Rabu, 21 Mac 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno

Posted: 21 Mar 2012 01:50 AM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

"Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,"ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.

Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

"Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,"ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai 'break', akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

"Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,"ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi' (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan.


Sumber: Harakahdaily.net

tusan gagal hodohkan Ladang Rakyat

Posted: 21 Mar 2012 01:45 AM PDT


KOTA BHARU, 21 Mac: Keghairahan laporan khas mengenai Ladang Rakyat yang disiarkan sebuah akhbar Umno tiga hari berturut-turut sejak kelmarin seperti mencipta benda yang tidak wujud.
Laporan yang mendakwa ada penduduk di Kampung Lepar Jaya dan Kuala Ketil, Gua Musang dianiaya projek Ladang Rakyat ternyata tidak berasas sama sekali.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tidak ada projek Ladang Rakyat di kedua-dua lokasi berkenaan.
"Kononnya berlaku penderitaan yang ditanggung bebeberapa keluarga yang langsung tiada kaitan dengan projek Ladang Rakyat," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang penduduk, Mohd Donia Hanafi, 62 mendakwa akibat kerajaan negeri memajak tanah di Lepar Jaya menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Kampung Kuala Betis.
Dakwa beliau rumahnya di Lepar Jaya dimusnahkan syarikat yang ada kaitan dengan Ladang Rakyat.
Penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin juga menjelaskan tidak ada projek Ladang Rakyat di kawasan seperti didakwa dalam laporan Utusan hari ini.
Katanya, projek Ladang Rakyat hanya terdapat di Kuala Betis, Limau Kasturi, Paloh 4, Renok Baru dan beberapa lokasi lain.
"Saya juga tidak pernah mendengar cerita ada penduduk dihalau kerana projek Ladang Rakyat. Malah tidak pernah kedengaran ada penduduk ditahan di lokap kerana mempertahankan kebun mereka," katanya dihubungi di Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri menafikan sama sekali laporan akhbar berkenaan, termasuk dakwaan 60,000 hektar tanah Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta.
"Ini kerana keluasan tanah Ladang rakyat hanya 25,666 hektar dan bukannya 60,000 seperti dilaporkan. Lagi pun konsep pemajuan tanah bukan secara pajakan.
"Hak milik tanah Ladang Rakyat kekal sama ada tanah kerajaan atau didaftar di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat tanpa dipajak kepada syarikat swasta," ujarnya.
Miskin tegar
Ahmad juga berkata, dakwaan hanya 5 peratus peserta Ladang Rakyat bebas daripada kemiskinan tegar juga tidak tepat.
Katanya, akhbar terbabit menggambarkan seolah-olah daripada 4,834 peserta hanya 5 peratus atau 240 orang sahaja yang bebas miskin tegar dalam masa enam tahun projek dilaksanakan.
"Sedangkan fakta sebenar ialah 5 peratus bebas miskin tegar dalam masa setahun. Dan ini bermakna angkanya 240 orang setahun atau pun 1,440 orang enam tahun," katanya.
Menurutnya juga dakwaan peserta menerima sijil tetapi tidak menerima apa-apa dividen sebenarnya mereka merupakan peserta bagi penempatan berkelompok.
Katanya, peserta yang menerima dividen RM200 sebulan bukan di kalangan peserta penempatan berkelompok yang akan diwujudkan di Paloh 4 dan Limau Kasturi.
Beliau berkata, peserta penempatan berkelompok tersebut akan diberi tapak rumah yang dibina peserta melalui pembiayaan sewa beli tanpa faedah diurus Ladang Rakyat.
"Peserta dijangka akan dapat memasuki tapak rumah dalam masa sebulan dua lagi. Peserta akan menerima gaji bulanan dengan mengusahakan ladang seluas 10 ekar setiap seorang.
"Mereka juga akan diberi insentif sebanyak RM15 bagi setiap tan hasil kelapa sawit daripada hasil buah sawit di kawasan diusahakan," ujarnya.
Saman
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, sekiranya akhbar terbabit tidak menyiarkan penafian dibuat kerajaan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Harakahdaily

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

Posted: 21 Mar 2012 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

"Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

"Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

"Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu," katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

"Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.


Sumber: Selangorku

Felda: SAMM Kecam Najib Beri Arahan Pada Hakim

Posted: 21 Mar 2012 01:30 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memberi arahan kepada hakim untuk memberi kemenangan kepada Felda dalam kes-kes perbicaraan yang membabitkannya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SAMM, ucapan yang dikeluarkan Najib itu jelas menunjukkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman negara dalam membuat sebarang keputusan perbicaraan yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik.

"Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

"Kenyataan Najib yang berbunyi 'Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya' jelas bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah," jelas SAMM dalam kenyataan akhbarnya.

SAMM menambah tindakan sebegini bukan sahaja menyelar kredibiliti institusi mahkamah tetapi juga memberi kesan kepada warga Felda secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, SAMM menyeru warga Felda untuk bangkit daripada terus terlena dengan tipu daya Umno/BN.

"Pastikan maklumat ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi.

"Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati," pesan SAMM lagi.

Felda kini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak (OER) dan kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan menjadi 'precedent case' bukan sahaja kepada pihak Felda tetapi juga Kerajaan Umno/BN.


Sumber: Selangorku.com

Selangor Penyumbang Ekonomi Terbesar Malaysia

Posted: 21 Mar 2012 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 21 MAC :Selangor menyumbang sekurang-kurangnya 22 peratus atau lebih 1/5 daripada ekonomi negara. Manakala negeri-negeri lain sekadar menyumbang kurang daripada 10 peratus.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membuktikan kerajaan negeri lebihbersikap berdikari dan komitmen dalam membangunkan negeri.

Katanya, amalan tata kelola dan pengurusan yang berintegriti, Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya mencatatkan simpanan tunai sebanyak RM1.9 billion sepanjang tahun 2011.

"Walaupun kita adalah negeri penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, tetapi Kerajaan Pusat hanya mengembalikan dua peratus sahaja daripada jumlah sumbangan itu.

"Ini menyebabkan kita perlu untuk memiliki rezab simpanan tunai yang besar untuk berdikari membangunkan negeri tanpa perlu mencari sumber lain iaitu termasuk membuat pinjaman daripada Kerajaan Pusat,"jelas Abdul Khalid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DNS) di sini hari ini.

Sebagai rekod, simpanan tunai Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2011 ialah RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

"Walaupun begitu, tidak kesemua simpanan tetap itu boleh dibelanjakan memandangkan ia adalah juga sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan,"katanya.


Sumber: Selangorku

Dasar Penswastaan Pusat punca Selangor Tidak Cukup Air

Posted: 21 Mar 2012 01:20 AM PDT


SHAH ALAM, 21 MAC : Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menyaksikan pendedahan kerajaan Pakatan Rakyat berhubung komisen yang diberikan kepada syarikat konsensi penswastaan air di Selangor melebihi 75 peratus yang disifatkan sebagai satu rompakan kepada rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penswastaan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini tidak mengambil kira keupayaan syarikat konsesi yang berkebolehan sehingga mengakibatkan masalah air sering berlaku.

Beliau juga berkata, kos yang dikendalikan selepas penswastaan juga adalah berlipat ganda daripada apa yang dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sebelum ini.

"Saya ingin tahu rasionalnya mengapa dalam hal air masih tidak mencukupi di Selangor, tetapi kita masih terpaksa meminta negeri Pahang menjual air kepada kita? Mengapa perlu membuat lubang di bawah gunung supaya dapat disalurkan kepada Langat 2 untuk dibuat loji pembersihan dengan kos RM8 bilion, sedangkan setengah daripada wang itu boleh digunakan untuk membersihkan air sungai?

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan membohongi rakyat Selangor. Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat supaya pengurusan air diberikan kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dlm undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006," tegasnya.

Menurut Khalid Selangor merupakan negari yang menerima hujan hampir 200 hari setahun serta sering dilanda limpahan air dan banjir. Maka tidak ada sebab mengapa air tidak mencukupi. Mengapa air banjir ini tidak diurus bagi menampung air dimasa tiada hujan." ujar beliau yang juga Adun Ijok

Sementara itu, ketika ditanya tentang halangan pembinaan Loji Langat 2, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri tidak pernah menentang

mahupun berdolak-dalik mengenai projek tersebut, tetapi ia mesti dijadikan sebahagian daripada proses pengambilalihan industri air.

Beliau berkata, masalah bekalan air adalah masalah perjanjian dalam penswastaan yang perlu diselesaikan bagi mengelakkan rakyat Selangor terus menerus menanggung akibatnya.

"Siapa yang berdolak dalik? kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan? Kita tidak halang kelakukan itu, tetapi kita nyatakan kalau hendak buat, kita perlu lakukan ia sebagai sebahagian daripada penyusunan air Selangor. Pada Januari 2008, keputusan kabinet mengatakan sebahagian daripada penyusunan air untuk Selangor adalah termasuk dalam pemilikan program Langat 2.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan telah mengubah keputusan itu pada Mac 2008. Pada pendapat kita, kalau tidak berlaku penyusunan air, maknanya Langat 2 tidak perlu untuk kita," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menjelaskan, kerajaan negeri akan bekerja keras untuk memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih.

Menurutnya, lebih 17 loji rawatan air yang dimiliki di negeri ini juga adalah mencukupi untuk digunakan sebagai air terawat.

"Kita akan memperkenalkan teknologi untuk menggunakan air dari takungan lombong jika perlu dengan mengaplikasikan teknik reverse osmosis. Selain itu, air laut juga boleh digunakan jika keadaan memerlukan. Kita juga akan membersihkan sungai supaya saliran air adalah mencukupi.

" Tetapi keadaan ini tidak lagi diperlukan ketika ini kerana sumber air masih mencukupi." jelasnya.


Sumber: Selangorku.com

Radiasi di Bukit Merah: DAP bentang usul tergempar

Posted: 21 Mar 2012 01:15 AM PDT


Satu usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang.

Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan.

Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.

Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.

Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.

Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.


Sumber: Malaysiakini

98 ahli akademik M'sia di luar negara tuntut hak mengundi

Posted: 21 Mar 2012 01:10 AM PDT


Seramai 98 ahli akademik rakyat Malaysia di seberang laut mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyemak semula peraturan untuk membolehkan pendaftaran pengundi secara otomatik dan memberi hak mengundi sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Mereka menyokong petisyen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak supaya menghalang penghijrahan cendekiawan melalui pilihan raya bersih yang merupakan tuntutan masyarat akademik Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka terdiri daripada profesor pensyarah kanan hingga pensyarah kanan dan pelajar kedoktoran yang sedang mengajar atau belajar di Amerika Syarikat (35), Singapura (18), Australia (8), United Kingdom (7), Jepun (6), Taiwan (6) , Kanada (3), Jerman (3), Hong Kong (3), China (2), Belanda (2), New Zealand (2), Ireland (1), Qatar (1) dan Arab Saudi (1).

Mereka menandatangani petisyen itu termasuk tokok pendidikan berprofil tinggi seperti Ong Nai Phuan (Profesor Eugene Higgins Fizik, Universiti Princeton), Tan Chee Beng (Profesor Antropologi, Universiti Cina), Ho Engseng (Profesor Antropologi Budaya, Universiti Duke), Johan Saravanamuttu ( Felo Pelawat Penyelidikan Kanan , Institut Kajian Asia Tenggara) dan Khoo Boo Teik (Felo Eksekutif Penyelidik Lamam, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun,).

Inisiatif mereka juga disokong oleh tokoh pendidikan terkemuka termasuk Profesor Wang Gungwu, salah seorang pengasas Gerakan yang kini bersama dengan Universiti Nasional Singapore dan Pengerusi Institut Asia Timur, Ahli antropologi terkemuka di peringkat antarabangsa Profesor Ong Aihwa dari Universiti California- Berkeley dan Profesor Mohamed Zain dari Universiti Putra Malaysia.

Dalam petisyen itu, mereka memuji Najib kerana menubuhkan TalentCorp Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik cendekiawan pulang ke Malaysia, tetapi mengingatkan perdana menteri bahawa aliran keluar golongan tersebut adalah juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti rasuah yang berleluasa, salah urus dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.

"Penghijrahan cendekiawan tidak boleh disekat tanpa reformasi politik seperti reformasi pilihan raya, reformasi badan kehakiman dan reformasi media," kata mereka dalam petisyen tersebut.

Oleh itu, mereka menggesa Najib supaya berjanji bahawa pilihan raya umum akan datang tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan sepenuhnya.

Mereka juga melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan terkini mengenai hak mengundi rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

"Walaupun peruntukan yang jelas dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, hak kami dinafikan oleh Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya dan penafian tersebut malangnya telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Januari, 2012."

Pada hari itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak satu permohonan enam rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atas alasan bahawa mereka tidak terletak di bawah kategori "pengundi tidak hadir".

Cadangan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi reformasi sistem pilihan raya untuk memberi hak mengundi kepada semua rakyat Malaysia di luar negara, masih dibincangkan oleh SPR.


Sumber: Malaysiakini

Petugas Nurul ditahan, dakwa diganggu Umno

Posted: 21 Mar 2012 01:05 AM PDT


Dua sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.

Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam, dakwa Fahmi.

Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.

Kedua-dua mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

Nurul: Penipuan tersembunyi?

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

Peguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.

Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja-kerja parti politik itu dengan penyokong Umno.

"Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana-mana parti tanpa gangguan.

"Kenapa tiba-tiba intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Zunar angkat isu lembu dalam buku terbaru

Posted: 21 Mar 2012 01:00 AM PDT


Walaupun bukunya sering menjadi mangsa pengharaman oleh kerajaan, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar terus menerbitkan karya terbaru yang mengusik perjalanan politik negara.
Beliau tampil lagi dengan 1Moolaysia yang antaranya memuatkan jenaka tentang isu National Feedlot Corporation yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.

"Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!" katanya.

Selain terus mengusik isteri perdana menteri Rosmah Mansor - subjek yang digemarinya - Zunar juga menyentuh pelbagai isu semasa yang menurutnya "gagal" menjadi tema kartunis politik di Malaysia.

Isu-isu itu antaranya berkaitan tindakan imam kontroversi Hoslan Hussein yang membaling kasut ke arah panel hakim, isu dakwaan Rosmah suka membeli-belah dan demonstrasi BERSIH 2.0.

Selain kartun-kartun terbaru, 1Moolaysia turut memuatkan karya-karyanya yang termuat dalam Malaysiakini dan laman antarabangsa Cartoonmovement.

Buku kelima Zunar ini akan dilancarkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 25 Mac di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Ia boleh dibeli secara langsung hari tersebut selain tempahan melalui laman webnya dan kedai buku dalam talian Kinibooks.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Pengikut