Ahad, 1 Januari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 01 Jan 2012 03:30 PM PST

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad. -HD

Berpuluh-ribu Banjiri Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam Selangor

SHAH ALAM, 1 JAN: Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda.

Program GeMS - Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu 'Asma Ul Husna'. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar.

Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah.

Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama.

Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata Kerajaan Negeri mempraktikkan pendekatan itu kerana menyedari dan memahami akan minat dan citarasa golongan muda yang menyukai hiburan dan selebriti muda.

Dengan memasukkan elemen hiburan, katanya, pihaknya turut menyelitkan unsur keagamaan sebagai pendidikan supaya ianya berjalan serentak serta dapat diterima semua pengunjung yang hadir.

Katanya, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya berpuas hati terutama kehadiran golongan muda sebagai golongan majoriti dalam program berkenaan.

"Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial.

Jadi bila kita buatkan satu program seperti ini ianya agak santai, agak relaks dan mereka datang bersama keluarga dengan majoritinya orang muda maka mereka mendapat pendidikan yang membangunkan mereka dan mereka faham apa ertinya sambutan tahun baru," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang menjangkakan saingan daripada pihak lain yang turut menganjurkan program sambutan tahun baru dan pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat diterima terhadap majlis itu dan ianya terbukti berjaya.

"Saya rasa ini di antara tanda positif sokongan kepada Kerajaan Selangor, keyakinan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang dilihat bersifat pembangunan, membangunkan manusia," katanya lagi.






Part Zizan tiru gaya Ustaz Azhar Idrus
lagi video...

Berapa meter kereta ustaz?



Kredit: video-video kompilasi Oh!Cerita.com

greenboc

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

SIASAH

Posted: 01 Jan 2012 03:22 PM PST

Oleh WAN ABD RAHMAN WAN AB LATIF

Pengenalan

Dalam keterujaan ahli PAS menghadapi muktamar ke-57 yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun 2011 yang lalu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang awal-awal lagi mengingatkan para perwakilan peranan penting mereka iaitu di samping memilih saf kepimpinan baharu yang mantap, mereka juga diseru agar memberi perhatian yang serius berkaitan merencana strategi yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang hampir tiba.

Berlatarbelakangkan situasi ini, tulisan ini akan mengemukakan beberapa gagasan umum berkaitan dengan pilihan raya yang seharusnya menjadi pegangan dan panduan kepada para petugas PAS. Dengan adanya gagasan umum ini ia dapat meluruskan sikap petugas PAS dalam pilihan raya iaitu pertama melihat kerja-kerja pilihan raya sebagai satu amal saleh dalam usaha kita mencari keredaan Allah.

Sekiranya pandangan ini benar-benar dapat ditasdiqkan dalam hati dan dibuktikan dalam perbuatan berlandaskan keikhlasan pada Allah, kita telah pun memperoleh kemenangan di pusingan pertama. Seterusnya, sekiranya Allah mengizinkan kita memenangi kerusi (parlimen atau Dewan Undangan Negeri) maka kita telah meraih kemenangan berganda.

Gagasan umum yang akan dikemukakan sudah semestinya bersumberkan al-Quran, kitab rujukan terpenting umat Islam.

Al-Quran dan Pilihan Raya

Al-Quran yang datangnya dari Allah merupakan petunjuk untuk memandu manusia dalam kepelbagaian aktiviti kehidupannya, termasuk berpartisipasi dalam proses pilihan raya. Bagi memenuhi perbincangan ringkas ini, paling tidak terdapat empat ayat al-Quran yang boleh dikaitkan dengan pilihan raya. Ayat pertama adalah dari Surah al-Baqarah ayat 251 apabila Allah Berfirman (mafhumnya): " ...seandainya Allah tidak menolak (kezaliman) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini... ." Mafhum ini merupakan kesimpulan dari ayat yang lebih panjang yang menceritakan tentang kemenangan Nabi Allah Daud menentang Jalut yang zalim.

Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan keadilan Allah. Ini janji Allah. Rujukan al-Quran kepada "sebahagian manusia" dalam ayat di atas boleh juga merujuk kepada "sebuah parti politik" dalam sistem demokrasi; dan penolakan (atau persaingan) adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia, termasuklah persaingan semasa pilihan raya.

Ayat kedua merujuk kepada Surah al-Maidah ayat 35. Dalam ayat ini Allah Berfirman, mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan dirimu kepada Allah; dan berjihadlah kamu di atas jalanNya; dan dengan itu kamu akan memperolehi kemenangan." Ayat ini seperti ayat-ayat lain dalam al-Quran, bersifat "berantai" dan "dua hala" yang memperlihatkan dinamisme ajaran Islam itu sendiri. Ayat ini memberitahu kita bahawa sifat orang beriman ialah bertaqwa kepada Allah. Sifat taqwa ini dapat direalisasikan secara praktikal dengan mencari jalan yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah.

Jalan atau wasilah atau platform dan sebagainya boleh merujuk kepada "parti politik" yang berlandaskan perjuangannya kepada Islam. Sesudah berada di atas landasan gerakan Islam seperti PAS, maka ahli-ahlinya (terdiri dari mereka yang beriman) hendaklah bekerja untuk parti secara aktif (berjihad di jalan Allah); dan dengan cara ini perjuangan PAS (seperti dalam pilihan raya) akan diberi kemenangan oleh Allah.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa berada dalam jamaah Islamiyah seperti PAS dan berjihad bersamanya merupakan syarat kepada kesempurnaan iman itu sendiri. Akhirnya, ayat ketiga adalah dari Surah as-Saff, ayat empat. Ayat ini adalah ayat yang popular yang selalu dirujuk oleh petugas-petugas PAS. Dalam ayat ini Allah berfirman mafhumnya: "Allah amat kasih kepada mereka yang berjuang di atas jalanNya dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh."

Ayat ini merujuk kepada pentingnya jentera peperangan (pilihan raya) disusun secara rapi, seperti rapinya sebuah bangunan. Sebuah bangunan rumah perlu ada pintu, jendela, tangga, bilik tidur, dapur dan sebagainya. Ini seumpama merujuk kepada jentera pilihan raya yang mempunyai pelbagai peranan; yang penting ia mesti tersusun rapi dan bantu membantu di antara satu sama lain. Rumah yang dibina dengan batu bata yang tersusun rapi sudah semestinya merupakan sebuah rumah yang kukuh yang tidak akan tumbang dibadai angin ribut pilihan raya.

Secara kesimpulannya, mesej daripada ketiga-tiga ayat yang dirujuk di atas ialah persaingan (salah satunya dalam konteks pilihan raya) adalah sesuatu yang fitrah dalam kehidupan manusia. Akan senantiasa ada persaingan antara mereka mendukung keadilan dan mereka yang mendukung kezaliman. Allah akan senantiasa bersama mereka yang memperjuangkan keadilan.

Untuk mencapai cita-cita ini, orang-orang beriman hendaklah berada di dalam jamaah Islam seperti PAS dan berjihad bersamanya bagi mencapai kemenangan. Perjuangan jamaah yang mantap khususnya jentera pilihan rayanya diumpamakan sebagai sebuah bangunan yang kukuh yang diikat dengan batu-bata yang memperkukuhkan satu dengan yang lain.

Suasana pilihan raya: Ayat keempat

Ayat ke empat dari al-Quran yang kita akan rujuk lebih bersifat peranan petugas-petugas PAS semasa pilihan raya itu sendiri. Ayat yang dimaksudkan adalah dari Surah al-Anfaal ayat 60. Dalam ayat ini Allah Berfirman, mafhumnya: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu sanggupi dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk berperang, untuk menggerunkan (dengan persiapan sedemikian) musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain yang kamu tidak ketahui, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak dianiaya (dirugikan)."

Sekiranya ayat di atas dikaitkan dengan pilihan raya maka intisari dari ayat di atas juga boleh dilihat sebagai merupakan prasyarat kemenangan. Antara tuntutan Allah ke atas petugas parti adalah: Pertama, dalam menghadapi lawan petugas parti mesti memberi sumbangan yang maksima berdasarkan kemampuan (atau peranan) yang berbeza-beza. Ini konsisten dengan saranan Allah bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya (dalam menjalankan tugas mereka menegakkan syariat Allah) lebih dari kemampuan mereka. Allah lebih tahu batas-batas kemampuan hamba-hambaNya kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah.

Dalam hal ini, formula yang harus dipakai oleh petugas-petugas parti ialah "kemampuan sumbangan" adalah berdasarkan jawatan yang disandang: Lebih tinggi jawatan yang disandang maka lebih tingga sumbangan yang perlu diberi kepada parti. Sebagai contoh, sumbangan presiden adalah 100 peratus, pesuruhjaya negeri adalah 70 peratus, ketua kawasan ialah 50 peratus, ketua cawangan 20 peratus dan ahli biasa 10 peratus.

Berdasarkan prinsip "memaksima sumbangan berdasarkan kemampuan yang berbeza-beza," maka untuk mencapai kemenangan presiden mesti sumbang paling minima 80 peratus ( 80 daripada 100 memperoleh markah "A"), pesuruhjaya negeri 60 peratus, ketua kawasan 40 peratus, ketua cawangan 15 peratus dan akhirnya ahli biasa 8 peratus. Sumbangan ini berupa wang ringgit dan jiwa raga. Kedua-dua bentuk sumbangan ini hendaklah disumbang secara serentak. Sekiranya pemimpin atau ahli berkenaan kurang dari segi kewangan maka sumbangan dari segi tenaga hendaklah dilebihkan. Begitulah sebaliknya.

Perkara kedua yang dituntut ialah menyediakan "pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk berperang." Dalam konteks semasa ini merujuk kepada petugas-petugas parti yang telah dibekalkan dengan ilmu pilihan raya yang lengkap. Mereka faham dari segi teori dan praktis berhubung dengan peraturan dan akta pilihan raya. Mereka faham apa yang harus mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Berbekalkan ilmu pilihan raya, maka petugas parti dapat menggubal strategi dan taktik bagi berhadapan dengan lawan.

Misalnya, semasa pengundian dijalankan petugas parti akan senantiasa peka terhadap suasana di tempat mengundi. Sekiranya berdasarkan nombor kad pengenalan, pengundi yang berdiri dilihat lebih tua atau muda dari yang sepatutnya, maka petugas parti tidak akan ragu-ragu untuk memprotes kehadiran dan keabsahan pengundi tersebut.

Perkara ketiga, dengan menguasai ilmu pilihan raya secara teori dan praktik, ini dapat "menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu." Ini terbukti benar kerana kekuatan sesebuah organisasi seperti parti PAS amat bergantung kepada asas teori dan praktik yang relevan sebagai landasannya. Ini boleh memperkuatkan parti sekaligus menggerunkan musuh. Ada satu lagi perkara yang boleh menggerunkan musuh. Ini ada pada Nabi dan ada pada sahabat iaitu kekuatan ruhiyyah. Kekuatan ruhiyyah sebagai senjata yang menggerunkan musuh muncul apabila hamba Allah amat hampir dengan Allah.

Ini perlu dilihat sebagai keutamaan dalam kehidupan seorang petugas parti. Kemenangan Rasulullah S.A.W. apabila berdepan dengan musuh dalam peperangan (dalam konteks kita pilihan raya) banyak bergantung kepada faktor ini. Dalam sejarah Islam model Rasulullah S.A.W. ini diikuti dengan jayanya oleh sahabat empat (khalifah ar-Rashidun), dan Umar Abd. Aziz, Salahuddin al-Ayubi, Mohammad al-Fatih dan kedua orang Tuan Guru kita (presiden dan mursyidul am).

Perkara ke empat, semasa pilihan raya berlangsung petugas parti bukan berdepan dengan parti lawan sahaja tetapi seluruh jentera atau agensi kerajaan yang besar kemungkinan petugas parti tidak dapat mengenalpastinya dengan secara yang tepat. Al-Anfaal ayat 60 merujuk fenomena ini sebagai "musuh-musuh lain yang kamu tidak ketahui, sedang Allah mengetahuinya." Sekali lagi dalam konteks ini hubungan yang rapat dengan Allah adalah penting bagi meraih kemenangan.

Perkara yang kelima, semasa pilihan raya (dan juga di luar musim pilihan raya) petugas parti perlu infaq fi sabilillah untuk parti. Sungguhpun aspek kekuatan ruhiyyah adalah perkara yang pertama dan utama tetapi aspek kewangan juga perlu untuk menggerakkan parti. Dalam hal ini dan selari dengan tuntutan al-Quran orang yang pertama yang perlu menyumbang (dalam konteks kewangan) adalah petugas parti itu sendiri. Terdapat di kalangan kita yang amat bersemangat, belum apa-apa sudah bertakbir, tetapi apabila "kopiah bergerak" satu sen pun dia tidak menderma kepada parti!

Allah tidak hendak tengok berapa banyak kita menderma tetapi keikhlasan kita menderma untuk partiNya, walaupun satu sen. Dalam hal ini al-Anfaal, ayat 60 menegaskan: "Apa saja kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu." Dalam kes-kes menderma kepada parti, kita amat terharu mendengar cerita atau kisah benar yang berlaku kepada ahli-ahli PAS terutama di Kelantan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Ahli biasa PAS begitu komited dan sayang kepada PAS. Terdapat ahli-ahli biasa PAS di kampung-kampung yang menghulur bantuan yang amat bermakna kepada PAS. Kita dengar cerita seorang penoreh getah yang memperolehi tiga keping getah sehari dan beliau menderma satu keping untuk PAS! Kita juga dengar cerita terdapat penanam padi yang pada satu musim memperolehi hasil lima guni padi dan satu guni diinfaqkan kepada PAS! Apakah masih ada dalam PAS sekarang ahli-ahli yang begitu komited dan sayang pada PAS? Tepuk dada tanya iman!

Persiapan kuda-kuda untuk berperang: Pentingnya jentera

Secara yang lebih spesifik, terkini jentera parti perlu menfokuskan kepada tiga kerja penting: Penambahan ahli baharu sehingga mencapai sasaran kemenangan, peningkatan kepakaran (berkaitan peraturan dan akta pilihan raya) dan pengukuhan kewangan. Ketiga-tiga perkara ini telah pun disentuh secara ringkas dalam perbincangan di atas. Dari sudut kewangan, sebagaimana yang telah ditetapkan setiap unit peti undi perlu mempunyai tabung sebanyak RM5000.

Dalam kes penambahan ahli baharu kita rujuk kepada negeri Perak sebagai contuh. Pada tahun 2008 jumlah penduduk negeri Perak adalah 2,351,300 orang. Daripada 2 juta lebih penduduk negeri Perak ini, 1,183,316 telah mendaftar sebagai pemilih. Berdasarkan kelayakan (umur 21 tahun ke atas), jumlah pengundi sepatutnya berjumlah 1,410,780. Ini bermakna mereka yang layak tetapi belum mendaftar ialah seramai 227,464.

PAS Perak perlu berusaha untuk mendaftar pengundi yang layak tetapi belum mendaftar ini iaitu di peringkat minima (33 peratus) iaitu seramai 75,063 dan di peringkat maksima (66 peratus) iaitu seramai 150,126 pengundi. Dalam konteks pendaftaran pemilih baharu, tumpuan perlu diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Unit Pendaftaran Pemilih (UPP) dan Program Gerakan Pendaftaran Pemilih (PGPP) peringkat Dun.

Persiapan-persiapan lain yang relevan bagi menghadapi pilihan raya ialah peralatan yang mencukupi seperti komputer dan kedudukan strategik bilik-bilik gerakan Majlis Tindakan Dun dan UPU. Jangan dilupakan program-program munajat yang perlu diadakan secara kerap khususnya selepas pembubaran dewan sehinggalah keputusan pilihan raya diumumkan.

Kesimpulan

Secara umumnya pilihan raya adalah berkaitan dengan keupayaan satu-satu parti politik yang bertanding dengan menggunakan isu-isu yang dikira penting, manifesto yang menyakinkan dan tawaran-tawaran lain yang boleh memikat pengundi. Dalam hal ini, parti-parti bertanding cuba untuk memenangi hati dan fikiran pengundi. Islam melihat peranan hati sebagai anggota tubuh manusia yang paling penting kerana hati merupakan pusat kepada pelakuan manusia (termasuk pelakuan politik semasa pilihan raya); dan hanya Allah yang boleh menenangkan hati manusia yang berbolak-balik (terutamanya apabila berdepan dengan umpan-umpan pilihan raya) dan kepada Allahlah petugas-petugas pilihan raya PAS perlu rujuk bagi mendapat hidayah, pertolongan dan seterusnya kemenangan.

Dr Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif ialah pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut