Selasa, 7 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 07 Feb 2012 03:20 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 06 Feb 2012 07:05 PM PST



PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah melancarkan jentera pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah baru-baru ini.

Majlis bertujuan untuk menyuntik semangat dan mempersiapkan fizikal serta ketahanan jiwa barisan jentera pergerakan itu bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Seramai 400 orang ahli pergerakan itu dari seluruh Parlimen Masjid Tanah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Malaysia, Puan Mas Ermieyati Samsudin. Menurut beliau, jentera Pergerakan Puteri perlu memainkan peranan penting meraih sokongan khususnya belia dan wanita muda selaras dengan slogan "BN Pilihan Orang Muda" yang dilancarkan baru-baru ini. Beliau juga berharap dengan penyampaian watikah pelantikan pada majlis itu, jentera Pergerakan Puteri akan berganding bahu bekerja dengan penuh semangat dan proaktif bagi memastikan BN dan UMNO Bahagian Masjid Tanah mencatat kejayaan lebih besar dalam PRU ke 13 nanti menerusi pelan-pelan tindakan yang telah disusun di peringkat pusat.

Pada majlis tersebut juga jentera Pergerakan Puteri yang  terdiri daripada beberapa skuad iaitu Skuad Puteri Bermotor, Skuad Puteri Prihatin, Skuad IT Puteri dan Skuad "VOGUE" telah melafaz ikrar taat setia jentera Puteri UMNO diketuai oleh Puan Marina Abdul Manap, Pengerusi Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Majlis pelancaran jentera Puteri ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Datuk Karim Sulaiman (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar (ADUN Tabuh Naning), YB Datuk (Ar.) Ismail Othman (ADUN Kuala Linggi),YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau),  dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah.





Puteri Bahagian Segambut

Posted: 06 Feb 2012 11:22 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Apa kes Paderi Ajak Boikot Starbucks??

Posted: 06 Feb 2012 05:24 AM PST



Lepas ni sape-sape yang kerap dan suka minum Starbucks ni dah bolehlah berkira-kira untuk bertukar kepada kopi jenama yang lain contohnya kopi Hang Tuah ke atau kopi Kapal Api.

Gesaan seorang Paderi Kristian meminta pengguna memboikot Starbucks yg menyokong satu rang undang-undang perkahwinan sejenis mendapat perhatian meluas.

Sila klik DI SINI untuk artikel penuh


SP : Orang Kafir sendiri tak mengiktiraf perkawhinan sesama jenis. Kenapa segelintir orang Melyu beragama Islam beria-ia membela golongan yang mengamalkan perhubungn sejenis?



Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 06 Feb 2012 01:27 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Sultan Perak ingatkan pemimpin tidak kejar kekayaan peribadi!

Posted: 06 Feb 2012 10:00 AM PST

SULTAN Azlan Shah bersama Tuanku Bainun beramah mesra bersama rakyat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Parit, semalam.


PARIT 5 Feb. - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini bertitah, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila barisan kepimpinan lebih mengutamakan agenda untuk kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok tertentu sahaja.

Titah baginda, kekayaan material yang diperoleh secara mendadak lagi mencurigakan merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah serta banyak melakukan pembaziran.

"Lalu berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang, kadar pengangguran, kadar penghijrahan, kadar penyeludupan dan kadar jenayah yang tinggi, dituruti pula dengan pelbagai penyakit sosial.

"Akhirnya ketenteraman awam terjejas, kestabilan politik tergugat, perbelanjaan keselamatan dan pertahanan negara meningkat dan akibatnya ummah bertambah derita kerana terus terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan," titah baginda pada perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Parit di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah, ummah akan hidup sejahtera dan negara akan makmur jika mempunyai pemimpin yang sentiasa menginsafi tanggungjawab besarnya kepada ummah serta negara dan paling utama kepada Allah.

"Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negara akan diagihkan secara saksama dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan dan kepentingan majoriti ummah akan lebih diutamakan.

"Pemimpin tidak akan mengizinkan berlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau dalam kalangan kumpulan kecil tertentu sehingga mengakibatkan menjelmanya secara mendadak beberapa individu yang terlalu kaya bagai pulau-pulau kecil terapung di tengah lautan kemiskinan," titah baginda.

Titah Sultan Azlan, senario semasa yang sedang berlaku di negara-negara tertentu hendaklah dijadikan peringatan betapa pentingnya bagi umat Islam hari ini mengembalikan keluhuran kepimpinan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Baginda bertitah, Rasulullah memiliki watak dan sifat unggul yang wajib dijadikan ikutan terutamanya dalam kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan.

"Pemerintahan baginda teguh berpegang kepada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun ia melibatkan saudara, anggota keluarga atau sahabat terdekat. Baginda tidak terpesona dengan kemewahan dunia, jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan kekayaan keluarga.

"Ketika wafat, baginda tidak meninggalkan kekayaan material untuk diwarisi tetapi yang ditinggalkan oleh baginda adalah ajaran dan amalan baik supaya dijadikan panduan dan pedoman dalam usaha membina kehidupan ummah yang mendapat keredaan, berkat dan rahmat Ilahi," katanya.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Yusuf Husin.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut