tahniah, teman tak sudi. Hehehe.

Kepada pengumpat bangsa pembangkang, teman senyum je lah. Selagi komer
belum putus nafas, kome tak akan sedor yang kome tak pernah buat benda
baik untuk peribadi komer.

Wallahu sami'un alim.

Tiada ulasan:

Pengikut