DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG |
- Kabilah seni
- Ceramah Rakyat
- Majlis Maulidur Rasul - Anjuran Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng.
- DUN SUNGAI RAPAT MASIH ADA SETINGGAN... KOME OI !!!
- MAHASISWA DIPERLAKUKAN SEPERTI ......
- Pengarah Syarikat Arak
- Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia
- Walimatul urus Anaknda Ust Abu Bakar bin Hussein.Tahniah...moga bahagia ke ank cucu..dunia akhirah..
- Sketsa di Tepi Padang..
- Kenapa Menyertai PAS?
- 'Hadiah' Guan Eng: Pemuda Pas gesa mohon maaf
- Tindakan ummo pulau pinang memalukan
- ULAMAK PEWARIS NABI
- Kursus anjuran HalWa Kawasan Gopeng
- Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah
- MODUL KEMENANGAN ISLAM
- TAKZIAH KEPADA KELUARGA KAMARULZAMAN ABDULLAH
- JANGAN KAMU MENDEKATI ZINA
- AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH
- KELANTAN NEGERI CONTOH
Posted: 09 Feb 2012 09:27 AM PST |
Posted: 09 Feb 2012 09:06 AM PST |
Majlis Maulidur Rasul - Anjuran Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng. Posted: 09 Feb 2012 12:44 AM PST Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng menganjurkan Majlis Maulidur Rasul bertempat di Markas Pas Kawasan Gopeng.Walaupun kehadiran tidak memenuhi sasaran namun majlis ini dapat mencapai matlamat dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Huri.Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dan deklamasi sajak bertemakan sirah nabi Muhammad s.aw yang di sampaikan oleh anak-anak pasti di bawah pimpinan AJK Lajnah Tarbiyah sendiri, Penyampaian yang padat dan tersusun oleh ustaz Huri Persembahan nasyid anak-anak pasti pasti Ketua muslimat DMPK Ustaz Huri turut memperdengarkan sebuah nasyid yang memuji Rasullullah. Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW Penyertaan muslimat team medic |
DUN SUNGAI RAPAT MASIH ADA SETINGGAN... KOME OI !!! Posted: 12 Jan 2012 02:56 AM PST |
MAHASISWA DIPERLAKUKAN SEPERTI ...... Posted: 01 Jan 2012 11:05 PM PST PAS kesal keganasan Polis dan simpati Mahasiswa yang cedera Posted on Sunday, January 01 @ 12:30:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh DPP Perak 1 Januari 2012 (TANJUNG MALIM) - PAS hari ini mengatakan kesal tindakan yang berlaku diwaktu ambang tahun baru berikutan himpunan di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang dianjurkan oleh Mahasiswa menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Pada hari ini, satu lagi himpunan bagi menuntut agar Mahasiswa yang ditahan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diadakan pada tengahari ini mendesak agar mereka yang ditahan dibebaskan dengan segera. Turut hadir adalah, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar; Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh. Mereka juga turut melawat mangsa yang cedera di Hospital Slim River selepas berhimpun mendesak agar Mahasiswa yang ditahan dibebaskan. |
Posted: 24 Dec 2011 07:23 AM PST From The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc. Apa kata orang-orang kuat agama dalam UMNO? |
Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia Posted: 24 Dec 2011 05:55 AM PST Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini. Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi. Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN -utusan |
Walimatul urus Anaknda Ust Abu Bakar bin Hussein.Tahniah...moga bahagia ke ank cucu..dunia akhirah.. Posted: 19 Dec 2011 11:18 AM PST |
Posted: 19 Dec 2011 11:17 AM PST |
Posted: 19 Dec 2011 11:15 AM PST |
Posted: 19 Dec 2011 11:11 AM PST |
Posted: 16 Dec 2011 12:58 AM PST |
Posted: 16 Dec 2011 12:50 AM PST |
'Hadiah' Guan Eng: Pemuda Pas gesa mohon maaf Posted: 09 Dec 2011 04:32 AM PST SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Umno Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri itu di atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, perbuatan 'biadap' dan tidak bertamadun itu dianggap menghina Guan Eng sebagai ketua menteri. "Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi. "Kami cukup kecewa dengan tindakan tidak matang Umno Pulau Pinang yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) telah kalah dan menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Mereka umpama tidak keruan apabila tidak lagi mempunyai peluang untuk membolot harta kekayaan negeri. Tindakan mereka yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri sehingga kini telah menunjukkan 'rupa sebenar' Umno yang tidak dapat menerima kekalahan secara anak jantan dan berjiwa besar," katanya dalam kenyataan media hari ini. Selain itu, beliau juga meminta supaya Presiden dan Majlis Tertinggi Umno menasihat dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang agar kejadian sama tidak berulang dan dapat menjadi ikhtibar kepada pemimpin Umno di negeri lain. "Mereka juga telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat," ujarnya. |
Tindakan ummo pulau pinang memalukan Posted: 09 Dec 2011 04:30 AM PST SHAH ALAM- Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno di Pulau Pinang 'menghadiahkan' replika kek najis kepada Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dianggap memalukan dan menjauhkan orang bukan Islam dengan agama rasmi negara itu. Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad turut mempersoalkan tindakan mereka menghadiahkan replika kek najis kepada Guan Eng sempena ulang tahun ke 51 semalam. ''Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?. Semua tindakan ini memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia," katanya dalam kenyataan media hari ini. Sementara itu, beliau meminta pemimpin Umno menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan Pas kerana mendahului Islam daripada segalanya. "Pas mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan walaupun apa cercaan yang diterima kerana ini adalah lumrah perjuangan. Perjuangan Pas semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan," ujarnya. |
Posted: 05 Dec 2011 06:18 AM PST |
Kursus anjuran HalWa Kawasan Gopeng Posted: 01 Dec 2011 08:08 AM PST Pembentangan Modul oleh Ketua DMPK Gopeng. sambil-sambil memantau kut KPMN ni.. Pembentangan Modul ke 3 - Merayu undi oleh Puan Maznah dari cawangan Desa Aman (Meja hadapan) concentrate ..penuh minat muslimat yang sentiasa memberi comitment.. katering (bertudung putih) ajk HalWa dan UPU Muslimat ( bahagian belakang) makan tengahari..nasi ayam. Bersalaman sebelum bersurai |
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah Posted: 27 Nov 2011 05:08 AM PST TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُه عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." – Surah al-Nisa' ayat 100 Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri. Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda. Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini. Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H Hijrah membentuk negara Islam |
Posted: 21 Nov 2011 09:42 PM PST |
Posted: 12 Nov 2011 06:35 AM PST |
TAKZIAH KEPADA KELUARGA KAMARULZAMAN ABDULLAH Posted: 10 Nov 2011 06:03 PM PST Pembantu khas Husam meninggal dunia Harakahdaily KUALA KRAI, 11 Nov: Pembantu khas kepada Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah (gambar, berdiri kiri) meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini. Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, beliau bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang. Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti Kelantan. Akibat kemalangan itu, beliau yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah Allahyarham kini dibawa ke Hospital Gua Musang. Dua lagi rakannya Roslan Mohd Zain juga cedera di kepala dibawa ke Hospital Kula Kerai manakala Ridwan Elias hanya mengalami mengalami cedera ringan. Pemandu dan penumpang Myvi juga cedera parah dan turut dibawa ke Hospital Kula Kerai untuk rawatan lanjut. Solat jenazah allahyarham akan diadakan di rumah ayahnya di Batu 4 Wakaf Che Yeh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota. Isteri Allahyarham tenang dan tabah menghadapi ujian Allahyarham yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Sementara itu, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. "Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah," katanya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. |
Posted: 10 Nov 2011 06:56 AM PST |
Posted: 04 Nov 2011 06:33 AM PDT |
Posted: 04 Nov 2011 06:10 AM PDT Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, 'Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah). Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah). Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, "Seutama-utama hari adalah hari Arafah". Amalan yang dianjurkan padanya: 1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga". 2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu". Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. 3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". 4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. 5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid). 6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah. 7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya. 9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu. 10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya. |
Posted: 06 Oct 2011 08:00 PM PDT Umat Islam di Malaysia patut buka mata dan menyedari contoh sebuah negeri yang ditadbirkan mengikut syariat Islam iaitu Kelantan. Bagaimana Kelantan di bawah pentadbiran PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya mentadbirkan Kelantan ke arah negeri yang sejahtera di dunia dan mudah-mudahan terus di berkati Allah swt. Jabatan Audit Negara memuji dan mengiktiraf kejayaan PAS mentabir Kelantan khususnya dalam pengurusan kewangan yang efisien. Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Setiausaha Pemuda PAS negeri Kelantan, Mohd Nuri Yaacob, pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kecekapan pentadbiran kerajaan yang negeri yang sifar ketirisan dan rasuah. Pentadbiran PAS di Kelantan berjaya meninggalkan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama seperti: 1) Mengeluarkan kesemua wang negeri dari bank konvensional yang berasaskan riba kepada bank yang mengikut syariat Islam. 2) Membuka skim pajakan Islam (ar rahnu) yang halal sebagai menggantikan sistem pajakan berasaskan riba dan akhirnya menyebabkan berkembangnya sistem pajakan Islam di seluruh Malaysia. 3) Membudayakan rakyat Kelantan dengan amalan-amalan Islam seperti solat, menutup aurat dan sebagainya. Alhamdulillah hasil dari tindakan kerajaan Negeri Kelantan ini menyebabkan berkembangnya bank-bank yang berlandaskan Islam dan juga sistem pajakan Islam diperkenalkan di seluruh Malaysia. Sebenarnya banyak lagi jasa tuan guru selaku Menteri Besar Kelantan yang bukan sahaja membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan sahaja bahkan kepada seluruh rakyat di Malaysia seperti : ## hari bekerja dari 6 hari seminggu menjadi 5 hari seminggu (memberi peluang lebih masa bersama keluarga). Selepas dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ianya diikuti di peringkat Pusat. ## tidak membenarkan kaum wanita bekerja waktu malam demi memelihara keselamatan kaum wanita. Semoga Kelantan akan terus berada di bawah naungan ulama' dan rakyat Kelantan akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi... dan semoga rakyat di negeri-negeri lain juga akan menyedari bahawa kejayaan hidup bukanlah dengan mengejar material semata-mata tetapi hendaklah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. agar kita selamat di DUNIA DAN AKHIRAT. |
You are subscribed to email updates from DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |