Jumaat, 23 Mac 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Anggota polis larikan anak dara orang

Posted: 22 Mar 2012 07:20 PM PDT



23 Mac 2012 KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

"Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

"Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sediamaafkananakwalaupunmalu/Article/

Tiada ulasan:

Pengikut