Ahad, 8 Januari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

SINGAMARAJA

Posted: 08 Jan 2012 03:46 PM PST

Pemurnian Sirah : Umur Aisyah r.a semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w

Proof 1:

Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?

Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah.

Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`.

Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.

Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.

Proof 2:

Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud

Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.

"Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Proof 3:

Pertunangan Siti Aisyah

Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am.

Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah.

Semasa Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).

Possibility 4:

Siti Aisyah masuk Islam

Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi.

Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.

Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )

Possibility 5:

Surah Al Qamar

Diriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:" Siti Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang gadis" ketika surah Al Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah).

Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah 14 tahun

Possibility 6:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra)

{Menurut Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978}"} Fatimah (ra) dilahirkan ketika Kaaba di perbaiki.

Ketika itu Rasulullah saw berumur 35 tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebih tua dari Siti Aisyah (ra)

"Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada 605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623 Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari Fatimah )

Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi

Possibility 7:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun.

Asma` adalah 10 tahun lebih tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun

Possibility 8:

Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?

Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;

1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun

2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 46 = 27 tahun

3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 Masehi

Apa yang kita dengar ialah Aisyah berkahwin masa umur 6 tahun atau 9 tahun.. sesetengah pendapat mengatakan penyelewangan fakta sejarah bahawa umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah 16 tahun atau 19 tahun. wallahualam..

Full content generated by Get Full RSS.

DUNIACACAMARBA

Posted: 08 Jan 2012 03:42 PM PST

Hassan Ali Dakwa Dipecat Kerana Dasar Anwar, Dia Lupa Tanpa Reformasi 1998, Berjayakah Dia Duduk Dikerusi Exco?

Posted: 08 Jan 2012 03:30 PM PST

Seperti pemimpin yang dikait dengan UMCO yang lain, Hassan Ali mula melalak selepas dipecat oleh PAS. Sasaran dan alasannya dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Timbullah dakwaan pengaruh Anwar Ibrahim mendalangi keputusan yang telah dibuat.

Dalam Mstar, Hasan Ali melalui sidang media di rumahnya malam tadi menyatakan kekesalan dan kekecewaannya berhubung dengan isu pemecatannya sebagai anggota PAS hanya disebabkan oleh dasar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Timbulnya saya dipecat kerana Anwar Ibrahim. Apa yang saya komen tentang Anwar Ibrahim (sebelum ini) adalah komen peribadi.

"Saya tidak mahu dia mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangannya yang dirasakan 'kotor'. Ini yang saya perjuangkan.

"Saya adalah antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk menunjukkan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim terus dilonjakkan sebagai perdana menteri," katanya kepada pemberita.

Walhal jelas dan terang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya menegaskan pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. Keputusan dibuat berdasarkan tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Hassan Ali seperti didakwa oleh Mustafa Ali sebelum ini didakwa hanya sekali dua hadir ke mesyuarat Pas Pusat dan tidak pernah menghadiri mesyuarat Pas negeri walaupun diminta berbuat demikian. Ironinya, dia menegaskan kepada media musuh bahawa dia tidak diberi ruang untuk meluahkan pendapat. Walaupun ditegur, dia masih memilih media yang rapat dengan UMCO untuk mengkritik dasar parti, komitmen parti, dan kata-katanya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan parti dan pemimpin PR yang lain.

Mungkin kerana sudah agak selesa memegang jawatan dan menerima sanjungan daripada rakyat atas kapasitinya sebagai pemimpin PAS, dia mungkin lupa tentang kedudukannya tanpa Reformasi 1998. Tanpa Reformasi 1998, saya yakin PAS, DAP tidak akan menikmati kejayaan hari ini. Kedua-dua parti itu kekal di takuk lama yang hanya mampu menjadi pemain kecil dalam senario politik negara. Tanpa kezaliman dan fitnah terhadap DSAI, usah mimpilah Hasan Ali dapat duduk di kerusi empuk exco Selangor atas kapasitimya sebagai pemimpin PAS. Saya bukan mahu mengipas sesiapa, namun itu realiti pahit yang harus ditelan oleh  kelompok yang termakan dakyah UMCO yang mengaitkan DSAI dengan pelbagai salah laku moral yang amat mengaibkan.

P/s: Hanya Nasharudin Mat Isa diketahui memberikan sokongan kepada Hasan Ali. Moga-moga tidak ada pemimpin PAS lain terpengaruh oleh retorik sahabat Ibrahim Ali dan Zul Nordin ini. Kata Zul Nordin dalam berita di RTM malam tadi, tanpa Hasan Ali PAS tidak lagi berjuang untuk Islam. Fuh!!!!

Nasharuddin Mat Isa Hadir di Rumah Hasan Ali, Sebelum Itu Muncul di Buletin Utama Pertikai 901 dan Anwar Sebagai PM

Posted: 08 Jan 2012 07:58 AM PST


KL Pos melaporkan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali adalah antara tetamu yang hadir memberikan sokongan moral kepada Hasan Ali berikutan pemecatannya daripada PAS hari ini.

Dalam laporan itu, KL Pos mendakwa hampir 1,000 orang penyokong Hasan Ali membanjiri perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Tentang hal itu, tidaklah mahu saya mengiyakan kerana laporan itu tidak disertai bukti gambar. Sekurang-kurangnya jika ada gambar, bolehlah kita menilainya.


Laporan yang sama juga ada menyebut bahawa Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberikan sokongan moral kepada Dr Hasan Ali. Laporan yang mengaitkan kedua-dua tokoh ini juga bersifat jangkaan dan spekulatif.

Yang menariknya, walaupun alasan Hasan Ali dipecat antaranya mengkritik parti di media musuh, Nasharuddin Mat Isa seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan sahabatnya itu. Malam ini, dia muncul lagi di Buletin Utama dengan isu dan nada yang sama dengan Hasan Ali. 

Apa masalah Nasharudin Mat Isa? Adakah dia mahu memprovokasi Pas agar memecatnya juga?

Dalam berita di TV3 malam tadi, Nasharudin Mat Isa mempertikaikan kelayakan DS Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang. Dia mempersoalkan usaha mengadakan Perhimpunan Aman 901 kerana percaya DSAI telah diberi peluang membela diri di mahkamah. Tanpa melihat sejarah dan kontroversi penghakiman mahkamah melibatkan DSAI, Nasha mahu rakyat meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya. Seperti Hasan Ali, kelibat Nasharuddin tidak pernah kelihatan ketika pemimpin lain bersama-sama memberikan sokongan moral kepada DSAI.

Cuba anda imbas kembali kata-kata Hasan Ali sebelum ini, apa bezanya dengan kata-kata Nasharudin Mat Isa?
 

Dalam soal ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menyokong Perhimpunan 901 dan Anwar sebagai Perdana Menteri. DAP turut berkali-kali menyatakan pendirian yang sama. Malah kedua-dua pemimpin parti ini berikrar akan turun ke Perhimpunan Aman 901. Mengapa Nasharudin mahu mempertikainya?

Jika memecat Hasan Ali dilihat orang sebagai tindakan yang agak lewat, harap-harap Pas tidak terlalu lewat menangani masalah Nasharudin Mat Isa. -DCM

Ibrahim Ali Ucap Tahniah Kerana Hasan Ali Keluar daripada Kumpulan NERAKA, Adakah UMCO itu Kumpulan SYURGA?

Posted: 08 Jan 2012 06:40 AM PST

Sebenarnya agak membodohkan diri jika menulis panjang semata-mata untuk menjawab hujah Ibrahim Ali apabila dia mengucapkan tahniah kepada Hasan Ali kerana keluar daripada kumpulan NERAKA. Saya hendak tergelak pun ada dengan kata-kata Presiden Perkasa ini. Saya mahu bertanya kepada Ibrahim Ali, adakah UMCO itu  kumpulan SYURGA? Mungkin atas alasan itu, dia menjilat ludahnya sendiri apabila kembali menyokong UMCO.

  

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Jan — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah menjangkakan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, akan dipecat daripada PAS, demikian kenyataan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim dalam sidang medianya di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini berkata, dia sudah menjangkakan PAS akan memecat Hasan Sebelum Perhimpunan 901 esok.

"Saya sudah menjangkakan dia (Hasan) akan dipecat sebelum perhimpunan 901. PAS menerima banyak tekanan daripada DAP dan PKR, dan tindakan pemecatan Hasan ini sudah boleh dijangka," katanya.

Menurut Ibrahim, pendirian Hasan berkenaan perhimpunan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah berbeza dengan kepimpinan PAS yang lain.

"Hasan Ali mempunyai pendirian berbeza daripada pemimpin PAS yang lain, itu memberi tekanan kepada mereka.

"Saya mengucapkan tahniah, Hasan sudah terkeluar daripada kalangan kumpulan neraka," katanya lagi.

Sehubungan itu, Perkasa sekali lagi menjemput Hasan menyertai pertubuhan tersebut, dan jawatannya boleh diputuskan dalam perbincangan selanjutnya jika dia bersetuju untuk menyertai NGO yang memperjuangkan hak Melayu ini.

Perkasa sebelum ini sudah menjemput Hasan Ali untuk menyertai pertubuhan itu kerana perjuangannya memartabatkan Islam, memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja adalah selari dengan matlamat dan perjuangan Perkasa.


 

P/s: Silalah Hasan Ali terima pelawaan Perkasa untuk bersama-sama dengan kumpulan SYURGA!

Zaid MINTA MAAF daripada Anwar

Posted: 08 Jan 2012 03:53 AM PST

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.
Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

Ceramah Kemuncak Perhimpunan Aman 901 Malam Ini di Kelab Sultan Sulaiman, KL

Posted: 08 Jan 2012 02:25 AM PST

P/s: Jemput, sila hadir kalau ada berdekatan dan kesempatan!

Kemas Kini:
Sila rujuk semula lokasi ceramah. Ada sahabat memaklumkan bahawa lokasi berubah ke Dewan Orang Ramai Jalan H, Kg. Pandan Dalam.

Lelaki Malaysia Mati Dipercayai Terlebih Mengambil Ubat Peransang Seks

Posted: 08 Jan 2012 01:11 AM PST

Saya petik:

[Bernama] JAKARTA - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi tadi dipercayai akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks).

Difahamkan mayat lelaki yang berasal dari Selangor itu berusia 56 tahun dijumpai kira-kira jam 5 pagi.

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.

Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini.

P/s: Moga-moga si mati tidak mati kerana zina!

SAKMONGKOL AK47 dan Aspan Alias Tinggalkan UMCO dan Sertai DAP

Posted: 08 Jan 2012 12:30 AM PST

Saya petik:

[MK] Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dengan nama pena Sakmongkol AK47 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal.


P/s: Tamparan buat Najib dan UMCO! Anda bila lagi?

[Video] Dr Hassan Ali DIPECAT daripada PAS Serta-Merta!!!!

Posted: 07 Jan 2012 11:02 PM PST



KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

P/s: Hasan Ali baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia rela dipecat, maka hari ini mungkin dengan rela hati menerima keputusannya dipecat daripada PAS. Keputusan ini adalah yang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Semoga Hasan Ali lekas-lekas masuk UMCO dan melalaklah mengikut rentak parti itu!

Dalam program Soal Jawab, Hasan Ali ada menyatakan bahawa dia dan Zul Nordin ada persamaan, jadi hari ini, selain mencacai untuk UMCO, kedua-duanya dipecat daripada parti.

Tahniah PAS!

Berkaitan:

Pemuda PAS Sokong Pemecatan Hasan Ali
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini.


2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Wanita Muda Arab Minta Cerai Kerana Suami Kerap Terkencing di atas Katil, Minum Air Kencing Sendiri

Posted: 07 Jan 2012 08:18 PM PST

Seorang wanita muda di Arab Saudi memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya, hanya selepas 40 hari berkahwin berikutan tabiat lelaki itu yang didakwanya kerap membuang air kecil di atas katil.

Akhbar Okaz yang memetik berita daripada laman web Al Ittihad, melaporkan bahawa, Mahkamah Rayuan Makkah memutuskan untuk membicarakan kes itu di sebuah mahkamah lain.
 

Wanita berkenaan mendakwa, suaminya bukan sahaja kerap membuang air kecil di atas katil, malah minum air kencingnya sendiri, menghidap penyakit mental, dan mati pucuk.


"Suami wanita itu juga didakwa pernah cuba membakar rumah mereka," lapor Okaz.
 

Mahkamah sudah mengarahkan pasangan terbabit mengemukakan laporan perubatan terperinci untuk menyokong dakwaan itu.  

Cara ALTERNATIF untuk Mendapatkan Payudara Pejal, Punggung Montok, Hidung Mancung serta Dagu Runcing

Posted: 07 Jan 2012 06:30 PM PST

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Gabungan urutan 'overhaul', membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut 'overhaul'.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

"Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

"Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.

P/s: Macam-macam!

Melalak Isu Surau Salihiah, Mengapa UMCO Tidak Pertahan Madrasah Al-Islahiyah?

Posted: 07 Jan 2012 04:54 PM PST

Saya petik:

[SH] SIMPANG EMPAT - Pas Perlis mencabar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno Malaysia, Fathul Bahri Mat Jahaya membantah perobohan bangunan Madrasah Al-Islahiyah, Behor Mali di sini oleh Kerajaan Negeri sekiranya ulama muda itu benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan berkata, Fathul Bahri tidak seharusnya memilih bulu dalam memperjuangkan hak Islam sebagaimana dilakukannya terhadap Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar memandangkan kawasan bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang dirobohkan minggu lalu oleh Kerajaan Negeri merupakan tapak tanah wakaf.

Menurutnya, tindakan Fathul Bahri menyertai program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah tempoh hari atas alasan mahu membantu menegakkan jihad Islam, menyerlahkan sikap hipokritnya yang dilihat sekadar mahu mempertahankan politik Umno dan BN.

"Apabila mendengar seorang ulama besar dari Perlis sanggup turun ke Alor Setar semata-mata mahu 'mempertahankan' sebuah madrasah diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah untuk dirobohkan, saya kecewa kerana tindakan sama tidak dilakukan terhadap Madrasah Al-Islahiyah.

"Adakah perjuangan menegakkan Islam turut mengambil kira baju parti? Apabila sesebuah negeri diperintah kerajaan BN, adakah segala tindakannya termasuk merobohkan bangunan wakaf dihalalkan?" katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, tindakan merobohkan dua blok bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang terletak di atas tanah wakaf dibuat setelah Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang dirobohkan.

Bagaimanapun, tindakan perobohan bangunan itu yang dilakukan minggu lalu tidak dipersetujui lembaga pengurusan madrasah itu yang menyifatkan pelan pembinaan bangunan baru disiapkan tanpa merujuk mereka.

"Perobohan bangunan dilakukan walaupun terdapat bantahan dikemukakan lembaga pengurusan madrasah. Mereka terpaksa akur disebabkan tidak mendapat sokongan pihak lain.

"Saya minta Fathul Bari lebih peka dengan keadaan semasa di negeri sendiri memandangkan terdapat banyak lagi kes perobohan bangunan di atas tanah wakaf yang berlaku terhadap rakyat Perlis tanpa pembelaan mana-mana pihak," katanya.

P/s: Terbaik. Pas Perlis berjaya mengkantoikan UMCO dan ulamanya. Munafik! Selama memerintah Malaysia, cuba kira berapa banyak rumah ibadat orang islam diruntuh oleh UMCO atas alasan politik, pembangunan, dan sebagainya?

Salah seorang tukang komen di Sinar menulis:

biasalah tu.... macam tak tahu lak... surau al solihin yg tak imarah pun sebab penghuni sekitar situ 99.99 peratus bukan islam.... hahaha , tp sbb negeri ini bawah kerajaan bukan bn maka tukang karut pun jual lah muka utk asuk tv serta surat khabar konon berjuang utk islam... poraaahhhhhhhhhhh

Apa Perkembangan Kes Salah Guna Wang Rakyat dalam Laporan Audit 2010? Cuba Lihat Gambar Ini!

Posted: 07 Jan 2012 04:35 PM PST

Apa perkembangan siasatan kes salah guna wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2010?


Setakat ini, tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah? Tampaknya, situasi yang berlaku pada tahun-tahun lalu berlaku pada tahun 2011. Tahun 2012? Anda cuba teka?

Ubah sekarang!

Tiada ulasan:

Pengikut