Pakatan Rakyat |
Posted: 02 Feb 2012 03:41 PM PST Diatas adalah beberapa pakaian dari Kapp SS1112 dan AW12 lookbook yang di pamerkan , merupakan beberapa pakain yang dipesan oleh Rosmah. Ha! Ha! Ini yang buat aku tergelak – ikut kata blogger frockwriter , saiz Rosmah tidak terdapat dalam koleksi Kapp. Korang tengoklah model yang memperaga koleksi Kapp tu....Rosmah tentu perasan dirinya macam mereka .... Lantaran itu ia perlu ditempah khas. Lagi pula memerlukan pakaian yang lebih sopan bagi orang Malaysia, sebuah negara yang sebahagian besarnya beragama Islam, jelas blogger tersebut. "Semua perlu melitupi: lengan panjang, labuh ke tanah, tanpa mendedahkan pergelangan kaki atau pergelangan tangan, banyak seluar dan kemudian disusun dengan beberapa lapisan pakaian," kata Kapp, yang juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan depan bagi 'cuba suai' pakaian . Kapp enggan mendedahkan jumlah sebenar nilai pesanan tersebut. Berdasarkan harga purata koleksi beliau bermula AUD 400 dan mencapai hingga beberapa ribu ringgit , penulis blog itu menganggarkan ia boleh mencecah AUD 100,00 (RM323,000) . Bayaran telah pun dibuat. He! He! Najib kata ini semua "sengaja direka" Pergilah saman akhbar dan blogger yang dedahkan pekong bini ko ini! Najib sengaja cuba nak tutup pekong Rosmah yang busuk itu! Oleh kerana ianya dibuat dengan beberapa tambahan – bersaiz lebih gadang lagi, sudah tentu harganya pun lebih gadang! Rosmah memesan 61 helai pakaian sutera dari Kapp, koleksi Spring / Summer 2011/2012 dan Autumn / Winter 2012 . Malaslah nah cerita banyak-banyak - pasal harga sewa hotel, pasal sewa limo...korang bacalah sendiri kat sini Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 02 Feb 2012 03:31 PM PST Harimau jadian KOTA BHARU: Bukan saja haiwan liar tertipu, manusia juga tertipu. Itu yang berlaku kepada penduduk di Kampung Manjor, Kuala Krai apabila membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas melihat patung harimau yang disangka harimau sebenar. Insiden melucukan itu berlaku apabila seorang penduduk di kampung berkenaan meletakkan dua patung harimau di kawasan rumah dan kebunnya dengan tujuan menghalau haiwan liar. Dalam kejadian Isnin lalu, sepasukan anggota Perhilitan yang mendapat laporan bergegas ke kampung berkenaan sebelum mendapati dua ekor harimau yang dilaporkan itu sebenarnya patung harimau sepanjang kira-kira 1.3 meter. Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila pihaknya menerima laporan kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu daripada seorang penoreh getah yang datang ke pejabat Perhilitan di Kota Bharu memaklumkan ada penduduk di kampung berkenaan membela harimau. Katanya, seramai 11 anggota Perhilitan dihantar ke kampung berkenaan pada jam 3 petang, hari yang sama dengan membawa beberapa kelengkapan termasuk senjata api, namun tidak menemui jejak harimau seperti dilaporkan. "Kita melakukan pula siasatan di rumah milik Mohd Azari Said, 39, iaitu orang didakwa memelihara dua ekor harimau itu. Sebaik bertanyakan lelaki terbabit mengenai harimau yang dikatakan oleh penduduk kampung, dia mengaku mempunyai dua ekor harimau, yang mana seekor diletakkan di kebun untuk menghalau kera dan babi hutan manakala seekor lagi dijadikan mainan oleh anaknya. "Ketika itu, barulah kita tahu yang kelibat harimau yang didakwa dilihat oleh penduduk hanyalah patung harimau yang banyak dijual di kedai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Menurutnya, kejadian itu amat melucukan kerana sejak seminggu lalu ada penduduk yang melaporkan kepada Perhilitan bahawa Mohd Azari dan anaknya membawa salah seekor harimau itu 'makan angin' menggunakan motosikal. "Lelaki terbabit mendakwa membeli setiap patung harimau itu dengan harga RM70 kerana tertarik dengan saiznya selain dikatakan berkesan bagi menghalau kera dan babi hutan. "Walaupun tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti mengaum serta langsung tidak bergerak ia berkesan menghalau haiwan liar lain," katanya. -hm PORT DICKSON: "Sudah habis cara kami lakukan untuk menghalau monyet liar dan babi hutan, sehinggalah seorang rakan memberi idea supaya meletakkan 'harimau' di laman rumah," kata Norehan Nordin, 55, yang meletakkan patung harimau di hadapan rumahnya bagi menghalau haiwan liar itu daripada mengganas dan merosakkan tanaman di kebunnya di Kampung Telok Pelandok, di sini. Lebih mengejutkan, idea itu ternyata berkesan apabila ratusan monyet liar tidak lagi menghampiri kawasan rumahnya kerana bimbang 'dimakan' harimau itu. "Tidak sangka idea ini berkesan berikutan monyet liar lari bertempiaran selepas melihat patung harimau itu dan tidak lagi berani menghampiri rumah dan tanaman kami. "Saya bercadang mahu 'membela' lagi harimau kemudian diletakkan di seluruh rumah bagi menakutkan monyet dan babi hutan berkenaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Norehan berkata, patung harimau itu perlu dipilih dengan betul iaitu mulutnya mestilah terbuka seperti sedang mengaum supaya kelihatan garang dan saiznya mestilah sama dengan harimau sebenar. "Saya mengetahui taktik itu sebaik diberitahu pekedai di Ayer Itam, Johor, yang menyarankan saya membeli patung harimau mulut terbuka. "Walaupun harganya mencecah RM120 seunit, namun berbaloi untuk menakutkan monyet yang sentiasa ada di sekitar rumah. Jika tidak, kawasan lapang hadapan rumah menjadi tempat haiwan itu berkeliaran," katanya. Menurut suaminya, Abu Bakar Yusof, 58, rumah itu peninggalan ayahnya sejak 50-an dan menjadi tempat berkumpul monyet liar. "Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, monyet berkenaan membiak hingga kadang-kadang boleh mencapai beribu ekor hingga menakutkan cucu saya," katanya. Abu Bakar berkata, sejak rumahnya meletakkan harimau itu, ia menjadi ikutan kepada jiran yang turut meletakkan patung harimau di halaman rumah mereka. "Dulu jika kami leka, monyet akan masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu kemudian memakan makanan yang diletakkan di atas meja. "Saya berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan sesuatu berikutan sudah beberapa kali aduan dibuat ke jabatan itu, namun tiada tindakan," katanya. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan