Sebagai bekas pemimpin PAS yang ada ketika beberapa isu besar melanda Pakatan Rakyat, sudah tentu Datuk Dr Hasan Ali layak menceritakan pengalamannya tatkala misal berdepan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kesempatan minum petang di rumah beliau di Pinggir Taman Tun Dr Ismail petang Khamis, kami -sekumpulan blogger dan wartawan portal, sempat bertanyakan cerita beliau mengenai video seks dari pengalamannya bersama PAS.
Dr Hasan menjawab dengan berhati-hati, menurutnya, kebanyakkan pemimpin PAS tidak ghairah untuk memberitahu samada sudah menonton atau belum video tersebut, apatah lagi mahu membuat andaian bahawa pelakunya Anwar Ibrahim.
"Pertimbangan utama mereka barangkali Pakatan Rakyat (pepecahan yang terjadi jika mengaku dalam video itu Anwar), sebab itu mereka lebih suka mendiamkan diri, lebih suka tidak menzahirkan pendirian dan apa yang tersembunyi dalam hati," katanya.
Beliau sendiri, tidak tengok lagi video tersebut, tidak sampai hati, katanya, memandangkan Anwar dan dia merupakan kawan sejak di zaman universiti lagi.
"Tapi saya sudah melihat dari awal, rentetan-rentetannya, samada dengan drivernya (Azizan), dengan adik angkatnya (Sukma), samada dengan gadis-gadis lokal, gadis luar negeri yang dibariskan satu-persatu, yang sehingga kini tidak berjawab,"
"Bahkan bila (Anwar) diasak sumpah laknat, sehingga kini tak berjawab sumpah laknat tersebut, paling tidaknya jika beliau bersumpah laknat, sudah gugurlah beberapa persepsi.
"Nampak-nampak sayalah, diri saya kata kuat untuk saya mempercayainya," kata beliau berlapik.
Dr Hasan yang kini setiap malam menjelajah dalam diri road show selepas dipecat PAS pada 8 Januari lalu. Kerap mengadakan sidang media dan selalu menghadiri pertemuan-pertemuan tidak rasmi seperti bersama kami petang Khamis.
Beliau mendapat tenaga baru, namanya kembali menjadi sebutan, ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi siapapun tidak dapat menolak bahawa Hasan Ali sedang 'menunggang gelombong' hasil dari kegopohan PAS memecatnya.
Ketika ditanya mengenai isu terbaru membabitkan bekas rakan Exconya, Elizebert Wong, dan bagaimana PAS senyap sunyi tidak memberikan komen mengenai kejadian tersebut, kata Dr Hasan...
"Bukan mute lagi, totally inactivity, kalau mute boleh pause lagi,"jelasnya.
Menceritakan lebih lanjut, katanya ketika mula-mula isu gambar tak senonoh Elizebert Wong timbul pada tahun 2009, pandangan yang popular ketika itu adalah beliau menarik diri (letak jawatan).
"Tapi Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ada pandangan berbeza. Ketika dibawa ke Mesyuarat Exco pun, Mesyuarat Exco suruh bercuti, dua bulan, dan kita ingat bila dia balik, dia akan tarik diri, tetapi dia teruskan.
Menurutnya, sepatutnya dengan isu moral seperti itu, orang-orang PAS, parisit dalam PAS tumpu kepada Elizebert Wong sebab itu yang jadi percakapan ramai (menjejaskan PR), tapi tidak begitu, saya yang jadi sasaran," katanya.
Cerita ADUN Bukit Lanjan Elizebert Wong itu kembali memanas apabila bekas teman lelakinya Hilmi Malek ditangkap di Batam Indonesia Jumaat lepas kerana cuma membuat passport Indonesia menggunakan identiti palsu.
Bila Dr Hasan bercakap pasal parasit dalam PAS, ramai mengaitkan dengan MP Shah Alam Khalid Samad, entah benar, entah tidak, tetapi perseteruan mereka berdua sudah lama menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik.
Tatkala Dr Hasan sibuk menjelajah menjelaskan pemecatannya, Khalid menulis dalam blog dan buat sidang media mendakwa Dr Hasan kepinggin hendak jawatan MB dan beliau antara yang disuruh melobi.
"Ini satu fitnah yang sangat besar, kalau dia katakan saya melobi, bila saya melobi, dimana saya melobi, apa saya cakap pada dia, apa saya tulis pada dia, apa memo saya kepada dia, siapa orang lain yang saya bawa berjumpa dengan dia, jika ada sila kemukakan," katanya.
"Ini tuduhan yang amat besar, dan tuduhan ini tidak sepatutnya datang dari orang yang menjadi ahli jemaah Islamiyah, golongan ulama yang saya kenal tidak akan buat macam mana ahli parlimen Shah Alam ini.
"Ini satu tuduhan yang sangat jahat...saya tak sangka sampai ke peringkat itu tuduhan yang dilemparkan kepada saya," kata yang mencabar Khalid Samad mengemukakan bukti.
Selama ini kata Dr Hasan, beliau dituduh macam-macam, tetapi bila beliau meminta penuduhnya mengemukakan bukti, tiada siapapun yang tampil.
"Dalam mesyuarat parti lagi, jika kata saya budak suruhan UMNO, saya bersekongkol dengan UMNO, menjadi alat kepada UMNO, buktikan satu, bila saya suruh bagi contoh... mereka jawab "ala memang UMNO, memang UMNO, memang UMNO..."
"Adakah itu jawapannya?" katanya ketawa sinis.
Adakah beliau menyesal dipecat dari PAS, dan mengapa beliau enggan merayu lagi, Dr Hasan memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.
Dr Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
- PAS meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.
- PAS sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
- PAS terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.
- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
- Kesetiaan wakil rakyat PAS dalam Parlimen lebih besar kepada Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
Hasan berkata, PAS kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan PAS, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.
"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.
"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, PAS tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Anwar Ibrahim) pun tak berminat.
"Saya baru 15 tahun dalam PAS. Saya masuk PAS kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' PAS. Itu sebab utama saya masuk PAS. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.
"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada PAS, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh PAS sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh PAS juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.
Menyentuh cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
"Orang PAS mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.
"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.
"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara PAS, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
Beliau juga berkata kepimpinan PAS perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.
"Takkan kita dalam PAS, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.
"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.
"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' PAS.
We have written before of Khairy Jamaluddin, whose stellar rise and bright future have been the talk of Umno for some time. We have reproduced that discussion below, but recent developments warrant an update.
We discussed his recent debate performance, in which Khairy's willingness to cede territory to PKR's best and brightest was a prelude to a masterful win on those same points by displaying a sophisticated, and candid, understanding of the topics.
The remarkable aspect of all of this is not Khairy's performance -- his skill as a debater and his obvious comfort before an audience have been well-known for some time -- but rather why Umno is keeping this shining light of youth relatively hidden.
If Umno intends to show its youth, openness to new ideas, and sophistication, it could do worse than to showcase Khairy a bit more. This was on display in his recent interview with The Malaysian Insider, in which he discussed the Employees Provident Fund's (EPF) low-cost home loan programme at some length, dispelling some of the misperceptions that have popped up, and basically providing a complete dossier on a matter that is not even in his portfolio.
Even in print, this was remarkable feat, but the question -- raised by Khairy himself -- is this: Why did it fall on Khairy to do this as a rear-guard action? If his charm and command of the issues were the needed weapons, why not have him on hand with this matter early on?
As Prime Minister Datuk Seri Najib Razak continues with his goal of transformation and reform, both in Umno and across the nation, connecting with the 21st century young voters of Malaysia counts more and more. Khairy is well deployed on the youth front.
ORIGINAL PORTRAIT OF KHAIRY, first published 21 December 2011
Certainly, on the face of it, there is much to admire. Khairy is an Oxford-educated fellow, a Member of Parliament at the age of 35, a steady hand at policy both arcane and every day, the head of Barisan Nasional's and Umno's youth divisions, a true intellectual, and by all accounts, even those of his political opponents, an up-and-comer of the first order. His blog is one of the most literate in our nation's corner of the internet (and certainly competitive with the best of the rest), as, to take one easy example, hisexcruciatingly clever destruction of the NFC scandal reporting shows. (A testament to Khairy's willingness to engage all comers is the fact that this same column appeared in The Malaysian Insider, which is well-known for its pro-Opposition bias.)
At an age when most of us are longingly looking back at our youth and glory days, he took to the armed forces and earned his wings as a certified paratrooper. He understands modern technology and social networks in a way most of our political class does not, using them to communicate, to educate, and to learn -- the last being the hardest for many of BN's and PR's old guard to internalise. He has put his career at stake by advocating government reform, arguing for media regulation reform even against factions of the Government, apparently out of conviction. As a real feather in his cap, he is also one of the brightest front-office stars of Malaysian football. He has risen fast in the world, and his future is bright.
(His particular affection for the Manchester United is something we do not hold against him.)
But we do not envy him, for he appears to have his hands full. His position as head of Umno Youth puts him at the forefront of a group known for being exuberant and partisan to the extent of endangering Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's transformation programme. Khairy, who by all accounts is adedicated believer in that programme, must try to soothe his rambunctious group, maintaining their enthusiasm without allowing the sort of regrettable incidents that marked the Umno General Assembly to rise up and damage the election effort.
His speech outlining Umno Youth's election plan kept to these themes well, and showed a determination to have his group engage young voters, not merely proselytise them; this is a clever channelling of election fervour, for it gives an outlet for that fervour that makes the party look engaged and open.
The upcoming general election promises to be a baptism of fire for Khairy, and how he handles it will determine his future in Umno and Barisan Nasional. With so much riding on Najib's transformation and reform agenda and a unified, tolerant Barisan Nasional, the press scrutiny -- mainstream and Opposition -- will be even more intense than usual.
The more open-minded and forward-thinking members of Umno should be cheered by Khairy's performance to date. But for critics there is a real question as to whether the erudite Khairy is indeed the best fit as Umno Youth's chief. Khairy, whose understanding and attention to policy details of a staggering variety -- from electoral reform to Petronas reform to press regulation reform -- has never been in doubt, is in many ways better suited for a Cabinet-level position than as the head of a nakedly political group. He has shown enormous flexibility in his brief life, but this may be a bridge too far.
GE13 will answer this question, as it will answer so many others. Can Khairy bridge the gap between electoral and campaign politics, a critically important party role, and the challenges of genuine policy formation and promotion, as well as ultimate policy management in the next government, should he be given enhanced responsibility? The answer to these questions will tell us much about Khairy's future, and Umno's as well.
Pemuda Umno Selangor hari ini mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan laporan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berhubung penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam skandal perlombongan pasir.
Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.
Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapat unsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.
"Tujuan laporan polis ini dibuat untuk memastikan tindakan serta siasatan rapi dilakukan oleh pihak polis terhadap kesahihan artikel
ini," katanya dalam satu laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di sini petang tadi. Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isnin ini.
Raja Petra dalam blognya semalam mendakwa Adun PKR Shuhaimi dan Amiruddin terbabit dalam rasuah untuk meraih kontrak industri pasir di Selangor.
Beliau mendakwa mempunyai rakaman telefon Shuhaimi yang meminta RM50,000 daripada seorang ahli peniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai SC, selain mendedahkan bukti Shuhaimi dan Amiruddin yang menggunakan kuasa sebagai ahli lembaga pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh SC untuk mendapat kontrak melombong pasir.
Walau bagaimanapun, Shuhaimi dan Amiruddin dalam sidang media pagi tadi menafikan penglibatan mereka termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam skandal itu dan menganggap Raja Petra cuba untuk memfitnah mereka.
'Siasat semula kes Patrick Wong'
Sementara itu, Ungku Mohd Salleh yang ditemui pemberita diluar IPD Shah Alam berkata pihaknya turut menggesa polis menyiasat semula motif kematian ahli perniagaan Datuk Patrick Wong Kie Yik sama ada kemungkinan ia terlibat dengan kes pembunuhan.
Raja Petra dalam blognya juga mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.
Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir.
Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.
Dalam kejadian pada 19 November 2009, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.
Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini meminta Raja Petra mengemukakan bukti dakwaannya bagi membantu polis kerana siasatan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan sebarang kaitan pembunuhan itu dengan isu pasir.-FMT
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini meminta pihak polis menyiasatdakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah membabitkan wakil rakyat Parti KeadilanRakyat (PKR) di negeri ini seperti mana yang didedahkan Raja Petra Kamaruddinmenerusi laman blog, Malaysia Today, semalam.
Ketuanya, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal berkata, siasatantersebut harus dilakukan dengan segera bagi memastikan dakwaan berkenaanberasas supaya tindakan undang-undang boleh dilaksanakan terhadap mereka-merekayang terlibat.
Ini kerana katanya, dakwaan penyelewengan melibatkan salah gunakuasa serta rasuah merupakan satu jenayah yang tidak boleh dipndang ringan olehmana-mana pihak lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan wakil rakyat yangmempunyai kepentingan tertentu.
"Justeru, kita mahu polis supaya menyiasat dakwaan berkenaansecara terperinci dan 'mencungkil' siapakah dalang-dalang sebenar dalam skandalpenyelewengan pasir di Selangor seperti yang didedahkan menerusi laman blogitu," ujarnya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenaiperkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNOMalaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Tambahnya, berdasarkan dakwaan itu, Raja Petra menyatakan AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari dikatakan telah memberisokongan bertulis surat permohonan sebuah syarikat untuk melombong pasir dikawasan seluas 18 hektar di Dengkil sedangkan pada masa yang sama wakil rakyatitu memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat berkenaan pada tahun2010.
Dakwaan itu menurut Raja Petra turut melibatkan ADUN Seri Muda,Mat Shuhaimi Shafiei yang dikatakan turut memegang jawatan Ahli LembagaPengarah dalam syarikat yang sama.
"Berdasarkan dakwaan tersebut sebagai contoh, persoalan yangtimbul ialah bagaimana wakil rakyat ini menyokong surat permohonan sebuahsyarikat untuk melombong pasir sedangkan mereka sendiri (Mat Shuhaimi danAmirudin) adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang terbabit.
"Jika benar dakwaan itu, kita lihat ia mempunyai unsur-unsursalah guna kuasa, ada konflik kepentingan," jelas beliau yang akan turutmembuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Isnindepan.
Sementara itu, Megat Firdaus turut meminta polis membuka semulasiasatan berhubung kes kematian Bekas Presiden Persatuan Pemborong BinaanMalaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dikatakan dibunuh bagi menutuppenyelewengan pasir di Selangor seperti mana yang didakwa Raja Petra.
Katanya, siasatan terperinci melibatkan kematian Patrick itu harusdiadakan bagi meneliti sama ada ia mempunyai kaitan dengan skandal penyelewenganpasir di negeri ini.
Semalam, Raja Petra mendakwa pembabitan dua wakil rakyat PKR,Shuhaimi dan Amiruddin dalam skandal rasuah pasir di Selangor.
Dakwaan itu dibuat oleh Raja Petra sehari selepas penulis blog itumendakwa Patrick dibunuh bagi menutup penyelewengan pasir di Selangor keranabekas Presiden MBAM itu yang juga rakan baiknya dikatakan sedang mengumpulmaklumat pembabitan pemimpin pakatan pembangkang dalam skandal berkenaan.
Janji untuk menambah pendapatan penternak kelimelalui program Kedah Agro dan janji Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera yangdilaungkan dalam Manifesto Kedah Sejahtera PAS Kedah pada Pilihan Raya Umumke-12 yang lalu hanya sebagai janji kosong yang ditawarkan untuk mengaburi matarakyat dan sehingga ke hari ini, semua janji-janji tersebut hanya tinggaljanji, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Zubir Zabidi.
Tambahnya, projek-projek ini semuanya gagal dan sehingga ke hariini, tidak ada pun projek penternakan ikan keli, projek keli dalam tin dansebagainya, kerana semuanya hanya cakap kosong.
"Dengan slogan mereka, 'Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua'sehingga ke hari ini apa sahaja yang dlaungkan untuk menakluk hati rakyatKedah, langsung tidak dilaksanakan.
Semua tu sekadar janji kosong, sekadar menyedapkan halwa telingarakyat sebaliknya apa yang mereka buat, hanya mementingkan kuasa yang merekaada untuk memerintah. Mereka hanya sekadar menjaga kerusi mereka (ADUN) keranaitu periuk nasi mereka," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, setelahtiga tahun kerajaan PAS memerintah Kedah, bukan setakat janji kosong malahtidak ada satu pun transformasi yang dibuat demi melaksanakan slogan 'KedahSejehtara-Nikmat Untuk Semua', yang akhirnya menderita adalah rakyat Kedahsendiri.
Dalam masa yang saya, beliau melihat usaha Naib Presiden PAS,Datuk Husam Musa yang mengajak rakyat untuk membuat manifesto baru menjelangPRU-13 sebagai satu usaha menutup kelemahan yang lalu.
"Sebenarnya mereka tak mampu melaksanakan apa yang telah merekajanjikan dahulu dan hari ini mereka nak bagi kita lupa, rakyat lupa denganjanji-janji yang lalu dan mencipta janji-janji yang baru. Seolah-olah merekamencipta harapan baru kepada orang ramai dengan apa yang nak dilaksanakan dimasa hadapan.
Tapi sebenarnya, yang sebelum ini pun belum terlaksana, bagaimanayang ke hadapan pula mereka nak buat. Bagi saya, semuanya retorik, semuanyakarut belaka untuk menagih simpati, untuk menagih sokongan daripada rakyat.Bagi mereka yang masih meletak harapankepada kerajaan PAS, saya rasa baliklah, sedarlah apa yang mereka buat ini satukesilapan," tambahnya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei Berkata Duit RM50 Ribu Dalam Kenyataan Raja Petra menerusi artikel bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di laman webnya 'Malaysia Today' Adalah Satu Fitnah Yang Di Putar Belitkan Oleh Raja Petra.Beliau Mengatakan Wang Tersebut Adalah Wang Pinjaman.
TM NOTE;
ELOK LAH SHUHAIMI SHAFIEI SAMAN SAJA RAJA PETRA KAMARUDDIN..SELAMAT BERJUMPA DI MAHKAMAH ....
Ini adalah tag line dari sahabat dalam FB. Memang benar masih ramai kakitangannya masih berhaluan kiri sama seperti di pejabat-pejabat agama dan juga baitulmal. Kebanyakan pensyarah yang menjadi ahli JIM, menambah keahlian JIM dari kalangan pelajar dan pensyarah juga merupakan satu KPI mereka. JIM adalah NGO dari parti PAS untuk memudahkan agenda PAS masuk ke IPT.
budak kg aku belajar di kolej islam perak di Kuala Kangsar, balik rumah sebarkan dakyah pembangkang pada keluarga. agaknya pensyarah kat sana kerjanya berpolitik pembangkang jer ke? hasilnya sanggup baring tgh jalan menahan kereta tuanku..... entahlah
Adalah sukar untuk menghalang atau menghapuskan pengaruh PAS dalam IPTA kerana ia sudah lama menular dan sudah bertahap barah.
Adalah diharapkan dengan kepincangan Pas hari ini terutama yang didedahkan oleh bekas-bekas orang kuat Pas akan menyedarkan pensyarah yang sesat dalam mazhab Pas.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terduduk Salahuddin Ayub bila Puad Zakarshi kata yang beliau kini dalam yang bakal disingkirkan PAS. Mana tidaknya, baru sahaja beberapa hari lepas beliau dinobatkan sebagai bakal MB, tup-tup hari ini masuk senarai penyingkiran.
Beliau sedar apa yang diungkapkan oleh Fuad ada kebenarannya. Ambil contoh Hasan Ali sahajalah, ramai yang masih ingat lagi prospek pakar motivasi itu sebagai calon MB Selangor sebelum PRU 2008 dahulu. Tetapi kini, lihat sahajalah nasib yang menimpa dirinya.
Malah Salahuddin akan lebih ketar apabila kepimpinan PAS pusat dan DAP sepakat mengatakan bahawa keputusan PAS Johor untuk melantik beliau sebagai MB bukanlah keputusan akhir. Dan itupun pra syaratnya kalau menang. Kalau kalah? Alamatnya pergi PUDU cari kerjalah jawabnya!
Dan Salahuddin juga akan terus demam kura jika beliau baca pula berita di bawah ini. Ianya adalah isyarat jelas daripada Diktator sampai mati partinya bahawa calon luar tidak dikehendaki lagi selepas ini.
* Salahuddin Ayub adalah contoh terbaik yang permainan play safe tidak semestinya menjamin masa depannya kerana politik tikam belakang PKR kini menular teruk dalam PAS.
Kami sebenarnya tidak berapa faham apakah tujuan sebenar PAS-PKR dan ABIM berdemo di hadapan Kedutaan Syria semalam. Adakah mereka benar-benar faham apa yang sebenarnya sedang berlaku di Syria ketika ini?
Adakah mereka mengkaji terlebih teori domino yang sedang melanda negara-negara Arab ketika ini? Tidakkah mereka mengetahui bahawa satu persatu Kerajaan Arab yang tumbang (atau ditumbangkan oleh Barat) merupakan kuasa-kuasa Asia Barat yang sebelum ini berkeupayaan mengekang Israel? Dan kerana teori tersebut jugalah, hanya tinggal Iran sahaja yang boleh diharapkan untuk mengimbangi pengaruh dan kuasa Zionis di rantau Timur Tengah ketika ini.
Jikalau PKR dan Abim yang turun berdemo, memanglah kami faham benar. Anwar yang menubuhkan Abim dan PKR telah dibuktikan berkali-kali (samada secara sengaja atau tidak) sebagai agen Yahudi dan Barat. Maka tidak menjadi satu perkara yang pelik sekiranya mereka turun berdemo di hadapan Kedutaan Syria dengan membawa slogan-slogan yang selari dengan kuasa Barat!
Tetapi apa pula ceritanya dengan PAS ini?!! Jikalau satu ketika dahulu, merekalah yang paling lantang melawan US dan Israel, tetapi kini mereka pula yang menyediakan bala tentera bagi memanjangkan agenda Zionis itu. Apakah kerana parti tersebut tidak lagi dikuasai oleh golongan ulama'? Yalah, siapa lagi kalau bukan Timbalan Presiden mereka yang ditaja DAP yang menjadi pencatur gerakan demo-demo jalanan ini.
Maka, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu seharusnya menyedari akan perkara ini. PAS bukanlah lagi parti yang tegar memperjuangkan Islam. Malah, kami boleh menjamin tiket anda ke Neraka jika mengundi parti tersebut selepas ini. PAS kini lebih hina daripada jalang-jalang yang menghuni lorong-lorong gelap yang berlendir!
Seperkara lagi, tindakan fuckatan masuk campur dalam hal ehwal urusan negara luar boleh mendatangkan masalah kepada negara. Rakyat Syria yang patriotik tidak kenal PAS, PKR mahu pun ABIM. Pada mereka, semua rakyat Malaysia serupa sahaja. Apa akan berlaku jika ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk mengebom aset negara di sana atau mengganggu gugat keselamatan rakyat Malaysia (terutamanya para pelajar) dengan anggapan bahawa Malaysia juga kini berpaksikan Barat dan Yahudi?!!
Adakah fuckatan akan bertanggungjawab jika perkara di atas berlaku?!!
Nasihat kami, hentikanlah dahulu dasar penindasan halus dan terancang rakan fuckatan mereka, iaitu DAP terhadap orang Melayu/Islam di negara ini sebelum boleh hendak menyibuk dalam urusan orang lain!
Dalam posting sebelum ini, MyMassa mengharapkan ada videografer yang akan hasilkan video untuk counter isu KFC.
Walaupun tidak dibayar oleh sesiapa, sekurang-kurang video seperti ini boleh menyatupadukan kembali masyarakat di Malaysia yang mula renggang akibat viral video pekerja KFC menyerang pelanggan.
Cuma MyMassa tertarik dengan kata-kata individu dalam video tersebut..."datang KFC kena bawak video, minta-minta boleh jadi millionaire".
Salah satu mesej yang disampaikan dalam video tersebut kenapa DAP memperbesar dan sudi menyediakan peguam untuk Danny adalah kerana faktor duit. Bayangkan berapa banyak mereka boleh dapat dengan menyaman KFC. Setidak-tidaknya mereka mungkin dibayar untuk kes ini diselesaikan di luar mahkamah.
Apa yang MyMassa nak bangkitkan di sini adalah serangan pekerja KFC kepada Danny adalah kes peribadi dan terpencil yang sengaja diperbesar-besarkan. Lebih teruk apabila DAP cuba masuk campur. Oleh kerana nak menang kes saman, DAP sanggup menggadaikan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Kalau tiada propaganda berlebihan, kes ini mungkin akan senyap dalam dua atau tiga hari. Tapi kalau dah macam ni caranya, dapatlah Malaysiakini modal untuk membakar sentimen perkauman untuk beberapa minggu lagi.
Rotavirus: Dua Bayi Maut TAPAH: Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini, Jumaat.
Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.
Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.
Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.
Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.
Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.
"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria.
"Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.
Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.
Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.
Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.
"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.
Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. -BERNAMA
*Sebar-sebarkan. Sesiapa yang ada saudara atau rakan di Perak terutamanya, alertkan perkara ini. Beri perhatian kepada anak-anak anda.
Itu baru kena Parti Ajaran Sesat, kalau kena parti kafir macam dalam Amanat Haji Hadi macam mana pulak!
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Haram jadah punya PAS.
Dengar la dalam ceramah PAS. Kalau tak kutuk UMNO memang tak sah.
Takkan dah kena kutuk sikit dah 'touching' kot. Pondan betul la PAS ni.
Seorang wakil rakyat (dipanggil Bupati) Tanjung Jabung Timur, Zumi Zola didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang (Fernita).
Suami kepada wanita tersebut membuat laporan polis serta menyiarkan gambar sulit isterinya bersama Zumi Zola kepada media yang didapati dari telefon isterinya.
Untuk makluman pembaca, Zumi Zola adalah seorang wakil rakyat yang baru memenangi pilihan raya pada tahun lepas. Wakil rakyat yang berumur 31 tahun ini mewakili Partai Amanat Nasional, sebuah parti mirip PKR yang ditubuhkan oleh sahabat Anwar Ibrahim (Amien Rais). Sebelum ini Zumi Zola adalah seorang pelakon filem dan drama.
Apa yang MyMassa cuba sampaikan adalah kes Zumi Zola ini sama seperti kes Elizabeth Wong. Jika Zumi berskandal dengan isteri orang, Eli pula berskandal dengan suami orang. Kedua-duanya mempunyai bukti fizikal iaitu gambar individu yang terlibat.
Jika Elizabeth Wong boleh terlepas sehingga sekarang, Zumi Zola harus belajar ilmu ini dari Eli. Malah, Eli juga kekal memegang jawatan Exco sehingga sekarang. Kes Zumi sama seperti Eli, ianya berlaku selepas mereka menang jawatan tersebut.
Kalau orang PKR nak spin isu ini dengan mengatakan Eli Wong bukan seorang Islam tetapi Kristian, adakah agamanya membenarkan dia ada hubungan sulit dengan suami orang. Tambahan lelaki tersebut seorang muslim.
Mengikut perkembangan terbaru kes Zumi, suami kepada Fernita tepaksa mendedahkan gambar sulit isterinya selepas pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap Zumi memandangkan bapa Zumi adalah bekas Gabenor Jambi.
Oleh kerana kes Eli Wong juga meledak semula, mari kita lihat bagaimana kedua-dua parti yang kononnya berlandaskan keadilan sosial ini bertindak terhadap pemimpin parti mereka yang mempunyai masalah moral.
*Pelik jugak nama Zumi Zola. Ingatkan adik beradik Zola yang pernah main kat Chelsea.
Adakah kaum Cina sememangnya ada membuat pakatan pintu belakang yang hanya melibatkan DAP dan PKR sahaja?
Bukan ke dalam PAS pun ada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut disertai oleh masyarakat Cina.
Nampaknya PAS dah kena main dengan DAP dan PKR. Tidak hairanlah nasib PAS akan mengulangi kedudukan mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun jentera mereka yang bertungkus lumus untuk memenangkan pembangkang (berbanding PKR yang hanya goyang kaki), mereka tetapi diberikan portfolio yang kurang penting. Sampaikan Exco Agama Islam pun DAP dan PKR tak iktiraf PAS sebagai parti yang layak.
*PAS seperti Pak Kaduk, menang sorang kampung tergadai.
Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".
Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.
"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.
"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu "hampir tidak ada beza" dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa.
"Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil," katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN.
Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu. Menang pilihan raya Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.
Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin - masing-masing digantung satu semester.
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya".
"Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut," katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu.
Sabtu ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut.
Malah, kedua-dua mahasiswa itu - Mohd Faiz dan Muhamad Aiman (kiri) - menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya.
Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak.
Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz - yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh. Buat bisnes
"Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan," kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini.
Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor.
"Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mengikuti kelas pengajian 'Maqasid Syariah' sewaktu tempoh penggantungan.
Muhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi "menyelesaikan masalah peribadinya".
Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara.
"Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN," katanya.
*Baguslah kalau mereka ini dah sedar. Anwar Ibrahim masa jadi Menteri Pendidikan pun pertahankan AUKU. Biasalah orang politik, cakap tak serupa bikin. Cuma sebagai mahasiswa, anda perlu bijak untuk memilih pilihan terbaik untuk masa depan anda.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.
Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.
Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.
"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.
Sementara itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab kerana tidak tampil untuk meletak jawatan.
"Dia sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tampil memberi penjelasan kepada rakyat kerana dia adalah pemimpin.
"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak rasa malu dengan kisah aib itu bahkan turut sama berdiam diri dan membiarkan rakyat tertanya-tanya di manakah kebenaran isu tersebut," katanya.
Tambah Lum Yong, sikap berdiam diri yang ditunjukkan pembangkang juga menunjukkan mereka masih mengamalkan konspirasi dengan hanya mencari salah pihak lain.-UMO
Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu.
Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia.
Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan 'China Doll' ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.
"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.
"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah.
"Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang semalam.
Kalau berani saman la ANWAR AL-JUBURI WOOOOOOIT..!!!Jangan KITA lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.
Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anuwar terhadap stafnya Saiful.
Anwar terpaksa "berlari" ke New York "melutut" minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik isu APCO Yahudi di Malaysia! INILAH SIKAP HIPOKRIT MANUSIA BERNAMA ANWAR AL-JUBURI, PAKAR SANDIWARA POLITIK DUA ALAM; SANA CAKAP LAIN, SINI CAKAP LAIN…TIPU MELAYU TIPU CINA TIPU INDIA...TIPU MAKCIK2 KAMPUNG TIPU PAKCIK-PAKCIK NELAYAN..KAH KAH KAH...boleh belah la lu..!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JENGKA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan.
Ketua Penerangan Umno berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.
"Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan.
"Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan," katanya di sini, malam tadi.
Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua wanita Umno itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC.
Beliau turut berkata, geran bernilai RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut bukan diperuntukkan secara percuma, sebaliknya ia adalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar.
"Selain itu, NFC, sama seperti lima atau enam syarikat lain, mereka turut bertanding untuk mendapatkan tender di mana mereka akan membuat pembentangan atau taklimat dan hanya syarikat terbaik sahaja yang terpilih.
"Tambahan pula, syarikat tersebut mendapat kelulusan projek dari Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) dan bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat," katanya.
Beliau turut menegaskan, jawatankuasa NFC juga telah memutuskan bahawa Shahrizat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.
Panglima : Inilah yang perlu dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN demi mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya timbul dalam UMNO.
Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan di atas, sangat kena dengan situasi sebenar yang berlaku tanpa dibayangi agenda tertentu melainkan untuk memastikan persiapan menghadapi PRU 13 tidak akan terjejas.
Sepatutnya lebih ramai memberi pandangan menyokong Ketua Wanita UMNO agar tidak meletak jawatan. Bukan sebaliknya.
Kuasa dan kehebatan jentera sayap parti Wanita merayu undi dalam PRU atau PRK tidak dipertikaikan lagi dan serangan menggunakan 'peluru' NFC terhadap Ketua Wanita UMNO adalah agenda tersembunyi mereka untuk melemahkan tulang rusuk UMNO walau jelas ia datang tanpa bukti yang kukuh untuk mengaitkan Shahrizat dengan salah laku yang dilontar oleh Pakatan.
Sebelum ini Panglima sendiri sudah beberapa kali mengutarakan perkara yang sama di sini sekaligus untuk memastikan tiada tekanan dibuat kepada YAB Perdana Menteri dalam hal ini.
Mendesak Ketua Wanita meletakkan jawatan bagi Panglima adalah tidak wajar dan sepatutnya peluang membela diri dan penyiasatan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan atau desakan dilakukan.
Dalam masa yang sama pandangan lain juga dihormati dalam memberi teguran membina demi kebaikan UMNO dan Barisan Nasional.
Sekian,mohon disebarkan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isu KFC, Tgk Apa Nak Jadi Bila Di Bakar2 Sentimen Kaum.. Seorang Pemuda Cina Memaki Pekerja2 KFC Yg Penat Bekerja Melayan Pelanggan Dengan Memaki Dan Menengking Pekerja Tersebut Perkataan "Cibai Punya Melayu"
Akhirnya Tercetus Pergaduhan, Beberapa Saksi Dlm Restoran Tersebut Juga Mengesahkan Perkara Tersebut Melalui Twitter Juga Di Blog2.
Kini Ahli Parlimen DAP Terus Pertahankan Pemuda Cina Tersebut Buat Sidang Akbar. Kenapa Pergi Ke DAP Bukan Ke Pihak Polis
Adakah Ini Satu Mainan Politik Kerana Melayu Kini Berpecah, Siapa Yg Pertahankan Pekerja2 Melayu Tu Pulak,
Saya Dan Rakan2 SAM1M , Insyallah Akan Pertahankan Pekerja2 Tersebut, Kerana Kebenaran Harus Di Pertahankan Atas Dasar Semangat 1Malaysia Dan Perpaduan Negara Adalah Batu Asas Negara Kita.
Pada Pekerja2 KFC Tersebut Jika Terbaca Sila Hubungi Pihak Saya, Juga Pada Saksi Kejadian Sila Hubungi Saya Bagi Mencari Keadilan Dan Kebenaran.
Arman Azha Hj Abu Hanifah Suara Anak Muda 1Malaysia SAM1M
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini meminta polis menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah membabitkan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin menerusi laman blog, Malaysia Today semalam.
Ketuanya, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal berkata, siasatan tersebut harus dilakukan segera bagi memastikan dakwaan itu berasas atau sebaliknya agar tindakan undang-undang boleh dilaksanakan terhadap mereka yang terlibat.
Menurutnya, ini kerana dakwaan penyelewengan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah merupakan satu jenayah yang tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan wakil rakyat yang mempunyai kepentingan tertentu.
"Justeru, kita mahu polis menyiasat dakwaan berkenaan secara terperinci dan 'mencungkil' siapakah dalang sebenar dalam skandal penyelewengan pasir di Selangor seperti yang didedahkan menerusi laman blog itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.
Hadir sama Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Tambah Ungku Md. Salleh, berdasarkan dakwaan itu, Raja Petra mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari telah memberi sokongan bertulis pada surat permohonan sebuah syarikat untuk melombong pasir di kawasan seluas 18 hektar di Dengkil.
Ketika itu, katanya, Amiruddin memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat berkenaan pada 2010. Dakwaan Raja Petra itu turut melibatkan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dikatakan turut memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat yang sama.
"Berdasarkan dakwaan tersebut, persoalan yang timbul ialah bagaimana wakil rakyat itu menyokong surat permohonan sebuah syarikat untuk melombong pasir sedangkan mereka sendiri adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang terbabit.
"Jika benar dakwaan itu, kita lihat ia mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa, ada konflik kepentingan," jelas beliau yang akan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin ini.
Sementara itu : Amiruddin mengaku beri surat sokongan untuk mohon aktiviti korek, jual pasir
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari hari ini mengaku pernah memberi surat sokongan kepada syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. untuk permohonan aktiviti mengorek dan menjual pasir di Selangor.
Beliau yang ketika itu merupakan Ahli Lembaga Pengarah Double Dignity berkata, surat sokongan berkenaan dikeluarkan dengan syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi.
Bagaimanapun tegasnya, tidak timbul isu penyelewengan pasir yang melibatkan syarikat itu kerana Double Dignity tidak membuat permohonan berkenaan kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) iaitu syarikat pengendali industri pasir milik kerajaan negeri Selangor.
Beliau memberitahu, isu tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 dan beliau memberi kerjasama penuh kepada agensi itu.
"Tidak timbul isu penyelewengan kerana KSSB telah mengesahkan tiada permohonan (dari Double Dignity) dan tiada kebenaran yang diluluskan.
"Saya mengaku memberi surat sokongan (kepada Double Dignity), namun ia selagi mana syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Benarlah seperti apa yang menjadi persoalan bagi Ketua Pemuda UMNO Selangor, bukankah ini mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa apabila wakil rakyat itu sendiri menyokong surat permohonan sebuah syarikat untuk melombong pasir sedangkan mereka sendiri adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang terbabit. Fikir-fikirkanlah...!!!
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau korang tengok kedua-dua video tu, nyatalah segala apa yang berlaku dalam restoran kfc tu semuanya sudah di plan oleh si cina bodoh tu.
Ok korang fikir logik,ada ke orang masuk kfc kemudian buat rakaman? lain la kalau korang masuk restoran kfc di london pasal tunjuk kat kawan-kawan yang memang betul korang masuk kfc di london atau pun masa korang masuk kfc tu ada super model victoria secret tengah beratur nak di kaunter, dah tentu korang rakam untuk jadi bukti pasal nanti nak cerita kat kawan-kawan. tapi setakat tak ada apa-apa yang menarik dalam kfc tu takan korang nak buat recording kut. melainkan kalau denny tu dah plan awal-awal lagi.
Sampai hari nie, cina bodoh tu tak buat polis report, kenapa? lagi satu, kalau korang tengok video tu, semua tajuk-tajuknya menyalahkan pekerja kfc, maknanya si cina bodoh tu dah plan dengan kawannya supaya record semua video dan upload dalam youtube dan letak tajuk yang buruk seolah-olah pekerja kfc tu memang bersalah.
Khalid Samad kata umat Islam paranoid,dia kata umat Islam takut kepada bayang bayang sendiri hingga mengkritik tindakan Hasan Ali.
Khalid Ibrahim pula tidak mendedahkan kertas siasatan yang sebenar kepada Sultan Selangor hinggakan tindakan tidak dapat dibuat.
Ini soal akidah,bukan soal politik,jika keuntungan politik menjadi keutamaan adalah tak mengejutkan Hasan Ali adalah dalang yang menyebabkan aspirasi dan dasar PAS sebagai tungangan DAP dan PKR dicabar.
Pisau kata " tu bukti pengakuan murtad,Khalid Samad pertahankan sangat evengelis kenapa?"
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
"Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
"Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin," katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.
Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."
Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu.
* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu – Utusan
darah-satria – 1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.
2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh 'diperalatkan' kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi 'opportunist' yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.
3. Menurut laporan "Jewish Political Studies Review" (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.
4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.
5. Laporan itu menyebut,"The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks". Baca laporan lengkap di sini.
6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai'pemimpin agung' di rantau Asia.
7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.
8. Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC), Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal.
9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.
10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.
11. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia.
12. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.
13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III"pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.
14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia.
Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004
1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.
2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitzsebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.
3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut.
Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya "THE BELIEVER", "Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world's failure to address "the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions"
4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaituPaul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006) menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.
Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang
1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar:
Wolfowitz's Knife in Asia's Back, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.
3. Menurut laman web 'moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?
5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.
6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam "Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.
7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi'(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.
8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.
9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantikWolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kes pergaduhan yang melibatkan pekerja KFC dengan seorang pelanggan yang berbangsa cina yang sedang hangat di dunia cyber sekarang ini jika tidak ditangani dengan baik akan boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum seperti 13.Mei.1969.
Kerajaan serta pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan jangan memandang remeh kepada kuasa internet. Sejarah telah membuktikan rusuhan yang terjadi di Mesir setahun yang lepas bermula dari internet.
Kes pergaduhan ini telah menjadi kes perkauman dan politik gara-gara campurtangan parti yang paling rasis dalam dunia iaitu DAP. Sepertimana yang kita semua tahu, semalam (khamis) Ahli Parlimen Segambut dari parti DAP telah mengadakan sidang media bersama dengan lelaki cina yang bergaduh dengan kakitangan KFC.
Ingat ! rusuhan kaum tahun 69 juga berpunca dari DAP.
Selanjutnya anda boleh baca kupasan dari blogger Dr.Novandri disini dan juga di sini.
Pekerja-pekerja yang bekerja dengan restoran seperti KFC atau Mc Donald atau mana-mana restoran makanan segera yang mempunyai nama besar semuanya telah dilatih untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang berbagai-bagai kerenah serta ragam. Bukan setakat dilatih berdepan dengan pelanggan, mereka juga dilatih berdepan dengan perompak jika outlet mereka dirompak.
Kalau setakat diperli, dimarah atau ditengking oleh pelanggan itu perkara biasa bagi mereka. Bohonglah sekiranya selama ini tidak ada pekerja KFC dimarah atau dimaki oleh pelanggan. Tetapi mereka sabar kerana mereka telah dilatih oleh majikan mereka.
Dalam kes yang terjadi di KFC i City Shah Alam saya berani katakan, jika tidak dimaki, dihina atau dicaci dengan teruk serta menggunakan bahasa-bahasa kesat tidak mungkin pekerja KFC berkenaan akan bertindak sedemikian rupa.
Jika setakat pelanggan marah-marah biasa atau menengking secara biasa adalah amat-amat mustahil untuk staf berkenaan naik angin sehingga bergaduh dengan pelanggan . Dia sendiri pun harus menjaga periuk nasinya.
Sudah pasti ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengar atau yang melampaui batas yang digunakan oleh lelaki cina berkenaan kepada staf tersebut atau kepada rakan-rakannya yang boleh membuat beliau hilang sabar dan bertindak begitu.
Daripada pengalaman saya bergaul dengan orang-orang cina saya sering perhatikan kebanyakan cina-cina yang tidak tahu atau tidak mahir berbahasa kebangsaan selalunya bercakap kurang ajar dan tidak tahu adat. Ada kalanya mereka tak tahu apa maksud perkataan yang mereka gunakan. Sikap serta perangai mereka amat-amat berbeza dengan orang-orang cina yang fasih serta mahir berbahasa kebangsaan.
Jika anda tak percaya cuba anda perhatikan gerak-geri rakan atau kenalan anda yang berbangsa cina yang fasih berbahasa kebangsaan. Mereka lebih cerdik dan sopan.
Ahli Parlimen Kepong
Contoh terbaik dalam parti DAP. Dalam ramai-ramai ahli parlimen DAP yang ada di Dewan Rakyat, orang yang paling fasih menggunakan bahasa kebangsaan adalah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw. Lim Kit Siang, Tony Pua, Lim Lip Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan ramai lagi, semuanya hancur Bahasa Malaysia.
Yang hancur guna Bahasa Malaysia semuanya kurang ajar dan rasis. Tetapi tidak kepada Dr Tan Seng Giaw. Beliau dilihat cerdik, bersopan , dan tahu adat. Sikapnya itu membuatkan pihak lawan juga menyenangi dan menghormati beliau.
Lelaki cina yang bergaduh dengan pekerja KFC tersebut tidak tahu berbahasa kebangsaan. Hinggakan dalam sidang media anjuran DAP semalam dia terpaksa menggunakan jurubahasa yang disediakan oleh DAP. Jadi, anda faham-faham sendirilah kenapa dia dipukul.
Mengikut laman selangordaily.com Azmin Ali telah menghilangkan diri di twitter sejak beberapa hari lepas sebaik sahaja dia mengumumkan untuk berhenti dari menjadi wakil rakyat.
Ya, betul ! saya sendiri pun tak perasan Azmin hilang sejak beberapa hari lepas. Selepas membaca di laman berkenaan baru tersedar. Semakan yang dilakukan di laman twitter beliau juga menunjukan tweet terakhir yang dilakukannya pada 5.2.2012 yang mana beliau memberitahu kepada Ahli Parlimen Kota Belud (BN) yang beliau berhasrat untuk pencen sebagai wakil rakyat.
Patutlah langsung tiada sebarang komen daripadanya selaku Timbalan Presiden PKR apabila kekasih Elizabeth Wong ditahan di Indonesia dan mengaku dibiaya oleh PKR. Juga tiada sebarang komen dari dia apabila namanya dikaitkan dengan skandal pasir di Selangor oleh Raja Petra.
Biasanya dia adalah antara orang yang paling laju buat komen jika ada sesuatu isu menimpa PKR dengan menuduh Umno sebagai dalangnya. Tetapi kali ini tidak.
Mengikut selangordaily.com kehilangan Azmin ada kaitan dengan penangkapan Helmi oleh pihak berkuasa Indonesia. Selanjutnya sila klik di sini.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Makanan memang tidak ada problem di Tanah suci...kebanyakan jemaah mungkin pergi dengan pekej pakej yang termasuk di dalamnya 'makan tiga kali sehari' semestinya..
Tapi bagi mereka yang ingin merasa Roti Telur dan Roti Boom Makkah, Restoran D'Saji di Bangunan Safa Orked ada makanan Malaysia...5 Saudi Riyal sepinggan dengan kuah...Menu lain: ABC, mee goreng...nasi goreng...Rezeki Allah di mana mana sahaja...
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.
Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan. - Kosmo Online
Hilmi Hazimin Malek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong sejak tiga tahun lalu dikesan mengubah penampilannya sepanjang berada di Indonesia.
Hilmi (gambar), 37, menyimpan jambang dan janggut serta tidak mempunyai misai ketika ditahan pihak Imigresen Indonesia di Pulau Batam.
Sumber berkata, Hilmi ketika berada republik tersebut juga mengubah cara pemakaian supaya kelihatan lebih matang.
Menurutnya, ketika disiasat Hilmi mengaku dia adalah Hilmi Hazimin dan bukan Azmin Helmi seperti dalam dokumen palsu.
"Hilmi turut mengaku dia orang yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana pengedaran gambar bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.
Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.
Apalah agak-agaknya yang menunggu beliau di sini hingga takut benar mahu pulang. Setakat edar gambar separuh bogel tu, apalah sangat, Pakatan Rakyat tadak hal punyalah...yang lebih teruk dari itu pun diorang boleh buat dek, siap defend lagi, ini semua perkara lama...hehehehehe...
KUALA LUMPUR - Azmin Helmi atau Hilmi, 37, yang hampir seminggu ditahan di Batam, Indonesia dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa republik itu kerana mendakwa terlalu takut jika dihantar pulang ke Malaysia.
Satu sumber berkata, Hilmi yang menjadi buruan polis negara ini kerana penyebaran gambar bogel ahli politik pembangkang, Elizabeth Wong masih ditahan di Jabatan Imigresen Indonesia di Batam Sentral bagi siasatan berhubung dokumen palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara itu.
"Hilmi kurang memberi kerjasama kepada pihak Imigresen Indonesia kecuali ada jaminan dia tidak akan didakwa dan dibenarkan tinggal terus di Indonesia," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.
Kecoh di internet mengenai pergaduhan seorang pelanggan Cina dan pekerja KFC yang hangat meletup di Youtube. Malaysiakini melalui wartawan berbangsa Cinanya, Kuek Ser Kuang Keng.
Petikan utama dari Malaysiakini
Dalam berita itu, Danny Ng nafikan keluar kata-kata "Cibai punya Melayu!" dan "Melayu babi". Itu katanya dalam sidang akhbar yang dibuat di pejabat MP DAP Segambut.
Persoalannya, boleh ke kita percaya bulat-bulat kenyataan Danny Ng? Betul ke ceritanya? Hanya kerana dia buat kenyataan dan mengadu pada pemimpin DAP, maka kita boleh judge budak Cina tu tak salah?
Wartawan Malaysiakin "quote" yang bersikap perkauman dan menyebelahi Danny Ng saja?
Wartawan Malaysiakini, Kuang Keng, hanya menyatakan respon dari penonton rakaman video itu di youtube yang memaki hamun.
Tapi, dia langsung tak quote atau pandang pada komen dari SAKSI INSIDEN yang turut menulis komen di youtube tersebut. Jadi bagaimana dengan petikan laporan ini yang dipetik dari Mynewshub.my ini?
Petikan dari Mynewshub.my yang menyatakan komen dari saksi insiden.
Dan bagaimana pula dengan kenyataan ini yang dipetik dari ruangan komen youtube tersebut? Siapa yang racist sebenarnya?
Justeru, saya merayu kepada SAKSI-SAKSI INSIDEN itu untuk tampil menghubungi saya melalui FB untuk memberi keterangan insiden yang sebenar, khususnya Tempewarrior dan cynerji.
Salah satu komen yang dipetik dari youtube tersebut, hasil reaksi laporan Malaysiakini?
Pada saya, dalam hal ini, Malaysiakini cuba memberikan imej berat sebelah kepada Danny Ng dengan mengenepikan kenyataan sebenar dari komen saksi insiden. (Saya cuba cari komen tersebut, tapi takde, dipercayai di"flag" sudah…)
Kenyataan Danny dibuat melalui DAP. Tepatkah pilihan Danny atau dia sebenarnya memang "sehati sejiwa" dengan parti ultra-kiasu itu?
Mengapa Danny memilih untuk mengadu melalui DAP? Bukankah semua rakyat tahu betapa chauvinist dan ultra kiasunya DAP? Bukankah MCA menyediakan Biro Aduan Awam melalui Datuk Micheal? MCA lebih reliable memandangkan mereka lebih adil dalam menjaga keharmonian kaum dan memenuhi semangat 1Malaysia. Justeru pada saya, ini menandakan Danny sendiri merupakan seorang yang agak racist…
Mangsa sebenar dalam kes ini adalah para pekerja KFC I-City yang dimaki hamun begitu hina sekali dan kini dikatakan berdepan dengan tindakan disiplin dari pengurusan KFC.
Pengurusan KFC akan ambil tindakan disiplin terhadap pekerja terlibat?
Mungkin ada yang setuju bahawa "customer is always rite". Tapi pada saya, tidak semestinya begitu… Apakah seorang pelanggan itu berada dipihak yang benar sekiranya berkata pada kita "Cibai la lu punya mak bapak!", atau "Babi la Islam yang kamu sembah tu" (sorry, saya tak berapa pandai beri contoh menghina Islam sebab tak pernah buat").
Sekiranya dimaki, dihina, dicarut dan dikutuk semahu-mahunya begitu, apakah "customer" itu masih lagi dianggap "semua betul"? Atau kita meletakkan akal di bawah tapak kaki sendiri untuk "menelan" segala yang dihamburkan?
Pada saya, tindakan DAP ini melambangkan bahawa mereka sendiri bersikap berat sebelah, tidak adil dan menambah api perkauman dalam insiden ini.
Sebagai menghayati keharmonian kaum, 1Malaysia dan merujuk kepada Islam terlebih dahulu, saya menggesa agar pihak tertentu mengambil inisiatif menyiasat perkara ini sebelum ia menjadi lebih parah.
InsyaAllah, sekiranya saya diberi kesempatan, saya akan ke KFC I-City untuk dapatkan penjelasan dari para pekerja KFC tersebut. Jangan cuba bermain api, harap maklum.
Masihkah korang ingat lagi dengan rakaman perbualan telefon Datuk VK Linggam. Kenalkah korang dengan individu yang merakamkan perbualan tersebut? Mungkin korang tak kenal... Jika eXception sebut nama Gwo-Burne Loh (Ahli Parlimen Kelana Jaya) pasti korang kenal... Dialah individu yang merakamkan perbualan Datuk VK Linggam itu...
Korang tentu tak percaya jika eXception katakan, malaun ni menjadi calon dalam PRU 12 yang lepas adalah atas tiket populariti kerana merakamkan perbualan telefon Datuk VK Linggam...
Percaya atau tidak... Danny Ng... Malaun dari spesis kaum kiasu yang sengaja mencari pasal di dalam restoran KFC bakal menjadi calon PR di dalam PRU 13 nanti... Percayalah... Danny Ng pasti akan menggunakan populariti beliau untuk meraih tempat di dalam politik...
Percaya atau tidak... Pasti jika dalam PRU 13 nanti Danny Ng tercalon, sudah pasti ada manusia bebal yang akan memangkah Danny Ng... Seperti Gwo-Burne Loh, yang tercalon hanya kerana populariti merakam video VK Linggam... Danny Ng juga pasti akan menggunakan tiket itu untuk melobi menjadi calon...
Di dalam PR, calon yang boleh buat kerja, bijak dan pandai sudah tidak diperlukan... Tak perlu calon yang pandai bercakap... Tak perlu calon yang pandai berpidato... Tak perlu calon yang mampu meraih simpati... Cukup sekadar calon yang POPULAR sudah memadai untuk jadi calon... Biarlah tidak ada kualiti sekalipun... Hatta jika Chow Yun Fatt atau Stephen Chow menjadi rakyat Malaysia, sudah pasti PR akan mencalonkan mereka... Semua atas tiket POPULARITI...
Apapun isu pekerja KFC menumbuk cina kiasu ni masih belum berhenti lagi... Satu video baru telah pun dilepaskan ke dalam You Tube... Video berdurasi 43 saat itu jelas sekali menunjukkan berlakunya insiden memaki hamun terhadap pekerja KFC... Adakah Danny Ng mahu mengaku bahawa itu BUKAN SUARA DIA? Seperti mana Anwar yang mendakwa lelaki di dalam video seks dengan China Doll itu BUKAN DIA!!?? Sama-sama kita saksikan... Video ini dirakam sebelum insiden tumbuk-menumbuk itu...
Kepada Danny Ng... eXception ucapkan SELAMAT MELOBI MENJADI CALON PRU 13 NANTI...
Sebenarnya eXception malas nak mengulas lanjut pasal isu ni... Tapi bila tengok Facebook page KFC ramai kalangan kaum kiasu lahanat masih lagi dok maki-maki KFC... Malah campur tangan orang politik dalam isu ini ternyata mempunyai agenda tersembunyi... Malah kalangan yang memberikan komen banyak memuji-muji Mc Donalds...
Di sini ramai tidak sedar agenda mereka yang sebenar... Biarlah eXception dedahkan agenda terancang untuk menjahanamkan perniagaan bumiputera...
Mungkin ramai tidak tahu bahawa pemegang saham terbesar KFCH Malaysia ialah QSR Brands yang mana barisan Board of Director majoriti terdiri dari orang melayu...
Cuba bandingkan dengan Mc Donalds Malaysia yang kaum kiasu ni dok puji-puji... Siapakah barisan Board of Director Mc Donalds Malaysia ni...
Semuanya terdiri dari kaum-kaum kerabat mereka jugak... Maka tak hairanlah mereka dok puji-puji melangir Mc D ni...
Kesesakan bukan berlaku di KFC sahaja, malah Mc D juga berlaku kesesakan pelanggan... Malah eXception pernah menyaksikan pelanggan cina sendiri marah-marah kepada krew restoran sebab lambat serve hidangan mereka... Cuma eXception tidak pernah lagi menyaksikan adegan bertumbuk bagaikan aksi di dalam filem Tamil...
Ada banyak sebab... Pertama, walaupun mereka marah-marah tapi tidak sampai mencaci maki krew restoran ketika itu sebab krew restoran juga kaum kerabat mereka jugak... Kita sepatutnya bersabar dan tidak perlu menunjukkan ego kita... Jika korang rasa membuang masa tunggu lama-lama krew restoran KFC serve hidangan korang, ada baiknya korang cari lah restoran lain... Jangan kita ingat krew restoran itu semuanya robot yang perlu menurut perintah korang sorang... Mereka juga ada perasaan, mereka juga tahu marah, mereka juga tahu penat, mereka juga manusia macam kita... Cubalah bersabar sedikit...
eXception banyak mendengar dan membaca banyak fitnah terhadap KFC... Antaranya ayam tidak disembelih... Kilang memproses ayam KFC kotor... Ayam KFC tidak HALAL... tetapi jarang sekali eXception mendengar cerita ini berlaku pada makanan yang dihidang di Mc Donalds Malaysia... Mengapa? Malah kenyataan fitnah itu mendakwa kilang tersebut milik KFC sedangkan pembekal ayam mentah kepada KFC ialah syarikat Ayamas... Bukan KFC yang memproses ayam itu secara sendirian... Maka ini satu lagi fitnah sengaja dirancang...
Sila baca fitnah di bawah ini...
KFC – Haram dimakan.
Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi…sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.
Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.
Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.
Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. Assalamualaikum wbt.
Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.
Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm…macamana tu?.
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm….macamana tu?
Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.
**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .
MAKA BERHATI – HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
Wassalam.
"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu."
by : -sabri ahmad-
Jelas sekali ianya berbaur fitnah... Siapakah yang bertanggungjawab menyebar fitnah ini? Semoga Allah berikan balasan yang amat berat kepada pemfitnah...
Akhir kata dari eXception...
AYUH BOIKOT MC D!! SUPPORT KFC!! KFCH MALAYSIA DIPEGANG SYARIKAT BUMIPUTERA!!
8. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan 3 adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan. (Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia).
Tidakkah ungkapan tersebut memberi maksud sambutan pada hari tersebut diharuskan tetapi hendaklah diubah pendekatannya?
Kenyataan penuh beliau boleh dibaca di url berikut:
Lihat pula penjelasan JAKIM yang lebih tegas tetapi jelas bersandarkan fakta dan hujah.
"Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine's Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine's Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine's Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia."
Larangan yang sama juga disebarkan dengan tegas melalui khutbah yang di baca di kebanyakan masjid hari ini.
Lihat fakta lengkap serta huraiannya di http://www.islam.gov.my/
Bagi Demang kerajaan bukan sahaja sudah menunaikan tanggung jawabnya dalam isu ini bahkan lebih baik berbandanding pembangkang.
SHAH ALAM 9 Feb. – Kira-kira 1.4 juta rakyat negeri Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium belum menikmati bekalan air percuma meskipun kerajaan Pakatan Pembangkang telah memerintah hampir empat tahun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim berkata, ini menunjukkan janji kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk memberikan bekalan air percuma kepada seluruh rakyat negeri ini hanya tinggal janji.
''Kerajaan negeri berbangga dengan pemberian air percuma dan istilah 'memulangkan hasil rakyat' namun sebenarnya mereka menganiaya lebih 1.4 juta penghuni kondominium dan rumah pangsa di negeri ini.
''Keadaan ini jelas menunjukkan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal menunaikan janji selepas 42 bulan menerajui negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata, perkembangan itu meletakkan kerajaan negeri Selangor berhutang lebih RM150 juta kepada rakyat.Jelasnya, jumlah itu berdasarkan kira-kira 315,000 pemilik akaun perkhidmatan air melibatkan 765 blok kondominium dan 643 blok rumah pangsa di seluruh negeri termasuk ahli keluarga mereka yang sepatutnya mendapat kemudahan tersebut sebagai mana dijanjikan oleh kerajaan negeri.
''Sepatutnya kerajaan negeri bersikap adil dengan pemberian air percuma itu tetapi malangnya pemberian air percuma itu diberi secara tidak adil," katanya.
Mohd. Isa yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor turut membidas tindakan kerajaan negeri menuduh kerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan kroni bagi pembinaan Loji Air Langat 2 yang ditangguhkan.
Beliau berkata, sikap berdolak-dalik kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bekalan air mendedahkan penduduk Lembah Klang kepada krisis bekalan air yang dijangka berlaku pada 2014.
''Pembinaan Loji Air Langat 2 amat diperlukan bagi mengelakkan Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih beroperasi melebihi kapasiti sebenar kerana ia terdedah kepada kerosakan.
''Saya percaya langkah menghalang pembinaan loji berkenaan mempunyai kaitan dengan politik kerana pakatan pembangkang mengamalkan 'politik didahulukan, rakyat dikesampingkan dan projek negeri untuk kroni'," katanya dalam nada sinis.
Beliau mendakwa, sikap berdolak-dalik dalam isu projek pembinaan loji itu berlaku kerana pakatan pembangkang mempunyai matlamat untuk merampas konsesi air bagi diagihkan kepada kroni mereka.
''BN Selangor bercadang untuk menyediakan memorandum diraja kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 jika kerajaan negeri masih berdegil untuk memastikan pembinaan loji diteruskan," katanya.
Pergaduhan di antara pekerja Melayu KFC dan seorang pelanggan bangsa Cina di I-City menjadi satu isu yang sangat besar.
Yang terbaru ialah penafian lelaki Cina tersebut yang mendakwa tidak bersalah dan tidak mengeluarkan sebarang ayat provokasi hingga menyebabkan pergaduhan tersebut.
Hampir 500,000 viewers telah menonton video tersebut.
Betulkah pergaduhan tersebut tidak disebabkan oleh pelanggan bangsa Cina itu?
Rakan blogger politik Media Permatang Pauh telah sempat printscreen beberapa komentar di dalam video tersebut sebelum dibuang oleh administrator video tersebut. Klik Sini
Di antara komentar itu ialah pengakuan mereka yang berada di tempat kejadian. Yang memulakannya ialah lelaki Cina tersebut dengan memaki mengeluarkan kata-kata kesat dan sungguh menyakitkan hati, kata mereka.
Di bawah adalah pengakuan mereka :
Walaubagaimana pun, kita tidak tahu kesahihan komentar tersebut. Kesahihannya amat perlu supaya tidak mengeruhkan lagi kejadian tersebut.
Malah, jika pelanggan Cina itu mengadakan sidang akhbar, maka, pekerja Melayu KFC itu juga berhak untuk membersihkan nama beliau dan KFC.
Tetapi apabila MiM membaca sinopsis video di atas, mungkin ada kebenaran kepada komentar di atas.
Ada yang tidak kena dengan sinopsis di bawah. Sila baca :
Logikkah sinopsis di atas?
Pelanggan menunggu lama dan kemudian menuntut pengurusan meminta dan tiada maki hamun atau provokasi (seperti yang didakwa oleh pelanggan Cina itu). Dan tiba-tiba pekerja Melayu itu mencarut memaki hamun balik pelanggan itu.
Kata mudah, pelanggan itu sungguh tertib sopan santun (seperti dakwaan lelaki Cina itu) mahu pengurusan meminta maaf dan dimaki hamun oleh pekerja KFC itu! Logikkah?
Tentu tidak masuk akal!
Tambahan pula, MiM yakin KFC mempunyai polisi pekerja yang ketat kerana mereka merupakan people oriented business yang mesra pelanggan. Hanya provokasi yang sangat melampau yang mendetikkan ketidakpuashatian pekerja terhadap pelanggan seperti mencarut rasis!
Video ini akan menjelaskan kenapa staff KFC tu memukul customer terbabit. Siapa yang bersalah? yang memukul bersalah, yang memaki pun tidak kurang bodohnya.
Tolong jangan babitkan video ini dengan perkauman. Kita ada baik dan buruknya.. tidak ada manusia yang sempurna..cuma terapkan budi bahasa dalam kehidupan.. Insyallah.. selamat.
Anda hayati Video ini apa yang di katakan Nik Aziz untuk menyambut Maulidur Rasul
Dan anda nilai pulak apa yang tertulis ini
Di mana kita letak kasih sayang kita terhadap Rasulullah S.A.W apabila tidak meraikan Keputeraan Baginda, bersalah ka umat Islam menyambutmya dengan berselawat ke atas Baginda, kenduri kesyukuran, berselawat ketika menyambut Maulidur Rasul bukannya melakukan perkara yang bertentang dengan Islam.
Mengapa pulak menyambut hari kekasih di bolehkan?? sedangkan ianya bukan Sunnah Nabi..tambahan pulak yang di ambang perkahwinan.
Sekiranya kita menghargai orang yang kita cintai walau di ambang perkahwinan, cukuplah sekadar mengangkat tangan berdoa dan bersyukur kerana pasangan yang di cintai itu menyintai kita.
Sebagai manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan dosa kecil atau dosa besar, syaitan sentiasa mendampingi untuk menyesatkan anak-anak Adam dan syaitan tak pernah berhenti dari menyesatkan anak-anak Adam sehinggalah penghujung kehidupan anak-anak Adam di bumi..
Apakah motif Ketua Dewan Pemuda melakukan kenyataan begitu ketika hari kekasih/ valentine's day di sambut pada pendapat Mc, tak lain tak bukan PAS mahu meraih undi golongan orang-orang muda dan mahu merosakan pemikiran golongan muda yang panas bercinta..
"Demi Undi Pas sangup menghalalkan apa jua sekali pun untuk memastikan keuntungan politik untuk PAS"
ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan Kedah, Hamdan Mohamed Khalib, wajar berasa keluh kesah dan bimbang. Hamdan yang kerapkali berceramah dan memberikan tazkirah serta kelas agama, rupa-rupanya tidaklah semaksum yang seringkali digambarkan pada diri sendiri.
Cerita tentang VCD yang mengandungi adegan seks Exco berkenaan dengan Siam Doll sedang hangat diperkatakan, khususnya di kawasan Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Sungai Petani. Kami sendiri diberitahu bahawa video seks tersebut memang wujud dan rakaman dibuat oleh orang PAS sendiri yang sudah tidak tahan dengan penyelewengan moral ADUN terbabit.
Menurut pemberi maklumat kami, vcd atau lebih tepat lagi klip video tersebut jauh lebih bermutu tinggi berbanding klip video yang memaparkan Anwar Ibrahim sedang menyetubuhi seorang pelacur warga China. Video berkenaan tidak sahaja berwarna, tetapi juga mempunyai suara.
Ekoran itu, ADUN Tanjong Dawai dikatakan terpaksa 'membuat perjanjian' dengan orang-orang dalam PAS yang enggan menerima kepimpinannya. Difahamkan, Hamdan telah bersetuju untuk menjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir dia sebagai ADUN. Hamdan bersetuju yang dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang.
Manusia yang bernama Ambiga telah di angkat begitu tinggi oleh totok lebai pas yang menganggap Ambiga sebagai puteri balqis pas apabila mereka memasang sepanduk di hadapan bangunan tabung haji pasir puteh kelantan..
Mungkin pas sudah lupa apa yang si ambiga ini buat sebelum ini di sini listkan satu persatu
1:Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
2:Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam
3:Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
4:Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
5:Pernah menganjurkan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Orang macam ni yang pas agung agungkan?? buat puak pas yang baca artikel ni, cuba tinggalkan di ruangan komen apa kebaikkan yang ambiga buat untuk islam?
Tahniah P"Gay"R dan tahniah DAP. Anda semua telah berjaya berdakwah dan menjadikan PAS menjadi parti liberal Islam. PAS membenarkan umat Islam menyertai Valentine Day walaupun diharamkan oleh panel Majlis Fatwa Kebangsaan buat umat Islam menyertainya.
Persoalannya, kenapa baru sekarang hendak mengeluarkan kenyataan sebegini? Kenapa tidak bertahun dahulu lagi? Kenapa beberapa hari yang lepas PAS mengeluarkan kenyataan yang berlainan nada dan membantah sambutan Valentine Day di kalangan Umat Islam, alih-alih tiba-tiba kenyataan menjadi begitu lembut dan berbudi bahasa. Kepimpinan ulama PAS kena tegur dengan DAP ke?
Selepas ini Nasrudin Tantawi hanya perlu pengesahan dari Mufti Agong PAS iaitu Dato Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan terus Valentine Day untuk seluruh umat Islam di negara ini. Cuma sekarang BN yang memerintah, jadi agak susah sikit hendak halalkan sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan