Jumaat, 24 Februari 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 3

Posted: 23 Feb 2012 03:35 PM PST

Pada sesi malam,

terdapat beberapa program yang berlangsung serentak.

Dimulai dengan kuliah magrib di beberapa tempat, Tuan Guru Presiden di Serkam, Tuan Ibrahim Tuan Man di Bukit Katil dan Ustaz Misbahul Munir di Pantai Kundor.

Selepas isyak, ceramah perdana diadakan di Surau Hj Ali, Permatang Pasir melibatkan Tuan Guru Presiden, Hj Adli (Pesuruhjaya Pas Melaka) dan beberapa pimpinan PR. Di Kuala Linggi juga diaadakan ceramah perdana melibatkan Dato' seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan beberapa pimpinan PR.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membatalkan ucapan kerana ada kecemasan dan perlu berada di kota Bharu, kelantan sebelum Subuh.

Menariknya dalam ceramah perdana di Permatang Pasir,diselitkan sekali dengan pelancaran buku Negara Berkebajikan peringkat melaka dan 2 orang bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS iaitu bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim. Datuk Sahak Sudin menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup dan Dr Hj Khalid Kassim menerima sijil keahlian daripada Tuan Guru Presiden.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Berikut Gambar yang sempat dirakam:orang ramai mula membanjiri perkarangan surau Hj Ali, jangkaan lebih 3000 orang

ketibaan TGHH disambut oleh pimpinan PR melaka

persatuan Seni Silat Bukit Pegoh membuat persembahan menyambut ketibaan TGHH

Majlis pelancaran buku Negara Berkebajikan, turut kelihat Samsul Iskandar (Ketua AMK), Hj Adli (Pesuruhjaya PAS melaka), Dr Khalid dan Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka)

Turut kelihatan Ust Zulkifli Ismail, ketua Dewan Ulama' PAS Melaka

Dr Khalid menerima sijil ahli PAS daripada TGHH

Gaya seorang ulama' memberi kata-kata semangat kepada rakyat bagi menegakkan Islam di Bumi Melaka

Selesai majlis, para tetamu dijamu dengan sedikit kuih muih.

Moga dengan rahmat kehadiran Tuan Guru Presiden ke Melaka akan menaikkan semangat ahli dan penyokong Pas untuk terus memartabatkan Islam di Bumi Melaka. InsyaAllah.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah :214)

TAKBIR, TAKBIR, TAKBIR

Tiada ulasan:

Pengikut