Pakatan Rakyat |
Posted: 19 Feb 2012 03:31 PM PST | Visa, pas pelajar asing dihenti Posted: 19 Feb 2012 03:28 PM PST JOHOR BAHRU - Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian. Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia. "Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut. "Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini. Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan. Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu. "Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi," katanya. | Posted: 19 Feb 2012 03:23 PM PST Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam. Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin. Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. "Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam)," katanya, semalam. Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain. | Simpanan kerajaan Selangor meningkat 25 peratus Posted: 19 Feb 2012 03:17 PM PST MALAYSIA KINI Geran 'Selangorku' yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang, pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan, kata menteri besar. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran tersebut, yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab. "Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 bilion," kata menteri besar. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan permukiman exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku. Ketika pemukiman tersebut, menteri besar diberi taklimat oleh bendahari negeri yang memaklumkan bahawa simpanan kerajaan telah meningkat sebanyak 25 peratus. "Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa. "Ini menunjukkan kerajaan negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya. | 1Care: Persaraan lumayan untuk kongcu Najib dan Hisham Posted: 19 Feb 2012 02:48 AM PST 1Care sama seperti produk-produk lain yang membawa tag '1' semestinya akan menjadi kontroversi. Bukanlah kontroversi yang berinovasi tetapi kontroversi kerana penipuan dan samar-samar. Ia sesuatu yang Perdana Menteri Najib Razak harus berhenti sejenak dan berfikir daripada terus membiarkan penasihat beliau memujuk untuk ia dilaksanakan. 1Care bukan setakat spekulasi 10% potongan cukai yang akan dimasukkan dalam dana kesihatan kebangsaan itu. Masalah dengan 1Care adalah lebih mendalam dan merunsingkan daripada membayar wang kepada perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang tidak menyeluruh. Tawaran lumayan untuk kerajaan, bukan rakyat
Objektif sebenar 1Care adalah untuk menjana situasi 'berbaloi untuk wang dibelanjakan' bagi pihak kerajaan bukan untuk rakyat. 1Care telah dengan efektifnya membenarkan kerajaan mengawal bujet yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan penjagaan kesihatan. Mereka tidak mahu membebankan dana mereka jadi pentadbiran Najib telah membuat keputusan untuk membalingkan kosnya kepada rakyat, dengan tambahan bahawa mereka boleh mengawal dan membuat keputusan untuk kita, tentang siapa dan bila kita boleh mendapatkan rawatan kesihatan. Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan untuk Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan, Dr Rozita Halina berkata bahawa 1Care akan diwajibkan. Terus terang dikatakan, 1Care hanya akan dapat dilaksanakan jika ia adalah wajib. Jika tidak, tiada yang akan memilihnya. Memandangkan 1Care mahukan rakyat untuk menggunakan apa yang dimahukan oleh kerajaan, dan memandangkan kerajaan mengawal sepenuhnya, pasti ramai yang percaya Umno –BN akan mengaut keuntungan daripada skim ini. Nepotisme dan pakej keluarga
Secara kebetulan, Dr Rozita Halina Hussein merupakan adik kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein Onn dan sepupu Perdana Menteri Najib Razak. Wah, nampaknya pakej famili! Jadi 1Care sudah pasti akan diimplimenkan. Walau apa jua kosnya. Pengkritik daripada kedua-dua belah parti politik mengatakan bahawa bukan sahaja faedah yang dikaut melalui tawaran ini akan sangat luas dan tidak terkira besarnya, 1Care sebenarnya akan menyediakan kongcu Najib dan Hisham dengan pelan persaraan yang lumayan sekiranya mereka kehilangan kuasa selepas PRU 13 nanti ataupun semasa pemilihan Umno. 1Care dikatakan dimodelkan daripada National Health Service (NHS) iaitu perkhidmatan kesihatan kebangsaan UK yang telah dilaksanakan sejak tahun 1946 dan dikawal oleh kementerian kesihatan. NHS merupakan perkhidmatan percuma kepada semua penduduk UK, termasuk tentera yang berada di luar negara. Warganegara UK yang menetap diluar negara terpaksa membayar untuk perkhidmatan kesihatan tidak kiralah sekiranya mereka telah menyumbang kepada insurans kesihatan itu. Perkhidmatan itu dibiayai daripada pencukaian Insurans kebangsaan yang dibayar oleh pekerja daripada gaji mereka dan dibantu oleh caruman wajib majikan. Mereka yang bekerja sendiri haruslah membuat caruman sendiri. Menjadi tanggungjawab majikan untuk memotongnya daripada gaji pekerja. Tanggungan pekerja dan mereka yang tidak bekerja dikecualikan daripada mencarum. Hospital swasta di UK dimiliki oleh syarikat persendiran. Terdapat banyak kes di mana pesakit persendirian ini dirawat di hospital NHS kerana hospital swasta kekurangan dari segi peralatan dan kepakaran. Dalam kes sebegini, pesakit persendirian ini akan diberi bilik sendiri dan dirawat terlebi dahulu daripada pesakit NHS. Akan tetapi, pesakit yang dikategorikan mengalamai kecemasan akan dirawat terlebih dahulu berbanding pesakit persendirian atau NHS. Perbezaan besar antara 1Care dan sistem yang digunapakai di UK
Terdapat perbezaan yang besar antara 1Care dengan NHS UK. Melalui 1Care, anda dihantar kepada doktor yang anda tidak boleh pilih manakala dibawah NHS, pesakit boleh memilih untuk mendaftar dengan mana-mana doktor yang mereka mahu. Jika anda perlu berjumpa doktor, anda harus membuat temujanji atau sekiranya dalam keadaan kecemasan, anda boleh memanggilnya datang ke rumah, pembedahan boleh dibuat atas syor doktor atau anda boleh pergi menerima rawatan kecemasan di hospital terdekat. Memandangkan NHS telah diimplimen sejak 1946, sistem itu telah matang dan doktor agak professional dalam melaksanakan tugas dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik. Untuk 1Care pula, ia adalah cerita yang berbeza. Tidak dapat dipastikan perkhidmatan yang bagaimana akan ditawarkan oleh doktor. Kementerian Kesihatan masih perlu membentangkan satu garis panduan yang komprehensif dan jelas mengenai apa jenis penyakit yang dibiayai 1Care. Peluang untuk pesakit menerima rawatan terbaik untuk masalah kesihatan mereka bergantung kepada nasib. Sekiranya anda dapat doktor yang berpengalaman dan dilatih dengan baik, anda mungkin akan sihat selepas itu. Sekiranya anda dapat doktor yang tidak begitu bagus, anda mungkin akan menderita. Lihat gaya Malaysia sekarang, senario politik dan minat ahli politik serta syarikat-syarikat tertentu akan menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Siapa yang akan menyelamatkan rakyat daripada doktor?
1Care juga bermaksud penjimatan kos, ini bermakna rakyat dijangka mendapat rawatan yang paling murah daripada caruman mereka. Ini mungkin bermaksud kualiti paling rendah, jauh lebih rendah daripada apa yang mereka boleh dapatkan dari pasaran. Memandangkan rakyat tidak boleh memilih dibawah skim 1Care, mereka semestinya akan mendapat perkhidmatan paling murah dan segalanya adalah atas nama menjimatkan kos. Dan memandangkan juga kementerian Kesihatan Malaysia yang menentukan perkhidmatan dan doktor yang akan merawat pesakit, bolehkah ia bebas elemen perkauman dan agama apabila seseorang doktor itu mendapat pesakit yang ditugaskan untuknya? Ini juga melangkaui isu kos untuk ubat-ubatan tetapi terus kepada peranan doktor untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik. Dengan doktor dibarisan pertama, terdapat kemungkinan keputusan tidak rasional dibuat. Di bawah 1Care, doktor akan menentukan jika anda perlukan rawatan lanjut. Siapa yang akan melindungi pesakit daripada doktor yang tidak cekap, lalai atan tidak mencapai standad sepatutnya apabila mereka ditugaskan oleh kerajaan untuk merawat? Rawatan kesihatan adalah hak rakyat Pentadbiran Najib harus ingat bahwa perkhidmatan kesihatan adalah sesuatu yang wajib untuk setiap warganegara. Ia bukan keistimewaan. Ia tidak harus ditentukan menurut iklim ekonomi pada waktu tertentu. Atau menjana keuntungan untuk pihak-pihak tertentu. Ia tidak harus dilihat sebagai produk yang mempunyai jenama. Yang sedihnya, inilah apa yang kita dapat lihat di Malaysia sekarang. Apa masalahnya dengan sistem sedia ada yang telah digunapakai selama 50 tahun? Bukankah lebih baik untuk menghalusi apa yang sedia ada? Jadikan ia lebih effisyen dan mesra pengguna daripada ia dirombak dan diganti dengan yang baru. Pengenalan 1Care menunjukkan bahawa terdapat masalah serius dalam bagaimana Malaysia menguruskan wang dan kepentingannya. 1Care tidak perlu sekiranya bujet yang disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan diurus dengan baik. Perbelanjaan dalam rawatan kesihatan akan meningkat apabila populasi semakin membesar dan matang. Ini adalah sesuatu yang normal. Berbeza di Malaysia, terdapat kekurangan dalam perbelanjaan dalam bidang ini di mana kini rakyat harus berbelanja terlebih dahulu untuk perkhidmatan yang bakal merugikan mereka. Tidak hairanlah Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berbohong mengenai pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Shin telah memilih untuk menyokong skim ini. 1Care tidak baik untuk Malaysia dan sekiranya kerajaan mendengar keluhan rakyat, rancangan ini haruslah dihapuskan atau berdepanlah dengan penolakkan daripada rakyat.Malaysia Chronicle | Isu moral di antara Anwar dengan BN Posted: 19 Feb 2012 02:41 AM PST Adalah cukup jelas bahawa seluruh jentera propaganda Barisan Nasional (BN), termasuk mereka yang mendakwa diri mereka "kuasa ketiga" kini giat sekali dalam memastikan agar kredibiliti dan moral ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas dengan teruk sekali. Sebelum ini, jentera propaganda BN telahpun dipergiatkan pada dua tahun yang lalu dengan serangan demi serangan terhadap Anwar berkenaan dengan kes perbicaraan liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan. Jika sekiranya kes yang berlaku pada tahun 1998 akibat daripada perbuatan khianat Azizan Abu Bakar diambil kira, ia adalah mencukupi bagi orang ramai untuk membentuk suatu pendapat yang boleh menjejaskan lagi masa depan politik dan keperibadian Anwar di mata umum. Dan kini timbul pula beberapa rakaman video yang kononnya Anwar telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga telah berlanjutan selama setahun lamanya dan Anwar turut diugut akan terdedah lebih banyak lagi video seumpamanya tidak lama lagi. BN pakar dan kilang seks Kenapa pula BN memutuskan untuk mengulangi pendedahan yang sama dengan begitu kerap sekali? Kenapa pula seksualiti Anwar terus menjadi tumpuan BN secara berterusan dan dakwaan meliwat, berseks dan sebagainya diulangi satu demi satu? Namun demikian ketua pembangkang itu tetap popular dan disangjungi oleh rakyat jelata. Kan tidak masuk akal? Rakyat Malaysia pada umumnya telahpun mempunyai pendapat mereka terhadap Anwar. Macam mana sekali pun, seluruh jentera propaganda BN tetap mempergiatkan usaha mereka untuk menggugat kredibiliti Anwar oleh kerana popularitinya di kalangan rakyat masih kukuh dan tetap unggul. BN takut bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri Putrajaya. Kedegilan BN untuk meneruskan dan mengulangi persembahan dan pembikinan seksnya yang sama untuk tatapan umum walaupun telah beberapa kali gagal untuk mencacatkan sepenuhnya keperibadian dan moraliti Anwar jelas menunjukkan bahawa kewarasan BN telah hilang dengan sepenuhnya. Hanya mereka yang kurang waras sahaja yang akan asyik dan suka mengulangi perbuatan yang sama dan tidak berkesan dengan mengharapkan akibat yang berlainan akan menimpa mangsanya. Rakyat Malaysia pada keseluruhannya telah bosan dengan pelbagai karenah dan tipu muslihat BN yang sering mengancam keperibadian Anwar. Apa yang rakyat jelata inginkan selama ini adalah lebih banyak lagi pendedahan mengenai salahlaku dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh BN selama lebih daripada 50 tahun pemerintahannya apabila Pakatan berkuasa nanti. Ramai di antara kita amat sangsi dengan ketelusan yang didakwa oleh BN di dalam pentadbiran mereka selama ini berdasarkan pelbagai bentuk masalah dan skandal demi skandal yang telah banyak dibongkar. Pemimpin di mata umum Kita semua percaya bahawa sebagai seorang pemimpinyang dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat, beliau akan sentiasa mendapat perhatian umum biarpun di mana sahaja seseorang pemimpin itu berada. Oleh itu, para pemimpin haruslah bertanggungjawab sepenuhnya jika sekiranya salahlaku mereka terbongkar kepada umum. Pendek kata, jikalau ingin menjadi seorang pemimpin politik, beliau perlulah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini kerana tanggungjawab selaku seorang pemimpin. Rakyat juga mempunyai hak mutlak untuk memberikan kritikan, memberikan teguran dan sebarang pendapat mengenai perilaku dan perbuatan setiap pemimpin politik. Yang malang sekali bukannya tentang kelemahan yang ada pada para pemimpin. Para pemimpin adalah juga manusia sama seperti kita semua dan di negara mana sekali pun, tidak akan ada seseorang pemimpin yang cukup mantap atau lengkap akan diri mereka. Itu mustahil. Yang malangnya di sini adalah selalunya para pemimpin pembangkang khususnya daripada Pakatan yang selalunya akan menjadi mangsa pemerhatian umum mengenai perilaku dan tindakan mereka oleh kerana kerajaan BN sering mensasarkan mereka dengan media massa milik mereka. BN sanggup melakukan apa sahaja bagi "mendedahkan" apa yang mereka dapati daripada pihak pembangkang. BN memanupulasi moral Sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini telah banyak menampakkan kecacatan dan berat sebelah oleh kerana manupulasi yang berlebihan oleh kerajaan BN selama ini. Dengan itu, isu "moral" sering dipergunakan oleh BN bagi mengekang para pemimpin pembangkang. Dalam isu moral ini, pihak BN pula tidak begitu memastikan agar tahap perilaku mereka terpelihara. Di manakah moral mereka ini apabila para pemimpin BN ini menggunakan kuasa mereka untuk mengambil wang rakyat untuk memperkayakan diri mereka, keluarga mereka dan anak-anak mereka? Di manakah moral mereka ini apabila pemimpin BN ini telah membelakangkan demokrasi dengan menggulingkan sebuah kerajaan negeri yang dipilih rakyat melalui amalan memeras ugut? Adakalh kesemua ini adalah suatu moraliti yang BN berharap rakyat akan mempercayai atau menerimanya tanpa usul periksa? Rakyat sememangnya akan berpeluang untuk menghakimi kesemua ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita mungkin akan bertanyakan sesama sendiri sama ada moral di pihak BN itu adalah lebih baik atau suci daripada Pakatan atau sebaliknya. Adalah amat rumit untuk memutuskan moraliti yang mana boleh diterima atau sebaliknya kerana kalangan kita sendiri juga punyai pelbagai pemikiran dan pendapat yang berbeza khususnya yang melibatkan keperibadian seseorang pemimpin. Kita semua berhak untuk mengeluarkan pendapat, akan tetapi, yang mengakibatkan kemarahan kita adalah sikap kebencian dan hipokrit yang ditunjukkan oleh para pemimpin BN di dalam usaha mereka untuk mematikan seberapa banyak pemimpin pembangkang yang perlu dengan menggunakan pelbagai cara yang tidak adil. Walaubagaimanapun, Tuhanlah yang maha esa dan Tuhanlah yang mengetahui segala-galanya.Malaysia Chronicle | Asri mengujar pembangkang lawatan Thaipusam PM supaya berlaku adil Posted: 19 Feb 2012 02:39 AM PST Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR — Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan 'double standards' kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu. Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam "Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik." "Bagaimanapun, apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang serupa di Ipoh, mereka berkata gambar perlu diperiksa oleh sebab ada kemungkinan imej Anwar telah ditindih (superimpose)." Asri (gambar) berkata, adalah jelas bahawa pengkritik Najib telah menggunakan agama demi agenda mereka sendiri dan beliau telah memberi amaran kepada kumpulan minoriti umat Islam ini bahawa mengeksploitasi Islam untuk menyokong politik mereka yang berat sebelah adalah satu "dosa besar". Amalan seperti ini akan memberi kesan yang besar terhadap umat Islam dan ia merupakan satu ancaman kepada Islam, tambah beliau. Semalam, Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata lawatan Najib ke Batu Caves pada 7 Februari telah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Dipetik daripada Sinar Harian, beliau berkata, "Najib tidak terlibat dalam apa-apa upacara agama atau peristiwa dan sebagainya, soalan imannya tidak seharusnya timbul. Beliau mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan". Jamil Khir menuduh pengkritik lawatan tersebut, yang diadakan sempena perayaan Thaipusam tahunan di kompleks candi, sebagai memainkan isu itu untuk mencetuskan kebencian terhadap Perdana Menteri. "Ia merosakkan agama (Islam) apabila umat Islam sanggup melemparkan tuduhan dan membuat pelbagai tuntutan berniat jahat semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin negara," Jamil Khir berkata. Beliau menambah, jika Najib boleh dituduh mengorbankan imannya dengan pergi ke Batu Caves semasa Thaipusam, tuduhan yang sama boleh dibuat kepada pemimpin rohani PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang telah banyak kali memberikan bantuan di kuil-kuil. Awal bulan ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar Najib telah "mengorbankan imannya" kerana menyertai festival tahunan Thaipusam di Batu Caves, lawatan ketiga Perdana Menteri sejak bertahun-tahun. Harussani telah menegaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara agama lain. Mufti, bagaimanapun, kemudian menarik balik kenyataan awal selepas menerima penjelasan Najib bahawa beliau hanya memberikan ucapan di kompleks dan tidak masuk ke dalam kuil gua. | MIC tak nak debat dengan pembangkang Posted: 19 Feb 2012 02:25 AM PST AGENDA DAILY "Saya ingat ini bukan satu keperluan untuk kita tetapi jika ada orang yang nak buat mereka boleh buatlah...kita tidak akan buat." Itu kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika diminta mengulas debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur Sabtu. Beliau menyatakan pendirian MIC itu ketika ditemui wartawn selepas merasmikan karnival kerjaya 'My Career 2012' di Dewan Serbaguna Skudai dekat Johor Bharu,Ahad. Apapun katanya debat seperti itu adalah pentas untuk rakyat mengetahui dasar dan pendirian kedua-dua parti terhadap beberapa isu utama yang dibangkitkan. "Saya rasa ia adalah satu peluang di mana pandangan yang berbeza, keadaan berbeza dan pendirian berbeza dikemukakan kepada rakyat supaya rakyat boleh buat penilaian sewajarnya. | Dividen KWSP 6%, tertinggi sejak 10 tahun Posted: 19 Feb 2012 02:24 AM PST Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010. Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010. Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987. Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. "Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. "Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif," katanya. Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010. "Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan," kata Samsudin. Beliau juga berkata ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. "Ini diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain," katanya. Samsudin berkata KWSP juga telah secara beransur-ansur beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima di mana ia memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa. "Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk," katanya. Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP, katanya. Katanya pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok. Bernama | PRU 13 : PKR Akan Kemuka Calon Hujung Februari Posted: 18 Feb 2012 10:37 PM PST Oleh Lizawati Madfa HULU KLANG : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebaik selesai jelajah temurapat PKR ke seluruh negara yang akan diadakan pada 22hb hingga 24hb Februari ini. Demikian beritahu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Emas di Taman Melawati pagi tadi. "Kita dalam fasa terakhir untuk meneliti persiapan menghadapi Pilihanraya yang ke-13. "Temurapat itu nanti melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Pimpinan Pusat, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Angkatan Muda dan Wanita serta cabang-cabang Keadilan di seluruh negara," jelas Azmin. Menurut Azmin lagi, program temurapat itu bertujuan untuk membincangkan persiapan terakhir parti termasuk strategi jentera dan gerak kerja selain mengemukakan calon-calon yang bakal bertanding mewakili PKR. "Saya percaya selesai sahaja temurapat yang akan diadakan ini, Keadilan bersedia menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang," tegas Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak. | Empat Ribu 4,000 Anak Pokok Bagi Memulihara Hutan Gambut Posted: 18 Feb 2012 10:09 PM PST Oleh Lizawati Madfa BESTARI JAYA : Kerajaan Selangor akan memulihara kawasan hutan simpan di sini yang telah diceroboh bagi memastikan kawasan tersebut dapat membekalkan air ke sawah-sawah dipersekitarannya dengan baik. Usaha yang dijalankan di Hutan Simpan Raja Musa di sini adalah sebahagian dari komitmen pentadbiran Pakatan Rakyat terhadap pemuliharan alam sekitar semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor. Program pemuliharaan semula hutan simpan 80 ribu hektar itu merangkumi penanaman semula anak pokok bagi menghasilkan hutan gambut di kawasan yang telah ditebang dan pemantuan bagi mengelakkan pencerobohan. Sebelum ini, hutan simpan itu diceroboh dan dibersihkan untuk menanam kelapa sawit. Ini diucapkan Penolong Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Lee Kim Sin di dalam Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2012 yang diadakan di Hutan Simpan Raja Musa di sini pagi tadi. "Sejak 2008, Kerajaan Negeri telah memastikan bahawa semua tanah yang diceroboh sebelum ini dikembalikan kepada kerajaan untuk tujuan pemuliharaan. "Seperti hutan ini adalah bekas kawasan yang telah diceroboh sebelum ini. Namun dengan adanya kerjasama Kerajaan Negeri, badan-badan korporat dan NGO serta komuniti setempat saya pasti hutan gambut ini akan kembali," tegas Lee, yang juga ADUN Kajang. Menurut Lee, pemuliharaan semula hutan simpan gambut ini penting bukan sekadar untuk mengawal iklim global, tetapi juga untuk membekalkan air ke sawah-sawah serta mengawal ekosistem hidupan air tawar. "Kebanyakan orang melihat hutan gambut sesuatu yang bermasalah kerana mereka menilainya melalui perspektif ekonomi. "Tetapi sebenarnya hutan gambut ini sangat kaya dan merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai untuk kepentingan kita. Rugilah jika kita tidak menghargainya," jelas bekas guru ini. Beliau turut merasmikan Program Komuniti Sahabat Hutan Gambut dan Program Sekolah Renjer Hutan Tanah Gambut. Lee turut menyempurnakan upacara penanaman pokok di kawasan tersebut bersama dengan 300 anggota sukarelawan dan sebanyak seribu anak pokok berjaya ditanam hari ini. Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Selangor dengan kerjasama Pusat Persekitaran Global (GEC) dan badan korporat ini bermula sejak tahun 2008. Kini lebih daripada 40,000 anak pokok berjaya ditanam dengan penglibatan kira-kira 4,000 sukarelawan. Program ini turut dijayakan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad, Kesatuan Eropah dan 99 Speedmart Sdn Bhd. Antara tetamu kehormat lain adalah Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Yusoff Muda, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan, Pengarah Global Environment Centre (GEC), Faizal Parish serta Pengarah Korporat Bank HSBC, Koo Yi Lin. | Hindraf: Beri kami 'urumai', bukan 'nambikei' Posted: 18 Feb 2012 10:07 PM PST Leven WoonBarisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) berkata perdana menteri patut menawarkan urumai (hak) kepada masyarakat India sebelum meminta nambikei (kepercayaan) daripada mereka. Ini antara mesej yang disampaikan dalam surat bantahan yang diserahkan kepada pejabat Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi ini. Dalam perhimpunan itu, kira-kira 50 orang berarak daripada bulatan dekat Masjid Putrajaya ke pejabat perdana menteri untuk menyerahkan surat itu sambil menyanyi dan membaca 18 tuntutan mereka. Setibanya di pagar, mereka bersama-sama melaungkan slogan: "Ya untuk urumai, tidak kepada nammbikei". | Beli ijazah? Tak kuasa saya, kata Rosmah Posted: 18 Feb 2012 09:49 PM PST MALAYSIA KINI Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar wang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran kehormat yang diterimanya daripada Curtin University. Katanya, beliau menerima ijazah tersebut memandangkan anugerah itu sendiri diberikan oleh universiti tersebut. "Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya... "Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA. "Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi. Tambahnya, beliau diberitahu mengenai penganugerahan ijazah kedoktoran itu sejak Disember lalu. Dakwaan bahawa Rosmah membayar wang untuk dianugerahkan ijazah tersebut timbul susulan majlis penerimaan ijazah berkenaan pada 12 Februari lalu yang mendapat liputan meluas media. Ibrahim Ali: Penting ni, ramai dok bercakap Isu berkenaan juga ditimbulkan oleh pembaca Malaysiakini. Mengulas lanjut, Rosmah berkata beliau tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan itu. "Janganlah percaya apa yang didengar... Biaq pi la (biarlah), esok dialah yang terpaksa jawab bila dah sampai sebelah sana (meninggal dunia)," katanya lagi kepada kira-kira 700 orang yang hadir. Rosmah turut bersyukur kerana presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menyokong beliau dalam isu tersebut. Dalam ucapannya terdahulu, Ibrahim antara lainnya berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara." Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab." Beliau juga meminta Rosmah mengulas fintah berkenaan -- "Penting ni. Ramai dok bercakap. Malam ni saya kira selesai." 'We all love you' Tambahnya, beliau juga sering mengulas mengenai dakwaan pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah dalam ceramahnya. "Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" soalnya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada Rosmah kerana berjaya mengharungi fitnah tersebut. Tambahnya, PERKASA juga akan terus menyokong Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Razak. "We all love you," katanya lagi. Rosmah yang kelihatan gembira selepas itu turut mendendangkan beberapa lagu bersama anggota Wiranita PERKASA. | Umno Tanjung Karang Jual Tanah Kerajaan Neger Posted: 18 Feb 2012 04:21 PM PST Oleh Nazli Ibrahim TANJUNG KARANG: Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan. Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'. Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit. Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman ( gambar) ketika ditemubual TVS hari ini. "Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra. "Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran. Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut. Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya. Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah. Manakala Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit. Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit. Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd. Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut. "Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis. "Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi. Susulan itu TVS akan membuat susulan Isnin depan. | Debat Soi Lek dan Lim tidak akan ubah apa-apa Posted: 18 Feb 2012 04:19 PM PST Oleh Leslie Lau ANALISIS — Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Dan jawapannya mungkin tiada. Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: "Saya rasa apa yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). "Tetapi tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum pilihan raya umum diadakan. Lim dan Dr Chua berdebat dengan disiarkan secara langsung mengenai isu-isu berbangkit yang sering dipersoalkan sebelum ini. Dr Chua, dalam hujahnya berkata DAP merupakan "alat" kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menyifatkan Lim sebagai seorang pemimpin muda yang sombong. Sementara Lim mensasarkan kepada Umno dan skandal rasuah yang menjadi kekuatan Pakatan Rakyat. Tetapi rakyat Malaysia — terutamanya pengundi minoriti Cina yang memahami pendebatan dalam bahasa ibunda kaum itu — menentukan siapa yang akan mereka undi selepas menyaksikan pendebatan itu semalam? Persoalan ini berbangkit kerana peluang adalah apa yang sentiasa berada dalam fikiran pengundi. Namun ia bergantung kepada pilihan mereka, debat semalam akan mengukuhkan lagi pandangan mereka terhadap tawaran yang diberikan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat. Jika melihat dari sudut itu, DAP mungkin memperoleh kelebihan paling banyak dari debat semalam. Bagaimanapun Dr Chua melakukan yang terbaik daripada jangkaan, Lim menggunakan platform debat itu untuk menyampaikan mesej tentang mengapa pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihan raya umum 2008 dan akan terus berbuat demikian. Antara isu yang memberi kelebihan kepada Lim adalah mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan Pusat Fidlot Nasional (NFC). Dr Chua pula mendapat kredit kerana mengutarakan hujah bahawa sokongan terhadap DAP akan membuka pintu kepada PAS untuk laksanakan dasar Islam. Tetapi anggota strategi MCA perlu bertanya kepada diri sendiri jika isu itu benar-benar menarik sokongan pengundi Cina. Kegusaran yang berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu adalah mengenai kontroversi bangsa dan agama yang menjadi dasar Umno dan BN. Dan ramai di kalangan pemimpin MCA secara peribadi mengakui pengundi Cina tidak senang dengan Umno bukan PAS. Umno, kerana dilihat sebagai sebuah parti yang memegang kuasa dan disebabkan skandal-skandal yang berlaku menarik tumpuan bukan sahaja komuniti Cina tetapi semua rakyat Malaysia. Jadi pendebatan semalam penting kumpulan penyokong dari DAP dan PAS, ditambah dengan nilai hiburan yang turut disaksikan pemerhati politik. Sebaik sahaja debat itu berakhir, wakil dari DAP dan MCA dengan pantas membuka laman sosial Twitter dan Facebook, menggunakan Blackberries, iPhones dan Androids untuk melihat siapa yang menang. Malangnya, ia tidak relevan untuk memenangi pendebatan itu jika terdapat cara lain untuk melihat siapa yang lebih baik. Akhirnya, persoalan sebenar bagi rakyat Malaysia — dan bukan hanya komuniti Cina — akan hadapi apabila tiba pilihan raya umum ke-13 sama ada mereka lebih bijak berbanding pilihan raya umum 2008. Namun pendebatan semalam tidak relevan untuk menjawab persoalan itu. | KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City Posted: 18 Feb 2012 04:14 PM PST
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya, Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka. Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut. Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain. | Dua laporan akan dibuat ke atas pemimpin Umno Terengganu Posted: 18 Feb 2012 04:12 PM PST KUALA TERENGGANU - Dua laporan, satu kepada kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan satu lagi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu ke atas dua pemimpin Umno Terengganu pada pagi ini Ahad 19 Februari.
"Esok, 19 Feb, 'report' PAS PARTI AJARAN SESAT KE ATAS AHMAD SAID akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Agama (negeri) Terengganu, "pada jam 9.30 pagi, tuan puan di jemput (hadir) bersama-sama,"ujarnya yang telah membuat laporan polis pada 14 Februari lalu, ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu, menarik balik keyataannya yang menuduh 'PAS adalah Parti Ajaran Sesat'. Manakala, Penasihat Ahli Lembaga bPengarah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Ustaz Satiful Bahri Mamat akan membuat satu laporan kepada SPRM berhubung tindakan JKKK merampas tanah sekolah tersebut. Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Adullah, Ustaz Satiful akan membuat laporan tersebut pada jam 11 pagi. "satu laporan kepada SPRM cawangan Terengganu akan dibuat oleh Ustaz Hj Saiful (Satiful) Bahri Mamat (berkait) isu rampasan tanah SRIDB, pada Ahad, 19 Feb jam 11 pagoi, "di Pejabat SPRM Cawangan Terengganu Tingkat 10 Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu,"ujarnya Menurutnya satu sidang media akan dibuat sejurus penyerahan laporan tersebut dan menjemput semua penyokong serta rakan-rakan media hadir | ISU ISRAEL - `PELURU' SEBENAR UNTUK UMNO Posted: 18 Feb 2012 04:02 PM PST Sudahkah kita baca AWSJ ?Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno. Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah : Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel) Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan. Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini./Chegubard | Posted: 18 Feb 2012 04:01 PM PST Subky Latif Bekas Pengerusi Majlis Fatwa, Dr. Ismail Ibrahim mahukan penjelasan dari Majlis Fatwa terhadap ketegasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa pencemaran Perdana Menteri Najib ke sambutan Thaipusam boleh merosakkan akidah.Mufti itu tidak membuat reaksi spontan terhadap kehadiran pasangan Perdana Menteri dan Wanita Pertamanya di acara agama Hindu itu, bahkan katanya ia telah diingatkannya berkali-kali sebelum ini. Harussani tidak pernah menyembunyikan pendiriannya dalam apa perkara pun dan sudah tentu pandangannya tentang perkara itu ada dalam pengetahuan sekalian anggota Majlis Fatwa. Harussana tentu ada membangkitkan hal seperti dengan rakan-rakan sejawatnya. Sebelum beliau memberi reaksi terbaru terhadap tindakan Najib itu dipercayai Mufti itu tidak mendapat maklum balas yang berbeza dari rakan-rakannya. Ertinya bukan baru hari ini Harussani mempunyai sikap yang demikian terhadap penyertaan orang Islam dalam Thaipusam, ia adalah keputusan dan sikapnya sejak sekian lama. Mengapa pula Dr. Ismail Ibrahim membuat komen melalui jaringan sesawangnya jika dia tidak puas hati dengan kenyataan Harussani? Anggapan awal saya tentang komen Dr. Ismail ialah beliau mahukan penjelasan lanjut. Mengapa Dr. Ismial tidak menghubungi terus Harussani tentang isu-isu yang tidak jelas padanya terhadap kenyataan Harussani itu? Dr. Ismail bukan pengamal media menyatakan apa saja mengikut selera dan kepercayaannya. Dia juga bukan orang politik yang perlu memberikan reaksi spontan terhadap semua isu. Dr. Ismail ulama yang darjah pro kerajaannya kira-kira sama dengan Harussani. Maka Dr. Ismail patut bertanya dari Harussani dulu sebelum memberi reaksi terhadap pandangan Harussani. Harussani dalam hal ini mahu menyelamatkan akidah umat Islam. Apa yang dicakapkannya itu adalah perkara besar. Dia tidak sekadar mengingatkan orang ramai tetapi ia dituju terus kepada Perdana Menteri. Maka yang menjadi perbincangan sekarang kehadirannya itu telah mendatangkan fitnah kepada akidahnya. Fitnah itu hendaklah dielakkan. Sama ada akidah itu binasa atau tidak dengan kejadian itu, fahaman umum masyarakat Islam merayakan sama acara agama orang lain adalah dilarang. Banyak lagi acara agama lain yang diraikan oleh orang Islam. Thaipusam itu adalah satu yang ketara. Orang Islam biasa hadir dalam acara hari terbuka perayaan berbagai kaum seperti Tahun Baru Cina, Depavali dan lain-lain. Ia sudah dikira acara kebudayaan dan bukan lagi acara agama. Masing-masing tidak diadakan di kuil atau mana-mana rumah ibadat agama. Kita baru saja melalui satu pengalaman orang Islam hadir dalam jamuan anjuran gereja Mathodist Petaling Jaya. Penguat kuasa JAIS telah menyerbu jamuan itu dan menyoal orang Islam yang hadir. Gereja juga disoal. Umat Islam dan penguasa agama Islam hampir sepakat menyokong tindakan JAIS. Mana lebih berat antara hadir dalam jamun anjuran gereja dengan hadir di komplek kuil Thaipusam? Penguasa agama Islam mungkin ada kelonggaran bagi Hari Terbuka Natal yang diadakan di hotel dan di rumah penganut agama itu. Masyarakat Hindu sudah memaklukkan ada perbezaan antara sambulan Deepavali dengan Thaipusam. Orang Islam tidak mempersoal kehadiran ramai polis Islam menjaga keselamatan Thaipusam, kerana Islam membenarkan polis Islam menjaga keselamatan acara agama lain tidak diganggu. Apa pun Najib perlu ditanya adakah dia sudah mendapatkan nasihat dari Penasihat Agama Perdana Menteri tentang pencemarannya ke kuil Batu Caves itu? Apalah Penasihat Agama itu sudah memberikan nasihat yang betul? Oleh kerana pemergian itu sudah mendatangkan fitnah, apakah Penasihat Agama telah memberikan pandangan yang terbaik dalam perkara itu. Kirnya pandangan Harussani tepat, maka penasihat agama, menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan timbalannya berdosa sama kerana membiarkan Perdana Menteri terjerumus dalam kejadian yang boleh mencacatkan akidahnya. Jika Najib tidak minta nasihat mereka, maka buat apa mereka duduk dalam jawatan itu? Orang tahu dan mahu penasihat agama memberikan nasihat yang baik. Jika Najib telah tercemar, penasihat agama boleh disalahkan. Jika Najib tidak minta nasihatnya, penasihat boleh dilihat tidak banyak beza dengan patung bernyawa. Penasihat perlu memilih antara jadi penasihat atau jadi patung bernyawa? | Ulama: Dosa jika hadir ritual agama lain Posted: 18 Feb 2012 03:53 PM PST KL TODAY Ulama di negara ini bersependapat masyarakat Islam dilarang hadir di majlis keraian dan upacara keagamaan selain Islam kerana perkara itu akan menjurus kepada syirik dan menyekutukan Allah, kecuali sambutan tersebut berkaitan adat dan budaya masyarakat bukan Islam.Namun begitu, berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi bagi membolehkan masyarakat Islam menghadiri majlis tersebut. Antaranya adalah majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam, tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak, perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini, dan tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Islam dibolehkan untuk menghadiri majlis-majlis keraian yang berunsurkan adat dan budaya bangsa lain sebagai tanda menghormati sesama manusia. "Kita sama-sama manusia, harus menghormati antara satu sama lain, tapi tidak boleh bertoleransi berhubung perkara yang melibatkan keagamaan. "Namun begitu, sekiranya keraian itu melibatkan sambutan adat dan budaya seperti Pesta Menuai, Tahun Baru Cina, dan sebagainya, perkara itu dibolehkan," katanya. Tambahnya lagi, antara garis panduan hubungan Muslim dan bukan Muslim adalah wujudnya garis panduan dari aspek pemakanan, yang mana meliputi status Halal yang tidak boleh dikompromi. "Perkara seperti itu tidak boleh dipertikaikan, berkenaan makanan Halal, dan sebagainya itu panduan yang harus dipatuhi. Jelas beliau, isu itu sengaja dibangkitkan oleh golongan politik yang cuba menjatuhkan satu sama lain dengan menimbulkan isu keagamaan dalam politik. "Masalahnya yang wujud sekarang adalah masing-masing cuba menjatuhkan satu sama lain, terutamanya politik. Ada persaingan politik, ungkit mengungkit, dan perkara itu akan menimbulkan masalah. "Perkara berkaitan agama tidak boleh dicampuradukkan dengan politik," tegasnya yang kesal dengan tindakan PAS menyambut Thaipusam di Sungai Siput, yang mana menurutnya adalah haram. Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Cave untuk sambutan Thaipusam adalah perkara yang dibolehkan kerana ia dibuat atas tuntutan tugas. "Perdana menteri hadir atas tuntutan tugas, itu tidak menjadi masalah, begitu juga dengan anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan ketika perayaan itu berlangsung. "Beliau hanya hadir memberi ucapan dan tidak menyertai ritual keagamaan mereka, itu sebahagian daripada tugas perdana menteri memastikan keharmonian negara," katanya kepada The Malaysian Insider. Tambah beliau, masyarakat Islam dilarang sama sekali mengiktiraf kewahyuan agama selain Islam, namun begitu, mereka harus menghormati kewujudan agama lain. "Antara perkara yang dilarang adalah memakai pakaian khusus keagamaan seperti salib, pakaian paderi, dan memakai calit di anggota badan. Itu haram, tapi sekiranya mereka memakai kurta atau pakaian tradisi, perkara itu bukanlah satu kesalahan," tegasnya. "Saya percaya, kehadiran pemimpin negara ke majlis-majlis seperti itu sekadar tuntutan tugas dan beliau tidak berniat untuk menyertai ritual keagamaan mereka," tambahnya lagi. Menurut Asri, kekeliruan yang wujud berkemungkinan disebabkan berlakunya salah faham masyarakat Islam yang sensitif terhadap kehadiran pemimpin di majlis-majlis seperti itu. "Antara langkah penyelesaiannya adalah penganjur seharusnya diberi panduan berkenaan perkara itu, pihak berkaitan protokol seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu garis panduan untuk pemimpin beragama Islam menghadiri majlis-majlis keraian mereka," katanya lagi. | Warga paling tua berusia 15 tahun? Posted: 18 Feb 2012 03:51 PM PST KANGAR – Pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058, Puan binti Ahmad disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau sebenarnya dilahirkan pada 1896 dan berusia 115 tahun. Bagaimanapun, nombor kad pengenalan yang tercatat pada MyKadnya itu menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996 dan baru berusia 15 tahun! "Nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN," jelas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Md Isa berkata, oleh kerana beliau lahir pada tahun 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996. "Saya mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," ujarnya lagi. Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini. Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit. Beliau dilaporkan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. | DAP dicabar letak calon di kawasan Melayu Posted: 18 Feb 2012 03:47 PM PST
KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencabar DAP meletak calon di kawasan Melayu terutama kerusi UMNO pada pilihan raya umum akan datang. Tegas beliau, cabaran itu dibuat apabila melihat DAP yang wujud sejak 46 tahun lalu hanya berani bertanding di kawasan majoriti penduduknya adalah kaum Cina. "Ini sama sekali tidak mencerminkan imej parti DAP yang mendakwa ia adalah parti berbilang kaum," katanya pada sesi perdebatan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertajuk Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa di sini semalam. Beliau berkata, parti pembangkang itu mempunyai pengalaman hanya dengan mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. "Jika kita tinjau, masalah mereka hanya berani bertanding di tempat di mana majoritinya adalah penduduk Cina. "Mereka beritahu orang Cina, sudah tiba masanya untuk mengajar UMNO tetapi parti pembangkang tidak berhadapan dengan UMNO sebaliknya hanya berani dengan parti-parti di kalangan masyarakat Cina," tegasnya. | KPKK akan bantu Sazali Ramlee yang terlantar Posted: 18 Feb 2012 03:44 PM PST KOSMO KUALA KLAWANG - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementerian itu akan membantu anak seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang tidak dapat berjalan sejak kemalangan dua bulan lepas. Rais berkata, beliau akan menemui Sazali, yang tinggal di Jalan Bunga Raya, Kg. Sentosa, Semenyih di Selangor dalam masa terdekat untuk menyampaikan bantuan kewangan tersebut. "Untuk bantuan kewangan itu kita mempunyai pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang boleh kita gunakan di bawah bantuan am kementerian ini. "Saya kira tidak kurang dari RM12,000 boleh disumbangkan kepada beliau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kampung tanpa wayar di perkampungan Orang Asli di Kampung Tohor, dekat sini, semalam. Sazali pernah menjadi pelakon tambahan dalam dua filem arahan bapanya iaitu Ahmad Albab dan Anak Bapak. Akhbar semalam melaporkan Sazali sukar berdiri dan berjalan kerana tisu lutut kanannya terkoyak akibat jatuh ke dalam lopak semasa menunggang basikal di pekan Semenyih dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana baru sebulan bertugas sebagai tukang sapu. - BERNAMA | Mahkamah Rayuan bebas dua bekas pengurus besar Tabung Haji Posted: 18 Feb 2012 03:39 PM PST UTUSAN ONLINEPUTRAJAYA - Selepas menunggu selama 10 tahun, dua bekas Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji (TH) lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini daripada sabitan serta hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan pecah amanah dan menipu wang RM200 juta milik institusi itu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Azahar Mohamed membebaskan Datuk Mohd. Amin Sidek, 60, dan Datuk Mohammad Shafie, 62, selepas membenarkan rayuan akhir kedua-duanya. Sehubungan itu, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang mensabitkan mereka serta keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya selepas berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman itu tidak selamat untuk dipertahankan. Sejurus keputusan diumumkan, suasana mahkamah bertukar sayu apabila Mohd. Amin dan Mohammad yang menekup muka tanda kesyukuran sambil berdakapan sesama sendiri sebelum dipeluk oleh ahli keluarga dan sahabat handai masing-masing yang hadir memberi sokongan. Mohd. Amin dalam reaksinya ketika ditanya pemberita berkata, dia bersyukur dengan keputusan hari ini dan telah menjangka dibebaskan kerana yakin tidak bersalah. Sementara itu, Mohammad yang meyakini ketelusan badan kehakiman pula memberitahu, penantian selama 10 tahun untuk membersihkan nama daripada tuduhan tersebut tidak sia-sia kerana akhirnya dibebaskan. Hakim Ramly ketika membacakan keputusan itu berpendapat, tiada penyembunyian fakta mengenai pelaburan asing menggunakan dana Tabung Haji kerana perkara itu telah didedahkan melalui kertas cadangan kepada menteri. Panel tersebut turut berpuas hati, tiada fakta yang menyatakan bahawa pelaburan asing jangka pendek itu perlu mendapat kelulusan menteri. Sehubungan itu, hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan elemen ketidakjujuran dan tidak amanah seperti pertuduhan yang mereka hadapi ketika mensabitkan kedua-duanya. Mereka diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Sulaiman Abdullah dan Zamani Ibrahim. Pada 21 Januari 2007, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya selepas mendapati mereka bersalah melakukan pecah amanah wang Tabung Haji. Ketika kejadian, Mohd. Amin merupakan Pengurus Besar Kanan (Kewangan) manakala Mohammad merupakan Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) institusi berkenaan. Kedua-dua bekas pegawai kanan itu turut dihukum penjara enam tahun setiap seorang atas dua kesalahan menipu dua menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kelulusan pelaburan dana itu. Kedua-dua hukuman penjara 10 tahun dan enam tahun diperintah oleh Mahkamah Sesyen berjalan serentak. Mereka dituduh bersama-sama menipu Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin di JPM Putrajaya antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001. Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, Mohammad dan Mohd. Amin didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di ibu negara di antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001. | Henti guna Islam senjata politik, kata Dr Asri Posted: 18 Feb 2012 03:38 PM PST KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai "senjata politik" kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai. Beliau yang juga felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, langkah itu perlu diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing. "Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk. "Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini, hari ini. Dilihat merujuk kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, beliau yang lazimnya mengulas dan menganalisis perkembangan politik semasa berkata, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman. "Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan dari mainan politik," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini. Dalam ucapannya, Asri turut menyentuh sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya di laman sesawang sendiri untuk menyebarkan fitnah bagi menzalimi mereka yang tidak berdosa. Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang. "Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik? "Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya tanpa merujuk mana-mana kes secara khusus. Asri juga mengulas langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak salah kerana itu adalah tuntutan tugas selaku seorang pemimpin kerajaan dan negara. "Masuk ke kuil atas rasa tugas seperti polis tidak apa, macam itulah juga pemimpin politik, beliau tidak menyambut perayaan itu tetapi hadir sebagai seorang Muslim dan pemerintah. "Beliau hadir untuk berhujah bukannya nak menyokong… beliau pemimpin rakyat, takkan nak buat tak peduli kepada rakyatnya yang berbilang kaum," katanya. Asri juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan berkenaan kesesuaian umat Islam melibatkan diri dalam majlis agama lain supaya tidak berlaku kekeliruan. | Rakyat tak sabar undi PRU13, kata Muhyiddin Posted: 18 Feb 2012 03:37 PM PST BALIK PULAU - Gelombang kesedaran baru yang melanda masyarakat di seluruh negara sekarang ini mampu menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat sudah tidak sabar menunggu pilihan raya umum kerana mahu memberi semula undi kepada BN berbanding 2008. Beliau berkata, itu adalah antara petanda yang diperolehi ketika pemimpinnya turun padang bertemu rakyat kerana gelombang baru itu mahu BN terus kekal berkuasa di negara ini. "Ini adalah petanda baik kerana rakyat sering bertanya bila pilihan raya akan diadakan. Mereka tidak sabar lagi untuk memberi semula sokongan kepada BN. "Ramai yang kata kepada saya tidak sabar lagi nak pangkah BN. Mesej itu disampaikan ketika saya bersalaman atau berbual-bual dengan mereka," katanya kepada media selepas menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Permatang Tepi, Simpang Empat di sini, hari ini. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan. Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat melihat untuk jangka masa yang panjang sekiranya mahu hidup dengan lebih terjamin dan selamat. "Sudah tentu selama 54 tahun pemerintahan kerajaan BN boleh membuktikan keupayaannya untuk menyediakan apa yang dikehendaki oleh rakyat," katanya. Menurutnya, hasil tinjauan yang dilakukanya mendapati sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pusat jauh lebih baik baik dan rakyat semakin sedar untuk kembali menyokong BN. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat berkata, gelombang kesedaran itu dapat dilihat setelah rakyat berpuas hati dan menyambut baik dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakukan pelbagai transformasi dan program yang menyentuh perasaan rakyat jelata. "Rakyat menghargai pembangunan ekonomi yang dirangka berjalan lancar selain mengakui langkah-langkah yang diambil kerajaan banyak membawa manfaat kepada negara sehingga diakui pihak di luar negara. "Apa yang dapat kita lihat sekarang ini ialah rakyat menghargai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri dalam usaha merapatkan hubungan kaum.Tidak timbul sebarang isu berkaitan perkauman dan kerajaan ambil kira tentang kehendak semua kaum apabila melaksanakan sesuatu dasar atau program," kata beliau. Muhyiddin berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan soal pendidikan, keagamaan dan memenuhi apa sahaja kehendak dan keperluan mereka. "Kesemua langkah yang dilaksanakan itu kini sudah dirasai oleh rakyat. Bila kita buat bacaan tentang sikap mereka dan hasil reaksi masyarakat terutama di peringkat bawahan mendapati sokongan mereka terhadap BN bertambah kukuh," katanya. |
Posted: 19 Feb 2012 03:30 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV. Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.
Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.
Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.
Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya 'bekerja' 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar 'cari makan' di Malaysia.
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan