Rabu, 29 Februari 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ukhuwwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam), Indahnya Islam

Posted: 28 Feb 2012 05:34 PM PST



Muqadimmah

Konsep Ukhuwwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah S.W.T. Dia melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci, Firman Allah SWT yang bermaksud:

A063

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al Anfaal ayat 63)

Syarat-syarat Ukhuwwah

  • Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah SWT. Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keikhlasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
  • Mestillah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mereka yang berukhuwaah mestilah melazimi diri dengan manhaj islam.
  • Mempraktikkan amalan nasihat menasihat.
  • Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samaada dalam susah atau senang.
Hak-hak Ukhuwawah

  • memberi salam
  • menjawab salam
  • menziarahi sahabat yang sakit
  • mengiringi jenazah
  • Memenuhi Undangan
  • Mendoakan sahabat ketika bersin
  • Menolong mereka yang dizalimi
  • Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan
  • Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

  • Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta
  • Saling tolong menolong samaada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi yang bermaksud: "Perumpaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain"

  • Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samaada semasa dia ada atau tidak dan tidak tercari-cari kesalahnya.
  • Menebarkan kebaikannya dan memangginya dengan nama yang bai. Saidina Umar pernah Berkata : " 3 perkara apabila kamu melakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketga panggilah dengan panggilan yang baik
  • Nasihatilah dia dengan cara berhikmah sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa
  • mendoakan selepas dia hidup dan kematiannya.
  • Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
  • Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkanya.

dipetik daripada buku Himpunan Teks Usrah, Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah terbitan Lujnah Penerbitan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.


Tiada ulasan:

Pengikut