Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya
- Ijtimak Pilihanraya Ke 13 Guru PASTI Malaysia 2012
- Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharom
Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya Posted: 25 Feb 2012 08:38 PM PST KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini. "Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan. "Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin. Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini. Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini. "Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum. Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu. |
Ijtimak Pilihanraya Ke 13 Guru PASTI Malaysia 2012 Posted: 25 Feb 2012 08:36 PM PST |
Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharom Posted: 25 Feb 2012 08:33 PM PST Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan. Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin. Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik. Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya. Dr. Badrulamin Bahron |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan