DIALOG RAKYAT Posted: 28 Feb 2012 03:29 PM PST [unable to retrieve full-text content] DALANG BUAT KECOH!!! Ada bukti blogger UMNO Mat Indon Mali (MiM) terlibat Posted: 28 Feb 2012 04:48 AM PST
PASPB
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN mempunyai bukti bahawa Umno adalah dalang di sebalik serangan terhadap wartawan dan orang awam yang menyertai Himpunan Hijau 2 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang semalam.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata AMK mempunyai gambar dan bukti bahawa Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri ada bersama samseng yang membuat kecoh dan provokasi.
Menurutnya, AMK kesal dengan tindakan ganas samseng UMNO dan Perkasa sehingga mengakibatkan dua orang wartawan termasuk seorang terpaksa menerima lapan jahitan di tangan.
Jelas Khai Loon, lebih mendukacitakan adalah tindakan polis yang lewat mengawal keadaan dan tidak berupaya mengelakkan kecoh berlaku. Malahan, polis juga cuba lepas tangan dengan menuduh penganjur tidak memaklumkan polis lebih awal tentang himpunan itu, kata Khai Loon.
"Sebenarnya program-program anjuran Pakatan Rakyat atau masyarakat sivil bukan pertama kali menghadapi kecoh dan provokasi daripada samseng yang dipercayai berkaitan dengan UMNO dan PERKASA.
"Banyak perbuatan samseng berlaku di ceramah atau program yang diadakan di Selangor, Melaka dan Pahang.
"(Sebelum ini) kereta Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan samseng di Sembrong minggu lepas," katanya.
Justeru, beliau mahu polis bertindak segera dengan tegas terhadap samseng Umno yang menyerang peserta Himpunan Hijau semalam.
"AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.
"Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis.
"Banyak laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut" ujarnya. | MEREKA BUKAN SAHAJA TAKUT KEPADA ANWAR, NURUL IZZAH PUN MEREKA KECUT Posted: 28 Feb 2012 04:47 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun. Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.
Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution. Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar. Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat. Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.
| Dua beranak ini digeruni Umno
| Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu. Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem. Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu. Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur. Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya? Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.
Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya. Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini? Jika pemimpin mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini. Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar. Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral. Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.
Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini? Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini.
Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir? Jawapannya tidak. KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama. Apakah yang akan berlaku pula selepas ini? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.
Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program. Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut. /wfauzdin.blogspot.com | SPRM diberi kuasa siasat harta menteri Posted: 28 Feb 2012 04:02 AM PST KL TODAY.COM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.Maklumat tersebut yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri akan diserahkan kepada SPRM bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Panel penasihat SPRM membuat saranan itu bahawa mereka akan diberi salinan pengisytiharan harta anggota pentadbiran keluarga termasuk ahli keluarga mereka. "Saya bersetuju dengan saranan panel penasihat bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini. Najib berkata, kerajaan telah sekian lama meminta semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk keluarga terdekat untuk mengisytiharkan harta mereka kepada beliau menerusi dokumen pengisytiharan. "Setiap pertambahan atau pelupusan harta mesti diisytiharkan secara berkanun," katanya. Ketika menghasilkan kertas cadangan itu baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berharap agar kerajaan negeri mematuhi perintah itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed(gambar) mengalu-alukan saranan itu dan berkata pasukannya akan bertemu dengan beberapa pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan pelaksanaan tersebut. Katanya, mereka akan meminta salinan dokumen pengisytiharan yang kini berada di tangan Perdana Menteri. Abu Kassim berkata, perhatian utama SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan. | Injil ramal kehadiran Rasulullah ditemui? Posted: 28 Feb 2012 03:30 AM PST KL TODAY
Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian. Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.– Agensi | Keadaan Azean dilapor kritikal Posted: 28 Feb 2012 03:27 AM PST KL TODAY
Pelakon Azean Irdawaty merayu kepada orang ramai untuk memberikannya "hadiah" sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun pada Isnin (semalam) dengan mengadakan solat sunat hajat untuknya. Azean yang lahir pada 27 Februari 1950 berkata, keadaan kesihatannya menjadi semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini. "Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta "hadiah" sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Isnin. Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya. "Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat)," pintanya. Sementara itu mStar Online dimaklumkan beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid sebagai memenuhi keinginan seniwati tersebut selain berharap kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.Mstar | Ku Li: Hubungan bangsa makin runcing Posted: 28 Feb 2012 03:21 AM PST Tengku Razaleigh Hamzah
KL TODAY
Saya amat berbesar hati kerana telah dijemput untuk berucap dihadapan hadirin semua pada pagi ini untuk membicarakan sesuatu perkara yang amat penting bagi pemeliharaan dan kesinambungan bangsa kita.Sepertimana yang anda ketahui, negara kita telah bebas daripada cengkaman penjajah kira-kira lima setengah dekad yang lalu.Sedihnya, adalah menjadi sesuatu yang agak aneh kerana setelah 55 tahun merdeka, hubungan antara kaum kita lebih renggang berbanding dahulu. Pada 31 Ogos 1957, kebebasan kita telah disambut dengan kegirangan oleh segenap kaum yang bersama-sama berkongsi visi yang sama untuk masa hadapan yang baru. Pada masa itu, kita mempunyai seorang perdana menteri yang percaya kemerdekaan adalah satu-satunya kebahagian yang dicari oleh setiap kaum di negara ini, dan kejayaan kita dalam pencarian itu adalah baginya ujian utama yang telah dapat kita lalui. "Prinsip kebahagian yang sebenar," "apa yang diberi kepada seseorang, beri pada semua" Visi Tunku untuk negara yang baru mengecapi kemerdekaan adalah berdasarkan " prinsip kebahagian yang sebenar", sebuah subjek politik yang sering diperdebatkan pada kurun ke lapan belas dan sembilan belas di Eropah. Seperti ahli falsafah politik baru di dunia barat, bapa kemerdekaan kita juga percaya kerajaan wujud untuk memberi kebahagiaan kepada rakyat dan tidak lebih daripada itu. Bagi kita yang berada dalam Barisan, kita tidak mempunyai kepercayaan lain selain memastikan kebahagiaan pada rakyat," kata Tunku pada suatu masa dahulu. Tunku tahu bahawa kebahagian individu bergantung kepada kebahgiaan bersama, dan kadang- kala, kita perlu mengorbankan keselesaan diri supaya orang dari komuniti lain tidak ketinggalan dalam merasai kebahagiaan itu. Seperti Jeremy Bentham, ahli falsafah Inggeris, Tunku suka pada polisi yang akan membawa kebahagiaan yang boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia. Katanya, "apa yang saya beri kepada seorang, saya akan beri pada yang lain. Dengan cara ini, kita akan membuat semua orang gembira. Inilah matlamat utama saya." Malah, mengikut Tunku, "itulah perjuangan saya, untuk memastikan keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran bagi Malaya yang kita semua amat cintai." Polisi Tunku berteraskan prinsip utama iaitu kita mesti menghormati antara satu sama lain dan melayan orang lain seperti mana kita mahu orang lain melayan kita. Prisip ini amat penting didalam masyarakat pelbagai kaum yang saling memerlukan antara satu sama lain. Konsep kebahagiaan Tunku yang paling asas boleh diterjemah dalam kata pepatah yang menjadi kegemarannya, " live and let live". Ia adalah kata pepatah yang menyeru kita untuk menerima orang lain seadanya, walaupun mereka berbeza dari segi cara hidup. Tunku menggunakan kata pepatah ini bagi seluruh rakyat secara amnya. Dihancurkan oleh tragedi 13 Mei 1969 Tunku merupakan bapa kepada bangsa seperti yang di katakannya sendiri, "…Saya adalah seorang perdana menteri yang bahagia dan saya patut berasa begitu . Saya boleh merasakan nadi bangsa ini; saya bukanlah perdana menteri bagi bangsa ini, tetapi bapa kepada warganegara yang tinggal di negara ini. Jika Tunku mencanangkan kepada dunia bahawa dia merupakan perdana menteri yang paling gembira sekali, ia adalah kerana rakyatnya juga gembira, seperti kata Tunku pada masa itu, "Saya berdoa agar keadaan yang bahagia ini berpanjangan sampai bili-bila." Malangnya, impian Tunku hancur berkecai akibat rusuhan pada 13 Mei 1969. Perdana menteri yang dahulunya gembira telah menyatakan keperitan yang dirasainya semasa mengenang peristiwa itu dengan berkata: Saya selalu bertanya kenapa Tuhan memanjangkan usia saya hanya untuk menyaksikan kedua-dua bangsa yang saya kasihi, Melayu dan Cina membunuh satu sama lain. Begitulah lelaki yang bernama Tunku. Dia merupakan semangat yang menggerakkan bangsa. Tunku sudah lama pergi, dan hari ini, pemerintahannya sudah berada jauh dalam memori kita. Sejak beliau meninggalkan kita, hubungan antara kaum semakin buruk . Hari ini, sudah ada rejim yang mempromosikan konsep 1 Malaysia tetapi penuh dengan kontradiksi. Kita ada dokumen rasmi yang menerangkan konsep 1 Malaysia sebagai sebuah negara dimana setiap warganegaranya mengidentitikan dirinya sebagai orang Malaysia dahulu dan kemudian dari segi kaum. Namun, terdapat pula seorang pemimpin yang bercanggah dengan polisi rasmi itu dengan mengumumkan dirinya sebagai "Melayu dahulu", dan "orang Malaysia kemudian". Kenyataan ini bukan sahaja menjadi tamparan hebat kepada konsep 1 Malaysia, ia juga menjadi pematah semangat Jiwa Malaysia yang telah susah payah diterapkan oleh Tunku. Tidak hairanlah jika rakyat sudah tidak kenal pada jiwa ini, mereka tidak merasakan bahawa diri mereka adalah orang Malaysia sepenuhnya. Bangsa yang asing Anehnya, selepas 55 tahun merdeka, kita masih belum tahu bagaimana untuk hidup bersama seperti saudara. Sumber kekuatan negara adalah perpaduan, dan sumber ini memberi kekuatan yang semkain pupus. Kita sudah menjadi bangsa yang sudah asing antara satu sama lain. Buktinya, dalam arena politik, ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam. Kehadiran politik perkauman yang kuat adalah akibat daripada keadaan perhubungan antara kaum yang menyedihkan. Parti-parti politik juga memberi sokongan kepada polisi perkauman dan menerima sahaja sentimen perkauman yang dibawa oleh kaum yang mereka wakili. Dalam pentadbiran harian negara, mereka yang memerintah kurang memberi perhatian kepada peruntukan perlembagaan yang terkandung dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan bahawa "setiap orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak kepada perlindungan yang samaundang-undang "; dan Perkara 8 (2) yang menyatakan bahawa" tidak boleh ada diskriminasi terhadap rakyat atas alasan hanya agama, bangsa, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan." Satu bahagian yang lemah dalam hubungan antara kaum adalah Dasar Ekonomi Baru, yang asalnya adalah untuk mewujudkan perpaduan akhirnya menjadi menjadi punca utama perpecahan bukan sahaja di antara kaum, tetapi juga di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sendiri secara umum. Dasar Ekonomi Baru, yang diilhamkan pada tahun 1971 tidak lama selepas Tunku bersara sebagai perdana menteri dicipta untuk menangani kemiskinan, dan untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi. DEB sebenarnya untuk semua rakyat Malaysia Ia sebenarnya diadakan untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk Melayu atau Bumiputra sahaja. Sebagai bekas menteri kewangan, biar saya jelaskan bahawa bukan niat DEB untuk melahirkan golongan Melayu kapitalis semata-mata. Jika kita melawat jabatan-jabatan kerajaan atau universiti, kita tertanya-tanya, dimanakah perginya orang bukan Melayu? Selepas 1969, dengan tiba-tiba ada percubaan untuk hanya mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam dengan orang Melayu sahaja. Ia sememangnya tragis kerana perkhidmatan awam tidak mencerminkan komposisi kaum penduduk Malaysia, kerana kehadiran satu bangsa yang dominan sahaja cenderung untuk melahirkan budaya yang bercanggah dengan evolusi pentadbiran awam yang dinamik dan cekap di negara ini. Sistem pendidikan kita juga tidak seperti dahulu. Orang bukan Melayu lebih cenderung untuk menghantar anak mereka di sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah kebangsaan hanya mencerminkan karekteristik Melayu. Sudah tentu, sekolah kebangsaan telah menjadi semakin kurang menarik kepada bukan Melayu kerana Bahasa Inggeris tidak lagi digunakan dalam pengajaran matematik dan sains. Keadaan akan menjadi berbeza jika semua amalan diskriminasi dalam sistem pendidikan dihapuskan, dan sistem yang boleh diterima semua dalam pendidikan diguna pakai. Perpaduan negara adalah sesuatu yang kita tidak boleh abaikan. Asal-usul sebenar perpaduan nasional adalah dari sumber yang tidak mungkin: Parlimen, secara keseluruhannya. Parlimen mempunyai kuasa untuk memutuskan dalam menentukan hala tuju negara ini. Kita mesti mempunyai kerajaan yang kuat dan nekad dan mengiktiraf keperluan semua rakyat Malaysia, juga merumus dan menyebarkan dasar yang betul kepada masyarakat supaya mereka bersatu padu. Jika Parlimen meluluskan dasar yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia yang berdasarkan meritokrasi dan keperluan, lebih separuh daripada matlamat perpaduan nasional akan tercapai. Dalam hal ini, rakyat sebagai pengundi mesti sedar bahawa mereka sahajalah memegang kunci kepada masa hadapan negara ini. - Teks ucapan Tengku Razaleigh Hamzah pada Mesyuarat Sarapan Pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Paddy Schubert Sdn Bhd pada 24 Februari, 2012. | Badrul dakwa Tengku Mahkota cuba selesaikan isu Posted: 28 Feb 2012 02:24 AM PST Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.
"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.
"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.
JAIP Sabtu lalu dilapor menangkap "seorang pemimpin PKR" kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.
Badrulamin - yang dinamakan di blog-blog - bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan beranggapan kejadian itu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya.
Pada ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat, Badrulamin juga malam tadi diiringi isterinya. Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung isu itu hari ini. Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Badrulamin juga berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno. Dakwanya, selain pemandunya diugut, beliau juga diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.
Menyentuh siasatan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bermula semalam, Badrulamin berkata beliau memberikan kerjasama penuh. | Lynas dan khalwat Posted: 28 Feb 2012 02:19 AM PST MSK Sejak beberapa hari lepas, masing-masing sibuk dengan perisapan demo Anti-Lynas. Aku tak pergi Kuantan tapi terlibat dengan demo di Bukit Merah, Ipoh. Ketika terlibat dengan demo anti-Lynas ini, aku tak berpeluang dan melayari internet. Dan bila cuba melayari blog-blog pagi ini, aku cuba mencari berita-berita tentang demo anti-Lynas. Tak banyak. Malah berita tentang demo di Bukit Merah Ipoh hampir tiada. Tapi yang banyak tertulis dalam blog-blog bahasa melayu ialah kes khalwat Dr. Badrul Amin. kes tersebut berlaku sebelum demo Lynas tapi masih hot. Sedangkan demo Lynas yang berlangsung semalam dah mati. Kesimpulan aku ialah..orang Melayu lebih suka cerita sensasi dan cerita dalam bilik orang daripada isu-isu yang lebih besar. Pantang ada pemimpin yang kena tangkap khalwat…akan jadi headlines untuk beberapa hari. Apa saja yang berkaitan dengan seks..akan menjadi tumpuan kepada masyarakat Melayu. Come on la. Pencabulan Teluk Rubiah tidak mendapat perhatian orang Melayu. Walaupun yang akan menerima kesan daripada pencabulan alam sekitar disitu ialah orang Melayu..tapi orang Melayu masih buat tak tau. Demo di Bukit Merah semalam berjaya menarik hampir seribu orang. Kalau aku pisahkan kehadiran mengikut kaum, aku boleh katakan hanya 5% Melayu. 5% India dan 90% Cina. Tabik spring kepada muslimat Pas Pasir Salak yang turut hadir..kalau tidak mungkin aku tak nampak orang Melayu. (gambar mereka disini.) Bukan niat aku untuk menjadi rasis..tapi cuma hendak menunjukkan bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir. Kalau nak dikira siapa yang mendapat keuntungan dari satu-satu projek itu..kebanyakannya orang Cina. Orang Melayu yang mendapat untuk ialah orang Umno yang kutip komisyen. Tapi dari bekalan peralatan, kerja-kerja kontrak untuk membangunkan kilang..semuanya orang Cina.Orang Melayu bahwahan hanya menunggu untuk mendapatkan kerja yang gaji entah berapa. Tapi sekarang orang Cina lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan. Depa sanggup berdemo walaupun yang akan rugi banyak kapitalis Cina. Orang Melayu pulak tak mau ambil pot, walaupun yang depa dapat kesan yang paling banyak. Dalam demo anti-Lynas ini..orang Cina turun berdemo siap dengan bawa anak-anak yang kecil lagi. Manakala orang Melayu masih seronok dengan cerita khalwat orang lain. Seperti di Teluk Rubiah, ramai orang tak tau tentang perancangan dan kesan-kesan pembangunan yang tidak mesra alam dibuat oleh Umno/BN. semuanya dibuat secara rahsia..dan rakyat hanya tau bila semuanya sudah bermula dan tidak banyak yang boleh dibuat selepas itu. Kilang Lynas di Kuantan tu satu hal. Dah banyak berita yang dikeluarkan..kalau masih tak faham atau tak tau…aku pun tak tau nak kata apa lagi. Di Perak..tahun lapan puluhan dulu dah ada kilang yang sama iaitu Asian Rare Earth di Bukit Merah. Gen Y mungkin tak tau sebab depa masih kecil. Kilang ini akhirnya ditutup selepas mendapat bantahan dari penduduk setempat. Kalau nak tau cerita tentang ARE dengan lebih detail..siap dengan gambar, boleh tengok kat sini dan sini. Salah satu gambar yang aku minat ialah yang dibawah ni. Semasa demo semalam, aku terjumpa dengan salah seorang bekas pekerja ARE yang pernah ditangkap dibawah ISA. Dia bukan saja menceritakan tentang bagaimana masih lagi ada kilang-kilang yang memproses radioaktif ini di kawasan Bukit Merah. Dia membawa aku ke kilang tersebut tetapi kilang tersebut dikawal dengan rapi. Malah kami diekori oleh sebuah kereta SB ketika kami masuk kesana. Cuba perhatikan gambar dibawah ini dan bandingkan dengan yang diatas. Ada sesiapa yang tahu tentang kilang ini yang tersorok didalam hutan di Banjaran Kledang? Aku tak berapa kisah kalau kilang ini dikawal oleh pasukan keselamtan kilang, tapi kalau ianya turut dikawal oleh polis dengan meletakkan SB disana..aku syak ada sesuatu yang disorokkan. Aku dapat tahu, semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ini. Malah pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk. Ini persoalan yang patut diambil berat oleh semua orang. Rakyat Kuantan sudah bangkit untuk menentang Lynas. Rakyat Perak juga kena bangkit untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di Banjaran Kledang ini. | Langgar sensitiviti agama, konsert Erykah dibatalkan Posted: 28 Feb 2012 02:11 AM PST MALAYSIA KINI
Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan. "Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini. Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah. Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid - sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam esok P embatalan konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras daripada pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS hari ini. Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal. "Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu. "Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik | MTUC desak Najib campurtangan, umum hilang keyakinan terhadap Subramaniam Posted: 28 Feb 2012 02:10 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis SUBANG JAYA — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan berhubung isu berhubung kesatuan sekerja dan pindaan Akta Kerja 1955 berikutan menteri yang bertanggungjawab dilihat gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan perkara itu. Kesatuan itu turut mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam kerana menteri itu dilihat tidak serius terhadap permasalahan yang melibatkan nasib pekerja-pekerja di negara ini. Presiden MTUC Khalid Atan (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat kesatuan itu di sini berkata, Subramaniam seolah-olah menganggap masalah yang dialami pekerja hanya perkara remeh dan tidak serius dalam mencari penyelesaian terhadap konflik yang timbul terhadap nasib pekerja. "MTUC mengumumkan kami hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri yang tidak serius menangani masalah pekerja. "Oleh itu MTUC telah bersepakat untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menganjurkan perhimpunan sebagai bantahan terhadap menteri," katanya. Menurut Khalid, sekiranya nasib pekerja di negara ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, lama kelamaan kesatuan sekerja akan pupus. "Kita sudah buat protes dan sebagainya, tetapi kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan rungutan kesatuan. Malah, kami telah berulangkali menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini. MTUC sebelum ini telah membuat bantahan terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang melibatkan "Contractor for Labour", iaitu sistem yang akan memutuskan hubungan antara majikan dan pekerja dan menggunakan khidmat orang tengah yang mana pekerja akan hilang jaminan pekerjaan dan sistem ini menjurus kepada eksploitasi pekerja. "MTUC mahu perdana menteri mendengar rintihan kesatuan, jangan kaum pekerja dipinggirkan begitu sahaja, seolah-olah mereka tidak wujud, kalau pihak lain boleh didengar, boleh dilayan, kenapa perkara ini dilakukan kepada MTUC?" soalnya. Tambah Khalid, Subramaniam juga gagal mengambil tindakan sewajarnya di atas perlakuan Maybank yang dilihat bercanggah dengan undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan dengan menaja penubuhan kesatuan dalaman yang bercanggah dengan Artikel 6 perjanjian bersama yang terikat antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan Maybank. Sementara itu, Khalid turut mendesak Najib mewujudkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku dalam Maybank. "Menteri gagal bertindak selaras dengan kuasa beliau mengikut kehendak Seksyen 71 Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk membatalkan pendaftaran kesatuan dalaman yang ditaja Maybank yang bercanggah dengan perjanjian bersama tersebut. "Malah beliau turut mendaftarkan kesatuan dalaman di Maybank, sedangkan Nube telah diiktiraf sebagai kesatuan yang mewakili pekerja bukan eksekutif sejak lebih 50 tahun lalu," katanya. Sehubungan itu, sebagai tanda protes, MTUC hari ini turut mengeluarkan wang simpanan mereka di Maybank yang berjumlah RM3.5 juta dan menutup akaun kesatuan itu serta merta. "Kami sudah menyimpan di Maybank sejak 15 tahun lalu. Sebagai tanda protes, kami akan menutup akaun berkenaan hari ini dengan serta merta," katanya lagi. Turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalaman Syarikat GLC, Mohamed Shafie Bp Mammal, yang sekali lagi memberi ingatan kepada kerajaan bahawa gabungan kesatuan sekerja di negara ini mempunyai lebih dari sejuta ahli dan kerajaan tidak boleh menidakkan suara mereka dalam perkara ini. "Perdana menteri jangan bertindak seperti menteri sumber manusia, langsung tidak mengendahkan suara pekerja. Kami mempunyai gabungan ahli lebih dari satu juta seluruh negara," tegasnya. | Izzah, Nik Nazmi buat laporan polis insiden serangan di Felda di Lepah Hilir Posted: 28 Feb 2012 02:09 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA — Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam tadi. Menurut Izzah (gambar) yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan. "Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah. "Mereka menjerit "Keluar Nurul Izzah", "Keluar Nik Nazmi", "Hidup Umno", "Anwar Penyokong Israel", dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno," katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut. Tambah beliau, atas nasihat dan saranan pihak polis yang membuat kawalan, mereka meninggalkan premis berkenaan, namun penyokong Umno itu mengepung kenderaan mereka, sebelum Polis Bantuan Felda datang mengiringi mereka keluar daripada lokasi berkenaan. "Saya berterima kasih kepada pihak polis yang memberikan bantuan kepada kami, walaupun mereka turut menjadi mangsa serangan provokasi pada malam itu," katanya dan menjelaskan terdapat kurang daripada 10 pegawai polis berpakaian seragam dan Polis Cawangan Khas yang bertindak menjaga keamanan ketika insiden itu. Ketika kejadian, Nurul Izzah menjelaskan terdapat kira-kira 100penduduk tempatan yang hadir untuk mendengar ceramah mereka. Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan, tindakan provokasi yang dibuat kumpulan berkenaan telah bermula sejak mereka sampai di kawasan premis gerai makanan itu. Sehubungan itu, beliau turut menuntut Perkasa dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung insiden berkenaan. "Saya menuntut Khairy dan Perkasa tampil menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan anak muda yang menjadi perkakas Umno ini. Tambah Nik Nazmi, pihaknya kesal kerana tindakan malam itu tidak menggambarkan kematangan anak muda dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. "Ini negara berperlembagaan, rakyat boleh memilih parti yang mereka percaya, kalau benar Umno serius, saya minta Khairy rujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas secara ilmiah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan maklumat daripada pihak polis yang diterima Nurul Izzah, pemuda yang disyaki cuba menyerang Nurul Izzah dikenali sebagai Asrullah Affendi Abdullah, Ketua Majlis Belia Malaysia cawangan Felda Lepar Hilir. Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Tropicana di sini. | Mufti Perlis: The Star patut digantung Posted: 28 Feb 2012 02:08 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR— Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (gambar) telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam. "Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama," tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. "Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu. "Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai. "Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain," katanya lagi. Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak. Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya. | Salahuddin mahu A-G laksanakan tanggungjawab dakwa pengarah NFCorp Posted: 28 Feb 2012 02:07 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa Peguam Negara mengambil tindakan sewajarnya berhubung cadangan pihak polis supaya mendakwa pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) atas dakwaan pecah amanah dan bertindak atas fakta kes yang dikemukakan polis. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menjelaskan, pihak polis sudah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan apabila mencadangkan perkara itu kepada peguam negara dan beliau seharusnya bertindak kerana bukti-bukti yang dikemukakan sudah jelas. "Peguam Negara tidak mempunyai pilihan selain mendakwa mereka kerana ia adalah atas saranan pihak polis. "Polis sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sangat berkesan, dan peguam negara harus bertindak atas fakta-fakta kes," katanya di ibu pejabat PAS di sini. Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain. Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah mengesahkan perkara itu "Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider. NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). NFCorp bagaimanapun semalam melahirkan rasa terkejut dan keliru dengan kenyataan Syed Ismail itu. Mereka menyifatkan kenyataan itu "terlalu awal", dan mempersoalkan motif di sebaliknya kenyataan itu dengan mendakwa Syed Ismail bertindak di luar bidang kuasanya. "NFCorp terkejut dan keliru dengan kenyataan yang terlalu awal oleh Syed Ismail walaupun beliau mengaku siasatan masih berjalan dan masih belum lengkap. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata tindakan mendakwa NFCorp terpulang kepada peguam negara, dan menegaskan tidak semua penyiasatan akan berakhir dengan pendakwaan. Salahuddin (gambar) berkata, peguam negara mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sekiranya kes itu mempunyai bukti yang kukuh untuk di bawa ke mahkmah. NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010. Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut. Sejak pendedahan tersebut dibuat, Shahrizat telah berhadapan dengan tuntutan meletak jawatan termasuk daripada barisan kepimpinan Umno sendiri. Namun beliau enggan melakukan tindakan sedemikian sebaliknya tetap bertegas projek itu tiada kaitan dengan dirinya. Ketua Wanita Umno itu turut membuat permohonan cuti selama tiga minggu daripada perdana menteri apabila tuduhan rasuah dibongkar. Beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai menteri. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Putrajaya akan melantik juru audit bebas bagi menyemak dokumen kewangan NFCorp, namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.
| PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam Posted: 28 Feb 2012 02:03 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis
SHAH ALAM – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka. "Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan. "Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini. Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum. "Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi. "PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi. Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam. "Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi. Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. | Kerajaan bantah permohonan semakan semula kehakiman berkaitan lesen Lynas Posted: 28 Feb 2012 01:59 AM PST MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR- Kerajaan hari ini membantah permohonan semakan semula kehakiman yang difailkan penduduk tempatan untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) memberi lesen sementara kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk pengoperasian Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Pahang. Pendengaran bantahan awal kerajaan itu diadakan secara dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf. Pada 17 Februari, sekumpulan 10 penduduk memfailkan permohonan itu dengan menamakan LPTA, yang mengendalikan pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom serta bahan radioaktif dan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai responden. Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Januari memberi lesen sementara kepada Lynas Malaysia. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang mewakili LPTA dan ketua pengarah itu memberitahu pemberita bahawa kerajaan mengemukakan bantahan berkenaan atas alasan penduduk terbabit sepatutnya mengemukakan rayuan berhubung keputusan LPTA kepada menteri berkenaan. "Sekiranya mereka (penduduk) tidak berpuas hti dengan keputsuan lembaga itu, mereka sepatutnya mengemukakan rayuan kepada menteri berkenaan seperti yang diperuntukkan Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984," kata Suzana, yang dibantu Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail. Beliau berkata, mahkamah menetapkan 20 Mac sebagai tarikh untuk mendengar jawapan penduduk terbabit terhadap bantahan itu. Peguam K Shanmuga mewakili penduduk berkenaan. Penduduk terbabit memohon perintah yang menghalang LPTA daripada mengeluarkan sebarang lesen sementara atau lesen tetap kepada Lynas, kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan Laporan Penilaian terperinci tentang kesan loji berkenaan terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan sehinggalah laporan itu diluluskan. Mereka mendakwa keputusan itu melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dan LPTA tidak memberi pelung kepada perayu untuk mengemukakan representasi berhubung keselamatan loji itu. Mereka juga memohon mendapatkan perintah penangguhan pemberian lesen sementara dan agar Lynas Malaysia, ejen atau pekerjanya dihalang daripada melaksanakan pengoperasian loji berkenaan sehinggalah satu keputusan dibuat tentang permohonan semakan semula kehakiman itu.- BERNAMA | NFC: Dana rakyat terdedah kpd risiko kerugian perniagaan pasaraya mewah di S'pura Posted: 28 Feb 2012 01:57 AM PST
KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu. Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti berikut: Dato' Seri Salleh Ismail S$666,667 Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667 Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667 (Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.) Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untuk membiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini. Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila rujuk Lampiran A), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 kelak. Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap. Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35. Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan. Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini. Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai. Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan. Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini. MOHD RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN IALAH KETUA WANITA KEADILAN | FGVH: Anak akan terus dedah ‘lakonan’ Najib, Isa Posted: 27 Feb 2012 09:43 PM PST Kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) akan diteruskan sesuatu yang sangat dikesali. Keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) yang membatalkan EGM pada 22 Februari lalu berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan adalah sangat tepat dan wajar. Namun keangkuhan Isa Samad merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH akan terus mengundang kontroversi dan bantahan seluruh negara. Tanpa perlu menghuraikan semula sebab penentangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan warga Felda; Kerajaan BN mestilah bersedia dengan isyarat jelas penolakan dasar separuh masak penyenaraian FGVH yang diketuai Isa Samad. Daripada awal pendirian Anak, suatu transformasi ke arah penambahbaikan Felda boleh di bincang dan ditangani tanpa perlu kepada penyenaraian di Bursa Malaysia. Adalah dicadangkan diadakan suatu Konvensyen Halatuju Felda dengan menemukan semua pihak yang berkaitan bagi merumuskan mekanisme strategik bagaimana usaha-usaha boleh digerakkan untuk terus membangunkan Felda ke tahap yang di sasarkan. Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mesti mengimbas kembali matlamat Felda di wujudkan oleh bapa beliau, Allahyarham Tun Abd Razak tahun 1956. Jangan dikhianati perjuangan dan pengorbanan bapa beliau dan pemimpin terdahulu. Mengapa kerajaan pimpinan beliau beria-ria sangat dengan pelan penyenaraian FGVH seolah-olah esok lusa peneroka akan merempat dan rugi besar jika menolak cadangan tersebut? Gelojoh benar nampaknya PM dan Isa Samad dengan menidakkan peneroka selaku tuan tanah yang bersusah payah puluhan tahun selama ini. Tidak perlu bersandiwara mahu menolong peneroka. Anak tahu agenda Kerajaan BN dan motif sebenar penyenaraian. Anak simpati dengan nasib peneroka Felda yang diperdaya hingga menyerahkan salinan Kad Pengenalan, Salinan Geran HakMilik dan dokumen peribadi ahli keluarga serta kesukaran menyediakan buku akaun bank seperti diminta baru-baru ini, kononnya akan dapat durian runtuh ribuan ringgit. Ketika ini lakonan PM dan Isa Samad kita sudah mula dedahkan secara bersiri. Lebih banyak pendedahan dan penyelewengan akan dilakukan selepas ini dengan bukti-bukti yang sangat kukuh. Meskipun penentangan kita berjaya hingga EGM dibatalkan, perjuangan tidak terhenti setakat ini. Anak akan bersama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) akan berusaha mengadap Duli Tuanku Sultan Negeri-negeri mulai Mac ini memohon perkenan Tuanku Sultan agar campur tangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak dipajak kepada FGVH. Bahkan Anak akan menyerahkan memorandum suatu cadangan bagaimana tanah seluas 360,000 hektar boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri. Langkah Kerajaan Negeri Kelantan yang bercadang memajukan tanah Felda Plantation seluas 55 ribu hektar dengan memasukkan 8,000 peneroka baru terdiri daripada anak Kelantan sangat relevan, sesuai dengan saranan Anak selama ini. Anak menyokong penuh usaha Biro Felda dan Orang Asal PKR mengutip 100,000 tandatangan bantahan penyenaraian FGVH yang bakal diserah kepada Perdana Menteri pada 30 Mac 2012 di Putrajaya. Bahkan, jika ianya gagal melunakkan pendirian PM untuk terus menyenaraikan FGVH pada 10 Mei ini seperti disebut Datuk Ahmad Maslan; suatu HIMPUNAN RAKYAT PERDANA dijangka akan diadakan pada April ini. Puluhan ribu warga Felda akan menyerlahkan keberanian mereka untuk turun berarak bersama rakyat lainnya menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Ingat, nasib Kerajaan BN akan ditentukan melalui undi 55 kawasan Parlimen dan 92 Dun yang ada pengundi Felda pada PRU13 nanti. Mazlan Aliman adalah Presiden Anak. | Mahkamah Tinggi dengar kes bantah TOL Lynas Posted: 27 Feb 2012 09:39 PM PST (Penduduk Balok dan Kuantan berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah Jalan Duta bagi menyokong tindakan terhadap Lynas)
KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang penduduk Balok, Kuantan berkumpul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk menyaksikan sebutan kes Semakan Kehakiman berhubung pemberian lesen TOL kepada Lynas.
Afidavit di failkan oleh 10 plaintif dari Balok dan Kuantan menuntut supaya pemberian lesen ini ditarik balik.
Kes akan di sebut pada pukul 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi.
Pada Jumaat lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu.
Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan kerajaan.
Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co.
Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan.
Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas.
Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material, Dr Lee Chee Hong. | Pemuda PAS serah memo bantah konsert Erykah Posted: 27 Feb 2012 09:38 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendesak dibatalkan konsert penyanyi Erykah Badu di negara ini. Mengikut perancangan, penyanyi wanita yang berasal dari Amerika Syarikat itu akan mengadakan konsertnya pada malam esok, 29 Februari, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Desakan itu dibuat bagi mengelakkan kesan lebih buruk ke atas rakyat negara ini, memandangkan penampilan penyanyi itu yang penuh dengan kontroversi. Memorandum tersebut diserahkan oleh setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini, sekitar jam 11.15 pagi tadi dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan menteri terbabit, Abdul Rauf Puteh. Turut menemani Khairul Faizi, Penolong Setiausaha 111 Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob; Pegawai Media Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali; Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz. Dalam memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, kehadiran penyanyi itu pada asalnya tidaklah begitu disedari sehinggalah tersiarnya satu rencana mengenainya di dalam akhbar cetak The Star dan laman onlinenya semalam. Menurut Khairul Faizi, kontroversi timbul apabila akhbar The Star telah menggunakan gambar penyanyi itu yang memaparkan kalimah Allah pada kedua-dua bahagian bahunya tanpa mengira sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Katanya, penyanyi itu jelas telah menghina Islam apabila beliau meletakkan tatoo di bahagian hadapan badannya dengan kalimah Allah. "Rata-rata umat Islam yang menyedari iklan dan promosi itu di media terkejut dan marah dengan kehadiran penyanyi itu dengan persoalan, bagaimana dia yang jelas menghina Islam boleh dibenarkan mengadakan konsert di negara ini. "Harakahdaily semalam telah mengeluarkan satu posting daripada salah seorang pembacanya yang mempertikaikan bagaimana penyanyi itu dibenarkan untuk beraksi di Malaysia," katanya pada sidang akhbarnya di Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini, selepas penyerahan memorandum itu. Gambar tersebut, menurutnya, telah tersebar di dalam pelbagai laman sesawang lain dan kini menjadi pertikaian massa kerana ia sudah tentu akan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah di dalam hati rakyat Malaysia. "Malah gambar itu juga menjadi gambar rasmi kepada laman sesawang penyanyi itu bagi menunjukkan gambaran bahawa beliau tidak menghormati kalimah Allah yang mulai," tegasnya. DPPM turut kesal terhadap akhbar The Star kerana tidak sensitif menerbitkan gambar tersebut kepada pembaca walaupun tentunya sedar ia adalah satu penghinaan kepada Islam. "Walaupun The Star telah menerbitkan satu jawapan permohonan maaf di atas kesilapan tersebut dan telah disiarkan di dalam laman sesawangnya, namun ia telah berlaku dan perlu ada tindakan lanjut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya. Khairul Faizi menegaskan, lebih dikesali, dengan latar belakang penyanyi itu sebagai penganut Islam, beliau tetap cuba menonjolkan identitinya dengan penampilan seperti itu. Penampilan yang ditampilkan itu, tambahnya, secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina Islam. "Apa yang dibimbangkan, imej beliau akan menjadi ikutan anak-anak muda beragama Islam di negara ini. Lebih dari itu, penampilan seperti itu diiktiraf pula di negara ini dengan kebenaran beliau mengadakan konsert di negara ini dan dipromosikan oleh media-media tempatan," ujarnya. Sehubungan itu, DPPM turut mendesak Rais memantau dan mengawal semua media agar mengikut ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah kementerian tersebut sepatutnya lebih sensitif dalam memastikan tidak ada penyanyi luar atau artis yang dijemput mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negara ini. | Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung Posted: 27 Feb 2012 09:35 PM PST KUALA LUMPUR: Pemuda PAS dan Mufti Perlis sepakat mencadangkan agar kerajaan menggantung permit akhbar The Star ekoran tindakan biadabnya menghina Islam. (Sebahagian gambar yang disiarkan The Star baru-baru ini) Dalam kenyataan berasingan mereka, kedua-duanya mendesak kerajaan bertindak segera kerana tiada alasan akhbar itu terlepas pandang. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang.
"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, biarpun The Star telah memohon maaf, namun ini entah keberapa kali The Star membuat kesilapan yang hampir serupa.
"Pastinya memohon maaf sahaja tidak mampu menyembuh luka ummat Islam akibat penghinaan serupa yang berulang kali," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, akhbar berkenaan menyiarkan juadah daging babi untuk dihidangkan di bulan puasa.
Ekoran itu, akhbar berkenaan memohon maaf selepas dibantah umat Islam.
Baru-baru ini, akhbar berkenaan menyiarkan gambar besar Erykah Badu dengan tatoo nama Allah pada dadanya.
Harakahdaily telah menyiarkan bantahan pembaca terhadap penyiaran gambar yang biadab ini.
Ekoran itu, The Star menyiarkan permohonan maaf.
Selain The Star, turut menghina Islam sejak akhir-akhir ini adalah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagaimana yang digambarkan dalam debatnya dengan Lim Guan Eng.
The Star adalah akhbar yang dimiliki oleh MCA.
Bagi Nasrudin, Erykah Badu, seorang artis African American begitu biadab dan keterlaluan apabila melukis tatoo kalimah Allah swt di dada kiri dan kanannya selain tatoo segitiga pyramid bahagian tengah dadanya pula.
Malangnya, beliau diundang untuk membuat persembahan di dalam negara kita.
Pula diberi ruang promosi yang hebat dalam The Star tanpa rasa bersalah dan menghormati sensitiviti ummat Islam.
"Saya menegaskan bahawa kerajaan mesti bertindak tegas terhadap penghinaan kepada agama seperti ini.
"Sekurang - kurang permit The Star mestilah digantung selama sebulan. Pihak penganjur juga mestilah diambil tindakan tegas kerana mengundang artis seperti itu," kata beliau.
Isu di sini, katanya, bukan konsert atau karyanya, tetapi penampilannya yang mengguris dan melukakan perasaan ummat Islam. | Umno Kedah Akan Terngangga Esok Posted: 27 Feb 2012 09:28 PM PST MSO
Angan-angan Umno untuk melihat Pas Kedah berpecah dengan harapan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Pas akan hancur berkecai tidak akan kesampaian. Esok 28 Februari seperti mana dirancangkan akan berlangsung majlis angkat sumpah Exco Kedah. Lapan orang Exco akan mengangkat sumpah semula untuk meneruskan khidmat mereka. Azizan Razak pula akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Dua orang lagi Exco dikatakan tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun dua Exco berkenaan yang dikatakan tidak akan menyertai kabinet Azizan Razak juga dikatakan akan turut berbuat demikian - angkat sumpah tetapi bukan esok. Dua orang Exco yang disebut tidak akan hadir untuk mengangkat sumpah memeganag jawatan ialah Pahkhorarzi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Difahamkan mereka telah memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka esok kepada Sultan Kedah. Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Anggota Exco Kedah akan berakhir pada 3 Mac. Perkembangan mengenai kemelut Pas Kedah yang cuba dicetus dan dibesarkan oleh pihak tertentu sehari dua ini akan tamat sebaik saja majlis angkat sumpah berlangsung esok. Umno menafikan mereka ada campur tangan atau cuba memecah belahkan Pas tetapi tidak dapat menyembunyikan niat jahat mereka apabila akhbar miliknya terus membuat spekulasi dan terjahan-terjahan jahat. Blog MT difahamkan Umno berusaha ke saat akhir untuk menghuruharakan Pas Kedah. Agen mereka cuba memwujudkan ketegangan di kalangan Pas Kedah dan juga cuba membentuk puak-puak di dalam Pas Kedah. Bagaimana pun kematangan ahli dan penyokong Pas Kedah menyebabkan usaha itu gagal. Beberapa helai sepanduk yang menyokong pihak tertentu juga disediakan untuk digantung di Alor Star dan beberapa tempat strategi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana kurang mendapat sambutan. Beberapa ahli Pas yang dikatakan cuba disogok agar memasang sepanduk menyatakan sokongan kepada satu pihak dan menentang pihak lain juga tidak mudah teperngaruh. Ahli dan penyokong Pas bawahan di Kedah tidak mempedulikan sangat siapa MB atau Exco kerana bagi mereka yang utamanya Pas terus memerintah Kedah bersama Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. "Kami tidak kisah siapa MB dan Exco yang penting Pas perlu menang lawan UBN," demikian ujar seorang penyokong yang mengirim SMS kepada saya. Dalam pada itu kegagalan Umno cuba menangguk di air keruh dan memimbulkan situasi huruhara dalam Pas antara lain disebabkan keadaan Umno negeri itu sendiri yang kini sudah berpecah kepada empat kumpulan. Perpecahan di kalangan mereka yang agak parah menyebabkan Umno tidak begitu mempunyai idea untuk menghancurkan Pas sebelum tiba pilihan raya | Mawi Dan Ekin Dapat Anak Perempuan Posted: 27 Feb 2012 09:26 PM PST ANTARA POS.COM
PETALING JAYA : Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi tadi.
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan belum diberikan nama lagi.
Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini.
Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.
Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyambut kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.
Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.
Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran. | Perkasa Desak Kerajaan Batal Konsert Erykah Badu Posted: 27 Feb 2012 09:21 PM PST ANTARA POS.COM
KUALA LUMPUR : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan Malaysia membatalkan konsert penyanyi kelahiran Dallas, Texas, Erykah Badu yang dijadual diadakan di ibu negara esok.
"Perkasa juga desak kerajaan batalkan konsert penyanyi tersebut di negara ini pada 29 Februari ini.
"Kita perlu batalkannya kerana penyanyi itu menghina Islam. Di bulan Maulidul Rasul pula.
"Kita tidak boleh biarkan konsert itu diteruskan. Rakyat asing yg menghina Islam untuk apa kita benarkan dia masuk. Kalau penyanyi itu sudah ada dalam negara ini, perlu dihalau keluar segera," kata setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga meminta umat Islam yang berhajat utk menyaksikan konsert penyanyi berusia 40 tahun itu esok bagi membatalkan niat mereka jika sayangkan kesucian Islam.
Walaupun, tidak menyatakan apa yang akan dilakukan jika kerajaan gagal membatalkan konsert berkenaan, namun Syed Hassan memberi amaran bahawa kumpulan itu sedang merancang sesuatu.
"Perkasa sedang rancangkan sesuatu. Tunggu dan lihat esok apa yang akan Perkasa lakukan jika konsert penyanyi itu diteruskan," katanya.
Dalam kenyataan medianya, beliau juga membidas akhbar harian Inggeris The Star kerana dalam ruangan muziknya, akhbar milik MCA itu menyiarkan gambar Erykah Badu yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.
Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan "Allah", di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
" Perkasa percaya ia disengajakan. The Star pula sudah berapa kali lakukan hal-hal menghina umat Islam. Perkasa tidak mahu menuntut The Star mohon maaf dan tidak akan memaafkan jika mereka mohon maaf," katanya.
Menurut Syed Hassan, kumpulan itu mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera ke atas akhbar itu dengan menggantung lesen penerbitannya.
"Sudah banyak kali The Star lalukan penghinaan kepada umat Islam. Perlu dihukum. Hukuman kerana tidak tahu hal-hal sensitif org Islam, kerajaan perlu gantung lesennya," katanya lagi.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan akhbar lewat petang semalam memaklumkan bahawa The Star telah diminta memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar penyanyi wanita Amerika Syarikat itu.
Menurut timbalan menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong, akhbar milik MCA itu juga akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.
Akhbar itu, pada versi online telah membuat permohonan maaf berhubung gambar yang disiarkan yang didakwa secara tidak diseganjakan pada hari semalam juga.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dihubungi AntaraPos.com semalam menegaskan bahawa pihak berkuasa Islam di negara ini mesti menghalang konsert Erykah Badu kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini adalah dilarang sama sekali.
" Selain umat Islam, kita tidak benarkan sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digazetkan pun,"ujarnya.
| PAS masih buntu bahagi kerusi antara Pakatan Posted: 27 Feb 2012 09:19 PM PST Sehingga kini masih ada 10 hingga 15 peratus kerusi bertindih dan belum dapat diselesaikan antara PAS, PKR dan DAP. KUALA LUMPUR: PAS masih belum mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Setiausaha Agungnya Datuk Mustapa Ali berkata sehingga kini masih ada 10 hingga 15 peratus kerusi bertindih dan belum dapat diselesaikan antara PAS, PKR dan DAP. Katanya, pertindihan itu melibatkan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negeri termasuk isu sama ada mahu mengekalkan status quo seperti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008. "Kita masih dalam peringkat perbincangan dan percaya dapat selesaikan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Sementara itu, ditanya sama ada PAS mahu membuka ruang 30 peratus kerusi kepada calon wanita untuk pilihan raya akan datang, Mustapa berkata isu itu masih dalam pertimbangan. Katanya, itu terpulang kepada keputusan peringkat tertinggi sama ada mahu membuka ruang maksimum 30 peratus berdasarkan kelayakan calon. Ini berikutan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada PRU13 kepada PAS Pusat awal bulan Februari. | Apabila mangsa Komsas bersuara (Bahagian 2) Posted: 27 Feb 2012 09:18 PM PST Mangsa royalti teks Komsas hairan mengapa penerbit bertegas tidak mahu menunjukkan dokumen yang kononnya mereka tandatangani.
Soalan: Semasa mesyuarat khas, penerbit menyuruh penulis menghantar notis peguam jika mahu mendapatkan salinan dokumen-dokumen rasmi (asal) yang konon ada dalam simpanannya; dan peguam mewakili penerbit pula akan membalas notis itu. Apa pendapat anda? Rohani: Yang ini buat saya ketawa berdekah-dekah. Saya mendengar rakaman itu dan hairan kerana usul penerbit itu disokong pula oleh penasihat undang-undang KPM. Perlukah ada peguam untuk mendapatkan salinan dokumen itu sedangkan Pengarah BBT ada kuasa? Atau ini semua satu taktik kotor untuk menakut-nakutkan kami dan memutar-belitkan isu surat palsu yang mungkin penerbit buat itu? Amy: Saya rasa itu hanyalah jawapan terbaik penerbit untuk menutup kesalahan mereka dan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan penulis yang tidak mempunyai peguam. Hazama: Saya tidak yakin mereka akan memberikan kerjasama dengan menunjukkan dokumen itu. Jika benar, tidak perlu notis peguam kerana boleh ditunjukkan pada bila-bila masa jika diperlukan, terutama sekali semasa mesyuarat khas tempoh hari. Ini sudah pasti taktik kotor untuk mengelak daripada 'rahsia' terbongkar. Izan: Saya teringat kata-kata Mahatma Gandhi iaitu "even if you are a minority of one, the truth is the truth". Penerbit pula cuba menutup kebenaran dengan taktik licik dan semacam menakut-nakutkan penulis semasa mesyuarat itu. Kalau tak percaya, dengarlah sendiri rakaman yang dibuat untuk tujuan dokumentasi. Soalan: Semasa mesyuarat khas itu, penerbit berulang kali meminta penulis "pasang peguam". Apa reaksi anda? Rohani: Hal ini juga amat menyakitkan hati, bukan hanya saya tetapi semua penulis. Kalau saya penulis yang kaya raya, saya tidak perlu menebalkan muka ke sana ke sini menuntut hak saya. Dari awal saya sudah berusaha mencari peguam. Tidak perlu mencari simpati sesiapa. Lagi pun, untuk turun-naik mahkamah bukan sekejap. Ia perlukan masa yang panjang. Saya cuma ingin hal ini diselesaikan dengan mudah. Mengapa perlu merumitkan perkara yang mudah? Amy: Apabila kes dibawa ke mahkamah, ia akan berlarutan dan melibatkan kos yang tinggi. Untuk seorang penulis kecil seperti saya, pasti saja tidak mampu menanggung kos tersebut. Bayar sajalah royalti kami dan saya yakin nilai royalti itu tidak akan membuat penerbit rugi atau muflis. Saya bergantung hidup dengan hasil penulisan; itu sumber rezeki saya. Tolonglah faham! Kami cuma meminta hak kami; bukannya mahu merampas rezeki orang. Hazama: Itu bertujuan melengah-lengahkan kes dan terus menindas penulis kerana mereka mempunyai agenda tersembunyi. Mereka berduit; mereka fikir mereka mampu membeli 'kebenaran' meskipun mereka di pihak yang bersalah. Izan: Penerbit bercakap bagaikan dia mahu menakutkan penulis kecil seperti kami. Saya sudah nyatakan bahawa kami penulis yang miskin dan tiada persatuan lain yang tampil membantu. Kami terpaksa berjuang dalam kumpulan kecil demi menuntut hak. Kalau kami kaya, sudah lama kami ambil peguam paling hebat di Malaysia. Tidak memberi izin
Soalan: Satu lagi soalan asas tapi amat penting. Pernahkah anda memberi izin (lisan atau bertulis) kepada penerbit, KPM atau mana-mana pihak untuk menjadikan karya anda sebagai teks Komsas? Rohani: Saya ulang sekali lagi. Saya tidak pernah memberi apa-apa surat kepada sesiapa. Malah, saya sendiri tidak pernah diberitahu karya saya dijadikan teks Komsas. Seorang wanita bernama Julie Looi (wakil penerbit) menelefon saya dan mengucapkan tahniah kerana karya saya terpilih. Dia minta saya berikan biodata dan surat izin untuk pemurnian karya tapi bukan surat izin penerbitan. Saya hanya memberikan biodata tetapi surat izin tidak saya berikan kerana wanita itu dengan sombong telah berkata bahawa saya tidak berhak ke atas karya itu dan penerbit tidak akan membayar royalti kepada saya. Kemudian, saya menghubungi seorang pegawai BBT dan beliau juga sependapat dengan saya, iaitu kalau karya itu bukan milik saya, untuk apa penerbit minta surat izin daripada saya? Awalnya, pegawai BBT itu beritahu saya, pihaknya tidak boleh luluskan penerbitan tanpa surat izin daripada penulis. Selepas dua minggu, apabila saya menghubungi beliau semula, beliau berkata, penerbit sudah memberikan semua dokumen berkaitan. Sekali lagi saya ternganga. Tangan siapakah yang menulis dan menandatangani surat izin palsu itu? Amy: Tidak pernah sama sekali. Saya pernah dihubungi pihak DBP tidak lama dahulu bertanyakan tentang hal ini dan saya sudah mengesahkan bahawa saya tidak pernah memberi sebarang izin kepada sesiapa untuk menerbitkan karya saya sebagai teks Komsas. Lalu, khabarnya kerja mencetak antologi itu terpaksa ditangguh kerana isu hak cipta belum selesai. Tapi kemudian ia berjalan terus dan buku sudah pun diedarkan ke sekolah, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Hazama: Tidak pernah. Kami harap Menteri Pelajaran ambil berat tentang hal ini kerana ada pihak tertentu cuba menipu KPM dan kerajaan dengan mengemukakan dokumen palsu. Izan: Penerbit pun tahu bahawa kami tidak pernah memberi izin. Anehnya, syarat wajib yang diletakkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) adalah bahawa penerbit wajib mendapatkan surat izin daripada penulis. Tapi syarat itu diabaikan. Mustahil penasihat undang-undang KPM tidak menyedari perkara itu. Soalan: Pada mesyuarat khas itu, pengarah BBT mengakui bahawa memang ada kelemahan dalam proses pemilihan/penerbitan teks Komsas. Segala kelemahan itu yang berjaya anda berempat buktikan dengan berani akan dipastikan tidak berulang bagi teks Komsas akan datang (2016-2020). Rohani: Mendengar Pengarah BBT mengakui kelemahan mereka, saya gembira. Sepatutnya, dari dulu lagi hal ini mereka sedari. Jangan terlalu percaya pada penerbit; sebaliknya perlu melibatkan penulis dalam apa jua urusan kontrak teks Komsas. Kalau pun ditakdirkan saya gagal dalam tuntutan royalti ini, saya rasa bangga kerana dapat memberi jasa kepada penulis-penulis yang akan datang agar mereka tidak tertipu oleh penerbit tidak beretika. Nasib kami berempat memang tidak terbela, tapi nasib rakan-rakan kami menjadi lebih baik. Mungkin Allah akan membalas pengorbanan kami dengan cara lain. Amy: Syukurlah kalau begitu. Itu cerita akan datang, tapi yang penting, cerita sekarang sila selesaikanlah. Kalau sudah jelas ada kelemahan, kenapa tak boleh baiki sekarang? Kenapa mahu beri kemenangan kepada pihak yang menipu, menganiaya dan menindas penulis secara terang-terangan? Hazama: Baguslah jika perkara itu disedari oleh pihak yang berkenaan. Sedikit sebanyak, perjuangan ini ada hasilnya tetapi ralat dan terkilan kerana kami berempat pula yang 'dikorbankan' dek kelemahan sistem. Izan: Sejak awal, kami sudah katakan bahawa perjuangan kami bukan untuk kami sahaja tapi untuk semua penulis di Malaysia. Maka kami berjaya dalam usaha itu berikutan kemenangan moral ini. Tapi kenapa kami masih tidak boleh menikmati hasil royalti yang memang hak kami? Penerbit dibiarkan melahap duit royalti kami. Kenyataan yang menyedihkan
Soalan: Tapi pada mesyuarat khas itu, pengarah BBT memutuskan (memaklumkan secara rasmi) bahawa BBT dan KPM tidak boleh berbuat apa-apa untuk menolong "empat penulis teraniaya" dalam isu royalti teks Komsas. Rohani: Suatu kenyataan yang amat menyedihkan kerana BBT dan KPM bagaikan tidak ada kuasa langsung untuk bertindak. Namun begitu, saya harus terima hakikat dan pengakuan Pengarah BBT dengan hati terbuka. Saya ucapkan terima kasih kepada KPM dan BBT kerana walaupun sedikit, masih sudi mendengar dan cuba menangani kes ini. Amy: Marah? Saya marah pada penerbit. Saya percaya BBT dan KPM mempunyai kuasa untuk memaksa penerbit. Mesti ada jalannya. Masakan penerbit lebih berkuasa daripada pihak yang bertanggungjawab melaksanakan Komsas iaitu KPM. Hazama: Saya berterima kasih kepada pihak BBT dan KPM kerana sudi memberi ruang dan mendengar masalah kami. Hendak marah pun tiada gunanya kerana 'nasi sudah menjadi bubur' dan pihak berkenaan sekali lagi bersikap 'lepas tangan'. Izan: Keputusan itu pasti membuatkan penerbit tertentu lebih bongkak dan tidak akan insaf. Kita juga tertanya-tanya, adakah penerbit lebih berkuasa daripada BBT, KPM, Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri? Itulah sebenarnya gambaran amat jelas yang kelihatan sekarang. – Bersambung esok Bahagian awal: Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' (SA0184670-H) yang dilantik secara rasmi oleh keempat-empat penulis terbabit untuk mewakili mereka dalam isu royalti teks Komsas. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan