Ahad, 12 Februari 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?

Posted: 12 Feb 2012 12:21 AM PST

KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.

Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.


"Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada," ujarnya.

Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.

"Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah," jelasnya.

PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.

"Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?

"Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?

"Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman," jelas Julpikar.

UMS gedung ilmu, bukan gedung rasuah

Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA KINABALU, 5 Feb: Pemuda PAS Sabah hari inimelahirkan kebimbangan mengenai gejala rasuah dan penyelewengan yang didakwaberlaku melibatkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terkemuka dinegeri ini.

Ketuanya,Lahirul Latigu menyatakan kegusaran tersebut setelah hebat diperkatakan dimedia massa terutama beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbartempatan Daily Express pada 3Februari lalu.

"Kita(PAS) kecewa dengan perkembangan ini. Macam mana sebuah universiti boleh mulaterjebak dengan gejala tidak bermaruah seperti ini.


"Kita(PAS) tidak kisah sekiranya Umno Bn yang terlibat sebab ini kerja dia. Tapi,ini universiti, yang tempatnya untuk mereka yang berilmu sahaja... kalau merekaitu budak-budak tak mengapalah... ini dah tua, ilmu banyak, akademik tinggi,"jelasnya dalam nada kecewa.

Pada3 Februari yang lalu, akhbar Daily Express melaporkan bahawa SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat beberapa pegawai UniversitiMalaysia Sabah (UMS) berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di universiti tersebut.

Turutdilaporkan ialah, seorang ahli politik Sabah bergelar Datuk yang juga TimbalanKetua Umno bahagian yang turut terheret dengan penyelewengan ini.

MenurutLahirul, sekiranya laporan SPRM itu benar maka ianya akan menjejaskan nama baikUMS yang sememangnya terkenal dengan kepesatan pembangunan akademik dankeindahan kawasan persekitaran.

"Jikaini benar, maka untuk apa lagi UMS berselindung. Bersihkan segera institusi inidaripada 'tangan-tangan jahat'.

"Inigedung akademik. Pelajar datang nak belajar dengan cemerlang, dengan kemudahanyang mereka dapat, suasana yang diperoleh... bukan mereka merasai apa yangberlaku ini. Jangan ajar pelajar-pelajar ini rasuah dan menyeleweng," tegasLahirul.

Tambahnya,persepsi masyarakat terhadap universiti itu akan terjejas berikutan pendedahantersebut.

"Adajuga kemungkinan, persepsi masyarakat akan terjejas. Oleh itu, perlu sekiranyalangkah tindakan pantas SPRM dan UMS dilakukan dengan segera," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut