Jumaat, 3 Februari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 03 Feb 2012 03:17 PM PST

Farush Khan, Wan Normi Hasan & Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin

MUKADIMAH: Bukan senang bertemu bual dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau sibuk setiap hari. Sebagai tok guru yang sangat dihormati, beliau tidak putus-putus dikunjungi rakyat yang dahagakan ilmu agama dan sebagai Presiden Pas, Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Rhu Rendang, Abdul Hadi kerap mempengerusikan mesyuarat di pelbagai peringkat dan turun padang bagi mengatur strategi parti, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa.

Justeru, adalah sesuatu istimewa apabila Sinar Harian diberi peluang berwawancara dengan beliau baru-baru ini. Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung selama 1 ½ jam di kediaman beliau di sebelah Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Boleh Datuk Seri jelaskan kedudukan Pas setakat ini?

HADI: Culaan terperinci (dibuat oleh petugas Pas menunjukkan) jumlah pengundi muda berumur 40 tahun ke bawah, sangat besar. Ini adalah undi penentu; di Terengganu dan di mana-mana pun begitu.

Inilah barangkali menyebabkan Umno dan BN (Barisan Nasional) teragak-agak membuat pilihan raya dengan cepat. Jadi apabila saya dapat maklumat begini, ini menandakan cawangan kita dan Dun (Dewan Undangan Negeri) kita bekerja bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat maklumat terperinci.

Harapan Datuk Seri pada PRU13?

Hadi: Harapan kita untuk mencapai kemenangan memang tinggi. Untuk Terengganu kita sudah meneroka asas-asas me­ngisi kemenangan bermula daripada kita meminda Perlembagaan Negeri Terengganu kembali kepada asalnya, kepada Perlembagaan Itqan al Muluk Bitta'addilissuluk tahun 1911, yang menjadikan hukum Islam hukum tertinggi, di mana kedudukan ini sudah dihapuskan oleh penjajah British dan diteruskan zaman, setelah kita mencapai kemerdekaan sehinggalah kita menang tahun 1999.

Pas telah membuat satu pindaan, di antaranya meletakkan semula Islam hukum tertinggi bagi negeri Terengganu. Sudah tentulah selepas itu ada pengisian-pengisian. Alhamdulillah, pindaan kita ini tidak dirombak BN, cuma mereka tidak isi.

Itu terpulang kepada kita untuk mengisi. Yang kita menunggu, kepercayaan yang diberi oleh rakyat melalui keputusan pilihan raya.

Adakah Datuk Seri akan bertan­ding pada PRU13 nanti?

Hadi: Terpulang kepada parti sama ada di peringkat atas ataupun dari bawah. Memang saya terlalu lama menjadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung, di Dun sudah 30 tahun lebih, sejak 1982, Parlimen sudah belas-belas tahun; sudah lama.

Sebab itu saya memberi tawaran yang pertama, sama ada saya tidak bertanding semua, kerana dengan itu saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Itu harapan saya.

Kerusi Parlimen atau Dun?

Hadi: Terpulang kepada parti menilainya.

Adakah harapan Datuk Seri untuk memberi laluan kepada pengundi muda atau anak Datuk Seri sendiri?

Hadi: Anak saya biar dulu; biar jadi petugas parti. Pas ada dua tokoh besar; tok guru (Mursyidul Am) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri sendiri.

Sekiranya Datuk Seri undur diri, tidakkah kedudukan Pas akan terjejas?

Hadi: Saya melihat pemimpin-pemimpin pelapis, sama ada dalam kalangan yang sebaya dengan saya, ataupun kurang sikit umur daripada saya, ataupun dalam kalangan muda. Kita ada ramai pemimpin pelapis, sama ada yang sudah berpengalaman mengikuti parti sejak dari awal ataupun yang baru menyertai parti; daripada pelbagai lapisan. Saya secara kebetulan mengikuti parti sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, generasi kedua, sampai kini. Itu penyertaan saya dan saya diberi amanah oleh kepimpinan dan mendapat kerusi Dun ketika saya terlalu muda. Masa menjadi Naib Presiden, usia saya dalam 30-an. Saya rasa terlalu lama sangat menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan tinggi dalam parti.

Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi peluang dan laluan kepada pemimpin pelapis pula. Ramai yang layak untuk mengganti.

Andaian bahawa Pas, setelah memerintahTerengganu, tidak mampu menjalankan apa yang perlu dijalankan. Apa jawab Datuk Seri?

Hadi:Kita sudah bukti ada kemampuan untuk jalankan banyak perkara, contohnya sebaik sahaja kita menang ta­hun 1999 kita telah menghapuskan tol Jambatan Sultan Mah­mud, kita membatalkan bayaran cukai pintu rumah kediaman. Rumah komersial sahaja yang dibayar cukai, rumah kediaman dianggap rukun hidup, tak dibayar cukai dan kita menghapuskan cukai-cukai peniaga kecil, kita hapuskan cukai nelayan kecil, kita hapus masa kita memerintah dan kita telah berjaya menyerahkan geran meneruskan hak milik tanah hampir 60,000 rakyat, termasuk peserta-peserta Felda yang tak ada geran sejak tahun 1960. Kita beri milik; lebih kurang 60,000 jumlahnya.

Di antaranya, kita telah mencapai satu kejayaan mengurangkan kadar kemiskinan dari tempoh satu penggal daripada nombor dua mengikut tertib seluruh negara kepada nombor tiga (atau) nombor empat; turun dalam masa empat tahun. Kita meningkatkan prestasi pendidikan masa kita memerintah. Kita berjaya memperkasakan keputusan peperiksaan bagi pelajar seluruh negeri Terengganu. Bahkan dalam bidang sukan, kita berjaya juga meningkatkan bidang sukan di negeri Terengganu. Banyak pencapaian kita, walaupun kita telah dinafikan hak dengan merampas royalti petroleum dan lambatkan pencen geran. Sebagai contoh kempen pelabur yang datang dalam masa satu penggal itu, kita telah berjaya menarik pelaburan dalam negeri dengan jumlah yang besar, menarik pelaburan asing dengan jumlah yang besar juga, walaupun dikempen oleh Pusat. Mereka datang kerana tiada rasuah, tiada bayaran tol apabila mereka mahu melabur di Terengganu. Ini pencapaian kita.

Kekalahan kita pada 2004 bukan kerana kelemahan kerajaan tetapi kerana pelaksanaan pilihan raya yang tidak adil. Di antaranya, pertambahan pengundi sehingga beberapa peratus, penambahan pengundi yang luar biasa. Mengikut post-mortem yang kita buat untuk pilihan raya tahun 2004, ada kawasan yang kita menang dengan ada kawasan yang meningkat dua peratus undi naik, ada yang turun dua atau satu peratus sahaja.

Adapun Kelantan, kita menurun sehingga enam peratus, tetapi kita boleh bertahan di Kelantan tidak boleh bertahan di Terengganu. Itu kerana ada sesuatu yang dibuat melalui penipuan di mana kejatuhan kita bukan kerana rakyat, tetapi kerana penipuan pilihan raya.

Adakah cukai dibatalkan masih kekal sehingga sekarang?

Hadi: Tol (jambatan) masih dimansuhkan sehingga hari ini, cukai pintu diambil balik dan kita berjanji kalau kita memerintah kita nak hapuskan balik cukai pintu dan cukai peniaga kecil.

Berlaku penipuan pada PRU 2004? Apa maksudnya?

Hadi: Sebagai contoh, di Parlimen Kemaman, undi kita meningkat dua peratus pada PRU 2004 berbanding 1999. Kita dapati ditambah pengundi baru 17,000 pada 2004. Fikirlah bagaimana kita nak halang 17,000 pengundi. Pertambahan pengundi secara tiba-tiba dari luar dan ada penemuan pengundi acap kali. Seorang boleh mengundi beberapa kali. Kita ada penemuan.

Penemuan ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau macam mana?

Hadi:Itu saya serah pada Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat. Laporan pada saya, ada perjalanan bergantung pada sistem kehakiman, sistem pentadbiran di negara kita sendiri. Bahkan banyak penemuan penye­lewengan masa kita memerintah negeri dan kita tunggu endorsement Tun Salleh Abbas. Exco berkenaan ada pasukan dia dan membuat penyi­asatan. Banyak penemuan salah laku dalam pentadbiran di mana Kerajaan Negeri tiada kuasa. Ini di bawah kuasa polis, di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita tidak boleh. Ada pemindahan undi Kemaman di tempat lain di luar Kemaman; kawasan yang terdekat. Peningkatan berlaku di semua (tujuh) daerah, di semua (32 kawasan) Dun.

Bagaimana Pas mahu menangani dari segi peningkatan?

Hadi: Kita dapat penemuan undi yang tidak dikenali di kawasan masing-masing dan kita buat bantahan. Kita kena bayar RM50 untuk satu bantahan. Nak buat bantahan semua tidak mampu, banyak sa­ngat. Melalui proses Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, proses undang-undang, proses pentadbiran, SPR pun ada, mahkamah pun ada. Walaupun tidak banyak, SPR ada melakukan tindakan.

Pendapat Datuk Seri mengenai kekuatan Pas di Terengganu sendiri; adakah tambah kerusi yang dimenangi?

Hadi: Kekuatan kita bertambah berdasarkan kepada sambutan pengundi-pengundi muda walaupun tidak dapat ditentukan jumlah mereka tetapi gelombang pengundi muda itu ada. Berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda Negeri di seluruh negeri.

Sasaran kita yang pertama, kerusi yang sudah kita menang. Kedua, kerusi yang pernah kita menang dan kita menang dengan majoriti yang tipis, ketiga kerusi yang pernah kita menang dengan majoriti besar. Itu tiga peringkat. Pada tahun 80-an kita dengar ucapan Datuk Seri

sungguh berapi-api, tetapi sekarang ini tidak begitu. Apakah sebab Datuk Seri kecewa dengan perkembangan dalam parti dan negara atau kerana sudah terlalu lama dan banyak pengalaman, jadi tidak payah cakap berapi pun orang akan dengar, macam mana?

Hadi: Kalau kita tengok gunung berapi pun, yang terlalu lama tetap mengeluarkan baja yang baik (senyum)­. Kadang-kadang isu berla­in­an. Mungkin pada masa itu isunya hangat. Bila isu itu dah kurang, lain pula isunya, nada pun lainlah.

Topik kegemaran Datuk Seri nampaknya hudud. Hari ini dalam ceramah pagi di Masjid Rusila pun isu hudud juga yang Datuk Seri huraikan?

Hadi: Hari ini barangkali kebetulan. Dulu memang; dalam tahun 50-an 60-an. Kalangan yang me­nyanggah parti-parti Islam di seluruh dunia jadikan isu hudud untuk mena­kut-nakutkan umat Islam yang jahil dan bukan Islam. Padahal hudud ini hanya barangkali berapa peratus daripada hukum Islam yang banyak itu. Itu yang ditonjol dan kita terpaksa jawab. Padahal banyak lagi isu; ekonomi dan kemasyarakatan, yang ada dalam Islam.

Dalam isu hak asasi manusia, Islam mendahului Barat, begitu juga dalam segala teori yang lain, terlalu banyak.

Sistem kehakiman Islam mendahului segala-galanya dan banyak Barat ambil daripada Islam, dijadikan rujukan dalam undang-undang Barat sendiri, undang-undang antarabangsa dan undang-undang di peringkat nasional.

Tetapi hudud ditonjolkan tanpa suatu penjelasan, tanpa hikmah. Bagaimana melaksanakannya dan cara melaksanakan, orang tidak tahu. Padahal hudud ini ada dalam enam perkara sahaja, yang menjadi sepakat alim ulama dalam hukum kesalahan jenayah. Beribu-ribu kes lagi tak masuk dalam hudud.

Kita terpaksalah jawab pada masa itu, bermula daripada bekas Presiden Pas, Allahyarham Dr Burhanuddin Helmy, Datuk Asri Muda; kemudian pada tahun 60-an, dibawa isu kafir mengkafir. Saya terpaksa mewarisi isu kafir-mengkafir. Itulah ucapan berapi dalam tahun 70-an itu. Tahun 80-an isu debat dan sebagainya. Isu itu bawa pada muzakarah, akhirnya jadi perlahan. Hari ini tidak sebagaimana dulu. Ini satu perubahan.

Berkenaan solat Jumaat dua kariah di Terengganu?

Hadi: Solat Jumaat dua kariah bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia, termasuk di negara Arab sendiri. Ini berlaku kerana, yang pertama, kepadatan penduduk. Apabila penduduk padat, boleh buat sembahyang Jumaat di banyak tempat. Yang kedua, isu salah faham yang sepatutnya boleh diselesaikan, tapi tak boleh diselesaikan. Daripada mereka (orang Islam) tidak sembah­yang, lebih baiklah mereka sembahyang. Pendekatan yang boleh diambil kemudian diuruskanlah selepas itu dengan cara yang baik. Masa kita (Pas) memerintah Terengganu dari 1999 ke 2004, kita telah berjaya sama ada membatalkan tempat dua Jumaat ini ataupun kita sahkan masjid yang tidak disahkan. Kita lihat kepada keadaan setempat. Ini yang berjaya kita buat.

Bagaimana dengan masjid yang tidak diiktiraf sebagai masjid?

Hadi: Itu bergantung pada keadaan setempat dan kita tidak boleh marah kepada penduduk setempat. Kadang-kadang ada imam-imam yang dilantik itu mencela hukum hudud. Ini bukan hukum Pas; ini hukum agama, kita tidak boleh nak kata yang bukan-bukan. Imam mengatakan kalau melaksanakan hudud, boleh potong tangan.

Cakap macam itu sedangkan dia imam masjid. Macam mana orang kampung nak buat imam pada orang macam itu? Ini bukan fasal Pas atau Umno, ini hukum Islam. Bukan masalah parti, ini kerana cakap. Tapi Alhamdulillah, cakap-cakap macam ini sudah reda sekarang.

Penggunaan dakwat dalam PRU13?

Hadi: Itu saya terima secara positif, tetapi bukan dakwat sahaja. Salah satu daripada yang penting adalah kebebasan media. Malam tadi saya te­ngok Internet, pilihan raya di Kuwait. Apa yang menarik, media elektronik beri tiap-tiap parti 10 minit untuk bersyarah. Bukan lama sangat. Tiap-tiap parti ada wakil. Saya masih ingat zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dulu; masa itu tiada TV, ada radio tahun 50-an dan 60-an; diberi 15 minit kalau tidak silap saya, kepada wakil-wakil parti untuk berucap melalui radio.

Di negara lebih maju lagi zaman sekarang, kita lihat diberi peluang dialog debat calon-calon presiden, calon Perdana Menteri boleh debat dalam TV. Wartawan boleh tanya, kalangan akademik boleh tanya, rakyat boleh tanya dan dia jawab, rakyat boleh nilai calon kepimpinan negara. Barulah pilihan raya itu adil.

Kalau dia jawab tak betul, rakyat hukum dia ataupun dia buat fitnah, rakyat hukum dia, melalui undang-undang boleh ambil tindakan, kita takut apa? Jadi kebebasan media sangat penting untuk pilihan raya yang adil.

Saya rasa kebebasan media lebih penting daripada celup dakwat. Tapi tak apalah, kita terimalah dakwat itu.

Datuk Seri rasa apa yang bebas sekarang ini?

Hadi: Saya rasa media yang cuba nak keluar daripada kepompong akan diluku kepalanya. Jadi terpaksa berhati-hatilah, termasuk Harakah lidah rasmi Pas sendiri. Dulu Harakah pernah dapat kebenaran diterbitkan satu kali seminggu, selepas itu Kerajaan beri dua kali seminggu; kemudian tarik balik menjadi satu kali seminggu; bagi dua kali seminggu balik. Kita menghadapi keadaan begitu. Itu surat khabar parti. Surat khabar yang tidak parti lagi berhati-hatilah.

Bagaimana dengan isu bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu dan timbulkan tanggapan bahawa dalam Pas ada parasit?

Hadi: Kita menghadapi isu-isu dalam Pas sejak awal Pas ditubuhkan. Tahun 1951 Haji Ahmad Puad keluar parti, Pas diambil alih oleh Jaafar Alias. Tahun 50-an, 60-an pernah Setiausaha Agung Pas, Osman Abdullah dan beberapa orang lagi keluar parti pada masa itu. Kita boleh melangsungkan perjuangan. Tahun 69 tidak banyak, tahun 70, kita ambil tindakan kerana tidak bersetuju Pas menyertai BN pada masa itu. Ada yang tubuh parti Imam, parti Islah. Sama ada didisiplinkan diri sendiri atau parti mendisiplinkan diri dia.Bila dia tubuh parti lain secara automatik keluar partilah. Parti bertindak pecat dia. Kita masuk BN tahun 1970. Kita pecat Ustaz Abu Bakar Hamzah kerana dia buat kenya­taan yang bercanggah dengan dasar dan polisi parti. Dia juga suka menulis.

Oleh sebab kenyataan dia di luar landasan parti, maka kita bebaskan dialah. Itu caranya. Kalau dia duduk dalam parti, dia kena ikut apa yang polisi partilah. Kalau dia tak nak ikut, baik keluar. Ustaz Abu Bakar buat rayuan dan kita terima balik dalam tahun 80-an.

Sejarah yang azab. Terlibat dalam kejatuhan Kerajaan Pas Terengganu tahun 1961. Almarhum Ustaz Ahmad Azam, dalam menghadapi undi tidak percaya, dia tidak keluar parti, tetapi dia berkecuali, tidak undi sokong kerajaan pada masa itu. Ada krisis dalaman dan Pas ambil tindakan disiplin, pecat dia. Tahun 1961, kita pecat dan Ustaz Ahmad Azam minta jadi ahli balik, kita terima balik pada tahun 80-an.

Peristiwa Hasan Ali ini bukan baru bagi kita kerana dia buat kenyataan sendiri, bertindak sendiri-sendiri. Dia kena ikutlah polisi parti. Kalau dia nak buat cara sendiri, lebih baiklah dia di luar. Dengan sebab itu, kita bebaskan beliau. Itu perkara biasa sahaja.

Kalau Datuk Hasan kembali?

Hadi: Itu terpulang kepada dia. Saya tidak boleh kata apa-apa. Itu kepunyaan Majlis Syura Ulama.

Yang lambat lagi PRU13 itu, pasal apa?

Hadi: Saya dengar macam-macam. Antaranya saya dengar juga bahawa penyelarasan gaji perkhidmatan awam. Yang disebut di sini, pegawai yang tinggi terlalu mahal naik, dia yang rendah naik RM8 pun ada. Naik RM8 buat apa?.

Naik RM8 dan RM30. Saya pergi Hospital Universiti bawa anak saya buat rawatan. Saya tanya, dia kakitangan beritahu yang pengarah, timbalan pengarah ribu-ribu ringgit naik gaji. Dia yang staf bawah ini naik RM8, sedangkan inilah jumlah lebih besar, lebih perlu. Ini perlu diselesaikan. Saya de­ngar masalah ini tidak selesai lagi sejak dulu. Yang dia kerja bukan tanggungjawab, dia nak menang pilihan raya. Patutnya sejak mula merdeka telah selesai. Dah lebih 50 tahun merdeka, tidak dapat nak tangani masalah.

Full content generated by Get Full RSS.

DUNIACACAMARBA

Posted: 03 Feb 2012 03:06 PM PST

Kerana Gambar Bogel Isteri, Lelaki Sanggup Beli Telefon Bimbit Lama dengan Harga Mahal

Posted: 03 Feb 2012 05:00 AM PST

Menurut China Daily, seorang lelaki di Zhangzhou, Fujian, terpaksa membeli semula telefon bimbit lamanya dengan harga dua kali ganda selepas dia mendapati gambar bogel isterinya masih tersimpan dalam telefon itu.

Lelaki dengan nama keluarga Wu itu membeli telefon baru dan menjual telefon lamanya kepada penduduk kampung lain dengan 500 yuan (RM240) sebelum isterinya menyedari bahawa lima gambar bogelnya masih belum dipadamkan.

Pemilik baru telefon bimbit itu bersetuju menjual telefon itu semula, namun menuntut bayaran sebanyak 1,000 yuan (RM480).

Selepas campur tangan polis dan jaminan bahawa gambar-gambar itu tidak disalin atau diletakkan di Internet, Wu bersetuju untuk membayar harga tersebut.

P/s: Aduhai! Yang pasti, pembeli telefon bimbit itu sudah tentu puas melihat gambar bogel isteri lelaki itu. 

Sila ambil pengajaran. 

Jangan sesekali merakam gambar bogel menggunakan telefon bimbit kerana, khabarnya, walaupun sudah dipadam, namun orang yang mempunyai kepakaran mampu "mendapatkan" gambar-gambar itu semula.

Zul Nordin TIDAK Bayar HUTANG?

Posted: 03 Feb 2012 03:02 AM PST

P/s: TM pernah membaca kisah hutang yob ini di TT, di akhbar, di blog, kali ini di Twitter. Cerita berbeza, orang berbeza.

Aduhai, malu Yob!

[KANTOI] Bukan Saja Perkasa, BN juga Hulur "Angpaw Kematian" kepada Orang Cina

Posted: 03 Feb 2012 02:00 AM PST

Saya petik:

[MK] Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

NONE"Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

NONE"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

P/s: 2 kali 5!

Kerana Kemiskinan, Tiga Beradik Berkongsi Kasut, Menahan Lapar

Posted: 03 Feb 2012 01:05 AM PST

Saya petik:

[SH] KAMPUNG PAK SABAH - Gara-gara kemiskinan hidup, tiga beradik yang juga murid sekolah rendah dekat sini terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tidak mempunyai wang saku ke sekolah.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa memakai dua pasang kasut sekolah secara bergilir-gilir kerana bapanya yang bekerja sebagai tukang sapu masjid itu difahamkan tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah kerana terpaksa menyara lima lagi adik beradik lain.

Kemelut kehidupan melanda tiga beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dungun ini terbongkar setelah mereka bertiga dikatakan berhadapan masalah kehadiran yang tidak menentu.

Berikutan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) melakukan siasatan dengan berkunjung ke rumah murid terbabit dan masalah ketiadaan uniform sekolah akibat kemiskinan keluarga dikatakan menjadi puncanya.

Menurut salah seorang murid malang itu, Hasliza Syahirah, 12, bapanya, Abdul Manaf Mat Hasan, 37, hanya mampu membeli dua pasang kasut sahaja manakala adiknya terpaksa memakai selipar jika mereka bertiga ingin ke sekolah.

Katanya, dalam sebulan, mereka terpaksa me­ngikat perut beberapa kali kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan.

Menurut Hasliza, jika bapanya mempunyai wang lebih, dia hanya dibekalkan RM1 setiap orang sebagai wang saku sekolah, namun jika sebaliknya, dia terpaksa ke sekolah tanpa wang saku, malah kadangkala terpaksa menahan lapar sehingga pulang ke sekolah.

"Kalau tak ada duit, ayah suruh kita puasalah, kalau ada duit, baru kita dapat beli makanan, itu pun cuma seringgit sahaja, kadang-kadang kena kongsi lagi.

"Kami dah biasa berpuasa, pakai kasut sekolah pun terpaksa bergilir-gilir kerana ayah tak mampu beli kasut untuk kami bertiga, " katanya.

Menurut adik lelaki Hasliza, Mohd Jefri, dalam keadaan kelaparan kerana tidak mempunyai wang saku sekolah, dia juga terpaksa berjalan kaki berulang-alik ke sekolah hampir satu kilometer setiap hari.

Namun, bagi tiga saudara ini, ia bukan halangan untuknya menimba ilmu untuk mengubah nasib keluarganya yang sering dihimpit kemiskinan itu.

"Dalam keadaan perut lapar ketika pulang dari sekolah, saya juga terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke rumah.

"Nak naik basikal, ayah tak mampu nak beli sebab adik beradik kami ramai, usah kata nak beli basikal, kadang-kadang di rumah pun terputus bekalan makanan. Adakalanya kami terpaksa makan sekali sahaja dalam sehari, " katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera apabila besar nanti.

Bagaimanapun masalah ketiadaan pakaian sekolah tiga beradik ini berakhir setelah Timbalan Pengerusi PIBG SK Kuala Dungun, Rusdi Muda membawa pelajar berkenaan ke sebuah kedai pakaian di bandar ini untuk membeli pakaian baru bagi membolehkan mereka dapat ke sekolah.

Mengimbas kembali situasi menyayat hati itu, Nur Rohaya berkata, pada saat murid lain menikmati pakaian sekolah baru setiap kali musim persekolahan awal tahun bermula, dia bersama empat lagi adik beradiknya yang lain terpaksa memakai pakaian sudah lusuh, biarpun ia dikatakan sudah terlalu ketat dan tidak sesuai untuk dipakai lagi.

"Terima kasihlah sebab cikgu beli pakaian baru untuk kami bertiga, kami seronok sangat, minggu depan dapat pergi sekolah pakai baju baru, terima kasih atas sumbangan ini," katanya.

Kepada orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh diberi melalui akaun Bank Simpanan Nasional Abdul Manaf Mat Hassan, 11105-29-00016588-0.

P/s:  Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Abdul Manaf Mat Hassan, 11105-29-00016588-0.

 

Kerajaan Guna RM1.5 Bilion Duit KWSP (Duit Rakyat) untuk Bina Perumahan Awam, Siapa Izinkan?

Posted: 03 Feb 2012 12:30 AM PST

Saya petik:

Najib: Dana biaya khas RM1.5b tak jejas KWSP

[Bernama] MARANG - Kerajaan hari ini memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai  rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

"Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di  pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan sesetengah pihak terhadap penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP untuk membiayai program berkenaan.
...........
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan pencarum KWSP.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL.

Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP. 

P/s: Kalau kerajaan Najib tiada duit, walaupun hasil minyak setahun sahaja mencecah RM90 bilion, buatlah cara tiada duit, jangan belasah duit rakyat untuk meraih sokongan, meraih undi untuk PRU13.

Yang membuatkan orang menyirap darah apabila KWSP mengenakan polisi pengeluaran duit simpanan yang ketat kepada rakyat membuat caruman. Ada pencarum yang terpaksa membayar denda dan dihukum penjara kerana terpaksa berbohong untuk mengeluarkan wang tersebut. Namun KWSP dengan senang hati, tanpa meminta izin daripada rakyat, menggunakan duit itu untuk dipinjamkan kepada GLC, kroni, dan tekini untuk kepentingan kempen PRU BN.

Siapa izinkan KWSP/Najib berbuat demikian?

Alat Sulit Menggeleber

Posted: 02 Feb 2012 10:00 PM PST

Saya petik:

[SH] PONTIAN - "Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit," demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

"Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

"Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

"Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.

P/s: Bantulah Saudara Ali!

Awas, Beli Kereta di Bilik Pameran Pengedar Proton Pun Boleh Kena TIPU!!

Posted: 02 Feb 2012 07:34 PM PST

Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.


"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.


"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. 

"Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.


"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. 

"Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.

P/s: Penipu bekerja di syarikat pengedar, semua urusan pembelian berlaku di bilik pameran pengedar, namun pengedar enggan bertanggungjawab.

Remaja Perempuan Belasah Rakan Sekelas Ketawa Selepas Dicekup

Posted: 02 Feb 2012 06:30 PM PST

Saya petik:

[HM] KANGAR: Tidak serius dan hanya ketawa. Begitu sikap ditunjukkan lima pelajar perempuan berusia 15 tahun apabila dicekup polis selepas dipercayai membelasah rakan sekelas mereka di luar sebuah sekolah menengah, di sini, Selasa lalu.

Semua pelajar itu ditahan kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam kejadian membelasah rakan sebaya hingga mangsa dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kelima-lima pelajar perempuan itu ditahan di kediaman masing-masing untuk diambil keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk memanggil lima saksi lain bagi menyiasat kejadian berkenaan.


"Polis juga masih menunggu mangsa sembuh sepenuhnya untuk diambil keterangan bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan," katanya.


Sementara itu, ibu mangsa, Latifah Ahmad, 38, merayu agar anaknya dipindahkan ke sekolah lain bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, anaknya kini trauma berikutan kejadian itu dan dibimbangi tidak mampu menumpukan perhatian jika masih belajar di sekolah itu termasuk berdepan semua remaja terbabit.


"Biarlah dia belajar di sekolah lain supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata, pihaknya akan mempertimbangkan rayuan ibu pelajar itu bagi kepentingan semua pihak tetapi perlu mengemukakan permohonan rasmi.

P/s: Rosak akhlak! Mungkin mereka ketawa kerana tahu tindakan yang bakal diambil tidak menakutkan atau menggerunkan. Silap-silap, jabatan pelajaran akan memanggil ibu bapa dan menyelesaikan kes itu secara damai. Penyelesaian pernah berlaku dan akan berlaku.

Isteri Berusia 15 Tahun Persoal Kemampuan Syahwat Suami, Lari Meninggalkan Rumah Selepas 4 Hari Nikah

Posted: 02 Feb 2012 05:30 PM PST

Saya petik:

[HM] KUCHING: Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.

Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, di sini, keluar mencari rezeki.


Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.


"Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan," katanya.


Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian.

P/s: Aduhai! Rasa lucu pun ada, rasa terkejut pun ada, rasa negeri pun ada. Bukan apa saudara, gadis semuda 15 tahun sudah tahu erti orgasme. Masyarakat semakin maju bab berkaitan dengan seks. Cabaran bagi lelaki yang belum atau mahu berkahwin, mantapkan kelakian anda sebelum berkahwin!

Janda PATAHKAN 4 Kaki Bayi Dipenjara

Posted: 02 Feb 2012 05:00 PM PST

Saya petik:

[HM] TOKYO: Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.

Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.


Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.

Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.


Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya. - AFP

P/s: Gila kejam!

1000 Kakitangan Facebook Bakal Bergelar JUTAWAN

Posted: 02 Feb 2012 04:20 PM PST

Saya petik:

[HM] LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.


Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.


Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.


Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai "pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat." "Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung," katanya.


Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai "Kaedah Penggodam." "Ungkapan 'penggodam' diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

"Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri," katanya.


Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.


Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.


Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM

Tiada ulasan:

Pengikut