DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG |
Gangguan ceramah oleh puak UMNO Posted: 27 Feb 2012 05:57 AM PST Cubaan ADUN Sungai rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi 25 Februari 2012- Ceramah Perpaduan Ummah yang diadakan oleh UMNO Bahagian Gopeng berdekatan ceramah Umum yang dilakukan oleh pakatan Rakyat di Changkat Larang malam ini merupakan kali ke-5 dilakukan oleh UMNO atas arahan YB Dato' Hamidah untuk mengganggu program penerangan PAS dan Pakatan Rakyat selain tindakan yang sama di lakukan di Taman Maju Rapat pada 21 Feb yang terakhir dilakukan. Melalui siri ceramah yang sarat dengan perkauman dan laungan selogan perkauman melayu, UMNO masih gagal melaksanakan program yang bersifat multi-kaum untuk menyangi program ceramah dan penerangan pakatan rakyat. Menurut Ustaz radzi Zainon iaitu Penyelia DUN (PAS) Sungai Rapat, strategi YB Dato' Hamidah sekarang adalah mengadakan ceramah yang diberi nama ceramah akidah dan perpaduan ummah di sebelah semua majlis ceramah Pakatan rakyat. "hamidah sekarang tiada kerja melainkan meninjau di mana banner ceramah PAS dan Pakatan rakyat dan dengan wang yang cukup banyak dikerahkannya jentera UMNO untuk menganjurkan ceramah atas nama agama dan perkauman. Hamidah tetap gagal kerana masih gagal mengadakan program 'ceramah mee segera' ini dengan melibatkan komponen lain BN melainkan hanya penceramah melayu semata-mata" Jelas Ustaz Radzi Zainon kepada Unit Penerangan MTD Sg Rapat. Menurut penduduk Changkat Larang, mujurlah ada limpahan air siasa najis di sebelah Dewan KEMAS kerana jika tidak pasti UMNO akan mengadakan ceramah di dewan berkenaan yang lebih dekat dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat. Sebelum ini di Taman Maju Rapat, YB Hamidah cuba menganggu ceramah Dato' Adnan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak dengan mengambil tapak ceramah Pakatan Rakyat menyebabkan pihak PAS cawangan Taman Maju Rapat terpaksa memindahkan ceramah di kawasan homstay. Isi ceramah tersebut yang sarat dengan sifat bermuka-muka UMNO yang kononnya bencikan Pakatan Rakyat yang dikatakan bersekongkol dengan Zionis cukup menjelakkan beberapa hadirin wanita Kampung Sungai Terap Batu Gajah yang diarahkan hadir menggunakan beberapa bas tajaan UMNO. Ceramah Pakatan Rakyat malam ini dimeriahkan oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, YB Thomas Soo (ADUN Pasir Pinji) dan Ustaz Radzi Zainon selaku pengerusi majlis. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat |
You are subscribed to email updates from DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan